"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita dakwa jadi perempuan simpanan langsai hutang bapa akan dihadapkan ke mahkamah

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my

Georgetown: Wanita yang mendakwa dirinya terpaksa menjadi perempuan simpanan di negeri ini bagi melangsaikan hutang bapa dengan sindiket pinjaman wang atau along akan dihadap ke mahkamah esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, wanita berkenaan akan didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown.

"Pertuduhan kes video viral di laman media sosial TikTok itu dilakukan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

"Tindakan tidak bertanggungjawab wanita itu mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat umum," katanya di sini, hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan ​tular video rakaman siaran langsung di aplikasi TikTok berdurasi selama enam minit 45 saat, yang memaparkan perbualan hos audio siar dan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi bersama seorang pemanggil wanita.

Wanita itu mendakwa bapanya yang bercerai dengan ibu, terdahulu berhutang sebanyak RM20,000 dengan along dan gagal melunaskannya.

Dia kemudian mendakwa dipaksa bekerja dengan along terbabit sejak Februari lalu di sebuah 'rumah merah' di Pulau Pinang sebagai perempuan simpanan tanpa diberi gaji serta mohon diselamatkan.

Siasatan polis mendapati dakwaan berkenaan tidak benar dan tidak pernah berlaku, malah wanita itu mengakui ia direka sekadar bagi meluahkan perasaan.

Tiada ulasan: