"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pekerja zoo bingung lihat makhluk aneh waktu malam

KOSMO!
KELIBAT makhluk ganjil di Zoo Projek Bristol. - Foto Zoo Projek Bristol
LONDON – Pekerja-pekerja sebuah zoo di Bristol, Britain bingung selepas melihat rakaman makhluk berkaki empat yang aneh pada waktu malam, lapor portal berita MailOnline semalam.

Makhluk itu dilihat menerusi rakaman kamera malam di Zoo Projek Bristol.

Menurut kakitangan zoo tersebut, mereka tidak pernah melihat makhluk seumpama itu sebelum ini.

“Kelibat makhluk yang boleh dikatakan mistik itu adalah misteri buat kami di Zoo Projek Bristol,” kata Pengurus Penglibatan Awam zoo berkenaan, Rosie Sims.

Namun, MailOnline memuat naik foto makhluk itu dan bertanya kepada ChatGPT yang dikuasakan oleh teknologi kepintaran buatan (AI).

Dalam beberapa saat, ia menjawab: “Haiwan dalam imej itu kelihatan seperti kijang. Kijang ialah haiwan kecil seperti rusa dengan kaki yang agak pendek, badan bulat dan telinga yang menonjol, condong sedikit ke belakang.” – AGENSI

Tiada ulasan: