"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Orang ramai diminta tidak bela kucing bully O

KOSMO!
GAMBAR fail kucing baka bully. - Foto bullycatsuk/Instagram
BELFAST  – Penduduk  United Kingdom (UK) digesa tidak membeli baka kucing bully baharu tidak berbulu kerana haiwan itu terdedah kepada masalah kesihatan serius, lapor portal berita Metro. UK kelmarin.

Kucing itu pertama kali dibiakkan di Amerika Syarikat dan  mendapat pengikut yang ramai di media sosial sebelum dibawa ke UK.

Baka tersebut tidak mempunyai bulu dan memiliki kaki pendek seperti anjing buli XL yang kini diharamkan.

Kucing bully mempunyai masalah kepekaan kulit pada cahaya matahari dan  pernafasan, manakala pergerakannya tidak selincah  kucing lain. Jangka hayatnya juga lebih pendek.

Pakar tingkah laku haiwan Universiti Queen’s di Belfast, Dr. Grace Carroll meminta orang ramai untuk mempertimbangkan dengan teliti sebelum membeli kucing bully.

“Pengguna memiliki kuasa beli. Apabila kita tidak membeli baka yang mempunyai sifat ekstrem, kita boleh menghalang pembiak baka daripada mengutamakan ciri estetika berbanding kesihatan dan kebajikan haiwan,”  katanya. – AGENSI

Tiada ulasan: