"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Ribut, hujan air batu landa Chukai

Rosli Ilham
am@hmetro.com.my
KEADAAN atap di Sekolah Agama Al Falah di Kemaman yang diterbangkan ribut. FOTO Rosli Ilham
KEADAAN atap di Sekolah Agama Al Falah di Kemaman yang diterbangkan ribut. FOTO Rosli Ilham
Chukai: Sebanyak 13 laporan diterima polis setakat ini berhubung kerosakan rumah yang berlaku dalam kejadian ribut dan hujan air batu yang melanda Bandar Chukai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, tujuh rumah di lorong Gong Pauh dilaporkan mengalami kerosakan manakala selebihnya berlaku di beberapa kampung di bandar ini.

Menurutnya, kerosakan turut dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Agama Al Falah, Bangunan Persekutuan Chukai dan sebuah pondok yang runtuh di Pantai Teluk Mak Nik sehingga menyebabkan kaki seorang lelaki berusia 37 tahun patah ketika berlindung di situ.

"Selain itu, kerosakan turut berlaku di sebuah bank di Jalan Lebai Sarah dan empat gerai serta kedai makan.

"Selain itu, kita turut menerima enam laporan berhubung kejadian pokok tumbang di bandar ini dan satu kes pokok tumbang di Jalan Ibuk Air Jerneh," katanya.

Hanyan berkata, kejadian ribut dan hujan air batu itu berlaku kira-kira jam 4 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang giat dilakukan membabitkan bantuan daripada pasukan penyelamat lain," katanya.

Tiada ulasan: