"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Lelaki ugut mahu bunuh anak 2 tahun ditahan

Nor Amalina Alias

PASIR PUTEH: Lelaki ditahan selepas dipercayai mengugut untuk membunuh anak perempuannya berusia dua tahun di jeti Jalan Pak Mayong, Tok Bali di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, suspek berusia 24 tahun membawa mangsa ke tepi jeti dan dipercayai dipercayai memegang serpihan botol kaca pecah serta mengugut mahu membunuh anaknya.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.25 pagi dan mangsa berjaya diselamatkan, sementara suspek sudah ditahan.

“Ujian air kencing suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zaizul Rizal berkata, pemeriksaan fizikal terhadap mangsa mendapati tiada kecederaan namun dia dirujuk ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh untuk pemeriksaan lanjut dan pemantauan kesihatan.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang menjejaskan siasatan.

“Suspek akan ditahan reman esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tiada ulasan: