FMT Reporters
Kemalangan membabitkan Nissan Serena dinaiki empat lelaki dan Toyota Hiace dinaiki 2 penumpang.

Keadaan kereta Nissan Serena yang remuk dalam kemalangan di Gua Musang, Kelantan petang tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Tiga lelaki maut manakala tiga lagi, termasuk seorang wanita parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Paloh, Gua Musang, Kelantan, di Jalan Gua Musang–Kuala Krai petang tadi.
Komander operasi Jabatan Bomba Gua Musang, Che Razak Harun, berkata kemalangan itu melibatkan sebuah Nissan Serena yang dinaiki empat lelaki dan sebuah Toyota Hiace yang dinaiki seorang lelaki serta seorang wanita.
“Kami menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 1.01 petang, sebelum jentera dari balai bomba Gua Musang dikerahkan ke lokasi.
“Setibanya di tempat kejadian pada 1.43 petang, kami menemui enam mangsa. Tiga lelaki dalam Serena disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandunya tersepit dan mengalami kecederaan parah,” katanya yang dipetik Bernama.
Beliau berkata, penumpang Toyota Hiace yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan