"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Situasi Gaza makin meruncing, misi Global Sumud Flotilla 2.0 bakal digerak

Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Madani akan terbabit secara langsung dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 yang bakal disertai lebih 80 negara seluruh dunia.

Beliau berkata, pembabitan secara langsung dalam misi itu adalah kesinambungan perjuangan moral antarabangsa, menuntut keberanian menegakkan keadilan dan hak kemanusiaan tanpa mengira batas sempadan, bangsa atau agama.

“Insya-Allah, kita akan menggerakkan segala kudrat untuk membantu dan memperjuangkan hak rakyat Palestin. Keadilan ini tidak boleh lagi ditangguhkan demi sebuah Palestin yang bermaruah dan merdeka,” katanya dalam catatan di Facebook.

Komitmen itu ditegaskan Anwar selepas menerima kunjungan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) yang juga Ketua Aktivis Kemanusiaan Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) Sani Araby Abdul Halim, bersama Pengasas Sumud Nusantara Nadir Al-Nuri di pejabatnya di Putrajaya, petang tadi.

Anwar berkata, beliau dimaklumkan mengenai situasi kemanusiaan di Gaza yang semakin meruncing akibat sekatan bantuan berpanjangan, ketidaktentuan konflik serta penderitaan rakyat Palestin yang terus dihimpit kekejaman.

Dalam pertemuan itu, Sani dan Nadir turut berkongsi keberhasilan Misi Sumud Nusantara yang berjaya memecahkan kebisuan dunia dan mengangkat suara Gaza ke pentas antarabangsa.

Tiada ulasan: