"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda PAS Gombak mahukan DUN Gombak Setia yang dimenangi Bersatu

FMT Reporters

Ketua Pemuda PAS Gombak Abu Ubaidah Abdullah berkata sokongan terhadap langkah itu berpunca rasa tidak berpuas hati dengan kepimpinan Hilman Idham.
Hilman Idham
Semalam, Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar berpandangan partinya wajar bertanding di DUN Gombak Setia, yang kini disandang Ketua Pemuda Bersatu Hilman Idham.
PETALING JAYA: Pemuda PAS Gombak sedia mencabar Bersatu di DUN Gombak Setia pada pilihan raya akan datang, selaras dengan seruan Pemuda PAS negeri yang mahu parti itu menjadi wakil Perikatan Nasional (PN) di kerusi tersebut.
Ketua Pemuda PAS Gombak, Abu Ubaidah Abdullah, berkata sokongan terhadap langkah itu berpunca daripada sentimen akar umbi PAS di Gombak Setia yang didakwa semakin tidak berpuas hati dengan kepimpinan wakil rakyat sedia ada.

Menurutnya, ahli dan petugas PAS yang bekerja keras memenangkan PN pada pilihan raya lalu merasakan mereka dipinggirkan, malah tidak merasai kebersamaan dengan Adun yang dilantik selepas kemenangan tersebut.

“Tanpa sentuhan dan kebersamaan Adun yang dilantik, jerih perih petugas di peringkat akar umbi seolah-olah tidak dihargai,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar berpandangan partinya wajar bertanding di DUN Gombak Setia, yang kini disandang Ketua Pemuda Bersatu Hilman Idham. Hilman menang kerusi itu dengan majoriti tipis 58 undi.

Hilman pada Ahad dilaporkan meminta semua parti komponen PN diberikan ruang untuk membuat ketetapan masing-masing terlebih dahulu sebelum keputusan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) gabungan.

Ia susulan Presiden PAS merangkap Timbalan Pengerusi PN, Hadi Awang mengusulkan supaya dipanggil segera mesyuarat tergempar MT PN bagi menerima dan mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin selaku pengerusi gabungan, termasuk pelantikan baharu jawatan itu.

Dalam pada itu, Abu Ubaidah turut menyentuh isu-isu melibatkan wakil rakyat dan pembantunya yang didakwa memberi kesan negatif kepada moral petugas serta keyakinan ahli parti di kawasan berkenaan.

Katanya, ahli PAS di Gombak Setia berharap kepimpinan DUN tersebut diterajui individu yang berwibawa, berakhlak mulia dan benar-benar memahami denyut nadi rakyat.

“Atas asas itu, Pemuda PAS Gombak sedia ke hadapan menyahut seruan agar PAS meletakkan calon dan bertanding di DUN Gombak Setia bagi mewakili PN,” katanya.

Tiada ulasan: