"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita berjalan tanpa seurat benang dekat hospital

KOSMO!
KUNG (kanan) berjalan tanpa memakai sebarang pakaian dekat hospital - Foto CH7 News
BANGKOK – Seorang wanita mencetuskan kekecohan di Udon Thani, Thailand apabila dia berjalan dalam keadaan tidak berpakaian pada waktu siang berhampiran sebuah hospital, lapor laman berita Thaiger hari ini. 

Polis dan pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian selepas orang awam melaporkan kejadian tersebut sekitar waktu tengah hari.

Wanita itu didapati sudah berpakaian ketika polis tiba, hasil bantuan seorang individu yang mengekorinya dengan menaiki motosikal dan memberinya baju.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Kung, 44, memberitahu polis sambil menangis bahawa dia tidak mempunyai pekerjaan tetap selepas pulang ke Thailand setelah bekerja dalam industri seks di luar negara.

Dia mendakwa bahawa seorang lelaki bernama Sombat telah menderanya secara fizikal, memaksa dia mengambil dadah dan terlibat dalam kegiatan pelacuran.

Kung memberitahu polis bahawa dia berjalan tanpa seurat benang di jalanan sebagai satu bentuk protes.

Tambahnya, dia tidak berada di bawah pengaruh dadah dan bersedia menjalani ujian air kencing. 

Kata Kung, dia tidak mahukan bantuan atau wang, sebaliknya hanya mahu mencari pekerjaan di tempat lain.

Selepas berbincang dengan Kung, pihak polis berkoordinasi dengan Pejabat Pembangunan Sosial Wilayah Udon Thani untuk menyediakan tempat perlindungan sementara kepada wanita tersebut. – AGENSI 

Tiada ulasan: