"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

6 termasuk penyanyi popular maut nahas pesawat

KOSMO!
YEISON JIMENEZ (gambar kiri) terkorban dalam nahas pesawat. - Foto Instagram/X/NoticiasUno
BOGOTA – Seorang penyanyi popular Colombia antara enam individu yang terbunuh selepas pesawat yang dia naiki bersama kumpulan pemuziknya terhempas dan terbakar ketika dalam perjalanan ke sebuah konsert, lapor portal berita MailOnline.

Yeison Jimenez, 34, sempat menulis dalam hantaran Instagram terakhirnya sebelum menaiki pesawat: “Sentiasalah merendah diri, kerana apa yang Tuhan berikan, Dia juga boleh mengambilnya kembali.”

Pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Paipa di wilayah Tundama, Colombia, pada Sabtu lalu.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kedengaran menjerit: “Landasan semakin tamat!”.

Nahas berlaku ketika pesawat itu sampai ke hujung landasan sebelum terhempas dan meletup menghasilkan bola api.

Mangsa yang terkorban ialah juruterbang, pembantu juruterbang dan empat penumpang termasuk Jimenez yang pernah membuat persembahan di pelbagai negara di seluruh dunia. – AGENSI

Tiada ulasan: