Bernama-Xinhua

SERAMAI 11 orang maut dalam kemalangan di Timur Bolivia
La Paz: Sekurang-kurangnya 11 sekeluarga maut dan tiga lagi cedera pada Isnin selepas bas mini yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan di lebuh raya di timur Bolivia, menurut polis.
Media tempatan yang dipetik Xinhua melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Bioceanic, di laluan antara bandar Puerto Suarez dan Puerto Quijarro di wilayah Santa Cruz.
Menurut Pengarah Trafik Santa Cruz, Martin Arequipa, siasatan awal menunjukkan bahawa kenderaan itu yang dalam perjalanan pulang daripada majlis keluarga, dipandu oleh seorang remaja yang memandu laju sebelum hilang kawalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan