Mary Victoria Dass
ISKANDAR PUTERI: Polis memburu seorang lelaki selepas disyaki memukul dan mengugut teman wanitanya dalam kejadian di Gelang Patah, di sini, bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mangsa yang berusia 36 tahun mendakwa diugut dan dipukul kekasihnya yang berumur 35 tahun pada 10 malam, 28 Disember lalu.
Katanya, kejadian berpunca apabila suspek menuduh mangsa mencuri barang miliknya, namun dinafikan mangsa.
“Mangsa kemudian membuat laporan polis di Iskandar Puteri pada 10 Januari lalu,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Kumarasan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seskyen 506 Kanun Keseksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan