"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Asisten Superintendan polis direman 4 hari kes terima rasuah RM20,000

Zuhainy Zulkiffli

GEORGETOWN: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan direman empat hari bagi membantu siasatan kes terima rasuah lebih RM20,000.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi bermula hari ini hingga 16 Januari depan selepas permohonan dibuat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek, 58, yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM kira-kira jam 10.30 malam tadi, berhubung kes penerimaan rasuah antara 2016 hingga 2021 daripada lima individu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tiada ulasan: