"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kedah: Konon nak minum dengan kawan, rupanya bermalam di rumah teman wanita sebelum dicekup khalwat

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
PEGAWAI penguat kuasa PADK menyoal wanita yang dicekup berkhalwat dengan pasangannya di sebuah rumah sewa di Taman Tiong, tengah malam tadi. FOTO ihsan PADK
PEGAWAI penguat kuasa PADK menyoal wanita yang dicekup berkhalwat dengan pasangannya di sebuah rumah sewa di Taman Tiong, tengah malam tadi. FOTO ihsan PADK
Kulim: Seorang lelaki ditemui bersembunyi dalam bilik air rumah sewa teman wanitanya di Taman Tiong, di sini, ketika dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) Kulim, tengah malam tadi.

Terdahulu, lelaki berusia 25 tahun itu memberitahu keluarga mahu keluar minum bersama rakan tetapi sebenarnya singgah di rumah teman wanita itu sebelum dicekup berkhalwat jam 12.12 tengah malam.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, pihaknya ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di rumah berkenaan.

Beliau berkata, selepas pintu diketuk dan diberi salam, seorang wanita dipercayai rakan kepada wanita berkenaan membuka pintu rumah dan terkejut melihat kehadiran pihak berkuasa.

"Rakan wanita itu tidak mengetahui ada lelaki di rumah sewa itu kerana berada dalam bilik dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

"Pemeriksaan lanjut di bilik ketiga rumah teres itu mendapati, seorang wanita yang berpakaian baju tidur labuh membukanya lapan minit kemudian dan mendapati pasangannya bersembunyi dalam bilik air, " katanya ketika dihubungi hari ini.

Anwar Sharifuddin berkata, hasil soal siasat mendapati, pasangan itu tidak mempunyai sebarang dokumen menunjukkan ada hubungan mahram atau suami isteri dan disyaki berkhalwat.

Beliau berkata, wanita berusia 22 tahun yang berasal dari Sarawak itu turut mengaku mengenali lelaki itu sejak empat tahun lalu menerusi media sosial.

"Wanita itu baru bekerja di sebuah syarikat di Kulim dan menyewa rumah itu empat bulan lalu bersama dua rakannya manakala lelaki itu pula bekerja di sebuah syarikat kurier dan menetap di Sungai Kob, di sini.

"Lelaki itu memberi alasan hanya datang lepak di rumah wanita itu sejak jam 9 malam sebelum mereka dicekup berkhalwat kira-kira tiga jam kemudian," katanya.

Anwar Sharifuddin berkata, pasangan itu kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Tiada ulasan: