"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Perincian 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram Azeez

KINIGUIDE | Hari ini Anggota Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim dihadapkan dengan 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, dengan jumlah keseluruhan RM144.6 juta.

Sembilan daripada pertuduhan adalah berkenaan menerima RM139.4 juta wang haram daripada beberapa syarikat.

Tiga lagi adalah berkenaan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta untuk membantu sebuah syarikat mendapat projek kerajaan.

Syarikat yang terlibat

Azeez didakwa menerima dana haram daripada empat syarikat antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Syarikat utama yang terlibat adalah Menuju Asas Sdn Bhd, yang memberi sejumlah RM42.5 juta. Laporan media menyatakan Menuju Asas terlibat dalam beberapa projek lebuh raya dan jalan raya di Malaysia.

Azeez juga didakwa menerima RM70.8 juta daripada Mangkubumi Sdn Bhd. Profil syarikat itu menyatakan ia terlibat dalam pembinaan jalan dan jambatan, serta projek saliran.

Pintas Utama Sdn Bhd didakwa memberikan RM22.4 juta kepada anggota Majlis Tertinggi Umno itu. Profil syarikat itu menyatakan ia terlibat dalam pembinaan dan kerja raya.

Syarikat terakhir yang dinamakan dalam pendakwaan terhadap Azeez adalah AVP Engineering Sdn Bhd, yang didakwa memberikan RM8.9 juta kepada Azeez. AVP terlibat dalam kerja penyelenggaraan dan pasang siap kepada kenderaan khas, misalnya trak bomba.

Tujuan pembayaran

Tuduhan pengubahan wang haram - yang mana menamakan empat syarikat itu - tidak menjelaskan tujuan pembayaran kepada Azeez.

Bagaimanapun tiga tuduhan rasuah menyatakan Pengarah Menuju Asas Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah memberikan Rm5.2 juta kepada Azeez untuk mendapatkan pelbagai projek.

Bayaran pertama pada 8 Disember 2010 melibatkan RM1.2 juta, untuk mendapatkan bantuan Azeez bagi memperoleh tender kerajaan bernilai RM197.8 juta.

Ia untuk tiga projek jalan di Kampung Gajah, Perak, dan satu projek di Kampung Merbau Kudung, Kedah.

Bayaran kedua dan ketiga pula masing-masing sebanyak RM2 juta, pada Jun 2017 dan April 2018. Ia untuk mendapatkan bantuan Azeez bagi memperoleh tender kerajaan untuk kerja penambahbaikan jalan di Teluk Intan, Perak.

Projek itu bernilai RM644.5 juta.

Pertuduhan dihadapi Azeez

Bagi kesalahan pengubahan wang haram, Azeez didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Jika disabit bersalah, beliau boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan didenda sekurang-kurangnya lima kali nilai suapan.

Bagi kesalahan rasuah, Azeez didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika disabit bersalah, ia membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Sementara itu abang Azeez, Abdul Latif berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM kerana bersubahat dengan Azeez dalam menerima RM4 juta daripada Mohammad Redzuan.

Jika disabit bersalah, beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta SPRM.

KINIGUIDE ini disediakan oleh Zikri Kamarulzaman.

Anggota Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim

Faisal Asyraf

Anggota Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM144.6 juta, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau dihadapkan dengan tiga pertuduhan rasuah mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Untuk pertuduhan rasuah, Abdul Azeez didakwa menerima RM5.2 juta daripada Pengarah Menuju Asas Sdn Bhd Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah, sebagai habuan kerana membantu syarikat itu mendapat projek pembinaan lebuh raya dan penambahbaikan jalan di Perak dan Kedah.


Transaksi dikatakan berlaku antara Disember 2010 hingga April 2018.

Bagi setiap pertuduhan, Abdul Azeez yang juga bekas pengerusi Tabung Haji boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali ganda lima suapan, mana-mana yang lebih tinggi, jika disabit bersalah.

Untuk pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa menerima wang haram bernilai sehingga RM139.41 juta daripada empat syarikat iaitu Menuju Asas Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd, dan AVP Engineering (M) Sdn Bhd.

Transaksi dikatakan berlaku antara 10 Mac 2010 hingga 30 Ogos 2018.

Sementara itu, abangnya Abdul Latif Abdul Rahim juga mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap dua pertuduhan bersubahat dengan Abdul Azeez berkenaan suapan berjumlah sehingga RM4 juta berhubung projek lebuh raya bernilai RM644.48 juta.

Hakim Azura Alwi menetapkan ikat jamin RM800,000 beserta seorang penjamin untuk Abdul Azeez, dan RM500,000 beserta seorang penjamin untuk Abdul Latif.

Abdul Azeez dan Latif juga diarah menyerahkan pasport mereka.

Pasukan pendakwaan diketuai Gopal Sri Ram, manakala Abdul Azeez dan abangnya diwakili Hisyam Teh Poh Teik, Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan M Athimulan.

Mahkamah menetapkan 27 Mac ini untuk sebutan kes.

Mereka ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 4.30 petang semalam selepas hadir ke sana untuk soal siasat.

Mereka juga pernah ditahan September lalu dan direman sepuluh hari.

Pada 23 Mei lalu, SPRM menyerbu rumah dan pejabat Abdul Azeez dan merampas RM500,000 wang tunai serta lebih 20 mata wang asing dengan nilai tukaran RM1.2 juta.

Bernama kemudian melaporan serbuan itu untuk membantu siasatan berkaitan pelantikan kontraktor untuk projek melibatkan Tabung Haji.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 berkaitan meminta dan menerima rasuah.

Berikut adalah 12 pertuduhan yang dihadapkan kepada Abdul Azeez hari ini:

Dakwaan rasuah:


  1. Menerima RM1.2 juta rasuah daripada Redzuan untuk empat projek kerajaan di Perak dan Kedah bernilai RM197.8 juta pada 8 Disember 2010.
  2. Menerima RM2 juta rasuah daripada Redzuan untuk sebuah projek jalan raya di Perak bernilai RM664.48 juta pada 13 Jun 2017.
  3. Menerima RM2 juta rasuah daripada Redzuan untuk sebuah projek jalan raya di Perak bernilai RM664.48 juta pada 10 April 2018.
  4. Dakwaan pengubahan wang haram:

  5. Menerima wang haram berjumlah RM1.9 juta daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd antara 8 Mac 2010 dan 31 Disember 2010.
  6. Menerima wang haram berjumlah RM670,000 daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd antara 1 Februari 2011 dan 29 Disember 2011.
  7. Menerima wang haram berjumlah RM4.13 juta daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd antara 6 Januari 2012 dan 26 Disember 2012.
  8. Menerima wang haram berjumlah RM783,900 daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd antara 5 Januari 2013 dan 25 Disember 2013.
  9. Menerima wang haram berjumlah RM1.48 juta daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd antara 3 Januari 2014 dan 31 Disember 2014.
  10. Menerima wang haram berjumlah RM8.18 juta daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd dan Pintas Utama Sdn Bhd antara 8 Januari 2015 dan 31 Disember 2015.
  11. Menerima wang haram berjumlah RM33.36 juta daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd dan Pintas Utama Sdn Bhd antara 4 Januari 2016 dan 30 Disember 2016.
  12. Menerima wang haram berjumlah RM63.64 juta daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd dan AVP Engineering (M) Sdn Bhd antara 3 Januari 2017 dan 27 Disember 2017.
  13. Menerima wang haram berjumlah RM25.25 juta daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd dan AVP Engineering (M) Sdn Bhd antara 8 Januari 2015 dan 31 Disember 2015.

Hapuskan ‘Mak Lampir’ moden

Syed Badli Shah Syed Osman
Dalam konteks dunia politik hari ini, pelbagai karektor purba akhirnya muncul dalam kalangan mereka yang cerdik pandai dan bergiat dalam arena politik.

Seperti lagenda “Mak Lampir” yang berlaku di Sumatera Barat yang begitu terkenal dalam kalangan kita. Lagenda itu mengisahkan seorang wanita yang penuh misteri dengan ketamakan dan haloba kuasa.

Kerana kemaruk kuasa Mak Lampir sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya.

Mengamalkan ilmu hitam dan menguasai sihir jahat antara strategi ampuh untuknya supaya kekal berkuasa.

Baling batu sembunyi tangan juga antara strategi yang menjadi mainan demi menghuru-harakan sebuah keamanan.

Matlamatnya mudah, ingin berkuasa secara mutlak dan kekal abadi.

Untuk merealisasikan matlamatnya, Mak Lampir memilih pasukan jahat dengan bersekutu bersama jin dan syaitan.

Beliau juga membina pengikut yang taat setia secara membabi buta terdiri dari kalangan mereka yang berhati gelap dan sesat.

Maka, berlakulah pelbagai onar dan tipu muslihat untuk menghuru-harakan institusi masyarakat.

Pelbagai serangan berbentuk fitnah bercampur hasutan demi menyesatkan manusia supaya mereka tunduk menjadi pengikutnya.

Sedang Mak Lampir mabuk diulik kuasa, muncul seorang wira Kyai Ageng Prayogo yang akhirnya berjaya menewaskan Mak Lampir dan mengurungnya di dalam sebuah peti di bawah gunung yang diberi nama Gunung Merapi.

Persoalannya sekarang masih wujudkah karektor Mak Lampir dalam realiti politik hari ini?

Jika wujud individu berkarektor begitu, bukan sahaja perlu ditentang malah perlu dibasmi demi mengembalikan kestabilan politik dengan mengekalkan kuasa baik dan jujur.

Dalam sebuah perjuangan yang panjang, pasti akan melahirkan sejumlah pengkhianat dan penjilat.

Golongan tamak dan haloba tidak akan pernah jemu mengejar apa yang dihajatinya. Matlamat menghalalkan cara. Setiap kejahatan itu boleh dinilai dan dikesan.

Namun terpulang kepada mereka yang berhati baik sama ada mahu melawan atau kekal tunduk di bawah mereka yang bersekutu dengan syaitan.

Jika ditanya kepada saya, saya akan memilih untuk melawan demi mempertahankan mereka yang jujur.fi

* Syed Badli Shah Syed Osman ialah naib ketua Pemuda PKR.

Wanita ‘duit minyak’ disoal SPRM hampir 3 jam

Faiz Zainudin
CAMERON HIGHLANDS: Seorang wanita yang gambarnya mengagihkan wang semasa pilihan raya kecil Cameron Highlands tular di media sosial disoal hampir 3 jam oleh penyiasat anti-rasuah.

Wanita itu tampil di bilik operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Tanah Rata untuk disoal pada 7 malam tadi, kata sumber.

Menurut sumber, wanita itu disoal mengenai gambar tular pada 13 Januari lalu.

Wanita itu meninggalkan bilik operasi SPRM pada 9.50 malam bersama 3 individu lain dipercayai penyokong Pakatan Harapan.

Sumber berkata individu-individu lain dalam gambar tukar itu turut dipanggil untuk disoal.

FMT dan Astro Awani cuba mendapatkan reaksi wanita terbabit tetapi enggan memberi sebarang komen.

“Mana kereta?” kata wanita itu sebelum menuju ke kenderaan yang menanti sambil menutup wajahnya.

Sebelum ini, tular gambar seorang individu memakai baju berlambang Pakatan Harapan mengagihkan wang kepada beberapa individu lain.

Pemimpin PH berkata individu berkenaan adalah seorang sukarelawan Impian Malaysia dan wang yang diagihkan itu adalah bayaran balik kos petrol para sukarelawan.

Bekas ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh hari ini buat laporan kepada SPRM berkenaan “salah guna” dalam kempen PRK Cameron Highlands.

Katanya, terdapat 4 kejadian sejak kempen berlangsung Ahad lalu.

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin pun dah berani tunjuk belang dengan Anwar Ibrahim

Kow Gah Chie

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin menafikan artikelnya yang diterbitkan Utusan Malaysia dua hari lalu merujuk kepada parti atau presiden parti itu, Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ia hanya merupakan 'pandangan umum' yang tidak merujuk kepada mana-mana parti politik mahupun pemimpin.

"Saya tak ada menuduh PKR kerana sebagai seorang ahli politik, sebagai warganegara Malaysia, saya berhak untuk keluarkan pandangan dan apakah visi saya.

"Jadi ini adalah visi politik untuk masa depan, jadi tidak semestinya menuding, menuju kepada sebuah parti tertentu, so pada saya pengamatan saya kepada keseluruhannya, pada amnya," katanya ketika ditemui di seminar politik di Petaling Jaya hari ini.

Pada 13 Jan, Zuraida dalam artikel di Utusan Malaysia berkata pelantikan mereka yang kalah oleh "parti -parti tertentu” nyata tidak menghormati hasrat akar umbi dan merupakan pengkhianatan kepada demokrasi

Beliau berkata perlembagaan parti itu membenarkan presidennya membuat keputusan mengenai perlantikan tertentu, tetapi ia perlu dilakukan melalui rundingan.

Walaupun tidak menamakan mana-mana parti politik atau pemimpin, pandangannya dilihat sebagai serangan terhadap Anwar.

Zuraida bagaimanapun berkata media sendiri menyimpulkan bahawa beliau merujuk kepada Anwar.

Perbalahan antara kumpulan timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan naib presiden Rafizi Ramli dilihat semakin ketara sejak pemilihan parti itu pada November 2018.

Selepas pemilihan parti yang rata-ratanya dimenangi kumpulan Azmin, Anwar melantik Rafizi dan Saifuddin Nasution Ismail, masing-masing sebagai naib presiden parti dan setiausaha agung.

Anwar juga memilih anggota majlis kepimpinan pusat (MPP) parti itu dan melantik 14 pengerusi PKR negeri.

Sebahagian daripada mereka yang dipilih dalam MPP tidak bertanding pada pemilihan lalu atau kalah di peringkat MPP atau peringkat cabang.

Manakala ada pula yang dilantik menerajui PKR negeri adalah individu yang dianggap masih muda.

Zuraida dalam artikelnya menyatakan pelantikan itu dibuat oleh mereka yang mengkhianati demokrasi dan takut akan kalah.

Sementara itu, Zuraida berkata beliau tidak mengetahui kemungkinan rombakan kabinet dalam masa terdekat seperti yang dijangkakan beberapa pihak.

"Saya tidak tahu tentang rombakan (kabinet)," katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dipercayai mungkin merombak kabinet dan beberapa menteri akan digugurkan.

AHli parlimen Baling ditahan SPRM selepas tiba-tiba muncul

Nur Hasliza Mohd Salleh
PUTRAJAYA: Bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan selepas tiba-tiba muncul di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.

Ahli Parlimen Baling itu memasuki bangunan SPRM berseorangan pada 2.55 petang tadi dengan disambut beberapa pegawai badan anti-rasuah. Beliau ditahan pada 4.30 petang tadi.

SPRM dalam kenyataan berkata Azeez ditahan dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram selepas mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Turut ditahan abangnya, Datuk Abdul Latif Abdul Rahim. Mereka akan didakwa esok.

“Kedua-duanya akan dituduh mengikut Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA),” katanya.

Azeez pernah ditahan SPRM pada 25 September tahun lepas bawah akta yang sama. Dia dibebaskan dengan ikat jamin SPRM pada 5 Oktober.

Pengerusi masjid kesal telefon RM21,000 belum dipulangkan oleh penguatkuasa

Pengerusi Masjid Ibnu Khaldun, Taman Lavender Heights di Seremban, Mohd Asna Amin kecewa kerana telefon bimbitnya masih belum dipulangkan pihak berkuasa.

Beliau yang disiasat berhubung kematian beberapa ekor anjing akibat diracun baru-baru ini, berkata telefon berharga RM21,000 itu masih dalam simpanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) yang menyiasat kes berkenaan.

Katanya, telefon yang dirampas polis semasa siasatan kes pada 9 Januari lalu, penting kerana mengandungi banyak maklumat peribadi, gambar keluarga selain urusan perbankan elektronik.

"Melalui telefon itu saya mengesahkan pembayaran gaji kepada lebih 300 pekerja. Begitu juga e-mel berkaitan syarikat, pembayaran bank secara atas talian dan lain-lain urusan," katanya dilapor Utusan Malaysia hari ini.

Mohd Asna disiasat selepas seorang penduduk membuat laporan polis berhubung penemuan bangkai tiga ekor anjing yang dipercayai mati selepas diberi makanan mengandungi racun awal bulan ini.

Baca: Penduduk kesal sikap pemilik anjing, pertahan pengerusi masjid

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaluddin, Jumaat lalu memaklumkan polis telah menghentikan siasatan.

Bagaimanapun kes tersebut kini disiasat oleh JPVNS.

Mohd. Asna berkata Pengarah JPVNS, Dr Nik Hamidah Nik Husin dalam sesi dialgo bersama penduduk Taman Lavender Heights baru-baru ini berjanji memulangkan telefon itu dalam tempoh sehari atau dua hari.

"Polis sudah menghentikan siasatan, kenapa telefon bimbit saya belum dipulangkan. Setahu saya hanya polis berhak merampas bukannya jabatan tersebut," katanya.

Sementara itu, Nik Hamidah ketika dihubungi Utusan enggan mengulas lanjut dan memaklumkan kes itu masih dalam siasatan.

Polis tangkap ‘orang biru’ kerana buat penduduk kampung panik

Predeep Nambiar
GEORGE TOWN: Polis hari ini menangkap seorang perempuan yang merayau dekat sebuah kampung di Kepala Batas sejak minggu lalu, dengan seluruh tubuhnya bewarna biru.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Noorzainy Mohd Noor berkata, perempuan itu mengakibatkan penduduk di kawasan itu panik.

Katanya, polis mendapat tahu ketika perempuan itu merayau dekat tadika kerajaan.

“Kami mahu tahu kenapa dia berbuat demikian. Dia selalu di kawasan itu hingga digelar ‘orang biru’ oleh penduduk,” katanya.

Ada kalanya, perempuan itu juga kelihatan menunggang motosikal di sekitar Pajak Song, sebuah kampung di selatan Kepala Batas.

Apabila polis menemuinya jam 10 pagi tadi, dia tidak dapat menunjukkan surat pengenalan dan mendakwa dia dari Indonesia.

Katanya, perempuan itu ditahan untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 kerana tiada permit yang sah ke Malaysia.

Noorzainy berkata, dia akan dibawa ke Mahkamah Magistret esok untuk perintah reman,

Dalam Facebook itu, perempuan itu memakai baju kebaya hitam dengan kasut sukan warna hitam dan kelihatan merenung tajam.

Presiden Skuad Badar ditahan untuk siasatan

Presiden Skuad Badar Azhar Mohamad ditahan pihak berkuasa semalam bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran Akta Pertubuhan dan Akta Rahsia Rasmi.

Beliau ditahan bersama seorang lagi ahli NGO itu yang berusia 30-an, di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Muda.

Menurut laporan Harian Metro, penahan itu mengakibatkan Azhar, 46 direman selama empat hari bagi tujuan siasatan.

Difahamkan penahanan kedua-dua mereka dipercayai susulan laporan yang dibuat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) terhadap Azhar seperti yang tular di laman sosial.

Azhar dikatakan ditahan kerana melakukan aktiviti penguatkuasaan tanpa kebenaran JHEAIK dan skuad itu tidak pernah dilantik menjadi penguat kuasa agama yang sah.

Selain itu menurut laporan JAHEAIK, skuad itu tidak pernah diberikan tauliah ataupun dibenarkan memasuki premis tanpa kebenaran dan waran geledah.

Penahanan pengasas NGO itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Skuad Badar terkenal dengan sesi tarbiahnya terhadap pasangan ditangkap khalwat yang dijalankan di atas kubur.

Parti MyPPP diharamkan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran MyPPP mulai hari ini.

Pembatalan itu dimaklumkan oleh Pendaftar Pertubuhan Masyati Abang Ibrahim kepada parti dengan salinan kepada pemimpin-pemimpin hari ini, melalui sepucuk surat.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan rayuan yang didapati "tidak menunjukkan sebab-sebab yang cukup di sebaliknya".

"Maka oleh itu, diperintahkan pendaftaran pertubuhan yang namanya tersebut di atas dibatalkan mulai tarikh perintah ini," menurut salinan surat itu yang dilihat Malaysiakini.

Berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, keputusan itu boleh dirayu dalam tempoh 30 hari.

Parti itu sebelum ini mengalami krisis kepimpinan apabila dua kem masing-masing mendakwa menerajui parti itu.

Kumpulan bekas menteri M Kayveas mengisytiharkan MyPPP sebagai bebas dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Kem bekas timbalan menteri Maglin D' Cruz pula berkata MyPPP adalah parti mesra BN.

Surat pembubaran parti itu dihantar kepada kedua-dua kem.
-malaysiakini

Adik mengaku bersalah sumbang mahram bersama kakak

Seorang budak lelaki 14 tahun hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Kampar atas pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan kakak kandungnya sejak dua tahun lepas.

Dia membuat pengakuan itu itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan kakak kandungnya berumur 16 tahun di rumah mereka pada Disember 2017 hingga Mei 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Mahkamah menetapkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Feb ini untuk menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Norashikin Hassanor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan remaja itu melakukan perbuatan tersebut sehingga kakaknya melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas rumah mereka pada 15 Dis lepas. Tertuduh ditahan di rumah itu pada hari yang sama.
-Bernama

Polis tembak mati lelaki cuba campak kanak-kanak dari tingkat 4

Bernama
TUARAN: Polis Sabah menembak mati seorang lelaki yang menjadikan kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun sebagai tawanan di sebuah apartmen di Telipok, dekat sini, petang tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata tindakan itu diambil selepas suspek cuba mencampak kanak-kanak tersebut dari tingkap dapur sebuah unit di tingkat 4 apartmen berkenaan kira-kira 6 petang tadi.

Katanya, polis menerima laporan kanak-kanak perempuan itu diculik seorang lelaki tidak dikenali pada 4 petang.

“Di tingkat 4 blok apartmen ini ada sebuah gerai dan suspek pergi ke gerai itu, sebelum tiba-tiba mengeluarkan pisau dan menangkap kanak-kanak tersebut yang berada di luar gerai dan mengurungnya di unit rumah tersebut,” katanya di tempat kejadian.

Beliau berkata, suspek yang dianggarkan berusia 30-an sebelum itu mengarahkan penghuni unit berkenaan keluar dari rumah.

“Selepas menerima laporan itu, polis bergegas ke lokasi kejadian dan cuba berunding dengan suspek agar melepaskan kanak-kanak tersebut, namun suspek terus meletakkan pisau di leher kanak-kanak berkenaan sehingga menyebabkan luka.

“Suspek kemudian cuba mencampak kanak-kanak itu dan polis terpaksa mengambil tindakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki berkenaan,” katanya sambil menambah polis mengambil kira-kira 2 jam berunding dengan suspek.

Menurut Omar, suspek maut di tempat kejadian, sementara kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut.

Katanya, pemeriksaan awal polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada badan suspek dan lelaki itu juga dipercayai bukan penduduk setempat.

Omar tidak menolak kemungkinan suspek mengalami masalah mental kerana dia tidak membuat sebarang ugutan mahupun tuntutan, ketika diminta melepaskan kanak-kanak tersebut dan menyerah diri.

Katanya, polis akan menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, nenek mangsa, Sharmala Mohd Akhir menafikan kejadian itu berpunca daripada dendam.

“Kami tidak kenal langsung dan tidak pernah nampak lelaki itu,” katanya di lokasi kejadian.

Katanya, beliau hanya tahu cucunya diculik dan dijadikan tawanan selepas berlaku kekecohan di kawasan itu.

Ibu saudara kanak-kanak itu, Nor Fatihah Nasir pula berkata, ketika kejadian, ibu mangsa berada di dalam rumah.

“Si ibu hanya tahu anak diculik selepas diberitahu jiran.”

PRK Cameron Highlands: Gambar wanita berbaju PH agih wang tersebar

PRK CAMERON HIGHLANDS | Beberapa pemimpin politik pembangkang mengulas di Twitter berhubung gambar yang memaparkan seolah-olah jentera kempen Pakatan Harapan (PH) Cameron Highlands sedang mengagihkan wang.

Gambar yang dimaksudkan itu memaparkan seorang wanita berbaju PH Cameron Highlands mengagihkan wang kepada beberapa individu yang turut memakai baju sama.

Salah seorang pemimpin pembangkang yang mengirim ciapan berserta gambar itu adalah Anggota Parlimen Umno Kinabatangan Bung Moktar Radin.

Bung Moktar turut memberi gambaran bahawa "pemberian wang" akan lebih berleluasa pada hari mengundi.

"Ini bukan politik wang, kakak ni cuma bagi duit minum, tunggulah kat pembuangan undi baru bagi wang besar lagi.

"Sekarang ni pancing dulu mood orang muda, kalau boleh tipu lagi baru masuk gear 4," katanya.

Selain itu, Naib Presiden MIC dan bekas penyandang kerusi Cameron Highlands, C Sivarraajh turut mengulas gambar berkenaan.

“Ini tak apa sebab mereka kerajaan persekutuan.

"Kalau kita bagi kenduri untuk jentera pun salah besar sampai lima tahun tak boleh mengundi," katanya.

Kemenangan Sivarraajh di kerusi Cameron Highlands pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebelum ini dibatalkan selepas Mahkamah Pilihan Raya mendapati berlaku pembelian undi dan seterusnya mengarahkan kerusi itu dikosongkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga menetapkan Sivarraajh hilang kelayakan bertanding dan mengundi selama lima tahun.

Sementara itu, tidak ketinggalan mengulas gambar berkenaan adalah Anggota Parlimen Umno Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang cuba berjenaka dan mengaitkannya dengan buah ikonik Cameron Highlands.

"Brader tu minta kakak tu tukar duit kecil sebab nak beli strawberi Cameron Highlands. Husnudzon (Bersangka baik)," katanya.

Malaysiakini difahamkan DAP sedang bermesyuarat di Cameron Highlands berhubung isu berkenaan dan dijangka mengeluarkan kenyataan media.

Ketika dihubungi, pengurus kempen PH bagi PRk Cameron Highlands, Wong Kah Woh berjanji akan merespons isu berkenaan dalam masa terdekat.

Kunyah makanan ini untuk berhenti merokok

Butterkicap

Ada pelbagai cara untuk anda berhenti atau kurangkan perasaan mahu merokok anda. Ada yang cadangkan anda bersenam, dapatkan hobi baru dan bermacam-macam lagi.
Namun begitu, cara yang paling berkesan adalah menggunakan makanan.

Di bawah, terdapat 7 jenis makanan yang diyakini dapat membantu anda, sama ada untuk kurangkan kekerapan anda merokok ataupun berhenti terus.

1. Bertih Jagung

Tahukah anda, bertih jagung merupakan makanan yang sesuai untuk anda ambil jika anda nak kurangkan keinginan merokok?
Ha, jangan ingat kalau nak berhenti merokok anda kena makan sayur dan salad sahaja!

Anda mesti tertanya-tanya kenapa bertih jagung? Jawapannya memang mudah dan menghairankan. Apabila anda nak berhenti merokok, akan timbul perasaan untuk makan. Bukannya anda lapar atau mengidam makanan tertentu. Anda cuma nak kunyah.

Oleh itu, bertih jagung merupakan snek paling sesuai untuk anda jadikan sebagai makanan kudapan. Kerangupan bertih jagung cukup untuk membuatkan anda tidak mencapai rokok. Meskipun begitu, pastikan bertih jagung yang anda makan tidak disalut dengan karamel mahupun mentega. Jika tidak, memang naiklah berat anda nanti!

2. Epal

Makanan seterusnya yang sesuai untuk anda ambil ialah buah-buahan. Dalam artikel ini, kami syorkan anda untuk makan epal.
Epal, baik yang merah mahupun hijau, mempunyai tekstur yang rangup seperti bertih jagung. Kerangupan ini sesuai untuk memenuhi keinginan anda untuk mengunyah sesuatu.


Namun begitu, takkanlah anda nak makan bertih jagung setiap hari, betul tak? Membosankan betul!

Selain itu, buah-buahan juga didapati membuatkan rasa dan bau rokok lebih kuat dan pahit. Pasti membuatkan anda tak teringin nak pegang walau sebatang rokok pun.

3. Yogurt

Menurut jurnal Kajian Tembakau & Nikotin yan diterbit pada tahun 2013, perokok lazimnya, kurang makan berbanding golongan bukan merokok. Ini kerana, nikotin mengurangkan selera makan anda.
Oleh itu, apabila anda berhenti merokok, anda akan cepat berasa lapar. Pastikan makanan yang anda ambil adalah sihat dan rendah kalori seperti yogurt. Namun begitu, jangan makan yogurt kosong. Tambahkan dengan buah-buahan dan kekacang untuk membuatkan anda lebih kenyang dan dapat bertahan lama.

Jika anda asyik makan makanan rendah kalori, anda akan merokok dengan lebih banyak iaitu 8% lebih tinggi berbanding golongan yang makan makanan berhenti merokok berkalori tinggi. Hal ini dinyatakan dalam satu kajian yang diterbit pada tahun 2005 dalam jurnal Psychopharmacology.

4. Coklat hitam

Kalau anda peminat coklat hitam, melihat bahan ini dalam senarai artikel ini pasti menggembirakan hati anda. Bagi yang tidak tahu, coklat hitam sebenarnya kaya dengan pelbagai nutrien yang baik untuk badan anda seperti antioksida dan flavoid.
Antioksida dikenali sebagai ejen yang membantu melawan radikal bebas dalam badan yang boleh menjadi barah. Flavoid pula merupakan metabolit tumbuhan yang menghasilkan antioksida.

Pasti anda terfikir, bagaimana kedua-dua bahan ini dapat membantu anda berhenti atau mengurangkan kekerapan merokok anda? Apabila anda merokok, kadar nikotin dalam badan yang tinggi akan membuatkan dopamin merembes keluar. Dopamin merupakan komponen kimia yang membuatkan anda berasa gembira.

Coklat hitam merupakan ejen rembesan dopamin semula jadi dan memberikan kesan yang sama seperti anda merokok. Daripada merokok, lebih baik anda makan coklat, betul tak?

5. Asam

Buah kering seperti asam merupakan makanan yang sesuai untuk membantu mengurangkan kekerapan merokok. Memandangkan anda akan cepat berasa lapar selepas berhenti merokok, kunyah sesuatu yang sihat dan mengenyangkan. Daripada makan makanan yang tidak sihat dan berlemak, buah-buahan kering ialah pilihan yang lebihtepat kerana kaya dengan vitamin, mineral dan protein penting untuk badan anda.
Makan segenggam buah-buahan kering 2 atau 3 kali sehari dan perut anda kekal kenyang sambil pastikan mulut anda kekal sibuk.

6. Oat

Jika anda nak sesuatu yang lebih mengenyangkan dan masih berazam untuk berhenti merokok atau mengurangkan kekerapan merokok, oat merupakan pilihan terbaik.
Oat terbukti sebagai makanan penahan keinginan merokok berdasarkan kajian yang dijalankan oleh ahli sains dari Scotland. Mereka membahagikan perokok kepada 2 kelompok dan salah satu daripada kelompok tersebut diarahkan untuk jadikan oat sebagai snek mereka.

Selepas sebulan, kelompok yang makan oat didapati merokok 1/3 daripada jumlah rokok yang dihisap oleh kelompok kedua. Perkara yang lebih menarik adalah walaupun anda berhenti makan oat, anda akan masih dapat menahan diri daripada mencapai rokok. Hal ini dibuktikan apabila beberapa orang perokok dalam kajian tersebut terus berhenti merokok meskipun sudah dua bulan mereka tidak masukkan oat dalam diet mereka.

Memang sesuatu yang cukup menaikkan semangat, bukan?

7. Keju

Bahan makanan terakhir dalam artikel ini untuk membantu anda berhenti merokok ialah keju. Bagi peminat keju dalam kalangan perokok, semestinya melihat bahan ini menerbitkan perasaan gembira dalam hati anda.
Baguslah begitu kerana anda perlukan motivasi untuk berhenti, bukan?

Keju merupakan bahan makanan yang baik kerana 2 perkara. Perkara pertama ialah keju menjadikan rasa dan bau rokok busuk. Hal ini akan membuatkan anda tidak ‘berselera’ untuk merokok. Perkara kedua ialah keju membantu untuk menghapuskan sisa nikotin dalam badan anda yang membuatkan anda gian untuk merokok. Dalam erti kata lain, anda boleh melihat keju sebagai pembersih nikotin semula jadi.

Artikel ini pernah diterbitkan di dalam www.butterkicap.com

Melaka serah polis siasat lelaki dakwa pemilik Malaysia

Kerajaan Melaka menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan seorang lelaki yang mengaku sebagai ‘tuan punya’ (pemilik) kerajaan Malaysia dan layak untuk menuntut jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong serta perdana menteri.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, berkata tindakan perlu diambil berhubung perkara itu sebagai langkah pencegahan agar ia tidak berlarutan sehingga boleh mencemarkan perlembagaan negara.

Menurutnya di Melaka memang ada beberapa kes yang melibatkan individu mendakwa diri mereka sebagai sultan atau kedudukan dalam negeri.

“Malaysia mempunyai kedaulatan undang-undang serta perlembagaan, ia wajib dipatuhi oleh semua.

"Saya serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan sisatan dan juga mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Masyarakat Majmuk anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), di Melaka hari ini.

Terdahulu, individu dikenali sebagai Ahmad Abdul Kadir Ismail, 47, dalam sidang media di Sungai Rambai mendakwa dia adalah ‘tuan punya’ kerajaan Malaysia dan layak menuntut jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong serta perdana menteri.

Ahmad Abdul Kadir mendakwa beliau adalah aset kepada negara, tuan punya kerajaan Malaysia atau Tanah Melayu, selain mendakwa memiliki banyak alat kebesaran seperti keris kerajaan Bukit Seguntang, lembing Parameswara dan beberapa alat kebesaran dari China.

Sementara itu dalam perkembangan lain Adly menyarankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencontohi usaha berterusan Perkim membantu saudara baru Islam dalam pelbagai aspek termasuk kebajikan dan memahami ajaran agama dengan lebih mendalam.

Katanya ​​​​​​​peranan Perkim menganjurkan pelbagai program bersama masyarakat bukan Islam merupakan usaha memperkukuh ukhwah dalam masyarakat majmuk demi kesejahteraan bersama.

Justeru katanya peranan Perkim serta NGO amat penting untuk menyatu-padukan masyarakat tanpa mengira agama atau bangsa.

"Kita tidak mahu ada dalam pemikiran masyarakat Islam khususnya saudara baru kita bahawa mereka diasing atau dipinggirkan sedangkan Islam membawa rahmat kepada semua umat manusia," katanya.

Adly berkata Islam mengutamakan kasih sayang dan perdamaian berbanding permusuhan dan peperangan.

Malah katanya Islam meletakkan aspek kesamarataan kepada orang Islam atau bukan Islam dalam isu hak serta tanggungjawab.
-Bernama

Bekas ketua hakim negara telah memalukan diri sendiri

Sehari selepas tampil membuat dakwaan terhadap Sultan Muhammad V dan Dr Mahathir Mohamad, bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamed menarik balik kata-katanya.

Malah beliau mengaku cuai dalam kenyataan yang menyenaraikan kesilapan Sultan Muhammad V semasa baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Antara lain Abdul Hamid mendakwa Mahathir berkunjung ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri tanpa diundang pada 9 Mei tahun lalu.

“Dengan rendah diri dan dengan penuh penyesalan, saya memohon maaf kepada YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir di atas kesilapan itu dan apa-apa persepsi negatif terhadap beliau yang disebabkan oleh kesilapan dan komen itu.

“Saya juga mengangkat sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong memohon maaf kiranya terdapat apa-apa kesilapan fakta yang melibatkan baginda dalam rencana itu walaupun - setakat ini - belum ada sesiapa yang menunjuknya.

“Saya juga memohon maaf kepada semua pihak yang telah menyiarkan rencana itu dan kepada semua pembaca di atas kesilapan dan kecuaian saya itu,” kata Abdul Hamid melalui kenyataan yang disiarkan di blognya, hari ini.

Tak kemukakan alasan

Semalam, Malaysiakini melaporkan kenyataan Abdul Hamid yang mendakwa Sultan Muhammad V melakukan beberapa kesilapan semasa menduduki takhta, termasuk berhubung pengampunan ke atas Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Abdul Hamid berkata, adalah satu kesilapan bagi baginda untuk memberitahu Mahathir bahawa baginda bersetuju untuk mengampunkan Anwar.

Selain itu Abdul Hamid juga menyentuh semasa pemerintahan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda sering mengadakan majlis angkat sumpah di luar waktu pejabat.

Kata Abdul Hamid apa yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-14 ialah Mahathir pergi ke istana untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Dakwanya, tindakan Dr Mahathir itu kerana takut kiranya akan berlaku lompatan parti oleh ahli-ahli parlimen yang baru dipilih itu yang akan menyebabkan PH kehilangan majoriti.

Sementara itu, Abdul Hamid turut mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap kenyataan itu.

“Saya terima kenyataan itu sepenuhnya. Saya akui bahawa saya telah membuat kesilapan fakta dan juga komen yang berbangkit daripada kesilapan fakta itu dalam penulisan rencana itu.

“Saya akui ia disebabkan oleh kecuaian saya sendiri dan saya tidak mengemukakan apa-apa alasan (excuse) di atas kesilapan itu. Saya bertanggungjawab penuh,” katanya.
-malaysiakini

Tengku Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang

Pemangku Sultan Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang yang baru menggantikan ayahanda baginda yang gering.

Istiadat pemasyhuran berkenaan akan diadakan pada 15 Jan ini.

Perkara itu disahkan oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Perkembangan terbaru ini juga mengesahkan laporan Malaysiakini yang memetik beberapa sumber memberi gambaran pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang keenam.

Malaysiakini juga sebelum ini difahamkan bahawa Menteri Besar Pahang dan Ahli Parlimen Pekan Wan Rosdy Wan Ismail yang sedang berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands akan dipanggil pulang.

Mengikut sistem penggiliran ketua negara, Sultan Ahmad Shah seharusnya mengisi jawatan Yang di-Pertuan Agong, kemudian diikuti Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bagaimanapun, Sultan Ahmad Shah sedang gering.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong kosong selepas Sultan Muhammad V meletakkan jawatan.
-malaysiakini
PRK CAMERON HIGHLANDS | Pilihan raya kecil Cameron Highlands akan bermula hari ini yang akan melihat Pakatan Harapan cuba mencipta sejarah dengan merampas kerusi itu dari BN buat kali pertama.

BN telah memutuskan untuk memecahkan tradisi dengan tidak meletakkan calon dari MIC dalam pertandingan itu dan sebaliknya akan meletakkan Ramli Mohd Nor, yang bukan ahli mana-mana parti gabungan BN.

Ramli, anak tempatan dan bekas pegawi kanan polis, kini menjadi "favourite" untuk memenangi pertandingan itu kerana beliau dijangka mendapat sokongan pengundi Melayu dan Orang Asli, yang merupakan kira-kira sepearuh daripada jumlah pengundi.

Harapan akan meletakkan M Manogaran, seorang peguam yang membuat cubaan ketiga untuk memenangi kerusi Cameron Highlands.

BN telah memenangi kerusi Cameron Highlands oleh sekerat pada tahun 2013 dan 2018.

Pertandingan empat penjuru

10.10 pagi - SMK Sultan Ahmad Shah - Nampaknya pilihan raya kecil Cameron Highlands akan menyaksikan pertandingan empat penjuru kerana tiada yang hilang kelayakan selepas semua empat calon memfailkan kertas pencalonan mereka.

Calon kini sedang mencabut untuk nombor mereka.

Mereka adalah calon Harapan M Manogaran dan Ramli Mohd Nor dari BN.

Dua calon bebas juga akan mencuba nasib mereka, iaitu Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

Presiden MyPPP yang dipertikaikan M Kayveas tidak memfailkan kertas pencalonannya selepas mengisytiharkan sokongan untuk Harapan.

Kayveas muncul, menyokong Harapan

9.40 pagi - Di luar SMK Sultan Ahmad Shah - Presiden MyPPP yang dipertikaikan M Kayveas, yang telah menyatakan hasratnya untuk bertanding, tiba.

Bagaimanapun, beliau tidak memasuki pusat penamaan calon. Sebaliknya, beliau bertemu dengan presiden Umno, Mohamad Hasan dan berpelukan.

Dia kemudiannya mendedahkan bahawa dia tidak akan bertanding dalam pilihan raya itu.

Dalam pengumuman yang mengejutkan, Kayveas berkata beliau akan menyokong calon Harapan.

"Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini, saya akan secara terbuka dan agresif menyokong calon Harapan.

"Harapan adalah apa yang Cameron Highlands perlu untuk melihat perubahan yang diperlukan selama bertahun-tahun.

Empat calon berdaftar

9:30 pagi - SMK Sultan Ahmad Shah - Setakat ini, empat calon telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mereka adalah M Manogaran Pakatan Harapan, calon BN Ramli Mohd Nor dan dua calon bebas iaitu Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

Penamaan ditutup pada pukul 10 pagi.

Turut hadir di dewan penamaan ialah Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun.
-malaysiakini

Laungan 'Daulat Tuanku' akhiri Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang

KUALA LUMPUR 11 Jan. - "Sama-sama," demikian reaksi Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada media selepas menerima ucapan 'Tahniah Tengku'.

Ucapan tersebut diberikan selepas desas-desus khabar angin dalam kalangan delegasi istana Pahang bahawa pertemuan hari ini bagi mendapatkan perkenan memasyhurkan Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang.


Terdahulu, Tengku Abdullah mempengerusikan Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang berlangsung lebih tiga jam bermula pukul 4 petang, di sini.

Sebelum mesyuarat tersebut berakhir kira-kira pukul 7.30 malam, kedengaran bunyi laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali dalam kalangan Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang sebelum merakam gambar bersama.

"Terima kasih media, terima kasih semua. Tak boleh komen," kata Tengku Abdullah selepas ditanya mengenai intipati mesyuarat tersebut.

Mesyuarat yang terdiri daripada Orang-Orang Berempat, Berlapan dan 16 serta kerabat-kerabat diraja Pahang itu diadakan selepas Majlis Pengurniaan Suratcara Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak bagi menggantikan Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Sementara itu, Sallehuddin berkata, pengumuman mengenai mesyuarat hari ini hanya akan dimaklumkan esok di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

"Mengenai apa-apa keputusan hari ini akan diumumkan di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pukul 3 petang," katanya yang enggan mengulas lanjut. - UTUSAN ONLINE

Esok ada pengumuman dari istana di Pekan

Faisal Asyraf

Selepas Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahan bermesyuarat selama kira-kira tiga setengah jam di Kuala Lumpur, tidak ada sebarang maklumat didedahkan kepada media berhubung keputusan yang dibuat hari ini.

Bagaimanapun pihak istana Pahang dijangka akan membuat pengumuman mengenainya di Istana Abu Bakar di Pekan, esok.

Hal itu dinyatakan setiausaha kerajaan negeri yang baru dilantik, Sallehuddin Ishak, selepas pertemuan sebuah hotel di Kuala Lumpur berakhir kira-kira jam 7.40 malam tadi.

Ketika ditanya lebih lanjut mengenai butiran mesyuarat tersebut - yang dipengerusikan pemangku Sultan Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah - Sallehuddin hanya menjawab ringkas.

"Akan ada pengumuman di Istana Abu Bakar, Pekan jam 3 petang esok," katanya.

Sallehuddin juga enggan mengulas mengenai perkara yang akan diumumkan itu, termasuk kemungkinan ia berkaitan dengan mesyuarat hari ini.

Tengku Abdullah juga enggan memberi komen mengenai pertemuan tersebut.

"Terima kasih semua, tak ada komen," katanya.

Doakan yang terbaik

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Jumaah Pangkuan Diraja Pahang bersidang dengan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjadi pengerusinya.

Pertemuan berlangsung di Jalan Conlay Kuala Lumpur itu menarik perhatian selepas Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Untuk rekod Tengku Abdullah ketika ini ialah pemangku Sultan Pahang ekoran keadaan kesihatan Sultan Ahmad Shah yang tidak mengizinkan.

Tinjauan Malaysiakini mendapati antara tokoh yang menyertai pertemuan hari ini ialah bekas perdana menteri yang juga anggota parlimen Pekan Najib Razak dan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.

Bagaimanapun Tengku Abdullah cuma memberi kenyataan ringkas ketika ditanya wartawan sejurus sebelum memasuki bilik mesyuarat.

"Assalamualaikum, doakan yang terbaik ya," titah Tengku Abdullah yang diiringi adiknya Tengku Muda Tengku Abdul Rahman al-Haj.

Media sebelum ini melaporkan ada kemungkinan Tengku Abdullah akan ditabalkan sebagai sultan yang baru untuk Pahang bagi menggantikan Sultan Ahmad Shah.

Langkah itu juga membuka kemungkinan Tengku Abdullah dilantik mengisi kekosongan jawatan Agong selepas pengunduran Sultan Muhammad V.

Mengikut sistem penggiliran Agong, selepas Kelantan jawatan Agong akan disandang oleh Sultan Pahang.

Majlis Raja-raja akan bersidang pada 24 Jan ini bagi melantik Agong ke-16 dan majlis mengangkat sumpah dijangka diadakan pada seminggu kemudian.

Sehingga Agong yang baru dilantik Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga timbalan Yang di-Pertuan Agong kini menjadi pemangku Agong.
-malaysiakini

Bekas ketua hakim senaraikan kesilapan Sultan Muhammad V

Bekas Ketua Hakim Negara, Abdul Hamid Mohamad mendakwa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V melakukan beberapa kesilapan semasa menduduki takhta, termasuk berhubung pengampunan ke atas Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Menulis dalam satu rencana yang disiarkan di laman Umno Online dan juga laman web peribadinya, Abdul Hamid berkata, adalah satu kesilapan bagi Seri Paduka untuk memberitahu Perdana Menteri Dr Mahathir bahawa baginda bersetuju untuk mengampunkan Anwar.

"Bahawa adalah satu kesilapan bagi Yang di-Pertuan Agong memberitahu Dr Mahathir bahawa baginda bersetuju untuk mengampunkan Anwar sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan dan menerima kunjungan Anwar.

“Lebih buruk lagi apabila Seri Paduka memberitahu Anwar bahawa beliau diampunkan kerana ketidakadilan yang dilakukan kepadanya.

“Itu demoralise mahkamah, pendakwa raya dan polis kerana ia seolah-oleh menyatakan bahawa mereka kelihatan seperti alat kerajaan sebelumnya,” katanya.

Luar waktu pejabat

Selain peristiwa itu, bekas ketua hakim negara itu juga menyentuh tentang semasa pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, baginda sering mengadakan majlis-majlis angkat sumpah di luar waktu pejabat.

Ini, katanya, termasuk majlis mengangkat sumpah pelantikan kontroversi Md Rauf Sharif sebagai ketua hakim Negara dan Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai presiden mahkamah rayuan untuk tempoh lanjutan yang dilakukan pada waktu malam.

“Begitu juga majlis angkat sumpah Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara. Ini adalah fungsi rasmi Yang di-Perttuan Agung yang serius. Ia patut dilakukan di waktu pejabat,” katanya.

Abdul Hamid juga berkata, majlis mengangkat sumpah Dr Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh negara juga wajar diberi perhatian khusus.

Katanya, apa yang berlaku pada malam 9 Mei sebaik sahaja pengumuman keputusan pilihan raya ke-14 menunjukkan bahawa Pakatan Harapan (PH) telah mendapat majoriti, Dr Mahathir telah ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Tanpa diundang

Ini, kerana, beliau takut kiranya akan berlaku lompatan parti oleh ahli-ahli parlimen yang baru dipilih itu yang akan menyebabkan PH kehilangan majoriti.

“Bagi saya, adalah memalukan bagi seorang bakal perdana menteri untuk pergi tanpa diundang, pada waktu malam, mungkin untuk mengejutkan Yang di-Pertuan Agong jika baginda sedang beradu, untuk mengangkat sumpah beliau sebagai perdana menteri.

“Kedua, Agong tidak sepatutnya nampak seperti menjalankan tugasnya di bawah tekanan. Seri Paduka berhak memuaskan dirinya siapa, menurut pendapatnya, mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang baru dipilih itu,” katanya.

Menurut Abdul Hamid, jika ahli-ahli Parlimen yang baru dipilih hendak menyeberang dan menyeberang balik malam itu, mereka seharusnya dibenarkan berbuat demikian.

“Sekurang-kurangnya, Seri Paduka sepatutnya berpeluang untuk memuaskan diri baginda siapa yang mempunyai sokongan majoriti, pada siang hari keesokan harinya,” katanya.

Sambil menyifatkan upacara mengangkat sumpah perdana menteri adalah upacara paling penting yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata bekas ketua hakim negara itu, ia perlu dilakukan di majlis yang sesuai.

“(Ia) dihadiri oleh para VIP termasuk, saya cadangkan, mantan perdana menteri terakhir, dan disiar secara langsung oleh televisyen.

“Ia akan membuktikan bahawa demokrasi berjalan dengan baik di Malaysia. Ia juga menunjukkan kematangan ahli-ahli politik di Malaysia..

“Saya harap di masa hadapan Yang diPertuan Agong tidak akan tunduk kepada tekanan. Biarkan calon perdana menteri piket di luar Istana Negara sepanjang malam jika beliau mahu,” katanya.

Saksi: Tsunami Selat Sunda setinggi pokok kelapa

Bernama
BANTEN: Gelombang tsunami melanda Selat Sunda, 22 Dis lepas, yang membadai daerah Sumur dan Taman Jaya 2 serta sekelilingnya sudah pastinya menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada penduduk setempat.

Ia sentiasa akan menjadi bayangan hitam kepada mereka walaupun tragedi terakhir tsunami berlaku pada tahun 1883, berikutan letusan gunung berapi Krakatau yang menyebabkan ribuan mangsa terkorban.

Seorang lelaki mangsa tsunami itu, Yatnor, 40, berkata, pada hari kejadian beliau sempat menyaksikan ombak tsunami setinggi pokok kelapa iaitu kira-kira 8 meter.

“Pada waktu itu, saya sedang bersantai bersama teman di tingkat 2 rumah papan saya di Sumur, ketika itu saya lihat penduduk kampung bertempiaran lari menyelamatkan diri kerana melihat ombak tsunami yang bergulung-gulung.

“Saya terpaku beberapa minit melihat ombak itu (tsunami) yang berselang-selang datang, seolah-olah kaki saya tidak mampu bergerak untuk menyelamatkan diri. Syukur ada teman yang menarik tangan saya,” katanya ketika ditemui di posko (pusat bantuan sementara), di sini.

Tidak lama kemudian, Yatno melarikan diri sekuat hati untuk pergi ke tempat tinggi, selang beberapa minit ombak tsunami itu membadai rumah 2 tingkat miliknya.

“Ia amat menakutkan sekali (ombak setinggi pokok kelapa), syukur kepada Allah saya terselamat,” katanya yang bergelinangan air mata.

Seorang lagi saksi yang juga nelayan, Maimunah, 42, berkata, ketika kejadian, dia bersama suami berada di dalam rumah nelayan, yang dibina menggunakan buluh di laut, sekitar 8.00 malam.

“Waktu itu, saya hendak menyimpan jaring ikan, tidak lama kemudian suami saya memekik mengatakan air laut tiba-tiba menjadi surut dan ditarik ke pertengahan laut.

“Saya terkejut atas pekikan suami dan keluar melihat kesemua air laut telah ditarik habis dan nampak ombak tsunami yang tinggi sama seperti pokok kelapa dari jauh,” katanya.

Maimunah berkata, waktu itu dia merasakan seperti ajalnya telah tiba kerana jarak ombak tsunami dengan rumah nelayan hanya anggaran 60 meter, namun dia dan suami sempat melarikan diri.

“Saya sangat trauma dan akan ingat sampai bila-bila kejadian ini (tsunami) yang menimpa kampung kami serta saya bercadang untuk berhenti menjadi nelayan,” katanya.

Tsunami, yang melanda Selat Sunda pada 22 Dis lepas, berlaku ekoran pergerakan tanah di bawah dasar laut akibat letusan Gunung Anak Krakatau yang diikuti gelombang kuat.

Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) melaporkan sehingga kini lebih 400 orang maut, manakala 30,000 hilang tempat tinggal.

Lokman Adam ditahan bawah Akta Hasutan

PETALING JAYA: Datuk Seri Lokman Noor Adam ditahan polis bagi tujuan siasatan dan akan direman bawah Akta Hasutan.

Penahanan ahli majlis tertinggi Umno itu dimaklumkan oleh Pemantau Malaysia Baru (Pemantau) malam tadi.

Setiausaha Lisa Yahaya berkata penahanan Lokman, yang juga presiden NGO itu, berkait dengan dakwaan mengatakan kerajaan cuba melindungi pembunuh dalam kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Lokman ditahan pada 2 petang hari ini selepas hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk diambil keterangan.

“Lokman diberitahu dia perlu ditahan bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Beliau akur dan berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi membantu siasatan,” kata Lisa kepada FMT.

Lokman dibawa ke beberapa tempat dan beberapa individu lain turut disiasat, dan pada 10 malam tadi dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan diarah bermalam.

Lokman dijangka dibebaskan pada 9 pagi nanti, kata Pemantau.

Lokman antara individu yang lantang mengkritik kerajaan Pakatan Harapan selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya umum lalu.

Adib cedera parah dipercayai dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, November lepas dan anggota bomba itu disahkan meninggal dunia pada Disember di Institut Jantung Negara (IJN).

Polis hari ini mengumumkan siasatan kes Adib lengkap sepenuhnya dan kertas siasatan dirujuk kepada pejabat timbalan pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

Apa nak jadi, jadilah - Anwar

KUALA LUMPUR 10 Jan. - “Saya sudah 71 tahun, dan sudah masuk dan keluar neraka (penjara) dan masuk lalu keluar semula, jadi saya tidak begitu bimbang tentang masa hadapan.

“Saya tahu orang fikir ahli politik tidak bermaksud begitu, tetapi saya maksudkannya. Que Sera Sera (apa akan jadi, akan terjadi)”.

Begitu ulasan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang kemungkinan beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri walaupun perjanjiannya bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah sebaliknya.

Anwar berkata demikian ketika ditemu ramah portal The Hindu semasa lawatannya ke India, semalam.

Walau bagaimanapun, menurut Anwar, beliau dan pasukannya memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan keputusan untuk tidak menetapkan tarikh spesifik untuk menggantikan Dr. Mahathir dibuat oleh beliau sendiri.

“Ya, saya dan Dr. Mahathir telah bersetuju dan parti juga bersetuju yang ia (Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri) tidak akan melebihi tempoh dua tahun (sehingga Mei 2020), tetapi saya nyatakan bahawa adalah penting untuk kita tidak umumkan tarikh (peralihan kuasa).

“Kita mahu Dr. Mahathir memerintah secara efektif dengan sokongan yang penuh, bukan dalam keadaan lemah (lame duck). Kita perlu bersatu dan fokus kepada masalah ekonomi yang serius,” katanya seperti dipetik portal tersebut.

Mengulas lanjut, Anwar turut menegaskan, keputusannya untuk memaafkan Dr. Mahathir atas perseteruan lama antara mereka adalah sukar, bukan sahaja untuk beliau malah untuk ahli keluarganya.

Namun, kata beliau, kebaikan negara harus menjadi keutamaan.

“Saya bukan hipokrit, dan saya akan katakan ia adalah satu keputusan yang sukar dan juga menyakitkan bagi isteri dan anak-anak saya yang sudah banyak menderita. Tapi saya beritahu mereka, kita perlu fikirkan kebaikan negara.

“(Datuk Seri Dr. Wan) Azizah (Wan Ismail) komited mengetuai kempen. Masalah yang dihadapi negara lebih genting berbanding apa yang saya hadapi. Dipenjara, diasingkan, diserang oleh ketua polis, diaibkan secara seksual dan dituduh pengkhianat, semua itu menyakitkan tetapi akhirnya kita menang. Wang, mahkamah dan lain-lain menghalang jalan kami, tapi tiada yang dapat menghentikan kemahuan rakyat,” katanya.

Anwar tiba di India dua hari lalu untuk lawatan selama lima hari bagi mengadakan perbincangan bersama beberapa pemimpin kerajaan serta perniagaan di sana. - UTUSAN ONLINE

Lebai-lebai PAS faham ke apa mamat ni cakap

Jangan kaitkan bencana alam dengan maksiat - pensyarah UKM
Rahmat Haron


Umat Islam di negara ini bakal berhadapan cabaran sukar mengharungi kesan perubahan iklim jika gagal mengubah pola fikirannya (mindset) yang sering mengaitkan bencana alam dengan azab pembalasan akibat maksiat, jelas pensyarah kanan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir.

"Kita bercakap perubahan iklim sekarang ini kita bercakap kepada mindset.

"Jadi bila cerita balik bumi ini dah tua. Dalam Al-Quran pun ada cakap kerosakan bumi ini akibat tangan manusia sendiri.

"Sebenarnya kita tak boleh cakap yang (bencana alam) itu ialah takdir, azab, sebab maksiat.

“Ok yang itu ialah satu daripada bencana yang Allah bukakan tapi kalau kita sering menggunakan alasan yang macam itu, kita takkan berubah," katanya yang juga Ketua Pusat Sistem Tropika dan Perubahan Iklim di UKM.

Dr Mohd Shahrul yang merupakan pakar bidang kimia alam sekitar bercakap mengenai ajaran asas Islam mengenai kebersihan dalam wawancara di pejabat Malaysiakini, baru-baru ini.

Kebersihan ajaran nabi

"Kadang-kadang saya pun sedih. Bukan saya nak cakap orang menunggang agama. Dalam Islam sendiri pun, apa yang Nabi Muhamad SAW ajar kepada kita ialah kembali kepada ajaran asas iaitu kebersihan.

“Contoh sekarang, saya tengok kadang-kadang saya sedih, orang berhenti buang sampah kat tepi jalan sebab dia tak fikir perubahan iklim, siapa nak fikir pasal itu kan?

"Tapi sebenarnya kita malu, sedangkan orang yang bukan Islam itu lah yang ulama cakap 'aku nampak Islam di negara bukan Islam dan aku nampak orang bukan Islam di negara Islam' maknanya kita bercakap tentang sikap," jelasnya yang pernah menuntut di Jerman dalam pengajian kejuruteraan proses di Brandenburg Technical University of Cottbus.

Bercerita pengalamannya sewaktu belajar di Jerman, Mohd Shahrul berkata yuran pengajian sarjananya (Master) di negara Eropah itu adalah percuma tetapi untuk menyara kehidupannya beliau perlu berdikari bekerja sebagai tukang cuci.

"Saya bukan pelajar (ijazah pertama) cemerlang. Saya ingat lagi saya naik motor ke Jabatan Perkhidmtan Awam (JPA). (Maklum balas mereka) kamu ni pointer CGPA 2.71 UKM macam mana nak dapat biasiswa JPA (ke Jerman)?

"Akhirnya saya cakap kat mak saya, saya nak pergi juga. Saya jual motor saya untuk sampai.

"Di sana saya kerja sebagai tukang cuci untuk menampung kehidupan sebab di Jerman yuran pengajiannya percuma. Jadi semuanya tentang mindset," katanya.

Sepanjang belajar di Eropah berliau berkata masyarakat di sana cukup mengambil berat aspek kebersihan, alam sekitar dan perubahan iklim

Isma, Ikram, PAS bersatu jaga alam

Kembali ke tanah air, Mohd Shahrul menyambung pelajarannya di peringkat doktor falsafah (PHD) di Universiti Malaya, sebelum mengajar di UKM.

"Sebab itu bagi generasi muda, kepada pelajar-pelajar saya, saya akan mulakan asas alam sekitar, kita jaga kebersihan.

“Ini buang sampah merata-rata. Bila buang sampah dekat sungai, parit bila banjir berlaku (akan kena kepada kita juga). Semua ini berkait rapat dengan perubahan iklim," katanya lagi.

Menjelaskan lanjut, Shahrul berkata umat Islam yang berpayung di bawah pertubuhan-pertubuhan, NGO Isma, Ikram atau parti politik PAS perlu bersatu dalam urusan penjagaan alam sekitar.

“Islam ini luas, termasuk hal alam sekitar, perubahan iklim. Ramai saintis awal orang Islam, Al Khawarizmi, Ibnu Sina, Algebra.

“Kita bukan sekadar nak guna Quran, cakap bala-bala padahal kita kena ubah mindset generasi muda. Maknanya kita nak tunjuk akhlak islam. Saya tak suka kita takut dengan bayang-bayang kita sendiri.

"NGO ker, Ikram ker, Isma ker, siapa-siapa, PAS ker, kita patut bersatu dalam hal ini. Kita ni dah nak menghala ke 2020 negara maju tapi pemikiran kita tak maju.

"Asasnya jagailah alam sekitar. Kurangkan pencemaran. Macam tak bagus pakai straw, hal itu pun orang dah melatah,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai pembalakan dan penebangan hutan, Shahrul berkata kegiatan itu perlu dikawal.

“Itu perubahan guna tanah, kita tebang-tebang hutan itu kita buat kebun ke kita buat apa-apa. Sebenarnya yang itu kita patut kawal lah.

"Contoh kawasan tinggi kita tebang dan katakanlah kita bina resort padahal permukaan tanah itu dari segi geologi tak sesuai tapi kita buat juga. Maka berlaku air larian di tanah tinggi yang akan menghasilkan tanah runtuh.

“Kita tebang-tebang hutan semua itu, jadi dari segi suhu akan meningkat sebab tiada pokok. Jadi menyebabkan banyak gas-gas rumah hijau (termasuk gas dan zarahan pencemar) terbebas di udara dan suhu akan naik.

“Tanpa hutan akan memberi kesan pada kawasan tanah rendah jadi boleh berlakunya banjir, apa lagi kalau sistem perparitan kita banyak sampah akan lagi teruklah,” jelasnya lagi.

Menurut beliau, begitu juga dengan hutan paya bakau yang berfungsi sebagai pelindung semulajadi daripada kesan ombak di lautan.

“Sebenarnya perubahan iklim ni boleh menjejaskan ekonomi. Bila kita tengok nelayan, paya bakau kita, ecotourism kita.

“Semua akan menerima kesan akibat kenaikan paras air laut. Maknanya penempatan musnah, semua musnah.

“Malah banjir di Kelantan sekitar tiga empat tahun dulu semuanya disebabkan perubahan iklim,” katanya.

Menurut World Meteorological Organization (WMO) tahun 2018 merupakan tahun yang paling panas sejak 1860.

Dalam laporan tahunan yang dikeluarkan pada 29 November 2018, WMO berkata rekod 20 tahun paling panas berlaku sepanjang 22 tahun lalu ini.

Empat tahun yang paling panas pula bermula sejak 2016 hingga tahun lalu. Antara empat tahun itu, 2018 menjadi pemegang rekod tahun yang paling panas.

“Setiap kenaikan pemanasan walau satu darjah celsius akan mendatangkan kesan terhadap kesihatan manusia serta sumber makanan dan air tawar, kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan, kelangsungan terumbu karang dan kehidupan laut,” kata Timbalan Setiausaha Agung WMO Elena Manaenkova.

'Teman' seranjang Vanessa rupanya tauke pasir

Ramai sudah tahu bahawa Vanessa Angel dicekup polis ketika berada di atas ranjang sebuah hotel mewah baru-baru ini.

Bersama Vanessa ialah seorang lelaki yang disyaki pelanggan yang mendapatkan khidmat memuaskan nafsu yang membuat pesanan secara dalam talian.

Namun tidak banyak maklumat didedahkan siapa lelaki terbabit.

Menurut Tempo lelaki itu ialah seorang ahli perniagaan yang berusia 45 tahun dan daripada keturunan Cina. Namun identitinya hanya didedahkan sebagai R.

Memetik kenyataan pegawai polis Jawa Timur portal itu menyatakan R menjalankan perniagaan jual beli pasir.

"Banyak pusat operasinya, malah ada di Lumajang (Jawa Timur) dan selalu berulang-alik antara Surabaya dan Jakarta.

"Dia memiliki kad pengenalan Jakarta dan masih bujang," kata Harissandi semalam.

Tak mahu komen

Bagaimanapun pegawai polis terbabit menafikan R ialah watak ciptaan polis, atau pegawai keselamatan yang ditugaskan menyamar bagi memerangkap aktres jelita berkenaan.

Alasan Harissandi, bayarah Rp80 juta (RM23,270) yang perlu dibayar untuk mendapatkan khidmat Vanessa terlalu besar buat seorang anggota polis.

"Wang itu terlalu besar, dari mana nak dapat?

"Kalau pun saya ada wang sebanyak itu, kena fikir dulu nak digunakan untuk itu," katanya lagi.


Menurut Harissandi lagi siasatan polis mendapati R hanya baru sekali melanggan artis, tapi itu pun tidak kesampaian kerana aktiviti terbabit tergendala apabila bilik mereka diserbu polis empat hari lalu.

Untuk rekod operasi polis membongkar kegiatan pelacuran dalam kalangan selebriti Indonesia bukanlah baru.

Sebelum ini beberapa nama turut dikaitkan dengan aktiviti itu - yang biasanya melibatkan urus niaga secara dalam talian - seperti Nikita Mirzani dan Puty Regita.

Vanessa, 27, ialah artis yang dikenali sebagai pelakon, penyanyi serta model.

Baca Bapa ayam tunggu masa nak dedah rahsia artis

Dia muncul dalam beberapa sinetron seperti 3 Semprul Mengejar Surga 2 pada 2014 dan Nadin (2017).

Harissandi berkata R bukanlah satu-satunya ahli perniagaan yang pernah berdampingan dengan Vanessa.

Sebelum ini pun katanya aktres terbabit pernah berpacaran dengan beberapa tokoh perniagaan. Namun Harissandi enggan memberi komen terhadap pertanyaan mengenai kemungkinan ada pegawai kerajaan Indonesia pernah melanggan Vanessa.

"Tunggulah, siasatan masih dijalankan," katanya.
-malaysiakini

Katak dalam nasi goreng? Menu istimewa kafe UiTM dihidang bersama ‘lauk tambahan’

Yati Yazid

Sanggupkah anda menikmati hidangan nasi goreng kampung berlaukkan anak katak seperti insiden yang menimpa seorang mahasiswa UiTM Shah Alam ketika dia menjamu selera bersama rakan-rakannya di sebuah kafe di dalam universiti berkenaan.

Berita insiden mula tersebar selepas pelajar tersebut, Afifah Syakirah memuat naik gambar berkenaan di laman Twitter. Dia juga telah membuat laporan mengenai perkara berkenaan kepada Naib Canselor universiti tersebut.

Perkongsian tersebut juga mengundang pelbagai respon dari pelajar-pelajar UiTM yang lain. Ramai yang ‘berkongsi’ pengalaman menjamu selera di kafe terbabit.

Pipa
@afifahsyakirahh
WHAT WE FOUND AT DC @ UITM SHAH ALAM,PLEASE WE MUST TAKE AN ACTION TO TAKE DOWN THE STALL @UiTMconfession @UiTMshahAlam

58
5:28 PM - Jan 7, 2019 · Pulai, Johor
165 people are talking about this
Twitter Ads info and privacy

Bagaimanapun, 2 jam selepas Afifah memuat naik gambar ‘nasi goreng katak’, pihak pengurusan universiti memberi respon positif dengan mengenalpasti kafe serta mengarahkan penutupannya.

“Saya sendiri telah arahkan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM membuat pemeriksaan terperinci di semua premis makanan di dalam kampus tersebut,” tulis Naib Canselor Prof, Dr. Hassan Said di Twitter milik peribadi.

FMT Ohsem berharap pengusaha kafe atau kedai makan dalam kampus lebih peka dengan kebersihan. Jangan hanya mengharap keuntungan.

Sultan Pahang baru, Jumaat ini?

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilaporkan mungkin akan ditabalkan sebagai Sultan Pahang bagi membolehkannya menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan, Institusi diraja Pahang dipercayai akan mengadakan mesyuarat minggu ini bagi membincangkan hasrat tersebut dan sekiranya diterima Tengku Abdullah akan ditabalkan sebagai Sultan Pahang, Jumaat ini.

Memetik sumber, akbar berkenaan melaporkan perbincangan itu hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat dan penasihat mereka malah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sedia maklum mengenai perkara tersebut.

“Jika cadangan itu diterima ia akan membuka jalan untuk Tengku Abdullah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sistem pusingan.

“Berdasarkan sistem tersebut giliran Pahang menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas Kelantan dan kami ingin menghormatinya,” katanya.

Tambah laporan tersebut, di bawah perlembagaan Pahang penggantian boleh dilakukan sekiranya Sultan bersetuju melepaskan hak dan kuasanya.

Hubungan Azmin dengan Anwar terjejas?

Anne Muhammad

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menafikan ciapan bernada sindiran berhubung "teguran mengikut saluran dalaman" hari ini menunjukkan hubungannya dengan Anwar Ibrahim sudah terjejas.

“Tidak, Tidak betul (hubungan terjejas),” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui di program di Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Azmin berkata demikian ketika ditanya tentang hubungannya dengan Anwar susulan ciapan di Twitter yang dipercayai cubaan mengusik pihak yang menegurnya kerana membuat bantahan terbuka berhubung pelantikan PKR oleh Anwar selaku presiden.

"Sebaiknya tegur secara dalaman. Banyak platform telah disediakan untuk membuat teguran. Macam pernah dengar. Hehehe," katanya yang membalas ciapan Anggota Parlimen Anggota Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah.

Antara pihak yang menegurnya sebelum ini adalah Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang berkata ‘lebih molek, cantik dan tertib' jika anggota parti itu menggunakan saluran dalam parti jika ada keluhan atau rungutan.

Wan Azizah pula memintanya untuk bertenang dan berkata ada cara lain untuk menyampaikan teguran kepada presiden parti.

Berhubung hubungannya dengan Anwar, Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi turut ditanya tentang laporan The Star Online yang memetik sumber bahawa beliau akan mencabar Anwar pada masa akan datang.

Bagaimanapun beliau meminta semua pihak berhenti menumpukan perhatian kepada hal politik, sebaliknya mengutamakan usaha membangunkan negara pascaPRU ke-14.

'Walau ada yang ganggu pentadbiran Dr M'

"Saya telah buat kenyataan tegas, hentikan perbincangan politik. Rakyat sudah bosan, mereka buat keputusan bersejarah pada 9 Mei lalu.

"Keputusan (mereka) untuk kita tumpu kepada pembangunan negara...Sekarang bukan masa kita bergaduh dalam politik," katanya lagi.

Beliau juga menggesa semua menteri memberi tumpuan terhadap pembangunan negara walau wujud gangguan terhadap pentadbiran yang diketuai Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Walaupun ada pihak tak bertanggungjawab ganggu pentadbiran Dr Mahathir, beliau cekal dan tegas bersama jemaah menteri untuk pastikan pengurusan baik dan bantu rakyat.

“Saya sebagai ahli jemaah menteri bertanggungjawab menyokong penuh kepimpinan beliau sebab kita ada agenda rakyat yang perlu dilakukan untuk lima tahun akan datang, jadi hentikan perbincangan politik,” katanya.

Misteri punca mata remaja berdarah dan menjadi buta






  • JEFFERSON, Missouri - Mata seorang pelajar perempuan sekolah menengah berdarah sehingga menyebabkan doktor yang merawatnya hilang punca untuk mengubati penyakit misteri itu.

    Jordyn Walker, 15, mengalami sakit perut yang teruk, muntah dan cirit berdarah selama 10 hari sebelum dibawa ke hospital di sini baru-baru ini.

    Doktor memaklumkan penyakit misteri itu telah menyebabkan tekanan tinggi di dalam bebola mata Walker sehingga saraf optik pada mata kanannya putus sementara saraf pada mata kiri rosak teruk.

    Remaja itu didakwa diserang penyakit sama pada bulan Julai 2017 ketika menaiki bot bersama keluarganya menyebabkan dia hilang deria bau dan rasa pada lidah. Kedua-dua deria itu kembali normal selepas beberapa hari.

    Keluarganya telah membuka akaun di laman web GoFundMe untuk mencari dana bagi merawat dan menyelidiki penyakit yang menyebabkan dia menjadi buta. Mereka berjaya mengumpul AS$37,000 (RM152,000) dalam tempoh 12 hari. – Agensi

    'Saya dengan Tun Mahathir tiada masalah, tapi ada yang bermuka-muka' - Anwar Ibrahim

    Firdaus Azil, Astro Awani
    KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau langsung tidak mempunyai sebarang masalah dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Dalam satu kenyataan hari ini, beliau meminta semua pihak agar jangan terus mempertikai isu mengenai peralihan kuasa, sedangkan perkara itu telah lama dipersetujui secara konsensus.

    “Saya menyedari terdapat berbagai-bagai andaian terkait soal peralihan kuasa yang dipetik oleh media perdana dan media sosial dengan mengandaikan wujudnya pertembungan dalam kalangan pimpinan.

    “Saya ingin mengulangi bahawa tidak wujud sebarang pertelingkahan antara saya dan Tun tentang soal peralihan kuasa,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

    Anwar berkata, semua pihak harus memberi ruang dan dukungan untuk mengemudi kerajaan agar agenda besar reformasi oleh Pakatan Harapan (PH) dapat dilaksanakan.

    Dalam itu, beliau turut meminta agar Kerajaan PH terus fokus terhadap isu-isu yang menekan dengan meringankan beban rakyat, menyegerakan reformasi institusi dan mengheret mereka yang mencurangi dana awam ke muka pengadilan

    “Saya mendukung pernyataan Perdana Menteri Tun Mahathir bahawa kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan yang kuat.

    “Kerajaan sedang bekerja dan berusaha memenuhi janji-janji kepada rakyat Malaysia, dan kerajaan ini adalah kerajaan yang mewakili semua rakyat rentas kaum dan agama, dan menolak sebarang bentuk prejudis dan ancaman mengganggu gugat ketenteraman awam,” katanya lagi.

    Anwar turut memberi amaran mengenai kewujudan golongan yang beliau gelarkan sebagai ‘pemuka-pemuka’, dan meminta Pakatan Harapan sentiasa berwaspada.

    “Saya menggesa pimpinan untuk berwaspada dengan pemuka-pemuka ini yang lebih senang dengan budaya kronisme, dan cubaan mereka untuk menimbun harta kekayaan, dan mengabaikan keadilan dan kebajikan rakyat,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu.

    Apa sebenarnya dalam laporan polis Wan Saiful?

    Faisal Asyraf

    Polis sedang menyiasat dakwaan dalam laporan difailkan oleh pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

    Siasatan dibuat terhadap dakwaan salah guna kuasa melibatkan seorang pemimpin bersatu Perlis, menurut ketua polis negeri Noor Mushar Mohd.

    Katanya, siasatan itu dibuat berdasarkan laporan Wan Saiful Wan Jan yang juga setiausaha Bersatu Perlis yang baru dipecat.

    Malaysiakini difahamkan Wan Saiful dalam laporan polisnya bertarikh 15 Disember di Kangar, menuduh lelaki itu menyamar sebagai dirinya untuk menyewa dua buah kereta.

    Lelaki yang sama dituduh memalsukan dokumen dan meniru tandatangan bendahari agung Bersatu untuk membuat bayaran lebih RM188,000 kepada sebuah syarikat.

    “Pengadu melaporkan dia telah mengesahkan dengan bendahari agung itu yang berkata tidak pernah mengeluarkan surat itu dan berkata tandatangannya telah dipalsukan,” kata Noor Mushar kepada Malaysiakini.

    Beberapa jam selepas pemecatannya dilaporkan Malaysiakini, Wan Saiful hari ini mendakwa berlaku salah guna kuasa dalam Bersatu negeri itu.

    Beliau mendedahkan telah membuat laporan polis mengenai dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat Bersatu negeri.

    Beliau juga mendakwa digesa menarik balik laporan itu tetapi tidak melayannya.

    Pengamat politik yang terjun ke dunia politik dalam pilihan raya umum lalu itu juga berkata beliau bertegas tidak mencampuri urusan mengaturkan pemberian “kontrak kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada syarikat yang melibatkan anak pemimpin Bersatu dari Perlis”.

    Malaysiakini sebelum itu melaporkan Bersatu Perlis menggugurkan Wan Saiful atas alasan mengambil kira kesibukannya sebagai pengerusi PTPTN.
    -malaysiakini

    Orang seperti Eric Liew yang biadab hina bekas Agong mesti diambil tindakan keras

    Mohd Hazmi Mohd Rusli
    Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan komen biadab seorang pengguna media sosial warganegara Malaysia Eric Liew yang secara terbuka menghina bekas Yang Dipertuan Agong (YDPA), Sultan Muhammad V.

    Akibat kecaman pelbagai pihak, Eric Liew telah menjalankan modus operandi biasa, yakni memohon maaf sebelum dia menyahaktifkan akaun Facebooknya.

    Dia memberi komentar bahawa bekas YDPA meletakkan jawatan kerana ‘terlalu sibuk berzina dengan isteri barunya’.

    Komentar biadab ini mengundang kemarahan banyak rakyat Malaysia yang menganggapnya suatu perlakuan kurang ajar terhadap institusi kesultanan yang telah wujud di Semenanjung Tanah Melayu sejak raja Melaka pertama dari keturunan Melayu Srivijaya, Parameswara, memeluk Islam pada awal kurun ke 14.

    Institusi Kesultanan inilah bukti yang menunjukkan orang-orang Melayu dan Bumiputra adalah penduduk asal negara ini, yang kini dihina oleh seorang warganegara bukan Bumiputra.

    Tidak seperti zaman awal 90an yang mana media sosial belum lagi menjadi popular di kalangan rakyat, media sosial kini adalah medium yang digunakan di hujung jari dan maklumat boleh diakses pada bila-bila masa sekalipun.

    Keadaan ini mungkin telah menyebabkan individu seperti Eric Liew ini bertindak melulu tanpa menunjukkan rasa hormat terhadap institusi YDPA, yang merupakan salah satu lambang penting negara kita.

    Lambang-lambang negara

    Jalur Gemilang, Negaraku, bahasa Malaysia dan institusi YDPA adalah antara lambang-lambang negara yang dipandang tinggi dan dilindungi oleh perlembagaan dan undang-undang.

    Namun begitu, terdapat beberapa kejadian yang mana rakyat Malaysia, yang tergolong daripada golongan pelajar sehinggalah ke golongan ahli-ahli politik dan profesional telah, secara tersurat atau tersirat menghina lambang-lambang negara ini.

    Namawee, sebagai contoh telah menghina lagu Negaraku pada tahun 2007 dengan menggubah lagu kebangsaan negara Malaysia kepada Negarakuku, yang nyata adalah pelanggaran terhadap Seksyen 8(2) Akta Lagu Kebangsaan 1968.

    Pada tahun 2012, bekas Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan telah mencadangkan Jalur Gemilang diganti kerana menyerupai bendera Amerika Syarikat, ‘the Star-Spangled Banner’.

    Pada tahun 2013, aktivis Hishamudin Rais juga dikatakan telah menghina Jalur Gemilang kerana telah mencadangkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ untuk menggantikan Jalur Gemilang sebagai bendera Malaysia.

    Bahasa kebangsaan

    Walaupun bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan negara, terdapat sebahagian daripada rakyat Malaysia yang tidak fasih bertutur dalam bahasa tersebut.

    Malah, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, YB Chong Chieng Jen secara jelas enggan berbahasa Malaysia sewaktu sidang parlimen pada November 2015.

    Beliau memilih untuk berbahasa Inggeris walaupun penguasaan lisannya dalam Bahasa Inggeris tidak begitu memberansangkan sewaktu sidang tersebut dijalankan. Terkini, seorang warganegara Malaysia, Eric Liew telah secara terbuka menghina insitusi YDPA dengan menyatakan bahawa bekas YDPA adalah seorang penzina.

    Ini hanyalah sebahagian daripada kejadian yang berlaku yang melibatkan penghinaan lambang-lambang negara yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

    Kenapakah setelah menjadi negara berdaulat selama lebih 60 tahun, lambang-lambang negara ini masih tidak dihormati oleh sesetengah rakyat Malaysia?

    Penguatkuasan undang-undang

    Penguatkuasaan undang-undang adalah amat perlu bagi membanteras perkara-perkara ini daripada terjadi.

    Kebanyakan daripada pelaku-pelaku insiden yang disebutkan di atas tidak diberikan tindakan sewajarnya dan seringkali dibiarkan bebas. Lambang-lambang negara ini harus dihormati dan tidak seharusnya dihina sedemikian rupa.

    Kes terbaru yang melibatkan seorang pekerja swasta, Eric Liew, yang memberi komentar menghina YDPA di Facebooknya, tidak patut dipandang enteng.

    Harus diingat bahawa kontrak sosial yang wujud menjelang kemerdekaan di antara orang-orang Melayu/Bumiputra dan bukan Melayu/Bumiputra membenarkan penduduk Tanah Melayu dari Tanah Besar China dan India pada waktu itu menjadi warganegara hanya apabila mereka menghormati empat perkara – Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, agama Islam sebagai agama Persekutuan, hak istimewa orang-orang Melayu/Bumiputra serta institusi kesultanan Melayu.

    Keempat-empat perkara ini telahpun termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan rakyat Malaysia wajib menghormati rukun ketiga Rukun Negara iaitu ‘Keluhuran Perlembagaan’.

    Kebiadapan Eric Liew menghina YDPA juga menunjukkan dia tidak menghormati rukun kedua Rukun Negara yang kedua ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’.

    Bagi membendung kejadian seperti ini berlaku di masa hadapan, Eric Liew, atau sesiapa sahaja yang melakukan perkara sebegini sepatutnya berdepan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi mengingatkan masyarakat agar menyuarakan pandangan-pandangan mereka secara berhemah serta menghormati keutuhan Rukun Negara.

    Sekiranya perkara ini masih berlaku, mungkin rakyat seperti Eric Liew perlu diingatkan bahawa kerakyatan yang dimilikinya sekarang adalah hasil daripada toleransi masyarakat Melayu dan raja-raja Melayu.

    Kalau tidak, dia dan keluarganya mungkin akan setaraf dengan penduduk tanpa negara, seperti masyarakat Tiong Hua di Brunei yang gagal mendapatkan kerakyatan setelah mendiami negara tersebut selama bergenerasi kerana Kesultanan tersebut mengamalkan polisi ‘jus sanguinis’ – kerakyatan hanya akan diberikan berdasarkan pertalian darah.

    Rendahnya jati diri

    Sedar atau tidak, kejadian-kejadian penghinaan sebegini menunjukkan tidak semua rakyat Malaysia menghormati lambang-lambang negara yang sepatutnya disanjung tinggi.

    Mungkin atas sebab kebencian atau ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran yang ada sekarang, sesetengah rakyat Malaysia bertindak untuk mengkritik secara kurang berhemah tanpa mengambil kira akibat daripada perbuatan mereka ini.

    Jalur Gemilang, Bahasa Malaysia, Negaraku dan Institusi YDPA wajib dihormati oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, keturunan, bangsa dan agama. Insiden yang melibatkan penghinaan institusi YDPA oleh Eric Liew adalah manifestasi rendahnya jati diri sesetengah rakyat di negara ini.

    Moga ramai rakyat Malaysia tidak mengira kaum belajar untuk lebih bersyukur dan menghormati lambang-lambang negara yang seharusnya disanjung semua warganegara. Kalau bukan kita yang menyayangi negara kita, siapa lagi yang akan melakukannya?


    MOHD HAZMI MOHD RUSLI (Ph.D) ialah pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan seorang profesor pelawat di Sekolah Undang-undang, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Rusia.
    -malaysiakini

    Raja-Raja Melayu dilaporkan bersidang di Istana Negara: Agong berikutnya dari Pahang, Johor atau Perak?

    Raja-raja Melayu dilaporkan sedang bersidang di Istana Negara di Kuala Lumpur. Adalah dipercayai ini susulan selepas Sultan Muhammad V bertindak turun takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong.

    Sultan Muhammad V dipilih oleh Persidangan Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember 2016. Tempoh baginda dijadualkan berakhir pada 2021.

    Sehingga Persidangan Raja-raja Melayu memutuskan pada Yang di-Pertuan Agong yang baru, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, yang merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, akan bertindak sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong.

    --------------

    V Anbalagan
    PETALING JAYA: Majlis Raja-raja yang mewakili sultan Melayu bersedia mengadakan mesyuarat untuk memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16, susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V, hari ini.

    Peguam, Datuk Abdul Shukor Ahmad berkata agak menarik untuk melihat bagaimana Majlis Raja-raja menggunakan kebijaksanaan mereka dalam pemilihan ketua negara seterusnya, berdasarkan sistem penggiliran unik dalam kalangan 9 sultan, setiap 5 tahun.

    Katanya, Majlis raja-raja terikat dengan Perlembagaan dalam pemilihan Agong.

    Di bawah sistem penggiliran itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah adalah calon seterusnya, disusuli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

    Kesihatan Sultan Ahmad Shah dipercayai tidak berada dalam keadaan terbaik, dengan Tengku Mahkota, Tengku Abdullah menjalankan tugas dan peranan sebagai sultan.

    “Agong perlu menghadiri upacara yang mungkin payah dari segi fizikal,” kata Shukor kepada FMT.

    Oleh itu, katanya, agak menarik untuk melihat sama ada Sultan Johor berminat mengambil alih jawatan itu.

    Dalam proses pemilihan Agong sebelum ini, Sultan Johor dilaporkan menolak tawaran menjadi Yang di-Pertuan Agong bagi menghormati dan mematuhi sistem penggiliran itu.

    Keputusan Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Agong, julung kali berlaku di negara ini.

    Majlis Raja-raja memilih Sultan Kelantan yang berusia 49 tahun itu sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 14 Oktober 2016. Pemerintahannya bermula 2 bulan kemudian bagi menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahannya pada 12 Disember 2016.

    Peletakan jawatan Sultan Muhammad V berlaku, selepas spekulasi di media sosial pada akhir cuti 2 bulan Sultan Kelantan itu.

    Pemerintahan singkatnya menyaksikan peralihan kuasa secara aman kepada Pakatan Harapan, susulan kekalahan mengejut Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-14 lalu.

    Kerajaan tiada kuasa

    Peguam, Lim Wei Jiet berkata, proses penggantian Agong mengambil kira “senarai pemilihan” yang diatur mengikut negeri.

    “Raja yang berada dalam ‘senarai pemilihan’ teratas akan ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu artikel mengenai sistem pemilihan Agong.

    Tetapi, beliau berkata, calon berikut untuk jawatan itu boleh diketepikan melalui undi rahsia di kalangan raja.

    Katanya, walaupun pemerintah Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak turut menganggotai Majlis Raja-raja, tetapi mereka tiada hak mengundi.

    Katanya, walaupun Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, kerajaan bagaimanapun tiada kuasa dalam keseluruhan proses pelantikan Agong kerana ia adalah budi bicara mutlak pemerintah negeri.

    Siapakah calon TPM, jika Anwar jadi PM?

    Timmy Say
    Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali baru pulang ke tanah air. Setelah seminggu mendiamkan diri, Azmin akhirnya menjawab teguran Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya ketika beliau membantah secara terbuka keputusan bosnya di dalam pelantikan jawatan utama PKR akhir tahun lalu.

    Sesiapa pun akan melenting jika mereka berada dalam situasi Azmin. Individu-individu yang lantang menentangnya, dilantik semula oleh Anwar ke jawatan penting parti seperti Rafizi Ramli dilantik sebagai naib presiden, manakala Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang berkempen sebagai setiausaha agung untuk Rafizi, dipilih mengekalkan jawatannya.

    Azmin menafikan teguran Anwar bahawa beliau tidak menggunakan saluran betul untuk membantah keputusannya berhubung pelantikan jawatan penting itu. Sebaliknya, beliau berkata, tindakannya itu bertujuan memenuhi aspirasi ahli parti.

    “Saya jarang keluarkan kenyataan, saya jarang membuat sebarang kenyataan politik, jadi apabila saya mengeluarkan kenyataan, (memang) ada masalah. Tetapi, itu tidak bermaksud saya tidak mengikuti saluran yang betul. Sebelum kenyataan itu dikeluarkan, saya ada berbincang dengan presiden parti.

    “Ada masa kita kena buat kenyataan secara terbuka. Saya (sudah) beberapa kali bertemu dengan presiden parti,” terang Azmin.

    Jawapan Azmin mempunyai banyak mesej tersirat. Pertama, beliau telah cuba berkali-kali berbincang dengan Anwar, tetapi pandangannya ditolak. Kedua, Azmin memberikan bayangan akar umbi bersamanya dan beliau terpaksa bersuara bagi pihak akar umbi terhadap pimpinan tertinggi yang memekakkan telinga. Ketiga, kenyataan Azmin ini juga membayangkan masih wujud masalah antara beliau dan Anwar.

    Dalam waktu terdekat, jika tiba-tiba tular gambar Anwar dan Azmin “mesra” kembali ketika pertemuan empat mata seperti mana tularnya gambar Anwar dan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini di sebalik kehangatan ura-ura wujudnya usaha menghalang Anwar menjadi perdana menteri, ingatlah taktik digunakan artis ketika ura-ura rumah tangga mereka bergolak untuk menolak “khabar angin” pergolakan tersebut yang lazimnya akan berakhir dengan perceraian.

    Andainya Anwar berjaya menjadi perdana menteri, apakah peluang Azmin menjadi calon timbalan perdana menteri beliau? Persoalan ini akan memberi jawapan sama ada hubungan Anwar dan Azmin akan pulih mahupun tidak pada masa depan.

    Persoalannya, apakah PKR ada hak membolot jawatan PM dan TPM di dalam Pakatan Harapan (PH)? Sudah pasti PPBM akan menuntut jawatan TPM. Tidak mustahil untuk Anwar menambah jawatan TPM untuk turut menenangkan hati PPBM, Amanah dan DAP, tetapi perkara ini tidak mudah kerana kesannya besar terhadap peluang PH mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-15.

    Apakah sistem yang bakal dipersetujui PH? Apakah jawatan PM akan menjadi giliran antara PKR dan PPBM? Jika ya, selepas Dr Mahathir (PPBM), Anwar (PKR) menggantikannya. Selepas Anwar, siapa pula dalam PPBM yang akan menggantikannya sebagai PM?

    Ketika itu, apakah nasib politik Azmin? Sekiranya Anwar dapat menjamin Azmin akan menjadi TPM beliau, masalah antara mereka akan selesai. Jika kedudukan Azmin sebagai bakal PM akan tergugat dengan Anwar menjadi PM, nantilah langkah Azmin untuk menjaga kepentingan dan masa depannya.

    Siapa calon TPM dan senarai Kabinet Anwar adalah satu persoalan sangat getir bagi beliau untuk mendapatkan sokongan menyeluruh untuk beliau menjadi PM.

    Tersilap memilih calon boleh menyebabkan Anwar kekal dengan jawatan bakal PM buat selama-lamanya.

    Bala akan menunggu, sekiranya Anwar memilih untuk bermain teka-teki di dalam soalan ini. Ini kerana semestinya semua ahli politik yang menggilakan kuasa dan jawatan akan bertindak terlebih dahulu untuk mempertahankan masa depan sendiri daripada membiarkan nasib mereka ditentukan orang lain.

    Ahli PAS dan juga pengurus sekolah tahfiz yang ditahan reman positif syabu

    Seorang ahli PAS Sibu, yang sebelum ini ditahan kerana mengkritik empat anggota Parlimen DAP di Facebook, telah didapati positif dadah.

    Ujian air kencing dijalankan ke atas suspek hari ini menunjukkan dia positif dadah jenis methamphetamine, kata ketua polis daerah Sibu, Stanley Jonathan Ringgit, seperti dilaporkan The Star.

    Sehubungan itu suspek yang juga pengurus sekolah tahfiz telah ditahan reman, katanya.

    Suspek berusia 40 tahun itu ditahan Khamis lalu selepas laporan polis dibuat oleh pembantu MP Lanang, Alice Lau.

    "Dalam posting itu, pemilik Facebook berharap empat YB dari DAP akan binasa kerana gagal menganjurkan kempen 'kembali ke sekolah' untuk kawasan pilihan raya mereka," kata Stanley.

    Menurutnya, suspek bertindak demikian bagi memberitahu pengundi bahawa anggota-anggota parlimen berkenaan gagal memenuhi janji pilihan raya untuk berkhidmat kepada rakyat.

    Beliau menambah, lelaki itu mendakwa memandangkan anggota Parlimen itu dari kerajaan, mereka sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan dana bagi menganjurkan aktiviti yang bermanfaat kepada pengundi.

    Lelaki itu ditahan reman di bawah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
    -malaysiakini

    Lebih sihat dengan amalkan 4 tabiat ini dalam diet 2019

    Hello Doktor
    Apa pun azam tahun baru anda, mengubah tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat pasti memberikan manfaat yang besar kepada diri sendiri. Apa yang kita makan dan minum memberi kesan terhadap fungsi tubuh dalam melawan jangkitan serta risiko mendapat penyakit tertentu di masa akan datang termasuk obesiti, penyakit jantung, dan kencing manis.

    Umur, jantina, pekerjaan, dan kawasan tempat tinggal adalah beberapa faktor yang menentukan keperluan pemakanan anda. Namun, terdapat beberapa tip yang boleh dimanfaatkan oleh semua individu tidak kira latar belakang.

    1. Ambil pelbagai jenis makanan

    Badan kita sangat kompleks dan tiada satu pun makanan yang mengandungi semua nutrien, melainkan susu ibu. Oleh itu, kita perlu ambil jenis makanan yang berbeza untuk memenuhi segala nutrien tersebut.
    Anda boleh cuba:
    – Campurkan makanan asas seperti nasi, gandum, kentang dengan kekacang dan makanan bersumberkan haiwan seperti telur, daging, dan ikan.
    – Jika boleh, pilih makanan bijirin penuh yang tidak diproses seperti beras perang, oat, dan gandum.
    – Daging tanpa lemak.
    – Rebus dan panggang makanan berbanding goreng.
    – Sayur mentah (ulam), buah-buahan segar, dan kekacang tanpa garam ialah pilihan yang lebih baik.

    2. Kurangkan garam

    Semua orang maklum mengenai risiko tekanan darah tinggi dari pengambilan garam berlebihan. Bagaimana anda kurangkan garam?
    – Kurangkan garam serta penggunaan sos dan kicap semasa memasak.
    – Elakkan snek bergaram dan gantikan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
    – Cuba untuk tidak menggunakan perasa dalam masakan atau makanan.
    – Periksa label pada produk yang dibeli dan pilih produk yang kurang garam.

    3. Kurangkan penggunaan sesetengah lemak dan minyak

    Kita perlukan lemak tetapi dalam kuantiti yang sesuai untuk mengelakkan risiko obesiti, strok, dan penyakit jantung.
    Terdapat beberapa tip sebagai panduan:
    – Gantikan mentega dan minyak sapi dengan minyak lain seperti bunga matahari, jagung, dan kacang soya.
    – Utamakan daging putih seperti ayam dan ikan berbanding daging merah (lembu, kambing) yang secara umumnya lebih tinggi lemak.
    – Elakkan makanan yang diproses seperti daging hancur, burger, dan sosej.

    4. Elakkan gula berlebihan

    Bukan sahaja tidak sihat untuk gigi, tetapi kepada tubuh anda secara am. Sebut sahaja penyakit kronik utama yang ada, semuanya terkait dengan pengambilan gula.
    Memang susah tetapi ada caranya untuk mengurangkan pengambilan gula:
    – Kurangkan atau hentikan pengambilan minuman bergula seperti air berkarbonat, air berperisa, minuman sukan, dan kopi 3 dalam 1.
    – Pilih makanan segar berbanding yang diproses.
    – Kurangkan gula dalam penyediaan makanan kanak-kanak.

    Mari berazam untuk menjadi lebih sihat pada tahun baru 2019. Mulakan dengan pemakanan sihat.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Anak ditahan positif ganja: Mat Sabu serah pihak berkuasa ambil tindakan

    Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengesahkan anaknya ditahan polis tengah malam tadi selepas didapati positif ganja.

    Mohamad juga berkata berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap anaknya.

    "Saya dan keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak atas proses undang-undang sedia ada.

    "Anak saya sama seperti anak orang lain juga, tertakluk kepada undang-undang negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
    -malaysiakini

    Pembantu sahkan anak Mat Sabu ditahan dalam serbuan polis

    FMT Reporters
    PETALING JAYA: Seorang pegawai kepada Mohamad Sabu mengesahkan anak lelaki menteri pertahanan itu ditahan bersama seorang lelaki lain berkaitan kesalahan dadah dalam satu serbuan polis di sebuah pusat hiburan.

    Menurut Bernama, serbuan ke atas pusat hiburan di Jalan Ampang itu dijalankan oleh satu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi jam 12.30 malam tadi.

    Ketika dihubungi oleh FMT, setiausaha politik Mohamad, Azhar Che Mat Dali mengesahkan penahahan lelaki berusia 31 tahun itu dan berkata, menteri berkenaan kini berada di Balai Polis Dang Wangi.

    “Semua orang tidak bersalah selagi tidak dibuktikn salah oleh mahkamah,” katanya kepada FMT, dan menambah, Mohamad komited untuk mengikut saluran undang-undang berhubung kes anaknya itu.

    Seramai 101 orang membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki diperiksa dalam operasi berkenaan.

    Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan penahanan berkenaan.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

    Mohamad, atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, merupakan timbalan presiden PAS sebelum beliau menubuhkan Amanah, yang menyertai Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 9 Mei lepas.

    Anak menteri ditahan positif ganja

    Seorang anak menteri dilaporkan ditahan polis tengah malam tadi selepas didakwa positif ganja.

    Menurut Sinar Harian, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

    Menurut laporan itu, pemeriksaan dibuat terhadap 101 individu dan dua - termasuk lelaki itu - positif ganja.

    Polis telah mengesahkan penahanan itu dengan Malaysiakini.

    Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Zainuddin Yaakob berkata kedua-dua yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

    Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut berkenaan laporan itu dan telah menghubungi menteri terbabit untuk mendapatkan komennya.

    Menurut laporan itu lagi, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
    -malaysiakini