"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Gempar lihat ikan ada kaki, hidung (Gambar)

Pulau Grenadine: Seekor ‘ikan alien’ ditangkap di kepulauan kecil di Caribbean membingungkan pakar yang kini berusaha mengenal pasti spesiesnya.

Makhluk itu dilaporkan mempunyai ‘kaki’ yang membolehkannya berjalan di dasar laut selain memiliki ‘hidung’ seperti manusia, namun bersisik seperti ikan.

Haiwan laut itu ditangkap di pelabuhan Windward di pulau Carriacou, tidak jauh dari Grenada.
Seorang penduduk pulau itu berkata: “Semua orang mengerumuni untuk melihatnya kerana memang terlalu pelik.

“Ada juga yang takut kerana ia tidak ubah seperti makhluk dalam filem fiksyen sains ngeri.”

Nelayan, Hope McLawrence, 74, yang menangkap makhluk itu dengan jalanya mengaku penemuan itu amat mengejutkan.

“Haiwan berukuran 0.6 meter itu mempunyai dua kaki dilengkapi jari, tiada sirip dan tulang belakang yang panjang dengan hidung seperti manusia di atas mulutnya.

“Seumur hidup saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini. Lebih pelik apabila ia mempunyai sayap dan ekor,” kata McLawrence.

Dia yang berpengalaman lebih 50 tahun sebagai nelayan percaya haiwan itu tidak mampu berenang, sebaliknya berjalan di dasar laut.

“Memang mengejutkan kerana saya tidak pernah terfikir haiwan seperti itu wujud, apatah lagi di perairan kami yang cetek ini.

“Saya terasa seperti hidup dalam kisah misteri,” katanya.

Haiwan itu dipercayai ‘frogfish’ spesies ikan pemangsa yang makan apa saja yang mampu ditelannya, termasuk ikan lain, ketam dan udang. - Agensi
-hmetro-

Seorang lelaki Saudi menjual keretanya untuk membantu sahabat Turki-nya yang lumpuh

RIYADH (Arrahmah.com): Salman bin Muslih Al-Harari, seorang warga Saudi, tidak ragu-ragu untuk menjual harta benda miliknya yang berharga agar boleh memulangkan sahabat Turki-nya yang terluka, Muhammad Ali Arsalan.

Ali-Sharari berteman dengan Arsalan selama kunjungannya di sebuah bandar industri di Domat Al-Jandal.

Sebagaimana dilansir oleh Al Bawaba, Jumaat (5/2/2016), Arsalan menjadi lumpuh ketika kemalangan kereta menyebabkan dia menderita patah tulang dan lebam.

Ketika Al-Sharari mengunjunginya, Arsalan menyatakan keinginannya untuk pulang ke Turki agar dapat bersama-sama dengan keluarga dan anak-anaknya.

Al-Sharari tidak ragu-ragu untuk menjual keretanya dan membelikan Arsalan tiket kelas perniagaan dari Jouf ke Riyadh dan kemudian ke Ankara.

Tidak hanya itu, Alsharairi juga mengawal Arsalan ke lapangan terbang Riyadh dan mengucapkan perpisahan dengan senyum dan doa semoga cepat sembuh.

Dia juga berkordinasi dengan keluarga rakannya di Turki untuk menghantar ambulans ke lapangan terbang untuk membawa Arsalan ke rumah sakit.

Dan apa yang tersisa dari harga kereta yang dijual itu juga diberikan kepada Arsalan.

Al-Sharari bersyukur kepada Allah ketika dia menerima telefon dari Arsalan yang memberitahu bahawa ia tiba dengan selamat di rumah sakit dan mendapatkan rawatan.

Ramai yang tidak tahu Erdogan mempunyai bakat besar dalam bolasepak (Saksikan video ini)

Mufti Perlis sahut debat dengan Zamihan, harap siaran langsung


Saling serang menyerang, kias berkias, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyahut cabaran ustaz kontroversi Zamihan Mat Zin untuk berdebat dalam isu ekstemisme agama di negara ini.


Asri dalam Facebook beliau berkata sedia berdebat secara terbuka dengan presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA) itu dan berharap ia disiarkan langsung di TV dan Internet.

“Alhamdulillah saya sudah menerima jemputan dan beliau juga sudah menerima. Saya harap disiarkan secara langsung oleh stesen TV ataupun Internet.

“Dirakam agar semua pihak dapat menontonnya. Insya-Allah moga ada kebaikan,” tulis bekas felo di pusat pengajian tinggi terkemuka dunia Universiti Oxford itu.

Debat dirancang berlangsung pada Rabu depan di Auditorium ICU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya yang akan menampilkan Pengarang Astro Awani, Nazri Kahar sebagai moderator.

Dalam surat jemputan daripada setiausaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, objektif penganjurannya dikatakan bertujuan menolak budaya label melabel dan menggalakkan perbincangan ilmiah.

Selain itu, ia bertujuan membersihkan salah faham termasuk menerangkan perkara sebenar agar tindakan selepas ini bukan berdasarkan sangkaan buruk.

Undangan itu dibuat setelah Zamihan, yang juga seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Facebook belum sebelum ini menyatakan kesediaannya berdebat dengan Asri.

“Saya juga bersedia 24 jam untuk berdebat secara ilmiah dengan beliau atas apa saja topik sekalipun. Beliau boleh memilih mana-mana tajuk berkaitan, lokasi, peserta dan format.

“Saya tidak pernah gentar untuk berhujah dengan mufti sepertinya. jika tewas, beliau perlu meletak jawatan sebagai seorang mufti dan berhenti memfitnah saya,” tulis Zamihan di Facebook.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zamihan bagi mendapatkan reaksinya.

Zamihan dalam video-video dikongsi di Internet didakwa menyerang Asri yang dikaitkan dengan aliran Wahabi dan keganasan.

Asri menafikan perkara itu dan menyifatkan Wahabi sebagai sebuah istilah "misteri".

Beliau malah berikrar menentangnya jika Wahabi bermaksud “fanatik, rigid, keras, tidak boleh berunding dan seumpamanya”.

Zamihan pada 2010 mencetuskan kontroversi selepas didakwa mengaitkan beberapa tokoh tempatan, termasuk Asri, dengan Wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Ini Komen Mahathir Lepas Anaknya, Mukhriz Dijatuhkan

Blogger yang memomokkan kritikan terhadap dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menunjukkan syarikat itu memang benar sedang menghadapi masalah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah serangan yang dibuat terhadapnya bersifat politik.

Beliau tidak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas beberapa sebab termasuk mewujudkan 1MDB kerana wang pinjaman tidak boleh dianggap satu kekayaan.

“Saya penyokong Umno. Saya masih ahli Umno. Tetapi, saya percaya siapa pun buat apa-apa pun kesalahan, perlu ditegur, termasuk Umno. Bagaimanapun, saya terang-terang mengatakan saya tidak sokong Najib. Satu daripada banyak sebabnya ialah, saya tak sokong penubuhan 1MDB,,” katanya.

Dr Mahathir menyertai Umno semula apabila Najib mengambil alih pucuk pimpinan parti pada 2009 daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah menjadi presiden selepas Dr Mahathir turun pada 2003, dan berundur selepas dikritik hebat perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

“Wang yang dipinjam tidak boleh dianggap kekayaan. Dan ada banyak perkara tentang wang 1MDB yang sememangnya salah. Kerajaan tidak sepatutnya terlibat dalam membeli dan menjual saham untuk membuat duit bagi dirinya sendiri.

“Saya tidak setuju dengan 1MDB dan akan terus mengkritiknya serta apa saja yang saya rasakan bahaya untuk urus tadbir yang baik negara ini,” tulis pemimpin veteran itu.

Dr Mahathir memberitahu blogger yang menyerang pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong di Internet, menuduhnya mempertaruhkan ringgit ialah kerana media miliknya itu mengkritik 1MDB.

Seorang blogger yang menggunakan nama ahrily90 yang memulakan serangan terhadap Tong, juga memomokkan Dr Mahathir dan adik Najib yang merupakan seorang eksekutif bank, Datuk Seri Nazir Razak kerana mereka mengkritik 1MDB.

“Tindakan memomokkan itu bersifat politik. Tujuannya hendak menggugat kredibiliti saya. Tetapi saya akan terus bertanya, mana wang yang dikatakan dibawa pulang dari Pulau Cayman itu? Kenapa perlu pinjam wang untuk bayar hutang sekiranya anda ada RM8 bilion?” soal Dr Mahathir, sambil menambah beliau ada banyak lagi soalan hingga semuanya terjawab.

1MDB bulan lepas berkata, ia menebus kembali lebih RM4 bilion dari pelaburannya di beberapa syarikat berlainan portfolio yang berdaftar di Pulau Cayman, tetapi tidak menyatakan sekiranya ia sudah dibawa pulang ke Malaysia.

“Saya syak, memandangkan mereka tidak boleh jawab soalan saya, mereka momokkan saya kerana bertanya. Apabila mereka lakukan sebegini, ia hanya menyumbang kepada syak yang 1MDB sedang dilanda masalah. Ini pandangan saya. Saya tidak bercakap bagi pihak sesiapa,” katanya.

Dalam tulisannya, Dr Mahathir juga berkata, beliau terkejut dengan laporan The Star mengatakan sesetengah blogger menyerang pengkritik 1MDB, kerana katanya, media arus perdana biasanya tidak akan melaporkan sesuatu yang negatif tentang pihak berkuasa.

'Gambar kemaluan bukan kepunyaan saya'

Kuala Lumpur: Anak pelakon Normah Damanhuri yang juga pelakon dan model, Ahya U Rosli, 29, tidak terkejut apabila gambar separuh bogel miliknya tersebar di laman web lucah.

Namun, Ahya yang pernah membintangi filem Tanda Putera menafikan gambar kemaluan yang dipaparkan adalah miliknya.

"Saya mengaku itu adalah saya, tapi gambar kemaluan itu bukan kepunyaan saya. Saya masih waras untuk tidak memuat naik gambar bogel di laman sosial.

"Lagi pula ini bukan kali pertama gambar saya disebarkan. Jadi, saya tidak kisah. Cuma sedikit kesal kenapa pihak terbabit mahu bersikap dengki terhadap saya," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, gambar peribadi milik Ahya itu disebarkan di laman web lucah bagi tatapan pengunjung golongan gay sejak kelmarin.

"Mama pun tahu perkara ini. Dia tidak melenting kerana tahu siapa saya sebenarnya. Cuma, di kalangan kawan-kawan saja mereka mahu saya mencari dalang itu.

"Diakui saya sering memuat naik gambar dengan menayang bentuk badan di laman Instagram dan Facebook. Sesiapa yang mengikuti saya pasti tahu. Tidak sangka pula ada pihak sanggup pergunakan untuk tujuan lain," katanya.
-hmetro-

Fakta MENGEJUTKAN !!! ((Hanya Orang Malas Yang Tidak Membagikan Ini)) Ternyata Buah Ini Dapat Menurunkan Kadar Gula Berlebih Pada Penderita DIABETES !!

Buah ini mungkin saja ada sebagian orang yang tidak kenal dengan nama buah yang satu ini. Buah langka ini mempunyai nama lain di banyak daerah seperti jamblang, jambu keling, dhuwak dan banyak lagi. Duwet memiliki bentuk buah yang terlihat seperti anggur, dengan ciri-ciri warna ungu kehitaman.

Buah dibagian batang akan berkelompok dan sangat mengasyikkan untuk dipetik. Karena kelangkaannya, buah duwet mungkin saja hanya ditemukan dalam jumlah yang lebih sedikit karena banyak pohon yang mulai di tebang dan tak digunakan.

Di beberapa pasar tradisional buah duwet bisa ditemukan pada bulan September hingga Oktober. Rasanya sendiri memliliki kekhasan dengan kombinasi rasa yang sangat manis dan rasa lengket yang sedikit sepat dan asam. Buah ini memiliki kulit yang sangat mengkilap dengan warna daging buah putih agak keunguan.

Zat pektin yang ada dalam daging buah biasanya akan meninggalkan warna ungu pada lidah. Jadi buah duwet sangat enak untuk dikonsumsi dengan bermacam kandungan nutrisi yang bisa diketahui pada daging buah. Inilah sebagian penjelasan tentang manfaat buah langka yang satu ini :

1. Mengatasi Masalah Pencernaan
Apabila Anda memiliki masalah pencernaan seperti sakit perut dengan gejala kembung dan sulit untuk buang angin dan sembelit jadi Anda bisa memakai buah duwet. Jus dari buah duwet yang sudah dipisahkan dengan bijinya mempunyai kandungan serat yang cukup, kandungan senyawa gula dalam buah duwet bisa mengatasi permasalahan sakit perut. Apabila Anda tak pernah buat jus buah duwet jadi konsumsi buah duwet segar juga ampuh untuk menyingkirkan kembung.

2. Sumber Energi Tubuh
Buah duwet sangat menyegarkan dengan rasa manis dan asam. Bahkan buah duwet selalu meninggalkan rasa asam dan sepat untuk lidah. Karbohidrat, protein dan lemak di dalam buah duwet bisa jadi sumber energi yang baik. Selain itu, buah duwet bisa membantu pemecahan zat pati menjadi zat gula.

3. Menjaga Kesehatan Tulang dan Gigi
Kalsium, Magnesium, Fosfor dan Zat besi yang ada di dalam buah duwet dapat melindungi sistem kepadatan tulang dan mencegah gigi berlubang. Buah duwet pas untuk lanjut usia dan wanita hamil yang mempunyai kemungkinan diserang radang sendi atau osteoporosis dan kerapuhan tulang.

4. Menurunkan Kadar Gula pada Diabetes
Kandungan glukosida phytomelin, alfa phytosterol, dan astringent di dalam buah dapat mengontrol kandungan gula dalam darah serta mencegah kolesterol berlebihan dalam tubuh. Astringent dalam buah duwet juga berfungsi untuk mempercepat penutupan luka untuk penderita diabetes.

5. Melindungi Kesehatan Jantung dan Mata
Dalam melindungi kesehatan jantung, buah duwet memiliki kandungan kalium dan sodium yang bertindak untuk mengatur otot jantung, membantu mengatur detak jantung dan menghindari bermacam jenis kemungkinan penyakit karena serangan jantung. Selain hal itu, kandungan Vitamin A yang ada di dalam buah duwet diakui untuk melindungi kesehatan mata, memudahkan resiko rabun pada mata dan kebutaan karena katarak.

Itulah beberapa manfaat dari buah duwet yang semakin jarang kita temui saat ini. Walaupun buah duwet ini berlimpah akan manfaatnya, biasanya orang malas untuk mengkonsumsi buah ini karena rasanya yang sedikit sepat dan asam.

sumber : media kesehatan terpercaya

Berapa lama pula Ahmad Bashah mampu bertahan sebagai MB?

Mohd Sayuti Omar
Pergolakan dan kemelut politik dalam Umno Kedah yang dilihat berakhir hari ini apabila Mukhriz Mahathir telah mengumum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan serentak itu nama Ahmad Bashah Md Hanapiah diumum sebagai penggantinya, bukan merupakan titik nokhtah kepada segala-galanya di negeri Jelapang Padi itu.

Pelantikan Ahmad Bashah bukan bererti dunia politik Umno Kedah akan aman dan tenang, sebaliknya selepas ini ia akan memulakan babak baharu yang lebih menarik dan dramatik.

Kalau sebelum ini, Mukhriz bermati-matian untuk menjaga kedudukan dan maruah politiknya dari "jatuh berdebuk", selepas ini giliran Bashah pula berbuat demikian. Malahan Bashah mempunyai tugas berat untuk mempertahankan diri dan kedudukannya.

Esok jika tidak ada aral merintang Ahmad Bashah dijangka akan menghadap Jemaah Pemangku Raja di Istana Anak Bukit untuk mengangkat sumpah menjadi MB Kedah yang baharu. Tahniah kepada Bashah kalau jadilah?

Kenapa kemelut Umno Kedah dikatakan tidak mudah lengsai? Mukhriz sendiri dilaporkan beliau tidak akan mendimkan diri terhadap "kezaliman" yang menimpa dirinya. Kenyataan bekas MB itu perlu dilihat beliau akan bertindak lebih jauh dan agresif daripada sebelum ini. Apa diucapkan Mukhriz itu sebagai signal balas dendam akan berlaku.

Dan rasanya semua orang dapat menjawab persoalan ini serta mencari justifikasinya, ini kerana proses penggantian MB Kedah itu tidak berjalan dengan tertib dan berlaku di luar tradisi kekeluargaan Umno. Di samping ada yang seronok dengan apa yang berlaku, tetapi ada yang terhiris dan sakit atas apa yang terjadi. Cara dan tindakan Ahmad bersama gengnya menyingkirkan Mukhriz akan meninggal kesan dan luka kepada Mukhriz dan penyokongnya. Lainlah kalau transisi itu berjalan dengan lendik dan teratur.

Ada beberapa insiden di sebalik transisi itu kenapa ia meninggal kesan buruk. Selain ia meragukan ia juga dikira anih dan tergesa-gesa. Misalnya keputusan untuk menggugurkan Mukhriz itu tidak dibuat secara kolektif di kalangan pimpinan Umno Kedah apa lagi mendapat persetujuan rakyat sebaliknya lebih kepada tindakan memerangkap dan peralat sesetengah ketua-ketua Umno bahagian.

Kenyataan berupa penafian dari beberapa pimpinan Umno Kedah di peringkat awal berhubung sidang akhbar diadakan Bashah menjelaskan realiti itu. Bahawa ia tidak dibuat secara kolektif dan proses memaksa agar bersetuju dengan tindakan itu dilakukan kemudian.

Justeru kerana ianya tidak benar dan salah, maka Mukhriz dan penyokongnya tidak akan membiarkan Bashah dan gengnya berlalu begitu sahaja. Rasa sakit hati atas tindakan yang dianggap melukakan itu pasti akan didendami. Rasa tidak puas hati pasti akan dihemburkan dan upacara pembalasan dendam kepada Bashah pasti akan dilakukan. Proses membalas dendam ini mungkin berjalan memakan masa, dimana kalau ia tidak tercapai dalam waktu terdekat sehingga ke musim pilihan raya.

Mungkin Mukhriz dan pengikutnya boleh senyum dengan apa yang berlaku, serta melapazkan ucap redha, tetapi tidak di dalam hati. Apa yang bergelora dan menggarut tangkai hati tidak siapa tahu. Dunia politik itu sendiri tidak ada kunci yang mengikat kata agar ia senantiasa berada atas paksi awalnya?

Hakikat yang berlaku kini kerajaan pimpinan Bashah nanti adalah kerajaan yang tidak kuat dan ia boleh goyang bila-bila masa sahaja. Seperti mana dijelaskan Mukhriz hilang sokongan di Dewan Undangan Negeri Kedah apabila tidak mendapat sokongan Ahli Dewan yang dibezakan beberapa suara sahaja. Difahamkan tidak semua Adun Umno seramai 20 orang menyokong Ahmad Bashah. Yang pastinya dua Adun, Adun Jitra Aminuddin Ommar dan Mukhriz tidak bersetuju dengan Bashah.

Sekiranya kesemua Adun pembangkang seramai 15 orang mengambil pendirian untuk tidak menyokong Bashah dan mereka bergabung dengan Mukriz dan Aminuddin, ini bermakna oposisi mempunyai 17 kerusi. Jumlah itu cukup untuk meletakkan sokongan Ahli Dewan kepada Bashah sangat lemah apabila hanya dibezakan dua atau tiga suara sahaja dimana seramai 18 kerusi menyokong Bashah.

Sekiranya benar seperti mana dilaporkan dua orang Adun mengambil keputusan berkecuali semasa diminta sama ada menyokong atau tidak Bashah sebagai MB benar, keadaan ini mengawatkan lagi kerajaan Bashah. Ia akan meletakkan Bashah sebagai MB seperti telor di hujung tanduk. Situasi ini menjadi Bashah sebagai MB yang boleh memejamkan mata tetapi tidak akan pernah didatang mimpi indah dan damai.

Bayangkan apa berlaku kalau dua Adun yang berkecuali itu tiba-tiba suatu waktu mengubah pendirian menyatakan penolakan mereka kepada Bahsah? Apa akan berlaku kalau diadakan usul undi tidak percaya kepada bakal MB itu. Bukankah bermakna oposisi kini mempunyai 19 kerusi di mana mempunyai satu majoriti? Kedudukan itu sudah cukup untuk menyembamkan Bashah dari kerusi MB.

Berpegang kepada senario ini dan segala kemungkinan boleh berlaku, menyebabkan kedudukan Bashah sebagai MB Kedah dilihat tidak begitu teguh. Kerajaan yang akan dibentuk nanti merupakan kerajaan yang cukup lemah dan sangat terdedah kepada pakatan yang boleh mengugurkannya dan mengecaikan kerajaan Umno Kedah fasa kedua itu. Bila-bila masa sahaja Adun yang tidak mendapat pembahagian ghanimah yang cukup boleh beronar.

Sebab itu dikatakan bahawa kemelut dan pergolakan Umno di Kedah itu tidak akan berakhir dengan perkembangan hari ini. Dan ia lebih parah lagi sekiranya Umno mengambil keputusan memecat Mukhriz daripada Umno sebagai jalan selamat atau mengelakkan Mukhriz mengamuk dalam rumah sendiri (Umno) dengan harapan Umno Kedah tenteram dan aman.

Tindakan memecat Mukhriz akan membuka jalan pertikaian lebih teruk lagi. Ia juga boleh disifatkan Umno membakar sampah bawah rumah. Sudah pasti kalau Mukhriz diambil tindakan dipecat, akan ada pemimpin lain yang juga akan diambil tindakan sama. Lebih "mengsamrawitkan" lagi apabila ia melibatkan Adun. Kedudukan Adun khususnya dari Umno di Kedah hari ini sangat bernilai. Berapa nilai mereka tidak terhitung. Sebanyak mana nilai mengekalkan kerajaan BN di Kedah maka setinggi itulah nilai mereka.

Kecualilah dalam usaha memperkuatkan kerajaan Kedah dibawah pimpinan Bashah itu, Umno mengatur kerjasama (ta'awun) dengan Pas. Sekiranya Umno berjaya membawa sokongan lapan (8) Adun Pas ia menjadikan kerajaan pimpinan Bashah bukan sahaja kuat tetapi juga merupakan kerajaan yang mendapat majoriti 2/3.

Persoalannya apakah ada denai-denai ke arah itu di Kedah Umno akan berkerjasama dengan Pas, dan Pas sedia pula untuk ke arah itu? Kita kena tunggu sehingga terbentuk kerajaan Ahmad Bashah.
http://msomelayu.blogspot.my

Seluk tangan dalam seluar: Papagomo terajang pekerja asing (link Video)

Video...
Penulis blog, Papagomo sekali lagi mencuri tumpuan apabila video yang memaparkan dirinya menyepak terajang seorang pekerja asing dikongsi secara meluas di media sosial.

Dalam video kira-kira empat minit yang tidak pasti lokasi kejadian itu, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja Pakistan.

Setakat ini, video berkenaan telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan.

Papagomo juga memuat naik video berkenaan di laman Facebook Sir Azri bagi mewajarkan tindakannya itu.

Beliau mendakwa bahawa pekerja tersebut membuat gangguan seksual ke atas dua adik perempuannya dan dua rakan mereka.

“Sweet sweet atau main mata tu biasa pada aku sebab tu lumrah kegatalan orang lelaki.
“Tapi kalau dah buat aksi melampau dengan kelakuan tak senonoh maka itu sudah melampau dan seharusnya diberikan pengajaran,” tulisnya di Facebook.

Menurutnya, beliau tidak membuat aduan polis kerana ia memakan masa yang lama dan sukar untuk mengheret pekerja warga asing ke muka pengadilan.

“Jadi aku selaku abang membuat tindakan sendiri yang pada aku pengajaran perlu diberikan kepada pelaku yang membuat gangguan seksual.

“Jadi pada 29 Januari aku pergi jumpa dengan semua pekerja warganegara asing yang mana dua orang adik perempuan aku dan dua orang lagi kawan adik perempuan aku membuat aduan tentang gangguan seksual yang mereka alami,” katanya sambil secara panjang lebar menceritakan kejadian itu.

'Aku pun lelaki'

Menurutnya setelah pengecaman dibuat, beliau memberi beberapa das penampar, penumpuk dan terajang kepada pekerja itu serta memintanya tidak kembali.

Papagomo juga mengakui tindakannya itu adalah salah kerana tidak mengikut saluran undang undang tetapi beliau melaksanakan tanggungjawapnya sebagai seorang abang dan juga lelaki.

“Aku pun lelaki, pernah mengurat perempuan, kenyit mata, sweet sweet, ejas sikit sikit tetapi tidaklah sampai keterlauan seluk tangan dalam seluar,” katanya.

“Aku bukan samseng tapi aku lelaki yang merupakan seorang abang kepada adik-adik Aku.

“Dah tu takkan aku nak biar benda tak elok berlaku kepada adik aku lepas tu baru aku nak menangis macam pondan?” soalnya bagi mewajarkan tindakannya menerajang pekerja itu sehingga kelihatan dalam amat kesakitan dalam video itu.

Papagomo pada 2014, didapati bersalah selepas Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa Wan Azri adalah blogger Papagomo yang telah memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim memerintahkannya membayar Anwar RM850,000.
-malaysiakini-

Ahmad Bashah 'Terlena' Juga Ketika Majlis Angkat Sumpah MB Walaupun Sudah diperingatkan Oleh Mukriz (Gambar)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dirakamkan dengan mata tertutup untuk beberapa saat, semasa majlis istiadat mengangkat sumpah jawatan itu pada Khamis.

Ahmad-BashahBeliau dilihat memejamkan mata dalam tempoh agak lama sehingga ia boleh dirakamkan secara langsung di TV dan penonton mengambil kesempatan mengambil gambar beliau dalam keadaan 'terlena' itu menerusi skrin.

Gambar berkenaan tersebar begitu pantas di Internet termasuk ruangan sembang menerusi aplikasi telefon.

Bagaimanapun, tiada tanda-tanda menunjukkan Ahmad Bashah tertidur kerana kepalanya dalam keadaan tegak.

Bekas menteri besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu secara sinis menasihatkan Ahmad Bashah supaya tidak terlena semasa majlis angkat sumpah.
Kira-kira seminggu lalu, Ahmad Bashah dirakamkan dengan matanya tertutup dan sebelah tangannya di bawah dagu pada satu majlis rasmi kerajaan negeri, dan dilaporkan telah tersebar di Internet.
Ahmad Bashah tidak dapat dihubungi bagi mengulas mengenai gambar berkenaan kerana tugasnya menyaksikan penganugerah pingat kepada 200 penerima oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah, sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan menteri besar.
-mstar-

Jangan biarkan anak duduk begini!

Jangan biarkan anak duduk begini!
KITA selalu lihat anak kecil termasuk anak sendiri duduk dengan kaki lipat ke belakang seakan bentuk W ketika bermain di lantai.

Ia dianggap biasa pada anak yang berusia dua tahun ke bawah. Tapi sekiranya cara duduk begitu menjadi kebiasaan dan berterusan hingga usia lebih dari dua tahun ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak.

Kenapa Cara Duduk W Bahaya Pada Anak?

Cara duduk ini akan menambah tekanan di bahagian bawah tubuh anak hingga boleh menjejaskan perkembangan kekuatan otot (bahagian otot perut) dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.

Bila anak duduk dalam keadaan ini mereka akan jadi selesa yang mana otot bahagian atas tubuh mereka tidak banyak berfungsi.

Sebaliknya mereka menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain dalam kedudukan ini.

Ia juga mengetatkan otot kaki, pinggul dan buku lali anak hinggga boleh mengundang masalah hip dislocation yakni masalah kedudukan sendi pinggul.

Antara kesannya adalah menjejaskan cara anak berjalan dan juga menyebabkan anak kerap hilang keseimbangan.

Kekerapan anak duduk dalam bentuk W ini juga boleh memberi masalah untuk mereka duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai sokongan.

Jadi sekiranya nampak anak kerap duduk dalam keadaan ini, minta dia mengubah kedudukan.

Sama ada duduk dalam keadaan bersila atau duduk di atas kerusi yang mana lebih baik untuk pembentukan tubuh mereka.

***Rencana ini adalah terjemahan dari artikel What’s So Wrong With W-Sitting
Pediatric Therapy Center yang dipetik dari blog www.vanillakismis.my
-sinarharian-

Inilah 4 Cara Mudah Merawat Bisul Yang Ramai Tak TAHU !!

Tranungkite
Siapa yang tidak tahu ulser, jadi sudah tentu ramai yang tahu walaupun tidak pernah mengalami tetapi tidak pernah dilihat.

Ulser adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus, bakteria biasanya hadir pada kulit dan hidung selain bakteria ini masuk ke dalam liang-liang untuk tumbuh rambut di sekitar dan menyerang akar rambut untuk membentuk ketulan.

Ketulan tirus berbentuk yang tumbuh ulser pada kulit dan sakit di bahagian bonjol, kesakitan akan timbul jika dibenarkan untuk berdiri dan disentuh oleh apa-apa kecuali dengan tangan sendiri, blotches merah lebam radang dan bernanah.

Yang paling ketara penyakit menyebabkan ulser adalah disebabkan oleh kecederaan atau kecederaan sebagaimana yang disebabkan oleh gigitan serangga, jangkitan kulit, kulit yang rosak dan sebagainya, ulser biasanya muncul diarea punggung adalah yang paling biasa dan juga tangan dan kaki, berikut adalah langkah-langkah untuk menghilangkan daripada dan menyembuhkan ulser secara semulajadi dan pantas.

1. Bawang putih
Bawang putih adalah sangat berkesan dalam menyembuhkan penyakit ulser melalui mukus dab bawang putih yang telah pecah awal mendidih, rebus harus ingat muda baru bisul tumbuh begitu cepat hilang apabila yang lebih besar tidak boleh lagi.

2. Tuam Air Panas
Memampatkan air suam boleh berguna untuk menghilangkan rasa sakit yang disebabkan oleh penyakit ulser dan juga dengan memampatkan air suam juga boleh masak sendiri dan rebus dengan cepat untuk penyembuhan.

3. Daun Cili, Sirih atau Bayam
Ini daun boleh merawat atau menghapuskan ulser dengan cara ditumbuk lumat salah satu daripada tiga daun daun cili, daun sirih dan daun bayam, daun halus dan campurkan sebelum perlanggaran dengan minyak kelapa dan sapu dan juga boleh menjadi diperbankan.

4. Squeeze Pus
Cara yang terakhir yang dapat dibuktikan berkesan dalam mengubati atau menghilangkan ulser adalah untuk menolak keluar sepenuhnya nanah, apabila nanah dalam bisul keluar sepenuhnya supaya ulser sembuh, langkah memerah yang ulser pasti telah dimasak sedia ada mata dan kemudian tolak yang sedikit sehinggan nanah secara beransur-ansur sehingga habis.

Sumber: www.syifa.info

Ada yang panas punggung apabila Husam buka mulut


KOTA BARU: PAS tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa yang didakwa mengkritik parti secara terbuka berhubung isu hudud.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat PAS pusat pada 13 Februari ini.

"Dakwaan Husam mengatakan perbincangan hudud hanya membabitkan tiga individu dan tidak dimaklumkan kepada parti adalah tidak betul," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa Exco negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Rabu.

Husam sebelum ini dilaporkan menggesa Mohd Amar dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bertanggungjawab, termasuk mempertimbangkan meletak jawatan setelah gagal membawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1964 di Parlimen, bagi membuka laluan untuk pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
-Bernama-

Ulama Syiah ini Menyeru untuk Membunuh Semua Kelompok Selain Syiah (Video)

Syiah Indonesia 
Hazim Al-A’raji
Syiahindonesia.com: Setiap muslim Indonesia harus berhati-hati dari bahaya Syiah. Namun masih banyak muslim yang kurang peduli akan bahaya Syiah, bahkan menganggap mereka sebagai saudara se-Islam yang tentram padahal di balik semua itu mereka sedang ber-taqiyyah hingga saat yang tepat mereka membunuh muslim yang tidak berkayakinan dengan agama Syiah.

Pidato ulama Syiah “Hazim Al-A’raji” yang menyeru membunuh. Dia berkata:

خذ سلاحك وقاتل كل وهابي نجس. نعم أنا أقول لك ومسؤول عن كلامي "كل من يقتل وهابي نجس يده متورد بالدماء فإن أبواب الجنة ستدق له وتفتح لذالك القاتل إلى استشهد

“Ambillah senjatamu dan perangilah semua wahhabi najis. Ya, aku katakan padamu dan aku bertanggung jawab atas perkataanku “Setiap yang membunuh wahhabi yang najis dan tangannya berlumuran darah maka sesungguhnya pintu-pintu surga akan diketuk dan dibuka untuk sang pembunuh hingga dia mati syahid”.

Dan ulama syiah yang lain “Al-Mujtaba Asy-Syirazi” berkata:

فالوهابي الإرهابي الكافر الناصبي الوحشي يجب قتله

“Maka wahhabi sang teroris, kafir, nashibi, dan liar wajib untuk dibunuh”

portalpiyungan.com

Simak dan lihat videonya:

Rakyat Kedah, sukar terima Bashah sebagai MB

Shakira Buang
Selepas pergolakan hampir dua minggu, Datuk Ahmad Bashah hari ini dilantik sebagai menteri besar yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.Namun, bagi penganalisis politik, ia bukanlah permulaan yang baik bagi timbalan ketua badan perhubungan Umno Kedah itu.
Penganalisis politik, Dr Azizuddin Mohd Sani berkata ini kerana buat seketika ini agak susah untuk rakyat di negeri itu untuk menerima beliau sebagai menteri besar yang baru.

Justeru, Azizuddin berkata Ahmad Bashah perlu memperlihatkan prestasi beliau selaku menteri besar selari dengan kehendak rakyat selain menggesa kepimpinan Umno melibatkan diri mereka bagi meredakan kemarahan rakyat dengan apa yang berlaku selama dua minggu ini.
“Permulaan ini memang susah sikit rakyat nak terima Ahmad Bashah. Tapi kalau Ahmad Bashah perform dan rakyat dapat rasa nikmat pencapaiannya, rakyat akan berubah menyokong dia. Jadi prestasi dia penting.

“Semua kepimpinan Umno kena melibatkan diri dengan akar umbi untuk redakan keadaan,” kata Azizuddin kepada Malaysiakini.
Krisis politik Kedah dipercayai berakhir apabila Mukhriz hari ini akur untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri besar dan digantikan oleh Ahmad Bashah.

Mukhriz membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di pejabat pentadbiran negeri di Wisma Darul Aman hari ini, dan mengakhiri kemelut dalam kepimpinan Umno Kedah yang mahu beliau berundur.

Krisis berakhir?

Beliau mengambil keputusan untuk berundur selepas dimaklumkan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti ADUN di negeri itu.

Mengulas lanjut apakah pergolakan politik di negeri jelapang padi itu kini sudah berakhir atau pun baru sahaja bermula, pensyarah politik di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata ia bergantung sepenuhnya kepada pemimpin Umno sendiri.

“Sama ada ia (pergolakan) lebih teruk bergantung kepada pemimpin Umno sendiri.

“Macam mana pun MB baru perlu perkukuhkan Umno dan tarik semula rakyat menyokong BN. Tidak ada potensi sabotaj dalaman boleh berlaku,” kata Azizuddin.

Dua puluh satu ADUN BN dan 15 ADUN pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah menyuarakan pandangan mereka kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada hari Isnin dan Selasa lalu.

Semalam, wakil rakyat pembangkang berkata mereka mahu krisis MB diselesaikan melalui undi tidak percaya terhadap Mukhriz di dewan undangan negeri.

Spekulasi bahawa Kedah akan mendapat MB baru hari ini bertiup kencang sejak semalam selepas Mukhriz membatalkan mesyuarat exco kerajaan negeri pagi ini.

Anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu menduduki kerusi berkenaan pada 6 Mei 2013 selepas Pilihan Raya Umum ke-13, di mana BN berjaya merampas negeri itu daripada PAS

Mukhriz tolak jawatan timbalan menteri dan beri amaran beliau tidak akan berdiam diri

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata usaha  menyingkirkannya sebagai menteri besar Kedah tidak akan mendiamkan beliau daripada mengkritik isu sumbangan RM2.6 bilion dan 1MDB.

"Tetapi sekarang saya rasa merdeka dan bebas dan tidak akan berdiam diri," katanya.

Ketika ditanya adakah beliau akan bersara daripada politik, Mukhriz berkata: "Tidak, ia darah daging saya. Jika rakyat masih mahukan saya, saya akan teruskan.

Beliau juga memberitahu sidang media di pejabat pentadbiran negeri di Wisma Darul Aman bahawa beliau menolak tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk jawatan timbalan menteri.
-malaysiakini-

Mukhriz tumbang disebabkan oleh 2 Adun Umno buat U-Turn?

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka meletak jawatannya pagi ini selepas tidak lagi memiliki sokongan majoriti dalam DUN.  

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir kurang 2 majoriti untuk kekal mentadbir negeri selepas 2 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengambil keputusan berkecuali semasa menghadap Jemaah Pemangku Diraja Kedah baru-baru ini.

Sumber memberitahu, pihak Istana Kedah memaklumkan kepada Mukhriz selepas selesai majlis menghadap, beliau hanya memperoleh 16 sokongan Adun sementara kumpulan penentang memiliki 17 Adun dengan menolak 2 Adun yang berkecuali.

"Mukhriz tewas dengan beza satu sokongan melebihi kepada kumpulan penentang," kata sumber.

Menurut sumber, tindakan 2 Adun yang berkecuali itu juga menjadi punca kumpulan penentangnya tidak mengadakan sidang media mengumumkan mengenai pelantikan menteri besar baharu semalam.
Daripada 21 kerusi di DUN Kedah, Barisan Nasional memiliki 21 sementara pembangkang 15.

Menurut sumber, hanya Adun Jitra Datuk Aminuddin Omar menyokong pentadbiran Mukhriz.

Kemelut politik Kedah yang berpanjangan hampir ke penghujung apabila Mukhriz dijangka meletak jawatannya pagi ini selepas tidak lagi memiliki sokongan majoriti dalam DUN.

Jemaah sudah memaklumkan kepada Mukhriz beliau tidak lagi memiliki sokongan wakil rakyat Kedah dan perlu melepaskan jawatan yang disandangnya.
-malaysianinsider-

Ahmad Bashah dilantik MB Kedah baharu

Ahmad BashahALOR SETAR - Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah diumumkan sebentar tadi sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini telah membuat sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.

Mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Mukhriz juga turut mengumumkan akan letak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
-sinarharian-

Masuk hospital, mangsa rogol diperkosa kali kedua

Seorang mangsa rogol didakwa diserang secara seksual buat kali kedua di sebuah hospital di India ketika sedang mendapatkan rawatan.

Gadis 15 tahun yang tidak disiarkan namanya itu mendakwa, dia dirogol untuk kali kedua oleh seorang pengawal keselamatan Kolej Perubatan dan Hospital Mahatma Gandhi (MGMCH) di bandar Jamshedpur.

Dia mendakwa dirogol kali kedua selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital berkenaan selepas diperkosa seorang remaja di kawasan tempat tinggalnya, lapor The Independant.

Hospital awam di India sering sesak dan mempunyai kawalan keselamatan yang longgar.

Selain itu, anggota polis Superintendent Chandan Jha memberitahu AFP bahawa pengawal keselamatan tersebut telah ditangkap dan gadis itu pula dipindahkan ke sebuah "hospital yang terbaik" di bandar itu untuk rawatan lanjut.

"Kami mendaftar kes ini... dan kini menunggu laporan perubatan gadis itu," kata Chandan.

Kes itu timbul selepas protes besar-besaran di Kolkata pada Jumaat yang diketuai oleh kumpulan hak asasi progesif wanita India AIPWA.

Ekoran bantahan itu, tiga lelaki dihukum mati kerana disabitkan kesalahan merogol beramai-ramai dan membunuh seorang wanita berusia 20 tahun pada 2013.

Gangguan seksual dan keganasan terhadap wanita di India mendapat perhatian serius selepas insiden rogol beramai-ramai dan membunuh pelajar fisioterapi, Jyoti Singh di Delhi selepas wanita tersebut dan kawan lelakinya diserang dalam bas pada 2012.

Kes itu menarik perhatian nasional terhadap nasib wanita dan ramai yang menuntut hukuman yang lebih berat ke atas perogol

Habislah Najib?

Timmy Say
Minggu ini, Malaysia membuktikan kepada dunia mengapa sini digelar "Bolehland".Tiada apa yang "tidak boleh" di negara ini.

Pendeknya, peguam negara mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima derma sebanyak AS$681 juta. Daripada jumlah itu, beliau "hanya" menggunakan AS$61 juta dan baki AS$620 juta dipulangkan kepada keluarga diraja Arab Saudi pada Ogos 2013.

Bagaimana AS$61 juta itu digunakan – bagi peguam negara – tidak penting. Yang penting ialah perdana menteri tidak terlibat dengan sebarang kesalahan jenayah. Tak kisahlah dunia percaya ke tidak. Tak penting juga kalau rakyat Malaysia merasa ada benda sangat tak kena. Yang diperlukan ialah keputusan peguam negara.

Bisinglah. Meroyanlah. Ulanglah. Kaitlah derma ini dengan duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Tapi, apa yang boleh dibuat?

Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib menjadi ahli politik kedua yang terbukti hebat, sabar dan tenang mengharungi ombak serangan sebegini. Jangan lupa ini bukan pengalaman pertama Najib menghadapi serangan berjela-jela.

Ingatkah kes Altantuya yang satu dunia rasa adalah titik penamat kepada kareer politik Najib yang ketika itu menjawat jawatan timbalan perdana menteri? Namun tidak, Najib maju setapak dan menjawat jawatan perdana menteri sehingga hari ini.

Hari ini, ramai juga merasakan kareer politik Najib suda habis. Ramai juga yang merasakan persepsi buruk ke atasnya tidak dapat dipulihkan. Betulkah prediksi sebegitu?

Lihatlah 3 contoh individu hari ini – bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuat pengumuman untuk membersihkan Najib, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan keputusan terhadap siasatan derma ini akan berbeza jika Gani tidak ditukar.

Sejak pemecatannya, persepsi terhadap Gani berubah sama sekali kerana pembangkang mengambil kesempatan terhadap insiden itu untuk memukul Najib.

Betulkah rekod Gani lebih baik daripada Apandi? Lihatlah rekod-rekod kes yang dikendalikan Gani dulu sehingga kini. Tepuk dada tanya selera.

Tapi oleh kerana ada pembangkang suka berimankan "musuh punya musuh is my best friend", maka Gani "dibersihkan" daripada segala persepsi buruknya yang lepas, termasuklah kes-kes yang melibatkan Anwar.

Gani kini diangkat seolah-olah Malaysia amat bertuah kerana pernah memiliki peguam negara sebegini. Tapi betulkah perkara ini?

Bagaimana pula dengan Rafidah? Ramai terpegun dengan kelantangan beliau hari ini menegur kepimpinan negara. Semalam beliau berkata negara dirosakkan kelemahan manusia, ketamakan manusia dalam beberapa kes.

Memang betul. Cuma apabila memori melayang kembali mengenang isu AP kereta, terasa pula alangkah baiknya kalau beliau dapat mendengar nasihat sendirinya lebih awal. Malangnya, benih yang tersemai satu waktu dulu kini sudah berakar menjadi pokok besar.

Nama Muhyiddin pula naik mendadak selepas dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri. Seperti Rafidah, kenyataan Muhyiddin sedap didengar selepas pemecatannya kerana senapangnya menghala kepada Najib.

Satu ketika dulu, Muhyiddin adalah ahli politik yang paling dicemuh sesetengah parti dan masyarakat kerana enggan menggelar dirinya sebagai "Malaysia first". Hari ini, beliau diangkat bukan kerana beliau menggelar dirinya "Malaysia first", tapi kerana beliau cuba melawan Najib.

Melihat contoh ketiga-tiga individu ini, sudah tentu Najib sedar beliau hanya memerlukan satu peluang ataupun satu individu yang lebih dibenci atau satu peristiwa untuk membersihkan segala persepsi buruk terhadapnya.

Ketiga-tiga individu ini dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap mereka bukan kerana rakyat Malaysia bodoh. Ini kerana adanya budaya “the enemy of my enemy is my best friend” yang tersemat di dalam budaya politik hari ini.

Apabila Najib bertemu musuh yang diangkat sebagai musuh pembangkang yang baru, dan beliau mengambil peluang untuk bersama rakyat dan pembangkang menentang musuh terbaru tersebut, maka imej Najib akan pulih seperti sediakala.

Jangan lupa – ini "Bolehland"! Segalanya boleh berlaku walaupun anda rasa tidak logik, mustahil atau tidak munasabah. Akan tetapi, anda tidak boleh menolak kemungkinan apa yang tidak logik, mustahil dan tidak munasabah hanya berlaku di Malaysia.

Oleh itu, percayalah Najib tidak habis lagi. Malah berkemungkinan beliau akan memecahkan rekod Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai perdana menteri yang paling lama mentadbir negara.