"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Lelaki Singapura pecah rekod tiduri 57 wanita dalam 24 jam

FMT Reporters

Penganjur pertandingan mengukur setiap ejakulasi lelaki tersebut di mana dia mesti mengeluarkan lebih kurang 5ml ‘semen’ sebagai bukti persetubuhan dilakukan terhadap setiap wanita.

Lelaki-Singapura-pecah-rekod-tiduri-57-wanita-dalam-24-jamfmt-ohsem-inside-article1Seorang lelaki Singapura mencatat rekod baharu meniduri 57 wanita dalam masa 24 jam. Ya, ia mengatasi rekod terdahulu melibatkan 55 wanita.

Sangat “Wow” kan? Bagaimana agaknya dia melakukannya, jom baca artikel selanjutnya.

Menurut laporan berita Herald Europe, rekod itu dipecahkan dalam satu acara tahunan yang dianjurkan oleh sekumpulan pelacur dari Republik Czech yang diadakan di ibu negaranya, Prague.

Lelaki berusia 34 tahun yang enggan dikenali tetapi dikatakan warganegara Singapura mengakui menjalankan pelbagai latihan untuk memecahkan rekod tersebut termasuk latihan berat seperti atlet larian maraton.

“Saya sememangnya seorang penagih seks dan apabila mendapat tahu mengenai acara ini, saya rasa saya patut ambil bahagian. Saya mengambilnya secara serius dan berlatih seperti atlet larian maraton. Latihan ini sebenarnya lebih sukar dari kebanyakan sukan profesional,” memetik katanya.

Tepat tengah malam, acara rekod tersebut bermula dan lelaki itu mula bersetubuh dengan pelacur yang dibawa khas untuk acara tersebut.

Tambah laporan itu lagi, lelaki tersebut berjaya meniduri 29 wanita menjelang tengah hari dan akui mula mengalami kekejangan selepas itu.

Dia kemudian diberi bantuan kecemasan oleh pakar fisioterapi sebelum meneruskan percubaan itu.

Sebenarnya, antara syarat menyertai percubaan ini adalah peserta tidak dibenarkan mengambil sebarang ubat untuk ereksi dan dia bebas daripada semua ujian tersebut.

Cuma, dia akui mengambil makanan herba namun enggan mendedahkan secara lanjut.

Ok, 28 lagi wanita untuk ditiduri…

Lelaki itu akhirnya berjaya meniduri 56 orang menjelang pukul 11 malam tetapi mengambil keputusan mencuba seorang lagi memandangkan masih ada 1 jam sebelum tamat waktu.

Dia sempat berlari ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum meniduri wanita ke-57 dan yeah…. rekod baharu dicatat!

Menurut pihak penganjur, peserta kena mengeluarkan lebih kurang 5ml semen (cecair mengandungi sperma) sebagai bukti hubungan seks dengan semua wanita itu. Macam mana mereka tahu? Penganjur sebenarnya mengukur setiap ejakulasi yang dilakukan lelaki itu.

Qatar beralih pada Iran, Turki untuk bekalan makanan

MALAYSIA DATELINE
Qatar beralih kepada Iran dan Turki untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bagi mengatasi kemungkinan kekurangan bahan itu, dua hari selepas pembekal terbesarnya, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi, memutuskan hubungan perdagangan dan diplomatik dengannya.

“Kami berbincang dengan Turki dan Iran serta beberapa negara lain,” kata seorang pegawai Qatar yang enggan dikenali.

Menurutnya, bekalan itu akan dibawa ke negara itu dengan pesawat Qatar Airways.

Pegawai itu juga berkata, Qatar mempunyai bekalan bijirin secukupnya dalam pasaran di negara itu yang boleh bertahan sehingga empat minggu dan kerajaan juga mempunyai jumlah besar rizab makanan strategik di Doha.

Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar serta menutup ruang angkasa mereka kepada penerbangan komersial Isnin lalu dengan menuduhnya membiayai kumpulan militan.

Qatar menyangkal tuduhan itu. Ia adalah perpecahan terburuk dalam kalangan negara Arab sejak beberapa tahun lalu.

Sengketa Qatar dengan Arab Saudi dan negara Arab lain itu bermula dengan kerajaan Qatar mengkritik tindakan negara itu kerana menjadikan Iran musuh.

Qatar mencetuskan rasa tidak puas hati negara jiran Arabnya kerana memberi perlindungan kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin yang diisytiharkan Mesir sebagai pengganas.

Dalam perkembangan berkaitan, presiden Amerika Syarikat Donald Trump menawarkan bantuan untuk menyelesaikan krisis diplomatik yang semakin buruk antara Qatar dengan beberapa negara Arab di saat Emiriah Arab Bersatu menyarankan Doha dikenakan sekatan ekonomi kerana didakwa menyokong aktiviti pengganas.

Trump menggesa tindakan diambil terhadap kumpulan pengganas ketika menghubungi Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani, menurut satu kenyataan Rumah Putih.

Ada duta buat gangguan seksual, dakwa PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan berkaitan gejala gangguan seksual daripada beberapa pengadu wanita tempatan yang bekerja sebagai kakitangan kedutaan.

Jelas PPIM, mangsa yang begitu tertekan dengan pelbagai 'gangguan seksual' yang dilakukan samada oleh duta mahupun kakitangan kedutaan.

"Bila mereka nak dapatkan sesuatu daripada kita tetapi tidak dapat, mereka akan tamatkan kita dengan segera.

"Alasan mereka, isteri dan anak-anak sudah kembali ke negara asal jadi mereka sunyi.” kata salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Mar (bukan nama sebenar).

Puan Mar telah berkhidmat selama kurang lebih 17 tahun di lapan kedutaan dan menyimpan banyak rahsia negara.

Puan Mar berkata, ganguan seksual tersebut sentiasa berlaku dan berterusan meskipun kakitangan kedutaan terlibat mengetahui bahawa beliau sudah berkahwin.

"Pegawai kedutaan itu baru berusia 34 tahun dan saya sudah menjangkau usia 60 tahun. Saya pangkat emak dia tapi tidak bagi dia,” katanya lagi.

Mangsa kedua, Puan Nor (juga bukan nama sebenar) yang berusia awal 40-an turut melahirkan rasa kecewa terhadap pihak Perkeso yang tidak dapat melakukan apa-apa tindakan terhadap kedutaan terlibat.

“Bila saya pergi ke pejabat Perkeso, mereka mengatakan bahawa mereka tak boleh buat apa-apa dan akhirnya menyuruh saya untuk membuat laporan kepada kementerian.

“Di kedutaan tempat saya bekerja, tidak kira muda atau tua, semua dah terkena 'gangguan seksual' tetapi tidak berani untuk buat laporan sebab kebanyakan mereka adalah pekerja asing,” ujarnya lagi.

Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan beranggapan bahawa pegawai kedutaan seolah-olah mempunyai kuasa dan berhak melakukan apa sahaja tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

“Perkara ini dianggap satu kesedihan dan tidak seharusnya berlaku. Sebab bila kita bercerita pasal kedutaan, mereka diibaratkan mempunyai imuniti untuk melakukan apa sahaja.

”Sepatutnya kedutaan melambangkan Perlembagaan tapi kita melihat perkara ini sebagai satu penipuan bagi diri kita,” katanya dalam kenyataan yang sama.
-

Video: Keldai hidup dicampak dalam kandang harimau


Beijing – Video ngeri yang dimuat naik ke Internet menunjukkan saat sadis penjaga zoo di China selamba menolak keldai hidup ke kandang harimau untuk dimakan tiga haiwan pemangsa itu.

Keldai yang ketakutan itu ditolak secara paksa oleh pekerja terbabit yang memakai baju hujan sebelum jatuh ke dalam air yang mengelilingi kandang harimau dan terus diserang dua haiwan ganas berkenaan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di zoo Changzhou, timur China.
-kualalumpurpost

Kemaluan warga emas tersepit di kerusi

SUNGAI SIPUT - Mungkin kedengaran pelik dan luar biasa namun kejadian ini benar-benar berlaku.

Seorang lelaki warga emas terpaksa menahan sakit hampir 30 minit selepas kemaluannya tersepit di celah kerusi plastik di rumahnya, petang tadi.

Lelaki berusia 80 tahun itu berdepan detik mencemaskan apabila kemaluannya tersepit ketika duduk atas kerusi berkenaan di rumahnya di Kampung Baru Simpang Jalong, di sini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Mohammad Zaidi Md Lazim mengesahkan laporan ketika dihubungi.

Menurutnya, anggota bergegas ke rumah warga emas tersebut sebaik menerima laporan kejadian berhubung kes itu, petang tadi.

"Setibanya di rumah mangsa, warga emas tersebut masih berada di atas kerusi. Ketua Operasi kemudian mengarahkan anggota membantu mangsa,” katanya.

Katanya, anggota bomba berjaya mengeluarkan kemaluan mangsa yang tersepit dari kerusi itu menggunakan peralatan khas.

"Mangsa kemudian diberi rawatan. Lelaki warga emas itu tidak mengalami kecederaan serius. Operasi kemudian tamat kira-kira jam 7.20 petang," katanya.

Pemandu Uber tunjuk kemaluan ditahan, disyaki cabul wanita (video)


Bernama

GEORGE TOWN: Sebaik saja seorang penumpang wanita memasuki keretanya, pemandu Uber itu terus membuka zip seluar dan mengeluarkan kemaluannya.

Dengan pantas pemandu menarik tangan wanita itu memegang kemaluannya.

Mangsa yang terkejut dengan kelakuan pemandu terus menjerit meminta tolong, lantas keluar dari kenderaan yang dikatakan sebuah teksi Uber.

Detik cemas itu diceritakan Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar.

Katanya, polis menahan seorang pemandu Uber selepas disyaki mencabul wanita berkenaan, seorang warga Vietnam yang menaiki kenderaannya dalam kejadian di Paya Terubong, semalam.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira 3.50 petang ketika wanita lingkungan 20-an itu menaiki teksi itu untuk perjalanan dari Lintang Paya Terubong ke Jalan Agril di sini.

Katanya, wanita itu berjaya keluar dari teksi suspek sebelum kenderaan itu bergerak.

Wanita itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada suaminya yang berada di kawasan sekitar.

Si suami bersama 10 lelaki berjaya mengesan teksi berkenaan yang masih menunggu pelanggan.

Kumpulan itu bertindak memukul pemandu Uber berkenaan di Lintang Paya Terubong 1 serta merosakkan kenderaannya.

Anuar berkata, pemandu Uber itu cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri serta dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk mengesan mereka yang memukul pemandu Uber itu,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Katanya, kejadian itu turut dirakam orang awam yang berada di tempat kejadian dan videonya menjadi tular.

Isa Samad gali kubur sendiri?

Dr Dzukefly Ahmad

Tindakan Tan Sri Isa Samad menggantung Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ahmad Tifli Talha, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Felda Global Venture (FGV) mesti dipandang serius. Setelah setahun mengemudi FGV, beliau memulakan pelbagai langkah penambahbaikan dan pelan strategi bagi memulihkan konglomerat besar ini sejak penseneraiannya.

FGV kembali membuat keuntungan dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017 berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Lebih serius lagi kerana Zakaria telah mendedahkan bantahan beliau terhadap pelaburan ratusan juta yang “tidak masuk akal” dan dalam pelaburan yang tidak “core-business” FGV.

Contohnya, rancangan untuk menambah RM551 juta dalam syarikat nano karbon yang bukan “core-business” iaitu Felda Cambridge Nanosystems Ltd, setelah itu kerugian RM117 juta adalah tidak masuk akal dakwa beliau. FGV hanya punya simpanan tunai sebanyak RM1.8 bilion sementara menanggung ansuran hutang sebanyak RM4 bilion.

Keberanian serta ketegasan Zakaria yang mahukan SPRM bertindak menyiasat dakwaan salah-laku bayaran atau apa jua dakwaan yang lain (discrepancies) mengisyaratkan sesuatu yang tidak kena.

Beliau merakamkan kekecewaannya dan mensifatkan bahawa beliau adalah “mangsa keadaan” (victim of circumstances).

Terkini beliau mencabar pihak Lembaga Pengarah FGV untuk membuat pilihan antara beliau dan pengerusinya.

Zakaria tidak pula menafikan kemungkinan wujud ketidakselarasan (discrepancies) dalam bayaran dan sebagainya, yang dikesani oleh audit dalaman.

Pihak FGV telah pun melibatkan sebuah badan audit luar (PwC) yang mengesahkan kewujudan ketidakselarasan yang membabitkan “berjuta ringgit”.

Zakaria yang agak enggan untuk meletakkan jawatan pada tahap awal, menyatakan beliau sendiri telah melaporkan kepada SPRM untuk menyiasat akan kes tersebut kerana urusniaga dengan anak syarikat Felda, Delima Oil Products (DOP) dan Safitex, sudah berjalan lebih awal dari perlantikan beliau lagi.

Kini menjadi tanda tanya besar apakah motif disebalik kesemua tindakan Isa Samad ini, yang tidak pernah setegas dan sepantas ini. Ada sesuatu yang belum dapat dibaca lagi oleh pihak penganalisis.

Dengan mulanya siasatan ini, maka apakah ini merupakan peluang untuk SPRM melanjutkan siasatan atas segala dakwa-dakwi tentang perolehan aset-aset mewah luar negara termasuk khasnya perihal pembelian 37% saham PT Eagle High Plantations di Indonesia dengan harga RM2.9 bilion, hampir 3 kali ganda harga pasaran?

Pun begitu, yang jelasnya, tindakan Isa Samad ini seolah-olah akan berakhir dengan mendedahkan pelbagai dakwaan silap-laku dan kepincangan pengurusan pelaburan FGV untuk sekian lama ini.

Dengan kata lain, apakah langkah Isa Samad untuk menyingkir CEO yang kini menjadi “penghalang dan pencabar”nya, tidak ubah seperti menggali kuburnya sendiri?

* Dr Dzulkefly Ahmad adalah pengarah strategi Amanah.

Ketulan ayam ‘terbang’ di kedai nasi kandar ketika pergaduhan (video)

FMT Reporters


GEORGE TOWN: Seorang penyelia restoran cedera ketika cuba menghentikan pergaduhan antara 2 kumpulan lelaki yang saling membuang ketulan ayam di sebuah kedai nasi kandar di Bukit Mertajam, awal pagi tadi.

Kejadian pada jam 3.20 pagi itu mengakibatkan tangan kanan penyelia berusia 28 tahun itu cedera ringan.

Menurut polis, insiden itu bermula apabila sekumpulan lelaki “menjerit” pelayan ke meja mereka.

Dua lelaki di meja lain menyangkakan jeritan itu ditujukan kepada mereka. Akibatnya, seorang daripadanya membuang ketulan ayam ke arah 4 lelaki itu sebagai tanda protes.

Restoran itu kemudiannya menawarkan makanan dan minuman percuma kepada semua pelanggan ketika penyelia dan pekerjanya cuba menghalang 2 kumpulan lelaki itu daripada menendang serta menumbuk satu sama lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, 3 lelaki berusia 21 hingga 23 tahun ditahan kerana memiliki senjata.

Katanya, polis turut mengenal pasti 3 lagi lelaki dan mereka dikehendaki untuk membantu siasatan.

“Kami sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup mengenai insiden itu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Isteri maut akibat dibakar suami

SUNGAI PETANI - Seorang isteri maut dibakar suaminya, dipercayai akibat dendam di sebuah rumah di Taman Arked dekat sini 26 Mei lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abd Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa berusia 44 tahun sedang membersihkan ayam di dalam sinki yang terletak di belakang rumahnya sebelum suaminya yang datang menaiki motosikal bertindak membaling botol berisi minyak petrol yang telah dibakar ke arah mangsa.

"Kejadian itu disedari anak lelaki mangsa yang berusia 19 tahun apabila dia terdengar suara ibunya menjerit dari arah belakang rumah terbabit.

"Dia bergegas ke halaman belakang rumah dan mendapati tubuh ibunya yang berbau minyak petrol, sedang terbakar dan terlihat kelibat ayahnya melarikan diri," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Tambahnya, mangsa sempat berlari ke dalam bilik air untuk memadamkan api sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) oleh anaknya, dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Bagaimanapun, kira-kira pukul 8.27 pagi semalam, seorang kakitangan unit kebakaran HSB menelefon polis dan memaklumkan bahawa mangsa telah meninggal dunia semasa dirawat di sana.

"Susulan itu, suami mangsa berusia 44 tahun yang menjadi gelandangan sejak dua tahun lepas ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Saifi berkata, anak mangsa mendakwa ibu bapanya sedang dalam proses perceraian dan tinggal berasingan sejak 10 tahun lepas.

"Kejadian itu dipercayai berlaku selepas ibu mangsa enggan tinggal bersama ayahnya," katanya.

Sementara itu, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kesan lecur di seluruh bahagian badan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
 -Bernama

Berebut jenazah anak akibat perkahwinan berlainan agama


Situasi kecoh seketika ketika jenazah mahu dikebumikan -Foto Liputan 6.
JAKARTA - Kejadian kematian seorang aktres, di sini cukup memberi pengajaran kepada masyarakat Indonesia yang berkahwin berlainan agama.

Mana tidaknya, dek kerana si ayah Islam dan emak Kristian, jenazah aktres berkenaan Yana Zein menjadi rebutan kedua-dua orang tuanya untuk disemadikan mengikut ajaran agama masing-masing.

Memetik laporan media tempatan, kekecohan berlaku tatkala ayah Yana, Nurzaman Zein yang datang ke hospital RS Fatmawati untuk melawat jenazah anaknya, lantas menentang agar jenazah disemadikan mengikut ajaran Kristian.

Nurzaman yang hadir ditemani beberapa rakan terdekat, lantas melaungkan azan dan membaca satu surah al-Quran, dan dengan tegas menegaskan anaknya seorang Islam, dan tiada seorang pun boleh menentang perkara itu.

Tindakan, Nurzaman itu ditentang seketika oleh ibu Allahyarham, Swetlana Zein, bekas isteri Nurzaman.

Namun, kekalutan terlerai selepas semua pihak berlapang dada untuk menerima agar jenazah disemadikan mengikut Islam.

Allahyarham Yana Zein, 44, meninggal dunia Khamis lalu akibat kanser payu dara, beliau dikebumikan di Bulak Leebar, Cinere, Depok.

Bekas kekasih Yana, Steve Emmanuel mengatakan bahawa Yana telah mengucap dua kalimat syahadat, sebelum meninggal dunia.

Difahamkan Indonesia membenarkan perkahwinan berbeza agama.
-sinarharian

Konsert 'Jerusalem' di Kampung Akai Kemetot

JAMZURI ARDANI
Panjang Pok Jib termenung. Satu demi satu angkara Pok Jib kantoi. Cerita curi duit, joli katak di kampung besar, anak Pok Jib hutang judi, upah peguam jahat, macam-macam berita tersebar. Pok Jib cari jalan biar orang kampung sibuk cerita hal lain pulak.

Pok Jib dapat idea. Dia bisik pada anak buah dia, Derih. Derih mengangguk.

Dua hari kemudian penduduk Kampung Akai Kemetot gempar. Iklan konsert kumpulan rock "Jerusalem" ditampal merata-rata. Ada poster ditampal di tiang-tiang lampu, di pagar surau, di pokok tepi jalan. Kain rentang di simpang masuk kampung, di tapak pasar, di padang mainan ...merata-rata.

Tok Imam bising. Tok Siak marah-marah. Lebai-lebai mengamuk. Depa kata Yahudi nak masuk kampung. Pakcik-pakcik, makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang, orang lelaki, perempuan, anak muda, orang tua jadi bingung. Semua jadi panik.

"Konsert Yahudi ... konsert Yahudi ... kita mesti bantah ... kita mesti lawan ... ini jihad ... fisabilillah. Orang Melayu haram ikut perangai Yahudi", di sana- sini orang berteriak marah penganjur konsert.

Di hujung kampung kelihatan si Derih berbisik dari satu kedai kopi ke satu kedai kopi. Orang yang mendengar mengangguk-ngangguk.

Esoknya penduduk kampung berdemo di depan bengkel Uncle Lim. Semua marah-marah maki hamun Uncle Lim. Terkejut beruk Uncle Lim. Tak pasal-pasal dia kena hamun penduduk kampung. Uncle Lim tak tahu menahu pun pasal "Konsert Jerusalem".

Tak semena-mena Derih muncul menenangkan keadaan. Dia buat pengumunan Ketua Kampung, Pok Jib dah bagi arahan batalkan konsert Jerusalem.

"Demi Melayu, Demi Islam ... Ketua Kampung kita bagi arahan supaya Konsert Jerusalem batal", umum Derih.

Orang kampung pun balik. Mereka puji Pok Jib. Marah pada Uncle Lim tak hilang.

Orang kampung lupa cerita curi wang. Lupa cerita hutang judi. Lupa cerita joli katak. Lupa cerita peguam jahat. Orang kampung fikir nasib baik Pok Jib ada, kalau tidak kampung mereka sudah dijajah Yahudi dan Uncle Lim yang "jahat" itu.

Di rumah Pok Jib, Kak Mah ketawa terbahak-bahak sambil mengira wang yang dicuri dari orang kampung.

"Laki aku hebat ... memang hebat", sorak Kak Mah sambil bertepuk tangan.

Mufti berbuka puasa semeja dengan paderi, apa lebai2 PAS nak komen agaknya


Ketika sesetengah pihak dilihat bersikap keras melampau dan menolak kehadiran orang bukan Islam berbuka puasa bersama, Mufti Wilayah Persekutuan hadir di majlis seumpama itu di Shah Alam semalam.

Malah majlis itu mempertemukan orang Islam dengan paderi Kristian.

Untuk menunjukkan rasa berbesar hati seronok dan terujanya, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut membawa bersama isteri dan anak beliau.

"Biasanya saya jarang bawa mereka," katanya semasa menyampaikan ucapan ringkas di majlis berkenaan semalam.

Klip ucapan Zulkifli dimuat naik di akaun Facebook.

Dalam ucapannya beliau menyatakan Allah mencipta manusia dengan pelbagai latar supaya mereka saling kenal mengenali.

Bagaimanapun perbezaan itu akan mendatangkan masalah jika tidak ditangani dengan betul.

"Mengapa sesuatu bencana berlaku? Ia berlaku sebab kita tidak dapat mengurus salah faham, tidak dapat menguruskannya dengan cara sebenar hingga akhirnya cross of line berlaku," katanya.

Dianggarkan lebih 100 orang menghadiri majlis di sebuah hotel itu.

Zulkifli turut membuat jemputan terbuka kepada hadirin untuk melawat pejabatnya di Putrajaya.

Sementara itu Presiden Global Unity Network (Unity), Shah Kirit Kakulal Govindji, berkata program seumpama itu adalah yang ketiga dianjurkan mereka setakat ini.

Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan 2012 itu berkata majlis berkenaan bertujuan mahu memecahkan prejudis dan pemikiran negatif antara penganut agama di Malaysia.

Menyarankan segala salah faham diselesaikan secara rundingan Shah Kirit berkata, pelbagai perbezaan latar belakang rakyat negara ini sebenarnya menjadi kekuatan kepada Malaysia.

"Tak semua masalah boleh diselesaikan dengan rundingan yang dibuat, tetapi sekurang-kurangnya wujud persefahaman antara orang Islam dan Kristian," katanya.
-malaysiakini

Video: Lelaki dibelasah, diikat & diseret


Kuala Lumpur: Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah hotel, di Taman Malari, Cheras, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, suspek berusia 40-an itu dipukul dengan playar dan batang besi sebelum diikat pada kereta dan cuba diheretnya ke sebuah balai polis yang berhampiran.

Insiden berkenaan dikatakan berpunca akibat suspek dikatakan cuba mencuri telefon bimbit seorang lelaki dan bertindak untuk melarikan diri, namun gagal setelah ditangkap orang ramai.

Menurut seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Eve, orang ramai yang menyaksikan kejadian terpaksa menghubungi polis bagi halang tindakan kumpulan lelaki itu yang dilihat begitu keterlaluan terhadap suspek.

“Saya terdengar bunyi orang bergaduh di depan apartmen yang saya jangka ia sudah berlaku 30 minit awal sebelum saya mula merakam video ini.

“Beberapa orang di sekeliling saya kemudian menghubungi pihak polis yang datang ke lokasi kejadian 30 minit kemudian,” katanya dipetik laman Stomp.

Tambah Eve, apabila orang ramai menjerit ke arah kumpulan lelaki itu yang cuba heret mangsa dengan menggunakan kereta, kumpulan lelaki itu mengatakan yang suspek patut ‘mati’ atas kesalahan yang dilakukan.

Malah, mereka turut memnta agar orang ramai yang berada di situ agar tidak campur tangan.

“Mujur ada seorang lelaki yang berani menghalang dan menenangkan mereka sebelum pihak polis tiba di lokasi kejadian,” tambahnya.

Sebaik saja polis tiba, saksi ternampak salah seorang lelaki menyembunyikan tali yang digunakan itu dan terus beredar meninggalkan tempat tersebut. 
– Mynewshub

Padah tampar Staf Air France


Beijing: Seorang penumpang wanita ditahan selepas 10 hari dan disenarai hitam oleh syarikat penerbangan Air France selepas menampar seorang staf di lapangan terbang di tengah China.

Wanita itu yang hilang sabar selepas diberitahu kakitangan bahawa daftar masuk untuk pesawatnya dari Wuhan ke Paris telah ditutup 14 minit lebih awal pada awal pagi Khamis, lapor Wuhan Evening News.

Staf syarikat penerbangan itu menasihatkan wanita tersebut supaya mengubah atau membayar balik tiketnya.

Namun wanita itu enggan mengendahkan nasihat tersebut dengan mengatakan dia terpaksa menaiki pesawat berkenaan kerana perlu menghadiri satu persidangan penting.
Wanita itu kemudiannya pergi kawasan staf syarikat penerbangan itu dan menampar salah seorang kakitangan di situ sebanyak dua kali selepas rundingan gagal.

Polis telah dikejarkan ke tempat kejadian dan wanita itu ditahan.

Wanita yang namanya tidak didedahkan dalam laporan itu kini telah disenarai hitamkan daripada mengambil penerbangan Air France, lapor The Beijing News.

Difahamkan wanita berusia 36 tahun itu yang juga pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti terkemuka di Wuhan bersama dengan suami dan anaknya semasa insiden berlaku.

Netizen di China mengecam tindakan biadap wanita itu dan menggesa agar hukuman keras dikenakan terhadapnya.

“Penerbangan domestik juga perlu menyenarai hitam wanita itu… dan semua penerbangan perlu menolak daripada membawa penumpang seperti ini,” tulis salah seorang netizen.
-kualalumpurpost

4 persoalan berkaitan Shafee Abdullah

Pemuda PKR (AMK) membuat laporan polis terhadap dakwaan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima wang bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, berjumlah RM9.5 juta daripada perdana menteri.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan terbaru laman pendedah maklumat Sarawak Report itu dan berkata Shafee harus “berehat” daripada kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

N Surendran, peguam Anwar, sebelum ini berkata mereka akan membincangkan tindakan lanjut, susulan dakwaan itu.

Shafee adalah peguam yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam sabitan kes liwat melibatkan bekas ketua pembangkang.

Nik Nazmi hadir bersama Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dan Ketua Biro Agama AMK Wan Ji Wan Hussin ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur sekitar jam 11.00 pagi dan keluar sejam kemudian.

Sarawak Report mendakwa Najib membayar wang yang banyak itu pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Menteri kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata laman itu “tiada kewibawaan” dan beliau justeru tidak percaya terhadap dakwaan itu.

Portal pro-Najib MyKMU menyifatkan dakwaan itu sebagai pembohongan kerana tiada keperluan untuk Najib membayar kepada pendakwa raya apabila keputusan dibuat oleh hakim.

Sementara itu, Nik Nazmi yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia dalam laporannya mengemukakan empat persoalan berkaitan dakwaan itu, jika benar berlaku transaksi:

Tujuan pembayaran RM 9.5 juta dari Najib kepada Shafee.
Apa hubungan Najib dan Shafee sehinggakan jumlah yang begitu besar dibayar.
Adakah pembayaran itu berkaitan dengan kes liwat Anwar.
Siapa lagi yang menerima pembayaran daripada duit SRC melalui akaun peribadi Najib.

Terus membisu?

Bagaimanapun, Nik Nazmi juga percaya Najib dan Shafee akan terus membisu terhadap dakwaan itu.

Beliau justeru mempertimbangkan untuk mengadukan dakwaan sama terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Majlis Peguam.

"Beliau merupakan peguam dan peguam ada kod etika dia sebagai seorang profesional," tambah Nik Nazmi.

Dokumen yang dipegang peguam negara dalam sidang media pada Januari lalu lepas menunjukkan sekurang-kurangnya RM32 juta disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri dari SRC.

Tan Sri Apandi Ali bagaimanapun membersihkan Najib daripada sebarang salah laku atas alasan bahawa perdana menteri tidak sedar menerima wang berkenaan.

Najib menafikan dakwaan bahawa beliau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Rogol gadis bergilir-gilir dalam bulan puasa, 4 lelaki ditahan

Kota Baharu: Kesucian bulan Ramadan tercemar apabila polis menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat merogol seorang gadis berusia 17 tahun di Pasir Mas dekat sini malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila teman lelaki mangsa meninggalkannya di sebuah pondok di kawasan Tok Uban, Pasir Mas.

“Kemudian datang enam kawan teman lelakinya, mereka terus merogol mangsa bergilir-gilir. Teman lelakinya juga turut merogol mangsa yang masih bersekolah itu.

“Kita telah menahan empat suspek berusia 17 sehingga 21 tahun, usaha memburu dua lagi suspek sedang dijalankan,” katanya.
-utusanonline

Arab Saudi putus hubungan diplomatik dengan Qatar

Arab Saudi dan sekutunya – Emeriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir – hari ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Ini susulan dakwaan Doha terlibat dengan kegiatan keganasan dengan mendukung Ikhwanul Muslimin, pergerakan paling tua dan berpengaruh dalam dunia Islam.

Doha juga didakwa mendukung agenda Iran yang tidak sebulu dengan Arab Saudi, selain menyebarkan ideologi melalui media berpengaruhnya Al Jazeera.

“(Qatar) mencakupi pelbagai kumpulan pengganas dan sektarian yang mahu menggugat kestabilan rantau ini, termasuk Ikhwanul Muslimin, IS dan al-Qaeda, serta mempromosikan mesej dan skema kumpulan-kumpulan ini melalui perundingan media mereka,” kata agensi berita nasional negara itu SPA.

Di Bahrain, hubungan dengan Qatar melalui udara dan lautan telah diputuskan dan warga Qater diberi 14 hari untuk meninggalkan negara itu.

Felo di Institut Timur Tengah di Amerika Syarikat, Charles Lister, melibat penutupan sempadan akan memberi kesan serius kepada Qatar yang banyak bergantung kepada bekalan makan melalui Arab Saudi.

Sementara itu, pengumuman itu menyebabkan harga gas asli dan minyak mentah melonjak dengan dengan penanda aras global Brent naik 1.42 peratus kepada AS$50.66 setong.

Qatar dan Iran bagaimanapun menguasai medan minyak terbesar di dunia South Pars.

- Reuters, NBC News

Ayat-ayat tahyul Nik Abduh

Mahdzir Ibrahim
Saya bersetuju dengan pandangan umum Nik Abduh Nik Aziz yang disiarkan di Malaysiakini semalam, bahawa dalam lunas demokrasi, parti DAP dan PAS bebas bersaing bagi memandu negara kepada yang terbaik.

Berkaitan: DAP bersenjata akal, PAS ada wahyu

Beliau turut menyatakan bahawa semua warga negara adalah sama dan setaraf. Siapa pun akan mula dianggap sebagai musuh negara hanya apabila mereka menentang perlembagaan negara.

Saya juga bersetuju dengan pandangan ini.

Namun yang membezakan niat politik PAS dengan DAP ialah kehendak PAS untuk mengubah atau meminda perlembagaan persekutuan. Malah menurut Nik Abduh:

“Untuk mengubah perlembagaan negara, rakyat perlu melalui dua perkara utama. Pertama, majoriti terbesar di Dewan Rakyat iaitu dua pertiga. Yang kedua, mereka perlu melakukannya dengan cara yang dibenarkan. Jika tidak, segala usaha adalah salah dan tidak berperlembagaan.”

Jelas, bahawa Nik Abduh mahu usaha untuk meminda (ubah) perlembagaan harus mengikut cara yang dibenarkan oleh undang-undang. Maka, DAP sebagai parti yang juga menghormati undang-undang, tidak boleh menyatakan sebaliknya.

Keadilan

Hujah Nik Abduh lagi:

“DAP dengan dominasi non-Muslim sudah pasti mahu memastikan negara kekal sebagai sebuah negara sekular, bahkan menuntut lebih kebebasan dan persamaan dalam agama dan bangsa.”

“ Mereka secara langsung menolak wujudnya sebuah negara Islam yang terlaksana dalamnya nilai-nilai dan hukum-hukum Islam.”

Bagi saya hujah ini secara halus cuba untuk mengolah pandangan buruk rakyat terhadap perjuangan suci DAP.

Pertama Nik Abduh mengatakan “...bahkan menuntut lebih kebebasan dan persamaan dalam agama dan bangsa”.

Susunan ayat ini sangat molek. Tetapi ia menyimpang sebenarnya.

DAP adalah sebuah parti yang menuntut keadilan dalam konteks undang-undang dan dasar sosial terhadap perkara yang menyentuh sensitiviti kaum, budaya atau agama.

Perkataan “keadilan” ini ditiadakan oleh Nik Abduh dan diganti dengan “menuntut kebebasan dan persamaan agama”.

Bagi mereka yang mahir permainan bahasa, perkataan kebebasan dan persamaan cukup tajam kesannya kepada orang Melayu.

Inilah penyimpangan Nik Abduh yang bertujuan membawa kepada salah faham dan persepsi negatif rakyat khususnya orang Melayu dan Islam kepada DAP.

Apakah salah seseorang atau parti politik menuntut keadilan? Keadilan bagi semua kaum, agama dan budaya, salah dan berdosakah?

Nik Abduh mengatakan DAP menuntut 'persamaan agama’ ini sama sekali tahyul, kerana DAP bukan parti berasaskan mana-mana agama atau kaum.

Buat apa DAP menuntut sesuatu yang berasaskan kaum dan agama, yang bukan/tidak menjadi dasar dan matlamat partinya? Tak masuk akal.

DAP mahu keadilan. Keadilan adalah prinsip asas kehidupan manusia. Bukankah Islam datang untuk menegakkan keadilan?

Apa guna kebebasan jika tidak ada keadilan, apa guna persamaan jika tidak ada keadilan. Masalah ekonomi dan kemiskinan juga berpunca dari prinsip keadilan.

Nik Abduh pasti lebih alim jika mahu titipkan surah berkaitan dengan keadilan yang dibawa dan dituntut oleh Islam dan al-Quran. Kenapa tak tulis? Kenapa tak berlaku adil dalam memberi hujahnya?

Akal dan wahyu

Pandangan kedua Nik Abduh juga sama, beliau cuba mengolah kepada sesuatu yang bukan perkara sebenarnya, tahyul.

“Ketika DAP berjuang dan berkempen dengan segala upaya mereka bersenjatakan akal dan deklarasi hak-hak asasi manusia yang dituhankan, PAS pula berjuang dan berkempen dengan segala upayanya bersenjatakan akal dan wahyu.”

Lihat bagaimana Nik Abduh memilih perkataan yang menggambarkan DAP sebagai “bertuhankan deklarasi hak asasi manusia” – sesat.

Kesimpulan kepada ayat tahyul ini, DAP sesat dan PAS lurus dan suci kerana bertuhankan Allah Yang Maha Esa.

Kita harus cukup rasional, kerana apa jua dokumen undang-undang atau akta adalah sebagai rujukan, bukan tuhan.

Jika rujuk dokumen pun sudah dikatakan menjadikannya sebagai tuhan, maka PAS tak sepatutnya merujuk perlembagaan persekutuan untuk mereka berpolitik. Sila jadi IS.

Inilah cara Umno, PAS dan puak-puak asabiyah dan ekstremis agama memomokkan DAP menggunakan perkataan dan ayat.

Nampak?

Sekali lagi perlu dijelaskan. DAP bukan parti teologi yang menetapkan tuhan bagi parti DAP ini tuhan Allah atau tuhan apa pun. Iman dan akidah seseorang (anggota DAP) adalah hak milik mereka sendiri. DAP tidak berhak menentukannya.

DAP ini sekadar parti politik yang dibentuk mengikut undang-undang yang diperuntukan. Itu sahaja.

Untuk menyucikan dirinya dan PAS, Nik Abduh menggunakan cara halus begini, menggubah ayat-ayat tahyulnya agar DAP disalah tafsir hingga dilihat buruk.

Di akhir tulisannya, Nik Abduh memberi amaran.

“ Ingat, jangan langgar perlembagaan negara. Peringatan ini adalah buat Umno dan DAP. PAS dengan matlamat Islam yang agung, insya-Allah akan kekal di landasan perjuangan yang sah di sisi undang-undang ke arah negara sejahtera menuju keredaan Allah.”

Saya menyambut amaran Nik Abduh dengan lapang dada. Dan, suka saya ingatkan lagi pada beliau. Saya DAP, saya Islam, saya Melayu. Iman dan akidah saya bukan ditentukan oleh negara, perdana menteri, parti PAS atau Nik Abduh.

Jadi hentikan kerja membuli orang Melayu menerusi agama dan politik kamu.

MAHDZIR IBRAHIM, pengarah pendidikan politik DAP Johor.

Luahan hati Putera William mengenai kematian ibunya, Diana

FMT Reporters
princess-diana-prince-william
20 tahun selepas kematian, Puteri Diana, anak keluarga Diraja Britian, Putera William dan Putera Harry akhirnya meluahkan hati mengenai insiden yang satu masa dulu menggemparkan seluruh dunia.

Dalam satu temuramah dengan BBC News sempena ulang tahun ke-20 kematian Diana pada Ogos 2017, William akui, dia dan adiknya gagal melindungi ibu mereka.

Duke of Cambridge mengeluarkan kenyataan tersebut selepas mengaku bersedia bercakap mengenai ibu mereka kerana, “mereka terhutang kepada Diana.”

Tambahnya, “Saya dapat merasakan kami berdua banyak mengecewakan ibu pada masa muda.”

Ketika itu, William hanya berusia 15 tahun dan tidak dapat melindungi ibunya.

“Kami berasa terhutang budi kepadanya selama 20 tahun ini dan kini tiba masa untuk memberitahu orang ramai sikap beliau sebenarnya”

Keterangan lanjut mengenai pengakuan William akan ditayangkan dalam dokumentari 90 minit BBC1 pada 31 Ogos nanti, hari Diana maut selepas terilbat dalam suatu nahas di Paris.

William juga memberitahu dia begitu terkejut dengan tindak balas orang awam terhadap berita kematian ibunya.

“Kami terkejut dengan kasih sayang, cinta dan emosi yang ditunjukkan rakyat dunia,” katanya mengimbas kenangan 20 tahun lalu.v