"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Ibrahim Ali rasa dia lebih layak jadi menteri besar Kelantan

Abdullah Ngah 
Memang Ibrahim Ali ni layak menbuat gesaan supaya Nik Aziz letak jawatan.

Dulu Tun Mahathir Mohammad berusaha bertungkus lumus untuk menyingkir menteri besar Kelantan dengan hujah Nik Aziz hanya layak di dalam masjid jadi Tok imam.

Sekarang ini tugas itu diambil alih Ibrahim Ali pulak, kerana dia dah jilat punggung Mahathir selepas kembali kepangkuan umno.

Tugas itu Nampak mudah tapi berat kerana sehingga hari ini Nik Aziz masih kekal sebagai menteri besar popular.

Memang itulah tugas yang diberi dan diterima secara rela tanpa bantahan dengan cita cita Nik Aziz akan lepaskan jawatan yang diandang selama 20 tahun itu.

Mengapa tidak? kerana dia rasa lebih layak jadi menteri besar berbading Nik Aziz.Lebih lebih inilah satu satunya usaha untuk dia kembali semula kepada Umno. 

Seperkara lagi biasalah musuh. Mana ada musuh akui musuhnya layak. Bahkan Nabi SAW sendiri pernah dituduh gila oleh orang kafir.

Jadi perangai ini pasti dijiwai oleh mereka yang memusuhi seseorang hatta musuh mereka itu seorang nabi sekalipun.Apalah sangat seseorang yang bukan nabi.

Atas sebab itulah saya berani mengatakan Ibrahim Ali ni rasa dia lebih layak Nik Aziz dan suruh lepaskan jawatan menteri besar.

Jika Nik Aziz Nik Mat lepas kan jawatang sebagai menteri besar Kelantan, maka itulah kejayaan besar dan akan dinilai oleh perdana menteri untuk dia layak diterima semula sebagai ahli umno.

Yang menyedihkan, dia (Ibrahim) tergamak menuduh Tok Guru ulamak tahi kucing suatu masa dulu.

mungkin merasa yang beliau adalah merupakan orang yang paling layak jadi menteri besar kelantan, sebab itu dia mahu supaya nik aziz letak saja dan berkata, berilah kepada orang lain itu" aku", kerana orang lain "aku" lebih layak darimu".

Demikianlah perangai musuh.

Tapi kita juga kena ingat bukan musuh saja yang berusaha untuk menjatuhkan Nik Aziz, malahan ada ulamak dan guru guru pondok yang makan upah dengan upah sedikit memainkan peranan untuk menyingkir menteri besar Kelantan itu.

Yang sangat pelik ada juga orang Pas, termasuk beberapa orang puncuk kepimpinan tertinggi dah berusaha kearah itu.Mungkin proksi.

Atau dengan kata lain mahu menguling Nik Aziz Nik Mat dari jawatan menteri besar dengan alasan sudah lama, tua dan uzur.Ini selari dengan usaha Ibrahim Ali yang tak tahu di untung.

Najib cuba selamatkan Hishamuddin

Abdullah Ngah
Begitulah yang tersurat pada umno Terengganu dan bagaimana pun yang tersirat siapalah yang tahu, kecuali Allah saja yang maha tahu.

Tapi Datuk Seri Mohd Najib Razak tahu kedudukan Umno Terengganu bahawa pengerusi perhubungan yang dihantar khas itu gagal dan dihuh memungkinkan dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti belum dapat kekal berkuasa semula..

Atas sebab itulah dia cepat cepat tukar pengerusi perhubungan Umno Terengganu kepada Datuk Seri Ahmad said semula dikatakan selari dengan usul di perhimpunan agung ke 56 bahawa anak negeri harus dikembali menjadi ketua umno negeri negeri.

Penulis rasa tindakan berbuat demikian bukan itu sebenarnya, tapi semata mata untuk menyelamatkan sepupunya itu agar tidak buruk reputasinya selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Maklum sajalah dia salah seorang naib presiden yang dikatakan ada potensi untuk naik pangkat jadi timbalan perdana menteri dan seterusnya perdana selepas Najib.

Najib dah tahu umno Terengganu belum pulih dari kemelutnya dan bermasalah untuk kekal memerintah Terengganu dalam musim pilihanray umum ke 13 nanti.

Jadi mahu tidak mahu Datuk Seri Hishamuddin Hussein ditukar serta merta dengan harapan reputasinya masih bersih msikipun Terengganu dirampas kembali PAS.

Kedudukan Ahmad said yang digabungkan dengan Yahya Khatib Mohammad semacam disusun atur agar kemelut yang berlaku selama ini akan jadi lebih parah.

Bayangkan Yahya Khatib Mohammad sebagai timbalannya pernah tak puashati dengan kepimpian yang ditunjukkan oleh Ahmad Said.

Bukan setakat tak puashati saja, malahan beliau sering protes apa apa program yang disusun atur oleh Ahmad Said.

Kedudukan yang ada sekarang ini presiden Umno seolah olah telah menuangkan minyak kedalam api untuk memerakkan lagi api kemelut yang sedia ada lebih besar dan tak mudah selesai itu.

Dah puak Idris Jusoh tetap menjadi duri dalam daging yang berusaha bertungkus lumus untuk me nyah kan Ahamd dari kerusi menteri besar.

Nik Aziz Pertahan Teo Senamrobik di Masjid

Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu, yang dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia semalam.

Menurut Nik Abdul Aziz, soal anggota Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan.

"Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid...kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid," katanya.

Nie Ching sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana menyampaikan "ceramah" di dalam sebuah surau di Kajang Sentral, Kajang pada Ogos lalu.
-Bernama-

Inikah gambar amah warga Indonesia yang pernah dirogol menteri Malaysia??

Pria Malaya
Selepas rakyat berteka teki siapakah menteri berkenaan yang dikaitkan dengan kes rogol amah warga Indonesia (teka-teki itu telah pun terjawab..klik)..kini rakyat mula tercari-cari siapakah gerangan pembantu rumah warga Indonesia tersebut? bagaimanakah rupa amah yang berjaya 'menarik' perasaan nafsu berahi sang menteri..

Sila lihat gambar di bawah..apakah ini Robengah, mangsa kerakusan menteri 'ketuanan Melayu'??



Gambar ini diperoleh dari Sabahkini.net..mungkin ya, mungkin tidak..

Diam tanda setuju?


Apa yg penting di sini ialah, selagi Najib dan kerajaan Malaysia mengambil langkah membisu, selagi itu rakyat akan terus memperkatakan tentang hal ini..bahkan blogger2 pro-Umno yang mulanya mendedahkan isu ini turut mendesak kerajaan dan menteri terbabit supaya membersihkan nama andai dakwaan ini tidak benar..

Kini, isu ini sudah masuk hampir seminggu..mustahil menteri yang menjaga bahagian penerangan dan komukasi ini tidak mengetahui langsung...penulis yakin 100%, isu yang sedang hangat diperkatakan ini telah sedia dimaklumi oleh beliau...namun sehingga kini beliau tidak berani menampilkan menjawab dan membersihkan diri..



Ingat, isu ini mulanya didedahkan oleh blogger pro-Umno sendiri..jika hendak mengatakan pembangkang sengaja membuat isu, atau fitnah semata2, anda tersilap besar...klik di SINI, di SINI, dan ramai lagi..

Bagi penulis sendiri, penulis tidak menghukum yg tertuduh selagi mana ianya belum diadili ATAU terbukti bersalah..kerana itulah dituntut supaya hal ini segera dijawab..harap rakan2 faham, jgn ditiru cara (sebahagian) penyokong Umno memainkan isu2 seperti ini, siap dgn lakaran gambar dan ayat lucah, seolah2 yg tertuduh telah terbukti bersalah..

Isu besar bakal meletus..

Satu yg terakhir yg penulis ingin perkatakan di sini ialah, jangan tekejut rentetan daripada isu ini, bakal meledak satu persatu isu besar, yang pastinya akan menggegarkan tanah air, yang mana melibatkan pemimpin atasan, bahkan turut mengaitkan dengan hal kedaulatan kedua buah negara...sama-sama kita tunggu dan saksikan...wallahua'lam...

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

Gambar Rais Yatim & Pak Lah bagi Tazkirah aurat. YB Teo makin pening?

Ustaz Saiful Bahri
Boleh jadi Tok Guru ke diaorang ni? Siapakah ang mursyid? Tapi inilah kot pimpinan UMNO-Bn ang terbaik kot. Ditengah rasuah, skandal, penyelewengan, mereka meruangkan sedikit masa untuk memberi tazkirah! Alhamdulillah. Tetapi mana seorang yang boleh menasihati rakyat Malaysia ang sebenar? Yang boleh dibuat contoh? Kebanyakannya jenis ketam mengajar anak berjalan lurus. Rakyat pun kopius mana satu guru Hadhari dan mana satu guru yang Badwi?

Tazkirah Rais tegur artis berpakaian seksi

Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.
"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir. Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang. Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Rais Yatim mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu. kata Rais, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

Apalah nak diharapkan dengan Syarifah Amani bagi role model ummah Islam. Mereka dilahirkan sebagai insan seni didikan dan tarbiyyah Umno-BN. Biji petola yang UMNO tanam memang membuahkan petola. Takkan keluar terung? Inilah cara mereka menutup aurat? Hadhari le tu... Apalah sangat dengan isteri Bapak Menteri? Adakah itu menutup aurat yang betul? Kitab mana Umno pakai?

Dan Pak Lah Badawi member tazkirah tentang baju 'ketat' Teo supaya sensitif

Semua pihak dinasihatkan supaya lebih sensitif ketika menjalankan sebarang aktiviti yang melibatkan agama bagi mengelak ketegangan dalam masyarakat. Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata setiap individu harus berfikir sebelum melaksanakan aktiviti yang boleh menggugat keharmonian negara.

"Tolong beri perhatian kepada perkara sensitif yang menimbulkan keadaan tidak baik. Ambil berat sedikit dengan apa yang nak dilakukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di Kepala Batas hari ini. Abdullah, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan seorang wakil rakyat wanita daripada DAP yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong di ibu negara, dengan memakai baju ketat melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid tersebut

Akhbar itu juga turut melaporkan bahawa Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata: acara senamrobik tersebut adalah program pertama karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.

Itu Teo yang tidak Islam. Mereka mana tahu takrif aurat yang sebenar. Yang ia nampak apa yang pemimpin UMNO pakai. Mereka mengaku Islam. Itulah gambaran aurat. habis si penasihat ini macamana? Kenapa disini tak bagi tazkirah? adakah ini sudah menutup aurat. Itulah yang YB Teo menjadi pening????

Sebenarnya hasil tarbiyyah UMNO.. sudah jadi kacau takrif aurat. Membujur lalu melintang patah. Sudah bertukar Islam hadhari dan badwi. Islam diatas kafir dibawah dan macam-macam. Inilah jasa Umno-BN kepada Islam semenjak dulu, kini dan begitulah selamanya... Dah pemimpin kecing berdiri.. apa-lagi rakyat pun kecing berlarilah


Penulis bukannya menentang atas tazkirah kedua-dua pemimpin Umno tersebut tetapi jenis cakap tak serupa bikin. Lihatlah isteri dan anak-anak mereka? Apakah takrif aurat disisi mereka? Tahukah mereka apa itu aurat? Bagaimana pula dengan isteri maupun wanita-wanita Umno. Bila pulak Pengerusi IKIM ini bagi tazkirah buat mereka, samada ketika jadi PM maupun sekarang?

Tapi biarlah serata tazkirah tersebut. bagaimana dengan isteri dan pimpinan PM sekarang. Tidakkah pemimpin itu menjadi contoh tauladan???.. tak ketat ke Rosmah??? macam sarung nangka jugak? mana ulama muda? mana penasihat IKIM? penasihat agama?


Bercakap isu aurat. Bagaimana dengan isu menteri rogol amah? Isu skandal tak berkesudahan? Isu anak membuntingkan anak dara orang sehingga ke mahkamah? Entahlah! akhir zaman. Yang baik dianggap pengkhianat negara, yang menghancurkan negara diberi anugerah dan dianggap berjasa.

Lihat pada gambar itu… nilailah sendiri. Inilah tok Guru pujaan mereka. Layakkah mereka membicarakan hal aurat??? Hakikatnya rakyat Malaysia ini lahir sebagaimana tarbiyyah UMNO sejak merdeka sehingga kini. macam tu nak sokong UMNO lagi entahlah.... mungkin kepala jenis kepala lutut kot????

Hitler Mati Islam Di Indonesia 1970, Buktinya..

Ibnu Hashim
Kawanku menelefon dari Jakarta memberitahu, sebuah buku yang menarik. Hitler masuk Islam dan mati dalam Islam di Indonesia. Katanya. Aku pun mencari-cari maklumat mengenainya."Buku kontroversi kematian Hitler memang baik untuk diulas. Atas dasar itulah kira-kira buku ini dicetak untuk khalayak. " Begitu ulasan pengarangnya.
  • Buku berjudul 'Hitler Mati di Indonesia Rahasia yang terkuak'
  • Penulis: Ir KGPH Soeryo Goeritno, Msc.
  • Penerbit:Titik Media Publisher 2010.
  • 119 halaman.
Ulasan dari pengarangnya..

Bab Satu, Pendahuluan:
Buku ini ditulis untuk mengungkap misteri kematian Hitler yang sebenarnya, itulah isi dari bab pendahuluan. Buku ini memang bukan merupakan buku sejarah, tetapi sebuah buku yang mengungkapkan sisi lain dari sejarah kelam yang dialami oleh bangsa Eropa, khususnya bangsa Jerman pada masa Perang Dunia ke 11 yang penuh dengan kekejaman yang pernah terjadi pada umat manusia.

Dari sekian banyak informasi yang ada tentang kematian Hitler, tidak ada yang dapat menyebutkan secara pasti apa penyebab kematian sang diktator Nazi ini. Versi yang paling populer menyebutkan bahwa Hitler tewas bunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri dan minum racun sianida pada 30 April 1945, saat Jerman diduduki oleh Uni Soviet.

Meski sejumlah ahli sejarah ragu Hitler menembak dirinya, dan menduga hal itu hanyalah propaganda Nazi untuk menjadikan Hitler sebagai pahlawan. Namun, lubang pada potongan tengkorak itu tampak menguatkan argumen tersebut ketika tengkorak itu dipamerkan di Moskow tahun 2000. Bagaimana dan kapan Hitler meninggal sekarang ini masih diselimuti misteri.

Bab Dua, Misteri Kematian Hitler:
Pada bab ini dapat dijumpai penjelasan tentang penyebab dan kapan Hitler mati dari beberapa versi. Ada kematian versi Jerman, versi Rusia, dan versi para peneliti atau ilmuwan.

Dari sekian banyak informasi yang ada tentang kematian Hitler, tidak ada yang dapat menyebutkan secara pasti apa penyebab kematian sang diktator Nazi ini. Versi yang paling populer menyebutkan bahwa Hitler bunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri dan minum racun sianida pada 30 April 1945, saat Jerman diduduki oleh Uni Soviet. Itu menurut versi Jerman, seperti yang diceritakan oleh Flegel, salah satu perawat Hitler dan petinggi Nazi lainnya saat di dalam bunker.

Dan menurut versi Rusia, yang dinyatakan oleh seorang pejabat tinggi dinas rahasia Rusia, KGB, yang mengklaim, bahwa Adolf Hitler mengakhiri hidupnya tidak dengan menembak dirinya sendiri, tetapi dengan meminum racun sianida. Seperti yang dinyatakan oleh Letnan Jenderal Vasily Khristoforov, staf arsip untuk dinas keamanan FSB Rusia, “Paramedia militer Uni Soviet kala itu telah memastikan bahwa Hitler dan Eva Braun tewas setelah minim racun sianida pada 30 April 1945.”

Dan versi kematian yang terakhir adalah menurut pendapat umum, dalam hal ini diwakili oleh para ilmuwan. Sudah lama sebenarnya para ilmuwan dan ahli sejarah menyatakan bahwa potongan tengkorak yang telah diambil dari luar bunker Hitler oleh tentara Rusia dan selama ini disimpan intelijen Soviet itu akan menjadi bukti yang meyakinkan bahwa menembak dirinya hingga tewas setelah minum pil sianida pada 30 April 1945.

Akhirnya dilakukan analisis DNA terhadap potongan tengkorak itu oleh peneliti Amerika, dan mereka menyatakan, “kami tahu tengkorak itu berhubungan dengan seorang perempuan berusia antara 20 dan 40 tahun,” kata ahli arkelogi Nick Bellantoni dari Universitas Connecticut, AS, dikutip dari Dailymail. “Tulang itu kelihatan sangat tipis, tulang tengkorak laki-laki cenderung lebih kuat. Dan persambungan di mana lempengan tengkorak itu menyatu tampak berhubungan dengan seseorang yang berusia kurang dari 40 tahun. Hitler pada April 1945 berusia 56 tahun.

Dengan adanya hasil tes DNA tersebut, berarti sejarah kematian Hitler menjadi sebuah misteri kembali, dan para ahli teori konspirasi harus memikirkan kembali kemungkinan-kemungkinan lain tentang kematian Hitler, seperti mungkin saja Hitler tidak mati dalam bunker.

Bab Tiga, Sekilas Tentang Adolf Hitler:
Mengenai masa kecil, masa remaja, sampai dengan ketika menjadi seorang diktator, dapat dilihat pada bab ini. Hitler kecil adalah seorang anak yang tertolak, ayahnya sangat membencinya dan mengenggap perilakunya yang “antisosial” sebagai sebuah kutukan. Ayahnya seorang yang keras dalam mendidik anak, sedang ibunya (Klara) sangat baik kepadanya. Masa kecil yang diliputi dengan kebencian dari ayahnya inilah yang memberikan andil besar dalam pembentukan mental dan kejiwaan Hitler saat dewasa.

Ketika hidupnya sulit, Perang Dunia 1 pun pecah. Tanpa ragu-ragu Hitler mendaftar menjadi tentara dengan pangkat Kopral, bertugas di medan perang di barisan paling depan. Kecewa dengan kekalahan Jerman di Perang Dunia 1, Hitler pun masuk menjadi Anggota Partai Buruh yang kemudian menjadi NSDAP (National Socialistische Deutsche Arbeiter Partei). Tahun 1920, Hitler menjadi Kepala Bagian Propaganda, disinilah terlihat bakat Hitler di bidang pidato dan agitasi.

Satu tahun kemudian, 1921, akhirnya Hitler menjadi ketua partai. Akhirnya pada tahun 1962 Hitler mendapatkan wewenang mutlak dari partainya. Dan Hitler adalah seorang orator ulung,”singa podium”, ahli pidato yang bisa menghipnotis massa pendengarnya. Hitler adalah politikus handal dan berhasil membangun pencitraan yang sukses melalui propaganda.

Ia berhasil membangun opini menjadi sebuah kekuatan dahsyat yang sukses melalui propaganda. Ia berhasil membangun opini menjadi sebuah kekuatan dahsyat yang ditakuti. Ia juga berhasil membangun opini sebagai fuhrer atau pemimpin yang dapat dipercaya rakyatnya, membawa bangsanya ke puncak kejayaan.

Bab Empat, Bukti-Bukti Hitler di Indonesia:
Di dalam bab empat ini, Anda bisa jumpai penjelasan mengenai, bagaimana caranya Hitler sampai ke Indonesia, bisa menjadi WNI, dan bekerja menjadi seorang dokter di Rumah Sakit Umum Sumbawa Besar, dan sampai dengan pertemuan Hitler dengan seorang wanita sunda yang akhirnya menjadi istrinya. Juga tentang kesaksian dr Sosro Husodo saat bertemu dengan Hitler ketika di Sumbawa Besar. Dan semuanya dilengkapi dengan dokumen-dokumen pendukung serta foto-foto yang akurat.

Hitler yang terkenal sangat bengis di abad ke 20, ternyata bersembunyi di Indonesia sejak tahun 1954 sampai dengan tahun 1970, yang kemudian tercium oleh Sekutu (AS, Uni Sovyet, Inggris dan Prancis) yang selanjutnya diusut oleh Pemerintah Israel yang terus-menerus mengejar para tokoh Nazi.

Pada tahun 1954 Adolf Hitler masuk ke Indonesia dengan menggunakan nama palsu, dr Poch. Pada awalnya dr Poch tinggal di Dompu lalu pindah ke Bima, selanjutnya pindah ke Kabupaten Sumbawa Besar, kemudian bekerja menjadi dokter di Rumah Sakit Umum Kabupaten Sumbawa Besar. Seluruh penduduk pulau Sumbawa Besar. Seluruh penduduk pulau Sumbawa kenal dengan dokter ini, yang di panggil “dokter Jerman”.

Salah satu peninggalan Adolf Hitler meninggal pada tanggal 15 Januari 1970 di Surabaya, yaitu buku catatan kecil berwarna cokelat ukuran 9x16 cm dengan tebal 44 cm. Buku ini mempunyai arti yang sangat besar, karena merupakan bukti otentik yang menyatakan bahwa “dr Poch” adalah dewa-Nazi Adolf Hitler.

Kemudian Hitler bertemu dengan seorang gadis bernama Sulaesih yang sedang menggembara ke Sumbawa Besar, yang akhirnya dilamar oleh Hitler. Tidak lama setelah dr Poch melamar Sulaesih, beliau memeluk agama Islam pada tahun 1964, yang disaksikan oleh Ketua Kantor Agama di Sumbawa, (tapi sayang Sulaesih lupa namanya) dan mengganti namanya menjadi Abdul Kohar. Pada tahun 1965 Hitler pun menikahinya.

Bab Lima, Hitler Mati di Indonesia:
Bab ini berisi tentang pengakuan Hitler kepada istrinya yang berasal dari Indonesia, Sulaesih, bahwa dia adalah memang Hitler yang sebenarnya, Der Fuhrer. Apa saja kegiatan Hitler sebelum dia meninggal. Di dalam bab ini juga terdapat pernyataan Stanlin, bahwa yang tewas di dalam bunker di Jerman bukanlah Hitler asli. Dan dibagian akhir ini menceritakan bagaimana akhirnya sang diktator itu meninggal di Indonesia.

Selama ini kematian Hitler memang sangat misterius, karena tidak ada saksi yang dapat menunjukkan dimana mayat Hitler ataupun mayat Eva Braun. Di Konferensi Postdam tahun 1945, Stanlin bahwa mayat Hitler dan Eva Braun tidak ditemukan. Stanlin menduga, dewa Nazi ini lolos dan melarikan diri ke Spanyol atau Amerika Latin. Dan tak berapa lama ada kabar yang mengatakan Hitler kabur menggunakan kapal selam ke sebuah pulau.

Tapi tidak ada yang tahu pulau apa dan dimana. Dunia internasional sama sekali tidak menyadarinya bahwa seorang pemimpin Nazi yang sangat kejam itu bersembunyi dengan aman di Sumbawa Besar, sampai meninggal di Surabaya dan dimakamkan di pemakaman umum muslim di Ngagel.

Bab Enam, Penutup
: Kematian Diktator Jerman, Adolf Hitler yang diyakini tewas bunuh diri di sebuah bunker, pada tanggal 30 April 1945 di Berlin, tetap masih dipertanyakan dan menjadi misteri. Siapa yang menyaksikan peristiwa di bunker saat Hitler bunuh diri? Tidak ada, sumber cerita tersebut hanya dari mulut ke mulut. Dan pada saat itu, walaupun tidak ada saksi dan bukti yang jelas, pihak sekutu tetap mengumumkan secara resmi bahwa Hitler dan istri, Eva Braun telah meninggal. Bukan tidak mungkin Hitler mati di Indonesia. Karena Indonesia dianggap tempat yang aman, bagi Hitler. Silahkan siapa pun untuk menemukan jawaban yang sesungguhnya.

Demikian ulasan Ir KGPH Soeryo Goeritno, Msc, penulis buku ini.. Sekian, sebagai malkluman. Terima kasih kawanku, kerana memberi maklumat. Wallahu aklam.
30 Dis, 2010. KL
Lihat sebelum ini..

Bank Islam kejam?

Berhutang Kad Kredit dengan bank Islam 
kerashati
Saya telah berhenti kerja dan tak mampu nak bayar hutang2 yang masih tertunggak. Ada hutang rumah, peribadi, kereta, dan .....Pendapatan saya hanya bergantung kepada berniaga tepi jalan dan dapat le 1.7K sebulan. Itupun kalau cuaca baik, kalau tidak ..parah. Nak tanggung anak bini, hutang keliling pinggang. anak nak sekolah pulak tu. Sebenornye saye nak cerita macamane kejam nye bank islam.
Mungkin boleh diberi nama 'Bank Ah Long Islam'. Hutang kad kredit saya sebanyak 10K dan telah banyak kali saya beritahu tak mampu nak bayar minimum dan kalau boleh diringan kan jumlh bayaran. Tapi jawapan yang diterima - mesti bayar secukupnya dan tiada alasan. Cuba bayangkan saya kais pagi makan pagi saja. Kalau tak bayar tindakan undang2 akan dikenakan. Saya sebelum tu telah berjumpa dengan pegawai bank rakyat dan berbincang, mereka memberi kelonggaran dengan bayaran RM100 sahaja daripada RM800 sebulan sebelum itu.

Saya sangat2 terhutang budi kepada bank rakyat. Berbalik kepada cerita bank Islam tadi, setelah 2 bulan tak bayar minimum (bayar setakat mampu saja), lawyer BI pulak call - kalau tak bayar kena tindakan mahkamah dan bayaran lawyer rm1700 dikenakan dan akhirnya barang2 akan di SITA.Ini betul2 gila punya bank Islam. Saya sungguh kecewa dengan Bank ni. Nasihat saya kepada semua supaya elak diri dari card credit BI, kerana masa depan kita tak pasti, mungkin jadi seperti saya.

Saya syorkan buat le pinjaman dengan Bank Rakyat, kita majukan bank ini. Jangan harapkan nama saja Islam tapi kejam. InsyAllah saya akan keluarkan duit simpanan anak2 dalam BI dan pindahkan ke BR. Jika ada saudara mara atau kawan2 saya akan syorkan BR, elakan BI. Kalau ada kawan2 yang boleh bantu saya tentang kes card kredit ni boleh bagi idea.
-tko-

Isu YB Teo: Wanita Islam tak tutup aurat masuk masjid mereka tak bising

sofiwahab
Sekali lagi Utusan memanipulasikan isu Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching mencemarkan kesucian masjid. Kalau dahulu YB Teo dikatakan mencemarkan masjid kerana memberikan tazkirah di surau, kali ini beliau dikatakan mencemarkan kesucian masjid kerana memakai baju ketat bersenamrobik di perkarangan masjid.

Saya sendiri menghubungi Nazir Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong yang juga merupakan sahabat baik saya iaitu Haji Azman Idris untuk mendapat komentar beliau.

Haji Azman berkata isu itu bukanlah perkara besar cuma ianya di'spin'kan oleh Utusan untuk mendapatkan 'political mileage'. Utusan dengan 'bangganya' menyatakan bahawa umat Islam begitu marah dengan tindakan YB Teo ini sedangkan di kawasan Taman Cheras Jaya sendiri tidak ada seorang pun yang marah dan tidak senang dengan tindakan YB Teo.

 Gambar : YB Teo dan saf kepimpinan Masjid tersebut. Haji Azman berdiri 3 dari kanan.
Bila saya melihat gambar YB Teo yang dikatakan berpakaian ketat itu, jelas sekali pakaiannya SAMA seperti pakaian yang dipakai oleh sesetengah wanita-wanita Umno dan Puteri-puteri Umno ketika bersenam robik. Malah ada wanita-wanita Islam yang masuk masjid tidak menutup aurat dan berpakaian ketat. Mengapa Umno dan Utusan tidak 'bising' dengan hal ini.

Ternyata isu ini di'spin'kan Utusan untuk membangkitkan kebencian umat Islam kepada DAP dan PR.














**Tutup aurat cara puteri umno - kerengga

Wali Band dari Indonesia di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V malam ini

Rizal Tahir
KOTA BHARU, 31 Dis: Anggota kumpulan band terkenal dari Indonesia, Wali Band begitu bersyukur dan berbangga apabila muncul sebagai band pertama yang diberi peluang membuat persembahannya di Negeri Kelantan dalam tempoh 20 tahun.

Salah seorang anggota kumpulannya, Apoi pada sidang medianya melahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan kumpulan mereka bukan sahaja band pertama dari luar negara membuat persembahan, sebaliknya mendahului band dari negara ini sendiri.

Apoi yang bermain gitar seterusnya berharap kumpulan mereka dapat menghiburkan rakyat Kelantan.

“Konsep kami adalah berdakwah, jadi semoga kami dapat berdakwah sambil berhibur,”ujarnya.

Petang semalam anggota ini mengadakan sidang medianya disalah sebuah hotel di sini sempena program mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin.

Empat anggota anak muda ini akan menjayakan Bazaar 4 Gaza di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V malam ini.

Program berkenaan dianjurkan bersama Anjung Tulus, Sekretariat Misi Cakna Palestin dan kerajaan negeri.

Petang ini Wali Band akan bersama para peminat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V.

Selamat datang Teo Nie Ching

Nasrudin Hassan Tantawi
1. Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching hari ini difahamkan membuat ikrar bahawa beliau akan terus melawat masjid sekalipun dikritik hebat oleh media ekoran tindakan beliau sebelum ini memasuki surau dan membuat ucapan di dalamnya serta mengadakan senamrobik di perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya.

2. Saya mengalu-alukan ikrar sedemikian sekaligus menunjukkan Teo Nie Ching telah mula tertambat hati dengan rumah Allah [samaada surau atau masjid] dalam keadaan ada sebahagian ummat Islam sendiri rasa tidak berminat untuk mengunjungi surau dan masjid apalagi untuk duduk bersimpuh di dalamnya demi mendalami agama atau i'tikaf mendekatkan diri kepada Allah swt.

3. Mudah-mudahan ikrar itu sebagai permulaan untuk beliau melihat dari dekat bagaimana akhlak dan cara hidup Islam yang murni serta menghakis saki baki rasa keliru terhadap agama Islam. Memahami Islam dari sumbernya yang betul adalah menyelamatkan seseorang daripada keliru setelah melihat sebahagian ummat Islam sendiri tidak mematuhi hukum hakam Islam.

4. Sementara penganjur atau Imam dan AJK masjid-masjid yang bakal dilawati oleh Teo nanti mestilah mengambil langkah pro aktif untuk memberi penjelasan dan gambaran yang tepat mengenai Islam kepada beliau. Bukan hanya kehadhiran Teo untuk menyelesaikan tugasan politik beliau sebagai wakil rakyat atau ahli parlimen tetapi juga sebahagian dari tugas beliau sebagai pemimpin ialah memahami agama dan budaya rakyat yang diwakilinya.

5.Masjid mestilah peka dan aktif menjadi sebuah institusi untuk menyampaikan risalah Islam kepada seluruh ummat manusia samaada muslim atau non muslim. Justeru masjid bukan hanya tempat untuk mengerjakan solat tetapi mestilah menepati sebuah institusi ummah yang lengkap dengan aktiviti atau gerakkerja menyebarkan risalah suci agama Islam yang diwahyukan oleh Allah swt.

6. Malah masjid selayaknya menjadi pusat pengajian akademik, pusat rawatan, pusat kebajikan dan seumpamanya demi menjaga kemaslahatan dan kebaikan ummah. Menjauhkan orang dari masjid adalah suatu yang bertentangan dengan spirit penubuhan masjid itu sendiri. Wajarlah kita bersyukur kepada Allah swt dalam keadaan ramai orang menjauhkan diri daripada masjid tiba-tiba Yb Teo Nie Ching berikrar mahu terus mengunjungi masjid. Saya mengucapkan selamat datang kepada beliau.

7. Namun begitu suka saya tegaskan bahawa Teo Nie Ching pula wajarlah diberitahu beberapa perkara berkaitan adab dan akhlak atau moral yang perlu dipelihara sewaktu beliau melawat atau mengunjungi masjid. Kerana mengunjungi masjid sebagai rumah ibadah dan tempat suci ummat Islam tentunya berbeza dengan lawatan beliau ke pasar atau rumah-rumah kediaman biasa.

8. Antara yang mudah dan asas terlebih dahulu perlu diberi perhatian oleh Teo Nie Ching ialah memastikan tindak-tanduk serta penampilannya tidak mencetus rasa singgung hati dari kalangan ummat Islam seperti cara berpakaian. Selayaknya Teo tidak mengenakan pakaian yang ketat, sendat-singkat serta mendedahkan bahagian-bahagian tubuh kerana ia mencemarkan kemuliaan Islam. Jangan tiru pemakaian yang menjolok mata sekalipun ia dipakai oleh sebahagian ummat Islam. Kerana pakaian sedemikian dicela oleh Islam sekalipun pemakainya adalah orang Islam sendiri. Orang Islam yang memakai pakaian yang mendedahkan aurat apatah lagi menjolok mata akan dimurkai dan dilaknat oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia.

- Sebahagian adab yang perlu diberi perhatian juga ialah, hadhir ke masjid janganlah bermaksud mempersenda rumah Allah dengan perlakuan yang tidak layak dan sopan. Imam dan AJK masjid bertanggungjawab memastikan perkara seperti ini, namun jangan menyukarkan keadaan sehingga tertutup hati orang yang mahu mengunjung dan mendekati diri dengan masjid lantaran itu adalah peluang keemasan untuk pihak masjid berdakwah. Bukan senang nak dapat peluang orang nak datang ke masjid dalam keadaan dunia hari ini ramai pula yang mahu menjauhkan diri dari masjid.

[kesemua adab atau etika mengunjungi masjid adalah terpakai kepada semua terutama orang Islam sendiri. Jika non muslim tidak boleh berpakaian menjolok mata dan berkelakuan tidak sopan ketika mengunjungi masjid maka demikian jugalah muslim/ah]

9. Kesempatan ini saya juga mahu menegur pemimpin-pemimpin ummat Islam, tidak kira dari mana parti dia wakili [terutama parti pemerintah kerana mereka pemimpin negara] agar tidak mendedahkan aurat atau menjaga agar isteri dan anak-anak mereka tidak mendedahkan aurat serta menjebakkan diri dalam kancah maksiat dan mungkar. Barulah ia menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan orang ramai seperti Teo Nie Ching. Kalau isteri pemimpin negara sendiri tidak menutup aurat, maka bagaimanalah pemimpin itu mahu menegur Teo Nie Ching? tentu ia suatu yang sangat memalukan.

10. Saya menyeru terutama kepada pimpinan pemuda PAS agar mula aktif dan untuk memberi penjelasan mengenai Islam kepada semua termasuk non muslim. Islam adalah untuk semua. Islam juga adalah penyelesaian kepada masaalah yang dihadapi oleh manusia. Tidak ada sebab manusia mahu menolak Islam agama yang diwahyukan oleh Alllah swt Tuhan yang mencipta manusia itu sendiri.

Khusrin tak ada dalam senarai jemputan sebagai SUK - MB Selangor

Ismail Hashin
SHAH ALAM, 31 Dis: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, keutamaan beliau sekarang adalah untuk mengembalikan sepenuhnya kuasa mentadbir negeri kepada kuasa yang dipilih rakyat.

Abdul Khalid berkata, menjadi amalan biasa sebelum ini pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) terlebih dahulu mendapat penerimaan Sultan dan Menteri Besar (MB).
Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan MB.

Sejak itu, jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK.

Namun menurutnya, dalam pada itu masih terdapat satu kuasa menteri besar iaitu, setiap SUK yang ingin memulakan tugas mesti mengangkat sumpah di hadapan MB.

Abdul Khalid menegaskan demikian dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di kediaman rasmi beliau di sini, malam tadi.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, ucapan dari MB dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, solat hajat, bacaan Yaasin dan solat Isyak yang dipimpin oleh Ketua Penerangan KeAdilan, Dr Mohd Nor Manuty.

"Dalam menjalankan amanah rakyat mentadbir negeri ini, membina satu pasukan terbaik adalah keperluan utama untuk sama-sama merancang dan bertukar fikiran.

"Selain itu, SUK mestilah orang yang berpengalaman, dapat berucap dan difahami rakyat, menguasai Bahasa Inggeris dengan baik terutamanya dengan pelabur.

"Paling utama juga, beliau mestilah mempunyai rasa kemesraan tentang perjuangan rakyat, mampu menjana negeri terulung di negara ini, pembangunan dan perusahaan serta sebagai negeri maju," tegasnya.

Meskipun bagi beliau, isu ini merupakan perkara kecil sahaja dalam pengurusan namun bimbang jika disalahgunakan bukan untuk membangun tetapi meruntuhkan Negeri Selangor.

Sementara itu, Khalid di dalam ucapannya berkata, Sultan sewajarnya tidak dilibatkan di dalam politik jika ingin mendapat sokongan dari keseluruhan rakyat.

Beliau juga berkata, sudah menjadi amalan sesiapa pun tidak hadir sesuatu majlis walimatul-urus jika tidak mendapat undangan hadiri kenduri berkenaan.

"Datuk Khusrin perlu faham-faham sendiri, nama beliau tidak ada dalam senarai jemputan sebagai SUK," sindirnya akhiri ucapan.
SUK mula tugas angkat sumpah depan MB

Lelaki mati kena tetak di kepala

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai penagih dadah ditemui mati dengan kesan tetakan di bahagian kepala di sebuah rumah kosong di Bukit Darah, Sungai Buloh di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, mayat lelaki berumur 36 tahun itu ditemui mati oleh seorang rakannya yang melihat lelaki itu dalam keadaan terbaring di dalam bilik di rumah berkenaan pada kira-kira pukul 7.45 malam.

"Kami percaya berlaku satu pergaduhan sebelum dia dibunuh. Tiada senjata ditemui di rumah itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Katanya, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-Bernama-

Cabul murid: Guru penolong kanan dipenjara 20 bulan

SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
MAHKAMAH Tinggi Seremban semalam mengekalkan hukuman penjara 20 bulan terhadap Mohd. Harith yang didapati bersalah mencabul muridnya.


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman penjara 20 bulan terhadap seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah di sini yang didapati bersalah melakukan kelucahan melampau terhadap murid lelakinya tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati Hakim Mahkamah Majistret telah membuat keputusan yang tepat dan menyeluruh.

Menurut Ahmad Nasfy, dalam kes tersebut ada saksi yang melihat kelakuan tertuduh selain pihak pendakwa mempunyai beberapa keterangan sokongan daripada saksi-saksi lain.

Tertuduh, Mohd. Harith Mohd. Nor, 42, didapati bersalah merangsang seorang murid lelaki yang ketika itu berusia 11 tahun untuk melakukan kelucahan melampau di dalam pejabatnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 di sini pada November dan Disember 2007.

Bapa kepada seorang anak perempuan berusia tujuh tahun itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan sebatan jika bersabit kesalahan.
-kosmo-

Suspek tahanan reman pembunuhan Nurin Jazlin tuntut keadilan

SHAH ALAM, 30 Dis: Seorang peniaga kain dan adik iparnya Mohamad Zamri Ibrahim dan Mohamad Suhaimi Yusof yang menjadi suspek kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, tiga tahun lalu, masing-masing menuntut keadilan akibat tahanan reman.
Ini berikutan apabila tuntutan plaintif (Zamri dan Suhaimi) iaitu saman mereka ditolak atas alasan plaintif gagal menamakan pelaku dan hanya menamakan pegawai penyiasat sahaja.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kesal dengan keputusan ini dan meminta keadilan diberikan kepada mangsa yang dituduh tanpa pembelaan selepas itu.

Beliau meminta badan kehakiman membuat keputusan dengan telus, adil dan saksama serta menilai segala aspek dalam melindungi kepentingan semua pihak dan juga kepentingan awam tanpa mengira status.

Khalid turut menyatakan bahawa profesion polis dipandang serong apabila tidak berlaku adil kepada orang awam serta tidak mengikut prosedur yang betul dalam menahan suspek yang ternyata adalah bukan penjenayah.

“Usaha membersihkan nama baik polis itu harus dibuat oleh polis sendiri. Sepatutnya polis jangan menutup dan melindungi tindakan seperti ini. Mereka harus bertindak tegas bahawa anggota mereka adalah profesional. Hakikat bahawa dia dipukul tidak boleh dinafikan.

“Pada hakim dan mahkamah, bagi orang yang mangsa, jangan atas sebab teknikal seperti ini yang remeh, keadilan itu dinafikan. Institusi mahkamah seharusnya menjamin keadilan bagi rakyat jelata yang berhadapan dengan institusi pemerintahan yang ada kuasa,” jelasnya.

Mengikut pernyataan tuntutan Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi, mereka mendakwa mereka telah dipukul, dipijak dan ditendang dan dihentak oleh polis.

Zamri berkata, mereka kemudiannya telah disoal siasat dan ditahan reman sebelum dibebaskan.

Akibat daripada tindakan polis, mereka mengalami kecederaan, tekanan, kehinaan dan rasa malu yang amat sangat.

Menceritakan detik penangkapan pada 27 September 2007 pukul 11.20 malam, Mohamad Zamri mendakwa dia sedang memandu kereta bersama isterinya, dan tiba-tiba dihalang tiga kereta dan beberapa lelaki berpakaian biasa di mana seorang telah mengacu pistol ke arahnya sebelum dia ditarik keluar dan digari sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kereta manakala isterinya dimasukkan ke dalam kereta berlainan.

Beliau dan isteri dibawa ke kedai Arked Desa milik beliau dan menangkap seorang lagi mangsa iaitu adik ipar beliau Suhaimi Yusof yang berada di dalam kedai tersebut.

“Pemeriksaan kesihatan mengesahkan saya dan Suhaimi mengalami kecederaan dan diberi ubat-ubatan. Kejadian ini semasa dibahas dalam mahkamah, kita ditangkap dan dipukul semasa dalam jagaan polis dalam tahanan reman,” katanya.

Sebelum ini, Mohamad Zamri berjaya membuktikan keseimbangan kebarangkalian dalam kes itu.

Mahkamah membenarkan ganti rugi kecederaan RM1,500, ganti rugi salah tahan RM10,000 dan ganti rugi hukuman/teladan sebanyak RM30,000, yang membawa jumlah keseluruhan ganti rugi RM41,500.

Adik iparnya, Mohd Suhaimi, pula diberi ganti rugi RM31,500 kerana dia ditahan atas alasan yang munasabah namun dia telah dicederakan dengan secara tidak wajar.

Pada 20 Ogos 2007, Nurin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju.

Mayatnya, ditemui pada 17 September tahun yang sama, iaitu 27 hari kemudian, dalam sebuah beg yang diletakkan di hadapan premis perniagaan di Petaling Jaya.
-selangorkini-

Wanita antara disenarai bakal calon PAS di DUN Tenang

LABIS: Seorang wanita adalah antara yang disenaraikan untuk dipertimbangkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari depan.

"Beliau adalah bekas seorang guru, anak tempatan, dan memegang jawatan di cabang tempatan parti itu," kata satu sumber kepada Bernama hari ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada Barisan Nasional (BN) akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember lalu.
Penamaan calon ialah pada 22 Januari.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman yang juga Ketua UMNO Bahagian Labis menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,491 undi.

Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil Tenang, Dzulkefley Ahmad ketika dihubungi berkata, kemungkinan PAS meletakkan calon wanita hanyalah satu khabar angin kerana keputusan mengenai siapa calon PAS akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti tidak lama lagi.

Namun, katanya, nama pemimpin wanita itu terdapat dalam senarai yang dicadangkan sebagai calon. 
-Bernama-

Kelantan turut isytihar cuti peristiwa Ahad ini

KOTA BAHARU, 30 Dis: Kerajaan Kelantan mengisytiharkan bahawa Ahad ini adalah hari cuti peristiwa sempena meraikan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, di Jakarta semalam.

Perisytiharan itu terkandung dalam arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bilangan 4/2010 kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, pihak pengurusan badan-badan berkanun/Persekutuan/Negeri dan pihak berkuasa kerajaan tempatan negeri.

Salinan surat itu dikirim kepada Bernama di sini malam ini. 
-Bernama-

Hebat 1Malaysia, di Putrajaya ada pertunjukkan "Tiger Show"

Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pihak berwajib terutama Jabatan Agama Islam didesak menyiasat dan bertindak segera terhadap penganjuran satu pesta maksiat, pertunjukkan "Tiger Show", dalam Majlis Makan Malam di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi ketika membuat desakan itu berkata, pertunjukkan itu bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan semangat Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel tersebut.

"Lebih menyedihkan lagi, rata-rata yang hadir dalam majlis itu ialah bangsa Melayu yang beragama Islam," tegasnya kepada Harakahdaily hari ini.

Sambil menyifatkan majlis tersebut telah menghina Islam dan umatnya, beliau berkata, rata-rata pekerja difahamkan amat tersinggung dengan majlis sedemikian.

"Tidak memadai dengan pertunjukkan-pertunjukkan seperti yang sudah sering kita dengar dianjurkan di kelab-kelab malam, tetapi kini penganjur dengan beraninya mempersembahkan pertunjukkan lucah itu dalam majlis makan malam anjuran syarikat kepada pekerja dan tetamu mereka secara terbuka di Hotel Marriot," katanya.

Penganjuran majlis yang mengandungi pertunjukkan lucah itu diketahui oleh beliau setelah dihubungi oleh seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan.

Individu tersebut kemudiannya telah menyerahkan 4 keping gambar kepada beliau bagi membuktikan keadaan majlis tersebut yang ternyata amat mengaibkan.

"Saya hitamkan gambar tersebut kerana tidak sanggup untuk menyiarkan gambar asal yang dikirimkan kepada saya kerana ia terlalu lucah dan memalukan.

"Ini satu mungkar yang tidak sepatutnya dianjurkan. Saya berharap agar pihak berwajib terutama jabatan agama Islam bertindak tegas," katanya.

Nampaknya ada VCD baru

Ustaz Saiful Bahri
Selepas isu VCD Datuk Chua Soi Lek bergema ditanah-air, beliau mengambil pendekatan berundur dari arena politik buat sementara dan kini beliau kembali sebagai orang no 1 MCA. Nampaknya skandal seks mungkin satu kebiasaan bagi masyarakat cina. Tak salah dan bukan permasalahan moral.

Seperti iklan produk susu carnation.. ingat bunga, ingat carnation. Sebab itu kalau ingatkan VCD (isu & cerita skandal seks) ni, pasti kita ingat Rahim Tambi Chik (1985). Pernah heboh isu bekas Ketua menteri Melaka ni. Meskipun beliau berundur dari jawatan Ketua Menteri, tapi Ianya tidak menjejaskan maruah dan politik beliau. Hingga kini beliau masih lagi aktif dan memegang jawatan. Ye lah.. anak didik kesayangan Dr Mahathir. Beliau bebas, yang masuk penjara adalah Lim Guan Eng.

Tan Sri Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor selaku bekas naib presiden UMNO penuh dengan kisah VCD. Paling sensasi melibatkan kahwin lari pada tahun 1987, bercerai dan bayar wang mut’ah RM16 juta 1993. Akhirnya berundur dan tutup cerita.
Apabila Dr Mahathir menobatkan orang yang dikatakan paling bersih dan suci sebagai Menteri Besar Selangor ke 12 menggantikan Mike Tyson iaitu Datuk Seri Abu Hassan Omar. Malang!, akhirnya timbul isu VCD jugak. Tak bersih mana jugak dan terpaksa berundur dari kerusi MB Selangor pada tahun 2000 atas alasan kesihatan dan keluarga.

Kalau nak sebut cerita, filem dan VCD ni banyak le dalam UMNO. Cuma bagi mereka pandai makan, pandai simpan. Akhirat belakang kira. Tanggung masing-masing. Pandai buat, pandailah tanggung. Itulah sifir mereka. Sehingga ada pemimpin UMNO yang rapat-rapat dan baik-baik memesan… jangan biarkan isteri dan anak perempuan saudara masuk wanita dan puteri UMNO. Habisle nanti.. nak-nak yang dahi licin ciket. Kena kenduri le jawabnya!

Bukan setakat lelaki aje. Wanita pun tumpang semulut. Isu Senator Norhayati Onn Selangor, Naib Ketua Wanita UMNO Selangor dulu… macam nak rak. Tapi habis macam tu aje. Sebab itu dalam UMNO ni, mereka cukup gerun kalau bercakap tentang keadilan kehakiman, hukum Hudud dan sebagainya. Kerana mereka tahu yang ramai akan kena nanti adalah pimpinan UMNO. Jangan bercakap isu moral dalam Umno-BN

Kini bising isu Bapak Menteri di rogol pula?. Sorry! Menteri Merogol Amah. Nanti habis macam tu aje. Sebab… bapak punya kepala bapak menteri pun pelbagai isu VCD ang terdedah dan terlondeh. Tapi buat bodoo je. Banyaknya tugas Ulama Muda UMNO dalam kerja mencuci satu tong tahi. Jangan lupa pakai baju keselamatan dan spek gogle tu.. kang terpercik kena mata kang!

MP dakwa Khusrin dilantik untuk bubar DUN S'gor

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK).

Khalid berkata, Khusrin yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada menteri besar sebelum ini Tan Sri Muhammad Mohd Taib, terhutang budi kepada perdana menteri Datuk Seri Datuk Najib Razak dan bukannya kepada negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, Beliau mendakwa, Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN.

Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut.

Khalid juga mendakwa SUK negeri Perak sebelum ini memainkan peranan utama dalam menumbangkan pentadbiran Pakatan di negeri itu pada awal 2009.

Beliau bimbang keadaan sama akan berlaku di Selangor ekoran pelantikan Khusrin ke jawatan tersebut memandangkan bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu lemah dari segi kelayakan.

Khalid turut mendakwa, Khusrin dilantik ke jawatan itu untuk mewujudkan masalah kepada pentadbiran negeri.
-malaysiakini-

Rogol amah: Najib, Pak Lah diminta jawab

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pendedahan WikiLeaks berhubung seorang menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya terus mengundang perdebatan hangat di dunia maya khusunya di kalangan penulis blog politik.

Sejak tiga siri laporan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, beberapa bloger dilihat cuba menjadi 'WikiLeaks Malaysia' apabila tampil dengan beberapa perincian lanjut terhadap pendedahan awal itu.

Tersebarnya dokumen salinan bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya' telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.
Dengan klu yang dilemparkan, beberapa nama menteri sebelum ini kini tertumpu hanya kepada satu nama sahaja.

Biarpun dokumen tersebut menghitamkan nama menteri yang didakwa terlibat, namun dengan pelbagai usaha mereka kini mendakwa sudah mendapat jawapan berhubung misteri siapa disebalik status jawatan menteri itu.

"Mantan PM Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kenapa terus zzzzz? Bangun la hari dah senja. Ini kes berat libatkan menteri, maruah negara bangsa dan agama.

"...tak kan nanti sampai orang kata kenapa simpan perogol dalam jamaah menteri Malaysia," ulas bloger Misaimerah dalam blognya.

Keghairahan dan kesungguhan mencari siapa menteri yang dimaksudkan itu terus mendapat perhatian mereka apatah lagi dalam keadaan negara dalam mood perang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang Januari ini.

Semua kelompok bloger ini yakin isu tersebut mampu menjadi senjata ampuh khususnya kepada Pakatan Rakyat bukan sahaja berdepan PRK Tenang, malah juga untuk Pilihan Raya Umum ke-13 yang disebut-sebut akan berlangsung Mac atau April tahun hadapan.

"Dari segi politik, memang dokumen ini amat berguna sebagai senjata oleh Pakatan Rakyat dalam PRK Dun Tenang.
"Sesiapa saja yang dituduh mesti dibawa ke muka pengadilan...apatah lagi yang didakwa ini adalah seorang pemimpin yang mendapat mandat dari rakyat," tulis bloger Anak Sungai Derhaka.

Biarpun kredibiliti WikiLeaks itu dipertikai, namun tindakan Umno BN yang mengajak rakyat mempercayai pendedahan berhubung isu liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memakan diri apabila rakyat juga 'terpaksa' percaya bahawa benar seorang menteri BN telah merogol amahnya.

Jika sekalipun WikiLeaks tidak boleh dipercayai, namun pendedahan sokongan oleh pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, NGO Tenaganita, Migrant Care dan bloger Tukar Tiub, sudah cukup untuk rakyat mempercayaai bahawa ianya memang wujud.

Namun yang lebih wajar dipercayai adalah pendedahan sepucuk surat aduan daripada adik mangsa yang menceritakan secara jelas apa yang berlaku yang juga didedahkan dalam laporan Harakahdaily sebelum ini.

Sehingga kini juga, belum ada mana-mana pihak khususnya dari pimpinan Umno BN yang berani mengulas isu tersebut.

Penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sangat ditunggu-tunggu semua pihak.
"Tunggu dan tunggu, kita tunggu apa yang akan berlaku.

"Siapa akan kena saman?," tulis bloger Tukar Tiub merujuk laporan Harakahdaily yang turut disiar di blognya.