"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Peluk bini orang

AMPANG: Melampau apabila seorang pengawal keselamatan gila seks tergamak cuba mencabul seorang isteri malang selepas menyedari suami mangsa sedang terlantar di hospital.

Bagaimanapun, niat jahat suspek terbantut apabila dia dikejar orang ramai yang mendengar jeritan mangsa sejurus suspek cuba memeluk dan mencium mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mangsa yang berusia 41 tahun bersendirian di dalam rumahnya di Kampung Pandan, di sini.

Menurutnya, mangsa kemudian didatangi seorang lelaki dikenalinya yang tiba-tiba masuk ke dalam dapur rumah tanpa meminta kebenaran.

“Lelaki itu kemudian tanpa segan silu berkata: 'sekarang suami kau tak ada...mari sini' sebelum bertindak membuka zip dan melucutkan seluarnya.

“Mangsa yang tergamam dengan perbuatan itu cuba meronta,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan kemudian menjerit sekuat hati meminta tolong menyebabkan beberapa jiran datang membantu.

“Bagaimanapun suspek sempat melarikan diri walaupun dikejar orang ramai. Lelaki terbabit dikesan menyelinap dan bersembunyi di kawasan setinggan berhampiran menyebabkan dia gagal dijejaki.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami trauma berikutan lelaki terbabit kerap kali mengendap dan mencari peluang untuk mencabulnya, selain mengetahui suami mangsa tiada di rumah kerana dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Menurutnya, mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah.

“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang kerani akaun berusia 27 tahun tergamam apabila diacukan pisau oleh seorang lelaki yang mengugutnya supaya menyerahkan barang berharga dimiliki.

Dalam kejadian jam 6 pagi kelmarin, mangsa baru turun dari bas dan cuba melintas jalan berhampiran pusat beli-belah Ampang Point di sini.

Namun dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal tiba-tiba berhenti berhampiran mangsa sebelum salah seorang mengeluarkan pisau sebelum mengacukannya ke arah perut mangsa.

“Penjenayah memaksa mangsa menyerahkan beg sandang yang dibawa. Namun, mangsa enggan menyerahkan begnya.

“Suspek kemudian memotong tali beg sandangnya menyebabkan mangsa terjatuh sebelum suspek segera melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa kerugian wang tunai berjumlah RM1,678, kunci rumah dan pelbagai barang berharga lain.

Usaha menjejaki Michael Soosai dilanda misteri mengejutkan

CHENNAI, 7 Ogos: Usaha untuk menjejaki pelarian licik dari Malaysia Michael Soosai di Selatan India, yang dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan dan penipuan, mungkin tidak akan sampai ke mana berikutan satu perkembangan yang sungguh mengejutkan.

Walaupun sebelum ini pihak berkuasa Malaysia yakin Soosai telah melarikan diri ke Tamil Nadu selepas melakukan beberapa jenajah kolar putih sejak 2005, tetapi keyakinan itu kini mungkin merupakan suatu andaian semata-mata apabila Jabatan Siasatan Jenayah Tamil Nadu menafikan wujud sebarang kes yang difailkan terhadap penjenayah licik berusia 47 tahun itu, yang turut menipu tentang kematiannya pada 2003.

“Saya sudah periksa, tak ada sebarang kes atau maklumat tentang Soosai. Cubalah anda periksa pula dengan polis Malaysia,” kata seorang pegawai tinggi jabatan itu kepada Bernama.

Pegawai itu juga berkata jabatan berkenaan tidak pernah menerima sebarang permintaan daripada rakan sejawatan mereka dari Malaysia berkaitan Soosai.

Sehingga kini, email yang dikirim kepada polis Chennai untuk mendapatkan maklumat tentang pelarian dari Malaysia itu, yang juga dikehendaki oleh Interpol, tidak mendapat sebarang jawapan.

Pada Julai 2005, Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Musa Hassan memberitahu media bahawa polis akan mendapatkan bantuan Pejabat Peguam Negara untuk meminta pihak berkuasa India menghantar pulang Soosai dari India.

Pelbagai tuduhan menunggu lelaki kelahiran Pulau Pinang itu — menjual ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, memalsukan dokumen dan terlibat dengan perbuatan menculik dan membunuh pemandu lori berasal dari Malaysia N. Subramanian di Chennai pada 2004 berikutan perbalahan keluarga.

Soosai amat dikehendaki polis Malaysia sejak awal 2000 kerana pembabitannya dalam sekurang-kurangnya 17 kes jenayah kolar putih, kebanyakannya melibatkan pemalsuan cek bernilai lebih RM1 juta.

Bulan lepas, tiga konconya — J. Kumaresan, K. Subramaniam dan V. Sanjeev Kumar — didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana penglibatan mereka dalam perbuatan memalsukan sijil mati Soosai.

-Bernama-

sipengusung tilam telah berbohong, mesti ada sesuatu yang dia nak tutup - kerengga

Saman oh saman

syaura
Sepanjang hidup aku dah bawak keta selama 27 tahun, kerana apa aku bawak keta sebab aku nak cari makan, untuk anak bini aku....kalau tak tak payah la aku bawak keta. Selama aku bawak keta apa yang aku dapat...saman, saman...saman..saman aku berapa sebab bawak 80, 90 dan ada satu 120 lebih km/jam.

Aku tak bayar pun saman tu...sebab apa? Aku kena saman sebab aku balik kampung nak tengok mak bapak aku, aku nak pegi tengok anak2 aku. Setiap perjalanan aku sepanjang 400 ke 500km jauhnya. Berapa belanja aku sekali balik minyak sahaja RM150 pegi balik, tak masuk lagi lain-lain perbelanjaan. Aku duduk jauh dari mak/bapak dan anak2 aku.

Pemimpin bila depa kena saman. Polis bila depa nak kena saman? Sampai kiamat tak kut..depa memang tak rasa sekalipun susah nak bayar saman. Pemimpin depa tak payah nak beratur pegi saman sebab depa ada pelesit duk bawak gi mari, gi mari, hidup bermewah2. Cuti duk luar negara.....semua aku bayar sebab aku bayar cukai....nak tanggung biawak hidup....

Hoi bodoh ke depa ni jumlah saman satu kena bayar RM300....haramjadah betui....depa tak pikir orang bawak kereta ni buat cari makan...dapat rezeki bayar kereta RM500, belanja sewa rumah RM400, belanja anak2 RM600-800. Belanja tengok mak bapak anak2 sekali balik dah dekat RM400 gaji RM3400. Tak masuk lagi bil letrik, air dan lain2 belanja. Servis kereta, tayar dan lain2 lain. Haram jadah...pemimpin memang tak rasa benda semua ni.. aku bayar cukai hampa dok enjoy aku beli kereta nak buat kerja cari makan tapi hampa pakai kereta buat seronok suka...haram jadah...tapi aku nak kena saman aku lebih rela dok penjara dari bayar saman....sebab aku nak bagi belanja buat anak2 aku, nak balik tengok mak bapak aku.

Aku sedih bila dengar cerita baru2 ni bapak kepada anak 3 ke 5 orang aku tak ingat curi duit RM30 penjara 7 tahun. Tapi orang yang buat jenayah kolar putih ni makan juta2 boleh di kenakan penjara 2 tahun je...haram jadah...sungguh tambah lagi kena kat pemimpin alamak tak dak bukti...

Pokoknya yang aku nak bagi tau depa semua memang haram jadah...duk dalam kereta mewah, bermewah2 duit tak pernah cukup2, nak ambik lagi duit rakyat, saman tak kena bayar...eeee...memang haram jadah. Buat harta berjuta2, beli rumah juta2...eee...celaka sungguh.....

Yahudi benarkan bayi dibunuh

satubenih
27 July 2010 - Haaretz
Pihak polis Israel membebaskan ketua rabbi dari sebuah yeshiva terkemuka beberapa jam selepas ditahan kerana menggalakkan pembunuhan bukan-Yahudi. Rabbi Yitzhak Shapira, ketua Od Yosef Hai Yeshiva dan penulis buku "The King's Torah," ditahan awal pagi kelmarin di rumah beliau di kawasan penempatan Yitzhar,

Tebing Barat. Kandungan bukunya itu menjelaskan bagaimana bukan-Yahudi boleh dibunuh mengikut halakha (undang-undang agama Yahudi).

Selepas menjalankan operasi menggeladah di yeshiva tersebut, para detektif telah merampas 30 salinan buku berkenaan. Operasi siasatan dan penangkapan dijalankan atas perintah Timbalan Pendakwa Negeri Shai Nitzan.

Buku tersebut, yang diterbitkan dalam bulan November 2009, bermula dengan prakata yang menyatakan membunuh bukan-Yahudi adalah dilarang – tetapi kemudiannya dihuraikan dengan jelas tentang konteks di mana pembunuhan boleh dilakukan.
Menurut Shapira, membunuh bukan-Yahudi yang mengancam negara Israel adalah dibenarkan, sekalipun dia seorang yang taat setia kepada Yahudi.

Selanjutnya di sini

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari Haaretz

Yahudi benarkan bayi dibunuh

satubenih
27 July 2010 - Haaretz
Pihak polis Israel membebaskan ketua rabbi dari sebuah yeshiva terkemuka beberapa jam selepas ditahan kerana menggalakkan pembunuhan bukan-Yahudi. Rabbi Yitzhak Shapira, ketua Od Yosef Hai Yeshiva dan penulis buku "The King's Torah," ditahan awal pagi kelmarin di rumah beliau di kawasan penempatan Yitzhar,

Tebing Barat. Kandungan bukunya itu menjelaskan bagaimana bukan-Yahudi boleh dibunuh mengikut halakha (undang-undang agama Yahudi).

Selepas menjalankan operasi menggeladah di yeshiva tersebut, para detektif telah merampas 30 salinan buku berkenaan. Operasi siasatan dan penangkapan dijalankan atas perintah Timbalan Pendakwa Negeri Shai Nitzan.

Buku tersebut, yang diterbitkan dalam bulan November 2009, bermula dengan prakata yang menyatakan membunuh bukan-Yahudi adalah dilarang – tetapi kemudiannya dihuraikan dengan jelas tentang konteks di mana pembunuhan boleh dilakukan.
Menurut Shapira, membunuh bukan-Yahudi yang mengancam negara Israel adalah dibenarkan, sekalipun dia seorang yang taat setia kepada Yahudi.

Selanjutnya di sini

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari Haaretz

Taniah PR Selangor, Kempen UMNO Fasa Pertama Dapat Digagalkan

WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA Umno Selangor semakin tidak tentu arah apabila Kerajaan Selangor berupaya menangkis serangan demi serangan dari mereka di dalam Kempen Selamatkan Selangor. Ternyata `Pendekar Sesumpah' beserta Noh Omar dibantu pula oleh Anak Toyo (bukan Toyol) gagal mempengaruhi rakyat Selangor. Sehingga kini, tiada satu pun mereka dapat buktikan secara jelas tentang keburukan Kerajaan PR Selangor.

Bukti mereka tidak dapat menunjukkan secara jelas dan berfakta penyelewengan Kerajaan PR Selangor adalah pada setiap ceramah mereka, isu peribadi DS Anwar dimainkan. Isu lapok yang membosankan masih didendangkan oleh raja sesumpah yang sentiasa gagal bila berdepan dengan bekas bosnya DS Anwar. Tiada jalan lain, raja sesumpah pun memuji dirinya sendiri kununnya beliaulah pejuang paling berani di era reformasi dahulu. Beliau ingat rakyat lupa siapa yang kecut telor lari ke luar negara awal-awal lagi tatkala DS Anwar ditangkap?


Raja sesumpah `naik bakul, angkat sendiri' apabila menyebut beliau sanggup masuk penjara demi DS Anwar. Beliau merasakan hanya beliau seorang sahaja yang masuk penjara kerana DS Anwar? YB Tian Chua jauh lebih berani dari raja sesumpah, beliau dipukul dan ke hadapan di era reformasi sehingga beliau berbaring di bawah trak FRU ketika itu. Raja sesumpah tidak pernah ada setitik darah pun yang mengalir ditubuhnya ketika era reformasi. Pejuang hebat?

Ustaz Dr Badrul Amin tidak pernah masuk penjarakah? Raja sesumpah jangan cuba perasan merasakan beliau paling hebat. Beliau masuk penjara dahulu kerana mendedahkan kes rasuah terhadap Rafidah Aziz di bawah Akta OSA, sehingga raja sesumpah melutut depan parti Rafidah Aziz iaitu Umno, kes tersebut diam. Raja sesumpah pun turut diam. Hebat sangatkah?

Saya bersyukur masih ada ramai lagi pejuang-pejuang di era reformasi yang tidak lapar untuk disuapkan oleh Umno. Walaupun mereka ramai yang tidak memegang jawatan penting setelah PR berjaya memerintah beberapa buah negeri, namun mereka tidak melutut dan menyembah depan Umno demi memberi makan anak bini mereka.

Percayalah, usaha kumpulan raja sesumpah dibantu oleh `orang kaya' Anak Toyo (Pesara Penyamun Pasir, bak kata Tan Sri Khalid) pasti gagal kerana mereka tiada modal yang kuat untuk membuktikan bahawa Kerajaan PR Selangor lebih teruk dari Umno di zaman Khir Toyo. Tambahan pula, serangan balas dari kumpulan yang dipimpin oleh Us Dr Badrul Amin akan membuat Umno `Check Mate' di Selangor.

Setelah mereka gagal menyerang PAS dan PKR, kini mereka menumpukan pula kepada DAP. Begitulah cara Umno yang sudah hilang arah dan tuju. Segala keburukan yang mereka sebut di Selangor, umpama meludah ke langit. Tidak hairan nanti apabila mereka semakin meroyan, akhirnya mereka akan guna kuasa yang ada pada mereka seperti pihak Polis.

Pedulikan apa jua yang mereka gunakan. Usaha untuk mentalkinkan Umno wajib diteruskan kerana orang-orang Melayu mesti diselamatkan dari Umno yang telah banyak mencipta sejarah khianat kepada bangsa Melayu. PAS, PKR dan DAP harus terus menyerang Umno sehebat-hebatnya kerana Umno kini bersendirian. Parti di dalam komponen Bn yang lain pun sudah tidak ingin membantu Umno yang sering mempermainkan mereka.

Selamat berjuang, selamat mengkebumikan Umno.

wfauzdin.blogspot.com

Romeo ‘warak’

KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang dilamar untuk berkahwin akhirnya menjadi mangsa tipu seorang lelaki ‘warak’ yang menggunakan himpunan kata pedoman serta doa ayat suci di Internet untuk memikat mangsa supaya menyerahkan wang.

Lelaki itu yang kerap tampil berserban selain tidak lekang bibirnya mengungkap himpunan hadis menyebabkan ramai gadis mudah jatuh cinta kerana menyangka dia benar-benar alim dan boleh dipercayai. Namun, mangsa yang dijerat melalui laman sosial Facebook atau Tagged hanya menyedari niat sebenar suspek ‘romeo Internet’ itu selepas wang dalam akaun mereka ‘disedut’ sedikit demi sedikit.

Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Lin, 30-an, berkata, taktik itu menyebabkan dia rugi hampir RM20,000 tunai selepas diperdaya menyerahkan nombor akaun bank kepada lelaki berkenaan. Katanya, dia mengenali lelaki itu melalui laman sembang Internet dan tertarik dengan personalitinya yang kerap melontarkan nasihat berbentuk keagamaan selain bijak memberikan tazkirah berhubung masalah hidup. “Buah fikiran bernas diselangi doa menyebabkan saya tertarik dengan tanggapan dia lelaki matang dan benar-benar mahu membantu wanita bermasalah,” katanya.

Katanya, lelaki itu dikenali sebagai Abdullah, 30-an, menawarkan diri membantu menyelesaikan masalah dihadapinya terutama membabitkan ansuran tertunggak rumah dan kereta. “Saya bersetuju menemuinya di kawasan rawat dan rehat Sungai Buloh buat kali pertama selepas saling berbalas e-mel dan SMS sejak beberapa bulan lalu. “Pertemuan kali pertama itu menyebabkan hati saya berdegup kencang apatah lagi dengan penampilannya berjubah selain wajahnya yang agak kacak.

Lebih memeranjatkan apabila dia tanpa segan silu meluahkan perasaan kononnya jatuh cinta terhadap saya pada pandang pertama. “Dia kemudian merayu dan meminta saya menerima cintanya sambil menyatakan hasrat mengahwini saya dalam tempoh terdekat,” kata mangsa ketika ditemui wartawan Harian Metro, semalam. Katanya, dia benar-benar terkejut dengan lamaran mendadak itu apatah lagi menyedari mereka masih di peringkat awal perkenalan dan baru bersua muka.

“Ini menyebabkan saya dibuai perasaan, ditambah dengan kesungguhannya mahu melangsaikan semua hutang rumah saya di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, yang mencecah RM50,000. “Kebaikan ditunjukkannya menyebabkan saya tambah jatuh hati apatah lagi selepas kerap diberi tazkirah agama berikutan dia mengaku pernah menjadi guru agama. “Malah, dia kerap bertanya saya sama ada solat lima waktu saya cukup atau sebaliknya,” katanya. Menurutnya, pada masa sama ‘teman lelakinya’ itu memintanya menyerahkan nombor akaun bank dan angka laluan rahsia sistem perbankan dalam talian miliknya.

“Dia memberi alasan bahawa itu untuk bagi memastikan perbelanjaan kewangan saya dapat diselaraskan selain dipantau bagi mengelak pembaziran. “Namun, dakwaan asalnya untuk menguruskan kewangan saya menjadi sebaliknya apabila wang dalam akaun bank saya ‘disedut’ sedikit demi sedikit. Malah, surat gadaian barang kemas saya turut diambil dan ditebus tanpa pengetahuan saya,” katanya.

Menurutnya, dia turut rugi apabila RM3,000 tunai yang diberikan untuk upah haji turut dikebas lelaki berkenaan selain wang simpanannya mencecah RM20,000. “Saya pernah bertanya berhubung kehilangan wang itu namun dia memberi pelbagai alasan tidak munasabah. Malah, janjinya untuk berkahwin dalam tempoh terdekat hanya omong kosong,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi, di sini.

Lin berkata, dia terkejut apabila beberapa mangsa lain di laman sembang sosial di Internet juga mendakwa ditipu lelaki sama.

Perak: YB Hamidah cabul undang-undang

Dppk Batu Gajah merasa sangat kecewa dengan sikap Exco Kanan Kerajaan Haram Barisan Nasional Negeri Perak iaitu YB Dato Hamidah kerana telah menggunakan kuasa yang beliau ada dengan mem belakangkan undang-undang negara dengan tidak membuat permohonan permit secara rasmi kepada pihak Polis Daerah Batu Gajah untuk kononnya ingin mengadakan jamuan doa selamat dan tahlil tetapi telah bertukar menjadi ceramah haram dengan menggunakan pembesar suara bagi mengganggu program ceramah Pas dan Pakatan Rakyat yang telah diadakan bersebelah dalam jarak 20 meter dari tempat khemah beliau mengadakan kenduri tahlil tersebut.

Sikap dan kelakuan YB Hamidah dalam isu ini benar-benar tidak menunjukkan beliau adalah saorang yang professional dan berwibawa sebagai wakil rakyat kerana secara jelas telah membelakangkan undang-undang dengan tidak membuat permohonan terlebih dahulu bagi mendapatkan permit dari pihak Polis Batu Gajah untuk berceramah atau mengadakan perjumpaan dan secara sengaja menggunakan pembesar suara walaupun telah dilarang dan diberi amaran oleh pihak pegawai polis dari Balai Polis Batu Gajah pada malam tersebut.

Dppk Batu Gajah melihat YB Hamidah dengan berniat jahat cuba menganggu perjalanan program ceramah Pas dan Pakatan Rakyat pada malam itu yang telah dihadiri oleh Ir Radzi Zainon, YB Chan Ling Kah dan YB Dr Hatta Ramli dengan menguatkan pembesar suara ketika bacaan tahlil dibaca dengan tujuan untuk menenggelamkan suara penceramah dari Pakatan Rakyat.

Sikap kebudak-budakan dan tidak professional YB Hamidah telah membuatkan rata-rata masyarakat yang hadir pada malam tersebut secara tidak langsung mengenal tingkah laku dan perangai buruk Adun Sungai Rapat dan mereka secara terbuka menyelar dan kecewa dengan sikapnya.

Ironinya selepas ditegur secara keras oleh YB Dr Hatta (gambar)dengan meminta pihak Polis mengambil tindakan sebelum sesuatu perkara buruk berlaku barulah pembesar suara tersebut dimatikan pada jam 11.10malam.

Pihak Pas Kawasan Batu Gajah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Polis Batu Gajah kerana secara professional telah berjaya menjaga keamanan dan kelancaran majlis pada malam itu walaupun terdapat beberapa gangguan sehingga keakhir program yang tamat pada jam 12.00 tengah malam.

Dppk Batu Gajah melihat pihak UMNO BN negeri Perak kini terasa bahang kehilangan sokongan dan mandat dari rakyat seluruh negeri Perak sehingga terpaksa melakukan pencabulan walau ianya menyalahi undang-undang negeri dan negara.

Kerajaan UMNO BN Negeri Perak secara bacul tidak menggambarkan sebuah kerajaan yang dinamik, berwawasan dan mampu menjaga kebajikan rakyat dan sedang secara mereka tidak sedar dalam proses menemui zaman kehancuran dan kemusnahan

Dppk Batu Gajah melihat walau kerajaan UMNO BN mempunyai pelbagai kaedah untuk menyampaikan maklumat melalui saluran telivisyen dan radio kerajaan dan swasta serta akhbar-akhbar arus perdana yang dikeluarkan pada setiap hari tetapi masih lagi gagal menyakinkan seluruh rakyat khususnya penduduk negeri Perak yang mereka adalah sebuah kerajaan yang sah dan mampu untuk membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat.

Adalah malang kepada seluruh rakyat negeri Perak sekiranya kerajaan Umno BN yang ada sekarang masih lagi diberi peluang untuk memerintah negeri Perak dimasa akan datang. Jesteru Dppk Batu Gajah menyeru seluruh rakyat negeri Perak untuk bangkit bagi mengubah nasib mereka dengan menolak dan tidak memberikan walau satu undi pun kepada UMNO BN pada pilihanraya yang ke 13 nanti. Takbir.

Soi Lek kena belajar Islam dengan PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 Ogos:
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu belajar Islam daripada ulama PAS yang terdiri daripada ulama yang beramal.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menasihatkan Soi Lek jangan belajar Islam daripada bukan ahlinya atau daripada musuh Islam.

Sehubungan itu, katanya PAS merasa simpati dengan kenyataan Soi Lek yang menyalahkan Islam kerana negara tidak maju.

“Kenyataan yang keluar daripada seorang yang kurang memahami Islam dengan lebih mendalam.

“PAS menyeru kepada beliau belajarlah Islam daripada ahlinya dan rujukan asalnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

PAS juga, katanya mengingatkan Soi Lek supaya jangan melihat orang Islam yang memimpin negara ini, sebaliknya kena mengkaji Islam daripada sumber asal.

PAS, ujarnya tidak menafikan Chua tidak faham Islam kerana bersahabat dengan pemimpin Umno yang gagal menampilkan ciri Islam yang sebenarnya.

Tentunya, kata beliau, Soi Lek keliru dengan Islam yang dihayati oleh pemimpin Umno. Berlaku kecelaruan dalam fikiran beliau, mana satukah Islam yang sebenar.

“Kenapa pemimpin yang mendakwa diri mereka Islam tetapi terlibat dengan rasuah dan berbagai skandal yang memalukan orang Islam.

“Kenapa pemimpin yang mengaku diri sebagai seorang Islam isterinya tidak menutup aurat. Inilah yang disebut oleh hukamak ‘Islam terlindung oleh orang Islam sendiri’," katanya.

Katanya, PAS yakin bukan Dr Chua sahaja yang keliru tentang Islam, kerana orang Islam gagal menampilkan Islam secara praktikal.

“Alhamdulillah PAS telah berjaya memecahkan tembok fobia terhadap Islam dalam Pakatan Rakyat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS,” ujarnya lagi.

Fahami Politik Chua Soi Lek

Mohd Sayuti Omar

SEMASA berucap di konvensyen MCA Kedah semalam Chua Soi Lek membawa pemikiran orang Cina supaya menilai politik dua parti Melayu Umno dan Pas yang kini bercakaran sesama sendiri. Kata Soi Lek kedua-dua parti itu kini dominan menggunakan agama sebagai isu untuk meraih seokongan pengundi Melayu.

Katanya Umno semakin koservetif. Mungkin apa yang dimasudkan ialah apabila Umno kini dominan menonjolkan nasionalismenya. Pas pula disimpulkan sebagai parti yang tidak boleh dipercayai walaupun parti itu berlandaskan Islam.

Sinis Soi Lek, rasuah tidak akan jamin bebas kalaupun Pas menerajui negara ini. Tafsiran itu menyebabkan orang Melayu baik dari Pas maupun Umno mempertikaikan keikhlasan politik Soi Lek.

Maksud di sebalik kata-kata itu ia menghina Pas dan Islam. Kerana Pas memperjuangkan Islam. Apakah beliau melemparkan pandangan itu kerana beliau bimbang kepada pendekatan dan sikap terbuka Pas hari ini dalam melayani bukan Islam termasuk Cina menyertai parti berkenaan? Jika difahami kata-kata Soi Lek itu satu penghinaan besar bukan kepada Pas tetapi kepada Islam.

Mungkin begitu. Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas dirasai ancaman kepada MCA. Kerana dewan itu menyebabkan ada orang Cina yang kurang chauvenisnya rela bersama Pas. Orang Cina yang membenci rasuah dan kerakusan kuasa di kalangan pemimpin Cina lebih rela bersama Pas. Apa yang berlaku dan menimpa Soi Lek dalam skandal blue filem dan pendakwaan bekas presiden MCA, Ling Liong Sik mengenai isu menipu kerajaan menjadikan orang Cina jenis itu tidak mempercayai kepada pemimpin Cina.

Mereka ini adalah yang percaya kepada kebaikan dan keadilan Islam. Jadi Soi Lek kena tuba pemikiran orang Cina supaya tidak terpesona dengan Pas. Dan Pas pula kalau Soi Lek beranggapan Pas dan Umno menggunakan agama untuk meraih undi orang Melayu tidak perlu merasa kesal malahan patut mengiyakannya. Seharusnya Umno dan Pas memperjuangkan Islam dan Melayu.

Kata Soi Lek disebabkan keadaan itu - perbalahan Pas dengan Umno yang kepadanya untuk kepentingan Melayu dan Islam menyebabkan timbul suasana tidak progresif. Beliau mahu orang Cina memikir perkara ini. Tidak progresif itu ialah dalam konteks politik orang Cina. Sebaliknya ianya sesuatu yang sangat progresfit bagi orang Melayu. Bagi orang Melayu ada dua intipati perjuangan mereka mendualatkan agama dan bangsa negara.

Nah di sinilah licit dan bijaknya pemimpin Cina itu. Beliau tidak sekali-kali melihat perbalahan kedua parti itu adalah perbalahan sebenarnya melainkan memberi impak kepada orang Cina di negara ini. Tujuan Soi Lek menimbulkan suasana tidak progresif itu boleh difahami beliau menyeru orang Cian supaya mengambil kesempatan baik pada pergentingan itu untuk membaiki kedudukan orang Cina agak lebih baik lagi.

Aduhai Mat Maslan kenapa Felda bankrup?

Saman Ekor, jelas kebodohan kerajaan BN

amkns
Macam nilah. Tak payahlah dengar keluhan rakyat. Teruskan saja rancangan tak boleh renew road tax. Biar rakyat terus merana dan di zalimi. Kesian mamat bawah ini, dah bayar saman pun, masih blacklist tak boleh renew road tax. Apa CERITA ? Rupanya muncul pula saman tahun 2008. Tak tahulah nak sumpah seranah apa lagi Kerajaan BN, PDRM dan JPJ ni.

Nak kata BODOH, semua belajar tinggi-tinggi, ada yang ada PhD.

LANTAKLAH, MALAS NAK MENGADU PADA KERAJAAN MACAM NI.

***********************

Sumber http://nojj.blogspot.com/2010/08/saman-ekor-saman-yang-kurang-ajar-ape.html

Friday, August 6, 2010

saman ekor saman yang kurang ajar? ape pendapat korang seperti yang dijanjikan, hari ni kite serius sket ek. perasan tak kt sekabo dan tv, even blog n facebook katenye. sedang kecoh memperkatakan pasal saman ekor ni. biasanya saman ekor tidak dihantar kepada pemilik kenderaan. tau2 je, bile nk renew roadtax, tak boleh sbb ade saman yg belum dibayar. sakit tak ati? ye memang sakit ye ati.

sbb nk renew roadtax dah ratus2 atau ribu2 duit nk kuar. kalau dh kena setelkan saman ekor dulu, tak ke dah berganda2 dh tu. nak plak saman ekor takleh dikompaun. RM300 sekeping. kalo kena 3 keping, tak ke dh RM900 disitu. tak ke rase nk mengamuk tapi tak tau nk marah sape. betul tak. yang peliknye, kenapa saman ekor selalunye tak dihantar notis? ok spesifik sket, aku cite berdasarkan pengalaman bos aku bebaru ni. mmg masalah betul la.

seblum roadtax dia mati haritu, dia dh cek kt segala sistem online myeg la rilex la menatam hape tah lg. ade la saman 2-3. pastu dia setelkan seme saman tu. dgn harapan senang la nk renew nanti kan. bos cite, time dia Q nk bayar saman tu, kemain membebel lagi org2 yg sedang Q, ade yang marah2 sampai nk bwk pg court perkara ni. ini serius. sesudah setel bayar saman2 tersebut. bos ngan bangga ckp kt aku seme dh setel. dlm sistem dh clear.

maka dh boleh renew roadtax. tetiba hari nk renew roadtax, jpj dh blacklist kete beliau kerana mende2 ini... kemain hot lg bos aku. ini saman taun 2008 ye. beria la aku membantu bos kuarkan balik seme fail2 lama carik balik kot ade notis saman ke hape. takde ye. agak kurang ajar disitu. mane la tau kena saman kalau tak dibagitau. tak gitu ke?

aku pun tak paham la. lantas bos aku bertanye 'agak2 kalau sy bwk kes ni ke court, ok tak?' ek? aku cuma jawab 'bole gak kot, try la, nanti mesti ramai yg follow'. akibat dr itu, bos aku telah 'bg sy pakai kete dept. kete ni biar la lantak tinggal kt sini'. ha yelah bos. utk info, kete yg takleh direnew roadtax tersebut merupakan kete jabatan yg mmg khas dia pakai. sib la ade 3 bijik kete jabatan ktorg ni.

sekian.

Anwar: Agak malang, Chua 'jahil dan bongkak'

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana melabelkan negara-negara Islam sebagai tidak progesif dan korup. Katanya, tuduhan itu mencerminkan kejahilan dan sifat bongkak pemimpin BN itu.

Anwar, yang juga ketua umum PKR berkata beliau tidak bercadang menghukum mereka yang menentang Islam, tetapi komen Chua dianggap keterlaluan dan begitu jahil berhubung situasi sebenar masyarakat Islam.

Merujuk kepada amaran Chua kepada masyarakat Cina di negara ini berhubung kerjasama dengan PAS, Anwar berkata Malaysia perlu diselamatkan bagi memastikan masyarakat Islam dan bukan Islam memahami dan menghormati agama dan budaya satu sama lain.

Tak dapat terima

“Saya tidak mahu menghukum sesiapa kerana menjadi anti(Islam) tetapi dia telah mempamerkan kejahilan dan begitu bongkak. Bagi saya, ini tidak dapat diterima,” katanya pada sidang media selepas berucap pada persidangan Integriti Antarabangsa di Pulau Pinang.

“Saya tidak tahu, tetapi berdasarkan pergaulannya dengan Umno itu langsung tidak memperlihatkan bahawa beliau memahami dan menghargai perasaan prihatin masyarakat Islam,” katanya.

Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”

Sehubungan itu, beliau membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Menurut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.

Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Pelajari Confucius

Pada majlis itu, Anwar juga memuji inisiatif kerajaan Pulau Pinang yang merintis ruang bagi masyarakat Islam dan bukan Islam untuk menghargai sumbangan positif sesama mereka.

“Dalam hal yang sama, sebagai seorang insan, saya cuba mempelajari Confucius, cuba membaca atau membaca semula Ramayana dan Mahabharata. Bagi saya, ini penting kerana ia sebahagian daripda lanskap negara kita yang terdiri daripada penduduk pelbagai bangsa dan agama,” katanya.

“Pem

impin juga mesti bergerak ke hadapan. Saya berpendapat kekuatan Pakatan Rakyat adalah kerana kami mengamalkan politik baru yang menghargai dan mempelajari kelainan setiap kaum dan suku bangsa,” katanya lagi.

“Gejala takut kepada Islam atau
Islamic phobia dan pendirian anti-Islam telah diluahkan oleh beberapa pihak seperti (Samuel) Huntington tetapi untuk melihat pemimpin politik Malaysia terikut-ikut dengan kejahilan itu, adalah sesuatu yang agak malang,” tambahanya.

-malaysiakini-

Lagi penerbit pro-rakyat RTM dihentikan

RTM2 sekali lagi terjebak dengan tindakan kontroversi dengan tidak memperbaharui kontrak penerbit Tan Ean Nee - satu langkah yang dilihat sebagai usaha menyingkirkan penerbit kanan rancangan dokumentari 'Galeri Mandarin Nasional'.

Langkah itu dilihat bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini RTM juga mengambil tindakan yang sama ke atas penerbit kanan Chou Z Lam pada Mei lalu. Penerbit itu kemudiannya secara terbuka mendakwa ada campur tangan politik dalam rancangan ehwal semasa yang diterbitkan.

Adalah dipercayai pasukan penerbitan rancangan itu kini tinggal seorang sahaja selepas kontrak Chou dan Tan (kiri) tidak diperbaharui.

"Kontrak saya berakhir pada 31 Julai lalu dan RTM tidak memperbaharuinya,” kata Tan ketika dihubungi
Malaysiakini semalam.

Menurut Tan, dia dimaklumkan berhubung keputusan itu melalui jabatan sumber manusia menerusi sepucuk surat yang tidak menyatakan alasan kontraknya tidak dilanjutkan.

"Oleh kerana kontrak rakan-rakan yang lain telah diperbaharui, saya bertanyakan hal itu kepada penyelia saya Yap Shy Chuan. Hanya ketika itu, saya diberikan surat berkenaan,” katanya.

Menurut Tan, selepas menerima surat berkenaan, beliau mengemas barangan peribadinya dan meninggalkan RTM tanpa mendapatkan penjelasan daripada jabatan sumber manusia.

Tan juga enggan mengulas antara alasan yang mungkin menyebabkan kontraknya tidak diperbaharui. Sebaliknya beliau mencadangkan perkara itu dirujuk kepada Yap.

Yap, bagaimanapun enggan mengulas apabila dihubungi
Malaysiakini.

Dia dipercayai adalah anggota MCA dan dilantik Mei lalu oleh RTM bagi memantau semua rancangan tempatan berbahasa Cina yang disiarkan oleh stesen kerajaan itu.

Sebelum ini, RTM juga telah mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan dua dokumentari yang diterbitkan oleh Chou dan Tan.

Chou adalah penerbit dokumentari sembilan siri yang memaparkan impak negatif terhadap penduduk pribumi di Sarawak yang dipaksa berpindah berikutan pembinanaan empangan Bakun.

Manakala dokumentari Tan pula memfokus kepada rintihan penduduk di Kampung Baru Rawang yang membantah pembinaan menara kabel bervoltan tinggi di kampung mereka oleh Tenaga Nasional Berhad.

'Galeri Mandarin Nasional' ke udara selama 10 minit bermula jam 12.20pm daripada Isnin hingga Jumaat, iaitu sebaik sahaja berita tengahari berbahasa Cina berakhir.

Timbalan Menteri, Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang pernah memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa tiada campurtangan politik dalam rancangan ehwal semasa yang diterbitkan oerh stesen kerajaan itu.

Zaid: Petisyen ditolak untuk elak PM diheret

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim tidak hadir di mahkamah tinggi Rabu lalu untuk mendengar keputusan petisyennya mencabar keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana telah menjangka permohonannya itu akan ditolak.

NONEMenulis dalam blognya, Zaid berkata apabila seorang hakim membenarkan masa yang secukupnya iaitu tiga hari kepada pihak yang mahu petisyen itu ditolak atas alasan teknikal (supaya kes itu tidak dapat peluang ke peringkat perbicaraan sepenuhnya, di mana segala butiran dan keterangan yang ada dan saksi akan dikemukakan), ini bermakna permohonan itu tidak akan berjaya.

"Alasan yang diberi ialah saya tidak menyenaraikan nama mereka yang telah menerima rasuah ataupun “bribe” tersebut. Nama mereka ada, dan kita akan ketengahkan saksi yang kita ada semasa perbicaraan.

"Tetapi mulakanlah perbicaraan itu. Mengapa takut sangat didengar keterangan pihak kami? Kalau pihak kami tak berjaya membuktikan selepas perbicaraan barulah sepatutnya permohonan ditolak.

"Apa perlu tolak awal-awal lagi? Alasan sebenar ialah mereka perlu melindungi 'The Great PM' daripada disoal oleh peguam kami. Pada mereka mana boleh PM datang ke mahkamah," kata Zaid.

NONEKata beliau lagi, terdapat pelbagai macam rasuah pilihan raya umpamanya apabila aduan dibuat secara spesifik bahawa calon A menawarkan wang kepada B dan C untuk mengundinya, memang akan disenaraikan dalam petisyen nama B dan C.

"Tetapi inilah kali pertama kita ada PM yang membuat tawaran rasuah secara terbuka kepada orang ramai. Inilah kes 'general bribery' yang mustahil dapat kita senarai semua nama mereka yang ditawarkan wang tersebut.

"Mengikut keputusan ini, katakanlah kalau Perdana Menteri memberi ucapan melalui RTM1 pada kempen pilihan raya Sarawak nanti, dua hari sebelum mengundi, beliau berucap kepada semua rakyat Sarawak bahawa mereka akan diberi Amanah Saham percuma sebanyak 1000 unit kalau BN menang, siapa yang mahu membawa kes itu ke mahkamah mestilah menyenaraikan nama 2 juta penduduk Sarawak!" kata Zaid.

Menurut beliau mahkamah mahu pihak yang membawa permohonan mesti membuktikan mereka yang menerima rasuah ini, dalam kes ini rasuah yang ditawarkan meyakinkan mereka mengundi BN.

NONE"Ini satu lagi syarat yang paling luar biasa dalam dunia ini. Bagaimanakah kami akan buktikan niat pengundi sebelum perbicaraan bermula? Lagipun soalan seperti 'Kamu undi siapa semasa pilihan raya?' tidak dapat disoal semasa perbicaraan kerana undi itu sulit.

"Akta Kesalahan Pilihan Raya tidak membenarkan kita bertanya soalan itu tetapi hakim terus menetapkan syarat sedemikian," ujar beliau.

Tambahnya, pihak beliau juga telah dipersalahkan kerana tidak mengeluarkan ucapan Najib sepenuhnya dalam petisyen.

"Kami bercadang untuk membentang rakaman ucapan itu semasa perbicaraan tetapi peluang tidak diberi. Inilah cara BN menang dalam segala hal," kata Zaid.

NONEPihaknya juga tidak bercadang untuk membuat rayuan ke peringkat Mahkamah Rayuan memandangkan keputusan sama akan diberikan.

Beliau juga tidak berniat meneruskan tindakan susulan kerana tidak tidak mahu membuang masa peguam-peguamnya - Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ang Hean Leng yang menawarkan khidmat guaman mereka secara percuma.

Mahkamah Tinggi menolak petisyen pilihan raya Zaid dan mengesahkan bahawa, P Kamalanathan dipilih secara sah sebagai ahli parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil April lalu.

Keputusan dibuat oleh hakim Datuk Azhar Mohamed selepas membenarkan bantahan awal Kamalanathan bagi membatalkan petisyen Zaid.

Lagi Bukti Pemimpin PAS Jahil Islam!

sunsnake08
iskk!! Khalid Samad nih!!
Dah berapa kali orang UMNO cakap!
Jangan buat perkara yang merosakkan akidah!!
Dulu masa awal-awal jadi MP Shah Alam..
Khalid Samad ni pergi melawat gereja.. siap berucap pulak tuh dalam gereja!
Marah betul orang UMNO terutama UMNO Shah Alam...
Dah macam berjuta orang Islam Malaysia jadi kafir sebab Khalid Samad ni masuk gereja!

Dah macam abis anak-anak orang UMNO Shah Alam tidak lagi menutup aurat setelah Khalid Samad masuk gereja!
Sampai sekarang ada lagi pencacai UMNO kutuk tindakan ni dalam blog..

Mana boleh Khalid Samad masuk gereja!
Tapi.. Slash datang buat konsert kat Malaysia takpe..
malam jumaat pulak tuh! Jumaat kliwon!
pada UMNO ini lah aktiviti untuk menguatkan akidah Islamiah!

Aktiviti pemantapan akidah oleh UMNO amat betul dan berkesan!
contohnya sambutan malam tahun baru dengan konsert..
sambutan diambang kemerdekaan dengan konsert..
konsert jomheboh..
konsert Jlo.. Konsert Rihanna...
Konsert-konsert sebegini memang telah terbukti berjaya memahatkan akidah yang sebenar buat anak-anak orang UMNO!

Yang si Khalid Samad ni buat hal pulak lagi!
Sibuk-sibuk gi melawat Kilang Carlsberg seksyen 15 tu apahal?
Nak merosakkan akidah anak-anak orang UMNO lagi lah tu!
Hissshhh!! betul la YB PAS sorang ni tak paham agama!

Haram dan dosa besar melawat kilang arak..
tapi UMNO dulu sign dan luluskan kilang arak tu takpe!
UMNO luluskan tapak tu buat kilang arak dulu hukumnya makruh je..

Tapi.. PAS lawat kilang hukumnya Haram!

Bangsat punya UMNO!


sunsnake@budakbalun

Cabaran Buat Tony Pua. BERHENTI hina Islam!

dewa
Terkini, Ustaz Hadi menjelaskan pendirian PAS yang tidak setuju dengan cadangan dangkal Tony Pua dari DAP yang menuntut supaya hak keistimewaan Melayu khususnya sedikit diskaun yang diberikan dalam pembelian hartanah dimansuhkan. Sebelum ini, Tony Pua dengan celuparnya telah menghina undang-undang Islam secara biadap dalam facebooknya. Artikel disertakan:

Hak keistimewaan Bumiputera perlu dikekalkan: Hadi

2010/08/06

MARANG: Hak dan keistimewaan Bumiputera khususnya orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, realiti pada masa ini ialah golongan Bumiputera majoritinya masih miskin dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"(Beri) kepada siapa yang berhak, majoritinya adalah Bumiputera yang miskin, yang bukan Bumiputera tidak seramai Bumiputera," katanya selepas melancarkan buku karyanya bertajuk Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin, sempena Jubli Perak Maahad Darul Al-Quran di Rusila di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada DAP, agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Abdul Hadi berkata bahawa kaum lain yang miskin juga wajib mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

Katanya tindakan Pua itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan parti pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau turut menganggap kenyataan Tony lebih bersifat peribadi. - BERNAMA "

SEBELUM INI, Tony Pua telah melangkah lebih jauh dengan menghina-hina undang-undang Islam secara sinis dengan menyifatkannya sebagai barbaric. Penulis mencabar Tony Pua menafikan bahawa dia telah menghina undang-undang shariah dan undang-undang Islam khususnya dalam isu Kartika apabila berulang kali menyifatkan undang-undang Islam yang mengenakan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai barbarik dan zalim.

Sekalipun DAP sudah jauh lebih baik dari dahulu khususnya dengan kehadiran tokoh DAP yang kenal Islam seperti Wong Kah Woh dan Lim Guan Eng, kewujudan insan biadap seperti Tony Pua bakal merosakkan agenda Pakatan.

Dalam isu pembelian hartanah, sewajarnya DAP menggesa kerajaan pusat dan negeri agar lebih peka terhadap nasib masyarakat , termasuk bukan Melayu, yang miskin dan tiada tempat tinggal. Sepatutnya Tony Pua menggesa agar golongan bukan Melayu yang miskin dibantu dengan lebih efisyen dan bukan menunjukkan sikap dengki dan kurang ajarnya dengan mengesa pemansuhan sedikit diskaun yang diberi kepada bumiputera itu.

Apa pun, syabas Ustaz Hadi. Kepada PAS, eloklah tarbiyah si Tony ni setakat mana yang boleh. Mungkinkah Tony Pua ini ZulKifli Noordin versi Cina?

Wassalam

Harussani tuduh Datuk Hasan Ali bohong!

Perpaduan PAS-Umno, mufti tak mahu ulas
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu melibatkan pertemuannya dengan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.

Harussani ZakariaKatanya, beliau bertindak demikian memandangkan, Hasan tidak mahu mengakui bahawa pertemuan yang diadakan pada Mei lalu itu sememangnya bertujuan membincangkan kerjasama politik PAS-Umno.

Hasan sebelum ini berkeras bahawa pertemuan lebih dua bulan lalu itu tidak dilakukan bagi membincangkan kemungkinan kerjasama berkenaan.

"Dah dia tidak mahu mengaku buat apa saya ulas lagi. Sudahlah," kata Harussani ketika ditanya pendiriannya berhubung pertemuan tersebut.

Tambahnya, beliau berpegang dengan kenyataannya sebelum ini, bahawa pertemuan itu sememangnya dilakukan bagi tujuan perpaduan Umno-PAS.

Harussani juga sebelum ini dilaporkan berkata, beliau dalam kedudukannya sebagai seorang mufti tidak akan mengemukakan kenyataan yang bercanggah.

hassan ali interview 240408 02Malah, pemimpin PAS sendiri, dalam satu mesyuarat telah mencabar Hasan supaya mengenakan tindakan saman ke atas Harussani berhubung kenyataannya itu.

Cabaran tersebut dikeluarkan pemimpin PAS memandangkan dakwaan seperti itu dianggap akan memberi implikasi yang serius terhadap perpaduan dalam parti.

Sebelum nama Hasan disebut sebagai individu yang terlibat dalam pertemuan itu, timbul gesaan supaya pemimpin yang mengadakan pertemuan dengan Harussani dipecat.

Biarpun dihimpit dengan pelbagai desakan dari kalangan pemimpin partinya, Hasan bagaimanapun setakat ini dillihat masih berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa inisiatif untuk menjelaskan pendiriannya.

Negara Islam tak progresif: DAP bidas MCA

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut.

Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapa negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”.

Katanya, Chua sepatutnya mendidik dirinya sendiri dalam sejarah tamadun Islam yang bukan hanya mengenai empayar global tetapi kaya dengan pelbagai khazanah seperti seni, ilmu hisab, perubatan, algebra dan astronomi.

“Negara-negara Islam juga dilanda masalah yang sama seperti India dan China sebelum ini. Hanya apabila India dan China menjadi bebas dan dimerdekakan oleh penjajah, barulah mereka menyedari potensi masing-masing dan mengambil tempat sewajar mereka di pentas dunia,” katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.

“Saya yakin negara-negara Islam mampu mengembalikan kegemilangan silam mereka, jika negara-negara berkenaan tidak lagi dikongkong seperti India dan China,” katanya.

Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP berkata sejarah membuktikan negara-negara Islam juga boleh mempunyai urus tadbir seperti yang berlaku semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang menyaksikan jajahan Ummaiyyah menjadi pusat pendidikan dan perundangan yang cemerlang.

“Pilihannya adalah sama ada kita ikuti jejak atau model Umar Abdul Aziz berhubung mentadbir dengan integriti dan melasanakan urus tadbir yang baik ataupun memilih cara pentadbiran secara kukus besi dan mengamalkan rasuah,” tambahnya.

Lim merujuk kepada ucapan Chua semalam yang membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Men
urut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 ntahun.

Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Katanya, isu berkenaan sengaja ditimbulkan supaya masyarakat Cina di negara ini boleh berfikir memikirkan sejenak berhubung kerjasama DAP dengan PAS.

Chua juga mengingatkan masyarakat Cina di Malaysia supaya jangan terlalu optimistik dengan anggapan jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Katanya, ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Felda Bankrap oleh Suara Keadilan bukan Omong kosong?

Pahang Daily Online

Apa dah jadi dengan isu "Saman RM200 juta" terhadap akhbar Suara Keadilan berikutan artikel "Felda Bankrap" seperti yang diwar-warkan oleh Menteri UMNO Si Ahmad Maslan dulu. Tiba-tiba sahaja menyepi tanpa berita, menyebabkan rakyat dan sebahagian besar para peneroka tertanya-tanya status kes itu.

Jika sebelum ini, beliau begitu lantang dan bersemangat untuk mempertahankan agensi itu. Namun, kini nampaknya menikus dan terdiam apabila satu persatu penipuan dan penyelewengan Felda didedahkan kepada umum.

Malah, menurut Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman bahawa banyak lagi pembongkaran mengejutkan jika kes tersebut dibawa ke mahkamah. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba mereka menikus dan tidak lagi berani untuk mempertahankan diri?. Apakah dek kerana segala penipuan mereka itu sudah tidak dapat ditutup lagi?.

Terbaru, pendedahan tentang Felda membelanjakan RM2.42 billion untuk kerja tanam semula. Bayangkan mereka menggunakan wang sebanyak RM3,151 bagi setiap hektar. Sungguh mengejutkan, kos yang dikeluarkan oleh Felda untuk tujuan tersebut "bagai langit dengan bumi" jika dibandingkan dengan syarikat lain (2004-2009).

Difahamkan syarikat swasta seperti Sime Darby hanya membelanjakan RM936 per hektar dan IOI pula RM596 per hektar. Maknanya perbezaan sehingga RM2,215 per hektar dengan Sime Darby dan RM2,555 per hektar jika dibandingkan dengan IOI.

Ini bermakna Felda membelanjakan tiga kali ganda wang untuk tujuan tanaman semula dibandingkan dengan Sime Darby dan lima kali ganda dibandingkan dengan IOI. Bukankah ini bukti jelas bahawa mereka telah menyeleweng dan menipu rakyat termasuk para peneroka itu sebenarnya.

[Soalnya sekarang, kenapa mereka masih tidak mahu mengaku penyelewengan tersebut dan masih mahu "menegakkan benang yang basah". Tambah parah lagi apabila CEO Felda Venture iaitu Dato' Bakke Salleh dilantik pula mengetuai Sime Darby. Apakah orang seperti ini boleh dipercayai lagi?. Beliau melingkupkan Felda dan kini diberi kuasa besar pula untuk memimpin Sime Darby. Ini bermakna kerajaan UMNO BN jelas khianat kepada rakyat. Orang yang jelas telah gagal memimpin dengan baik dan menjejaskan kreadibiliti sesebuah agensi besar seperti Felda tiba-tiba dihantar pula untuk memimpin Sime Darby yang sudah bermasalah itu. Maknanya "masuk angin keluar asap" dan terbukti mereka cuba mempermainkan rakyat sebenarnya. Oleh itu, apakah kita harus percaya lagi dengan sandiwara politik yang dimainka oleh mereka ini agaknya. Lakukanlah perubahan dalam PRU-13 nanti]

Saman ekor: Kerajaan kemaruk duit rakyat

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 Ogos:
PAS berpandangan tindakan saman ekor menampakkan kerajaan begitu kemaruk duit rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad
(gambar) berkata, ianya bertentangan dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, realiti yang berlaku adalah saman diutamakan, rakyat dibebankan.

Katanya, PAS bimbang rakyat yang menjadi mangsa saman ekor yang dilonggokkan sejak sekian lama akan tertekan untuk membayar saman.

Justeru, ujarnya jalan mudah untuk membayar saman ialah dengan meminjam daripada along.

“Kalau ini berlaku maka akan bertambah masalah sosial di negara ini,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, tegasnya, PAS mendesak supaya saman ekor dibatalkan, dan mencadangkan supaya dihadapkan mereka ke muka pengadilan, bukan memakai undang-undang rimba.

“Cukuplah rakyat terlalu menderita dengan kenaikan harga barang dan kos hidup melambung dan dibebani pula dengan saman ekor,” katanya lagi.

PAS juga, katanya tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara yang mengatakan bahawa pihak polis akan mengurangkan bayaran saman bagi setengah kesalahan jalanraya supaya meringan bebanan kesalahan jalan raya.

Beliau berkata, apa yang dituntut oleh PAS dan rakyat yang menjadi mangsa, saman ekor mesti dihapuskan kerana ia menyalahi prosedur undang-undang.

PAS, tambahnya mempersoalkan kenapa begitu mudah kerajaan menyiksa rakyat dengan menyaman mereka yang belum tentu bersalah.

Beliau mempersoalkan kaedah manakah yang mereka ambil untuk mendenda rakyat tanpa dibawa ke pengadilan.

“Kenapa pihak polis dan JPJ menunggu begitu lama untuk disenarai hitam mereka yang bersalah sejak tahun 2000?

“Apakah ini bukan satu kezaliman terhadap rakyat di negara ini?” soalnya.

Sekarang, katanya sudah ada 1.07 juta orang yang menjadi mangsa.

Apa yang paling malang sekali, tambahnya semua kereta akan disenarai hitam selagi atas nama tertuduh.

“Semua kenderaan tidak dapat cukai jalan. Tindakan ini merugikan negara kerana cukai jalan dan insuran tidak boleh diperbaharui,” ujarnya.