"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Indoktrinasi gagal bentuk masyarakat madani

Roslan Harun
HANYA Umno-BN saja mampu buat itu dan ini. Hanya Umno-BN saja yang mampu perintah negara - demikian antara lain kita disogokkan dengan slogan berbentuk indoktrinasi.

Sejak kecil sehingga dewasa dan seterusnya tua, kita menerima apa saja yang disogokkan tanpa kita berusaha menyelidiki kebenaran atau hakikat sesuatu perkara itu.

Sebagai contoh ramai daripada kita diajar hal ehwal agama semasa kecil tanpa memahami apa yang sebenar kita pelajari.

Ramai orang mengaji (membaca al-Quran) tetapi sangat sedikit daripadanya memahami maksud ayat yang dibaca apatah lagi mengamalkannya.

Orang dewasa menyuruh kita sembahyang tetapi ramai daripada kita tidak faham apakah tujuan kita berbuat demikian dan pengertian ayat yang kita baca ketika solat.

Ketika kecil, ramai daripada kita dipaksa menyerap dan menanam fahaman dan ajaran ke dalam diri kita secara bulat-bulat tanpa dapat mempersoalkan apa yang kita lakukan.

Apabila dewasa dan tiada lagi pihak berkuasa (ibu bapa sudah jauh dari mata) mengawasi dan memaksa kita melakukan ibadat tersebut (seperti sembahyang), sebahagian daripada kita secara perlahan-lahan meninggalkan atau melakukannya hanya sebagai satu kebiasaan saja.

Mereka yang melakukan ibadat tersebut, sebahagiannya hanya mengharapkan pahala (balasan baik) dan dijauhkan daripada seksaan api neraka.

Hal yang sama berlaku tatkala kita dewasa. Kita dipaksa menerima fahaman-fahaman yang ternyata kita sendiri tidak faham tetapi kita juga tidak mempunyai hak mempersoalkannya.

Orang lain cuba mengambil kesempatan daripada kelemahan kita untuk menanamkan fahaman-fahaman dan kepercayaan ini.

Dari segi jangka pendek, indoktrinasi kelihatan berkesan tetapi dari segi jangka panjang pula, amalan jenis ini tidak dapat diterima kerana manusia mempunyai naluri untuk memikirkan fahaman serta ajaran apa yang mereka fikirkan baik apabila mereka diberi kebebasan.

Ambillah iktibar indoktrinasi fahaman komunis yang selama 70 tahun membelenggu rakyat Soviet Union dan negara Eropah Timur, akhirnya hancur begitu saja.

Secara lojiknya, seseorang itu berhak memikirkan apakah sebenarnya tujuan dirinya menganuti sesuatu fahaman atau ajaran itu. Jika tidak, maka tidak gunalah manusia dikurniakan akan oleh Allah SWT.

Kemungkinan amalan indoktrinasi ini digunakan oleh pihak yang gagal mendapatkan pengikut dan penyokong menyebabkan mereka bertindak memaksa orang lain menerima fahaman mereka itu.

Apabila cara ini digunakan seolah-olah ia menyekat sama sekali kebebasan manusia berfikir, otak manusia dipaksa menerima apa yang tidak dapat difikirkan dari seggi lojiknya.

Perlu diingat manusia boleh berubah-rubahh cara pemikiran dan tindak-tanduknya. Seseorang yang dikerahkan setiap kali untuk melakukan sesuatu kerja akan bergantung kepada kerahan untuk membolehkan dia melakukan kerja.

Jika diberi kebebasan, hampir pasti orang ini akan sukar menggunakan daya pemikirannya dan tidak dapat berbuat apa-apa dalam kehidupan bebas. Hanya dengan perintah dan kerahan saja, dia boleh melakukan kerja.

Dengan mengamalkan indoktrinasi, daya pemikiran kita tidak berkembang sepatutnya, tetapi menurut apa yang dipaksakan ke dalam jiwa kita.

Kita menerimanya bukan kerana kita rela tetapi dipaksa. Lama kelamaan kita mungkin akan sebati dengan ajaran ini, tetapi ternyata kita terus tidak mempunyai keyakinan pada diri kita sendiri kerana segala yang kita lakukan, bukanlah dengan hati yang rela.

Selepas membaca penjelasan ini, bukalah gedung hati kita seluas-luasnya dan fikir-fikirkanlah sama ada slogan dan indoktrinasi ‘Hanya Umno-BN saja yang boleh buat itu ini’ atau ‘Hanya Umno-BN saja boleh perintah negara’ adalah betul atau mengarut saja!

Lajnah kebajikan perkasakan 'gerak gempur' PRU-13

Rusli Yasmin
KUALA LUMPUR, 20 Feb:
Lajnah Kebajikan PAS akan mempertingkat dan memperkasakan gerak kerja mereka ke arah persediaan berdepan pilihanraya umum ke-13.

Siang tadi satu perbincangan meja bulat 'gerak gempur PRU-13' anjuran Lajnah Kebajikan PAS Pusat telah diadakan bertujuan memperkasakan gerak gempur kebajikan PAS di semua peringkat.

Pengerusi Lajnah tersebut, Dr. Lo'lo' Ghazali berkata, lajnah tersebut itu mempunyai tugas semakin berat dengan keadaan politik negara pada waktu ini.

"Dalam PRU-13 yang bakal tiba ini, kita mempunyai tugas berat.

"Kita perlu mengambil semula Perak yang telah dirampas, kita perlu meningkatkan kemenangan di negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh PR." katanya melalui teks ucapan yang dibacakan oleh timbalannya, Brig Jen (B) Abdul Ghani Bin Mahluddin.

Dr Lo'lo' tidak dapat hadir program berkenaan kerana mengikuti program Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di luar negara.

Apa yang penting jelas beliau, PAS perlu dekat dengan hati rakyat, dan lajnah tersebut adalah antara yang terpenting menjayakan matlamat itu.

"Untuk berjaya dalam pilihanraya, kita perlu memenangi hati rakyat, dan tidak ada cara lain untuk memenagi hati rakyat ini melainkan melalui gerak kerja kebajikan" ujar beliau yang juga ahli Parlimen Titiwangsa.

Program tadi juga menjemput Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifli Ahmad, dan juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Nazri Din sebagai pembentang Kertas Kerja.

Seramai lebih kurang 100 orang hadir dalam program tersebut yang terdiri daripada pengerusi dan ajk Lajnah Kebajikan peringkat negeri.

Adakah umur 1Malaysia sama dengan umur Islam Hadhari?

Shamsul Iskandar
Adakah umur 1Malaysia sama dengan umur Islam Hadhari iaitu tidak panjang. Tidak seperti Bersih, Cekap, Amanah, Tradisi Membela Rakyat, Kepimpinan Melalaui Teladan, Dasar Pandang Ke Timur dan lain-lain. Sudah ada orang yang mula memperkatakan hal ini.

Islam Hadhari yang digagaskan oleh kerajaan BN sebelum ini tidak panjang umurnya kerana berlakunya pertukaran kepimpinan BN. Hari ini sudah ada pihak yang mula berani menjolok isu ini. Apa sebabnya saya pun tidak tahu.

Umur 1Malaysia baru setahun jagung takkanlah ia hendak dikuburkan begitu sahaja seumpama Islam Hadhari. Sudah berapa juta duit rakyat dihabiskan semata-mata untuk menggagaskan konsep 1Malaysia yang di pelopori oleh Datuk Seri Najib Razak.

Ada pihak yang mendakwa Najib meniru DAP yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia sejak sekian lama. Kata mereka konsep itu sama sahaja cuma Najib mengubah perkataannya.

Bagi saya itu tidak penting yang penting apakah konsep itu benar-benar sesuai dan dijiwai oleh kerajaan sendiri.

Jika kerajaan sendiripun tidak mahu mengamal dan memartabatkannya bagaimana rakyat ingin menurutinya. Bukankah kepimpinan melalui teladan?

Saya ingin memberi satu contoh bagaimana kerajaan sendiri memandang enteng konsep ini. Jelas kerajaan Pusat mengamalkan diskriminasi apabila enggan dan berdegil tidak mahu membayarkan royalti kepada Kelantan sedangkan Kelantan adalah sebuah negeri di dalam Malaysia.

Jika benar konsep 1Malaysia ingin ditegakkan maka sudah tentu tidak ada pilih kasih dan diskriminasi dilakukan sesama kita 1Malaysia.

Begitu juga dengan isu-isu lain di peringkat kampung. Masih banyak kes-kes pilih kasih, diskriminasi dan seumpamanya diamalkan. Ada penyokong bukan BN yang dinafikan mendapatkan subsidi baja dan lain-lain.

Jalan-jalan tar hanya diturap untuk rumah-rumah penyokong BN, untuk bekerja di Jabatan-jabatan kerajaan mesti ahli Umno/BN. Apakah ini semangat 1Malaysia.

Lebih teruk lagi ada Pegawai yang paling rapat dengan pemimpin negara sendiri mempertikaikan kewujudan orang Tionghua dan India seperti kes yang berlaku di Melaka baru-baru ini.

Persoalannya apakah 1Malaysia umurnya pendek sama seperti Islam Hadhari yang ada Had dan Hari itu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

Umno-BN Tunduk Kepada Pemaju Punca Projek Terbengkalai

Hadry Yaziz
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan berkrompomi dengan kelewatan projek pemulihan perumahan terbengkalai kerana rakyat sudah menunggu terlalu lama.

Beliau mengingatkan rakyat betapa propaganda politik murahan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak mampu menukar nasib rakyat miskin terutama orang Melayu yang memerlukan keperluan asas.

“Kalau orang sudah tunggu lima hingga tujuh tahun, tak akan tidak boleh tunggu tujuh hari lagi. Saya boleh kata begitu. Itu satu cara tapi cara kita ialah kalau sudah tunggu tujuh tahun, kami tidak mahu seksa kamu 7 hari lagi.

"Itu pendekatan yang kita cuba buat," katanya pada majlis penyerahan anak kunci kepada 300 pembeli unit pertama projek-projek yang berjaya dipulihkan di Ukay Bistari dan Saujana Puchong, hari ini.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengenal pasti punca kegagalan kerajaan Umno mengatasi projek terbengkalai kerana mereka mudah tunduk kepada kehendak pemaju.
Anwar juga menyalahkan ketidakstabilan pelbagai sistem di negara ini sebagai penyumbang kepada masalah yang akhirnya menyusahkan rakyat.

“Sebab itu, saya dan rakan memilih untuk menukar sistem berkenaan.Hendak tukar ini satu perjuangan yang getir. Menghadapi pelbagai tomahan dan hukuman dan deraan kerana yang kita lawan ini orang yang korup dan kaya.

"Taukeh-taukeh besar yang tidak perlu perhatian rakyat. sistem yang rosak. Jadi, kita terpaksa berdepan (dengan mereka),” katanya lagi.

Anwar menegaskan, tekanan berterusan kepada pihak yang membangunkan projek rakyat perlu supaya tidak dipandang remeh.

“Jadi, beri sokongan penuh kepada Exco Perumahan dan kita panggil semua lembaga perumahan. Kita juga kena beri tekanan kepada pemaju. Tetapi kuasa bukan pada kita, kuasa pada menteri berkenaan di kerajaan Persekutuan,” katanya.
-tvselangor-

Bersediakah PM Najib untuk berubah?

Dr Dzulkefly Ahmad

FEB 20: Telah penulis catatkan beberapa kali bahawa Umno gentar serta gusar dengan Politk Baru. Benar bahawa PRU ke-12 telah menyaksikan penghakisan sokongan Umno/BN paling parah dalam sejarah politik pilihanraya. Tetapi kesemua itu tidak sepenting satu hakikat yang sering menerjah mereka. Hakikat wujudnya satu lagi koalisi yang disifatkan sebagai ‘kerajaan dalam penantian’ atau ‘government-in-waiting’.

Kalau ada yang marah atau menelah bahawa penulis bersekali Pakatan Rakyat terlalu ghirah untuk memerintah kerajaan Persekutuan, penulis sayugia perjelaskan. Penulis tidak kata perubahan besar pasti berlaku pada PRU ke-13 ini. Tetapi potensi untuk perubahan berlaku amat besar kedepan ini.

Nah, ini hakikat baru yang tidak pernah terjelma dalam telahan unjuran politik negara. Satu dekad lalu, sebutan ini hampir asing bahkan satu dongengan. Tidak ada parti dan kerajaan yang layak memerintah kecuali kerajaan Umno/BN mungkin sampai qiyamat. Kalau ada pun ‘kerajaan pembangkang’, satu istilah paradoks, ia hanya terbatas di negeri pantai Timur, Kelantan dan Terengganu.

Bagaimana ia menjadikan satu realiti adalah perubahan besar yang berlaku selepas topografi atau landskap politik negara terus berubah setelah tsunami politik melanda ganas negeri-negeri Umno/BN di pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Politik Baru berkehendak untuk mendefinisi semula pelbagai tata-orde perhubungan politik; amalan federalisme dan gelagat cabang legislatif serta suhu perbahasan di parlimen, kerancakan persaingan media mengolah lambakan isu dalam usaha mempengaruhi pemikiran awam di pasaran bebas pertarungn ide.

Juga begitu tuntutan terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban menjadi ukuran sehingga tidak apa yang mampu diselindungi oleh akta-rimba seperti OSA atau ditakutkan Ordinan Dharurat serta ISA. Lambat laun terdedah jua seperti PKFZ, ibu segala skandal. Hari ini dalam Politik Baru, kebebasan beragama, penjalinan perpaduan dan erti merakyatkan kekayaan khazanah negara serta pemunggaran ekonomi berprestasi tinggi, tiba-tiba mendapat dimensi baru bahkan lebih bermakna serta bererti lagi.

Pencairan pelbagai doktrin lama,umpama dibidang ekonomi, menggugat segelintir yang mengecapi laba besarnya selama kini. Istilah ‘liberalisasi’ cukup ditakuti kerana menjejaskan orde hubungan sumbang elit politik-korporat kroni kesekian lamanya. Mereka bingkas bangun melaungkan ‘kepentingan Melayu’ (baca Umnoputera) terhakis.

Umno dan BN tidak wajar tertekan dan kaget dengan kesemua fenomena ini. Benar Umno/BN belum pernah menyaksikan sejumlah seramai 83 ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat. Tidak juga mereka mengerti menjadi pembangkang di negeri-negeri selain Kelantan dan Terengganu. Umno/BN tidak pantas belajar.

Menghampiri 2 tahun sebagai sebuah kerajaan Persekutuan dalam era Politik Baru, PM Najib serta kerajaan Umno/BN masih belum menjumpai sentuhan mereka sebagai elit politik yang satu ketika hampir merupakan kuasa absolute, tunggal dan hegemonik. Tidak lagi kini. Tetapi tetap PM Najib dan Umno/BN semacam tidak faham, tidak mahu faham, buat-buat tidak faham atau juga tidak akan faham.

Penulis ingin berkongsi satu telahan tesis. Agak lama juga lontaran ini mahu dibuat tetapi atas banyak sebab ia tertangguh. Tulisan ini dilakukan semata-mata untuk kebaikan bersama atas kehendak semangat persaingan demokrasi yang sihat dan matang bagi membawa negara ke mercu tanda dan garis prestasi yang lebih baik.

Najib dan Umno tidak wajar untuk terus menjatuhkan Pakatan Rakyat dengan serangan-serangan cara lama dalam era Politik Baru ini. Benar Umno/BN mungkin boleh berjaya, bahkan dah berjaya pun di Perak. Tetapi apa akibatnya? Betul mereka boleh membeli beberapa peribadi. Betul juga kerajaan boleh diguling. Tetapi apa risikonya?

Kini Perak akan kekal dalam satu ‘standoff’, satu ‘stalemate’ berpanjangan sehinggalah datang waktu untuk kembali kepada Mahkamah Rakyat. Mudaratnya terlalu luar biasa. Wibawa Sultan dan bahkan ‘integriti’ Istana turut terheret mencemar ke bawah duli, kedaulatan Sultan akibat terjerumus dalam ‘real-politik’ rakyat. Umno kurang ambil pusing semua itu.

Benar politik pelbagai parti atau sistem ‘multi-party’ ala Westminster atau apa pun modelnya, punya sifat ‘zero-sum’ atau ‘saling-memusnah’. Pertandingan di mana hanya ada satu pemenang, pada sifatnya memang ‘zero-sum’ – cukup ganas dan destruktif atau bertujuan memusnah lawan.

Umno/BN kini sedar bahawa yang didepani bukan sahaja PKR, PAS atau DAP secara berasingan. Umno amat insaf bahawa yang didepani kini ialah gandingan PKR, DAP dan PAS, yang kini merupakan satu politik koalisi yang disebut dengan jolokan Pakatan Rakyat, seperti juga Barisan Nasional mereka yang punya 14 komponen.

Umno/BN pernah berdepan dengan ‘mahkluk koalisi’ ini pada parlimen ke-10, tetapi mudah dijatuhkan apabila mufakat politik itu sendiri menembak dirinya masing-masing. Habis bergelempangan sebelum PRU ke-11. PAS dan rakan-rakan lain dalam Barisan Alternatif (BA) masih tidak mahu menghimbau sejarah buruk pembangkang itu. Biar ia jadi sempadan politik yang wajib dijauhi. Umno tidak perlu menyerang sehebat kini kerana BA mati berkonflik dan berbunuh sesama sendiri. Amat tragis bagi rakyat.

Tetapi lain halnya kini. Dulu DAP tak punya kuasa di negeri, Pun begitu Parti Keadilan Nasional dulu. Kini kesemua menerajui pemerintahan meskipun dalam semangat dan koalisi Pakatan Rakyat. Kuasa bukan segala-galanya. Tetapi jelasnya kuasa adalah segala-galanya yang mendatangkan keinsafan untuk bersatu bagi mengekalkannya. Tidak dapat dinafikan bahawa kuasa pemerintahan pendorong utama kesatuan Pakatan Rakyat, bahkan kuasa ini juga pencetus utama penubuhan Pakatan Rakyat. Itu hakikat, jangan berselindung lagi. Lihat sahaja pengalaman di negeri Perak, meskipun kuasa hilang akibat angkara Najib dan Umno/BN. Hakikatnya Peraklah semantapnya keteguhan Pakatan Rakyat!

PM Najib akan terus silap kalau belum lagi belajar dan sedar bahawa ini Politik Baru. Kaedah peperangannya pun wajar ditukar dan strateginya memerlukan pemikiran baru.

Penulis mengesyorkan PM Najib perlu mendapatkan perunding baru dalam penentuan strategi dan pendekatan perang politiknya. Bukan sahaja melibatkan perunding luar untuk mengukir slogan indah 1Malaysia. Sebelum itu biar penulis ‘bersedekah’ ide supaya ia baik untuk semua. Tampaknya komoditi ide sangat mahal mutakhir ini. Lebih ramai yang suka bercakap dari berfikir.

Telah sampai masanya PM Najib sedar bahawa rakyat juga turut bosan dengan serangan berterusan bagi menjatuhkan Pakatan. Rakyat mual dengan berpolitik khususnya dalam suasana ekonomi yang mandom dan kesulitan hidup yang terus menghempit rakyat teramai.

Najib serta Umno/BN wajar memahami bahawa kini rakyat kian celek dan punya pengetahuan kecuali yang masih terperangkap dalam kemiskinan dan terpinggir dari aurs pembangunan ICT dan tidak punyai capaian media baru dan ledakan informasi.

Rakyat ‘ruang tengah’ yang menjadi penentu dalam persaingan PRU ke-13 tidaklah semestinya para penyokong Pakatan Rakyat. Golongan tegar tidak banyak berganjak, samada penyokong Umno/BN atau Pakatan. Golongan Tengah ini mereka terbuka bahkan mereka bukan kelompok partisan atau berpihak. Mereka hanya partisan atau berpihak kepada apa yang betul, apa yang adil dan apa yang boleh memajukan pengharapan dan cita-cita mereka. Mereka terbuka, jauh lagi untuk ta’asub kepada mana-mana parti atau pemimpin. Semua pihak mereka kritik termasuk pimpinan tertinggi Pakatan dalam PAS, PKR atau DAP. Pimpinan negara lagilah teruk mereka belasah.

Patahiyah wanita pertama dilantik ketuai MPPP, kuat kuasa Mac

PULAU PINANG, Feb 20: Setiausaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Patahiyah Ismail dilantik sebagai Yang Dipertua majlis itu berkuat kuasa 1 Mac ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengumumkan pelantikan itu hari ini berkata Patahiyah yang ketika ini memangku jawatan Yang Dipertua majlis itu adalah wanita pertama di negara ini dilantik menerajui pihak berkuasa tempatan.

“Selepas persaraan Tan Cheng Chui sebagai Yang Dipertua MPPP, Patahiyah dilantik memangku jawatan itu dan beliau telah menunjukkan prestasi memuaskan,” katanya kepada pemberita di sini.

Tan, 54, memutuskan untuk bersara awal atas sebab kesihatan.

Patahiyah mengambil alih jawatan setiausaha MPPP pada Jun lepas selepas Tan, yang sebelum itu menyandang jawatan tersebut dilantik sebagai Yang Dipertua.

Beliau menyertai MPPP sebagai seorang arkitek di Jabatan Bangunan pada 1985.

-Bernama-

Antara anak, ibu mertua dilema cinta tiga segi Shidee

KUALA LUMPUR, Feb 20: Penyanyi era 80-an, Rashid Abdul Wahab atau Shidee yang popular dengan lagu-lagu cinta, kini berhadapan dengan cinta kontroversi yang timbul akibat tiada restu ibu mertuanya.

Perkahwinan Shidee, 51, dengan Khairunnisa Aziz, 22, pada 1 Feb lalu mendapat tentangan ibu mertuanya, Jamaliah Hassan, 45, yang dikatakan turut memendam perasaan cinta terhadapnya.

Akibatnya, Jamaliah telah membuat laporan polis pada Januari lalu mendakwa anak gadisnya itu dilarikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu “Sayang Semuanya Sudah Terlambat” itu.

Khairunnisa pula membalas laporan polis itu dengan menafikan dia tidak dilarikan, sebaliknya keluar rumah ibunya dengan rela hati.

Polis bagaimanapun tidak membuka kertas siasatan kerana menganggap ia masalah rumah tangga.

Bagi menjelaskan kontroversi ini, Shidee yang dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, ia berpunca daripada salah faham ibu mertuanya itu.

“Sepanjang perkenalan empat tahun lalu, saya amat menghormati ibu mertua saya sebagai ibu kepada isteri yang saya cintai dan perasaan itu tidak lebih daripada itu.

“Mungkin dia salah anggap rasa hormat saya itu dan menganggap saya sebenarnya memendam perasaan cinta kepadanya.

“Jadi, apabila saya menyatakan niat untuk menikahi anak gadisnya, barulah timbul rasa tidak puas hati punca daripada salah faham itu,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Jelas Shidee, tidak timbul isu melarikan isterinya kerana pernikahan dijalankan secara sah dengan berwalikan bapa saudara isteri, malah ibu mertuanya turut menghadiri majlis pernikahan.

Khairunnisa pula berkata, ibunya pernah cuba menghalangnya untuk meneruskan perkahwinan dengan Shidee kerana tidak dapat menerima hakikat rasa cintanya tidak berbalas.

“Ibu salah faham ingat abang Shidee suka padanya, jadi masalah mula timbul apabila abang menyatakan hasrat nak memperisterikan saya.

“Saya berdoa agar ibu dapat memaafkan saya serta terbuka pintu hati menerima hakikat yang ini adalah pilihan hidup saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Jamaliah menjelaskan tindakannya menentang perkahwinan anaknya itu bukan kerana dia menyimpan rasa cinta kepada Shidee.

“Saya buat laporan polis kerana nak selamatkan anak saya. Shidee sudah tua dan tidak bekerja. Dia tak sesuai untuk anak saya, ibu mana yang tak sayang anak,” katanya.

Jamaliah berkata, Shidee yang tidak mempunyai rumah telah tinggal dengan keluarganya sejak empat tahun lalu.

Katanya, dia terkejut dengan perubahan sikap Shidee yang mahu mengahwini anak bongsunya itu kerana sebelum ini menganggap Khairunnisa sebagai anaknya sendiri.

“Saya dan Shidee adalah rakan kongsi perniagaan. Saya banyak bantu Shidee dari segi kewangan,” ujarnya.

Jamaliah turut menyatakan rasa keliru dengan sikap Shidee yang sebelum ini pernah mencipta lagu berjudul “Jamilah” yang hampir sama dengan namanya.

-malaysianinsider-

Liwat Punya Pasal,Pemuda Umno Berminat Ikut Ceramah Anwar

WFAUZDIN NS

SEMENJAK kes liwat yang melibatkan DS Anwar dibawa ke mahkamah, nampaknya bukan mengurangkan kredibiliti DS Anwar jauh sekali dari membuatkan rakyat menjauhi Penasihat PKR itu, malahan imej DS Anwar terus memuncak di serata dunia. Mungkin, inilah gambaran awal yang Allah tunjukkan pada kita bahawa insan yang dizalimi dan difitnah tetap akan terpelihara maruahnya di mata masyarakat sebaliknya yang menzalimi dan busuk hati tetap tidak tenteram jiwanya dan terkurung malu untuk berdepan di khalayak ramai.

Saya sempat mengikuti ceramah DS Anwar baru-baru ini di Bt Caves, Selangor dan saya bagaikan berada di era reformasi yang pertama dahulu. Ternyata mereka yang menganggap DS Anwar kini sudah mengalami kekurangan sokongan adalah silap. Sokongan tidak boleh diukur dengan kehadiran penyokong di mahkamah. Kes fitnah yang pertama dahulu, rakyat ramai turun ke mahkamah kerana mereka tidak menjangkakan begitu sekali kezaliman terhadap DS Anwar sehingga rakyat melihat mata DS Anwar lebam. Kali ini, rakyat tidak lagi terkejut dengan fitnah yang sama dan DS Anwar pula tidak lagi dipukul seperti dahulu. Namun, rakyat masih terus menyokong beliau dengan kehadiran yang mencecah ribuan orang di setiap ceramah yang dihadiri oleh DS Anwar. Jika tidak kerana takut pada sokongan orang ramai, masakan setiap kali ceramah yang melibatkan DS Anwar pasti ada halangan. Sekatan jalan raya begitu banyak dan seperti yang berlaku di Bt Caves, sebaik sahaja DS Anwar ingin berucap, pihak berkuasa mengarahkan pembesar suara di luar dewan dimatikan.

Boleh kah kita bayangkan jika tiada amaran awal-awal lagi oleh pihak berkuasa agar tiada perhimpunan di mahkamah? Namun, meskipun sibuk dengan waktu bertugas masih ada yang beranikan diri hadir ke mahkamah untuk memberikan sokongan moral kepada DS Anwar. Mereka berhimpun bukan untuk menuntut diadakan perarakan Maulidur Rasul, tetapi mereka hadir untuk menunjukkan sokongan kepada mangsa kezaliman. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, mereka terus memberikan sokongan dari jauh untuk DS Anwar. Blog-blog pro Umno menyebut bahawa sokongan terhadap DS Anwar berkurangan semata-mata melihat kepada kehadiran orang ramai di mahkamah. Itu adalah perkiraan yang dangkal dan bodoh. Mengapa mereka tidak menilai sendiri kehadiran orang ramai di mana sahaja program DS Anwar?

Terbaru ini pula, kehadiran orang ramai di dalam setiap siri ceramah DS Anwar akan lebih bertambah apabila Ketua Pemuda Umno, KJ sendiri akan memastikan Pemuda Umno akan hadir pada setiap ceramah DS Anwar. Alhamdulillah, tanpa kita jemput dan bersusah payah, mereka akan hadir dan mudah-mudahan Allah akan membuka pintu hati Pemuda-Pemuda Umno ini untuk bersama kita setelah mendengar sendiri apa yang DS Anwar akan perkatakan. Selama ini mungkin mereka terlalu banyak memakan muntah yang dikeluarkan oleh Utusan Meloya dan TV 3 Suku yang menjadikan mereka bertambah bebal. Selepas ini,
seperti kata KJsendiri, Pemuda Umno akan berada di bawah pentas ceramah DS Anwar. Tidak kiralah di mana Pemuda Umno ini akan berada samada di celah-celah pokok, atas pokok mahu pun berada di tengah-tengah orang ramai, yang pentingnya mereka boleh mendengar sendiri dari mulut DS Anwar tentang Umno khususnya Najib pemimpin yang mereka puja itu.

Saya percaya, selagi media-media pencacai mereka masih memainkan isu liwat ini untuk memburukkan imej DS Anwar, selagi itulah DS Anwar akan tetap mempertahankan imejnya. Kini, di merata dunia imej negara kita tercemar dan kelam kabut juak-juak Najib untuk ke sana ke mari kununnya bagi memperjelaskan isu liwat ini kepada dunia luar. Mereka sangka pemimpin di luar sana sebodoh mereka untuk di gula-gulakan? Siapa Jamaludin Jarjis yang ingin menegur AS? Bila sebut nama JJ ini, teringat kita kisah wanita yang dicabul, kemudiannya tarik balik laporan. Siapa pencabul itu yer?

wfauzdin.blogspot.com

Utusan Malaysia putar belit Lagi Kenyataan Presiden PAS

terengganukini
Tidak cukup dengan memutar belit Kenyataan Presiden PAS dua hari yang lalu.Hari ini sekali lagi Utusan Malaysia meneruskan kerja jahat yang sama.

Dengan tajuk
Kes liwat Anwar: Hadi selar anggota Parlimen Australia kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selepas merasmikan Perhimpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu, di Markas Tarbiyah PAS Kuala Ibai, jelas untuk terus melagakan pimpinan PAS itu dengan kompenan Pakatan Rakyat yang lain.

Keratan Akhbar Online.

Klip Video Sidang Media Presiden PAS


UiTM : Umno jahil undang-undang yang dibuatnya sendiri

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan kejahilan Umno yang mengakui bahawa mereka tidak tahu tindakan mereka mengadakan program politik dalam kawasan Universiti Teknologi Mara, (UiTM) Jengka, Pahang itu bertentangan dengan Akta 174 UiTM

Umno sepatutnya bertanggungjawab dan melihat akta itu kerana merekalah yang menciptanya sebelum ini hingga memisahkan masyarakat kampus dari dunia Politik. Mereka sendirilah yang mencipta undang-undang yang menghalang fasiliti dan segala apa yang ada didalam kampus itu untuk digunakan bagi tujuan politik kecuali dengan kebenaran Menteri yang mana menterinya juga adalah ahli Umno.

Kejahilan Umno Pahang ini sangat mendukacitakan kerana mereka memperlakukan harta kerajaan seperti harta mak bapak mereka. Orang lain tak boleh guna, tapi mereka dengan senang-lenang mengubal akta yang hanya membolehkan mereka sahaja mengunakannya.

Kenyataan PAS sebelum ini sememangnya bertujuan untuk membongkar program berkenaan. PAS mahu mempastikan Umno Pahang yang membangkrapkan negeri itu benar-benar membayar sewa fasiliti yang digunakan kerana kita tidak mahu apa yang berlaku pada Elegant Advisory Sdn. Bhd. dan vendor-vendor lain berlaku pada UiTM.

Sudah ada beberapa kes dilaporkan yang mana Umno menempah, menyewa dan mengunakan sesuatu kemudahan tetapi mereka tidak bayar dan kes dibawa ke mahkamah. Kes-kes ini tidak termasuk kes pengunaan fasiliti seperti Dewan orang ramai, tabika Kemas dan padang-padang awam yang sering digunakan Umno secara percuma selama ini.

Dalam kes UiTM, PAS menempelak Umno yang terdesak memberikan penjelasan bahawa mereka akan bayar segala kos selepas habis konvensyen itu, walhal kebiasaannya bila mana-mana agensi mengunakan fasiliti kampus itu mereka kena membuat bayaran pendahuluan terlebih dahulu.

PAS mendesak UiTM menjelaskan berapakah bayaran yang diterima mereka dari Umno dan mahu UiTM memberikan jaminan untuk memberikan hak yang sama kepada organisasi lain termasuk parti Politik bukan Umno yang berhasrat menyewa fasiliti kampus itu dimasa hadapan tanpa sebarang kekangan.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.
http://idrisahmad.wordpress.com

Saksi: Terima wang bukan pelik

Dua saksi dalam kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, memberitahu Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini penerimaan wang tunai dalam satu majlis yang dihadiri mereka bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan.

Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Maran, Nasaruddin Abdullah, 47, berkata beliau tidak berasa pelik selepas menerima wang daripada seorang lagi AJK Umno Bahagian itu, Datuk Khadri Musa pada satu majlis di rumah Naib Ketua Umno Temerloh, Mohammad Anuar Yunus pada 20 Jan tahun lepas yang turut dihadiri Mohamad Norza.

Ketika disoal balas peguam Halimi, Jahaberdeen Mohd Yunoos mengenai alasan kenyataannya itu, Nasaruddin yang merupakan saksi pendakwaan ke-12 berkata, mereka berdua sering berbalas memberikan wang.

Jahaberdeen:
Bila Datuk Khadri bagi (wang), adakah kamu rasa pelik?

Nasaruddin: Biasa saja, sebab biasa jumpa, dia (Khadri) bagi duit, kadang-kadang saya bagi duit kat dia...kami sama-sama kontraktor.

Terdahulu, ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Hairy, Nasaruddin berkata beliau ada menerima wang berjumlah RM300 dan telah membelanjakannya.

Ditanya sama ada beliau mengetahui siapa yang sebenarnya memberikan wang itu, Nasaruddin berkata, beliau tidak mengetahuinya.

Mohamad Norza, 43, yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung UMNO Mac tahun lepas.

Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan pada pukul 6.30 petang, 20 Januari tahun lalu di No. 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh.

Halimi, 47, dari Bandar Indera Mahkota, Kuantan pula didakwa atas dua tuduhan memberikan suapan itu kepada Khadri dan Mohammad Anuar bagi pihak Mohamad Norza pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Sementara itu, seorang lagi saksi, pegawai seranta Felda, Shaiful Azman Mohtar Afendi, 46, juga menyatakan beliau tidak hairan dengan pemberian wang oleh Khadri pada majlis itu kerana telah mengenali individu tersebut sejak kecil lagi.

Katanya, Khadri kadang-kadang meminta wang daripadanya selain beliau sendiri ada meminta wang daripada kawannya itu.

Malah Shaiful Azman yang juga merupakan Ketua Penerangan Umno Bahagian Maran berkata, ketika menghadiri majlis tersebut, Khadri mengetahui beliau baru sahaja pulang daripada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu dan mungkin memerlukan wang.

Jahaberdeen: Jadi dalam minda, kamu rasa pemberian duit ini, kawan yang bagi sebab dia prihatin?

Shaiful Azman
: Ya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azuar Che Yusof bersambung pada 2 April depan.

-Bernama-

Sebat: Jangan ulas kalau tidak faham

Sofi Wahab
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata demi menjaga maruah dan tidak memalukan pesalah pihak berkuasa lebih gemar untuk tidak menghebohkan hukuman sebat ini.

Kenyataan beliau ini dimuatkan dalam sebuah akhbar ruangan tempatan (Melaka & Negeri Sembilan)

Bagi kenyataan Mohd Ali tidak betul dan perlu diteliti. Ini bukan masalah untuk menjaga maruah atau tidak memalukan pesalah tetapi ini adalah hukum Allah yang mesti dilaksanakan.

Allah mencipta manusia dan Allah tahu mana yang baik dan buruk. Hukum Allah sudah tentu mempunyai berkat dan sekiranya ia dilaksanakan sudah tentu akan ada pertolongan dari Allah (nakallan minAllah).


Jelas sekali Mohd Ali seolah-olah tidak faham akan bentuk dan kaedah pelaksanaan hukum Islam terhadap pesalah zina.

Tidak berbangkit masalah malu atau jaga maruah kerana Allah yang menetapkan hukum sedemikian. Adakah kita sebagai hambaNya layak untuk mempersoalkan hukum Allah?

Kerana ia atas nama Islam, kamu membantah?

Hukuman sebat ke atas tiga wanita atas kesalahan zina telah menimbulkan pelbagai reaksi. Menteri Dalam Negeri mengumumkan perkara tersebut seolah-olah ia sebagai sesuatu yang sangat istimewa. Ramai melihat ia bertujuan memperkukuhkan imej Islam-Melayu rejim Barisan Nasional.

Beberapa pertubuhan mencela hukuman tersebut sebagai mencabul hak asasi. Bekas Menteri menggelar Malaysia lawless kerana ia dilaksanakan sedangkan undang-undang persekutuan mengecualikan wanita daripada hukuman sebat.

Namun cara dan teknik sebatan itu tidak dibicarakan oleh mereka. Sebat di bawah undang-undang sivil sememangnya bertujuan untuk mendera, tidak dapat tidak lazimnya kecederaan yang serius dialami oleh mereka yang disebat. Tetapi berlainan sekali sebatan yang dilaksanakan atas perintah mahkamah syariah.

Cara dan teknik berlainan. Begitu juga tujuan sebatan itu berlainan.

ALlah memperuntukkan jenis-jenis hukuman yang berbeza bagi kesalahan-kesalahan yang pelbagai. Meski penjara adalah salah satu bentuk hukuman di dalam Islam, ia bukan satu-satunya hukuman.

Pemenjaraan tidak semestinya mendidik dan memulihkan. Malah seringkali ia membina jiwa penjenayah yang lebih kental dan tegar. Orang muda yang ditahan, khususnya tanpa bicara di Simpang Renggam, seringkali graduate bukan lagi sebagai peragut tetapi menjadi perompak dengan hubungan meluas dengan dunia jenayah.

Penjara dan Pusat Tahanan menjadi pusat untuk bertukar pandangan, memperluas jaringan dan mempelajari teknik jenayah yang lebih maju.

Apakah didikan yang mampu diberi oleh penjara terhadap wanita yang didapati bersalah kerana zina?

Hukuman di dalam Islam mempunyai dua tujuan duniawi (selain daripada manfaat akhirat); pertamanya ialah untuk mendidik pesalah dan mencegah berleluasanya jenayah. Bagaimana sebenarnya aspek pencegahan itu terlaksana tidak dapat kita pastikan dengan sahih, tetapi itu jaminan daripada ALlah. Kerana ayat Quran berkenaan jenayah ada diakhiri dengan “pencegahan daripada ALlah”. Secara khusus ALlah yang akan menyebabkan pencegahan itu.

Jika benar laporan media massa hari ini bahawa tiga wanita terlibat menyatakan bahawa meski hukuman sebat atau rotan itu tidak meninggalkan kesan fizikal, ia mendatangkan kesan terhadap jiwa dan mampu mencegah seks di luar nikah; maka ternyata unsur pencegahan itu terlaksana.

Walaupun hukuman syariah di Malaysia tidak menepati hukuman di dalam Islam, ia adalah permulaan ke arah menegakkan syariat.

Saya kira kita seharusnya menumpukan perhatian kepada hukuman-hukuman yang lebih tidak bertamadun atau barbarik khususnya sebat sehingga terkoyak kulit dan pemenjaraan untuk tempoh yang tersangat lama. Apa yang ingin kita capai dengan sistem hukuman sebegitu?

Lebih parah seperti saya katakan di atas ialah apabila sistem hukuman yang dilaksanakan tidak membantu mencegah jenayah tetapi sebaliknya menyuburkan jenayah.

Kenapa sistem sivil sebegitu tidak kamu bantah? Apakah hukuman rotan yang tidak mencederakan fizikal ini kamu bantah hanya kerana ia atas nama Islam?

Ahmad Zaki Yamani Zainon,
Ahli Jawatankuasa Bahagian Shah Alam,
Setiausaha Politik Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
http://azakiyamani.wordpress.com

Rosmah nafi 'tangan ghaib' di belakang Najib

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyangkal persepsi bahawa beliau adalah 'tangan ghaib' di sebalik keputusan dan tindakan yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini.

"Saya pun pernah dengar tentang (persepsi) itu, tapi ia bukan sesuatu yang saya berasa sensitif kerana ini bukan perkara yang betul.

NONE"Boleh jadi saya ni bising sikitlah, bak kata orang putih saya gregarious... saya suka kepada kawan-kawan, Datuk Najib ni boleh jadi dia 'reserve' sikit.

"Tapi tidak semestinya kalau Datuk Najib itu reserve saya yang buat keputusan... jenis saya kalau saya tak puas hati saya cakap, tapi bila habis habislah, saya tak simpan dalam hati," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diwawancara dalam rancangan Hello Malaysia kendalian BernamaTV di Wisma Bernama semalam.

Rosmah berkata walaupun Najib seorang yang tidak banyak bercakap tetapi beliau tidak harus dipandang rendah.

"Saya selalu bagi tau kepada mereka jangan 'underestimate' Datuk Najib, dia memang tak marah tapi jangan bagi sampai dia marah, kalau dia marah itulah tahap tiada maaf bagimu.

"Datuk ni memang tak cakap banyak tapi apa yang berlaku di sekelilingnya dia simpan dalam kepala. Kalau saya betul pun dia tegur kalau saya tak betul pun dia hentak kaki, saya takut," katanya.

Rosmah berkata beliau bertindak sebagai rakan baik suaminya dan sentiasa memberikan motivasi dan kata-kata semangat kepada perdana menteri.

"Apa yang mustahak saya dan Datuk Najib mempunyai hubungan yang rapat di mana kami juga berbincang kalau ada masalah, kami juga ketawa dan kami juga suka bergurau sebab adalah penting untuk beliau sebagai seorang pemimpin tidak terlalu stres.

"Jadi bila dia balik ke rumah kita tengok televisyen bersama, keluar makan bersama, 'in short we are best friends' (pendek kata kami adalah sahabat karib)," katanya.

Beliau berkata sebagai isteri, beliau sentiasa menjaga keperluan suaminya di rumah seperti makan minum, pakaian dan kesihatan.

"Bila dia (Najib) ada di rumah saya takkan keluar rumah melainkan saya ada program yang lain. Saya juga pastikan Datuk Najib sihat dengan bersenam di
gimnasium.

"Selain itu, saya pastikan beliau tidak akan runsing iaitu beliau tidak akan fikirkan perkara remeh temeh kerana beliau seharusnya fokus segala pemikirannya kepada rakyat dan negara," katanya.

-Bernama-
-kalau bukan tangan ghaib, mungkin tangan tak ghaib - kerengga

PAS mahu proses kehakiman adil

Khairul Azlam
KUALA TERENGGANU, 20 Feb:
PAS sebagai sebuah parti Islam, dari segi dalaman mahu proses kehakiman di negara ini berlaku dengan adil dan baik, kata Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ini, kata beliau, khususnya mengikut konsep Islam itu sendiri yang perlu diberikan hak kepada orang yang dituduh, hakim dan yang menuduh.

“Semua pihak mempunyai perhitungan dosa dan pahala, bukan sahaja undang-undang yang lahir undang-undang barat,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kawasan Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di Markas Tarbiah PAS kawasan, di sini semalam.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan pihak berkenaan, sekiranya masalah itu tidak diselesaikan di atas dunia ini dengan betul, maka Tuhan akan menyelesaikan juga di hari kiamat kelak.

“Sebab itulah dalam Islam ini ada undang-undang hudud yang termasuk di dalamnya undang-undang qazaf, dengan saksi-saksi yang betul, dengan cukup jumlahnya empat orang saksi, yang budiman, yang beriman dan berakhlak,” jelasnya ketika diminta mengulas campur tangan asing berhubung perkara itu.

Beliau menambah, hakim pula mestilah orang yang beriman dan bertaqwa.

Penunggang Motosikal Mati Dirempuh SUV Tajol Rosli

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali terlibat dalam kemalangan dengan seorang penunggang motosikal menyebabkan mangsa mati dalam kejadian di kilometer 28.1 Jalan Kuala Kangsar-Gerik di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Mahad Nor Abdullah berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian jam 10.55 pagi itu dikenali sebagai Rina Kumala, 23, seorang buruh ladang.

Kemalangan berpunca apabila mangsa yang keluar dari simpang jalan utama tiba-tiba membuat pusingan U dan dirempuh kenderaan yang dipandu Tajol Rosli jenis Toyota Harrier.

Beliau berkata, lelaki warga Indonesia itu cedera teruk di kepala dan meninggal dunia sejam kemudian ketika menerima rawatan di sebuah klinik di Lenggong. Mayatnya dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Tajol Rosli bersama dua rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu itu bersama dua rakannya dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju ke Rumah Rehat Gerik untuk menyertai sebuah majlis di situ.
-Bernama-

Semak semula hukuman undang-undang sivil

Nur Azlin Mohamad Arif
Pandangan demi pandangan telahpun diutarakan pelbagai pihak dalam mematangkan hujah bahawa perlunya ada pembaharuan terhadap sistem penghukuman kesalahan-kesalahan jenayah sedia ada. Polemik terbaru rancak diperbahaskan adalah berkenaan dengan hukuman sebat yang telahpun dijalankan ke atas tiga pesalah wanita salah laku seks haram baru- baru ini.

Terdapat dua andaian yang boleh disimpulkan menerusi tindakan terbaru Datuk Seri Hishammuddin ini. Pertama, beliau mahu mengubah imej kerajaan di mata rakyat, bahawa kerajaan juga amat menitik beratkan dasar-dasar agama dalam pemerintahan. Sepertimana telah ditonjolkan menerusi perjuangan isu Allah dan Maulidur Rasul. Ia adalah berkenaan rentetan pembaharuan imej perjuangan Umno, iaitu ke arah bersifat lebih keagamaan berbanding sebelumnya.

Kedua, sengaja diwar-warkan hukuman ini, adalah umpama satu plot untuk mendapatkan maklum balas rakyat sebenar perihal sensitiviti hukuman sebat ke atas wanita sebelum ia benar-benar dilaksanakan ke atas Kartika. Sebagai satu eksperimen. Sister In Islam, menjuarai hal ini dalam memberi jawapan balas, di mana, jawapannya bersifat lebih kepada menentang. Beberapa NGO kemudiannya memberi jawapan sokongan terhadap perkara tersebut di mana ia dilihat sebagai satu langkah positif dalam mengangkat kembali martabat mahkamah syariah biarpun hukuman sebatan yang dilaksanakan tidak lagi bersifat syarie sepenuhnya. Namun, ia adalah permulaan yang menyenangkan.

Menelusuri hal ini, Gerakan Muslimah Sejagat (GEMS) memuji keberanian Kementerian Dalam Negeri ini. Walaubagaimanapun, pandangan-pandangan pihak yang salah faham mengenai konsep sebatan berpaksikan hukum syariah ini terutama di kalangan bukan Islam tidak wajar dilepas pandang. Tohmahan bahawa ia seolah mengembalikan Malaysia ke zaman kelam terbeku di bawah kongkongan agama yang mundur sepertimana zaman Eropah suatu tika dahulu, wajar diberi pencerahan kefahaman melalui dialog terbuka.

Pihak kementerian juga disaran melakukan penyelidikan baik dari aspek sains dan sosial dengan lebih mendalam lagi berkenaan sebat syariah ini demi memperkemaskan hujah untuk meyakinkan umum akan kesan kebaikan yang bakal dinikmati menerusi hukuman ini sama ada oleh pelaku jenayahnya mahupun komuniti masyarakat amnya.

Sebagai contoh, merujuk laporan Malaysiakini, satu kumpulan penyelidik di Institut Perubatan Novosibirsk, Rusia yang diketuai oleh pakar biologi Dr Sergei Speransky menemui kaedah baru (baca: lama) merawat ketagihan alkohol dan kegundahan melampau melalui sebatan sebagaimana yang pernah dikuatkuasakan di sekolah Britain pada kurun sebelumnya dan mengesyorkan sesi terapi 30 sesi membabitkan 60 kali sebatan ke atas pungung seseorang berbadan sederhana. Menurutnya berdasarkan saintifik, sebatan di pungung mampu merembeskan sejenis bahan kimia semula jadi badan manusia, Endorpin yang bertindak sebagai antibodi terhadap kesan ketagihan arah, dadah dan rokok.

Kepadatan penjenayah yang melampau iaitu 34,060 dalam 31 penjara seluruh Malaysia telah menyebabkan pihak kementerian yang sama juga terpaksa memikirkan bebanan baru iaitu berkenaan penempatan mereka. Statistik jenayah dan gejala sosial pula memperlihatkan pertumbuhan kadar jenayah tidak pernah susut.

Intipati yang dapat dirumuskan di sini adalah, masalah penempatan hanyalah “presented-problem” tetapi isu sebenar di sini adalah mengapa hukuman berteraskan penguatkuasaan undang-undang sedia ada tidak mampu untuk memberi kesan kesedaran dan keinsafan kepada orang lain agar tidak turut melakukan jenayah yang sama?

Di sini letaknya kepada keperluan penyemakan semula hukuman dalam peruntukan undang-undang sivil sedia ada dan perlunya kepada keterbukaan pemikiran masyarakat ke arah yang lebih positif mengenai hukum sebatan dan hukum hudud lainnya di mana selama ini mereka hanya beriman dengan teori negatif yang terawang-awang tanpa pernah berani untuk bereksperimentasi!

Nur Azlin Mohamad Arif,


Koordinator Gerakan Muslimah Sejagat (GEMS)

Gerakan Muslimah Sejagat adalah suara wanita-wanita muda yang mewakili pelbagai lapisan NGO di seluruh Malaysia.

Tiada erti berarak kalau tolak sunnah

Harakahdaily
JELUTONG, 20 Feb:
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, UstazTaqiuddin Hamzah berkata, berarak bukanlah menambah pahala dan tidaklah menjadi berdosa kerana ia adalah mubah.

“Apalah erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi s.a.w kemudian menolak apa yang Nabi s.a.w. suruh dalam kehidupan kita. Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tidak menghayati sunnah Nabi s.a.w. dalam minda dan pemikiran kita.

“Susah payah berarak, berselawat kemudian rasuah. Lagi banyak berselawat, lagi banyak menyapu wang rakyat. Lagi banyak berarak, berselawat kemudian lagi banyak salah guna kuasa,” ujarnya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS kawasan menyatakan demikian ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Hashim Yahaya, di sini semalam.

Itu juga, katanya semakin banyak berarak dan berselawat ke atas Nabi s.a.w., pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai duit tunai berjuta ringgit milik setiausaha politik seorang menteri.

Soalnya, adakah itu nilai perarakan Maulid Rasul dan selawat ke atas Nabi s.a.w. bagi golongan fasik yang menjadi pembawa berita palsu.

Menurutnya, perarakan Maulid Rasul tiada salahnya dan tiada perarakan juga tidaklah berdosa tetapi yang salah dan berdosa apabila menolak sunnah Nabi s.a.w.

“Yang salah dan berdosa bila rasuah, salah guna kuasa, adu domba di kalangan rakyat agar bergaduh,” katanya.

Tambahnya, menjadi kesalahan dan berdosa juga apabila orang-orang fasik melakukan provokasi dengan berita palsu supaya umat Islam membakar gereja, surau dan melemparkan kepala khinzir ke dalam masjid.

“Maka selidikilah dahulu setiap maklumat, setiap berita, setiap isu, setiap sms yang kita terima, agar kita tidak menjadi habuan racun fitnah orang orang fasiq. Janganlah kita menjadi pelahap yang menelan segala apa yg kita terima,” ujarnya.

Pakar Patologi kerajaan tolak keterangan Dr Pornthip

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 19 Feb:
Pakar patologi kerajaan yang mengendalikan bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh Beng Hock November lalu memberitahu inkues hari ini bahawa bekas setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor itu meninggal dunia kerana jatuh dari bangunan tinggi.

Sehubungan itu, Ketua Jabatan Patologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor juga menafikan rumusan pakar forensik dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand bahawa kemungkinan wujud pergelutan ataupun duburnya ditembusi benda tertentu sebelum dia terjatuh dari Plaza Masalam.

Dr Shahidan menambah beliau juga bersetuju dengan penemuan hasil bedah siasat pertama yang dijalankan oleh hospital kerajaan pertengahan tahun lalu.

Beliau mempertikaikan keterangan Dr Pornthip yang khidmat kepakarannya diperoleh oleh kerajaan negeri Selangor dalam inkues ini.

Jelas Dr Shahidan, pada pandangannya kesan-kesan luka di bahagian leher Teoh adalah kerana terjatuh dan tiada bukti wujudnya elemen ‘asphyxia’.

Inkues kini berlangsung setelah Teoh ditemui mati pada 16 Julai lalu di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas ditemu siasat oleh pegawai SPRM Selangor di tingkat 14, bangunan itu berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri.

Pada akhir November lalu mayat Teoh digali semula atas permintaan keluarganya ekoran keterangan Dr Porntip bahawa 80 peratus kemungkinan menunjukkan beliau dibunuh, bukannya membunuh diri.

Keluarga Teoh Beng Hock berharap Dr Pornthip akan memberikan keterangan selepas menjadi pemerhati bedahsiasat kedua ini.

Kerajaan Pakatan cuci ‘kotoran’ BN

Harakahdaily
PULAU PINANG, 19 Feb:
Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang menyifatkan segala isu yang dibangkitkan di negeri ini merupakan proses pencucian yang terpaksa dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat setelah dikotori oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Ketua Penerangannya, Aida Yusof Rawa berkata, beberapa isu seperti Kampung Buah Pala, perobohan gerai, pengambilan tanah dan lain-lain semuanya terpaksa ‘dicuci’ oleh pemerintah PR setelah BN yangg memerintah sebelum ini meninggalkan kekotoran itu.

“Amat menyedihkan bagi PR yang terpaksa membersihkan ‘kerja kotor’ yang ditinggalkan pemerintah terdahulu,” ujarnya.

Tambahnya, isu perarakan sambutan Maulidur Rasul telah dipolitikkan sebagai menghina orang Islam.

Soalnya, mana ada dalam perundangan atau suruhan yang menyatakan bahawa majlis sambutan Maulidur Rasul ‘mesti’ dengan perarakan.

Ini, katatanya hanya budaya Melayu Islam di Malaysia sahaja yang dibuat tanpa usul periksa sejak dhulu kala.

“Sedih sekali, mereka tidak dapat membezakan tuntutan agama dengan budaya sedangkan ada negeri di bawah pemerintahan BN seperti Johor dan Pahang mengumumkan tidak akan mengadakan perarakan Mulidur Rasul pada tahun ini.

Beliau juga menyeru pemimpin Umno dan Perkasa yang membuat tuduhan melulu terhadap kerajaan negeri supaya berhenti seketika untuk cermin dan menilai diri sama ada benar-benar ingin memperjuangkan hak rakyat yang berbilang kaum dan bangsa atau hanya memikirkan ‘survival’ politik.

Katanya, perjuangan untuk bangsa Melayu sahaja sudah tidak relevan dengan slogan 1Malaysia yang dicipta sendiri oleh ketua mereka.

Tambahnya, Perkasa yang sibuk hendak menjuarai isu-isu Melayu sejagat kononnya sudah ketinggalan kerana semua hak-hak orang Melayu telah jelas termaktub di dalam Perlembagaan.

“Jadi kerja buat mereka ini seolah-olah ‘anjing menyalak bukit’, apa faedahnya,” ujarnya.

Tegasnya, Muslimat PAS negeri berdiri teguh bersama Perhubungan PAS negeri menyokong kerajaan PR di negeri ini.

Pembelaan PERKASA:Untuk Apa Dan Siapa?

Detikdaily

Angkatan Muda Keadilan Selangor mempertikaikan agenda perjuangan PERKASA yang kononnya berjuang untuk orang Melayu. Motif yang diperjuangkan kononnya untuk membela nasib orang Melayu dengan mengadakan demontrasi jalanan dan menyemai sentimen perkauman secara melampau mengundang pelbagai persoalan. Malahan sasaran terpilih PERKASA yang hanya dilihat vokal dan lantang hanya di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menjadi suatu misteri

Demontrasi dan memorandum bantahan yang dikemukakan adalah sekadar gimik politik murahan yang dipimpin oleh ahli politik yang semakin dipinggirkan. Isu untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu juga seolah-olah hanya wujud di negeri-negeri Pakatan Rakyat sedangkan PERKASA perlu tegas dan berani membawa tuntutan kepada kerajaan pusat yang kini di bawah UMNO/BN.

AMK Selangor juga mempertikaikan untuk apa adanya PERKASA sedangkan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu telah termaktub dan dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malahan isu mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu yang kononnya PERKASA perjuangkan sebenarnya lebih banyak terhakis hilang hak keistimewaan tersebut di bawah pemerintahan UMNO/BN semenjak 50 tahun.

PERKASA ingin dilihat kononnya berjuang membela nasib orang-orang Melayu yang katanya kian terpinggir. Namun, ia sebenarnya lebih sekadar gimik dan modal politik yang diperkudakan untuk meraih populariti di kalangan orang-orang Melayu apabila jelas UMNO kini semakin ditolak oleh rakyat dan orang-orang Melayu sendiri. Adalah ditegaskan jika benar PERKASA mahu membela nasib orang Melayu desakan kuat dan tuntutan perlu disasarkan kepada parti pemerintah negara ini yang mana gagal membangunkan dan memperkasakan kekuatan bangsa Melayu daripada aspek ekonomi, sahsiah, minda dan politik sejak 50 tahun lepas.

Generasi muda kini melihat agenda politik berjuang sekadar untuk membela nasib sesuatu kaum adalah bersifat untuk kepentingan sendiri dan elit-elit tertentu. Sedangkan agenda memperkasakan rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini perlu menjadi keutamaan bagi memastikan negara ini hidup bersama secara harmoni dan berkasih-sayang. Malahan agenda pembanterasan jenayah rasuah dan memperkukuh nilai keadilan dalam pentadbiran adalah keutamaan untuk membina negara ini memacu pertumbuhan dan kemakmuran negara.

Kewujudan PERKASA itu sendiri yang cuba menjadi alternatif kepada perjuangan UMNO apabila parti itu gagal memainkan peranan utamanya semakin banyak kelihatan. Rasa muak rakyat kepada politik UMNO yang ditunjangi oleh gejala politik wang dan kelemahan idea gagasan besar menyebabkan agenda pembaharuan negara tidak berjalan dengan lancarnya. Yang pasti, PERKASA adalah perkakas kepada UMNO jika dilihat mirip dan modus operandi apa yang kononnya diperjuangkan. Justeru rakyat diharap tidak mudah terperangkap dengan agenda mereka kerana tujuan dan motif perjuangan mereka amat kabur dan mengelirukan.

Kita mempertikaikan apa motif PERKASA yang hanya lantang di negeri-negeri Pakatan Rakyat tetapi membisu, lesu dan kaku apabila berada di negeri-negeri di bawah kerajaan UMNO/Barisan Nasional. Ke manakah suara pembelaan PERKASA apabila melihat nasib Bahasa Melayu semakin dipinggirkan? Ke manakah pembelaan PERKASA tatkala undang-undang Islam dipermain-mainkan apabila Mahkamah Syariah dianggap tidak setaraf dengan Mahkamah Sivil? Ke manakah suara-suara vokal PERKASA apabila pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang berbangsa Melayu terpalit dengan pelbagai skandal moral, rasuah dan penyelewengan kuasa?

Justeru, AMK Selangor sekali lagi mengingatkan agar rakyat bijak dan pintar menilai agenda sempit yang dibawa oleh PERKASA dari masa ke masa. Mereka berjuang kerana apa dan untuk apa sedangkan sudah sekian lama hak dan keistimewaan orang-orang Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak sekian lama. Bangsa Melayu kian terpinggir dalam dunia persaingan sejagat berpunca antara lain kegagalan UMNO sendiri selaku pentadbir negara selama 50 tahun ini gagal menterjemahkan Islam sebagai cara hidup atau "Ad-Deen" serta tidak melaksanakan ajaran Al-Quran dan Sunnah sepenuhnya di negara ini.

Akhirnya, kita menggesa agar suara-suara vokal dan lantang PERKASA juga hebat di negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional. Isu pembelaan Melayu tidak boleh bersifat selektif yang didakwa kononnya hanya wujud di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Malahan perlu hebat dan gah juga suara-suara pembelaan kepada bangsa-bangsa lain. Ingatlah jika Melayu dan Islam adalah asas kepada hubungan akrab persaudaraan sebangsa dan seagama, berlainan agama dan bangsa adalah asas hubungan akrab persaudaraan sesama manusia pula.

*Kenyataan media oleh Mohd Ezli Mashut selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor.

Azizan nasihat Lim jangan tunduk desakan

Ali Hashim
ALOR SETAR, 19 Feb:
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar tidak tunduk kepada mana-mana desakan yang cuba mengganggu gugat pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.

Serangan politik terhadap negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat jelasnya adalah perkara lumrah yang harus di depani secara bijaksana.

"Ketua Menteri Pulau Pinang jangan tunduk kepada desakan mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik di Pulau Pinang.

"Dalam politik desakan dan asakan yang bertubi-tubi itu adalah satu perkara yang lumrah.Lebih-lebih lagi daripada Umno dan BN yang menjadi pembangkang dalam negeri yang dipimpin oleh PR," katanya.

Katanya, serangan serupa juga turut berlaku di Kedah namun beliau tidak mempedulikan karenah mereka yang cuba memecahbelahkan negeri itu.

"Kita di negeri Kedah juga diasak oleh mereka (Umno dan Barisan Nasional), namun begitu kita tidak begitu peduli dengan kerenah mereka.

Behubung tindakan beberapa bekas pemimpin PKR Pulau Pinang yang mengkritik keras pentadbiran Lim, Azizan berkata beliau yakin perkara sama tidak akan menular ke Kedah.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, ianya juga tidak akan memberi apa-apa kesan negatif kepada pentadbirannya di negeri itu apatahlagi menjejaskan perpaduan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Pekan Sungei Limau, Yan semalam.

Tersangat sibuk Mak Cik Umno seorang ini

Al-Brangi
Adalah sorang Mak Cik nih, bukan sibuk lagi bila dengar 3 wanita disebat. Kononnya dia mahu setiap hukuman yang dikenakan ke atas wanita mestilah dibuat dengan adil dan saksama.

Dan juga Mak Cik sorang nih nak pantau semua 'kerja' sebat-menyebat. Amboi Mak Cik, kira nak jadi mandur ke nak jadi towkay?

Oi Mak Cik, bukan main lagi. Jangan pertikai hukuman yang Mahkamah sudah laksanakan. Mak Cik nih macam menghina Mahkamah saja.

Tapi tulah, dalam Malaysia nih, asalkan dia jenama UMNO, seluruh institusi Kerajaan, seluruh instrumen Kerajaan amat 'menikus', mengecut,untuk bertindak.

Mana lebih berotoriti, di antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

Sebatan dijalankan kerana mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram).

Mak Cik tu sepatutnya sibuk pasal perkara-perkara yang menjerumus pesalah-pesalah tadi ke lembah itu.

Tempat-tempat maksiat, hiburan melampau, tidak menutup urat dan sebagainya sepatutnya dititik beratkan, bukan pasal hukuman atau caramana melaksanakan hukuman.

Mak Cik buatlah kerja Mak Cik, janganlah ganggu kerja Mahkamah.

Tiada perarakan Maulid, apa bukti baru menyalak?

Pemuda PAS Bukit Bendera
Persoalan, apakah Pengerusi Badan Anti IFC (Badai) dan lain lain NGO anti kerajaan Pakatan Rakyat pernah sertai perarakan Maulidur Rasul Pulau Pinang tahun sebelum ini? Ini jadi tanda tanya dan apa buktinya baru menyalak.

Rekod Sambutan Maulidur Rasul ketika di zaman Barisan Nasional memerintah juga tidak menganjurkan perarakan di Pulau Pinang.

Dari tahun 2003-2005, rekod JAIPP menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul.

Mungkin Pak Lah lupa bahawa ketika itu beliau merupakan Perdana Menteri dan negeri kelahirannnya ini tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul.

Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan.

Pada tahun 2003, sambutan Maulidur Rasul diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, SPT tanpa perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2004, sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Muhibbah, Sungai Dua Butterworth, Seberang Perai Utara tanpa perarakan.

Pada tahun 2005, sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan tanpa perarakan.

Kenapa sekarang apabila kerajaan negeri khabarnya tidak menganjurkan perarakan menjadi isu pula? Ia jauh lebih pelik kerana kini Umno tanpa sebarang keraguan akan menggunakan apa juga isu semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

Exco Agama Pulau Pinang melaporkan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai niat untuk tidak mengajurkan perarakan Maulidur Rasul tetapi akan meneruskan perarakan tersebut.

Ketua Menteri ketika di dalam satu ceramah pula mencabar Timbalan Perdana Menteri untuk ikut serta dalam perarakan Maulidur Rasul yang akan diadakan nanti.

Sekiranya pihak kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul sekalipun, itu bukan sesuatu yang perlu dihebohkan. Ini kerana Maulidur Rasul bukan sekadar perarakan. Perasaan cinta dan kenal Rasul tidak terbit hanya dengan berlarak ke hulu ke hilir.

Tetapi yang menjadikan kita mencintai Rasul adalah apabila kita mengenali rasul, memahami dan mengambil pengajaran (ibrah) dari perjuangan ar-Rasul.

Untuk pengetahuan, kerajaan Pulau Pinang pada tahun ini akan menganjurkan satu majlis ilmu khas untuk menimbulkan perasaan cinta kepada rasul dengan Majlis Bacaan Kitab Shameil Sirah selama dua hari. Kitab yang akan digunakan adalah Syamail Muhamad karangan Imam Turmizi.

25 Feb: Bacaan surah Yaa Sin Masjid Negeri P.Pinang

26 Feb: Majlis Perhimpunan Ummah dan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul.

27 Feb: Bacaan Kitab Sirah ( Pagi ) Masjid Negeri P.Pinang

28 Feb: Bacaan Kitab Sirah ( Pagi ) Masjid Negeri P.Pinang

Jangan terperangkap hukuman sebat wanita

Dr Dzulkefly Ahmad
PAS tidak terperangkap dengan isu hukuman sebat yang sedang dimainkan Umno Barisan Nasional untuk menunjukkan mereka lebih ke hadapan dalam menonjolkan agenda Islam.

Ini ekoran hukuman sebat yang dikenakan terhadap tiga wanita dan empat lelaki yang melakukan kesalahan jenayah syariah pada 9 Februari lepas.

Umno ketika ini sangat tertekan untuk meraih sokongan rakyat menggunakan isu ini untuk menunjukkan bahawa mereka komited dengan Islam. Malaysia ditanggapi umum, khususnya media Barat, sedang mengalami proses Islaminisasi yang serius.

Saya melihat ada semacam politik di sebalik penonjolan perkara (hukuman sebat) ini. Kita jangan terperangkap dalam kerangka pemikiran mereka (Umno-BN) ini.

Negara ini ada undang-undang, mengamalkan apa yang dikatakan pelaksanaan undang-undang yang selari iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah. Yang dikatakan sebagai kedaulatan undang-undang ialah apabila kedua-dua mahkamah sivil dan mahkamah syariah yang dibina melalui proses legislatif iaitu penggubalan undang-undang yang tertakluk kepada perbahasan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Ketika semua ini sudah termaktub, maka inilah undang-undang yang menjadi undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya PAS berpendirian bahawa segala bentuk undang-undang syariah dan sistem perundangan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia mesti dilaksanakan secara telus dan adil terhadap sesiapa jua yang melakukan kesalahan, tanpa mengira kedudukan dan jantina.

PAS tetap mengatakan bahawa apa jua undang-undang syariah walaupun sedikit dalam sistem perundangan yang ada di Malaysia ini hendaklah dilaksanakan secara adil dan telus.

Dalam pada itu, pelaksanaan undang-undang jenayah Islam perlu didahului oleh suasana sosio politik yang baik dan adil di mana keadilan, kemakmuran, dan kesejahteraan dikecapi oleh rakyat seluruhnya.

Dalam konteks negara ini, kerajaan haruslah memastikan kebajikan dari segi kos sara hidup, pekerjaan, taraf pendidikan rakyat terpelihara.

Sebelum datangnya sesuatu hukuman itu, kerajaan harus menitik beratkan semua aspek dalam kehidupan rakyat.

Sebelum seorang pesalah itu dijatuhi hukuman menurut undang-undang Islam, ia harus melalui proses pengadilan yang benar-benar adil dan telus bagi mengelakkan kesilapan dalam menjatuhkan hukuman.

Orang yang dibicarakan itu mesti mendapat keadilan yang sewajarnya. Biar cukup bukti, baru boleh kenakan hukuman sebat. Jangan terus jatuhkan hukuman begitu sahaja. Diam-diam, tiba-tiba jatuhkan hukuman.

Namun apa yang lebih penting, PAS bersama Pakatan Rakyat menuntut agar kerajaan tegas dalam membasmi segala perbuatan jenayah yang melanggar prinsip Islam seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang semakin berleluasa.

PAS menekankan bahawa yang lebih penting sekarang ini,perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang memperjuangkan islam adalah menuntut supaya negara negara ini bebas dan serentak membanteras segala perbuatan jenayah yang melanggar perinsip islam iaitu rasuah, kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan membolot kekayaan negara dengan mengagihkan kekayaan kepada suku sakat dalam amalan kronisme dan pelbagai keruntuhan akhlak.

Sehubungan itu, PAS tetap dengan pendiriannya untuk membersihkan negara dan menentang segala amalan kerajaan yang melanggar syariah dan menentang kehendak rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih dan adil.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa yang paling mustahak bagi pandangan PAS adalah terus membersihkan negara dan menentang segala amalan kerajaan selama ini khususnya kezaliman yang bertentangan dengan syariah, dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat dan bertentangan dengan kehendak rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih adil dan telus.

GERAK Minta Najib Perjelas Pemberian Dana RM 2 juta Kepada Pemuda UMNO

Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan meluluskan peruntukan RM 2 juta untuk membiayai aktiviti Pergerakan Permuda Umno.

Menurut seorang exco pemuda yang enggan dikenali , wang itu adalah untuk program-program ‘jelajah satu malaysia’ untuk menyebarkan slogan-slogan anjuran Najib.

Peruntukan itu cukup besar itu untuk sebuah parti yang mempunyai tiga juta ahli dan bukan semuanya membayar yuran RM 2 setiap orang.

Setakat ini Umno mahupun sayap pemudanya tidak merasakan perlu untuk mengulas laporan laman Malaysian Insider ini.

Laporan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya mengenai sumber kewangan Umno dan ketelusan parti itu mengenai urusan kewangannya.

Namun yang jelas Umno parti mewah dan banyak syarikat yang menjadi penderma secara sukarela atau sebaliknya.

Yang perlu dipastikan ialah dana RM 2 juta yang dilaporkan diberi kepada Pemuda Umno bukan wang rakyat yang diguna untuk agenda politik.

Wakil Gerakan Rakyat Integriti dan anti Korupsi (GERAK) Mohd Aizuddin Nur Zakaria berkata Umno seharusnya memberi penjelasan mengenai laporan Malaysia Insider ini.

"Sepatutnya diisytiharkan dari mana datangnya sumber wang tersebut. Jadi kalau Najib dengan dia punya orang kata, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, dengan KPI beliau sendiri, maksudnya tak tercapai lagilah KPI yang dilaung-laungkan itu" kata Aizuddin.
-tvselangor-