"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

2010-Tahun untuk menyerang Umno-BN bukan PAS

Herman Samsudeen

InsyaAllah, jika masih ada nyawa dan matahari esok pagi bermakna kita diizinkan Allah untuk menikmati perjuangan untuk kesekian kalinya. Dan sinar 2010 sewajarnya dimanfaatkan oleh rakan-rakan semua khususnya jentera dan pengerak PAS diseluruh dunia.Sedikit harapan dari saya. Semoga tahun 2010 dijadikan medan untuk menyerang Umno, membongkar segala kedurjanaan yang mereka lakukan dan berdakwah kepada saki baki ahli Umno yang mahu bersama Islam.

Diharapkan tahun 2010 tidak dijadikan medan untuk ahli dan rakan-rakan blogger menyerang kepimpinan hingga memberikan ruang luas kepada musuh menyerang dan memasuki kota kepercayaan kita.

PAS tidak pernah menutup pintu teguran dari ahli dan juga para penyokong. Tapi diharapkan semua teguran itu dibuat secara beradab dan melalui saluran yang betul.

Kita tidak boleh berpuashati dengan apa yang ada, maka kita tetap berharap agar ahli dan penyokong memberikan ransangan dan teguran yang membina bukan mencipta persepsi yang akhirnya merugikan parti.

Membongkar kelemahan parti adalah sesuatu yang dituntut dalam membina kekuatan dalaman. Tetapi kalau pembongkaran itu dibuat dihadapan musuh, itu bermakna bunuh diri.

Sesama pimpinan juga harus bijak memainkan peranan politik mereka dan tidak menjadikan media dan kenyataan-kenyataan terbuka untuk memerangkap pimpinan lainnya.

Acap kali ahli menjadi bingung bila melihat kepimpinan saling berbeza pandangan dan membuat kenyataan-kenyataan yang memberikan beban kepada kepimpinan lain menyelesaikannya.

Kebijakkan politik menuntut PAS mempamerkan budaya kerja politik yang lebih profesional yang bukan sekadar mengulas tetapi menganalisis serta menyelesaikan permasalahan yang ada.

Seterusnya, PAS harus memperkukuhan sumbangan dalam Pakatan rakyat dan menjadi pemimpin kepada kebangkitan rakyat dalam membenamkan Barisan Nasional.

Jadikan tempat-tempat yang sudah dimenangi PAS sebagai kubu-kubu kuat dan pastikan asakkan berterusan dikubu-kubu BN diteruskan tanpa henti.

Akhirnya, kita harus memahami matlamat dan dasar parti sebenar-benarnya agar ia menjadi panduan kekal untuk kita terus mara ke hadapan. Kenali musuh kita yang sebenarnya. Serang dan kerjakan mereka dengan penuh keimanan bukan kerana nafsu atau dendam kesumat.

Kerana akhir tujuan dan matlamat kita adalah keredhaan Allah, bukannya keredhaan manusia.

Khairy gigit jari lagi

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 31 Dis:
Selepas disebut-sebut bakal menyertai kabinet, nampaknya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin terpaksa menggigit jari apabila Perdana Menteri mengumumkan, pemimpin dari Sarawak akan menggantikan Sulaiman Abdul Rahman Taib yang meletakkan jawatan.

Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya di Kuching berkata, pemimpin dari Sarawak akan menggantikan Sulaiman sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

"Ya dari Sarawak. Kita sudah ada nama tetapi tidak boleh diumumkan lagi," kata Najib selepas merasmikan mesyuarat agung Sarawak Progressive Democratic Party's (SPDP) di Dewan Suarah 29 Disember lalu.

Sulaiman, 41, yang juga Timbalan Ketua Pemuda, Parti Pesaka Bumiputera (PBB) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada 19 Mac 2008 lalu semasa Tun Abdullah masih Perdana Menteri.

Beliau kemudiannya dikekal dalam kabinet apabila Najib ambilalih jawatan PM pada April lalu.

Pada 4 Disember lalu, Sulaiman mengumumkan, dia telah meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dengan alasa peribadi.

Najib kemudiannya menerima perletakan jawatan itu selepas berbincang dengan ayah Sulaiman, Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Sebelum itu, Najib disebut-sebut bakal membuat rombakan kabinet dan nama Khairy disebut-sebut bakal dilantik menjadi timbalan menteri.

Sebuah akhbar politik, Siasah melaporkan di muka depannya, Khairy bakal gigit jari lagi untuk menyertai kabinet. Akhbar itu mengaitkan serangan bertubi-tubi Tun Dr Mahathir terhadap kerajaan dan Umno pimpinan Najib sebagai tanda-tanda bantahan Mahathir terhadap berita angin itu.

Ini kerana, sejak sekian lama, iaitu semasa Tun Abdullah, bapa mertuia Khairy adalah Perdana Menteri, Mahathir menjadikan Khairy sebagai sasarannya.

Selepas pemilihan Umno lalu, anak Mahathir, Mukhriz yang kalah di tangan Khairy dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pemenang jawatan Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri iaitu di Kementerian Belia dan Sukan.

Namun, Khairy yang menang Ketua Pemuda tidak mendapat sebarang jawatan dalam kerajaan.

Apabila ura-ura Najib mahu membuat perubahan dalam kabinetnya, nama Khairy disebut-sebut bakal menjadi timbalan menteri. Turut melaporkan ura-ura ini adalah akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Apabila Sulaiman meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri, nama Khairy sekali lagi disebut-sebut.

Namun dengan pengumuman Najib bahawa orang Sarawak akan menggantikan Sulaiman, Khairy nampaknya terpaksa menggigit jari lagi.

Zaman joli katak Umno/BN sudah berakhir - Ku Li

Zaman 'joli katak' sudah berakhir dan wang 'loteri minyak' makin berkurangan, khususnya akibat kelemahan pengurusan kerajaan, kata pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut pengasas Petronas itu, rancangan asal gergasi petroleum itu tidak termasuk mengeluarkan minyak berlebihan untuk membayar kos projek kerajaan bernilai berbilion ringgit.

"Ia bermula dengan perjanjian (pembelian peralatan ketenteraan) dengan (perdana menteri Britain pada masa itu) Margaret Thatcher.

"Kemudian, pengeluaran minyak tiba-tiba berganda daripada 650,000 tong sehari kepada lebih satu juta tong sehari (untuk menampung pembelian senjata). Itu sudah terlalu banyak untuk kita," katanya.

Sebagai seorang perancang utama kepada rancangan minyak Malaysia, bekas menteri kewangan itu kini cuba untuk membetulkan keadaan, lebih-lebih lagi untuk negeri asalnya sendiri yang beliau percaya mempunyai "hak berdaulat" untuk menerima bayaran royalti minyak bagi sumber yang ditemui di perairannya.

"Ianya bukan isu yang sukar sebab selagi minyak itu ditemui di perairan Kelantan, sama ada ianya kawasan usaha sama atau sama ada ia di luar pantai dalam zon ekonomi eksklusif negara, Petronas tetap perlu membayarnya," katanya.

Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah rundingan di antara negeri dan pusat, yang disifatkan Tengku Razaleigh sebagai lapuk dan tidak mampu menyediakan pulangan yang diperlukan bagi pembangunan di setiap negeri.

Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan
Malaysiakini minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.

"Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.

"Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga," katanya lagi.
-malaysiakini-

Larangan guna perkataan 'Allah' tidak sah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.

Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal”.

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh
The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'.

Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.
-malaysiakini-

Penarikbeca, Jiwo Kelate dan Perakkite.

Aris Awang

Maksud Hadis:-
Dari Muawiyah bin al-Hakam As-Sulami, ia berkata:
Ketika aku sedang shalat bersama Rasulullah saw. tiba-tiba ada seorang yang bersin, maka aku b
erkata, “Semoga Allah merahmati mu.” Kemudian orang-orang memandangku. Aku berkata, “Celakalah Ibumu, kenapa kalian memandang ku?” Mereka kemudian memukul-mukul paha mereka. Ketika aku melihat mereka, ternyata mereka sedang menyuruhku untuk diam, dan aku pun diam.

Ketika Rasulullah saw. selesai shalat; demi Bapak dan Ibuku, sungguh aku belum pernah melihat —sebelum dan sesudah kejadiaan itu-– seorang pengajar yang lebih baik pengajarannya dari pada beliau. Demi Allah, beliau tidak membenciku, tidak memukulku, dan tidak memarahiku.
Beliau bersabda, “Sesungguhnya dalam shalat ini tidak layak ada sedikitpun perkataan manusia. Shalat ini hanyalah untuk bertasbih,bertakbir, dan membaca al-Quran.”
Hadis Riwayat Muslim.

Maksud Al-Quran:-

"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai- Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."
(Al-Mâidah: 54).

Tidak mungkin penarik beca (Abu Bakar Rashid), Jiwo Kelate (Wan Johari) dan Perakkite (tak ingat namanya) ingin memporak perandakan PAS dan perjuangan Islam yang mereka dokongi.

Adalah tidak manis perkataan yang agak keterlaluan dikeluarkan kepada mereka, walaupun kadang-kadang mereka juga dilihat agak keterlaluan (mungkin?) dalam penulisan.

Bagiku penulisan mereka terjadi begitu, bukan kerana apa...... tetapi ialah kerana sayangkan perjuangan Islam yang mereka dokongi. Samaada teguran itu kita anggap sebagai beruang sayangkan tuannya apabila melihat lalat hinggap dihidung tuannya yang sedang tidur dengan nyenyak, maka beruang itu kerana terlalu kesian kepada tuannya kerana diganggu lalat, lalu menampar lalat tersebut. lalat terbang... muka tuannya yang terkena tamparannya, sehingga menyebabkan terkejut dari dibuai mimpi yang indah dan kembali kealam realiti.

Adalah tidak patut, tuan yang cerdik itu menghambur caci nista kepada beruangnya, yang sudah semesti bodoh dari tuannya. Dan adalah tidak cerdik lagi jika tuannya bergusti dengan beruang itu yang sudah tentu tuan beruang akan kalah, kecuali mengambil senapang dan menembak tepat kejantung beruang tersebut. Namun adakah patut perbuatan hendak menyelamat tuan sendiri dibalas dengan hukum bunuh?.

Sesesungguhnya, kata-kata lebih tajam dan berbisa dari pedang yang tajam. Lebih-lebih lagi dari tuan yang dikasihi.

Peribahasa mengatakan,
1. "Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia?..........."
2. "Menutup bangkai gajah dengan nyiru................"
3. "Tiada angin masakan pohon bergoyang............"
4. "Bila kentut bau taik"
5. "Sapa berak tengah jalan........... ooooooiiiiii!!!!!!" tak dak sapa mengaku............

Oleh itu buatlah beratus konvensyen blogger sekalipun, apabila kualiti kita sudah semakin luntur, mana mungkin blogger akan mengatakan kualiti kita baik.

Perbaikilah kualiti kepimpinan, insyaAllah tanpa disuruh, diarah, diajak, dipengaruhi, dipujuk, mereka akan mengangkat setinggi-tingginya.

Sesunguhnya hikmah yang paling besar mengapa Junjungan Mulia Muhammad saw hanya memerintah selama 10 tahun di Madinah.

Kepada Penarikbeca, Jiwo Kelate dan Perak Kite, ungkap mudah tapi payah untuk dipraktikan yang aku persembahkan kepada kamu ialah, "Sabar".

Bukan kamu-kamu sahaja yang pernah kena seperti itu, bahkan aku dan kawan seperjuangan seluruh PAS Kedah pernah di tuduh bodoh termasuklah Al-Marhum Ustaz Fadzil Nor, kerana hanya menang 1 kerusi (Bukit Raya) pada tahun 1990.

Ungkapan yang masih tergiang hingga sekarang dalam majlis ceramah Perasmian dihadapan puluhan ribu muslimin dan muslimat, di Memali ketika menyambut Hari Suhada Memali, aku jadi Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan Setiausaha program masa tu. Haji Najib Fahmi dan Pak Cop Husin sudah tentu masih ingat.

Sudahlah kami menghadapi kesedihan dari 3 kerusi 1986 hanya tinggal satu kerusi, tiba dikatakan "Nak menang macam mana, dah bodoh!"

Kami telan perkara itu ketika itu, dan luah sesama kami selepas majlis.

Aku luah kepada kamu-kamu khusus sekarang untuk membuktikan bahawa perlu perkataan yang aku sebut di atas "SABAR!!!". Kerana ada sisi-sisi kebaikan lain yang banyak berbanding dengan lembutnya lidah untuk mengeluarkan kata yang lebih bisa dari sembilu.

http://arisawang.blogspot.com/

2009, tahun politik yang celaka

Harakahdaily
Pelbagai isu besar muncul sepanjang tahun 2009, tahun yang tidak jauh dramatiknya berbanding tahun sebelumnya, 2008, yang menyaksikan kemenangan besar parti-parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.

Tahun 2009 bermula dengan rakyat menyaksikan krisis di Perak apabila Umno dan Barisan Nasional merampas pemerintahan negeri Perak daripada PR melalui tindakan lompat parti tiga Adun PR, dua daripada PKR (Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu) dan satu DAP (Hee Yit Foong).

Ketiga-tiga mereka keluar daripada parti masing-masing dan mengisytiharkan diri bebas dan menyokong BN. Usaha Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin membubarkan dewan untuk mengadakan pilihan raya melalui pertemuan dengan Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak berjaya.

Umno dan BN berjaya menubuhkan kerajaan dan meletakkan Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar baharu, menerajui kerajaan yang terus dipertikaian penyokong-penyokong PR sehingga kini.

Perjuangan PR walau bagaimanapun diteruskan, dengan mengadakan perhimpunan di bawah pokok, mendesak pembubaran dewan dan pelbagai kempen politik terhadap kerajaan diterajui Zambry.

Pada Februari, kerajaan PR Selangor menerima tekanan apabila gambar bogel exco Elizabeth Wong muncul dan disebarkan di internet. Tekanan ini walau bagaimanapun ditangani dengan tenang oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Wong meneruskan tugasnya sebagai exco dalam kerajaan negeri Selangor, tetapi pendedahan gambar itu menunjukkan satu standard yang sangat rendah yang mula menular dalam politik negara.

Pada bulan Julai, negara melihat satu lagi kecelakaan apabila seorang pembantu Ean Yong Hian Wah wakil rakyat di Selangor, Teoh Beng Hock ditemui mati di bangunan menempatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam.

Kematian yang penuh misteri itu mencatat sejarah hitam dalam kisah politik Malaysia tahun 2009, kerana tempat kejadian itu berlaku dan pelbagai spekulasi dan dakwaan yang timbul ekoran kematian Teoh.

Sehingga hari ini, keluarga Teoh masih mencari keadilan untuk mendiang. SPRM dan kerajaan BN menerima kritikan hebat banyak pihak akibat kejadian ini, kerana usaha menjatuhkan kerajaan PR di Selangor dilihat sebagai satu agenda besar yang membawa kepada siasatan terpilih SPRM.

Pada akhir Ogos, sekumpulan peserta demonstrasi terdiri daripada kumpulan bukan kerajaan dan penduduk tempatan di Seksyen 23 Shah Alam mengarak kepala lembu sebagai protes terhadap pembinaan kuil di kawasan itu.

Mereka mengarak kepala lembu itu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam, mengatakan kepala lembu itu ditujukan kepada pemimpin-pemimpin PR negeri Selangor.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai disebabkan kaitan antara lembu dengan agama Hindu. Tindakan itu jelas mengemukakan sesuatu yang boleh disalah tafsir dan membawa kepada provokasi.

Kumpulan-kumpulan Hindu dan PR mengecam tindakan itu dan enam daripada peserta demonstrasi itu kemudian didakwa di bawah Akta Hasutan.

Sepanjang 2009, secara berterusan PR dan PAS di Selangor menghadapi pelbagai tekanan dan permainan politik pihak tertentu, yang terbaharu demonstrasi mendesak PAS keluar daripada PR.

PAS dengan tegas menyatakan terus bersama PR dalam kerajaan negeri Selangor, walaupun menerima tekanan dan kritikan.

Memasuki tahun 2010, cabaran dihadapi PAS dan PR dijangka akan lebih hebat lagi, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 yang semakin hampir.

Umno dan BN pasti akan melakukan pelbagai usaha untuk melemahkan gabungan PR supaya lawan mereka dalam pilihan raya umum nanti lebih lemah berbanding pilihan raya umum lalu.

Dengan terjalinnya kerjasama PR dengan lebih rapat selepas konvensyen Pakatan Rakyat pertama berjaya diadakan, PR mempunyai potensi untuk mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku sepanjang 2009.

PR kini boleh memasuki tahun 2010 dengan menanam azam untuk bergerak dengan lebih bijak.
Kecelakaan yang dialami sepanjang 2009 perlu dijadikan pendorong untuk sentiasa bersedia sepanjang masa menghadapi cabaran yang bakal muncul.

RM800 juta: Kelantan warisi kes zaman Umno/BN

Harakahdaily
KOTA BARU, Dis 31:
Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975.

Bagaimanapun, Husam berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Tinggi Kota Baru semalam mengarah kerajaan negeri membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian mereka.

Ia merupa kes pampasan terbesar yang pernah dicatatkan dalam kes saman sivil di negara ini.

Kes itu dipercayai difailkan pada tahun 2004.

Husam Musa berkata, rayuan tersebut akan dibuat menerusi seorang peguam kanan.

“Biar pun mereka menang kes tersebut semalam, namun kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya.

“Sepatutnya isu tersebut diselesaikan kerajaan negeri ketika itu (BN) memandangkan mereka telah membatalkan konsesi yang ditandatangani,” katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim hari ini.

Media hari ini melaporkan kerajaan negeri diarah Mahkamah Tinggi Kota Bharu membayar RM800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar beberapa perjanjian yang ditandatangani 35 tahun lalu.

Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Husam berkata, syarikat itu menerima konsesi daripada kerajaan negeri pada 20 Julai 1964 untuk mengusahakan tanah di kawasan hulu Kelantan.

“Di kawasan itu juga ada aktiviti pengganas komunis. Dan saya difahamkan syarikat tersebut sanggup melakukan aktiviti pembalakan biar pun berlaku kesukaran.

“Kemudian semasa diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 18 Mac 1975 kerajaan telah membatalkan perjanjian tersebut,” katanya.

Menurutnya ekoran pembatalan tersebut, dalam tempoh sebulan syarikat telah menghantar surat melalui peguam bagi mencabar keputusan berkenaan.

Katanya, saman telah dilakukan syarikat tersebut kepada kerajaan negeri.

“Kemudian kerajaan negeri telah menubuh satu jawatankuasa berunding dalam tempoh tiga bulan selepas surat diterima.

“Jawatankuasa tersebut pada waktu itu dipengerusikan Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas, Tengku Ahmad Rithaudeen.

“Rundingan telah dijalankan pada 12 Julai 1975 dan hasil rundingan tersebut mereka telah bersetuju menyelesaikan masalah tersebut membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta,” katanya.

Dan selepas itu ditubuh anak syarikat baru di mana kerajaan negeri mempunyai saham sebanyak 70 peratus dan Timbermine 30 peratus.

Persetujuan telah dicapai dan menteri besar telah menulis surat kepada syarikat.

Husam berkata, perkara itu berlanjutan di mana syarikat terbabit telah berurusan dengan kerajaan BN daripada 1982 sehingga 1989.

Bagaimanapun tambahnya, syarikat terbabit sekali lagi menghantar tuntutan mereka pada 2004 selepas kerajaan negeri bertukar tangan, katanya.

Husam berkata, masalah itu adalah perkara lama yang sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri sebelum ini kerana mereka bertanggungjawab membatalkan konsesi.

Ditanya adakah kerajaan negeri terkejut dengan saman berjumlah RM800 juta, katanya kerajaan negeri akan membuat rayuan kes berkenaan.

“Biar pun pada peringkat awal kita kalah, namun kita akan bawa kes tersebut ke mahkamah lebih tinggi.

“Bukan bermakna sekarang kita kena bayar RM800 juta kerana rayuan akan dikemukakan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri pernah membincangkan kes tersebut dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

Siapapun pimpin BN Pulau Pinang, kemenangan belum pasti

Abdul Aziz Ismail
Umno hampir pasti tidak akan berani mengambil tempat Gerakan sebagai pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang demi perpaduan BN dan mematuhi tradisi yang sudah dipersetujui bersama sejak sekian lama.
Walaupun cadangan itu - dari segi logiknya - agak praktikal dan selari dengan situasi politik yang ternyata sudah berubah selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, ia sukar direalisasikan kerana Umno mahu menjaga hati pemimpin parti itu serta demi mematuhi perjanjian yang sudah dipersetujui sejak 35 tahun lalu antara kedua-dua parti itu.

Presiden Gerakan, Tan Sri Kho Tsu Koon sudah menyuarakan bantahan kerasnya atas cadangan luar biasa itu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengarahkan semua ahli Umno di pulau mutiara itu menutup mulut dan jangan bercakap soal itu lagi.

Tidak diketahui apakah rasional di sebalik cadangan itu. Adakah ia bermaksud supaya pemimpin Gerakan – juga MCA dan MIC – bangkit dari tidur dan mula bekerja keras mencari formula bagaimana menawan semula hati kaum sendiri yang jelas menolak mereka?

Apakah itu cadangan ikhlas dari Umno yang mahu menuntut haknya kerana menang semua kerusi Parlimen dan Dun dalam PRU 12 lalu berbanding calon parti komponen lain yang tidak menang satu kerusi pun termasuk Tsu Koon?

Tidak mustahil jika cadangan itu terus dibesar-besarkan dan ditakdirkan menjadi kenyataan, Gerakan mungkin bertindak keluar dari pakatan BN sebagai tanda protes.

Dan akibatnya lebih teruk - parti itu mungkin boleh menyertai Pakatan Rakyat sebagai tindak balas drastik kepada BN dan pastilah ia boleh membawa bencana tsunami kepada Umno dan BN.

Namun, jika cadangan itu dihalusi dan diteliti sedikit ia mungkin boleh diterima sebagai satu percubaan. Kenapa tidak dibenarkan Umno mencuba nasib?

Mengapa tidak dibenarkan Umno mengetuai BN untuk sepanggal saja - menjelang PRU 13 nanti sebagai percubaan memulih dan menyelamatkan nasib BN?

Jika Umno ditakdirkan boleh membawa kemenangan dalam PRU 13 syaratnya jawatan ketua menteri tetap diberi kepada calon Gerakan yang menang – seperti sebelumnya.

Ini dilakukan dengan anggapan orang bukan Melayu yang condong kepada dasar BN mungkin berubah pendirian dan mengundi calon-calon parti komponen kerana calon Gerakan masih diberi peluang menjadi ketua menteri walaupun bukan majoriti.

Ia juga bertujuan bagi memberi peluang kepada pemimpin Umno sebagai pengerusi BN mengatur strategi memilih dan meletakkan siapa calon yang paling layak menurut perkiraan pemimpin Umno di pulau itu.

Ia memberi kebebasan Umno mengatur rancangan memilih kawasan pertandingan yang sesuai kepada calon-calon BN yang bertanding mengikut kebijaksanaan mereka.

Idea dan strategi Umno mungkin berbeza daripada Gerakan dan biarlah Umno mencuba nasib bertempur dengan calon PR yang sudah disifatkan sukar digugat dan sudah menawan hati kebanyakan pengundi berbagai kaum di pulau itu.

Andai kata BN tewas kepada PR bermakna ia pengajaran berguna kepada Umno bahawa idea itu memang sukar dilaksana dan BN harus menerima hakikat bahawa situasi politik di pulau mutiara itu benar-benar sudah berubah.

Situasi itu mengesahkan dengan pasti bahawa pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina seolah-olah sudah membuat keputusan muktamad tidak akan mengundi calun Gerakan, MCA dan MIC – seperti yang dijangka tidak kira siapa calonnya.

Ini juga memberi isyarat pengundi Pulau Pinang mahukan calon PR menang sekaligus membawa makna memberi peluang PR menjadi pemerintah kali kedua.

Pengundi Melayu yang tidak menyokong Umno sudah pasti memberi undi kepada calon Melayu dari PAS atau PKR.

Di kawasan majoriti kaum bukan Melayu, undi kaum Cina dan India dijangka mengundi calon Melayu dari PR tidak kira parti dan bukan calon Umno sebagai sokongan mereka kepada DAP yang diharapkan memimpin sekali lagi sebagai pemerintah di pulau yang kekuatan ekonomnya sudah lama dikuasai sepenuhnya oleh kaum Cina.

Kesepakatan PR itu bakal berterusan dan benarlah dakwaan sebelum ini di kalangan ahli Umno bahawa mengundi calon bukan Melayu dari BN membawa maksud memberi undi kepada calon Umno.

Ini tidak mungkin berlaku dan jika terjadi juga dianggap tindakan janggal dan bertentangan dengan kehendak majoriti pengundi di pulau itu.

Orang bukan Melayu dikatakan sudah bersepakat tidak akan mengundi calon BN dari Gerakan, MCA atau MIC kerana dalam hati mereka memang tidak berkenan dan serik dengan dengan dasar BN dibawah Gerakan selama ini kononnya tidak memihak mereka.

Mereka ini menolak BN dan inginkan DAP menguasai pulau itu seperti mana orang Melayu menguasai negeri Kelantan.

Sentimen pengundi bukan Melayu sejak PRU 12 lalu agak ketara memihak PR dan situasi itu sudah dimaklumi Umno dan parti komponen lain dalam BN.

Kerosakan yang berlaku dan ditinggalkan Umno pada zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi sukar dibaiki dan memerlukan waktu yang lama untuk dipulihkan.

Ini ditambah rumit dengan kehadiran faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah dianggap lagenda dalam kalangan pengundi tidak kira kaum di pulau mutiara itu yang amat berhajat PR memerintah dan Anwar menjadi perdana menteri.

Sebenarnya siapa pun yang mengetuai BN di pulau mutiara itu – dalam situasi politik dan sentimen rakyat ketika ini - belum menjanjikan kemenangan yang pasti kepada Gerakan atau Umno.

Namun, jika Gerakan berani secara ikhlas bersedia mencuba cadangan berani itu dan mengakui situasi pengundi kaum Cina yang sudah ketara berubah, ia boleh memberi harapan barhau dan peluang kepada Umno dan BN untuk mencuba nasib bertempur dengan calon-calon Pakatan yang disifatkan amat berpengaruh dan sukar digugat di pulau kecil itu.

Harga Kereta Turun, AFTA Malaysia Dilaksanakan Mac 2010?

prebetlatif
Daripad a sumber terdekat (kakitangan Perodua sendiri) mengatakan sebenarnya kerete MPV Perodua Alva akan dilancarkan lambat lagi daripada tarikh yang sepatutnya seperti yang dilancarkan tempoh hari. Tetapi memandangkan AFTA Malaysia bakal dilaksanakan bermula Mac 2010, Perodua Alva “terpaksa” dilancarkan lebih awal.

Dalam keadaan ekonomi negara belum stabil pun, industri automatif negara semakin rancak. Terbaru Proton merancang memulakan pengeluaran besar-besaran kereta hibrid menjelang 2011. Dalam diam-diam kereta hybrid sudah ada dalam simpanan mereka. Tunggu nak lancar sekarang ini. Tahniah Proton dengan pencapaian ini. yang penting harga yang diletakkan mestilah “berbaloi-baloi”. Khabarnya, beberapa kereta hibrid Exora kini diuji di Britain dan akan dihantar ke Malaysia pada akhir bulan ini atau awal tahun depan.

“Kami mempunyai pasukan khusus di Lotus untuk membangun dan menguji kereta menggunakan teknologi Lotus. Saya menguji kereta itu dua minggu lepas dan saya kagum dengannya,” katanya kepada media Malaysia sempena Pameran Motor Antarabangsa Thailand

Bayang kereta hybrid ini macammana rupa, tidak dapat dipastikan lagi. Yang pentingnya jangan salah faham, bagaimana berfungsinya kereta hybrid ini. Ia bukan 100% menggunakan kuasa elektrik. Tiada model kereta yang nak saya tunjukkan di sini, dapat tunjukkan diagram kepada anda pun jadikla…

So, secara umumnya enginnya masih lagi sama, but a little bit compact, kerana nak meletakkan bateri and motor. Minyak masih lagi perlu “disumbat”. Cuma mungkin kuantiti yang digunakan sekitar 50% kerana yang selebihnya sudah dijana oleh kuasa elektrik.

P/S : Itu kata mereka, nak dengar sendiri “butir-butir emas daripada mulut” Menteri tentang pengumuman rasmi tarikh pelaksanaan AFTA Malaysia ini, nantikan sahaja…………

Salahuddin di Astro Awani jam 9.30 malam ini

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 31 Dis:
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan menyertai rancangan bual bicara di Studio Astro Awani saluran 501, jam 9.30 malam ini.

Rancangan yang dihoskan oleh Suhaimi Sulaiman turut menampilkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kurian ketika dihubungi memaklumkan program secara langsung malam ini membicarakan tajuk 'Tadbir Urus dan Masa Depan Negara'.

Beliau juga dijangka akan mengupas budaya ketirisan dan pembaziran wang rakyat semasa zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi sewaktu kedua-dua pemimpin itu menjadi Perdana Menteri Malaysia, seperti yang didedahkan beberapa pihak belakangan ini.

Husam: Dr M boleh pengaruhi PM bentang Kertas Putih

Salhan K Ahmad
Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mempengaruhi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menyiasat pengurusan kewangan bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung perbelanjaan RM270 bilion hasil minyak negara, kata exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

Ketika membuat gesaan teresbut, Husam berkata Najib, yang juga menteri kewangan, hendaklah membentangkan Kertas Putih melalui kementerian itu sekiranya tidak mampu menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kos berkenaan.

"Sebahagian kos ini berlaku kerana sistem runding terus. Sebahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan kepada pihak tertentu semata-mata. Sebahagian kerana bayaran ganti rugi semata-mata," kata Husam lagi dalam surat terbukanya yang akan dihantar kepada Mahathir hari ini.

Surat terbuka tersebut - yang disiarkan dalam blognya Cetusan Hati - merupakan reaksi balas kepada kenyataan Dr Mahathir pada 22 Disember lalu yang mahu Abdullah Badawi juga disiasat oleh suruhanjaya diraja kerana didakwa membazirkan wang negara.

Husam dalam surat terbukanya menyenaraikan jumlah bayaran yang dibuat oleh kerajaan semasa pentadbiran Abdullah, yang terkenal sebagai 'perdana menteri flip-flop' - nama jolokan yang diberi oleh Dr Mahathir kepada Abdullah atas dasar-dasarnya yang tidak konsisten.

Tindakan Abdullah yang sering mengubah keputusan eksekutifnya itu menyebabkan kerajaan terpaksa membayar ganti rugi kepada para kontraktor bagi projek-projek berkenaan.

"Saya percaya, Tun mampu mempengaruhi Najib membentangkan Kertas Putih itu pada sidang Parlimen akan datang," kata Husam lagi yang turut menjelaskan penggunaan wang sebanyak RM270 bilion itu "memang ada kebenarannya untuk diragui."

"Siapa patut disalahkan, tidak disentuh di sini. Namun, bagaimana wang yang sangat besar boleh diselamatkan jika kerajaan cekap dan berhemat," katanya lagi dalam surat tersebut.

Menurut pemimpin PAS Kelantan itu, pembaziran paling besar adalah hasil daripada pembatalan projek pembinaan Jambatan Kedua bagi menghubungkan Singapura dengan semenanjung Malaysia, dengan kos lebih RM1 bilion.

Jumlah itu, menurut Husam lagi, melibatkan ganti rugi yang dibayar kepada kontraktor jambatan yang dianggarkan berjumlah RM360 juta, serta kos untuk pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Quarantin (CIQ) yang menjadi projek 'gajah putih.'

Turut disenaraikan oleh Husam ialah pembatalan projek Landasan Berkembar Rawang-Ipoh, melibatkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM425 juta kepada kontraktor utama projek itu yang sepatutnya disiapkan pada 2005.
-malaysiakini-

'Dari Port Dickson ke Monggolia', karya terbaru Zunar

Nazri Abdullah
KAJANG, 31 Dis:
Zunar serta beberapa kartunisnya sedang menghasilkan sebuah buku kartun baru bertajuk 'Dari Port Dickson ke Monggolia' dan dijangka berada di pasaran pertengahan Januari 2010.

Produk baru mereka itu dihasilkan setelah dua produk sebelumnya, Gedung Kartun dan Perak Darul Kartun mendapat sambutan hebat dari masyarakat bukan sahaja di negara ini malah negara luar.

Berucap pada pelancaran buku Perak Darul Kartun peringkat negeri Selangor di stadium Kajang malam tadi, beliau memberitahu mereka akan mengeluarkan satu produk buku kartun setiap bulan bagi memenuhi tuntutan masyarakat.

"Bulan Januari ni kita tengah buat sekarang, ceritanya Dari Port Dickson ke Monggolia, adalah..siapa yang tahu..tahu lah ceritanya," katanya sinis.

Pelancaran tersebut dibuat pada 'Karnival Rakyat, Jom Halal' bersempena sambutan Jubli Perak Pas kawasan Hulu Langat yang sedang berlangsung bermula 25 Disember lalu hingga 3 Januari ini.

"Apa yang berlaku di Malaysia ini banyak sangat benda kartun contohnya, isu katak di Perak, enjin jet boleh hilang..dan kami cuma menterjemahkannya dalam bentuk ini," katanya kepada hampir satu ribu hadirin yang hadir.

Selain pelancaran Perak Darul Kartun, beberpa lagi persembahan pentas turut berlangsung malam tadi termasuk bacaan sajak oleh Piyan Habib dan nyanyian oleh Ito (Blue's Gang).

Perak Darul Kartun adalah komik terkini hasil karya terbaru Zunar bersama pasukan kartunisnya yang terdiri dari Ronasina (Mohd. Affandi Ramli), Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad).Orang-orang (Azlan Isa) dan Naza (Nazruddin Abu Bakar).

Ianya sebagai penerbitan berterusan syarikatnya Sepakat Efektif selepas permit penerbitan Gedung Kartun ditarik Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ogos lalu.

KDN juga bertindak menyerbu pejabat mereka dan berjaya merampas 408 naskhah Gedung Kartun termasuk plat percetakan.

"Mereka (KDN) boleh rampas majalah saya, buku saya, produk-produk saya, yang mereka tak boleh rampas, otak saya.

"Saya tetap akan melukis walaupun atas kertas tisu tandas," katnya ketika menceritakan kejadian rampasan pada hari ke tiga Ramadhan itu.

Perak Darul Kartun juga mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dengan harga pasaran RM10 senaskhah.

Bagaimanapun ianya hanya dijual dengan harga RM4 sempenan Karnival Rakyat berlangsung.

Turut menyumbang karya dalam komik tersebut adalah Haili, Oly, Roy, Enot, AJ, Warih, Kidol, Madsein, Kawe, Ubi Lepih, Nur, Fahmi dan Buzu.

Manakala penulis penyumbang/kolumnis ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, penulis, Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Rahmat Haron, Pusparos dan Benludin.

Seperti juga Gedung Kartun, PDK menampilkan karya-karya kartun dan rencana yang mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan sepuluh muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN.

Selain itu ianya juga memuatkan ruangan khas watak pemimpin negara bernama “Datuk Nazak”, slot “Negaraku” dan tiga muka surat karya Enot bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.

Ruangan “Selangor Tanahairku” diteruskan untuk memberi publisiti tentang dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai program kebajikan yang telah dijalankan.

"Kami tahu apa yang kami lukis, dan kami bukan pelukis upahan," tegasnya.

Mayat Wanita Ditemui Di Dalam Almari Di Rumahnya Di Pinggiran Ukay

Kuala Lumpur,31 Dis: Mayat seorang wanita, dengan mulutnya ditampal pita pelekat dan dibungkus dengan selimut, dipercayai dibunuh, ditemui di dalam almari pakaian di rumahnya di Pinggiran Ukay, Kuala Lumpur, malam tadi.

Fazlina Ahmad, 39 tahun, ditemui mati dalam almari bilik tidur utama rumah teres dua tingkat oleh sepasukan anggota polis pada pukul 9 malam, selepas menerima laporan daripada rakan mangsa yang mengadu mangsa gagal dihubungi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Omar Mamah berkata polis menerima laporan pada pukul 1.30 petang dan hanya dapat memasuki rumah mangsa kira-kira pukul 8 malam untuk melakukan pemeriksaan.

ACP Omar berkata mangsa dipercayai mati akibat kelemasan kira-kira sembilan jam lepas, sebelum mayatnya ditemui.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama dua anak perempuan, yang masing-masing berusia lima dan tujuh tahun bersama seorang pembantu rumah.

Bagaimanapun ketika pemeriksaan dijalankan, mereka tiada di rumah itu kerana berada di rumah keluarga suami mangsa.

Siasatan awal polis mendapati rumah mangsa tidak diceroboh masuk dan kes berkemungkinan bukan kerana samun.

Polis kini sedang mengesan suspek serta suami mangsa, yang sehingga kini gagal dihubungi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-bernama-

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Diceroboh

Syabab Paka
PAKA: Petang Khamis, satu kejadian yang amat tidak disangka-sangka, kejadian yang menandakan ada usaha untuk menjatuhkan sistem pendidikan Islam, kejadian yang memberitahu bahawa kejadian ini adalah antara satu agenda yang diperintiskan oleh Yahudi laknatullah yang direalisasikan oleh proksinya (Yahudi), kejadian yang sama sekali akan membangkitkan lagi semangat Ahli PAS untuk menentang rejim proksi Yahudi ini.

Kejadian ini berlaku di PASTI Ibnu al-Baita, Felda Kertih 1. Dinyatakan oleh salah seorang saksi, bahawa kejadian itu didalangi oleh 3 orang remaja, yang dikatakan remaja tersebut adalah orang luar (bukan orang felda). Apa motif kejadian ini?

Sebelum kejadian ini berlaku, petang Rabu, Pemuda PAS Dun Paka telah mengadakan XPDC Edaran Risalah Kempen Pendaftaran PASTI 2010.

Berkata Ketua Pemuda Dun, Saudara Ramzi Abdullah: "Kejadian ini bukan setakat berlaku di Felda Kertih 1 sahaja, bahkan keesokannya, Jumaat, dengan bilangan remaja yang sama, telah cuba untuk menceroboh masuk PASTI Kuala Paka, tetapi tidak berjaya. Yang hanya mereka mampu lakukan dengan memecahkan cermin tingkap PASTI dan menghancurkan apa-apa yang berlaku di luar PASTI".

Kami, Majlis Tindakan Dun Pemuda PAS Dun Paka, ingin memberi amaran yang sekeras-kerasnya kepada si pelaku demikian dan kepada yang menjadi dalang di sebalik tabir kejadian ini, kami tidak akan sekali-kali berdiam diri. Kami akan cari 3 remaja ini. Untuk pengetahuan si pelaku dan yang menjadi dalang di sebalik tabir kejadian ini, kami turut mengadakan solat hajat mudah-mudahan Allah taala memudahkan urusan untuk mengesan remaja tersebut dan seterusnya memberi ganjaran yang setimpal di atas perlakuan anda semua.






http://syababpaka.blogspot.com

Pesaka, tiga kementerian didakwa mungkir janji

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 31 Dis:
Selepas hampir dua tahun diberi janji-janji manis, Harian Inovatif Sdn. Bhd (HISB) mendedahkan bahawa syarikatnya masih belum menerima bayaran tertunggak sebanyak RM1.127 juta kerana menguruskan penganjuran Kejuaraan Silat Sedunia ke-13, 2007.

Kejuaraan tersebut adalah anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) bersama-sama Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KeKKWA), Kementerian Belia dan Sukan; dan Kementerian Pelancongan.

"Sehingga kini, kita (HISB) tak dapat apa-apa bayaran dari Pesaka, (juga) termasuk dengan KEKKWA, (Kementerian) Beliau dan Sukan serta (Kementerian) Pelancongan, kita memang tak dapat langsung sumbangan," jelasPengarah Eksekutif Kumpulan HISB, Raja Norasmah Lela.

Bercakap pada sidang media yang sama, Ahli Lembaga Pengurusan HISB, Mohd Fairuz Mohd Yusof syarikatnya seolah-olah dianiaya oleh para pemimpin Umno sendiri.

"Adakah syarikat bumiputera seperti kami (HISB) perlu dianiaya...penaungnya (program) adalah pemimpin BN kita (iaitu) Najib (Perdana Menteri)," ujarnya.

Selain Najib selaku penaung kejuaraan, beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan bin Yaakob, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabeery Chik serta Pemangku Pesaka Datuk Sohaimi Mohamed kerana sering berdolak-dalih apabila bertemu dengan pihak HISB.

Ketua Pasukan Peguam yang mewakili HISB, Ramesh Kanapathy yang ditemui kemudian berkata, anak guamannya telah mengfailkan saman ke atas Pesaka.

Pun begitu, beliau berkata pihaknya tidak menyenaraikan ketiga-tiga kementerian terbabit sebagai yang dipertanggungjawabkan.

"Sebenarnya, kita saman Pesaka sahaja kerana mereka yang membuat perjanjian bertulis, kementerian-kementerian terbabit hanya terlibat secara tidak langsung," jelasnya.

"Tetapi, saya percaya Kementerian Belia dan Sukan seharusnya dipertanggungjawabkan kerana merekalah pihak berwajib menyelenggara sukan di negeri ini."

"Maka, sebarang masalah seharusnya dirujuk juga kepada mereka. Yang anak guaman kami mahu, tuntutan wang tertunggak (RM1.127), tidak lebih dari itu," katanya.

Paderi benarkan mencuri


YORK - Seorang paderi di Britain, Tim Jones (gambar) mengundang kemarahan banyak pihak kerana dia menyatakan kadangkala adalah sesuatu yang boleh diterima untuk seseorang yang amat memerlukan sesuatu barang mencurinya di sebuah rangkaian kedai besar tetapi bukannya melakukan perbuatan itu di kedai runcit.

Dia menyampaikan ceramah kontroversi itu pada Ahad lalu di Gereja Lawrence di sini.

Jones berkata, mencuri dianggap dibolehkan jika seseorang itu amat memerlukan sesuatu barang dan tidak mengambilnya melebihi keperluannya.

Kelmarin, ceramah mirip legenda pencuri Robin Hood itu mengundang bantahan daripada kalangan paderi lain, pemilik kedai dan pihak polis.

"Gereja England tidak pernah menyuruh seseorang untuk mencuri di kedai atau melanggar undang-undang," kata Paderi Besar, Richard Seed.

Namun, Jones berkata, mencuri di kedai mungkin membantu mereka yang mendapat bantuan kerajaan tetapi tidak menerimanya kerana sebab-sebab birokrasi. - AP

http://koleksiceritapelik.blogspot.com/

Dakwat kekal: RM2.4 juta menjadi debu

Faizal Mustaffa

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong memberitahu umum bahawa 47,000 botol dakwat kekal yang dibeli untuk mempastikan tidak berlaku pengundian berganda dibakar pada Nov 25, 2009 kerana tarikh penggunaannya sudah luput.

Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan untuk tidak menggunakannya pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) lalu, agensi itu sepatutnya mengambil sikap yang lebih proaktif dengan mencari alternatif bagi menyelamatkan pembelian tersebut yang berjumlah RM2.4 juta itu.

Sebenarnya, bermula daripada Mac 8, 2008, SPR mempunyai 20 bulan untuk mencari pembeli-pembeli berpotensi tetapi gagal berbuat demikian. Ataupun SPR boleh sahaja menggunakannya di lapan pilihan raya-pilihan raya kecil bagi membuktikan serius dalam menjalankan proses pilihan raya, namum mereka tetap gagal.

Mungkin alasan mereka sibuk.

Punca dakwat kekal tidak digunakan

Ketika disoal wartawan pada Jun 1, 2008 pengerusi SPR waktu itu Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu bahawa pihaknya terpaksa membatalkan penggunaan dakwat apabila Kabinet menolak syor yang dikemukakan bagi menjadikan ia sebagai peruntukan undang-undang ketika hari pengundian.

“Alasan paling utama berkaitan dengan peruntukan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan,
yang menyatakan hak seseorang untuk mengundi dalam pilihan raya.

“Jika SPR mengenepikan keputusan Kabinet, sebaliknya memutuskan untuk meneruskan rancangan untuk menggunakan dakwat kekal, jadi bermakna SPR mengambil risiko boleh didakwa melakukan sesuatu di luar bidang kuasanya dan sudah tentu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Kata beliau lagi, kabinet pada hari Parlimen dibubarkan menolak langkah SPR menggunakan dakwat khas atas dua alasan iaitu perundangan dan keselamatan.

Arahan jemaah menteri?

Pada Mei 17, 2008, pengerusi SPR itu telah mengeluarkan kenyataan yang berlainan dengan mengatakan bahawa beliau menerima arahan daripada kabinet untuk membatalkan rancangan untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal.

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi pula keesokan harinya memberitahu bahawa kabinet tidak mengarahkan SPR untuk membatalkan rancangan untuk menggunakan dakwat kekal pada PRU12 tetapi hanya mencadangkan sedemikian.

Menurut jawapan yang dikemukakan kepada Perdana Menteri di Parlimen pada 7 Julai, Jemaah Menteri tidak pernah mengarah pengerusi SPR untuk berbuat demikian; oleh itu kenyataan pengerusi SPR dirasakan adalah kurang tepat. Aku terus membuat konklusi sendiri bahawa Abdul Rashid telah berbohong secara sedar. Tak mungkin beliau tidak mengetahui perkara sebegini penting.

Ada laporan polis?

Ketua Polis Negara mendakwa bahawa terdapat laporan-laporan polis dibuat di Kelantan, Perlis dan Kedah di antara Februari 16-21, 2008, dan polis telah menjalankan siasatan.

Menurut Abdul Rashid, SPR terpaksa membatalkan cadangan itu setelah mengambil kira laporan keselamatan yang mereka terima. Laporan keselamatan mendedahkan bahawa terdapat pihak tertentu di Malaysia yang telah membeli dakwat tersebut di luar negara.

Pihak tersebut dikatakan merancang untuk mencalitkan dakwat itu pada kuku pengundi di kawasan luar bandar bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Musa Hassan yang turut bersama-sama dalam sidang akhbar bagi membatalkan penggunaan dakwat kekal berkata bahawa polis sedang menyiasat empat kes membabitkan empat orang individu berlainan yang disyaki cuba melakukan penipuan dakwat kekal.

Keempat-empat lelaki berkenaan, yang bekerja sendiri dan berusia 20 hingga 33 tahun, sedang disiasat.

“Modus operandi mereka ialah pergi ke kampung-kampung untuk mencalitkan dakwat pada kuku pengundi dan mereka memberitahu pengundi kononnya tanpa dakwat itu mereka tidak boleh mengundi.

“(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (kabinet) percaya ia memang benar-benar wujud,” kata Rashid.

Tetapi ia bercanggah dengan jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Syed Jaafar Albar ketika menjawab soalan Parlimen wakil Batu Gajah Fong Poh Kuan pada 5 Mei 2008. Syed Hamid mengesahkan bahawa sebenarnya tiada sebarang bukti berkenaan penyeludupan dakwat kekal dari negara jiran seperti yang didakwa oleh Abdul Rashid.

Alasan lain

Perdana Menteri juga memberitahu di Parlimen bahawa selain daripada itu, ejen-ejen mengundi juga sudah tentu akan membantah mereka yang sudah dicalit dakwat kekal di atas jari kuku masing-masing daripada cubaan mengundi kali kedua. Apa yang berlaku ialah mereka telah diperdayakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jika ketegangan di antara pengundi dan ejen-ejen mengundi berlaku di saluran mengundi di seluruh negara, pihak polis sudah memaklumkan kepada SPR bahawa mereka tidak mampu untuk mengawal ketegangan yang mungkin berlaku sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam pada hari mengundi. Justeru itu, pihak polis telah menasihatkan SPR supaya menarik balik cadangan penggunaan.

Saya, bagi pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah membuat laporan polis berkenaan hal demikian di balai polis Dang Wangi pada Mei 23, 2008 bersama teman dari National Institute For Electoral Integrity (NIEI) di mana kami mencadangkan mungkin terdapat komplot di antara pengerusi SPR, Perdana Menteri, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara dan pengerusi SPR bahawa terdapat laporan polis berkaitan dengan penyeludupan dakwat kekal dari negara jiran juga tidak betul. Malah, pihak polis mengesahkan tidak menemui sebarang bukti adanya mana-mana pihak yang telah membawa masuk dakwat kekal bagi usaha mensabotaj ketelusan perjalanan PRU12 lalu.

Menurut jawapan Syed Hamid ketika menjawab soalan Fong, sebenarnya tidak ada laporan polis dibuat dan maklumat mengenai penyeludupan dakwat kekal itu hanya berdasarkan khabar angin (hearsay).

Sekiranya kita menurut kenyataan Menteri Dalam Negeri, kenyataan tersebut telah bercanggah dengan Perdana Menteri (kedua-duanya melalui kenyataan Parlimen) kerana menurut Perdana Menteri berkata pihak PDRM telah menerima empat laporan berasingan tentang rancangan untuk sabotaj proses pilihanraya dengan menggunakan dakwat kekal di Perlis, Kedah dan Kelantan.

Sekiranya kita menurut laporan polis, tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420/511, Kanun Keseksaan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang mana laporan polis dibuat oleh beberapa individu yang bimbang dengan penggunaan dakwat tersebut. Mereka mendakwa dakwat berkenaan kononnya boleh diperolehi secara mudah di negari Thai dan bimbang ada pihak-pihak yang berkepentingan akan menyalahgunakan dakwat tersebut.

Ternyata sudah terbukti tidak ada penyelewengan pun berlaku. Sekiranya laporan polis itu sengaja diadakan oleh pihak tertentu, mengapa tidak ada sebarang pendakwaan ke atas pihak yang membuat laporan palsu?

Jadi, apakah nasib kita pada masa hadapan; mempunyai SPR yang bacul dan sanggup dicucuk hidung mereka atas kepentingan politik pihak tertentu?

http://english.cpiasia.net/

Husam sekali lagi nafi akan letak jawatan

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 30 Dis:
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa, hari ini menafikan beliau akan meletakkan semua jawatannya termasuk sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor.

Katanya, tidak ada sebab kenapa beliau harus berbuat demikian sedangkan pada masa yang sama beliau lebih menumpukan tuntutan royalti minyak dari Kerajaan Pusat.

“Lainlah kalau dah dapat royalti besok tuan-tuan buat rumous macam tu,”ujarnya sambil ketawa.

Katanya, akibat khabar angin sebagaimana yang didakwa dalam blog atau media itulah yang menyebabkan beliau membuat tuntutan saman dari pihak yang menyebarkan berita tidak benar.

Setakat ini beliau telah mengemukakan saman terhadap satu blog berhubung kes yang mendakwanya akan menerima wang dari Datuk Tamrin sebanyak RM15juta.

“Saya dah hantar surat saman kira-kira lebih sebulan lalu pada alamat di Klang, walaupun penulis blog terbabit orang Kelantan dan peguam saya memang dah saman dia. Dan dia ni kita dapati ‘cybers troopers Umno’,”ujarnya.

Beliau juga memberitahu, media seharusnya tidak menjadikan laman web atau blog tertentu khususnya yang didalangi pihak Umno sebagai bahan berita untuk siaran media.

Sambungnya, sebagai contoh sebuah akhbar harian hari ini yang mendakwa beliau telah menyindir keluarga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga tidak benar.

“Tidak betul macam tu, kenapa saya nak sindir Tuan Guru, saya sendiri ada keluarga, ada adik-adik, bahkan adik saya sendiri pernah ditemuduga oleh sebuah agensi kerajaan negeri beberapa tahun lalu.

“Saya nasihatkan agensi kerajaan ni jangan ambil adik saya walaupun berkelayakan, saya lakukan demikian untuk menjaga imej kerajaan negeri disamping ingin mengelak tuduhan-tuduhan macam ni dari pihak yang tidak bertanggugjawab,”ujarnya.

Sambungnya lagi tulisan dalam blognya sebelum ini bukan bermaksud menuding sesiapa, apa lagi kepada Tuan Guru.

Sambungnya, akhbar hari ini memetik kenyataannya dalam blog beliau itu kononnya menyindir Tuan Guru, seolah-olah ingin melaga-lagakan beliau dengan Tuan Guru.

Menurutnya, sebelum ini beliau pernah mengemukakan surat tuntutan saman kepada akhbar Utusan Malaysia dan New Strait Times (NST) berhubung perkara yang sama.

Ketika ditanya berhubung perkembangan tuntutan saman, beliau memeberitahu setakat ini NST mengemukakan kepada peguamnya untuk berunding awal tahun hadapan.

Ketika menjawab jumlah tuntutan saman terhadap kedua-dua media terbabit beliau bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas berhubung jumlahnya.

“Saya memang tidak letak hargalah, hanya sekadar munasabah saja, lagipun apa yang saya lakukan sebagai pengajaran untuk para media sahaja, tidak lebih dari itu,”ujarnya lagi.

Dapat ganti rugi RM552,299.59 - Kerajaan diarah bayar .

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini semalam mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM552,299.59 kepada seorang lelaki yang menderita lumpuh selepas motosikal ditungganginya ditendang oleh seorang anggota polis dalam sekatan jalan raya 10 tahun lalu.

Hakim Datuk V.T Singham memerintahkan supaya bayaran yang meliputi ganti rugi khas, ganti rugi teladan dan ganti rugi am tersebut dibuat kepada Syarizan Sudirmin, 26, dari Kampung Tengah, Pulau Pangkor, Perak ekoran kejadian yang menimpanya pada 9 September 1999.

Bagi ganti rugi khas, Singham memerintahkan supaya kerajaan membayar ganti rugi khas sebanyak RM11,987.09 dan ganti rugi teladan sebanyak RM50,000 kepada Syarizan atau plaintif pertama.

Syarizan bagaimanapun hanya menerima 75 peratus atau RM490,312.50 daripada ganti rugi am yang diputuskan oleh hakim dengan alasan kejadian tersebut sebahagian daripadanya berpunca daripada tindakan plaintif sendiri.

-kosmo-

Polis Diseru Henti Membuli Rakyat Biasa

Zielah A
POLIS di Sabah diseru supaya berhenti daripada menyalahgunakan kuasa polis mereka untuk menekan, memeras, mengugut dan menyusahkan penduduk yang tidak berdosa.
Seruan berkenaan dibuat oleh mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar Ebrahim sebagai menggulas tindakan tidak profesional pihak Polis

yang secara arbitari dan sesuka hati menyaman isteri beliau tetapi tidak berani hadir ke mahkamah pada hari mereka tetapkan untuk membuat pertuduhan.

Saman bernombor AD 106735 (refer gambar) di keluarkan oleh KPL 127053 Suhaimi Bin Seman memerintahkan Zaharah Tan @ Tan Mui Ling hadir di hadapan Majistret untuk menjawab pertuduhan kesalahan trafik didakwa dilakukan oleh Zaharah di Sandakan pada 23 November 2009.

Bagaimanapun setelah tiba di Mahkamah seawal jam 08.00 pagi pada 28 Disember 2009, Zaharah bersama beberapa ahli keluarganya mendapati mereka telah diperdaya oleh Polis yang mengamal budaya kerja tidak efisyen, tidak bertanggungjawab dan bersikap biadap.

Ketika di Mahkamah seorang kakitangan Mahkamah Majistret 2 memberi tahu bahawa kesnya ada dalam senarai dan Zaharah diminta tunggu sehingga dipanggil menyebabkan beliau terus menunggu sehinggga Majistret yang bertugas keluar.

Zaharah hanya menyedari ianya diperdaya oleh Polis setelah jam lebih kurang 11.15 pagi apabila semua kes yang disebut pada hari tersebut selesai dan semua yang hadir keluar daripada Mahkamah.

“Cuti hujung tahun ini telah terpaksa kami korbankan sebab saman dikeluarkan oleh anggota Polis tidak bertanggungjawab itu memerintah saya hadir di Mahkamah pada 28 Disember 2009,” tegas Zaharah yang meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan campurtangan dalam isu berkenaan.

Tegas Zaharah, beliau sekeluarga yang sedang bercuti di Kota Kinabalu terpaksa kembali ke Sandakan dan menghabiskan masa dan tenaga datang ke Mahkamah kerana hormat kepada Undang-Undang dan tidak menyangka beliau akan diperbodohkan Polis.

Lebih menjengkelkan dan menambah deritanya, Zaharah menekankan sikap tidak professional kakitanggan mahkamah yang seolah-olah bersubahat dengan polis enggan ‘mencatatkan’ (endos) pengesahan bahawa beliau sendiri telah datang ke Mahkamah untuk mendengar pertuduhan tetapi pihak Polis langsung tidak kelihatan.

Pejabat Mahkamah Majistret yang pada mulanya cuba melindungi tindakan zalim dan perbuatan terkutuk Polis, akhirnya terpaksa memanggil Inspektor Kumaran untuk menyelesaikan masalah akibat ketiadaan Polis membuat pertuduhan; setelah keluarga Zaharah meminta mahkamah tidak bersubahat dengan Polis melakukan jenayah sebaliknya mengambil sikap berkecuali selaku pengadil.

Oleh kerana tidak puas hati dengan budaya kerja polis Sandakan yang memperbodoh dan memperdaya orang ramai, Zaharah, dengan diiringi suami dan beberapa ahli keluarganya, membuat aduan kali kedua kepada Polis di Balai Polis Sandakan terhadap semua anggota polis yang bersubahat menyalahguna kuasa mereka untuk menyusahkan rakyat.

Menurut fakta, kes krew Sabahkini.net mendapati saman dikeluarkan terhadap Zaharah adalah atas kesalahan membuat U Turn di tempat yang ‘kononnya‘ tidak dibenarkan.

Menurut Zaharah, sejak bertahun kawasan tersebut adalah tempat pusingan para pemandu dari arah Kg BDC ke Bandar Sandakan untuk berpatah balik ke arah BDC dan tidak terdapat sebarang tanda ‘No U-Turn’.

Apabila ditahan anggota Polis Trafik yang bertugas pada hari tersebut yang sama sekali enggan mendengar keteranggan dan alasan Zaharah lalu tanpa bersandarkan kepada fakta dan Undang-Undang telah mengeluarkan saman.

Sebagai tindak balas, Zaharah telah membuat laporan kepada Polis tentang tindakan arbitari anggota Polis Trafik berkenaan tetapi sehingga kini aduan Zaharah langsung tidak disiasat. Walaupun berulang kali Zaharah cuba hubungi Pegawai Penyiasat, namun beliau tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan.

Dalam pada itu, suami Zaharah, Hassnar memaklumkan beliau menasihati isterinya agar membuat laporan polis terhadap segala salah laku yang dilakukan anggota polis.

“Daripada pengalaman saya, polis pernah minta maaf daripada saya, tetapi kemudiannya mereka dakwa saya di mahkamah atas kesalahan yang mereka sendiri lakukan, kemudian bersandiwara mohon maaf. Beberapa bulan kemudian mereka dakwa saya di mahkamah seolah-olah saya melakukan kesalahan jenayah,” tambah Hassnar yang tidak gentar menghadapi polis dan mengheret mereka ke Mahkamah Undang-Undang.

-sabahkini-

"Pengganas Perak" dihalau keluar dari Amerika

usinwafer
"Selamat Jalan...jangan lupa register nama lain bila sampai di Malaysia..tukar nama jadi "Ketua Pengganas Perak" tau !!!

AS halang Zambry masuk kerana didakwa pengganas
sumber; freemalaysiatoday.com

Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.

Sumber tersebut memberitahu Suara Keadilan keadaan itu menimbulkan kecurigaan pada pihak keselamatan dan Zambry gagal meleraikan syak wasangka pegawai AS berkenaan.
Zambry tidak ada pilihan kecuali menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.

usinkata; huhuhuh..Lanun dari Pulau Pangkor sudah kena getah !!!..sudahla di Perak sendiri di cap "Pengganas"..nak masuk Negara Pengganas pun kena reject..
Itula pasal..kenapa tak regeister dulu..baru la bole masuk..apasal la bangang sangat nie..
So..esok pegi kat Jabatan Pendaftaran ..register nama baru.."Pengganas Perak"...ok..confirm Obama bg greenlight jejak negara dia..