"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Bakal bapa maut dilanggar murid 11 tahun


Beijing: Seorang lelaki di timur China yang bakal bergelar ‘bapa’ maut selepas dilanggar oleh seorang murid berusia 11 tahun yang memandu sebuah kereta curi dan kemudian melarikan diri.

Mangsa, 30, dilanggar di Taicang, Suzhou di wilayah Jiangsu pada petang Isnin yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja ketika sedang melintas jalan, laporTaicang Daily.

Kereta itu dipandu selepas kemalangan itu, menurut laporan itu.

Lelaki itu, yang namanya tidak dinyatakan, mula-mula tercampak ke arah sebatang pokok sebelum jatuh ke tanah.

Dia meninggal dunia di hospital pada hari berikutnya.

Isteri lelaki dijadualkan akan melahirkan anak pertama mereka dalam masa dua minggu, kata laporan itu, memetik bapa mangsa.

Tidak lama kemudian dipastikan bahawa pemandu yang terlibat dalam kes langgar ini adalah murid sekolah rendah yang ‘gila’ kereta, kata laporan itu, memetik polis tempatan.

Budak lelaki itu telah mencuri sebuah kereta yang tidak dikunci dari agensi sewa kereta tempatan dan menukar lorong untuk memotong kereta lain apabila kemalangan itu berlaku.

Laporan itu tidak menyatakan tentang nasib dan tindakan terhadapnya. – South China Morning Post
-kualalumpurpost

Pas Selangor makin serba salah

Ong Boon Teck
BERIKUTAN perjanjian kerjasama yang ditandatangani antara Pakatan Harapan dan Bersatu baru-baru ini, menyebabkan kedudukan Pas Selangor yang menjadi salah satu parti dalam kerajaan Selangor kini semakin serba salah dan tertekan.

Melalui perjanjian itu, Pakatan Harapan dan Bersatu bersetuju meletakkan seorang calon pembangkang sahaja untuk menentang BN, dan kedua-dua parti itu turut bersetuju berunding dengan parti (Pas) yang belum berada di dalam perjanjian ini.

Analisis berita oleh Oriental Daily meramalkan, sekiranya Pas Selangor terus menangguhkan masa untuk mengadakan rundingan dengan Pakatan Harapan dan Bersatu, ia sudah pasti merugikan pucuk pimpinan Pas Selangor, lebih-lebih lagi dari segi pembahagian kerusi pada PRU14.

Akhbar ini menulis, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad dipercayai selama ini menaruh harapan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan, bagaimanapun hasratnya tidak mendapat restu pucuk pimpinan Pas pusat sehingga hari ini.

"Selain itu, keputusan yang masih tidak menentu Pas Selangor ini, akan diambil kesempatan oleh Amanah dan Bersatu. Kedua-dua parti ini akan mendapat sokongan undi daripada kalangan pengundi anti Umno. Apabila berlaku keadaan ini, Pas Selangor seharusnya menyalahkan diri sendiri," tulis akhbar ini.

Menurut akhbar ini lagi, sekiranya berlaku perlawanan tiga penjuru, ia tidak pernah memihak kepada parti pembangkang. Keputusan pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, Jun lalu menjadi contoh paling jelas.

Pas akan menghadapi laluan sukar di kawasan Melayu, sekiranya berlaku pertembungan dengan calon Pakatan Harapan dan BN.

"Tidak dinafikan, Amanah dan Bersatu masih lemah di akar umbinya, namun kerjasama dijalankan kedua-dua parti ini tidak mustahil mampu menarik sokongan daripada segelintir penyokong Umno dan Pas, ditambahkan lagi pengaruh oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kemungkinan pembangkang mampu cipta kejutan di Selangor," kata akhbar ini.

Minta mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani ulas video ini kalau betul BR1M bukan rasuah


BR1M rasuah: Harussani nasihatkan Mahathir
MALAYSIA DATELINE

Tun Dr Mahathir Mohamad diminta berhenti daripada terus mencari jalan menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dengan membuat dakwaan tidak berasas termasuk menuduh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai wang rasuah.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu dinasihat menggunakan baki usia yang ada untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan seharian. Sambil menyifatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebagai orang kecewa dan putus asa, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menasihatkan Dr Mahathir supaya menghentikan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai.

Katanya, dakwaan BR1M sebagai wang rasuah adalah satu penghinaan kepada kerajaan dan penerima kerana bantuan itu adalah antara program ke arah menjayakan konsep negara berkebajikan, malah tindakan sama dilakukan Dr Mahathir dalam isu pemberian bantuan wang ehsan khusus kepada rakyat Terengganu.

"Dr Mahathir tidak berhak mengeluarkan fatwa mengenai BR1M kerana beliau bukan orang alim, malah beliau mungkin tidak memahami takrif rasuah.

"Saya nasihatkan berhentilah mencari jalan menjatuhkan orang dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan, lebih baik beramal di hujung hayat yang masih ada.

"Tuduhan Dr Mahathir itu akhirnya akan menimbulkan kebencian rakyat sedangkan beliau tahu siapa saja yang makan rasuah sudah tentu masuk neraka sedangkan bantuan itu adalah antara program kebajikan untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik.

"Sikap Dr Mahathir itu jelas menggambarkan beliau sebagai orang yang kecewa dan berputus asa apabila parti baharu yang ditubuhkan itu gagal meraih sokongan dan sambutan daripada rakyat," katanya seperti dilapor BH, hari ini.

Harussani berkata, adalah jelas program BR1M bukan rasuah kerana semua golongan tanpa mengira bangsa dan ideologi politik menikmati bantuan itu.

Gambar Kemalangan Bas ekspres:Senarai mangsa 14 maut




Empat belas maut manakala 16 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Pagoh awal pagi ini.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Mohd Yusof Mohd Gunnos berkata kemalangan yang berlaku berdekatan Kampong Jayo itu, turut mengorbankan pemandu dan seorang kanak-kanak.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.59 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 45 minit kemudian.


"Seramai 27 anggota bomba dari tiga balai iaitu Muar, Yong Peng dan Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian," kata Mohd Yusof ketika dihubungi.

Kesemua mangsa yang terkorban dan cedera dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, kata beliau.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.10 pagi, katanya.

----------------------
Berikut ialah senarai 14 mangsa yang maut dalam kemalangan di kilometer 137.3, Lebuh Raya PLUS, arah ke utara berhampiran
kawasan R&R Pagoh awal pagi tadi.

Senarai disahkan Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob.

Mangsa yang maut adalah 12 warga tempatan (empat lelaki, lapan perempuan) dan dua wanita warga Singapura.

Senarai mangsa ialah :

1. Mohd Hisham Wahab (Malaysia)
2. Nor Saidatul Akmal Idris (Malaysia)
3. Norfazillah Abu Bakar (Malaysia)
4. Jasmine Kaur (Malaysia)
5. G. Palanivelan (Malaysia)
6. V. Renugah (Malaysia)
7. Nur Amira Izzaty Mohd Razip (Malaysia)
8. Abdullah Hadi Yusof (Malaysia)
9. Wong Koh Chan (Malaysia)
10. Zakeer Zubir (Malaysia)
11. Nur Natasya Zahara Zakeer (Malaysia)
12. Au Poi Kiew (Singapura)
13. Hamimah Mamo (Singapura)
14. Suriyah Abd Hamid (Malaysia)

Mangsa yang cedera dalam kemalangan bas ekspres tersebut pula ialah :


1. Muhammmad Hilmi (Singapura)
2. Mustafa Yasin (Singapura)
3. Govinda Raj (Singapura)
4. Mohd Syed (Singapura)
5. Alifah Mohd Said (Singapura)
6. Muhammad Fitri (Singapura)
7. Muhamad Juhaify Zakaria (Malaysia)
8. Muhammad Syafiq (Malaysia)
9. Mohamed Taufik (Malaysia)
10. Cyril Joseph ((Malaysia)
11. R. Nagadevan (Malaysia)
12. Kesavan (Malaysia)
13. Muhammad Abdullah (Malaysia)
14. Zaw Oo (Myanmar)
15. Ralza Uk (Myanmar)
16. Wanita (isteri pemandu)

ACP Azman berkata, kesemua mereka yang cedera dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Sehingga kini empat daripada 16 yang cedera telah dibenarkan keluar iaitu Muhamad Juhaify, Muhammad Syafiq, Mohamed Taufiq dan Ralza Uk, katanya kepada pemberita.
-Bernama

Untuk para pentaksub Iran saksikan video ini




Hadi sedia lepas jawatan KUIS

Hadi sedia lepas jawatan KUIS, lapor web pro Pas
MALAYSIA DATELINE
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia meletakan jawatannya di Kesatuan Ulama Islam Sedunia (Kuis) sekiranya lawatannya ke Tehran tidak sesuai dengan dasar pertubuhan itu.

Abdul Hadi dipetik berkata demikian dalam laporan sebuah laman web pro Pas Buletinonline hari ini.

Beliau dilaporkan telah menghantar surat penjelasan kepada Kuis dan bersedia meletakkan jawatan sekiranya ia tidak sesuai dengan dasar pertubuhan itu.

“Dan bila ada desakan ini...saya dah tulis surat kepada KUIS (dan menyatakan) bahawa itu pendirian saya. Saya tidak terpengaruh dengan dasar Qatar, dasar Arab Saudi atau dasar Emirate (Arab Bersatu),

“Apa lagi saya terkilan dengan (sidang) Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dua minggu lalu yang turut disertai oleh Perdana Menteri British,”tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media apabila ditanya tentang kedudukan beliau dalam KUIS dan pemergian beliau ke negara Iran,selepas kuliah mingguannya di masjid Rusila.

Beliau mempersoalkan kehadiran British dalam sidang tersebut yang bukan terdiri daripada negara Teluk Parsi dan telah membuat resolusi untuk bersama menentang Iran.

“Bukan untuk menentang Israel! (mahu) menentang Iran…..ini apa makna? Ini satu perkara yang sangat kacau di Asia Barat,”ujarnya.

Beliau menjelaskan, Pas ada pendirian sendiri dalam menghadapi kemelut di Timur Tengah sejak dari Perang Teluk yang pertama dahulu, yang mungkin berbeza pada pandangan pihak lain.

Abdul Hadi juga menegaskan Pas adalah Sunni dan bukannya pengikut Syiah serta membaca politik antarabangsa, bukan hanya dengan pandangan lahir yang sempit.

Menegaskan lagi pendiriannya itu beliau mahu Kuis teguh berdiri, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau pun negara.

Katanya, beliau pergi ke persidangan di Iran pada minggu lalu kerana beliau adalah ahli kepada ‘Majma’ Taqrib’ yang ditubuhkan dalam tahun 1980.

“Saya hadir ke program tahunan setiap tahun di situ, kecuali saya uzur...dan saya hadir bukan kali pertama saya hadir,

“Dan saya hadir dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama tanpa mengira Sunni dan Syiah mereka perlu bersatu dan saya kritik Iran (dalam ucapan saya),”jelas Ahli Parlimen Marang ini.

Tegasnya lagi, beliau tidak tunduk kepada mana-mana kerajaan dan terpengaruh kepada Barat atau Timur serta bercakap atas kepentingan Islam semata-mata.

Haji Hadi belum percaya Dr Yusuf al-Qaradawi mengecam tindakkannya mengunjungi Iran

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan beliau belum memastikan sama ada teguran Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) terhadapnya benar-benar dibuat Dr Yusuf al-Qaradawi.

Kata Abdul Hadi, ulama dihormati ramai itu kini dalam keadaan uzur dengan telinga kurang mendengar dan mata pula "tak berapa nampak".

"Beliau uzur jadi saya tidak tahu sama ada kenyataan beliau itu benar atau tidak. Atau mungkin daripada orang lain," jelasnya.

Bagaimanapun pada masa sama Abdul Hadi menjelaskan beliau sudah menulis surat kepada kesatuan berkenaan bagi menjelaskan isu kunjungannya ke Tehran, Iran baru-baru ini.

Menurut laporan disiar Utusan Online, Abdul Hadi yang juga naib ketua KUIS menyatakan kesediaannya meletak jawatan.

Tambahan pula, katanya, beliau bukan meminta jawatan berkenaan sebaliknya dilantik.

Abdul Hadi bercakap kepada media di kediamannya di Rusila, Kuala Terengganu hari ini.

Kata Abdul Hadi surat berkenaan dihantarnya kepada KUIS empat hari lalu.

Ditanya bila kali terakhir bertemu al-Qradawi, Abdul Hadi menjelaskan beliau berjumpa dengan ulama berpangkalan di Qatar itu "dua tiga bulan" lalu, dipercayai sempena pertemuan pemimpin KUIS.

Kata Abdul Hadi, beliau "terpaksa menjadi pengerusi mesyuarat" kerana pimpinan lain "pun uzur dan tua-tua semuanya".

Mesti ada pendirian sendiri

Abdul Hadi sebelum ini menjadi sasaran kecaman beberapa pihak yang tidak senang dengan kunjungan beliau ke Tehran ketika konflik di Syria masih berpanjangan.

Iran dianggap satu daripada negara asing yang membantu Presiden Bashar al-Assad menundukkan pemberontak terutama di Aleppo.

Perang di Syria juga ditafsir kebanyakan pihak sebagai pertembungan antara kumpulan Syiah dan Sunni.

Walaupun ada beberapa pimpinan PAS pada awalnya menegaskan Abdul Hadi ke Tehran mewakili KUIS, ketua dewan ulama parti berkenaan, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali kemudian mengesahkan ia adalah mewakili PAS.

Katanya PAS mempunyai pendirian politik tersendiri bagi sebarang krisis yang berlaku di Timur Tengah termasuk melibatkan Syria, Yaman, Iraq dan Palestin.

"Pendirian tersebut sama sekali tidak akur atau tunduk kepada sebarang kepentingan mana-mana pihak yang melakukan kezaliman dan penindasan, malah PAS sentiasa bersuara lantang bersemuka dengan golongan yang zalim dan menindas," katanya.


Menurut anggota parlimen Marang itu beliau menulis surat kepada Setiausaha Agung KUIS, Prof Dr Ali Qaradaghi, meminta supaya pertubuhan itu memberikan pandangan tanpa pengaruh pihak lain.

"Saya mahu KUIS ada pendirian sendiri, tidak dipengaruhi oleh Qatar atau mana-mana negara," katanya.

Pada masa sama, Abdul Hadi menegaskan bukan semua rakyat Iran berfahaman Syiah, malah "30 peratus daripada mereka" adalah penganut Sunni.
-malaysiakini

Kita tertipu kalau kita kata Iran (syiah) bermusuh dengan Amerika (video)


Pimpinan Amanah bercanggah dengan Mat Sabu mengenai Hadi

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Sehari selepas kenyataan Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Penasihat Umum Ahmad Awang mempertahankan tindakan presiden PAS hadir di sebuah persidangan perpaduan mazhab di Iran, beberapa pemimpin lain parti itu dilihat membuat pendirian berlawanan.

Malah Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad bercanggah pandangan dengan Mat Sabu, dengan mengkritik kehadiran Hadi pada Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah di Tehran yang mengumpulkan pemimpin gerakan Islam, NGO dan aktivis mewakili mazhab Sunni dan Syiah.

“Amanah berpandangan bahawa menghadiri ‘Muktamar Perpaduan Ummah’ dan beramah mesra dengan pimpinan Iran di waktu rakyat Syria khususnya di Aleppo dibunuh adalah satu tindakan yang tidak wajar,” kata Khalid.

Sebelum ini, beberapa pihak mengkritik lawatan Hadi ke Iran, kerana menganggap Tehran bersekongkol dengan regim Bashar Assad dalam konflik di Syria.

Mat Sabu sebelum ini berkata lawatan Hadi itu tidak perlu dikaitkan dengan serangan terkini di Aleppo, yang mengundang kecaman disebabkan kehilangan nyawa orang awam.

Menurut Mat Sabu, persidangan di Tehran itu merupakan rutin tahunan dan diadakan pada setiap bulan Rabiul Awwal sempena sambutan kelahiran Nabi Muhammad.

Sementara itu, Khalid turut mempertikaikan laporan FMT semalam yang memetik Mat Sabu sebagai mempertahankan lawatan Hadi itu yang mengundang kritikan beberapa pihak.

Menurutnya, tidak timbul Mat Sabu membela Hadi, tetapi beliau sekadar menceritakan latar belakang program tersebut.

Konflik Syria yang masuk tahun ke-5 sudah mengorbankan puluhan ribu orang awam, dan turut membabitkan kumpulan yang menaikkan sentimen permazhaban termasuk militan IS.

Susulan kritikan itu, Hadi menjelaskan secara panjang lebar mengenai konflik di Syria, dan menasihati pengkritiknya tidak terpengaruh dengan dakyah di media mahupun media sosial yang cuba memburukkan Iran yang bermazhab Syiah.

“Isu Sunni dan Syiah ditiupkan supaya membakar. Selepasnya beberapa tokoh ulama rasmi dan tidak rasmi mendukung kenyataan yang membakar itu,” kata Hadi.

Sementara itu, pimpinan tertinggi Amanah akan melancarkan tabung kemanusiaan membantu mangsa di Aleppo hari ini.

Siasat Mahathir lebih kelakar dari aksi berkemban Jamal

MALAYSIA DATELINE
Aksi lucu berkemban di Pejabat Menteri Besar Selangor oleh Datuk Seri Jamal Yunos dan sidang media bisu Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow tidak dapat melawan pengumuman kerajaan untuk menyiasat Tun Dr Mahathir.

Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, yang menyifatkan Malaysia tidak pernah sunyi daripada cerita berunsur jenaka.

"Bayangkan Mahathir yang kini sudah bukan sahaja berpangkat datuk tapi moyang, dalam usianya yang jauh 91 tahun, disiasat kerana dituduh ‘terlibat dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen’ setelah jadi Perdana Menteri selama 22 tahun!" katanya.

Hal tersebut diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Nur Jazlan, baru-baru ini.

“Beliau memaklumkan bahawa Tun Mahathir tidak akan terlepas daripada disiasat mengikut Seksyen 124C atas cubaan memudaratkan demokrasi berparlimen,” ujar Kit Siang dipetik Roketkini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, negara bakal menjadi bahan ketawa dunia jika pengasas yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu disiasat polis berhubung dakwaan berkenaan.

Pagi kelmarin, Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berdiri di hadapan pagar Pejabat MB Selangor dengan aksi bertuala dan berus gigi terselit di celah telinga sebagai protes terhadap isu bekalan air di negeri itu.

Manakala pada hari yang sama di Pulau Pinang, Chang Yeow melakukan aksi gimik berpelekat mulut dalam sidang medianya sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri berhubung isu Pulau Jerejak.

"Mungkin Harith Iskandar, yang telah berjaya merangkul gelaran individu paling kelakar di dunia, patut berikan takhtanya itu kepada dua orang badut yang beraksi sarkas di Selangor dan Pulau Pinang," kata Kit Siang

Tidak wajar bermesra dengan Iran ketika Aleppo dibom - Parti Amanah Negara

MALAYSIA DATELINE

Hadi bersama ulama Iran ketika Aleppo teruk dibom oleh tentera Basyar dan sekutunya termasuk Iran.
Parti Amanah Negara tidak bersetuju dengan tajuk berita sebuah portal yang menyebut "Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran" kerana bagi parti itu, menghadiri 'Muktamar Perpaduan Ummah' dan beramah mesra dengan pemimpin Iran di waktu rakyat Syria khususnya di Aleppo dibunuh adalah satu tindakan yang tidak wajar.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad, dalam satu kenyataan berkata, ada portal berita yang telah meletakkan tajuk berita "Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran".

Namun, katanya apabila isi kandungan berita tersebut dibaca, tiada terdapat walaupun satu ayat yang menyatakan sokongan terhadap lawatan tersebut.

Menurutnya, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, sekadar menceritakan latar belakang program tersebut.

Ianya adalah program tahunan sempena Maulidur Rasul di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah hadir hampir setiap tahun sejak ianya dimulakan 30 tahun dahulu.

Apabila Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang ditanya pandangannya mengenai kehadiran Abdul Hadi pada program tersebut, beliau menjawab "itu hak dia", kata Khalid.

"Presiden dan Penasihat Umum Amanah sengaja tidak mahu menjawab dengan lebih panjang lagi. Jawapan yang diberikan bukan satu pembelaan atau sokongan terhadap lawatan Abdul Hadi.

"Ianya sekadar jawapan ringkas kerana tidak mahu dilihat 'mengambil kesempatan' mengkritik tindakan Presiden Pas itu demi keuntungan politik," jelas beliau.

Bagi Khalid, memadai untuk dijelaskan bahawa Ustaz Ahmad Awang dan Timbalan Penasihat Umum Amanah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin turut menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan.

"Kedua-dua mereka bagaimanapun tidak hadir," kata Khalid yang dipercayai merujuk kepada persidangan yang dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Tehran baru-baru ini.

Janda dituduh tumbuk muka bekas suami


Janda dituduh tumbuk muka bekas suami Tertuduh berjubah hitam menutup mukanya ketika dibawa keluar mahkamah
AYER KEROH - Seorang janda beranak dua dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menumbuk muka bekas suami pada Mei lalu.

Tertuduh, Raihana Anuar, 29, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norina Maludin.

Mengikut pertuduhan, Raihana didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara menumbuk muka Mohamad Hatta Mohamad, 33, dalam kejadian di 9612-1 Taman Datin Fatimah, Bukit Rambai, pada jam 8 malam 16 Mei lalu.

Oleh demikian, dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit bersalah.

Terdahulu, kes pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Azri Zakaria memohon mahkamah menawarkan jaminan RM2,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Raihana yang diwakili peguam Hazri Hanafi merayu mahkamah mengenakan jaminan rendah dengan alasan tertuduh merupakan ibu tunggal beranak dua yang berusia empat dan tiga tahun, selain hanya bekerja sebagai pembantu tadbir.

Setelah mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Norina mengenakan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Februari depan untuk serahan dokumen.
-sinarharian

Gambar Ratu Naga dibaling telur, disimbah air berwarna merah oleh penyokong Jamal

DALIA ISMAIL
Ratu Naga dan beberapa ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang mengadakan demonstrasi balas isu air mendakwa diserang dan dipukul di hadapan rumah Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunus dalam insiden simbah air dan baling telur pagi ini.

Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah bersama beberapa ahli NGO dari Pertubuhan Sinar Ehsan dan Kelab LLL Malaysia telah berkumpul di hadapan rumah Jamal pada jam 10 pagi tadi.

"Saya dan NGO nak bagi bantuan air ke rumah Jamal.

"Tapi bila saya tiba pada jam 10 pagi Jamal bersama lebih kurang 30 orangnya (penyokong) mengepung saya dan saya keluar dari kereta sebab nak hantar bantuan air saya diserang dan dipukul oleh penyokongnya," ujarnya ketika itu beliau bersama enam orang menaiki dua buah kereta telah diserang.

Dakwanya pergaduhan tercetus apabila salah seorang penyokong Jamal telah mencampakkan baldi air ke arahnya dan lari lalu bermula pergelutan dengan membaling telur ke arah mereka.

"Berlaku pergaduhan di situ dan saya terpaksa bergelut dengan orang Jamal sambil dilindungi suami saya.

"Saya tak berganjak tetap bergelut. Mereka kata jangan kacau Jamal...jangan kacau Jamal," ceritanya kepada Malaysia Dateline.

Menurut Ratu Naga yang kini menjadi ahli PKR berkata, beliau tidak faham mengapa hasratnya dan NGO terbabit untuk menghantar bantuan air Jamal dan penyokongnya bertindak sedemikian?

"Jadi selama ini Jamal hanya politikkan isu ini untuk perhatiannya. Bila kami NGO kebajikan nak hantar air, mereka serang kami pula," ujarnya.

Justeru katanya lagi, beliau akan mengadakan sidang akhbar di Restoran Pelita Jalan Ampang tengahari ini untuk menjelaskan lanjut insiden berlaku pagi tadi di hadapan rumah Jamal.

Semalam Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar mengadakan protes tiada air di hadapan bangunan SUK Selangor untuk membenarkannya mandi di pejabat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali kerana beliau tidak mandi selama empat hari.

Ratu Naga disimbah air berwarna merah oleh penyokong Jamal.

Apa hukum bunuh isteri sebelum dirogol depan mata?


KITA mungkin tidak pernah terfikir untuk bertanya soalan sebegini namun berbeza situasinya di daerah bergolak Aleppo, Syria.

Akibat bimbang dengan nasib atau kekejaman yang bakal dialami oleh ahli keluarga mereka terutama perempuan, lelaki di sana berfikir hingga ke tahap ini. Soalan ini telah dilontarkan kepada ahli agama Muhammad Al Yaqoubi.

"Kami menerima soalan sebegini dari Aleppo, bolehkah seorang lelaki membunuh isteri atau kakak sebelum dia dirogol oleh tentera Assad di hadapannya?


Ini pula jawapan daripada beliau.


"Adalah haram membunuh atas sebab takut dirogol atau pun membunuh diri. Kesabaran itu penting. Ganjaran menanti di akhirat.

Membaca kenyataan ini sebenarnya amat menyentuh hati. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan saudara seagama kita di sana.

Baca lebih banyak artikel lagi di www.vanillakismis.my
-sinarharian

Video-video ini boleh menjawab dakwaan Tuang Presideng parti islam





Apa muslihat cadangan gabung Amanah dengan PKR

Membaca nawaitu cadangan gabung Amanah dengan PKR
Mohd Sayuti Omar

Cadangan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya Parti Amanah Negara (Amanah) bergabung dengan partinya (PKR) ditolak dengan penuh hormat oleh Salahuddin Ayub.

Sebelum ini Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga dilaporkan mengambil sikap sama.

Penolakan itu tepat, jauh sekali menunjukkan Amanah sombong atau pun angkuh. Keperluan dihasratkan Azmin itu ada kulihanya tetapi bukan waktu ini. Ia juga dianggap anti klimeks disaat Amanah baharu selesai mengadakan konvensyen dan berjaya menunjukkan kekuatannya kepada khalayak.

Kata Sallahuddin dalam satu kenyataan, penggabungan kedua-dua parti itu tidak berbangkit buat masa ini. Laras bahasa Salahuddin lunak ia menggambarkan begitulah juga lemah lembut dan berhemah siasahnya.

Menurut Salahuddin penubuhan Amanah adalah untuk mengisi posisi serta melanjutkan perjuangan Islam yang mengambil pendekatan inklusif dan progresif untuk bersama mensejahtrakan rakyat dan negara.

Dalam hubungan itu pewujudan Amanah pastilah sebagai parti ganti (alternatif) kepada Pas yang sudah tergelicah dari landasan politik kontemporari dan kontra dengan trand politik terkini dengan kembali menjadi jumud semula, maka kewujudan Amanah adalah ketumbukan baharu rakyat berhadapan dengan kebejatan UBN.

Ini ditegaskan Salahuddin; "Parti Amanah bersama Keadilan dan DAP menububuhkan Pakatan Harapan (PH) sekarang ini dengan kehadiran PPBM, bersama PH telah menjadikan peranan Amanah dan semua parti-parti PH dan Bersatu semakin penting dalam usaha menumbangkan BN."

Peranan Amanah bersama rakan-rakan lain sangat jelas yang tidak sepatutnya dikelabukan oleh timbalan presiden PKR itu.

Sepatutnya Azmin dan sesiapa yang mahu penggabungan itu memahami matlamat dan tujuan penubuhan Amanah. Kalau Amanah diminta bergabung dengan PKR, untuk apa para pemimpinnya bertungkus lumus sehinggakan dicerca oleh bekas rakan mereka kerana menubuh Amanah. Sepatutnya mereka batalkan sahaja niat itu langsung menjadi ahli PKR.

Bagi saya, saya tidak percaya kalau Azmin tidak memahami matlamat itu, melainkan beliau mahu menjadi populis di sebalik cadangan itu terutamanya dari kalangan Pas serta ada perkara lain yang hendak ditanguk.

Cadangan berkenaan mulanya disuarakan oleh pemimpin kecil PKR yang mana orang sudah mendapat wahyu siapa yang mencadangkan kolaborasi itu apabila menyelidiki DNA politik pemimpin kecil berkenaan dengan timbalan presiden.

Dan apabila Azmin sendiri menyuarakannya maka ia semakin jelas apakah maksud dan rahsia tersirat di sebalik cadangan berkenaan. Apakah game Azmin. Dari satu sisi, cadangan itu bukan sahaja negatif tetapi menghina Amanah kerana ia boleh menunjukkan Amanah parti lemah dan tiada potensi.

Apabila Azmin mencadangkan demikian ia membawa maksud beliau dan PKR seluruhnya tidak mempercayai keupayaan Amanah yang dipimpin oleh golongan profesional yang minggat daripada Pas. Ia juga seolah-olah menolak keberadaan Amanah dengan visi dan misinya dalam persada politik hari ini. Sudah tentu apabila Amanah dimasukkan ke dalam perut PKR, maka hilang wajah dan wibawa parti berkenaan seperti mana terkamilnya PRM dalam perut PKR.

Dari segi moralnya cadangan itu yang bagi Azmin merupakan pendekatan dan reform siasah tetapi dari terjemah lain ia menghina Amanah dan wajar kalau ada pemimpin dan penyokongnya rasa tersinggung dan kurang senang dengan idea Azmin itu.

Cadangan Azmin itu bukan sahaja tidak relevan buat masa ini tetapi ia boleh menggelisahkan orang bawahan dalam parti itu. Mereka yang menggembur atau obses untuk menjadikan Amanah sebagai pengganti Pas, - Islam progresif gelisah dan kecewa dengan cadangan berkenaan.

Cadangan Azmin itu juga tidak membantu kepada kekuatan pakatan pembangkang (PH), sebaliknya menambahkan lagi kesangsian ramai kepada tindak tanduknya dalam menerima kehadiran Amanah. Sikap Azmin yang berbelah bahagi atau pun dalam keadaan "karang cinta" dengan Pas menjadikan setengah orang meragui kepada komitmen beliau dalam Pakatan Harapan itu sendiri.

Dalam saat menjelang Piraum ke-14 MB Selangor itu diharap merapatkan saf sesama Pakatan Harapan, menguatkannya dan dalam masa sama menjinak dan membancuhkan Pas agar bersama PH bukannya cuba merelaikan Amanah secara tektikal agar bersama PKR.

Sehingga ini orang ramai tidak nampak apakah usaha Azmin ke arah menguat dan mendokong PH khususnya di Selangor? Di bawah masih ada yang mempertikaikan peranan dan cara politik selamat (play safe) dimainkan Azmin.

Logiknya beliau tidak patut mencadangkan Amanah bergabung dengan PKR, tetapi sewajarnya mencadangkan Pas supaya membuang politik lapok dan melakukan reform seperti dikehendakinya agar bersama PH. Azmin harus menjilahkan pemikiran sesetengah pemimpin dan pendokong Pas yang tidak faham-faham berpolitik serta sedia menjadi penyelamat UBN.

Azmin mungkin ada motif lain disebalik cadangan itu kerana ia boleh menyelamatkan situasi dirinya yang kritikal dan kurang selesa waktu ini. Umum tahu penerimaan beliau dalam PKR tidak menyeluruh dan ada beberapa fraksi atau individu yang kecewa dengannya. Dengan mengemukakan cadangan itu dan jika menjadi realiti ia boleh mententeramkan keserabutan politik dialaminya.

Apa diharapkan Azmin jika Amanah bersama PKR, sudah tentu beliau dapat meredakan ketengangan antara pemimpin Amanah dengan pemimpin Pas. Jauh dari itu beliau mahu membina kekukuhan dalam PKR sendiri bagi membina empayarnya. Bagi saya cadangan Azmin itu sebahagian proses mendamaikan politik pembangkang khasnya pertentangan Amanah dengan Pas yang baginya boleh merugikan pembangkang. Niat itu benar.

Cuma apa yang tidak kena cadangan itu anti klimeks dan kontras dengan semangat ditunjukkan oleh parti-parti lain khasnya DAP yang membimbing dan memberi semangat kepada Amanah untuk mengambil alih atau memenuhi kekosongan ditinggalkan Pas. Sepatutnya PKR bertindak seiring dengan DAP dalam memadukan Amanah dan juga PPBM.
http://msomelayu.blogspot.my

Gadis mati lemas gara-gara haid



Kathmandu – Seorang gadis berusia 15 tahun meninggal dunia akibat amalan adat kuno, ‘Chhaupadi’ di barat Nepal, lapor polis, hari ini.

Pegawai polis, Badri Prasad Dhakal, berkata Roshani Tiruwa dipaksa mengasingkan diri dan tinggal dalam kandang yang kurang udara kerana datang bulan. Adat itu sudah diharamkan oleh kerajaan sejak 2005.

Mayat remaja itu ditemui oleh bapanya pagi Ahad lalu dalam sebuah pondok yang diperbuat daripada lumpur di kampung Gajra, daerah Achham, kira-kira 440 kilometer dari barat Kathmandu.

“Kami menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya. Kami percaya dia mati lemas.

“Mangsa menyalakan api untuk memanaskan badan sebelum tidur di dalam kandang yang tiada pengudaraan,” kata Badri kepada Reuters menerusi telefon dari Sanfebagar, bandar utama, di sini.

Menurut kepercayaan ‘Chhaupadi,’ wanita datang bulan dianggap pembawa malang kepada masyarakat, oleh itu mereka dilarang minum susu dan dibenar makan sedikit sahaja dalam tempoh berkenaan.
-kualalumpurpost

“Saya dikurung, dipukul, ditikam”: Tiga hari derita dikurung, diseksa bekas teman lelaki

Sara ketika menerima rawatan di hospital.
PENDANG - Seorang penuntut yang sedang mengikuti pengajian sarjana di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor mengalami trauma selepas tiga hari dikurung dan diseksa oleh bekas teman lelakinya tanpa diberikan sebarang makanan, di sebuah rumah di Ampang, Selangor.

Sara (bukan nama sebenar), 27, kini berada bersama keluarganya di Kampung Banggol Kambing, Pendang, selepas seminggu menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, sejurus dibawa pulang dari Ampang.

Menurut Sara, pada Jumaat, 25 November lalu, bekas teman lelakinya yang dikenali sejak 10 tahun lalu datang ke rumah sewanya di Ampang pada jam 5 pagi.

“Saya enggan buka pintu tetapi dia pecah masuk rumah saya dan berlaku perbalahan yang berlarutan sehingga jam 8 pagi,” katanya.

Sara berkata, bekas teman lelakinya yang didakwanya juga anggota polis, mengesyaki dia ada membawa masuk lelaki ke dalam rumah.

“Dia tuduh saya bawa lelaki masuk rumah, jadi saya minta dia periksa bilik saya. Selepas gagal menjumpai sebarang bukti, dia kembali reda dan minta saya mengikutnya ke kereta pada jam 8 pagi itu.

“Saya tak nak tetapi selepas dipaksa, saya akur. Di parkir kereta, kami ada berbincang sesuatu dan berlaku sedikit perbalahan menyebabkan saya meninggikan suara dengannya.

“Disebabkan itu dia telah mengheret saya masuk ke dalam kereta dan membelasah saya.

“Saya cuba untuk meronta tetapi dia acukan pisau ke perut dan saya terpaksa diam,” cerita Sara.

Sara berkata, bekas teman lelakinya itu membawanya ke rumah sewanya di Klang.

“Setiba di sana, saya diheret masuk ke dalam bilik dan dipukul.

“Selepas puas dipukul, saya ditinggalkan semalaman seorang diri dengan pintu bilik berkunci.

Menurutnya, keesokan harinya (Sabtu), bekas teman lelakinya pulang dan berbual seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

“Namun begitu, selepas dia dapat menghidu perbuatan saya menghubungi rakan meminta bantuan dia terus menikam bahu kiri dan kanan saya dengan pisau.

"Dia gari tangan saya dan ugut nak bunuh saya. Saya dah sakit sangat-sangat dan tak mampu nak buat apa-apa selain berdoa.

"Saya juga dipaksa minum cecair pelembut dan telah disemburkan penyembur serangga ke muka,” katanya.

Sara berkata, dia juga ditikam lima kali iaitu di bahu kiri dan kanan, di paha kiri dan kanan serta di lutut kiri, sehingga tidak mampu untuk bergerak.

“Saya hanya mampu lihat darah penuh di lantai. Sepanjang saya diseksa, saya ada terdengar perbualan telefon antara dia dan kawannya. Mereka rancang nak bunuh dan buang saya di Sungai Klang.

“Pada hari Ahad (malam) saya merayu pada dia untuk ke hospital sebab sakit sangat dengan darah tidak berhenti keluar.

“Pada mulanya saya dibawa ke hospital swasta dan dipindahkan ke Hospital Klang kerana dia tak mampu membayar kos rawatan,” katanya.

Semasa di hospital di Klang, Sara telah meminta pihak hospital menghubungi rakannya dan meminta rakannya untuk menghubungi keluarganya.

“Bila keluarga saya sampai, saya terus cerita perkara sebenar. Pada hari Selasa, saya pulang ke Kedah bersama keluarga dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk pembedahan mata," katanya.

Mengimbau sejarah lalu, Sara berkata, dia pernah dipukul pada 2009 dan menarik kembali laporan polis selepas kasihankan bekas kekasihnya itu.

“Kami sudah lama putuskan hubungan dan dia pun dah bertunang dengan wanita lain. Februari lalu dia putus tunang dan datang mengganggu saya semula,” cerita Sara.

Sementara itu, bapa Sara memberitahu anaknya masih trauma dengan kejadian itu.

Menurutnya, setiap malam dia akan pastikan anaknya itu tidur terlebih dahulu.

"Saya rasa sedih sebab sehingga sekarang lelaki terbabit masih lagi mengganggu anak saya dengan mesej yang berbaur pujukan dan ugutan.

“Saya tertanya-tanya apakah tiada tindakan undang-undang yang dikenakan kepada lelaki berkenaan,” katanya dengan nada kesal.

Menurutnya, Sara adalah anak harapannya kerana dia anak sulung daripada empat beradik.

“Saya nak pembelaan dan keadilan untuk anak saya serta jaminan keselamatan untuknya kerana dia perlu ke Ampang semula bagi menghabiskan pengajian sarjananya,” katanya.

Sara yang mengalami kecederaan teruk juga terpaksa menerima lapan jahitan di mulut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berkaitan kes berkenaan.

“Laporan berkaitan kes ini telah dihantar ke Balai Polis Pandan Indah dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 324 dan 506,” katanya.
-sinarharian

Khalwat: Seorang imam sebuah masjid di Melawati dan bekas ustazah didenda

Kuala Lumpur – Seorang imam sebuah masjid di Melawati dan pasangannya masing-masing didenda RM2,900 dan penjara 14 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini atas pertuduhan berkhalwat di dalam sebuah rumah, hujung Julai lalu.

Mohd. Noruddin Salam Naluwi, 29, dan Siti Khadijah Md. Ghazali, 27,yang merupakan bekas ustazah di pusat Islam sebuah universiti awam itu masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah lelaki itu di No. 50, Jalan C10, Taman Melawati dekat sini, kira-kira pukul 3.30 pagi, 30 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Tuan Sara Waheeda Tuan Dir mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.
-utusanonline

Wanita dakwa temui 20 barangan milik mangsa MH370 (Gambar)


Wanita dakwa temui 20 barangan milik mangsa MH370
PERTH - AUSTRALIA. Kasut, beg tangan, dompet, topi dan selipar bewarna coklat dan itu antara 20 barangan yang dipercayai datang dari pesawat MH370 yang hilang.

Kesemua barangan itu berada di kediaman Sheryl Keen di Perth, barat Australia.

Sheryl, 52, yang bekerja dengan penyiasat amatur MH370, Baline Gibson yang menyiasat sebarang petunjuk yang boleh membawa penemuan pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Mac 2014.

Penemuan penting barangan adalah selipar yang sama dengan apa yang dipakai salah seorang wanita yang dirakam melalui CCTV di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Selipar yang disifatkan sebagai 'cinderella' itu menjadikan Sheryl yakin ia dalah datang dari bangkai pesawat malang itu.

"Dari mana lagi ia datang?

"Kami melihat sejumlah besar barangan peribadi yang ditemui adalah dalam keadaan yang sama dan semuanya ditemui di sepanjang pantai Riake di Madagascar.

"Dan kawasan tersebut menurut pakar yang merupakan lokasi berkemungkinan untuk mencari barangan pesawat itu," katanya dipetik Mail Online.

Sheryl berkata, daripada semua penemuan setakat ini, salah satu yang membuatkannya teruja adalah selipar coklat berkenaan.

"Wanita dalam gambar memakai selipar dengan stokin putih," katanya.

Setelah kehilangan suami iaitu seorang juruterbang pertanian yang maut dalam nahas kapal terbang pada tahun 2009, Sheryl mengasaskan Air Crash Support Group Australia (ASGA) dalam usaha untuk menyokong keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam bencana.

"Ketika MH370 hilang banyak kumpulan dalam talian telah diwujudkan.

'Saya menyertai kumpulan bersama-sama dengan Blaine dan kami bercakap tentang apa yang kami berdua lakukan.

"Blaine datang ke Australia dan dia keluar untuk mencari barang dan ada yang diserahkan kepada pihak berkuasa Madagascar dengan harapan ada rakyat Malaysia datang dan mengambilnya, namun tiada siapa yang berbuat demikian," katanya lagi.

Mengambil semula barangan daripada pihak berkuasa Madagascar, kumpulan ASGA merancang untuk menyerahkan kepada Polis Persekutuan Australia.
-sinarharian