"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

"Pada 21 Februari lalu, saya ada di rumah Anwar"

Selatanonline
“Mustahil Anwar terlibat video salah laku seks memandangkan saya bersama beliau pada petang hari kejadian,” demikian kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Dungun, Abd Rahman Yusof. 

Beliau berkata demi-kian ketika mempersoalkan video salah laku seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. 

Abd Rahman menganggap isu yang kononnya dibongkar satu kumpulan diketuai Datuk ‘T’ itu hanyalah fitnah sambil menyifatkannya melampau dan melebihi had. 

“Pada 21 Februari lalu, saya ada di rumah Anwar kerana terlibat dengan mesyuarat staf bagi tujuan pengurusan program pada bulan itu dan Mac ini. Jadi bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, sedangkan kami bersama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Seorang individu menggelari dirinya Datuk ‘T’ mendedahkan kepada media didakwa rakaman video salah laku seks pemimpin tertinggi PKR di hotel. 

Rakaman berdurasi 21 minit itu menunjukkan individu terbabit mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing, dirakam pada 21 Februari lalu. 

Abd Rahman turut khuatir sekiranya semakin ramai orang Islam di negara ini ‘difasikkan’ berikutan fitnah yang dilempar terhadap Anwar. 

Beliau turut difahamkan bahawa video itu hanya merakam individu dikatakan Anwar dari pandangan tepi, selain bentuk badan tidak menunjukkan bahawa ia adalah Anwar. 

“Saya bimbang orang ramai yang percaya dan menyebarkan perkara sedemikian boleh termasuk golongan fasik,” katanya./PPB

Bekas Pengawai Megat Junid Dakwa Ditawar RM500 Ribu Oleh Eskay


RAWANG, 26 MAC: Bekas Pegawal Peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, hari ini mendedahkan beliau ditawar imbuhan RM500,000 oleh ahli perniagaan Datuk Shyzryl Eskay Abdullah untuk menjadi saksi dalam kes saman Eskay terhadap Syarikat Merong Mahawangsa.

Sangsi dengan sogokan yang ditawar itu,  Mohamad Mahti Abdul Rahim bertindak membuat surat perjanjian namun Eskay enggan menandatangani surat berkenaan.

Sebalikknya Eskay naik marah dan membawa Mahti berjumpa dengan bendahari PERKASA, Datuk Shuaib Lazim yang juga dikatakan rakan perniagaan Eskay.

Shuib kemudian menyakinkan Mahti bahawa beliau tetap akan mendapat imbuhan berkenaan jika Eskay menang kes itu dengan keseluruhan pampasan bernilai RM40 juta, menurut Mahti.

Eskay sebelum ini menfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan, setelah mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

Mahti berkata seorang peguam yang mewakili Eskay dalam kes saman itu menghubunginya  semalam setelah beliau mendedahkan dendam Eskay terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Peguam itu meminta Mahti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut kerana bimbang ia akan "mengganggu" keputusan  kes saman Eskay.

Semalam Mahti membuat pendedahan bahawa Eskay menyimpan dendam terhadap Anwar Ibrahim dan bertekad untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Mahti berkata Eskay memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman membabitkan ahli perniagaan it

Eskay adalah satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi fitnah video lucah untuk dikaitkan kepada Anwar sejak Isnin lalu.

Selain Eskay, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuaib yang dikatakan penasihat kepada syarikat baja milik Eskay.

Mahti semalam menyifatkan Eskay sebagai 'Si Kitol' - watak dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.

Mahti, seorang bekas pegawai polis berkerja dengan Allahyarham Megat Junid yang menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kemudiannya Menteri Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal  Pengguna dari tahun 1984 hingga 2000.
-tvsnews-

Video Lucah: Utusan, NST Berbohong Lagi

KUALA LUMPUR, 26 MAC: Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil memberi urutan catatan Twitter dan Facebook oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuktikan beliau berada di rumah dan berhubung menerusi alam siber ketika rakaman video lucah itu dikatakan berlangsung di sebuah hotel.

Dua akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia dan New Straits Times hari ini cuba menggunakan isu itu untuk menfitnah   Anwar sebagai kononnya terbabit dalam video seks Datuk T.

Dua akhbar itu mendakwa tidak ada catatan Twitter atau Facebook Anwar pada 21 Februari antara pukul 10.23 hingga 10.45 malam – masa yang dikatakan rakaman video lucah itu dibuat di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pengarah Strategi Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu,

Tertera adalah catatan yang dimaksudkan:

- 1040 malam: “Inshaallah” 

- 1049 malam: “That’s d Najib’s plan. Our task: pursue reform agenda”

- 1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority” 

- 1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”

- 1058 malam: “Bisa”

- 1103 malam: “Waras”

- 1103 malam: “Ada ruang bias ja”

- 1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah di UGM” 

- 1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

Jelas Rafizi, masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat 'Selective Tweets'.

Rafizi berkata, Datuk Seri Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara pukul 10.38 hingga 11.06 malam.

Waktu rakaman video berkenaan adalah  antara 10.20 hingga 10.41 malam.
 “Semua laporan setakat ini oleh mereka yang menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter,” jelas beliau.

Malah Rafizi menegaskan pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu sendiri kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya diketahui umum.

“Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Rafizi berkata ada pihak termasuk blog upahan Umno mendakwa wujud perbezaan masa sejam di antara catatan di laman Facebook dan laman Twitter. 

Itu kata beliau adalah pembohongan besar yang direka cipta kerana hakikatnya adalah Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

“Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.

Oleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.

“Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut,” katanya.

Dalam laporan muka depannya hari ini bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” akhbar kawalan Umno itu mendakwa Ketua Pembangkang ‘hilang’ kira-kira dua jam pada 21 Febuari lalu, kerana tidak ada catatan dalam Twitter dan Facebooknya. .

Rafizi berkata , laporan itu jelas berniat jahat, dan bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan Umno ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.

Menurut Rafizi, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan

 “Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau,” katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin lalu ia dirakamkan di sebuah hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu.
-tvsnews-

Manipulasi waktu twitter, Utusan didesak mohon maaf atau disaman


Antara bukti catatan dari twitter ke facebook hanya mengambil masa dua minit, bukan sejam seperti fitnah Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia yang memetik laporan blog tajaan Umno, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang twit ke akaun twitternya pada masa rakaman video palsu itu berlangsung, didesak memohon maaf atau berdepan saman dari KEADILAN.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun twitternya antara jam 10.38 malam hingga 11.06 malam berbanding waktu rakaman video berkenaan antara jam 10.20 malam hingga 10.41 malam.
“Semua laporan mereka yang menonton rakaman itu tidak menyebut sipelaku melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan twitter,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.
“Pesanan yang dihantar jelas dibuat  Anwar kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut yang diketahui umum. Mustahil sipelaku dalam video adalah Anwar,” katanya yang mengemuka bukti sekali gus mematahkan fitnah yang disiarkan blog yang dibiayai Umno sebelum dipetik Utusan Malaysia.
Paparan skrin facebook Anwar membuktikan dakwaan Utusan Malaysia adalah pembohongan semata-mata
Rafizi juga kesal kerana Utusan Malaysia mendakwa wujud perbezaan masa antara laman facebook dan twitter, kononnya pesanan yang dirakam di facebook sejam lebih lambat dari twitter.
“Ini pembohongan besar yang sengaja direka. Dua petikan skrin dari twitter dan facebook Anwar yang menunjukkan pesanan yang dibuat melalui twitter dihantar ke facebook, dua minit kemudian,” katanya.
Rafizi berkata, pesanan pada jam 12.22 tengah hari pada 26 Mac 2011 di twitter dicatat waktunya sebagai 12.24 tengah hari di facebook.
“Ini membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa. Asal dapat menyebarkan dakyah tuan punya iaitu Umno.
“KEADILAN mendesak Utusan Malaysia memohon maaf. Jika enggan berbuat demikian, KEADILAN akan mempertimbang tindakan lanjut terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno itu,” katanya.

Tender Bekal Baja Seumur Hidup Kepada RISDA Sebagai Upah Dato Eskay?

edyesdotcom
Petikan kenyataan chegubard pada tanggal 24 Mac lalu. Ini semua politik kotor kerana kepentingan peribadi. Satu carian mendapati Majalah Pertanian di Thailand tahun 2009 pernah menyiarkan gambar Datuk Eskay, Tan Sri Rahim, Datuk Aliasak dan Datuk Yusof Noor ketika lawatan di Surat Tani yang antaranya melawat Kilang Baja Silikon di situ, adakah mereka yang terlibat dalam kes ini juga punya kepentingan dengan pembekalan baja ke Risda dari Selatan Thailand yang membawa keuntungan cukup besar.

Ini semua persoalan penting yang harus mereka jawab ! klik sini untuk baca lanjut Ini kenyataan bekas pengawal peribadi Datuk T :
Mahti yang kini seorang penternak kambing berkata Eskay cuba mendapatkan bantuan daripada pengerusi Risda yang kebetulan adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bagi mendapatkan tender membekalkan baja.
Menurut sekeping kad perniagaan Aman Agroprenuers yang ditunjukkan oleh Mahti, Datuk Shuib Lazim, seorang bekas senator, adalah penasihat syarikat itu. Semakan di laman sesawang syarikat itu pula menyenaraikan nombor telefon dan maklumat mengenai Eskay. klik sini untuk baca lanjut
Gila! Konspirasi skandal video seks Anwar adalah sebenarnya sebuah projek 'you help me, I help you'. Setelah konspirasi yang hanya bertahan selama dua hari ini gagal dengan pengakuan pasukan T stooges di Impiana pada 23 Mac lalu, ia lantas memberikan lebih banyak klue kepada skandal-skandal lain yang melibatkan agensi kerajaan iaitu RISDA, melibatkan UMNO dan PERKASA dan juga terbongkar identiti sebenar Datuk SK.

Mereka (T Stooges) mahukan suruhanjaya di raja untuk menyiasat video tersebut. Bagaimana perlunya suruhanjaya diraja sedangkan mereka sendiri telah muncul di khalayak umum bahawa merekalah dalang kepada penyiaran video seks yang pertama kalinya dihalalkan di Malaysia.

Saya fikir, Suruhanjaya Diraja itu memang perlu, tetapi bukan untuk siasat video seks yang telah diketahui pucuk pangkalnya. Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat tender-tender baja RISDA, apakah ianya dimonopoli oleh Datuk SK kerana difahamkan Dato SK mempunyai 5 kilang baja di Selatan Thai. Apakah ada skandal penyeludupan baja atau sebagainya? Di sinilah perlunya Suruhanjaya Diraja kerana ia melibatkan agensi kerajaan Malaysia iaitu RISDA.

Keterlibatan RISDA yang kononnya menempah hotel di Carcosa Sri Negara juga harus disiasat segera. Begitu juga dengan tayangan kedua video seks tersebut di Hotel Flamingo yang melibatkan YB Johari Abdul dan termasuklah juga tayangan ketiga sebelah malamnya di Hotel Shangrilla yang melibatkan pula cheGuBard dan Anuar Mohd Nor. Adakah semua perbelanjaan ini telah ditanggung oleh Kerajaan Malaysia melalui RISDA?

Siasatan perlu dijalankan bukan hanya menjurus kepada pelakon di dalam video seks, tetapi ia sepatutnya merangkumi siapa di belakang dalang T stooges ini.

Amat bingung apabila secara tiba-tiba, ramai menteri UMNO yang membuat kesimpulan sendiri bahawa skandal jahat cubaan membunuh terus karier politik Anwar Ibrahim ini tidak ada kena mengena dengan Kerajaan BN dan UMNO. Apakah RISDA itu bukan kerajaan? Apakah Perkasa itu bukan UMNO? Mengapa polis tidak menyerbu hotel Carcosa? dan akhir sekali, siapakah yang akan peroleh keuntungan paling besar sekiranya DSAI dimalukan dengan fitnah amat jahat ini??

Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia. Sudah tiba masa untuk kita gulingkan sebuah kerajaan yang zalim!!

EDYES @ edyesdotcom
Court oF Public Opinion

Mana ANWAR Dari Jam 9.20 Hingga 11.49Pm Pada 21 FEB? Ni Jawapan Hamba

mazwandi
Meh hamba hendak jawab soalan cap ayam mangkuk ayun si Faizah Utusan Meloya (baca sini).

Hendak tahu mana Anwar Ibrahim dari jam 9.20pm hingga jam 11.39pm pada 21 Februari itu? Yang dikatakan tidak berTwitter pada ketika itu.

Jawapannya;
Anwar Ibrahim telah ke Restoran Mc D 24jam untuk membeli 50 biji Big Mac untuk dimakan sekali gus agar perut Anwar yang kempis itu akan menjadi boroi dalam masa 30 saat. Kemudian Anwar telah membeli air Coca cola juga dalam 
kuantiti 50, tetapi berunitkan liter untuk diminum juga dengan cara sekali gus agar perut Anwar akan kekal boroi untuk dirakam oleh Dato Eskay yang rupa sebiji macam Anwar Ibrahim.

Disebabkan juga Dato Eskay adalah lebih hitam dari Anwar, maka adalah lebih elok filem biru keluaran mamat Melaka itu dibuat dalam hitam putih agar ke'real'an filem itu dapat direalkan lagi untuk memaksimumkan proses pengeliruan orang ramai yang suka tengok filem lucah menontonnya. (Baru hamba tahu, ramai wartawan suka tengok cerita biru)

Sekian makluman jawapan fitnah yang hamba telah buat agar orang yang suka sangat berfitnah-fitnah ini boleh berfikir dengan kepala lutut, bukan dengan kepala kaki.

Padan muka Melayu.......
Nak baca lagi kutukan kepada umnoapco, layari;

Video Seks: Siapa Dalang Sebenar Di Sebalik Datuk 'T'

ramziredang

Beberapa minggu yang lepas ada seorang tua yang hampir nyanyuk menulis sebuah buku yang bertajuk Doktor Kutty Dalam Rumah. Dalam buku tersebut dia mencerita kisah si pulan yang dibekalkan perempuan untuk seks. Lakarannya tentang buku tersebut semacam ada tak kena dengan suasana sekarang.

Seolah olah Hikayat Merong Mahawangsa sedang hebat diiklankan sebelum tayangan sebenar bermula. Relatifnya doktor kutty dengan sipulan dan juga datuk T dengan sipulan, semacam cerita hindustan yang berbelit tetapi kita dah tahu jalan ceritanya. Begitu juga relatifnya datuk T dengan doktor kutty.

Saya tidak fikir Najib sebodoh ini mahu mengeksploitasi taktik murahan ini demi survival politiknya. Najib sudah ada Liwat II sebagai senjata. Semua tahu tuduhan liwat II sudah hampir menyerlahkan episod terakhir. Penonton juga sudah mengetahui samada penamat cerita ini, sudah ada seperti yang diskripkan. Malah isu seperti DNA pun sudah dapat diagak jalan ceritanya.

Isu video seks pada pandangan saya hanyalah serampang dua mata. Memburukkan Anwar dan pada masa yang sama memendekkan hayat Najib dalam politik. Jika diperhatikan tiga orang yang menggelarkan diri mereka datuk T, kita sudah hampir pasti siapakah bos mereka.

Malah pada kali ini, pembacaan skrip oleh pelakun lain ,seperti Zul pelacur kulim agak caca marba. Seperti juga Zahrain mulut busuk. Sekejab gitu sekejab gini. Seolah mereka tidak diberitahu, seperti lazimnya perancangan yang dilakukan oleh UMNO. Tidakkan kita tahu biasanya jika ada kes seperti ini, ulasan mereka akan selari?

Dengan ulasan yang caca marba inilah menggambarkan bahawa Najib sebenarnya tidak terlibat dengan video. Cuma Najib diberitahu kemudian. Tanpa Najib menyangka isu ini sebenarnya juga digunakan oleh mereka untuk memendekkan hayat Najib ditakhta teratas. Mereka ingin memalukan Najib secara halus. Kononnya ingin menolong Najib untuk mendapatkan perpindahan wakil rakyat PKR.

 Sebenarnya ada seseorang yang menyimpan dendam yang sangat dalam di dalam dirinya. Kerana dulu dia menyangka orang akan menyokong dirinya selamanya. Tetapi tanpa disangka dia terpaksa mencebikkan bibirnya menangis dan mempertontonkan mukanya yang kerepot di mata penonton TV kerana dipaksa turun pentas lakonannya. Nyatalah dia bukan sahaja doktor in d house,also actor in d house and so so.

Percayalah orang sepertinya tidak akan duduk diam selamanya walaupun dengan partinya sendiri. Perhatikan ucapan ucapannya kebelakangan ini, berlagak sebagai perdana menteri. Kata orang tua, melihat riak di air,sudah tahu jantan betinanya.

Mungkin dia sedang tersenyum sendiri, melihat jeratnya memakan dua mangsa

Qazaf: Jamil Khir jangan jadi syaitan bisu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau memilih untuk mendiamkan diri dalam isu-isu yang didakwa pihak tertentu sebagai qazaf (tuduhan zina) kerana ia melibatkan pihak berkuasa seperti polis.

Katanya dalam hal itu pihak-pihak yang berkaitan perlu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

"Mereka kata saya mendiamkan diri. Kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah yang berkaitan. Hal ini perlu dilaporkan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas meraikan konvoi motosikal Pemuda Umno Padang Besar, Perlis di Alor Setar hari ini.

Sebuah akhbar yang dikaitkan dengan pembangkang, Fitrah dalam laporannya mengatakan Jamil Khir dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim tidak bersuara dalam isu qazaf seperti tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu video lucah palsu yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Sementara itu, Jamil Khir berkata fatwa berbeza antara negeri-negeri dalam sesuatu perkara bukanlah sesuatu yang mengelirukan tetapi bagi memperlihatkan pandangan yang luas dalam isu berkaitan.

Katanya fatwa bukanlah undang-undang, jadi ia tidak akan sampai ke tahap menimbulkan konflik.

Ketika berucap pada majlis itu, Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan Umno Negeri Kedah berkata trend kemenangan BN dalam pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini menunjukkan pengundi muda sudah kembali kepada BN.

"Walaupun beberapa pilihan raya kecil yang awal selepas Pilihan Raya Umum 2008 berpihak kepada pembangkang tetapi kini sejak akhir-akhir ini BN pula yang menang. Keputusannya sekarang dah jadi 8-8...seri," katanya.
-Bernama-

Kenali individu di sebalik gelaran 'Datuk T'

Sebaik sahaja skandal video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan Isnin lalu, tumpuan orang ramai adalah siapakah dalang di sebalik pita itu.

NONEWalaupun pelbagai nama dikemukakan, namun tugas mengenali mereka semakin mudah apabila pada pagi Rabu lalu, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl EskayAbdullah adalah mereka di sebalik video itu.

Beberapa jam selepas itu, Rahim dan Eskay pula tampil dan mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah 'Datuk T' yang bertanggungjawab di sebalik semua pendedahan itu.

Shazryl Eskay Abdullah 

NONEEskay, 51, dari Naka, Kedah, adalah seorang ahli fisioterapi yang pernah bekerja di Amerika Syarikat dan berkhidmat dengan sebuah pasukan di liga football negara itu dan juga pasukan kebangsaan mereka.

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Persatuan Badminton Malaysia dan kini adalah seorang pengarah Aman Agropreneurs Sdn Bhd.

Pada 2005, beliau dilantik oleh Raja Thai sebagi konsul kehormat negara itu ke Malaysia di Langkawi bagi mewakili kepentingan rakyat Thai dan menjaga hubungan baik kedua-dua negara.

Sepanjang tahun 2006 hingga 2007, Eskay dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai orang tengah bagi menyelesaikan konflik di selatan Thai yang dikenali sebagai Rundingan Damai Langkawi.

NONESepanjang tempoh 2008 hingga 2011, beliau dilantik sebagai pengerusi kehormat konsular kor di Malaysia.

Namun, ahli perniagaan itu yang juga pernah merawat sakit tulang belakang Anwar, mencuri tumpuan awal bulan ini berikutan saman RM20 jutanya ke atas Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarahnya, Datuk Yahya A Jalil.

Fokus ke atas Eskay semakin menyerlah minggu ini, apabila beliau mengakui sebagai sebahagian daripada anggota kumpulan Datuk T bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang berperanan dalam pendedahan video lucah itu.


Rahim Tamby Chik


rahim thamby chik at bukit aman 240311 01Rahim adalah bekas ketua menteri Melaka dan pernah dilantik sebagai ketua pemuda Umno. Beliau pernah diberi pujian kerana dikatakan berjaya membangunkan Melaka daripada terus dibuai mimpi sebagai sebuah negeri mundur.

Beliau juga bertanggungjawab memindahkan pentadbiran negeri daripada kota Melaka ke Ayer Keroh.

Semua ini, sebelum beliau bersara daripada semua jawatan politikberikutan dakwaan terbabit merogol seorang gadis sekolah di bawah umur. Rahim telah menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Anwar adalah dalang di sebaliknya.

ghafar baba and umnoAnwar bagaimanpun menafikan terbabit dengan pemecatan Rahim.
Beliau juga adalah dalam kumpulan Wawasan yang bersama Anwar, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin yang menamatkan kerjaya politik timbalan perdana menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba.

Shuib Lazim

NONESebelum dilantik sebagai bendahari PERKASA, Shuib adalah seorang senator dan ahli parlimen Sungai Petani. Beliau berasal dari Sungai Petani dan adalah juga bapa saudara kepada MP Sungai Petani ketika ini, Johari Abdul.

Beliau juga adalah bapa mertua kepada naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal. 

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pernah dilaporkan berkata Shuib telah memaklumkan kepadanya hasrat beliau ingin berundur sebagai bendahari.

Meskipun didakwa sebagai anggota ketiga kumpulan Datuk T, Johari mempertahankan bapa saudaranya dan berkata beliau tidak percaya yang Anwar adalah lelaki dalam video seks itu.
-malaysiakini-

Anwar Gesa Najib, Rosmah Lawan Secara Bermaruah


GOMBAK, 26 MAC: Jangan guna taktik kotor, lawan secara bermaruah di gelanggang pilihanraya - itu desakan Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri dan isterinya Rosmah Mansor berikutan cubaan mengguna video lucah fitnah untuk menghakis sokongan terhadap Ketua Pembangkang itu.
 
"Dia guna media, kecam kita dari pagi sampai petang sampai malam, Kita nak jawab, tak boleh, konon  tidak ada permit. Saya tak salahkan OCPD, dia ikut arahan saja. Saya salahkan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri dia Rosmah Mansor yang takut berdepan dengan kita," kata Anwar kepada lebih dua ribu penyokong Pakatan Rakyat di Gombak malam tadi.
 
"Saya mahu beritahu Najib supaya tunggu pilihanraya nanti. Jangan takbur," tambah Anwar kepada laungan takbir dan reformasi oleh penyokong Pakatan.
 
Anwar berkata pihak polis dan Najib malah seluruh rakyat tahu siapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, pengerusi Risda dan bekas Ketua Menteri Melaka yang mengaku mendalangi penayangan video lucah fitnah untuk mengaibkan Anwar di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu.

Rahim terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar sekolah dan dakwaan terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.
 
"Sekarang ini video seks pula. Saya nak tanya, polis tak tahu ke siapa Rahim Thamby Chik ? Tak tahu ke kes dia dulu di Melaka ? Orang ini nak jadi dewa, saya pulak kena jadi penjenayah," kata Anwar.
 
"Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat. Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita. Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar.

Anwar terpaksa meringkaskan ucapannya itu kerana campurtangan polis untuk menyuraikan majlis ceramah berkenaan.
 
Namun beliau sempat memberi peringatan kepada Najib supaya bertaubat dan menghentikan penggunaan amalan keji untuk mencari kelebihan politik.
 
"Apa jenis pemimpin ini. Saya hendak tanya Rosmah, tanya Najib, kamu ada anak, kamu ada bini, kamu ada keluarga, boleh orang aibkan keluarga kamu begitu rupa. Manusia jenis apa macam ini," tanya Anwar dengan nada kesal.   
 
Anwar menggesa golongan muda menjadi pemangkin suara rakyat menentang kebobrokan sistem kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang semakin menekan.
 
Justeru, beliau mahukan penggunaan laman sosial FacebookTwitter dan Blog diperhebatkan untuk memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.
 
"Gunakan Facebook, Twitter dan Blog untuk melawan mereka dengan kuat. Anak muda perlu menjadi pembangkit suara rakyat. Bukan orang yang bagi duit RM50 untuk menjadi pencacai Umno. Ini yang mahu kita tanam dalam diri anak muda," ujar Anwar.
 
Belum selesai Anwar berucap, pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) menyerbu pentas untuk memaksa Anwar meninggalkan majlis itu. Dalam pergelutan yang menyusul, dua ahli PKR di tahan.
-tvsnews-

Siapa Percaya Umno Tak terlibat Dalam Fitnah Video Seks Anwar?

Angkasanuri
Pada peringkat awal penerbitan Video Seks Fitnah yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim, pemimpin Umno seperti bersorak dan bertepuk tangan dalam soal ini. Maka keluar kenyataan daripada beberapa orang Menteri dalam Umno yang menambah perisa dengan memburukkan Anwar.

Pada peringkat awal penerbitan Video Seks Fitnah yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim, pemimpin Umno seperti bersorak dan bertepuk tangan dalam soal ini. Maka keluar kenyataan daripada beberapa orang Menteri dalam Umno yang menambah perisa dengan memburukkan Anwar.

Nada mereka hampir serupa... Maka sekali lagi berlaku demontrasi di merata tempat di negara ini. Akhbar dan media milik Umno seperti Utusan dan TV3 bergegar-gegar memburukkan Anwar. Anwar dimalu dan diaibkan sedemikian rupa untuk menggambarkan betapa tidak bermoralnya Anwar. Ada yang yang kata ada 18 video lucah, ada yang minta Anwar serah pasport, ada yang kata 110% betul dan tidak kurang juga yang mendesak Anwar meletak jawatan.

Setelah menyerang Anwar dari pelbagai sudut dan dakwaan tak masuk akal tiba-tiba Umno kata mereka tak terlibat! Siapa yang nak percaya? Bermula dari awal sehingga hari ini jelas menunjukkan bahawa Umno dan pemimpin mereka menjadi dalang dalam fitnah video seks ini. Umno seolah-olah cuba cuci tangan apabila isu ini menjadi senjata makan tuan.

Jika tidak berlaku pembongkaran berserta bukti dan saksi saya yakin Umno terus akan menjaja dan menokok tambah untuk memburukkan Anwar. Umno ternyata cukup tertekan dengan isu ini sehingga memaksa Dato Seri Najib semalam menafikan Umno terlibat. Umno kena bertanggungjawab 110% atas tangan dan perbuatan jijik mereka selama ini. Tunggu sahaja hukuman rakyat pada pilihanraya Negeri Sarawak dan pilihanraya umum akan datang. Terima kasih dan tahniah kepada penerbit dan produser video lucah dalam Umno yang terlibat menjayakan video seks ini. Harap-harap filem ini akan menjadi Box Office memecahkan rekod pecah panggung Rahim Tamby Chik dan Chua Soi Lek!

“Berbicara Dengan Jin Di Kota Mekah….”

odah
Jumaat 18 Mac 2011 jam 9.00 malam, saya telah berada di Mekah. Baru sahaja memulakan makan malam, telifon saya berbunyi...

"Mmm, Haji Azman dari Tiram Travel" bisik hati saya. Baru petang Jumaat tadi seorang Jemaah Tiram Travel meninggal di dalam masjid al-Haram menghadap Kaabah sejurus selepas menunaikan solat Asar. Saya ada di sisi arwah ketika arwah di sahkan meninggal. Untungnya arwah...

Saya mengangkat telifon...
"Ustaz, nak minta tolong boleh, seorang jemaah saya kena rasuk" kata Haji Azman.

"InsyaAllah Haji, habis makan kita jumpa di Bab Fatah ye" kata saya yang tidak tahu di mana hotel yang disebutkan oleh Haji Azman.

Saya diiring oleh Haji Azman, ayah pemuda ini dan seorang anak murid saya, Adam yang mengikut ibunya ke Mekah.

Saya melangkah masuk ke bilik pemuda ini, dia menjeling saya dan terus berpura-pura tidur. Saya terus mendirikan solat dua rakaat bermunajat pada Allah. Selesai solat saya membetulkan duduk betul-betul menghadap katil pemuda ini.

"Sini, turun sini, ustaz nak ajak bual ni" kata saya.

Tiba-tiba dia bingkas bangun dan duduk betul-betul di hadapan saya.

"Uii... taat, ikut cakap ustaz ni.." kata ayah pemuda ini.

"Sapa nama ni" tanya saya.

"Asyuk" katanya.

Di dalam bilik ini ada datuk pemuda ini, beliau kemudian mencuit saya dan mengatakan, "kalau ikut bahasa orang asli, "Asyuk" bermaksud anjing"

Saya berbual panjang dengan Asyuk mengenai latar belakangnya. Dan di akhir perbicaraan saya mengajak Asyuk untuk masuk Islam.

"Tak mahu, nanti tuan saya marah" kata Asyuk.

"Tak apa, kita Islam bersaudara" kata saya lagi.

Asyuk tidak mahu masuk Islam tetapi banyak tahu pasal Islam, dia boleh membaca ayat-ayat al-Quran tetapi jika sampai pada kalimah Allah atau sifat Allah seperti al-Rahman, Asyuk tidak boleh membaca.

Air zam-zam dan kurma ajwa yang diminum oleh pemuda ini di Madinah juga menyebabkan dia sakit perut katanya.

"Hari tu, masuk masjid Nabi tak?" tanya saya.

"Tak masuk" kata Asyuk.

"Kenapa? banyak orang jaga ke?" tanya saya,

"Mmm", kata Asyuk sambil menganggukkan kepalanya, tapi dia begitu teruja menceritakan pada saya mengenai masjid Nabi, makam Nabi dan laluan dari Bab Salam ke Bab Baqi'.

"Mana kamu tahu semua ni, kata tak masuk" tanya saya.

"Baca buku" cepat-cepat dia mengeluarkan buku dari sebuah beg mengenai keadaan masjid Nabi.

"Habis, kalau si fulan (nisbah nama pemuda ini) pergi masjid, kamu ikut tak? tanya saya lagi.

"Tak,.. pergi duduk dekat pasar dan kedai" katanya pula.

"Ada jumpa kawan-kawan kamu? Tanya saya lagi.

"Ada, tapi tak faham, dia cakap Arab" katanya pula.

Di akhir perbualan, saya menyuruhnya tidur dan insyaAllah, pagi esok pemuda ini akan menguasai kembali.

Perbualan kami berlangsung hampir setangah jam.

Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan di sini.

1. Perkara ghaib benar-benar ada, ia termasuk kewujudan jin walaupun ada sesetengah kita menolaknya, tetapi ia benar-benar ada kerana ada disebut di dalam al-Quran.

2. Jin tetap kena tunduk pada manusia kerana manusia adalah khaliafah muka bumi.

3. Di dalam hidup kita, memang kita perlu mengamalkan ayat-ayat al-Quran sebagai pelindung yang Allah berikan. Jangan dah kena baru nak berubat, kalau berubat, insyaAllah baik, cuma agak lambat sikit.

4. Ada doa-doa yang Nabi ajarkan pada kita untuk menjadikan para jin dan syaitan menjauhi kita. Kalau seseorang itu di dalam badannya ada jin atau syaitan, jika dia bersama dengan isterinya, sudah tentu jin atau syaitan itu menyertainya, sebab itulah ada doa minta perlindungan dari syaitan dalam semua perkara termasuk ketika bersama dengan isteri.

5. Apa pun, dia tetap makhluk Allah yang lemah dan kita akan lebih kuat jika kita menguatkan tauhid kita kepada Allah.

Pengalaman berbicara dengan jin di kota Mekah bukan saya lalui seorang diri. Ia disaksikan oleh empat orang lain termasuk anak murid saya Adam yang baru di tahap tingkatan empat, beruntung dia kerana terdedah dengan dunia lain dalam usia yang muda ini.

Apa pun, kita tetap khalifah di muka bumi dan dengan iman, kita akan tetap mulia dan dipelihara oleh Allah, jadi, hendaklah kita sentiasa beramal dan berdoa untuk melindungi diri kita dari perkara yang tidak kita ingini ini.

"Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah
Hotel Manazil Walid Mekah Mukarramah USTAZ AMIN