"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Gelombang kedua keluarnya ahli PAS Selangor, PKR sedia terima

The Malaysian Insight
JENTERA pilihan raya PKR Selangor diminta bersedia untuk menerima gelombang kemasukan kedua pemimpin dan ahli PAS di negeri itu dan bertanding atas tiket PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, gelombang ini akan melibatkan wakil rakyat dari PAS Selangor yang tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS sekarang yang mahu bersendiri dalam PRU14 sedangkan mereka mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Berbanding dengan gelombang pertama yang menyertai Amanah, gelombang kedua ini bakal menyaksikan kemasukan ke dalam PKR.

Adalah difahamkan, pemimpin Amanah tidak senang dengan perkara ini kerana ia akan mengganggu proses pembahagian 56 kerusi negeri Selangor yang telah dibuat dalam kalangan parti-parti dalam Pakatan Harapan.

"Kami diminta bersedia untuk menerima gelombang kedua ini," kata seorang pemimpin jentera pilihan raya PKR peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada The Malaysian Insight.

Cadangan ini turut dibangkitkan dalam retreat PH awal bulan ini.

Sumber PAS Selangor memaklumkan cadangan ini baru di peringkat perancangan.

"Ia adalah pelan tindakan sahaja selepas ramai antara kami yang tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS sekarang.

"Kira-kira 10 dari 13 Adun (ahli Dewan Undangan Negeri) PAS di Selangor tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS yang ada sekarang terutama selepas peralihan kepimpinan di Selangor," kata sumber itu.

Sumber itu berkata, mereka telah cuba beberapa kali untuk mengubah sikap pemimpin PAS pusat agar sedia bekerjasama dengan PH dalam PRU14 nanti, namun tidak berjaya.

PAS bekerjasama dengan PKR, DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, tetapi berpecah pada tahun 2015 selepas pemimpin yang lebih konservatif mengambil alih PAS sepenuhnya.

Mereka kini membuat satu gabungan baru dengan parti-parti yang lebih kecil dan dinamakan Gagasan Sejahtera yang akan menentang PH yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu serta Barisan Nasional (BN) yang memerintah sekarang.

"Adun PAS pernah bertemu dengan Mursyidul Am PAS (Hashim Jasin) tidak sampai sebulan yang lalu bagi membincangkan perkara ini, namun beliau tidak dapat memberikan penjelasan yang baik mengenainya.

"Kami hanya diminta menyerahkan perkara ini kepada kebijaksanaan Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi Awang). Kami diminta bekerjasama dengan BN dan PKR untuk perkara-perkara baik," kata beliau.

Hadi sudah beberapa kali menegaskan PAS tidak akan mempunyai kerjasama pilihan raya dengan BN atau PH bahkan sering mengkritik pemimpin PH terutama pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.

"Kalau kami masuk bertanding pun mungkin kalah, jadi jalan terbaik adalah sertai mana-mana parti PH dan PKR adalah yang terbaik kerana hubungan akar umbi kami dengan PKR lebih baik berbanding Amanah," kata sumber PAS itu.

Sumber itu berkata, Merdeka Centre pernah membentangkan kajian mengenai kedudukan PAS di Selangor.

Menurut kajian itu, PAS berpeluang mengekalkan kira-kira tujuh dari 15 kerusi negeri yang dimenangi dalam PRU13 dalam pilihan raya akan datang jika bertanding satu lawan satu dengan calon BN.

Namun jika berlaku pertandingan tiga penjuru dengan PH dan BN, PAS hanya mampu menang satu kerusi sahaja iaitu Bangi.

Sementara itu, satu sumber lain pula memberitahu, isu mendapatkan Adun PAS menyertai PKR ini ada dibawa dalam retreat PH awal bulan ini namun tidak berapa disenangi oleh peserta yang lain.

"Ada yang bertanya, apa jaminan PH dapat manfaat darinya kerana walaupun berjaya menarik Adun mereka, PAS tetap akan meletakkan calon mereka di situ," kata seorang peserta retreat itu.

Tindakan PKR menggunakan pendekatan itu juga tidak disenangi rakannya dalam PH, Amanah.

Langkah ini menyukarkan Amanah kerana hampir kesemua kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU13 lalu akan ditandingi oleh calon Amanah.

Namun jika ini berlaku, PKR akan menuntut kerusi itu untuk diberikan kepada adun-adun PAS itu.

PAS 100% yakin adun, pimpinan Selangor tidak akan sertai PKR

Faiz Zainudin
PETALING JAYA: PAS yakin dengan kesetiaan semua wakil rakyat dan pemimpinnya di Selangor yang tidak mudah melatah, apatah lagi melompat ke parti lain termasuk PKR, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.

Naib presiden PAS itu berkata, dakwaan ada pemimpin dan adun PAS Selangor akan menyertai PKR sekadar khabar angin yang sengaja digembar-gemburkan pihak lawan terdesak untuk mendapat sokongan rakyat negeri itu menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Saya yakin 100%, wakil rakyat serta pemimpin PAS Selangor akan setia kepada PAS. Laporan media bahawa beberapa adun serta pimpinan PAS Selangor akan menyertai PKR adalah tidak benar.

“Pada saya, ia adalah khabar angin yang sengaja dicipta untuk mengganggu persiapan PAS Selangor menghadapi pilihan raya umum yang dijangka kurang dari 3 bulan mulai sekarang.

“Ia juga bertujuan mewujudkan kegusaran di kalangan ahli-ahli agar mereka hilang tumpuan,” katanya melalui mesej WhatsApp kepada FMT hari ini.

Beliau mengulas laporan The Malaysia Insight yang memetik sumber sebagai berkata, jentera pilihan raya PKR Selangor diminta bersedia menerima gelombang kemasukan ke-2 pemimpin dan ahli PAS negeri itu, termasuk bertanding atas tiket parti reformasi pada PRU14.

Sumber itu dilaporkan mendakwa gelombang ke-2 itu membabitkan wakil rakyat PAS Selangor yang dikatakan tidak berpuas hati dengan hala tuju parti Islam itu ketika ini yang mahu bersendirian pada PRU14.


Iskandar yang juga exco Selangor menasihatkan ahli PAS negeri itu tidak mempercayai khabar angin itu atau terperangkap dengan strategi musuh untuk melumpuhkan persiapan pilihan raya PAS.

“Musuh mahu melihat pimpinan dan ahli-ahli PAS mencurigai di antara satu sama lain,” kata bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Selangor, Khairuddin Othman turut menafikan dakwaan itu yang disifatkannya khabar angin nakal untuk mengucar-kacirkan PAS.

“Kami banyak mendengar khabar angin dari orang luar, tapi sendiri tidak ada maklumat berhubung hal tersebut,” kata adun Paya Jaras itu ketika dihubungi FMT.

Sementara itu, Mat Suhaimi Shafie yang merupakan setiausaha politik Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata, beliau belum mendengar mengenai perkara itu.

“Saya juga ingin mengelak daripada memberikan sebarang komen berkaitan perkara dalaman parti lain,” katanya.

Pada PRU13, gabungan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kerajaan negeri dengan memenangi 44 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor.

PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi, PKR 14 kerusi dan Umno 12 kerusi, sebelum terbubarnya Pakatan Rakyat pada Jun 2015 sekaligus menyaksikan 2 adun PAS melompat ke Amanah.

Bagaimanapun, PAS Selangor manjadi tumpuan pelbagai pihak tahun ini kerana memilih untuk kekal dalam kerajaan Selangor dan tidak menyertai Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan PPBM.

Ia selepas PAS menamatkan kerjasama dengan PKR secara rasmi pada Mei lalu kerana mendakwa parti itu melanggar syarat “tahaluf siyasi”, istilah yang digunakan pemimpin PAS untuk menyifatkan kerjasama politik bersama parti berlainan ideologi.

Wakil rakyat PAS amat terkejut

PAS Selangor menegaskan tidak ada mana-mana wakil rakyat parti itu atau pemimpin mereka akan beralih arah menyertai PKR.

Malah kata Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar A Samad berkata wakil rakyat parti itu sendiri "amat terkejut" dengan dakwaan demikian.

Katanya beliau sendiri bercakap dengan wakil rakyat PAS di Dewan Undangan Negeri Selangor untuk bertanyakan hal demikian.

Daripada penjelasan yang diterima Iskandar yakin berita yang mendakwa pemimpin serta wakil rakyat PAS akan melompat kapal adalah tidak benar.

"Pada saya ia adalah khabar angin yang sengaja dicipta untuk mengganggu persiapan PAS Selangor menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang dijangka kurang dari tiga bulan dari sekarang.

"Ia juga adalah bertujuan untuk mewujudkan kegusaran di kalangan ahli agar mereka hilang tumpuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tak sahih jangan sebar

Iskandar yang juga exco Selangor mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa jentera pilihan raya PKR diminta bersedia menguruskan gelombang kedua kemasukan pemimpin dan anggota PAS di negeri itu.

Kemasukan berkenaan, lapor The Malaysian Insight, berlaku menjelang PRU ke-14 dan mereka dijangka akan bertanding menggunakan tiket PKR.

Memetik sumber yang tidak dinamakan portal berkenaan mendakwa wakil rakyat terbabit tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS yang mahu bersendirian ketika mereka berasakan langkah terbaik untuk mengekalkan penguasaan Selangor ialah dengan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Difahamkan perkembangan itu akan mengganggu proses pengagihan 56 kerusi DUN Selangor dan secara tidak langsunng memberi kesan kepada Parti Amanah Negara (AMANAH)

PAS bersama PKR dan DAP membentuk kerajaan negeri pada PRU ke-12 dan menubuhkan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun PAS kemudian berseteru dengan DAP dan memutuskan kerjasama politik dengan PRK.

Bagaimanapun di sebalik berakhirnya hubungan berkenaan, PAS tetap mengekalkan barisan exco mereka dalam kerajaan Selangor bersama-sama DAP dan PKR.

Daripada 56 kerusi DUN, 14 diwakili DAP, manakala PAS dan PKR masing-masing memenangi 13 lagi.

AMANAH pula mempunyai dua wakil dan pembangkang (BN) sebanyak 12. Baki dua kerusi lagi diwakili ADUN bebas.

Tiga daripada wakil PAS itu dilantik menjadi exco kerajaan negeri.

Kata Iskandar anggota PAS dinasihat supaya meneruskan tugas masing-masing dan tidak mempercayai sebarang khabar angin.

Beliau yang juga naib presiden PAS berkata anggota parti tidak sepatutnya mengulangi atau menyebarkan sebarang berita yang tidak diketahui kesahihannya.

"Sebarang berita yang berunsur spekulasi perlu diabaikan sahaja.

"Anggota PAS tidak sepatutnya terperangkap dengan strategi musuh yang mahu persiapan pilihan raya parti lumpuh dan wujud perasaan saling mencurigai antara ahli dan pemimpin," katanya.
Malah kata Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar A Samad berkata wakil rakyat parti itu sendiri "amat terkejut" dengan dakwaan demikian.

Katanya beliau sendiri bercakap dengan wakil rakyat PAS di Dewan Undangan Negeri Selangor untuk bertanyakan hal demikian.

Daripada penjelasan yang diterima Iskandar yakin berita yang mendakwa pemimpin serta wakil rakyat PAS akan melompat kapal adalah tidak benar.

"Pada saya ia adalah khabar angin yang sengaja dicipta untuk mengganggu persiapan PAS Selangor menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang dijangka kurang dari tiga bulan dari sekarang.

"Ia juga adalah bertujuan untuk mewujudkan kegusaran di kalangan ahli agar mereka hilang tumpuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tak sahih jangan sebar

Iskandar yang juga exco Selangor mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa jentera pilihan raya PKR diminta bersedia menguruskan gelombang kedua kemasukan pemimpin dan anggota PAS di negeri itu.

Kemasukan berkenaan, lapor The Malaysian Insight, berlaku menjelang PRU ke-14 dan mereka dijangka akan bertanding menggunakan tiket PKR.

Memetik sumber yang tidak dinamakan portal berkenaan mendakwa wakil rakyat terbabit tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS yang mahu bersendirian ketika mereka berasakan langkah terbaik untuk mengekalkan penguasaan Selangor ialah dengan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Difahamkan perkembangan itu akan mengganggu proses pengagihan 56 kerusi DUN Selangor dan secara tidak langsunng memberi kesan kepada Parti Amanah Negara (AMANAH)

PAS bersama PKR dan DAP membentuk kerajaan negeri pada PRU ke-12 dan menubuhkan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun PAS kemudian berseteru dengan DAP dan memutuskan kerjasama politik dengan PRK.

Bagaimanapun di sebalik berakhirnya hubungan berkenaan, PAS tetap mengekalkan barisan exco mereka dalam kerajaan Selangor bersama-sama DAP dan PKR.

Daripada 56 kerusi DUN, 14 diwakili DAP, manakala PAS dan PKR masing-masing memenangi 13 lagi.

AMANAH pula mempunyai dua wakil dan pembangkang (BN) sebanyak 12. Baki dua kerusi lagi diwakili ADUN bebas.

Tiga daripada wakil PAS itu dilantik menjadi exco kerajaan negeri.

Kata Iskandar anggota PAS dinasihat supaya meneruskan tugas masing-masing dan tidak mempercayai sebarang khabar angin.

Beliau yang juga naib presiden PAS berkata anggota parti tidak sepatutnya mengulangi atau menyebarkan sebarang berita yang tidak diketahui kesahihannya.

"Sebarang berita yang berunsur spekulasi perlu diabaikan sahaja.

"Anggota PAS tidak sepatutnya terperangkap dengan strategi musuh yang mahu persiapan pilihan raya parti lumpuh dan wujud perasaan saling mencurigai antara ahli dan pemimpin," katanya.
-malaysiakini 

Mat Sabu, Mujahid dan Faiz Fadzil akan bertanding di Pulau Pinang

Radzi Razak
SEKURANG-KURANGNYA tiga pemimpin kanan Amanah, termasuk Presiden, Mohamad Sabu, akan bertanding di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata sumber.

Mohamad Sabu akan bertanding di salah satu daripada tujuh kerusi Parlimen di Seberang Perai, manakala Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa pula akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bahagian pulau.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil pula dijangka bertanding di kerusi DUN di Seberang Perai.

Daripada tujuh kerusi parlimen yang ada di Seberang Perai, hanya dua dipegang oleh Barisan Nasional (BN) iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor, sementara lima lagi disandang oleh PKR atau DAP.

"Langkah meletakkan tiga pemimpin kanan Amanah bertanding di Pulau Pinang ialah kerana pengaruh parti itu yang kuat di negeri itu," kata sumber yang arif tentang rundingan pengagihan kerusi Pakatan Harapan itu.

Menurut sumber, Mujahid akan bertanding kerusi DUN Bayan Lepas, yang terletak dalam kawasan Parlimen Balik Pulau.

Faiz pula dijangka bertanding di kerusi DUN Permatang Pasir, dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, kerusi DUN Bayan Lepas dimenangi Nordin Ahmad dari BN dengan majoriti tipis 458 undi. DUN Permatang Pasir pula dimenangi Mohd Salleh Man dari PAS dengan majoriti 6,826 undi.

PH yang memerintah Pulau Pinang sejak dua penggal lepas, menguasai 30 daripada 40 kerusi negeri.

Penetapan Mohamad bertanding di Pulau Pinang, negeri kelahirannya, akan menjawab teka teki yang beliau akan diturunkan di Shah Alam, menggantikan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang sebelum ini disahkan akan berpindah ke Johor.

Kelmarin, Khalid berkata PH sudah menyelesaikan 90% rundingan kerusi Parlimen dan baki 10% itu akan selesai dibincangkan akhir bulan ini.

Katanya, kedudukan kerusi Parlimen itu akan membantu pimpinan PH negeri berunding kerusi peringkat negeri.

Mujahid, ahli Parlimen Parit Buntar, dan Faiz, seorang peguam, adalah anak kepada dua pemimpin lagenda PAS yang memimpin parti Islam itu pada dua era yang berbeza.

Ayah Mujahid, Yusof Rawa merupakan presiden PAS (1983-1989) yang menerajui parti Islam itu selepas krisis kepimpinan yang menyaksikan kebangkitan golongan ulama menyingkirkan bekas Presiden Asri Muda. Yusof kemudian menjadi Mursyidul Am PAS yang pertama antara 1989 hingga 2000.

Faiz pula adalah anak kepada Fadzil Noor, yang menjadi presiden PAS menggantikan Yusof pada 1990. Fadzil menjadikan PAS sebuah parti Islam yang progresif dan seterusnya bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain, termasuk DAP yang berlainan ideologi.

Kerjasama dengan Semangat 46 dan parti-parti kecil lain pada Pilihan Raya 1990 membolehkan PAS merampas Kelantan daripada BN, negeri yang dikuasainya sehingga sekarang.

Beliau juga memimpin PAS untuk bekerjasama dengan DAP, PKR dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dalam Barisan Alternatif pada Pilihan Raya 1999 ketika era Reformasi selepas Anwar Ibrahim dipecat dari Umno dan BN.

Dalam pilihan raya itu, PAS dan Barisan Alternatif mengekalkan Kelantan dan menawan Terengganu, serta mula bertapak di beberapa kawasan di Kedah dan Perak.

Wanita ditahan gara-gara ‘seluar nipis’ (Gambar)


Seorang wanita ditahan polis kerana disangka berjalan dalam keadaan bertelanjang di Merseyside.

Bagaimanapun, wanita yang dikenali sebagai Abbie Crawford itu sebenarnya memakai seluar panjang nipis menyerupai warna kulitnya dan digayakan bersama dengan baju kot.

Gambar Abbie, 25, menjadi viral selepas penduduk di Newton-Le-Willows di Merseyside salah anggap mengenai cara dia berpakaian.

Abbie tampil mendedahkan bahawa dia sebenarnya memakai seluar nipis jenama Topshop yang seakan-akan sama dengan warna kulitnya.

“Saya memakai seluar itu apabila mahu menarik perhatian ramai dan ia tidak pernah mengecewakan saya.
“Rakan saya menunjukkan gambar yang tular itu semalam. Saya terkejut dan seakan-akan tidak percaya,” katanya.

Ketika berjalan di sepanjang laluan pejalan kaki, Abbie menyedari dirinya diperhatikan orang ramai yang menyangka dia keluar dalam keadaan bertelanjang.
-kualalumpurpost 

Ngeri!!! Wanita disiat-siat anjing pit bull sendiri

Bethany Stephens bersama salah seekor anjingnya. - Foto sumber CBS
VIRGINIA - AMERIKA SYARIKAT. Mayat seorang wanita yang ditemui dalam keadaan ngeri di daerah Goochland, Virginia didakwa dibunuh dua ekor anjing peliharaannya.

BBC melaporkan polis menemui mayat Bethany Stephens, 22 yang dikawal dua anjing tersebut Jumaat lalu.

Keadaan mayat mangsa 'terlalu ngeri' bersama-sama cebisan pakaian mangsa yang bertaburan di sekeliling mayat, kata polis.

"Saya nampak dan empat lagi anggota polis nampak anjing-anjing berkenaan mengunyah di bahagian tulang rusuk mayat," jelas Sheriff, Jim Agnew.

Polis berkata sedemikian dalam satu sidang media yang diadakan untuk menerangkan bagaimana mangsa maut.

"Kecederaan trauma terawal adalah di bahagian tekak dan muka mangsa.

"Nampaknya mangsa dijatuhkan, pengsan dan anjing-anjingnya mula menyiat mangsa," kata Agnew.

Tambah Agnew, beliau pada mulanya tidak mahu mendedahkan hasil siasatan tersebut, terutamanya tanpa keizinan keluarga mangsa.

Pendedahan dibuat selepas timbul khabar angin berkenaan kematian mangsa dan polis tidak mahu penduduk setempat risau mengenai pembunuh yang sedang bebas.

Sementara itu, kedua-dua ekor anjing jenis pit bull peliharaan mangsa telah dimatikan dengan izin keluarga mangsa.

Orang ramai pula mempersoalkan bagaimana anjing-anjing berkenaan tergamak menyerang

Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap anggota polis, abang (Gambar)


Kota Baharu – Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap dua beradik termasuk seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal serta isteri masing-masing yang merupakan penjamin kes samun yang dihadapi mereka.

Hakim Nazri Ismail mengeluarkan perintah selepas tertuduh, Mohamad Fauzi Ariffin, 26, dan abangnya, Mohd. Fairuz, 29, serta isteri mereka gagal hadir pada prosiding untuk keputusan kes hari ini.

Nazri berkata, antara syarat yang dikenakan kepada penjamin adalah untuk hadir ke mahkamah setiap kali prosiding perbicaraan berlangsung.

“Mahkamah mengeluarkan waran tangkap kepada kedua-dua tertuduh serta penjamin yang masing-masing merupakan isteri tertuduh,” ujar beliau.

Mohamad Fauzi dijamin Alyaa Natasha Sariman, 22, manakala Mohd. Fairuz dijamin oleh Siti Norfarhana Radzuan, 23.

Kedua-dua tertuduh menghadapi pertuduhan bersama seorang lagi Lans Koperal polis, Adri Hazwan Ahmad,27, merompak berkumpulan Rahmah Omar, 53, dengan melarikan wang tunai RM3,050 pada pukul 11.15 malam, 18 Mac lalu, di Kampung Tanjong, Badang, di sini.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd. Arshad manakala Mohamad Fauzi diwakili peguam Zulhaidi Akmal Hasan Basri dan Mohd. Fairuz tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Januari depan untuk sebutan semula waran tangkap yang dikeluarkan hari ini. 
– Kosmo

Semua orang menderita apabila Umno, PAS berpakat’

Nurul Azwa Aris

PETALING JAYA: Ahli sosiologi Prof Syed Farid Alatas berkata sebarang kerjasama antara Umno dan PAS yang membawa kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang akan memberi kesan buruk kepada segenap lapisan masyarakat, dan bukan sahaja bukan Islam.

Prof Syed Farid Alatas dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) adalah tidak benar tanggapan yang hanya umat Islam berfikiran “liberal” sahaja akan menderita.

“Tanggapan perkara ini masalah orang Islam dan orang bukan Islam atau masalah sekular-liberal melawan orang Islam pelampau adalah salah,” katanya diminta mengulas pandangan diutarakan East Asia Forum, sebahagian daripada wacana di bawah Universiti Kebangsaan Australia (ANU).

Beliau berkata banyak permasalahan yang dihadapi negara memberi kesan ke atas segenap masyarakat Malaysia, “sama ada kamu kononnya liberal, pelampau, Kristian, Buddha atau Hindu”.

Dalam artikel diterbitkan East Asia Forum baru-baru ini, ia meramalkan pemerintahan BN akan kekal bagi tahun-tahun akan datang sekiranya pakatan Umno-PAS berjaya.

Menurutnya, perkembangan itu berita buruk buat orang bukan Islam dan orang Islam liberal kerana Umno akan terpaksa tunduk kepada kemahuan parti Islam itu.

“Umno tahu permainan itu – ia boleh memerintah selama-lamanya selagi mana PAS mengizinkan. Umno takut pada kuasa pilihan raya dalam tangan PAS yang boleh digunakan terhadap Umno. PAS juga sedar perkara itu,” kata Clive Kessler dalam artikel itu.

“Itulah asas kerjasama mereka – kadangkala bersama, kadangkala tidak, tetapi sentiasa beriringan. Situasi itu memihak kepada PAS dan diterima baik oleh Umno.”

Farid mengingatkan sesetengah orang mengkritik Umno-BN yang didakwa tidak bersungguh melawan rasuah manakala ada pula yang mengkritik bagaimana Islam dipolitikkan oleh Umno dan PAS.

Beliau membidas pihak berkuasa agama di negara ini kerana “asyik bercakap mengenai khalwat atau hudud tetapi tidak pernah mengenai rasuah”.

Menurutnya, Islam memberi penekakan kepada usaha melawan rasuah dan mengeluh kerana hanya kumpulan sekular yang aktif menyeru amalan itu dihentikan.

Jika Umno dan PAS adalah pejuang Islam seperti yang didakwa, kata Farid, sudah tentu mereka akan memastikan isu rasuah menguasai perbahasan nasional.

Beliau menjangkakan kerajaan BN yang akan datang akan merumuskan dasar Islamisasi gaya PAS jika ia bekerjasama dengan parti Islam itu.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Maszlee Malik bagaimanapun meragui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan lebih menggunakan undang-undang syariah untuk menarik undi.

Beliau percaya Najib sedar orang ramai lebih memikirkan isu kualiti kehidupan, kos sara hidup yang tinggi, kualiti pendidikan dan keperluan menambah baik perkhidmatan awam.

Tanah Felda Jalan Semarak: Najib digesa bercuti beri ruang siasatan

MALAYSIA DATELINE
Tanah Felda Jalan Semarak: Najib digesa bercuti beri ruang siasatan
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak wajar mengambil cuti bagi memberi ruang penyiasatan menyeluruh ke atas kehilangan hak ke atas tana di Jalan Semarak milik Felda sebagaimana didedahkan media arus perdana semalam.
Noraza Muda
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Felda Lajnah Tanah Pas Naraza Muda berkata, selepas pendedahan oleh akhbar Berita Harian (BH) itu disahkan oleh Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang mengakui agensi itu ‘kehilangan’ tiga bidang tanahnya bernilai lebih RM250juta di Jalan Semarak.

“Beliau sendiri tidak faham bagaimana tanah milik Felda boleh berpindah milik kepada syarikat lain menurut laporan Berita Harian.

“Merujuk rentetan laporan dan pendedahan media masa ini, kami warga Felda berpendapat sewajarnya penyiasatan menyeluruh kepada mereka yang terlibat dengan kadar segera kerana melibatkan aset Felda.

“Skandal berangkai ini yang melibatkan beberapa syarikat seperti dirancang dengan rapi.

“Bermula dari cadangan Pembangunan Menara setinggi 70 tingkat di atas tapak Wisma Felda Jalan Gurney Kuala Lumpur yang diserahkan kepada sebuah Syarikat Syenergy Promenade Sdn. Bhd. Sebelum ini Koperasi Permodalan Felda dicadang mengambil alih dan menyelesaikan masalah kewangan Encorp

“Kami rakyat Malaysia dan warga Felda akan menyajung tinggi jika Perdana Menteri sendiri mengambil cuti bagi memberi ruang seluasnya.

“Ketokohan Datuk Seri Najib akan lebih dihormati jika percutian beliau nanti dapat membersihkan nama kerajaan dari terpalik skandal ini. Kami yakin dengan kefahaman seseorang itu tidak bersalah selagi beliau tidak dibuktikan kesalahannya,” ujarnya dalam kenyataan.

Menurut Noraza lagi, cadangan ini dilihat satu lagi penyalahgunaan dana koperasi terbesar orang Melayu untuk menyelamatkan syarikat yang dimiliki oleh seorang bekas Menteri.

“Sejauh mana penglibatan Felda dan Encop hanya pihak Felda dan kerajaan sahaja yang tahu.

“Pendedahan terbaharu ini juga dilihat satu agenda terancang mengenakan seseorang dan menyelamatkan seseorang.

“Lebih menarik pemilik Syarikat Syenergy Promenade adalah pemilik sama Syarikat yang disebut mengambil alih tanah Felda iaitu Kuala Lumpur Vertical City (KLVC)

“Sudah sampai masanya Skandal FELDA dan Tan Sri Isa Samad (bekas pengerusi Felda) ditamatkan. Kenapa perlu kerajaan menunggu kehilangan demi kehilangan aset dan wang Felda terdedah tanpa penyiasatan dari pihak berwajib sendiri. Mustahil Isa Samad keseorangan tanpa penglibatan orang yang lebih besar dalam berpuluh-puluh skandal yang melanda Felda sejak 2011,” ujarnya.

Saman seks: Bekas ketua hakim syarie, wanita setuju selesai

Kisah hubungan seks dan cinta yang didakwa antara seorang bekas ketua hakim syarie dan seorang janda mencetuskan rasa tidak senang di kalangan pengamal perundangan, terutama di Jabatan Kehakiman Syariah.

Bagaimanapun, perkara itu akhirnya diselesaikan di Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 7 Disember lalu dengan wanita berkenaan memohon maaf.

Ini susulan saman fitnah yang difailkan oleh bekas ketua hakim syarie Pulau Pinang, Datuk Abdul Walid Abu Hassan, 54, terhadap Yuhasni Mohd Yussof, 38, pada Oktober tahun ini.

“Saya mengaku bahawa kenyataan tersebut telah menyebabkan rasa malu dan keresahan kepada plaintif.

“Saya mengaku bahawa saya membuat kenyataan tersebut tanpa berfikir tanpa berfikir panjang,” kata Yuhasni dalam penghakiman persetujuan.

Beliau juga memohon maaf tanpa apa-apa syarat kesal atas kesengsaraan mental dan syak wasangka susulan kenyataan itu.

Wanita yang mempunyai lima orang anak itu, sebelum ini membuat aduan kepada Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tan Sri Ibrahim Lembut.

Ketua Jabatan Kehakiman Syariah menerajui bahagian kehakiman syariah di semua negeri di negara ini.

Aduan wanita itu ke atas Abdul Walid menyaksikan ketua hakim syarie Pulau Pinang itu dipindahkan dalam masa 24 jam. Semua ini terkandung dalam dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Wanita itu turut membuat akuan bersumpah yang menghuraikan secara terperinci segala yang berlaku antaranya dengan ketua hakim itu di sebuah hotel.

Juga dalam pembelaannya dalam saman itu, beliau mendakwa Abdul Walid menghubunginya melalui Facebook pada Februari tahun ini di mana mereka berbual secara intim dan beliau kemudian memberi nombor telefonnya.

Selepas memberikan nombor itu, kedua-dua mereka dikatakan meneruskan perbualan melalui mesej teks dan ini membawa kepada pertemuan di sebuah hotel di mana ketua hakim itu didakwa menempah sebuah bilik di hotel tersebut yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang, pada bulan Mac lalu.

Dalam pembelaan dan akuan bersumpah itu, wanita berkenaan mendakwa bahawa ketika memasuki bilik hotel dia melihat hakim itu hanya bertuala tetapi memakai baju.

Di bilik itu, dia mendakwa lelaki berkenaan membuat langkah pertama dengan menolaknya ke tempat tidur ketika dia cuba menepis dan menghalangnya tetapi gagal. Yuhasni berkata, dirinya tewas dan akhirnya, pasrah dengan apa yang berlaku.

"Selanjutnya plaintif membuka tuala yang dipakainya, membuka bajunya dan kemudiannya membuka satu persatu pakaian defendan termasuk coli dan seluar dalam.

"Selepas puas mencium pipi, mulut dan muka defendan, plaintif kemudiannya mengambil pelincir KY Jelly yang dibawa sendiri, lantas melumurnya pada kemaluan defendan," petik pernyataan pembelaan itu.

Dia berkata, Abdul Walid kemudiannya dengan penuh rakus dan bertenaga melakukan hubungan seks dan melepaskan air mani di kemaluannya.

Yuhasni juga mengakui bahawa mereka mengadakan hubungan seks sebanyak tiga kali.

"Namun pada kali ke-3, tiada apa-apa air mani yang dipancutkan," katanya.

Selepas itu, Yuhasni mendakwa ketua hakim itu meninggalkan bilik berkenaan dan keesokan harinya dia pula berbuat demikian dan diberitahu oleh kakitangan hotel bahawa bilik itu telah dibayar oleh ketua hakim tersebut.

Mereka terus saling berhubungan dan dikatakan menjadi semakin mesra.

Bagaimanapun, sebulan selepas itu, Yuhasni mendakwa bahawa hubungan mereka menjadi dingin tak tidak semesra dahulu.

Wanita itu juga mengemukakan ‘screenshot’ perbualannya dengan ketua hakim itu yang dikatakan sebagai bukti dalam pembelaannya dan mendakwa telah bertemu Ibrahim pada pertengahan tahun ini, selepas menelefon pejabatnya dan mengadu mengenai perkara itu.
-malaysiakini

Kes penyeludupan orang di Wang Kelian, Perlis: Macam wilayah mafia, kata mufti

"Sungguh serius dan menakutkan, macam wilayah mafia. Susah nak percaya."

Begitu reaksi segera mufti Perlis Datuk Dr Asri Zaibul Abidin di media sosial terhadap laporan eksklusif sebuah akhbar berbahasa Inggeris berkaitan kemungkinan wujud cubaan menutup kes penyeludupan orang di Wang Kelian, Perlis.

Asri menulis perkara itu di Facebook sambil berkongsi pautan berita New Straits Times (NST).
DrMAZA.com
16 jam yang lalu
So serious and scary...like a Mafia territory.. unbelievable

KUALA LUMPUR: An exhaustive, two-year investigation by the New Straits Times Special Probes Team into the mass killings in Wang Kelian in 2015 that shook the world, has revealed startling new evidence, which suggests a massive, coordinated cover-up.
NST.COM.MY
Laporan harian itu yang bertajuk Was there a cover-up in Wang Kelian? merujuk kepada penemuan kubur beramai-ramai mangsa penyeludupan manusia di kawasan sempadan Thailand pada 2015.

Laporan itu mendakwa terdapat percubaan menutup perkara itu dengan merosakkan bukti.

Laporan dan dokumen lain dalam penyiasatan juga didakwa disunting.

Pada 1 Mei 2015, pihak berkuasa Malaysia dikejutkan dengan kem-kem penyeludupan manusia dan kubur massa oleh warga Thailand.

Mereka memeriksa kawasan sempadan Malaysia dan menemui 139 kubur pada 24 Mei, bersama lebih kurang 24 kem seumpamanya, lapor NST.
-malaysiakini 

PAS dan Umno: ‘Kadangkala bersama, kadangkala tidak, tetapi sentiasa beriringan’

FMT Reporters
KUALA LUMPUR: Nasib politik Malaysia ditentukan oleh persaingan antara Umno dan PAS, walaupun negara ini berbilang kaum.

Kini, persubahatan 2 seteru lama itu sedang mengubah lanskap politik, membentuk suatu kerajaan Melayu duopoli baharu, kata Prof Clive Kessler, ahli akademi serta pakar sosiologi dan antropologi di Universiti New South Wales, Australia.

“Konsortium Umno-PAS menyaksikan PAS bukan sahaja dilahirkan semula dan diperkasakan, tetapi dari segi dasar dan politik, PAS sebenarnya berkuasa,” katanya dalam satu artikel di East Asia Forum (EAF) terbitan Universiti Kebangsaan Australia (ANU).

EAF merupakan inisiatif bersama 2 rangkaian penyelidikan akademik iaitu Biro Penyelidikan Ekonomi Asia Timur dan Biro Penyelidikan Ekonomi Asia Selatan.

Kessler berkata penguasaan demografi Melayu semakin kuat disebabkan kadar kelahiran orang Melayu, penghijrahan warga Indonesia dan lain-lain yang menjadi ‘Melayu’ secara istilah politik.

Ini, katanya, ditambah dengan penghijrahan keluar ramai orang bukan Melayu kelas pertengahan yang tawar hati dengan kuasa Melayu yang semakin kuat dan dominasi golongan Islamis dalam kehidupan di Malaysia,” kata Kessler.

“Dominasi Melayu juga dikukuhkan melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya – pengundi bukan Melayu dihimpunkan dalam kawasan bandar yang luas, sementara pengundi Melayu di luar bandar umumnya mengundi di kawasan yang lebih kecil.”

Dalam artikelnya yang merupakan sebahagian siri EAF mengimbas kembali tahun 2017, Kessler yang mengkaji secara dekat politik Malaysia, menjejaki hubungan antara Umno dan PAS beberapa tahun kebelakangan ini.


Beliau berkata, PAS dahulu menggembleng undi Melayu untuk melawan Umno dan berusaha melemahkan wibawa dan autoriti Umno.

Tegas beliau, walaupun PAS dan Umno pernah bekerjasama dalam satu tempoh yang singkat pada 1970-an, mereka bermusuhan sejak berdekad lama dan bersaing untuk merebut undi Melayu.

Matlamat Umno tercapai

Menurutnya, PAS sedia melancarkan perjuangan jangka panjang menggunakan kelebihan politiknya ke atas Umno dan “secara beransur menjadikan Umno tebusan dan memastikan ia akan selama-lamanya rasa tertekan lalu mengguna pakai dasar yang menyenangkan PAS dan mempromosikan Islam”.

“Dinamik tersembunyi ini menghasilkan de-sekularisasi masyarakat Melayu dan politik Malaysia secara radikal dalam tahun kebelakangan ini,” kata Kessler.

Pada pilihan raya 2008 dan 2013, Umno berenggang dengan penyokong bukan Melayu di sebalik penekanan kepada “ketuanan Melayu”, dalam berdepan gabungan pembangkang PAS, DAP dan PKR.

“Sejak 2008, matlamat utama politik Umno adalah untuk memecahkan gabungan itu dengan menanam stigma mengatakan DAP anti Melayu dan anti Islam, mengecam PKR sebagai parti yang dipimpin oleh seorang individu terkutuk dari segi moral, dan menghamun PAS atas keengganan menjadi parti Islam yang ‘elok’ dan mengkhianati Islam.

“Selepas pilihan raya ke-13 itu, matlamat itu tercapai. PAS keluar dari pembangkang, menyingkir pemimpin yang menyokong gabungan pembangkang dan menyertai suatu bentuk kerjasama dengan Umno.”

Kessler berkata Umno dan PAS mencapai suatu persetujuan di mana Umno akan mendapat sokongan orang Melayu PAS, dan sebagai balasan, kerajaan pimpinan Umno akan melaksanakan “dasar berpemikiran syariah yang memihak kepada PAS”.

“Umno tahu permainan itu – ia boleh memerintah selama-lamanya selagi mana PAS mengizinkan. Umno takut pada kuasa pilihan raya dalam tangan PAS yang boleh digunakan terhadap Umno. PAS juga sedar perkara itu.

“Itulah asas kerjasama mereka – kadangkala bersama, kadangkala tidak, tetapi sentiasa beriringan. Situasi itu memihak kepada PAS dan diterima baik oleh Umno,” tambahnya.