"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Wanita ni rentap kantung buah zakar suami pemalas sehingga terkoyak

Isteri rentap kantung buah zakar suami pemalas
Marinela Benea
VASLUI - ROMANIA. Seorang wanita yang berang dengan suaminya merentap kantung buah zakar lelaki berkenaan sehingga terkoyak.

Laporan Metro UK mengatakan Marinela Benea dari kampung Dragonmiresti berkata Ionel Popa, 39 seorang yang sangat pemalas dan tindakannya sebagai 'mengajar' lelaki berkenaan.

"Dia selalu mabuk dengan arak. Bila dia mabuk, dia berubah," kata Marinela.

Pada hari kejadian, Marinela menyuruh Ionel supaya bangun dan membuat kerja rumah tetapi lelaki tersebut enggan.

Ionel juga mendakwa wanita tersebut tidak layak memberinya arahan.

pasangan tersebut sudah berkahwin selama 15 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 15 tahun.

Ionel yang sudah dibedah kini berada dalam keadaan stabil dan polis kini menyiasat kejadian tersebut.
-sinarharian-

6 Teori Konspirasi Dunia Yang Terbukti Benar

Tranungkite
DARI penculikan makhluk asing hinggalah kepada insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH350, pelbagai teori ditimbulkan golongan ‘penyiasat' amatur dan juga penganalisis profesional di ruang maya.

Tidak kesemua teori konspirasi yang sering dikemukakan akan memuaskan semua pihak dan kadangkala kedengaran agak ‘gila’.

Namun, di dalam hal yang paling gila sekalipun, kadang kala ia merupakan sebuah kebenaran yang tidak dapat disangkal.

Berikut kami kongsikan enam teori konspirasi yang sebelum ini mungkin dianggap cerita rekaan, namun hakikatnya adalah perkara yang benar-benar berlaku.

Konspirasi penculikan rakyat Jepun oleh Kerajaan Korea Utara.
Boynton-North-Korea-1200 penculikan oleh agensi perisikan Korea Utara terhadap penduduk Jepun ketika era 70-an dan 80-an sehingga kini menjadi hambatan kepada hubungan kedua-dua negara tersebut.

Antara tahun 1977 dan 1983, dikatakan seramai 880 warga negara matahari terbit itu dilaporkan hilang, terutamanya penduduk yang menetap di kawasan timur di kepulauan tersebut.

Pyongyang yang pada ketika itu telah dituduh sebagai dalang penculikan, namun perkara tersebut telah dianggap sebagai fitnah oleh Korea Utara.

Sehinggalah pada tahun 2002, negara yang diterjaui oleh Kim Joing-il membuat pengakuan dengan mengatakan mereka telah menculik 13 rakyat Jepun untuk dilatih sebagai perisik.

Pyongyang mengakui penculikan tersebut dan hanya membenarkan lima daripada mereka pulang pada 2002, sementara bakinya dikatakan meninggal dunia.

Bagaimanapun, Tokyo meminta Korea Utara menjelaskan nasib 17 warganya yang diculik rejim itu dan bukannya berjumlah 13, seperti yang diberitahu Korea Utara.

Di waktu tersebut, hubungan kedua-dua negara itu berada dalam keadaan tegang berikutan masalah pertindihan sempadan dan isu ujian peluru berpandu Korea Utara.


Konspirasi Amerika Syarikat dalam pengguan racun sewaktu larangan minuman keras.

mabok
Pada 17 Januari 1920, Amerika syarikat telah melaksanakan pindaan ke-18 di dalam perlembagaan mereka, iaitu larangan penggunaan arak yang juga digelar kempen National prohibition of alcohol.

Undang-undang tersebut dilaksanakan bagi menyekat penjualan, pembuatan dan mengimport bahan-bahan yang berbentuk ‘alcoholoc beverage‘

Ini kerana pada waktu tersebut, peningkatan kadar jenayah telah melonjak secara mendadak akibat daripada memimun minumam keras, selain menjaga kesihatan penduduk di negara Uncle Sam itu.

Namun tahukah anda menerusi laporan yang dikeluarkan agensi Slate.com, pada tahun 1920 hingga 1933, dikatakan seramai 700 rakyatnya telah disahkan mati akibat meminum minuman keras.
Pada waktu tersebut, kerajaan Amerika dilihat cuba mempengaruhi rakyatnya dengan mengaitkan isu kematian disebabkan meminum arak.

Namun apa sebenarnya yang berlaku adalah saintis di AS telah menggunakan sejenis bahan kimia yang mengakibatkan peminum merasa sakit perut selepas minum.

Terdapat sebuah kes di mana seorang lelaki telah mati secara mengejut dengan hanya meneguk arak yang dipercayai telah ditambah dengan bahan kimia tersebut.

Pendedahan mengenai ini juga telah disahkan oleh majalah TIME pada isu keluaran 2015, yang mana telah menemu bual pegawai kerajaan, Seymour M. Lowma, sewaktu dia masih menjawat jawatan penolong setiausaha kempen tersebut.

“Langkah yang lebih baik seharusnya dilakukan, bukan seperti ini,” katanya.

Undang-undang larangan tersebut walaubagaimanapun terhenti dan dimansuhkan pada tahun 5 Disember 1933.

Konspirasi Amerika Syarikat merekrut saintis NAZI
77fefdc7bcbd57b8203ec54d55675a1d
Selepas perang dunia kedua tamat, Jerman menyaksikan kekalahan manakala Rusia dan Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa besar dunia.

Pada ketika itu, negara-negara yang muncul sebagai ‘pemenang’ berlumba-lumba untuk merampas teknologi dan saintis terlatih di loji penyelidikan roket di Peenemünde, Jerman.

Yang mana, Amerika Syarikat merupakan negara paling beruntung apabila berjaya mengambil sebahagian besar pakar saintis Jerman; antaranya adalah kumpulan penyelidikan yang diketuai Saintis Von Braun.

Selepas disoal siasat oleh bahagian perisikan tentera Amerka, kerja-kerja penggumpulan data telah dilakukan secara sulit rentetan Tentera AS bimbang jika pihak Soviet mengetahui mereka mempunyai Von Braun.

Pada 20 Jun 1945, Kumpulan Von Braun telah berjaya dibawa keluar daripada German untuk ke Amerika Syarikat.
vonbraun-rockets
Saintis German, Von Braun, di tahun 1969.

Maka bermula dari detik tersebut, menandakan bahawa Von Braun terlibat secara rasmi dengan teknologi perlumbaan ke angkasa lepas milik Amerika Syarikat yang dinamakan operasi Paperclip.

Di dalam operasi Paperclip, antara yang paling mudah untuk dilihat adalah pembinaan roket Apollo yang digunakan oleh Neil Amstrong dalam misi ke bulan pada tahun 1969.

Roket Apollo yang dibina oleh jurutera dan saintis Amerika Syarikat telah diselia sepenuhnya oleh seorang Saintis Von Braun, di mana reka bentuk Apollo saling tidak tumpah seperti bentuk roket V2 ciptaan beliau semasa Perang Dunia Kedua.

Konspirasi CIA Menjalankan program Mind Control (MK-Ultra).
mkultra
Idea mengenai pihak perisikan AS menjalankan projek MK-Ultra adalah bukan merupakan suatu konspirasi dan rahsia lagi.

Projoke MK-Ultra adalah kod nama dari program minda separa sedar yang dimulakan seawal 1950-an di mana sejumlah rakyat AS telah diambil sebagai subjek kepada program tersebut.
7367740
Rakyat Amerika yang merupakan subjek ujikaji pada 50-an.

Projek itu juga telah diasaskan oleh kepakaran saintis Nazi yang diambil daripada Operasi Paperclip.

Ini merupakan salah satu dari elemen penting dalam teori konspirasi dunia atau dari sisi lain salah satu dari elemen New World Order.

MK-Ultra mempunyai beberapa program sampingan, yang berjumlah 149 semuanya. Program ini merangkumi kajian biologi, dadah, aktiviti seksual, teknologi, fizik, psikologi dan perfileman.

Adalah bukannya satu suratan mahupun kebetulan apabila filem yang dikeluarkan pada era 1950-an telah ‘diolah’ untuk mempengaruhi penonton akan bahaya serangan Komunis dan memutar belitkan kewujudan makhluk asing.

Jika anda perasan, dunia perfileman Hollywood adalah contoh terbaik sebagai satu alat berkesan bagi projek MK-Ultra.

Konspirasi operasi False Flag.
false-flag
Sebelum itu, mari kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan nama operasi ‘membawa bendera salah’ ini.

Operasi False Flag bermaksud operasi rahsia yang dijalankan sama ada daripada pemerintah, pertubuhan, mahupun sesebuah negara bagi membuat helah kepada orang awam kononnya ‘operasi’ yang dijalankan itu seolah-olah dilakukan oleh pihak lain.

Atau dalam kata lainnya dengan memfitnah pihak lain (musuh) sama ada dalam bentuk kemusnahan, keganasan, pembunuhan dan sebagainya.

Tujuan utama operasi ini adalah demi meraih ‘pandangan’ masyarakat supaya menyokong sebarang bentuk tindak balas oleh pemerintah yang ingin menyerang kembali pihak musuh.

Dalam sejarah, operasi false flag ini pernah dilakukan oleh pihak Nazi yang dipanggil Operasi Himmler. Di mana serangan palsu ke atas tempat mereka sendiri kemudian mereka menyalahkan Poland, dengan tujuan fitnah itu dapat memberikan mereka alasan untuk menyerang Poland.

Bagi yang mempercayai tragedi 11 September adalah operasi false flag, anda sememangnya merupakan golongan manusia yang menggunakan akal fikiran.
9-11-two
Susulan selepas serangan itu, AS menceroboh Afghanistan dengan alasan mahu memerangi keganasan.

Dunia termasuk negara-negara Islam hanya mampu melihat sahaja pengeboman ekstrim Amerika Syarikat ke atas bumi Afghan.

Kejadian pengeboman di bangunan-bangunan awam dan masjid-masjid juga adalah sebahagian daripada agenda dari operasi false flag.

Ini adalah untuk menimbulkan rasa syak-wasangka di kalangan majoiti umat Islam di seluruh dunia agar memastikan Islam tidak dapat bersatu sebagai satu kumpulan yang besar.

Konspirasi “Anda Sedang Diperhatikan”.
obamaiswatchingyou
Mungkin teori konspirasi ini paling dianggap karut dan tidak masuk akal.

Cuba anda bayangkan, pihak perisik di Pentagon sedang memantau segala aktiviti harian anda. Di tambah pula dengan imej “all seeing eyes” yang terdapat pada wang kertas 1 dollar AS, seakan menguatkan lagi teori berkenaan konspirasi ini.

Jika anda merasakan hal berkenaan adalah benar, maka anda mungkin dianggap sebagai manusia paranoid.

Adalah mustahil pihak perisik ingin mengintip jutaan manusia di dunia ini dengan hanya menggunakan skrin monitor.

Namun, pada 2013, seorang bekas bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) AS, Edward Snowden memberitahu bahawa perkara ‘mengintip’ seseorang itu adalah begitu mudah.
Edward-Snowden-FOPF-2014
Ini kerana kebanyakan kita yang begitu teruja dengan kewujudan laman serta media sosial seperti Facebook, Twitter, e-mel dan sebagainya, tanpa disedari terdedah kepada perisikan oleh pihak AS.

Snowden pada 2013 pernah didakwa membocorkan rahsia negara selepas beliau membuat pendedahan bagaimana NSA membina sistem komputer yang dapat mengintip sesiapa sahaja yang menggunakan Internet, Facebook, e-mel dan pelbagai lagi.

Menjadikan isu ini lebih besar adalah bagaimana pemilik Google, Facebook dan Microsoft menjalin kerjasama sulit dengan NSA untuk membolehkan semua akaun media sosial pengguna di seluruh dunia diintip.

Pendedahan ini sudah tentu memberikan kesan besar kepada ketiga-tiga syarikat terbesar dunia itu sekali gus menjejaskan kepercayaan orang ramai dalam melindungi rahsia pemilik akaunnya.

AS sememangnya dikenali dengan kecekapan melakukan intipan yang diperlukan untuk menjamin kedudukan mereka sebagai ‘‘polis dunia’’ selain mengekalkan dominasi sebagai negara paling berpengaruh.

Kita boleh lihat bagaimana AS yang menjadi begitu berpengaruh selepas meraih kemenangan bergaya pada Perang Dunia Kedua menggunakan segala medium untuk melakukan risikan terhadap musuh sebenar mahupun musuh yang dicipta mereka.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ieamyrul Haziq

Sumber: Yahoo.sg

Orang ini dikatakan bakal pengganti Zeti?

FMT Reporters
Mohd-Irwan-Serigar-Abdullah
PETALING JAYA: Ketua Profesional Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah merupakan nama yang disebut-sebut untuk menjadi Gabenor bank Negara menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang akan mengundurkan diri bulan depan.

Memetik laporan Reuters, nama Irwan itu berada dalam senarai pendek beberapa individu yang dicalonkan.

Bagaimanapun, sebelum ini Zeti pernah memaklumkan bahawa beliau lebih suka orang yang akan mengambil alih tempatnya dipilih dari calon dalaman.

Empat calon lain yang turut dikaitkan dengan spekulasi bagi mencari pengganti Zeti adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Timbalan Gabenor, Datuk Muhamad Ibrahim, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Dr Awang Adek Husin dan seorang lagi Timbalan Gabenor, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunos.

Mohd Irwan kini adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, yang diketuai oleh Perdana Menteri Najib. Beliau juga adalah ahli lembaga penasihat untuk 1MDB.

Manakala, Zeti adalah empat daripada ketua agensi kerajaan yang terlibat dalam satu pasukan yang ditubuh pada tahun lepas untuk menyiasat hal ehwal kewangan dan pelaburan syarikat 1MDB.

Video: Ceramah YB Dato Husam Musa 10 Mac 2016 di Kelantan yang minta Nik Amar berhenti

Bawa Isteri Dalam Kereta Tolak Sambil Cari Rezeki (video)


Bawa Isteri Dalam Kereta Tolak Cari Rezeki oleh sinartv

"Orang Melayu kita ramai makan di gereja," adu gelandangan Kuala Lumpur

ARIF ATAN
Dakwa Junaidah pihak Baitulmal dilihat berkira mengagihkan wang kutipan zakat kepada asnaf.
Dakwa Junaidah pihak Baitulmal dilihat berkira mengagihkan wang kutipan zakat kepada asnaf.

Lebih 80 peratus daripada kira-kira 100 orang gelandangan atau warga miskin kota yang menerima bantuan makanan di sesebuah gereja pada satu-satu masa terdiri daripada Melayu beragama Islam.

Pendedahan tersebut diakui seorang ibu tunggal ketika kebetulan ditemui Malaysia Dateline di Surau Balai Islam berdekatan Bulatan Pahang, Kuala Lumpur semalam.

Hanya mahu dikenali sebagai Junaidah (bukan nama sebenar), 50, beliau yang menjaga seorang anak lelaki menghidap penyakit ulser tulang memberitahu ramai gelandangan Melayu terpaksa mengharap bantuan daripada pihak gereja dan NGO berlatarbelakangkan Kristian.

Ujarnya, sebuah gereja berhampiran Dataran Merdeka menyediakan sarapan mulai jam 8 pagi setiap hari manakala satu gereja lagi di Bukit Nanas menjamu makanan tengah hari kepada warga miskin kota juga setiap hari.

"Bagusnya lagi, pihak gereja menghormati gelandangan beragama Islam. Kami akan makan terlebih dahulu selepas wakil daripada kami diminta membacakan doa makan. Kemudian, baru doa untuk penganut mereka pula dibaca.

"Selain makanan, gereja dekat Dataran Merdeka itu siap beri sabun, benarkan gelandangan cuci baju dan sediakan ampaian untuk menjemur pakaian," ujarnya yang kali terakhir menerima bantuan makanan di gereja terbabit selepas Aidilfitri tahun lalu.

Beliau yang tiba di surau itu bertanyakan pada Malaysia Dateline tentang imam untuk memohon bantuan wang ihsan selepas kira-kira sejam berlalunya solat Asar berjemaah.

"Minta bantuan pada Baitulmal setakat RM250 hingga RM300 sebulan. Sewa bilik di KL pun sudah RM300.

"Saya dengan anak berusia 25 tahun mulai tahun 2016 tidur di sekitar Masjid Negara kerana tak mampu menyewa bilik," ujarnya yang berasal dari Rembau.

Bercerita lanjut tentang perbandingan dengan layanan institusi ibadat Islam, Junaidah berkata, pihak masjid sekitar ibu negara tidak pula berbuat demikian.

"Masjid Negara pun tidak ada. Hanya NGO dan mahasiswa saja yang ada berikan kami sumbangan makanan.

"Kalau dekat kawasan Kolej Segi berhampiran Anjung Singgah, ada seorang Datin bagi sumbangan duit setiap bulan. Itu usaha orang perseorangan. Kalau Baitulmal lagilah, bagi (bantuan kewangan) buat syarat saja.

"Kelmarin, saya minta bantuan wang ihsan untuk ambil dua anak yang dijaga bekas suami di Jengka. Baitulmal tak bagi wang sebab katanya duit bulanan sudah bagi," ceritanya di perkarangan surau sambil merenung jauh kenderaan yang mulai sesak di Bulatan Pahang itu.

Berkongsikan pengalamannya yang pernah memohon bantuan bulanan pada Baitulmal di Terengganu tahun lalu bagi pihak anaknya, Junaidah berkata institusi itu menolak permohonan mereka dengan alasan bukan pemastautin.

"Saya merayu mereka buat tak tahu walaupun kad pengenalan anak saya terbukti lahir di Terengganu. Katanya, datanglah esok lusa jumpa pegawai mereka padahal saya tidak boleh tunggu. Penyakit anak saya kena cepat diberi ubat.

"Kata pegawai itu ramai orang begitu. Pada kad pengenalan saja lahir di Terengganu, tinggal di negeri lain," cerita Junaidah kembali sehingga beliau pada hari tersebut terpaksa memohon jasa baik pihak Jabatan Mufti yang pejabatnya tidak jauh dari Baitulmal itu.

Beliau berkata, pihak Baitulmal memberi bantuan hanya selepas
Jabatan Mufti itu menghubungi Baitulmal memaklumkan permohonan mereka harus diberi perhatian.

"Itupun Baitulmal beri bantuan kecemasan RM100 bukan bantuan bulanan dengan alasan sama - bukan pemastautin.
 Junaidah  juga memberitahu seorang jawatankuasa masjid dekat UTC Sentul menolak permohonannya dengan alasan bukan anak kariah.
Junaidah juga memberitahu seorang jawatankuasa masjid dekat UTC Sentul menolak permohonannya dengan alasan bukan anak kariah.
"Lepas tu pegawai itu pula persoal saya kenapa mengadu pada Jabatan Mufti sedangkan saya terdesak perlukan wang ihsan untuk belanja perubatan anak saya yang kaki kirinya sakit teruk akibat sisa karat selepas berlaku kemalangan di bengkel kereta tahun 2014 lepas," jelasnya.

Bukan kariah

Memohon bantuan ihsan dari pihak masjid juga amat mengecewakan walaupun pada papan kenyataan masjid terpampang ribuan ringgit kutipan setiap minggu Solat Jumaat.

Beliau berkata, Ahad lalu seorang jawatankuasa Masjid Amru Ibni Al'As di Bandar Baru Sentul menolak rayuannya yang memohon sedikit wang dengan alasan bukan kariah masjid.

"Dia kata dia berpegang pada prinsip. Dia hanya bantu anak kariah masjid saja. Saya sedih sebab setahu saya orang yang bersembahyang di mana-mana masjid termasuk ketika solat Jumaat juga datangnya dari luar kariah," keluhnya lagi.

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....

SEBARKANN...

Mahathir dipecat dari jawatan penasihat Petronas

Jawatan Tun M sebagai Penasihat Petronas ditamatkan

PETALING JAYA: Jemaah Menteri sebulat suara menamatkan pelantikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini, penamatan itu ekoran tindakan Dr Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pembangkang baru-baru ini.

Justeru, Jemaah Menteri berpendapat Dr Mahathir tidak lagi mendokong Kerajaan yang sedia ada.

“Kabinet (Jemaah Menteri) hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan “Deklarasi Rakyat” bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.

“Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara. Sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Dr Mahathir menandatangani deklarasi bersama dengan bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO).

Deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’ itu ditandatangani bagi memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan.

Calon tentera ambil peperiksaan dengan hanya berseluar dalam (Gambar&video)

Ambil ujian separuh bogel elak tipu
BIHAR - INDIA. Tentera India mengarahkan calon peperiksaan pengambilan jawatan mengambil peperiksaan dengan hanya berseluar dalam bagi menghalang penipuan selepas beberapa skandal penipuan dilaporkan di negeri itu.

Memetik akhbar India Express, beberapa foto menunjukkan berpuluh-puluh lelaki duduk bersila di sebuah padang dengan hanya berpakaian dalam untuk menjawab soalan sambil dikawal oleh penyelia beruniform.

Akhbar itu memetik sumber tentera sebagai berkata, mereka mengambil langkah radikal untuk menjimatkan masa menapis ramai orang selepas lebih 1000 calon hadir dalam peperiksaan itu.

"Kami tidak mempunyai pilihan untuk mematuhi arahan walaupun ia berasa ganjil," kata sumber kepada akhbar itu dipetik AFP.

Sementara itu, jurucakap tentera di New Dehli enggan mengulas mengenai laporan itu yang datang setahun selepas polis Bihar menahan 1,000 calon pegawai mengupah orang untuk menduduki peperiksaan untuk mereka.

Menggunakan kaedah penipuan tradisional hinggalah menggunakan kamera pengintip berteknologi tinggi, menipu adalah perkara biasa di India bagi kebanyakan individu untuk mendapatkan gred sekolah yang baik dan pekerjaan di sektor kerajaan.

Bihar adalah salah satu negeri yang paling ramai penduduk yang terkenal dengan penipuan semasa peperiksaan.

Tahun lalu, menyaksikan saudara-mara dan ahli keluarga memanjat dinding pusat peperiksaan sekolah memberi nota kepada calon untuk lulus tersebar dan menjadi berita utama negara.
-sinarharian-

Bakal Tentera Berseluar Dalam Jawab Peperiksaan oleh sinartv

'‎Kami tunai solat sunat bukan sembah matahari'

'Ia solat sunat bukan sembah matahari'
Laman sosial menyifatkan tindakan warga sekolah SK Chabau sebagai sembah matahari sehingga mengundang rasa kurang senang orang ramai.
JASIN - Tindakan sebuah laman sosial menyamakan solat gerhana matahari yang didirikan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Chabau di sini, Rabu lalu sebagai menyembah matahari dianggap amat keterlaluan.

Pengerusi MAYC Jasin, Asrul Khan Sher Jang Khan berkata, sebagai warga Jasin, mereka kesal pengendali laman sosial mempertikaikan tatacara solat dilakukan bukan di dalam masjid atau surau, sekali gus menyamakan tindakan warga sekolah seperti amalan paganism dan agama majusi.

“Tujuan pihak sekolah berkenaan melakukan di kawasan lapang bagi memberi lebih ramai warga sekolah turut serta dan tidak harus dikritik.

“Situasi itu bukan sahaja mengguris hati warga SK Chabau dan alumni, malah rakyat Jasin dan negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Pegawai Tadbir Agama Daerah Jasin, Huzailan Hamzah berkata, pihaknya baru dimaklumkan hal terbabit setelah ia disebarkan melalui WhatsApp dan akan meminta pegawainya ke sekolah itu untuk mendapatkan maklumat.

Menurutnya, beliau terkilan kerana niat baik sekolah itu disalah tafsir, sedangkan tiada masalah mendirikan solat berkenaan di kawasan lapang selain dalam masjid atau pun surau.

“Tak ada masalah warga sekolah bersolat di kawasan lapang bukan sahaja di masjid atau surau.

“Saya yakin dan percaya ada sebab pihak sekolah mengadakan solat sunat gerhana matahari di kawasan lapang, mungkin tiada kawasan yang luas dan sebagainya.

Rabu lalu, laman sosial terbabit memuat naik status dan gambar warga sekolah berkenaan mendirikan solat sebagai menyembah matahari.

Gambar itu dipercayai diambil selepas Sinar Harian memuat naik ke laman sosial.

Bagaimanapun, laman terbabit memadamkan status berkenaan selepas orang ramai mengutuk serta mengkritik tindakan pengendalinya.
-sinarharian-

Guru muat naik video lucah di grup WhatsApp sedang disiasat

SANDAKAN: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang guru di daerah ini didakwa mewujudkan kumpulan WhatsApp dan memuat naik video lucah untuk tatapan anggota kumpulan itu.

Pengarahnya, Datuk Jame Alip berkata jabatan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap guru itu jika terbukti melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana ia jelas mencemarkan nama baik jabatan dan profesion guru.

"Kami telah mengenal pasti guru terbabit, bagaimanapun perkara itu masih dalam peringkat siasatan.

"Sebagai seorang guru, perbuatan tidak bermoral dan melanggar etika sebagai seorang pendidik tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan itu, semasa melakukan lawatan mengejut di

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar di sini, semalam.

Beliau melakukan lawatan mengejut di beberapa sekolah berasrama di daerah ini bagi meninjau tahap kebersihan persekitaran dewan makan, dapur dan makanan disediakan pengendali makanan. 
-Bernama-

Ibu Dirogol, Bayinya Dibunuh

SEORANG wanita berusia 28 tahun mendakwa telah dirogol manakala bayinya berusia 14 hari dibunuh dalam kejadian yang berlaku di depan anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

Ketika kejadian di Kampung Shishgarh, Uttar Pradesh , ibu kepada dua anak itu mendakwa telah diserang oleh pemandu dan konduktor bas yang berada dalam keadaan mabuk.

Suspek dilapor telah mencekik wanita itu dan mencampak bayi yang didukungnya ke tanah sebelum merogol.

Anak sulungnya yang berusia tiga tahun hanya mampu bersembunyi sambil melihat ibunya dirogol suspek.

Superitendan Polis, Yamuna Prasad berkata, ketika kejadian, mangsa membawa bayinya yang sedang sakit untuk bertemu pengamal perubatan tradisional.

"Ketika pulang, mangsa telah diserang dan dirogol di dalam bas di stesen bas tersebut. Selepas dirogol dia menemui bayinya yang tidak bernyawa lagi.

"Dua suspek tersebut kini telah ditahan polis untuk tindakan lajut," katanya.
-mstar-

Wanita potong kemaluan abang ipar

Wanita potong kemaluan abang ipar
Seorang wanita memasuki pekarangan balai polis sambil memegang sebahagian alat kelamin yang masih berdarah sebagai bukti dia sering diganggu pemilik organ itu.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu bertindak berani memotong alat kelamin abang iparnya kerana tidak tahan diganggu lelaki berkenaan sejak dia menumpang di rumah kakaknya.
Berusia 32 tahun, dia ke balai polis di daerah Sidhi, Madhya Pradesh bersama anak-anaknya bagi menyerahkan bahan bukti itu.

“Inilah satu-satunya cara untuk memastikan dia tidak lagi mengganggu saya,” katanya.

Dia bersama anaknya menumpang keluarga iparnya kerana suaminya bertugas di Nashik, Maharashtra yang terletak kira-kira 500 kilometer dari daerah itu.

Bagaimanapun sebelum polis mendapatkan pengesahan pemilik alat kelamin itu, abang ipar wanita itu telah dilaporkan membunuh diri.

Menurut jurucakap polis Sidhi, Abid Khan, wanita berkenaan telah didakwa kerana cubaan membunuh.

Katanya, siasatan awal mendapati wanita itu normal dan dia mengakui tidak menyesal atas perbuatannya itu.
-kualalumpurpost-

Papagomo Akan Didakwa Esok Kerana Serang Pekerja Asing (Gambar)

PETALING JAYA: Penulis blog kontroversi Papagomo akan didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur pada Jumaat atas dakwaan menyerang seorang pekerja asing.

Dia dijangka didakwa pada pukul 9 pagi.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja warga Pakistan menerusi video berdurasi empat minit yang dimuat di Facebook dan menjadi viral di media sosial.

Papagomo berkata, dia menyerang pekerja berkenaan kerana lelaki itu didakwa melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya serta dua lagi rakan mereka.

Dia kemudiannya memuat naik video tersebut yang didakwa berlaku pada 29 Januari lalu menerusi halaman Facebooknya Sir Azri.

Tambah Papagomo, dia memuat naik video di Facebook bagi memberi penjelasan tentang insiden yang berlaku.
-mstar-

Gadis 15 tahun dirogol, dibakar

New Delhi: Seorang gadis berusia 15 tahun kini bertarung nyawa di hospital New Delhi semalam selepas dirogol dan dibakar di atas bumbung rumah keluarganya di sebuah kampung di luar bandar ini, kata polis.

Jurucakap polis, Yadram Singh berkata, polis menahan seorang lelaki berumur 20 tahun kerana merogol dan cuba membakar gadis itu hingga mati kelmarin di kampung Tigri di Noida di negeri Uttar Pradesh.

Menurutnya, suspek yang mempunyai kesan terbakar pada tangan, didakwa dengan beberapa pertuduhan termasuk merogol, cubaan membunuh, menyerang kanak-kanak bawah umur dan menyebabkan cedera parah.

Katanya, gadis itu berada dalam keadaan kritikal dengan kesan terbakar serius hampir keseluruhan badannya dan kini dirawat di sebuah hospital di New Delhi.

Akhbar India melaporkan, mangsa mengalami luka terbakar sehingga 95 peratus ditubuhnya.
-kualalumpurpost-

Kenapa Mat Said Bawa Diri Ke Korea

Bawa Diri Ke Korea Lepas Gagal Usul Undi Tak Percaya?
AWAK kat mana? Ibarat lagu popular oleh Taufik Batisah, misteri kehilangan Datuk Seri Ahmad Said dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Rabu menjadi tanda tanya kebanyakan pihak.

Sidang DUN itu disambung semula setelah ditangguhkan awal petang Selasa susulan kekecohan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman akhirnya gagal dikemukakan beliau.

Menurut portal berita AgendaDaily, bukan sahaja pihak media malah semua orang tercari-cari di manakah kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kijal yang juga bekas Menteri Besar Terengganu ini ‘bawa’ diri.

Apa tidaknya, Ahmad, 56; tiba-tiba menjadi sensasi seluruh Malaysia apabila membuat kejutan pagi Selasa dengan nekad mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Ahmad Razif, 50; yang juga ADUN Seberang Takir.

Ibarat kata angin tiada, ribut tiada, hujan pun tiada, beliau lempar ‘bom’ ke dalam kubu sendiri dalam sidang itu walhal menjelang sidang DUN itu langsung memang tidak kedengaran apa-apa kontroversi politik di negeri itu.

Usul tergempar itu bagaimanapun ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Mohd. Zuber Embong kerana ia dikemukakan tanpa notis minimum selama dua minggu sekali gus tidak mematuhi peraturan untuk mesyuarat tersebut.

Tindak tanduk Ahmad berjaya mencuri perhatian kerana perbezaan kerusi di DUN Terengganu antara wakil rakyat kerajaan dengan wakil rakyat pembangkang cuma dua orang. BN ada 17 kerusi, manakala PAS 14 dan PKR 1.
ahmad said1Macam-macam cerita timbul mengenai ketiadaan Ahmad Said pada sidang DUN. Ada yang kata beliau konon sudah ‘terbang’ pergi ke Korea Selatan untuk menghantar anaknya belajar di negara kimchi K-Pop tersebut.

Juga yang menjadi tanda tanya lebih besar apakah motif Ahmad sebenarnya sengaja cetus kejutan itu. Beliau dakwa terpaksa kemuka usul undi tidak percaya itu kerana tidak puas hati pada Menteri Besar dalam beberapa hal.

Sedangkan pada kelaziman, isu dalaman parti dan pentadbiran antara wakil rakyat kerajaan hanya diselesaikan menerusi pertemuan dan rundingan sesama sendiri khasnya ketika mesyuarat badan perhubungan UMNO negeri.

Kenapa Ahmad guna platform DUN yang boleh gugat kedudukan kerajaan BN negeri? Dakwanya beliau hanya tidak sokong Menteri Besar tetapi bukan berniat hendak menumbangkan langsung kerajaan negeri BN.

Juga katanya beliau tetap kekal dalam UMNO kecuali dipecat. Ironi penganalisis politik tempatan menilai ia mungkin ada kaitan dengan ‘angin’ politik di peringkat pusat khasnya isu panas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perkara itu diakui Ketua Kelab Barisan Penyokong Kerajaan Terengganu dan juga Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar yang berkata tindak tanduk Ahmad agak pelik.

“Sejarah yang agak pelik apabila ada ADUN BN kerjasama dengan pembangkang untuk undi tidak percaya. Ini mungkin rentetan dari peringkat persekutuan seperti tindakan (bekas perdana menteri) Dr. Mahathir (Mohamad).
ahmad said2
Justeru katanya BN Terengganu tetap berdiri teguh di belakang Ahmad Razif di sebalik Ahmad Said kebelakangan ini beberapa kali mengkritik kerajaan negeri secara terbuka dan tidak sembunyi mengakui beliau pro-Mahathir.

Kalau diselak balik sejarah Ahmad memang tidak sunyi daripada kontroversi khususnya selepas beliau secara tiba-tiba digugurkan jawatan Menteri Besar negeri itu pada 12 Mei 2014 dan segera digantikan dengan Ahmad Razif

Pelantikan itu menyebabkan Ahmad mengisytiharkan ‘keluar’ UMNO menjadi wakil rakyat Bebas pada 13 Mei 2014. Tindakannya diikuti Ghazali Taib dan Roslee Daud yang masing-masing ADUN Ajil dan Bukit Besi.

Bagaimanapun, drama cukup adegan penuh suspens itu berakhir pantas apabila Roslee kembali kepada UMNO pada hari yang sama, disusuli dengan Ghazali dan Ahmad sendiri masing-masing pada 14 Mei 2014.

Mantan ketua kerajaan negeri itu memprotes penguguran secara mengejut jawatannya kerana dakwa konon ia memalukan maruah dirinya apabila dibuat hanya beberapa hari sahaja menjelang majlis perkahwinan anaknya.

Ahmad dilantik sebagai Menteri Besar pada 23 Mac 2008 selepas pilihan raya umum ke-13 setelah Istana Terengganu tidak perkenan pelantikan semula Datuk Seri Idris Jusoh untuk penggal kedua sebagai Menteri Besar.
– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Saya simpan rahsia besar Najib – Ahmad Said

Mohamad Fadli
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa beliau menyimpan satu rahsia besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata, jika rahsia itu didedahkan, ia boleh memalukan Najib dan rakyat.
“Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau saya dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri (Najib Razak).

“Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri saya, saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu ‘terhutang,” katanya kepada FMT.
Ahmad berkata, disebabkan rahsia besar itu beliau berjuang habis-habisan dan sanggup mengorbankan dirinya, semata-mata untuk menyelamatkan rakyat di Terengganu.

Diminta menjelaskan lebih lanjut rahsia besar itu, Ahmad berkata, beliau hanya akan mendedahkan rahsia itu selepas melihat reaksi dan komen-komen pemimpin UMNO terhadap dirinya termasuk daripada Najib sendiri.

“Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor).

“Saya tak nak cerita sekarang tetapi jangan buat saya rasa terhina,” katanya.

Semalam, Ahmad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif kerana berkata usul itu dibuat tanpa notis sekaligus melanggar peraturan DUN.
freemalaysiatoday-

'Jawapan PM mengenai skandal SRC mengejutkan Parlimen'

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong ChenKUALA LUMPUR: Jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa SRC International tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu skandal dana RM42 juta ‎mengejutkan Parlimen.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, jawapan Najib itu juga bercanggah dengan kenyataan Peguam Negara,Mohamad Apandi Ali berkaitan isu SRC tersebut.

"Jawapan Najib mengenai isu ini amat mengejutkan kerana ia merupakan penyangkalan menyeluruh mengenai kewujudan pemindahan wang sebanyak RM42 juta ke dalam akaun peribadi PM.

"Penyangkalan ini juga bercanggah dengan kenyataan Mohamad Apandi berkaitan isu SRC dimana beliau mengaku bahawa penyaluran wang ini wujud tetapi perdana menteri tidak perlu didakwa.

"Apandi juga telah membentangkan satu 'flowchart' yang telah menunjukkan penyaluran wang SRC tersebut," katanya dalam kenyataan media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Najib dalam jawapan bertulisnya kepada Parlimen memaklumkan bahawa SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran dana RM42 juta.

"Isu ini adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesasihan sumber beritanya.

"Sehubungan dengan itu dibawah Peraturan Mesyuarat 23 (1) (I), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaan perkara di dalam surat khabar," petik jawapan bertulis Najib mengenai pertanyaan tentang isu penyaluran dana RM42 juta tersebut.
-sinarharian-