"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Mat Sabu bakal diisytihar muflis

Mat Sabu bakal muflis jika gagal bayar Wan Ahmad RM200,000

Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu dikatakan sudah menerima notis kebankrapan pada 3 Februari lalu tetapi beliau tidak mematuhinya. 

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berdepan tuntutan muflis selepas gagal melunaskan ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Ganti rugi dituntut selepas Mohamad didakwa memfitnah Wan Ahmad berkenaan berhubung isu "Projek IC" di Sabah.

Menurut Utusan Malaysia, peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan akan memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan semula ganti rugi itu berserta faedah.

Menurut Hazira, mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan kes tersebut.
“Notis kebankrapan sudah pun diberikan kepada Mat Sabu pada 3 Februari lalu tetapi pemimpin pembangkang itu tidak mematuhinya,” katanya.

Pada 20 Mac 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mohamad yang ketika itu merupakan timbalan presiden PAS dan bekas setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Wan Ahmad kerana kesalahan memfitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong ketika membenarkan saman Wan Ahmad, memutuskan plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap Mohamad dan Mustafa selaku defendan.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan itu membayar kos berjumlah RM50,000 kepada Wan Ahmad.

Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan Wan Ahmad terhadap pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, ketua editor akhbar Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel, Aziz Muda.

Terdahulu pada 5 Mac 2013, Wan Ahmad memfailkan saman dengan mendakwa Mohamad mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk "Wan Ahmad Tidak Boleh Dipercayai" dan "Ragu Peranan SPR – Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan" dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Januari 2013.

Dalam penyataan tuntutannya, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam "Projek IC" di Sabah.
-malaysianinsider-

Ibu terkejut lihat anak berasmara dengan lelaki dalam bilik

Kajang: Seorang ibu menerima kejutan menyedihkan apabila melihat anak perempuannya berusia 13 tahun berasmara dengan lelaki di dalam bilik di rumahnya ketika pulang seketika untuk mengambil barang dalam kejadian di Bandar Baru Bangi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian 10.30 pagi, ibu remaja itu yang juga jururawat membuat laporan polis pada hari sama dan membawa anak perempuannya ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, hasil pemeriksaan mendapati remaja bawah umur itu dinoda oleh lelaki berusia 17 tahun yang juga teman lelakinya.


“Remaja perempuan itu mengenali teman lelakinya sejak dua tahun lalu dan sudah melakukan hubungan seks berkali-kali sejak November 2015.

“Teman lelaki remaja itu ditahan selepas dia menyerah diri di balai polis dan kini direman selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya ketika ditemui, pagi tadi.
-hmetro-

Revolusi mikrofon

Jimadie Shah Othman
Di awal 80-an, ceramah Mat Sabu tidak seperti sekarang-sekarang ini – lucu dan penuh gelak tawa.Tiga puluh lima tahun lalu, ceramah Mat Sabu, atau nama sebenarnya Mohamad Sabu, tidak juga seperti malam Selasa yang lalu di depan penjara Sungai Buloh.

Mohamad, presiden parti serpihan PAS Parti Amanah Negara (AMANAH), kelmarin berucap tidak sampai lima minit.

Beliau mulakan ucapan dengan sebuah permohonan maaf kerana keempat-empat anaknya sudah bergelar mahasiswa tetapi tidak menjadi seperti anak-anak siswa di Indonesia.
Beliau juga meminta maaf kerana pengikut pembangkang, yang terdiri daripada petani dan nelayan, tidak keluar berdemonstrasi tiga minggu seperti di Thailand walaupun “ditindas”.

Mohamad memulakan ucapan dengan retorik politik cukup menarik. Tetapi selepas tiga minit, beliau mengambil tindakan yang membuatkan ucapannya itu tidak akan dilupakan.

Semua orang terpinga sebentar, sebelum mereka kemudiannya bersorak dan bertepuk tangan. Seminggu kemudian mereka akan terus membicarakan bagaimana Mohamad membaling mikrofon di atas pentas.

Dalam sorak-sorai itu, di tengah-tengah perbahasan hangat wajar tidak wajar langkah itu, ramai terlupa apa kata Mohamad sebelum mikrofon melayang ke latar belakang pentas:

“Sampai bila kita hendak berkeadaan begini? Usiaku sudah menjelang 60 tahun. Adakah kita pejuang atau untuk menyedapkan hati saudara kita di penjara sana. Cis, mari kita bangun!”

Beliau merujuk kepada Anwar yang sudah setahun merengkok di penjara selepas disabitkan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Ditanya Malaysiakini di Petaling Jaya semalam, Mohamad membayangkan ceramah-ceramah beliau selepas ini akan lebih serius – janji yang sekali gus mengingatkan kita pada pendekatannya ketika sedang meningkat naik bersama PAS.

Di tahun-tahun 80-an, dengan penuh tenaga sebagai ketua Pemuda, ditambah lagi kehangatan revolusi Islam Iran yang baru melanda ketika itu, Mohamad yang kita kenal hari ini mungkin tidak sama dengan 35 tahun lalu.

Revolusi di bibir

Ucapannya ketika itu sarat dengan kisah-kisah kebangkitan rakyat di seluruh dunia. Perkataan revolusi meniti di bibirnya.

Malah, sebelum membaca surah al-Asr sebagai tradisi menyuraikan majlis ketika itu, Mohamad akan membimbing laungan “tidak timur, tidak barat, daulah Islamiah” yang membangkitkan semangat penyokong-penyokongnya.

Slogan ketika itu diubah suai daripada ucapan Ayatullah Khomeini pemimpin revolusioner Iran yang menumbangkan pemerintahan 54 tahun dinasti Pahlavi di Iran – sebuah kerajaan sekular yang didakwa badut Amerika.

Mohamad dilihat antara pemimpin kanan PAS ketika itu yang terinspirasi dengan revolusi, yang turut memberi kesan besar kepada proses islamisasi seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Beliau menjadi antara pemimpin penting yang mengetengahkan idea kepimpinan ulama dalam PAS. Malah, konsep Majlis Syura dikatakan diambil daripada idea “Wilayatul Faqih” di negara Syiah itu.

Bagaimanapun, bermula daripada pembentukan Majlis Perunding Cina (CCC) pada 1986 kepada Kelab Penyokong PAS dan terbaru Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), PAS menuju ke arah lebih terbuka dan terangkum (inklusif).

Siapa sangka ada pemimpin kanan PAS ketika itu seperti Datuk Mujahid Rawa yang mungkin lebih banyak melawat gereja (untuk berdialog).

Tetapi kini semuanya tinggal nostalgia. Mohamad dan lebih sedozen pemimpin kanan PAS yang bersama bergabung dalam AMANAH kini mahu menamatkan apa yang mereka rintis dalam PAS: Sebuah idea Islam untuk semua, sebagai rahmat ke seluruh alam.

Bagaimanapun, jalan AMANAH tidak semudah itu.

Jika sebelum ini AMANAH mendakwa permohonan paling ramai menyertai mereka dari Kelantan, negeri pimpinan PAS, PAS pula mendakwa ramai yang kembali ke pangkuan mereka.

Jika selepas Jun lalu, selepas muktamar menyaksikan tumbangnya Mohamad, penyokong PAS di kampung-kampung mula merasakan ada yang tidak kena dengan langkah itu.

Bagaimanapun, dalam himpunan menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) hujung bulan lepas, penyokong PAS membuat bunyi bising ketika nama AMANAH disebut.

Ulama, negara Islam, hudud

Rakyat Malaysia haru mengakui, 35 tahun selepas revolusi Iran, PAS menjadi sebuah parti yang sarat dengan idea kepimpinan ulama, negara Islam dan hudud.

Perjuangan PAS tidak boleh dipisahkan daripada tiga agenda penting ini.

Tiada siapa boleh mengikis kepercayaan ini, hatta mufti seperti Dr Asri Zainul Abidin pun, yang merasakan perbincangan isu hudud tidak strategik ketika berdepan dengan pilihan raya.

Mohamad sebagai orang lama dalam politik sudah tentu sedar hakikat ini.

Beliau sedar AMANAH mungkin kelihatan 'tidak cukup Islam' berbanding PAS. Jumlah pemimpin AMANAH yang berjubah berserban tidak boleh menandingi jumlah mereka dengan imej sama dalam PAS.

Bendera hijau putih putih PAS – warna-warna yang dikaitkan dengan Islam, sedikit sebanyak menonjolkan imej mereka sebagai sebuah parti Islam, berbanding warna rasmi jingga AMANAH yang seperti Hindraf.

Zaman sukar AMANAH ini pernah dilalui bersama PAS 30 tahun lalu ketika mereka hendak berceramah pun tiada tempat.

Mohamad, yang dianggap bersuara emas itu, pasti ingat bagaimana beliau selalu berceramah bawah pokok getah, rumah penyokong atau dalam sawah bendang di musim panas.

AMANAH hari ini perlu sebuah 'revolusi' untuk kekal relevan dalam persada politik tanah air. Untuk itu mereka mesti menonjolkan kekuatan yang tiada pada PAS.

Selepas muktamar lalu, PAS mengambil sikap semakin lunak dengan Umno, termasuk menasihati kerajaan dan bekerjasama dalam isu-isu terpilih.

Ketika inilah Mohamad perlu melawan arus dengan membaling mikofon. Beliau sedar itulah kekuatan AMANAH, bukan inklusif, bukan wasatiyyah.

Petikan Malaysiakini

PAS kata tetap bersama Anwar tapi tak mahu hadir Himpunan 365?

PAS hari ini menegaskan parti itu tetap konsisten dalam sokongannya terhadap bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tidak hadir pada majlis Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat di luar penjara Sungai Buloh pada 9 Februari lalu.

Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat diadakan di luar penjara Sungai Buloh pada 9 Februari lalu sempena setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara, dan tidak dihadiri pemimpin PAS.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketiadaan pemimpin parti itu pada majlis yang diadakan sempena memperingati setahun pertama pemenjaraan Anwar kerana parti itu tidak menerima sebarang jemputan rasmi atau tidak rasmi bagi menyertainya.

Sehubungan itu, pihaknya terkilan dengan kenyataan pemimpin PKR Dr Badrulamin Bahron selaku jurucakap penganjur majlis itu yang mendakwa sudah menjemput PAS bermesyuarat 2 bulan sebelum ia berlangsung.

"Bila saya periksa, kami tak tahu pun. Tiada jemputan. Surat jemputan pun tiada. Makluman pun tiada.
"Jadi, saya rasa dukacita sedikit dengan kenyataan Badrulamin itu. Sebab, dia memaklumkan, (kami) sudah dijemput selama 2 bulan, dan ada mesyuarat.

"Sedangkan, saya semak dengan pejabat agung, pejabat agung tiada menerima sebarang surat. Kita tak tahu menahu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ketiadaan pemimpin PAS pada program itu yang berlangsung 3 hari lalu itu.

Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut tidak dianggap sebagai isu besar kerana PAS tetap menyokong Anwar yang dianggap mangsa percaturan politik.

Katanya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedia maklum pendirian PAS.

"Bagi kita, soal solidariti untuk saudara Anwar dan sesiapa saja yang dizalimi, kita konsisten.

"Kalau diukur daripada segi ketidakhadiran pada program itu, kita memang tak ada maklumat, sebab PAS tak dijemput," katanya.

Anwar dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara pada 10 Februari, 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah Mahkamah Rayuan sabitan tuduhan meliwat bekas pembantunya pad
??a Jun 2008.

Kes tersebut dianggap Anwar dan penyokongnya serta pemimpin politik pembangkang sebagai bermotifkan politik.

Dua hari selepas Anwar dipenjara, bekas mursyidul am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat pula menghembuskan nafas terakhirnya selepas menderita kanser prostat.

Sempena setahun pemergian Nik Aziz hari ini, Tuan Ibrahim berharap ketekalan bekas personaliti PAS yang dihormati ramai itu menjadi mutiara perjuangan buat golongan muda.

"Saya lihat perjuangan beliau, beliau istiqamah dengan pegangannya. Beliau tak pernah berubah.

"Kita harap perjuangan yang ditinggalkannya menjadi mutiara buat pemimpin pelapis dalam parti," katanya.
-malaysianinsider-

Ajaibnya Nik Aziz di mata Aziz M Osman

 Tanpa berselindung pengarah tersohor Aziz M Osman mengakui beliau mengagumi bekas Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menganggapnya sebagai insan yang perlu dicontohi.
Pernah berjumpa secara peribadi dengan Nik Aziz beberapa kali, Aziz berkata perwatakan yang dibawa oleh bekas menteri besar itu menyebabkan beliau menjadikannya sebagai ikon.

“Secara peribadi saya mengagumi pembawakan hidupnya almarhum…

“Saya sempat berkunjung, melawat dan ke rumah dia, solat berjemaah Maghrib bersama, berbuka dan bertarawih dan di situ seperti apa yang saya dengar berita mengenai Nik Aziz, dia seorang yang lembut.

“Almarhum (orangnya) lembut. Ajaibnya apabila almarhum membaca (ayat al-Quran) semua senyap, hingga pin jatuh pun boleh dengar.

"Heningnya apabila almarhum imamkan solat,” katanya ketika hadir di program wacana Mengenang Murobbi Ummah di Kuala Lumpur hari ini.

Kata Aziz, sebagai Muslim dia seperti orang lain mengagumi Rasulullah yang boleh dilihat sebagai "komander, ayah, suami dan pemimpin".

Contoh seperti itu, katanya, dapat dilihat pada perwatakan dan kewibawaan Nik Aziz sepanjang hayatnya.
“Kalau nak tunjuk contoh (akhlak dan kesederhanaan) Rasulullah susah (sebab baginda sudah wafat) tapi ia telah ditunjukkan oleh almarhum. Lihatlah rumah dia, dan cara dia,” katanya.

Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Februari tahun lalu di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kelantan.

Beliau merupakan menteri besar Kelantan antara tempoh 1990 hingga 2013.
-malaysiakini-

Senarai17 Nama Ulama Arab Saudi yang mahu dibunuh oleh ISIS

ISIS Merilis 17 Nama Ulama Arab Saudi yang Harus Dibunuh
Sebuah kabar mengejutkan datang dari kelompok yang menamakan dirinya ISIS (Islamic State of Iraq and Sham) atau yang dikenal media Arab dengan Daisy/Daesh (Ad-Daulah Al-Islamiyyah fil Iraq wa Asy-Syam).

Mereka merilis nama-nama ulama Arab Saudi yang harus dibunuh, yang di antaranya adalah Mufti Besar Arab Saudi, Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Alu Syaikh. Pernyataan ini disebutkan dalam salah satu artikel yang dimuat majalah berbahasa Inggris terbitan ISIS, Dabiq pada 19 Januari 2016. Artikel itu berjudul “Perangilah Pemimpin-pemimpin Kafir.”

Penulis artikel menuduh sejumlah ulama dan dai Arab Saudi sebagai agen pemerintah. Artikel tersebut juga memuat foto masing-masing ulama yang akan mereka perangi yaitu:

(1) Mufti Besar Arab Saudi, Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Alu Syaikh,
(2) Imam Masjidil Haram, Syaikh Dr. Abdurrahman As-Sudais,
(3) Syaikh Dr. Aid bin Abdullah Al-Qarni,
(4) Syaikh Dr. Shalih bin Awad Al-Mughamisi,
(5) Syaikh Dr. Muhammad bin Abdurrahman Al-Arifi,
(6) Syaikh Dr. Saad Asy-Syatsri,
(7) Syaikh Dr. Abdullah bin Muhammad Al-Mutlaq,
(8) Syaikh Dr. Salman bin Fahd Al-Audah,
(9) Syaikh Adil Al-Kalbani,
(10) Syaikh Salman An-Nasywan,
(11) Syaikh Muhammad As-Saidi,
(12) Syaikh Said bin Musfir Al-Qahthani,
(13) Syaikh Awad Al-Qarni,
(14) Syaikh Abdullah Alu Syaikh,
(15) Syaikh Sulaiman Al-Majid,
(16) Syaikh Abdul Aziz Al-Fauzan,
(17) Syaikh Hatim Auni Asy-Syarif, mantan anggota Majelis Syura Arab Saudi.
Artikel tersebut juga mengucapkan belangsungakwa atas meninggalnya sejumlah anggota ISIS yang dihukum mati oleh pemerintah Arab Saudi awal tahun 2016 ini bersama terdakwa terorisme lainnya.

Secara eksplisit, nama-nama anggota ISIS tersebut pun disebutkan, yaitu Faris Al Syuwail Az-Zahrani, Hamad Al-Humaidi, dan Abdul Aziz Ath-Thuwaili’i. Menurut penulis artikel, penyebab anggota ISIS dihukum mati adalah para ulama tersebut.

“Para mujahidin itu dieksekusi mati karena telah berjuang untuk menegakkan kalimat tauhid dan jihad. Hal ini sangat didukung oleh para ulama Saudi yang tidak lain adalah agen pemerintah,” tukasnya.

ISIS menilai ulama itu adalah kaki tangan rezim Al Saud yang sudah divonis kafir oleh mereka karena “Arab Saudi ikut menjalankan sistem Barat dalam perang melawan mujahidin,” lanjut artikel tersebut.

Lebih dari itu, penulis artikel ISIS ini berani mengatakan bahwa para ulama yang disebutkan tadi telah kafir dan keluar dari Islam.

“Alasannya, karena mereka taat dan patuh pada sistem negara yang murtad. Mereka memelintir ayat-ayat Al-Quran untuk menipu umat Islam secara umum dalam membela tindakan rezim Al Saud.”

Dalam artikel itu juga disebutkan, ISIS yang menggelari diri mereka sebagai Kesatria Kekhalifahan di Semenanjung Arab, mengajak pengikutnya untuk membunuh ulama dan dai tersebut.

“Adalah sebuah kewajiban untuk menumpahkan darah (membunuh) para ulama istana itu sejak mereka murtad dari ajaran Islam beberapa tahun yang lalu, dan semenjak mereka mendukung para thogut (yang disembah selain Allah) dalam memerangi Islam. Namun, sekarang alasan untuk memerangi mereka menjadi lebih kuat.”

Menanggapi hal ini, para pengamat mengatakan, artikel di majalah Dabiq edisi terbaru tersebut, yang menghasut pengikut ISIS untuk membunuh para ulama dan dai Arab Saudi, dapat mematahkan semua yang telah digembar-gemborkan media barat dan pengekornya tentang adanya hubungan pemerintah Arab Saudi dengan organisasi ISIS.

Di samping itu, artikel tersebut juga merupakan tamparan yang keras bagi kelompok sekuler, liberal dan syiah yang berusaha menghubung-hubungkan ulama Arab Saudi dengan gerakan ISIS, seperti dikutip dari Islammemo.

Dengan demikian, semakin jelas bahwa ISIS sudah melenceng dari ajaran Islam yang benar.

Sirul sudah 'petik' lima nama

Bekas komando polis Sirul Azhar Umar didakwa mendedahkan nama individu yang kononnya cuba merasuah atau memujuk beliau mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Menurut sumber Malaysiakini, lima nama telah disebut. Bagaimanapun, sumber itu berkata, pihaknya enggan mendedahkan identiti pihak yang dinyatakan itu buat masa ini.

Sumber itu memberitahu individu tersebut datang dari parti pemerintah dan pembangkang.

"Saya tidak boleh memberitahu anda siapa mereka (buat masa ini) tetapi beberapa nama-nama besar telah disebut.

"Sesetengah daripada mereka (didakwa) mendekati Sirul secara langsung ketika orang lain cuba berhubung dengannya melalui pembantu atau wakil mereka.

"Video (mengenai pendedahan) itu akan dikeluarkan tidak lama lagi," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Sebelum ini dalam klip video pertama sepanjang 2.51 minit, Sirul mengulangi dakwaan peguamnya bahawa ada pihak tertentu cuba menggunakannya untukmenjatuhkan dan memfitnah seorang individu tidak dinamakan.

Walaupun tidak menyatakan siapakan orang dimaksudkan, ia adalah jelas merujuk kepada perdana menteri.

Dalam video kedua pula Sirul menafikan laporan media bahawa seorang "wanita" tidak dinamakan sedang hamil ketika dibunuh.

Sirul sebelum ini disabitkan Mahkamah Persekutuan atas kesalahan membunuh Altantuya - seorang wanita warga Mongolia - namun dia melarikan diri dari Malaysia ke Australia.

Sirul kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, atas kesalahan imigresen.

Sirul sedang cuba mendapatkan "visa perlindungan" yang membolehkan dia hidup bebas di Australia
-malaysiakini-

Tak Perlu Beli Ubatan Yang MAHAL Untuk Atasi Rambut Gugur

Tranungkite
rambut-gugur-bawang
Banyak orang alami masalah rambut gugur. Kalau kehilangan 50 – 100 helai rambut / hari masih tetap dianggap normal, keguguran rambut seringkali bikin orang gelisah serta tertekan mental (stress).

Keguguran rambut yang teruk boleh menjejaskan penampilan, serta tentu saja akan menurunkan tingkat kepercayaan diri seseorang.

Ada banyak penyelesaian rawatan alami untuk merangsang pertumbuhan rambut dengan cara yang lebih baik, tetapi yang telah terbukti serta paling berkesan iaitu juice bawang.

Juice bawang ini sememangnya selamat untuk dipakai, tak menyebabkan kesan sampingan ataupun alahan – alahan tertentu pada kulit. Sehingga dengan cara alamiah ini, anda tidak perlu lagi menggunakan bahan – bahan kimia yang biasanya mempunyai banyak kesan sampingan serta berbahaya untuk tubuh.

Sebahagian besar orang tak mengerti betapa efektifnya bawang merah dalam menggalakkan pertumbuhan rambut dengan cara semula jadi, kerana bawang sendiri mempunyai banyak kandungan sulfur yang berfungsi untuk meningkatkan pengeluaran rangkaian kolagen serta melancarkan peredaran darah ke kulit kepala.

Kandungan sulfur dalam juice bawang juga mempunyai sifat anti bakteria, bermanfaat untuk mencegah tumbuhnya cendawan serta bakteria pada kulit kepala yang boleh menyebabkan keguguran rambut akibat jangkitan.

Untuk membuat ramuan ini, yang perlu anda siapkan adalah beberapa ulas bawang merah yang telah diblender lembut. Lalu kemudian, bawang yang telah jadi lembut tadi dioleskan pada kulit kepala secara menyeluruh serta diamkan minimum 30 minit.

Selepas itu basuh rambut serta kulit kepala dengan air bersih, boleh juga memakai syampu. Lakukan penyembuhan ini secara teratur sekurang-kurangnya tiga kali dalam satu minggu selama dua bln. untuk melihatnya hasilnya. Anda mesti berhati – hati dalam mengerjakannya, kerana reaksi yang diakibatkan bawang mungkin saja boleh memedihkan mata anda.

Merebus Bawang dengan Air
Ini adalah cara lain bila anda tak tahan dengan iritasi mata yang ditimbulkan semasa melakukan sistem di atas. Tambahkan 4 -5 ulas bawang dalam satu liter air, kemudian didihkan sekitar 10 minit. Biarlah sampai menjadi sejuk serta saring airnya.

Pakai air rebusan bawang tadi untuk membilas rambut sesudah keramas. Bila anda tak terganggu, anda boleh biarkan terlebih dahulu dalam satu hari serta membersihkannya kembali dengan syampu pada hari berikutnya. 
Sumber: news.mydebat.com

Kelar leher sendiri kerana tak dapat gaji (Gambar)

Kelar leher sendiri gara-gara tidak dapat gaji
Petaling Jaya – Seorang lelaki warga Myanmar bertindak mengelar leher sendiri selepas gagal memperoleh gaji daripada majikannya dalam satu kejadian berhampiran sebuah pusat beli belah di Damansara malam tadi.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam, mangsa berusia 24 tahun itu dikatakan menggunakan serpihan kaca untuk mengelar lehernya sebelum ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan seorang doktor wanita yang turut berada di lokasi itu.


“Mangsa ditemui berlumuran darah dan diberikan bantuan awal oleh seorang doktor wanita yang berada di lokasi sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati mangsa bekerja di sebuah restoran makanan laut dan bertindak sedemikian selepas gagal memperoleh gaji daripada majikannya,” katanya ketika dihubungi pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.
-kualalumpurpost-

Profesor Bulgaria Ini Masuk Islam Setelah Terjemahkan Al-Qur’an

Tranungkite
MuslimHebat.com - Seorang profesor asal Bulgaria akhirnya masuk Islam setelah ia mempelajari dan menerjemahkan Alquran kedalam bahasa Bulgaria. Profesor bernama Prof. Dr Svetan Teofanov ini awalnya adalah orang yang menentang Alquran dan tidak percaya sama sekali terhadap isi dari kitab suci umat Islam tersebut.

Namun, ia mendapatkan hidayah ketika ia mempelajari Alquran dan menerjemahkannya. Ia bahkan berkata, “Perjalanan saya menentang Alquran terlalu lama tetapi pada ujung jalan saya telah menerima Islam dan saya sekarang seorang Muslim,” ujarnya.

Prof. Dr Svetan Teofanov telah menyelesaikan program doktor spesialisasinya di Pusat Kajian Islam Oxford serta program doktor keduanya di Moskow Studi Oriental Institute.
Ia mulai mengenal Islam pada saat dirinya diminta untuk menerjemahkan Alquran oleh sebuah penerbitan milik negara Bulgaria yang pada saat itu negara Bulgaria masih menjadi negara sosialis.

Tak lama setelah proyek dimulai, ada transisi demokrasi pada 1989 dan perusahaan penerbitan negara pun bangkrut. Sehingga terjemahan Alquran Bahasa Bulgaria tidak jadi diterbitkan pada tahun itu.

Namun, dirinya terus bekerja dalam menerjemahkan kitab suci Alquran hingga pada akhirnya ia memutuskan untuk menjadi mualaf. Ia merasa bahwa hidupnya berubah setelah mengenal Alquran lebih jauh, dan ia merasa bahwa kitab suci tersebut dapat menenangkan hatinya.

Teofanov yang sekarang fokus mengajar Bahasa Arab di Universitas Sofia mengatakan bahwa Alquran telah membuka banyak pintu untuknya.

“Pada awalnya, saya membaca Alquran seolah-olah itu adalah buku biasa. Seiring waktu, saya mulai memahami Alquran dengan makna yang lebih dalam dari yang tertulis dalam teks.”

Sumber: Mozaikislamterkini.blogspot.com

Malaysia jadi bahan ketawa di peringkat antarabangsa angkara pemimpin badut, pelawak dan orang gila

Arfa Yunus and Aedi Asri 
maslee,badutGOMBAK: Malaysia tidak lagi dihormati masyarakat antarabangsa angkara penempatan “badut, pelawak dan orang gila” mengisi pentadbiran negara, kata penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.

Mempertikaikan kewajaran melantik ahli-ahli politik yang meragukan itu, Dr Maszlee berkata keberadaan mereka menjadikan suasana politik negara ini tidak matang, sehingga menjadi “bahan ketawa di peringkat antarabangsa”.

“Tak perlu nak kata TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik) akan menggadaikan negara, atau masyarakat Cina ingin menjual negara.

“Keadaan politik negara sekarang yang menggadaikan negara, dan ini terjadi apabila anda meletakkan badut, pelawak dan orang gila dalam pentadbiran negara dan politik,” katanya dalam sesi temubual bersama FMT.

Felo Kanan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) itu berkata ramai ahli politik diangkat ke jawatan strategik negara melalui percaturan politik, maka rakyat dibebani pemimpin tanpa hikmah untuk menjana idea politik yang bernas.

“Kekontangan politik idea punca orang seperti Tajuddin Abdul Rahman, Ahmad Maslan dan Ismail Sabri menjadi menteri.

“Malah pembaca berita New Zealand ketawa ketika membaca berita tentang (diplomat) Rizalman Ismail. Bagaimana dia boleh jadi diplomat? Inilah masalah kita, semuanya lantikan politik,” katanya lagi.

Untuk mengubah keadaan, beliau berkata pendekatan yang drastik perlu diambil dengan “menebang pokok yang sudah rosak”.

“Pokok yang sudah rosak akarnya perlu ditebang dan digantikan dengan yang baru.

“Memang pokok yang baru akan rosak juga, tetapi ia akan mengambil waktu. Dan kita juda sudah ada pengalaman untuk berhadapan dengannya apabila ia berlaku,” katanya lagi.
-fmt-

Yang ini saya terpaksa setuju dan sokong Abdul Rani Kulup

Ayah laporkan KDN pada polis
Abdul Rani Kulup Abdullah bakal 'beraksi' lagi. Kali ini beliau akan membuat laporan polis mengenai kementerian yang mentadbir pasukan keselamatan itu sendiri - Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Laporan itu, kata Abdul Rani, berhubung langkah KDN mahu membawa masuk 1.5 juta warga Bangaldesh ke negara ini.

Abdul Rani yang juga terkenal dengan jolokan sebagai Raja Repot mendakwa kemasukan itu boleh mengancam keselamatan negara.

“Kalau dalam kelompok yang ramai, mereka akan sebarkan fahaman mereka, gempur rakyat negara kita ala samseng,” katanya kepada pemberita di Kota Damansara hari ini.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan pelbagai sektor.

Perkembangan tersebut diikuti kelulusan kerajaan Bangladesh terhadap draf perjanjian persefahaman (MoU) berhubung penghantaran rakyatnya untuk bekerja di Malaysia.

Kata Abdul Rani laporan polis itu akan dibuat pada minggu depan.

“Dulu mereka jarang-jarang kita nampak di mana-mana ceruk, taman, termasuk hutan," katanya.

Abdul Rani juga mendakwa kemasukan warga asing itu mungkin "akan digunakan dalam pilihan raya umum akan datang".

"Warga asing ini pandai. Dia berkahwin dengan warga tempatan, gadis-gadis Melayu suka dengan Bangladesh.

"Mereka akan cuba berkahwin dengan orang Malaysia. Dapatlah hak warganegara," katanya yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM).

Abdul Rani yang lebih mesra dipanggil sebagai "Ayah" berkata kerajaan dilihat seperti memandang rendah terhadap kebolehan rakyat dalam melakukan kerja-kerja seperti apa yang dilakukan oleh warga asing.

“Kerajaan seperti memandang rendah kepada rakyat negara kita. Bukan rakyat kita tak boleh kerja. Tapi kerajaan kita tak encourage (galakkan) rakyat kita bekerja swasta. Bagi semua pada pekerja asing,” katanya.
-malaysiakini-

Anwar sudah cakap lama dah

Farhan Zulkefly
Pada 10 Februari 2015 merupakan tarikh yang cukup memilukan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim sekeluarga serta penyokong setia beliau.Kira-kira jam 12 tengah hari, hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun buat ketua pembangkang itu.
Saya tidak berniat untuk mengingat kembali kes fitnah yang jijik dan meloyakan ini kerana bagi saya cukup mudah.

Orang yang beriman dan berakal pasti akan menolak fitnah dan cubaan mengaibkan seseorang tanpa batas seperti yang dikenakan terhadap Anwar.

Walaupun masih ada yang mentertawakan air mata Datuk Seri Wan Azizah dan mempersendakan tangisan Nurul Izzah Anwar dan adik beradiknya yang lain, saya yakin mereka yang menganggap jasad Anwar terpenjara kali ke-2 ini merupakan sesuatu yang lucu pasti akan dibalas Allah kelak.

Walaupun sudah setahun Anwar meringkuk di dalam penjara dan tidak dapat memberi ceramah selama setahun, rakyat dapat lihat tuduhan dan pembongkaran Anwar selama ini bukan sekadar tuduhan, tetapi merupakan fakta yang tidak dapat dinafikan.

Antaranya ialah kepincangan sistem kehakiman negara. Apabila Anwar mempertikai kredibiliti badan kehakiman negara dan mengaitkan pemimpin kerajaan dengan kes beliau, penyokong Umno bukan main melenting.

“Ini keputusan mahkamah. Kena hormat”. Itulah antara ayat yang diulang beribu kali oleh mereka.

Bukan setakat penyokong Umno, malah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir juga antara yang mendesak rakyat menghormati segala keputusan mahkamah.

“Rakyat mesti terima. Negara ini ditadbir dengan undang-undang”. Cukup tegas pendirian Dr Mahathir.

Malangnya, tidak sampai setahun, Dr Mahathir sudah hilang pendirian. Di dalam blognya, beliau membangkitkan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan cuba menimbulkan persoalan sama ada bekas pegawai polis Sirul Azhar Umar membunuh kerana mendapat arahan atau tidak.

Mengapa Dr Mahathir hendak bangkitkan isu ini lagi? Bukankah kes ini sudah selesai di mahkamah? Kalau benar Dr Mahathir seorang yang cukup yakin dengan sistem kehakiman negara dan tidak langsung merasakan ada campur tangan orang lain termasuk perdana menteri, mengapa mempertikai keputusan mahkamah?

Begitu juga apabila kes lucu, RM2.6 bilion yang terdapat di dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disahkan peguam negara dana itu bukan rasuah, tetapi derma daripada dermawan Arab.

Mengapa Dr Mahathir tidak minta maaf kepada Najib selepas peguam negara membuat keputusan ini? Bukankah sebelum ini, Dr Mahathir kata wang ini tidak logik didermakan hartawan Arab dan hanya orang Arab gila sahaja yang akan menderma wang sebanyak itu.

Sekarang, peguam negara sudah sahkan. Mengapa masih tidak percaya?

Apakah Dr Mahathir dan sesetengah penyokong Umno sudah mula mempercayai dakwaan Anwar terdapat kepincangan dalam sistem kehakiman negara kita? Anwar sudah cakap lama dah.

Begitu juga sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Anwar beri jaminan jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan, ia akan menurunkan harga petrol, air, elektrik, dan mansuhkan tol, manakala Anwar menegaskan berulang kali jika BN menang, pasti mereka akan melaksanakan cukai yang kononnya efektif, cukai barangan dan perkhidmatan (GST)? Apakah Dr Mahathir dan penyokong Umno lakukan? Sokong BN.

Akhirnya selepas Anwar dipenjara, GST dilaksanakan dan hampir setiap hari rakyat maki hamun Najib seolah-olah hanya Najib yang terlibat melaksanakan GST. Jika hanya Najib yang sokong GST, GST tidak mampu dilaksanakan.

Ini keputusan bersama barisan menteri. Kerana undian penyokong BN, menteri laksanakan GST. Sekarang, sesetengah kamu penyokong Umno membantah pula cukai ini.

Apakah kamu penyokong Umno sudah mula sedar dakwaan Anwar itu benar? Anwar sudah cakap lama dah.

Apabila Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan diaibkan Dr Mahathir pada 1998, apa yang Anwar katakan?

“Kalau saya yang TPM diperlakukan sebegini, bagaimana pula dengan rakyat biasa? Hari ini Anwar kena, esok orang lain pula akan dilakukan sebegini jika sistem tidak diubah”.

Ketika itu, penyokong Umno tidak langsung endahkan ayat Anwar. Bagi mereka, itu hanyalah ayat retorik yang keluar dari mulut seorang yang tewas.

Selepas Anwar dipenjara, apa yang berlaku? Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dilucutkan jawatan secara tiba-tiba oleh Najib.

Apa respons penyokong Umno? Marah, kecewa, dan terkejut. Malah, Ummi Hafilda, penyokong Umno yang cukup terkenal menjaja nama buruk Anwar sendiri mengeluarkan ayat yang saling tak tumpah seperti ayat Anwar, “Kalau seorang TPM (Muhyiddin) diperlakukan sebegini, bagaimana pula rakyat biasa”.

Apakah kamu Ummi Hafilda dan penyokong Umno sudah mula sedar dakwaan Anwar itu benar? Anwar sudah cakap lama dah.

Begitu juga dengan hutang 1MDB. Sejak 2013 lagi Anwar konsisten mengkritik salah urus kewangan di bawah 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Semasa hutang 1MDB tidak cecah RM20 bilion lagi Anwar sudah kritik 1MDB dan mengaitkan Jho Low dengan 1MDB.

Apa respon penyokong Umno? Tiada respons langsung kerana mereka tidak ambil tahu pun.

Tetapi pada awal 2015, apabila Dr Mahathir menaikkan semula isu hutang 1MDB dan ketika itu hutang pun sudah mencecah RM43 bilion, barulah penyokong Umno mula melenting dan mempersoalkan kredibiliti kerajaan.

Barulah kita dapat lihat wajah terkejut penyokong Umno seolah-olah inilah satu-satunya kes korup yang pernah kerajaan BN lakukan.

Kalau kamu penyokong Umno sudah mula bangkit dan melawan salah urus 1MDB sejak Anwar bongkarkan, pasti hutang 1MDB tidak sebanyak itu.

Malangnya kamu terlewat. Yang pasti, kamu akhirnya bangkitkan isu yang Anwar bangkitkan 2 tahun sebelum itu.

Apakah kamu penyokong Umno sudah mula sedar dakwaan Anwar itu benar? Anwar sudah cakap lama dah.

Kepada rakyat Malaysia, khususnya penyokong Umno, sedarlah. Orang yang kamu cerca, caci, maki, dan aibkan itu, sudah lama bersuara untuk kamu.

Rajin-rajinlah mendengar ucapan Anwar atau sekurang-kurangnya lihatlah ucapan beliau di Parlimen.

Tidak ada ahli Parlimen yang konsisten mempertahankan masalah rakyat seperti isu Bernas, GST, 1MDB, kuasa rakyat, dan sebagainya seperti Anwar.

Selepas setahun Anwar dipenjara, akhirnya kamu mula sedar yang perjuangan Anwar itu benar. Anwar sudah cakap lama dah.

* Penulis merupakan mahasiswa kejuruteraan awam tahun akhir dan penulis buku “Sudahlah Politikus” terbitan Merpati Jingga.

Kantoi tonton video porno: Ulama PAS cemarkan nama gerakan Islam

Nasruddin Tantawi Perlu Tampil Jelaskan Isu Tonton Video Porno Di Jerman


Heboh dan kecoh sekarang ini di media sosial mengenai kisah seorang ahli parlimen dan ulama PAS yang dikatakan yang tidak membuat bayaran setelah menonton siaran porno berbayar di biliknya sewaktu lawatan kerja beberapa wakil parlimen ke Jerman dua tahun lalu.

Walaupun tidak menamakan wakil rakyat PAS yang melakukan perkara tersebut di dalam entrinya, sebuah blog seakan-akan memberikan klu dengan menamakan kesemua delegasi-delegasi jemputan yang terlibat dalam program jemputan Kerajaan Jerman pada Januari 2014 yang bertemakan “Pemisahan Kuasa dan Peranan Pembuat Dasar Menurut Demokrasi Berparlimen”

Di antara delegasi-delegasi jemputan merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri : YB Hajah Nancy bin Shukri, Timbalan Menteri Pelajaran II : YB P Kamalanathan, YB Datuk Nur Jazlan Mohamed dan YB Datuk Koh Nai Kwong yang mewakili parti Barisan Nasional.

Manakala jemputan dari pihak pembangkang telah diwakili oleh YB Hajah Fuziah bt Salleh (Timbalan Presiden PKR), YB Nasruddin bin Hassan (PAS) dan YB Zairil Khir Johari (DAP).

Menurut blog tersebut, wakil PAS gagal menghadirkan diri sewaktu lawatan dan mesyuarat kerana demam dan hanya berehat di bilik. Blog itu turut mendakwa wakil DAP terkejut mendapati bil hotel tertera cas yang dikenakan ke atas bilik wakil PAS kerana menonton filem porno.

“Bila sampai di jerman, masa nak gi melawat dan meeting, si ulama muda PAS ni demam, jadi stay jer dalam bilik… jadi pemimpin muda DAP saja yg mengiringi lawatan dan meeting tersebut, bila dah habis lawatan dan check out hotel, bila tiba si pemimpin muda DAP nak bayar bil hotel, beliau terkejut bila dalam bil hotel tersebut ada termasuk charge menonton porn pay per view waktu siang… jadi bila si pemimpin muda DAP mintak duit suh bayar apa yg beliau dah menonton, katanya takder duit.. jadi terpaksa la si pemimpin muda DAP ni bayarkan juga sebab dah langgan”

Penulis blog turut melampirkan sekeping gambar yang menunjukkan ketiadaan wakil PAS, Nasruddin Hassan sewaktu kesemua delegasi bergambar bersama dengan sindiran, “Patutlah mangkuk tu tidak ada dalam gambar tu”…


YB Nasruddin Tiada Di Dalam Gambar Menjadi Persoalan, Sejauh Manakah Kebenaran Dakwaan Tersebut?

Nasrudin Hassan Tantawi merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen PAS Temerloh. Tuduhan ini dikatakan baharu timbul setelah sekian lama ekoran pergeseran beliau dengan DAP berhubung kenyataan fitnahnya terhadap Lim Guan Eng yang dilaporkan baru-baru ini mengenai projek pembinaan terowong dasar laut. Kes selesai selepas Nasrudin menarik semula kenyataannya terhadap Lim, walaubagaimanapun cabar mencabar terus berlaku di antara mereka selepas kes diselesaikan di mahkamah.

Sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan wajar tampil memberikan penjelasan dalam menafikan tuduhan blog berkenaan terhadap beliau. Dan PAS perlu ambil tindakan ke atas Ketua Perangannya lantaran isu ini. Tetapi seperti kes ADUN Paya Jaras, kerana dia "geng ulama", maka tiada tindakan diambil?

Mukhriz dedah punca Najib marah kepadanya

Mukhriz: Najib marah kerana bangkitkan secara terbuka isu 1MDB dan RM2.6b
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri telah menegurnya kerana membangkitkan secara terbuka persoalan mengenai 1MDB dan skandal 'derma' RM2.6 bilion.

"Jadi, sebenarnya, dan ini pun telah diakui sendiri oleh perdana menteri kepada saya secara peribadi, dia tak puas hati, sakit hati dengan ucapan saya (mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion... (tidak jelas didengar)," kata Mukhriz dalam rakaman video beliau menceritakan mengenai perkara itu kepada para penyokong

Rakaman selama tujuh minit 52 saat itu kelihatan seperti satu sesi ceramah yang disiarkan di Laman Facebook Mukhriz Mahathir FC (Fan Club) pada hari Selasa.

Menurut Mukhriz, ini adalah juga mengapa beliau terpaksa melepaskan jawatan MB, bukan kerana perkara lain, seperti yang dibangkitkan oleh ADUN Umno yang membawa kepada penyingkirannya sebagai ketua kerajaan negeri Kedah.

Dalam video itu, Mukhriz berkata Najib memberitahunya secara peribadi mengenai perkara itu.

Katanya, Najib memberitahunya bahawa "tak patut seorang menteri besar kata lagu tu pada dia, oleh kerana tu kena lepaskan jawatan.

"Sepanjang satu jam setengah saya duduk dengan dia, tidak sekalipun dia sebut yang dia kecewa dengan saya kerana saya tak reti tadbir Umno atau saya gagal tadbir kerajaan negeri," katanya.

Menurut Mukhriz lagi, yang disebut oleh Najib hanyalah beliau rasa marah kerana beliau (Mukhriz) menyebutnya dalam ucapan berkaitan dengan isu 1MDB dan derma RM 2.6 bilion
-malaysiakini-