"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Dah 3 dah Calon bebas Bkt Selambau tawar diri...

 Ahli Perniagaan Perak Tanding Bebas Pilihanraya Bukit Selambau

IPOH, 21 Feb (Bernama) -- Seorang ahli perniagaan Datuk Thasleem Mohd Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah.

Thasleem, 59, yang juga bekas Penasihat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) berkata hasrat beliau untuk bertanding dibuat selepas mendapat desakan dan permintaan daripada ramai pengundi di kawasan berkenaan.

"Saya mendapat banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan dan penduduk Bukit Selambau, Sungai Petani dan Alor Setar supaya bertanding berdasarkan komitmen saya kepada masyarakat selama ini...selepas memikirkan semasak-masaknya permintaan ini dan tanggungjawab yang perlu digalas itu, saya bersedia untuk bertanding," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini.

Thasleem yang juga pernah menganggotai MIC dari 1975 hingga 2007 dan menjadi Penasihat Kimma selama dua tahun dari 2007 adalah ahli perniagaan yang berasal dari sini.

Thasleem berkata beliau juga adalah Presiden Masjid India Muslim Ipoh, penasihat kepada Jamaah Malabar di Johor, penasihat Persatuan India Muslim Kelantan dan lebih 17 pertubuhan bukan kerajaan yang lain.

Beliau berkata keputusannya menawarkan diri sebagai wakil rakyat adalah kerana mahu memperjuangkan kebajikan rakyat terutama golongan India Muslim yang masih tidak mendapat perhatian sewajarnya.

"Saya yakin dapat meraih sokongan pengundi kawasan itu kerana saya akan menumpukan kepada usaha-usaha memastikan kebajikan masyarakat melibatkan semua kaum diberikan perhatian," katanya.

Thasleem berkata sebanyak 120 wakilnya telah bergerak dan membuat tinjauan di kawasan DUN Bukit Selambau sebelum beliau memulakan kempen sebaik penamaan calon pada 29 Mac.

Dengan pengumuman Thasleem, seramai tiga calon bebas bakal bertanding selepas ahli perniagaan, R. Loganathan, 43, dan bekas Ketua Wanita Parti Progresif Rakyat (PPP) Kedah G. Saralah, 33, membuat pengumuman serupa sebelum ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 8 Feb lalu. Arumugam, yang bertanding atas tiket Bebas sebelum menyertai PKR menewaskan calon Barisan Nasional (BN), S. Krishnan dengan majoriti 2,362 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.

Pengundian bagi pilihan raya kecil berkenaan akan berlangsung pada 7 April jika ada pertandingan. Ia diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak.

-- BERNAMA                                                                                                                        http://kedahlanie.blogspot.com/

Najib punca istana diheret ke kancah politik - Mahfuz

Wan Nordin Wan Yaacob 
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh)
 - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar tindakan Umno/BN yang sengaja mengheret istana ke kancah politik demi kepentingan politik mereka.

"Punca kepada kekalutan yang berlaku hari ini ialah tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menggunakan istana bagi merampas Perak, kemudiannnya beliau berselindung di sebalik istana dan menuduh Pakatan Rakyat penderhaka.

Walhal beliaulah yang memulakan segala-galanya, mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mempengaruhi istana, ini satu helah yang digunakan Umno/BN terutamanya Najib untuk memuaskan hati dan cita-cita politiknya menjelang Mac ini, katanya.

Mahfuz melahirkan rasa kesal dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi yang mempertahankan 'rampasan kuasa' di Perak, sebaliknya menyalahkan Speaker Dun Perak sebagai menghina Sultan.

Sedangkan, apa yang dilakukan Speaker Dun Perak adalah menurut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, katanya.

"Siapa yang mulakan rampasan kuasa dengan menggunakan Istana, siapa yang menggunakan istana membenarkan pelantikan Menteri Besar dengan tidak mengikut peruntukan undang tubuh kerajaan negeri?Image

"Kini Umno/BN mahu menyalahkan Pakatan Rakyat. Saya kesal dengan kenyataan PM yang menyatakan Speaker menghina Sultan, sepatutnya diakhir pemerintahannya, PM perlu menunjukkan keazaman yang tinggi membersihkan nama beliau yang tercalar kerana permainan dalaman Umno sendiri," katanya.

Mahfuz seterusnya meminta Raja-raja Melayu agar tidak terjerat dengan permainan politik Umno ini kerana semuanya adalah untuk kepentingan politik Najib.

"Jangan nanti rakyat mempunyai persepsi bahawa Raja-raja digunakan untuk kepentingan politik. Raja-raja seharusnya dilihat 'neutral'," sarannya.

Pengerusi SPRM bertindak sebagai Ketua Umno Cawangan

Saidah Hairan 
SHAH ALAM, 21 Feb (Hrkh) -
 Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat negeri Selangor sepakat menegaskan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dato' Ahmad Said Hamdan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersifat politik dan pendakwaan tersebut bertujuan mencemarkan nama baik Menteri Besar.

Kenyataan pertama sebulat suara daripada Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu dinyatakan dalam sidang media sempena program Retreat Exco Selangor 2009, di Holiday Hotel, Subang Jaya selama tiga hari.

Menurut Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, berdasarkan fakta yang terkandung dalam saman Menteri Besar terhadap Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir toyo adalah jelas menunjukkan bahawa dakwaan terhadap Khalid tidak berasas.

Tambahan pula kata beliau, semasa pendakwaan ia adalah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara dan SPRM tidak berhak untuk membuat kenyataan terbuka sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat oleh Jabatan Peguam Negara.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa menjelaskan kenyataan Pengerusi SPRM boleh ditafsirkan sebagai satu percubaan untuk mempengaruhi budi bicara Peguam Negara yang bertanggungjawab bertindak secara bebas dan adil.

"Kami menuntut supaya SPRM dapat melaksanakan tugas secara bertanggungjawab dan kami mendapati ia merupakan usaha jahat yang terancang oleh Umno-BN untuk mengugat Pakatan Rakyat Selangor dengan memperalatkan institusi SPRM dan Jabatan Peguam Negara," tegasnya.

Beliau yakin wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor akan terus menjadi sasaran serangan fitnah Umno-BN dalam beberapa bulan yang akan datang.

Bagaimanapun, katanya, semua Adun dan Ahli Parlimen akan mempertahankan prinsip-prinsip keluhuran Perlembagaan serta mendukung sebulat suara kepimpinan Menteri Besar untuk terus memimpim Selangor.

Katanya, pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin selama hampir setahun telah mempertahankan agenda dan program kebajikan rakyat dengan prinsip merakyatkan ekonomi Selangor.

"Kerajaan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran dan pembangunan dalam tahap yang cukup cemerlang dan kami yakin rakyat akan tetap memberikan mandat untuk Tan Sri memimpin dan menerajui Selangor," jelasnya.

Beliau menegaskan kenyataan SPRM itu amat tidak bertanggungjawab dan seolah-olah Pengerusinya bertindak sebagai Ketua Umno Cawangan.

Kenyataan Pengerusi SPRM itu seolah-oleh menggambarkan bahawa SPRM tidak bebas dan menjadi alat serta diperkudakan oleh Umno-BN.

Justeru, Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor berharap Jabatan Peguam Negara sewajarnya bertindak secara bebas, adil dan telus manakala SPRM pula tidak mengambil tindakan yang boleh dilihat sebagai badan yang tidak bebas.

Tuduhan hina Sultan, PAS selar Mufti Wilayah

Irwan Muhammad Zain 
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - PAS menyelar kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Wan Zahidi Wan Teh yang berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar mempertikaikan tindakan mufti tersebut yang membuat kenyataan kerana mahu menjaga periuk nasi dan tidak berlaku adil.

Beliau juga menegaskan mufti tersebut sepatutnya mempertahankan Yang Dipetuan Agung ketika baginda dihina oleh penyokong Umno semasa krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke 12 Mac 2008.

"Kenapa ketika pemimpin dan penyokong Umno menghina Sultan yang juga Yang Dipertuan Agong, Wan zahidi berdiam diri?

"Apakah beliau hanya nampak apa yang dilakukan oleh sebelah pihak sahaja tetapi 'buta' bila pemimpin dan penyokong Umno lakukan?" soal Kamaruddin.

Beliau seterusnya menegaskan, apa yang dilakukan oleh rakyat Perak adalah semata-mata kerana mempertahankan perlembagaan Perak dan mereka tidak menulis 'banner' memaki Sultan sebaliknya mahu Sultan Perak bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak.

Jelas Kamaruddin lagi, apa yang dilakukan oleh Sultan Terengganu ketika memilih Menteri Besar adalah mengikut perlembagaan tetapi pemimpin dan penyokong Umno enggan menerima sesuatu keputusan yang dibuat berdasarkan perlembagaan dan undang-undang.

"Kerana itu seharusnya Wan Zahidi selaku mufti melihat perkara ini dengan jelas dan membuat kenyataan dengan bijak bukan kenyataan kerana mengikut telunjuk pemimpin tertentu," tegas Kamaruddin.

Mufti Wilayah itu dalam satu kenyataan yang disiarkan Bernama baru-baru ini berkata, perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Ekoran daripada kenyataan tersebut ramai pihak yang meminta agar Wan zahidi berlaku adil ketika menaqalkan hukum dari kitab Allah dan kitab-kitab yang muktabar, jangan terlalu hendak menjaga kedudukan sehingga sanggup mengenepikan beberapa prinsip asas dalam Islam.

SPRM perlu profesional, jangan double standards dalam laksana tanggungjawab - Peguam MB Selangor

Muhammad Arif Ismail 
SHAH ALAM, 21 Feb (Hrkh)
 - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui peguam beliau, Sankara N Nair mengesa supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak profesional dalam isu kereta dan lembu.

"Sebagai peguam kepada Menteri Besar Selangor, saya sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)", Dato' Ahmad Said Hamdan.

"Kononnya telah mendapat bukti-bukti yang sahih berhubungan dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam isu pembelian kereta dan lembu," kata beliau dalam satu sidang media di Bangunan Sultan Abdul Salahuddin Abdul Aziz Shah (SASAA), tingkat 20 media petang semalam.

Hadir sama dalam sidang media itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei. 
Menurut beliau, sudah menjadi amalan SPRM yang selama ini tidak mendedahkan pada umum hasil siasatan yang dijalankannya.

Bagaimanapun katanya, badan itu kini telah lari dari matlamat asal penubuhannya untuk mencegah rasuah serta mengamalkan sikap 'double-standards'.

Beliau juga mempersoalkan kenapa Ketuanya, Dato' Ahmad Said Hamdan tidak membuat perkara yang sama apabila siasatan terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Tindakan SPRM itu harus dipandang berat kerana anak guamnya merupakan seorang ahli politik pembangkang, ditonjolkan imej agar kelihatan bersalah dimata rakyat sebelum dibicarakan di mahkamah," tegasnya.

Sementara itu, Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata, beliau dinasihatkan tidak boleh membuat sebarang komen dan kenyataan hanya boleh dibuat melalui peguamnya, S N Nair.

Dalam sidang media yang sama, Teresa Kok berkata kenyataan yang dibuat oleh Ketua SPRM itu berbaur politik dan 'double-standards'.

"Apa yang berlaku di sini mempunyai kaitan dengan keadaan yang berlaku di Perak, menunjukkan sokongan terhadap BN menurun akibat perbuatan mereka sendiri.

"Tindakan terhadap Abdul Khalid itu juga dilihat ada kaitan dengan pendedahan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam, mengenai taktik yang digunakan oleh BN untuk memujuk wakil rakyat Pakatan supaya bertukar parti," katanya.

Dalam pada itu, Ronnie Liu ketika ditemui menyifatkan kenyataan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Ahmad Said Hamdan sebagai sampah.

"Kerana sebagai ketua beliau sudah diberitahu oleh pegawai bahawa kereta peribadi Lexus yang digunakan oleh MB itu telah digunakan sebagai kenderaan rasmi. Segala kos penyelengaraan kenderaan itu sudah mendapat keizinan dari Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Arif Abd. Rahman," katanya. 

Ahli PAS dipuji komited dengan ideologi parti

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Salah satu cara untuk mengelakkan berlakunya gejala lompat parti ialah, parti-parti yang ada perlu mengukuhkan program politik dan ideologi mereka.

   Langkah-langkah perlu diambil supaya ahli mereka khususnya yang bertanding tidak termakan dengan pujukan, malah komited kepada parti, kata kolumnis akhbar The Edge, Dato' Dr Toh Kin Woon dalam kolumnya My Say 16 Februari lalu.

Dr Toh Kin Woon merupakan bekas Adun BN Machang Bubok dan anggota Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, contoh parti yang mempunyai asas ideologi yang kukuh dan kuat di negara ini ialah PAS.

"Mungkin kita tidak bersetuju dengan ideologinya, tapi kita perlu tahu bahawa semua mereka yang menyertai PAS komited untuk memperjuangkan matlamat parti tersebut," katanya.

Hal ini, katanya dapat menjelaskan mengapa kerajaan PAS mampu bertahan di Kelantan biarpun dengan kemenangan tipis mengatasi Barisan Nasional, yakni dengan majoriti satu kerusi dari 2004 hingga 2008.

"Saya yakin terdapat usaha untuk membuatkan beberapa orang Adunnya untuk melompat parti tetapi tidak seorang pun didapati termakan umpan tersebut," sambungnya.

Cara lain untuk mengelakkan berlakunya lompat parti katanya ialah dengan mewujudkan undang-undang anti-lompat parti, sekali gus menjadikan lompat parti satu perbuatan haram.

Cara lain lagi, katanya, ialah dengan rakyat menunjukkan isyarat yang jelas dan kuat tentang kebencian mereka berhubung gejala lompat parti.

"Di Perak BN telah menafikan hak rakyat dengan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat. Justeru, rakyat perlu memberitahu BN bahawa apa yang dilakukannya itu tidak beretika, tidak bermoral dan tidak demokratik," jelasnya.

Mereka yang melompat parti dan menghianati rakyat kerana kepentingan diri perlu ditolak, katanya.

"Saya pasti dan yakin, inilah yang akan dilakukan oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang," katanya. 

Speaker diancam bunuh, laporan polis dilakukan.

IPOH, 21, Feb.:-Laman Web mykmu.net yang memaparkan tulisan dari editornya di lapor kepada pihak keselamatan oleh ADUN Canning, Wong Kar Woh dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim. Laporan Itu telah dibuat di Balai Polis Ipoh Barat pada jam 2.00 petang tadi.
Khalil dan Wong sebelum membuat laporan polis.

Dalam tulisan editor yang tidak bertanggung jawab itu disebutkan antaranya "Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor."

Kehadiran Khalil dan Wong disambut oleh sekitar 30 orang pemberita dan hampir 60 orang penyokong Pakatan Rakyat.

Dalam satu perenggan ditulis begini :"Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negari Perak Darul Ridzuan".

Laman web Mykmu.net ini juga menyebarkan fitnah dan berita tidak berasas dalam satu kolum dua minggu lepas telah melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.                                                                                                                                                    http://idhamlim.blogspot.com/

Kemelut Politik Yang Semakin Melanda, Memaksa Bekas Exco AMK Pusat Dan Orang Kuat Ezam Dalam GERAK Sedia Kembali Kepada PKR !!


KUANTAN [Zukri Akshah Menulis] - Saya ingat saya nak tulis soal kemelut politik mutakhir ini, tetapi banyak sudah yang saya ulas dalam akhbar SIASAH yang terbitnya saban minggu. Kalau ada sesiapa yang ingin membaca pandangan saya, bolehlah dapatkan akhbar SIASAH di kedai-kedai berhampiran. Kali ini saya menulis semata-mata untuk mendapatkan pandangan dari pembaca-pembaca sekalian, tidak kiralah anda penyokong parti mana sekalipun, atau tidak berparti, yang penting anda menyokong untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik untuk seluruh rakyatnya. Anda mungkin tahu saya sudah menjadi ahli PAS. Anda semua juga sudah tentu maklum akan kemelut politik akhir-akhir ini, yang paling kritikal adalah di Perak. Adegan lompat-melompat begitu menggusarkan. Lebih dari kegusaran itu adalah kerisauan. Risau kerana yang paling banyak melompat itu adalah dari kalangan ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dan yang paling dihambat kerisauan ini adalah anak-anak muda pendokong Keadilan di bawah sana, yang tiada kepentingan politik, yang mereka tahu perjuangan! Mereka mungkin tidak pernah pun hadir di alam siber ini berbalah hal yang bukan-bukan. Yang mereka risau adalah tindakan pimpinan atasan parti yang begitu ghairah mengangkat orang-orang yang tebal dan kuat latar belakang Umnonya untuk memimpin mereka, tentulah naiknya orang-orang ini adalah kerana rekomendasi orang-orang atasan, jalan pintas! Yang tersangat membimbangkan mereka jika orang-orang ini kelak menang dalam Pilihanraya Umum Ke-13 dan mendapat status YB. Mereka melihat wujud kemungkinan besar untuk orang-orang ini menjadi seperti 
YB Nasha, YB Jamaluddin dan YB Osman Jailu, kerana keteguhan perjuangan mereka tidak pernah teruji, lebih dari itu hubungan mereka dengan UMNO tidak pernah mati.

Maka wujudlah desakan untuk ada faktor pengimbang. Desakan ini kuat dan semakin kuat akhir-akhir ini, terutamanya di kawasan permainan saya, Kuantan dan Indera Mahkota. Anak-anak muda di sini mendesak supaya saya kembali ke PKR dan memimpin mereka, desakan serupa juga mula disuarakan oleh sahabat seperjuangan dari Kuala Lumpur ketika saya menjadi Exco AMK dahulu. Saya dengan ini sangat mengharapkan pandangan anda semua, yang saya anggap kawan saya, tidak kiralah dari PAS, PKR, DAP, waima Umno/BN sekalipun. Yang penting pandangan itu mestilah jujur dan ikhlas, demi memartabatkan perjuangan rakyat.

[Zukri Akhsah adalah bekas pemimpin muda KeADILan Pahang yang pernah menjadi Exco Angkatan Muda KeADILan pusat satu ketika dulu. Beli juga merupakan bekas calon PKR dalam pilihanraya umum 2004 di kawasan DUN Semambu, Parlimen Indera Mahkota. Kelibatnya mula hilang tatkala mengikut mantan ketuanya Ezam Mohd Nor menubuhkan NGO GERAK. Namun hayatnya bersama Ezam berakhir apabila petualang rakyat itu menyertai semula UMNO tahun lepas. Akhirnya Zukri mengambil keputusan menyertai PAS selepas itu. Namun setelah melihat kemelut yang melanda dalam PKR dan pengalaman yang ada padanya, apakah layak beliau untuk kembali kepada PKR semula. Harus diingat beliau tidak pernah menyertai semula UMNO seperti Ezam. Justeru itu anda boleh memberikan sokongan sama ada bersetuju atau tidak untuk beliau kembali meneruskan perjuangannya bersama Keadilan].                                                                                                                                   http://pahangdaily.blogspot.com/

Kes Lembu, MB Selangor Bakal Didakwa Esok Maka Terbukti SPRM Adalah Lembu Yang Di Cucuk Hidungnya Oleh Puak-Puak UMNO dan BN


KUALA LUMPUR - Maklumat terkini yang kami terima mengatakan bahawaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasamaJabatan Peguam Negara begitu pantas dan cepat menyiasat kes"lembu" yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (foto). Khabarnya esok Tan Sri Khalid akan didakwa di mahkamah berhubung kes berkenaan penyalahgunaan kuasa. Nampaknya terserlahlah SPRM kini "tali barut" dan senjata bari UMNO dan BN bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat. Bermula dengan isu Elizabeth Wong, kini seolah-olah perkara ini dirancang dengan rapi untuk menggegarkan Kerajaan Negeri Selangor. Semoga semua dapat bersedia dengan segala tindakan. Kami difahamkan usaha bagi menjatuhkan Kerajaan Selangor kini semakin memuncak selepas dimulakan dengan isu Elizabeth. Beliau kini diluar negara dan akan meletakkan jawatan seperti yang diarahkan jika tidak mahu "habuannya di tarik balik". Semua ini adalah satu drama dan sandiwara baru dalam politik Malaysia hari ini. SPRM pula begitu pantas untuk menyiasat dan Peguam Negara membawa kes itu ke mahkamah. Walhal baru seminggu ia dilaporkan !! Soalnya sekarang, mana pergi laporan kehilangan wang berjuta-juta dan rasuah yang dibuat oleh rakyat terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sejak dulu kini dan selamanya !!

[Alangkah malangnya nasib kita, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kita sangkakan akan berlaku adil dan telus kini rupanya telah menjadi "senjata sulit" UMNO dan BN untuk menentang Pakatan Rakyat. Bahkan lebih parah lagi, mereka ternyata gagal membuka sebarang fail atas laporan rasuah yang dibuat terhadap kehilangan wang berjuta-juta yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Sebaliknya begitu "rakus" untuk membongkar dan mendakwa Menteri Besar Selangor hanya kerana "kes lembu". Maka jelaslah kepada kita bahawa SPRM kini sebenarnya sudah menjadi "lembu yang dicucuk hidungnya" oleh para pemimpin UMNO dan BN demi kuasa].                                                                                  http://pahangdaily.blogspot.com/

Cubaan Dakwa MB Selangor Dan Kes Elizabeth Adalah Satu Strategi Jahat Najib Untuk Melakukan Rampasan Kuasa Di Negeri Itu Pula !!


Kes yang berlaku di Selangor sekarang modus operandi tetap sama. Menjatuhkan kerajaan Pakatan Selangor dengan cara memohon restu Sultan Selangor memecat MB Selangor sama seperti kaedah MB Perak dipecat. Bezanya, rombongan UMNO akan menemui Sultan Selangor memecat MB Selangor kerana beliau terlibat dengan rasuah dan salahgunakuasa. Tidak mustahil MB Selangor akan dipenjarakan sementara menunggu perbicaraannya.Keadaan menjadi kecoh dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat akan ditahan di bawah ISA sehinggalah mereka bersetuju menyertai UMNO untuk membentuk kerajaan negeri yang baru. Ketika ini juga UMNO mengharapkan Pakatan Rakyat Selangor berpecah dan berselisih-faham di dalam soal memilih MB. Dr.Hassan Ali akan diajak oleh UMNO menyertainya melalui pujukan daripada pihak istana dengan suapan jawatan MB Selangor.

Akhirnya Selangor tumbang ke tangan UMNO-BN walaupun mempunyai majoriti 16 kerusi ADUN. Langkah terbaik ketika ini ialah kawalan ketat terhadap kesemua ADUN,EXCO dan MB Selangor. Jika boleh, percepatkan tarikh persidangan DUN Selangor dan dedahkan segera penyelewengan yang dilakukan oleh Khir Toyo.Atau dedahkan melalui blog-blog dengan segera. Andainya tiada pilihan dan tekanan cukup kuat,bubar sahaja DUN Selangor dan adakan pilihanraya seluruh Selangor. Najib memerlukan Selangor dan Perak sebagai modalnya menjelang pemilihan UMNO Mac depan. Ketika ini beliau telah membentuk kemnya sendiri di Pahang iaitu,
Shakar Shamsuddin bakal menjadi MB Pahang, Ismail Said (MP Kuala Krau), Ismail Sabri (MP Bera), Saifuddin Abdullah (MP Temerloh) danJamaluddin Jarjis (MP Rompin) akan dinaikkan menjadi menteri penuh dan Zahid Hamidi bakal menjadi Timbalan Presiden UMNO setelah Najib menjadi PM dan akan berlaku rombakan kabinet sekali lagi ketika itu.

Karier politik khairiy pula bolehlah dikatakan berakhir kerana Najib lebih cenderung menyokong 
Mukhriz sebagai Ketua Pemuda. Kehadiran sepupunya Hishamuddin dan dua pupunya Shahrir Samad juga akan menguatkan kedudukan Najib di dalam kabinet. Penasihat Najib, Dr Mahathir cukup risau dan telah menjangkakan peralihan kuasa tidak akan berlaku kerana orang-orang kanan Khairiy di Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri sedang berikhtiar untuk menghalang peralihan kuasa daripada berlaku. Rombakan kabinet dan perbicaraan semula kesAltantunya boleh menenggelamkan karier politik Najib. Paling tidak pun Najib akan diarahkan meletakkan jawatan TPM dan Menteri Kewangan dan dipersalahkan kerana kegawatan politik yang berlaku di Perak dan pelan pemulihan ekonominya juga gagal kerana matawang ringgit jatuh jika dibandingkan dengan dolar. Begitu juga dengan kadar pengangguran dan indeks komposit BSKL yang jatuh. - Tok Iskandar

[Sesungguhnya kini, nampak benar Najib Razak sudah semakin kemaruk untuk berkuasa. Bermula dengan Perak, kemudian Kedah dan kini mereka mula merangka strategi untuk "merampas kuasa" di Selangor pula. Kami tetap dengan ulasan terdahulu bahawa kes yang melibatkan Exco Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong adalah satu "agenda khas"puak-puak UMNO untuk memulakan usaha tersebut. Tidak syak lagi, mereka akan memulakan gerakan ini satu persatu untuk melemahkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Apakah Anwar Ibrahim harus berdiam diri dengan usaha jahat ini. Sesuatu perlu dilakukan mulai sekaran, jika tidak kami yakin 100% apa yang terjadi di Perak akan merebak ke Selangor].

Kertas Siasatan Telah Di Siap Dan SPRM Punyai Bukti Kukuh Untuk Mendakwa Menteri Besar Selangor Dalam Masa Terdekat Ini

PULAU PINANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati, wujud bukti kukuh yang menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahimmenyalahgunakan kuasanya dalam isu penyelenggaraan kereta dan pembelian lembu korban. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (foto) berkata, pihaknya mendapati terdapat bukti bahawa Khalid telah menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 untuk sambutanAidiladha pada Disember tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak. Katanya, perkara itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan. "Kita akan cadangkan tindakan undang-undang dan sebagainya diambil memandangkan kita mempunyai bukti yang kukuh terdapat penyalahgunaan kuasa bagi kedua-dua kes tersebut. "Walaupun kita boleh membuat keputusan untuk membuat dakwaan tetapi suruhanjaya merasakan, adalah lebih baik jika Jabatan Peguam Negara yang membuat keputusan. "Memandangkan ia melibatkan orang kenamaan, adalah lebih baik jika kes ini diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara kerana mungkin ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan penyiasatan yang dijalankan oleh suruhanjaya,"katanya selepas majlis pecah tanah pembinaan rumah kakitangan SPRM, di sini.

 [Nampaknya semakin hari semakin bercelaru undang-undang di Malaysia. Laporan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang kepada SPRM terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional senhingga ke hari ini masih belum disiasat. Kini SPRM mendabik dada kononnya ingin menjadi juara untuk mendakwa pula MB Selangor. Ternyata SPRM kini bukan lagi telus, malahan telah menjadi "proksi"kepada Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Mana hilangnya laporan yang dibuat terhadap MB Terengganu serta lain-lain pemimpin UMNO yang rasuah dulu. Kini segalanya seolah-olah ditutup rapat-rapat untuk menjaga imej UMNO yang bakal mengadakan pemilihan Mac depan. Dulu ketika Dato' Fauzi masih ADUN BN dan report pasal Khalil Yaakob Rasuah, apa cerita? Mana pegi fail tu? Bahkan BPR ketika itu pula pergi menyiasat beliau. Ini semua adalah "lawak bangang puak-puak SPRM" untuk menunjukkan kononnya pemimpin Pakatan Rakyat rasuah. Padahal wabak itu adalah "darah daging" UMNO sebenarnya. Berhubung dengan isu"lembu Aidil Adha" di Selangor, itu adalah amalan normal mana-mana syarikat korporat untuk membuat kebajikan kepada rakyat. Di samping itu juga sumbangan tersebut boleh memebrsihkan hasil syarikat berkenaan di samping bebas dari cukai. Sumbangan korporat ini adalah amalan biasa dalam pentadbiran UMNO dan kerajaan sebenarnya. Banyak "tokey-tokey balak" dan "tokey judi Genting Highlands" yang telah banyak menyumbang kepada Kerajaan Negeri Pahang termasuk membayar gaji kakitangan awam sendiri. Maknanya ini juga boleh dianggap sebagai"rasuah" dan bukan "tanggungjawab sosial" sebenarnya. Semua kakitangan awam di negeri Pahang tahu hal ini. Bahkan banyak lagi syarikat besar yang memberi peruntukan untuk kebajikan rakyat di negeri ini sebenarnya. Kenapa di negeri BN, SPRM pejam mata, tapi beriya-iya benar di Selangor? Jika beginilah cara SPRM bekerja, eloklah badan itu dibubarkan sahaja!!]                                                                                                                                                                                                                   http://pahangdaily.blogspot.com/

Perbicaraan Anggota Polis Yang Menyerbu Dan Menangkap Pimpinan PAS Ketika Berceramah Dalam Rumah Ditangguhkan Lagi !!


ROMPIN - Ini adalah satu berita yang amat meloyakan kami terima semalam. Ia berkiatan dengan perbicaraan kes "pelik"yang berlaku di Rompin Pahang. Biasanya dalam keadaan biasa, pihak polis akan menahan, menyiasat seterusnya mendakwa di Mahkamah seseorang yang terlibat dengan perhimpunan haram. Contoh terbaik adalah seperti isu'rusuhan' di Perak, himpunan HINDRAF, himpunan BERSIH dan lain-lain lagi dimana individu-individu tertentu dikenalpasti untuk didakwa. Walaubagaimanapun, kes yang saya kendalikan harisemalam oleh Peguam Mohd Fadly Mohd Ramly (foto) bersama peguam Mohamed Hanipa Maidin berbeza apabila pihak polis disaman kerana menangkap dan menahan para pemimpin sebuah parti politik ketika berceramah diMuadzam Shah, Rompin, Pahang di dalam markas parti tersebut. Kebetulannya ketika itu beliau berada secara langsung dalam insiden tersebut. Menurut Fadly kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 12 malam sekitar tahun 2004 selepas pilihanraya umum. Ketika hendak tidur beliau mendapat panggilan dari Ustaz Nasruddin Hassan (sekarang Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat) bahawa polis telah buat serbuan dan menangkap para penceramah termasuk pengerusi majlis ketika sedang berceramah di Muadzam Shah.

Antara pemimpin yang ditangkap ketika itu adalah Dr Hatta Ramli iaitu Ahli Parlimen Kuala Krai (foto), saudara Mazlan Mohamad Yassin (seorang tokoh motivator dan ahli politik terkenal di Rompin) dan Ust Nazri Ahmad sebagai pengerusi majlis. Beliau mengarahkan supaya Ust Nasruddin dapat pergi ke Balai Polis Muadzam untuk buat laporan polis atas gangguan polis dan tangkapan tersebut. Saya kemudiannya dimaklumkan bahawa tahanan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin (IPD). Beliau terpaksa menunggu tahanan di IPD Rompin tersebut pada malam itu kira-kira jam 2 pagi. Beliau telah dihalang dari masuk ke IPD tersebut oleh pengawal atas arahan OCPD (Ketua Polis Daerah Rompin). "Saya tegaskan bahawa IPD adalah kawasan awam dan tiada sebab saya dihalang. Saya minta OCPD keluar jika tak bagi saya masuk kalau dia berani. OCPD tersebut keluar ke pintu masuk dengan diiringi oleh anggota Unit Tindakan Ringan yang menyerbu dan tangkap penceramah-penceramah tadi. Saya bagitau dia, bahawa dia takde hak dan kuasa nak tangkap penceramah tersebut apatah lagi ia dibuat di kawasan persendirian. Seksyen 20 dan 20A Akta Polis memperuntukkan dengan jelas bentuk perhimpunan yang perlukan permit. OCPD tu minta saya baca undang-undang tersebut betul. Saya kata,banyak kes Mahkamah yang mentafsirkan bentuk perhimpunan yang perlukan permit.


Dua lagi mangsa, Mazlan Yasin dan Ustaz Nazri Ahmad (MC)
Dia cabar saya bawa ke Mahkamah.. Saya kata : You will see!!"kata Fadzly. Tiga orang penceramah tersebut ditahan sehari semalaman dan digari ketika keluar dari IPD Rompin untuk diambil keterangan. Atas arahan ketiga-tiga penceramah tersebut, beliau kemudian memfailkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuantan. OCPD tersebut di saman di atas kapasiti individu dan bukan sebagai OCPD. Tambah Fadzly "Saya nak ajar keangkuhan dia! Dalam majlis ceramah tersebut, polis buat rampasan barang-barang ceramah seperti P.A sistem dan lain-lain. Saya sempat malam berhadapan OCPD tersebut cabar dia supaya dakwa kesemua mereka yang ditangkap. Tetapi sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya. Yang menyedihkan sehingga kini barang-barang yang dirampas langsung tak dipulangkan. Saya ada menulis kepada Jabatan Peguam Negara, tetapi dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang Pahang. Bila saya tulis surat kepada mereka kata belum dapat apa-apa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin itu".

"Bila saya tulis kepada IPD Rompin, mereka kata kertas siasatan ada pada Jabatan Peguam Negara. Saya nak tegaskan bahawa inilah kedangkalan dan ciri-ciri kebaangsatan pada Jabatan Peguam Negara, penasihat Undang-undang Pahang dan IPD Rompin. Kes saman ini telah berlangsung beberapa tahun dimana hari ini Pihak Plaintif-Plaintif (Orang Kena Tangkap) telah selesai memanggil saksi-saksi. Hari ini adalah untuk memanggil saksi Defendan dan dijangka OCPD tersebut akan dipanggil memberikan keterangan. Mujurlah peguamcara Defendan Encik Pritam Singh pohon tangguh atas sebab pertukaran hakim maka adalah perlu pihak-pihak mendapatkan Nota Keterangan (Notes of Evidence) dari catatan rekod saksi Hakim yang mencatatkannya terdahulu. Mahkamah telah tetapkan tarikh 17 dan 24 April ini sebagai tarikh sambung bicara".

Menurut Fadzly lagi Kes ini banyak memberikan pengajarannya dan beliau telah membuat satu bantahan terhadap 
Yang Arif Hakim ketika itu di atas alasan bahawa Hakim tersebut tak boleh dengar kes ini memandangkan sejarah beliau sebagai seorang aktivis UMNO yang mana kes ini melibatkan PAS, parti lawan UMNO. Hakim berkenaan melenting dengan bertegas menyatakan bahawa beliau telah angkat sumpah taat setia sebagai hakim."Beliau pertikaikan saya adakah saya boleh dianggap PAS kalau buat kes orang PAS? Saya jawab, saya hanya seorang peguam untuk mempersembahkan kes di hadapan Hakim, tapi beliau adalah hakim yang bertanggungjawab membuat keputusan. sudah tentu berbeda tugasnya. Akhir sekali, saya nak tegaskan kat sini, bahawa anggota keselamatan tidak boleh diperalatkan oleh mana-mana pihak untuk mengambil tindakan agar ia tidak menjadi ancaman kepada pihak tersebut. Saya nak tegaskan OCPD Rompin dan mana-mana pegawai polis negara ini, supaya jika berjalan memandang langit jangan lupa rumput di bumi, kerana kita semua manusia yang dijadikan ada lebih dan kurang masing-masing.. Kepada bekas OCPD Rompin yang disaman tersebut saya nak bagitau: "Aku mungkin budak hingusan dari segi umurku..tapi di Mahkamah kelak kita akan tau siapa yang berhingus nanti".."

[Artikel di atas adalah catatan dari Peguam Saudara Mohd Fadly Mohd Ramly, yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Rompin, Pahang. Sungguh mengejutkan bila kes tangkapan ini berlaku di dalam rumah dan bukannya di kawasan lapang seperti kebiasaannya. Nampaknya anggota polis di Malaysia ini semakin "meraban" bila terpaksa mengikut telunjuk puak pemerintah yang dahaga menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya. Kini kes tersebut terpaksa ditanguh-tangguhkan beberapa kali atas alasan pertukaran hakim dan sebagainya, walhal sebaliknya kami mendapat laporan yang pihak polis amat takut dengan perbicaraan ini dan mungkin mahu menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah agaknya]                                              http://pahangdaily.blogspot.com/

MAHATHIR BERSUARA DARI CAMBRIDGE


Tun Dr Mahathir akhirnya membuat kenyataan bahawa kini kita sedang menyaksikan banyak politik kotor di Malaysia. Sebelum ini saya agak ia sangat bersih terutama semasa beliau menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri selama 22 tahun. Beliau percaya dalam kes Elizabeth Wong yang terbaru didalangi oleh ahli politik.

It’s gutter politics, says Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad believes that the circulation of Bukit Lanjan assemblyman Elizabeth Wong’s semi-nude photographs was politically motivated.

“In Malaysia now, we’re seeing a lot of dirty politics,” the former Prime Minister said in response to claims that she was a victim of a political smear campaign.

He added that a lot of things were happening in Malaysia which was related to politics.

“This is bad because it’s so easy to take pictures and get people into trouble,” he told The Star after giving a talk on “Malaysia At The Crossroads” at Cambridge University on Wednesday.

Dr Mahathir added that whether Wong would eventually resign depended on her party although she had offered to do so.

The Star


POLITIK UMNO BAHAYA UNTUK NEGARA

Assalamualaikum,



Setelah sekian lama merasa keadaan selesa dan tanpa dicabar, UMNO dan BN telah menua dengan keadaan otoratian. Menjadi kaya secara instant telah lumrah kepada mereka. Memunggah harta negara ke poket masing masing menjadi suatu kemestian, sesiapa yang berlaku selain itu menjadi suatu keanihan.


Apabila mereka kalah teruk dalam PRU12, realiti baru segera meresap kepada mereka. Iaitu, kebobrokan yang mereka lakukan selama ini satu hari akan terbongkar juga. Tambahan pula tren politik baru telah wujud di Malaysia, iaitu mereka yang jadi warganegara boleh diangkat memegang jawatan politik dengan kehendak rakyat. Berbeza dengan doktrin UMNO sebelum ini bahawa hanya orangMelayu sahaja yang layak memegang jawatan politik. Non melayu yang hendak memegang jawatan politik mestilah dengan izin UMNO dan mestilah dikembirikan terlebih dahulu oleh UMNO.


Tetapi tren tersebut telah berubah. UMNO cuba sedaya upaya untuk 
reverse tren tersebut dengan pelbagai political engineering, tetapi gagal. Gagal kerana kaedah yang mereka guna pakai telah ketinggalan zaman. Citarasa rakyat Malaysia sudah bertukar. Cara yang mereka gunakan ialah:

1. Ugut. Mengugut rakyat dengan pelbagai deraan sekiranya tidak mengikuti telunjuk mereka.

2. Meniup api perkauman. Orang bukan Melayu UMNO adalah pendatang pada mereka. Orang Melayu, tetapi kalaubukan UMNO, juga pendatang. Maka tidak layak berada di Malaysia


3. Mewujudkan suasana 
racist agar orang Melayu kembali menyokong UMNO

4. Menimbulkan konsep 
ketuanan Melayu agar timbul rasa tersepit di kalangan orang Melayu. Congaknya ialah apabila orang Melayu rasa tersepit, mereka akam kembali kapada UMNO dan kemudian mengundi UMNO

5. Mencipta musuh baru, supaya semangat 
ketuanan Melayu, racism dan ketaatan mutlak kepada UMNO dijana semula. Antara musuh baru yang mereka dapat ialah Hindraf, Teresa Kok, dan RajaPetra. Musuh lama seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang, Nik Aziz, Hj. Hadi tetap diawet supaya kekal status mereka sebagai musuh.

6. Musuh nombor wahid, Anwar Ibrahim cuba dihancur seranap yang mungkin. Tetapi orang ini kembali pula di parlimen.

7.Mereka juga cuba 
character assasination. Yang terkini ialah Liz Wong

8.Yang paling menjijikan ialah mereka merancang
 coup d etatsecara rasuah. Dan mereka berjaya di Perak. Tetapi kejayaan tersebut lebih berbentuk neraka daripada kegemilangan.

9. Dan, mereka sentiasa bersedia menggunakan satu satu senjata yang mereka ada untuk membenarkan semua tindakan yang mereka lakukan. ISA, telah kali demi kali digunakan untuk menyelamatkan nyawa politik mereka.

10. Di Perak, telah ada suara menggesa agar UMNO menggunakan option ini, iaitu ISA.

11. Kemudian sekiranya tidak menunjukkan kejayaan, option mengisytihar 
darurat akan mereka gunakan.

12. Namun menggunakan lunas demokrasi tidak sekali.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      
http://hamirdin.blogspot.com/

Awas, musuh cuba menawan segala Bukit

Kita dikejutkan dengan serangan demi serangan ke atas Bukit-Bukit yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Mungkin mengambil sempena Bukit Uhud maka jika BN mahu memenangi semula negeri-negeri yang dirampas secara jantan oleh Pakatan Rakyat maka segala Bukit0Bukit tadi mesti ditawan semula. Kita sudah maklum, Bukit Gantang akan di adakan PRK, disusuli oleh Bukit Selambau, namun tetapi setakat ini masih belum berjaya dikuasai BN kerana ADUNnya seorang yang bermaruah walaupun bertanding atas tiket bebas semasa PRU ke 12. Terkini BN menyerang Bukit Lanjan, tak pasal-pasal Eli dimalukan, didesak letak segala jawatan setelah menelanjangkan segala maruah peribadi Eli secara yang sangat tidak bermoral. Nampaknya Bukit-Bukit lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat kena berwaspada, sebelum tidur cek dulu kemungkina wujunya kamera-kamera yang tak diundang dalam bilik tidur atau ada ternampak wayar pelik berjela ke luar.


Bukit-Bukit yang dikuasai PR,
Bukit Panau, Kelantan: YB ABDUL FATTAH BIN HAJI MAHMOOD (PAS)
Bukit Kayu Hitam, Kedah: YB CHE ON BIN YUSOF (PKR)
Bukit Lada, Kedah: YB AHMAD 'IZZAT BIN MOHAMAD SHAUKI (PAS)
Bukit Pinang, Kedah: YB MD ROHSIDI BIN HAJI OSMAN (PAS)
Anak Bukit, Kedah: YBAMIRUDDIN BIN HAMZAH (PAS)
Bukit Bintang: YB FONG KUI LUN (DAP)
Bukit Melawati, Selangor: YB MUTHIAH A/L MARIA PILLAY (PKR)
Bukit Antarabangsa, Selangor: YB MOHAMED AZMIN BIN ALI (PKR)
                                                                                                                                                                              http://pasbangi.blogspot.com/

Berita yang ada 'nilai berita'

1. "Jika sesuatau berita tersebut mempunyai nilai berita kita akan siarkan" pernah kita dengar dari seorang pak menteri. Tentunya dalam kes Eli, ianya mempunyai nilai berita sehingga menjadi tajuk-tajuk utama dalam media arus perdana dalam seminggu ini. Tun Mahathir dan ramai lagi berpendapat bahawa isu tersebut bermotifkan politik. Eli telah diaibkan dan menawarkan diri untuk meletakkan jawatan. Dari penilaian mereka "inilah berita yang mempunyai nilai berita dan mesti disiarkan sekerap mungkin"


2. DSAI dedahkan isu pita rakaman kes merasuah ADUN Kulim, Lim Soo Nee untuk melompat ke BN. Aduan ke SPRM telah dibuat termasuk pita rakaman tersebut telah dihantar bersama... semalam mstar melapurkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata kenyataan Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim mengenai dakwaan membabitkankan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim dari Parti Keadilan Rakyat akan menjejaskan siasatan kes itu. Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato Seri Ahmad Said Hamdan berkata Suruhanjaya sedang menjalankan sisatan terhadap kes itu dengan berkata 'dalam kes Kulim memang sedang dalam siasatan sekarang dan belum habis lagi dan kenyataan Anwar itu bagi saya akan menjejaskan proses siasatan' katanya.

3. BN terlepas pandang kuasa speaker. Di Teluk Intan ada sebuah jam tinggi berbentuk Pagoda yang dibina oleh pedagang Cina, ianya menjadi salah satu tempat bersejarah di Perak. Dari masa kesemasa semakin lama keadaan jam yang dibina cukup tegak pada awal pembinaan nya telah menjadi sengat dan semakin senget dari sehari kesehari. Selepas lebih 51 tahun memerintah samalah juga dengan kerajaan BN Perak yang sudah senget menuju rebah. Ikut kiraan mudah di dalam Dewan Undangan Negeri Perak BN hanya mempunyai 21 ADUN yang boleh hadir semasa dewan bersidang manakala PR 28. Dalam berita jam 7 pagi semalam PM menyedari muslihat PR. Zambery belum ambil sebarang tindakan berikutan penggantungan nya itu. Majlis Peguam menyatakan bahawa Speaker ada hak untuk melaksanakan tanggung jawabnya dan keputusannya tidak boleh dicabar dimahkamah. Drama semakin menarik, kita masih menunggu kejutan yang bakal berlaku selepas ini (para penganalisa politik dan bloggers telah memberi amaran bahawa dengan kaedah lompat parti dan perlantikan MB baru tidak akan menyelesaikan kemelut kerajaan negeri melainkan memberikan semula kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan)

4. Hilang Fokus terhadap rangsangan ekonomi. Tindakan yang diambil lambat dan kurang berkesan. Sebabnya politik mendapat perhatian utama para pimpinan negara ketika ini. Selepas PRU 12 dan pemilihan jawatan Umno pada Mac nanti, pemimpin sudah hilang fokus dan sudah tidak peka dan seolah-olah tidak ambil kisah dengan kesusahan rakyat, tumpuan mereka ialah bagaimana untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam parti. Hari demi hari rakyat dihimpit pelbagai masaalah kerana kehilangan pekerjaan dan dalam masa yang sama di bebani dengan kesan kenaikan harga barang keperluan harian. Kegawatan ekonomi ini harus ditangani dengan segera supaya rakyat dapat terus dapat hidup sempurna dibumi tercinta ini.

5. "Rakyat Hakim Negara" Selepas beberapa peristiwa dan kecelaruan politik Malaysia pada ketika ini, mau tak mau BN terpaksa menghadapi PRK di dua bukit yang panas ketika ini atau mungkin menjadi di 3 bukit. Apa pun seperti yang di nyatakan oleh YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam "BN jangan fobia atau merasa takut untuk menyertai mana-mana PRK selepas ini walau pun mereka asyik kalah kebelakangan ini, mungkin satu hari nanti mereka akan menang". Keputusan terkini dalam dua PRK ialah 2 - 0.                                                                                                                        
    http://drsitimariah.blogspot.com/