"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

UBN Najib Altantuya: Thunderbirds Merempit di Angkasa Malaysia

Pesawat-pesawat Thunderbirds milik Skuadron Pertunjukan Udara Angkatan Tentera Amerika (USAF) melakukan penerbangan formasi berlian (diamond) di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.

Skuadron demonstrasi pertunjukan udara Angkatan Tentera Amerika (USAF), Thunderbirds mempertontonkan persembahan formasi aerobatik dan penerbangan solo mereka yang menarik.

Pertunjukan udara yang menampilkan pesawat Thunderbirds F-16 dan C-17 berlangsung di pangkalan udara TUDM Subang itu mempertontonkan pergerakan aerobatik secara solo dan lagak ngeri dengan menggunakan jet-jet terkini.

Terdahulu, Kedutaan Amerika mengumumkan tentang lawatan USAF Thunderbirds ke Kuala Lumpur dengan kerjasama TUDM.

Menurut kenyataan itu, pasukan aerobatik RMAF Sukhoi juga mempertontonkan kehebatan mereka dalam pertunjukkan sehari itu, dan orang ramai boleh menontonnya secara percuma.

Thunderbirds yang berpangkalan di Nellis Air Force Base, Las Vegas, Nevada, sentiasa mengadakan pertunjukkan mereka di Amerika dan serata dunia.

-tvantara.com-

Tak perlu sembunyi-sembunyi, elok luahkan saja... / UBN Najib Altantuya

Sama ada ketika itu atau hari ini saya tidak pernah melawan atau berdendam dengan mereka. Saya tidak pernah menganggap tindakan mereka mengaibkan saya, bahkan kerana merekalah hari ini saya cukup sifat sebagai seorang manusia.

Ketika itu, jika ada antara kami yang malas, ponteng atau melakukan kesalahan dan berjaya ditangkap kebetulannya pada hari perhimpunan mingguan, maka kami akan dihukum berdiri di hadapan perhimpunan dari awal sampai akhir.

Itupun kami terima bukan sebagai suatu penghinaan atau perkara mengaibkan, malahan itulah sebenarnya yang mendidik kami tentang disiplin dan aturan.

Hari ini suasananya sudah berbeza. Anak murid boleh sahaja menyaman gurunya kerana tidak puas hati didenda dan dihukum,

Kartika yang bersedia dirotan menggamit polemik besar dan panjang di seluruh negara (padahal cara merotan cikgu-cikgu saya dahulu nyata lebih kuat berbanding cara merotan syariah).

Yang terbaru tentulah tentang wujudnya dakwaan kononnya kaedah siasatan yang dilakukan oleh Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor) di bawah Dewan Undangan Negeri Selangor dikatakan mengaibkan mereka yang disiasat dan dipanggil memberi keterangan, khususnya para pegawai daerah.

Rumusan saya hanya satu, masyarakat kita hari ini semakin manja. Sudah pasti para pegawai daerah di Selangor ini adalah sebahagian dari masyarakat kita hari ini, masyarakat yang sama yang menyerang dan menyaman guru bila anak mereka didenda dan dihukum, masyarakat yang sama yang membangkang separuh mati bila Kartika bersetuju mahu dirotan.

Lalu baru saya menyedari mengapa hidup masyarakat kita, muda-mudi kita dan anak-anak kita kebelakangan ini semakin songsang dan sumbang. Kita semakin menolak perbicaraan dan pengadilan, kita takut dengan keterbukaan dan hukuman.

Namun dalam isu Selcat, ada persoalan yang tidak terjawab sehingga kini. Setahu saya pegawai kerajaan, termasuk para pegawai daerah biasanya mempunyai persatuan atau kesatuan mereka sendiri.

Peliknya, ketidakpuasan hati mereka seperti didakwa terhadap perjalanan siasatan Selcat tidak disuarakan oleh persatuan atau kesatuan mereka, tetapi oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor sendiri, iaitu Datuk Dr. Hasan Ali.

Secara peribadi saya bersetuju dengan cara Selcat. Sesuai dengan namanya yang bersandarkan kepada transparensi dan akauntabiliti, Selcat harus terbuka. Saya juga menyokong kenyataan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bahawa Selcat tidak akan mengubah kaedah dan tatacara siasatannya.

Saya tidak fikir populariti di kalangan pegawai daerah itu penting jika Selcat terpaksa mengorbankan sesuatu yang lebih baik dan memilih yang kurang baik.

Tidak wajar untuk sesuatu siasatan dijalankan secara tertutup semata-mata kononnya mahu menjaga aib orang. Kesudahannya ia boleh mengundang wujudnya fitnah.

Siasatan atau perbicaraan yang tertutup boleh sahaja memungkinkan berlakunya perbincangan dan tawar-menawar, atau munculnya tuduhan bahawa perkara sedemikian berlaku, maka Selcat yang terbuka dibentuk bagi menjulang moto yang kerajaan bukan sahaja perlu bersih tetapi kelihatan bersih.

Soalnya kenapa takut diaibkan jika tidak ada kesalahan yang dilakukan? Kita mengajar anak-anak kita supaya berkata benar, berkata benarlah walaupun pahit, berani kerana benar, takut kerana salah. Tetapi bila keperluan itu jatuh ke pundak kita, kita merekacipta pelbagai alasan untuk tidak mahu ke hadapan bagi menyatakan kebenaran.

Maka digunalah alasan siasatan itu disiaran langsungkan, ia boleh mengaibkan! Bersiaran langsunglah ke seluruh dunia sekalipun, bukankah menyatakan kebenaran itu sesuatu yang mulia?

Saya menjadi hairan dengan Hasan Ali. Sebagai orang nombor satu PAS di Selangor, beliau tentulah cukup alim tentang Islam, termasuklah tentang sirah nabawi.

Bukankah ketika zaman Nabi dahulu, apa sahaja sidang perbicaraan, siasatan, inkues mahupun penjatuhan hukuman dilakukan di masjid? Dan bukankah masjid itu tempat terbuka?

Apakah Hasan Ali fikir Nabi tidak mengambil kira soal aib orang bila semua ini dilakukan di masjid? Islam memang mengajar kita tidak mendedah aib sesama kita, setakat yang diperlukan.

Namun bila sampai kepada memartabatkan kebenaran, ia tidak harus ada kompromi. Adakah Hasan Ali cuba mengajar rakan-rakan pimpinannya dalam Pakatan Rakyat Selangor dari DAP dan PKR bahawa Islam hanya membenarkan perbicaraan dan siasatan dalam kamar, tidak boleh terbuka, nanti orang malu?

Betulkah Islam cara itu? Saya tidak melanggani cara pemikiran sebegitu, saya membetulkan kata sesetengah orang bahawa integiriti bukan untuk dilindungi tetapi untuk diuji.

Yang merisaukan saya, kritik terbaru Hasan Ali bukanlah datang kerana prihatinnya beliau akan keluh-kesah para pegawai daerah di Selangor.

Seperti yang semua maklum, Hasan Ali telah mencipta siri krisis dengan Kerajaan Negeri Selangor sejak dari awal terbentuknya Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri tersebut lagi, padahal beliau adalah salah seorang dari anggota penerajunya. Ia seperti disusun secara sistematik dan Hasan Ali punya isu yang berbeza setiap kali beliau bersuara.

Isu-isu ini hanyalah tempelan. Ada sesuatu yang lain yang membuku dihatinya yang dipendam sekian lama. Elok luahkan sahaja, sebelum ia berubah menjadi bom jangka yang berbahaya.

Pertikai syariah, NGO tuntut Sisters in Islam disiasat / UBN Najib Altantuya

Harakahdaily
GEORGETOWN, 3 Okt: Forum Penyelarasan Umat Pulau Pinang (Forum), pertubuhan bukan kerajaan dianggotai hampir 30 pertubuhan Islam di negeri ini menuntut Sisters and Islam dan pertubuhan lain yang mahu hukuman syariah dihapuskan, disiasat kerana menghasut.

Wakil Forum, Mohd Hafiz Nordin, yang juga naib yang dipertua 2 Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang berkata, Forum menuntut Sisters in Islam dan pertubuhan terbabit disiasat kerana menghasut melalui tuntutan mereka dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Tindakan Sisters in Islam dan pertubuhan-pertubuhan terbabit ialah satu tindakan menghasut dan mencabar kuasa raja-raja Melayu kerana syariah ialah bidang kuasa raja-raja," katanya kepada Harakahdaily selepas membuat satu laporan polis terhadap kumpulan terbabit di balai polis Jalan Pinang di sini.

"Sisters in Islam sudah bersikap biadap dan melampau kepada umat Islam dan hukum agama yang telah ditetapkan. Tindakan mereka juga adalah satu usaha memperkecil-kecilkan undang-undang syariah yang sedia ada," katanya lagi.

Sisters and Islam dan kumpulan lain yang membentuk Jawatankuasa Tindakan Bersama bagi Kesamarataan Gender (JAG), dalam memorandum bertajuk Keadilan untuk Kartika kepada perdana menteri pada 25 Ogos lalu menggesa kerajaan menilai semula hukuman sebat yang didakwa mencabul prinsip hak asasi manusia antarabangsa.

Menurut kumpulan itu, keputusan mahkamah menjatuhi hukuman rotan ke atas Kartika "menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam moderat."

Menurut memorandum itu lagi, hukuman itu menyebarkan lagi kepercayaan bahawa Islam ialah agama yang mendiskriminasi wanita.

Kumpulan itu juga membuat satu kenyataan bersama 30 September lalu mempersoalkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang mengaku bersalah meminum arak.

JAG yang ditubuhkan di tengah-tengah kekecohan berhubung isu sebat Kartika disertai Sisters in Islam, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Persatuan Tindakan Wanita (Awam), Pusat Wanita bagi Perubahan, Pulau Pinang (WCC), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam).

Dalam kenyataan bertarikh 30 September itu, JAG menuntut supaya "kerajaan persekutuan dan negeri menjalankan semakan menyeluruh ke atas semua undang-undang berhubung kesalahan-kesalahan jenayah syariah" dan mempertimbangkan untuk membatalkan undang-undang tersebut.

JAG juga mendakwa hukuman sebat berdasarkan undang-undang syariah sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah.

Kenyataan itu juga turut mengaitkan hukuman sebat Kartika itu dengan amalan pembakaran balu dalam agama Hindu.

Semalam, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam satu kenyataannya mengecam Sisters in Islam yang didakwa melampau, berniat jahat terhadap undang-undang syariah dan biadab.

Nasrudin menyifatkan kumpulan liberal itu sebagai bersikap selektif dalam kritikan mereka berkaitan hak asasi manusia.

Menurutnya, kumpulan terbabit "hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah, kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia, sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita."

Nasrudin juga mencabar Sisters in Islam untuk berdebat secara ilmiah mengenai isu hukuman syariah tersebut.

"Kami sedia turun dalam apa jua medan atau forum , wacana atau debat dan dialog atau bahas . Sila anjurkan dan kami akan hadir," tegas Nasrudin.

Kartika dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah minum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Pahang pada 11 Julai tahun lepas.

Kartika bertegas untuk dikenakan hukuman sebat itu walaupun selepas perdana menteri menggesa beliau merayu hukuman itu.

Pelaksanaan hukuman sebat ini dan debat hangat berkaitan menjadi tumpuan media asing, yang memberi gambaran penindasan terhadap wanita melalui hukum Islam dalam laporan mereka.

UBN Najib Altantuya: PAS mahu SPRM pantau rasuah dalam pilihan raya Bagan Pinang

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang sewajarnya menjadi tumpuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di dalam pilihan raya itu pernah digantung oleh Umno kerana politik wang, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"PAS menjemput SPRM untuk turun di Bagan Pinang sepanjang musim pilihanraya yang bakal bermula pada esok hari.

"(Calon BN, Tan Sri Mohd) Isa (Abdul Samad) mungkin sudah dimaafkan oleh sebahagian besar ahli Umno, tetapi itu bukanlah jaminan bahawa rasuah tidak akan berlaku di dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang," kata beliau.

Oleh itu, kata Idris, SPRM hendaklah membuat pemantauan bagi memastikan pilihanraya kali ini bebas dari rasuah dan salah guna kuasa.

"Pada masa ini terdapat beberapa ahli politik yang menjadi menteri mengunakan peruntukan kerajaan dan kuasa mereka dalam kerajaan untuk turun ke kem-kem tentera bagi berkempen atas nama 'Kerajaan BN'.

"Perkara ini harus dipandang serius kerana itu juga merupakan penyelewengan yang jelas terhadap dana kerajaan," katanya lagi.

ImageIdris juga menegaskan bahawa PAS dari semasa ke semasa akan membuat siasatan dan laporan sepanjang musim pilihanraya tersebut.

"PAS berharap agar SPRM dapat melaksanakan amanah rakyat, khususnya dalam pilihanraya kali ini," katanya.

Isa menjadi calon BN di Bagan Pinang berikutan tuntutan Umno Bahagian Telok Kemang yang berkeras mahukan beliau sebagai calon BN dalam pilihan raya itu.

Mereka malah membidas bekas Presiden mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak tuntutan mereka supaya Isa dicalonkan.

Mereka mengungkit mengungkit bahawa Dr Mahathir juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno.

Dr Mahathir kemudiannya mengingatkan mereka bahawa beliau tidak diusir dari Umno kera terlibat dengan politik wang.

"Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku).

"Bila saya kembali (ke dalam Umno), ia kerana pandangan saya diterima. Saya tidak pernah mencuri wang," kata bekas Pengerusi BN itu.

Isa digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun 2005 lalu kerana dituduh terlibat dalam politik wang ketika beliau muncul sebagai pemenang jawatan Naib Presiden dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu 2004 lalu, iaitu sebanyak 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Beliau kini ialah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan kawasan DUN Bagan Pinang berada dalam bahagian itu.

Pemuda PAS, penyokong Ibrahim Ali pamer kekuatan / UBN Najib Altantuya

Mazalan Jusoh Foto M Yarisman
PASIR MAS, 3 Okt: Dewan Pemuda PAS Pasir Mas dan penyokong Datuk Ibrahim Ali mempamerkan kekuatan masing-masing dengan mengadakan perhimpunan aman secara berasingan semalam.

Pemuda PAS mengadakan perhimpunan mendesak Ibrahim meletak jawatan sebagai anggota parlimen Pasir Mas selepas kecewa dengan tindak tanduk pemimpin terbabit.

Sedangkan pada pilihan raya umum lalu Ibrahim diberi ihsan bertanding di atas tiket PAS biar pun sebagai calon Bebas.

�Namun sekarang Ibrahim sudah bersikap biadap apabila menjadikan PAS sebagai musuh biar pun pernah memberi tempat kepadanya bertanding pada pilihan raya umum lalu.

�Dia telah mengkhianati amanah pengundi, jadi kami berhimpun secara aman hari ini mendesak beliau supaya menggosongkan kerusi parlimen Pasir Mas.

�Ibrahim telah membantutkan usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil kerajaan persekutuan. Jadi lebih baik dia berundur,� kata ketuanya Ustaz Suazhar Abdullah.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu katanya, rakyat Pasir Mas begitu kecewa dengan tindak tanduknya sekarang.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadzli Saari berkata, Dewan Pemuda Pasir Mas akan menjelajah ke seluruh Pasir Mas bagi mengumpul tandatangan penduduk mendesak Ibrahim meletak jawatan.

(Gambar:Orang ramai menghadiri perhimpunan mendesak Ibrahim Ali meletak jawatan)

�Hari ini adalah satu permulaan untuk kita terus melangkah seterusnya. Rakyat di Pasir Mas tidak boleh lagi berkompromi dengan pemimpin yang licik seperti Ibrahim,� katanya.

Katanya, tandatangan penduduk yang dikumpul akan diserah kepada Ibrahim bagi menjelaskan sikap sebenar pengundi di Pasir Mas terhadapnya.

Fadzli berkata, Ibrahim menang pada pilihan raya umum 1990 dan 2008 bukan di atas kekuatannya sendiri sebaliknya dibantu Semangat 46 dan PAS.

Menurutnya juga Pemuda PAS Pasir Mas begitu kesal dengan sikap biadap Ibrahim yang melabelkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai nyanyuk dan barang lama.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kuala Krai, Nazman Ibrahim berkata, rakyat di seluruh Kelantan kecewa dengan sikap Ibrahim yang langsung tidak mengenang budi.

Pada perhimpunan orang ramai yang hadir menandatangani banner besar yang disediakan sebagai mendesakan supaya Ibrahim menggosongkan kerusi parlimen Pasir Mas.

(GambarSebahagian penyokong Ibrahim Ali berhimpun menyokongnya)

Turut menurunkan tandantangani Adun Pengkalan Pasir, Haji Hanifa Ahmad.

Sementara itu kira-kira jam 3 petang beberapa penyokong Ibrahim Ali mengadakan perhimpunan bagi menyokong anggota parlimen itu di perkarangan Wisma Perhimpunan Perempuan Pasir Mas.

Mereka menaikkan sepanduk bagi menyokong Ibrahim. Sebahagian mereka merupakan golongan warga emas.

Hanya beberapa kerat sahaja yang menghampiri perhimpunan itu.

Gempa duit di Bagan Pinang / UBN Najib Altantuya

Penarik Beca

Pagi ni nak pi Bagan Pinang. Lepas solat Subh nak pi. Tapi mata tak mau mengantuk pulak.Apa pun, kena pi jugak Bagan Pinang. Nak tengok gempa duit di sana. Orang kata dek kerana terlalu kuat gegaran gempa, duit akan berserakan di seluruh Bagan Pinang.

Adakah duit dari poket beberapa orang dalam alumni Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) akan turut berserakan? Saya tanya ja..

Dalam laporan mengenai gempa bumi di Padang, Utusan Malaysia hari melaporkan berita bertajuk "Mati hidup semula".

Dalam gempa duit di Bagan Pinang, politik siapa yang mati hidup semula?

Menyorot laluan kepada kemungkinan berlakunya mati hidup semula, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya berkata: "Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira".

Beliau hanya mampu menyerahkan kepada pengundi-pengundi di Bagan Pinang untuk membuat penilaian adakah Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah satu pemilihan yang tepat.

Beliau, yang tidak merancang untuk berkempen bagi pihak Barisan Nasional (BN) di Bagan Pinang, sebelum itu berkata, imej Umno akan
terjejas jika bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dicalonkan kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini," kata beliau.

Menarik perhatian sungguh apabila bekas Presiden Umno itu pergi ke rumah terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sempena Hari Raya baru-baru ini.

Di situlah juga beliau menekankan supaya Umno memilih calon yang
bebas politik wang dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Apa ada di rumah Mohamad? Betulkah Mohamad diancam gempa duit di Bagan Pinang?

Barangkali Datuk Sei Mentori Bosa tu dah dengar orang tuduh sana-sini bahawa kalau undi calon Umno BN, maknanya undi "parti perasuah" (lihat posting dalam blog Dr Mahathir bertajuk "
Pemilihan Majlis Tertinggi Umno").


Bagan Pinang : PAS Yakin Menang / PKFZ / Altantuya

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin Pas akan memenangi kerusi DUN N31 Bagan Pinang pada Pilihan Raya Kecil 11 Oktober ini.

Menurut beliau, penerimaan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu dan tujuh pilihanraya kecil sebelum ini menunjukkan bahawa gagasan kerajaan alternatif itu pasti memberi saingan sengit di kubu kuat BN ini.

"Kita melihat berlaku satu lonjakan dalam PRU 2008 bila kita berjaya mencapai 4000 undi, Barisan Nasional 6000 undi. Ini menunjukkan ada kemajuan dan melihat kepada pilihan raya kecil berikutnya kita maju ke depan. Dan sebab itu saya yakin dan percaya akan mendapat mencapai kemajuan.

"Kita percaya untuk menang payah tetapi tidak mustahil kita boleh menang. Kita akan berusaha sedaya upaya untuk capai kemenangan," katanya ketika ditemui media di Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pagi tadi.

Mengulas mengenai populariti Isa Samad, Hadi berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan dalam pilihan raya ini.

"Terpulang kepada rakyat serah pada mereka, mereka lebih tahu tentang calon yang mereka hendak pilih dan kita memperkenalkan calon kita dan kita lihat rakyat dapat menilai," katanya.

Menurutnya PAS menggunakan strategi kempen seperti biasa dengan cara damai dan memujuk bagi mengelakkan ketegangan.

Hadi berkata isu kreadibiliti calon hanya akan dimainkan sekiranya ia difikirkan munasabah dan terdapat arahan daripada Jawatankuasa Khas Pilihanraya Pas agar isu berkenaan tidak dimainkan sewenang-wenangnya.

"Kempen secara damai secara memujuk kerana dalam konteks demokrasi berparlimen kita mahu undi banyak. Undi banyak mestilah kejayaan kita memujuk pengundi-pengundi dengan cara sebaiknya.Oleh itu sebarang ketegangan hendaklah dielakkan.

"Itu kita akan tunggu dari masa ke masa mengikut munasabah dan kita ada akhlak dan moral kita berkempen. Berbeza dengan otrang lain," katanya.

Mengulas mengenai isu undi pos yang dibangkitan PAS pada pilihanraya kecil pada kali ini Hadi berkata ia dibuat berikutan ketidaktelusan SPR berhubung isu berkenaan.

Hadi berkata pihaknya mempunyai bukti terdapat pengundi pos yang tidak mengundi namun kertas undian mereka dikeluarkan dan dikatakan telah membuang mengundi.

"Kita menyedari SPR tidak diberikan kuasa sepenuhnya secara demokratik. SPR dibawah Jabatan Perdana Menteri masih wujud hal-hal yang tidak menunjukkan ketidak telusan. Ini diakui sendiri oleh SPR dalam pertemuan yang kami adakan. Ada perkara yang mereka tidak boleh buat.

"Antaranya kerahsiaan undi pos, itu mereka tiodak boleh jawab kerana undi pos ini mereka sediakan dua sampul kecil satu kertas undi satu saksi bagi menyatakan pengundi itu mengundi. Kemudia kedua sampul ini diletakkan ke dalam satu sampul boleh dibuka danb diketahui. Kerahsiannya tidak wujud," katanya.

-tvantara.com-

Shahruddin Tarik Diri, Gagal Dapat Penyokong / UBN Najib Altantuya

Impian Shahruddin Abdul Hamid untuk menjadi salah seorang calon bebas pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akhirnya terkubur begitu sahaja.

Beliau yang tiba kira-kira jam 9.15 pagi tadi masuk memasuki pusat penamaan calon di Pejabat Perbandaran Port Dickson untuk menyerahkan pencalonannya.

Namun tidak berapa lama kemudian keluar setelah mendapati penyokongnya bukan dari Bagan Pinang.

Beliau telah diberi masa sehingga jam 10.00 pagi untuk mencari penyokong di Bagan Pinang namun tiada seorang pun yang mahu menjadi penyokongnya.

Beliau ketika keluar dari pusat penamaan calon memberitahu kepada pemberita sedang mencari penyokong dari kawasan DUN itu untuk menjadi penyokongnya namun tidak muncul kembali.

Akhirnya selepas tempoh pencalonan ditutup dan tempoh bantahan tamat, pegawai pengurus pilihanraya Bagan Pinang, Abdul Wahab Shamsuddin mengumumkan bahawa hanya dua calon yang akan bertanding di pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Shahruddin sebelum ini membuat pengumuman rasmi beliau melepaskan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PKR Telok Kemang dan Ketua Penaja PKR DUN Lukut.

Pada pilihanraya kecil kali ini, BN mencalonkan Tan Sri Isa Samad sementara PAS pula meletakkan Zulkefly Mohamad Omar untuk bertanding kerusi N31 Bagan Pinang.

Hari pengundian bagi pilihanraya kecil Bagan Pinang ialah pada 11 Oktober nanti.

Pakatan Rakyat lawan BN di Bagan Pinang

Dzulfikar Mashoor & Hazayani

TELOK KEMANG, 3 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan dua calon bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, iaitu dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) selepas menerima hanya borang pencalonan kedua-dua calon tersebut.

Walaupun calon bebas dikatakan akan menyertainya namun borang pencalonannya ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Pakatan mencalonkan Persuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar manakala BN mencalonkan Ketua Bahagian Umno Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon.

SPR telah memaklumkan, kertas pencalonan calon bebas yang merupakan AJK Bahagian PKR di situ ditolak kerana pencadangnya bukan pengundi kawasan itu.

Sehingga tempoh bantahan tamat, hanya dua borang pencalonan sahaja yang dipamerkan iaitu borang dari calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Dua bantahan diterima terhadap kertas pencalonan namun kedua-duanya ditolak SPR.

Isa menyerahkan borang jam 9.01 pagi manakala Zulkefly pada jam 9.06.

Image(Gambar:Perarakan calon Pakatan yang dipimpin oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)

Pernamaan calon diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Segelintir Pemuda Umno yang sudah sampai di gigi bukit yang menempatkan pejabat MPPD memulakan perang mulut dengan segelintir penyokong Pakatan yang masih belum bergerak menuju ke dewan penamaan itu.

Mereka juga melaungkan 'hidup Isa', 'Isa pembela rakyat', 'Pertahankan hak Melayu, Kembalikan Isa ke Negeri Sembilan'.

Di pihak Pakatan Pula, kedengaran laungan 'rasuah...rasuah...', 'reformasi' sebagai respon balas balas kepada sorakan Umno BN.

Image(Gambar: Hanya borang calon PAS dan BN sahaja yang dipamerkan)

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengiringi calon PAS ke pusat penamaan calon manakala Tan Sri Muhyidin Yasin mengiringi calon BN.

AMK Bantu Selesai Isu Penyeludupan Wang Di Hong Kong / UBN Najib Altantuya

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ke Badan Pencegah Rasuah Hong Kong untuk mendesak supaya soal siasat dijalankan ke atas sekutu Ketua Menteri Sabah yang ditahan menyeludup wang sejumlah RM16 juta.

Michael Chia Tien Foh, sekutu kepada Ketua Menteri Sabah Musa Aman ditahan berhubung penyeludupan dan pengurupan wang haram pada 14 Ogos tahun lalu.

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa di Hong Kong apabila cuba berlepas dari wilayah China itu menuju Kuala Lumpur dengan membawa wang berkenaan.

Shamsul ke Hong Kong untuk membuat laporan berkenaan hal terbabit dan meminta bantuan daripada pihak Badan Pencegah Rasuah Hong Kong untuk menyiasat konco pemerintah BN itu.

Sementelah ianya isu besar yang membabitkan wang rakyat dan laporan ke atasnya telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),namun tiada tindakan yang diambil.

Badan Pencegah Rasuah Hong Kong dikatakan memberi layanan baik dan meminta Shamsul menjelaskan tentang hubungan Chia, Musa Aman dan pembalakan haram di Sabah.

" Saya telah diminta untuk memberikan pandangan dan penerangan serta penjelasan terhadap dokumen yang telah kita berikan kepada ICAC di Hong Kong berkaitan dengan penahanan Datuk Michael Chia di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos lalu" ujarnya.

Wang yang diseludup oleh Chia itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan lesen membalak di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

Blog-blog di Sabah telah memberikan liputan meluas berkenaan isu tersebut sejak tahun lalu. Malah hubungan Chia dan Musa Aman tidak menjadi satu rahsia lagi kini.

" Saya juga telah menerangkan bagaimana hubungan Datuk Michael Chia dan Musa Aman dan saya juga meminta pihak ICAC meneliti kesemua dokumen tersebut dan memulakan penyiasatan. Sekiranya benar wang-wang yang haram yang diambil dari hasil pembalakan haram di Sabah itu berada di Hong Kong termasuk kemungkinan untuk membekukan akaun-akaun yang berkaitan dengan penyimpanan wang haram ini" tambahnya lagi.

Shamsul dalam laporannya turut menamakan empat pihak lain yang terlibat dalam kes seludup wang tersebut iaitu kerajaan negeri Sabah, Innoprise Corporation Sdn Bhd, Rakyat Berjaya Sdn Bhd dan Kumpulan Yayasan Sabah.

Menurut sumber rapat, Polis Hong Kong dan Interpol telah memantau kegiatan haram Chia sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya menangkap Chia bersama bukti wang tunai bernilai RM16 juta yang diseludup keluar daripada Hong Kong di dalam beg pakaiannya.

Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.

Shamsul dalam laporannya meminta kerjasama dari pihak Badan Pencegah Rasuah Hong Kong untuk membantu menyiasat perkara ini kerana ia melibatkan wang rakyat dan ianya harus dikembalikan kepada rakyat Sabah.

" Saya jelaskan kepada mereka pentingnya kes ini kerana ianya melibatkan wang rakyat dan kita pertikai bagaimana ada seorang individu yang boleh membawa wang sejumlah Rm16 juta yang dibawa keluar daripada Hong Kong. Ini merupakan wang keuntungan yang sepatutnya kembali kepada rakyat Malaysia"

-tvantara.com-

"Rasul Melayu" Taubat Nasuha / UBN Najib Altantuya

Abdul Kahar Ahmad yang mengaku dirinya sebagai “Rasul Melayu” hari ini membuat pengakuan taubat nasuha di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Abdul Kahar turut menyeru individu yang terpengaruh dengan ajaran sesatnya supaya bertaubat serta kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, dia turut memohon maaf kepada semua umat Islam serta pihak berkuasa kerana mencetuskan provokasi, kekeliruan serta fitnah terhadap Islam.

Dia yang menulis dan menandatangani pengakuan tersebut turut mengekalkan pengakuan bersalah terhadap lima pertuduhan menyebarkan doktrin palsu, menghina Islam serta pihak berkuasa dan memuat dakwaan palsu.

Terdahulu, Fakta kes menyebut tertuduh mendapat pendidikan sehingga darjah lima di sekolah Melayu telah ditangkap pada 23 Jun 2005 oleh pegawai penguatkuasa JAIS berhubung semua kesalahan itu dan dia didapati telah menyebarkan pendapat serta ajaran yang bercanggah dengan ajaran Islam, lebih-lebih lagi ajaran 'Kahar Bin Ahmad' telah diwartakan sebagai ajaran salah oleh Mufti Selangor pada 23 Mei 1991.

Pada 8 April 1991, Abdul Kahar pernah didakwa mengikut Seksyen 150 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 1952 kerana tidak bersolat Jumaat dan dikenakan denda RM300 atau dua bulan penjara.

Tertuduh yang merupakan bekas pekerja Zoo Negara, pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 17 Ogos 2005 serta dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dan sepatutnya dibicarakan pada 21 Sept 2005.

Dia bagaimanapun beberapa kali gagal hadir untuk dibicarakan pada tarikh-tarikh yang ditetapkan walaupun waran tangkap dikeluarkan, sehinggalah pada 16 Sept lepas apabila dia ditahan pasukan penguatkuasa Jais kira-kira pukul 9.45 pagi, di tempat persembunyian barunya di Sungai Long, Kajang sebelum dibawa ke mahkamah untuk mendapat perintah tahanan ke atasnya.

Hujahan pihak pendakwa serta Rayuan tertuduh akan bersambung Rabu depan.

-tvantara.com-