"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Kajian: Tidur siang lebih 40 minit boleh pendekkan umur anda

LONDON: Jika anda berniat tidur sebentar lagi atau sedang mengantuk ketika membaca berita ini, demi kesihatan diri, pastikan anda menghabiskan bacaan.Amalan tidur siang, khususnya di tengah hari, lebih 40 minit boleh membawa risiko pendek umur, demikian menurut satu kajian terbaru.

Kajian di kalangan lebih 300,000 orang mendapati tidur siang yang lama dikaitkan dengan masalah metabolisme seperti kegemukan, tekanan darah tinggi dan kolestrol.

Hasil kajian ini diperolehi daripada analisis 21 penyelidikan yang melibatkan semuanya 307,237 orang dan dibentangkan dalam persidangan tahunan ke-65 American College of Cardiology.

Menurut portal Daily Mirror minggu lalu, kajian itu merumuskan tidur sebentar di waktu siang, seperti amalan di banyak negara, memang baik.

Namun risiko kesihatan makin ketara, sehingga boleh mati lebih awal, bermula apabila seseorang tidur lebih daripada 40 minit di waktu siang.

Penyelidik yang menemubual peserta-peserta kajian menemui hubung kait antara tempoh tidur siang dengan sejarah masalah kegemukan, kencing manis dan sindrom metabolisme.

Jika tempoh tidur lebih pendek daripada 40 minit, tidak ditemui kaitan antara masalah-masalah kesihatan ini dengan tidur siang.

Sewaktu tidur lama di waktu siang, badan menjangkakan kita ingin tidur nyenyak dan metabolisme terganggu apabila terjaga.

Namun jika tempohnya pendek saja, badan tidak berada dalam keadaan nyenyak, atau deep sleep, dan oleh itu tidak mengalami sentakan.

“Tidur memang penting untuk gaya hidup yang sihat, sama seperti pemakanan dan senaman,” kata Dr Tomohide Tamada, pakar kajian diabetes di Universiti Tokyo, yang mengetuai kajian itu.

“Tidur sebentar boleh membawa manfaat pada kesihatan kita, tetapi kita masih belum mengetahui kesan atau mekanisme badan yang menghasilkan manfaat itu.”

Yayasan Tidur Kebangsaan mencadangkan tidur siang yang sebaik-baiknya antara 20 hingga 30 minit kerana ia menyegarkan semula badan, lapor portal itu lagi.

-themalaymailonline.com

Cara Paling Sempoi Untuk Check Mungkin WiFi Rumah Anda Dicuri

Tranungkite
Kami akan kongsikan satu lagi tips mudah yang sangat sempoi untuk anda detect atau kesan jika wifi rumah anda dah di curi jiran anda atau tidak.

Ok. Macam ini. Jika anda guna internet terlalu perlahan/slow/berat/ tengok You Tube pendek tersangkut-sangkut, sedangkan dalam rumah tu anda sorang je yang guna WiFi , cuba guna langkah ini :

Off semua peralatan yang menggunakan WiFi atau internet di rumah anda sama ada telefon (boleh offkan wifi telefon), laptop atau sebagainya.

Perhatikan modem anda. Lampu Wireless / WiFi / WLAN still berkelip-kelip dengan laju atau tidak.
Jika lampu Wireless/WiFi/WLAN anda berkelip dengan laju, atau berkelip dengan kerap, sudah sah WiFi anda sedang digunakan oleh pengguna lain.

WIFI Anda Kena Guna Oleh Orang Lain? Apa Perlu Buat?

OFF modem . On modem anda apabila anda ingin gunakan sahaja. Jika tidak gunakan seperti waktu tidur, kerja, dan lain-lain, offkan sahaja modem tersebut supaya ruang masa untuk pencuri WiFi ni terhad selain menjimatkan elektrik.

Tukar Password WiFi anda. Kalau boleh jangan pakai yang sama. Sentiasa tukar password wifi. Penat sikit tak apa sebab jiran yang curi wifi anda pun terpaksa running software yang digunakan untuk dapatkan password wifi rumah anda itu banyak kali.

Wanita hamil maut kepala tersangkut pagar (Gambar)

Xx Wanita hamil maut kepala tersangkut pagarcall
Wanita hamil maut kepala tersangkut pagar Kepala wanita itu yang tersangkut pada pagar.
SHAANXI - CHINA. Seorang wanita hamil maut selepas kepalanya tersangkut pada pagar besi, lapor CCTV News.

Menurut seorang saksi yang bekerja di gedung membeli belah berdekatan lokasi kejadian, wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu kelihatan seperti pening dan cuba menyandar pada pagar berkenaan.

"Namun dia tiba-tiba pengsan sehingga menyebabkan kepalanya tersangkut kepada besi pada pagar berkenaan," katanya.

Wanita itu cuba diselamatkan pejalan kaki yang berada di lokasi kejadian dengan cuba menarik pagar tersebut namun gagal.

Seorang pegawai perubatan dari Hospital Perubatan Tradisional China di Mizhi County berkata, wanita itu berada di dalam keadaan tenat sebaik tiba di hospital dan doktor sedaya upaya cuba menyelamatkan wanita itu dan kandungannya namun gagal.

Pegawai berkata, punca wanita itu pengsan secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kepalanya tersangkut pada pagar tersebut bagaimanapun masih belum diketahui, namun tidak menolak kemungkinan akibat tekanan darah tinggi.

"Bedah siasat diperlukan untuk mengetahui punca sebenar kematian," kata pegawai Biro Keselamatan Awam Wilayah Mizhi sambil menambah kes tersebut masih dalam siasatan dan menolak kemungkinan ia adalah kes pembunuhan.

Cerita politik Terengganu?

Apa cerita dengan politik Terengganu?
Mohd Sayuti Omar
Menurut MB Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman kemelut politik Umno negeri itu sudah pun selesai dan kerajaanya masih stabil. Apa yang berlaku hanya kecuh dalam media massa sahaja dan ia hanya spekulasi semata-mata.

Kata MB itu juga DUN Terengganu tidak akan dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya diadakan? Betulkah apa yang didakwa Ahmad Razif itu? Atau beliau berkata untuk mendamaikan perasaanya sahaja?

Beliau juga mendakwa kerajaan BN juga masih utuh menguasai DUN Terengganu. Kedudukan hari ini Umno 17, manakala Pas, 14 dan PKR 1, manakala seorang calon bebas. Macam mana boleh jadi Umno 17? Bukankah Ahmad Said sudah tidak diikhtiraf sebagai Umno lagi?

Kalau Ahmad Said bukan Umno lagi bermakna kedudukan kini,16:16. Speaker tidak dikira sebagai Adun. Kedudukan itu boleh dikatakan DUN Terengganu dalam keadaan tergantung.

Kedudukan itu menyebabkan DUN itu tidak berfungsi. Tidak boleh dibuat apa-apa undang-undang kerana Umno tidak mendapat 2/3 di DUN.

Macam mana Ahmad Razif boleh mendakwa BN masih teguh dan tidak tergugat? Dalam situasi itu Ahamd Razif harus melakukan sesuatu untuk mengelakkan dia tidak menjadi MB yang tidak berwibawa atau sebagai MB sotong. Kalau dia gagal untuk menyakinkan sokongan 2/3, tidak ada cara lain melainkan beliau harus menasihati Sultan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Itu cara penyelesaian terbaik.

Khabar dari jauh kedengaran, Sultan tidak berapa senang dengan apa yang berlaku sekarang ini. Semua akan menanti reaksi daripada Sultan Terengganu yang ketika ini katakannya sedang berada di luar negeri dan akan pulang ke Terengganu 6 April ini. Tidak mustahil kalau DUN Terengganu dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang sudah berlarutan hampir setengah bulan itu.

DUN Terengganu kecuh dan kedudukan Ahmad Razif sebagai MB tergugat apabila bekas MB Ahmad Said telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada MB itu mengikut Perkara 14(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kerajaan Terengganu semasa sidang DUN dua minggu lepas.

Bagaimana pun usul itu tidak sempat dibahas apabila ditolak oleh Speaker. Penolakan usul itu secara teknikal menimbulkan kemarahan dan menjadi tanda tanya umum menyebabkan orang melihat Speaker telah mencemari wibawa dan kemuliaan Dewan. Speaker juga disifatkan sebagai alat kepada MB.

Dengan merujuk kepada apa yang berlaku pada tahun 1962 di mana MB Terengganu ketika itu Daud Samad dari kerajaan Pas pernah menghadapi usul undi tidak percaya mengikut perkara sama, yang akhirnya menyebabkan kerajaan Pas Terengganu tumbang. Berdasarkan percedent itu Speaker sepatut menerima usul dikemukakan Ahmad Said itu. Penolakan usul itu menyebabkan Ahmad Said jadi berang.

Dalam pada itu menurut seorang Adun Terengganu, sikap Speaker tidak membenarkan usul berkenaan dibahaskan satu kesilapan dan menyebabkan kemelut politik Terengganu (Umno) "berpulas jaras" sampai kini. Katanya kalau Spekaer membenarkan usul itu dibahas dan dijalankan pengundian, kedudukan Ahmad Razif sudah pun selamat. Ini kerana ketika usul itu dikemukakan Umno ada 16 orang ahli manakala pembangkang 15 sahaja, apabila Abdul Hadi Awang tidak ada dalam dewan.

Tetapi kerana Speaker lebih bertindak untuk menyelamatkan MB, menyebabkan peluang itu terlepas sehinggalah timbul persepsi Speaker sebagai lebih menjaga kepentingan MB daripada menjaga wibawa DUN Terengganu. Gara-gara kurang prihatin itu juga menyebabkan kemelut DUN Terengganu terheret sampai kini.

Selama mana Ahmad Razif boleh bertahan dengan keadaan hari ini? Jawabannya, apa yang berlaku kini menyebabkan MB itu tidak lena tidur. Keadaannya di Terengganu sepertilah nelayan yang tinggal tepi pantai yang dilanda tengkujuh. Tidur tidak lena makan tidak kenyang asyik menumpang dagu dengan lengan tidak berbaju.

Sudah pasti Ahmad Saad yang kecewa dengan usaha untuk menjatuhkan Ahmad Razif itu tidak akan mendiamkan diri. Bekas MB itu tetap akan berikhtiar. Seperti harimau terluka dia akan jadi lebih ganas dan agresif lagi.

Dalam pada itu kedudukan Ahmad Razif agak bernasib baik sedikit apabila seolah-olah parti Pas tidak berminat untuk berusaha menjatuhkan kerajaan di luar saluran pilihan raya. Tampaknya situasi di Terengganu kini Pas telah terjerat dengan kata-katanya sendiri. Beberapa kali Abdul Hadi Awang menyebut partinya tidak gemar menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak bermoral.Jadi peluang terbuka kini berlalu begitu sahaja.

Gurau seorang wakil rakyat Terengganu kalau Pas tidak berminat untuk menjadi kerajaan bolehlah tugas itu diserahkan kepada orang lain yang lebih berminat dan berwibawa. Tidak ada guna bertanding dalam pilihan raya kalau bukan untuk jadi kerajaan, katanya.

Sekali lagi ditegaskan penyelesaian kepada kemelut Umno di Terengganu ialah dengan membubar DUN Terengganu dan adakan pilihan raya baharu. Soalnya dalam situasi hari ini, ketika Deklarasi Rakyat bersemerak apakah Najib Razak berani?
msomelayu.blogspot.com.my

Anak kapal kecam anak Zahid: Budak ini sungguh biadap

Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mengecam anak timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid susulan kenyataannya yang dikatakan mengutuk pramugari Malaysia Airlines (MAS).

Dalam kenyataannya, Presiden Nufam Ismail Nasaruddin kelihatan amat marah dengan tindakan itu sehingga beliau menghamburkan pelbagai kritikan keras terhadap Nurulhidayah.

“Saya berpendapat budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik dengan pos beliau di Instagram yang telah menguris hati ramai pekerja kru kabin,” katanya.

Ismail juga menyifatkan tindakan anak Datuk Seri Zahid Hamidi itu sebagai tidak sensitif serta mengguris dan menyakitkan hati pramugari MAS.

Nurulhidayah sebelum ini menulis:

“Langkah penjimatan syarikat, naik AirAsia pun boleh, Malaysia Airlines hmm (bapak mahal! - bahasa pasar), pramugari pun dah tua-tua. Harap pandangan kasar saya ini tidak dipandang sebagai mencampur dasar kerajaan. #jangankecamsaya.”
Beliau bertugas sebagai ketua bahagian komunikasi korporat di Syarikat Perumahan Negara Bhd.

Tulisan itu bagaimanapun telah dibuang di laman sosial itu tetapi rakaman layarnya dikongsi pihak lain di laman penarafan penerbangan Airlineratings kira-kira 2.30 hari in

Ismail berkata, sebagai anak kepada pemimpin nombor dua dalam negara, Nurulhidayah harus lebih berhemah memberi komen di laman sosial.

“Kalau macam ini perangai seorang anak timbalan perdana menteri, maka beliau memang bukan berjiwa rakyat,” katanya.

Sebagai seorang wanita pula, Nurulhidayah harus utamakan maruah dan membela nasib kaum pekerja wanita, bukan mengutuk mereka, kata Ismail lagi.

“Jadi saya nasihat beliau tolong tutup mulut dan jangan terlampau lantang sebab komen beliau akan memalukan bapa beliau iaitu seorang timbalan perdana menteri Malaysia yang juga selalu terbang ke luar negara dengan syarikat MAS,” katanya.

Beliau juga nasihati Nurulhidayah supaya tidak mudah mengeluarkan kenyataan yang akan menyakitkan hati pekerja wanita dan bersikap lebih rendah diri dan tidak “mencari populariti dengan kenyataan yang tidak masuk akal”.

Sementara itu, dalam tulisan lain petang ini, Nurulhidayah berkata beliau meminta maaf kepada kakitangan MAS yang membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, komen beliau itu bukan sahaja pengalaman sendiri semata-mata tetapi juga rakan-rakan lain yang mengalami pengalaman buruk serupa.

MOHON BANTU SHARE YA!!! INILAH 20 TANDA-TANDA AWAL KANSER MENYERANG, KETAHUI SEBELUM TERLAMBAT

Satu ketika dulu, jarang mendengar orang sekeliling menghidap penyakit kanser. namun hari ini, penyakit yang digeruni ini semakin dekat dengan diri kita. Rakan-rakan di sekeliling dan juga ahli keluarga sudah ada yang disahkan menghidap kanser.

Kerap juga kita mendengar penyakit kanser payudara, kanser rahim, paru-paru dan sebagainya yang baru disedari oleh mereka rupa-rupanya sudah berada di tahap kritikal dan tidak boleh dirawat lagi. Menakutkan tapi inilah yang banyak berlaku.

Memang selalu berlaku penghidap kanser hanya menyedari diri menghidap kanser apabila penyakitnya sudah berada pada tahap akhir. Pengesanan pada tahap kritikal ini amatlah lewat.

Sakit Biasa Mungkin Kanser
Sebenarnya pada peringkat awal kanser menyerang tubuh, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering memgendahkannya. Kita mengandaikan tanda-tanda itu suma sakit biasa sahaja.

Berikut adalah tanda-tanda amaran kanser yang perlu diambil perhatian.

1. Sakit perut atau senak perut. Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakit perut tanpa sebab.

2. Sakit seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan. Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.

4. "Asid Perut" kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit. Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.

5. Kehilangan berat badan. Anda seorang yang tidak aktif tetapi jika berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan. Ketahuilah bahawa ini adalah petanda awal kanser kolon.

6. Jaundis atau demam kuning. Barah pankreas, satu lagi salah satu 'pembunuh senyap' sering ditemui apabila seseorang menghidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah.

7. Berdehit atau sesak nafas. Sesak nafas, sakit dada atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.

8. Batuk yang kronik atau sakit dada. Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk.

9. Kerap demam atau terkena jangkitan. Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman.

10. Kesukaran menelan. Ia sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak. Kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga.

11. Bengkak muka. Sesetengah pesakit kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

12. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan lehar, ketiak atau pangkal paha (ketulan). Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada peher, ketiak atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

13. Lebam teruk atau pendarahan yang tidak berhenti. Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan.

14. Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis boleh menjadi tanda-tanda kanser. Seperti dengan banyak gejala lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas seperti flu atau keracunan makanan. Mereka yang didiagnosis menghidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas. Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.

15. Sukar membuang air kecil. Tanda-tanda awak kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing. Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.

16. Masalah ereksi. Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mnghidap kanser prostat.

17. Sakit pada pangkal paha, pinggul atau abdomen. Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, paha atau bahagian paling rendah di belakang. Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.

18. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya. Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang dalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas.

19. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu bahawa tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering. Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit - melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus dan periksa kulit dengan teliti di seluruh tubuh untuk mengesan pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik.

20. Perubahan pada kuku. Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh manjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit. Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru.

Keluarga saya tidak akan lagi undi PAS – Syed Saddiq

Faiz Zainudin
Syed SaddiqPETALING JAYA: Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui keluarganya tidak akan lagi mengundi PAS pada pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Katanya, beliau dan keluarganya kecewa kerana perjuangan PAS sekarang ini lari daripada perjuangan sebenar di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Syed Saddiq yang seringkali mendakwa mewakili golongan muda di negara berkata, mereka juga kecewa kerana PAS membuat kenyataan mahu menjadi Penasihat UMNO.

Katanya, Abdul Hadi tidak serius berhubung isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila gagal melihat kontroversi yang berlaku kepada anak syarikat milik kerajaan itu sebagai skandal rasuah.

“Ahli keluarga saya yang sebelum ini merupakan pro-PAS pun sudah bertekad tidak mengundi untuk PAS lagi.

“Kita sedang berhadapan dengan skandal terbesar negara yang telah mendatangkan impak negatif cukup besar pada maruah Malaysia. Saya sejujurnya amat kecewa dengan PAS terutama sekali dengan Tuan Guru Hadi Awang.

“Selama ini saya fikirkan PAS merupakan sebuah parti yang tidak akan sekali-kali mengorbankan integritinya sendiri. Tapi apabila kita mengharapkan semua pihak bersatu, PAS memutuskan untuk hanya berada di tepi,”katanya menerusi kenyataan Facebooknya.

Syed Saddiq yang terkenal kerana kritikan pedas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, PAS sebagai sebuah parti Islam seharusnya menantang ketidakadilan yang berlaku, bukannnya bertindak menyerang bukan Islam sebagai asas perjuangan.

“Isu 1MDB ini melibatkan korupsi, salah guna kuasa dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan isu yang bertentangan dengan prinsip Islam.Apa yang PAS sedang lakukan? Islam menentang ketidakadilan. 1MDB adalah satu ketidakadilan.

“Saya merayu pada PAS dan Presiden PAS, kembalilah pada PAS yang kami kenali dahulu. Berjuanglah menentang ketidakadilan ini, sebelum rakyat menentang ketidakadilan kamu,” katanya.
-fmt-

Insiden ditumbuk: Pengantin lelaki beri penjelasan

pengantin
Kuala Lumpur: Berkaitan kes pengantin lelaki ditumbuk yang jadi viral di media sosial dalam kejadian di Masjid Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur baru-baru ini, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak pengantin lelaki bagi menjelaskan isu sebenar yang berlaku.

Menerusi laporan polis yang dibuat oleh Nor Izzat Norazman di Balai Polis Pantai pada 26 Mac lalu menyatakan, insiden berlaku apabila abang saudara tunangnya yang tidak berpuas hati telah menumbuk mukanya.

“Sewaktu mahu beredar abang saudara tunang saya tidak puas hati dengan keadaan tersebut.

“Wang yang saya berikan kepada mereka untuk majlis tersebut sebanyak RM11,000.

“Abang saudara tunang saya buat bising dalam majlis tersebut, saya terus keluar dari masjid itu dan abang saudara dia (tunang) telah menumbuk muka saya.

“Tiba-tba datang lagi dua lelaki Melayu dipercayai saudara tunang saya dari arah belakang dan memukul saya,” katanya dalam laporan itu.

Nor Izzat turut mendakwa, rombongannya turut dipukul oleh keluarga pengantin perempuan ketika mereka cuba meleraikan pergaduhan.

Malah, kenderaan mereka dakwanya turut dirosakkan ekoran terdapat kesan kemek di beberapa bahagian.

“Rombongan saya juga dipukul semasa cuba meleraikan pergaduhan itu, kereta rombongan saya juga dipukul oleh mereka sehingga ada kesan kemek,” katanya.

Menurut Nor Izzat, dia membuat laporan polis untuk menuntut semula gantirugi bagi semua perbelanjaan majlis nikah yang mana kesemua itu adalah duit simpanannya sendiri

Kejadian yang berlaku di perkarangan Masjid Jamek Al Khadijah itu sebelum ini turut menyebabkan seorang wanita yang mengaku saudara kepada pengantin perempuan tampil memberi penjelasan menerusi kejadian yang berlaku.

Penjelasan tersebut bagaimanapun dipetik daripada imam yang sepatutnya menikahkan pasangan terbabit dengan mengatakan “pergaduhan terjadi kerana pihak lelaki yang memulakan dengan bercakap kurang sopan dan cabar pihak perempuan,” katanya. 
– Mynewshub

“Alang-Alang Semua Ada Kat Sini. Saya Ceraikan Awak Talak 3”

APA yang hendak dilakukan apabila cinta yang diharapkan berpanjangan hingga ke akhir hayat tidak kesampaian?

Minggu ini pelbagai kisah mengenai pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga akhirnya putus di tengah jalan berpunca daripada duit hantaran yang tidak mencukupi.

Paling sensasi tetulah seperti kejadian yang berlaku di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur gara-gara duit hantaran tidak mencukupi RM5 ribu.
Tahukah anda bahawa wang hantaran perkahwinan itu adalah hak lelaki untuk memberi berapa yang dia mampu sebagai hadiah dan bukannya hak perempuan atau keluarga perempuan untuk menetapkan berapa jumlah yang pihak lelaki perlu berikan.

Duit hantaran mahupun barang hantaran tersebut sebenarnya tidak wajib dalam sesebuah perkahwian.

Berbeza pula dengan mas kahwin atau mahar, ia adalah hak perempuan sepenuhnya dan sebaik-baik mahar ialah seperti yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW. Mas kahwin adalah wajib walau sebentuk cincin besi.

Menerusi satu perkongsian dimuat naik brader Boii Amani Hashim melalui satu posting di laman Facebooknya semalam berkisar bakal pengantin dicerai talak tiga gara-gara wang hantaran tidak cukup seperti yang dijanjikan.

Pemilik Facebook itu yang bekerja sebagai seorang jurukamera perkahwinan berkongsi kisah benar yang terjadi sepanjang dia bergelar cameraman.
b1
b2
b3
Posting yang ditulis ini telah menerima sebanyak 4,807 perkongsian oleh pengguna media sosial. Pelbagai komen dilontarkan oleh pelayar media sosial melalui posting ini, jom ikuti komen-komen tersebut.
c1
c2
c3
c4
Rasa-rasanya ini komen paling win antara komen yang ada di posting berkenaan.
c5
Kesimpulannya, kepada bakal-bakal pengantin diluar sana, terutama sekali pihak perempuan atau pengantin perempuan, usahlah cepat melatah atas perkara-perkara yang boleh dibawa berbincang atau berunding.

Jika tidak anda juga yang melepas…. bak kata pepatah biar putih tulang jangan putih mata. 
-MYNEWSHUB.CC

Dua remaja dikecam teruk kerana berpakaian seksi (Gambar)

Gadis-seksi
Singapura: Dua remaja perempuan di Singapura tiba-tiba menjadi popular di media sosial gara-gara berpakaian seksi dan menjolok mata ketika menaiki MRT, baru-baru ini.

Kedua-dua remaja yang tidak dikenali itu menjadi bahan kutukan netizen yang menganggap pakaian yang dipakai mereka berdua sangat tidak sesuai di khalayak umum.

Malah, ada netizen yang bertindak keterlaluan apabila membuat komen dua remaja itu layak dirogol kerana berpakaian seksi dan boleh menaikan hawa nafsu lelaki.

Menerusi gambar yang disebarkan, salah seorang remaja itu hanya memakai T-Shirt tidak berlengan dengan seluar pendek ketat seolah-olah mahu ke gymnasium manakala seorang lagi hanya memakai T-Shirt dan tidak seperti berseluar dalam.

Gambar dua remaja itu dipercayai diambil secara sengaja untuk diviralkan dan menarik perhatian’ The Malaysian Feminist” (TMF) yang kemudian memuatnaik di Facebook mereka pada 24 Mac lalu.

Selain gambar, Facebook pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut memaparkan komen komen-komen negatif yang rata-rata berpendapat ‘mereka layak dirogol kerana memilih cara berpakaian seperti itu’.

Namun, terdapat juga komen yang berpendapat kes rogol bukan kerana cara wanita berpakaian, jadi fokus perlu kepada perogol bukannya pakaian.

“Dia patut dirogol,” kata netizen menggunakan nama Sam Sam.

“Jika gadis itu dirogol, jangan salahkan perogol itu,” kata Diana Adrian.

“Ini salah satu tindakan bodoh, gadis itu tidak sepatutnya berpakaian sebegitu. Ini salah satu punca meningkatnya kes rogol,” komen Jeffery Jeff.

“Jika berpakaian seperti ini…jangan ditanya jika dicabul,” tulis Sunita Dayani.

“Jika ada lelaki yang mencabul/ rogol wanita berpakaian seperti ini, jangan salahkan perogol,” komen Dol Wangga. – FMT

Gempar: Guru bogel cuba rogol pelajar (Gambar)

CEN_PupilRape_02.jpg
China: Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Guangxi mengejutkan ramai apabila dia berbogel dan cuba merogol salah seorang pelajar di situ, dalam kejadian yang berlaku pada waktu persekolahan.

Guru terbabit dikenali sebagai Huo, 30, dan dilaporkan mengalami masalah mental.

Pelajar yang cuba dirogolnya itu berjaya diselamatkan oleh guru-guru lain di sekolah berkenaan dan mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut polis, Huo sebelum ini menerima rawatan sakit jiwa pada 2011 dan dua tahun selepas itu, dia disahkan sihat dan boleh kembali meneruskan tugas.

Bagaimanapun pihak sekolah meletakkan Huo untuk bertugas di dalam makmal sahaja dan dia tidak dibenarkan mengajar.

Sepanjang lima tahun ini,Huo berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik.

Susulan insiden berkenaan, pihak sekolah telah menghubungi polis dan keluarganya. Dia juga dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan.
-kualalumpurpost-

Dia Minta Duit Lagi ..

Mohamed Hanipa Maidin

1. Parlimen hari ini diminta untuk meluluskan bajet tambahan (supplementary budget) sebanyak RM 3, 313,622,794 (tiga bilion tiga ratus tiga belas juta enam ratus dua puluh dua ribu tujuh ratus sembilan puluh empat ringgit).

2. Harus difahami bila dikatakan bajet tambahan ia bermakna Kerajaan BN dah pun belanja RM 3, 313,622,794 tersebut dan kini BN minta supaya Parlimen luluskan duit yang dia belanja tu,

3. Semenjak saya ada di Parlimen ni boleh kata setiap kali lepas BN bentang belanjawan hampir setiap kali selepas bentang tu BN akan minta bajet tambahan.
Wallahu 'alam

Ahli Parlimen Sepang
28.03.2016

Azmin sanggah Hadi di Kongres Rakyat?


Azmin berucap di Kongres Rakyat
Apakah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sudah tidak bersama PAS lagi apabila menyifatkan pihak yang tidak mahu bersama gerakan menurunkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perosak harapan rakyat.

"Kita mahu Najib turun sekarang," kata Azmin ketika berucap di Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam, Ahad lepas yang secara langsung bertentangan dengan sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahukan Najib dipertahankan untuk dijatuhkan menerusi pilihan raya umum.

Menurut Azmin, petaka yang sedang dihadapi rakyat akibat salah urus pentadbiran Najib tidak mampu lagi untuk ditanggung rakyat.

"Saya, Parti Keadilan Rakyat, Tun Mahathir dan kita semua mungkin masih boleh menerima kalau Najib terus berkuasa sehingga berlaku pilihan raya, tapi rakyat tidak sanggup lagi menanggung," kata beliau diiringi tepukan gemuruh hadirin di majlis itu.

Perhimpunan kongres rakyat menurut beliau amat bersejarah kerana buat pertama kali pihak-pihak yang saling bertentangan dalam politik dapat duduk bersama.

"Saya sendiri tidak pernah terfikir detik bersejarah seperti ini akan berlaku," katanya.

Sebelum ini Abdul Hadi sering menegaskan bahawa PAS akan melaksanakan politik matang iaitu mahukan pemimpin dijatuhkan semasa pilihan raya.
-malaysiadateline-

Rahsia jika mahu ‘wang turun dari langit’

Faridz Ridzwan
moneyDalam dunia masa kini yang mengamalkan pasaran bebas antara sempadan meliputi banyak negara, ramai umat manusia yang berebut untuk menjana kekayaan.
Hasilnya, rekod daripada banyak maklumat menunjukkan ada kira-kira 1,800 billionaire di seluruh dunia dengan jumlah kekayaaan sebanyak AS$7 trilion sehingga tahun lalu

Senarai siapa manusia paling kaya di Malaysia, kemudian Asia Tenggara dan akhir sekali, paling kaya di muka bumi yang diterbitkan pelbagai media terutama Forbes sering di tunggu-tunggu.

Semua orang mahu tahu siapakah insan berkenaan dan apakah sumber kekayaan mereka. Ada yang berpunca daripada perniagaan, harta warisan dan ada juga hasil menang berjudi.

Penyelidikan mendapati, hampir 80% individu dalam senarai orang paling kaya di dunia adalah datangnya daripada hasil aktiviti keusahawanan.

Buku bertajuk The Self Made Billionaire Effect tulisan Mitch Cohen dan John Sviokla yang diterbitkan pada tahun 2014, pernah mengupas kejayaan mengenai orang kaya berstatus billionaire ini.

Dikatakan, hampir semua orang kaya berkenaan bukanlah genius atau mempunyai daya reka cipta sesuatu produk yang membuatkan mereka kaya, namun mereka didapati bijak menyesuaikan model perniagaan lama dengan kehendak pengguna masa kini.

Kebanyakan orang yang kaya ini mula meraih pendapatan berbilion dolar dalam umur lingkungan 30-an dan 40-an, hasil usaha memberi nafas baharu kepada model perniagaan sedia ada.

Contohnya, pengusaha perabot yang mengasaskan IKEA, Ingvar Kamprad yang memang diketahui mewujudkan suasana baharu untuk perniagaan perabot yang sudah ribuan tahun usianya.

Begitu juga dengan khidmat Uber dan Grabcar, sehingga membuatkan usahawan teksi yang terikat dengan model lama perniagaan teksi, mogok di hadapan Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.

Peluang untuk berniaga dan membuat duit lazimnya timbul apabila landskap sosio masyarakat dan ekonomi berubah dan daripada situlah idea keusahawanan boleh dilaksanakan.

Bagaimanapun, dalam usaha memastikan idea keusahawaan itu diterjemah supaya menjadi ‘wang turun dari langit’, usahawan terbabit perlulah sangat berdisiplin, banyak membaca, peka dan teliti, dan sangat fokus dengan apa yang disasarkan.

Pada masa sama, golongan orang kaya bilionaire ini sering berfikir perah otak, bersabar dengan evolusi pasaran dan sentiasa menguji idea keusahawanannya.
Bukan semua usahawan berkeupayaan melatih elemen yang disebutkan di atas itu ke dalam diri mereka dan inilah ujian terbesar sebenarnya.

Banyak juga yang kita dengar mengenai kes usahawan lupa diri apabila mereka ini hanya kaya sedikit sahaja dan mula bersikap boros.

Akibatnya, apabila berlaku perubahan landskap, misalnya kejatuhan harga komoditi, ada yang tidak mampu menyesuaikan diri dan akhirnya muflis.

Yang pasti, dunia perniagaan rentas sempadan masa kini sangat fleksibel dan sensitif kepada perubahan landskap masyarakat, menuntut orang yang mahu menceburi dunia perniagaan dan mahu kaya ini supaya ada kekuatan ‘boleh hidup walau campak di mana sahaja.’
-fmt-

Ini senarai perbelanjaan Najib yang diperinci ABC

Najib_AmBankAustralian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya yang dipetik Malaysiakini memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama “Mr X” yang dakwanya milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Wartawan Four Corners, ABC memperolehi rekod perbankan tersebut tetapi tidak mendedahkan sumbernya.

Perbelanjaan termasuk:
  • Barangan kemas – RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)
  • Kempen politik – RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk BN
  • Bayaran bagi media dan pengiklanan – jumlah tidak didedahkan
  • Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) – jumlah tidak didedahkan
  • Yayasan Rahah – RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)
  • Penginapan Hotel – RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
  • Beli-belah – RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading
  • Percutian – RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia
  • Kereta mewah – RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars
  • Ahli perniagaan, akademik dan peguam – jumlah tidak ditentukan

-ekeleh-

Khir Toyo keluar penjara dengan parol (Gambar)

Adam Abu Bakar and Tuan Nazurri 
khir-toyo
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diberikan parol, hari ini selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang selama enam bulan.

Menurut rakan baik Mohamad Khir, Roslan Dian yang memberitahu FMT, Mohamad Khir yang diberikan parol, akan menjalani baki hukuman di luar penjara dengan tinggal bersama keluarganya di rumah, di bawah pengawasan pegawai parol.


“Mohamad Khir telah menjalani hukuman penjara selama enam bulan, tetapi baki enam bulan tidak semestinya enam bulan. Kini dia (Mohamad Khir) akan menjalani baki tahanan di dalam rumah,” ujarnya.

Mohamad Khir disabitkan atas pertuduhan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.

Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu mengekalkan hukuman 12 bulan penjara sabitan.
-fmt-

Inilah Cara Mengenali Telur Yang Datang Dari Ayam Yang Sakit !!

Tranungkite
Apakah ada sesuatu yang lebih lazat daripada telur indah dimasak? Tidak peduli bagaimana mereka dimasak, apakah mereka goreng, rebus atau goreng-arik rebus, mereka benar-benar lazat. Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting bagi anda adalah untuk makan telur dari ayam yang sihat.

CARA MENGENALI AYAM SIHAT?

Jadi bagaimana kita boleh mengatakan sama ada ayam sihat atau tidak? Ayam yang sihat makan pelbagai jenis makanan setiap hari. Ini termasuk daging kerana itulah makanan mereka juga perlu. Mereka mungkin ingin makan bug yang berbeza, tikus dan bahkan ular.

Semua nutrisi baik dari makanan yang mereka makan dihantar ke telur mereka. Untuk mendapatkan nutrisi ini, ayam harus dibenarkan untuk bergerak bebas, keluar pada udara segar. Ayam yang terkunci dalam menetas kecil untuk seluruh hidup mereka tidak menerima vitamin dan mineral yang mereka benar-benar memerlukan dan telur mereka tidak berada pada tahap kualiti yang sama seperti telur ayam buras.

Bagaimana telur berkualiti baik kelihatan seperti? Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang boleh membantu anda membezakan telur yang baik dari yang buruk:

Shell ketumpatan dan kekerasan: Jika retak telur mudah daripada itu bukan telur yang berkualiti baik. Ayam yang mempunyai diet kaya dan kesihatan secara keseluruhan baik menghasilkan telur yang sangat kuat. Jika telur benar-benar sihat kulit ini harus sangat sukar untuk retak.

Warna kuning telur: Bagi kebanyakan orang itu cukup biasa untuk melihat telur dengan cahaya atau kuning kuning cerah. Namun, ini bukan warna kuning yang sempurna. Warna yang sesuai untuk kuning ayam oren yang mendalam. Lain kali anda makan telur memeriksa warna kuning untuk memastikan bahawa anda makan telur benar-benar baik dan sihat.

Ketebalan kuning telur: Kualiti pada telur boleh ditentukan oleh ketebalan kuning nya. Kuning telur yang sihat biasanya lebih tebal dan bulat.


Banyak penyelidik melaporkan bahawa pemakanan sihat pada ayam memainkan peranan besar dalam menghasilkan telur yang sihat. Sebuah laporan di Oxford Journal mengamati bahawa jumlah beta karotena dalam telur dapat ditingkatkan jika ayam mengambil lebih banyak beta karotena. Journal of Agricultural Food Chemistry menyatakan bahawa tahap asid lemak omega-3 dapat ditingkatkan dengan meningkatkan kadar DHA dalam makanan ayam ‘.

Cara Cari Telur Sihat
Sekarang ketika anda tahu bagaimana telur ayam yang sihat benar-benar kelihatan seperti, anda mungkin akan tertarik di tempat di mana anda boleh mencari mereka. Kerana ada pertumbuhan yang signifikan dari industri pertanian, anda mempunyai banyak pilihan untuk telur.

Jika anda mempunyai cukup ruang dan keinginan, anda boleh membeli ayam anda sendiri dan menjaga mereka di kebun anda. Di sana mereka akan mempunyai semua yang mereka perlukan untuk menghasilkan telur yang sihat paling lazat untuk anda dan keluarga tersayang anda.

Menghubungi sebuah ladang tempatan dan meminta cara mereka memelihara ayam mereka benar-benar bukan idea yang buruk. Jika ayam mereka bebas dan mempunyai akses kepada pelbagai jenis makanan, maka anda pasti boleh memberikan telur ini cuba.

Anda pasti perlu berusaha dan cuba telur dengan oren kuning. Kami boleh memberi jaminan bahawa usaha ini akan membayar segera selepas anda merasakan perbezaan!

Sumber: mydebat

Jadi hina kerana tak amalkan Islam: Pengantin ditumbuk gara-gara duit hantaran tak cukup (video)

kawin
Kuala Lumpur: Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya punah selepas dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid tersebut kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

Menurut sumber, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju untuk membayar jumlah hantaran RM15,000 ketika mereka datang merisik pada Januari lalu.

“Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak pe­rempuan meminta sejumlah RM15,000.

“Pengantin lelaki yang bersetuju de­ngan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Difahamkan, pengantin lelaki berusia 27 tahun itu hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

Pengawal keselamatan itu dikatakan sudah bercinta dengan kekasihnya yang berusia 21 tahun sejak tiga tahun lalu.

Menurut sumber itu lagi, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung, bagaimanapun pihak pe­ngantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi mangsa tidak membayar baki RM5,000.

“Tidak bersetuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluar­ganya memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” ujarnya.

Kata sumber itu, keadaan di pekara­ngan masjid kemudian bertukar kecoh apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.
-Kosmo-

Guru Tampil Dedah Cerita Sebenar Kes Murid Gunting Lidah

Tranungkite 
Hari Khamis itu, memang ada dua insiden. Insiden pertama memang berlaku pada waktu rehat, insiden kedua berlaku dekat dengan waktu nak balik.

Yang kes dia ini, berlaku pada waktu nak balik lebih kurang dalam jam 6 petang. Ustazah itu masuk dan selepas budak-budak bagi salam, baca doa pula. Macam biasa.

Selepas baca doa, ustazah itu ada tegur 2, 3 orang budak baca doa tak betul. Ustazah itu pergi dekat dengan budak yang baca doa tak betul itu untuk talaqqi'lah kononnya.

Tak semena-mena budak itu menangis dan ustazah itu pun berasa pelik, kenapa budak lain yang kena tegur, dia pula yang menangis. Masa itu, barulah nampak mulut budak itu berdarah sambil pegang gunting.

Dipendekkan cerita, memang tidak wujud pun pembuli itu dan tidak berlaku sama sekali kes buli itu. Masalahnya, pihak atasan tidak membenarkan kita membuat laporan polis. Selepas itu, polis pula seakan percaya dan masuk on their side.

Masalahnya, budak itu uztazah yang ajar dia dari bulan Januari pun dia tak boleh cam. Sekarang ini, pihak Forensik siap datang ke sekolah untuk periksa tandas.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) tak benarkan kita buat laporan polis. Itu yang membuatkan kita rasa geram.

Tetapi tadi PK petang, ustazah yang terlibat dalam kejadian dan guru kelas murid terbabit pergi juga buat laporan polis bagi pihak diri sendiri.

KPM kata nak tunggu pihak polis selesaikan siasatan dulu, baru akan ambil tindakan seterusnya. Sekarang ini, pihak Forensik pergi periksa sampai ke tandas konon-kononnya budak itu dibuli di tandas untuk cari bukti. Kasihan, menyusahkan orang betul. Disebabkan cerita yang direka-reka, banyak pihak yang terlibat. En Hud, pening kepala.

Yang ini, mak dia saja yang pandai reka cerita, dia dok provok anak dia. Budak ini kelas hujung, jadi faham-faham sajalah macam mana budaknya.

Sekarang ini, OCPD Klang sudah 'panas bontot'. Selepas cikgu-cikgu itu buat lapor polis tadi, baru mereka macam okay sikit dengan pihak sekolah.

Kami, cikgu-cikgu sesi petang memang bersatu hati. Tadi pun setengah hari di sekolah sebab nak bincang apa yang patut dibuat. Kalau perlu gunakan khidmat peguam, kami sanggup 'tong²' duit. - PIXEL MEDIA

Nota Kaki: Ini adalah penjelasan dari guru yang terlibat, yang tersebar di aplikasi WhatsApp. Sumber ini boleh dipercayai. Bukan rekaan semata-mata.

Sumber: pixelperfext