"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Pengkhianatan dalam Umno: Najib lebih baik berjaga-jaga

Ahmad Mustapha Hassan
Sejarah telah menunjukkan kejatuhan banyak kerajaan Melayu adalah disebabkan konflik dan pengkhianatan.Pengikut dengan mudah mengalihkan kesetiaan mereka dan mengkhianati pemimpin mereka atas apa sahaja sebab.
Melaka jatuh ke tangan Portugis kerana pihak yang dekat dengan raja berpakat dengan Portugis dan mengkhianatinya.

Ketika itu tiada kesatuan di kalangan bangsawan yang memerintah Melaka. Mereka yang inginkan kuasa tidak ragu untuk bersubahat dengan musuh. Justeru mudah untuk Portugis menjajah negeri itu.
Legenda Hang Tuah adalah satu lagi contoh klasik.

Hang Tuah perlu membunuh sahabatnya ekoran konspirasi dalam istana. Dia tidak memberitahu sahabatnya tentang hal itu, yang menyebabkan sahabatnya membalas dendam bagi pihaknya atas apa yang dirasakan sebagai kezaliman yang menimpa Hang Tuah.

Rupa-rupanya itu adalah muslihat diraja dan Hang Tuah akhirnya diperintah membunuh sahabatnya. Hang Tuah telah mengkhianati kepercayaan sahabatnya.

Ketika itu pengkhianatan adalah perkara biasa. Sama juga keadaannya dengan pahlawan Melayu yang cuba melawan penjajahan British.

Penentangan Melayu terhadap kuasa penjajah British gagal kerana pengkhianatan satu kumpulan yang pada asalnya bersama-sama menentang, namun mengubah pendirian untuk menyokong British.

Masyarakat Melayu ketika itu secara umumnya terbahagi kepada golongan diraja, bangsawan dan petani.

Pemberontakan terhadap British di Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Terangganu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-21 gagal akibat kurangnya kesatuan dan juga pengkhianatan.

Dalam semua pemberontakan ini, golongan diraja pada awalnya menyokong dan menggalakkan pejuang mementang British, namun akhirnya mengkhianati dan mengabaikan mereka demi mencapai kompromi dengan British.

Malah sejarah Umno juga tidak sunyi daripada pengkhianatan.

Tunku Abdul Rahman, presiden kepada Umno yang asli ditimpa nasib yang sama. Beliau digantikan melalui konspirasi yang dijalankan dengan pengkhianatan.

Ketika pemilihan parti pada 1987, konflik terbuka berlaku ketika Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Dr Mahathir Mohamad bagi kedudukan presiden.

Dilaporkan bahawa Tunku Razaleigh akan menang jika beliau tidak dikhianati penyokongnya sendiri yang mengubah kesetiaan dan berpihak kepada seterunya.
Pakatan Rakyat kini berhadapan takdir yang sama.

PAS mengkhianati ikrar yang dicapai tiga parti komponen dan telah menjejaskan peluang untuk mentadbir negara pada masa hadapan.

Justeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu sedar yang sokongan terbuka yang dinyatakan kepadanya barangkali bukanlah sesuatu yang benar.

Peribahasa Melayu ada mengatakan, “sokong yang membawa rebah”, yang bermakna penyokong sendirilah yang akan membawa kejatuhan seseorang.

Seperti yang dilaporkan media, timbalannya Muhyiddin Yassin tidak bersamanya.

Muhyiddin tidak berhadapan dengan Najib secara terbuka, sebaliknya memberitahu perasaannya berhubung 1MDB dalam satu perhimpunan ‘hulubalang’ Umno Baru.

Beliau boleh sahaja berjumpa dengan Najib dan menyatakan cara yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah 1MDB. Tetapi Muhyiddin memilih untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dalam perkumpulan Umno Baru di Janda Baik.

Itu yang terdedah ke pengetahuan ramai. Mungkin ada lagi peristiwa lain yang tidak didedahkan.

Orang Melayu lazimnya menunjukkan sokongan di hadapan, tetapi melakukan sebaliknya di belakang.

Najib tidak boleh duduk selesa dengan hanya bergantung kepada perlembagaan Umno Baru. Perlembagaan hanyalah sebagai pelindung, tetapi bukan jaminan yang beliau tidak akan disingkir.

Najib perlu melihat semua sokongan yang ditunjukkan dengan sikap “harap,harap, percaya tidak”.
-detikdaily-

Kata-kata Tokguru: Nik Amar sesuai jadi tukang ceramah?

Sesuatu yang menarik malam tadi ialah apabila Nik Omar menjelaskan penerimaan atau pandangan Tokguru terhadap tiga pimpinan Pas di Kelantan, Ahmad Yaakub, Mohd Amar Nik Abdullah dan Husam Musa.

"Tokguru pernah menyebut kepada ambo mengenai ketiga orang ini. Katanya Ustaz Mat (Ahmad Yaakub) dalam bab pentadbiran khususnya hubungan dengan istana, manakala Nik Amar pula dalam bab ceramah, kalau Nik Amar ceramah terkencing orang Umno, sementara Husam pula, dia bukan sahaja material untuk Kelantan tetapi untuk Pusat juga. Ambo ingat kata-kata Tokguru ini."

Memahami apa yang dimaksudkan oleh Tokguru menurut Nik Omar itu, Tokguru menerima ketiga-tiga orang ini sebagai pemimpin masa depan dan mereka ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Saya yakin dan percaya Nik Omar jujur menuturkan apa yang disebut oleh Allahyarham ayahandanya itu.

Selain itu menyentuh bab wasiat dan amanah, kata Nik Omar, beliau tidak menyebut amanah dan wasiat tertentu yang ditinggalkan Tokguru secara khusus tetapi menyimpulkan setiap percakapan, perbuatan dan perjuangan Tokguru itu adalah wasiat dan pesaka yang perlu diwarisi. Kalau kita semua menyayangi Tokguru dan menghormatinya, maka semua wasiat itu hendaklah dipatuhi, katanya.

Dua orang lagi panelis yang membicarakan mengenai bentuk kepimpinan dan sifat bapa mereka rasanya tidak perlu saya sentuh di sini kerana sebelum ini Mujahid dan Faiz pernah tampil dalam forum bersama dimana mungkin mereka juga sudah menyebut sepintas lalu akan stail, prinsip dan sifat kepimpinan ayah mereka.
http://msomelayu.blogspot.com/

Terkejut: Suamiku wanita

Maros (Indonesia): Seorang isteri terkejut dan membuat laporan polis selepas mendapati suaminya yang dikahwini selama dua tahun sebenarnya wanita.

Nurhayati, 24, membuat laporan polis kerana berasa tertipu selepas ‘suaminya’ yang dikenali sebagai Iwan, 39, sebenarnya perempuan.

Ketua jabatan jenayah polis Maros di Sulawesi Selatan, Yusrizal berkata, identiti ‘suami’ wanita itu terbongkar pada Rabu lalu selepas keluarga kedua-dua belah pihak bertemu.

Katanya, Iwan atau nama sebenarnya Juma pergi ke rumah Nurhayati di sini dengan membawa surat keterangan pernikahan.

“Juma memberitahu keluarga Nurhayati bahawa mereka sudah bernikah pada September 2013 dan perkara itu menyebabkan keluarga wanita itu berang.

“Pertengkaran yang tercetus menyebabkan Juma akhirnya mengaku dia sebenarnya wanita,” katanya.

Nurhayati yang terkejut dengan pengakuan ‘suaminya’ itu bertindak membuat laporan polis dan mendakwa Juma menipu serta memburukkan nama baik keluarganya.

“Juma turut membuat laporan polis mendakwa keluarga Nurhayati cuba menyerangnya.

“Kami menahan Juma untuk soal siasat dan pemeriksaan doktor mengesahkan suspek wanita,” katanya.

Nurhayati memberitahu dia tidak mengetahui ‘suaminya’ wanita kerana sepanjang tempoh perkahwinan mereka tidak pernah melakukan seks.
-hmetro-

Sikap tidak peduli kepada aspek kemanusiaan telah meresap ke dalam pasukan polis - Bekas Ketua Hakim

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim percaya selagi hayatnya, beliau tidak akan berpeluang melihat sebarang perubahan untuk menambahbaik perkhidmatan polis.

Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah berkata demikian apabila menyingkap saranannya berhubung penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), sedekad lalu.

Bekas anggota polis berpangkat Inspektor itu menggeleng kepalanya dan tunduk apabila nama beberapa tahanan polis yang meninggal dunia sejak dua tahun lalu dibacakan pada forum yang dianjurkan Majlis Peguam dan Persatuan Hak Asasi Kemanusiaan Nasional (Hakam) berkaitan kebertanggungjawab polis, pagi Sabtu.

Mohamed Dzaiddin berkata, sikap tidak peduli kepada aspek kemanusiaan telah meresap ke dalam pasukan itu, malahan seawal fasa latihan.

"Etos kerja dan suasana sekeliling juga memberi kesan dalam PDRM," katanya.

Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 2015 menunjukkan 242 tahanan meninggal dunia antara 2000 hingga Februari 2014.
-mstar-

Ayah ambil berat Pakatan lebih daripada anak sendiri, kata anak Nik Aziz

HASBULLAH AWANG CHIK
Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia Februari lalu, berkata ciri-ciri arwah ayahnya berjaya menarik sokongan pelbagai kaum terhadap PAS di Kelantan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 30 Mei, 2015.
Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia Februari lalu, berkata ciri-ciri arwah ayahnya berjaya menarik sokongan pelbagai kaum terhadap PAS di Kelantan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 30 Mei, 2015.
Anak kepada bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ayahnya lebih mengambil berat hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepentingan anak sendiri.

Menurut Nik Omar Nik Abdul Aziz, menjelang muktamar PAS, perwakilan tidak seharusnya memikirkan sama ada memilih golongan ulama atau profesional diangkat sebagai pimpinan, sebaliknya mereka yang dapat memberi sumbangan kepada parti.

“Ulama ada takrifan tersendiri. Maknanya bagi dia (Nik Aziz), pimpinan PAS semua ulama cuma mengikut tahap masing-masing.

“Ulama ini orang yang takut, maknanya dengan ilmunya, dia takut pada Allah. Pengajiannya dalam bidang sains atau sejarah, yang dia belajar menyebabkan dia kembali kepada Allah. Dia termasuk dalam ulama,” katanya dalam sebuah forum “PAS dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia” malam tadi, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Faiz Fadzil, anak kepada bekas presiden PAS, Datuk Fadzil Noor.
Ditanya ciri-ciri yang dimiliki bapanya sehingga dapat menarik sokongan pelbagai kaum di Kelantan, Nik Omar berkata terdapat tiga ciri utama yang dipegang bapanya.

Katanya, tiga ciri tersebut ialah warak, zuhud dan istiqamah yang ditonjolkan semasa mentadbir negeri Kelantan dan juga ketika bersama keluarga.

“Dia ada sifat atas sikit makamnya, iaitu zuhud. Zuhud biasa orang terjemah tak nak pada dunia. Saya perhati Tok Guru seolah-olah tak ada segelumit pun dia minat pada dunia tetapi dia duduk atas dunia.

“Dunia duduk di tangannya bukan pada hatinya. Dia urus dunia, bukan dunia yang urus kehidupannya.

“Apabila dia menang (menteri besar), antara benda yang dia buat untuk diri dia, dia potong gajinya 45% untuk khazanah negeri dan parti. Dia cakap pada saya, sampai akhir pun 'ayah tidak tahu gaji ayah berapa'. Dia nak guna duit, dia beritahu pegawai dia,” katanya mengenang kenangan bersama allahyarham.
Sementara Faiz (gambar, kiri) berkata, ulama atau profesional bukanlah menjadi kriteria utama pemilihan dalam muktamar kali ini, sebaliknya pimpinan beraliran pragmatik perlu diangkat mempelopori PAS untuk tempoh dua tahun akan datang.

Faiz yang juga merupakan peguam syarie berkata, ciri pemimpin berkenaan penting dalam memastikan PAS terus relevan dan bergerak maju ke depan.

“Untuk kita bergerak sebagai sebuah parti politik untuk perintah negara ini, kita perlu pilih pemimpin beraliran pragmatik, yang tajdid yang boleh berfikir ke depan bukan sekadar buka kitab dan baca apa yang ada dalam kitab.

“Kalau tuan-tuan sayang pada PAS, sayang pada agama Islam, wajib memilih pemimpin yang tajdid sama ada mereka yang berkelayakan agama atau profesional.

“Kalau pragmatik menang, kita akan tarbiah golongan ekstrim, reform model tarbiah, usrah dan bawa mereka kenal budaya Malaysia. Kita bukan tinggal di Mongolia, Arab Saudi, nak jadi ekstrem, kita bukan duduk di Syria. Kita tinggal di Malaysia. Kita anti keganasan,” katanya.

Faiz berkata PAS perlu terus bersama PR dan menunjukkan kepada DAP bahawa Islam sebuah agama yang universal dan boleh dikongsi untuk bersama-sama membentuk kerajaan.

Katanya, mereka yang berpandangan jumud dan sempit sahaja akan menganggap kerjasama di antara PAS dan DAP akan menggadai maruah Islam.

“Perlulah kita berdakwah kepada orang bukan Islam tetapi sekarang seolah-olah kita nak benci orang Cina, bila kita nak berdakwah dengan mereka?

“Kalau dilihat Buku Jingga, ia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. Kalau DAP tolak Islam, dia akan buang.

“Polisi bersama dalam PR memperjuangkan keadilan, membanteras penyelewengan, rasuah dan kita nak bentuk kerajaan yang mengamalkan urus tadbir yang baik. Ini (diajar) dalam Islam,” katanya.
Datuk Mujahid Yusof Rawa bersama Faiz Fadzil (kiri) dan Nik Omar Nik Abdul Aziz (kanan) di forum 'PAS dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia' di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 30 Mei, 2015.
Datuk Mujahid Yusof Rawa bersama Faiz Fadzil (kiri) dan Nik Omar Nik Abdul Aziz (kanan) di forum 'PAS dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia' di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 30 Mei, 2015.
Menurut Mujahid, PAS kini sudah terbawa-bawa budaya Umno yang bimbangkan masalah perpaduan Melayu.

Katanya, bagi memastikan parti Islam itu terus relevan maka keahlian perlu dibuka kepada bukan Islam dan bukan sekadar Dewan Himpunan Penyokong PAS.

“Sebab itu dalam PAS saya memikirkan visi pada masa depan, PAS perlu menjadi (parti) pelbagai kaum dan agama.

"Pemikiran ini bukan baharu. Saya akan meneruskan perjuangan itu. Saya kata bukan sekadar Dewan Himpunan, saya mahu bukan Islam jadi ahli PAS.

“Saya akan lawan siapa-siapa saja yang hijack PAS untuk kepentingan sempit. Saya akan lawan.

“Jangan bimbang dengan suara-suara ekstrem, Isis, Taliban, sebab suara ini akan berlalu. Yang akan memimpin PAS, insya Allah, suara yang melihat masa depan negara dan melihat satu sumbangan untuk meletakkan rahmat sekalian alam sebagai dasar utama yang diperjuangkan parti,” katanya. – 30 Mei, 2015.
-malaysianinsider-

Astaghfirullah !!

Aspan Alias
Pemimpin utama kita tidak mahu belajar untuk menjadi pemimpin yang baik seperti pemimpin-pemimpin banyak negara yang sudah maju. Disebaliknya Najib lebih cenderung untuk mengambil tauladan dan pelajaran dari pemimpin-pemimpin negara-negara yang tidak senonoh yang tidak mengambil tahu hal rakyat dan masa depan negara mereka.

Najib mendapati sangat susah untuk menjadi manusia pemimpin yang baik dan dihormati oleh rakyatnya dan masyarakat antarabangsa. Bagi Najib membuat baik itu sangat menyusahkan beliau.

Beliau sanggup untuk terus mentadbir negara walaupun beliau sendiri tahu yang beliau telah merosakkan negara dengan begitu teruk dan tidak sepadan sekali dengan nama Malaysia yang sebelum ini dianggap sebagai negara contoh dalam banyak hal dan bidang.

Najib amat susah untuk mengakui bahawa rakyat sekarang bukan boleh diperbodohkan lagi. Beliau masih tidak menyedari yang beliau sudah dipandang rendah bukan sahaja oleh masyarakat Malaysia sendiri tetapi oleh masyarakat antarabangsa sekali. Najib selalu sahaja hendak melakukan ‘equation’ kemampuan berfikir beliau dengan kemampuan rakyat berfikir.

Najib masih percaya yang tekanan untuk beliau berhenti itu sengaja diada-adakan oleh setengah pihak seolah-olah mereka yang menekan beliau untuk berhenti itu suka hendak melakukannya. Tidak ada siapa yang bergembira untuk melakukan tekanan terhadap sesiapa untuk berhenti, tetapi keadaan yang membuatkan banyak pihak mahukan Najib berhenti sahaja kerana beliau terlalu menyusahkan rakyat ramai.

Tidak juga ada yang mahu mendesak Ahli-Ahli Jemaah Kabinet untuk berundur tetapi keadaan yang mendesak yang menyebabkan ramai yang mahu Menteri-Menteri Kabinet berhenti kerana terlalu lemah dan gagal untuk melaksanakan tugas mereka sebagai Ahli-Ahli Kabinet negara.

Kabinet membiarkan apa sahaja yang dilakukan oleh Menteri Kewangan negara selama ini. Hanya sekarang sahaja yang ada suara dari kabinet untuk bersetuju yang Najib perlu menjawab persoalan yang diajukan oleh rakyat, sedangkan mereka jugalah yang bertanggungjawab kenapa Najib sebagai PM dan Menteri Kewangan bebas untuk melakukan kemungkaran terhadap ekonomi dan politik negara. Mereka mendiamkan diri sahaja melihat 1MDB diperlakukan sebagai syarikat ‘SPV’ oleh setengah pihak yang bertaraf kroni terhadap Najib untuk menyelongkar semua khazanah negara untuk diperaidkan sesama sendiri.

Apabila keadaan sudah menjadi tidak menentu lagi baru lah kedengaran pemimpin dalam Kabinet seperti Muhyiddin mengeluarkan perasaan tidak puas hati terhadap apa yang berlaku terhadap 1MDB. Itu pun bercakap disebalik tabir sahaja. Pandangan beliau itu tersebar hanya apabila ada orang yang tidak dijemput dalam perjumpaan tertutup itu menyiarkan ucapan beliau dalam media massa alternatif yang menjadi ‘viral’ itu. Dalam pada tidak bersetuju dengan apa yangb berlaku didalam 1MDB, sebulat suara pula Kabinet membenarkan untuk disediakan RM950 juta untuk ‘standby credit’ untuk 1MDB itu. Apa semuanya ini?

Sudahlah Najib tidak bertanggungjawab, Ahli-Ahli Jemaah Kabinet yang bergaya dan glamor semuanya itu lebih lagi tidak bertanggungjawab dan tidak mahu menerima ‘accountability’ terhadap jenayah 1MDB terhadap negara. Semuanya bercakap terhadap kepentingan agama, bangsa dan negara, tetapi kita lihat agamanya tiada, bangsanya kehilangan identiti dan negaranya menjadi kucar kacir.

Sekarang tidak ada siapa dikalangan Ahli-Ahli Jemaah Kabinet bersedia untuk meletakkan jawatan untuk menunjukan sikap bertanggungjawab dan menjaga maruah kepimpinan mereka dikhalayak ramai.

Hakikatnya semua Jemaah Kabinet wajar berhenti sahaja kerana mereka tidak faham fungsi jawatan yang mereka rebutkan selama ini. Orang nak jadi Menteri mereka pun nak jadi Menteri. Apabila sudah jadi Menteri mereka tidak pun memahami apakah fungsi mereka dalam Kabinet itu.

Sesungguhnya semua mereka ini adalah pemimpin-pemimpin yang ‘confused’ dan tidak mempunyai harga diri, baik sebagai orang berbangsa Melayu tetapi juga sebagai seorang yang mengaku sebagai penganut agama yang suci kita ini. Astagfirullah!!

Video: Cubaan bunuh diri di menara Masjid Jamek


Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga tempatan mengalami kecederaan parah setelah terjatuh dari menara masjid setinggi 70 kaki di perkarangan Masjid Kampung Baru di sini, hari ini. 

Dalam kejadian pada kira-kira 7 malam itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Abshah, 23, patah kedua-dua belah kaki dan tangan serta mengalami kesan lebam pada belakang kepalanya.

Bernama yang tiba di lokasi kejadian mendapati, lelaki terbabit ditemui dalam keadaan terlentang di bawah menara masjid dan masih mengerang kesakitan.

Jurucakap bomba dan penyelamat Titiwangsa berkata, berdasarkan saksi, mangsa dilihat memanjat pada bahagian menara untuk naik ke aras bumbung sebelum terjatuh./klpost


-------------------------------
PETALING JAYA: Percubaan seorang lelaki yang dikatakan untuk cuba membunuh diri dengan terjun daripada menara Masjid Kampung Baru tidak kesampaian.

Dalam kejadian sekitar jam 6.50 petang Jumaat, dia hanya mengalami patah kaki kanan selepas jatuh di atas bumbung bangunan di kawasan berdekatan.

Menurut laporan Harian Metro Online, lelaki terbabit di percayai mempunyai masalah mental, sebelum itu cuba dipujuk orang ramai yang berada berhampiran.

Bagaimanapun percubaan itu gagal.

Sejurus selepas diselamat, dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Bernama pula melaporkan mangsa yang hanya dikenali sebagai Abshah, 23, seorang warga tempatan patah kedua-dua belah kaki dan tangan serta mengalami kesan lebam pada belakang kepalanya.

Sebab sebenar wanita dibelasah, dibakar? (Gambar)


GAMBAR fail kejadian orang ramai membelasah dan membunuh wanita di Guatemala
BANDAR RAYA GUATEMALA: Seorang wanita 47 tahun dipukul hingga mati sebelum mayatnya dibakar oleh orang ramai yang marah kerana menuduh wanita itu mengamalkan ilmu hitam.

Wanita itu dikenali sebagai Catarina Gonzalez Perez, dibunuh Rabu lalu, di San Luis, wilayah Tacanas yang bersempadan dengan Mexico.
VID: Horrific Video Shows Woman Burnt Alive By Vigilante Mob
Penduduk yang menuduhnya menjadi ahli sihir, memukulnya beramai-ramai sebelum membakar wanita itu.

Pembunuhan oleh orang ramai menjadi perkara biasa di sebahagian perkampungan di Guatemala kerana penduduknya tidak yakin dengan sistem perundangan negara itu.

Pada 2013, 52 orang dibunuh oleh orang ramai berbanding 23 kes pada 2012. - AFP
-hmetro-

Seorang guru didapati bersalah merogol dan mencabul 26 murid perempuan

china-executed
BEIJING: Seorang bekas guru sekolah rendah di China menjalani hukuman mati kerana mencabul dan merogol 26 murid dengan paling muda berusia empat tahun.

Mahkamah Tengah Rakyat di wilayah Gansu menyatakan hukuman terhadap Li Jishun itu dilaksanakan hari ini. Li mengaku melakukan jenayah itu dalam kelas, bilik tidur asrama dan hutan di sekitar sekolah antara 2011 hingga 2012.

Mahkamah Agung China menyatakan semua mangsa Li ialah murid perempuan berusia bawah 12 tahun yang dihantar ke sekolah berasrama itu.

Dia sepatutnya mendidik dan melindungi mereka namun mengambil kesempatan kedudukannya sebagai guru untuk merogol dan mencabul kanak-kanak," kata kenyataan mahkamah itu.

Sebahagian besar mangsanya ialah murid yang dihantar ke sekolah itu oleh ibu bapa mereka yang bekerja di bandar.

Pelaksanaan hukuman mati di China biasanya ditembak. - AP
-hmetro-

Ahmad Awang ada kredibiliti satukan ahli Pas

Ahmad AwangSHAH ALAM: Calon Presiden Pas, Ahmad Awang disifatkan mempunyai kredibiliti untuk menyatupadukan kembali perpecahan dalaman Pas dan PR namun kemampuannya untuk melaksanakan perkara tersebut tidak dapat dijangka lagi.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, pengalaman Ahmad kira-kira 17 tahun dalam Persatuan Ulama Malaysia menjadi antara bekalan buat bekas Naib Presiden Pas itu.

“Ahmad Awang ini mempunyai kredibiliti atau ada nama dalam ulama. Dia dulu merupakan pemimpin Persatuan Ulama Malaysia selama 17 tahun. Jadi, dari situ mungkin dia ada kapasiti atau pengaruh untuk menyatukan ketiga-tiga golongan dalam Pas (ulama, profesional dan aktivis) sebab dia dikatakan keluar daripada kelompok yang pro ulama walaupun dia ulama.

“Jadi, mungkin atas dasar itu, dia melihat sebagai orang luar yang boleh menyatupadukan ketiga-tiga golongan itu. Jika melihat kepada pengalamannya dalam Pas sebagai Naib Presiden dan Persatuan Ulama Malaysia ini, mungkin dia ada peranan yang boleh dimainkan di situ,” katanya kepada Sinar Online.

Namun katanya, sejauh mana Ahmad mampu menyatukan kelompok dalam Pas itu akan menjadi satu cabaran yang besar.

“Tetapi sejauh mana dia boleh menyatukan ketiga-tiga kelompok dalam Pas ini, adalah satu cabaran yang besar buat dia. Sebab apabila berlaku pemilihan parti, akan berlaku keretakan, pergeseran dan perpecahan.

“Jadi, sejauh mana dia ada kekuatan dan pengaruh untuk menyatukan kembali Pas selepas bulan depan ini adalah cabaran untuk beliau,” katanya.

Sementara itu penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpandangan kenyataan Ahmad yang akan memperkukuhkan parti serta menyatupadukan ahli yang pelbagai latar belakang sekiranya menang jawatan Presiden itu sekadar untuk memenangi hati perwakilan yang tidak sekapal dengan Abdul Hadi.

“Mungkin tujuan beliau menyatakan sedemikian rupa untuk memenangi (hati) kumpulan yang tidak bersetuju dengan Tuan Guru Hadi. Tapi sejauh manakah beliau mempunyai sokongan dalam parti yang membolehkan beliau menang? Itu yang menjadi persoalan.

“Kerana saya rasa, beliau hadir sebagai calon yang mahu menunjukkan rasa tidak puas hati dalam kalangan yang tidak bersetuju dengan Hadi,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad dilaporkan berkata penyatuan itu perlu kerana ia merupakan satu tanggungjawab seorang presiden parti.

Pemilihan Pas akan berlangsung minggu depan di Muktamar Pas ke-61 yang bertempat di Kuala Selangor.
-sinarharian-

Padah suntik minyak masak di dada untuk membentuk payudara

CEN_OilInjection_01.jpg
Mexico: Seorang lelaki meninggal dunia selepas menyuntik dadanya dengan minyak masak untuk membentuk payudara bagi persiapan menyertai pertandingan ratu cantik.

Lelaki itu, Juan Manuel Sanchez, yang menggunakan nama pentas ‘Bebo’, terdesak untuk menyertai pertandingan itu di Hunucma, Mexico, telah menyuntik bahan berkenaan atas nasihat rakannya.

Namun sebaik sahaja menyuntiknya, Juan sakit. Rakan-rakannya yang panik kemudiannya memberikan ubat Diazepam dapat mengurangkan kesakitannya.

Juan bagaimanapun tidak sedarkan diri sementara rakan-rakannya yang menyangka dia tidur telah meninggalkannya sendirian di rumah.

Hanya keesokan harinya barulah mereka menghubungi ambulans apabila keadaannya semakin teruk.
Juan meninggal dunia lapan hari selepas dimasukkan ke hospital.

Menurut doktor, badannya menolak minyak masak itu dan bahan tersebut merebak ke paru-paru serta otak.

Polis kini sedang menyiasat kejadian berkenaan./klpost

Husam Jalani Rawatan Penyakit Bell's Palsy

PETALING JAYA: Pemimpin politik PAS, Datuk Husam Musa yang bertanding untuk jawatan naib presiden menjalani rawatan Bell's palsy pada bulan lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Kelantan itu memilih rawatan tradisional akupunktur dan kini sedang dirawat di sebuah klinik swasta di Puchong yang terkenal dengan rawatan perubatan tradisional Cina.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Baru, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah yang melawat Husam beberapa minggu lalu memberitahu bahawa beliau kini dalam proses pemulihan serta boleh berjalan dan bercakap.

"Doktor menegaskan dia perlu berehat dan tidur sebanyak yang mungkin," kata Wan Rahim.

Husam tidak dapat bergerak sejak kempen pemilihan PAS bermula tetapi Wan Rahim berkata Husam harus segera baik untuk menghadiri muktamar PAS di Kuala Selangor dari 4 hingga 6 Jun ini.

Bell'’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

Ia menyebabkan kelemahan atau lumpuh di sebelah muka dan boleh menyebabkan bahagian muka untuk terasa berat di sekitar mata dan mulut.

Wan Rahim berkata Husam telah dirawat di klinik akupunktur selama hampir sebulan.

Husam mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan PAS minggu depan.
-mstar-

PANAS!!! Polis berpangkat Sarjan Mejar didakwa buka zip, cuba tunjuk kemaluan

Penduduk Kampung Gatco, Negeri Sembilan menuduh seorang anggota polis tempatan membuat gangguan seksual kepada beberapa orang wanita.

Dakwaan terhadap Sarjan Mejar Abu Bakar Ibrahim daripada balai polis Air Hitam itu kini dikongsi meluas di Facebook.

Berdasarkan laporan polis penduduk kampung yang diperoleh Malaysiakini, penduduk ditahan polis ketika mahu menyelidik kes kecurian di ladang getah kampung itu petang semalam.

Ladang itu kini dalam pertikaian selepas ia dibeli oleh syarikat swasta yang mahu penduduknya beredar.

“Secara tiba-tiba Sarjan Mejar Abu Bakar dari balai polis Air Hitam menahan kami lalu menghina kami dengan kata-kata lucah.

“Lalu beliau memberitahu kami bahawa beliau sudah lama tidak tidur dengan isterinya, Sarja Mejar Abu Bakar juga mengajak beberapa orang perempuan yang berada di tempat kejadian untuk tidur dengan beliau.

“Beliau juga membuka zip seluarnya dan cuma menunjukkan kemaluannya kepada kami,” menurut laporan polis itu.

Ketika dihubungi, Abu Bakar menafikan dakwaan itu.

Beliau juga mendakwa cuba diprovokasi dan ditampar oleh seorang wanita.

“Dia tampar saya tapi saya pun tak ambil berat sangatlah.

“Jadi apa itu.... Benda itu semua tak berlaku, tak buat. Takkan saya nak buat kerja tak elok.

"Dia dah banyak kali provoke saya tapi semua benda tu tak benar,” jelasnya.

Ketua Polis Negeri Sembilan Jaafar Mohd Yusof juga menafikan perkara itu berlaku.

“Semua itu tidak betul,” katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada pihaknya akan menyiasat dakwaan itu, Jaafar berkata mereka akan melakukannya jika anggota pasukan keselamatan yang dipersoal itu benar-benar terlibat kes salah laku.
-malaysiakini-

Tun M minta siasat menteri yang hidup mewah

Adam Abu Bakar
Beliau mengingatkan bahawa Malaysia sudahpun disenaraikan sebagai antara 10 negara yang jenayah rasuah begitu berleluasa.
PETALING JAYA:Tun Dr Mahathir Mohamad kesal apabila wujud pilih kasih secara terang-terangan dalam siasatan jenayah di negara ini.

Mantan Perdana Menteri berkata, perbuatan itu bercanggah dengan undang-undang Malaysia yang kononnya diguna pakai untuk semua orang tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat serta-merta pegawai-pegawai kerajaan yang hidup mewah berbanding pendapatan amat dikesali kerana perkara sama tidak dilakukan terhadap menteri di negara ini.

“Siasatan tidak dibuat apabila menteri atau individu diketahui hidup terlalu mewah sebaliknya orang yang membuat laporan polis berkenaan pula akan disiasat,” tulisnya diblog www.chedet.cc.
Dr Mahathir mengingatkan bahawa Malaysia sudahpun disenaraikan sebagai antara 10 negara yang jenayah rasuah begitu berleluasa.

Beliau berkata, tindakan LHDN yang enggan menyiasat kehidupan mewah menteri dan individu tertentu sama seperti jabatan kerajaan yang enggan mengambil tindakan terhadap laporan polis berkenaan kehilangan wang 1MDB.

“Sebaliknya orang yang membuat laporan polis telah dimufliskan, rumahnya dirampas dan siasatan dibuat keatasnya kononnya dia terlibat dengan membiayai gerakan keganasan dan pengubahan wang haram,” tegasnya.

Dr Mahathir mengakui kliniknya pernah diserbu dan digeledah LHDN suatu mada dahulu dan diarah membayar cukai tambahan selepas semua penjelasan yang diberikan tidak diterima.
-fmt-

Rohingya Kongsi Kisah Ngeri Ketika Diseludup, Mereka kena rogol, pukul sampai mati

Mereka kena rogol, pukul sampai mati dalam kem"Dalam fikiran saya hanya ada satu sahaja - mati. Saya hanya mahu mati kerana mati lebih senang daripada hidup," menurut seorang pendatang Rohingya yang berjaya melarikan diri dari kem transit di Wang Kelian.
Bercakap secara eksklusif kepada Bernama hari ini, Nurul Amin Nobi Hussein (lelaki), 25, berkata, sepanjang dua bulan penahanannya di kem transit di Wang Kelian itu, beliau hilang segala harapan untuk hidup dan hanya memikirkan tentang kematian.

"Sepanjang dua bulan di dalam kem transit itu tahun lepas, saya dikurung seperti kambing dan ayam dalam kandang dan setiap masa dikelilingi oleh kematian. Setiap hari lima hingga enam orang daripada kami menemui ajal sama ada disebabkan penyakit atau dipukul dan ditembak," katanya.

Menurutnya, pendatang Rohingya bersesak-sesak di dalam apa yang disifatkan sebagai 'reban' kecil yang menempatkan sehingga 200 hingga 300 orang, dengan lelaki dan wanita diasingkan reban mereka.

Antara lima hingga enam pengawal yang berbahasa Thailand, katanya, berkawal 24 jam sehari mengawasi kira-kira 1,500 tahanan dengan bersenjatakan batang kayu, pisau, pistol dan senapang.

"Tahanan tidak dibenarkan bercakap. Sesiapa yang bercakap akan dipukul. Pengawal sering melaungkan "sleep, sleep, sleep," mengarahkan kami semua supaya tidur dan tidak bercakap antara satu sama lain," katanya.

Nurul Amin berkata, 'reban' itu dipagar oleh batang-batang kayu dan didirikan di atas tanah lembut dan apabila hujan ia akan menjadi lumpur, di mana tahanan hanya diberikan lampiran plastik untuk membolehkan mereka duduk.

“Tahanan akan berdiri dan duduk di dalam lumpur air sekiranya kem transit dilanda hujan lebat, menyebabkan ramai dalam kalangan tahanan dijangkiti penyakit sehingga membawa maut.

"Ramai dalam kalangan tahanan Rohingya mengalami bengkak kaki akibat terlalu lama duduk dalam lumpur, menyebabkan mereka tidak boleh bergerak dan makan, dan seterusnya menemui ajal," katanya yang berasal dari Maungdaw, Myanmar.

Nurul Amin berkata, mereka hanya diberikan sedikit makanan iaitu nasi berlaukkan ikan bilis dan ubi untuk menahan kelaparan, menyebabkan ramai juga dalam kalangan mereka yang mati akibat kelaparan.

Menyifatkan apa yang berlaku di kem transit itu sebagai 'neraka dunia', dia berkata, terlalu banyak peristiwa ngeri dan menyedihkan yang tidak dapat dilupakannya selagi beliau hidup.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakannya adalah bagaimana pengawal-pengawal itu tanpa sebarang belas kasihan memukul sehingga mati kanak-kanak berusia 12 tahun hanya kerana keluarganya di Myanmar tidak mempunyai duit untuk membayar duit pembebasannya.

"Ada juga bayi yang baru berusia beberapa bulan mati kelaparan selepas ibunya yang sakit serta kelaparan gagal menghasilkan susu badan untuk anaknya.

Tidak lama selepas anaknya mati, wanita itu juga menemui ajal," katanya sedih.

Selain itu, kata Nurul Amin, pengawal-pengawal terbabit turut merogol beberapa wanita itu.

"Kami boleh mendengar teriakan ketika wanita-wanita itu dirogol secara beramai-ramai oleh pengawal berkenaan. Apa yang lebih malang, ada antara wanita itu yang telah mengandung hasil perbuatan itu," katanya.

Pengawal-pengawal tersebut disifatkannya lebih teruk daripada 'haiwan'. Dia mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri kerana selepas dua bulan di kem transit itu merasakan kematian semakin menghampirinya disebabkan keadaan sekeliling serta tidak mempunyai sebarang duit untuk membayar sindiket.

Menurut Nurul Amin, anggota sindiket meminta bayaran daripadanya sebagai syarat untuk melepaskannya ke Malaysia dan jika gagal menjelaskannya, berdepan dengan penahanan lebih lama di kem transit itu dan akhirnya kematian.

"Saya tidak boleh membayar mereka kerana tiada lagi duit selepas menjual segala harta dan tanah untuk ke Malaysia. Mereka akan pukul saya sampai mati jika saya tidak membayar mereka," katanya.

Berdepan dengan kemungkinan ditahan lebih lama dan dipukul sehingga mati oleh anggota sindiket, beliau bersama-sama lima yang lain nekad melarikan diri pada jam 1 pagi selepas mendapati pengawal kem transit itu tertidur.

Beliau terpaksa merangkak ratusan meter dalam keadaan gelap-gelita, sebelum berlari ke dalam hutan, tanpa mengetahui arah tujuan.

"Dalam apa juga keadaan sekalipun, jika saya gagal melarikan diri mereka (anggota sindiket) akan tembak mati saya atau jika terus tinggal dalam tahanan, saya akan dipukul hingga mati kerana tiada duit.

"Mati adalah lebih baik daripada hidup," kata Nurul Amin yang membayar RM6,500 untuk menaiki bot selama 22 hari dari Maungdaw ke sempadan Myanmar dan Thailand.

Setibanya di bandar sempadan itu, menurut Nurul Amin, pendatang Rohingya itu akan dibawa menaiki trak-trak pikap menuju ke selatan Thailand dalam perjalanan yang mengambil masa antara 10 hingga 11 jam.

Sementara itu seorang lagi pendatang Rohingya, Mohamad Osman Nurul Amin, 22, pula menceritakan pengalamannya ditahan di sebuah lagi kem transit di kawasan hutan di Padang Besar, Thailand, tahun lepas.

"Ia adalah neraka. Setiap hari soal kematian sentiasa bermain dalam kepala saya. Pada ketika itu, kematian adalah jalan terbaik untuk menamatkan segala penderitaan," katanya.

Sama seperti Nurul Amin, beliau turut menjadi saksi pembunuhan dan kematian dalam kalangan tahanan Rohingya di tangan pengawal-pengawal kem yang kejam dengan memukul atau menembak mati menggunakan senjata api.

Bagaimanapun nasibnya lebih baik berbanding Nurul Amin kerana keluarganya berkemampuan untuk membayar sejumlah duit kepada sindiket yang bertindak membebaskannya selepas hanya sebulan ditahan di kem transit itu.

"Sehingga kini, saya masih tidak dapat menerima kenyataan bagaimana seorang manusia boleh berlaku begitu kejam kepada manusia yang lain," kata Mohamad Osman.
-bernama-

PETALING JAYA: Yasmine berusia tiga belas tahun tidak pernah keluar dari kampungnya di bandar Maungdaw di Arakan tetapi satu hari itu, hidupnya berubah apabila dia dipaksa menaiki bot untuk ke Malaysia.

Dua belas lelaki mengheret Yasmine yang merupakan seorang Rohingya dan dia terpaksa ke Malaysia berikutan abangnya berada di negara itu.

"Mereka mengheret saya ke bot itu, mereka memeggang kayu dan mengugut untuk memukul saya .
"Saya menjerit dan menangis dengan kuat. Ibu bapa saya juga menangis tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

"Saya pergi ke bot dengan tiga lelaki. Apabila saya sampai ke bot besar ... saya tidak dapat menjelaskan perasaan saya yang begitu takut,"kata Yasmine yang menceritakan pengalamannya kepada Pemerhati Hak Asasi Manusia.

Beberapa mangsa terselamat menceritakan detik cemas mereka ketika bertahan selama dua bulan di lautan tanpa air dan makanan.

Bot-bot yang mereka naiki ditinggalkan di lokasi yang tidak diberitahu sepanjang pantai Thailand.

Yasmine berkata bot 15 meter panjang empat tingkat dengan bilik yang berasingan manakala lelaki duduk di bahagian atas dek.

Dia ditempatkan di dalam sebuah bilik kecil dengan 16 orang dan pintu sentiasa dikunci.

"Para penyeludup meletakkan makanan dan air melalui lubang kecil, kita tidak pernah melihat mereka. Kami hanya dibenarkan pergi ke tandas sekali sehari.

"Terdapat ramai orang di atas bot, tetapi saya tidak pernah tahu siapa penyeludup tersebut," katanya.

Seorang lagi mangsa yang masih hidup, Arefa, 16, juga dari Maungdaw berkata keluarganya berhadapan masalah dengan kerajaan.

Abangnya merupakan seorang guru yang memaksa dia melarikan diri ke Malaysia. Tentera Burma telah menangkap dan memukul bapanya.

"Selepas bapa saya dilepaskan, keluarga saya diberi amaran akan dibunuh jika terus tinggal di situ. Kerajaan mengambil rumah kami dan memberikannya kepada Rakhine Buddha dari Bangladesh.

"Sekumpulan enam lelaki, mereka Rakhine Buddha dari Bangladesh, mereka mempunyai pisau dan senjata api.

"Mereka memaksa saya untuk naik ke atas bot, mereka memberitahu bahawa saya perlu meninggalkan Myanmar," kata Arefa.

Arefa berkata, dia berada di atas bot selama dua bulan.

"Saya tinggal di bot sama seperti orang mati. Saya tidak tahu apa yang saya akan lakukan di Malaysia, saya tidak mempunyai wang. Saya keluar dari Myanmar, tetapi saya tahu saya tidak boleh kembali, "katanya.

Sameera, 16, sedang dalam perjalanan ke rumah bapa mertuanya bersama suami. Dia kemudia didatangi beberapa orang lelaki dan menangkap mereka.

Dia dibawa ke sebuah bot besar dan tidak memahami bahasa yang digunakan penyeludup.

"Ketika dalam pelayaran suami saya datang kepada saya dengan kepalanya berdarah kerana dipukul penyeludup.

"Selepas itu saya tidak bertemunya lagi, selepas tentera Thai menghantar kami ditempat berbeza," katanya.
-mstar-

6 petua untuk Najib kekal kuasa - A Kadir Jasin

Walaupun pelbagai asakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah mengisytiharkan akan berkhidmat setelah tamat tempoh.

Bagaimanapun, persoalannya dapatkan beliau bertahan hingga ke akhir?
Tokoh wartawan Datuk Kadir Jasin ada resipinya, seperti berikut:
  • Rombakan kabinet harus dilakukan dengan mengetepikan “unsur tidak mesra” seperti timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.
  • Lantik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri dan meletakkan Kementerian Kewangan bawah sepupunya Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kini mengawal Kementerian Pertahanan. Zahid juga boleh diberi portfolio kementerian Hishammuddin sekarang.
  • Ambil alih Kementerian Dalam Negeri supaya darurat boleh diisytihar dengan lebih mudah jika berlaku undi tidak percaya di Parlimen.
  • Upah penulis surat layang “berwibawa: untuk memburuk-burukkan Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang kata pengantarnya. Ini, kata Kadir, boleh ditukar dengan ganjaran beberapa hari keluar penjara.
  • Gantikan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dengan peguam Umno Datuk Mohd Hafarizan Harun.
  • Hilangkan beban hutang 1MDB dengan meminta ahli perniagaan Jho Low menguruskan penjualan syarikat pelaburan negara itu kepada sahabat-sahabat Arabnya.

Menulis dalam blognya hari ini, Kadir berkata Najib mesti bertindak sekarang susulan pendedahan bahawa simpanan 1MDB di Singapura bukan dalam bentuk tunai seperti dijelaskan awal dalam jawapan bertulis parlimen.
Katanya, pindaan jawapan itu, kepada simpanan dalam bentuk “unit” boleh menyebabkan prosiding ala pemakzulan (penyingkiran) terhadapnya dibuat.

“Ingat pemakzulan terhadap presiden Indonesia Abdurrahman Wahid pada 2001? Tetapi bawah undang-undang kita, tiada peruntukan pemakzulan oleh Parlimen.

“Dewan bagaimanapun boleh meluluskan usul tidak percaya,” katanya.
-malaysiakini-

Video Viva pandu laju lawan arus

Video Viva pandu laju lawan arus
Video Viva pandu laju lawan arus Sedutan video kereta jenis Perodua Viva dipandu laju melawan arus.
SATU klip video yang merakam tindakan sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu laju dan melawan arus telah dimuatnaik ke laman sosial semalam.

Tinjauan Sinar Online di laman sosial mendapati klip tersebut mendapat perhatian lebih 100,000 pelayar yang rata-rata terkejut dengan 'tindakan gila' tersebut.

Difahamkan, kejadian dirakam di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) manakala waktu kejadian tidak dapat dipastikan.

Pelayar laman sosial rata-rata mengecam perbuatan tersebut dan menyifatkan tindakan tersebut boleh mengundang padah kepada orang di sekeliling.

"Kalau rasa tak sayang nyawa, lantak dia la. Tapi fikirkan la nyawa orang lain," kata Shah.

"Mungkin korang rasa ni lawak, tapi pada aku ini amat serius.. Kalau dapat nombor plat dia, buat report polis.. Kalau ada penunggang motor dah mati baru nak serius?" kata Apit.

Punca kenderaan tersebut dipandu sedemikian tidak dapat dipastikan.
-sinarharian-

Isteri curang penggal suami

GUTIERREZ (kiri) dan isterinya, Maria.
Las Vegas: Seorang wanita mengaku membunuh suaminya sendiri selepas rahsianya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain diketahui mangsa.

Maria Hernandez, 32, dan adik lelakinya Hector Gutierrez, 22, ditahan dan dituduh membunuh suaminya, Enrique Hernandez.

Mayat Hernandez dijumpai di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan kepalanya hampir putus.

Maria dipercayai merancang pembunuhan itu sebulan lalu dengan bantuan Gutierrez yang menyerang mangsa menggunakan kapak.

Wanita itu pada mulanya menghubungi polis berhampiran persimpangan Buffalo Drive pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan) dan memberitahu ada lelaki menyerang suaminya.

Selepas disoal siasat Maria akhirnya mengaku dia bersubahat dengan Gutierrez untuk membunuh suaminya itu.

Maria menyembunyikan kapak di tempat duduk belakang kereta yang dipandunya dan menyuruh Gutierrez menggunakan senjata itu untuk menyerang mangsa. - Agensi
-hmetro-

Biksu Ashin Wirathu ‘Ngaku’ Muak dengan Alquran

Tranungkite
YANGON, BIJAKS: Biksu Myanmar Ashin Wirathu mengaku tidak senang dengan kitab suci etnis Rohingya yang beragama Islam.

Dalam wawancara dengan Los Angeles Times, yang diterbitkan Minggu (24/5), Ashin Wirathu mengatakan, ia telah membaca isi Alquran.

“Terus terang, saya tidak menemukan sesuatu yang saya suka,” kata Wirathu.

Bahkan, Ashin Wirathu berkeyakinan bahwa kaum muslim punya sebuah master plan untuk mengubah Myanmar, negeri mayoritas pemeluk Buddha menjadi penganut Islam.