"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pas nak 10, tolak 1, tinggal 0

SITI NUR ZAWANI MISCON
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad menyindir pimpinan Pas susulan tidak diberikan sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Menerusi ciapannya di laman Twitter, Khalid secara berseloroh berkata, beliau tidak hairan dengan perkembangan di mana Pas tidak memperoleh sebarang kerusi walaupun membuat pemintaan 10 kerusi sebelum ini.

“Pas minta ’10’. Digugurkan hanya ‘1’, tak banyak pun, tinggallah ‘0’. Tak jauh lari pun. Dan tak hairan pun,” ciapnya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan meluahkan hasrat mahu bertanding di 10 kerusi DUN Sabah.

Bagaimanapun pengumuman calon yang dibuat semalam memperlihatkan Pas seolah dipinggirkan apabila tiada satu kerusi pun yang akan ditandingi parti itu

Perikatan Nasional (PN) pula mengumumkan kerusi yang akan ditandingi komponen parti mereka dengan BN sebanyak 31 kerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 19, diikuti lapan oleh Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan dua Parti Maju Sabah (SAPP).

PBS, satu-satunya parti yang hanya menjadi penyokong PN pula bertanding di 15 kerusi.

Pas juga sebelum ini dianggap sebagai ditimpa malang apabila sama sekali tidak dijemput oleh PN atau BN dalam majlis pengumuman calon kedua-dua gabungan tersebut.

Dalam pada itu, Khalid berkata, perkara sebaliknya berlaku terhadap AMANAH yang hanya diberikan satu kerusi tunggal pada PRN tersebut.

“AMANAH pula diberi satu (kerusi) untuk dijadikan anak sulungnya.

“Semoga Pas redha dengan peranannya dalam Perikatan Nasional (PN) dan AMANAH terus maju di negeri bawah bayu,” katanya.

Sementara itu, penulis Ipoh mali berkata Pas boleh mendapatkan dua hingga tiga kerusi di Sabah hanya sekiranya pilihanraya negeri di adakan dua bulan lepas.

Namun katanya, Pas disingkirkan ekoran kenyataan lancang Ulamanya yang mendakwa kitab injil telah ‘dipesongkan ataupun diubah’ selepas ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham berkata ada agama yang membenarkan penganutnya meminum arak, namun tidak sampai memabukkan.

Menurut penulis itu lagi, bukan hanya parti Sabah, bahkan MCA yang memperoleh empat kerusi di Sabah juga mahukan Pas disingkir.

“Kalau nak tahu itulah bayangan PRU-14. Pas selama kni mainkan sentimen agama, Isu hudud. Kononnya DAP anti Islam. Tak pernah langsung DAP kacau kawasan Pas bertanding. Tak kira di Sabah atau Sarawak.

“Hari ini bayangkan Allah Zahirkan, Pas adalah khadam sebenar kelompok anti Islam seperti MCA. Bagi Pas apa pun okay Janji bukan DAP. Sanggup jadi broker dan Barua Umno, Boneka Umno bak kata Almarhum Tok Guru Nik Aziz.

“Belum apa-apa lagi dah disisihkan. Tapi tak ada kami nak kata Pas jadi khadam kelompok Kuffar atau orang Kafir. Kalah Sabah lagi tersisih, apa lagi kalau di Sarawak,” katanya.

Jika jujur, masih sempat lagi PN, BN beri satu kerusi pada Pas

SITI NUR ZAWANI MISCON
Parti kecil seperti AMANAH pun diberi laluan untuk bertanding dengan sekurang-kurangnya satu kerusi, mustahil parti besar seperti Pas dibiarkan terkulat-kulat tanpa sebarang kerusi, kata Ketua Penyelidik Ilham Centre Dr Mohd Yusri Ibrahim.

Menurutnya, masih sempat untuk Perikatan Nasional atau Barisan Nasional (BN) memperbetulkan keadaan dengan sekurang-kurangnya memberikan satu kerusi untuk ditandingi oleh Pas.

Kata penganalisis itu lagi, jika PN atau BN jujur bersahabat dengan Pas, ada beberapa kerusi berpotensi yang boleh diberikan kepada parti itu dalam PRN Sabah ini.

“Sempena kunjungan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah, masih sempat untuk PN atau BN memperbetulkan keadaan, berilah satu kerusi untuk ditandingi oleh Pas, sekurang-kurangnya sebagai penawar jiwa.

“Antara kerusi yang paling munasabah untuk ditandingi oleh Pas adalah Merotai. Dalam PRU lepas kerusi ini dimenangi oleh Warisan, disusuli BN menduduki tempat kedua manakala Pas ketiga dengan 1209 undi.

“Selepas ketiadaan LDP (Parti Liberal Demokratik), Pas yang paling sesuai diberi laluan untuk bertanding.

“Lagipun demografi kawasan tersebut menyaksikan hampir 80 peratus pengundi adalah Bumiputera-Muslim, segmen pengundi yang sangat sesuai dengan pembawaan Pas,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Tambahnya lagi, dengan bertanding sendirian pun Pas mampu memperolehi lebih 1,000 undi, jika disokong oleh PN dan BN dalam PRN ini, Pas berpotensi besar untuk melahirkan ADUN pertama di Negeri Bawah Bayu itu.

Terdahulu, selepas PN mengumumkan kerusi-kerusi yang akan ditandingi komponen parti mereka, pimpinan Pas mula melahirkan kekesalan apabila parti itu tidak memperoleh walau satu kerusi untuk ditandinginya di Sabah.

Ahli pimpinan Pas juga mula menyindir dan berkata, “apabila sakit cari tongkat, bila dah sihat buang tongkat,” kata Iskandar Abdul Samad.

Riduan Mohd Nor yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat pula berkata “orang berbudi kita berbahasa, orang tak bagi kita berlaga”

Pas dilaporkan tidak bertanding di mana-mana kerusi biarpun melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini mengumumkan mahu bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

PM 'gagal lerai' kebuntuan calon PN, PBS, BN di 11 kerusi

Kow Gah Chie, Geraldine Tong & Ng Xiang Yi

Dengan proses penamaan calon untuk pilihan raya negeri hanya kira-kira 10 jam lagi, Perikatan Nasional (PN), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan BN masih menemui jalan buntu dalam menentukan calon di 11 kerusi DUN.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi PN terbang ke Kota Kinabalu pagi ini untuk cuba mencapai kata sepakat.

Bagaimanapun, pertemuan Muhyiddin selama 90 minit bersama lebih 20 pemimpin daripada BN, PN dan PBS di sebuah hotel di Kota Kinabalu itu tidak membuahkan hasil.

Selepas pertemuan itu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menegaskan semuanya baik-baik belaka, berkata PN, BN dan PBS telah mencapai "kata sepakat" dan tidak akan meletakkan calon berlawan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, pemimpin parti komponen BN, PBS dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyatakan sebaliknya dan tidak akan menarik calon mereka.

"Sangat tidak mungkin (menarik diri) kerana itu adalah kerusi kami... Pada PRU lalu, pengundi memilih BN," kata Timbalan Presiden PBRS, Arthur Joseph Kurup (gambar, bawah) kepada pemberita selepas pertemuan itu.

PBRS merancang meletakkan lima calon, termasuk di DUN Sook, yang dimenangi parti itu pada pilihan raya 2018.

Penyandang kerusi Sook berpaling tadah menyertai Parti Solidariti Tanah Airku (Star) pada akhir 2018 dan beliau turut merancang mempertahankan kerusinya.

Lebih-lebih lagi, terdapat pertindihan tuntutan antara parti-parti itu terhadap lima DUN yang dikehendaki PBRS itu.

PBS tak dapat kurangkan calon

Kurup berkata BN lebih dikenali oleh pengundi di DUN berkenaan, maka mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang.

Jelasnya, PBS dan Star yang membuat tuntutan - dan masing-masing menggunakan logo PBS dan PN - perlu memberi laluan.

Timbalan Presiden PBS Radin Malleh (gambar, bawah) memberitahu wartawan selepas pertemuan itu bahawa partinya tegas menuntut 15 kerusi DUN.

Pada sidang media berasingan kemudian, Radin menjelaskan PBS telah mengurangkan tuntutan mereka dari 25 kerusi sebelum ini.

Katanya, oleh itu PBS tidak dapat mengurangkan lagi jumlah kerusi yang ditandingi calon mereka.

"Nampaknya ada beberapa calon atau parti yang benar-benar mahu bertanding dan berpendapat bahawa mereka lebih kuat di kawasan tersebut.

"Kami tidak dapat melakukan apa-apa untuk menghentikan mereka," katanya.

Zahid: Lancar manifesto, Aku Janji bersama di Hari M'sia

Walaupun pertembungan antara sekutu tidak dapat dielakkan, Radin berkata partinya tetap optimis kerana jumlah tuntutan kerusi bertindih "tidak banyak".

Walaupun sebilangan parti dalam gabungan ini perlu bertembung sesama sendiri ketika pilihan raya, semua parti pada prinsipnya telah bersetuju untuk menggunakan manifesto yang sama atau "Aku Janji" pada Hari Malaysia yang jatuh pada hari kelima kempen.

Zahid ketika mengumumkan hal ini, berkata "Aku Janji" itu lambang penyatuan dan muafakat antara PN, BN dan PBS.

Kalau anda terlepas...

Melihat politik matang Malaysia dari mata OKU
"Aku Janji itu tawaran baru untuk Sabah terutama pengundi-pengundi dan persetujuan bersama parti-parti ini akan dimuktamadkan," kata presiden Umno itu.

Bagaimanapun, tidak semua parti politik berhasrat memiliki manifesto bersama.

PBS, misalnya berkata akan memeriksa kandungan dokumen 'Aku Janji' tersebut sebelum menyokongnya.

Sementara itu, PBS melancarkan manifestonya sendiri hari ini, antara lainnya menjanjikan undang-undang untuk mencegah wakil rakyat berpaling tadah (melompat parti), melaksanakan kad pengenalan Sabah untuk membendung kegiatan merentas sempadan cara haram dan mengembalikan had dua penggal untuk yang di-pertua negeri.

PAS patut sedar bagaimana ia dilayan dalam PN

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Tak betul jika ada segelintir yang menyalahkan Umno apabila PAS tidak diberikan sebarang kerusi dalam PRN Sabah.

1. Rundingan awal berlaku antara Umno yang mewakili Barisan Nasional dan PPBM yang mewakili Perikatan Nasional. Hasil rundingan itulah yang dibawa ke gabungan parti masing-masing untuk diagihkan kepada parti komponen. Disebabkan PAS sebahagian daripada PN, kedudukan parti tersebut tertakluk kepada perbincangan dalaman gabungan tersebut.

2. Kebanyakan kerusi yang diintai oleh PAS sebenarnya ditandingi oleh PPBM. Sebagai contoh kerusi DUN Merotai yang asalnya kawasan tradisi BN kini ditandingi parti tersebut. DUN ini antara kerusi berpotensi PAS kerana mereka berjaya memperoleh lebih 1,200 undi pada pilihan raya umum ke-14.

3. Alasan PAS tidak sesuai dengan sentimen tempatan sepertimana kenyataan pemimpin PN Sabah adalah sesuatu yang tak logik. PAS memperoleh lebih 13,000 undi popular pada PRU-14 di negeri tersebut berbanding SAPP yang hanya memperoleh 6,000 undi popular. Tetapi SAPP diberikan 2 kerusi oleh PN.

4. Ketamakan PPBM ini akan mengundang padah besar kepada sentimen pengundi Semenanjung. Betul, PAS kurang popular di Malaysia Timur dengan hanya memperoleh 24,000 undi di Sabah dan Sarawak pada PRU-14. Tetapi parti ini juga memperoleh 1.98 juta undi di seluruh Semenanjung – lebih daripada cukup untuk membunuh terus hayat PPBM.

5. Bayangkan sehingga ke saat akhir pun, parti tersebut sebenarnya masih mahu membolot lagi tambahan beberapa kerusi. Mujurlah Bung Moktar Radin lebih awal mengisytiharkan kedudukan kerusi yang akan ditandingi BN bagi mengelakkan pertelagahan lanjut.

6. Apa yang berlaku ini sepatutnya sudah menjadi “wake up call” kepada PAS tentang bagaimana mereka dilayan dalam gabungan baru. Sedangkan berdasarkan kekuatan semasa, PAS adalah parti yang sepatutnya mengetuai PN sepertimana Umno memandu BN.

7. Jika sekiranya PPBM pada saat akhir pun masih enggan menyantuni kehendak kecil PAS Sabah, maka PAS perlu menilai semula kedudukan dan nilai mereka dalam Perikatan Nasional. Sebuah parti berpengalaman tidak sepatutnya duduk lebih rendah daripada sebuah parti setahun jagung seperti PPBM.

8. Saya serius.

Ha ha ha!!! Penyatuan ummah konon

Orang berbudi kita berbahasa, orang tak bagi kita berlaga!, kata pemimpin Pas
BORHAN AHMAD


“Bila sakit cari tongkat, bila dah sihat buang tongkat,” kata pemimpin Pas apabila parti itu tidak dilayan sewajarnya dalam pilihan raya negeri Sabah.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad memberikan ingatan kepada rakan-rakannya, ”Tapi tongkat bukan sebarang tongkat. Macam tongkat Nabi Musa A.S. boleh jadi ular bila dicampak. Boleh patuk balik. Hati-hati.”

Beliau juga memberikan ingatan kepada rakan-rakannya, “Kawan yang sebenar tidak akan makan sorang. Apa jenis kawan kalau tulang pun dia nak sapu?”

Semua komen-komen ini dibuat bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu selepas Pas tidak dihiraukan oleh dua rakannya iaitu Umno dan Bersatu dalam pilihan raya negeri Sabah.

Turut memberikan komen negatif adalah AJK Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor.

Katanya, “Orang berbudi kita berbahasa, Orang tak bagi kita berlaga!”.

Selain permohonan Pas untuk bertanding 10 kerusi dalam PRN Sabah tidak dilayan, Pas juga tidak dijemput dalam majlis pengumuman calon yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dan juga Perikatan Nasional (PN).

Selain Iskandar, turut memberikan komen sedih terhadap apa yang berlaku di Sabah adalah Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.

Dalam catatan di facebooknya, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menulis “Orang berbudi kita berbahasa, orang tidak berbudi, tak payahlah kita berbahasa.”

Kini nasib Pas dalam PRN Sabah berada di tangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pesuruhjaya Pas Sabah, Mohd Aminuddin Aling berkata, terserah kepada Muhyidin sekarang apa yang Pas perlu buat di Sabah.

“Kalau dia kata bertanding sekian-sekian kerusi… 10 kerusi, maka Pas (akan) bertanding 10 kerusi,” kata Aminuddin lagi.

Kesihan: PAS tak dapat jemputan ke majlis pengumuman calon PN dan BN

M Fakhrull Halim

PRN SABAH | Di sebalik kerjasama dan hubungan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), PAS dan BN tidak dijemput semasa majlis pengumuman calon gabungan tersebut pagi tadi.

“Kita tak dijemput,” jawab Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling, secara kepada Malaysiakini ketika dihubungi sebentar tadi.

Bagaimanapun, menurutnya, PAS akan menunggu pengumuman rasmi daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sendiri dalam acara yang menurutnya akan berlangsung esok pagi.

Kata Mohd Aminuddin, dia sendiri sebenarnya tertunggu-tunggu pengumuman Muhyiddin esok dan wakil pimpinan PAS Pusat juga turut bersama.

Pun begitu katanya PAS akan berlapang dada dan menerima apa saja keputusan diambil dengan hati terbuka.

“Itulah (pengumuman esok) yang sahihnya, itulah berita yang tepatnya. Kalau dia (Muhyiddin) kata PAS tak bertanding, tak bertandinglah.

"Kalau dia kata bertanding sekian-sekian kerusi... 10 kerusi, maka PAS (akan) bertanding 10 kerusi,” tambahnya lagi.

Petang tadi, PN melalui Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Mohd Noor, mengumumkan calon mereka untuk bertanding di 29 kerusi namun susunan yang dibuat itu menyaksikan berlaku pertembungan dengan BN di sekurang-kurangnya tiga kerusi.

Jemputan melalui WhatsApp

Umno pula mengumumkan akan bertanding di 31 kerusi pada majlis yang menyaksikan Bersatu menarik diri dari majlis itu pada saat-saat akhir.

Ia berlaku ketika PN dan BN dilihat bekerjasama di Putrajaya.

Untuk rekod PN merupakan gabungan longgar membabitkan Bersatu yang disokong PAS. Pada masa sama - dan berlaku lebih awal - PAS juga merupakan sekutu Umno melalui Muafakat Nasional (MN).

Umno pula memutuskan tidak menyertai PN sebaliknya mahu mengukuhkan MN. MIC pula menarik diri selepas membuat keputusan menyertai gabungan berkenaan sebelum itu.

Hubungan yang tegang di antara Umno dan Bersatu juga pernah disaksikan di negeri-negeri lain sebelum ini.

PAS sudah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding di 10 kerusi pada 8 Sept lalu.

Mengenai majlis akan dihadiri Muhyiddin esok, Aminuddin berkata, dia ada menerima jemputan melalui aplikasi WhatsApp.

Pada masa sama, katanya, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan terlibat sama dalam perbincangan mengenai pengagihan kerusi sehingga semalam.

“Mungkin yang tadi tu dia umum sama-sama dia (saja) kot,” katanya lagi.

Sementara itu menurut jemputan yang dihantar kepada media, Muhyiddin dijadual melakukan lawatan rasmi dan perjumpaan bersama pimpinan parti Sabah di Hotel Magellan Sutera jam 10.45 pagi.

Secara umum, hanya dua parti dalam kerajaan persekutuan akan bertanding menggunakan logo PN, iaitu Bersatu dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star).

Kalau anda terlepas...

PRU15: Ruang untuk Bersatu melangkah kian sempit
Parti yang mengesahkan bertanding bawah logo BN pula ialah Umno, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan MCA, manakala Parti Bersatu Sabah (PBS) bertanding menggunakan logo sendiri.

PAS yang sebelum ini sedia menggunakan logo BN atau PN untuk bertanding pula tidak kelihatan pada kedua-dua majlis pengumuman calon PN mahupun BN.

Secara keseluruhan, BN akan bertanding di sekurang-kurangnya 36 kerusi, berbanding PN yang akan bertanding di 28 kerusi.

Acara pengumuman calon PN tadi hanya disertai tiga parti, iaitu Bersatu, Star dan Parti Progesif Sabah (SAPP). Namun SAPP bukan sebahagian daripada kerajaan PN. PAS pula tidak kelihatan.

Presiden Star Jeffrey Kitingan barasakan PAS tidak akan diberikan kerusi kerana “sentimen” akar umbi.

Celaka pengkhianat ni: 3 pegawai imigresen seorang darinya wanita direman 5 hari disyaki rasuah

Bernama
PUTRAJAYA:
Tiga pegawai imigresen, seorang daripadanya wanita, direman 5 hari bermula hari ini kerana disyaki menerima wang suapan bagi mempercepatkan proses pengeluaran pas kepada warga asing untuk kembali ke negara asal tanpa melalui Sistem Temujanji Online (STO).

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman sehingga 14 Sept ini, selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Menurut sumber SPRM, mereka yang berumur 33 dan 35 tahun itu ditahan antara 12 tengah hari hingga 5.50 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan.

Mereka dibawa ke mahkamah kira-kira 9.50 pagi tadi dengan berpakaian biasa dan tangan bergari.

Menurut sumber SPRM, kegiatan itu dipercayai berlaku sejak perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dilaksanakan, di mana pegawai terbabit berurusan dengan orang tengah untuk menguruskan pengeluaran pas warga asing yang tinggal melebihi tempoh untuk mereka kembali ke negara asal.

Sumber itu berkata, sebagai balasan, ketiga-tiga suspek dikatakan mengambil suapan antara RM300 dan RM500 bagi setiap pas yang dikeluarkan tanpa melalui STO.

Semalam, sumber SPRM dilaporkan berkata, 2 individu termasuk seorang pegawai imigresen direman 5 hari bagi membantu siasatan kes sama.

Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh yang mengesahkan penahanan itu berkata, semua individu itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Azmin umpama melukut di tepi gantang, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong

MALAYASIA DATELINE

PKR Gombak menyifatkan Ahli Parlimen mereka, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai melukut di tepi gantang dan hidung mancung pipi tersorong-sorong selepas Pas dan Umno Gombak menolak beliau.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PKR Gombak, Syed Ali Al-Idrus terhadap Menteri Kanan Ekonomi kerajaan Perikatan Nasional itu.

“Ringkasnya Umno dan Pas sepakat menolak sebarang hubungan dengan Azmin. Hubungan secara terang ditolak, hubungan secara sulit juga ditentang oleh mereka.

“Kenyataan beliau umpama pepatah melayu iaitu bagai melukut di tepi gantang atau lebih tepat lagi ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

“Justeru itu, kenyataan arkitek utama ‘Langkah Sheraton’ itu yang katanya lebih selesa bersama Umno dan PAS tidak menghadirkan sekelumit kesan pun ke atas perjuangan Keadilan,” kata Syed Ali.

Pada masa sama, Syed Ali menganggap kekuatan PKR semakin bertambah meskipun Azmin dan penyokongnya keluar dari parti untuk bekerjasama dengan Umno dan Pas.

“Tatkala beliau sedang berusaha gigih untuk cuba memeluk Umno dan Pas, PKR pula semakin kuat dan semakin ramai menyertai parti keramat ini.

“Malah, sokongan rakyat ke atas Anwar dan kepimpinan Keadilan semakin hebat. Di Selangor, kepimpinan Datuk Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar sangat disenangi oleh rakyat dan penjawat awam biarpun kerajaan negeri berdepan cubaan sabotaj dan khianat oleh pihak tertentu termasuk isu pencemaran air.

“Kepada semua ahli Keadilan dan rakyat keseluruhannya, ribuan terima kasih atas sokongan anda semua buat Keadilan dan Pakatan Harapan. Insya-Allah, dengan kuasa dan kekuatan rakyat, kita akan mencapai kemenangan yang lebih besar.

“Harapan rakyat akan kami akan cuba penuhi sebaiknya dan obor Reformasi akan terus menyala dengan semaraknya dengan berkat sokongan serta doa semua,” katanya.

Seleweng dana OKU RM600,000, SPRM tahan pemimpin Umno Perak

Mohamad Fadli
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan seorang timbalan ketua bahagian Umno negeri itu berhubung dakwaan menyeleweng dana hingga RM600,000 milik sebuah persatuan orang kurang upaya (OKU).

Pengarah SPRM Perak Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan perkara itu dan memaklumkan ahli politik berkenaan ditahan pada 3 September lalu di SPRM negeri.

“Suspek masih ditahan hingga esok. SPRM sedang menyiasat kes ini bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana salah guna kuasa.

“Kes ini masih dalam siasatan,” katanya kepada FMT.

Fauzi berkata, ahli politik berkenaan juga merupakan presiden persatuan OKU itu.

Beliau bagaimanapun menafikan penahanan ahli politik berkenaan melibatkan aktiviti dalam partinya.

“Tangkapan dan siasatan dibuat atas kapasitinya sebagai presiden persatuan OKU. Kes masih dalam siasatan,” katanya.

Pembantu Rosmah mengaku lari dari Malaysia lepas BN kalah

Hidir Reduan Abdul Rashid
KES ROSMAH | Bekas pegawai pembantu Rosmah Mansor mengaku dia melarikan diri dari Malaysia selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum lebih dua tahun lalu.

Memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Rizal Mansor berkata dia bertindak sebegitu kerana panik apabila mengetahui dua individu yang terbabit dalam projek hibrid solar kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua individu yang dirujuk Rizal dalam keterangan itu ialah Pengarah Urusan Jepak Holdings (Jepak), Saidi Abang Samsudin, serta Rayyan Radzwill Abdullah yang merupakan rakan perniagaan Saidi.

Katanya sebelum itu juga portal Sarawak Report membuat pendedahan mengenai penglibatannya dalam projek solar hibrid untuk sekolah di kawasan pedalaman Sarawak kepada Jepak.

"Setelah saya mendapat tahu bahawa Saidi dan Rayyan ditahan SPRM, saya panik dan membuat keputusan melarikan diri ke Jakarta, Indonesia," katanya.

Menurut Rizal lagi dia mendapat tahu SPRM mula menyiasat projek tersebut sejak Feb hingga Mac 2018 namun tidak berasa risau kerana yakin ia tidak akan menjurus kepada dirinya atau Rosmah berdasarkan status wanita terbabit adalah isteri perdana menteri.

Bagaimanapun, kata Rizal, keadaan berubah apabila BN - yang diketuai Najib Razak - kalah kepada PH.

Kira-kira dua atau tiga minggu selepas berada di Jakarta Rizal berkata SPRM menghubunginya dan meminta agar hadir ke pejabat agensi antirasuah berkenaan untuk membantu siasatan.

"Saya meminta penangguhan daripada SPRM dengan memberikan alasan saya perlu menyelesaikan urusan perniagaan.

"SPRM memberikan saya tempoh seminggu untuk hadir membantu siasatan," katanya lagi.

Kalau anda terlepas...

Zahidi: Maklumat tentang Veveonah disalurkan MP Kudat
Selepas berfikir panjang, kata Rizal, dia akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia.

"Saya tahu saya tidak boleh melarikan diri selama-lamanya dan lambat laun saya perlu juga menghadapi keadaan ini.

"Pada hari saya hadir ke SPRM, saya ditahan dan direman selama enam hari. Seterusnya saya dituduh di mahkamah atas empat pertuduhan," katanya yang memberi kenyataan sebagai saksi pendakwaan dalam kes melibatkan Rosmah.

Terdahulu hakim Mohamed Zaini Mazlan menolak permohonan Rizal agar media dilarang daripada melaporkan keterangan yang diberikannya.

Mufti Perlis hentam penipuan sijil, seru penipu ‘diturunkan’

FMT Reporters
PETALING JAYA:
Mufti Perlis hari ini menghentam penipuan sijil sebagai jenayah “yang membawa kepada penipuan demi penipuan yang lain”, menyeru pelakunya “turun atau diturunkan”.

Asri Zainul Abidin berkata penipuan sijil atau kelulusan tidak boleh dilakukan oleh orang bawahan.

“Apatah lagi yang berada di peringkat atasan,” katanya di Facebook.

“Sesiapa yang mencapai kedudukan kerana penipuan sijil atau kelayakan, dia hendaklah turun atau diturunkan.”

Kenyataan Asri mengundang pelbagai komen daripada pembacanya.

“Kalau orang bawah memang hilang kerja,” kata seorang pembaca, John Marshall.

Kayrollz Nasri pula tidak kisah jika seseorang itu bersijil atau tidak, kerana “yang penting tak menipu”, manakala Yan Rehan Razali tertanya apakah tidak ada undang-undang untuk hal itu.

Ahli parlimen Pas kesal ada pemimpinnya guna ‘pintu belakang’ untuk jadi menteri

Info Pantai Timur

Ahli parlimen Pas kesal ada pemimpinnya guna ‘pintu belakang’ untuk jadi menteri
September 8, 2020 8:30 am
Ahli parlimen Pas kesal ada pemimpinnya guna ‘pintu belakang’ untuk jadi menteri
MAKAN DUIT HARAM !!!

Seorang ahli parlimen Pas menganggap wang gaji hasil lantikan politik dalam kerajaan PN hari ini adalah syubhah (meragukan) dan cenderung kepada haram kerana ada unsur mengikat sokongan ahli parlimen kepada kerajaan yang mentadbir.

Beliau yang merupakan ahli parlimen dari Pantai Timur itu telah ditawarkan beberapa jawatan sebelum ini namun menolaknya kerana berasa tidak selesa dengan hasil pendapatan dari cara tersebut. Menurutnya gaji dan elaun yang diperoleh sebagai ahli parlimen sudah mencukupi dan sokongannya kepada kerajaan hari ini kerana Pas memilih untuk memberikan sokongan.

Menurut beliau, “Dapat jawatan GLC tu seronok dengan gaji puluhan ribu, tapi jiwa kecil ana (saya) masih terikat dengan ilmu Islam yang dipelajari semenjak kecil”. Ahli Parlimen Pas tersebut adalah anak kepada ulama pondok yang dikenali ramai.

“Macamana kita parti yang berlandaskan agama boleh berkompromi dengan menerima jawatan-jawatan ini? Ana (saya) ditawarkan beberapa jawatan tapi ana (saya) rasa keberatan untuk terima kerana bukan bidang ana tu.” tambahnya lagi.

“Benda bukan kemahiran kita, kita ambik jawatan tu dan PM beri jawatan tu kerana nak pertahan kuasa dia supaya kita tak lari, ana was-was dengan kaedah tu, bukan ajaran politik Islam tu”

Beliau bagaimanapun tiada masalah dengan pembentukan kerajaan baru kerana memberi kesetiaan kepada parti.

“Lagi satu yang ana (saya) terkilan betul, ada pimpinan kita sanggup ketepikan parti kerana nak kejar jawatan menteri dan timbalan menteri…”. Beliau merujuk beberapa ahli parlimen Pas yang menurut beliau dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri melalui ‘jalan belakang’ bukan melalui senarai nama yang diputus oleh parti.

“Sanggup gi lobi orang kiri kanan PM semata-mata untuk jadi menteri, timbalan menteri. Ini bukan akhlak dan disiplin yang diajar dalam parti” menurut beliau lagi.

PN SABAH MULA GADUH BEREBUT KERUSI, KEDUDUKAN MUHYIDDIN TERANCAM?

Shahbudin Husin
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tidak teragak-agak untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN) sekiranya tidak mendapat sekurang-kurangnya 15 kerusi dalam PRN Sabah, 26 September ini.

Presidennya, Dr Jeffrey Kitingan berkata, perkara itu mengambil kira kehendak rakyat yang mahu parti tempatan menerajui pentadbiran negeri.

“Kami yakin STAR boleh menang banyak kerusi dalam PRN kali ini dan kami bersedia untuk bertanding antara 15 hingga 18 kerusi jika diberi peluang.

“Tetapi, sekiranya STAR hanya diberi enam atau lapan kerusi, lebih baik kami bertanding sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Jeffrey meminta agar keputusan agihan kerusi yang dilakukan perlu diagih sama rata dengan mengambil kira sentimen rakyat di Sabah.

“Sentimen yang ada ketika ini ialah parti politik dari Semenanjung mendominasi politik Sabah, perkara itu tidak perlu berulang kerana ini yang rakyat tidak mahu.

“Sebab itu pembahagian kerusi perlu diagih secara adil dan sama rata bagi menghormati sentimen kenegerian Sabah.

“Rakyat juga mahu lihat kerusi Barisan Nasional (BN) kurang atau seimbang untuk beri penghormatan kepada parti tempatan,” ujarnya lagi.

Sebagai rekod, STAR memiliki satu kerusi Parlimen iaitu Dr. Jeffrey sendiri.

Dalam keadaan sokongan Muhyiddin di Parlimen hanya 111-109, tuntutan STAR untuk diberi antara 15 hingga 18 kerusi dalam PRN Sabah adalah suatu perkara yang serius.

Jika tuntutan itu tidak dipenuhi dan STAR keluar daripada PN, sokongan yang tinggal buat Muhyiddin di Parlimen akan menjadi 110 kerusi.

Dalam hal ini, apakah PN sedia memenuhi tuntutan STAR demi untuk menyelamatkan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri?

Itu baru tuntutan STAR yang mahu diberi 15 hingga 18 kerusi, bagaimana pula dengan PBS dan PBRS, dua lagi parti tempatan Sabah?

Berapa pula kerusi yang mereka tuntut?

Untuk makluman, PBS dan PBRS juga masing-masing mempunyai satu kerusi Parlimen yang dimenangi dalam PRU14 lalu.

Atau, sementara PN belum tentu boleh menang di PRN Sabah ini, Muhyiddin akan tumbang lebih dulu?

Barangkali ini yang memang dikehendaki UMNO? (Shahbudindotcom 08/09/2020)

Jangan terkejut jika PKR tumbang di Selangor kerana air

ISMAIL HASHIM YAHAYA

Apabila berlakunya isu gangguan bekalan air di Selangor teringat pula kepada sosok bernama Datuk Seri Jamal Md Yunos dengan bertuala mandi di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Selepas beberapa tahun lalu videonya bertuala mandi, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar kembali lagi berkongsi tiga video pendek kurang dua minit yang dua daripadanya memaparkan dirinya dalam keadaan bertuala dengan latar belakang sungai dikatakan di Tanjung Malim.

Bagaimanapun dalam isu gangguan bekalan air semasa itu rakyat Selangor tidak bergajak masih terus menyokong PKR dan DAP di Selangor.

Tetapi jangan terkejut sekiranya rakyat beralih sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana isu gangguan bekalan air kali ini. Isu air sama pentingnya dengan penularan wabak Covid-19.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) banyak industri dan perniagaan besar dan kecil yang terjejas dan hampir angkat kaki. Ramai juga yang telah kehilangan perkerjaan.

Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB), terdapat kelonggaran untuk menghidupkan kembali operasi perniagaan dan industri, dan peniaga kecil pun bernafas semula tetapi dengan terputusnya bekalan air akibat pencemaran ia tentunya menjejaskan operasi perniagaan dan industri serta perniaga kecil untuk bernafas. Ini boleh sahaja membangkitkan kemaharan dan rungutan rakyat.

Keadaan sekarang telah berubah dengan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali telah berpihak kepada PN dan menyertai Bersatu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Umno dan Pas yang merupakan pembangkang boleh mencetuskan isu ini sebagai bahan politik.

Jika mereka boleh melakukannya di peringkat Persekutuan berikutan Langkah Sheraton, mereka boleh sahaja melakukannya di Selangor dengan pelbagai langkah. Cumanya di Selangor terdapat ramai golongan bukan Melayu yang menyokong DAP dan PKR.

Kedua-duar parti ini juga masih juga mendapat sokongan golongan Melayu di bandar dan luar bandar. Jamal telah mula menggerakkan usahadengan imej bertualanya.

Namun tiada yang mustahil jika isu gangguan bekalan air ini kerap berlaku.

Gangguan bekalan air sekitar Lembah Klang bermula 3 Sept lepas apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat pencemaran sumber air mentah boleh menjadi bahan politik yang menjejaskan sokongan rakyat kepada PKR dan DAP di Selangor.

Tidak keterlaluan untuk dikatakan Selangor mempunyai kadar kekerapan terputus bekalan air yang tertinggi di Malaysia. Mengikut laporan Persatuan Air Malaysia yang terkini, 259,000 (62 peratus) daripada 419,000 kejadian terputus bekalan air di Malaysia berlaku di negeri Selangor.

Pahang, negeri yang lebih besar dari Selangor dan terbesar di Semenanjung Malaysia hanya mengalami 2,000 kes terputus bekalan air setahun, seratus kali ganda lebih kecil berbanding Selangor. Masalah ini bukan sahaja menyusahkan rakyat namun menyebabkan pelabur asing lari dari negeri Selangor.

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) turut mebangkitkan perkara sama.

Katanya, gangguan bekalan air tidak berjadual di Lembah Klang yang semakin kerap berlaku mungkin tidak serius dan mampu dibendung jika LRA Langat 2 dapat beroperasi sepenuhnya ketika ini. Operasi LRA Langat 2 hanya beroperasi 80 peratus apabila pemasangan paip penyambungan bekalan air ke kawasan penting akan siap sepenuhnya pada tahun 2021 hingga 2022.

Adakah isu bekalan air terputus disebabkan oleh kegagalan pentadbiran kerajaan negeri, kelemahan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat pengurusan Air Selangor menangani faktor lapuk berhubung isu air didakwa punca sebenar krisis bekalan utiliti itu di negeri ini?

Kita tidak mahu isu gangguan bekalan air oleh kerajaan Selangor sehingga ke tahap tidak lagi boleh diterima rakyat berikutan kerap berulang dan menambah beban rakyat yang kini berdepan wabak Covid-19.

Diharap ia tidak sampai ke tahap rakyat muak dengan pelbagai alasan yang diberikan. PKR dan DAP harus meneliti isu ini supaya ia tidak dijadikan bahan politik menjelang pilihan raya akan datang dan jangan terkejut jika PKR dan DAP boleh tumbang dalam pilihan raya negeri kerana isu gangguab bekalan air.

Dalam jangka masa terdekat ini, isu gangguan bekalan air diharap tidak tercetus lagi (walaupun tidak dapat dielakkan) kerana ia boleh menjadi harga mahal yang harus dibayar oleh kepimpinan PKR Selangor.
—————————————–
Kolumnis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor.

Rina Harun hadapi saman muflis

SITI NUR ZAWANI MISCON

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun dilaporkan berhadapan dengan saman muflis selepas berhutang dengan sebuah syarikat produksi filem dan televisyen yang berpusat di Paris sebanyak RM1.9 juta.

Memetik laporan portal twentytwo13, Rina dikatakan membuat pembelian satu rancangan komedi dan dokumentari hampir 10 tahun yang lalu dari syarikat Sarl Novovision yang terkenal dengan tayangan video lucu, dan gagal membuat bayaran untuk kandungan berkenaan.

Syarikat berkenaan kemudiannya mengeluarkan beberapa invois kepada syarikat Rina yang kini sudah tidak berfungsi iaitu Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd antara tahun 2011 hingga 2013.

Untuk rekod, selain Rina sebagai Pengarah syarikat, seorang lagi wanita Ida Rahayu Md Noor juga salah satu pengarahnya dan telah diisytiharkan bankrup pada 5 October 2015.

Sarl Novovision, diwakili oleh Tetuan Chellam Wong iaitu rakan kongsi firma Mark Ho, ketika dihubungi, berkata: “Saya dapat mengesahkan bahawa tindakan undang-undang telah diambil terhadap Menteri itu dan bahawa proses saman muflis telah dimulai.”

“Ada tarikh pendengaran hakim berhubung dengan saman hutang tersebut yang ditetapkan pada 9 September 2020,” tambahnya seperti dipetik portal berkenaan.

Apakah kerajaan akan bertukar di Johor, sukar nampaknya

BORHAN AHMAD

Apakah akan berlaku perubahan kerajaan di negeri Johor jika Adun Kempas Datuk Osman Sapian bertindak memberikan sokongan kepada pembangkang. Nampaknya tidak semudah itu.

Inilah pandangan banyak pihak dengan suasana politik di negeri itu terutama ketika negara masih berdepan dengan ancaman Covid-19 dan kerajaan masih menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya diberitahu, Istana Johor lebih sedia membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor jika hanya satu atau dua kerusi majoriti sahaja dalam Dewan.

“Ini bermakna, perubahan kerajaan hanya akan berlaku jika beza Adun sehingga empat atau lima orang lebih. Jika hanya satu atau dua sahaja beza, saya percaya DUN Johor akan dibubarkan sebagaimana Sabah,” kata Adun Paloh dari DAP, Sheikh Omar Ali kepada Malaysia Dateline.

Kerajaan Johor yang terdiri dari Umno, Bersatu dan Pas sekarang hanya mempunyai 29 Adun manakala pembangkang yang terdiri dari AMANAH, PKR, DAP dan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad pula mempunyai 27 Adun.

Apabila Adun Kempas, Datuk Osman Sapian, dikatakan sedang membuat onar dan kemungkinan akan beralih kepada pembangkang, kedudukan DUN Johor dikatakan bakal tergantung menjadi sama banyak iaitu 28:28.

Ini menyebabkan Speaker DUN Suhaizan Kayat dari AMANAH mempunyai kuasa penentu untuk meluluskan sesuatu usul dalam sidang DUN Johor.

“Saya ada kuasa penentu jika undi sama banyak,” kata Suhaizan kepada Malaysia Dateline sebelum ini.

Jika Suhaizan memihak kepada pembangkang dalam memberikan undi penentunya, kerajaan Johor boleh jatuh dan besar kemungkinan DUN akan dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya diadakan semula.

DUN Johor akan bersidang selama dua hari iaitu Khamis dan Ahad ini.

Namun sehingga kini, Adun Negeri Johor tidak menerima sebarang surat atau notis yang memberitahu sebarang undi penting akan diadakan dalam sidang kali ini.

“Sebelum ini, kami jangka kerajaan akan menukar Speaker, namun tidak ada notis mengenainya lagi. Jadi tidak ada pengundian untuk Speaker,” kata Adun Paloh, Sheikh Omar Ali.

Pedih memang pedih, tetapi berani kerana benar

REGGIE JESSY RITHAUDEEN
Tengah hari tadi, sekumpulan individu dari Melaka datang berjumpa dengan saya untuk memujuk saya sokong Umno dan mengetuai kumpulan kecil mereka.

Saya tahu saya tidak akan bersetuju, namun saya tetap berjumpa dengan mereka dan memberi ucapan ringkas dalam satu sesi santai di Petaling Jaya.

Kemudian, salah seorang daripada mereka tiba-tiba bangun sambil berkata, mereka bangga kerana ramai dari Umno sedang mengerakkan satu “gelombang biru menentang DAP.”

Mendengarkan ini, saya menjawab:

“Umno ni dah gila, dah tersasar jauh dari landasan kebenaran”. Kenyataan saya menyebabkan dua daripada lima individu yang hadir itu naik berang dan menghentak meja.

“Kau ni penyokong DAP ke apa??”

Saya menjawab:

“Bertenang. Kalau dah tak boleh bertenang, saya beredar. Saya pantang sikap begini. Saya tetamu kau, maka hormatilah saya sebagai tetamu”.

Kenyataan saya menyebabkan dua individu tersebut duduk semula, memohon maaf dan meminta penjelasan dari saya.
Maka dengan itu, saya mula memberi penjelasan ringkas yang bunyinya seperti berikut (lebih kurang, berdasarkan apa yang saya ingat):

“Umno dah pegang kerajaan. DAP pula tak lagi keluarkan kata-kata rasis. Jadi buat apa lancar “gelombang biru menentang DAP” bagaikan orang gila sedangkan kerja Umno dan Pas pun tak betul?

“Itu yang pertama.

“Kedua, koranglah yang dulu bermati-matian inginkan sekolah Cina diharamkan.

“Dong Zong pula korang cap sebagai kumpulan ‘rasis lampau’ yang tak boleh dimaafkan.

“Tapi bila dah pegang kerajaan, koranglah yang duk bermuzakarah dengan ‘rasis lampau’ ni, siap dengan berbincang cara nak tambah sekolah Cina dan kembangkan yang ada.

“Tak gila ke tu? Tak gila ke halalkan pertubuhan sama yang dahulunya diwar-warkan sebagai haram dan ‘rasis lampau’?

“Bukan saya rasis, tapi korang yang mati-matian dulu nak haramkan Dong Zong. Tak rasa pelik ke dengan apa yang sedang berlaku?

“Dulu, bukan main lagi korang nak keadilan untuk Arwah Adib…ceramah sini, gelombang situ…

“La ni, yang duk bela Adib di parlimen siapa? AMANAH dan DAP bang…Pas dan Umno pulak nak “inkues kali kedua” yang jelas melanggar undang-undang negara.

“Tak gila ke tu? Mana lebai-lebai korang tu, tak buat “gelombang biru perjuangkan nasib keluarga Adib” lagi ke?

“Dulu, bukan main lagi dakwa haram beri banyak jawatan GLC kepada MP-MP.

“La ni, yang duk bagi jawatan GLC dalam kadar tertinggi dalam sejarah tanah air siapa?
“KORANG LA!!”

“Wat pa tak buat “gelombang biru menentang pemberian banyak jawatan GLC kepada MP-MP? Awat, dah halal ke????

“Menteri pulak langgar undang-undang, Pas siap halalkan, siap panggil menteri tu “hero” sambil petik kisah Al-Quran.

“Mengapa tak buat “gelombang biru mementang politik “dua darjat” dan “petik dalil” yang la ni duk diamalkan oleh Umno, PPBM dan Pas?

“Banyak lagi bang, banyak sungguh, seribu satu contoh lagi bang…

“Korang ni dah betul-betul tersasar dari landasan kebenaran, mangsanya ummah…terimalah hakikat ini…

“Pedih tu pedih, tapi berani kerana benar. DAP bukannya ada dalam kerajaan lagi, bunyi pun tak…

“Yang duk bunyi tu korang, tapi kerja putaq alam.

“Gila ke nak lancar gelombang menentang DAP? Dah resis lampau ke korang ni?

“Kerja pun tak betul, makin lama makin banyak penipuan terdedah…termasuklah penipuan kononya PH boros belanja meneruis kelulusan projek Runding Terus tak tentu hala…

“Akhirnya, terbukti yang boros itu siapa?

“BN lah!!!!

“Pas tak tegur Umno ke? Ni dah duduk semeja bawah Muafakat Nasional, tapi habuk pun tarak…gaduh ada la…

“Gaduh siapa nak kontrol Kedah dan Terengganu…Muafakat sangatlah tu…muzakarah lah tu…

“Satu kata nak masuk PN, satu lagi kata ‘no way’.

“Satu kata lembu boleh terbang, satu lagi kata lembu dah tak ada susu…

“Mengarutlah. Saya tak berhak ketuai pergerakan awak, sebab saya pejuang kebenaran…

“…bukannya pejuang wang, kuasa dan kedudukan!! Lalu saya bangun, bersalam dan terus beredar dari lokasi.

Selamatkan Felda sebelum terlambat

Awang Azman Awang Pawi

Felda bermula sejak awal kemerdekaan apabila 616 peneroka perintis dalam Rancangan pertama terdapat di Lurah Bilut, Pahang.

Sehingga kini institusi ini telah membangunkan lebih 112, 635 peserta dalam 37 rancangan keluasan hampir 500 000 hektar. Felda pernah dibarisi tokoh-tokoh berwibawa seperti Tan Sri Taib Andak dan Raja Tan Sri Muhammad Alias Raja Muhammad Ali.

Nama-nama ini sinonim dengan tokoh institusi seperti Arshad Ayub dengan ITM (kini UITM) dalam memberikan sumbangan besar kepada masyarakat dan negara.

Felda mencapai zaman kegemilangan dengan khazanah tunai bernilai billion ringgit.

Bagaimanapun, dalam 10 tahun kebelakangan ini, sedikit demi sedikit pelbagai isu melanda organisasi ini lebih-lebih lagi selepas penyenaraian FGV di Bursa Malaysia serta pelaburan dalam sektor bukan perladangan.

Kesemua ini memberikan dampak negatif kepada peneroka dan prestasi kewangan. Hal ini menyebabkan kerajaan mengambil pendirian membentangkan kertas putih di parlimen.

Kertas putih

Apa yang dimaksudkan kertas putih ialah kerajaan mengemukakan laporan sesuatu secara khusus sebelum dilakukan penguatkuasaan undang-undang.

Apabila menerbitkan kertas putih ia cuba menilai reaksi pendapat awam dalam sesuatu isu, seterusnya membolehkan kerajaan mengukur impak dan kemungkinan kesannya terhadap institusi dan masyarakat yang peka terhadap sesuatu isu tersebut.

Dalam konteks Kertas Putih Felda, ia berupa dokumen terperinci yang dikemukakan bagi meneliti sesuatu isu yang diluluskan oleh kabinet dan kemudian dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum disebarkan kepada masyarakat awam.

Tujuannya ialah untuk memberikan kesedaran mengenai isu yang melanda negara dan mendapat perhatian rakyat dan juga di dewan rakyat bagi menggalakkan perbincangan yang sihat, penyebaran pengetahuan dan maklumat yang tepat serta memberikan perspektif yang menyeluruh.

Berdasarkan Kertas Putih Felda yang dikeluarkan, antara punca kejatuhan Felda adalah kelemahan dalam tadbir urus dan perancangan serta ketidakcekapan dalam pelaburan.

Felda turut dibelenggu dengan isu integriti dan akauntabiliti yang menjejaskan keseluruhan operasi sehingga menyebabkan Felda berada dalam kedudukan yang teruk dan perlu diselamatkan.

Baki tunai Felda dilaporkan jatuh menjunam apabila hanya tinggal sebanyak RM400 juta pada tahun 2017 daripada purata RM25 bilion sepanjang tempoh 2007 hingga 2011.

Malah dicatatkan baki aliran tunai terus corot sehingga RM35 juta pada Mei 2018.

Kesan daripada ini menyebabkan isu perbelanjaan operasi, bantuan, kos penanaman semula dan pinjaman untuk peneroka sukar untuk ditampung dan mendapat perhatian dalam laporan audit Negara sejak tahun 2016 apabila berlaku aliran defisit.

Audit forensik

Dalam audit forensik dikemukakan dalam Kertas Putih Felda, didapati konflik kepentingan dalam pengurusan dan operasi merupakan antara punca berlakunya pertentangan amalan terbaik dalam tadbir urus korporat serta mekanisme semak dan imbang.

Pelantikan orang yang sama sebagai pengerusi Lembaga Pengarah Felda dan pengerusi lembaga pengarah syarikat bersekutu Felda seperti FIC, FIC Properties Sdn Bhd dan FGV terdedah kepada konflik kepentingan.

Selain itu, jawatan yang disandangnya terlalu banyak, iaitu sekitar 20 anak syarikat dan syarikat kepentingan Felda.

Fokus tadbir urus menjadi terlalu luas dan menyebabkan boleh berlakunya konflik kepentingan dan salah laku tadbir urus kepada amalan dan etika kerja yang tidak berintergriti sebagaimana dilaporkan dalam Kertas Putih tersebut.

Laporan Kertas Putih juga telah mengenal pasti bahawa ketidakcekapan pengurusan korporat di bawah pengurusan Felda lama telah menyebabkan Felda kehilangan model perniagaan yang mapan.

Hal ini kerana pelaburan dalam sektor baru sangat memerlukan kepakaran individu dalam bidang tujahan tertentu bagi memastikan kepentingan institusi terpelihara. Kepakaran ini termasuklah dalam aspek penilaian aset, perundangan dan kewangan.

Laporan Kertas Putih juga menyatakan apabila “kegagalan Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan menyediakan pasukan yang profesional dan berwibawa untuk membuat pelaburan berskala besar telah mendedahkan Felda kepada pelbagai risiko”.

Situasi ini telah menyebabkan Felda terdedah kepada kawalan dalaman yang lemah, kurang akauntabiliti dan integriti memberikan kesan dan mengakibatkan Felda mengalami kerugian besar, tinggi dan berterusan.

Isu ketidakpematuhan dasar dan prosedur pelaburan perolehan dan pembiayaan membawa kepada kerugian kepada institusi ini.

Antara yang ditemui dalam audit forensik ialah berlakunya ketirisan dalam proses perolehan dan pelaburan tanpa melaksanakan kajian due diligence dan kelulusan Lembaga Pengarah Felda.

Bagaimanapun, ada juga pihak berurusan dengan syarikat pelaburan ini menyatakan pihak mereka telah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah Felda.

Perkara yang lebih ketara apabila berlakunya pelaburan dan pemilikan aset yang tidak strategik.

Laporan Kertas putih telah menyenaraikan pembelian secara agresif dan tidak terkawal oleh Felda dan FIC telah mendatangkan pelbagai isu sehingga kini.

Isunya ialah apabila melabur dalam syarikat yang kurang strategik, sebahagian besar aset yang dibeli melebihi harga pasaran serta tidak memberi pulangan sewajarnya.

Ini termasuk enam teras pelaburan utama yang tidak menguntungkan dan 8 pembelian yang membawa kepada banyak kerugian termasuk lapan pembelian atau pelaburan aset (dikenali secara kolektif sebagai Projek-Projek) yang signifikan oleh Felda atau Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) seperti PT Eagle High Plantations Tbk (EHP), Dataran Aras Sdn Bhd (DASB),Grand Borneo Hotel Sdn Bhd (GBHSB),Grand Plaza Serviced Apartments (GPSA), Felda Wellness Corporation Sdn Bhd (FWC) dan Park City Grand Plaza Kensington (GPK).

Impak buruk

Kesannya, ia memberikan kerugian pelaburan dan kemerosotan nilai aset Felda dan FIC yang dapat dilihat dalam Penyata Kewangan beraudit Felda bagi tahun berakhir 31 Disember 2017, kerugian atau kemerosotan nilai aset yang dihadapi adalah sekitar 50 peratus daripada nilai pelaburan asal yang berjumlah RM4.4 bilion, yang mencecah sebanyak RM2.2 bilion.

Dalam kes pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak (gambar, bawah), berjumlah RM160 juta oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB), ia jauh lebih mahal dari nilai semasa yang dianggarkan RM80 juta pada 2017.

Dilaporkan bahawa Jabatan Kewangan Felda tidak mengetahui pembelian MPHS oleh FICSB bernilai RM160 juta yang dikatakan sebenarnya tidak mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Baru-baru ini dilaporkan pula isu perjanjian 24 bidang tanah milik Felda di Jalan Semarak antara Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) yang mengakibatkan kepada kes yang berlarutan hingga membawa kepada prosiding timbang tara.

Sebelum ini, sudah dua prosiding mahkamah berasingan berhubung dua bidang tanah miliknya di Jalan Semarak dan perjanjian pembangunan untuk penyerahan pemilikan kosong 23 bidang tanah milik organisasi itu, di kawasan tersebut.

Kesemua ini berlaku apabila kegagalan tadbir urus hingga menyebabkan pertelingkahan bukan sahaja menjejaskan reputasi Felda, akan tetapi merugikan peneroka, masyarakat dan negara dari segi jangka panjang dan mengakibatkan isu integriti tercalar.

Kesemua ini melibatkan kepimpanan secara langsung di peringkat kerajaan dan pengurusan tertinggi.

Sudah tibanya pihak kerajaan tanpa mengira parti yang menjadi pemerintah melihat, meneliti dan bertindak dan campur tangan dalam isu seumpama ini yang berkaitan Felda bagi memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan.

Segala isu berkaitan perlu ditangani dengan akauntabiliti, telus, dan perlukan maklumat yang objektif untuk menangani kepincangan terdahulu demi membina masa depan yang lebih baik untuk Felda dan negara.

Islam bukan untuk orang parti cap agama sahaja

USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN

Gugat penyatuan ummah memang kerja syaitan, tapi gugat persekongkolan Pas – Umno (Paum) bukan kerja syaitan.

Orang Islam dalam Paum hanya sebahagian daripada ummah, bukan mewakili keseluruhan ummah.

Tidak ada istilah ummah PN, ummah MN atau ummah Paum. Dalam konteks orang Islam, yang ada ialah ummah Islam.

Orang Islam dalam AMANAH, PKR, DAP, Pejuang dan Warisan, termasuk yang tidak berparti juga sebahagian daripada ummah Islam.

Jika persekongkolan Paum adalah penyatuan ummah, maka persepakatan AMANAH – PKR – Pejuang – Warisan dan orang Islam DAP juga penyatuan ummah.

Jika gugat persekongkolan Paum dianggap kerja syaitan, maka Paum buat kerja syaitan apabila mengganggu permuafakatan dalam PH + Warisan + Pejuang.

Parti cap agama boleh bersuara mewakili ummah Islam, tetapi bukan parti cap agama saja yang berhak. Orang Islam daripada parti lain juga berhak.

Pihak lain juga boleh bersuara mewakili ummah Islam kerana Islam untuk semua orang Islam dan semua manusia, bukan untuk orang parti cap agama sahaja.

Masalah parti cap agama ialah, semua benda berkaitan agama mahu dihakmilikkan kepada partinya.

Apabila al-Quran dibaca, ayatnya dihalakan kepada orang lain kecuali ayat seronok.

*USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN merupakan Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim terima Vellfire, wang hasil aktiviti haram hampir RM14 juta

FAZLI RADZI

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berdepan satu lagi pertuduhan tambahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Keganasan (Amla) 2001.

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) berkenaan sebelum ini berdepan sembilan pertuduhan di bawah Amla 2001 kerana didakwa menerima hasil haram daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.

Dalam prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, Azeez dituduh menerima sebuah kereta berjenama Toyota Vellfire bernilai lebih RM400,000 daripada syarikat tersebut.

Terdahulu pihak pendakwaan memohon untuk melakukan pindaan sembilan pertuduhan terhadap Azeez. Pihak peguam bela tidak membantah permohonan pindaan tersebut.

Namun, wakil rakyat Umno itu mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi ke atasnya dan memohon agar dibicarakan.

Mengikut10 pertuduhan itu, Azeez didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti haram hampir RM14 juta.

Osman Sapian hadir lagi ke acara Pejuang

Hariz Mohd

Dikemas kini dengan latar belakang cerita.
Bekas menteri besar Johor Osman Sapian hadir dalam acara Pejuang malam tadi, tiga hari selepas lembaga disiplin Bersatu berkata dia masih menjadi anggota parti itu.

Abu Bakar Yahya, setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, malam tadi memuat naik gambar dan video Osman dalam majlis meraikan jentera Pejuang daripada Johor yang berkempen dalam pilihan raya kecil Slim baru-baru ini.

Gambar-gambar itu memaparkan Osman berucap, bergambar dan makan malam bersama pendukung Pejuang dan melaungkan “Hidup Pejuang!”.

“Kami bersama ramai-ramai melaungkan: Hidup Pejuang, hidup Pejuang, hidup Pejuang!

“Jangan tanya kenapa YB Osman Sapian meninggalkan Bersatu, tapi lihat apa yang beliau telah lakukan.

“Tolong kongsikan seramai mungkin biar ramai yang dapat tahu,” tulis Abu Bakar.

Ditanya Malaysiakini sama ada dia sudah meninggalkan Bersatu dan menyertai Pejuang, Osman hanya menjawab: “Belum lagi”.

Portal ini masih menunggu penjelasan lanjutnya berkaitan penyertaan dalam acara itu dan pendirian semasanya.

Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu Najmuddin Megat Khas enggan mengulas perkara itu dan berkata dia hanya dapat bertindak jika terdapat aduan rasmi dibuat dan bukti dikemukakan.

Pendirian Osman amat penting bagi menentukan kestabilan kerajaan Johor yang Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai kelebihan dua kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN),

Jika Osman mengalihkan sokongan kepada pembangkang, DUN Johor boleh tergantung.

PN sebelum ini mengambil alih kerajaan negeri dengan 29 kerusi berbanding 27 di pihak Pakatan Harapan (PH).

Osman sebelum ini (bawah) hadir dalam kempen Pejuang di Slim tetapi menjelaskan kunjungan itu hanya “jengok-jengok”.

Prof Dr Kamil Majid sertai AMANAH: Bukti luas gerak kerja politik Islam

FAZLI RADZI
Pemuda AMANAH Nasional menyifatkan penyertaan Prof Dr Mohamad Kamil Abdul Majid dalam parti itu telah membuktikan gerak kerja politik berlandaskan Islam bersifat luas dan rencam.

Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, keputusan pakar dalam bidang usuluddin dan pemikiran Islam itu juga bukti gerak kerja politik bukan menjadi milik parti tertentu sahaja.

Menurutnya, Prof Dr Mohamad Kami merupakan tokoh ilmuan Islam tanah air yang telah menghasilkan pelbagai karya dan kajian ilmiah dalam usaha memantapkan kefahaman Islam kepada ummah khususnya di Malaysia.

“Pemuda AMANAH yakin dengan penyertaan beliau, usaha memperkasa Majlis Penasihat Pakar sebagai struktur tertinggi semak dan imbang parti yang kini diketuai Penasihat Umum, Datuk Seri Ustaz Ahmad bin Awang akan lebih mantap dan efisien.

“Sebagai tokoh akademik yang dihormati segenap lapisan masyarakat, penyertaan beliau juga diharapkan mampu menarik lebih ramai lagi agamawan untuk bersama-sama AMANAH,” katanya dalam satu kenyataan.

Faktor Veveonah pemboleh ubah corak pengundian di PRN Sabah

MALAYSIA DATELINE

Ketidakcekapan Timbalan Menteri Komunikasi, Datuk Zahidi Zainal Abidin dalam isu mahasiswa Veveonah yang mengundang persepsi negatif terhadap kerajaan hari ini, menjadi pemboleh ubah penting corak pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, peristiwa yang terjadi kepada Veveonah baru-baru ini mengundang bermacam-macam reaksi dalam kalangan anak-anak muda.

Katanya, ramai yang melihat Veveonah daripada golongan marhain yang telah dihina dengan kata-kata orang berpangkat dan memiliki kuasa.

“Beliau mahasiswa, yang berjuang dengan segala kepayahan untuk meneruskan pengajian, diperlekeh secara tidak sengaja.

“Walaupun Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia telah memohon maaf atas kekhilafan, saya dapati sentimen simpati kepada Veveonah semakin berkembang di Sabah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau percaya sentimen itu mudah merebak kerana yang membuat kenyataan dianggap menghina itu adalah pemimpin dari Kuala Lumpur (Semenanjung).

Sehinggakan katanya, sudah mula ada suara dalam kalangan mahasiswa dan anak muda Sabah untuk menolak parti yang dikaitkan dengan Malaya (Semenanjung) dalam PRN nanti.

“Suara-suara ini mula berpadu dengan sentimen ‘Sabah for Sabahan’ yang bermula pada PRU14, masih berkembang sehingga sekarang.

“Lebih-lebih lagi Veveonah daripada etnik Dusun, salah satu kumpulan pengundi terbesar di Sabah dalam kalangan bumiputera Kadazan-Dusun-Murut (KDM),” kata.

Jika sentimen ini merebak lebih meluas tidak mustahil katanya faktor Veveonah ini akan jadi pemboleh ubah penting dalam corak pengundian 26 September nanti.

“Menarik untuk diperhatikan bagaimana PN/BN akan mengurus isu ini, serta bagaimana Warisan akan memanipulasi sentimen ini untuk keberuntungan politik mereka,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan Veveonah, penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), yang memanjat pokok di kampungnya di Pitas, Sabah demi mendapatkan talian Internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian.

Bagaimanapun, Zahidi dalam Dewan Negara baru-baru ini memberitahu bahawa hasil siasatan kementerian mendapati, Veveonah sebenarnya tidak menduduki peperiksaan ketika video tular memanjat pokok untuk mendapatkan capaian Internet itu dirakam.