"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Kepimpinan bertaqwa Amanah berbeza dengan kepimpinan ulama versi Pas

ARIF ATAN
Kepimpinan bertaqwa yang turut menekankan aspek integriti jauh berbeza dengan kepimpinan ulama yang kerap dilaung oleh Pas, tegas Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Ustaz Mohd Fakhrurazi Mohd Mokhtar.

Menurutnya, kepimpinan bertaqwa atau muttaqin memiliki ciri yang bukan sekadar tahu dan faham tetapi melaksanakan tuntutan Allah.

"Bukan setakat cakap tetapi buat. Paling penting, pelaksanaan suruhan Allah itu perlu disesuaikan dalam kerangka masyarakat majmuk di negara kita.

"Sistem nilai sosio-budaya masyarakat di Malaysia tentunya berlainan dengan cara hidup mereka di Tanah Arab," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Mengulas lanjut tentang kepimpinan muttaqin, beliau berkata, gagasan tersebut penting diterapkan memandangkan bukan semua ulama itu sendiri bertaqwa.

"Walaupun ada ilmu agama, tetapi jika tidak menterjemahkannya dalam bentuk tindakan yang adil, termasuk memerangi pemimpin zalim maka rosak masyarakat dan tanah air itu.

"Jatuhnya kerajaan-kerajaan Islam dahulu pun antara lain disebabkan wujudnya golongan agamawan yang berkepentingan.

"Sebahagian mereka membela bahkan mengampu pemerintah zalim demi menagih habuan. Sikap mereka itu didorong oleh ketakutan kepada penguasa bukan ketaqwaan menegakkan kebenaran dan keadilan," jelasnya.

Ustaz Fakhrulrazi turut menekankan elemen keterbukaan dalam menzahirkan kepimpinan bertaqwa.

"Selagi tidak lari daripada syariat, sebarang nilai yang sesuai selari dengan peredaran zaman harus dibahas dan tidak salah untuk dilaksanakan.

"Inilah warisan intelektual yang sudah direntas oleh generasi ulama dan pemimpin bertaqwa terdahulu.

"Namun, kalau kita sebaliknya hari ini hanya mementingkan kulit berbanding isi juga lebih suka menghukum daripada mendidik dan menggunakan pendekatan berhemah, kepimpinan korup dan zalim tidak mustahil akan terus bermaharajalela," tambahnya lagi.
-malaysiadateline

Bila yang digelar ulamak buat fitnah, imej Islam tercemar, kata Mat Sabu

Memberi respon kepada soalan siapa sebenarnya ulamak, Presiden Parti Amanah Negara, Haji Mohamad Sabu berkata beliau bimbang dengan kemunculan mereka yang digelar ulamak kini berbohong dan buat fitnah ketika mengajar di masjid menjadikan imej Islam tercalar.

"Mereka hina bapa saya dengan kata-kata keji tapi saya maafkan, tapi bila direka cerita bohong seperti di Pulau Pinang azan tidak dibenarkakan sejak DAP berkuasa perkara ini tentu menimbulkan persoalan kepada orang bukan Islam tentang mereka yang digelar ulamak oleh orang Islam, katanya di majlis Raya Perantau dan Dialog Adilfitri Amanah di Kota Bharu malam tadi.

Beliau mengimbau kembali semasa permulaan diperkenalkan konsep kepimpinan ulamak yang digerakkan oleh dewan pemuda Pas pada masa itu.

"Saya bersama rakan-rakan pemuda yang diketuai Dato' Mustapha Ali mengadakan muktamar pada tahun 1982 mengusulkan konsep ini supaya mengubah parti Pas supaya jelas halatuju perjuangannya," katanya.

Orang ramai tidak berganjak hingga majlis berakhir untuk mendengar jawapan pimpinan Amanah
Orang ramai tidak berganjak hingga majlis berakhir untuk mendengar jawapan pimpinan Amanah


Menurut beliau semua yang terlibat dari awal memahami kerjasama antara ulamak dan aktivis Islam menyebabkan semua pihak saling hormat menghormati peranan masing-masing.

"Sebab tu yang ulamak umur 35 tahun ke atas tu kalau dia nak kata kat Abang Mat pun tidaklah kata dengan perkataan buruk kerana mereka tahu apa kita buat dulu.

"Tapi datang yang muda-muda bawah 35 tahun yang tak tahu hujung pangkal keluar perkataan macam-macam sampai kita heran Islam dari mana yang mereka belajar," katanya.Abby Abadi turut hadir
Abby Abadi turut hadir

Majlis yang dikendalikan pemuda Amanah Kelantan malam tadi menarik lebih 2,000 pengunjung yang berebut-berebut bertanya soalan kepada pimpinan Amanah kelantan dan pusat.

Turut hadir bekas artis terkenal Abby Abady dan Adun Salor Datuk Husam Musa.
-malaysiadateline

Seks di tepi jalan.. (Gambar)


Ning Dang, 19, yang berasal dari Mongolia dilaporkan mabuk selepas keraian menyambut ulang tahun kelahirannya di sebuah pusat hiburan berhampiran sebuah universiti di sini, baru-baru ini.

Ketika pulang ke asramanya, Dang dilaporkan bertemu seorang pelajar wanita dan mereka terus berasmara di tepi jalan. Amboii, jenis tangkap muat..

Asal kenal jer, terus on.. Tak malu ker.. Eii, jijik sungguh perbuatan dua orang ni. Memalukan family jer.. Pihak polis percaya wanita itu melarikan diri ke Beijing, China.

Hidayah: Pakar Genetik Mengiktiraf Wanita Muslimah Paling Bersih Di Dunia


Robert-Guilhem-765x510Seorang pakar genetika Robert Guilhem mendeklarasikan keislamannya setelah terperangah kagum oleh ayat-ayat Al-Quran yang berbicara tentang Masa Iddah (yaitu masa tunggu selama tiga bulan bagi wanita, untuk boleh menikah lagi) bagi wanita Muslimah yang dicerai suaminya seperti yang diatur Islam.

Guilhem, membuktikan dalam penelitiannya, bahwa jejak rekam seorang laki-laki di tubuh wanita akan hilang setelah tiga bulan. Guilhem yakin dengan bukti-bukti ilmiahnya. Bukti-bukti itu menyimpulkan bahwa hubungan persetubuhan suami istri akan menyebabkan laki-laki meninggalkan sidik (rekam jejak) khususnya pada perempuan.

Jika pasangan ini setiap bulannya tidak melakukan persetubuhan maka sidik itu akan perlahan-lahan hilang antara 25-30 persen. Dan, setelah tiga bulan berlalu, maka sidik itu akan hilang secara keseluruhan.

Sehingga perempuan yang dicerai akan siap menerima sidik laki-laki lainnya. Bukti empiris ini mendorong pakar genetika Yahudi ini melakukan penelitian dan pembuktian di sebuah perkampungan Afrika Muslim di Amerika.

Dalam penelitiannya, ia menemukan bahwa setiap wanita Muslim di sana hanya mengandung dari jejak sidik pasangan mereka saja. Sementara penelitian ilmiah di sebuah perkampungan lain di Amerika (perkampungan non Muslim) membuktikan bahwa wanitanya yang hamil memiliki jejak sidik beberapa laki-laki, dua hingga tiga.

Artinya, wanita-wanita non Muslim di sana melakukan hubungan intim dengan laki-laki selain pernikahan yang sah. Yang mengagetkan sang pakar ini, adalah ketika dia melakukan penelitian ilmiah terhadap istrinya sendiri.

Ternyata ia menemukan istrinya memiliki tiga rekam sidik laki-laki, alias istrinya berselingkuh. Dari penelitiannya, hanya satu saja, dari tiga anaknya berasal dari dirinya, yaitu setelah ia melakukan test DNA terhadap anak anaknya.

Setelah penelitian-penelitian yang dilakukannya, ia meyakini bahwa hanya Islamlah yang menjaga martabat perempuan, dan menjaga keutuhan kehidupan sosial. Ia yakin, bahwa wanita muslimah adalah wanita paling bersih di muka bumi ini.

Guru besar anatomi medis di Pusat Nasional Mesir, dan konsultan medis, Dr. Abdul Basith As-Sayyid menegaskan bahwa Robert Gelhem, pemimpin Yahudi di Albert Einstein College, dan pakar genetika ini mendeklarasikan dirinya masuk Islam, ketika ia mengetahui hakikat empiris ilmiah, dan kemukjizatan Al-Quran tentang penyebab penentuan iddah (masa tunggu) perempuan yang dicerai suaminya dengan masa 3 bulan. (Dian Bango Alamanda)

Sumber: sharia.co.id

HIDAYAH: Siti Aisyah peluk Islam di Rumah Perlindungan Nur Hati

Tranungkite

AMPANG: Derita dibuang keluarga kerana memilih untuk memeluk agama Islam, begitu perit buat Siti Aisyah Abdullah.


Ketika 'kehilangan' keluarga kandung sendiri yang menyisihkannya selepas mengetahui perkhabaran pengislaman dirinya bersama suami, Siti Aisyah bernasib baik kerana dipertemukan dengan seorang insan mulia.

Insan mulia yang digelar umi itulah yang membela nasib Siti Aisyah dan suami dengan memberikan mereka tempat berteduh di Rumah Perlindungan Nur Hati.

Menceritakan kembali kisah pengislamannya, wanita kelahiran Serian, Sarawak ini berkata, beliau tertarik untuk mengenali apa itu Islam dengan erti kata sebenar-benarnya.

Niatnya dipermudahkan apabila dipertemukan dengan umi, yang juga pengasas Rumah Perlindungan Nur Hati menerusi seorang kenalan.

"Saya rasa macam nak kenal apa itu Islam, memang kita tahu Islam tapi kita tak tahu apa itu ikhlas, pahala, amal jariah.. Kita nak cari itu semua. Tempat inilah tempat yang saya cari. Ketenangan yang saya cari ada di rumah ini.

"Selepas sebulan memeluk agama Islam, baru saya beritahu kepada keluarga, mereka marah, maki hamun semua ada sebab tak terima," katanya ketika diwawancara Antarapos.

Menjadi penghuni di rumah perlindungan ini sejak memeluk Islam hampir 10 tahun lalu, Siti Aisyah dapat merasakan perubahan ketara dalam dirinya.

Di rumah perlindungan itu yang menempatkan insan kurang bernasib baik yang kebanyakannya terdiri dari anak tidak sah taraf, Siti Aisyah belajar banyak perkara apatah lagi selepas melihat sendiri keikhlasan umi membesarkan anak-anak istimewa ini.

"Sebelum saya kenal Islam, saya jenis cepat melenting tapi selepas kenal Islam saya tenang, rileks dan tak ada naik angin. Apa yang orang nak cakap pun saya tak kisah, saya buat ini kerana Allah.

"Umi ini seorang pengasih dan penyayang, ibu yang lebih mengetahui hati anak-anak. Kita pun nak ikut caranya yang sabar dan tenang, penyayang, pemurah, mementingkan kebersihan dan kecantikan. Kita pun nak ikut cara dia.

Suami Siti Aisyah dan seorang anak mereka turut berteduh di rumah perlindungan ini bersama 46 penghuni yang lain.

Wanita berusia 41 tahun ini berperanan sebagai sukarelawan dan tukang masak kepada semua penghuni di rumah perlindungan berkenaan.

Menceritakan mengenai penerimaan keluarganya, Siti Aisyah berkata sehingga kini mereka masih belum dapat menerima hakikat pengislamannya itu.

"Saya berdoa semoga mereka diberikan petunjuk dan hidayah," kata Siti Aisyah.

Mengakui kadangkala rindu untuk bertemu keluarga bertamu di hati, Siti Aisyah berkata dia tetap mengambil tahu dan sering bertanya khabar mengenai ibu bapa menerusi adiknya.

Hampir sepuluh tahun tidak bertemu dengan keluarga kandung sendiri, Siti Aisyah berkata kesunyiannya terubat apabila melayani keletah penghuni kecil di rumah itu.

Sambutan Aidilfitri di rumah itu ujar Siti Aisyah, sentiasa meriah tambahan pula kebanyakan penghuni yang pernah menghuni rumah perlindungan itu akan berkunjung untuk sama-sama merayakan hari lebaran itu.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kerana dipertemukan dengan umi. Kalau tidak, saya pun tak tahu di mana nak tinggal," ujarnya mengakhiri perbualan.

Artikel Zakir Naik: Dr Asri bidas M’kini

Percubaan Malaysiakini untuk mengaitkan pendakwah Islam Dr Zakir Naik dengan keganasan amat jelek dan tidak berasas.

Lebih buruk lagi cuba untuk mengaitkan pemimpin kerajaan Malaysia yang menghormati kedatangan Zakir pada April lalu seakan melayan pengganas.

Ada perkara yang saya secara peribadi setuju dan juga tidak setuju dengan pendekatan Zakir itu. Namun untuk mengaitkan beliau sebagai pendakwah yang menggalakkan keganasan sangat tidak benar.

Saya mendengar banyak ceramah beliau, saya tidak dapati hal yang seperti itu.

Saya pelik mengapakah Malaysiakini begitu memusuhi para pendakwah seperti Zakir tanpa alasan yang kukuh.

Saya kurang hairan jika HINDRAF ataupun ASWAJA tidak setuju dengan Zakir kerana memang demikian cara mereka.

Saya rasa perasan terpendam Malaysiakini ialah kebencian dan rasa permusuhan yang mendalam terhadap Islam itu sendiri.

Jika benar Malaysiakini itu mewakili hati jiwa pihak yang ingin menukar kerajaan yang sedia ada, saya rela berdiri teguh memastikan kerajaan yang ada terus berkuasa.

Itu lebih baik daripada suatu keadaan yang lebih buruk yang akan berlaku.

Lebih baik kekal dalam keadaan yang ada daripada bertukar kepada suasana permusuhan agama, kebencian yang dibakar atas permusuhan terhadap satu agama, khususnya Islam.

Saya akan berdiri tegap mempertahankan apa yang ada dari mengubah kepada sesuatu yang saya rasa bersedia memusuhi agama saya tanpa sebab.

Nota Editor:

Kami merujuk catatan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainal Abidin di Facebook dan mengucapkan terima kasih atas maklum balasnya.

Untuk penjelasan, berita berkenaan dipetik daripada akhbar berbahasa Inggeris Bangladesh, The Daily dan bukannya tulisan daripada wartawan Malaysiakini.

Dalam artikel bertajuk ‘Pengganas dalam serangan Dhaka ikut Zakir Naik’ itu, kami langsung tidak mengaitkan Dr Zakir Naik dengan keganasan apa lagi melabelkannya sedemikian.

Malah, dua hari selepas itu, apabila Dr Zakir Naik menafikan laporan yang mengaitkannya dengan pengganas, kami adalah antara portal berita yang pertama menyiarkannya secara panjang lebar.

Kami juga menyiarkan kenyataannya bahawa video di mana beliau didakwa menggesa semua umat Islam supaya menjadi pengganas sebenarnya telah dipalsukan.

Begitu juga dengan pengakuannya bahawa beliau tidak pernah mengenali Osama bin Laden.

Dakwaan Dr Asri kononnya Malaysiakini cuba untuk mengaitkan pemimpin kerajaan Malaysia yang menghormati kedatangan Dr Zakir pada April lalu seakan melayan pengganas adalah tidak tepat.

Apa yang kami paparkan adalah di sebalik kontroversi dan tentangan oleh masyarakat bukan Islam, pemimpin tertinggi negara menyanjung pendakwah itu dan memberinya layanan dengan penuh hormat.

Malah, semasa kunjungannya, kami sendiri memohon kepada pihak penganjur untuk mewawancaranya tetapi kerana kesuntukan masa permintaan itu tidak dapat dipenuhi.

Malaysiakini menegaskan, kami tidak pernah memusuhi Dr Zakir Naik mahupun pendakwah Islam lain.

Malah sepanjang Ramadan, kami juga menyiarkan beberapa siri artikel mengenai golongan mualaf di negara ini.

Malah, Malaysiakini juga berbangga kerana mempunyai sebahagian besar kakitangan beragama Islam, termasuk beberapa mualaf sebagai tenaga kerjanya.

Justeru, dakwaan bahawa terpendam kebencian dan rasa permusuhan yang mendalam Malaysiakini terhadap Islam cukup menguris hati kami.

Kami sentiasa menjunjung bahawa Islam adalah agama persekutuan tetapi pada masa yang sama menghormati kepelbagaian bangsa dan agama di negara ini.

Malaysiakini juga menafikan sekeras-kerasnya kami ingin menukar kerajaan yang sedia ada.

Pendirian kami adalah jelas - untuk menjadi portal berita bebas - menyiarkan berita tanpa memihak kepada kerajaan mahupun parti pembangkang dan sentiasa membela golongan rakyat yang tertindas termasuk golongan minoriti yang dipinggirkan.

Bukan urusan Malaysiakini untuk menentukan parti mana yang seharusnya memerintah negara ini. Ia kuasa rakyat yang ditentukan secara demokrasi.


Bagaimanapun mengambil berkat bulan Ramadan yang baru berlalu dan amalan bermaaf-mafan sepanjang Syawal, Malaysiakini menghulurkan jari sepuluh memohon maaf dan ampun sekiranya kami menyinggung mana-mana pihak dalam menunaikan tanggungjawab kami itu.

Kami kesal jika ada yang terguris dengan kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Malaysiakini menyanjung tinggi pandangan Dr Asri yang sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar khususnya membabitkan hal agama. Kami berharap teguran seumpama ini demi kebaikan semua pihak akan berterusan.

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin.

Umat Islam patut pertahan Dr. Zakir - Perkasa

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Perkasa percaya umat Islam sepatutnya mempertahan pendakwah reputasi tinggi, Dr. Zakir Naik ekoran tuduhan kononnya beliau mempengaruhi kumpulan pengganas melalui ucapannya untuk melakukan keganasan di Bangladesh baru baru ini.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr Amini Amir Abdullah berkata, Dr. Zakir adalah individu yang banyak membantu pihak berkuasa memahamkan Islam sebenar di peringkat antarabangsa.

“Beliau berceramah kepada berjuta manusia dan apakah berjuta ini telah menjadi pengganas? Kalau seorang mendakwa menguna nama Dr Zakir apakah beliau terus di hukum? ” soalnya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga memberi amaran keras kepada Timbalan Presiden Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST), Datuk RS Mohan Shan supaya tidak terlalu cepat membuat tuduhan yang tidak berasas dan kesimpulan tanpa bukti yang kukuh.

“MCCBCHST menuduh Dr. Zakir menyemai pemikiran orang muda dengan idea yang membawa kepada pemikiran terrorisme. Perkasa menggesa MCCBCHST agar lebih berhati-hati membuat kenyataan dan generalisasi yang berdasarkan sangkaan dan tohmahan semata mata.

“Siasatlah dengan mendalam sebelum membuat kenyataan biadap seperti ini. Berhati hatilah dalam membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Jangan sekadar mengikut telunjuk dan berita pihak Barat yang tidak berasas,” katanya.

Pada masa yang sama, Perkasa juga menggesa MCCBCHST menarik balik kenyataan yang dilabelnya, biadap

“Jika tidak Perkasa menganggap mereka ada niat jahat yang tersurat. Mereka sebenarnya mahu memburukkan Dr. Zakir dan menghalangnya dari berceramah demi kebenaran agama,” simpul beliau.

Semalam, akhbar Bangladesh, The Daily melapor dua pengganas yang terbabit dalam pembunuhan 20 tebusan di Dhaka, Bangladesh sebagai pengikut Zakir dan dua perekrut yang dipercayai anggota kumpulan militan Negara Islam (IS).

Akhbar itu juga menyatakan seorang daripada pengganas itu, Rohan Imtiaz menulis di Facebooknya tahun lalu bahawa Zakir menggesa semua umat Islam untuk menjadi pengganas.

Ekoran itu Mohan Shan menggesa Putrajaya untuk membatalkan anugerah Maal Hijrah yang diberikan kepada Zakir di samping menghalang beliau daripada menyampaikan ceramah di Malaysia, petik lapor Malaysian Insider.

-----------------------
 Dr Zakir Naik: PERKASA bidas kumpulan antara agama
Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA membidas kumpulan antara agama kerana mencadangkan pendakwah Islam Dr Zakir Naik memberi ilham kepada pengikutnya untuk melancarkan serangan pengganas.

Sebaliknya, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam, Dr Amini Amir Abdullah menegaskan pendakwah bebas berasal dari Mumbai itu adalah bereputasi tinggi dan membawa aliran yang sederhana.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran keras kepada Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) agar tidak terlalu cepat membuat tuduhan yang tidak berasas dan kesimpulan tanpa bukti bukti yang kukuh.

“PERKASA menggesa MCCBCHST menarik balik kenyataannya yang biadap.

“Jika tidak PERKASA menganggap mereka ada niat jahat yang tersembunyi seperti udang di sebalik batu.

“PERKASA dapat membaca apa yang tersirat... mereka sebenarnya mahu memburukkan Dr Zakir dan menghalangnya dari berceramah demi kebenaran agama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Amini, MCCBCHST seharusnya menyiasat dengan mendalam sebelum membuat kenyataan seumpama itu.

“Berhati-hatilah dalam membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Jangan sekadar mengikut telunjuk dan berita pihak Barat yang tidak berasas,” katanya.

Amini seterusnya mempertahankan Zakir, yang mencetuskan kemarahan masyarakat bukan Islam semasa lawatannya ke Malaysia baru-baru ini dengan berkata pendakwah itu seharusnya diberi peluang untuk membuat penjelasan.

“PERKASA berpendapat Dr Zakir Naik patut diberi peluang untuk membuat penjelasan dan beliau sepatutnya tidak diletakkan dalam kandang orang yang bersalah.

“Umat Islam patut mempertahankannya. Beliau juga banyak membantu pihak berkuasa memahamkan Islam yang sebenar di sini dan pada peringkat antarabangsa.

“Hampir semua ceramahnya merujuk kepada mesej Islam sebagai agama keamanan sejagat. Beliau juga menekankan Islam sebagai agama perdamaian dan keharmonian,” katanya.

Semalam Zakir menafikan bahawa ucapannya menggalakkan keganasan, dan mengalu-alukan siasatan terhadapnya.
-malaysiakini-

Lima fakta menarik mengenai Muhammad Ali

ASYRAF MUHAMMAD
BERITA mengenai pemergian peninju tersohor di dunia, Muhammad Ali, 74, sememangnya memberi kesan yang mendalam terhadap peminat sukan berkenaan.

Bekas juara dunia ini yang merupakan salah seorang olahragawan terbaik di dunia meninggal dunia di Arizona selepas menerima rawatan akibat daripada gangguan pernafasan ekoran penyakit Parkinson yang dihidapinya.

Sebelum memeluk Islam, Muhammad Ali dikenali sebagai Cassius Marcellus Clay dan namanya mula menjadi sebutan di bibir masyarakat selepas beliau berjaya meraih pingat emas dalam kejohanan tinju ringan ketika Olimpiade 1960.

Selain itu, Muhammad Ali yang turut menerima jolokan sebagai “The Greatest” turut meraih gelaran dunia pertamanya pada tahun 1964 selepas mengalahkan Sonny Liston.

Berikut merupakan lima fakta menarik mengenai peninju legenda ini:

1) Selain bertinju, Muhammad Ali meupakan seorang penyanyi, pelakon dan penyair

Kebanyakan orang ramai hanya mengetahui Muhammad Ali adalah merupakan seorang peninju namun beliau juga adalah merupakan seorang penyanyi, pelakon dan penyair.

Pada tahun 1963, Muhammad Ali telah melancarkan album pertamanya iaitu “I Am The Greatest” iaitu enam bulan sebelum dia menewaskan Sonny Liston dan mendapat gelaran World Heavyweight untuk pertama kali dalam karier tinjunya.

Sebagai pelakon, Ali turut berlakon dalam teater muzikal bertajuk Buck White.

2) Muhammad Ali takut menaiki pesawat

Insiden ini berlaku pada tahun 1960 ketika Muhammad Ali ingin menaiki pesawat untuk menuju ke Eropah. Pada waktu itu, Muhammad Ali begitu takut untuk berada di udara dan beliau menegaskan untuk memakai payung terjun ketika berada dalam pesawat.

Perjalanan menggunakan laluan udara ternyata tidak sia-sia apabila beliau berjaya memperoleh pingat emas dalam kategori Light Heavyweight.

3) Muhammad Ali pernah memujuk Saddam Hussein untuk membebaskan 15 orang tahanan Amerika

Apabila bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein menyerang Kuwait pada 1990, Saddam menahan 2,000 warga asing sebagai tahanan. Muhammad Ali telah menaiki pesawat ke Baghdad untuk bertemu dengan pemimpin Iraq tersebut dengan harapan bahawa statusnya sebagai atlet Islam dunia dapat membantu dalam rundingan tersebut.

Ia mengambil masa 50 minit untuk membebaskan 15 orang tahanan Amerika berkenaan.

4) Muhammad Ali mengelak batu untuk tambah kelajuan

Bunyinya memang agak pelik tapi itulah kaedah yang digunakan oleh atlet legenda ini. Muhammad Ali sering kali meminta rakannya untuk membaling batu kepadanya. Muhammad Ali akan cuba untuk mengelak semua balingan oleh rakannya itu.

5) Muhammad Ali tumbuk polis pada pertarungan pertamanya

Kejadian ini berlaku pada 29 Oktober 1960 di mana Muhammad Ali telah memenangi kejuaraan pertama selepas menewaskan Tunnya Hunsaker. Selain peninju, Hunsaker juga merupakan seorang ketua polis dari West Virginia.

Ia merupakan pertarungan yang menarik dan Muhammad Ali memenangi perlawanan menerusi keputusan sebulat suara selepas enam pusingan perlawanan. - sportyghost.com
-sinarharian-

Husam cadang TMJ titah laporan Ketua Audit 1MDB dilepas dari OSA

MALAYSIA DATELINE
Tengku Mahkota Johor layak untuk titahkan agar laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dilepaskan dari OSA, kata Husam Musa.

Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim layak untuk menitahkan agar laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang diOSAkan oleh Perdana Menteri   dikelaskan semula sebagai bukan OSA.

Husam mencadangkan perkara ini ekoran laporan ini sudah jatuh ke tangan portal berita penyelidikan, Sarawak Report dan mula mendedahkan satu persatu laporan itu.

Husam bertanya, bagaimana negara boleh membaca laporan penting ini secara sah.

Husam juga mempersoalkan, bagaimana tindakan  mengOSAkan penyelewengan ini dijadikan sebagai satu jenayah.

Datuk Husam Musa, bekas naib presiden Pas."Bolehkah YDP Agung dan Raja-Raja Melayu menitahkan mereka diberikan taklimat Khas oleh Ketua Audit Negara? Serta menitahkan satu salinan Laporan ini diberikan kepada mereka?

"Kemudian, Raja-Raja menitahkan ia dikelaskan semula sebagai bukan OSA. Diedarkan untuk dibaca oleh seluruh rakyat.

"Saya agak, TM Johor saja, sudah layak menitahkan sedemikian jika sebenarnya PM menghormati Raja-Raja dan tidak ada jenayah yang hendak ditutup," kata Husam dalam kenyataannya.

Husam yang kini bukan ahli Pas lagi selepas dipecat bertanya, adakah wajar, kerana satu makhluk bernama PM, satu  negara bernama Malaysia perlu dinafikan hak untuk mengetahui kedudukan tentang kepentingan negara mereka demi mengelakkan tindakan ke atas pihak yang telah melakukan dosa ke atas seluruh rakyat.

Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang diOSAkan oleh PM jatuh ke tangan Sarawak Report (SR) baru-baru ini.

Menurut Husam, sepanjang laporan SR mengenai 1MDB - belum ada yang dapat dipertikaikan kebenarannya oleh kerajaan.

Bermula hari ini,  SR akan menyiarkan secara bersiri butir-butir dari Laporan AG itu.

Laporan AG menyenaraikan sejumlah USD 6.87 B 'pelaburan yang tidak dapat disahkan' atau dalam bahasa mudah - wang negara yang dilesapkan - menerusi 1MDB!

USD6.87 bilion bersamaan RM 27.7 billion.

"Rakyat Malaysia yang gila saja tidak akan sensitif dengan jumlah ini," kata Adun Salor Kelantan itu.

S'wak Report dedah laporan sulit 'Audit Negara' siasat 1MDB

Laman web pendedah maklumat yang berpangkalan di London,Sarawak Report telah menerbitkan beberapa kandungan apa yang didakwa sebagai laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB walaupun dokumen berkenaan diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Sarawak Report telah mendapat akses meluas kepada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, bersama-sama dengan dokumen utama yang disertakan hasil siasatan itu," katanya.

Laman itu menyenaraikan pelbagai kebimbangan yang dicatatakan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya, terutamanya berkaitan dengan beberapa pemindahan dana yang dipersoalkan.

Sarawak Report juga menyediakan butiran pemindahan dana berkenaan.Malaysiakini tidak mengesahkan sama ada laporan itu adalah sahih mahupun melaporkan kandungan tersebut kerana sekatan undang-undang.

Menurut portal itu, ia akan menerbitkan maklumat lanjut daripada laporan Ketua Audit Negara pada hari-hari akan datang.

Pada April lalu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak untuk membenarkan laporan Audit Negara mengenai 1MDB dibentangkan di Parlimen dengan alasan ia masih belum dinyah-rahsiakan.

"Saya tidak boleh membenarkan dokumen yang diklasifikasikan dibentangkan di Dewan Rakyat. Saya akan melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 jika membenarkannya," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 4 Mac lalu.

Kerajaan setakat ini enggan memaklumkan bila laporan itu akan didedahkan atau dinyah-rahsia. Setakat ini, hanya ahli-ahli PAC yang mempunyai akses kepada laporan itu
-malaysiakini-

Jerman lebih baik tapi Perancis bijak guna peluang

Berikut adalah komen kedua-dua pengurus pasukan selepas perlawanan antara Perancis dan Jerman berakhir sebentar tadi:

Joachim Low (Jerman)
Pada 2012 (Euro, kalah 1-2 kepada Itali di peringkat separuh akhir) dan 2010 (Piala Dunia, kalah keada Sepanyol 0-1) lawan kami berhak menang kerana mereka bermain lebih baik, tetapi pada kali ini kesnya berbeza.

Kami bermain lebih baik berbanding Perancis, kami pasukan lebih baik daripada mereka. Kami mempunyai kelebihan dari segala segi tetapi kami tidak bernasib baik kerana gagal memperoleh gol.

Pemain bertindak seperti diarahkan dan mereka sangat bersemangat. Justeru tiada apa yang boleh dipersalahkan.

Hakikatnya tuah tidak berpihak kepada kami.


Didier Deschamps (Perancis)
Ia perlawanan mencabar dan kami menderita kerana mereka. Cuma kami sama-sama menderita pada akhirnya.

Jerman memang lebih baik tetapi kami buat apa yang perlu kami buat. Di depan gawang Hugo Lloris cemerlang bertindak pada ketika dia diperlukan begitu.

Akhirya kami berjaya ke perlawanan akhir dan Perancis serta Portugal memiliki peluang sama rata.

Menjadi tuan rumah tidak memberi sebarang kelebihan buat Perancis dan perlawanan akhir nanti masih terbuka untuk mana-mana pasukan muncul juara.

Fakta menarik:

Perancis adalah negara tuan rumah pertama berjaya ke perlawanan akhir sebanyak dua kali (kali pertama pada Jun 1984, dan Perancis mengalahkan Sepanyol 2-0)Kemenangan Perancis ke atas Jerman hari ini adalah yang pertama sejak 1958 bagi sebarang perlawanan utama antarabangsa.Jerman tumpas empat daripada enam perlawanan separuh akhir bagi kejohanan utama dunia, iaitu pada 2006, 2010, 2012, 2016Bastian Schweinsteiger membuat kemunculan ke-38 bagi mewakili negaranya, mengatasi mana-mana pemain lagi untuk kejohanan Piala Dunia dan EropahAntoine Griezmann sudah menjaringkan enam gol pada kejohanan kali ini. Rekod bagi jaringan terbanyak untuk satu kejohanan Euro masih dimiliki Michel Platini (sembilan gol pada Euro 1984)

Berikut pandangan legenda Arsenal dan bekas pemain kebangsaan Perancis, Thierry Henry:
Sebuah pasukan yang hebat mampu mengambil peluang atas kesilapan lawan. Apabila ada kesempatan, hukumlah mereka. Itu yang dilakukan Perancis.

Perancis hari ini seperti Itali atau Jerman suatu ketika dulu. Ada dua peluang dan kami mendapat dua gol.

Saya agak beremosi hari ini. Terharu melihat kebersamaan pemain Perancis serta penyokong. Pemain melakukan tugas mereka dengan baik. Evra, Sagna, Umtiti, semuanya cemerlang.

Kami juga ada Griezmann. Sekali lagi Perancis memiliki seorang wira, penyerang dan kita boleh berharap dia membawa kejuaraan untuk Perancis.

Perlawanan menentang Portugal agak kabur tetapi apa salahnya kita menikmati ia seadanya.

Pada perlawanan akhir Piala Juara-juara baru-baru ini kita lihat persaingan antara Christiano Ronaldo (Real Madrid) menentang Griezmann (Atetico Madrid).

Perlawanan akhir Euro 2016 juga antara Ronaldo dan Griezmann.
-malaysiakini-

Ahmad Husni dedah kenapa dia letak jawatan

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini berkata beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua kerana tidak mahu ditukarkan ke kementerian yang lain.

"Saya beritahu diri saya, satu hari (nanti) saya akan bersara, tetapi, saya tidak tahu bila. Namun saya putuskan bahawa persaraan saya hanya di Kementerian Kewangan.

"Sebab itu saya bercakap dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), saya beritahu beliau saya akan bersara dengan Kementerian Kewangan, jika anda mahu tukar saya, saya tidak mahu. Jadi, gugurkan saya," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Sungai Rokam di sini.

Ahmad Husni berkata beliau tidak mempunyai masalah langsung dengan Perdana Menteri, Kabinet mahupun parti.

Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 27 Jun sebelum Najib mengumumkan rombakan Kabinet. Selepas itu, beliau juga meletakkan kesemua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai Anggota Parlimen kawasan Tambun.

Jawatan Menteri Kewangan Kedua kini disandang Datuk Johari Abdul Ghani.

Ahmad Husni berkata, beliau pada mulanya mahu bersara daripada politik pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan mahu menjadikan Kementerian Kewangan sebagai destinasi terakhirnya dalam kerajaan.

"Tetapi Perdana Menteri ada idea sendiri dan tukarkan saya ke kementerian lain," katanya.

"Kenapa saya mahu jawatan terakhir dalam kementerian itu, ini kerana di bawah MOF (Kementerian Kewangan) saya dapat membantu banyak pihak yang memerlukan.

Saya percaya bahawa di Kementerian Kewangan, saya boleh menyatupadukan orang ramai kerana saya percaya dalam kepelbagaian budaya," katanya.

Ahmad Husni turut menegaskan peletakan jawatan beliau dalam Kabinet dan Umno tiada kaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Tidak... 1MDB tiada kaitan dengan peletakan jawatan saya sebab saya nak bersara sudah lama. Inilah masalahnya apabila bersara, ramailah yang kata ini tentu adalah masalah.


"1MDB tidak ada kaitan langsung dengan peletakan jawatan saya kerana saya mahu bersara," katanya sambil menambah

"1MDB adalah satu perniagaan besar dan kita tidak boleh kata perniagaan itu sempurna sepenuhnya".

"Dalam perniagaan, ada dua perkara penting iaitu risiko perniagaan dan risiko kewangan. Ini bermakna sesiapa yang mengambil alih 1MDB, maka perlu lihat kedua-dua aspek ini. Jika mereka boleh, sudah pasti tiada masalah," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Husni turut menafikan akan menyertai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun parti pembangkang.

"Tidak.. saya tidak akan menyertai (Dr) Mahathir atau mana-mana parti pembangkang sebab saya percaya dalam politik ada titik pengakhirannya," katanya.

Ahmad Husni berkata setakat ini, beliau ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagai Anggota Parlimen Tambun dengan membantu para pengundi yang menyokong beliau selama ini.

"Sekarang ini, apa yang saya ingin lakukan merupakan perkara terakhir iaitu sebagai ahli Parlimen," katanya sambil menambah kawasannya mempunyai 99,000 pengundi dan kira-kira 300,000 penduduk.

"Mereka menyokong saya. Sebab itu saya berusaha bersungguh-sungguh berkhidmat sebagai ahli Parlimen setakat kemampuan saya.

Biarlah saya duduk tenang sebab apabila saya tidak lagi dalam politik, ia sangat indah, minda saya tiada lagi gangguan, sebab dalam politik banyak gangguan," katanya.

Sementara itu, beliau juga percaya dengan kepimpinan Datuk Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Kewangan Kedua.

"Saya akan nasihatkan beliau berusaha sebaik mungkin mengikut kemampuannya dan keduanya adalah integriti.

Anda tahu, ada sesetengah orang suka mengambil peluang. Kadang-kadang, mereka akan lihat kepada Kementerian Kewangan. Jadi, sila gunakan dan amalkan integriti sepenuhnya," katanya.
-malaysiadateline-

Sokong Pecat MP Pagoh – Umno Johor Kerajaan Boneka Najib dan Rosmah

Mahdzir Ibrahim
Kenyataan Menteri Besar Johor, mewakili Umno Johor yang menyokong sepenuhnya pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan bahawa pengaruh Najib Tun Razak semakin mencengkam Johor.

Malah, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor yang juga Exco Datuk Md Jais Sarday mendakwa bahawa tidak terdapat rasa tidak puas hati di kalangan ketua-ketua cawangan Umno di Johor berhubung perkara itu.

Ini jelas satu petanda bahawa suara rakyat akar umbi di Pagoh telah diabaikan apabila beliau hanya mengambil kira suara ahli parti dalam isu tersebut.

Sokongan Umno Johor atas pemecatan TSMY ini melenyapkan sama sekali slogan ‘Progresif’ yang diwar-warkan selama ini. Malah keputusan ini sebenarnya menguntungkan kita dan ini akan mencerahkan lagi peluang penentang pentadbiran Najib untuk bersatu dengan rakyat Bangsa Johor dalam menentang salahguna kuasa Najib Tun Razak berkaitan skandal kewangan terbesar dirantau asia.

Adalah mudah kita mengukur bahawa segala slogan-slogan indah oleh Menteri Besar Johor hanyalah untuk mengumpul sokongan buat Perdana Menteri yang penuh dengan skandal itu.

Secara tidak langsung bermakna beliau:

1. Bersetuju dengan Najib bahawa Gst tidak membebankan rakyat.
2. Bersetuju dengan ‘Politik Dedak’ – Cash is King
3. Bersetuju dengan salahguna kuasa Najib Tun Razak, bahawa tidak wujud skandal 1MDB.
4. Bersetuju bahawa Rosmah Mansur sesuka hati menggunakan harta rakyat untuk tujuan peribadi
5. Bersetuju agar Najib mengekalkan kuasanya sebagai Perdana Menteri
Fakta-fakta ini menjadikan kerajaan BN Johor sebagai kerajaan boneka Najib dan Rosmah. Ini melengkapkan asas-asas perjuangan Bangsa Johor untuk menolak kerajaan boneka ini.

Justeru itu, saya menjemput seluruh Bangsa Johor tidak kira bangsa dan agama untuk bersatu dan bekerja bersama-sama demi memastikan kerajaan boneka Najib ini ditewaskan dalam pilihanraya yang akan datang.

Tidak ada gunanya memakan dedak jika kerajaan yang ada, hanya akan menjadi alat untuk Najib dan Rosmah bermaharajalela menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan mereka.

Harus kita ingat, setiap sen yang dibelanjakan oleh Najib dan Rosmah kepada anda sebagai dedak, ia adalah dari titik peluh semua rakyat dan tindakan ini dihalalkan oleh kerajaan boneka Najib yang sedang dipimpin oleh Umno Johor. – Roketkini.com

*Mahdzir Ibrahim ialah Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Johor

Anak, Isteri Terbiar Makan Nasi Dengan Garam Kerana Suami Dipenjara Meniaga Tanpa Lesen 


Masa depan seorang ibu dengan 10 anaknya begitu kelam akibat kesempitan wang sehingga memaksa mereka memakan nasi digaul dengan garam. Akibatnya anak Nur Atikah Abdullah, 38, jatuh sakit kerana tiada wang membeli makanan.

“Saya terpaksa menjual tong gas sebagai pertukaran bagi membeli makanan selepas anak menjadi lemah dan terbaring di lantai kerana makan nasi 'berulamkan' garam selama dua hari disebabkan tiada wang untuk membeli makanan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Atikah hilang tempat bergantung dan terpaksa menyara anaknya berusia antara dua hingga 22 tahun selepas suaminya menjalani hukuman lapan bulan penjara kerana berniaga tanpa lesen.

Katanya, enam anaknya yang berusia antara 8 hingga 16 tahun terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu membayar yuran, selain tiada kenderaan untuk ke sekolah.

“Mereka hanya sempat bersekolah seminggu saja pada awal Januari lalu sebelum wang perbelanjaan kami habis.

“Saya menjual kereta milik suami kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan,” katanya.

Beliau cuba bekerja sebagai pembancuh air di Johor Baru dengan gaji RM80 sehari, namun tidak kekal lama kerana bimbang dengan keadaan anak-anak yang terbiar di rumahnya di sini.

Beliau juga pernah cuba menjalankan perniagaan pakaian bersama rakan, malangnya ditipu pembekal yang bertindak melarikan wang modal.

Walaupun mendapat bantuan bulanan Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) sebanyak RM500, namun jumlah itu tidak cukup untuk menampung keperluan, yang menyewa RM400 sebulan di Taman Murni.

Kisah hidup Atikah yang tersebar melalui WhatsApp mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda yang menghulurkan bantuan segera RM150 serta barang keperluan asas.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun anaknya Bank Simpanan Nasional 02116-29-00013459-2 Nurul Nabila Mohamad Haris.
-MalayMailOnline

"Bapa Saya Dikendurikan Beramai-ramai"


kUALA LUMPUR - Viral sebuah video sekumpulan besar orang awam bertindak ganas membelasah seorang pemandu kereta warga emas, pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), depan premis Maybank itu, mangsa seorang lelaki warga emas dibelasah dengan teruk selain keretanya ditendang, cermin dipecahkan, lampu sisi dipatahkan.

Menurut laman Wartawan Jalanan, mangsa dikatakan tersalah masuk ke lorong yang tidak sepatutnya sehingga terlanggar sebuah motosikal, sebelum dibelasah oleh sekumpulan besar orang awam yang membeli belah di Jalan TAR.

Dalam video tersebut, beberapa anggota polis trafik dan orang awam cuba menghalang sekumpulan individu yang terus menerus membelasahnya, namun tidak diendahkan. Malah mereka dengan kejamnya telah memasuki kereta itu dan membelasah mangsa.

Video yang dimuat naik oleh laman Wartawan Jalanan itu telah mendapat 8,000 lebih perkongsian di Facebook.

Anak mangsa, Mohd Zulfadhli Mohd Kassim, tampil mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian malang yang menimpa bapanya itu.

"Terima kasih pada semua sahabat yang viralkan kes bapa saya 'dikendurikan' beramai-ramai sejak dari awal pagi tadi. Banyak maklumat saya dah dapat. Beberapa orang yang bertanggungjawab pun dah dapat. Kes ini juga telah naik sampai pada pihak Kementerian Dalam Negeri.

"Mohon hentikan spekulasi tentang sesiapa sahaja jika tidak tahu cerita yang sebenar. Jika ada yang berkenaan, sila hubungi saya. Yang memanjat kereta ayah saya juga telah menghubungi saya dan beliau berniat mahu memberi bantuan kepada ayah saya. Saya akan maklumkan sebarang berita," katanya.

Menurut saksi di tempat kejadian. kereta yang dipandu mangsa telah memasuki lorong tersebut dan terlanggar sebuah motosikal. Namun tiada sebarang kecederaan yang berlaku. Malah penunggang motosikal terbabit juga beredar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Malangnya beberapa orang awam yang lain mula menendang dan membaling objek keras pada kereta mangsa sehingga mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

"Polis akan buat siasatan.. Pengarah JSJ da sahkan 10 tangkapan da dibuat.. ikutkan hati nak juga Balas Pantun semua yang menjual.. tapi ahli keluarga da rakan2 banyak menasihati agar biar ‪#‎PDRM‬ yang jalankan siasatan.. terima kasih pada semua.. ape juga alasan atau spekulasi yg ade di FB ni xpatut kerana beliau berumur 77 tahun.. bukan taraf kehidupan berbeza membezakan cara kita beradab.. thank you for all positive message from all wishing my father recovery.. May Allah Bless You... Selamat Hari Raya.." kata Mohd Zulfadhli - PIXEL MEDIA

ps: Kami memohon maaf kepada keluarga mangsa dalam kesilapan membuat tajuk. Tajuk telah ditukar bagi menjaga sensitiviti pihak keluarga mangsa

Pukul orang tua, rosakkan keretanya (Gambar)


Kereta warga emas dirosakkan sekumpulan lelaki selepas mangsa terlanggar motosikal yang berhenti mengejut di Bazar Jalan Masjid, semalam. FOTO ihsan pembaca

Kuala Lumpur: Sekumpulan lelaki menyerang warga emas yang terlanggar motosikal yang berhenti mengejut di Bazar Jalan Masjid, di sini, petang semalam.

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki yang berusia 76 tahun itu dikatakan memandu perlahan di lokasi terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, seorang penunggang motosikal memotong kereta dipandu mangsa dan berhenti secara mengejut.

"Tindakan itu menyebabkan warga emas terbabit tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang motosikal lelaki berkenaan.

"Ketika mahu melihat keadaan keretanya, dia diserang 10 lelaki yang bertindak memukulnya dan merosakkan keretanya sebelum melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan.

Rusdi berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati hanya seorang saksi tampil membantu mangsa dan memberikan keterangan.

"Berdasarkan keterangan mangsa, dia tidak mengenali penyerang berkenaan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148/427 Kanun Keseksaan," katanya.
-hmetro

Berpaut pada alat pendingin udara di tingkat lapan dalam keadaan bogel kerana melarikan diri dari suami kekasih


Beijing – Seorang lelaki terpaksa berpaut pada alat pendingin udara di tingkat lapan sebuah bangunan apartmen dalam keadaan hampir berbogel kerana melarikan diri selepas suami kekasihnya tiba-tiba pulang.

Lelaki itu dipercayai memanjat keluar dari tingkap apartmen kekasihnya untuk mengelak terserempak dengan suami wanita berkenaan.

Rakaman disebarkan di LiveLeak menunjukkan dia berpaut pada alat pendingin udara hampir tanpa seurat benang kecuali cebisan kain kecil yang menutup kemaluannya.

Video dipercayai dirakam penduduk bangunan di hadapan apartmen berkenaan di China itu turut menunjukkan orang ramai di bawah bangunan itu berjalan tanpa menyedari drama yang berlaku di atas.

Tidak jelas berapa lama lelaki itu terpaksa berpaut di situ, atau sama ada dia berjaya masuk semula ke dalam rumah berkenaan
Kualalumpurpost.

Hidayah: 10 tahun Liku-liku jejaka Iban sebelum bergelar saudara baru

Anne Muhammad
Esok, umat Islam di negara ini akan meraikan Aidilfitri.

Tetapi bagi Kamal (bukan nama sebenar), liku-likunya sebelum mampu meraikan Aidilfitri setiap tahun cukup mencabar.

Baginya, agama boleh berbeza tetapi kasih sayang anak dan ibu tetap sama sampai bila-bila.

Atas dasar itu, pembantu jurutera 26 tahun itu terus menghormati dan mengambil hati ibunya yang beragama Kristian.

Beliau juga tidak melihat agama menjadi penghalang untuknya membantu kerja-kerja ibunya, termasuk memberi makan babi ternakan keluarga.

“Walaupun kini saya bergelar Islam, saya tetap membantu ibu memberi babi ternakan keluarga makan.

“Dan saya tidak membenarkan ibu saya membeli pinggan baru untuk saya, cukup dibasuh bersih sahaja,” kata pemuda Iban itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Sesetengah mualaf enggan berkongsi pinggan yang digunakan untuk makan makanan tidak halal. Jika berkongsi pun, ia biasanya akan disamak dengan air tanah dan air bersih terlebih dahulu.

Setelah 10 tahun memeluk Islam, niat baik Kamal itu berbaloi kerana anak kelahiran Bintulu Sarawak itu semakin boleh diterima sebagai orang Islam dalam keluarga Kristian.

“Alhamdulillah, hubungan ibu dan saya semakin baik dan saya tidak mahu kerana perbezaan agama hubungan kami semakin renggang.

“Saya masuk kelas agama dan belajar perbezaan mazhab, pendapat ulama dan perbandingan agama maka saya lebih faham cara untuk uruskan keluarga saya yang beragama Katolik,” katanya.

Suasana tegang di sekolah

Anak sulung dari tiga beradik itu menganut Islam ketika berusia 16 tahun setelah tiga tahun mendalaminya.

Dugaan awal diterimanya apabila beliau rapat dengan seorang guru biologi yang membantu mengajar berkaitan Islam tetapi tidak disenangi ibunya ketika itu.

Lebih rumit apabila ibu beliau bertugas sebagai pembantu makmal di sekolah yang sama, menyebabkan suasana tegang.

“Keadaan memang sangat rumit pada waktu itu. Ibu saya bekerja sebagai pembantu makmal di sekolah itu jadi berita masuk Islam tersebar dengan cepat.

“Ibu saya mengamuk ketika dia dapat tahu berita itu, ibu mulai masam muka dengan guru biologi walaupun mereka bekerja dalam satu bangunan,” katanya.

Oleh kerana terlalu tertekan, Kamal mempertimbangkan untuk belajar di semenanjung sehingga tamat SPM.

Namun atas nasihat gurunya, beliau memutuskan untuk tetap tinggal bersama ibu, dedahnya.

2 tahun berdepan pujukan

Katanya, selama dua tahun beliau terpaksa berdepan desakan ibunya supaya kembali pada agama asal.

Ibunya malah meminta bantuan guru sekolah yang terlibat dalam persatuan Katolik untuk memujuk beliau.

“Ibu memang marah, ibu pukul, tapi saya tak marah. Ibu minta bantuan guru persatuan Katolik untuk beri nasihat pada saya, tapi saya cuma dengar dan pekakkan telinga.

“Saya tidak mahu ibu marah sangat jadi saya bantu ibu buat kerja ladang, berkebun,” katanya.

Selepas tamat SPM, Kamal melanjurkan pelajaran ke sebuah politeknik di Shah Alam dalam jurusan kejuruteraan.

“Sepanjang saya di semenanjung saya belajar agama Islam dan dalam masa yang sama saya akan ambil hati ibu saya. Saya akan hubungi ibu dan pulang ke kampung kalau saya ada cuti,” katanya.

Beliau kini mampu tersenyum apabila hubungan keluarga semakin akrab dan ibunya semakin boleh menerima dirinya.

“Alhamdulillah saya lega apabila keluarga semakin boleh terima saya seadanya dan saya harap hubungan ini akan terus baik,” katanya.
-malaysiakini-

Pejabat JPJ W.P kerugian RM750,000 disamun dua lelaki yang hanya bersenjata parang

Kuala Lumpur: Wanita berusia 40-an yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ditahan malam tadi bagi membantu siasatan kes samun RM750,000 di kaunter Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Difahamkan, wanita itu ditahan selepas memberi keterangan di Balai Polis Setapak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superitendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, keterangan daripada wanita itu diperlukan dalam kes ini kerana dia sudah bekerja di pejabat itu sejak tiga tahun lalu.

"Pada masa yang sama, kita turut menyiasat mengenai kehilangan telefon pintar anggota RELA itu yang dilarikan suspek," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian 5.45 petang semalam, dua suspek bersenjatakan parang melarikan wang tunai RM750,000 ketika beberapa kakitangan pejabat jabatan itu sedang membuat pengiraan wang.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki terbabit turut memakai topi keledar memasuki kompleks ibu pejabat jabatan itu.


Padanlah Dengan Kami Miskin

Abd Ghani Haron

Seorang ibu tunggal yang balik dari menerima sumbangan beras dari satu ngo,berhenti bersembang dengan saya di luar pagar rumah menunjukkan beras yang diterimanya.

Beras uncang 10 kg.Saya bersungut,"Ini beras hancur."Dari luar uncang jelas beras tersebut hancur,tidak seperti beras biasa,agaknya inilah yg dikata beras 15% hancur.Ibu tunggal itu membalas perkataan saya,"Cikgu,padanlah beras ini dengan kami yang miskin."Sedih saya mendengarnya.Dia meninggalkan saya sambil menjinjing beras tersebut,saya sedikit kesal berkata sedemikian.Dalam fikiran saya,tentulah orang yg bersedekah inipun tidak makan beras hancur itu,tetapi bila bersedekah cari yg murah.

Bukankah nabi berpesan supaya memberi apa yg kita sayangi.Bukankah Allah telah menurunkan ayat"Kamu sekali-kali tidak sampai pada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan, apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Q.S. Ali Imran [3]: 92)Jelas disebut harta yg kita cintai. Paling kurang berilah sesuatu yg sama taraf dengan apa yg kita makan,kita guna.Kenapa bila nak memberi sedekah,kita kena ukur taraf orang nak terima,apakah mereka tak boleh merasa apa yg kita rasa,kita makan.Memberi sesuatu yg setaraf dengan kemiskinan mereka ibarat menghina mereka,seperti memberi beras hancur kpd fakir miskin.

Kisah Habil dan Qabil yg melakukan korban tidak saja boleh dirujuk dlm hal korban tetapi boleh juga diqias kpd sedekah jariah kerana sedekah jariah juga adalah ibadat kerana Allah.Jadi mengapa bila bersedekah tidak memilih yg terbaik.Berilah apa yg kita makan,kita guna,jangan persoal taraf mereka.Perkataan ibu tunggal itu,"padanlah dengan kami yang miskin" adalah satu sindiran yg kita semua kena memikir sebelum memilih bentuk sedekah biar sedekah kita mengikut taraf kita bukan taraf penerima.Jangan jadikan sedekah kita ibarat satu penghinaan kpd orang lain.Jangan rasa aku dah banyak bersedekah tetapi kita tidak sedar bahawa sedekah kita mungkin ditolak oleh Allah.

Mungkin ada yg mempersoal bagaimana bersedekah pakaian terpakai atau makanan yg tidak habis.Hakikatnya kita masih sayang benda itu dan kita berniat untuk mengelak pembaziran.Bila kita boleh memilih untuk bersedekah,pilihlah yg kita selalu guna,kita suka,sayang.Jangan fikir nak bersedekah banyak,maka quality barang pun direndahkan.Bukan banyak menjadi nilai disi Allah,tetapi firman Allah itu menyebut harta yg dicintai.Jika nak dikaitkan dengan kenduri kendara,sesetengah orang suka buat kenduri besar,ramai,tetapi makan lebih kurang sahaja,emak saya selalu sebut makan jilat palit sahaja.Kenduri juga sedekah maka sebaiknya bukan ramai yg jadi ukuran tetapi kesempurnaan majlis, makanan dan keselesaan layanan tanpa membeza pangkat darjat itulah yg terbaik sebagai suatu sedekah jariah dan penghormatan terhadap tetamu.

Jika kita ingin merasai kenikmatan dari sedekah yg dijanjikan Allah dan rasulnya,penuhi satu sifat penting iaitu bersedekah dg sesuatu yg kita cintai. Jangan merungut kenapa rezeki aku tak bertambah pun walau aku banyak bersedekah, kerana kebajikan dari kesempurnaan sedekah hanya akan tercapai dg sesuatu yg kita cintai.

Wallahu a'lam abd ghani haron

Lelaki dihalang cuba penggal isteri (Gambar)


Kaherah – Seorang lelaki berjaya dihalang orang ramai daripada memenggal isterinya di tempat terbuka.

Pada awal video yang tersebar di Internet itu, lelaki terbabit dilihat menghempap isterinya di atas jalan raya dan cuba mengelar leher wanita itu.

Bagaimanapun, sekumpulan lelaki, termasuk jiran mereka menyerangnya.

Seorang daripada mereka dilihat menghampirinya dari belakang dan menendang tengkuknya sebelum seorang lagi melontar bata ke arah kepalanya.

Wanita itu kemudian bangun melarikan diri dan tempat dia terbaring sebelum itu dilihat mempunyai kesan darah.

Pada masa sama puluhan orang menolak suaminya ke dinding dan menghimpitnya sebelum memukulnya dengan pelbagai objek.

Video itu dimuat naik ke LiveLeak Jumaat lalu dilaporkan dirakam di Mesir.

Menurut laporan, wanita itu terselamat
-kualalumpurpost-


Soalan maut buat Haron Din dan Haji Hadi

'Kenapa Haron Din, Hadi tak minta Najib cuti?'

Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempertikaikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa mempunyai 'pendirian celaru' dalam melawan rasuah di negara ini.

Ia berikutan kenyataan Haron yang menggesa supaya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bercuti sehingga siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadapnya selesai.

Beliau berkata, kedua-dua pemimpin itu sepatutnya bersikap lebih 'gentleman' dengan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan perkara sama ekoran dakwaan terlibat dengan skandal 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

"Kenapa Haron Din nasihat ketua menteri Pulau Pinang sahaja untuk berbuat demikian? Mengapa Haron Din tidak berani nasihat Najib juga untuk berbuat demikian.

"Apa pendirian Haron Din dalam kes skandal kewangan Najib? Mengapa Haron Din dan Hadi Awang diam seribu bahasa?

"Haron Din dan Hadi selaku ulama jangan ambil pendekatan berat sebelah. Jangan jadi gajah depan mata tak nampak, tetapi kuman di seberang laut mereka nampak," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Sehubungan itu, Khairuddin menasihatkan Haron dan Hadi selaku seorang ulama agar tidak mengamalkan sikap pilih kasih dan bercakap perkara yang benar.

"Dalam Islam tak boleh ada unsur pilih kasih. Segalanya mestilah berteraskan kepada kebenaran. Ulama mesti bercakap yang benar. Jangan amalkan sikap pilih kasih," katanya lagi.

Akhbar Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, Haron Din meminta Guan Eng menjadi seorang 'gentleman' dengan mengambil cuti atau meletakkan jawatan sebagai ketua menteri selepas didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah.

Khamis lalu, Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial.
-malaysiakini

Padah menimpa si pencuri kereta (Gambar)


Alor Setar: Seorang pemilik kereta sempat menahan seorang lelaki yang cuba mencuri keretanya di hadapan sebuah pasar raya di sini pagi tadi.

Lebih malang bagi si pencuri dia dibalun oleh orang ramai.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd. Rozi Jidin berkata, suspek yang berusia 31 tahun dari Simpang Empat dekat sini ditahan selepas pemilik kenderaan terbabit menghubungi pihak polis.

“Apabila pemilik berkenaan hendak mengambil kereta Honda Accord di kawasan pasar raya berkenaan, dia mendapati seorang lelaki berada di dalam keretanya.

“Pemilik berkenaan menangkap suspek dengan bantuan orang awam dan padanya dijumpai beberapa alat seperti penukul, spanar dan allen key yang dipercayai digunakan untuk mencuri kereta,” katanya.

Beliau berkata, individu berkenaan didapati mempunyai lima rekod melibatkan kes mencuri kenderaan.
-Bernama