"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Teguran Dr Maza, haram kritik pemimpin kerajaan?


Subky Latif
Teguran Dr Maza terhadap fatwa orang-orang agama Umno secara literalis betapa mengkitik pimpinan politik kerajaan adalah haram, amat menarik perhatian.

Khususnya saya sendiri, kira-kira lebih 40 tahun tidak putus-putus mengkritik siapa saja, banyaknya adalah pemimpin politik dalam kerajaan.

Pertama sebagai wartawan, saya diajar bahawa kritik itu adalah satu dari empat fungsi media selain daripada menyampaikan maklumat, menyampaikan pendidikan atau tarbiyah dan menyalurkan hiburan. Dan kritik itu adalah rempah ratus yang menyuburkan demokrasi yang menjadi pegangan Negara kita.

Malah seluruh ulama haraki ini termasuk Ikhwanul Muslimin, menerima pakai demokrasi sesuai dengan situasi semasa.

Hujah Dr Maza, jika menegur pemimpin itu haram, maka apa jadi pada fungsi Parlimen yang dikira satu institusi kenegaraan yang sihat.

Hidupnya mana-mana Parlimen di dunia ialah dibenarkan secara terbuka dan sihat menegur semua yang pincang dan lemah baik pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang.

Malah dalam masa setahun setengah ini, dunia menyaksikan umat Islam di beberapa wilayah Islam bangun mengubah system parliman dan pemerintahan rubber stamp yang dikira menzalimi dan membelenggu rakyatnya.

Jika fatwa orang agama itu dipakai, ertinya rakyat di Tunisia, Mesir, Yaman, Libya, Syria sekarang dan lain-lain telah terlibat dalam kegiatan haram. Sedang dunia ulama seluruhnya mengira, yang dipanggil Arab spring itu adalah satu tindakan positif.

Oleh sebab fatwa ahli agama Umno itu melibatkan hukum agama, maka tidak boleh ditolak begitu saja dan tidak wajar diterima begitu saja kerana masing-masing membawa nas.

Jika betul haram, katakan haram. Jika tidak katakan tidak.

Dalam mengukuhkan hujahnya, Dr Maza membangkitkan kritik terbuka Dr Mahathir terhadap pimpinan kerajaan selepasnya, malah tidak berselindung Dr Mahathir menyeru supaya pemimpin kerajaan itu digulingkan.

Mahathir tidak sekadar mengkritik pemimpin selepasnya saja. Tonggang langgang hujung pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra adalah gara-gara serangan politiknya.

Apapun tindak tanduk politik Dr Mahathir tidaklah dapat dijadikan ukuran sesuatu itu tidak haram. Haram halal dan dosa pahala tidak termasuk dalam kamus politiknya.

Tidak wajar fatwa haram itu dibuat bagi ditujukan kepada pembangkang saja. Maka fatwa itu mestilah meliputi sepak terajang politikus Umno juga.

Jika haram, yang pemimpin Umno buat terhadap pemimpin kerajaan pun haram juga.

Bukan Dr Mahaathir saja pemimpin Umno yang mengkritik pimpinan kerajaan sebelum dan selepasnya.

Apa yang Tunku Abdul Rahman Putra sebagai pemimpin Umno tidak kata terhadap Dato Onn Jaafar yang menjadi salah seorang pemimpin kerajaan yang penting sebelum merdeka dulu. Mungkin tidak haram mengkritik Dato Onn kerana dia duduk dalam kerajaan penjajah.

Tetapi Tunku setiap minggu terus-menerus mengkritik Perdana Menteri Tun Razak, Perdana Menteri Tun Hussein dan Perdana Menteri Dr Mahathir. Tulisannya dalam The Sunday Star menegur secara terbka semua perkara yang dirasanya tidak betul oleh tiga Perdana Menteri selepasnya.

Tidakkah secara politiknya, selepas tidak menjadi Perdana Menteri, Tunku bergelumang dengan amalan haram?

Maka teguran Dr Maza mesti diberi perhatian ketika kerajaan Najib hendak menguatkuasakan maqasid syariyah.

PKR Selangor bidas dengan SU Politik MB Selangor

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
SHAH ALAM: Majlis Pimpinan Selangor kecewa sambil menegaskan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar sepatutnya mengelak daripada membuat komen-komen yang tidak wajar berhubung kenyataan kontroversi kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Timbalan Pengerusinya, Zuraida Kamaruddin berkata, Faekah seharusnya mengambil pendekatan positif dengan menghubungi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sendiri berhubung isu berkenaan.

"Jika Faekah mengambil nafas kali kedua dan baca habis laporan (media), beliau pastinya akan faham keseluruhan mesej komen Azmin di mana TSK (Khalid digambarkan sebagai) satu aset bagi kerajaan PR dalam merealisasikan Buku Jingga, manifesto dan Bajet 2013 di peringkat persekutuan," kata beliau yang juga Ketua Wanita PKR dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam satu kenyataan kepada satu portal berita yang dipetik akhbar tempatan hari ini, Faekah menyifatkan kenyataan Azmin, yang disiarkan oleh Sinar Harian Rabu lalu, sebagai langkah yang “tidak bijak secara politik.”

Katanya, selaku pemimpin PR, seseorang yang membuat kenyataan sedemikian seharusnya telah mempertimbangkan implikasi akibat kenyataan mereka.

50 ahli Umno bakal isytihar keluar parti

Mohd Sabri Said
PERMATANG PAUH: Seramai 50 orang ahli Umno Cawangan Permatang Tengah, Permatang Pauh sudah serik dengan permainan politik parti itu dan membuat pendirian akan keluar parti.

Kesemua mereka dijangka akan mengumumkan keluar Umno pada satu majlis khas 14 Oktober ini di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Turut dijangka hadir pada majlis itu nanti adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut mantan ketua cawangan Umno tersebut, Encik Talib Ibrahim 53, tindakan drastik sebahagian penyokongnya adalah kerana kecewa dengan langkah yang diambil oleh Umno Pusat yang bertindak memecatnya selain kesal dengan pelbagai dakyah kotor yang sengaja dilaksanakan untuk memancing pengaruh orang melayu di Pulau Pinang.

"Bukan saya resah bila dipecat malahan rasa lega setelah usaha yang dibuat demi kepentingan rakyat dibalas dengan surat pemecatan pada 24 September lalu.

"Kesan daripada pemecatan itu seramai 50 ahli Umno di cawangan yang pimpinya selama 36 tahun keluar beramai-ramai, " jelasnya ketika berdemo di hadapan jalan Permatang Pauh petang tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Pauh selama 21 tahun, turut kesal kerana Umno sanggup membohongi rakyat kononya membela nasib orang Melayu sebaliknya bertindak menjadi 'broker' menjual tanah orang Melayu kepada bangsa lain.

Selama ini kata beliau, ramai ahli Umno termasuk dirinya terpedaya dengan kenyataan kepimpinan Umno yang acapkali bersuara membela nasib orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan, peniaga dan seupamanya.

Tindakan keluar Umno itu katanya bukan kerana dipaksa atau gimik menjelang pilihanraya umum ke 13 tetapi disebabkan timbul perasaan sedar apabila sering ke ceramah Pakatan Rakyat.

"Tindakan mereka bukan disebabkan dipaksa malahan kerana tekanan hasil perlakuan kepimpinan Umno sendiri. Mereka beralih juga disebabkan selalu pergi ke ceramah Pakatan Rakyat yang menceritakan apa yang sebenarnya, " terang beliau.

"kalau PR menang saya (Polis) pun bertugas juga.."

Facebook Azman Atmin
SEPERTI biasa disetiap program ceramah anjuran Pas Kawasan Tebrau, saya akan di datangi oleh pegawai Polis untuk di ambil keterangan tentang nama2 penceramah dan yg berkaitan.

Pada crmh 30hb sept yg lepas saya bertanya padanya brp ramai anggota datang tuan, dia jawb "5 org.., takda masaalah sambil2 bertugas dapat dengar ceramah, kalau PR menang saya pun bertugas juga..",

saya bersalaman dan mengucapkan terimakasih padanya.., Terimakasih kepada anggota2 Polis yg memahami perjuangan PAS, kami tidak mahu bermusuhan dengan POLIS dan umno jangan jadikan POLIS sebagai orang suruhan.

Bila Azalina Jadi Badak Sumbu

Mohd Sayuti Omar
Hari ini Umno Johor baru berjumpa buku dengan ruas. Kalau sebelum ini pemimpin Umno Johor boleh beriba tangan dan tidak perlu gundah gulanda setiap kali tiba pilihan raya umum, kerana parti itu sudah pasti akan menang besar, tetapi kali ini sudah tidak lagi. Perasaan itu bukan menjadi milik mutlak mereka lagi.

Tuhan ini maha adil dan maha mentadbir, rasa 'agah' dan megah yang kesekian lama bertakhta di dalam minda pemimpin Umno Johor sudah ditarik perlahan-lahan.
Azlina, Sallahudin bertemu buku dengan ruas.
Kenapa Allah menarik rasa nikmat dan anugerah itu? Jawabnya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mungkin tidak bersyukur atas nikmat dan rahmat diberikan-Nya.

Ada firman-Nya bermaksud; kalau kamu mensyukuri nikmatKu, Aku akan tambah, tapi kalau kamu kufur terhadap nikmat Ku, aku akan tarik dan perhinakan kamu.

Apa yang terjadi kini kerana kealpaan dan sikap ego pemimpin Umno itu sendiri. Tegasnya mereka tidak melaksanakan apa yang mereka janjikan kepada rakyat. Mereka mendabit dada kononnya sebagai pembela Melayu, hakikatnya Melayu di Johor semakin terkempit dan terhimpit. Mereka mendabik dada hendak mendaulatkan Islam, hakikatnya Islam terancam dan diserang dari depan dan belakang. Johor gagal menjadi serambi Makkah atau 'jokel' Madinah, walhal kalau hendak dikira negeri itulah mempunyai paling banyak sekolah agama dan pendidikan agama dikatakan wajib diperingkat pra sekolah.

Jadi dimana janji dan ikrar Umno? Itulah menyebabkan nikmat sementara itu ditarik balik. Keadaan Umno hari ini dalam situasi gelisah dan gelabah macam kucing kejatuhan anak. Perasaan dan keadaan ini tidak dapat disembunyikan lagi. Cara sesetengah pemimpin menangkis serangan lawan secara ganas dan samseng menunjukkan betapa mereka diasak kegelisahan. Beberapa pemimpin melenting dan jadi naik angin tidak semena-mena menujukkan hakikat itu. Bahawa mereka tidak lagi merasa selesa dan tidak akan mendapat kemenangan mudah dalam pilihan raya akan datang.

Salah seorang yang tidak dapat menyembunyikan keresahan dan 'mengepikkan' ketakutan dan melenting macam buah guli jatuh ke simen, ting ting ting, ialah ahli Parlimen Pengerang, Azlina Othman Said. Hari ini tidak semena-mena bekas menteri kabinet itu menjadi naik angin tidak tentu fasal, menyerang orang itu dan orang ini sampai mengajak berdebat dengannya.

Khabarnya dalam parlimen semalam beliau menjadi seperti badak sumbu dalam waktu haid, tanduk situ sigung sini. Badak sumbu kalau dia hendak datang bulan dia akan panas baran dan akan mengamuk 'ikut dan' bagi melepaskan perasaanya. Katanya semalam di parlimen Azalina jadi emosi kerana serangan pembangkang ke sarangnya di Pengerang. Beliau marah dengan pembangkang yang mendedahkan isu pojek loji penapis petrokimia (Rapid) yang dicadang dibangunkan di kawasannya.

Pembongkaran projek bernilai RM600 billion berkenaan adalah gangguan ke atas sarangnya di Pengerang itu. Selama ini tidak ada siapa menganggu atau pun mengusik sarangnya. Dua kali beliau menang tidak bertanding di kerusi itu. Jadi apabila sarangnya telah diusik baru Azalina merasa betapa hangat dan panasnya bila kloni diusik dan diganggu.

Katanya orang yang menjadi tandukan dan tendangan ala-ala takewando bekas puteri Umno itu ialah Naib Presiden Pas Sallahuddin Ayub. Azalina marah dan berbuku betul dengan Sallahuddin sampai meminta untuk berdebat dengan ahli parlimen Kubang Kerian itu. Tampaknya pemulangan Sallahuddin ke Johor benar-benar pemulangan seorang pendekar yang baru disintuk limau ia telah memberi impak besar kepada Umno Johor. Baguslah.

Saking marahnya Azalina semalam sampai Nurul Izzah Anwar meminta beliau agar tidak emosi. Izzah minta laluan semasa beliau berucap tetapi tidak diberi laluan. Malangnya semasa Azlina membelasah Sallahuddin, ahli parlimen itu tidak berada dalam dewan.

Ada beberapa perkara yang menimbulkan kemarahan Azalina. Antaranya ialah tunjuk perasaan membantah projek itu yang diadakan 30 September lepas di Pengerang. Azalina marah apabila angka tunjuk perasaan itu dikatakan mencecah 7,000. Sebalik, beliau dakwa hanya 3,000 sahaja. Sebenarnya Azalina tidak perlu emosi dan marah kalau angka yang diperolehi itu lebih tepat. Apabila beliau cuba mempertikaikan soal angka ini menunjukkan perasaan itu menganggu musim-musim tidur dan damainya selama ini.

Perkara lain yang dimarah ialah kononnya pengambilan tanah rakyat itu dibuat tidak adil dan menganiaya rakyat. Beliau melenting apabila tanah rakyat didakwa pemimpin pembangkang dibayar dengan kadar RM2.80 sekaki. Sebelum ini Azalina menjelaskan harga bayaran mencecah RM8 sekaki. Beliau juga sebelum ini marah sampai hendak saman Mazlan Aliman apabila Mazlan menuduh beliau terbabit membawa projek itu ke Pengerang. Saya sedikit hairan dalam hal ini, satu masa Azalina ghairah mempertahankan projek berkenaan dan dimasa lain ketakutan pula bila dikatakan beliau terlibat membawa balik projek itu.

Keadaan ini menunjukkan beliau sendiri tidak yakin dengan projek berkenaan akan memberi keuntungan dan dapat membantu rakyat.

Panas!! Ketua Cawangan Umno bakar baju Umno (Gambar)

AnakSgDerhaka
PANAS!! Ketua Cawangan UMNO bakar baju UMNO (Video Inside)
Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi.

Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka.

Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan.

Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.
Antara yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. “Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?” soal Talib.
“Mereka sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan merempat di tanah air sendiri”

Dalam masa yang sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang menyokong dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut.

Antara kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit.

Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO?

Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!"..

Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu..
Untuk pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!!

Azalina terkejut peserta demo PR tidak dibayar?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Tohmahan bahawa peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang dibayar dengan masing-masing RM30.00 untuk hadir ke perhimpunan tersebut tidak mengejutkan, kata Riduan Mohd Nor.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS itu, sudah banyak kali perhimpunan aman Pakatan Rakyat ditohmah dengan pelbagai tuduhan negatif seperti itu.

"Bagi ahli-ahli Pakatan Rakyat mahupun pencinta demokrasi, tuduhan ini bersifat liar dan menggelikan hati.

"Mungkin juga ia adalah reaksi spontan dari golongan yang terkejut melihat rakyat sudah mulai bangkit dan bersuara menuntut hak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Datuk Seri Azalina Othman, Ahli Parlimen Pengerang sebelum ini yang berkata ribuan rakyat yang hadir ke Himpunan Hijau Lestari Pengerang minggu lalu adalah dibayar.

Mengulas lanjut Riduan berkata, Azalina sebenarnya tidak memahami bagaimana rakyat boleh bersatu untuk hadir ke perhimpunan ini meskipun tanpa dibayar upah sesen pun.

"Mungkin juga ujarnya Azalina telah lama bergelumang dalam politik pemerintah dan biasa bagi mereka mengupah penyokong mereka untuk hadir dalam perhimpunan yang mereka anjurkan.

"Bagi mereka, menjadi budaya peserta perhimpunan dibayar dengan pakej lengkap: duit poket, T Shirt percuma, penginapan, makanan, bas (pengangkutan) dan lain-lain.

"Tetapi bagi Pakatan Rakyat, menganjurkan perhimpunan tanpa bayaran menjadi asam garam dalam perjuangan," kata beliau lagi.

Realiti yang berlaku katanya, rakyat dengan kesedaran sendiri bangkit apabila merasakan diri mereka dizalimi.

Azalina ujarnya, elok mengemukakan bukti beserta dengan fakta kukuh dan mengajukan kepada SPRM untuk diadukan jika benar peserta tersebut dibayar.

"Belajarlah memahami realiti dan hidup bersama rakyat di bawah, supaya tahu erti kehidupan sebenar rakyat," katanya.

Jadi jutawan kerana jual rambut manusia

DUA wanita bekerja di sebuah bengkel yang mengumpulkan rambut manusia di Kampung Binh An pada 15 Jun lalu. - AFP
BINH AN, Vietnam: Seorang penduduk kampung di sini, Do Van Thu menjadi kaya selepas dia menjual rambut manusia.

Thu menjadi jutawan dalam tempoh 13 tahun selepas dia memulakan perniagaan menjual rambut manusia sehingga dieksport ke luar negara.

"Pada setiap tahun, keluarga saya mengeksport 50 tan hingga 60 tan rambut ke China.

"Kami membeli rambut di seluruh Vietnam termasuk dari Laos dan Kemboja," katanya yang berusia 50 tahun.

Permintaan untuk mendapatkan rambut itu telah meningkat sejak sepuluh tahun lalu terutamanya daripada golongan wanita muda.

Thu mempunyai sebuah bengkel yang digunakan untuk membersih dan mengumpulkan rambut itu di sini sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung.

"Setiap pekerja saya memperoleh pendapatan AS$140 (RM427) sebulan," katanya.

Jumlah itu tiga kali ganda daripada purata pendapatan penduduk luar bandar di negara ini.

Menurut seorang penduduk kampung ini, Nguyen Van Tam, harga rambut itu adalah antara AS$45 (RM137) hingga AS$250 (RM763) bagi setiap satu kilogram.

Menurutnya, harga tersebut adalah bergantung kepada kualiti rambut./AFP

Baca 15 soalan maut yang perlu dijawab pencacai Umno

http://tukanglawan.blogspot.com
15 soalan dan 1 soalan cepu emas yang harus dijawab oleh pencacai tegar umno dan bn, soalan-soalan ni "tukanglawan" terjumpa dalam satu komen di satu portal blog. jadi elok "tukanglawan" kongsikan, sebab soalan ni takkan keluar di TV3 suku atau utusan malaysia.

1.Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR

9. Siapakah yg me’lego’ telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO

12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

13. Siapa yg menolak hukum HUDUD selama ini ?
A. PAS
B. UMNO

14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
Dan soalan cepuemas

Siapakah bela lembu dalam kondo?
A. Anwar
B Nik Aziz
C Kak Ijat

Tunjuk sebab Anwar tak boleh naik jet

Subky Abdul Latif
Lalu rioh sekalian penceceh kerana Datuk Seri Anwar naik jet dari Kuala Lumpur ke Labuan, ke Sabah dan ke Sawarak.Sebelumnya kecoh Anwar dan orang-orangnya naik bas ke sana ke mari dalam jelajah kempennya menunggu PRU 13.

Apa yang dinaiknya seolah-olah tidak kena belaka. Naik bas tak boleh, naik jet pun tak boleh. Habis apa yang boleh? Mungkin naik motosikal dan naik basikal pun tak boleh juga.

Kita tunggu bila pula Anwar hendak menonggang kuda di desa dan kota? Atau tunggu saja dia dan orang-orang berkuda masuk ke Putrajaya nanti. Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang memang selalu berkuda di belakang rumahnya di pantai Rusila. Tentu beliau tidak kekok berkuda ke Putrajaya.

Salahkah Anwar naik jet dalam keadaan jet sebagai satu kenaikan sudah tidak pelik lagi bagi dunia umumnya?

Eloknya kita minta saja sekalian yang gian dan mabuk dengan angin kencang Pakatan Rakyat hendak memfathul (membebaskan) Putrajaya memberi tunjuk sebab mengapa Anwar tidak boleh gunakan jet?

Saya teringat kisah laporan Musnyi Abdullah tentang rakyat jelata tidak boleh berpayung melalui depan istana Raja Terengganu. Komen Munsyi Abdullah, mengapa tidak dilarang burung terbang melintasi istana?

Masa itu belum ada budaya tunjuk sebab. Jika ia berlaku sekarang, kita boleh tanya kerajaan Terengganu memberi tunjuk sebab mengapa orang tidak boleh berpayung di hadapan istana?

Saya tahu cerita seorang pemimpin Umno Terengganu naik jet dengan seorang anak kecil balik ke Terengganu dari Kuala Lumpur kerana bondanya meninggal dunia. Pada hal dia boleh menggunakan motokar yang terbaik untuk ke sana atau tunggu penerbangan biasa. Tidak berbangkit kapalterbang penuh kerana ada ruang bagi mjuslihat istimewa MAS mengosongkan satu dua kerusinya.

Tetapi kerana hendak cepat, dia naik jet. Besar mana belanja dan dari mana dapat duit keranya terpaksa berbayar tidak berbangkit. Manusia sudah ada kemudahan untuk memanfaatkan jet atau apa-apa kenaikan yang lebih canggih.

Apa yang hendak diungkit dengan kemudahan Anwar menggunakan jet? Apa salahnya dan apa tidak betulnya dia menaiki jet?

Adakah kerana dari mana dia dapat duit untuk memajak jet itu? Atau jet siapa dan siapa yang membenarkannya menggunakan jet itu?

Atau kalau ada rakan-rakannya di luar negara memberinya kemudahan menggunakan jet, adakah ia suatu yang tidak dibenarkan? Anwar memang mempunyai ramai rakan di seluruh dunia yang boleh menawarkan kemudahan, malah percuma pun ada yang bersedia.

Kisah Anwar dikatakan senang dengan duit bukan benda yang pelik. Semasa Anwar memimpin ABIM dulu heboh orang kata dia diberi banyak duit oleh Muammar Gaddafi. Tiada sebarang langkah kerajaan ambil tentangnya atau menyiasatnya. Dalam heboh itulah Umno menawarnya untuk menjadi calonnya.

Apa pun yang dikatakan tentang Anwar ialah dia berupaya untuk mendapatkan apa-apa kemudahan seperti yang orang lain boleh dapat.

Mungkin Anwar tidak ada duit dan tidak ada keupayaan untuk menggunakan jet? Soal dia tidak mampu tidak menjadi isu kerana kemudahan itu boleh ditawarkan oleh penyokong-penyokongnya.

Ia adalah tanda dia disokong oleh berbagai jenis orang. Bukan orang miskin saja yang menyokongnya, orang-orang ada jet pun boleh meminjamkan kepadanya.

Jika sebagai pembangkang dia dapat macam-macam kemudahan, maka tidaklah payah baginya untuk mendapat berbagai jenis sokongan kiranya dia memerintah.

Dia guna jet tidaklah jadi isu yang pelik, tetapi kalau dia curi jet baru jadi cerita.

Di mana dia dapat duit? Duit Anwar ada dalam poket setiap penyokongnya. Bila dia mahu, sekaliannya akan mengeluarkan duit dari sakunya.

Projek RAPID Pengerang : Pengkhianatan Terhadap Rakyat !

Mazlan Aliman
TERDAPAT dua projek mega yang sedang dan akan dibangunkan di Pengerang. Pertama, Terminal Tangki Laut Dalam Bebas bagi industri simpanan minyak mentah oleh Dialog Group Berhad(Dialog) yang sudah pun dimulaka.

dan kedua, Kompleks Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia(RAPID) oleh Petronas yang jangka akan dimulakan pada tahun 2013.

Cadangan pembinaan utama merangkumi:-
1. Kilang Penapisan dengan kapasiti menapis sebanyak 300,000 tong sehari
2. Kompleks petrochemical dengan jumlah pengeluaran tahunan sebanyak 3,000,000 tan

Selain Plan Pengeluaran utama, fasiliti sokongan operasi RAPID:

1. Pengerang Cogeneration Plant(PCP)
2. LNG Regassification Facility(RGT-2 Terminal)
3. Fasiliti berpusat seperti pusat rawatan air terbuang, perbekalan air utiliti, instrumentation air and centralized Flaring.

ISU2 YANG MENIMBULKAN TANDATANYA

1. DIALOG telah menawarkan saham sebanyak 10% kepada Kerajaan Negeri Johor bagi proses pengambilan tanah. DIALOG tidak akan berdepan dengan bantahan penduduk kampung yg tanahnya terlibat. Sebaliknya, 'memperkuda' Kerajaan Negeri dengan 'rasuah' 10% tersebut. Soal pampasan, pindahkan penduduk, majlis penerangan dan hal2 yg berkaitan adalah tgjawab Kerajaan Negeri.

Yang penting kerja2 menghalau penduduk terlibat mesti berjalan mengikut jadual. Sebarang kelewatan merugikan syarikat- DIALOG.

DIALOG berkehendakkan 6424 ekar sahaja, namun Kerajaan Negeri mengurniakan 22,500 ekar tanah utk projek keseluruhannya. Kerja2 memindahkan 927 keluarga dari tujuh kampung iaitu Sungai Kapal, Teluk Empang, Langkah Baik, Sebong, Batu Mas, Kg Jawa dan Sg Buntu ke lokasi cadangan tanah seluas 387 ekar di Kg Dato' Abd Ghani Othman utk plot A dan 800 ekar di ka

Kelantan tuntut bayaran penuh RM10.4 bilion duit royalti

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan atau 'R' kelmarin turut menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Memorandum itu diserahkan ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sejurus selesai Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan membuat rayuan terhadap tiga tuntutan.

Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.

Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.

Dalam memorandum itu, NGO 'R' membuat resolusi menuntut Datuk Seri Najib memastikan pembayaran Wang Royalti dibuat secara tunai oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Mereka juga menuntut bayaran keseluruhan termasuk tunggakan iaitu berjumlah RM10.4 Billion dengan kadar segera mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975.

Dalam pada itu, mereka juga menggesa Perdana Menteri dan Petronas membina hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas di Kelantan kerana jarak Blok PM301 yang berada dalam perairan Kelantan hanya 140 kilometer sahaja ke Pantai Senok, Bachok.

Berbanding ke Kerteh, ianya lebih jauh dengan jarak pembinaan paip sepanjang 300 kilometer.

Menurut Pengerusi R, Nazri Deraman, pembinaan hab di Bachok itu secara tidak langsung dapat menjimatkan kos dan memberi impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan.

"Ianya juga selari dengan Titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima yang telah bertitah agar Gas didaratkan ke Pantai Bachok, memandangkan 4000 ekar tanah sudah disediakan sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi," katanya.

Pembinaan itu juga ujarnya akan membuka peluang kerja yang sangat luas sekiranya projek gas itu berjaya didaratkan ke Kelantan.

Konstabel mabuk tembak pelayan

FIRDAUS HASSAN
DI pub inilah seorang anggota polis melepaskan tiga das tembakan sehingga mencederakan seorang pelayan di Padungan, Kuching kelmarin.
KUCHING: Seorang anggota polis berpangkat konstabel berusia 21 tahun berlagak samseng apabila dengan selamba melepaskan tiga das tembakan selepas gagal mengawal emosi ketika bertengkar dalam keadaan mabuk di sebuah pub di kawasan hiburan Travilion Mall, Padungan di sini semalam.

Kejadian pukul 3 pagi itu mengakibatkan seorang pelayan premis cedera apabila terkena serpihan peluru di lehernya.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila anggota yang bertugas di Bahagian Tugas Am Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman itu pergi berhibur di premis berkenaan bersama seorang rakannya selepas menyertai satu operasi di Serian. Anggota itu menyertai pasukan polis sejak lebih setahun lalu.

Kita Tengok Siapa Lebih Berani; Mat Maslan Atau Mazlan Aliman

Mohd Sayuti Omar
Mat tidak payah cakap banyak, tidak perlu memberi amaran tidak perlu bersabar saman saja Mazlan Aliman apa nak tunggu-tunggu lagi. Mat mana, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan. Rakyat mahu tengok siapa benar dan siapa tidak benar. Mat Maslan kata Mazlan Aliman pemimpin yang celupar kerana banyak membuat fitnah terhadap Felda.

Sebagai contoh katanya Mazlan mengatakan RM400 juta saham FVHB dijual atau diberikan kepada Genting syarikat perjudian tersohor dan terbesar di Malaya ini di mana salah seorang ahli lembaga pengarahnya datuk Najib Razak.

Saya yakin dengan pendirian dan maklumat yang ada kepada Mazlan Aliman. Dia ini juga berani. Apa keturunan saya tidak tahu, mungkin bugis sama keturunan dengan Najib Razak. Tetapi Najib penakut pula. Selalunya orang bugis berani dan cekal.

Mazlan tidak akan membuat fitnah kerana partinya bukan paeti membuat fitnah. Pas bukan parti putar cerita atau tabur cerita fitnah dan mendedahkan keaiban orang sampai ke seluar dalam. Itu bukan parti Mazlan.

Parti Mazlan ialah parti Pas yang berjuang berladaskan Quran dan Hadith. Pas tidak suka memfitnah atau memutar belit cerita. Logiknya kalau Mazlan membuat fitnah, tidak payah sampai Mat Mazlan tegur, Pas akan menegurnya dulu. Ini mana Pas ada tegur, support lagi adalah...

Tidak usah cakap banyak kita hendak tengok sejauh mana keberanian Mat Maslan. Beliau harus tampil menyaman Mazlan sendiri jangan berharap kepada mana-mana pihak. Kalau beliau memberi alasan tidak ada lokas standi... bermakna Mat Maslan selama ini bercakap bermodalkan angin yang tentu berak bernajiskan asap sahaja.

Saya juga yakin Mazlan Aliman bersedia bila-bila masa untuk berdepan dengan saman Maslan. Harap Mat Maslan berani seperti Azlina Othman Said. Kalau tidak berani bolehlah Mat Maslan bertukar jantina dengan Azalina dalam menghadapi Mzlan Aliman ini.

Keberanian dan kesediaan Mazlan untuk menghadapi tindakan undang-undang Azlina dialu-alukan dan diucapkan syabas. Begitulah anak jantan pantang dicabar dan undur apabila digertak.

Dan kita orang luar pula inilah masanya untuk melihat orang Johor bergaduh sesama sendiri. Kita tenguk orang Johor mana yang menang. Kalau orang Johor yang dulu 80 peratus menganut Umno sudah mula bergaduh ini bermakna kedudukan Umno di Johor sudah tidak stabil lagi. Kalau dikubu sediri sudah ada pergaduhan, cabar mencabar, apa lagi ditempat lain.

Barang kali benarlah "teori" yang saya kemukakan dalam buku baru saya; Nyawa BN dihujung pedang, ada kebenaran bahawa Johor akan menyambut gelombang di Sabah dan Sarawak untuk meranapkan UBN di Semenanjung. Steady Mat... khabarnya saham Felda merudum lagi.

KANTOI! Bukti Ali Rustam Salahguna Kuasa Untuk Majlis Kahwin Anaknya!

Blog jalanpulang1978.blogspot.com
Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu!.Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan.

Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu.
Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter sebentar tadi menulis:

@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat?

[ @shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ]

Surat tersebut dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua menghadiri mesyuarat tersebut.

Surat tersebut bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali Rustam berterusan.
Antara kandungan surat tersebut menyatakan bahawa satu mesyuarat mengenai majlis persiapan tersebut akan diadakan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 30 September lalu.

Shamsul juga mengulangi janjinya untuk hadir bersama pemimpin Pakatan Rakyat negeri membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11 pagi esok bagi mendedahkan lebih lanjut bukti penyalahgunaan kuasa oleh Ali Rustam termasuk menggunakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penyelaras trafik dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditugaskan menyelia kehadiran hadirin dan keselamatan semasa majlis tersebut yang berlangsung selama lapan jam.

Terbaru, Ali Rustam mengaku membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi mengadakan majlis tersebut yang didakwa dihadiri kira-kira lebih 100,000 orang yang kebanyakannya diangkut menggunakan bas yang disewa dari seluruh negeri itu.

Timbul pula persoalan sekiranya jumlah itu saja yang didakwa digunakan Ali, dari mana datangnya wang sebanyak itu kerana gaji dan elaun sebagai ketua menteri hanya kira-kira RM40 ribu sebulan.

Azalina Othman Nak Saman Saya?


Mazlan Aliman
DATUK Seri Azalina Othman, Ahli Parlimen Pengerang buat sidang Media di Parlimen nak saman saya. Katanya saya fitnah beliau atas kononnya penglibatannya dalam Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).

Azalina dah arah peguamnya kaji ucapan saya dan buat tuntutan agar saya mohon maaf dlm masa terdekat. Beliau nak saman saya berjuta ringgit gamaknya.

Sebagai seorang muslim yang terlibat dengan perjuangan rakyat, saya tidak gentar dengan ugutan beliau. Saya senantiasa yakin dengan pertolongan Allah. Ribuan di Dataran Sg Rengit mendengar ucapan saya. Ianya disebar dlm youtube, TV Alternative dll.

Sebagai seorang Ahli Parlimen yg mewakili penduduk Pengerang, apa peranan beliau dlm memelihara kepentingan penduduk?

Mengapa projek RAPID tidak dibuat di lokasi pemindahan penduduk berdekatan Kg Dato' Abd Ghani Othman?
Bukankah di situ adalah tanah Kerajaan Negeri Johor ribuan hektar?
Wajar ke dikorbankan penduduk kampung sedangkan ada tanah kerajaan yg jaraknya sekitar 10 km sahaja?

Mengapa dipilih lokasi penduduk di Kg Sg Kapal, Kg Teluk Empang, Kg Batu Mas dll yg begitu hampir dengan TLDM Tg Pengelih dan laluan sibuk 200 kapal sehari?
Membina jeti dan terminal berdekatan laluan ini sangat berisiko dan tidak ekonomik serta praktikal sebab masa untuk berlabuh kapal pengangkut minyak di Pelabuhan Sg Udang, Kerteh dan Bintulu hanya sekitar 10-20 minit sahaja; walhal di terminal yg di cadangkan di Pengerang memakan masa 3 jam!

Di sekitar tanah Kerajaan dekat Kg Dato' Abd Ghani Othman, kawasannya lapang, kedalaman yg sgt munasabah atas jajaran Laut Cina Selatan dan jauh dari kesibukan kapal2 dagang. Hanya ambil masa 10-15 min sahaja.

Saya cabar Azalina jawab mengapa tanah penduduk yg dipilih, apa motifnya?

Saya bukan budak kecil yg ditakutkan hantu. Saya persilakan dengan segala hormatnya jika Azalina nak saman saya. Ia jadi motivasi untuk saya dedah lebih terperinci sandiwara pemimpin BN disebalik projek yg kontroversi ini.

Azalina jangan gelabah. Bertenang. Tunggu 'buah' saya seterusnya. Saya baru sebut sipi2 saja!
Nantikan episod akan datang......

Tamrin dakwa Dr M pergunakan bapanya

Mohd Sabri Said
BUKIT MERTAJAM: Anak Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bukan sahaja petualang yang mencetusan pergolakan dalaman Umno sehingga dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1997 bahkan sering mengeluarkan kenyataan yang mencabul persoalan akidah.
Beliau yang berceramah di Galeri Pejuang, Ceruk To Kun, Bukit Mertajam bersama dua orang penceramah jemputan iaitu Ustaz Sharil Long dan Ustaz Hafizal menambah, peristiwa pengharaman Umno tahun 1997 adalah angkara Dr Mahathir apabila Ghafar didesak lawan Tun Musa Hitam.

Tamrin yang menyertai PAS baru-baru ini berkata, Datuk Seri Anwar juga didesak Dr Mahathir agar mencabar Tun Ghafar Baba yang dianggap sampah kerana tidak dapat membantunya merealisasikan dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020.

"Pada saya mantan Presiden Umnolah yang mencetuskan polimik sebenar dalaman Umno sendiri, kestabilan negara serta akidah.

(Buku Anwar lawan Ghafar pernah diterbitkan)
"Sejak dulu jika dia tidak suka seseorang beliau akan mendesak orang lain cabar dan beliau sendiri akan sembunyi tangan, " terangnya semasa berceramah dalam program PAS Cawangan To Kun dan PAS Bukit Mertajam.

Peristiwa terbesar mengakibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar juga dicipta oleh Dr Mahathir sendiri setelah beliau mendapati kekuatan Anwar makin meningkat dan sekiranya dibiarkan kemungkinan pengaruhnya akan hilang.

Jesteru itu, Anwar diinaya bukan sahaja dipecat bahkan ditangkap, difitnah dan diseksa dalam penjara.

Dr. Mahathir adalah durjana sebenarnya, beliau sanggup melagakan orang lain demi memastikan kedudukannya selamat dan terus berkuasa.

Waktu nama Anwar tengah 'top', Mahathir mengambil peluang keemasan membuang Ghafar Baba dari kabinet kerajaan dengan meminta Anwar lwan Ghafar.

Kes yang terjadi pada Anwar juga berpunca dari perasaan kebimbangan beliau ekoran penampilan Anwar dilihat lebih ke hadapan dari banyak segi.

Bila Anwar jadi mangsa rakyat bangkit dan sampai sekarang isu pemecatanya tidak boleh diterima oleh sebahagian ahli Umno sendiri.

"Tetapi, nak buat macam mana semua tunduk dengan 'DR M'," tegas beliau termasuk dirinya sebelum ini.

Rakyat juga, kata bekas Pengerusi MARA itu, tentu masih ingat terlalu banyak kenyataan Dr Mahathir yang boleh mengancam kestabilan negara apatah lagi akidah.

Sampai hari ini tambah Tamrin, siapa pun tidak boleh menghalang kenyataan dari terus keluar dari mulutnya biarpun kadang- kadang memberikan kesan terhadap sokongan Umno itu sendiri.

Terbaru ujarnya, kenyataan berkenaan 'syaitan yang dikenali lebih baik dari Malaikat yang tidak dikenali' bakal melihat Umno terus jatuh.

"Biarlah dia keluarkan kenyataan merapu sebab Umno akan jatuh tidak lama lagi. Mungkin diera DR M Umno menjadi terkenal dan selepas beliau pencen Umno pun menjunam," jelasnya yang juga bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Saya (Ali Rustam) Lebih Popular, Kekalkan Jawatan Saya...

Shahbudin Husin
NONEIsu perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang dihadiri oleh 130 ribu orang tetamu dan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records(MBOR) sebagai majlis perkahwinan terbesar dan dihadiri oleh paling ramai tetamu, kini menjadi bualan di mana-mana dan oleh sesiapa saja.
Sebelum ini pelbagai pihak mendesak Ali Rustam menjelaskan kos dan perbelanjaan majlis itu. Ini berikutan andaian jika kos jamuannya sebanyak RM10 pun seorang untuk 130 ribu tetamu, ia sudah mencecah RM1.3 juta. Itu belum lagi termasuk kos-kos lain seperti dewan, hiasan, pelamin, bunga telur dan sebagainya.

Jika kos jamuan tetamu meningkat kepada RM20 atau RM30 seorang, kosnya tentulah berlipat kali ganda lagi. Dalam pada itu, dilaporkan juga bahawa selepas ini beliau juga akan mengadakan satu lagi majlis di hotel lima bintang di Kuala Lumpur untuk tetamu VIP yang tentunya menelan belanja ratusan ribu ringgit lagi.

Semua orang memperkatakannya. Dari mana beliau mendapat duit sebanyak itu. Daripada soal perbelanjaan, tajaan dan kemewahan majlis itu, semuanya dipertikaikan. Meskipun Ali dilaporkan berkata, kos majlis itu hanya sekitar RM600 ribu sahaja di mana beliau mengupah 30 orang chef untuk menyediakan hidangan nasi beriani campur sementara ada pegawai di pejabat Ketua Menteri pula mengatakan, majlis itu melibatkan tajaan dan sumbangan sukarewan percuma pelbagai pihak, apa yang bermain di fikiran ramai orang ialah "gila" apakah yang sudah menyampuk Ketua Menteri itu sehingga menjemput sebegitu ramai tetamu dan membenarkan pula urusetia MBOR hadir serta menyampaikan sijil pengiktirafan berkenaan majlis perkahwinan anak lelakinya itu.

Sebagai Ketua Menteri yang memegang "kunci harta karun" kerajaan Melaka, sebenarnya tidaklah memeranjatkan sangat tentang kos jamuan sebesar itu. Beliau tentulah tahu bersilat untuk mendapatkan perbelanjaan mengadakan majlis seperti itu.

Jika majlis itu melibatkan tajaan pula, ia juga bukanlah memeranjatkan. Tentulah berebut ahli perniagaan dan golongan kapitalis yang ingin bersikap murah hati terhadap beliau dengan menghulurkan tajaan dan sumbangan. Ia boleh jadi disumbangkan oleh ahli perniagaan yang sudah mendapatkan pertolongan beliau ataupun daripada ahli perniagaan yant mahu menabur budi dengan harapan mendapat balasan di kemudian hari.

Apa yang mungkin memeranjatkan ialah bagaimana Ali Rustam sebagai ahli politik berpengalaman tergamak mengadakan majlis semeriah itu dalam suasana politik seperti sekarang ini. Kedudukan BN masih lagi tidak menentu, entahkan menang, entahkan kalah. Najib juga tidak diketahui sama ada kekal lagi sebagai PM atau tidak selepas pilihanraya nanti.

Mengadakan majlis semeriah 130 ribu tetamu dan meminta pula pihak pihak MBOR mengiktiraf majlis itu sebagai yang terbesar dan dihadiri paling ramai tetamu, tentulah menambahkan lagi hodohnya wajah UMNO di mata umum. Ali Rustam seperti melonggokkan lagi calitan hitam ke wajah Najib dan UMNO itu sendiri.

Meskipun keupayaan Ali mengadakan majlis itu boleh difahami kerana kedudukannya sebagai pemegang kunci harta karun kerajaan Melaka tetapi ia tetap dilihat menjengkelkan di mata rakyat. Rakyat akan melihat Ali sebagai pemimpin yang suka bermewah dan menunjuk-nunjuk. Dakwaan terhadap amalan rasuah dan membolot kekayaan juga tentunya sukar dielakkan.

Di zaman BN tidak stabil ini, tentulah lebih elok jika seorang pemimpin itu bersikap sederhana serta berpada-pada dalam kehidupan sehariannya. Sikap berlagak dan menunjuk-nunjuk hanya menambah kebencian dan mengurangkan undi.

Tetapi jika dihalusi gelora politik Melaka, majlis meriah Ali Rustam itu sebenarnya mungkin untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada Najib. Ali Rustam sudah tiga penggal menjadi Ketua Menteri dan khabar angin sedang bertiup kencang bahawa kedudukannya bakal diganti dengan tokoh lain.

Antara nama yang bakal disebut menggantikan Ali sebagai Ketua Menteri Melaka ialah Idris Harun, Ahli MT UMNO dan Ahli Parlimen Tangga Batu serta Ahmad Hamzah, menantu Allahyarham Tun Ghafar yang kini merupakan Ahli Parlimen Jasin.

Ali Rustam dikhabarkan akan dbawa bertanding Parlimen dan akan dijadikan timbalan menteri semula.

Beliau yang sebelum ini sudah pernah menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan dikhabarkan mahu terus kekal sebagai Ketua Menteri sekurang-kurangnya untuk sepenggal lagi. Menjadi timbalan menteri semula hanyalah ibarat turun pangkat bagi Ali Rustam.

Lagi pula menjadi Ketua Menteri bukan saja lebih glamour tetapi kuasa juga menjadi lebih besar berbanding sekadar menjadi timbalan menteri. Inilah yang menjadikan beliau mahu terus kekal sebagai CEO Melaka.

Jika senario ini dapat difahami, tindakan Ali Rustam mengadakan malis yang dianggap terbesar, bukan saja di Melaka tetapi juga di Malaysia itu adalah semata-mata untuk memberitahu Najib dan pucuk pimpinan UMNO bahawa beliau masih diterima dengan cukup baik oleh rakyat Melaka.

Beliau mungkin malu untuk berterus-terang kepada Najib untuk meminta dikekalkan lagi jawatannya dan kebetulan anaknya pula mahu berkahwin, maka kesempatan itu digunakan sebagai serampang dua mata.

Dengan mampu menggamit kehadiran 130 ribu tetapu, Ali Rustam bukan saja ingin memberitahu tentang hebatnya beliau di Melaka, bahkan di Malaysia juga. Oleh kerana rumah terbuka Najib di Putrajaya hanya dihadiri 100 ribu orang dan rumah terbukanya di Pekan, Pahang pula hanya dihadiri 50 ribu tetamu, dengan kehadiran 130 ribu tetamu itu, Ali juga ingin memaklumkan beliau lebih hebat dari Najib sendiri.

Rumah terbuka Muhyiddin di Pagoh pula hanya dihadiri 10 ribu tetamu. Mana-mana majlis jamuan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lain juga sebelum ini, tidak pernah kehadiran dicatatkan melebihi 50 ribu orang.

Dalam hal ini, Ali Rustam bukan saja dilihat lebih hebat sokongannya dan lebih disukai berbanding Najib, bahkan juga melebihi mana-mana Ketua Menteri dan Menteri Besar yang lain.

Maka itu, mesej Ali Rustam kepada Najib sebenarnya ialah "tolonglah kekalkan saya sebagai Ketua Menteri sekurang-kurangnya sepenggal lagi."
http://shahbudindotcom.blogspot.com