"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Nik Aziz kecam Harussani

Nik Aziz kecam HarussaniKOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu mahu mendapat kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat untuk menguasai kerajaan sekali gus membina kerajaan Islam.
Sambil mengecam kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Nik Aziz berkata, tiada jalan lain bagi sesebuah kumpulan untuk mendapat kuasa melainkan kemenangan dalam pilihan raya.

"Kepada yang kata Pas nak kerusi, saya kata ya, saya nak kerusi, bahkan meja pun saya nak juga kerana jika tidak ada kerusi tidak boleh buat kerajaan, kalau tidak ada kerajaan, maka Islam tidak boleh berjalan, demokrasi pun tidak boleh,” katanya, semalam.

Sebelum ini, Harussani mendakwa Pas sebuah parti yang hanya mahu merebut ‘kerusi’ dalam pilihan raya dan tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut mempersoalkan kenyataan Harussani yang mendakwanya seorang yang keras hati kerana menolak muzakarah antara Umno dengan Pas.

"Apa yang saya lakukan itu adalah istiqamah, bukannya keras hati,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut nafi pernah ‘menjanjikan’ syurga kepada pengundi yang memilih Pas, sebaliknya beliau menjelaskan mereka yang undi Pas mendapat pahala.

4 pegawai polis, wartawan dituduh rogol dua beradik

JAKARTA: Polis Palu di tengah Sulawesi, menahan empat pegawai Agensi Ketenteraman Awam dan seorang wartawan kerana disyaki merogol dua beradik remaja perempuan berusia 19 dan 14 tahun.

Ketua Polis Palu, Adjutan Komander Kanan, Ahmad Ramadhan berkata, empat pegawai yang dikenali sebagai Ar, 39, Ef, 31, Ard, 29 dan Sr, 30, sementara wartawan yang bekerja dengan Potret Sulawesi, dikenali sebagai RD, 33.

Ahmad berkata, keempat-empat pegawai dan wartawan itu menemui dua adik beradik itu ketika mereka berada di pantai Talise, Rabu lalu pada 1.30 pagi waktu tempatan dan menyoal siasat mereka.

Katanya, mereka membawa kedua-dua remaja perempuan itu dengan kereta peronda ke pejabat Agensi Ketenteraman Awam di Palu untuk soal siasat lanjutan.

Tetapi, dalam perjalanan ke sana, mereka berhenti di tempat sunyi di bukit Nur, Palu, di mana mereka dikatakan merogol dua remaja itu secara bergilir-gilir.

Mangsa melaporkan kejadian itu kepada polis selepas itu.

Mangsa yang berada di ibu pejabat polis di Palu berkata, “Kami dirogol oleh lima lelaki. Empat daripadanya adalah pegawai Agensi Ketenteraman Awam dan seorang lagi wartawan.”
 -Jakarta Post-

Telan ikan hidup untuk ubati asma (Gambar)

SEORANG ahli keluarga Bathini Goud, Harinath Goud memasukkan ikan hidup ke dalam mulut pesakit asma di Hyderabad semalam.
HYDERABAD: Puluhan ribu penghidap asma menyerbu sebuah stadium di sini, selatan India semalam untuk menelan ikan sardin hidup yang dilumur ubat herba bagi mengubati masalah pernafasan mereka.

Laman berita Newser melaporkan, kaedah perubatan ganjil itu yang diasaskan oleh keluarga Bathini Goud, dikritik oleh kalangan doktor perubatan moden.

Namun, kritikan mereka gagal menghalang orang ramai daripada mengunjungi keluarga berkenaan pada setiap tahun selepas ramai pesakit mendakwa sembuh selepas mendapat rawatan tersebut.

Keluarga Goud mendakwa mereka menerima resipi ubat asma tersebut daripada seorang pendita Hindu sekitar 170 tahun dahulu.

Mereka memberikan ubat unik tersebut kepada pesakit secara percuma pada setiap tahun tetapi enggan mendedahkan ramuannya.

Menurut seorang ahli keluarga Goud, pendita tersebut memberi amaran bahawa ubat itu tidak berkesan jika dikomersialkan. 
-Agensi-

Thamrin Tun Ghafar nasihat ahli tinggalkan Umno

PETALING JAYA: Agak melucukan apabila seorang veteran Umno menasihati ahli-ahli Umno supaya meninggalkan parti yang usang itu dalam ceramahnya.
Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Thamrin Ghafar berkata, Umno dahulu dan Umno sekarang sudah tidak sama dan lebih baik ahli- ahli Umno meninggalkan parti itu untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.

“Pemimpin Umno dahulu berjuang dengan ikhlas, kerana bangsa dan agama tetapi pemimpin Umno sekarang lebih berminat untuk menimbun kekayaan dan terlibat dengan rasuah,” katanya dalam satu ceramah di Markas PAS Titi Seorang, Parit Buntar semalam.

Beliau yang masih menjadi ahli Umno meluahkan rasa kesalnya dengan perkembangan mutakhir ini di mana perjuangan Umno jauh menyimpang dari matlamat asalnya.

Menurut Thamrin, banyak penipuan berlaku dalam daftar pemilih di antaranya, dengan membawa masuk warga asing dari Kemboja untuk menjadi pengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti.

“Umno sudah tidak betul, tidak gentleman, banyak penyelewengan dan rasuah serta mereka merasa bimbang untuk berdepan dengan rakyat pada PRU13,” ujar beliau.

Mengenai perhimpunan Bersih 3.0 beliau berkata, Barisan Nasional mungkin boleh jatuh sekiranya lebih ramai rakyat bangkit untuk menentang kezaliman dan kejahatan mereka.

Bersih 3.0 katanya, ialah suatu usaha murni yang harus disokong kerana NGO itu menuntut lapan perkara bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil.

Beliau berjanji untuk mendedahkan lebih banyak lagi keburukan dan kedurjaan Umno pada masa-masa yang akan datang.

Mengenai pendedahan ini dengan menggunakan pentas PAS beliau berkata, ”biar Umno pecat saya, saya tidak hairan.”

Lebih 1,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat hadir pada majlis ceramah itu. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa.

Guru rogol murid dipenjara 28 bulan

REAKSI Tone Pulou selepas dijatuhkan hukuman penjara di Samoa Amerika.
PAGO PAGO, Samoa Amerika: Seorang bekas guru di sini dijatuhkan hukuman penjara 28 bulan kerana merogol murid berumur 13 tahun sehingga menyebabkannya mengandung.

Tertuduh, Tone Pulou dijatuhi hukuman kelmarin oleh sebuah mahkamah tinggi di Samoa Amerika. Dia mengaku bersalah atas kesalahan merogol.

Hakim Lyle Richmond berkata, Pulou boleh memohon pelepasan untuk bekerja pada bila-bila masa dalam tempoh dia dipenjarakan.

Sebaik sahaja bekerja, Pulou diarah membayar AS$100 (RM318) sebulan sebagai nafkah kepada anaknya itu.

Dia juga diarah supaya tidak berhubung dengan mangsa dan keluarganya.

Pulou juga perlu mendaftar sebagai pesalah seks, mengambil ujian HIV dan membayar balik kepada kerajaan wilayah sebanyak AS$5,600 (RM17,861) sebagai kos ekstradisi.

Dia ditangkap di Honolulu pada Oktober tahun lalu selepas dikehendaki oleh pihak berkuasa sejak Ogos 2010. 
-Agensi-

Seorang anak ikat ibu macam anjing ketika dibawa jalan

TAIPEI: Pihak berkuasa Taiwan berkata, mereka menyiasat seorang lelaki yang dikatakan mengikat ibunya dengan tali sebelum dibawa ‘berjalan,’ menyebabkan kemarahan orang ramai apabila kelakuannya dirakam dan dimuat naik dalam Internet.

Video itu banyak ditonton di Taiwan dan China, menunjukkan seorang wanita tua mencangkung di kaki lima dengan tali diikat di pinggang.

Dalam video itu wanita yang tidak boleh mengimbang badan, sering terjatuh dan lelaki itu dipercayai anaknya tidak langsung membantu ibunya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam kenyataan berkata, mereka akan melawat wanita tua walaupun anak lelakinya menafikan mendera beliau. 

Gempar!! Mata wang Euro akan Musnah dalam Beberapa Bulan lagi?

halimislam
Sepanyol telah memberi amaran bahawa jika pemimpin Eropah gagal untuk menunjukkan pasaran dalam beberapa minggu dimana euro harus dipertahankan dengan semua bayaran, maka mata wang perseorangan zon euro akan hancur.

Sumber terdekat dengan kerajaan Sepanyol mengatakan pada hari Rabu (6/6) lalu bahawa pertemuan terpenting di Brussels pada akhir bulan harus mencari penyelesaian dengan persetujuan untuk mendirikan perbankan zon Euro dan kesatuan pendapatan negara, tanpa perjanjian itu Euro akan hancur dalam masa beberapa bulan.

Eropah dilanda krisis kewangan yang serius pada tahun 2008 dan keadaan ini semakin meningkat dalam beberapa bulan terakhir.

Akibat daripada krisis kewangan dunia, ekonomi Sepanyol mengalami kemelesetan pada separuh kedua tahun 2008, mengakibatkan berjuta-juta pekerja menganggur.

Krisis hutang zon Euro semakin buruk dengan peningkatan kos pembiayaan Sepanyol dan bertambah kebimbangan bahawa negara itu mungkin perlu mencari pertolongan Kesatuan Eropah, seperti Greece.

Selanjutnya SINI

Isu beku PTPTN: Kerajaan BN mulai panik - Tan Sri Khalid

Aslani M
KETEREH: Kesediaan kerajaan Selangor mencari dana bagi membantu pelajar Unisel dan KUIS membuatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti kelam kabut apabila membuka semula pinjaman PTPTN yang dibeku baru-baru ini.

Sedangkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin dalam kenyataannya sebelum ini mengakui kerajaan membeku pinjaman kepada pelajar Unisel, dianggap ramai sebagai tindak balas ekoran kesungguhan Pakatan Rakyat mahu menghapuskan PTPTN.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ekoran masalah yang dihadapi pelajar Unisel menyebabkan kerajaan negeri mencari sumber kewangan lain bagi membantu mereka.

“Hasil daripada pelbagai usaha kita sudah ada duit sebanyak RM30 juta bagi membantu pelajar selepas dinafikan hak mendapat pinjaman di bawah PTPTN.

“Kerajaan BN ugut dengan menarik balik pinjaman yang diberi kepada pelajar. Mereka ingat kita tidak pandai kira untuk mencari duit.

“Akhirnya selepas kita sudah ada RM30 juta, tiba-tiba malam tadi PTPTN mengumumkan membuka semula pinjaman kepada pelajar Unisel,” katanya pada ceramah perdana di padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam malam tadi.

Pada tempat berlangsung ceramah penuh sesak biar pun pada sebelah petang hujan lebat. Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategik, Rafizi Ramli, Ketua Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir dan Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh.

Isu PTPTN menjadi hangat apabila Pakatan dalam Buku Jingga menawarkan memberi pendidikan percuma kepada rakyat, dengan mengembalikan semula biasiswa yang ditukar menjadi pinjaman di bawah kerajaan BN sekarang.

Anwar pula memberitahu sekiranya Pakatan menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, langkah pertama akan diambil mengisytihar memberi pendidikan percuma kepada rakyat.

Katanya, kerajaan hanya memerlukan sekitar RM5 bilion bagi memberi pendidikan percuma dan bantuan kepada pelajar setiap tahun.

“Setiap tahun kerajaan mendapat hasil daripada royalty petroleum sebanyak RM80 bilion, dan hanya RM5 bilion digunakan bagi tujuan pendidikan percuma.

“Kita masih lagi ada RM75 bilion, bagaimanapun pula ada pihak menganggap negara boleh bankrap dengan menyediakan pendidikan percuma. Saya pun tidak faham kaedah matematik yang mereka gunakan,” ujarnya.

papagomo di bayar Ratusan ribu oleh umno dan beberapa agengsi kerajaan

Kedahkita
Lagi bukti Papagomo dibayar oleh UMNO. Papagomo selalu mengatakan bahawasanya dia tidak pernah dibayar. Hakikatnya pendedahan bersiri ini membuktikan dia blogger UMNO yang hidup berlandaskan wang semata-mata.

Siapa pernah tengok dia meroyan dahulu, apabila pembayarannya di sekat. Hingga merajuk tidak mahu menulis blog politik lagi.

Berbeza dengan kami penulis blog Pakatan Rakyat yang tidak dibayar walau sesen pun, Papagomo yang sering berkata mereka tidak dibayar dan tidak bertuan adalah tidak benar. Dia dan rakan-rakannya sama seperti samseng upahan UMNO.
Gambar bersama Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan mengukuhkan lagi bukti bahawa UMNO memang membayar Papagomo.

Jika benar UMNO serta agensi seperti KDN, MKN, JASA, dan BTN tidak bayar Papagomo dan rakan-rakannya, rasanya agensi tersebut tidak perlu takut dengan artikel seperti ini.

Rasanya Papagomo kenal akan Rafi Awang, Datuk Raof, Shamsul Azra dan beberapa orang lagi yang bersama agensi kerajaan yang selama ini menjadi dalang untuk agensi membayar Papagomo. Ini belum individu yang kerja dalam pejabat Najib. Jika wang rakyat terus disalurkan kepada Papagomo, kami akan dedahkan nama individu terbabit.

Sebenarnya saya juga mempunyai pelbagai bukti untuk membuktikan Papagomo dan kelompoknya dibayar oleh agensi terbabit. Cuma pendedahan ini kita akan buat sedikit demi sedikit. Siapa orang dalam agensi yang menyara Papagomo hingga buncit perutnya juga kita akan dedahkan.

Biar la orang dalam agensi terbabit panas dahulu.

Saya juga agak pelik memikirkan strategi perang cyber oleh puak kelompok UMNO. Mepopularkan ikon blogger lucah sehingga UMNO layak digelar UMPoRNo oleh pihak kami.

Pada saya jika mereka ini dibayar dan mengeluarkan video seks sebagai medium menyerang pihak lawan, maka UMNO tidak bijak kerana membayar orang yang tidak pandai menulis tetapi hanya popular sedangkan kami di Pakatan Rakyat akan mengutamakan penulis blog yang intelektual dan jentera siber yang sebenar, bukan samseng upahan yang popular tetapi tidak intelek.

Apa yang saya nak kata disini adalah menunjukkan mentaliti pemimpin UMNO sendiri yang ratarata daripada mereka membayar Papagomo.

Penulis yang penuh dengan kata-kata kesat dan lucah melambangkan UMNO memang UMporNO.

Jika mereka ini yang dipilih kelak akidah anak-anak kita akan
rosak kerana yang biasa dengan kelucahan diberi penghargaan oleh pemimpin. Ini bukan cara Pakatan

Pengundi Johor bakal cetus ‘tsunami’ politik kedua

Roketkini 

PONTIAN: Lanskap politik Johor kian berubah dan bakal mengepalai ‘tsunami’ politik kali kedua pada pilihan raya umum ke-13 apabila melihat kepada usaha berterusan Pakatan Rakyat membela masalah rakyat Johor.


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, demografi politik Johor yang hampir sama dengan Selangor memungkinkan tsunami 2008 berulang.

“Kita lihat pada 2008, kawasan-kawasan yang UMNO boleh menang berbelas ribu undi boleh jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sedangkan ia merupakan ‘kawasan Melayu’, iaitu kubu kuat UMNO-BN sebelumnya seperti Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Langat dan sebagainya,” katanya kepada Roketkini.

Menurutnya, sambutan hangat orang Johor kini terhadap program Pakatan Rakyat adalah satu petanda besar bahawa rakyat negeri kubu kuat UMNO ini sudah kian terbuka untuk mendengar dan menilai isu serta dasar yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

“Kita mendapat sokongan drastik dari masyarakat Tionghua terutama selepas 2008 dan nampaknya sekarang sokongan dari masyarakat Melayu semakin bertambah. Sambutan orang muda juga amat dirasakan dalam setiap program dan ceramah anjuran Pakatan Rakyat,” tambah beliau.

Menurut beliau lagi, selain isu nasional seperti skandal wang ternak lembu digunakan untuk beli kondo mewah NFC dan skandal PKFZ yang menjadi ketakutan UMNO-BN, isu-isu tempatan seperti bayaran pampasan pengambilan tanah yang tidak adil oleh kerajaan negeri di Tanjung Pelepas turut membuatkan kerajaan negeri bimbang dengan kedudukan mereka.

Katanya, bantahan kuat rakyat Johor dalam isu pengambilan tanah itu boleh dilihat dalam himpunan tanah yang berlangsung di Angsana seminggu selepas perhimpunan Bersih 3.0 April lalu yang berjaya menghimpunkan sekitar lima ribu orang peserta.

Salahuddin yang pada masa ini merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian (Kelantan) telah mengumumkan untuk kembali ke negeri asalnya Johor bagi membantu Pakatan Rakyat dalam kempen PRU13.

Difahamkan, kerusi-kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri milik parti-parti komponen BN juga seperti MCA, MIC dan Gerakan juga bakal tumbang kepada Pakatan Rakyat.

Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN. Pada masa ini, BN memiliki 25 kerusi Parlimen dan menguasai kerajaan negeri dengan 50 kerusi DUN.
-Roketkini.com-

Pak Lah Enggan Pertahan Parlimen Kepala Batas?

Blog Omakkau.blogspot.com

BERITA HANGAT LAGI MENDIDIH!!!!... NAJIB GARU KEPALA????....PAK LAH ENGGAN PERTAHANKAN KERUSI PARLIMEN KEPALA BATAS WALAUPUN DIPUJUK OLEH DS NAJIB RAZAK....MENAMBAH LUKA PARAH LAGI DUA INDIVIDU BEREBUT SAKAN NAK JADI CALON UMNO/BN..


Sekurang-kurangnya dua pemimpin Umno sedang melobi berebut-rebut untuk jadi calon dikerusi Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh mantan Perdana Menteri, Tun Pak Lah Badawi.

Diberitakan, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menolak mentah-mentah tawaran Datuk Seri Najib Razak, untuk mempertahankan kerusi itu.

Langkah yang diambil oleh Najib Razak dilihat sebagai percaturan maukan calon yang dilihat calon "winnable" supaya berjaya memperolehi majoriti 2/3

Tindakan Pak Lah menolak pelawaan Najib sebagai satu tamparan maut kepada Najib atau dilihat sebagai jalan membalkas dendam kerana merampas kedudukkannya sebagai PM.

Difahamkan bahawa Ketua Pemuda Umno Kepala Batas yang juga anak emas serta bekas Setiausaha Politik Pak Lah, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bekas duta Malaysia ke Filipina, Datuk Seri Ibrahim Saad , bekas Ahli Parlimen Tasik Gelugur, mantan Setiausaha Politik DSAI

Diantara kedua mereka, Bahgian UMNO Kepala Batas dan Najib sendiri lebih cenderung menyokong dan memberi laluan kepda Ibrahim Saad dari Reezal Merican.

Reezal Merican dilihat tidak mempunyai imej Melayu berbanding dengan Ibrahim Saad, walaupun beliau lebih disenangi oleh Pak Lah

Mau tak mau kena terima hakikat yang majoriti anak-anak Melayu Pulau Pinang agak tidak selesa dengan kebanjiran anak-anak berketurunan mamak dalam UMNO..Keterunan ini agak dominan kini.. Dilihat sebagai mengawal perjalanan UMNO...

Ini ditambah burukkan dengan kawasan parlimen bersebelahan yang juga seoran anak mamak, TS Mohd Noor Yackop.

Pada bulan Februari lepas,Pak Lah, bekas Perdana Menteri itu telah didekati dan dipujuk rayu untuk mempertahankan kerusi sebagai pemimpin yang mesra adalah satu "calon winnable" yang dicari oleh Presiden UMNO Najib Razak

Tun Abdullah Badawi menjadi perdana menteri dari 2003 hingga 2009 dengan memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas bagi kali kelapan.

Pada tahun 2008 , Pak Lah berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 11,246 undi.... Beliau memperolehi 23,445 undi dengan lawannya dari PAS Subri Mohd Arshad yang memperoleh 12,199 undi.

PRU BELUM BERMULA.. SUDAH ADA TANDA-TANDA KERETAKKAN DALAM BAHAGIAN UMNO KEPALA BATAS SIAPA YANG HARUS DIBERI KEPERCAYAAN SEBAGAI CALON... ORANG NAJIB ATAU ANAK EMAS PAK LAH..

Anwar Ibrahim Akan Umum Kejutan Besar

reformis1998
anwar
Walaupun Perdana Menteri Najib Tun Razak masih ketakutan mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke-13 berikutan laporan bahawa sokongan kaum Cina dan India telah tergelincir, pesaingnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melahirkan keyakinan yang tinggi, Pakatan Rakyat (PR) akan menang dengan majoriti yang "selesa" pada PRU akan datang.

Anwar Ibrahim membayangkan satu "kejutan besar" akan datang yang akan diumumkan tidak lama lagi di Sabah, yang mana beliau mendakwa akan menukar seluruh lanskap politik negara. "Saya benar-benar pasti, Insya'Allah, yang kami akan melakukan yang lebih baik ... cukup untuk mendapatkan majoriti mudah, dan selesa di Putrajaya," Anwar optimis memberitahu Foreign Correspondents Club of Malaysia (FCCM) semasa ceramah makan malam hari Selasa semalam.
"Anda juga akan menerima berita untuk beberapa kejutan di Sabah ... Saya rasa tidak lama lagi anda akan mendengar ... dan ini akan mengubah landskap politik. Kami pasti menembusi pasaran dan kita mampu untuk memenangi banyak kerusi ... mencukupi untuk mempunyai majoriti mudah," katanya.

"Tetapi saya agak optimistik. Persoalannya sekarang ialah Sabah dan Sarawak. Kami mempunyai sokongan popular (pada 2008) dari segi undi di sini di Semenanjung tetapi kami kalah teruk di Sabah dan Sarawak. Tetapi untuk empat tahun yang lalu, kami telah cuba keras dan kita mempunyai pemimpin yang mampu sekarang. Dan sekarang di Sarawak, jika anda pergi ke Rumah Panjang dimana-mana, orang-orang Iban bercakap tentang (stesen anti-BN) Radio Free Sarawak.

UmnoBn Sudah Masuk Jerat

Anwar mendedahkan bahawa strategi Pakatan Rakyat adalah untuk .... baca seterusnya

PTPTN: Selain MCA dan MIC Khairy turut mempersoalkan tindakan menteri Umno

ARHIZA AHMAD
Logo PTPTN
Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar menyekat penuntut Universiti Selangor (Unisel) daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan, kata Khairy Jamaluddin hari ini.

Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor.

"Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar.

"Mereka ini datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian.

"Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu," kata beliau dalam satu kenyataan SMS hari ini.

Semalam, pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar Unisel.

Unisel terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel.

"Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?

"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau.

Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel.

Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik.

Sebab KDN Tangguh Siar Video Bersih 3.0

 laniismaa

Rakaman Bersih 3.0 Versi Polis terpaksa ditangguhkan tayangannya.

Sebab utama kenapa video itu ditangguhkan kerana cakap Menteri KDN, Hishammuddin tak boleh pakai. Kenapa Hishammuddin beriya-riya berkata ia akan dimuatkan ke laman web kementerian pada Selasa iaitu semalam dan boleh dikuti mulai hari ini (6 Jun).

Bayangkan panel penasihat (kononnya bebas) baru mengadakan mesyuarat kedua pada Selasa, 5 Jun. Takkan dua kali mesyuarat boleh putuskan video yang berjumlah 43 klip dan berdurasi 73 jam. Kalau betul-betul bebas, takkan dua kali mesyuarat mampu selesaikannya.

Sebab-sebab lain siapa yang akan menonton video yang berdurasi 73 jam dengan 43 klip. Kalau nak kondem pun takkan sampai 73 jam. Patutlah-patutlah. Inilah yang mungkin difikirkan Hishammuddin selepas membuat pengumuman video tersebut, lalu terpaksalah Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi membetulkannya.

Sebab-sebab lain, panel bebas akan bohong kita semua. Tak larat mereka nak menentukan kesahihan video itu semua. Dah tua-tua, tak larat mereka nak menonton. Akhirnya semuanya diserahkan kepada polis.

Apalagi polis mulalah membuat versi mereka!! Rujuk SinarHarian

BERSIH 2.0: Polis Mengaku Tangkap Pemimpin Pas Di Luar Kawasan Larangan

KUALA LUMPUR, 07 JUN: Seorang pegawai kanan polis mengaku telah menangkap dua pemimpin Pas pada hari perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lalu di luar kawasan larangan yang ditetapkan Mahkamah Majistret.

Inspektor Mohd Zaidi Mad Zizat juga mengaku naib presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan dan Salahuddin Ayub tidak terdiri daripada peserta perhimpunan itu.

Dalam keterangannya di mahkamah tinggi sivil Kuala Lumpur hari ini, Zaidi juga mengaku tangkapan dibuat berdasarkan alasan untuk mencegah Mahfuz dan Salahuddin daripada menyertai himpunan itu.

Mahfuz, Ahli Parlimen Pokok Sena dan Salahuddin, Ahli Parlimen Kubang Kerian memfailkan saman pada 8 Ogos tahun lalu berhubung penahanan mereka semasa Bersih 2.0.

Saman itu difailkan terhadap Zaidi, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Kerajaan Pusat.

Zaidi merupakan lima individu yang menjadi saksi bagi pihak defendan hari ini, selain Supritenden Aida Abdul Hamid, ASP R.Muthusamy, ASP Zulkifli Osman dan Jurugambar Polis Ganeson.

Beliau mengaku melakukan perkara terbabit ketika menjawab pertanyaan peguam plaintif, Abdul Aziz Hamzah.

Zaidi turut bersetuju yang kedua-dua plantif hanya mengatakan hendak ke Hotel Hilton yang terletak berhampiran Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral).

KL Sentral berada di luar kawasan larangan yang ditetapkan Mahkamah Majistreet pada 6 Julai 2011.

Perbicaraan hari ini dilakukan di depan Prasad Sandosham Abraham.
Kedua-dua plantif diwakili peguam Zulhasme Sharif, Muhammad Faiz Fadzil, Abdul Aziz Hamzah, Surya Putra Taulan.

Di dalam saman itu, Mahfuz dan Salahuddin mendakwa tangkapan dan penahanan mereka adalah salah, tidak sah dan menyalahi undang-undang.

Mereka turut menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi am dan kos lain-lain.

Pada 9 Julai lalu, Mahfuz dan Salahuddin ditahan di KL Sentral pada pukul 11.50 pagi dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Mereka dibebaskan kira-kira pukul 11.30 malam dan sepanjang tempoh penahanan mereka tidak dibenarkan untuk menghubungi sesiapa termasuk peguam.

Mahfuz yang hadir pada sesi pendengaran itu berkata tangkapan tersebut menjatuhkan imej beliau sebagai seorang wakil rakyat.

“Kami juga tidak dinyatakan mengapa kami ditahan dan polis juga tidak mengambil apa-apa keterangan kami sepanjang ditahan di Balai Polis Jinjang.

“Kami ditahan selepas menaiki escalator di KL Sentral untuk ke Hotel Hilton. Tindakan mereka adalah satu peringatan kepada pihak berkuasa agar bertindak mengikut undang-undang yang ditetapkan.”

Sementara itu, Faiz berkata saman itu dituntut kerana defenden melanggar hak perlembagaan plantif yang berhak bergerak bebas di mana-mana tempat.

Mahkamah telah menetap 3 Sept untuk keputusan.

Skandal Scorpene: Wartawan antarabangsa dedah pertemuan Najib-Razak Baginda di Itali

Sesuatu keputusan yang dibuat di Paris bulan lepas bermakna bahawa salah satu episod yang paling sensasi di rantau ini akan timbul kembali dengan sepenuh hati.

Ia bermula belasan tahun yang lalu apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memegang portfolio pertahanan dan mengarahkan dua kapal selam Scorpene dari pembuat kapal Perancis, DCNS, kira-kira AS $ 400 juta setiap satu.

Perjanjian itu telah ditaja oleh Razak Baginda, yang berkerja sebagai pengarah Institut Penyelidikan Strategik Malaysia, yang dibiayai oleh Najib dan direka untuk melanjutkan kerjaya politiknya.

Demi kepentingan pendedahan sepenuhnya, biarlah saya mendedahkan bahawa saya bertemu Razak kerap semasa posting saya di Kuala Lumpur (KL) pada tahun 1990-an dan terus melihat dia setiap kali saya melawat Malaysia.

Apabila dia menjadi pointman untuk pembelian Scorpene, bagaimanapun, saya telah meninggalkan KL dan tidak bertemu dengannya sekali lagi sehingga kita bertemu di Venice, Itali, pada persidangan 2002 Asean-Eropah.

Razak menghadiri hanya untuk seketika sahaja dan apabila saya bertanya mengapa dia telah bergegas, beliau berkata beliau diperlukan di Paris bagi perjanjian pertahanan penting.

Kemudian, ia telah didedahkan di Parlimen Malaysia bahawa “komisen” bagi kontrak sub adalah 114 juta euro, atau kira-kira $ 160 juta pada masa itu.

Wang itu dibayar ke dalam akaun bank KL Perimekar, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Razak sejurus sebelum kontrak telah ditandatangani dan yang tidak mempunyai rekod mengendalikan pemerolehan 
pertahanan. Ia adalah dikatakan bahawa $ 160 juta telah berpecah antara Razak, Najib dan tokoh-tokoh lain dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, parti dominan dalam Barisan Nasional yang memerintah Malaysia.

Berdasarkan dakwaan ini, polis Perancis menyerbu pejabat DCNS dan merampas sebuah timbunan dokumen yang menunjukkan bayaran rasuah besar-besaran. Bulan lepas, selepas memeriksa dokumen, Hakim Roger Le Loire mengarahkan penyiasatan jenayah yang akan dilancarkan. Ia hampir pasti akan melibatkan sepina pemfailan untuk kedua-dua Razak dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk hadir di mahkamah.

Bagaimanapun, sebelum menimbangkan bahawa prospek dramatik, kita mesti ingat bahawa apabila merundingkan kontrak, sesuatu yang menakjubkan berlaku kepada Razak. Beliau jatuh cinta. Sekarang walaupun Razak, seorang yang berkeluarga dengan imej yang berprofil tinggi awam, sudah lama dicontohi reputasi philandering mentornya Najib, ini urusan terkini adalah berbeza.

Dia jatuh cinta, garis dan batu ladung bagi wanita – model Mongolia yang menarik dan cantik bernama Altantuya “Tuya” Shaaribu. Sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan beliau di Hong Kong, Razak membawanya ke Eropah pelancongan dengan Ferrari merah beliau, yang memenangi dan makan bersama di semua tempat terbaik dan akhirnya berakhir di Paris di mana mereka bertemu dengan Najib.

Tuya yang berbilang bahasa, dan mati jatuh cantik, juga pintar dan cepat belajar mengenai rasuah besar bagi perjanjian sub dan sudah pasti dijangka potongan kacak untuk dirinya.Tetapi tunduk kepada “sindrom tarikan maut”, dia berpaut lumus Razak, dan dia, takut bahawa indiscretions beliau boleh menjatuhkan karier, cuba untuk menamatkan urusan.
Dia tidak akan ia, dan dalam keadaan terdesak, dia bercakap dengan Najib dan polis telah dipanggil untuk memelihara anak itu.Dua agresif pegawai Cawangan Khas telah mengambil tugasan mereka secara literal dan menculik dia.Kemudian mereka dirogol, ditembak di kepala dan meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4 dari kementerian pertahanan Najib – dan langkah yang baik, dipadam masuk ke Malaysia dari rekod imigresen. Kesannya, dia terus hilang.

Tetapi terima kasih kepada tekanan berterusan daripada keluarga yang disambungkan dan Kedutaan Mongolia, jenayah itu akhirnya terbongkar dan mereka yang terlibat telah ditangkap – semua kecuali Najib, sudah tentu.Selepas perbicaraan yang panjang, yg mendebarkan dan electrifying, kedua-dua polis telah dihukum mati dan Razak telah dibebaskan.

Sekarang, bagaimanapun, dengan pelancaran penyiasatan Hakim Le Loire di Paris, ternyata beliau tidak lama lagi mungkin kembali di mahkamah. PM Najib mungkin tidak terlepas dengan begitu mudah sama ada, sejak isu itu akan dibangkitkan di parlimen minggu depan dan akan memberi kesan kepada pilihan raya umum akan datang. Jika ya, kematian mengerikan Tuya tidak akan menjadi sia-sia.

(Terjemahan dari berita Roger Mitton dari Regional Insider – The Phnom Penh Post)
Berita asal di sini
-keadilandaily-

Perjuangan Umno terhenti setakat lubang kubur

Zainal Abidin Nor
Umno semakin resah dan gelisah. Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri juga semakin resah dan gelisah.

Kebanjiran lebih 100,000 penyokong PAS pada Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 1 Jun lalu membuat Umno dan Dr Mahathir semakin resah dan gelisah.

Hingga terpantul dari mulut Dr Mahathir mendakwa peserta Himpunan Hijau diupah untuk hadir di himpunan tersebut dan ini menunjukkan reaksi spontan mereka yang membayangkan keresahan dan kegelisahan.

Kebangkitan rakyat seramai itu memang tidak diduga, bukan sahaja oleh Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno terutama di Kedah tetapi oleh PAS sendiri.

Kesilapan Dr Mahathir kerana beliau menyangka penyokong dan ahli PAS boleh diupah, dibeli dengan wang ringgit seperti yang berlaku secara berleluasa dalam Umno.

Beliau menyangka ahli PAS boleh dibeli, disogok dengan wang ringgit. Kesilapan beliau kerana menganggap PAS seperti Umno. Beliau sendiri akui Umno sudah rosak kerana bergelumang dengan rasuah hingga menjadi budaya, cara hidup dan darah daging.

Malang sekali kerana Dr Mahathir tidak dapat membezakan di antara parti sekular dan parti teologi, di antara Umno dan PAS. Umno ialah sebuah parti sekular lagi perkauman manakala PAS sebuah parti yang mendokong perjuangan Islam berdasarkan Al Quran dan As- Sunnah.

Manusia berfikiran sekular tidak akan dapat memahami dan membezakan di antara perjuangan sebuah parti yang berasaskan Islam dan perjuangan parti yang berasaskan sekular dan kebangsaan.

Perjuangan PAS mengadunkan aktiviti dakwah dan politik. Perjuangan Umno mengambil kebangsaan dan menolak agama (Islam).

Barangkali beliau tidak sedar bahawa penyokong PAS yang hadir di Himpunan Hijau terpaksa membayar RM60 sebagai tambang bas menggunakan wang poket sendiri untuk menyertai Himpunan Hijau di Alor Setar.

Ini tidak termasuk lagi makan minum dan tempat tinggal yang kesemuanya ditanggung sendiri oleh penyokong PAS dengan penuh kerelaan.

Berbeza dengan ahli Umno, seperti yang Dr Mahathir sendiri menyedarinya, semuanya dibayar. Makan minum, tambang pengangkutan, tempat tinggal semuanya dibayar.

Ahli PAS sudah ditarbiyyah

Semua ahli PAS ditarbiyyah untuk bekerja untuk parti dengan ikhlas, kerana Allah SWT semata-mata, jauh sekali dari matlamat untuk mendapatkan habuan dan harta benda.

Perjuangan PAS adalah berdasarkan ayat 10 dan 11, Surah As-Saff.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang-orang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengah harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

Mana mungkin manusia sekular seperti Dr Mahathir yang mempunyai pemikiran yang keliru dan salah menurut pandangan Al Quran memahami ayat-ayat ini.

Perjuangan yang berasaskan sekular dan kebangsaan terhenti setakat di lubang kubur sahaja manakala perjuangan berasakan Islam sampai di akhirat.

Kebimbangan Dr Mahathir ini juga mungkin tercetus ekoran kebangkitan parti Islam, Ikwanul Muslimun di Mesir yang diambang mencapai kemenangan pada pilihan raya presiden yang sedang berlangsung selepas kejatuhan Hosni Mubarak.

Mubarak, 84 yang hampir sebaya dengan Dr Mahathir, dikenakan hukuman penjara seumur hidup di atas kesalahan menyebabkan kematian ratusan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir awal tahun ini.

Kebangkitan Arab Spring inilah yang dibimbangi oleh pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuduh parti pembangkang mahu mengguling kerajaan.

Pemimpin-pemimpin Umno di Kedah juga turut resah dan gelisah apabila menyaksikan kebangkitan rakyat, penyokong PAS lebih dari 100,000 orang hadir, membanjiri stadium itu sehingga melimpah ruah.

Kenyataan Setiausaha Umno Kubang Pasu, Samsuddin Ahmad yang meremeh-temehkan Himpunan Hijau ini dalam satu wawancara dengan FMT semalam, juga mencerminkan rasa resah dan gelisah yang selama ini tertanam di lubuk hati.

Khalid Samad Dedah Video Agen Umno-BN Cuba Beli MP PKR (Video)

SHAH ALAM, 7 JUN: MP Shah Alam, Khalid Samad hari ini secara eksklusif mendedahkan rakaman video yang menunjukkan cubaan agen Umno-BN yang didakwa terlibat dalam rundingan untuk membeli wakil rakyat PKR dengan nilai RM2 juta tahun lalu.
Video gambar stil berdurasi empat minit di salah sebuah restoran di Lembah Klang itu menunjukkan perbincangan antara lima individu yang dikatakan cuba merasuah MP PKR terbabit supaya lompat parti.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, dua daripada lima individu itu didakwa sebagai wakil Umno-BN, manakala dua lagi iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dikenalpasti sebagai wakil PKR bagi MP tersebut.

Sementara seorang lagi, kata Khalid adalah pemandu bagi salah seorang agen Umno-BN berkenaan.

“Rakyat Malaysia harus sedar bahawa ini adalah taktik kotor Umno-BN dalam cubaan untuk membeli MP Pakatan yang telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili pihak lain tetapi dengan tawaran jutaan ringgit, mereka akan belot.

“Tetapi ini merupakan satu cubaan yang selama ini telah disebut banyak kali tetapi ini mungkin kali pertama kita dedahkan buktinya,” katanya.

Beliau berkata, video asal berdurasi tiga jam itu hanya akan didedahkan sepenuhnya Selasa depan bersama pendedahan MP Pakatan yang cuba dibeli.

Tambahnya, beliau turut mempunyai bukti lanjut yang mendedahkan pertemuan agen Umno-BN dengan niat untuk membeli serta merasuah 15 pimpinan Pakatan supaya belot terhadap parti mereka.

Bagaimanapun jelasnya, laporan polis terhadap perkara tersebut hanya akan dibuat selepas pendedahan video itu selesai dilakukan.

“Kalau Umno-BN cuba nak menafikan, kita akan beri mereka peluang sehingga Selasa depan untuk buat kenyataan. Kalau mereka mahu tonton video ini dulu pun, terpulang kepada mereka.

“Tetapi hakikatnya pembelian MP yang dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan agen-agen yang mengenalpasti calon untuk lompat parti telah gagal. MP yang ditawarkan dengan duit itu akan tampil memberi keterangan,” ujarnya.

Sidang media dan pendedahan rakaman video tersebut boleh di ikuti dibawah.

Gempar! Hantu Tanpa Kepala Di Masjid

Blog Melayukini.net
GEMPAR! Hantu Tanpa Kepala Di Masjid | Gambar hantu tanpa kepala yang diambil di sebuah masjid ini bukanlah gambar hasil dari kerja fotoshop atau diedit tetapi ianya memang asli.

Jadi tak payahlah kata gambar hantu tanpa kepala ni tipu ye. Inilah fenomena misteri yang berlaku bukan sahaja di sesebuah masjid, tetapi telah berlaku hampir seluruh masjid di seluruh Malaysia.

Yang peliknya lagi, kejadian hantu tanpa kepala hanya boleh dilihat pada Hari Jumaat. Umat Islam berjantina lelaki mesti sangat biasa dengan kejadian manusia tanpa kepala ini tetapi tidak kepada kaum wanita.

Nak tengok? Jom lihat gambar hantu tanpa kepala di bawah ini.

Ini merupakan satu kejadian yang selalu berlaku di masjid-masjid ketika khatib sedang membacakan khutbah Jumaat.

Sepatutnya jemaah kena dengar dengan mata yang celik dan hati yang terbuka, tetapi ini jadinya. Salah siapa agaknya? Jangan lah kita menuding jari, bersama lah kita berusaha, dari pihak masjid dan juga juga jemaah solat Jumaat supaya kejadian atau fenomena manusia tanpa kepala ini dapat dihindarkan di masa hadapan. Amin.

P/S: Admin pun kadang-kadang terlentuk gak masa khatib baca khutbah huhu…

Apa fatwa tinggal puasa rai Sukan Olimpik

Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa terhadap atlet beragama Islam yang akan menyertai sukan Olimpik pada bulan Ramadan bermula 27 Julai ini.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpandangan walaupun Malaysia mempunyai peserta bukan Islam tetapi bagaimana dengan peserta Islam yang bertanding bagi acara yang tidak sesuai untuk berpuasa sama ada etika berpakaian yang tidak sesuai dengan Islam.

Setiausaha Agung, Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid juga berkata, adalah tidak sesuai untuk umat Islam menggadaikan kesucian Ramadan hanya kerana hendak mengejar medal Olimpik.

"Itu adalah sesuatu yang tidak wajar, peserta umat Islam perlu utamakan penghormatan bulan Ramadan dan etika bersukan di peringkat antarabangsa. Pendirian Majlis Fatwa dapat menjelaskan perkara ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau melahirkan kebimbangan terhadap senario ini, apabila kewajaran Olimpik memulakan 'precedent' pada bulan Ramadan tambahan pula umat Islam seluruh dunia tidak ambil kisah maka tidak mustahil ia boleh dilakukan lagi selepas ini.

"Bila acara dunia seperti ini memulakan pada bulan Ramadan pun kita tidak kisah, maka sudah menjadi alasan mereka tidak ambil kisah tentang sensitiviti agama selepas ini," katanya.

Jelasanya, senario ini menunjukkan barat tidak ambil kisah tentang agama walaupun mereka sering kata menghormati agama Islam di peringkat dunia.

Bagi Mapim, penentu atur cara Olimpik sepatutnya dari awal memastikan tidak berlaku pada bulan Ramadan sebagai menghormati penyertaan peserta-peserta dari negara Islam.

Dan, Mapim tidak menolak penganjuran ini wujudnya unsur-unsur tidak menghormati budaya dan agama di peringkat global.

"Apabila teruskan jadual itu maka negara-negara Islam harus bersepakat untuk menentukan sikap sama ada sesuai atau tidak peserta Islam menyertai sukan itu. Sudah tentu ianya adalah suatu hak negara untuk tentukan sama ada mahu menyertai atau tidak kerana alasan agama," katanya.

Mapim melahirkan kekecewaan malah membantah sikap penganjur sukan Olimpik yang tidak bersikap toleransi dengan budaya dan agama tidak diambil kira, dalam acara itu memperjelaskan lagi bahawa agenda global sudah menguasai sampai mengenepikan unsur-unsur agama.

Sementara itu, Angkata Belia Islam Malaysia (Abim) turut mempunyai pandangan yang sama di mana Majlis Fatwa Kebangsaan juga wajar menasihati pimpinan negara bagi mengatasi masalah ini.

Ini kerana menurut Presiden Abim, Amidi Abd Manan ada yang berpendapat dibenarkan meninggalkan puasa Ramadan kerana bersukan dan perkara ini perlu diperjelaskan sebaiknya.

"Kalau kita diniatkan untuk bermusafir di Olimpik nanti untuk dibenarkan tidak berpuasa, kita harus ingat musafir ada tempoh tempoh tertentu. Malah ada ramai juga mengatakan kalau kita turun tengok bola, itupun dalam negara kita tidak boleh dikira musafir," katanya.

Bagaimanapun beliau akan berbangga sebagai orang Islam dan warga negara Malaysia jika melihat atlet negara yang sanggup tarik diri kerana pentingkan syariat.

"Tinggal puasa semata-mata untuk raikan Sukan Olimpik perkara ini perlu diperhalusi kerana ia menjadi contoh kepada masyarakat, kerana dibimbangi alasan ini akan dipakai selepas ini.

Perlu tengok luas-luas perkara ini," katanya.

Sukan Olimpik 2012 dijadualkan berlangsung di London bermula 27 Julai sehingga 12 Ogos, sebanyak 204 buah negara menyertai sukan ini termasuklah negara Islam. Kira-kira 10, 250 atlet akan bertanding dalam 300 acara dan 26 sukan.

Terdahulu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, terpulang kepada atlet berkenaan sama ada mahu meneruskan puasa mereka apabila beraksi di pentas Olimpik nanti walaupun beliau secara peribadi menganggap bersukan juga satu perjuangan dan ada ketikanya ibadat itu dibolehkan untuk digantikan pada waktu lain.