"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Tambah dana untuk rumah ibadat bukan Islam

Abdul Rahim Sabri
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada bukan Islam, termasuk menambah peruntukan untuk rumah ibadat mereka.

"Kita memahami apa yang disebut (oleh DAP), dan (ia) bukan berhasrat untuk mempertikaikan agama Islam," kata timbalan presidennya Amidi Abd Manan kepada
Malaysiakini.

"Jadi kita menggesa kerajaan memberi perhatian yang lebih kepada bukan Islam."

Beliau diminta mengulas kontroversi kenyataan ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, di Parlimen berhubung peruntukan besar kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan tetapi kecil sahaja peruntukan untuk bukan Islam.

Kenyataan Nga, juga setiausaha DAP Perak, itu merujuk jawapan seorang menteri bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta untuk membina dan menyelenggara 611 masjid tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.

Susulan kenyataan tersebut, beberapa tokoh dan NGO mempertikaikan Nga dengan alasan beliau tidak wajar mengungkitkan peruntukan untuk membina masjid kerana perlembagaan mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

Amidi, yang kini memangku jawatan presiden Abim, berkata kerajaan seharusnya mengikut contoh Rasulullah yang bersikap adil kepada penganut agama lain sewaktu memimpin di Madinah.

"Jadi selaku kerajaan yang memerintah, kerajaan juga seharusnya mencontohi Rasulullah SAW, terutama dari sudut peruntukan kepada bukan Islam," katanya.

Beliau berkata, ABIM menyokong jika kerajaan juga memberi perhatian kepada kesejahteraan agama lain memandangkan masalah sosial yang semakin banyak berlaku.

Disoal sama ada kerajaan harus menambah peruntukan bukan Islam, Amidi berkata kerajaan bukan sahaja harus menambahkan peruntukan tetapi juga perhatian untuk melahirkan masyarakat beragama di Malaysia.

Bagaimanapun pembahagian itu juga harus menepati lunas Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.

"Maka satu masyarakat yang beragama harus menjadi satu ciri kepada rakyat Malaysia," katanya.

"Ia juga membolehkan masyarakat agama lain mempraktikan ajaran agama mereka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak."

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) pula menyifatkan "tidak elok" dibandingkan peruntukan untuk masjid dengan rumah ibadat bukan Islam.

"Tidak elok dikaitkan bersama. Permohonan peruntukan (orang bukan Islam) boleh dimajukan tanpa dikaitkan dengan (peruntukkan) umat Islam," kata presidennya Zaid Kamaruddin.

"Penganut bukan Islam boleh memohon untuk rumah ibadat mereka secara berasingan."

Ditanya kewajaran kerajaan menambah peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam, beliau berkata menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan keperluan rakyat dipenuhi tanpa mengira bangsa dan agama.

Manakala Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula berkata mengikut tafsiran Islam sebagai agama rasmi persekutuan, ia bermaksud kerajaan berhak mengeluarkan dana kepada orang Islam khususnya untuk pusat ibadat umat Islam.

"Jadi tidak timbul masalah ketaksamaan mengeluarkan dana kepada rumah ibadat Islam atau bukan," kata presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz.

Mengulas kewajaran menambah peruntukan kepada bukan Islam, beliau berkata ia bergantung kepada keperluan masyarakat bukan Islam dan jumlah pertambahan penduduk bukan Islam di sesuatu kawasan.

"Populasi bertambah ramai, maka keperluan dana untuk rumah ibadat pun bertambah. Ia bergantung kepada keperluan. Tiada keperluan, tidak wajarlah ditambah.

"Begitu juga masjid atau surau, dana bergantung kepada keperluan pada satu kariah," kata Muhammad Faisal.
-malaysiakini.com-

Tiga mati terbakar lori minyak rempuh rumah

Tiga orang, termasuk dua beradik berusia 7 dan 14 tahun rentung dalam tragedi ngeri apabila sebuah lori tangki minyak meletup
setelah terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Ulu Klawang, Jelebu pagi ini.

Kemalangan pada jam 9 pagi itu berlaku ketika lori tangki yang dipandu oleh Shamsulkahar Bahudin, 36, dalam perjalanan dari Port Dickson untuk menghantar bekalan minyak di Kuala Klawang, menghadapi masalah brek di kilometer 13 ketika sedang menuruni jalan Seremban-Simpang Pertang di Bukit Tangga.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Setapa Yusoff berkata semasa melalui satu selekoh di kilometer 18, lori tangki itu merempuh sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang diletak di tepi jalan sebelum terbabas ke bawah dan merempuh sebuah rumah kampung yang didiami oleh seorang balu dan dua anaknya.

Lori itu terbalik lalu terbakar tetapi Shamsulkahar, yang berasal dari Melaka, sempat keluar dari kenderaan itu namun dia menghembuskan nafas terakhir di tepi rumah itu dengan kesan terbakar di bahagian pinggang ke bawah.

Sementara itu, Mohd Hafiz Hanapiah, 7 dan kakaknya, Anisah, 14, yang dipercayai sedang tidur semasa kejadian, tercampak akibat rempuhan kuat ke dinding bilik mereka.

Mayat Shamsulkahar ditemui pada jam 10 pagi manakala mayat Mohd Hafiz dan Anisah pula ditemui dalam keadaan rentung di bawah timbunan batu kira-kira 20 minit kemudian, kata Ketua Balai Bomba Jelebu Adzhar Che Onn.

Beliau berkata akibat kemalangan itu, lori terbabit meletup dua hingga tiga kali dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa satu jam setengah untuk memadamkan api.

Adzhar berkata ini merupakan kemalangan kedua yang membabitkan rumah yang sama kerana kira-kira lima bulan lepas, sebuah lori membawa kepingan getah terbabas lalu merempuh bahagian dapur rumah itu tetapi tiada sesiapa yang cedera.

Rumah milik Mariani Cembeng, 45, itu runtuh sepenuhnya tetapi menurut penduduk kampung, ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana menghadiri kursus keusahawan di bandar Kuala Klawang.

Suami Mariani meninggal dunia dua tahun lepas. Dua lagi anaknya yang sudah dewasa tidak tinggal di situ - seorang bekerja di Kuala Lumpur dan seorang lagi menuntut di sebuah politeknik dekat Port Dickson.

Selepas kejadian, seorang lelaki berusia awal 20-an dipercayai salah seorang abang kepada adik beradik yang meninggal itu dilihat mengamuk dan terpaksa ditenteramkan oleh penduduk kampung serta rakannya yang lain.

Seorang jiran kepada keluarga malang itu, Azuman Abu Bakar, 35, memberitahu pemberita, dia sedang tidur di rumah apabila terdengar jeritan ibunya.

"Rumah Maria terbakar, rumah Maria terbakar," katanya.

Api naik setinggi pokok kelapa dan ada letupan menyebabkan orang kampung tidak dapat menghampiri rumah itu, kata Azuman.

-Bernama-

"Jahat"nya DAP... Celakanya UMNO!

tokpepijat
Pelbagai pihak pro rasis UMNO mula menyalak menuntut MP Taiping Nga Kor Ming menuntut maaf. Antaranya PERKASA dan GPMS. Bagi mereka seolah-olah Nga Kor Min buat satu "dosa besar" kepada umat Islam. Dosanya cuma tanya tentang peruntukan bina masjid dan peruntukan rumah ibadat ugama lain.

Buat seketika media-media barua perkauman UMNO pun "menghembus-hembus" bara agar menjadi api, api perkauman! Celakanya UMNO!

Dan buat seketika UMNO diangkat seolah-olah sebagai pejuang ugama!

Dalam isu Nga Kor Ming ini, silapnya mungkin "ayat" nya (teknikal) sahaja atau diputarbelitkan oleh media barua UMNO. Kebetulannya pula Nga Kor Ming dari DAP. Bersoraklah puak UMNO dapat "mangsa" baru untuk "makanan santapan" UMNO, perkauman. UMNO perlu makanan ini untuk hidup!

Keikhlasan MP Taiping ini tidak perlu dipertikaikan. Beliau lulusan UIA. Mengkaji Islam sejak bersama MB Nizar dalam kerajaan PR Perak. Mungkin silapnya ayat pertanyaan yang boleh diputar belit oleh media.

Jika beliau tersilap, rekod DAP adalah senang secara terbuka mohon maaf. Lagipun rekod "paling jahat" DAP dibuat oleh KM Pulau Pinang 10 tahun dulu. Apa dia kejahatan KM itu? Membela gadis Melayu yang dirogol oleh KM UMNO hingga beliau terpaksa jadi warga Penjara Kajang.

Berbalik kepada UMNO, kita merasa pelik bin ajaib mengapa begitu bersungguh UMNO
"membela" Islam?

Rekod UMNO selama 52 tahun perintah Malaysia, sememangnya UMNO celaka! UMNO umpama ayam jantan yang berkokok tapi ekornya berlumuran tahi!

Berkokok sana sini kononnya
"bela" Islam dan Melayu, tapi dalam masa yang sama menjahanamkan Islam dan Melayu.

Lihatlah, siapa yang lulus lesen judi? Menteri UMNO. Siapa tarik bantuan Sekolah ugama? Menteri UMNO. Siapa lulus disko ? Menteri UMNO. Siapa lulus lesen jual arak? Menteri UMNO. Siapa hina undang-undang Islam? Menteri UMNO. Siapa
"baham" duit projek? Menteri UMNO.

Itulah wajah hodoh UMNO.

Siapa patut di
"sembelih" ayam jantan atau UMNO?

Jawapan bodoh buat soalan bodoh daripada Ibrahim "Raja Katak"

WFAUZDIN NS
SEKIRANYA anda merasakan anda seorang yang cerdik dan waras, anda mungkin merasa `diperbodohkan' oleh seorang YB yang suka buat kenyataan `bodoh' seperti di sini.

Bagi menjawab semua kenyataan bodoh tersebut, biarlah saya yang bodoh serta setaraf dengan YB tersebut menjawabnya, mudah-mudahan saya dilihat lebih cerdik sedikit dari beliau. Saya tidak mahu orang sepintar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub untuk menjawabnya kerana itu akan membuang banyak masa beliau daripada melayani `Raja Katak' yang `diberi makan' oleh PAS sebelum ini.

Isu bermula apabila Salahuddin Ayub mencabar Berahim Ali agar membuktikan PAS bersekongkol dengan DAP bagi memecah belahkan orang-orang Melayu. Maka, Raja Katak ini memberikan bukti bahawa bukankah PAS kini bersekutu dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat? Itu adalah bukti atau hujah pertama dari Raja Katak. Ingin saya bertanya anda, bodoh atau tidak jawapan itu? Bersekutu dengan DAP itu tandanya memecah belahkan orang-orang Melayu? Sepatutnya Berahim terlebih dahulu memberikan bukti betapa semenjak DAP wujud di negara ini, orang-orang Melayu berpecah kerananya.

Hujah kedua beliau, Raja Katak ini mengatakan bahawa PAS membantu DAP menubuhkan kerajaan di Perak. Ini samalah juga dengan cerita Umno membantu Gerakan menubuhkan kerajaan di P.Pinang suatu ketika dahulu. Amat bodoh juga Raja Katak berhujah DAP menubuhkan kerajaan di Perak. Benar, DAP punyai kerusi yang lebih banyak dari PAS dan PKR di Perak, tetapi DAP taat dan patuh kepada arahan Istana untuk menyerahkan teraju pemerintahan dan MB Perak kepada PAS dan DAP bersedia berada di bawah MB dari PAS. Jika ingin mengatakan bahawa YB dari PAS Ir Nizar cuma boneka kepada DAP dan Melayu di Perak berpecah kerana DAP, Berahim mesti memberikan bukti dan hujah yang tepat bukan main cakap dari mulut beliau yang diketahui sememangnya busuk itu. Bukti bahawa orang-orang Melayu di Perak bersatu selepas Ir Nizar menjadi MB, sehingga kini majoriti rakyat Perak menuntut diadakan Pilihanraya di semua kerusi Dun di Perak. Masalahnya beranikah Umno menghadapi Pilihanraya? Mengapa Berahim tidak menuntut bersungguh-sungguh agar Dun Perak dibubarkan segera untuk membuktikan hujah-hujah beliau itu?

Raja Katak ini ingin berhujah tentang isu arak di Selangor pula. Kononnya PAS bersekongkol dengan DAP tentang isu penjualan arak ini. Jelas Ibrahim ini bukan YB yang mengambil tahu perkembangan di Selangor. Telah banyak PAS lakukan di Selangor jauh lebih baik dari Umno memerintah di Selangor. Cumanya, ingin kita bertanya dengan Raja Katak mengapa beliau bersekutu dan menyokong kerajaan pusat yang mengeluarkan lesen judi sekarang?

Beliau berhujah dengan amat bodoh sekali. Beliau berkata PAS berdiam diri apabila YB Kor Ming kononnya dikatakan menghina Islam apabila mempertikaikan dana masjid. Pertamanya, jelas YB Kor Ming tidak berkata demikian dan beliau bercadang untuk menyaman akhbar `berlidah iblis' itu. PAS tidak berdiam diri dan kenyataan pimpinan PAS dan PR telah dibuat, cuma raja katak ini tidak tahu kerana `berada di bawah tempurung'. Kenyataan media YB Kor Ming beserta seluruh pimpinan PR termasuk PAS di Parlimen telah dibuat untuk menafikan pembohongan media haprak itu. Cumanya, ketika itu raja katak tidor di Parlimen tidak tahu apa yang berlaku di situ.

"Kuman di atas tikar boleh nampak, kapal sebesar kapal selam KD Tunku Abdul Rahman pula tak nampak," katanya. Ini kata-kata Berahim Ali. Jawapan saya mudah. Kata-kata itu adalah ditujukan kepada beliau sendiri. Terlalu banyak kemungkaran Umno terhadap bangsa Melayu, Islam dan negara ini tetapi Berahim tetap ingin bersekutu dengan parti seperti itu. Raja katak kini tiada hujah dan modal lagi untuk menyerang PAS, PKR atau pun DAP. Dahulu beliau menuduh DS Anwar pemecah belah orang-orang Melayu, kemudiannya dikatakan PAS pula terlibat dalam perpecahan orang-orang Melayu. Berahim Ali kini terlalu mabok untuk mencari idea bagaimana ingin `menjilat punggung' Umno semula.

Apa yang peliknya, raja katak ini seolah-olah begitu kuat `keMelayuannya' tetapi cuba tanya orang Melayu Di Pasir Mas sekarang, malu atau tidak dapat YB seperti Berahim ni? Kalau saya duduk di Pasir Mas, saya akan kata saya tidak tahu samada Berahim tu Melayu atau tidak kerana orang-orang Melayu selalunya cerdik bila berhujah./Kembali ke laman asal di sini.

Sepasang Kekasih dipanah petir hingga hangus..

usinwafer

Inilah pengajaran paling berguna buat semua umat islam..renung dan fikirlah..insaflah..

Masruri (60), orang tua Darsono (25), salah seorang korban tewas tersambar petir di Banyumas, langsung menangis histeris di lokasi kejadian. Ia tak kuasa saat melihat tubuh anaknya hangus terbakar.

Masruri terus menjerit, sementara warga lainnya berusaha menenangkan. Ayah korban ini pun akhirnya pingsan dan dibawa ke mobil.

Darsono dan Hartini (32), keduanya warga Kelurahan Mersi, Kecamatan Purwokerto Timur, tewas akibat tersambar petir pada Kamis sore sekira pukul 16.00 WIB. Keduanya yang tengah memadu kasih di Obyek Wisata Curug Ceheng langsung meninggal di lokasi kejadian dengan luka terbakar.

Menurut Kapolsek Sumbang, AKP Sugito, korban sebelumnya memang terlihat dengan beberapa temannya sedang berwisata di Curug Ceheng, Kecamatan Sumbang, Banyumas, Jawa Tengah.

 Saat hujan deras disertai petir, keduanya berteduh di sebuah rumah terbuka. Nahas tak dapat ditolak, di tempat itulah sepasang kekasih itu merenggang nyawa. Sebelum menyambar rumah yang dijadikan tempat berteduh, petir juga menghantam sebuah pohon hingga tumbang.

"Korban dan teman-temannya saat itu sedang berwisata di Curug Ceheng. Namun saat hujan deras disertai petir, keduanya tersambar dan langsung meninggal," ujar AKP Sugito, Kapolsek Sumbang, Kamis (10/12/2009).

Darsono mengalami luka bakar pada bagian perut dan pinggangnya. Sementara Hartini mengalami luka bakar pada bagian tangan, kaki dan kepalanya.

Tim dokter dari Puskesmas Sumbang, yang datang ke lokasi kejadian langsung melakukan pemeriksaan pada tubuh korban. Usai diperiksa, kedua korban langsung di bawa ke rumah masing-masing untuk dimakamkan. okezone.com

http://simple-simpleya.blogspot.com

Azim Zabidi dan Tiong King Sing Kalis Peluru?.

mohdnoorawang
Umum rakyat Malaysia yang peka pembinaan pelabuhan bebas cukai Klang atau PKFZ telan duit RM4.6 Billion. Pembinaan secara runding terus termasuk rekabentuk dan bina oleh syarikat "Kuala Dimensi" adalah bagaikan hadiah dan habuan yang amat lumayan yang diberi oleh kerajaan barisan nasional kepada kroninya. Satu skandal kewangan yang besar dan satu penipuan oleh kroni UMNO, MCA, dan barisan nasional secara amnya.

Walaupun kerajaan BN telah menawan tiga orang yang dikatakan terlibat dalam skandal RM4.6 Billion. Namun yang pelik dan penuh tandatanya mengapa tidak ada tindakan atau pertuduhan kepada Pengerusi Kuala Dimensi merangkap bendahari Umno malaysia Datuk Azim Zabidi, Ketua Pegawai eksekutif Kuala Dimensi Datuk Sri Tiong King Sing merangkap Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Timbalannya Datuk Faizal Abdullah merangkap Ketua Pemuda Umno Kapar.

Apakah hubungan Azim Zabidi, Tiong King Sing, Faizal Abullah kalis peluru atau tiga watak ini dilindungi oleh pemerintahan kerajaan barisan nasional oleh perdana menteri Malaysia Datuk Sri Muhd Najib Razak? . Malah rakyat Malaysia telah didedahkan peranan penama diatas adalah sumber kewangan untuk parti MCA, Umno dan barisan nasional.

MCA patut dipuji kerana mendedahkan parti MCA mendapat sumber kewangan dari Projek PKZF. Dan Umno masih membisu dan menjadikan lembu kenyang diatas projek PKZF. Mungkin UMNO tak angkat wang dari projek PKZF. Mustahil, Umno dan Wang dibaratkan nyawa dan kiblat bagi pemimpin Umno.

Nak Marah Siapa, Nga Atau Umno?

Zolkhainain
Media melaporkan, MP Taiping Nga Kor Ming mempersoalkan peruntukan yang tidak seimbang untuk masjid dan kuil atau gereja. Peruntukannya ialah RM746.26j untuk masjid dan cuma RM9j saja untuk kuil atau gereja.

Dikira berdasarkan bilangan apa pun, samada bilangan orang bukan Islam di negara ini atau bilangan kuil, gereja, tokong dan sebagainya, pada fikiran Nga, peruntukan itu adalah tidak seimbang.

Saya tidak bersetuju dengan Nga kerana dia mempersoalkannya, tetapi saya tidak marah kepadanya secara sembrono seperti orang Umno.

Sekali lagi, samada Nga atau sesiapa sahaja, mereka tidak berhak mempersoalkan itu semua.

Tetapi, timbul persoalan, mengapa Nga mempersoalkannya? Apa agenda Nga? Adakah Nga tidak tahu bahawa apa yang dipersoalkannya itu boleh membangkitkan kemarahan orang Islam termasuk orang Islam yang tidak ke masjid?

Saya fikir Nga tahu implikasinya, tetapi mengapa dipersoalkan juga? Nga musuh Islam? Nga anti Islam? Atau, apa?

Umno / BN memerintah negara ini sudah 50 tahun lebih. Masjid dikuasai oleh Umno kecuali masjid Rusila dan Masjid Pulau Melaka. Daripada siak sampai imam besar, semuanya hendaklah diisi oleh orang Umno.

Jangan sesiapa yang cuba-cuba berani mengajar atau menyampaikan kuliah di masjid tanpa kebenaran, tangkap. Masjid dibuka untuk solat berjemaah, itu pun dengan bilangan jemaah yang tidak seberapa. Kadang-kadang yang ada cuma bilal dan cicak. Bilal jadi imam dan cicak tak mungkin jadi makmum.

Pada hari Jumaat pula, perhatikan, mana yang ramai antara yang dengar khutbah dengan yang lena atau separuh lena? Bunyi khutbah seperti kumbang dalam lubang. Ada makmum yang sudah boleh menghafal khutbah imam. Ada imam yang tak boleh baca khutbah kalau buku khutbahnya dicuri anak muda nakal.

Mengapa imam itu kekal sebagai imam juga? Ya, kerana dia Umno. Adakah Umno sedar perkara ini? Masjid tidak dibersihkan dengan sempurna, mengapa tidak ambil siak lain? Ya, kerana dia Umno.

Saya berani katakan, tidak banyak sangat manfaat yang diperolehi oleh orang Islam daripada masjid.

Selain tempat untuk solat, apa yang orang Islam boleh dapat di masjid? Masjid ada perpustakaan? Ada kemudahan internet? Ada kemudahan sukan? Ada gelanggang silat? Ada gelanggang debat? Ada wacana ilmiah yang berat-berat? Ada pusat khidmat masyarakat? Ada pasar? Ada ambulan? Ada kerta jenazah? Ada kemudahan kenduri? Ada bilik penginapan musafir? Ada tandas yang bersih? Ada…

Aaahh, jangankan itu semua, pejabat masjid pun tidak ada. Itu belum cerita kasut dan motosikal yang hilang di masjid.

Kalau orang Islam sendiri tidak mendapat banyak manfaat daripada masjid selain sekadar simbol sahaja, apa pula manfaat yang diperolehi oleh orang bukan Islam? Saya ulangi, apa manfaat yang diperolehi oleh orang bukan Islam daripada masjid termasuk daripada Masjid Negara dan Masjid Putrajaya?

Masjid adalah sinonim dengan Islam. Islam adalah rahmat, demikian juga masjid. Islam rahmat untuk semua termasuk untuk orang bukan Islam, demikian juga masjid.

Kini, apa yang orang bukan Islam tahu daripada masjid ialah, masjid mengganggu tidur mereka pada waktu pagi dengan bacaan al-Quran daripada kaset sebelum masuk waktu Subuh lagi. Ini kerja siapa?

Lebih jauh lagi, mereka bukan mendapat manfaat, terkadang dihalau orang bukan Islam yang cuba mendekati masjid.

Kesimpulannya, masjid menjadi institusi yang dirasakan oleh orang bukan Islam sebagai memusuhi mereka. Pernahkah pimpinan masjid kita membantu orang bukan Islam yang menderita dan terlantar atau ditimpa musibah?

Aaahhh, jangankan orang bukan Islam, orang Islam pun tidak dibantunya. Jangankan pimpinan masjid kita membantu orang Islam yang tidak ke masjid, yang berulang-alik ke masjid pun tidak dibantunya. Apatah lagi orang bukan Islam.

Apa yang pimpinan masjid tahu ialah marahkan orang yang tidak datang ke masjid.

Sebab itu saya katakan, saya tidak setuju Nga membangkitkan perkara itu tetapi saya tidak marah kepadanya secara sembrono. Bukan kerana dia DAP, tetapi kerana kalau kita marahkan dia pun, tetapi masjid kita tetap begini juga, apa gunanya?

Nga mempersoalkan itu kerada dia merasakan dia dan orang-orang bukan Islam yang lain tidak mendapat apa-apa daripada kewujudan sekian banyak masjid di negara ini.

Orang Islam pula dapat apa daripada kuil? Ya, kalau daripada masjid kita mereka tidak mendapat apa-apa, mengapa kita mengharap sesuatu daripada kuil atau tokong mereka?

Dalam isu ini saya marahkan Umno kerana parti itu yang merosakkan institusi masjid kita. Mereka hanya tahu bina, itu pun untuk membela kontraktor mereka tetapi tidak tahu memanfaatkannya. Mereka bina masjid kemudian mereka ‘kunci’ masjid.

Masjid rosak bukan kerana digunakan tetapi kerana jarang digunakan. Apabila rosak, masjid pun dibaiki. Kerja-kerja membaikinya dapat kepada kontraktor Umno lagi. Masjid jadi tempat Umno buat duit bukan tempat ibadat dan membantu masyarakat.

Apa anda lupa bahawa Umno pernah merobohkan masjid? Anda lupa bahawa Mufti dilarang masuk masjid?

Mengapa masjid kita rosak? Kerana dikuasai oleh Umno. Siapa lebih layak kena marah, Nga atau Umno? Benar, lebih baik marahkan Umno daripada marahkan Nga.

http://bongkarsauh.blogspot.com/

Tiada ketuanan Melayu

Zukri Aksah

Baru-baru ini dalam sesi perbahasan di Parlimen, Baru-baru ini dalam sesi perbahasan di Parlimen, Ahli Parlimen dari DAP, M. Kulasegaran telah membangkitkan isu ketuanan Melayu yang didakwa menghalang proses perpaduan kaum di Malaysia selama ini. Isu ini sempat juga menghangatkan sebentar sidang Parlimen pada hari tersebut.perpaduan kaum di Malaysia selama ini. Isu ini sempat juga menghangatkan sebentar sidang Parlimen pada hari tersebut.

Saya kira, apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat ini tidak lebih sekadar contoh mentaliti rakyat Malaysia yang dalam proses pembesarannya telah menyaksi dan melihat bagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah disalahgunakan.

Oleh kerana proses kesaksian ini berlaku berulang-ulang dari kecil sehinggalah dewasa, maka bukan hanya beliau, bahkan ramai rakyat Malaysia menganggap bentuk DEB yang disalahguna secara praktisnya itulah DEB yang sebenar, seterusnya dari wajah DEB yang palsu ini menganggap wujudnya ketuanan Melayu.

Saya menjadi malu sendiri, malu juga dengan aksi Ibrahim Ali. Soalnya wujudkah ketuanan Melayu? Jika Melayu tuan, maksudnya kaum lain adalah hamba dalam negara Malaysia yang dulunya bernama Persekutuan Tanah Melayu ini. Kita sedang cuba meletakkan kasta ketika mana dalam kad pengenalan kita sendiri tidak pernah membeza-bezakan kaum di Malaysia ini dengan status warganegara kelas satu, dua atau tiga.

Kalau orang seperti Ibrahim Ali selamanya menganggap orang Melayu adalah tuan di bumi bertuah ini, maka saya rasa pemikirannya telah dijumudkan oleh doktrin bangsa Yahudi. Yahudi mengikut ajaran kitab Thamud menganggap hanya mereka yang layak bergelar manusia, sementara orang lain adalah goyem, yang setaraf dengan binatang.

Saya suka ingin mengingatkan Ibrahim Ali bahawa negara kita ini terjajah lebih 400 tahun kerana siapa? Bukankah kerana Melayu, tidak kiralah Melayu Proto, Melayu Yunan, Melayu Jawa, Melayu Arab atau Melayu Mamak. Bukankah Melaka tewas kerana tentera upahan Jawa dan pembelotan Tun Mendaliar?

Bukankah juga Melayu yang kononnya asli ramai menjadi pegawai, pekerja dan tentera British, juga menjadi kempetai Jepun? Adakah mereka tuan? Tidak sama-sekali! Mereka menjadi hamba kepada penjajah Portugis, Belanda, British dan Jepun. Kalaupun mereka tidak mengaku mereka hamba kepada bangsa imperialis ini, mereka pastinya hamba kepada nafsu dan syaitan, hamba kepada kedudukan dan kekayaan. Melayu mana yang bergelar tuan?

Kepada orang-orang yang tersalah anggap pula, seperti Kulasegaran, ingin saya tegaskan bahawa tidak ada di mana-mana bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan atau di mana-mana peruntukan dalam semua Undang-Undang Tubuh Negeri yang memberi taraf tuan kepada Melayu.

Ya, saya akui wujudnya Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera, juga adanya DEB. Sedikit klausa untuk Melayu dan Bumiputera dalam perlembagaan hanyalah sebagai tanda mengakui kedua-dua keturunan ini sebagai penduduk asal, sementara DEB adalah satu dasar yang secara idealnya bertujuan mahu mengimbangkan kedudukan kaum-kaum di negara ini. Jangan pula keliru dengan DEB sebagai satu dasar negara dengan praktisnya yang salah oleh kalangan pemimpin pemerintah.

Apakah DEB secara tidak sedar menabalkan Melayu sebagai tuan? Dahulu ada sekumpulan anak buah saya, orang Melayu yang kebetulan ketika itu aktif dengan PKR bersama dengan saya. Satu hari mereka datang menyuarakan keinginan untuk berniaga, membuka gerai jualan barang basah. Mereka telah kenalpasti tempatnya, sebuah kawasan simpanan JPS. Saya membantu mereka mendraf surat permohonan kepada JPS untuk menggunakan kawasan tersebut sebagai tapak berniaga, yang mana akhirnya diluluskan.

Setelah itu permohonan tersebut dibawa pula ke Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bagi tujuan mendapatkan lesen, setelah berhempas-pulas, akhirnya luluslah juga. Berniagalah mereka ini, semakin hari semakin maju, begitu mendapat sambutan dari penduduk di sekitar.

Kejayaan ini rupa-rupanya dicemburui oleh kalangan Umno yang tahu latar belakang politik anak-anak buah saya ini. Mereka menggunakan YB Umno di situ yang kemudiannya menggunakan pula Pejabat Tanah menghalang anak-anak buah saya ini berniaga walaupun Pejabat Tanah tiada hak kerana tanah itu milik JPS. Kesudahannya anak-anak buah saya ini dihalau macam anjing, gerai mereka dirobohkan, mereka Melayu! Dan mereka dihalau juga oleh orang Melayu! Siapa tuan, siapa hamba?

Tidak ada tuan sebenarnya.

Yang ada mereka yang berlagak tuan, mereka yang kemaruk mahu menjadi tuan. Mereka yang menganggap hanya kerajaan yang didokong mereka sahaja yang sah, kerajaan dokongan pihak lain haram, mereka yang menganggap hanya parti mereka sahaja yang sah, parti lain adalah haram. Tiada kaitan langsung dengan ketuanan Melayu, ini adalah soal kerakusan orang yang ghairah dengan kuasa dan kedudukan, ini adalah soal kezaliman orang yang terlalu takut hilang pangkat dan kekayaan.

Lebih penting, ini bukan kerana DEB mahupun Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera, kerana dalam melempias nafsu gila kuasa mereka, orang Melayu turut menjadi mangsa.

Bukan dosa DEB dan Hak Istimewa juga maka longgarnya perpaduan kita, ia dosa orang di atas sana.

M/I

Menjelang konvensyen pertama Pakatan Rakyat

Zulkifli Sulong

19 Disember ini bakal menjadi sejarah penting perkembangan politik negara ini apabila Pakatan Rakyat akan menganjurkan konvensyen pertamanya.Ia bagi menandakan pergabungan secara rasmi parti-parti PAS, PKR dan DAP dalam satu parti gabungan yang bernama Pakatan Rakyat (PR).

PR telah difailkan pendaftarannya oleh enam pemimpin kanan ketiga-tiga parti itu dan kini menunggu ianya diterima dan disahkan oleh Pendaftar Pertubuhhan.

Pendaftaran ini dibuat selepas Ketua Pengarah Pendafatran Malaysia mengakui bahawa pihaknya tidak ada sebarang halangan untuk ketiga-tiga parti itu didaftarkan di bawah satu gabungan.

Padahal sebelum itu, ia telah menjadi halangan utama mereka bergabung secara rasmi. Ini kerana, mengikut peraturan yang ada, tiga parti tidak cukup untuk membolehkan mereka membentuk satu parti gabungan sebagaimana Barisan Nasional.

Konvensyen pertamanya minggu depan akan meletakkan politik Malaysia maju setapak ke hadapan. Ini kerana, ia akan membuka satu lembaran baru ke arah sistem dua parti di negara ini. Rakyat bakal ada pilihan yang seimbang antara pemerintah yang ada sekarang, Barisan Nasional (BN) atau gabungan parti baru, Pakatan Rakyat (PR).

Konvensyen pertama PR akan diraikan secara besar-besaran. Ia melambangkan satu kemunculan kuasa baru dalam politik negara.

"Kita buat umpama kenduri. Kita mahu seramai mungkin orang datang ke kenduri kita dan untuk itu kita akan membuat persiapan terbaik untuk kenduri ini," kata Datuk Salehuddin Hashim, Setiausaha Agung PKR yang juga Pengarah Konvensyen ini.

Dalam konvensyen ini, semua pemimpin kanan ketiga-tiga parti yang bergabung dijangka berucap. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz akan memulakannya dengan doa untuk keberkatan majlis dan gabungan rasmi tiga parti politik Malaysia ini.

Ia akan diikuti dengan ucapan para pemimpin ketiga-tiga parti dan juga peserta konvensyen ini. Setiap parti dijangka akan menghantar 500 pemimpin utama mereka menjadikan ia bakal disertai oleh 1,500 perwakilan dari seluruh negara.

Para penyokong juga dijangka akan memenuhi Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, tempat berlangsungnya konvensyen ini.

Di majlis ini, logo Pakatan Rakyat akan diperkenalkan secara rasmi dan dijelaskan rasionalnya (Walaupun ia sudah diperkenalkan kini).

"Kita pilih warna oren, iaitu warna kita bersama. Bukan biru muda PKR, bukan merah DAP dan bukan hijau PAS," kata Salehuddin.

"Logo Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama menggambarkan ketiga-tiga entiti, iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party/DAP) berpakat dan bermusyawarah dalam semangat bersepakatan untuk memperjuang, menjaga dan memelihara konsep kenegaraan Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan 1957, yang dilambangkan dengan bunga raya berkelopakkan lima kumpulan bangsa menjunjung perlembagaan berteraskan lima prinsip Rukun Negara. Warna oren melambangkan api dan semangat juang yang sentiasa membara sesama ahli parti dalam Pakatan Rakyat," beritahu pihak yang merangka logo ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Penaja yang mendaftarkan Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim telah mencadangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dilantik sebagai ketua atau penasihat atau spiritual leader pertama Pakatan Rakyat.

Dalam masa yang sama, Datuk Seri Anwar dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat.

Namun, sehingga sekarang pada dasarnya Pakatan Rakyat bersetuju, orang yang memimpin gabungan ini adalah pemimpin yang memimpin parti yang mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen. Sekarang ini, PKR maka pemimpin mereka adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dan sehingga kini nampaknya, isu siapa yang memimpin Pakatan Rakyat tidak akan menjadi isu dalam konvensyen mereka yang pertama ini.

Persoalannya kini, sejauh mana kuatnya gabungan parti baru ini selepas Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan bersama antara PAS, DAP dan lain-lain parti sebelum ini hancur.

Mungkin menyedari hakikat inilah, Pakatan Rakyat didaftarkan. Jika kata sepakat berjaya dicapai dalam konvensyen ini, mereka akan mempunyai logo yang sama dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketika itu, rakyat Malaysia akan mempunyai pilihan yang jelas, BN yang sudah lebih 50 tahun memerintah negara atau Pakatan Rakyat yang memberikan tawaran untuk menjadi parti alternatif rasmi kepada mereka.

Nga Kor Meng.. Jangan Cabar Melayu

anaksengat
Ketika sibuk dengan isu parti masing masing......tiba tibaNga Kor Meng meletupkan isu peruntukan masjid dan rumah ibadat lain. Sebagai seorang Islam berbangsa melayu yang pernah dididik oleh kursus BTN sebanyak dua kali pastinya saya sedikit tersentuh.

Ia isu yang menyentuh perkauman apabila hak melayu islam dipersoalkan...itu yang ditanam dalam BTN. Melayu itu Islam..islam itu melayu. Hilang melayu hilanglah Islam..... Jangan benarkan orang lain merampas hak kita sebagai peribumi melayu.... itu mencabar islam...! Jangan main api!!!

Jika tarbiah BTN sahaja yang masuk dalam jiwa saya pastinya Nga Kor Meng akan saya tentang habis habisan. Bukan masalah mencabar hak melayu tetapi mencabar hak Islam! Apatah lagi apabila membaca utusan Meloya sebagai Kur'an yang hak dan satu satunya kitab suci. Hak Islam sebagai agama rasmi tidak boleh dicabar oleh mana mana pihak! Itu perjanjian yang termaktub di dalam perjanjian lama dan baru! (betul ke)????

Saya masih ingat kenangan bersama Almarhum Tuan Haji Idris Othman - bekas PJ Hisbah pertama Trengganu yang pernah menyebut " Jika saya menjadi Hakim mahkamah Tinggi, antara yang saya akan tafsirkan ialah "peruntukan JAKIM bercanggah dengan undang undang!" Islam hanya agama rasmi bukan agama negara!" saya seakan terkejut dengan kenyataan tersebut...namun setelah difahamkan tujuannya ialah untuk mendaulatkan Islam...barulah saya faham..." Sesiapa yang nak jaga agama mestilah mendaulatkan Islam sebagai agama negara...jika tidak jangan marah dengan apa yang saya akan tafsirkan.." demikian ungkapan beliau yang saya masih ingat...sayangnya beliau hanya mampu duduk di kerusi hakim mahkamah sesyen walau setelah 25 tahun bertugas dengan 26 kali ditukarkan! Terakhir di Tawau Sabah.

Saya tak tahu apa yang diungkapkan oleh Nga Kor Meng secara tepat. Media malaporkan ianya mempersoalkan peruntukan masjid.( walaupun matlamat sebenarnya menuntut hak agama lain) Ia menyentuh isu hak umat Islam. Sebagai seorang yang mendokong perjuangan Islam, sedikit terganggu dengan ucapan itu kerana bukanlah sesuatu yang tepat beliau membandingkan peruntukan masjid dengan rumah ibadat lain. Beliau berhak menuntut peruntukan rumah ibadat lain kerana ianya dibenarkan Islam. Namun membandingkan dengan masjid adalah sesuatu yang kurang wajar! Bukan tidak wajar dari segi hak tetapi suasana politik!

Tentunya PAS akan menjadi sasaran serangan dengan ungkapan tersebut apatah lagi apabila ada pemimpin PAS yang diketuai Bendahari memberi sokongan yang tegas. alangkah baiknya PAS mengambil sikap berhemah dalam memberi sokongan. Menyokong dalam menjelaskan! . Bukan bersifat perkauman! Tetapi PAS adalah parti yang bertanding di kawasan majoriti melayu yang pastinya persepsi undi melayu diberi keutamaan! DAP pastinya akan mendapat sokongan padu dari bukan melayu dan bukan Islam! sememangnya mereka bertanding di kawasan bukan Islam. DAP khususnya Nga Kor Meng perlu membantu mengurangkan ketegangan kesan lontaran yang dibuat di parlimen tersebut. Ia bertujuan membantu PAS khususnya dalam mengembalikan kepercayaan pengundi melayu...jua bererti pengundi Pakatan Rakyat! Ini persepsi yang di telah diterima sebagai akidah oleh sebahagian orang dalam menentukan sikap dan pendirian mereka!

Namun apa yang lebih menarik , lontaran Nga Kor Meng ini telah menjerut umNO Bee End dengan isu kemelayuannya. Di saat umNO yang terkenal sebagai parti pragmatis terjerat dengan pertembungan antara darah melayu yang ditopengkan dan wajah satu Malaysia yang cuba dijelmakan Najib. Antara Nazri yang mengakui bahawa satu malaysia bukan lagi bersifat bangsa dan keutamaan kepada melayu dan Mahathir yang mempertahankan BTN yang menjadi nadi umNO dengan darah melayunya....

Sewajarnya kita lebih tertumpu dengan jerat yang terjerut di leher umNo dari bertegas memberi sokongan kepada Nga Kor Meng. Mengapa kita tidak membincangkan hasil yang terperangkap dalam jaring yang terpasang dari bertegas mempertahankan kewajaran memasang jaring di tempat yang kurang wajar? Sokongan meng"khinzir buta" akan merugikan PAS jika media umNO berjaya memalingkan isu. Apa perlu sokongan itu dibuat??? tidakkah kita menjerut leher sendiri??? Tidak cukupkah dengan hanya kenyataan memperjelaskan sikap Islam yang terbuka dan adil kepada semua??? inilah masalahnya apabila terlalu berminat dengan kenyataan akhbar secara terbuka!

Apapun Tahniah kepada Nga Kor Meng kerana menjerat umNO antara kemelayuannya dan satu Malaysia.Najib nampaknya lebih bijak dengan mengambil sikap berdiam diri dan mematikan isu tersebut.

www.anaksengat.blogspot.com

Tulang Besi Mengaku Dia Berdendam Dengan Dato’ Hassan Ali

Batu-api
Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman Talib mula melarikan diri apabila kejahatannya di bongkar. Tipu muslihatnya terdedah. Dia tidak menjawab kerana memang dia bersalah dan menipu!!!!

Orang menipu tidak boleh berhujah! Orang yang berbohong tidak dapat membuktikan kata-katanya. Dia cuba mengalih isu penipuannya dengan menulis perkara-perkara lain. Perangainya saling tak tumpah macam UMNO yang melarikan diri untuk menutup sesuatu isu dengan isu yang lain.

Tulang Besi telah bersumpah, dia bersumpah dengan sumpah Saiful. Anda boleh baca artikel Tulang besi dan menilainya secara ilmiah.

http://www.malaysiawaves.com/2009/12/percubaan-memfitnah-tulang-besi-lagi.html

Sumpah pun pun ada nombor. Nombor pun tak tersusun. 1,2,3 dan 5 tak ada. Ini sumpah gila.
Takkan ini pun tak boleh kita fikir. Kelakar!! KAH KAH KAH KAH!!!

No 6, 7, 8, 9 dan 10 bukan tulisan saya pula.
Punya nak kelentong. Tulang Besi cuba menipu pembaca dengan membawa masuk komen sekali dalam tulisan artikel dia supaya nampak saya ini jahat sangat.

Engkau ingat orang bodoh boleh ditipu? Itu tulisan pembaca yang komen vsonic dan mircoscan. Bertaubatlah Tulang Besi Kembalilah kepada Islam. Sia-sia arwah bapa awak bagi usrah. Rupanya awak masih berdendam dan menipu!!!!

Saya menulis mengatakan dia pegawai peribadi Hassan Ali.
Saya kata dia peluk Dato’ Hassan Ali beberapa kali
Saya kata dia meminta jawatan CEO
Saya Kata Dato’ Hassan Ali tak bagi.
Saya kata dia berdendam dengan Hassan Ali kerana tak bagi jawatan ini.

semua yang saya kata ada pada rujukan ini

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=894

Semua kenyataan ini tidak pun dinafikan oleh Tulang Besi. Tidak tercatat pun dalam sumpah penafiannya. Ini bermakna Tulang besi mengaku bahawa dia memang berdendam dengan Dato’ Hassan Ali.

Orang yang berdendam cuba memburuk-burukkan Dato’ Hassan Ali. Takkan kerana tak padat CEO sampai begitu sekali dendam awak!! Bertaubatlah Islam melarang umatnya berdendam.

Kes ragut: Sudah tiba masanya hukum hudud dilaksanakan

Anak Manjong

Salam Sejahtera,

Negara kita Malaysia nampaknya hak rakyat untuk hidup aman sejahtera dah semakin pupus akibat aktiviti jenayah yang semakin hari semakin meningkat.

Pihak polis dengan mudah mengatakan semua kejadian tersebut adalah disebabkan kerana pengaruh dadah, apa pun jawab mereka rakyat semakin sengsara, bini kematian suami dan sebaliknya, anak kehilangan penjaga, semua ini masaalah ini dipikul oleh rakyat jelata, pemimpin masih macam biasa, hidup mereka dikawal selia, mereka tak perlu risau bab ini semua, yang dok risau rakyat.

Sekejap tadi dalam berita NTV7, ia paparkan mangsa ragut yang kematian suaminya akibat jatuh dari motor menerima sumbangan khairat kematian dari socso, dan seterusnya mangsa dan anaknya layak dapat pencen socso sebanyak RM330.oo sebulan, untuk anak sehingga umur 21 tahun jika belajar hingga ke IPT. Ok lah itu yang ada perlindungan socso, bagaimana yang tak ada perlindungan seperti bekerja sendiri, peniaga atau pemandu teksi, sapa nak sara walau pun RM300.00.

Kemudian Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mencadang hukuman yang lebih keras buat pesalah ragut iaitu hukuman mati bagi membendung kes ragut.

Pemberita pun pergi tanya kepada orang ramai yang bukan ahli hukum agama, apa jawab mereka! semuanya setuju.. senang sungguh menjawab kerana nak melepas geram kepada penjenayah tersebut,

Tetapi sedarkah mereka hukum Islam (Hudud) yang telah sedia ada kenapa tidak dilaksana, apakah dengan hukuman mati jenayah ragut dapat dikurangkan, kita boleh lihat bagaimana hukuman keatas pengedar dadah, walaupun hukuman mati dilaksanakan, kes pengedar tetap tak berkurangan, manusia yang ada tak akan takut dan gerun dengan hukuman ciptaan manusia melainkan hukuman Allah.

Peragut yang melakukan kerja-kerja ragut apa yang mereka ingat sebelum mereka membuat kerja tersebut hanyalah hidup atau mati, jadi kalau tertangkap kena hukuman mati, bagi mereka tak ada apa-apa hal bagi mereka, yang malangnya ialah mangsa ragut, jikalau hukuman hudud potong tangan, sekurang-kurangnya menjadi pengajaran terhadap peragut, selain dari itu hukuman yang diterima didunia dapat melepaskan hukuman Allah di akhirat, jikalau hukuman mati, diakhirat nanti pesalah itu akan menerima lagi hukuman atas kesalahan yang dilakukan, bukankan ini berlakunya tindakan zalim.

Dalam waktu beginilah pihak yang berautority seperti majlis Fatwa, Jakim mengambil kata sepakat bahawa hukuman hudud sesuai dilaksanakan keatas pesalah ragut, Seminar, simposium mengenai hukuman hudud boleh diwarwarkan, dengan secara tidak langsung rakyat dapat memahami hukuman Islam.

Kerajaan bazirkan RM550 juta untuk BTN

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Dis:
Ahli Jawatankuasa Lajnah Ekonomi PAS Pusat, Wan Ubaidah Wan Omar menyelar Kerajaan Pusat yang tidak berhati-hati dalam menyalurkan peruntukan khususnya dalam program Biro Tata Negara (BTN).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berhubung kos BTN yang berjumlah RM550 juta dalam tempoh 10 tahun.

"Untuk kos yang sebegitu besar, kita tidak melihat sebarang kesan yang efektif dan konstruktif terhadap peserta yang menghadirinya," katanya kepada Harakah.

Tegasnya, program yang berbentuk 'doktrinisasi' itu seharusnya menanamkan rasa cintakan negara dan bukannya cintakan Umno-BN.

"Malangnya, dengan kos yang telah 'dihanguskan' itu kerajaan masih perlu menghadapi masalah gejala sosial yang semakin meningkat apabila kes dadah, Aids, pembuangan anak, dan sebagainya bertambah setiap tahun.

"Pihak penganjur sepatutnya memastikan kandungan BTN yang telah dilaksanakan sebelum ini komprehensif dan bukannya menghancurkan golongan belia yang merupakan aset negara," kata Wan Ubaidah yang juga Bendahari Dewan Muslimat PAS Pusat.

Katanya, beliau tidak terkejut dengan pendedahan para peserta yang pernah menghadiri kursus ini yang mendakwa pihak penganjur mendoktrin minda mereka agar sayang pada Umno-BN selain mengugut mereka agar tidak menyokong selain parti itu.

"Bagaimana hendak melahirkan golongan yang profesional jika pemikiran dikongkong serta ditakutkan? Mungkin sebab itulah gejala rasuah kian berleluasa kerana ramai pengampu yang dilahirkan kursus BTN itu," ujarnya.

Oleh yang demikian, beliau yang juga Exco Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan mengesyorkan agar kos tersebut lebih baik disalurkan bagi membantu pembangunan rakyat termiskin dan infrastruktur kawasan yang memerlukan.

Dalam perkembangan yang sama, isu BTN terus mendapat perhatian akhbar-akhbar berbahasa Cina apabila akhbar China Press pada Selasa lalu menyiarkan artikel bertajuk 'Liew Chin Tong dedah peruntukan RM74 juta untuk BTN'.

Menurut akhbar itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera mendakwa, BTN mendapat peruntukan sebanyak RM74 juta pada tahun ini dan peruntukan itu lebih RM4 juta berbanding peruntukan parlimen iaitu RM70 juta.

Chin Tong mendakwa, jumlah itu terlalu banyak dan sangat 'memeranjatkan' kerana ia semata-mata untuk menanam fahaman perkauman.

Kata beliau lagi, menurut Bajet BTN 2010 itu, ia akan mengambil 224 pekerja tetap tahun depan dan penambahan itu tidak sepatutnya berlaku kerana BTN kini bermasalah.

"Berbanding peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM), bajet untuk parlimen sangat sedikit," kata ahli parlimen itu yang turut membandingkan bajet untuk JPM dan parlimen secara panjang lebar.

Sementara itu, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dalam http://blog.limkitsiang.com menyelar kerajaan dengan mendedahkan perbelanjaan BTN berjumlah RM550 juta dalam tempoh 10 tahun.

"BTN telah membelanjakan sebanyak RM 550 juta dalam tempoh 10 tahun sejak tahun 2000 sehingga 2009 dan ia telah mencetuskan sentimen perkauman sehingga menyebabkan ramai para cendekiawan lari ke luar negara."

Berdasarkan belanjawan tahunan untuk tempoh 10 tahun terakhir yang berjumlah RM548 juta, berikut adalah perincian kos tersebut mengikut tahun.

Bagi tahun 2000, kira-kira RM28,928,500 dibelanjakan manakala setahun selepas itu, tahun 2001 sebanyak RM27,172,300 pula dibelanjakan. Kos tersebut meningkat kepada RM34,199,700 pada tahun berikutnya dan terus meningkat lagi pada tahun 2003 kepada RM35,620,163. Kos tersebut meningkat lebih daripada sekali ganda iaitu RM86,165,889 pada tahun 2004 namun mengalami sedikit pengurangan iaitu RM68,160,330 pada tahun selepasnya.
Pada 2006, kos BTN berkurang lagi kepada RM43,097,076 tetapi bertambah kepada RM74,339,400 pada tahun lalu iaitu RM76,348,700. Bagaimanapun, pada tahun ini kos nya berkurang sedikit tetapi masih lagi pada angka yang besar iaitu sebanyak RM74,023,100.

Menurut Belanjawan 2010, kira-kira RM62.5 juta diperuntukkan untuk tujuan Kursus BTN.

"Ia melibatkan sejumlah wang yang besar. Bagaimana mungkin wujud justifikasi untuk membelanjakan peruntukan besar untuk sebuah agensi bagi melaksanakan kesinambungan agenda yang bertentangan dengan semangat perpaduan bagi memecah belahkan rakyat Malaysia kepada perkauman, sepertimana yang dinyatakan beberapa pemimpin pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam baru-baru ini,"

Terdahulu, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Mohd Ridzuan Mohamad menyifatkan Kursus BTN sebagai 'tidak sesuai' yang menyuntik sentimen perkauman dan tidak membantu melahirkan kepimpinan dalam persatuan pelajar.

Selain itu, ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Hisyamuddin Che Ali berkata Fakulti Pengajian Islam mengadu bahawa sentimen perkauman sememangnya diajar pada kursus-kursus BTN dengan memaklumkan orang Cina merupakan pendatang yang dibawa masuk ke negara ini.

SPRM digesa siasat segera Setpol Najib

Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU,12 Dis:
Rakyat sama ada penyokong PAS atau Umno akan merasa senang hati sekiranya orang kuat Umno sendiri yang terbabit dengan kesalahan didakwa sama ada yang dikaitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, bahkan imej pihak pendakwaan itu juga dianggap telus.

Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu dakwaan penyalahgunaan kuasa yang dikaitkan dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Shafei Abdullah dan gesaan supaya dijalankan siasatan segera berkata kalau orang kuat Umno turut disiasat atas dakwaan itu, rakyat di negara ini merasa senang hati.

“Kalau orang kuat Umno kena siasat juga maka itu menimbulkan rasa senang hati di kalangan rakyat, tanpa mengira (sama ada mereka itu dari) PAS atau Umno, kena belaka.

“Bahkan imej pihak jawatankuasa siasatan pun dianggap telus,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi ini.

Mengenai isu dakwaan berkait dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri itu, Gerakan Rakyat Integiri dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) dalam satu kenyataan medianya 10 Disember lalu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan segera ke atas dakwaan salahguna kuasa oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri itu agar dapat diadili sebaik mungkin.

Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata Gerak memandang serius dakwaan itu oleh kerana ianya telah pun disebutkan secara langsung di Parlimen Malaysia.

“Jika tidak ada tindakan daripada pihak SPRM, maka dakwaan yang disebut di Parlimen itu telah dianggap remeh.

“Demi menjaga kemuliaan Dewan Rakyat dan Parlimen Malaysia khususnya adalah amat wajar siasatan SPRM dilakukan segera,” katanya.

Menurut Nazree, fenomena kewujudan “Mr Political Toll” seumpama itu sebenarnya menggalakkan budaya rasuah dan korupsi dalam pentadbiran.

Oleh itu, kata Nazree, demi usaha kerajaan untuk memperkasakan integriti dan kredibiliti SPRM, maka amat wajar untuk SPRM sendiri secara segera memulakan siasatan setelah Parlimen menubuhkan jawatankuasa khasnya untuk menyiasat isu tersebut.

Dalam perkembangan lain, PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini telah menghantar laporan serta memohon dakwaan tentang salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri itu sagar disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rakyat Malaysia (SPRM).

Menurut Ketua PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad, sekiranya SPRM tidak membuka kertas siasatan, maka pihak PAS Wilayah meminta supaya ianya dibangkitkan semula di Parlimen.

Menurut Kamaruzaman, kertas laporan yang diserahkan kepada SPRM Wilayah Persekutuan itu dilampirkan sama hansad Parlimen 7 Disember 2009, halaman 35 hingga 38 yang tertera butiran ucapan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong mengenai isu tersebut.

Sementara itu, Dato’ Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar mengulas dakwaan yang menyatakan Umno parti rasis dan perkauman, oleh itu harus ditolak.

Beliau berkata, memang PAS sudah lama mempertikaikannya.

“Memang sudah lama ditimbulkan. Satu daripada yang kita sebut (timbulkan) ialah bahawa (parti) Umno kena tolak.

“Ini kerana Umno menolak Islam dan mengambil kebangsaan (sebagai dasarnya). (isu ini) bukan benda baru, benda lama.

“Selagi orang Melayu ‘sebut’ Melayu, (maka) selama itulah orang Cina akan ‘sebut’ Cina, dan selama itu pula orang India ‘sebut’ India. Memang hak mereka. Justeru menimbulkan perbalahan selamanya.

“Oleh sebab itu (hendaklah) ditolak belaka. Tolak belaka ‘Melayu’, tolak belaka Cina dan ambil Islam, yang mana Islam itu bukan hak orang Melayu, bukan hak orang Arab (tetapi) hak Allah. (dengan itu) tenang hati.

“Nak cari lebih senang daripada penerimaan Islam, tidak ada di dunia ini oleh kerana ianya sampai ke akhirat. Melayu, Arab itu hanya setakat dunia saja (menyebabkan) bertelagah, tidak selesai,” katanya.

Memalukan-geng songkok tinggi memalukan orang melayu


Mereka ni macam geng arak kepala lebu jer, cuba perhatikan yang bersongkok hitam tu...!!!anta semua kenal tak?Perhatikan betul betul macam brother yang jinjing kepala lembu hari tu...
15 orang jer ,hampeh betul tak melambangkan tata kesusilaan langsung ,memalukan orang melayu sahaja.

Sah kalau yang kencing berdiri inilah puak puak nyer...jijik betul perangai mereka ini kalau anak -anak mereka melihat perangai bapa bapa mereka ini ,mana nak letak muka.Kalau bapak kencing berdiri anak kencing berlari.....Kurang pasti diorang kencing betul betul ke atau ...tapi yang pasti memalukan..melayu dan agama islam.


Mereka inilah yang bodoh sebenarnya,kamu semua memalukan orang melayu dengan berperangai macam beruk...!!!

LEPAS PANDANG

MUHAMMAD HAKIMI TEW ABDULLAH

ISLAM DI HATIKU...

BERAT di mata, berat lagi bahu yang memikul. Ini sahaja ungkapan yang dapat dikatakan oleh insan yang bergelar ‘Saudara Baru atau muallaf’ yang lebih dikenali ramai.

Tergerak di hati untuk menulis artikel ini apabila menerima banyak rintihan atau keluhan akibat daripada dugaan yang dihadapi selepas memilih agama Islam sebagai pegangan hidup seharian.

Sesudah ditinggalkan keluarga, rakan-rakan yang dahulunya rapat tetapi kini menjadi semakin jauh, pihak yang bertanggungjawab pula kurang mengambil perhatian terhadap mereka yang ingin mendapatkan nasihat, bimbingan, sokongan, kasih sayang mahupun ilmu agama.

Terdapat beberapa orang rakan baru yang berjumpa saya dan meluahkan perasaan yang terpendam di dalam hati yang tiada tempat untuk mereka luahkan sebelum ini.

Tidak mustahil ramai yang memeluk Islam dan ramai juga yang keluar daripada Islam sekiranya golongan seperti ini tidak mendapat tempat di mata hati para umat seagama.

Mulut pandai berkata-kata tetapi tiada tindakan yang dilakukan. Apa yang didapati hari ini, pihak yang bertanggungjawab seakan-akan lupa dengan peranan sebenar sebagai tempat rujukan mahupun bimbingan kepada mereka yang bergelar saudara baru. Agaknya pihak berkaitan hanya menumpukan kepada kuantiti dan bukan pada kualiti.

Selepas mendaftarkan diri secara formal dalam Islam, kebanyakan saudara baru tidak menerima bimbingan susulan dan menyebabkan ada di antara mereka terumbang-ambing dan tanpa hala-tuju.

IKHLAS

Islam cukup besar menaruh kepada perhatiannya terhadap niat atau perasaan yang menyertai amal perbuatan manusia.

Memberi pertolongan tidak kiralah dalam bentuk apa sekalipun merupakan sesuatu perbuatan atau amalan yang baik tetapi saban hari manusia memberikan pertolongan kepada seseorang hanya untuk mendapat perhatian.

Ikhlas itu merujuk kepada roh sesuatu amal dan amal kebajikan. Amal ibadah yang ditunaikan oleh seseorang tanpa disertai dengan niat yang ikhlas maka amalan yang demikian itulah dikatakan tidak mempunyai rohnya.

Surah: 98. Al Bayyinah 5: “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam menjalankan agama yang lurus.”

Sedih sungguh apabila mendengar ada di antara saudara baru yang tidak tahu cara untuk mendirikan solat. Sesungguhnya solat lima waktu itu adalah tiang agama. Apabila ditanyakan “adakah anda mendirikan solat sebelum ini?” Ada yang menjawab “Ya, tetapi saya cuma mengikut apa yang orang lakukan ketika bersolat.”

SALAH SIAPA?

Siapa yang perlu dipersoalkan dalam situasi sebegini? Jangan salahkan orang lain sekiranya kita sendiri tidak ada kemahuan untuk mempelajari dan mendalami ilmu dalam Islam.

Surah: 31. Luqman 17: “Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhkanlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah daripada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam hal-hal yang diwajibkan oleh Allah.”

Saya bercerita di sini tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Peringatan ini juga ditujukan buat diri saya sendiri di mana niat dan iman kita perlulah sentiasa kukuh bagaikan daun, ranting-ranting serta dahan-dahan pokok yang diperkuatkan dengan akarnya yang subur.

Sesungguhnya buat semua saudara baru yang menghadapi pelbagai dugaan, carilah tempat di mana anda boleh berteduh dan menerima dorongan serta nasihat. Janganlah salah mencari sehingga menjerat diri anda sendiri.

Dalam sesuatu perjuangan menuju ke jalan Allah itu tentunya akan dirintangi dengan pelbagai halangan. Tidak akan sempurna hidup kita tanpa dugaan. Hanya dugaan sahaja yang bakal mengingatkan diri kita kepada Allah yang Maha Esa.

SABAR

Dan bersabar itu merupakan cahaya yang gilang gemilang. Sebagai hamba Allah, kita tidak akan terlepas daripada pelbagai ujian yang menimpa kepada kita. Baik musibah yang menimpa diri kita sendiri mahupun bencana yang menimpa pada sekelompok manusia mahupun bangsa.

Merujuk kepada segala kesulitan dan kesempitan yang bertubi-tubi dan berlarutan, hanya sabar sahaja yang bakal memancar sinar yang memelihara seseorang muslim daripada jatuh kancah kebinasaan.

Seterusnya, memberi hidayah yang akan menjaga diri seseorang daripada mudah berputus-asa. Sebagai seorang muslim yang sejati, wajiblah kita mempertenguhkan hati dalam menanggung segala dugaan dan penderitaan dengan tenang.

Pikullah bebanan hidup dengan hati yang yakin tanpa sebarang keraguan. Hadapilah dengan tabah dan sabar serta bertawakallah kepada Allah.

Surah: 33. Al Ahzab 17: “Katakanlah: siapakah yang dapat melindunngi kamu dari (takdir) Allah jika Dia menghendaki bencana ke atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?” Dan orang-orang munafik itu tidak memperoleh pelindung penolong selain Allah.

Surah: 13. Ar Ra’d 11: “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”

Surah: 2. Al Baqarah 155-157: “Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila menimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

DARJAT DI SISI ALLAH

Sepanjang kehidupan manusia adalah semata-mata untuk menyerahkan dirinya kepada Allah dengan niatnya yang ikhlas, maka seluruh gerak dan diamnya, tidur dan jaganya akan dihitung langkah-langkah dalam mencari keredhaan Allah.

Hanya kadang-kala kita sebagai hamba Allah mempunyai beberapa kelemahan dalam melakukannya. Namun demikian, Allah yang maha mengetahui hati manusia akan mengangkat hamba-hambanya yang berkeinginan tinggi untuk berbuat baik ke darjat orang-orang yang membuat kebaikan.

Orang yang sabar dan tekun dalam menghadapi segala rintangan hidup tanpa mengeluh akan mendapat tempat atau darjat yang tinggi di sisi Allah S.W.T. jika dibandingkan dengan orang yang acapkali takut akan rintangan yang membayangi dirinya sendiri.

Oleh itu, nasihat saya di sini ialah jangan sesekali berpatah-balik apabila sudah memilih jalan yang benar. Sesungguhnya ramai umat Islam yang sanggup untuk membantu anda.

MUHAMMAD HAKIMI TEW ABDULLAH adalah seorang pengajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam.

-mstar.com-

Jangan jadi mangsa ujikaji makmal

SM Mohamed Idris
Kami merujuk kepada satu laporan akhbar baru-baru ini yang melaporkan bahawa gergasi farmaseutikal melihat Malaysia sebagai sebuah lokasi yang sesuai untuk menjalankan diagnostik dan ujian klinikal bagi pasaran global.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keutamaan akan diberikan kepada ujian tambah nilai memandangkan komposisi pelbagai etnik Malaysia mewakili sebahagian besar daripada penduduk global.

Perdana menteri berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan pensyarah Institut Sains Perubatan Universiti Aberdeen, Profesor Anne Glover yang berkata Malaysia boleh menjadi pusat sehenti bagi ujian klinikal memandangkan kepada penduduknya yang terdiri daripada pelbagai etnik.

Syarikat farmaseutikal berminat untuk menggunakan sumber di sini, katanya.

Sumber ini tidak diragui lagi ialah sebahagian besar kumpulan gen dengan kepelbagaian genetik dan mereka berkata rakyat kita terdiri daripada banyak etnik dan merupakan calon yang sesuai untuk menjadi bahan ujikaji bagi gergasi farmaseutikal ini yang melabur sejumlah RM1.51 bilion terhadap ujikaji manusia mereka.

Dengan peningkatan usaha oleh syarikat farmaseutikal antarabangsa ini untuk memperolehi akses kepada pusat ujian klinikal di wilayah Asia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin bahawa adalah sesuatu yang tidak mencukupi dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka yang mengambil bahagian dalam ujian klinikal ini.

Mereka yang menjadi bahan ujikaji berada dalam keududukan mudah terjejas dengan sedikit atau tiada perlindungan undang-undang ke atas hak mereka.

Di peringkat antarabangsa terdapat pendedahan betapa perlunya untuk mengambil langkah yang lebih berhati-hati.

Pusat Perubatan Bayview John Hopkins di Amerika Syarikat amat terkenal di dunia dan kerap mendapatkan sukarelawan untuk pelbagai kajian penyelidikannya.

Dalam salah satu daripada kajiannya yang terbaru, seorang sukarelawan berusia 24 tahun koma dan mati selepas mengambil satu dos ubat asma. Penyelidik gagal untuk memberikan amaran kepadanya bahawa ubat itu membawa risiko perubatan yang serius.

Penyiasat mendapati pelbagai masalah keselamatan dan pihak berkuasa telah menggantung hampir semua kajian universiti itu yang melibatkan manusia. Ia didapati bahawa lembaga penelitian institusi John Hopkins gagal untuk memaklumkan dengan secukupnya kepada pesakit akan bahayanya.

Peserta dalam ujian klinikal kanser di John Hopkins juga didapati telah menandatangani borang kebenaran (persetujuan untuk terlibat dalam ujian) yang kurang maklumat berhubung keracunan ubatan dan rawatan itu sendiri. Siasatan dalaman kemudiannya mendapati bahawa beberapa kenyataan berisiko telah dikeluarkan.

Di Universiti Pennsylvania pada 1998, lelaki berusia 18 tahun mati selepas mengambil bahagian dalam kajian terapi gen di Universiti Pennsylvania, menyebabkan dihentikan sementara terhadap beberapa ujian.

Pada tahun yang sama, kerajaan juga menghentikan sementara kajian di Universiti Duke.

Pada tahun 2000, ujikaji perubatan ke atas manusia di Pusat Sains Kesihatan Universiti Oklahoma di Tulsa berikutan terdapat bukti bahawa penyelidik melanggar peraturan yang diwujudkan untuk melindungi pesakit.

Kemudian mereka cuba untuk melindungi kesilapan mereka dengan menyembunyikan maklumat itu daripada penyelia universiti dan pesakit.

Pada tahun 2001, kerajaan Nigeria menarik balik lesen perdagangan syarikat ubatan multinasional terkenal selepas Washington Post melaporkan bahawa syarikat itu telah menggunakan rakyat Nigeria sebagai bahan ujikaji makmal untuk menguji ubat baru.

Satu tuntutan mahkamah telah difailkan pada masa ini di Amerika Syarikat terhadap syarikat ini.

Washington Post dalam laporannya, dikatakan bahawa ujian itu dijalankan secara tergesa-gesa tanpa mengikuti prosedur yang telah diwajibkan di bawah undang-undang Amerika Syarikat.

Semua pengalaman luar negara ini telah menimbulkan pertanyaan bagaimana syarikat ubat multinasional melakukan ujian ke atas ubat tanpa mengikuti peraturan keselamatan. Terdapat gesaan oleh komuniti antarabangsa bagi memastikan peserta dalam ujian klinikal menerima perlindungan.

Satu langkah drastik amat diperlukan untuk memastikan bahawa setiap penjagaan diambil untuk mencegah insiden tragik daripada berlaku.

Pihak berkuasa Kementerian Kesihatan mestilah menjadikan satu kewajipan bagi penyelidik, doktor, eksekutif syarikat farmaseutikal, ahli biokimia (dan pihak lain yang secara langsung terlibat dengan kemudahan bagi kemasukan ubatan baru ke dalam pasaran) bagi menyediakan sekumpulan subjek ujian klinikal terutama sekali pada peringkat awal seperti Fasa 1 ujian.

Apabila ia telah ditentukan bahawa ujikaji ubatan itu tidak mendedahkan bahaya, ujian bolehlah dilanjutkan kepada penduduk yang lebih besar daripada orang awam.

Malah dalam fasa yang seterusnya ini, jika pesakit sebenar diperlukan, subjek ujian daripada kalangan kakitangan syarikat ubatan, penyelidik dan yang lain daripada kumpulan terpilih yang disebutkan di atas juga seharusnya dimasukkan.

Kemungkinan terdapat kes diabetes, rheumatoid arthritis, penyakit kardiovaskular, kolesterol tinggi, kanser, kemurungan dan sebagainya yang boleh mendapat “manfaat” daripada ujian ubatan sepertimana juga subjek ujian lain.

Bagi mereka yang terlibat dalam menjalankan ujian klinikal dan mendapatkan ubatan baru ke dalam pasaran perlu mengalami risiko sama dan mengalami apa yang dihadapi oleh subjek ujian klinikal.

Ini akan memastikan bahawa setiap kemungkinan penjagaan diambil dan tiada perlindungan terhadap sebarang kesalahan yang berlaku.

Manual “Garis Panduan Amalan Klinikal Baik” Malaysia pada masa kini boleh menjadi garis panduan bagi menjalankan ujian tetapi tidak terdapat undang-undang untuk menyokong garis panduan ini.

Menyedari akan insiden yang berlaku di peringkat antarabangsa ini, kini tiba masanya bagi undang-undang diwujudkan untuk melindungi subjek ujian klinikal.

Antara lain undang-undang ini memastikan bahawa:

- Subjek ujian menyedari sepenuhnya objektif, hasil yang dijangkakan dan implikasi sebelum mereka memberikan kebenaran untuk mengambil bahagian dalam sebarang ujian.
- Ujian tidak boleh diteruskan tanpa kelulusan dan penelitian oleh pihak berkuasa berkaitan.
- Kesan sampingan dan tindak balas sampingan ubatan dilaporkan dan dikendalikan dengan sewajarnya.
- Dalam sebarang kejadian yang tidak diingini, subjek ujian atau pewaris ter-dekatnya mempunyai ruang untuk menuntut pampasan yang sesuai.

CAP di masa lepas telah beberapa kali membuat gesaan kepada Kementerian Kesihatan supaya undang-undang ujian klinikal diwujudkan.

Pihak yang terlibat dalam menyelia penyelidikan klinikal kerajaan telah menyuarakan keprihatinan mengenai etika dan peraturan penyelidikan klinikal di negara ini.

Memandangkan gergasi farmaseutikal ini memasuki Malaysia untuk mennjalankan penyelidikan, adalah diharapkan bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera dalam mewujudkan undang-undang untuk melindungi rakyat kita.

Malah dengan institusi terbaik, dilengkapi dengan kemudahan dan teknologi terkini, faktor kelemahan dan kesilapan manusia masih berlaku.


SM Mohamed Idris presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)