"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Penentang hudud takut hudud seperti takut hantu

PETALING JAYA: Meskipun konsep hudud ditolak oleh rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat – DAP, namun PAS tetap nekad untuk melaksanakan hukuman hudud di negara Kelantan.
Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat merangkap Mursyidul PAS malam tadi mempertahankan pendirian beliau di Kuala Terengganu.

Beliau menolak asas penentangan kumpulan yang menentang pelaksanaan hudud dengan mengibaratkan ketakutan mereka terhadap hudud umpama takutkan hantu yang tidak diketahui.

Beliau berhujah bahawa ideologi yang dipegang oleh kumpulan politik lain sama sekali tidak boleh digunakan sebagai asas peraturan berbanding dengan Islam.

Beliau dalam ucapannya mengibaratkan manusia sebagai lembu dan Allah sebagai tuan manusia untuk mengukuhkan hujahnya berkenaan hudud berdasarkan.

“Bagaimana manusia boleh buat peraturan untuk manusia hidup. Manusia tidak boleh buat peraturan untuk manusia, tapi yang boleh buat peraturan untuk manusia adalah ‘tukang’ (pencipta) yang buat manusia. Lembu tidak boleh jaga lembu, tapi yang boleh jaga lembu ‘tuan’ (pemilik) lembu.

Wajib pertahan hudud

“Al-Quran jadi dasar kita orang Islam. Sama ada orang Islam itu PAS atau tidak PAS, dasar kita orang Islam adalah al-Quran.

Justeru itu beliau menegaskan bahawa orang Islam wajib mempertahankan konsep negara Islam dan hukum hudud.

Namun, beliau mendedahkan bahawa masyarakat Cina lebih cenderung menyokong pelaksanaan hukuman hudud berbanding masyarakat Melayu.

“Saya pergi ke Perak dalam 15 tahun lalu, saya kata Cinalah yang paling utama sokong hudud. Ini kerana, orang curi tidak mencuri di rumah orang miskin tapi rumah orang kaya. Cina dengan melayu mana lebih kaya, tentulah Cina yang selalu kena rompak. Betul kata orang Cina kepada saya.

“Sepatutnya, orang Melayulah yang sokong hudud tapi dukacita kerana dia juga antara orang yang menentangnya. Kita kempen, kita doa mudah-mudahan mereka semua boleh terima hudud Islam.

Najib harus jawab penempatan Myanmar dan Kemboja jadi warganegara di Pekan, Pahang

cheGuBard
Gambar antara penampatan Kemboja yang berada di dalam parlimen Pekan, Pahang
(gambar ehsan blogger cucu mat kilau)

Semalam che'GuBard atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menunaikan janji untuk berada di parlimen Pekan, Pahang untuk menerangkan semula persoalan cincin berlian RM24.45 juta dan kaitanya dengan Rosmah Mansor.

Alhamdulillah program semalam berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan lebat di Markas PAS Felda Chini 3. Cuma sepatutnya semalam risalah cincin seharusnya mula diedarkan namun atas masalah cetakan pengedaran ditangguhkan. InsyaAllah selepas SAMM melunaskan bayaran tertangguh kos buku 'FITNAH' baru kami mampu untuk mencetak risalah tersebut. Buku 'Fitnah' dibayar dengan 4 'post dated cheque' yang terakhir bertarikh 3 Oktober dan selepas itu baru risalah cincin akan dicetak.

Saya telah menerangkan secara terperinci berkaitan cincin dan menjawab tuduhan mereka melalui media. Turut mengejutkan hadirin ialah selain cincin gelang tangan berharga RM 1.65j juga dari syarikat yang menjual cincin turut didedah. InsyaAllah hadirin yang hadir akan menjadi agen penyampai pula di bawah.

Yang menarik ingin diangkat disini ialah mengenai kewujudan penempatan orang Myanmar dan Kemboja di Pekan Pahang. Menurut beberapa penduduk tempatan yang ditemui perkara ini bukan satu benda yang sulit, ramai di Pekan tahu dan sedar apa yang berlaku.

Tahun 1999, Najib diselamatkan oleh undi POS hanya menang dengan majoriti 200 lebih undi sahaja. Sejak itu telah mula dibuka beberapa penempatan baru yang membawa masuk orang dari Kedah dan Perlis secara beramai - ramai. Mereka diberi tanah membina penempatan dan didaftar sebagai pengundi Pekan. Selepas itu ia menjangkit kepada penghijrahan beramai - ramai orang - orang Myanmar dan Kemboja ke Pekan. Mereka diberi ruang meneroka beberapa kawasan tanah di Tanjung Agas, Sekukuh, Merchong, Sungai Miang. Hampir 90% dari mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan ramai sudah masuk dalam senarai pengundi di Pekan, Pahang.

Malah ramai penduduk tempatan mula mengeluh apabila kelompok ini seolah mendapat perhatian istimewa apabila mereka mendapat tanah dan kelompok mereka yang ramai sehingga ada ruang perniagaan seperti pasar malam mula dikuasai oleh kelompok ini. Di sesetengah 'sudut' Pekan sudah jadi asing bagi warga asal pekan kerana kehadiran mereka ini.

Siapa Yang Sebenarnya 'Terseksa' Muhyiddin?

Sharifah Azmawati Syed Abd Aziz


SHAH ALAM, 24 SEPT: Dakwaan timbalan perdana menteri bahawa rakyat Selangor terseksa di bawah pentadbiran tiga tahun Pakatan Rakyat di negeri ini disifatkan sebagai tindakan terdesak Umno Barisan Nasional.

Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafie berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin kini semakin terpaksa melakukan perang saraf apabila mendapati rakyat Selangor sebenarnya sudah cukup selesa dengan pentadbiran PR yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat.

"Rakyat Selangor hari ini bukan terseksa, yang terseksa sebenarnya adalah pimpinan-pimpinan kanan Umno dan Barisan Nasional kerana tidak dapat menipu duit rakyat untuk kepentingan mereka.

"Malah rakyat Selangor secara keseluruhan semakin selesa dan bukan terseksa," katanya pada satu majlis rumah terbuka DUN Sri Muda hari ini.

Tambah Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda, kisah dongeng betapa penting untuk Umno merampas kembali Selangor demi menyelamatkan rakyat di negeri ini tidak akan berjaya kerana warga Selangor sedia maklum apa yang mereka mahukan.

"Rakyat di Selangor hari ini cukup berterima kasih kepada kerajaan negeri dan juga di atas kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah menjalankan terlalu banyak program-program  yang memberikan manfaat terbaik kepada rakyat.

"Malah mereka cukup bersyukur apabila Umno BN kalah di negeri Selangor dan Insya-Allah sokongan yang kita terima semakin meningkat dari hari ke hari," tambahnya lagi.

Beliau dalam pada itu berkata, dakwaan songsang Muhyiddin itu semalam di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang disifatkan sebagai tindakan menggelabah beliau yang tidak sabar mahu merampas tampuk pemerintahan negara.

"Jadi kita lihat sejak akhir-akhir ini ada percanggahan pendapat di antara Muhyiddin Yassin dan Najib Razak dan ini menggambarkan wujud kecelaruan yang besar daripada segi agenda memajukan negara atau pun memastikan kemenangan Umno dan BN di seluruh negara," katanya.

Shuhaimi berkata malah beliau yakin pada pilihan raya umum ke 13, rakyat di negeri Selangor tidak akan berpaling tadah untuk mengundi BN sebaliknya lebih ramai yang akan menyatakan sokongan mereka kepada PR untuk menuju ke Putrajaya.

Dalam pada itu, dakwaan Muhyiddin turut dibidas oleh beberapa pimpinan lain PR yang turut sama menyifatkan beliau dan sekutunya semakin tertekan untuk merampas semula Selangor dengan menggunakan apa jua taktik.

Menurut ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, Najib sebagai perdana menteri sendiri pernah menyatakan tekad akan merampas Selangor dengan apa cara sekali pun.

Justeru ujarnya yang juga timbalan presiden PKR, perkembangan negara mutakhir ini yang menyaksikan warga asing diberikan status kewarganegaraan sebagai bukti , pemerintah sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

"Ini memang kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Najib yang beliau akan merampas Selangor dengan apa jua cara sekali pun dan ini menunjukkan Umno sanggup
menggunakan cara-cara yang kotor dan jijik serta tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat negeri Selangor dan langsung tidak mempunyai komitmen untuk menyuburkan demokrasi di dalam negara dan di negeri Selangor.

"Sebab itu Umno terpaksa menggunakan cara kotor termasuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka," katanya.

Dalam pada itu, ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, tindakan Umno-BN yang menggunakan bangunan-bangunan kerajaan seperti sekolah bagi tujuan berkempen hakikatnya tidak disenangi rakyat.

"Saya ingin tegaskan di sini, pada masa yang sama rakyat di negeri Selangor tidak sabar menantikan PRU 13 akan datang untuk tubuhkan kerajaan baru menuju ke Putrajaya," katanya.
-tvsnews-

Umno Bergolak. Najib pasang spy memerhatikan pergerakan Muhyiddin

setisab
Kerajaan Rakyatl Barisan Nsasional (BN) Johor mungkin terheret ke kancah perbalahan politik apabila akhbar-akhbar tempatan mula melaporkan bahawa Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, mungkin digantikan pada pilihan raya umum akan datang, demikian menurut satu laporan sebuah laman berita setempat.
Datuk Abdul Ghani, yang telah memegang jawatan itu sejak tahun 1995, dikatakan tidak lagi menjadi pilihan sejak dua pilihan raya umum yang lalu, kata laporan laman berita Malaysiakini, semalam.

Bagaimanapun, disebabkan campur tangan pihak istana dan faktor-faktor politik, beliau telah berjaya bertahan dan mengekalkan jawatannya sebagai menteri besar negeri tersebut, tambah laporan itu lagi.

Namun, baru-baru ini, khabar angin sekali lagi bertiup kencang di Johor bahawa BN mungkin meminta Datuk Abdul Ghani bertanding di kerusi parlimen dan menyerahkan jawatannya kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Spekulasi itu diperkuatkan lagi apabila akhbar-akhbar bahasa Cina di Malaysia melaporkan bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail, mencemar duli secara mengejut di rumah terbuka sempena meraikan Aidilfitri Datuk Seri Mohd Khaled di Johor.

Menurut laporan berkenaan ia seolah-olah tanda mendapat restu atau perkenan daripada pihak istana.

Sultan Ibrahim menggantikan bapanya, Allahyarham Sultan Iskandar Ismail, pada Januari 2010.

Allahyarham Sultan Ismail dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Datuk Abdul Ghani, demikian lapor laman berita tersebut.

Johor memang telah lama menjadi kubu kuat BN dan Umno.

Namun, tidak menjadi satu rahsia lagi bahawa terdapat pelbagai puak dalam Umno di negeri itu.

Ada yang mengatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, merancang untuk meletakkan para penyokongnya di negeri tersebut untuk 'memerhatikan' pergerakan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga berasal dari Johor.

Akhbar-akhbar tempatan juga telah menyenaraikan beberapa nama sebagai calon berpotensi untuk menggantikan Datuk Abdul Ghani.

Selain daripada Datuk Seri Mohd Khaled, terdapat beberapa nama calon lain: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad; Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Abdul Latiff Ahmad; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba, turut berada dalam senarai berkenaan, tambah laman berita itu.

‘Isteri kedua seorang bergelar Datuk kemaruk seks, hari-hari mau’

BUKTI...Datuk berkenaan menunjukkan surat akuan sah perkahwinan dengan wanita terbabit.
BUKTI...Datuk berkenaan menunjukkan surat akuan sah perkahwinan dengan wanita terbabit.
KUALA LUMPUR: Biarpun sudah dua kali bercerai, seorang pelakon tambahan yang juga model iklan tetap mengganggu kehidupan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan dengan memberi alasan kemaruk seks sehingga sanggup bernikah secara ‘Cina buta’ selepas diceraikan talak tiga, semata-mata bagi memuaskan nafsunya.

Namun, walaupun berjanji akan berubah selepas ‘merujuk’ semula dengan suaminya, dia masih meneruskan aktiviti songsang bersama beberapa lelaki lain sebelum dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), minggu lalu.

Suaminya yang bergelar Datuk, 40-an, berkata selain kemaruk seks, isteri keduanya yang berusia 30-an, menggunakan kecantikannya untuk memerangkap lelaki bagi mendapatkan kesenangan hidup selepas melayani mereka hingga ke bilik tidur.

Bagi memerangkap mangsa, isterinya yang mendakwa ejen sebuah bank menawarkan bantuan kepada lelaki yang disasarkan untuk mendapatkan pinjaman peribadi atau perniagaan asalkan mereka sanggup melayan nafsu liarnya.

Katanya, dia diperkenalkan kepada isterinya yang ketika itu pelakon tambahan dan kakitangan sebuah syarikat produksi filem pada 2008 oleh kenalan dan berkahwin di Thailand, dua bulan kemudian.
-hmetro-

Beranikah Ali Rustam buru jerung judi haram?

Ahmad Danial
MELAKA, 24 Sept: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) berkata kerajaan negeri mesti membanteras pusat perjudian tidak kira siapa yang menjadi tuannya.

"Jangan hanya mengejar bilis sahaja.


"Beranikah Ketua Menteri mengambil tindakan terhadap jerung judi haram?" soalnya dalam blognya.


Adly berkata, judi haram di Melaka bukan perkara baru, antara pusat judi haram terbesar terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Baru, yang Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menjadi wakil rakyatnya.

"Berselindung di sebalik ‘Kelab Eksklusif’, berapa puluh tahun kelab itu beroperasi ?" ujar Adly.

Menurutnya, isu judi haram di Melaka memang sudah lama dibincangkan tetapi tiada penyelesaian dan tindakan tegas diambil sehingga ianya berakar umbi dan sukar dibanteras.

Katanya, semua itu membuktikan kegagalan kerajaan BN Melaka mentadbir negeri ini.

Adly berkata dalam sidang Dun yang lalu, wakil DAP sudah membangkitkan isu itu sehingga keluar dari mulut wakil kerajaan Melaka bahawa ‘judi adalah budaya Cina’.

"Akhirnya isu judi ini tidak dibahaskan, tapi wakil rakyat DAP yang dihalau keluar," tambah Adly yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Dua hari lepas kerajaan Melaka, kononnya melancarkan perang habis-habisan terhadap premis dan aktiviti judi haram.

"Macam kata pepatah Melayu, ‘sudah terantuk baru tengadah, sudah terbolos baru melantai’, judi haram sebenarnya banyak melibatkan remaja Melayu, terutamanya pelajar sekolah.

"Judi haram sebenarnya sudah sampai kekampung-kampung, melalui pusat siber, contohnya di Kampung Gangsa sahaja ada dua pusat judi haram," tegas Adly.

Menurut Adly, persoalannya sekarang ialah beranikah kerajaan negeri Melaka membanteras jerung judi haram yang sudah bertapak di Melaka lebih 20 tahun lalu.

“Jangan sampai orang gelar Melaka sebagai ‘Batam Malaysia’, kata Adly.

RM3000 duit milik rakyat 1Malaysia hilang di Balai Polis

amkns

Apa nak jadi da sekarang ini. Macam-macam cerita pelik bin ajaib akhir-akhir ini melibatkan PDRM, SPRM dan ATM. Macamana lebih RM3,000 boleh lesap di balai polis ni, ada toyol atau orang minyak atau hantu bonceng di balai polis ni?


Sebelum ini cerita pegawai SPRM jadi penyamun, pegawai Polis jadi pengedar dadah, anggota Tentera jadi perompak yang dilaporkan di http://amkns.blogspot.com/2011/09/sprm-penyamun-polis-pengedar-dadah.html  
DUIT LESAP DI BALAI POLIS
23 September 2011



Seorang tukang cat membuat laporan polis mendakwa lebih RM3,000 wang miliknya lesap di balai polis ketika dia menjalani ujian air kencing. Leong Kok Hoong dari Bgan Ajam mengatakan polis telah menahannya di sebuah sekolah di Jalan Raja Uda susulan aduan oleh seorang pengawal keselamatan.
 
Leong mendakwa dia memasuki kawasan sekolah setelah mendapat kebenaran pengawal keselamatan tetapi ditahan oleh pengawal keselamatan lain yang memanggil pihak polis.
 
Dua orang anggota polis datang dan membawanya ke balai polis.
 
Setibanya di balai polis dia meletakkan semua barangan peribadi di atas meja antaranya beg sandang, dompet yang mengandungi Mykad, lesen memandu dan wang tunai RM1,000. Dia juga meletakkan wang tunai RM4,000 dari kocek seluarnya.
 
Kemudian dia dibogelkan, ditutup mata dan diarah mengadap dinding.
 
Setelah dia dibenarkan memakai pakaian dia memeriksa beg sandangnya dan mendapati dompetnya telah lesap. Lebih RM2,000 dari RM4,000 yang diletak atas meja pun lesap.
 
Dia kemudian membuat laporan polis di balai polis Butterworth

PAINTER: MONEY WENT MISSING AT POLICE STATION

Friday September 23, 2011

BUTTERWORTH: A car painter has lodged a police report claiming that more than RM3,000 of his money went missing at a police station where he was taken in for a urine test. 

Leong Kok Hoong, 39, from Bagan Ajam here claimed police had earlier arrested him at a school in Jalan Raja Uda following a complaint by a security guard. 

Leong said he went into the school compound with permission from the guard after he saw someone resembling his friend walking into the school but another guard stopped him and called the police. 

“Two policemen came in a patrol car and took me to the police station for a urine test,” Leong told a press conference called by Bagan DAP secretary Francis Ong Koon Liak yesterday. 

On said that at the police station, he was told to place his belongings on a table. He said he put a slingbag which contained his wallet, MyKad, driving licence and RM1,000 on the table. 

He also said he placed RM4,000, which he had kept in his trouser pocket, on the table. “After that I was told to strip naked, blindfolded and asked to face the wall,” he said. 

He said that after he was allowed to wear his clothes, the policeman asked for his MyKad. “I then checked my slingbag and found the wallet missing. More than RM2,000 of the RM4,000 I placed on the table was also missing,” he said. 
He later lodged a report at the Butterworth police station. North Seberang Prai Deputy OCPD Supt Sukri Awang confirmed that a report had been made. 

Diana Amir Pakai Tudung Selepas Mimpi Kiamat

KEMALIA OTHMAN


Wajah terbaru Diana Amir
PETALING JAYA: Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.
Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.
"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.

Diana Amir, sebelum bertudung
"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.
"Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.
Jelas Diana lagi, selepas berniat untuk berhijrah, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.
"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
"Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," tuturnya.
Katanya, biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam.
Ditanya tentang lakonan, Diana berkata dia masih akan terus berlakon jika mendapat watak yang sesuai dengan imejnya sekarang.
"Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini,
"Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah," katanya lagi.
-mstar-

Rakaman aksi lucah didakwa Pegawai Kastam pula disebar blog Pro UMNO.

Anaksungaiderhaka
Blog-blog pro UMNO hari ini telah mendedahkan mengenai satu video klip yang mereka dakwa sebagai rakaman seorang Pegawai Kastam bersama pelacur yang disyaki warga Russia atau Uzbekistan.

Rakaman yang berdurasi selama 5 minit dan 21 saat itu dipercayai dirakam menggunakan cctv yang dipasang didalam bilik berkenaan. Tarikh di rakaman itu menunjukkan ianya dibuat pada 31 May 2011 manakala kes kematian seorang pegawai Kastam pula ialah pada bulan April tahun yang sama..

Mereka mempersoalkan, apakah ini ada kaitannya dengan kes kematian mengejut seorang pegawai Kastam di SPRM dimana keputusan inkuesnya akan diketahui hari ini?

Sudah pasti dengan pendedahan oleh blog pro kerajaan ini akan sedikit sebanyak menjatuhkan imej Kastam di dalam negara.

Dan yang menimbulkan tanda tanya ialah mengapa tiada tindakan yang diambil oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, yang menterinya pernah dikaitkan dengan insiden rogol amah suatu masa lalu??

Adakah beliau takut untuk bertindak terhadap mereka?

Rosmah Enak, Najib Puas, Anwar Dipenjarakan,

mohdnoorawang
Melayu Tolak Umno Celaka
Maka sejarah hitam mahkamah dan keadilan dirogol kali kedua oleh Najib dan Rosmah bersama BARISAN NASIONAL/UMNO.

Kes perbicaraan LIWAT dua keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir penyudahnya. Orang yang tidak tahu undang undang pun sudah tahu jawapannya. Perbicaraan Anwar hanya sekadar wayang kulit arahan Najib Razak dan guncu guncunya.

Polis, makamah, saksi kerajaan, dan terkenan liwat dijadikan LEMBU KENYANG DAN AYAM DAGING. Hebat Najib dan kerajaan Barisan Nasional. Malah Najib dan Rosmah BERKERAS TIDAK MAHU MENJADI SAKSI DAN HADIR DIMAKAMAH DAN MENOLAK SAPINA YANG DIKELAURKAN OLEH MAKAMAH DAN POLIS.
Tidak syak lagi Najib dan Rosmah menjadi dalanh dan ketua konsipirasi KES LIWAT 2 dengan kerjasam POLIS DAN MAKAMAH.

Akhirnya riwayat Anwar Ibrahim dalam arus politik tanah air TAMAT. ITULAH TUJUAN UTAMA KES LIWAT DUA YANG DIPATERNKAN OELH KERAJAAN BARISAN NASIONAL DAN UMNO..

Sepatutnya kes Anwar Ibrahim dibicara secara adil dan telus. Namun rakyat perhatikantuntutan perbicaraan dan perjalanan perbicaraan tidak telus dan bersimpang sior seperti ular dipalu oleh Najib dan kuncu kuncunya.

Najib Puas, Rosmah Enak, Najib Enak, Rosmah Puas.

Setelah sekian lama terpendam, Balu Sarbani luahkan isi hatinya...

Ong Vic Kee dan Chen Shaua Fui

"Selama ini saya diam saja, tapi hari ini saya rasa terpanggil nak bagi tahu semua orang apa yang terpendam dalam isi hati saya.  Mungkin dengan cara ini, saya boleh tenang..."


Demikianlah kata-kata Maziah Manap (gambar kanan), balu Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed kepada MerdekaReview, apabila mengeluarkan satu kenyataan media pada hari ini, sebelum keputusan inkues diumumkan pada 26 September akan datang. 

Maziah Manap terpanggil untuk menyanggah spekulasi peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Muhamad Shafee Abdullah, bahawa suaminya cuba melarikan diri.


"Saya sangat dukacita dan sedih dengan kenyataan akhbar SPRM tersebut yang merupakan satu lagi tohmahan yang sangat zalim terhadap Allahyarham dan keluarga saya.  Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan tersebut supaya masyarakat awam dapat menilai perkara yang sebenarnya kerana saya tidak terlarat lagi mendengar dan melihat cemuhan demi cemuhan yang dibuat semata-mata untuk melepaskan SPRM daripada dipertanggunjawabkan ke atas kematian suami saya," beliau berkata sedemikian dalam kenyataan medianya.

Beliau menambah, "Yang menambahkan lagi dukacita saya ialah propaganda yang digunakan oleh SPRM untuk menghebahkan keburukan orang-orang yang belum lagi terbukit bersalah.  Sebaliknya, apabila sesuatu perkara membabitkan kecacatan, kecuaian dan keburukan SPRM, maklumat tersebut seolah-olah cuba disembunyikan atau dipadamkan daripada pengetahuan awam."

Selain itu, Maziah Manap yang beberapa kali menghadiri inkues kematian suaminya berkata, dirinya "confused" (terkeliru) dengan kenyataan yang berbeza daripada sesetengah pihak.  Misalnya, Pengarah Wilayah Persekutuan SPRM pernah memberitahunya bahawa suaminya "rebah", namun berkata suaminya "jatuh" ketika di mahkamah.  Maziah tidak mempunyai bukti, kerana beliau diberitahu melalui panggilan telefon, dan bukannya pesanan ringkas (sms).

Yang berikut adalah teks penuh kenyataan Maziah Manap
Saya adalah balu kepada Allahyarham Ahmad Sarbaini Bin Mohamed.  Keluarga kami masih menanggung duka nestapa akibat kematian suami saya semasa dalam tahanan SPRM pada 6 April 2011.  Beban sengsara dan kesedihan yang saya dan anak-anak alami menjadi lebih berat apabila kami diaibkan dengan tohmahan dan andaian bahawa Allahyarham adalah seorang pegawai Kastam yang korup.

Itulah gambaran dan kesimpulannya apabila peguam SPRM, Muhammad Shafee Abdullah (gambar kiri), mengeluarkan kenyataan akhbar pada 12 September 2011 bahawa SPRM tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana suami saya meninggal dunia apabila cuba melarikan diri untuk berjumpa kawannya supaya pernyataan mereka kepada SPRM dapat diselaraskan.  Kenyataan akhbar tersebut dihebahkan secara meluas seolah-olah ianya suatu fakta hakiki.

Saya sangat dukacita dan sedih dengan kenyataan akhbar SPRM tersebut yang merupakan satu lagi tohmahan yang sangat zalim terhadap Allahyarham dan keluarga saya.  Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan tersebut supaya masyarakat awam dapat menilai perkara yang sebenarnya kerana saya tidak terlarat lagi mendengar dan melihat cemuhan demi cemuhan yang dibuat semata-mata untuk melepaskan SPRM daripada dipertanggunjawabkan ke atas kematian suami saya.

Yang menambahkan lagi dukacita saya ialah propaganda yang digunakan oleh SPRM untuk menghebahkan keburukan orang-orang yang belum lagi terbukit bersalah.  Sebaliknya, apabila sesuatu perkara membabitkan kecacatan, kecuaian dan keburukan SPRM, maklumat tersebut seolah-olah cuba disembunyikan atau dipadamkan daripada pengetahuan awam.

Baru hari ini telah keluar berita tentang penangkapan tiga orang pegawai tinggi SPRM termasuk seorang berpangkat Penolong Pesuruhjaya yang menyalahguna kuasa mereka dan "merompak" money changer di KLIA untuk sejumlah US$300,000 (RM900,000).  Kejadian pada 15 September 2011 hanya terdedah setelah dilaporkan oleh media alternatif.  Sebaliknya cerita berkenaan suami saya dihebahkan secara meluas.  Inikah ketelusan yang boleh diharapkan dari SPRM, PDRM dan media arus perdana?

Berhubung kenyataan peguam SPRM tentang teori kematian suami saya, saya perlu membuat penjelasan dan menyatakan secara tegas bahawa kenyataan SPRM tersebut tidak disokong oleh sebarang keterangan semasa Inkues dan merupakan satu tohmahan dan spekulasi oleh SPRM sehingga membabitkan nama-nama pihak ketiga.

Malahan hujahan bertulis dari peguam Zainal jelas menunjukkan bahawa:

a) tidak terdapat sebarang bukti bahawa Allahyarham terbabit dengan salah laku rasuah;
b) tidak terdapat sebarang sebab untuk Allahyarham takut dan cuba melarikan diri;
c) tiada asas kepada teori SPRM bahawa Allahyarham cuba melarikan diri untuk memberikan amaran kepada En. Zainal demi memastikan pernyataan mereka menjadi konsisten;
d) pengakuan Allahyarham yang kononnya telah diperolehi, adalah secara muslihat, perdayaan dan paksaaan dan amat bercanggah dengan pernyataan awalnya dimana Allahyarham secara tegas menafikan sebarang perlakuan rasuah; dan

e) pemadaman rakaman CCTV pada waktu kejadian selama tempoh lebih 22 jam seperti disahkan oleh pegawai forensik, ASP Fauziah Bte Che Mat, menunjukkan usaha SPRM untuk menyembunyikan kejadian sebenar.

Dalam kesedihan ini, saya hanya mampu mengharapkan supaya sebab sebenar kematian suami saya dapat diketahui dan pihak-pihak yang menyebabkan kematiannya dipertanggungjawabkan.  Barulah maksud sebenar keadilan membawa erti kepada keluarga kami.


*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, dan Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

PRU 13: Melaka akan buat kejutan – Anwar

Fazallah Pit
MELAKA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya rakyat negeri ini akan membuat kejutan besar pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kelak.

“Ini firasat saya. Dalam dua, tiga bulan kebelakangan ini, kita nampak bibit-bibit kebangkitan yang ketara. Insya-Allah,” katanya.

Seperti Johor, Melaka dianggap kubu kuat Umno tetapi tanggapan itu kian meleset berikutan pertambahan drastik penyokong Pakatan Rakyat di kedua-dua negeri itu.

Ceramah itu bersempena program Pentas Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di Markas KEADILAN Ranting Pengkalan, Alor Gajah di sini, malam semalam.

Kira-kira 2,000 penduduk tempatan mengikuti program yang berlangsung di perkarangan markas yang terletak di perkampungan Melayu.

Naib Presiden, N Surendran; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin, hadir sama.

Pada ucapannya, Anwar yakin Melaka mampu ditawan walaupun negeri itu dilabel kubu kuat Umno berikutan keputusan PRU 12 menunjukkan banyak kubu kuat Umno dimenangi Pakatan Rakyat.

“Permatang Pauh kubu kuat Umno. Selangor juga kubu kuat Umno tapi, pada pilihan raya (umum) lalu, kita tawan. PRU 13 ini, Melaka boleh ditawan atau tidak?”

“Boleh!” sahut sorakan orang ramai dengan penuh semangat sambil sebahagian besar menjulang tangan.

Namun, kata Anwar, anak muda negeri itu perlu rajin mendapatkan maklumat sebenar penyelewengan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk disebar kepada umum.

“Google. Cari sendiri. Nilaikan. Apakah ini (ucapan beliau) fitnah atau fakta yang cuba disorok kerajaan Umno. Kemudian, sebarkan,” katanya.

Terdahulu, kehadiran Anwar diganggu sekumpulan Pemuda Umno diketuai Lokman Adam tanpa dihalang, apatah lagi ditangkap walaupun kira-kira 50 anggota polis ‘berkawal’di Pusat Khidmat KEADILAN di Taman Asean.

Malah, ucapannya di dewan pusat khidmat itu juga disabotaj pihak tertentu apabila bekalan elektrik terputus ketika Anwar mengupas isu ketakutan Umno terhadap kebangkitan rakyat.

Liwat II: Pakar tulang dijangka sahkan keupayaan fizikal Anwar

Ahmad Fadli
KUALA LUMPUR: Pakar tulang dari Jerman yang pernah merawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes fitnah II.

Perkara itu dinyatakan peguam Anwar, Sankara Nair yang ditemui selepas perbicaraan tersebut selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dr Thomas Hoogland pernah merawat kecederaan tulang belakang yang dialami Anwar pada 2004 selepas dibelasah oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor ketika dalam tahanan polis pada 1998.

Beliau akan memberi keterangan pada 6 Oktober depan apabila perbicaraan kes itu bersambung semula 3 sehingga 7 Oktober depan.

Justeru itu, pakar berkenaan dijangka akan mengesahkan tentang tahap kesihatan dan keupayaan fizikal Anwar, 64.

Bercakap lanjut, Sankara memberitahu Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Dr Lim Kong Boon akan hadir untuk memberi keterangan pada 3 Oktober depan.

Lim Kong Boon adalah watak sama yang pernah terlibat dalam kes Fitnah 1998 sebagai pegawai kimia yang juga merupakan saksi pendakwa pada masa itu.

Beliau juga sebelum ini dalam keterangan Nor Aidora Saedon bertanggungjawab memberikan arahan khas kepada Aidora untuk melakukan analisa segera ke atas sampel dari putik kapas yang diperolehi daripada pegawai penyiasat, Jude Pereira.

Dalam perkembangan sama, permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor untuk mengenepikan perintah sapina ke atas mereka akan didengar pada 29 September ini.

Jika permohonan sapina mereka ditolak, mereka juga dijangka memberi keterangan minggu depan, kata Sankara.

Dalam permohonan Najib itu, kedua-dua pasukan peguam Anwar dan juga pasukan pendakwa raya akan bertindak sebagai defendan.

Jurutari dibogel, dicampak

KOTA BHARU: Seorang jurutari lelaki berusia 20-an bukan saja melalui pengalaman hidup paling memalukan apabila dibogelkan sebelum diikat dua lelaki yang tidak berpuas hati terhadapnya, tetapi turut dicampak ke dalam tali air di Jalan Dewan, dekat Salor, Khamis lalu.

Tidak setakat itu, mangsa yang di bawa dari Tanah Merah ke sebuah rumah tumpangan di Wakaf Bharu, kira-kira jam 11 malam turut ditutup mukanya oleh pemuda berkenaan menggunakan pakaian.

Tidak tahu motif perbuatan itu, rambut mangsa turut digunting ketika berada di rumah tumpangan berkenaan, selain telefon bimbitnya dirampas suspek.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa yang berasal dari Tanah Merah diajak dua pemuda berkenaan ke sebuah rumah tumpangan, namun berlaku kejadian tidak diduga apabila diaibkan ketika berada dalam rumah berkenaan.

Selepas puas melakukan ‘khianat’ terhadap mangsa, dua pemuda berkenaan mengarahkan mangsa dalam keadaan bogel masuk ke dalam kereta dan dibuang ke dalam tali air dekat Salor, yang jaraknya kira-kira 15 kilometer dari Wakaf Bharu.

Sebaik suspek meninggalkannya, mangsa menyelamatkan diri.

Dia bernasib baik kerana lambaiannya disedari orang awam, sebelum kereta peronda melalui kawasan berkenaan memberhentikan kenderaan dan membawanya ke Balai Polis Kota Bharu, dekat sini, untuk membuat laporan.

Selepas sesi laporan polis selesai jam 3.50 pagi, polis menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian ‘aib’ yang dilakukan dua pemuda berkenaan terhadap mangsa.

Berikutan kejadian itu katanya dua suspek masing-masing berusia 22 dan 24 tahun yang disyaki terbabit dengan kejadian berkenaan ditahan pada 19 September lalu jam 12 tengah hari bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan kedua-dua suspek terbabit sudah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan dan dua sebatan,” katanya, semalam.
-hmetro-

Isteri Mogok Seks, Suami Berhenti Perang

Bestoneoffour
Kesal kerana para suami memilih mengangkat senjata, sebahagian isteri di beberapa kampung di Pulau Mindanao, Filipina, melakukan mogok seks. Mereka menolak melayani suami sebelum mereka berhenti berperang.

Mogok itu ternyata berjaya menghentikan keganasan pada bulan Julai di kampung-kampung itu.

Perkara ini telah didedahkan dalam laporan UN High Commissioner for Refugees (UNHCR) yang dikeluarkan minggu ini, CNN melaporkan, Isnin (2011/09/19).

Pemberontakan kumpulan pemisah di Mindanao berlaku sejak tahun 1970-an. Akibatnya banyak keluarga terpaksa menjadi pelarian. Mereka kini berusaha membina kehidupan semula dengan bantuan UNHCR dan institusi bantuan lainnya.

Kemudian timbul idea mogok berhubungan seks dengan suami masing-masing demi mencipta keamanan agar mereka boleh membangun kampung mereka semula.

Idea itu timbul ketika kaum perempuan itu bergabung dengan koperasi menjahit yang ditaja UNHCR. Ramai dari mereka yang kesal kerana tidak boleh menghantar karya mereka kerana kekerasan yang terus terjadi antara dua kampung.

Jurucakap UNHCR untuk Asia, Kitty McKinsey, berkata beliau menyaksikan wanita secara senyap-senyap melakukan tindakan yang membuahkan hasil yang manis itu.

Dalam beberapa minggu sejak mogok itu dilakukan, jalan-jalan utama kampung dibuka semula dan pertempuran antara kampung berhenti. Kaum perempuan yang bergabung dalam koperasi itu berjaya menghantar hasil karya mereka dan menggerakkan roda ekonomi desa.

“Kaum perempuan menginginkan suami mereka berhenti bertempur. Dengan menggunakan ‘tipu daya’ kewanitaan, mereka berjaya mendesakkan keinginan,” kata McKinsey.

Mogok seks seperti ini bukan perkara baru. Drama Yunani Kuno Lysistrata mengisahkan kaum perempuan yang menggalang aksi mogok seks untuk menamatkan perang antara Athens dan Sparta.

Pada 2006, perkara serupa dilakukan kaum perempuan di Pereira, bandar di Colombia yang dikenali kerana kejahatan dadah dan keganasan. Pelakunya adalah teman wanita dan isteri ahli geng yang berusaha membuat suami atau teman lelaki mereka meletakkan senjata dan mengubah gaya hidup.

Bantahan mogok seks itu menjadi salah satu cara warga Mindanao untuk mengubah kehidupan. “Saya tersentuh melihat mereka tidak hanya mahu menerima pemberian orang. Mereka bersemangat untuk menolong diri sendiir,” kata McKinsey. ~ Kompas

Fahami helah terdesak Najib

Detikdaily
http://1.bp.blogspot.com/-1GMuGLdvIb0/TaI3KD9v88I/AAAAAAAAAhY/24k8rq4O6-Q/s1600/najib+pening.jpg
APAKAH Najib betul-betul terdesak sehingga sedia menciplak janji-janji Pakatan Rakyat se perti dimuatkan dalam Buku Jingga?Walaupun tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Dato’ Seri Najib Tun Razak malam 15 Sept lalu, tetapi ia agak mengejutkan.


Pengumuman oleh Najib itu melibatkan pemansuhan dan pindaan bilangan akta yang banyak, antaranya termasuk:
1.Perlembagaan Persekutuan;

2.Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960; 3.Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (No. 5) 1969;

4.Akta Kediaman Terhad 1933;

5.Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964;

6.Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979;

7.Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;

8.Akta Buang Negeri 1959;

Kalau Najib memegang kuat kepada prinsip yang berkait rapat dengan pengumumannya, masa yang cukup harus diperuntukkan untuk urusan dewan berkaitan di mana pertimbangan juga harus diberikan kepada urusan-urusan seperti kemungkinan memansuhkan sama sekali keperluan permohonan lesen penerbitan dan digantikan dengan pendaftaran bersifat administratif, menghadkan kuasa Menteri dengan mengizinkan keputusan Menteri dicabar dalam Mahkamah dan sebagainya.

Namun, apa yang diperlihatkan Najib hanyalah tentang kisah lambat dan lembab Umno dalam menangani kebobrokkan dan menyantuni kehendak rakyat.

PAS dan Pakatan Rakyat telah lama menentang akta zalim ISA, malah ketika Umno mempertahankan akta drakonian itu, ramai pemimpin PAS dan pembangkang disumbat ke Kem Tahanan Kamunting.

Apa yang boleh dikatakan, akhirnya Umno-BN tunduk dengan tuntutan rakyat dalam Buku Jingga yang diļ¬tnah dan dicaci-cerca oleh pemimpin Umno selama ini.

Dalam keadaan terdesak, diakui Najib terpaksa mengambil tindakan drastik dalam percubaannya untuk mendapatkan sokongan rakyat. Kalau selepas Pilihan Raya Umum 2008 Umno memerlukan Najib dengan retorik dan popularitinya untuk menenteramkan kemarahan rakyat terhadap Umno, kini populariti Najib jatuh dan dilihat sebagai liabiliti Umno yang bakal menenggelamkan parti itu kalau dibiarkan terus memegang tampuk pimpinan.

Mahathir baru sahaja menyarankan agar jangan diawalkan pilihan raya umum akan datang, Najib pula mengambil tindakan yang bercanggah dengan kemahuan Mahathir seperti yang pernah dilakukan oleh Pak Lah, dengan membuat pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan seumpamanya yang dilihat sebagai indikator ketibaan pilihan raya umum dalam jangka masa yang lebih pendek.

Tindakan tersebut juga dapat dilihat sebagai percubaan Najib untuk mendapat sokongan rakyat agar dapat berdiri teguh sebagai seorang pemimpin negara yang memegang kuasa dan membuat keputusan.

Maksudnya Najib enggan menunduk kepada kuasa dalaman Umno yang semakin hari semakin tidak puas hati de ngan beliau dan juga peranan Rosmah dalam pentadbirannya.

Apabila wujud sebuah parti yang memberikan harapan, adalah wajar pemimpin bermasalah dalam parti tersebut ditukarkan agar parti tersebut dapat bertindak secara gagah membawa perubahan secara dasar kepada negara.

Tetapi, apabila wujud sebuah parti yang terlalu korup sifatnya, tidak cukup sekadar menukar pemimpin dan mengharapkan pemimpin baharu dapat membawa harapan baharu berlandaskan sebuah parti yang korup.

Harapan baharu datang daripada perubahan secara dasar dan pembaharuan keseluruhan. Dalam konteks Malaysia hari ini, pertukaran parti yang memerintah lebih penting daripada pertukaran pemimpin sebuah parti. Jangan lagi rakyat mengulangi sejarah pertukaran pemimpin Umno tanpa menukarkan Umno itu sendiri. Sebarang tindakan drastik setelah mengambil kira percaturan politik realiti tidak bermakna parti yang memerintah mampu berubah secara dasar dan menyeluruh.