"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

INILAH Cara Baiki Gearbox Auto Yang Ramai TAK TAHU !!

Tranungkite
gearbox auto
Ramai pengguna kereta hari ini menggunakan gear auto khususnya pengguna di bandar- bandar besar yang sering mengalami kesesakan. Gear auto mudah rosak jika tidak diselenggara dengan betul. Jika tidak kena caranya kos membaikinya boleh mencecah ribuan ringgit.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman membaiki gear auto ini dengan pembaca. Ini memudahkan anda yang mempunyai masalah yang sama mengambil tindakan yang serupa supaya kita tidak ditipu oleh pomen yang tidak bertanggungjawab.

Saya pakai Proton Putra 1.8 auto sudah 13 tahun. Baru-baru ni gearnya meragam. Masuk gear 4 dia slip, gear macam free dan enjin mengaum. Tapi bila off Over Drive, ok pula. Tapi gear sampai 3 sahajalah dan bila bawa kereta enjinnya terasa berat dan RPM tinggi.

Bila jumpa pomen macam-macamlah dia punya teori. Valve body kotorlah. Kena overhaullah atau beli gear second hand. Harganya dekat 2 ribu. Memang pomen cap ayam. Saya cuba cari sendiri masalahnya. Saya search google dan saya temui jawapannya.

Saya kena tukar end clucth sahaja. Jadi saya berbincang dengan pomen yang pandai dan tahu masalah ni. Sekarang gear kereta saya dah ok. Harga end clucth terpakai hanya sekitar RM350 ringggit dan kos baikinya tak sampai RM500 ringgit.

Jadi nasihat saya kat pengguna kereta auto berhati-hatilah hantar kereta ke bengkel kereta untuk membaiki kerosakan. Pastikan pomen tu betul-betul mahir. Pomen cap ayam ada di mana-mana sekarang. Mereka tahu kaut untung sahaja. Satu lagi bagi pengguna kereta auto ni, mereka hendaklah sentiasa menjaga minyak ATF. Tukar setiap 20 ribu km bersama penapisnya.  [BACA LAIN-LAIN ARTIKEL..]

Pelakon Lydiawati belasah pengkid (Gambar)

Pelakon Lydiawati belasah pengkid
Video yang dimuatnaik Lydiawati
AKTRES popular era 80 an Lydiawati memuatnaik dua video memaparkan dirinya memukul serta menendang seorang wanita pengkid di laman sosial Facebooknya, awal pagi tadi.

Menerusi video yang berdurasi 1.02 minit dan 1.29 itu, pelakon itu dilihat berang memukul serta menendang seorang wanita yang dikatakan menganggu privasinya serta keluarga.

Lydiawati berkata, dia bertindak demikian untuk memberi pengajaran kepada wanita itu supaya tidak mengulangi perbuatannya yang sering menganggu hidupnya serta keluarga.

"Selama 2 tahun saya berdiam diri dan bersabar dengan tidak membalas segala mesej serta panggilan darinya, tetapi kebelakangan ini dia cuba mencabar kesabaran saya selama ini dan menganggu keluarga saya," katanya menerusi status Facebook miliknya.

Tambah Lydiawati lagi, dia terpaksa bertindak begitu demi keselamatan diri dan anak-anak serta keluarga.

"Kerana wanita itu, saya mengalami tekanan emosi dan trauma.

"Lebih teruk lagi, saya berasa tidak selamat di rumah sendiri, lebih-lebih lagi anak-anak ditinggalkan ketika saya ke set pengambaran," ujarnya.

Katanya lagi, tujuannya memuatnaik video berkenaan hanyalah bagi memberi pengajaran kepada semua yang menontonnya.

"Terpulang kepada anda semua ingin bercakap atau menuduh saya, saya terima kritikan anda semua dengan hati yang terbuka dan ikhlas menerimanya," ujarnya.

Lydiawati turut memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya itu.

"Saya ingin memohon ampun dan maaf dengan apa yang berlaku. Sebenarnya saya bukan merasa megah dan bangga dengan kejadian yang berlaku ni, bukan saya minta simpati atau minta anda semua meyokong saya dalam perkara ini," ujarnya lagi.
-sinarharian-

Gadis nekad rakam perbuatan bapa yang telah beberapa kali rogol dirinya


UTTAR PRADESH: Seorang gadis berusia 18 tahun terpaksa merakam perbuatan bapa merogolnya sejak empat tahun lalu bagi membuktikan kepada ibunya yang tidak mempercayai aduannya itu.

Sarita Devi (bukan nama sebenar) dari Jalaun, wilayah Uttar Pradesh, India merakamkan perbuatan bapanya dengan telefon bimbit.‎

Sarita berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa merakam perbuatan bapanya itu untuk dijadikan bukti kerana ibu serta kakaknya tidak pernah percaya jika memberitahu lelaki itu sering merogolnya jika tinggal di rumah berseorangan.

“Bapa sering menyerang secara seksual sejak empat tahun lalu. Saya pernah cuba mengadu mengenai perkara ini, namun tiada siapa yang mempercayainya.

“Saya tidak mempunyai bukti. Jadi saya nekad mahu mengumpulkan bukti untuk menengakkan keadilan,” katanya mengikut laporan Sinar Harian Online yang memetik Daily Mail, semalam.

Tambah Sarita, dia bertindak meletakkan telefon bimbit secara sembunyi di tingkap rumahnya untuk merekodkan perbuatan bapanya itu.

Video berkenaan kemudian ditunjukkan kepada ibunya sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.

Lelaki yang berusia 53 tahun itu kemudiannya ditahan.

Sementara itu, menurut ibu mangsa, dia berang setiap kali anaknya itu melaporkan mengenai perbuatan suaminya itu dan mengaggap dia sengaja mereka cerita.

“Namun apabila mengetahui perkara sebenar, hati saya luluh. Saya masih terkejut dan sukar mempercayai seorang bapa sanggup melakukan perbuatan terkutuk kepada anaknya sendiri.

“Saya kesal kerana tidak percaya mengenai aduan Sarita sebelum ini dan akan memberikan sokongan kepadanya,” katanya.

Pegawai polis, Alok Sazena mengesahkan insiden tersebut dan telah menahan lelaki berkenaan sebaik sahaja Sarita menfailkan aduan.

“Lelaki itu mengaku bersalah terhadap tuduhan itu dan dia akan dihadapkan ke mahkamah di bawah Seksyen 376 (rogol) dan 506 (ugutan jenayah).

Soalan maut buat Najib dan SPRM


KM: Penjual rumah sudah tampil, penderma RM2.6b bila?

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus mengecam pihak yang cuba mengaitkan dakwaan rasuah ke atasnya berhubung pembelian sebuah banglo yang dikatakan di bawah harga pasaran.

Lim yang juga adalah setiausaha agung DAP, berkata beliau tidak mempunyai apa-apa yang mahu disorokkannya begitu juga dengan wanita yang menjualnya rumah itu kepadanya pada harga RM2.8 juta.

Beliau sebaliknya menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai sasaran dan menyoal bila penyumbang derma politik RM2.6 bilion dari keluarga diraja Arab Saudi seperti yang didakwa itu akan tampil.

"Orang yang menjual rumah tersebut kepada saya telah tampil ke hadapan. Orang yang derma RM2.6 bilion itu masih tidak kelihatan.

"Saya mengamalkan semua peringkat akauntabiliti yang tidak dipatuhi oleh pemimpin-pemimpin BN," katanya pada sidang media di lobi parlimen.

Bekas pemilik rumah Lim, seorang ahli perniagaan Phang Li Koon sebelum ini membuat akuan bersumpah (SD) bahawa penjualan rumahnya kepada ketua menteri itu adalah secara rela dan dan menafikan sebarang kaitan dengansebuah syarikat yang mempunyai urusan dengan kerajaan negeri.

SD beliau dibacakan oleh exco kerajaan Pualu Pinang, Phee Boon Poh yang juga mempunyai pertalian darah dengan ahli perniagaan itu.

Lim berkata Phang tidak membaca SD itu sendiri kerana beliau tidak mahu berjumpa dengan media

Anggota baling telur pada pemimpin DAP

Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah mengesahkan kejadian beberapa individu pada sesi ceramah kedai kopi di Jerantut semalam membaling telur kepadanya dan veteran DAP Lim Kit Siang.

"Kit Siang duduk di belakang saya. Mereka kemudian serbu masuk dan bersorak pada kamu berdua. Mereka jadi agresif jadi saya bangun.
"Mereka baling telur pada saya, tapi ceramah kami tetap berlangung selepas itu.

"Saya mengenali salah seorang daripada mereka sebagai ahli DAP.

"Saya rasa masalah yang besar adalah hanya beberapa orang itu. Mereka jangka bahawa calon mereka boleh bertanding dalam pilihan raya," kata beliau sambil menambah bahawa kumpulan itu turut menurunkan sepanduk DAP di kawasan itu.

Leong berkata sangat sukar bagi parti itu menuntut semula kerusi yang telah diberikan kepada rakan sekutunya, PKR.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa DAP telah melepaskan kerusi DUN Damak, Pahang kepada PKR pada pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008.

"DAP bertanding di Damak pada tahun 2004. Pada tahun 2008, kita tidak mempunyai calon jadi PKR bertanding di kerusi itu.

"Untuk mengambil semula kerusi itu adalah sangat sukar," kata Adun Tanah Rata, sambil menambah bahawa beberapa ahli-ahli akar umbi tidak berpuas hati kerana mereka mahu calon kegemaran mereka bertanding di kerusi itu.

The Star Online sebelum ini melaporkan bahawa ahli-ahli akar umbi mahu parti itu meletakkan Koh Boon Heng sebagai calonnya untuk Damak.

Koh bertanding sebagai calon bebas dalam pertempuran empat penjuru menentang penyandang Lau Lee dari BN, PKR Jamaluddin Abd Rahim dan seorang calon bebas Mohd Nor Jaafar. Koh dilapor tewas tipis 64 undi berbanding Lau, yang berjaya mempertahankan kerusinya dengan 7905 undi.

Abang bunuh adik depan ibu uzur

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Seorang ibu yang uzur hanya mampu melihat seorang daripada dua anak lelakinya yang bergaduh rebah ke bumi selepas salah seorang daripadanya tertikam.

Kejadian dilapor berlaku di Jalan Desa, Bandar Country Homes dekat Rawang kira-kira jam 10 malam tadi.

Laman portal Astro Awani melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Botak ditikam dengan pisau oleh abangnya yang merupakan seorang pemandu lori selepas dikatakan bertengkar.

Selain ibu, kejadian turut disaksikan oleh keluarga mangsa termasuk dua adik perempuannya.

Malah, insiden tersebut dilapor turut disedari jiran tetangga namun, usaha untuk meleraikan pertelingkahan antara kedua-dua mereka gagal kerana pagar rumah berkunci menyebabkan mereka bertindak menghubungi polis.

Mangsa disahkan meninggal dunia dan pisau yang digunakan suspek turut ditemui.

Abang mangsa yang berusia 40 tahun berjaya ditangkap orang ramai dan diserahkan kepada polis.

Mayat adik suspek dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Haji Hadi ditempelak kerana takut berkata benar

Anina turut tempelak Presiden Pas takut berkata benar
Anina Saadudin‘Wanita besi’, Anina Saadudin yang dikenali secara terbuka menyerang Perdana Menteri Mohd Najib Razak ekoran kontroversi derma RM2.6 bilion secara langsung turut menempelak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas ahli wanita Umno Langkawi itu menerusi status Facebook beliau petang ini menyelar golongan agamawan sama ada berada di dalam mahu pun diluar kerajaan yang takut memperjuangkan kebenaran.

“Simpan sahaja jubah, serban, tudung beribu ringgit mahupun janggut jika anda mendustai tanahair sendiri.

“Jika anda berada dalam kerajaan, parti pemerintah atau menjadi Presiden Parti Islam tetapi anda takut berkata benar demi pangkat, kuasa, kemasyhuran, maka sia-sialah nikmat Allah kepada anda,” bidasnya.

Sambil menegaskan tidak perlu mereka terbabit mengemukakan alasan kepada beliau sebaliknya jawablah di hadapan Allah, Ainina turut mengecam golongan berpendidikan dan berpangkat tinggi yang mengambil sikap berdiam diri dengan krisis kepimpinan pada masa ini.

“Simpan sahaja sijil dari Mesir, Madinah, Morocco, Harvard, Oxford atau dari bulan sekalipun. Simpan sahaja pengalaman dalam parlimen walau berpuluh tahun anda mereput di dalamnya.

“Simpan sahaja pangkat Tan Sri, Dato Seri, Dato, Puan Sri, Datin Seri, jangan bangga di hadapan saya jika anda pendusta dan pengecut untuk tanahair sendiri,” tegasnya.
Imej yang terdapat dalam profil facebook Anina
Menurut wanita berusia 40 tahun ini, tiada apa yang beliau takutkan dalam perjuangan bahkan tidak akan berundur walau setapak kerana jihadnya hanya pada Allah demi bangsa, agama dan negara.

“Jangan bimbangi saya. Allah tidak lahirkan saya oleh ibu saya di benua Afrika atau benua Eropah atau di tempat-tempat lain. Allah takdirkan saya lahir di negara ini, MALAYSIA.

“Terlalu banyak nikmat-Nya untuk saya termasuk pancaindera, anak-anak, keluarga, kawan-kawan yang sayangi saya serta wang ringgit yang mencukupkan kehidupan.

“Jika Allah takdirkan untuk saya pada saat ini, dalam perjalanan hidup saya untuk sampai masanya memenuhi tuntutan sebab kenapa saya dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, maka saya akan korbankan jiwa dan raga untuk bangsa, agama dan negara saya,” jelasnya.

Anina serta dua plaintif lain termasuk Tun Mahathir Mohamad dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan semalam menfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi salah laku (tort misfeasance) dalam jawatan awam dan kemungkiran kewajipan fidusiari dalam menjalankan tanggungjawabnya.

“Bukan salah parti Umno yang memerdekakan negara, membangunkan negara fizikal dan ekonomi serta memelihara kesepakatan kaum, tetapi salah Najib Razak dan konco-konconya yang menderhakai parti Melayu,” tambahnya lagi.

Tinjauan Malaysia Dateline pagi ini mendapati status Facebook tersebut kemudiannya dikongsi lebih 71 netizen selain menerima lebih 1.7k ‘likes’ sejak dimuat naik semalam.

Mayat ambil duit

Plymouth, Amerika Syarikat: Seorang lelaki tergamak membawa mayat ibunya ke bank semata-mata untuk mengeluarkan wang sebelum membuat laporan polis bagi memberitahu wanita itu sudah meninggal dunia.

David John Vanzo, 57, dilaporkan membawa mayat ibunya dengan kerusi roda untuk mengeluarkan wang berjumlah AS$850 (RM3,452) dari akaun wanita itu pada 5 Januari lalu.
Selepas mengeluarkan wang Vanzo pulang ke rumah sebelum menghubungi polis bagi memberitahu ibunya sudah meninggal dunia.

Polis yang datang ke rumah Vanzo mendapati mayat wanita itu terbaring di atas katil yang dipenuhi najis dan masih memakai baju kot serta berkasut.

Pemeriksaan perubatan mendapati wanita itu mungkin sudah meninggal dunia ketika Vanzo membawanya ke bank untuk mengeluarkan wang.

Pegawai bank memberitahu polis, wanita itu langsung tidak bergerak dan berbau busuk ketika Vanzo membawanya masuk.

Katanya, Vanzo memegang tangan ibunya untuk mendapatkan cap jari wanita itu bagi mengeluarkan wang dari akaun milik mendiang.

Pendakwa raya berkata, Vanzo tinggal dengan ibunya pada 2007 dan menguruskan kewangan wanita itu sejak 2012.

Tambahnya, Vanzo menghilangkan diri selepas kematian ibunya itu tetapi ditangkap baru-baru ini di Pamona, California.

"Vanzo didakwa di mahkamah atas tuduhan pengabaian jenayah dan mengeksploitasi kewangan ibunya," katanya.

Selain dituduh gagal menjaga ibunya dengan baik, Vanzo juga didapati mengambil wang berjumlah AS$260,000 (RM1.1 juta) dari akaun wanita itu.

'Saya masih ingat mata lebam ayah selepas pulang istana'

Anak kepada jurulatih hoki Douglas Gomez yang dilaporkan dikasari oleh sultan Johor pada tahun 1992, Sultan Iskandar pada tahun 1992, menyifatkan tempoh berkenaan sebagai kebangkitan rakyat biasa yang tampil mempertahankan mendiang bapanya.

"Saya masih ingat, dalam habuk pergolakan dua gergasi, rakyat biasa yang tampil, bangkit, mencerahkan jalan,” tulis Brian dalam Facebook miliknya malam semalam.

Ia selepas cucu Sultan Iskandar, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengimbas semula sejarah hitam pada 1992 semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi apa yang berlaku atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa.

Baginda berkata beliau yang berumur lapan tahun ketika itu masih ingat bagaimana keluarganya dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan, termasuk bondanya yang ditahan oleh kastam sewaktu kembali ke Johor dari Singapura.

“Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab,” katanya dalam posting di Facebook, semalam.


Menurut Brian dalam tulisannya, beliau masih ingat apabila bapanya pulang dari istana dengan mata yang lebam.

“Saya masih ingat bagaimana ayah saya, seorang guru dan jurulatih pasukan hoki sekolah, dibawa ke istana. Saya masih ingat matanya yang lebam setelah pulang ke rumah.

“Saya masih ingat ceritanya tentang apa yang berlaku di istana; dan milik siapa tangan yang menyebabkan lebam itu,” katanya.

Ratusan surat

Menurutnya, berikutan insiden itu, ayahnya menjadi bahan percaturan antara “mereka yang dilantik ke kuasa dan mereka yang dilahirkan ke kuasa”.

Brian berkata ingatannya masih segar bagaimana keluarganya menerima ratusan surat sokongan daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat.


“Paling ketara ialah peti surat rumah saya, yang menerima ratusan surat dari semua lapisan rakyat Malaysia; dari orang yang kami tak kenal pun; yang merakamkan sokongan kepada ayah saya.


“Saya masih ingat drebar-drebar teksi sekitar JB, yang untuk bertahun, enggan menerima apa-apa bayaran tambang dari ayah saya,” katanya.

Menurutnya, ketika itu beliau menyedari bahawa kuasa sebenar bukan milik pihak berkuasa tetapi wujud dalam naluri manusia yang dapat membezakan antara betul dan salah.

“Ia (kuasa sebenar) wujud dalam keberanian, keyakinan-diri dan hak setiap individu untuk mempersoalkan keadaan yang sedia ada.

“Kuasa sebenar milik rakyat,” kata Brian (atas, kiri).

Lucut kekebalan

Pada tahun 1992, apabila Persekutuan Hoki Malaysia menggantung Tunku Abdul Majid, putera kedua Sultan Iskandar daripada bermain selama lima tahun kerana memukul penjaga gol pasukan hoki Perak selepas pasukan Johor ditewaskan dalam satu perlawanan, ayahandanya menjadi berang.

Sultan Iskandar kemudiannya bertindak memberi tekanan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor supaya mengarahkan semua pasukan hoki sekolah di negeri itu supaya memulaukan kejohanan kebangsaan.

Ini menjadikan Douglas Gomez sebegitu kecewa lalu membidas Jabatan Pendidikan Johor serta menuntut peletakan jawatan semua ahli jawatankuasa dalam Persatuan Hoki Johor.

Benggang dengan perkembangan itu, Sultan Iskandar kemudian menitahkan Gomez ke istana dan didakwa mengasarinya. Jurulatih hoki itu kemudiannya membuat laporan polis.

Berikutan itu, satu sesi khas parlimen telah diadakan pada bulan Disember 1992 yang menyaksikan usul bagi menyekat kuasa atau melucutkan kekebalan Raja-raja Melayu dibentang dan diluluskan.
-malaysiakini-

Seruan Abdul Hadi agar Melayu tentang DAP amat memalukan, naif

Sheikh Omar AliDAP menganggap seruan agar umat Islam sepakat menolak parti itu dengan menggunapakai hujah bersifat perkauman amat memalukan dan terlalu naif bagi seorang pemimpin ulama seperti Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Penolong Setiausaha DAP Johor Sheikh Omar Ali berkata, Abdul Hadi gagal memahami keutamaan apabila negara yang kini berhadapan dengan rasuah melibatkan pemimpin nombor satu negara, sebaliknya beliau menyeru orang Melayu melawan orang Cina dalam DAP.

"Beliau seakan-akan masih berada di bawah tempurung dan terus mengelamun dalam dunianya sendiri.

"Apa yang diserukan oleh Hadi agar umat Islam sepakat menolak DAP dengan meggunapakai hujah bersifat perkauman pada saya amat memalukan dan terlalu naif.

" Ini seolah-olah membawa makna, Pas kini telah menemui teori baru bahawa agenda paling utama untuk menyelamatkan Malaysia bukanlah lagi melawan skandal rasuah, korupsi dan pengkhianatan Najib terhadap rakyat sebaliknya melawan DAP.

"Nada seruan Hadi ini mirip sekali nada yang dilaung-laungkan selama ini oleh Umno dan NGO ultra rasis seperti Perkasa.

"Mereka telah lama menjadikan perkara ini sebagai senjata. Anehnya, dahulu (sewaktu bukan Hadi menjadi Presiden Pas) Pas bersama membantu menangkis serangan ini. sekarang berbeza, Pas turut serta memetik picu menembak DAP. ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sheikh Omar merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi pada Selasa lalu yang berkata, umat ​​Islam di Malaysia perlu bersatu menentang dan mengagalkan rancangan DAP yang dikategorikan sebagai parti sekular daripada memerintah negara ini.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, majoriti orang Cina dalam DAP tidak mempunyai hak untuk membentuk kerajaan yang memerintah, kerana orang Islam melebihi bilangan orang Cina di negara ini

Sheikh Omar menganggap Najib dan angkatannya sudah kehilangan perisai untuk berselindung dari dihujani persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat.

Ditambah dengan serangan bertubi-tubi Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepimpinan akar umbi serta ahli Umno sendiri, langkah terbaik bagi Najib adalah membina skrip baru - menjadikan DAP sebagai musuh nombor satu negara demi menyelamatkan bahtera Umno yang diambang karam.

"Barangkali, jika pembangkang merasakan inilah masa paling ranum untuk membina 'grand coalition' dikalangan rakyat menolak Najib dan memperbetulkan semula sistem bernegara Malaysia, mungkin bagi Hadi inilah masanya untuk pulun suara orang Melayu-Islam berjihad menentang Cina-kafir DAP," ujarnya.

Tambah Sheikh Omar lagi, di pihak Umno pula peluang mensensasikan penampilan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir dan pemimpin senior DAP Lim Kit Siang yang telah sama-sama menandatangani Deklarasi Rakyat pada 4 Mac 2016 lalu juga merupakan usaha untuk membantutkan gelombang kemarahan rakyat terhadap dirinya.

"Mendapatkan Hadi dan menjadikan Pas sebagai rakan sekutu (walaupun tidak sekapal) dapat mengukuhkan lagi skrip untuk menjadikan DAP sebagai musuh nombor satu negara dan 'parti kafir' yang wajib ditentang oleh umat Islam seluruh dunia!

"Najib tahu, menguasai Pas menerusi Hadi tidaklah sesukar berhadapan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Jika tidak, masakan di era kepimpinan Hadi dalam Pas terbitnya 'seruan jihad' kepada umat Islam agar menolak DAP.

"Namun pada saya seruan Hadi adalah suatu kesilapan besar yang mencalarkan imej beliau sendiri dan parti Islam. Ia seolah-olah memperlihatkan Islam sebagai suatu agama yang menyeru kearah prejudis dan menyemarakkan api perkauman sempit antara rakyat.

"Lebih malang lagi, beliau sebagai seorang individu yang berstatus ulama gagal menyeru rakyat khususnya umat Islam agar menjadi agen kepada kerukunan negara yang sebenar berteraskan roh kebenaran, keadilan dan silaturrahim tanpa mengenal warna kulit sepertimana yang digagaskan oleh Islam.

"Tidak perlulah kita ungkapkan kembali dosa dan kezaliman yang telah dilakukan oleh Umno terhadap tokoh-tokoh pejuang tanah air, termasuklah ahli-ahli parti Hadi sendiri yang pernah dipenjara, ditembak mati dan sebagainya.

"Semoga kita dapat melihat sesuatu yang benar itu sebagai kebenaran dan diberi kekuatan untuk mengikutinya. Dan melihat sesuatu yang batil itu sebagai kebatilan dan dikurniakan kemampuan untuk menjauhinya." jelasnya.

Pengawal Keselamatan Tembak Budak Pakai Topeng Raksasa


KARACHI: Seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang kanak-kanak berusia 11 tahun selepas terkejut melihatnya memakai topeng raksasa.

Ketika kejadian, mangsa iaitu Ali Hasan dilapor menyapa pengawal keselamatan kawasan perumahan mewah itu dari belakang dengan memakai topeng.

Akibat terkejut, lelaki tersebut melepaskan tembakan ke arah mangsa yang menyebabkan budak berkenaan mati di tempat kejadian.

Berikutan itu, pengawal keselamatan tersebut, Ghulam Nabi telah ditahan polis kerana membunuh.

"Suspek berkata dia cuba menembak ke uadara namun telah terkena budak tersebut," kata pegawai polis Sohail Khan

Tuan Ibrahim sindir Hadi yang jinak dengan Umno?

Himpunan 20k Hufaz yang dihadiri Najib, Jamil Khir, Nik Abduh dan Nasaruddin.
Himpunan 20k Hufaz yang dihadiri Najib, Jamil Khir, Nik Abduh dan Nasaruddin.
Penganalisis politik semasa menyifatkan kenyataan terbaharu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai menyindir orang nombor satu parti pembangkang Melayu terbesar itu.

Penulis Mohd Sayuti Omar berkata, perlambangan yang digunakan Tuan Ibrahim berhubung desas-desus gabungan dengan Umno itu menunjukkan kecenderungan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mutakhir ini berbaik-baik dengan Najib Razak tidak dipersetujui.

"Apakah analogi Tuan Ibrahim itu hendak menyindirkan presidennya yang semakin jinak dan galak dengan Najib dan Umno?

"Kalau ia berunsur sindir, maka jelas Tuan Ibrahim semacam kurang setuju untuk ikut pakai baju 'sekalor' (sama warna) dengan Najib," ujarnya dalam status Facebook beliau semalam.

Terdahulu, Tuan Ibrahim beranalogi lebih baik Pas bubar daripada bergabung dengan Umno.

Mengulas lanjut, Sayuti berkata pendapat Tuan Ibrahim itu dilihat agak sama tetapi berbeza dengan pendirian Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

"Tok Guru kata, kalau Umno sedia mengambil Quran dan Hadith sebagai teras perjuangannya, dia sedia bubarkan Pas.

"Orang-orang mengaji Arab ini selalu bercakap menggunakan tamsil ibarat dan mantik yang tinggi mutunya," tambah Sayuti lagi yang juga bekas pemilik akhbar politik mingguan Siasah.

Foto beberapa pemimpin Pas Pusat yang menghadiri Himpunan 20K Huffaz anjuran Gabungan Huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan baru-baru ini menjadi viral di media sosial.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan dan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz dalam gambar yang tersebar itu dilihat riang ketawa duduk bersimpuh bersama Najib Razak yang berjubah putih.

Kehadiran pemimpin Pas yang dikatakan atas jemputan untuk Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (Pinta) itu menguatkan lagi andaian banyak pihak tentang gabungan Pas dan Umno menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti.

Minggu Depan Dun Terengganu Dibubar ?

Zabidi Hj Saidi
Minggu hadapan ADUN Kijal, Ahmad Said akan membuat sidang akhbar untuk menjawab isu peruntukan ADUN Kijal dipindahkan ke pejabat MB. Tiga hari lepas, NST melaporkan peruntukan ADUN Kijal ditarikbalik.

Sebenarnya ia bukan ditarikbalik tetapi dipindahkan ke pejabat MB kerana tindak tanduk ADUN Kijal tidak mencerminkan tindak tanduk ADUN BN lagi. Oleh itu ia bukan tidak wujud lagi bajet DUN Kijal sebaliknya pejabat MB akan mengagihkan terus peruntukan itu kepada kumpulan sasar.

Keadaan yang tidak menentu ini menyebabkan politik Terengganu tidak stabil. Oleh itu sidang akhbar bekas MB Terengganu itu minggu hadapan ditunggu-tunggu oleh rakyat Terengganu. Adakah Ahmad Said akan buat kejutan lagi? Menurut sumber, MB tidak ada pilihan lain terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu hadapan.

Jika Ahmad Said mengumumkan keluar dari Umno pada minggu hadapan, maka kedudukan 16-16 DUN Terengganu akan tergantung. Maka Ahmad Razif memerlukan mandat baharu daripada rakyat untuk memilih sama ada rakyat mahu mengekalkan BN atau memilih kerajaan baharu.

Jika PRN diadakan, maka ia peluang terbaik bagi Ahmad Razif memilih 32 calon yang pro beliau. Sudah tentu calon-calon yang pro Ahmad Said akan digugurkan. Dapatkah BN mengekalkan kerusi jika wakil rakyat yang pro Ahmad Said digugurkan? Jika ahli ahli Umno berpegang teguh setia kepada Umno, maka menanglah BN. Jika mereka sabotaj calon BN, tidak mustahil PAS akan membentuk kerajaan baharu.

Usul undi tak percaya: Mat Said terima padah

PETALING JAYA: Kerajaan Terengganu menghentikan penyaluran dana kepada ADUN Kijal yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tindakan itu dianggap langkah tepat berikutan tindakan Ahmad yang dilihat tidak membawa imej sebagai wakil rakyat kerajaan kerana tindakannya mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau pada sidang DUN baru-baru ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Ahmad Razif berkata, semua dana untuk DUN Kijal akan diuruskan olehnya sendiri di bawah Pejabat Menteri Besar.
“Kita hentikan untuk diuruskan oleh ADUN kawasan itu sahaja tetapi bajet untuk Kijal (DUN) masih berjalan macam biasa tapi diuruskan di bawah Pejabat Menteri Besar.

“Kita melihat bahawa apa tindakan yang ditunjukkan tidak mencerminkan kepada wakil rakyat kerajaan maka kerana itu saya sebagai pemimpin kerajaan sekarang, akan mengambil alih (dana),” katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran di Hentian Bas MBKT di Kuala Terengganu, pada Ahad.

Ditanya tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlakukan Ahmad seperti kawasan pembangkang, Ahmad Razif menyerahkan persepsi itu dinilai oleh umum termasuk Ahmad.

“Itu terpulang kepada dia (Ahmad),” jawabnya ringkas.

Kemungkinan Ahmad akan berpaling tadah dan boleh menyebabkan kedudukan kerusi BN dan pembangkang seri, Ahmad Razif berkata, ia tidak menjejaskan kerajaan yang dipimpinnya sekarang
-FMT-

Skandal Lim Guan Eng : Lagi Dokumen Didedah..

Tranungkite
Dokumen di atas berkaitan dengan dua syarikat yang berjaya membida tanah di Taman Manggis, Pulau Pinang.

Tanah yang asalnya digazetkan oleh kerajaan BN untuk projek perumahan rakyat termiskin telah dibatalkan apabila kerajaan DAP mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum 2008.

Kerajaan DAP Pulau Pinang kemudian menender tanah tersebut kepada projek komersial yang dimenangi oleh syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) yang mempunyai kaitan rapat dengan dua syarikat lain iaitu Winbond Dental Sdn Bhd dan Winbond Management & Consultand Sdn Bhd dan.

“Lihat siapakah Phang Li Koon pemilik banglo di dalam syarikat yang berhubung kait dan berkepentingan mendapatkan tanah di Taman Manggis,” dedah Pisau dotnet

Nama Phang Li Koon tersenarai sebagai pemegang saham 20 peratus dalam syarikat Winbond Management & Consultand Sdn Bhd, syarikat yang dimonopoli oleh Tang Yong Chew yang memegang saham sebanyak 80 peratus.

Tang Yong Chew juga merupakan pemegang saham 60 peratus dalam syarikat KLIDC yang mendapat tender membida lot tanah di Taman Manggis Fasa 2, Georgetown dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tujuan pembinaan hospital swasta dan hotel.

Pisau dotnet juga turut melampirkan dokumen-dokumen berkaitan dengan sebuah rumah banglo di Jalan Pinhorn, milik Phang Li Koon yang disewakan kepada Guan Eng dan kemudiannya dibeli oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Sumber AIDCNews

Hadi, lawan bangsa lain atau lawan rasuah lebih penting?

Faiz Zainudin
Tony-Pua-Hadi-AwangKUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu membuat pendirian adakah melawan bangsa lain selain Melayu lebih penting berbanding melawan rasuah dan penyelewengan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, Hadi perlu menjelaskan pendirian itu susulan seruan beliau supaya umat Islam bersatu menentang DAP.
“Adakah lebih penting Hadi melawan bangsa lain (bukan Islam) melawan isu rasuah, isu penyalahgunaan kuasa dan isu penyelewengan (oleh pemerintah), jadi Hadi kena pilih yang mana mematuhi ajaran agama,” katanya di Parlimen, hari ini.

Pua berkata, tuduhan Hadi bahawa DAP mahu menguasai negara ini tidak masuk akal kerana parti itu hanya bertanding tidak sampai 50 kerusi.

“Pertama DAP tidak dapat menjadi kerajaan Persekutuan, atas (kekuatan DAP) sahaja, DAP hanya bertanding tidak sampai 50 kerusi dan jumlah keseluruhan ada 222 kerusi, jadi macam mana nak jadi kerajaan kalau menang semua kerusi yang DAP bertanding itu pun tak mungkin kami dapat menjadi kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Raya berpendapat Presiden PAS itu sudah ketandusan isu untuk diketengahkan.

“Itu isu lama yang dibawa beliau ,” katanya ringkas.
-fmt-

Padah cuba rogol gadis 13 tahun (Gambar)

Tindakan seorang pemuda berusia 23 tahun dari Cancun, Mexico yang cuba merogol seorang kanak-kanak berusia 13 tahun membawa padah apabila dia kantoi dengan bapa mangsa.

Suspek, Bernabe N ditarik keluar dari tandas perempuan selepas bapa mangsa terdengar anaknya menjerit dari dalam tandas.

Melihat suspek yang ketika itu sedang menindih anaknya dalam keadaan seluar terlondeh, tanpa belas kasihan dia dibelasah dengan teruk.

Orang awam yang menyaksikan kejadian turut merakam video ketika si bapa sedang memukul pemuda tersebut.

Kedua-dua suspek dan bapa mangsa kini ditahan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
-kualalumpurpost-

Kenapa Jamaah Nur menentang Erdugan?: Tindakan Erdogan atas Zaman adalah permusuhan lama

Subky Latif
JIKA Hoja (Hoca) Efendi Fethullah Gulen, pemimpin utama Jamaah Nur Turki melarikan diri daripada kerajaan Presiden Tayyib Erdogan ke Amerika ia bukanlah permusuhan baru antara dua kumpulan pro-Islam terpenting di Turki itu.
Ia adalah perselisihan yang lama mungkin sejak wujudnya parti Islam Turki pimpinan Necmatin (Najmudin) Erbakan dan Jamaah Nur yang pimpinan semasanya adalah Hoja Efendi Fethullah Gulen.

Justeru kebelakangan ini Hoja Efendi lari ke Amerika meneruskan tentangannya dari sana, maka kerajaan Turki bertindak terhadap Harian Zaman, akbar milik Nur yaang diterbitkan juga di beberapa negara jiran Turki di Asia Tengah dengan menggunakan tulis dan bahasa negara-negara tersebut.

Saya rasa bertuah sebagai seorang wartawan yang pernah mengendalikan mingguan Utusan Zaman terbitan Utusan Melayu apabila dua anak saya ditawar oleh Harian Zaman belajar di Turki tahun 90-an dulu. Ketika saya beritahu Hoja Erbakan di Istanbul, anak saya dibiayai Harian Zaman di bawah Jamaah Nur, Erbakan memandang saya satu macam.

Jemaah itu mempunyai banyak sekolah dan asrama di seluruh Turki dan ia menaja ramai pelajar asing termasuk dari Asia Tenggara.

Jemaah ini mendukung ajaran ulama terkemuka sebelum kejatuhan empayar Othmaniyah, Badiuz Zaman Said Nursi. Harian Zaman dan Jamaah Nur itu adalah dari nama Said Nursi.

Jamaah Nur tidak menyokong parti Islam yang dipimpin oleh Erbakan kerana Erbakan adalah orang politik sebaliknya ia mengadakan hubungan baik dengan kerajaan dari parti politik sekular. Kira-kira kaedah yang digunakannya sama seperti kebanyakan badan dakwah di negara-negara Islam tidak bersama dengan politik parti Islam tetapi meraih simpati politik yang menentang parti Islam.

Tumpuan Jamaah Nur adalah pendidikan dan dakwah tetapi tidak peka dengan politik Islam.

Selepas Erbakan dijatuhkan daripada Perdana Menteri dan Tayyib Erdogan digugur daripada Datuk Bandar Istanbul, saya bertemu dengan seorang bekas pelajar UIA yang jadi aktivis Parti Refah di Istanbul. Katanya, dia dan partinya tidak sedikitpun dapat simpati daripada Jamaah Nur, kerana selepas kerajaan Refah dijatuhkan, mereka berbaik dengan parti yang menjatuhkan kerajaan Refah.

Padanya partinya dijatuh oleh musuh, dan Jamaah Nur berbaik dengan musuh Refah. Ertinya ia adalah musuh Refah.

Setelah beberapa parti yang ditubuhkan Erbakan diharamkan, akhirnya Erdogan Ketua Pemuda Refah dan ketua Refah di Istanbul menubuhkan parti sendiri dan berjaya membentuk kerajaan di Turki, maka kerajaan Erdogan berdamai dengan Fethullah Gulen.

Beberapa tahun terakhir ini kerajaan pimpinan Erdogan dirasakan bertambah penentang. Partinya bukan saja ditentang oleh seteru politik sekular lamanya, bahkan ia juga ditentang oleh Gulen dan jemaahnya.

Jamaah Nur dan Gulen tidak diketahui pernah menentang mana-mana kerajaan Turki selain kerajaan pimpin Refah di bawah Erbakan dulu, tetapi Gulen dikira penentang kerajaan pro Islam itu.

Selamanya Gulen memimpin Jamaah Nur dari dalam negeri. Tetapi sekarang dia melarikan diri ke Amerika dan menentang Erdogan dari sana. Tentulah peranannya penting jika tidak masakan lari keluar negara.

Perkembangan terakhir kerajaan Turki bertindak terhadap akhbar Harian Zaman. Tentangan Gulen terhadap parti politik pro-Islam di Turki bukan baru.

Saya kenal kedua jemaah itu dan tahu tentang sengketa lama mereka

5 Tanda Kematian yang Boleh Diketahui Manusia Tapi Sering Diabaikan

Tranungkite
Meskipun kematian yaitu satu hal yang di rahasiakan oleh Allah, namun terlebih dulu kematian itu datang akan ada tanda-tanda yang mungkin saja bisa kita ketahui.

Berikut tanda-tandanya seperti diambil dari Eberita. org :

40 hari sebelum kematian

Tanda-tanda kematian ini bisa terlihat sesudah masuk saat Ashar, sisi pusat dari tubuh kita akan berdenyut. Itu tandanya apabila daun yang terdaftar nama kita dari pohon yang ada di Arshy Allah SWT. Sudah gugur.

Kemudian malaikat maut mengambil daun itu dan selekasnya buat persiapan salah satunya mulai mengawasi kita setiap waktu.

Dan sesekali malaikat maut menunjukkan dirinya pada orang yang akan dicabut nyawanya berbentuk manusia, dan saat itu juga orang itu akan merasa terkejud dan bingung saksikan malaikat maut.

Walaupun malaikat maut wujudnya hanya satu namun atas izin Allah SWT, Dia dapat mencabut nyawa seseorang kurun saat yang bersamaan.

7 hari sebelum kematian

Tanda ini terlihat setelah masuk waktu asar, tanda-tanda kematian ini cuma diberikan Allah SWT Pada orang yang diuji Allah dengan Sakit, biasanya orang yang tengah sakit tidak berselera makan, mendadak ingin makan. Ini yaitu isyarat dari Allah apabila kematian memang benar-benar sudah dekat.

3 hari sebelum kematian

Disuatu saat akan terasa denyutan di dalam dahi kita, yaitu pada dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda-tanda kematian ini bisa di rasa jadi sebaiknya berpuasalah kita kemudian.
Agar perut kita tidak memiliki kandungan banyak najis, serta ini akan mempermudah orang lain utk memandikan jasad kita.

Lalu juga mata hitam kita tidak bersinar lagi, dan untuk orang yg sakit, hidungnya perlahan-lahan akan masuk dalam, ini bisa terlihat jelas jika dilihat dari segi tubuh kita.
Telinga akan layu dan berangsur-angsur masuk dalam. Tapak kaki tegak berangsur-angsur lurus ke depan serta sulit untuk ditegakkan lagi.

Sehari sebelum kematian

Tanda-tanda kematian ini dapat berjalan setelah saat ashar, kita akan rasakan denyutan dibagian ubun-ubun, ini menyaratkan kita telah tidak pernah lagi saksikan waktu ashar di keesokan harinya.

Tanda terakhir

Kita akan rasakan sejuk dibagian pusat, lalu turun ke pinggang serta selalu naik ke sisi halkum.

Pada saat ini sebaiknya kita sering beristighfar memohon ampun pada Allah, dan beberapa sering membaca syahadat. Mengatur hati, fokus fikiran kita hanya pada satu arah yaitu Allah SWT.

Dengan hal itu semoga dengan sedikit pengetahuan mendekati kematian, kita mempunyai kesiapan untuk menghadapinya.

http://8kabar.blogspot.com/

Jabatan agama negeri dan majlis agama negeri lebih kuah daripada sudu daripada Majlis Fatwa?

Abu Al-Zahra
Ampang, Malaysia ·
Para ustaz yang mendapat tauliah daripada jabatan agama negeri tidak sewajarnya menyentuh perkara yang tidak pernah difatwakan sesat di Malaysia. Umpamanya so call Wahabi. Kenapakah jabatan-jabatan agama negeri beria-beria sangat menggalakkan tanpa melarang sebahagian ustaz ustaz bermudah-mudah menyesatkan, mengkafirkan Wahabi? Jika dah ternyata golongan ini sesat menyesatkan, fatwakan sahaja sesat. Haramkan sahaja orang Malaysia ke Saudi untuk belajar, umrah dan haji. Tutup sahaja Kedutaan Saudi di Jalan Ampang.

Berapa banyak tarikat-tarikat sufi yang difatwakan sesat tidak diambil tindakan oleh jabatan-jabatan agama negeri. Malah dibiarkan berleluasa. Tanpa ditangkap, ditahan mereka? Berapa ramai ustaz-ustaz yang gemar membawa hadis-hadis palsu, cerita-cerita kosong, cerita-cerita kartun dan merepek, menjual produk, menyanyi dan bergendang di dalam masjid diberikan tauliah mengajar? Agama apa yang kita cari? Agama apa yang ingin kita lahirkan?

Persoalannya, adakah jabatan agama negeri dan majlis agama negeri lebih kuah daripada sudu daripada Majlis Fatwa? Adakah kedua-dua agensi dianggotai pegawai-pegawai yang pro kepada ajaran-ajaran yang telah difatwakan sesat?

Sumber FB Abu Al-Zahra