"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Saat genting Nik Aziz di hospital

Kehadiran menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini menarik perhatian ramai memandangkan tahap kesihatan mursyidul am PAS itu dikatakan tidak memuaskan sejak akhir-akhir ini.

Beliau yang kelihatan agak cergas, bingkas bangun apabila para pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas ketika diminta untuk berdiri bagi upacara membaca ikrar.

Ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika menjemput "keramat hidup" itu untuk berucap, turut menceritakan semula saat genting ketika Nik Abdul Aziz dibawa untuk menerima rawatan di hospital sebelum ini.

Nik Abdul Aziz, 81, telah menceritakan semula pengalaman ketika jantung beliau berhenti berdegup untuk beberapa ketika, kata
Wan Abdul Rahim.

"Mungkin itulah apa yang digambarkan oleh Yuri Gagarin, manusia pertama ke angkasa lepas... Beliau kemudian ditarik turun dan jantung beliau berdenyut semula.

"Saya kata Allah turunkan dan amanahkan kepada Nik Aziz untuk lakukan sesuatu yang besar kepada rakyat.

"Beliau perlu bersama untuk bawa kita ke Putrajaya," kata Wan Abdul Rahim lagi yang mengetuai laungan takbir beberapa kali.

Nik Abdul Aziz selepas itu meluangkan masa untuk berucap dengan agak lama dan membuka cerita dengan mengimbau kembali pengalamannya ketika PAS "ditendang" Umno daripada kerjasama dalam BN.

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau telah serik dengan tindakan Umno setelah parti Islam itu ditendang keluar daripada BN sebelum ini.

Masa Umno berasa mata dia cerah, kuku dia lebih panjang, dia tendang PAS, kemudian dia minta pula PAS masuk Umno. Kita kata, 'cis!'

"Kalu kali kedua kena sengat juga itu bodohlah... Saya urut dada, mujur kita tidak bersama Umno," katanya lagi.

Beliau turut menceritakan kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan yang membolehkan masyarakat pelbagai agama di negeri itu hidup dengan harmoni.

Antara peristiwa yang dibangkitkannya ialah satu laporan dalam satu penerbitan kerajaan negeri itu mengenai tindakan seorang balu yang menerima bantuan daripada kerajaan Kelantan.

Balu berkenaan telah menghadiahkan semula bayaran sebanyak RM2,000 tersebut kepada satu masjid di Kelantan, kata Nik Abdul Aziz.

Seorang lagi warga bukan Islam di negeri itu turut menghadiahkan sebanyak RM20,000 kepada satu lagi masjid, selepas menderma.

Individu berkenaan juga sebelum ini telah menghadiahkan sebanyak RM10,000 kepada masjid berkenaan, kata Nik Abdul Aziz lagi.

Turut berucap dalam sesi penggulungan pimpinan petang ini ialah pemimpin tertinggi Pakatan termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-malaysiakini-

`Saya kata cis kepada Umno’ - Nik Aziz

PETALING JAYA: Umno bertindak mengikut nafsu ketika merampas kuasa dari Pakatan Rakyat di negeri Perak dua tahun lalu, kata Mursyidul Am PAS.

Datuk NIk Aziz Nik Mat berkata, rampasan kuasa tersebut tidak mengikut amalan demokrasi serta cara Islam.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di konvensyen ketiga Pakatan Rakyat di Alor Setar sebentar tadi.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang pada bulan Februari 2009 setelah tiga Adunrya melompat menyokong BN.

Dalam ucapannya, Nik Aziz juga menuduh Umno telah menceroboh ekonomi, akidah dan politik negara. 'Saya kata cis’

Oleh kerana itu, tegas menteri besar Kelantan itu, beliau menolak sebarang kerjasama dengan Umno.

“Saya didatangi pemimpin Umno pelbagai darjat. Dia (Umno) minta PAS masuk Umno.

“Tok guru, Ustaz Ziz, masuk Umno untuk perpaduan rakyat (Malaysia). Saya kata cis, maka kami bersama Pakatan Rakyat..” kata beliau diiringi tepukan peserta konvensyen.

Nik Aziz berkata, dalam hadis politik, kena sengat sekali saja, jangan kena sekali lagi.
Kali pertama kena sengat perkara biasa, tetapi kalau dua kali itu bodoh, tegas beliau.

Kedutaan Malaysia-United Kingdom Sedia Khidmat Pelacur?

laniismaa


Benarkah pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom kini bukan saja menyediakan perkhidmatan permohonan pasport, tetapi juga perkhidmatan pelacuran?

Mungkin ia kedengaran seperti tidak masuk akal, tetapi itulah hakikatnya!

Inilah yang anda temui sekiranya anda hendak mencari maklumat berkaitan pejabat tersebut dalam enjin pencarian Google.

Penulis pada mulanya agak meragui perkara itu, lalu penulis cuba untuk menaip perkataan ‘Malaysian High Commission in London’ di laman berkenaan.

Memang benar, selain gambar pejabat, ada disenaraikan peta lokasinya sekali.

Tetapi yang lawaknya, turut tertulis perkataan PROSTITUTION di situ sekaligus memberi gambaran seolah-olah pejabat kedutaan kita turut menyediakan perkhidmatan persundalan, pergh!

Sementara itu portal The Malaysian Insider yang turut menyedari ‘masalah’ tersebut ada menghubungi pihak Google untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkenaan.

Menurut ketua komunikasi dan hal ehwal awam Google Malaysia, Zeffri Yusof, kesilapan yang terjadi mungkin disebabkan terdapat ‘data yang tidak betul’.

Dia menjelaskan, pihak Google sedang menyiasat bagaimana ‘perkataan’ itu boleh tertera tetapi pihaknya belum boleh membuat apa-apa pindaan kerana ia akan dilihat percubaan untuk membuat tapisan sendiri.

Sementara itu jurucakap Kementerian Luar mengesahkan menyedari perkara itu dan telah memfailkan aduan kepada pihak Google untuk membetulkan perkara berkenaan.

Baguslah kalau orang kementerian cepat sedar dan ambil tindakan pantas kerana ini boleh mencemarkan nama baik negara kita di pihak luar.

Kena ingat, Google merupakan enjin pencarian paling popular dan digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk pelayar internet mencari maklumat mengenai satu-satu perkara.

Dan kena ingat, perkataan seperti PROSTITUTION juga sering dicari dalam internet.

Tak sanggup rasanya kalau pejabat kedutaan kita tiba-tiba didatangi ramai pengunjung, bukan kerana nak buat pasport, tetapi kerana DISERBU lelaki durjana yang mahu melampiaskan nafsu serakah mereka, malu boboi!! EkELEH.com

Mat Sabu: Pakatan dapat 'kerjasama dari dalam' BN

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat akan mendapat "kerjasama daripada dalam" BN untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang

Kerjasama itu bakal diperolehi daripada kakitangan awam termasuk anggota keselamatan dan juga bekas menteri BN, katanya dalam ucapan pembukaan di konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar hari ini.

"Malah yang sedang bertugas dalam jawatan tanya apakah sumbangan yang akan kita beri untuk tumbangkan kerajaan BN," katanya lagi.
-malaysiakini-

Guna wang zakat sekat hukum Islam

PETALING JAYA: PKR hari ini menyifatkan kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali bahawa wang zakat boleh digunakan untuk mempertahankan kedaulatan Islam sebagai menyimpang jauh dari kebenaran.
“Apakah orang yang menggunakan kedudukan menghalang seorang yang difitnah membawa kes ke mahkamah syariah dianggap mempertahankan kedaulatan institusi Islam?,” soal setiausaha agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan media hari ini.

Laporan Audit Negara 2010 mengesahkan sebanyak RM63,650 wang zakat telah dikeluarkan dari akaun Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membayar kos guaman.

Ini berikutan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan qazaf (tuduhan terhadap seseorang melakukan zina tanpa bukti empat saksi) terhadap Che Mat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

Saifuddin menyoal lagi, “adakah orang yang menggunakan kedudukan mereka menyekat pendakwa syarie meneruskan dakwaan qazaf ke atas pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sewenang-wenang membuat tuduhan tanpa menampilkan saksi boleh dianggap mempertahankan kedaulatan institusi Islam?

Sebenarnya kata Saifuddin mereka bertiga cuba berlindung dengan alasan bahawa wang zakat itu kemudian telah selamat diganti dengan satu peruntukan lain namun isu ini tidak terhenti di situ. Menteri berkenaan masih terus dengan pendirian bahawa wang zakat tidak digunakan.

“Apakah jika mereka menggunakan kedudukan untuk berbuat demikian maka mereka dibolehkan menggunakan wang zakat untuk membayar khidmat guaman mereka?,” tanya beliau.

Saifuddin berkata adalah jelas mereka bukan mendaulatkan institusi Islam bahkan merekalah yang menghalang hukum Islam dari dilaksana.

Mempertahan diri

“Kalau begitu apa alasan mereka untuk menggunapakai wang zakat untuk tujuan mempertahankan diri apabila disaman dek kerana mereka sendiri yang menyekat kes qazaf ini dibawa ke muka pengadilan oleh Anwar?,” soal Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang.

Menurutnya, Anwar memfailkan saman tersebut kerana mereka bertiga dipercayai mempengaruhi kes mendakwa Saiful atas tuduhan qazaf tidak dibawa ke muka pengadilan.

“Biarpun aduan tentang kes ini telah dibuat oleh Anwar seawal 2008, selesai disiasat oleh Jawi, kertas siasatan telah diserahkan kepada bahagian pendakwaan namun hasilnya ialah kes tersebut didiamkan begitu sahaja.

“Adalah menjadi hak untuk Anwar membela diri. Anwar membuat aduan kepada pihak berkuasa yakni Jawi, beliau yang kemudian dipanggil membantu siasatan memberikan sepenuh kerjasama.

“Saiful turut disiasat oleh Jawi. Apakala siasatan selesai gerangan apa yang tidak membolehkan pendakwaan dibuat ke atas Saiful yang secara terbuka membuat tuduhan terhadap Anwar yang kononnya telah meliwat beliau?,” soal beliau.

Ujar beliau, “inilah yang menjadi asas saman Anwar terhadap mereka bertiga. Walaupun Anwar kalah dalam kes tersebut dan rayuan tentangnya akan didengar oleh mahkamah pada 30 Januari ini.

“Cuma episod ini membongkar satu lagi isu yakni penyalahgunaan wang zakat oleh mereka yang disaman,” jelas beliau.

Semalam, Che Mat berkata MAIWP boleh menggunakan wang zakat untuk mempertahankan kedaulatan institusi Islam sebagai merujuk kepada penyalahgunaan wang zakat sebanyak RM63,650 untuk membayar yuran peguam dalam kes qazaf ini.

Ariff Sabri ‘orang’ Najib dalam DAP?

Azman Ariffin
Soal kemasukan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Umno-Pulau Manis), Mohd Ariff Sabri Aziz bersama seorang lagi veteran Umno Negeri Sembilan, Aspan Alias ke dalam DAP memang menarik.
Penulis rasa, keberanian Arif Sabri mengkritik Umno dalam blognya itu yang menjadi sebab kenapa DAP menerimanya sebagai ahli parti tersebut, disamping mahu menjadikan penyertaan ini untuk membaiki imejnya di kalangan pengundi Melayu dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun dalam masa yang sama, penulis melihat keperluan untuk DAP berhati-hati dengan orang seperti Ariff Sabri ini.

Justifikasi penulis, selain latar belakangnya sebagai bekas ahli dan Adun Umno, dia juga adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ketuanya.

Jawatan Ketua Penerangan ini bukan ditentukan secara pemilihan, sebaliknya melalui cara lantikan oleh Ketua Bahagian.

Ringkasnya, Ariff Sabri ialah orang kepercayaan Najib sehingga dipilih sendiri olehnya untuk menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan.

Ini semua menjurus kepada satu tanda yang jelas iaitu Ariff Sabri ialah orang kepercayaan Najib.

Walaupun tidak dipilih semula pada 2008, penulis mendapat maklumat hubungan Ariff Sabri dan Najib masih kukuh seperti biasa.

Menurut sumber penulis, Ariff Sabri dikatakan beberapa kali mengunjungi Najib di pejabatnya di Putrajaya seperti tercatat dalam buku pelawat di samping pengesahan visual oleh beberapa orang yang pernah melihatnya.

Penulis percaya, blog sakmongkolak47, adalah cubaan Ariff Sabri untuk mengelirukan DAP kononnya dia adalah penentang Umno dari dalam.

Kegagalan Ariff

Kalau betul dia penentang Umno sekalipun, keikhlasannya boleh dipertikaikan kerana dia hanya mula menulis sejak 2008 apabila tidak dipilih semula mempertahankan Dun Pulau Manis – ciri-ciri biasa bagi orang yang kecewa.

Itu satu hal, satu hal yang lain ialah Ariff Sabri mempunyai sejarah sebagai pemimpin yang gagal menjalankan tugas dengan baik sepanjang sepenggal berkhidmat sebagai Adun Pulau Manis.

Bukan satu rahsia lagi bahawa Ariff Sabri sering kali bergaduh dengan beberapa orang ketua kampung dalam kawasan Dun tersebut.

Penulis juga mendengar, rakyat sendiri sukar untuk mendapat khidmat Ariff Sabri kerana dia diketahui jarang berada dikawasannya.

Sebelum menceburi politik, Ariff Sabri juga ialah seorang ahli perniagaan yang gagal.

Persoalan penulis, dengan latar belakang Ariff Sabri yang ‘meriah’ dengan kegagalan, kenapa DAP masih mahu bersengkokol dengan orang seperti ini malah cuba pula menonjolkannya sebagai pemimpin parti tersebut?

Kalau pun peranannya sebagai ejen Najib untuk memusnahkan DAP dari dalam diragui, DAP harus pertimbangkan rekod perkhidmatannya yang buruk di Pulau Manis sehingga tidak dicalonkan semula walaupun menjadi antara orang kepercayaan Najib.

Kenapa perlu menggadaikan nasib rakyat dengan mencalonkan orang seperti ini?

Penulis harap, masih belum terlambat untuk DAP mengkaji semula penyertaan Ariff Sabri dalam parti tersebut.

*Rencana ini buat pertama kali terbit dalam Sabahkini.

Pengganti Hasan Ali ditentukan di Konvensyen Pakatan

Jamilah Kamarudin
PETALING JAYA: Pengganti Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor akan diketahui pada hujung minggu ini di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata pemimpin tertinggi yang diketuai Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan dirinya akan berjumpa dan mula berbincang mengenai perkara itu di Kedah.

“Keputusan muktamad siapa pengganti akan ditentukan dan diumumkan nanti oleh Presiden,” katanya ketika dihubungi FMT.

Katanya, nama itu nanti kemudiannya akan diserahkan Hadi kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum diserahkan kepada Sultan Selangor untuk diperkenankan.

Ditanya tentang calon pilihan, Mohamad berkata PAS tidak ada calon ‘favourite’ dan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor layak memegang jawatan itu jika dilihat kriteria sekaligus memberi peluang sama rata kepada tujuh Adun PAS lain.

“Tiada senarai pendek calon. Kesemuanya layak. Dulu lapan orang (Adun) sekarang tinggal tujuh, senang nak pilih,” katanya.

Mereka adalah Adun Hulu Kelang Saari Sungib, Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Selat Kelang Halimah Ali, Adun Lembah Jaya Khasim Abdul Aziz, Adun Bangi Shafie Abu Bakar, Adun Cempaka Iskandar Samad, selain Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Adun Meru Dr Abdul Rani Osman.

Namun Iskandar dan Halimah masing-masing sudah memegang portfolio Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor serta Exco Pendidikan.

“Sesiapa pun boleh pegang jawatan Exco, tak susah mana pun tugas itu,” katanya.

Sultan Selangor perkenan Hasan Ali digugurkan

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini perkenan untuk menggugurkan Hasan Ali daripada jawatan exco kerajaan negeri selepas mengadakan pertemuan dengan Khalid di Istana Kayangan di Shah Alam pagi ini.

Khalid berkata, baginda telah bersetuju menggugurkan Hasan Ali kerana dia tidak lagi mewakili PAS dalam kerajaan negeri manakala pelantikan Exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada Rabu depan.

Selain dipecat daripada Exco, hak keistimewaan Hasan Ali turut digugurkan.

Sementara itu, Hasan Ali dijangka akan mengadakan sidang media pada Isnin depan di kediamannya di Pinggiran TTDI, Kuala Lumpur bagi menjawab kekeliruan mengenai statusnya kini.

Pengerusi kariah Masjid Jelutong kena penampar

Pengerusi kariah kena tampar
GEORGETOWN: Pengerusi Kariah Masjid Jelutong, Mohamed Yusof Mohamed Noor kena penampar anak kariah sendiri gara-gara mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

Kejadian itu berlaku di Masjid Jelutong selepas solat Jumaat apabila anak kariah tidak puas hati dengan pendekatan yang digunakan Mohamed Yusof mentadbir masjid itu sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, anak kariah itu yang mempunyai masalah peribadi dengan pengerusi itu.

Bagaimanapun, keekcohan itu berjaya dileraikan oleh beberapa anak kariah lain yang segera campur tangan.

Aksi tampar dahi itu berlaku di ruang solat masjid berkenaan selepas Mohamed Yusof memberi kenyataan kepada wakil media mengenai dakwaan sekumpulan anak kariah bahawa beliau sengaja membuat pelantikan jawatankuasa kariah masjid untuk 2012 secara rahsia dan tidak mengumumkannya.

Terdahulu, kira-kira 20 anak kariah Masjid Jamek Jelutong mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat membantah pelantikan Mohamed Yusof sebagai pengerusi jawatankuasa kariah masjid itu.

Ia diketuai Pengerusi Persatuan Badan Bertindak Penduduk Jelutong Timur, Zarus Yusof, yang turut membidas dan mendakwa Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim campur tangan dalam urusan pemilihan jawatankuasa kariah masjid sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan anak kariah.

Mereka turut membawa beberapa sepanduk yang tertulis ‘Jangan jadi kuda tunggangan politik: peringatan kepada Jabatan Agama Islam', 'Kami anak kariah mendesak pelantikan AJK tahun 2012 ditarik balik dan dibatalkan' dan 'Siasat akaun masjid, kenapa takut?'

Zarus berkata, perpecahan berlaku disebabkan campur tangan politik ke atas pemilihan jawatankuasa kariah masjid itu mengakibatkan ramai anak kariah tidak puas hati dan mahu ia diadakan semula.

"Pengerusi sekarang gagal mentadbir masjid ini sejak tiga tahun lalu. Dia tidak pernah mengadakan mesyuarat agung dengan anak kariah dan tidak pernah membentangkan simpanan kira-kira masjid.

"Malah, timbalan pengerusi, setiausaha serta ahli jawatankuasa (AJK) wanita masjid sebelum ini disingkir tanpa sebarang alasan munasabah dan langsung tidak dimaklumkan kepada anak kariah," katanya.

Sementara itu, Mohamed Yusof berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat pemilihan jawatankuasa kariah masjid terbabit dalam tempoh terdekat dan menyifatkan bantahan itu berlaku akibat salah faham.

Beliau berkata, semua perkara berbangkit termasuk masalah dalaman akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan dan 11 agenda mengenai perancangan kariah masjid juga dibentangkan.
-sinarharian-

Askar AS laknatullah kencing mayat orang Islam Afghan (video)

Askar AS kencing mayat orang Islam
Saksikan video di sini
WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) sekali lagi melakukan perbuatan biadap dan menghina orang Islam di Afghanistan apabila video menunjukkan askar negara itu kencing di atas mayat penduduk negara itu mula tersebar di Internet.

Tindakan tidak bertamadun tentera laut AS itu terdedah selepas rakaman dimuat naik di laman web YouTube menunjukkan empat askar AS berpakaian celoreng kencing di atas mayat tiga lelaki yang didakwa anggota Taliban.

Semasa melakukan perbuatan memalukan itu, seorang daripada tentera dalam video itu dapat didengar mengeluarkan kata-kata "semoga bergembira, kawan" kepada mayat tersebut sementara seorang lagi askar membuat jenaka memualkan mengenai tindakan mereka.

Pendedahan itu memaksa jurucakap tentera laut AS, kelmarin, mengumumkan siasatan akan dijalankan mengenai kesahihan video itu.

Perbuatan askar AS itu dikecam kumpulan hak asasi Islam di AS.

"Askar yang bersalah mesti dihukum dengan hukuman paling berat angkatan tentera dan mengikut undang-undang," menurut Majlis Perhubungan Amerika-Islam.

Sebelum ini, askar AS pernah melakukan perbuatan serupa apabila gambar diterbitkan majalah Rolling Stone, Mac tahun lalu, menunjukkan anggota tentera mengambil gambar dengan seorang budak lelaki Afghanistan yang dibunuh mereka.
-sinarharian-

Hasan Ali semakin hampir menemui jalan mati

Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali terus menimbulkan tanda tanya di kalangan para penyokong PAS serta pemerhati politik tempatan.
Jika semalam bekas pesuruhjaya PAS Selangor tidak hadir dalam mesyuarat mingguan exco kerjaan negeri, hari ini beliau gagal muncul di majlis sidang media yang diatur di rumahnya.

Bekas naib presiden PAS itu dipecat dari parti Ahad lalu ekoran beberapa siri serangan terhadap PAS termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Hasan diberi masa selama 30 hari untuk merayu tetapi difahamkan beliau belum berbuat demikian.
Perkasa hulur tangan

Beliau kini berada dalam keadaan yang sukar kerana tidak ada parti politik yang benar-benar berminat dengannya.

Hanya Perkasa yang menghulurkan tangan tetapi Dr Hasan sekadar mengucapkan terima kasih.

Timbul spekulasi bekas pensyarah UIA Dr Aziz Bari akan diletakkan bertanding di Gombak Setia dalam pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman tidak menolak kemungkinan tersebut.
Bagaimanapun, beliau mengganggap ia hanya spekulasi.

“Saya pernah bertemu beliau tetapi tidak berbincang mengenai soal calon,” katanya.

Akhirnya Ibrahim Ali Mengaku Dirinya Bacul?

MaZaShah
Masihkah kita ingat tanggal 907? Dimana ribuan rakyat Malaysia 'bertekad' untuk turun ke jalan-jalan bagi menyatakan amarah mereka? Rakyat menuntut pilihanraya bersih dan adil. Ingatkah kita, pada hari tersebut juga PERKASA dan Presidennya bertekad untuk sama turun ke jalanraya. Tetapi agenda mereka berbeza. Kononnya mereka turun ingin mempertahankan keamaanan negara. Mungkin Ibrahim Ali tidak reti membezakan perhimpunan aman dan rusuhan.

Rakyat tidak gentar dengan ugutan, lagi tekan lagi LAWAN!


907(BERSIH 2.0)
BERSIH 2.0 

           Tetapi rakyat tidak lupa bagaimana Ibrahim Ali beriya-iya bertekad mahu menghalang perhimpunan bersih. Rakyat juga tidak lupa bagaimana Ibrahim Ali memberi 'amaran' dan melantik dirinya sendiri sebagai general perang pada hari tersebut. Ugutan yang berbau perkauman oleh Ibrahim Ali juga membuatkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk turun bersama-sama.

          Tetapi pada 907, dimanakah Ibrahim Ali? Tepuk dada tanya selera.

     901 (BEBAS ANWAR)
BEBAS ANWAR 901

          Masihkah kita ingat, pada 901 tempoh hari, hari hukuman kepada Dato Seri Anwar di Mahkamah Tinggi Jalan Duta. PERKASA dan Presidennya juga beriya-iya kononnya bersedia berhadapan dengan peserta 901. PERKASA dengan angkuh dan bongkaknya mengatakan misi keamanan mereka akan bermula selepas subuh dan mereka akan berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan hingga ke Mahkamah. Mereka juga sanggup untuk bertembung dengan penyokong 901.

          Adakah mereka fikir apa yang mereka lakukan ini benar-benar jihad untuk negara? Dari bermulanya 901 hingga tamatnya 'majlis' 901, wajah 'bengis' ahli-ahli PERKASA dan Presidennya yang vokal tidak kelihatan. Adakah Ibrahim Ali cuba memperbodohkan ahlinya untuk turun? Sedangkan terbukti dirinya bacol dan penakut untuk berhadapan secara realitinya. PERKASA SEDIA TEMPUR**


          Kesimpulan


          Apa yang dapat dilihat, sudah terbukti. Secara tersirat Ibrahim Ali mengaku dirinya bacul dan penakut. Ini sudah terbukti. Adakah ahli PERKASA ingin memperbodohkan dirinya lagi dan diperkudakan Presiden mereka yang secara luar dan dalamnya penakut? Inikah yang dikatakan pendekar Melayu? Inikah NGO pertahankan Melayu? Atau NGO bertopengkan 'FASIS' untuk mempertahankan Ketuanan Elitis dan Kapitalis Melayu di dalam negara.


          Wahai Ibrahim Ali, kekuatan NGO kamu tidak sesekali dapat menangini kekuatan solidariti rakyat Malaysia.

Misteri Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika Menciumnya

Blog Sebuah Kehidupan
Hajar Aswad yang terletak di dalam bingkai perak.

Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu 'Ruby' yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.

Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.

Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:

“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:

“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.

Asal Usul Hajar Aswad

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka'bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.

Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka'bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka'bah disunnahkan mencium Hajar Aswad.

Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya

1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya”
Hajar Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji

Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka'bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

2. "'Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.'' (Muttafaqun alaihi).

3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.

Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:

“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.

Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.
Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam
Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”

Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.

Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan"
(QS. An-Najm : 53)

Allaaahu Akbar, tiada tuhan lagi yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad Saw adalah utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.

Mulai saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad, mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya. Sesungguhnya ada rahsia disebaliknya.

Rashid, Husam dedah misteri dakwat kekal PRU12

Harakahdaily
KOTA BHARU, Jan 13: Misteri pembatalan penggunaan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum ke 12 telah terburai semalam di Wacana Perdana 9 bertajuk, “Pilihanraya Bebas dan Adil: Realiti atau Ilusi?” yang diadakan di sini malam tadi.
(Gambar: Wacana Perdana di KTC malam tadi)
Forum yang berlangsung hampir tiga jam itu dipengerusikan oleh pensyarah UKM, Datuk Dr Mohd Agus Yusuf dengan tiga panelis – Datuk Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS, Tan Sri Abdul Rashid, mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam hujahnya, Rashid berkata beliau dan SPR telah berusaha untuk memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada tahun 2007, sebelum ia dibatalkan oleh pihak-pihak tertentu menjelang PRU-12.

“Usahlah cakap pasal dakwat kekal, saya dulu pun dah nak buat kalau orang tak sekat… (tepukan gemuruh), undang-undang dah buat, tapi ada orang yang tidak bersetuju dia sekat.

“Jadi ini nak buat pula, baguslah, buat lah, memang itu patut dibuat… SPR tak tipu, kalau ada penipuan, itu orang lain tipu. Jangan salahkan SPR. Orang lain saya tak tahu. SPR ikut undang-undang 100 percent, jangan salahkan SPR. Kalau undang-undang itu bodoh macam lembu, bodoh macam lembulah,” kata Rashid dalam forum itu.

Pada masa ini, Husam mencelah, “Tan Sri, kalau parti-parti lain itu menipu, SPR duduk sana buat apa?”

Rashid pula membalas, “SPR tak ada kuasa.” Balasan Rashid itu membuatkan hadirin yang penuh sesak dalam dewan itu tidak kering gusi dengan gelak ketawa.

Menjawab Rashid, Nazri mengaku bahawa beliaulah antara orang yang mempertikaikan penggunaan dakwat kekal kerana berdasarkan perlembagaan negara, perkara yang melayakkan seseorang itu mengundi hanya dua – berumur 21 tahun dan berdaftar sebagai pengundi.

“Jadi, kalau ada seorang yang tak mahu dakwat kekal dicalit di jari dan mahu kertas undi, apa yang berlaku? Syaratnya cuma dua, berumur 21 tahun dan berdaftar. Disebabkan itu, dan waktu PRU dah dekat, SPR ambil pendekatan untuk batal penggunaan dakwat kekal,” terang Nazri mengenai sebab penggunaan dakwat kekal dibatalkan.

Mengenai persoalan mengapa dakwat kekal digunakan sekarang pula, Nazri berhujah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan baru sahaja memberikan lampu hijau untuk penggunaan dakwat kekal dan peguam negara bersetuju untuk tukar perlembagaan untuk membolehkannya.

“Sekarang Majlis Fatwa baru umum benarkan, maksudnya dulu tak pernah umum lah, kalau tak mengapa nak umum dua kali,” sindir Nazri.

Menjawab dakwaan Nazri mengenai halangan perlembagaan, Rashid secara sinis menjawab, “Saya tak setuju bantahan Peguam Negara pada 2007. Dalam perlembagaan pun tak kata mesti tunjuk kad pengenalan (IC) sebelum mengundi. Tapi kita suruh tunjuk IC, kalau tak dia tak boleh mengundi. Itupun dipatuhi. Kalau nak mengundi kena patuhi peraturan dan cara-cara mengundi.”

Dalam kontroversi Majlis Fatwa Kebangsaan, Husam mengingatkan Nazri bahawa fatwa sudahpun dikeluarkan pada 2007, dan semua ini boleh disemak melalui web e-fatwa di Internet.

“Tan Sri Rashid baru berbisik kepada saya, SPR ada menerima surat daripada Majlis Fatwa mengenai hal itu pada tahun 2007. Macam mana seorang menteri tak tahu mengenai hal ini? Wallahuaklam,” kata Husam.

Kemudian, exco kerajaan Kelantan turut mengingatkan Rashid mengenai alasan yang diberikannya kepada rakyat ketika pembatalan dakwat kekal bahawa terdapat laporan ada pihak yang cuba mensabotaj proses pilihan raya dengan menyeludup sejumlah besar dakwat kekal ke negara ini.

“Pada 5 Mac 2008, Tan Sri keluar di kaca TV memberikan 2 sebab mengapa dakwat kekal tak jadi guna. Dia memberi sebab keselamatan kerana ada orang ditangkap membawa dakwat ini termasuk di Kelantan.

"Ketua Polis Tan Sri Musa Hasan pula mengesahkan adanya dakwaan tersebut. Dan kemudian ditanya ahli parlimen Pakatan Rakyat selepas Mac 2008, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan tiada tangkapan tersebut dan tiada dakwaan dibuat. Bermakna, Tan Sri Rasyid telah dipaksa berbohong,” selar Husam.

Husam turut berkata keputusan menggunakan dakwat kekal kini adalah hasil perjuangan Bersih 2.0.

“Yang berikan hujah yang kata dakwat kekal boleh digunakan untuk PRU akan datang ini ialah Tan Sri Abdul Ghani Patail, yang dulunya memberikan nasihat yang sama tak boleh pakai. Peguam Negara yang sama yang dulu kata tak boleh pakai, tetapi kini boleh pakai, bermakna ada sesuatu yang lompang kepada sistem piliharaya ini.

"Yang lebih penting ialah, bila Tan Sri Ghani Patail kata boleh pakai sekarang, ini adalah hasil daripada Bersih. Kalau tak ada Bersih, tak adalah dakwat kekal kini,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Rashid berkata undang-undang pilihanraya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana SPR tidak diberikan kuasa sepenuhnya.

“SPR kena share kuasa, jadi demokrasi negara tak lengkap. Orang lain berkuasa, polis berkuasa, kementerian penerangan berkuasa... bukan Umno berkuasa (gelak hadirin), tapi mereka tak bebas,” kata beliau.

Keterangan Rashid dipersetujui Husam.

“Setuju kuasa SPR tak mencukupi, jadi pemulihan PSC (Jawatankuasa Terpilih Parlimen) tidak kena pada core (tunjang) nya (memberikan kuasa sepenuhnya kepada SPR untuk laksana undang-undang pilihanraya).”