"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Rosmah berbelanja RM325,000 di sebuah butik di Sydney - lapor akhbar Australia

Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
darling hotel sydney australiamenginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.
Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Oktober lalu, anak perempuan Najib, yang tidak dinamakan, telah dilaporkan oleh akhbar Western Australian telah berbelanja mewah di David Jones di Perth semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM).

Akhbar itu kemudiannya membuat pembetulan kepada laporan tersebut, dengan memetik sumber tanpa nama, selepas Najib berkata anak perempuannya tidak berada di Perth pada masa itu.
-malaysiakini-

Pakatan tawan Putrajaya jika satu lawan satu - Mohamad Sabu


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan menang dan membentuk kerajaan persekutuan baru jika parti itu meletak hanya seorang calon menentang BN dalam pilihan raya umum 13.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, andaian ini berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008.


Katanya, Pakatan Rakyat menawan lima negeri – Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan mengekalkan Kelantan.

Bagaimanapun, Perak kembali ke pangkuan BN ekoran tiga Adun Pakatan Rakyat melompat parti pada 2009.

“Jika satu lawan satu, Putrajaya boleh bertukar tangan,” katanya.

Tidak takut

Pemimpin popular PAS itu berkata, masyarakat bukan Islam sudah tidak takut dengan parti Islam itu.

Menurutnya, penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap PAS telah memecah pemikiran rakyat bahawa kerajaan BN boleh dikalahkan di peringkat Putrajaya.
Bila mereka mengundi PAS, lima negeri itu tumbang, tambahnya.

“Rakyat melihat Putrajaya bileh dikalahkan,” kata Mohamad.

Pilihan raya umum 2008 merupakan kejayaan paling besar pembangkang dalam sejarah pilihan raya negara.

Puak UMNO Mengganas Di Masjid Nurul Hidayah KG Pandan


20 Jan 2012 ~ Kecoh di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan. Sekumpulan jemaah yang baru selesai menunaikan solat jumaat di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan telah berkumpul secara aman untuk memberi taklimat tentang isu AUKU di luar perkarangan masjid telah digempur dengan tidak bermoral oleh sekumpulan yang tidak puas hati dengan sessi taklimat tersebut.
Oleh NaDzmie Alfandani (Album) · Dikemaskini 4 jam yang lalu · Diambil di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan
 

Tukang karut Umno sempitkan perjuangan Islam

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Ruang perjuangan dan perlaksanaan Islam tidaklah sesempit pemikiran Umno dan tukang karut terbarunya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Wadah untuk memperjuang dan memartabatkan Islam hampir tiada batas sempadan, tidak kira di masjid atau di padang bola.

"Cakap-cakap kecewa tukang karut Umno yang terbaru benar-benar memperlekehkan Islam apabila ia menggambarkan maruah umat Islam terpaksa bergantung dan menempel atas sesuatu jawatan," kata beliau.

Malah, tegas Mahfuz, Islam boleh dimartabatkan tanpa mengira apa jua bidang yang diamanahkan.

"Bagi yang tidak berfikiran sempit, Islam boleh diperjuang dan dimartabatkan tidak kira dalam hal ehwal belia, sukan, pendidikan, pengajian tinggi, pembangunan modal insan, perumahan, pengurusan bangunan, pengurusan setinggan malah apa sahaja bidang.

"Tetapi kalau otak dan pemikiran masih lagi dalam acuan pemikiran jumud Umno walaupun mendabik dada kononnya pejuang aqidah seolah-olah hancur musnahlah aqidah semua orang tanpa beliau, tentulah Islam dan perjuangan memartabatkannya dilihat dari pemikiran yang sempit dan jumud," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut Mahfuz, orang yang melihat Islam sebagai ajaran suci yang mencakupi semua ruang dan bidang, sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar tidak mengeluarkan cakap-cakap tidak menggunakan akal yang menyesatkan orang lain.

"Tetapi, dengan pemikiran sempit ajaran Umno, keluarlah cakap-cakap menyesatkan kononnya maruah dipijak kerana tidak dapat memegang portfolion hal ehwal Islam.

"Sedangkan orang yang memijak-mihak maruahnya sendiri ialah orang tidak puas-puas mendedahkan sisi-sisi buruk dan jelik dirinya sendiri," kata beliau.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, apa yang berlaku itu menjadi pengajaran kepada semua pihak agar ikhlas memperjuangkan Islam.

"Bila kita memperjuangakan Islam, berusahalah untuk mengikhlaskan diri, tidak gila talak kerana tidak dapat jawatan lalu menjadi pengacau kerana sakit hati tidak mendapat jawatan yang diidam-idamkan seperti jawatan menteri besar dan sebagainya.

"Bagi melindungi sebab sebenar membuat kacau, pengacau sentiasa berubah-ubah alasannya membuat perangai, mula-mula dia mendakwa puncanya perkara ini, kemudian perkara itu dan selepas itu perkara yang lain pula.

"Hampir setiap hari bertukar-tukar sebab dan punca beliau menggelupur," katanya.

Mahfuz juga merasa geli hati melihat Umno berpesta di dalam media-medianya seperti orang mabuk seolah-olah mendapat "tangkapan yang lumayan".

"Kalau Umno ingat ia sudah mendapat tangkapan yang lumayan sebasgai modal kempennya, ia tentu amat menggelikan hati kerana apa yang dapat dicekup oleh Umno itu sudah ditolak oleh akar umbi sehingga tidak mendapat pencalonan dari akar umbi untuk terus menjadi wakil mereka," katanya.

Bagaimanapun, Mahfuz yakin Umno akan tetap "terkinja-kinja keseronokan dengan apa yang dicekupnya itu" walaupun menjadi bahan ketawa orang ramai.

Politik Roti

Khalid Samad
http://1.bp.blogspot.com/_Cm8hEGlcx-k/S4soq9-UccI/AAAAAAAABq8/K0_DF1QwPrE/s400/roti+gardenia.jpg
Beberapa hari lepas sempat juga saya membaca, mengenai kisah persaingan di antara roti Gardenia dan Mossimo. Roti pun menjadi bahan politicking di Malaysia ini!


Katanya Gardenia adalah pro UMNO dan Mossimo pula ‘pro Cina’. Maka pembeli Cina khususnya disaran untuk memulau Gardenia. Tidak saya sangka pula selama ini Raja Gula, Robert Kouk pemilik Roti Mossimo tidak pro-UMNO. Kalau dia tidak pro-UMNO, bagaimana dia dapat monopoli AP gula? Mungkin dia gula-gulakan UMNO sahajakah?

Mungkin itulah sebabnya mengapa soal pro-PR tidak ditimbulkan. Kerana Raja gula pun pro UMNO juga. Maka kempennya diubah kepada soal perkauman. “UMNO kata Cina tak penting, mari kita tunjuk kuasa ekonomi Cina dan boycott roti Melayu UMNO iaitu Gardenia. Kita tak pro-PR tapi kita pro-Cina”, seolah-olah itulah apa yang dikatakan mereka.

Saya secara peribadi tidak boleh terima seruan yang berbau perkauman yang sebegini. Saya harap semua rakyat Malaysia terutamanya kawan kita yang berbangsa Tiong Hua pun menolaknya. Semangat perkauman tiada tempat dalam masyarakat negara ini. Lebih-lebih lagi di kalangan orang Islam kerana Nabi tidak mengaku ummat. Begitu juga harapnya kesedaran yang wujud di kalangan masyarakat bukan Islam.

Dalam kita berusaha untuk membina budaya politik baru, kita kena berhati-hati dengan golongan yang menggunakan sentimen yang sebegini. Ianya merosakkan suasan harmonis di kalangan rakyat. Semangat perkauman mampu mengaburkan mata sehingga kebaikan pihak lain langsung tidak kelihatan.

Sekiranya roti Mossimo itu sedap, murah dan berkhasiat, saya pasti ianya mampu menembusi pasaran roti Gardenia tanpa bantuan semangat perkauman yang terkutuk ini. Adakah kualitinya begitu buruk sehingga terpaksa menggunakan kaedah perosak yang seperti ini? Saya pasti tidak. Sudah pasti raja gula mampu mengula-gulakan pembeli tanpa menggunakan racun yang pahit seperti ini.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Baiah Calon PAS: Dr Hassan Ali patut kosongkan kerusi Dun Gombak Setia

http://malaysiaaktif.my/v2/media/k2/items/cache/95a78f3015bd19286b33c65657114fc4_XL.jpg

PAS Kawasan Batu menyifatkan pemecatan PAS Pusat terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr Hassan Ali tepat dan wajar, ekoran tindak-tanduknya yang sarat dengan kontroversi sejak Pakatan Rakyat menang 2008 yang lalu.


Yang DiPertuanya, Ishak Surin berharap, pemecatan beliau akan memberi iktibar kepada mana-mana pemimpin dan ahli PAS semua peringkat, agar berwaspada dalam mengeluarkan kenyataan dan sentiasa mendahulukan jamaah daripada sebarang kepentingan diri sendiri atau puak.

Katanya, teguran Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali bahawa tindak-tanduk Hassan merugikan PAS akhirnya diperakui dengan tindakan pecat, walaupun sebelum itu ada pihak dalaman parti yang berbelah bahagi untuk mengkelaskan tindakan Hassan itu sebagai "merugikan parti".

PAS Batu katanya, mahu Hassan menterjemahkan kandungan "Baiah Calon PAS" sewaktu dilafazkan menjadi calon Dun Gombak Setia secara praktikal bagi menyelamatkan maruahnya. Jika perlu, Hassan mesti meletakkan jawatan sebagai Adun Gombak Setia, kerana kedudukannya sebagai Adun adalah atas tiket PAS maka setelah beliau dipecat, jawatan itu mesti dikosongkan.

Ishak menegaskan, banyak pihak dalam PAS "terlupa" dengan kandungan "Baiah Calon PAS" yang dilafazkan setiap calon Parlimen dan Dun, apabila berdepan dengan kes seperti pemecatan Hassan Ali, kerana beliau berpendapat dan yakin, kerusi Dun mesti dikosongkan apabila beliau dipecat.

"Terpulanglah kepada PAS Pusat atau Majlis Syura PAS untuk mentafsir bait-bait tertentu 'Baiah Calon PAS' tersebut berkenaan kedudukan Hassan Ali selepas dipecat," tegasnya.

MB Selangor jangan tibai duit rakyat atas portfolio hal ehwal Islam

Penarik Beca

Tadi, masa minum di Restoran Thaqwa, seorang kawan beritau ada orang PAS yang berjaya dihasut oleh berita TV3 kononnya PAS dah hilang  portfolio hal ehwal Islam  kepada PKR. Saya tak tengok siaran berita mana-mana TV syaitan. Jadi saya tak tahu apa yang syaitan-syaitan cakap.

Ada kawan yang kata, nak buat apa portfolio agama di Selangor? Membazir masa dan membazir duit rakyat nak bayar gaji exco agama, katanya.

Hujjah dia, kalau dah semua urusan agama sultan nak monopoli, silap sikit sultan bagaikan menjerit-jerit mengaku hal ehwal agama di bawah bidang kuasa dia dan orang lain jangan kacau, nak buat apa diwujudkan portfolio hal ehwal Islam di Selangor? Buang masa, buang duit rakyat, katanya berkali-kali.

Seorang lagi kawan berhujjah, kalau semua urusan yang konon-kononnya urusan agama dihambat supaya berambus di bawah kuasa sultan, kerajaan negeri Selangor tak payah jawab dan tak payah bertanggungjawab kalau gerombolan yang berada di dalam jabatan agama ka, majlis agama ka, buat kelaku. Kerajaan negeri cukup takat bayar gaji dan tak payah ambik tau dan berlepas diri dari sebarang tanggungjawab terhadap gerombolan itu. Kalau tak bayar gaji, siapa pulak nak bayar. Tak makan la pulak gerombolan tu.

Ni dah la gerombolan yang kononnya jabatan agama atau majlis agama tu tak boleh diusik oleh pemimpin kerajaan negeri Selangor kerana di bawah kuasa sultan, bila depa buat hal, kerajaan negeri Selangor pulak yang kena jawab.

Saya sokong pendapat kawan-kawan saya itu, kerajaan Selangor sepatutnya lebih bertanggungjawab kepada Allah s.w.t. dan kepada rakyat dan mansuhkan sahaja portfolio yang kononnya hal ehwal Islam dan portfolio adat resam Melayu. Hambat semua gerombolan dan urusan yang yang kononnya urusan agama dan adat Melayu supaya berambus di bawah kuasa sultan. Ambik dah nak sangat dan kerajaan negeri tak payah bertanggungjawab dengan benda-benda yang konon-kononnya hal ehwal Islam tu. Konon-kononnya!


Tolonglah jangan bazirkan duit rakyat untuk membayar gaji orang yang memegang portfolio tak berguna tu. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengambil portfolio tak berguna tu, tolong jangan tambah elaun Tan Sri atas portfolio tak berguna tu.

Bertanggungjawablah kepada Allah dan rakyat!! (Imej di sebelah menunjukkan di Kelantan pun sama)

Kalau Macam Ni.. Hassan Ali Bakal Calon UMNO BN

addin_77

Hassan Ali makin hari makin galak mengkritik PAS. Jikalau dulu, kalau nak kritik PAS dan Pakatan Rakyat masih menggunakan bahasa berlapis tetapi sekarang  Hassan Ali sudah terang-terangan menyerang PAS. Mungkin ini yang di impikan oleh Hassan Ali selama ini. Dendam kesumat selepas di singkirkan dari PAS masih membara di hati Hassan Ali.

Mungkin Hassan Ali tak perasan parasit yang dicanang-canang oleh beliau adalah dirinya sendiri. Selepas perlantikan Exco baru bagi menggantikannya Hassan Ali berkokok lagi.

Pelbagai tohmahan dilemparkan oleh Hassan Ali terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Hassan Ali telah menyifatkan maruah PAS sebagi sebuah parti Islam telah dipijak dan parti itu kini hanya menjadi 'pak turut' kepada komponen Pakatan Rakyat di Selangor.
Hassan Ali secara biadap mempersoalkan MB Selangor, Khalid Ibrahim kerana mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang sebelum ini disandangnya. Mungkin beliau berpendapat hanya beliau yang layak memegang jawatan tersebut.

Kelantangan Hassan Ali kebelakangan ini mungkin berkait rapat dengan PRU 13 yang bakal diadakan pada Mac ini. Supaya dilihat sebagi hero baru buat UMNO BN... mungkin jugak statement membelasah Hassan Ali selama ini adalah bertujuan melobi tempat sebagai calon Umno BN?

Selepas Fathul Bari, Ridhuan Tee Pula Buat Lawak Bodoh

IsaLinggi
http://1.bp.blogspot.com/_RdHYsIIQKTA/TSA14vfwtgI/AAAAAAAAA-4/Qs4MoPg8PV0/s1600/Ridhuan+Tee+001.JPG





Semalam aku terpandang Sinar Harian bertarikh 16 Januari 2012 terletak diatas meja restoran yang aku masuk untuk menjamah hidangan tengahari. Menantikan giliran untuk memasuki ruang makanan yang dipenuhi oleh pelanggan-pelanggan tetap di restoran itu (mungkin) kerana aku hanya sekali sekala sahaja singgah disitu jika aku ke Bangi, aku mencapai akhbar tersebut walaupun dah 2 hari berlalu tarikh akbar tersebut. Setelah menyelak helaian demi helaian, aku terpandang di muka surat 35 ruangan “Bicara Minda” oleh Ridhuan Tee Abdullah dengan tajuk “Kesali kejahatan, jangan takbur”.

Membaca diperenggan pertama membuatkan hati aku berdetik, sorang lagi buat lawak bodoh. Disebabkan sudah tiba masa untuk aku mengambil makanan dan aku harus segera menghadiri mesyuarat di Putrajaya, maka aku pun bertanya kepad pemilik restoran itu sama ada boleh jika aku membeli akhbar ini dari beliau dan tokey restoran itu dengan senang hati menderma kepada aku akhbar tersebut sebab dah dua hari katanya.

Selepas makan malam, aku pun membuka rencana Ridhuan Tee ini untuk aku memperhalusi kerana bagi aku Ridhuan Tee ini terkenal dengan ceramah agama dalam RTM dan juga ungkapan ULTRA KIASU.

Perenggan Pertama:

Nampaknya semua begitu ghairah mahu menjadi Perdana Menteri (PM) dalam perjalanan menuju Putrajaya, selepas Piliharaya Umum ke 13 (PRU13) nanti. Barisan Nsional sudah pasti berhempas pulas mempertahankannya. Manakala, parti pembangkang, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ultra kiasu, kelihatan begitu ghairah. Ingatan saya, jangan melebihi kuasa TUHAN. Berjaya atau tidak, itu bukan kuasa kita. Serahkan kepada YANG MAHA ESA.

Lawak Bodoh Ridhuan Tee:

Hanya Najib yang GHAIRAH untuk terus menjadi PM sehinggakan sanggup berjuang sehingga ketitisan darah terakhir dalam mempertahankan Putrajaya melalui ungkapannya semasa perhimpunan belia di Putrajaya tempohari. Bagi PKR, PAS dan DAP, sudah semestinya sebagai pembangkang ghairah untuk menghadapi pilihanraya walaupun tidak pernah adil sepanjang 12 tahun dijalankan. Seperti biasa, macam mana pula mamat ni masuk perkataan Ultra Kiasu dalam penulisan beliau.

Sebab tak faham maksud ultra kiasu, aku cuba google dan apa yang aku dapati ialah kiasu berasal dari perkataan Hokkien yang bermaksud takut akan kekalahan dan ada juga NGO melayu yang mentaksirkan sebagai takut akan kehilangan. Jadi apabila digunakan perkataan Ultra Kiasu, maka ianya bermaksud terlalu takutkan kekalahan atau terlalu takutkan kehilangan. Dipihak pembangkang, parti manakah yang ultra kiasu. Aku tak Nampak pun samaadad PAS, PKR atau DAP takutkan kekalahan atau kehilangan kerana selama ini pun mereka sering kalah dan kehilangan. Yang terlalu takut akan kekalahan dan kehilangan adalah BN terutama UMNO kerana selama ini mereka berada di zon selesa dan kini tembelang mereka pecah sedikit demi sedikit.

Bila mamat ni cakap, jangan melebihi kuasa TUHAN, tolong cakapkan kepada pemimpin BN kerana selama ini puak-puak ini yang selalu menghalalkan cara untuk mencapai matlamat walaupun melanggar hukum ALLAH bagi mengekalkan kuasa.

Perenggan Kedua:

Pas awal-awal lagi menasihatkan rakan-rakan sekutunya, supaya memberikan tumpuan untuk “menumbangkan” Umno-Barisan Nasional(BN) dan bukan memikirkan siapa calon PM, sekiranya pemimpin nombor satu PKR itu dihukum penjara atau tidak. Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menegaskan perhimpuna aman 901 bukan semata-mata kerana mahu membela Anwar Ibrahim tetapi sebagai ‘mesej penting’ kepada Putrajaya. Jelas sekali, Pas pun agak tidak selesa dengan PKR dan ultra kiasu yang bernafsu besar. Pada mereka, pemimpin mereka semua layak, yang tidak layak hanya Pas. Ultra kiasu tidak suka orang berserban, berjubah dan berjuang untuk Islam.

Lawak Bodoh Ridhuan Tee Perenggan Kedua;

Memang PAS menasihatkan rakan-rakan sekutunya memberi tumpuan untuk menumbangkan BN dan tdak memikirkan siapa calon PM sekiranya Anwar dipenjara kerana itu adalah persetujuan bersama anggota PR dan mereka sudah memilih calon yang sesuai untuk mengantikan Anwar jika beliau dipenjara dan akan diumunkan pada tarikh 901 jika Anwar didapati bersalah. Bila Anwar didapti tak bersalah, buat apa nak bising-bising sebab PR dah setuju untuk melantik Anwar sebagai PM jika PR berjaya dalam PRU 13 nanti.

Mamat ni boleh dianggap tahap wali sebab boleh baca apa yang tersirat dalam kepala Nasrudin Hassan bila menegaskan perhimpunan aman 901 bukan semata-mata kerana mahu membela Anwar Ibrahim tetapi menyampaikan mesej penting kepada Putrajaya. Budak darjah 6 pun boleh faham Bahasa Malaysia jika ayat tu digunakan sebab puak-puak UMNO-BN sering melaungkan dalam media bahawa perhimpunan 901 adalah agenda peribadi Anwar tetapi hakikatnya perhimpunan 901 merupakan perhimpunan bagi memberi sokongan moral kepada Anwar dan mesej penting kepada Putrajaya supaya jangan menyalahgunakan Sistem Kehakiman Negara. Taka da pun Nasrudin kata dia tak selesa dengan PKR atau DAP. Hanya media pencacai sahaja yang beranggapan begitu dibantu dengan insan bertaraf wali bernama Ridhuan Tee. Disini, baru saya paham bahawa dia melebel DAP sebagai Ultra Kiasu. Pernahkan mana-mana pemimpin PKR atau DAP berkata bahawa hanya pemimpin mereka yang layak manakala pemimpin PAS tidak layak. Bukankah di Kedah, negeri dikuasai PR diketuai oleh Ustaz Azizan dan Kelantan dikuasai oleh TG Nik Aziz. Pernahkan PKR atau DAP mengamuk bila DS Nizar dilantik menjadi MB Perak sebelum digulingkan secara celaka oleh gerombolan BN. Gerombolan yang mengulingkan kerajaan secara celaka inilah yang yang patut digelar ultra kiasu.

Sebagai penceramah agama, saya minta mamat ni tolong berikan bukti bahawa pihak DAP tidak suka orang berserban, berjubah dan berjuang untuk islam. Kalau tidak ada bukti maka ini adalah fitnah dan sebagai orang yang kononnya memahami agama, apakah hukumnya?

Perenggan Ketiga:

Sebab itulah kenyataan Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa langsung tidak disokong apabila mereka mengatakan Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz adalah calon paling layak menjadi PM jika pemimpim PKR itu tidak dibebaskan. PKR dan ultra kiasu terdiam, cepat-cepat menasihatkan supaya tidak dibincangkan perkara tersebut. Nampak atau tidak, strategi mereka mengetepikan Pas. Bacaan saya, jika ditakdirkan pemimpin nombor satu PKR itu masuk penjara, alternative lain masih bukan Pas, tetapi pemimpin nombor dua PKR dan mungkin juga uktra kiasu sendiri.

Lawak Bodoh Ridhuan Tee Perenggan Ketiga;

Apabila Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa menyatakan TG Haji Abdul Hadi Awang atau TG Nik Aziz adalah calon yang paling layak menjadi PM, semua penyokong PR tahu ada maksud tersembunyi dari ungkapan tersebut. Semua orang tahu bahawa Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa sedang menongkah arus dalam parti. Ungkapan tersebut dibuat bagi menjatuhkan kredibiliti Anwar Ibrahim. Hassan Ali pun tahap wali macam Ridhuan Tee, boleh tahu Anwar itu bersalah meliwat dan main dengan bini orang. Bila Anwar didapati tak bersalah, dikonarnya pula kononnya Anwar penyokong gay. Orang macam Hassan Ali ni mana boleh disokong. Kalau nak tahu sokongan penyokong PR kepada TG Haji Hadi atau TG Nik Aziz, sila lihat sambutan terhadap program mereka. Lagi pun dalam PR, masih banyak lagi yang berkualiti untuk menjadi pemimpin tak macam puak BN, orang yang terbukti main kat hotel, rasuah dipilih menjadi ketua.

Taraf Ridhuan Tee adalah wali tahap gaban bila boleh membaca kononnya Azmin atau pemimpin DAP akan jadi PM kalau Anwar di penjara. Boleh tak tolong bagi tahu bila tarikh PRU 13 nak berlangsung?

Peranggan Empat, Lima, Enam, Tujuh Hingga Ke Sebelas, Baca Sendiri.

Lawak Bodoh Ridhuan Tee Perenggan Keempat, Lima hingga ke Sebelas.

Amat dangkal mamat sekor ni bila menyatakan DAP tidak menghormati PAS dan dari seniorti, PAS patut menerajui PR dan banyak berjasa. Mana buktinya DAP tidak menghoramti PAS. PAS memperjuangkan Islam dan DAP adalah parti sosalis. Tetapi pada hari ini, banyak kaum cina yang menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS kerana memahami dasar perjuangan PAS. Terdapat juga orang melayu; contohnya anak bekas menteri cabinet BN; Khir Johari menyertai DAP kerana memahami dasar perjuangan DAP. Dalam masa yang sama banyak bekas kakitangan kerajaan menyertai PR dan meninggalkan UMNO-BN kerana menyedari sikap pura-pura UMNO dibantu oleh ornag-orang macam Ridhuan Tee dan Fathul Bari dalam menyesatkan pemahaman orang melayu melalui topeng islam. Jika PAS bersatu dengan UMNO, adakah MCA akan menerima hukum islam yang disarankan oleh PAS. Adakah TG Hj. Hadi atau TG Nik Aziz akan dilantik menjadi PM mengantikan Najib jika PAS menyertai UMNO. Yang membenci PAS adalah UMNO dan Barisan Nasional.

Apabila Cikgu Mala memakai sarung tangan bila bersalam dengan lelaki kaum cina, maka King Porno BN Dr. Sex Chua So Like, heboh menghina cikgu Mala, dimana Ridhuan Tee ketika itu. Kenapa tidak memperjuangkan akidah dan pendirian Cikgu Mala dalam Islam. Bila muslimat PAS, menyanyi, mamat ni terkejut beruk dan akhirnya menjadi beruk sebab sekian lama melihat muda mudi UMNO-BN berkelakuan teruk, tidak pula mamat ini bertukar menjadi beruk kerana mamat ini pun sepsis yang sama dengan puak UMNO-BN .

Mamat ni menjangkakan, semakin liberal PAS, semakin kuat sokongannya dan semakin cenderungnya UMNO kepada Islam, semakin dapat memgekalkan Putrajaya. Jika jangkaan mamat ini benar, UMNO tidak ada pilihan lain kecuali kembali kepada Islam.

Mamat ni pun tahu bahawa parti sokongan beliau merupakan parti berfahaman sekular. Apa mamat ni ingat UMNO dengan senang akan kembali ke jalan Islam. PAS liberal kerana itu salah satu cara untuk memberi dakwah kepada orang-orang bukan Islam supaya memahami Islam. UMNO bukan sahaja menolak PAS tetapi juga hukum-hukum Islam sehinggakan sanggup menggunakan wang zakat bagi menentang hukum Allah. Inilah pemimpin yang mamat sekor ni suka.

Mamat ni mungkin mendapat wahyu bila mengingatkan pimpinan PAS supaya tidak bermimpi untuk menjadi PM atau TPM jika PR memerintah.

Mamat yang selalu bercakap pasal hukum hakam agama Islam dalam TV dan akhbar tempatan akhirnya menunjukkan sifat sebenar dirinya.

Dalam perenggan sembilan, mamat ni secara terus terang berkata bahawa Anwar dibebaskan bukan kerana tidak bersalah tetapi bukti-bukti untuk membuktikan beliau bersalah tidak mencukupi. Disinilah mula tumbuhnya tanduk dikepala mamat sekor ni. Apakah mahkamah tinggi lebih tinggi darjatnya daripada mahkamah syariah. Anwar pernah meminta agar kesnya dibawa ke Mahkamah syariah tetapi ditolak. Dimana mamat ni bila JAIWP menolak permohonan qasaf Anwar. Mamat ini berlakon alim dengan ungkapan USTAZ tetapi bila menghadapi isu agama yang tidak memberi kelebihan kepada pihak pemerintah, didiamkan aje.

Last sekali saya ingin ingatkan kepada mamat ni, andalah ultra kaisu yang sebenarnya. Anda sendiri sedar bahawa KEBANYAKKAN pemimpin parti sokongan anda adalah orang yang rendah akhlaknya. Anda juga bongkak dengan ilmu pengetahuan anda sehingga anda tidak sedar bahawa ada insan yang lebih tinggi ilmunya daripada anda. TG Nik Aziz, TG Hj. Hadi, Ustaz Haron Din, Ustaz Ismail Kamus mungkin lebih tinggi ilmunya dari kamu tetapi bongkaknya kamu bila kamu menafikan keilmuan mereka hanya kerana mereka berada diluar parti sokongan kamu. Anda nampak kuman diseberang laut tetapi kuman didepan mata anda tidak nampak. Anda diberi kelebihan untuk menulis dalam akhbar harian dan berdakwah didalam TV tetapi hanya untuk menghalalkan cara BN memerintah.

Saya sebagai umat Islam bersyukur kerana Anwar Ibrahimlah maka saya mendekati dan menyertai parti PAS. Kerana Anwar Ibrahimlah, saya lebih mendalami agama islam walaupun saya lahir sebagai orang melayu dan beragama Islam. Kerana Anwar Ibrahimlah, arwah ayah dan ibu saya meninggal dalam perjuangan Islam. Pada hal sebelum ini “SAYA serta SELURUH KELUARGA saya adalah penyokong tegar UMNO”.

Pesanan terakhir dari saya kepada mamat ni, diakhbar yang sama, dimuka surat yang berlainan, anda akan dapat melihat kes jenayah, zina dan penipuan serta pengainayaan terpampang. Bahkan setiap hari berita-berita begitu dipaparkan. Apakah lebih baik bagi anda untuk memikirkan permasaalahan ini berbanding isu politik. DAN RAMAI LAGI MUALLAF yang tinggi ilmunya diluar sana. Anda pun join Fathul Bari buat lawak bodoh disini.

Pendedahan Khalid Memalukan Ahsan

Mohd Sayuti Omar

Dalam sidang akhbar mengumumkan perlantikan Exco baru kerajaan Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai mengganti Hasan Ali @ Ahsan Akidah serta rombakan kecil portfolio, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan sesuatu yang tidak disangka oleh orang ramai iaitu mengenai surat Hasan Ali kepadanya. Oh rupa-rupanya ada protes senyap oleh Ahsan terhadap tindakan segera Khalid itu.


Menurut Khalid, Hasan ada menghantarkan surat kepadanya mempertikaikan tindakannya untuk melantik penggantinya yang dipersoalkan terlalu awal. Menurut Khalid dalam surat itu Hasan memberi tahunya dia masih lagi ada peluang dan ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Ulamak. Ertinya Ahsan masih merasakan dia masih ahli Pas padahal secara tektikalnya dia sudah pun bukan ahli Pas lagi.

Tektikal inilah yang Ahsan tidak faham dan sekaligus menunjukkan dia jahil politik. Kalau dia arif dan mengerti tindakan politik, bila parti mengambil tindakan drastik itu bermakna adalah masalah parti disebaliknya. Saya sudah mentafsirkan tindakan drasktik dengan memberi edah selama sebulan itu satu startegi untuk membuang Ahsan.

Itulah kerana terlalu bijak dan pandai cakap hal-hal seni kejahatan seperti urusan pemecatan beliau itu tidak sempat diketahui. Malangnya lagi nasihat orang tidak mahu dengar dan ego dengan kecerdikan sendiri yang tidak banyak membawa untung.

Pendedahan Khalid tentang surat Hasan yang membawa maksud supaya tidak menyegerakan melantik penggantinya sesuatu yang memalukan. Dengan pendedahan itu menunjukkan Hasan yang sebelum ini cakap sedap, keras dan berbunyi tegas jadi sebaliknya. Orang boleh membuat ulasan yang surat itu seolah-olah Ashan menyesal atas apa yang berlaku.

Surat yang didedahkan oleh Khalid itu juga membolehkan orang mentafsir yang Hasan berharap jawatan itu akan terus dipegangnya. Orang mentafsir yang dia hendak merayu dan mengharap rayuan diluluskan. Mungkin Ahsan sudah berbincang dengan mana-mana ahli Majlis Syura Ulamak akan mempertahankan dirinya dan berharap jawatan Exco itu akan kekal kepadanya.

Langkah diambil Khalid itu tidak salah dan tidak perlu dipersoalkan Ahsan. Sebagai seorang yang patuh kepada peraturan dan profesional dalam administratif jujur dalam pentadbiran Khalid bertindak mengikut maklumat dengan menggunakan kuasa yang ada kepadanya.

Katanya dia menerima surat pemakluman dari ibu pejabat Pas mengenai Ahsan Akidah dipecat bertarikh 10 Januari. Menurutnya dalam surat itu tidak pun dijelaskan soal rayuan. Khalid hanya berpandu kepada isi surat berkenaan dan tentulah dia menerima pemakluman itu sebagai muktamad.

Sebagai ketua eksekutif Khalid perlu mengambil tindakan dan menyegerakan mengisi kekosongan itu. Dia perlu berbuat begitu seberapa cepat yang boleh kerana ia ada sangkut paut dengan kepentingan rakyat. Khalid dalam soal ini meletakkan soal rakyat lebih utama daripada memikirkan atau simpati kepada Ahsan.

Ahsan sebenarnya tersalah langkah. Dia sepatutnya memaklumkan surat itu kepada istana Selangor dan bukan pejabat MB Selangor. Di sini kebijaksanaan Ahsan boleh dipertikaikan. Inilah yang dikatakan Ahsan mendapat nasihat yang tidak pandai dan lebih kepada 'kaki pong' sahaja, alhasilnya dia terlepas segala-galannya.

Dengan protes kecil itu saya beranggap Ahsan sayang untuk melepaskan jawatan itu walaupun sebelum ini dia berkata, dia akan terus berjuang samada jadi Exco atau tidak. Kalau dia tidak sayang dan terkedu dengan pemecatannya itu untuk apa dia hantar surat mempersoalkan tindakan Khalid. Kalau kita redha dan merasa kuat dan mendapat sokongan ramai, peduli sama ada Khalid hendak segera atau tidak hendak mencari pengganti.

Tetapi jadi sebaliknya. Ahsan mempersoalkan dan persoalan itu menyebabkan Ahsan kini dilihat sudah terjempit. Untuk pengetahuan Ahsan apa-apa isu atau perkembangan dalam politik ia berjalan dan bergerak begitu cepat dan pantas. Ia laksanakan kereta api laju yang akan meluncur tanpa mempedulikan kepada mana-mana penumpang yang lambat atau merasa dia akan ditunggu oleh keretapi itu.

Ahsan adalah penumpang yang hendak menaiki atau mempermainkan dengan kereta api laju. Walhasilnya jadilah Ahsan seperti hari ini penumpang malang yang mahu naik koc kelas pertama tetapi natijahnya dia ditinggal keretapi.

Nasihat akhir saya untuk Hasan lebih baik beliau redha di atas apa yang berlaku seperti mana yang diucap-ucapkan sebelum ini. Dia pernah berkata kepada saya yang berbunyi begini; "hari ini kalau di Selangor ada pemimpin muda yang lebih berkelayakan, saya akan redha melepaskan jawatan saya kepada pemimpin sebegitu..." Nah pemimpin muda itu kini sudah pun ada dia ialah Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Rani Osman maka Ahsan hendaklah mengotakan kata-katanya itu.

Sedap telinga saya ketika mendengar pengucapan Ahsan tempoh hari, bangga dengan semangat dan pendiriannya. Sifat begitulah yang dimahui, tetapi apabila sebaik terlepas keretapi laju, Ahsan merembas beg dan bergelepar dan meraung-raung menyebabkan penghormatan saya kepada beliau terus hilang.

Kepada salah seorang penasihatnya, saya sudah cakap Ahsan akan menjadi tumpuan dan kata-kata berbisa kerana kedudukannya sebagai ahli Pas dan seorang Exco. Selepas ini sesudah dia tidak jadi Exco tidak ada siapa akan menghairaukan dia lagi. Justeru mintalah Ahsan berhenti dan pertelagahan beliau dengan Mustapa Ali sudah dimenanginya.

Kalau Ahsan diam dan tidak terus mempersoalkan Pas dia akan tetap kekal sebagai Exco dan dia juga saya yakin akan diberikan tempat untuk bertanding dalam pilihan raya. Percayalah, tekan saya bergaduh dengan jemaah tidak akan menang betapa hebat, gah, bijak mana sekalipun kita.

Saya sudah memberi kata-kata nasihat itu. Apakah ia sampai ke telinga Ahsan atau tidak walahualam, tetapi orang yang mengambil nasihat itu adalah orang yang berada dengannya sepanjang hari dan akan berhubung tidak kurang 10 kali sehari.

Akhirrul kalam, nasib Ahsan hari ini tak ubah seperti ais di dalam gelas yang mengandungi air panas, dia akan mengecil kemudian akan tenggelam didalam gelas larut bersama air kemudian menjadi sejuk. Ibarat bekas air dikedai kopi selepas pelanggan bangun pergi tuan kedai akan mengambil gelas itu dan mencurahkan air bekasan itu ke dalam longkang.

Nampaknya Ahsan kini sudah pun hampir dengan longkang

Datuk Ngah Gadot: Ulamak atau ular dalam semak?

umnopenyangak

Assalamualaikum,,..


Utusan online melapurkan Datuk Ngah Gadot, penasihat agama Islam negeri Johor sebagai berkata umat Islam yang menyokong LGBT sebagai murtad. Berita penuh boleh dibaca  di sini.

Antara yang menarik ialah kata kata Ngah Gadot ‘‘Sesiapa juga yang menghalalkan hukum ini sama ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma’ ulama perlu bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Siapalah agaknya di kalangan orang Islam yang menghalalkan LGBT ini melalui alquran dan hadis juga ijma'ulamak? Orang gila atau orang mabuk agaknya.

Secara umumnya hanya MARINA MAHATHIR dan gengnya yang menyokong tetapi bukan dengan alquran dan hadis atau ijma' ulamak, cuma dengan justifikasi akalnya yang jauh dari ajaran Islam. Atau barangkali Ngah Gadot yang mabuk?

Isu penting di dalam kes LGBT tidak dihuraikan secara adil dan terperinci oleh seorang yang menerima gaji sebagai penasihat agama Islam. Di sini diperturunkan dua isu yang perlu dikupas seiring dengan isu LGBT itu.

Pertamanya, hukum Islam melarang LGBT, tepat sekali dan tidak perlu dibahaskan tentang itu. Ianya sudah menjadi perkara yang qatie yang mesti dipatuhi oleh semua umat Islam (walaupun Marina Mahathir dan geng yang mengaku Islam tetapi tetap menolak hukum). Tetapi bukan LGBT sahaja merupakan hukum yang qatie, masih ada hukum yang lebih besar yang juga qatie yang juga perlu patuhi oleh umat Islam ia itu hukum hudud. Malah LGBT dilingkari oleh keperluan melaksanakan hukum hudud. Umum faham dan Datuk Ngah Gadot sepatutnya faham bahawa pihak yang bertanggungjawab memastikan terlaksananya hukum hudud ialah kerajaan dan kerajaan di negara kita dikuasai oleh umat Islam maka tidak timbul kesukaran untuk melaksanakan hukum hudud kalau kerajaan mahu.

Persoalannya, apakah kerajaan yang ada di negara kita mahu melaksanakan hukum hudud? Semua orang tahu termasuk Ngah Gadot tentang pendirian kerajaan yang secara terang dan jelas menolak hudud malah memberi alasan antaranya negara akan mundur kalau hudud dilaksanakan. Oleh itu Ngah Gadot perlu juga menyentuh isu ini ketika dia mengeluarkan "fatwa" bahawa umat Islam yang menyokong LGBT sudah jatuh murtad, dalam erti kata perlu juga mengeluarkan "Fatwa" terhadap kerajaan yang diuruskan oleh umat Islam yang menolak hukum hudud.

Isu kedua ialah tuntutan LGBT ialah tuntutan universal yang melibatkan orang orang bukan Islam dan orang Islam yang diketuai oleh Marina Mahathir. Oleh itu ianya perlu ditangani berdasarkan polanya, yakni berbeza antara orang Islam dan orang bukan Islam, bukan ditangani secara pukal dan membabi buta mengeluarkan "fatwa". Apatah lagi fatwa itu dikaitkan pula dengan majlis peguam yang jelas dikuasai oleh orang bukan Islam, Sebagai penasihat agama Islam, Ngah Gadot bertanggungjawab mengupas isu ini secara adil dan mengikut panduan Al Quran dan Sunnah. Namun malang sekali bagi kita yang memilik orang yang berilmu dalam Islam kerana fatwa yang dikeluarkan itu ialah fatwa secara pukal yang tidak mengasingkan orang Islam dan orang bukan Islam sedangkan saban hari kita membaca surah alkafirun yang di dalam pengertiannya jelas menyatakan perbezaan amalan antara orang Islam dan orang bukan Islam. Ke mana pergi tarbiyah dari surah alkafirun ini wahai Ngah Gadot.

Teringat satu kuliah ust Azhar Idrus yang menghuraikan perbezaan antara anjing yang mulia dengan anjing yang hina. Kata Ustaz Azhar Anjing yang mulia ialah anjing kaki empat ia itu anjing pemuda alkahfi yang menjaga tuannya ketika tidur dalam gua dan anjing ini dijamin tempatnya di syurga ALLAH. Sementara anjing yang hina ialah anjing kaki dua, ia itu ulamak yang menjual akhiratnya untuk habuan dunia yang sementara (rujuk kepada ayat alquran yang berkaitan kalau nak tahu lebih lanjut). Bahasa hari ini ialah ular dalam semak untuk ulamak yang menjual akhirat. Datuk Ngah Gadot tergolong dalam golongan mana:Ulamak atau ular dalam semak?

Bekas presiden NUJ Hata Wahari sertai DAP

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP.

Setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, dalam mengalu-alukan Hata, berkata beliau berharap bekas presiden NUJ itu akan terus berjuang demi kebebasan akhbar di negara ini.

"Saya percaya beliau boleh menyumbang kepada parti dan berjuang untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar," katanya.

Awal bulan ini, penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz juga menyertai parti itu.

Selain Sakmongkol yang merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias.
-malaysiakini-

Pembebasan Anwar positif bagi masyarakat Cina

Haji Subky Abdul Latif

http://malaysia123.com/gallery/d/269-1/Anwar_Ibrahim.jpg
Boleh dikatakan umumnya masyarakat Cina menerima positif akan keputusan Hakim Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan sodomi 11.Panggilan telefon dari Sabah memberitahu saya, dari sepuluh orang Cina Sabah yang ditemui menyatakan suka dan gembiranya atas keputusan itu.


Pada mereka, negara telah membuang banyak masa dan menghabiskan banyak wang rakyat bagi menaja fitnah terhadap Anwar. Itu mesej kritik yang disampaikan terhadap kerajaan.

Jika ia dapat ditafsirkan sebagai sikap umum masyarakat Cina di Sabah, ertinya mereka amat senang atas penyelesaian kes Anwar itu. Jika rayuan atas keputusan itu difailkan pula, maka bertambah lagi masa yang terbuang dan banyak tambahan penggunaan wang rakyat atasnya.

Ia adalah satu amaran kepada kerajaan Barisan Nasional betapa sepuluh orang Cina yang tidak senang masa dan wang dihabiskan untuk memburukkan Anwar, tidak seorang pun akan memberi undi kepada Dacing.

Ia boleh mempengaruhi suasana pilihan raya umum yang akan datang di Sabah.

Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menyatakan, sokongan masyarakat Cina di Sarawak terhadap Pakatan Rakyat — khususnya DAP — adalah lebih baik dari di Sabah.

Tetapi dengan bayang dari Sabah itu, boleh diandaikan, suasana di Sabah itu sudah menyamai Sarawak.

Jika pembebasan kes Anwar itu positif bagi Cina Sabah dan Sarawak, maka ia suatu yang positif bagi Pakatan Rakyat untuk menguasai pengundi Cina di dua buah negeri itu.

Tidak mustahil, pada pandangan pengamat politik Sabah, pembangkang boleh dapat lebih dari dua kerusi Parlimen sebagai PRU 2008 dulu. Pakatan boleh meraih hingga hampir 20 kerusi dan buat pertama kali boleh meraih lebih dari satu. Bagaimanapun Sabah belum dapat dirampas pembangkang.

Sebelum Anwar dibebabaskan bekas Timbalan Menteri MCA memberitahu kedua-dua bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Ong Tee Keat merasakan paling banyak MCA boleh dapat lima kerusi Parlimen.

MCA tidak ada isu yang hendak diketengahkan. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan anaknya, MP Labis hanya menjaja isu hudud. Kiranya BN kalah, kerajaan Pakatan yang PAS ada di dalamnya akan melaksanakan hudud. Bagi keduanya hudud itu buruk bagi orang bukan Islam.

Itu saja isunya.

Jika sebelum keputusan mahkamah itu MCA rasa ia boleh menang paling banyak lima kerusi saja, maka tiada lonjakan bagi penyokong Pakatan selepas keputusan itu. Kiranya Cina Sabah melihatnya suatu yang positif, tidak mungkinkah ia juga yang rasakan oleh orang Cina di Semenanjung.

Selama ini MCA menang atas sokongan pengundi Melayu. Majoriti undi Cina dapat dibantu oleh majoriti undi Melayu. Tetapi andaian sekarang, majoriti kecil pengundi Melayu untuk BN tidak mampu menangkis majoriti besar undi Cina yang diberi kepada Pakatan.

Penerimaan orang Melayu tentang keputusan mahkamah itu berbelah bagi. Orang muda rata-rata melihatnya politif. Anwar dapat apa yang sepatutnya dia dapat. Dia sudah jadi orang bersih.

Tetapi ramai juga orang Melayu percaya apa yang diberitakan itu benar sekali pun mahkamah tidak menyokong berita itu. Bagi mereka seorang yang didakwa itu adalah bersalah. Sekalipun mahkamah membebaskannya, tetapi pembebasan itu adalah disebabkan oleh tidak cukup bukti. Bukan kerana tidak bersalah.

Islam telah mengingatkan apabila datang berita dari orang pasik, maka hendaklah disiasat dan dipastikan kebenarannya.

Ulama seperti Tok Guru Nik Aziz menerima berita dengan rasa syukur hingga beliau berpuasa syukur.

Tetapi orang yang tidak alim tidak mengira hakim telah membuat keputusan yang betul.

Apapun keputusan itu tidak wajar ditakwil kecuali oleh mahkamah rayuan.

Nasihat Terakhir kepada Dato' Dr Hasan

neraca
"Dan orang yang beriman kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan kepada wahyu yang diturunkan sebelummu"(Al Baqorah;4)
Dato'

Pertama fahamilah "Konsep Kesatuan Agama Islam"

Itulah sifat yang layak dengan umat Muslim selaku pemegang warisan agama samawi dan pemegang warisan nubuwwah-nubuwwah sejak angkatan pertama umat manusia. Merekalah penjaga pusaka agama Allah dan pusaka nubuwwah, merekalah pemimpin angkatan iman di bumi hingga akhir zaman. Nilai sifat ini melahirkan kesedaran terhadap persamaan dan kesatuan umat manusia, persamaan dan kesatuan agama mereka, persamaan dan kesatuan rasul mereka, persamaan dan kesatuan para rasul mereka, persamaan dan kesatuan ma'bud, atau Tuhan yang disembah mereka. Nilai sifat ini membersihkan jiwa dari perasaan dan sikap fanatik yang keji terhadap agama-agama dan terhadap orang-orang yang beriman kepada agama-agama itu selama mereka berjalan di atas jalan yang betul,. Nilai sifat ini melahirkan rasa ketenteraman terhadap Ri'ayah Allah kepada umat manusia di sepanjang generasi dan zaman, iaitu Ri'ayah Allah yang dapat dilihat dengan jelas pada kemurahan-Nya mengutuskan para rasul berturut-turut membawa agama dan hidayat yang sama. Nilai sifat ini melahirkan perasaan bangga dan memandang tinggi kepada hidayat yang dicabar oleh berbagai-bagai pancaroba zaman, tetapi ia tetap teguh laksana bintang yang cerah di dalam kegelapan yang hitam pekat.

Dato',

"Dan mereka yakin terhadap hari Akhirat"(4)

Inilah sifat penamat yang menghubungkan dunia dengan Akhirat, permulaan hayat dengan kesudahan hayat,, amalan dengan balasan. Itulah sifat yang membuat manusia merasa dirinya bukan sampah buangan, bukan dijadikan sia-sia dan bukan untuk ditinggalkan begitu sahaja. Ia membuat merasa bahawa keadilan yang sempurna menunggu dihadapannya. Ini membuat hatinya tenteram dan tenang, kembali kepada amalan yang soleh dan berlindung pada keadilan Allah dan rahmat-Nya pada akhir perjalanan hidupnya.

Dato'

Kepercayaan dan keyakinan kepada hari Akhirat merupakan persimpangan jalan di antara orang yang hidup di dalam ruang dinding-dinding yang tertutup dengan orang yang hidup di dalam ruang alam yang terbuka luas dan lebar. Ia merupakan persimpangan jalan di antara orang yang merasa bahawa hidupnya di bumi ini ialah keseluruhan apa yang dimilikinya di alam ini dengan orang yang merasa hidupnyua di bumi ini sebagai orang yang menjalani ujian untuk menerima balasan, dan hidup yang sebenar ialah hidup di Alam Akhirat di sebalik alam dunia yang kecil dan terbatas ini..

Dato'! mendakwa diri dato' hebat maka inilah nasihat terakhir untuk dato' dan akhirnya ana tanya satu soalan, apakah perkara yang paling hampir atau dekat dengan dato???? mungkin jawapannya isteri,anak,atau harta yang banyak,rumah yang besar atau phd dato'...itu semuanya benar tapi yang sebenarnya yang paling hampir dan dekat ialah MATI!!!!