"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Cubaan Perkasa, pemberontak Umno ambil alih parti Berjasa gagal

MALAYSIA DATELINE

Berjasa dakwa cuba diambil alih Perkasa dan rebel Umno. Foto Malaysiakini

Percubaan NGO pro-Melayu, Perkasa dan pemberontak Umno yang berkait dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengambil alih parti serpihan Pas yang dikenali Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) digagalkan apabila pengerusinya digantung dan merujuk beliau kepada jawatankuasa disiplin parti.

Pemangku Pengerusi Berjasa, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut mengaitkan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali telah menghubungi beliau untuk berunding perkara itu sekitar Julai yang lalu di sebuah restoran di Selayang.

"Wakil Perkasa (Syed Hassan) menyatakan bahawa mengikut senario politik semasa dengan beberapa pemimpin negara dipecat, suatu platform perlu diwujudkan untuk meneruskan perjuangan mereka.

"(Syed Hassan) mengatakan pihaknya berharap Berjasa boleh menyerahkan partinya kepada kepimpinan baru bagi membolehkan mereka sertai Berjasa selain menukar nama dan perlembagaan parti," dedah Mustapa.

Ditanya sama ada 'pemimpin negara' itu merujuk kepada Muhyiddin, bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir, Mustapa berkata: 'Ya.'

Beliau mendakwa Urusan tersebut, pada mulanya, direstui oleh pengerusi Berjasa yang kemudiannya digantung daripada parti.

"Bagaimanapun, rundingan menemui jalan buntu setelah Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Berjasa menolak tawaran berkenaan dengan mendakwa ia tidak memenuhi kepentingan parti," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini

PAS sedia ambil alih Terengganu bila-bila masa


PETALING JAYA: PAS sedia mengambil alih pentadbiran kerajaan Terengganu sekiranya berlaku perubahan majoriti Dewan Undangan Negeri susulan kemelut dalaman Umno, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat.

Bagaimanapun, beliau mengakui ia hendaklah mendapat perkenan Sultan bagi menukar kerajaan kerajaan tanpa melalui proses pilihan raya.

“PAS ini bila-bila masa sahaja kita bersedia untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sekiranya majoriti kerusi memihak kepada kita,” katanya ketika dihubungi

“Pendirian kita tetap sama, ini masalah dalaman Umno, biar dia selesaikan, kalau tidak mampu selesaikan juga, kena serahkan kepada rakyat balik mandat dengan membuat pilihan raya negeri, kalau tidak masalah ini menyebabkan rakyat menjadi serabut dan muak dengan kerajaan sedia ada.”

Krisis Terengganu yang bermula pada 2014 selepas Datuk Seri Ahmad Said dipaksa melepaskan jawatannya kepada menteri besar sekarang, Ahmad Razif Abdul Rahman, kembali hangat berikutan tindakan menghadapkan Adun Kijal itu ke Lembaga Disiplin Umno kerana mengkritik kepimpinan negeri dan Datuk Seri Najib Razak.

Sebarang tindakan memecat Ahmad Said, atau keputusannya sendiri untuk keluar Umno, akan mengubah kedudukan BN dalam DUN, yang memiliki 17 kerusi, sementara pihak pembangkang mempunyai 15.

Kedudukan Razif juga dikatakan terus ditekan ekoran kritikan terhadapnya daripada exco negeri, Ghazali Taib, yang juga Adun Ajil.

Saiful berkata Ahmad Said dan Adun BN lain yang sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Razif jangan hanya bercakap tetapi perlu keluar Umno dengan segera.

“Kita juga bersedia dalam apa keadaan sekali pun, maknanya kalau adakan pilihan raya sekali pun, kita sudah bersedia,” tambah Adun Paka itu.

Nelayan terkejut temui 'objek misteri' ditengah laut (Gambar)


BUNBURY - AUSTRALIA. Nelayan Australia yang memancing di laut Bunbury, selatan Perth negara itu terkejut besar, apabila menemui sebuah benda seolah-olah belon raksasa yang mengembang dilautan berkenaan.

Memetik laporan The West Australia, melaporkan bahawa benda itu ditemui oleh Mark Watkins dan ayahnya, yang pada mulanya mereka menyangka bahawa benda itu merupakan belon udara yang terhempas dilaut tersebut.

Namun demikian, setelah diteliti lebih dekat, mereka menyedari bahawa benda tersebut adalah bangkai seekor paus yang sudah mulai menggembung.

"Perutnya sudah dipenuhi gas sehingga menggembung dengan begitu besar sekali.

"Ketika kami mendekatinya, kami menyedari bahawa benda itu merupakan bangkai paus kerana baunya," kata Watkins.

Mengikut kelaziman paus akan melintasi lautan tenggara Australia tujuan untuk migrasi, iaitu bermula dari bulan Jun sehingga Ogos setiap tahun.
-sinarharian

Padah rogol bayi 7 bulan

Padah rogol bayi 7 bulan-
Gara-gara berang bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan menjadi mangsa rogol, seorang bapa dari India bertindak memotong kedua-dua tangan seorang remaja lelaki yang dipercayai suspek.

Parminder Singh, 25, dilaporkan bertindak sedemikian selepas mendekati remaja lelaki itu semasa perbicaraan kes itu ditangguh dan menawarkan untuk menyelesaikan masalah mereka di luar mahkamah, pada Selasa lalu.

Singh bagaimanapun, bertindak membawa remaja lelaki berusia 17 tahun itu berdekatan sebuah terusan kerana mahu membalas dendam.

Menurut sumber polis, Singh dikatakan telah mengikat remaja itu di sebatang pokok sebelum membelasahnya dan mengerat kedua-dua tangannya.

Difahamkan, semasa kejadian jeritan remaja itu turut didengari oleh orang kampung berdekatan yang kemudian membantu dan melepaskan ikatan pada badannya.
Padah rogol bayi 7 bulan
Pihak polis kini sedang memburu Singh kerana dia boleh didakwa atas tuduhan cubaan membunuh.

Di India, perbuatan balas dendam dikatakan sememangnya masih berterusan dan biasanya tidak dilaporkan media dan pihak polis.

Pada dua tahun lalu, isteri Singh mendakwa melihat remaja lelaki itu mencabul anaknya.

Berikutan itu, remaja lelaki tersebut yang ketika itu berusia 14 tahun ditahan dan kes tersebut dibicarakan di mahkamah Rama Mandi, Punjab.
-kualalumpurpost-

Setelah melihat tanda-tanda PAS bakal kecundang pada PRU 14, pemimpinnya mula tunduk akur bahawa PAS lemah bila bersendirian

Satu lawan satu: Tuan Ibrahim mula dapat sokongan dalam Pas
BORHAN AHMAD

Walaupun tidak mendapat sokongan majoriti pimpinan Pas Pusat agar pertandingan 'satu lawan satu' berlaku dalam pilihan raya umum akan datang, cadangan timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kini mula mendapat sokongan pimpinan parti itu.

Ia dimulakan oleh naib presiden yang juga timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Abdullah dan kemudiannya mendapat sokongan dari ketua pengarah pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa menyarankan, parti pembangkang supaya berusaha mencari formula pertandingan 'satu lawan satu' menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Mustafa berkata, berdasarkan kajian dan analisis Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) Pusat, pertandingan 'satu lawan satu' adalah cara terbaik untuk menghilangkan kuasa Umno BN yang memerintah hari ini.

"Kalau pertandingan melawan BN lebih daripada 'satu lawan satu', ia memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk terus berkuasa.

"Ini tidak bagus kerana menjadikan Umno BN lebih angkuh dan terus melakukan penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa yang melemaskan rakyat," ujarnya sebagaimana yang dilaporkan oleh laman rasmi Pas, Harakahdaily.

Menurutnya, untuk mewujudkan pertandingan 'satu lawan satu' melawan BN itu, tidak semestinya parti-parti pembangkang berada dalam satu gabungan sahaja sebagaimana yang ditunjukkan pada beberapa siri PRU yang lalu.

Beliau menambah, oleh kerana PRU14 dijangka berlaku lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya pada 2018 nanti, maka parti-parti pembangkang perlu berusaha mencari formula tersebut.

"PRU14 dijangka diadakan tidak lewat daripada 2017, maka parti pembangkang mesti berusaha mencari formula pertandingan 'satu lawan satu' menentang BN. Inilah prioriti parti-parti pembangkang sekarang," ujarnya yang menyokong kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berhubung perkara itu.

Harakahdaily sebelum ini menyiarkan saranan Mohd Amar yang berkata perlu ada 'under standing' kalangan pembangkang seperti yang berlaku sebelum ini dalam misi menafikan penguasaan BN.

Katanya status quo kerusi yang ditandingi sebelum ini hendaklah dikekalkan biarpun tiada pakatan pembangkang seperti dahulu.

“Apabila pembangkang mempertahankan status quo lama kita dapat fokus untuk berdepan satu lawan satu dengan BN pada PRU14 nanti.

“Kalau ada kalangan pembangkang yang berminat untuk mengacau kerusi seperti dipertahankan sebelum ini, ia boleh memberi kemenangan lebih mudah kepada BN,” katanya di Kota Bharu.

Mustafa menambah, rakyat sekarang semakin tertekan akibat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh Umno BN yang terus memerintah dengan beberapa isu seperti 1MDB, GST dan sebagainya.

Katanya, bukan sahaja golongan marhaen seperti petani, nelayan, peniaga kecil dan lain-lain yang sengsara akibat pengurusan ekonomi negara yang pincang, bahkan masalah pengangguran termasuk dalam kalangan lepasan universiti yang berjumlah puluhan ribu turut terkesan.

"Ini adalah kesan yang sangat parah kerana tidak ada pengurusan ekonomi dan good governance dalam negara yang diperintah Umno BN sekarang," ujarnya lagi.

Sikap Pas yang mahukan 'satu lawan satu' jelas kelihatan selepas calon Pas kalah teruk di dua pilihan raya kecil iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sebelum ini, cadangan Tuan Ibrahim agar genjata senjata di antara pembangkang dibuat untuk membolehkan 'satu lawan satu' berlaku dalam pilihan raya lalu ditolak presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini kerana, kata Hadi, tidak perlu genjatan senjata kerana tidak ada peperangan berlaku.

"Tidak ada genjatan senjata (gencatan serangan). Kita berdialog, berbahas, berhujah secara demokrasi dengan semua pihak. Tidak ada dan tidak timbul genjatan senjata," kata presiden Pas dalam wawancara dengan media di Alor Setar itu.

Beliau menyalahkan laman web khasnya Malaysiakini yang kononnya tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan dari Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu.

"Kita perlu baca kenyataan timbalan presiden dalam Harakahdaily bukan dalam Malaysiakini. Malaysiakini memetik separuh sahaja tidak ambil semua. Yang ambil semua dalam Harakahdaily. Kalau baca separuh saja tidak adil," kata Hadi dalam sidang media itu.

Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat selepas kenyataan Tuan Ibrahim juga tidak membuat seberang pendirian.

Hanya Tuan Ibrahim sahaja membuat kenyataan dengan berkata, "Itu pendirian pribadi saya."

Doktor Dari JB Terkejut Dengan Buruh Bangladesh Yang Dirawatnya

Tranungkite
Seorang doktor dari Johor Baharu Dr. Goh Aik Ping melalui laman Facebooknya menceritakan pengalaman unik dan menarik selepas merawat seorang pesakit yang merupakan seorang buruh binaan warga Bangladesh.

Beliau memberitahu dia berasa terkejut rupanya pekerja buruh binaan yang berpakaian lusuh dengan memakai kasut binaan berwarna kuning ala-ala “Phua Chu Kang” berkenaan merupakan seorang yang amat mahir dalam terma perubatan moden.

Ianya disedari apabila pekerja berkenaan meminta beliau merawatnya masalah kesihatanya dengan menyebut nama penyakit dan ubat-ubat yang patut digunakan untuk merawat penyakitnya.

“Pesakit Bangladesh itu mengadu cirit-birit dan memberitahu yang dia mengesyaki dirinya menghidap ‘disentri’, satu istilah perubatan untuk jangkitan usus. Saya terkejut dan berhenti merawatnya seketika, kemudian saya bertanya bagaimana dia tahu istilah itu, tetapi dia berdiam diri,” tulis Dr. Goh.

Selepas memeriksa pesakit berkenaan, Dr. Goh memberitahunya yang dia telah mengalami keradangan dalam perut, gastroenteritis sebagai punca cirit-biritnya.

Sebelum sempat menerangkan preskripsinya, pesakit Bangladesh itu bertanya jika beliau mempunyai ubat seperti ciprofloxacin, metronidazole dan Azithromycin, nama-nama yang kompleks yang hanya digunakan oleh doktor atau pakar perubatan.

“Saya tertanya-tanya bagaimana lelaki ini boleh tahu nama ubat-ubatan, malah sebutannya juga sangat tepat,” tulisnya seperti dialih bahasa oleh Thecoverage.

Tindakan pesakit berkejaan membuatkan Dr Goh terkejut dan tertanya-tanya siapakah sebenarnya buruh binaan Bangladesh ini membuatkan dia cuba mengupas identiti sebenar lelaki itudan akhirnya terjawab dia sebenarnya seorang ahli farmasi dan memiliki farmasinya sendiri di negara asalnya.

“Saya belajar farmasi dan adik saya pula seorang doktor. Saya mengambil keputusan meninggalkan negara itu ekoran ketidakstabilan politik. Setelah segalanya pulih, saya akan kembali ke sana (Bangladesh),” kata pesakit.

Dr Goh dalam pada pada itu membaritahu dia berasa sedih kepada lelaki itu kerana dia meninggalkan bangsa dan kerjayanya untuk daang ke bumi Malaysia menjadi buruh binaan, sanggup bekerja keras di bawah matahari panas, menanggung persekitaran yang bertentangan dengan budayanya. Semuanya kerana, kehidupan domestik di sini lebih baik.

“Saya tidak dapat membantunya, sekadar mengeluh sahaja.”

Beliau dalam pada itu memikirkan nasib rakyat malaysia jika negara kita berhadapan dengan ketidakstabilan politik, adakah kita juga akan merantau ke negara orang yang lebih maju, menjadi kuli dan buruh tetapi menikmati hidup yang lebih baik dari negara sendiri. - Siakapkeli.my

iPhone berbahaya?: Ini buktinya

Melecur iPhone meletup selepas terjatuh
Kecederaan yang alami Clear.
SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang penungang basikal melecur di kaki akibat telefon bimbit iPhone miliknya meletup di dalam poketnya selepas terjatuh.

Seorang konsultan syarikat swasta, Gareth Clear, 36, berkata, iPhone tersebut diletakkan di poket belakang seluarnya dan terbakar selepas dia terjatuh dari basikal semasa menunggang pada petang Ahad lalu.

"Saya melihat asap keluar dari poket belakang dan kemudian tiba-tiba saya rasa sakit dan semakin sakit," katanya sambil menambah dia berasa seperti panas membakar

"Saya ingat, ketika melihat kaki, saya melihat seperti serbuk hitam dan bau seperti fosforus," katanya dipetik The Sydney Morning Herald.

Menurut Clear, dia hanya mengalami kemalangan kecil selepas kakinya tergelincir pada pedal basikal ketika ingin bergerak menyebabkan dia hilang keseimbangan.

Clear menerima rawatan di unit kebakaran Hospital Diraja North Shore dan dimaklumkan mengalami luka melecur darjah ketiga di peha kanan.

Sementara itu, pejabat Apple berpangkalan di Australia tidak mengulas lanjut berhubung insiden ini dan difahamkan, syarikat itu berhubung terus dengan Clear.

Clear bagaimanapun tidak menyalahkan Apple ekoran kecederaan yang dialaminya dan mahu meningkatkan kesedaran mengenai potensi bahaya iPhone.

Bukan satu kebiasaan bateri ion litium yang digunakan pada telefon pintar, komputer riba, papan hover dan kereta elektrik meletup.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) berkata pihaknya kebiasaannya akan menerima sekitar satu atau dua laporan daripada penggunaan berkaitan kecederaan akibat bateri telefon bimbit setiap tahun.

Jurucakap ACCC berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut
-sinarharian

Bersih 5: Belum apa-apa menteri ini dah kecut perut?

KUALA LUMPUR: Tunjuk perasaan jalanan seperti yang dirancang Bersih 2.0 tidak boleh dibenarkan berlaku, kata Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bercakap kepada pemberita di sambutan Hari Raya Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby hari ini, Ismail berkata bukan gabungan reformasi pilihan raya sahaja yang boleh turun ke jalanan setiap kali mereka tidak berpuas hati dengan satu-satu isu.

“Ada juga kumpulan lain yang mahu lakukan perkara yang sama. Malah, mereka boleh buat yang lebih besar.

“Saya difahamkan ada kumpulan yang mahu menunjuk perasaan pada hari yang sama dengan Bersih. Jika benar, pertembungan boleh berlaku.”

Beliau merujuk kepada kumpulan yang dikenali sebagai Baju Merah, diketuai oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos. Jamal berkata mereka bersedia untuk berhimpun pada hari yang sama dengan Bersih 5.

Menteri Komunikasi dan Multmedia Datuk Seri Salleh Said Keruak yang turut hadir di majlis yang sama bersependapat, malah beliau bingung dengan niat Bersih 2.0.

Beliau menasihatkan gabungan itu supaya tidak meniru budaya asing yang sering turun ke jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

“Sekiranya mereka tidak berpuas hati, mereka berhak untuk suarakan pendapat mereka semasa pilihan raya. Sementara itu, kita ada saluran lain, seperti Parlimen, wacana politik, dan media.

“Tidak perlu ganggu keamanan dan keharmonian negara. Terutamanya di bulan ini dimana kita akan sambut hari kebangsaan.”

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah semalam mengesahkan Bersih 5 akan diadakan tidak lama lagi, cuma tarikh dan tempat belum dipastikan.

Gabungan itu turut merancang mengadakan jelajah seluruh negara untuk menguja kesedaran tentang saman sitaan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terhadap individu yang didakwa melesapkan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) wang 1MDB.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersetuju memudahkan perhimpunan itu, selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman.

Khalid turut membenarkan himpunan Baju Merah, dengan syarat yang sama dikenakan kepada Bersih 5.
-free Malaysia today

99% Netizen Gagal Temui Kucing Pada Gambar Ini


GAMBAR dengan ilusi optik selalu membuatkan rasa ingin tahu setiap orang. Keinginan untuk teka rahsia ilusi optik menjadi alasan banyak peminat seni menghasilkan gambar berbentuk ilusi.

Misalnya gambar di atas. Trend teka-teki seumpama ini terus menjadi trending dalam dunia maya. Salah satu teka-teki tersebut adalah untuk mencari seekor kucing yang sedang tidur di atas longgokan kayu.

Jika dipandang sepintas lalu, foto tersebut merupakan longgokan kayu biasa sahaja. Namun jika diperhatikan betul-betul, anda akan dapat lihat seekor kucing sedang lena tidur pada salah satu batang pokok yang terbelah itu.

Si kucing memang cukup pintar bersembunyi. Dia ternyata berada di…

(sila klik di sini untuk jawapannya)

Oleh kerana bulunya sama warna dengan bahagian dalam kayu tersebut menjadikannya seolah-olah ‘sebati’ dengan batang kayu yang terbelah itu.

Rata-rata netizen mengambil masa yang lama untuk mencari kucing berkenaan, malah ada dalam kalangan netizen tidak menjumpai langsung haiwan tersebut.
– MYNEWSHUB.CC

Muhyiddin presiden parti baharu, fokus Bumiputera

Faiz Zainudin
KUALA LUMPUR: Dua bekas pemimpin Umno hari ini mengesahkan penubuhan jawatankuasa penaja (protem) parti baharu semalam, dengan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti bersama enam lagi bekas pemimpin Umno lain.

“Fokus parti baharu ini adalah kepada bumiputera, malah nama parti juga sudah ditetapkan cuma tunggu pengumuman rasmi nanti,” kata bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin, yang turut serta dalam perbincangan tiga jam malam semalam di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perbincangan itu bersetuju Dr Mahathir dilantik pengerusi, dan Kamarulzaman Habbibur Rahman sebagai setiausaha.

Selain Anina, tiga lain ialah bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Akramshah Sanusi dan aktivis pelajar Syed Saddiq Abdul Rahman.

Bercakap kepada FMT, Anina berkata tujuh nama dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai proses awal sebelum jawatankuasa penuh parti dibentuk selepas pendaftaran diluluskan.

Sementara itu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut serta dalam mesyuarat semalam, berkata pendaftaran parti akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Inilah yang penyokong setia sedang menunggu dan kini ianya mula bergerak secara rasmi,” katanya ketika dihubungi FMT

PAS dalam keadaan serba salah samada nak sertai BERSIH 5 atau tak

PAS belum putuskan sertai BERSIH 5
Walaupun berjaya mengumpul penyertaan besar sebelum ini, BERSIH 4 bagaimanapun terpalit imej polarisasi kaum apabila kurangnya penyertaan orang Melayu.

Salah satu faktornya ialah apabila PAS tidak mendukung acara itu secara rasmi selepas berpisah dengan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.

Justeru, bagi masyarakat sivil, penyertaan parti itu amat penting bagi mengelakkan tanggapan negatif berulang.

PAS bagaimanapun setakat ini masih belum membuat keputusannya.

“Parti belum buat sebarang keputusan.

“Kita tunggu sehingga sampai waktu kita akan umumkan pendirian parti,” kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui pesanan teks kepada Malaysiakini malam tadi.

Tuan Ibrahim juga berkata pihaknya setakat ini belum dimaklumkan atau diundang secara rasmi oleh BERSIH.

Beliau ditanya pendirian parti Islam itu kali ini setelah BERSIH semalam (Selasa) mengumumkan perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah dalam sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya berkata, himpunan kali ini untuk menuntut tindakan lanjut mengenai skandal 1MDB.
-malaysiakini

Suami tetak tangan isteri kerana tak hamil (Gambar)


Kenya: Seorang wanita kudung kedua-dua tangan selepas dia ditetak suaminya dengan parang kerana tidak hamil selepas tujuh tahun berkahwin walaupun si suami itu disahkan mati pucuk.

Jackline Mwende diserang oleh suaminya, Stephen Ngila di rumah mereka di Masii, wilayah Machakos, Kenya, selepas lelaki itu memberitahunya ‘Hari ini hari terakhir kamu.’

Ngila, 34, dikatakan berang pada hari berkenaan selepas Jackline masih tidak hamil walaupun doktor berkata, dia yang menjadi punca mereka tidak dapat anak.

Doktor memberitahu Ngila, dia menghadapi masalah kesuburan dan ia boleh diubati. Bagaimanapun, lelaki itu tidak datang untuk menjalani rawatan, lapor media Kenya.

Selepas hidup berpisah selama tiga bulan, Ngila kembali ke rumah mereka dan menyerang Jackline dengan parang, menetak hingga putus kedua-dua tangan isterinya
-kualalumpurpost

Seorang doktor wanita dipenjara kerana mencabul kehormatan pesakit lelaki

Seorang doktor kecantikan dihukum penjara tiga setengah tahun pada Khamis kerana mencabul kehormatan seorang pesakit lelaki rakyat Malaysia sebanyak dua kali setelah memberinya ubat pelemah, lapor Channel NewsAsia.

Portal berita itu berkata Tan Kok Leong, 50, disabitkan kesalahan bulan lepas kerana memberi ubat pelemah, Dormicum dan Rosiden kepada mangsa, juga seorang doktor, di Hotel Oasia pada Julai 2013 selepas prosedur liposuction atau menyedut lemak.

Menurut laporan itu, Tan didapati bersalah mencabul kehormatan mangsa selama dua malam, setelah memberi ubat pelemah kepada pesakit berusia 33 tahun itu dengan alasan untuk melegakan rasa sakit.

Memetik Hakim Daerah Siva Shanmugam, portal itu berkata Tan "menyalahgunakan kedudukannya dengan mengambil kesempatan daripada kepercayaan mangsa terhadapnya", berikutan hubungan unik antara doktor - pesakit, dan mangsa, seorang doktor muda, juga menganggap Tan sebagai mentornya.

Tan memberi ubat berkenaan kepada mangsa hingga menyebabkan lelaki itu menjadi rentan dan tidak berdaya mempertahankan diri daripadanya; membogelkan mangsa untuk merakam lebih 20 gambar alat sulitnya tanpa pengetahuan atau keizinan mangsa.

Semasa perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa setelah mencabul kehormatan mangsa yang tidak sedarkan diri, Tan memakaikan kembali pakaiannya agar apabila tersedar, mangsa tidak menyedari apa yang dilakukan tertuduh terhadapnya.

Menurut laporan itu, pihak pendakwa yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Alan Loh dan Pembantu Pendakwa Raya Thiagesh Sukumaran mendesak mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun lapan bulan terhadap Tan.

Bagaimanapun, sebaik sahaja hukuman terhadap Tan diumumkan, peguamnya, Edmond Pereira memberitahu mahkamah bahawa doktor itu akan mengemukakan rayuan terhadap sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Laporan itu berkata Tan dibenarkan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuannya.
-Bernama

Pilihan raya mengejut T'ganu hampir pasti?

Pilihan raya mengejut negeri Terengganu hampir pasti diadakan setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said bakal berdepan tindakan disiplin Umno kritikannya terhadap parti itu.

Pada masa ini, BN menguasai 17 kerusi dalam dewan undangan negeri (DUN) Terengganu manakala PAS mempunyai 14 kerusi tersebut dan PKR pula hanya diwakili seorang ADUN.

Jika Ahmad dipecat dari Umno dan beliau mengadakan sekutu dengan pembangkang, DUN Terengganu akan menyaksikan bilangan kerusi setara (16-16) antara kerajaan dan pembangkang yang boleh menjurus kepada pilihan raya mengejut.

Bagaimanapun, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dipetik sebagai berkata, beliau bertegas untuk tidak akan membubarkan DUN, menurut laporan The Star.

Pada masa yang sama, tambah Ahmad Razif, beliau telah menyerahkan nasib Ahmad Said kepada parti.

"Kami akan mengambil tindakan berdasarkan disiplin parti...jika seseorang melakukan kesalahan, kita akan ambil tindakan. Jika katalah saya salah, tindakan juga perlu diambil.

"Kami menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk berurusan dengannya, jika beliau salah, salahlah. Kami di badan perhubungan Umno negeri akan hantar laporan kepada peringkat tertinggi untuk diambil tindakan.

"Ini adalah asas yang perlu dimartabatkan parti yang berprinsip (seperti Umno)," katanya, memetik laporan Bernama di Kuala Terengganu, semalam.
-malaysiakini

Moga-moga PAS tidak bunuh diri - Subky Latif

Subky Latif
BEBERAPA bekas pemimpin, justeru sayangnya pada PAS, sama ada meninggalkan PAS atau sekadar berjauhan dengan PAS, mengingatkan PAS supaya tidak terperangkap dalam politiknya menyisih diri daripda kumpulan pembangkang popular negara.

Politik pasca Langkah Kajang dilihat PAS tidak profesional dalam politiknya, ia tidak ngam lama dengan PKR dan putus tahaluf dengan DAP. Sekalipun tahaluf dengan PKR belum batal tetapi tidak berapa ngam lagi.

Punca retak PAS dikatakan tidak 100 peratus anti Umno BN dan Najib dan bertegas mengemukakan RUU355 sebagai usul persendirian sekalipun ia ditolak Pakatan Rakyat. Dalam perang mulut itu PAS terasa ia dihina.

Apabila Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat, dan parti bekas pemimpin menggantikan tempat PAS, ia menolak jemputan PKR menyertainya kerana dalam pakatan baru itu ada DAP dan parti baru serpihan PAS.

Apabila Dr. Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat tidak percayakan Najib ia enggan menandatanganinya dan apabila Dr. Mahathir bercadang membentuk parti baru bagi melebarkan lagi pakatan pembangkang yang ada, PAS lebih suka menjauhkan diri.

Maka orang-orang yang sayangkan PAS tetapi menjauhkan diri dari PAS mengingatkan PAS supaya jangan terperangkap dengan politik barunya yang mereka kira sempit dan disamakan seperti membunuh diri.

Ia dirasakan PAS akan rugi besar dalam PRU14 nanti jika bersendiri, bahkan Kelantan boleh terlucut. Mereka sarankan agar PAS kembali kepangkuan pembangkang apalagi ia akan digalak lagi dengan penampilan penyokong Umno anti Najib.

Tiada nampak PAS tertarik dengan perkembangan baru yang disertai oleh Mahathir dan Muhyidin itu. Ia rela bersendirian supaya ia bebas memperjuangkan cita-citanya sekalipun ia tinggal seorang di Parlimen selepas PRU14 nanti.

Mungkin apa yang diramalkan itu adalah nasib yang PAS tempah sendiri – kosong di Parlimen dan hilang Kelantan. Ia sedia bertanggungjawab atas apa jua gara-gara politik bersendiriannya. Tetapi jika satu kerugian, ia juga boleh merugi semua yang mencercanya.

Jika PAS kecundang, barang yang dijauhkan Allah, Tetapi ia tidaklah menguntungkan orang yang meninggalkan PAS dan mencerca PAS.

Orang yang melarikan kerusi yang dimenangi melalui PAS dipercayai tidak mungkin berada di Parlimen lagi selepas PRU nanti. Bolehlah dikira MP Tumpat, Kuala Krai, Shah Alam, Parit Buntar adalah dalam perkhidmatan terakhirnya di Parlimen.

Bahkan semua Adun yang lari itu tidak pula boleh diselamatkan oleh politik terbukanya. Malah MP Pokok Sena juga mungkin sedang berpolitik bunuh diri.

Ketika Pusat Dagangan Dunia New York diserang dulu, PM Mahatahir tidak terus menyalah penyerang tetapi mahu Amerika dan dunia mengkaji puncanya. Dan jika PAS terperangkap dengan politiknya lalu merugikannya, tidak wajarkah semua mengkaji puncanya.

Jika PAS berpolitik bunuh diri, janganlah fikir sekalian yang memencil dan memerangkap PAS tidak terperangkap dengan politik berpandangan jauhnya?

Sekutu PAS dulu mungkin tiada tanggungjawab untuk menjaga kepentingan politik PAS, tetap reaksi PAS terhadap politik mengepungnya dalam pakatan pembangkang itu sama sekali tidak menjaga kepentingan politik masing-masing.

Paling malang ialah orang yang melarikan diri. Jangan fikir melarikan diri itu menyelamatkan diri. PAS yang terperangkap itu akan dapat dibangunkan semula. Tetapi yang melarikan diri hendak ke mana?

Jika PAS dirasakan silap, tidak dihalalkan ia ditinggalkan. Tetapi bersabar membetulkannya dari dalam. Kambing yang lari selalunya diperhatikan oleh sang serigala.

INILAH Cara Sangat MUDAH Keluarkan Angin Dalam Badan Yang Perlu Anda TAHU !!

Tranungkite

Kalau korang rasa badan korang lenguh2. sengal2 . nak sendawa tapi tak lepas . kaki rasa tak selesa.

Ibu2 mengandung yang tak sedap badan tu.
Badan berangin tak elok.

Tanda-tanda banyak angin:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.

[BACA: Inilah Penjagaan Engine/Gearbox Yang Ramai TAK TAHU !!]
CARA BUAT DIA SENANG SANGAT

Bahan-bahan :

susu kotak ( brand apa pun boleh )
kalau nak guna susu pekat tin pun blh

halia ( besar ibu jari ) lbeh kurang 3-4cm
halia ni ikut ketahanan tekak , kalau nk kaw dan pedas masuk banyak sikit . kalau setakat 3-4cm tak rasa apa2 pun tapi tetap berkesan.

Cara membuatnya
Hiris halia nipis2 reneh dgn susu sampai susu mendidih dgn api pelahan .

Sedia untuk di minum .

Seeloknye minum ketika susu masih suam .
Kesan serta merta .
Tiba-tiba korang sendawa dan kentut non stop .

BOLEH DI MINUM OLEH :

Lelaki dan wanita
Ibu mengandung dan menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak . cukup 2-3cm je

Petua ni sgt berkesan .
Boleh minum bila2 masa .
Pagi boleh mlm boleh.
Seminggu 2-3kali pun ok.

[Sumber..]

Syarikat akhbar Utusan tenat tak mampu bayar gaji pekerja

Zam dedahkan Utusan sedang 'sakit'

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin yang popular dengan panggilan Zam mendedahkan bahawa syarikat akhbar berbahasa Melayu itu sedang 'sakit'.

Dalam blognya, Zainuddin memetik kenyataan Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu(KVUM), Datuk Raja Ahmad Niza yang menyeru supaya langkah segera diambil bagi menyelamatkan Utusan Melayu (Utusan Malaysia) yang sedang berada dalam keadaan 'sakit'.

"Ini adalah berikutan kegagalan syarikat itu membayar gaji mengikut jadualnya kepada kakitangan termasuk para wartawan sebaliknya akan di bayar lewat iaitu pada 5 Ogos ini.

"Mereka telah diberitahu menerusi suatu surat pekeliling Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Mohd Noordin Abbas bertarikh 21 Julai 2016," petik Zainuddin sambil memuat naik satu memorandum pekeliling berkenaan apa yang dikatakan Raja Ahmad.

Mengulas lanjut, Zam memberitahu, Raja Niza dalam tulisannya di Buletin Suara Keramat iaitu suara kumpulan whatsapp bekas-bekas wartawan Utusan Melayu telah menyatakan anggota KVUM seramai 271 orang amat bersimpati dengan kesulitan yang dihadapi oleh pekerja-pekerja Utusan akibat kelewatan pembayaran gaji itu.

"Kalau peha kanan dicubit, peha kiri terasa sakitnya. Peha kiri itu adalah KVUM." kata Raja Ahmad, dipetik Zam.

Kesakitan ini, kata Raja Niza, memerlukan 'doktor pakar' untuk mengubati atau membedahnya kerana dikhuatiri akan bertambah teruk.

"Kami juga bersimpati dengan pengurusan Utusan sekarang kerana diserkup oleh suasana yang terpaksa dihadapinya.

"Penyelesaian jangka pendek dan panjang perlu dicari dengan segera kerana masa tidak pernah menunggu kita," katanya lagi.

Dalam pada itu, Raja Niza memberitahu, KVUM akan menghantar memorandum kepada Utusan yang mengandungi cadangan langkah pemulihan syarikat itu yang diharapkan tidak akan disalah ertikan.

Malaysiakini sedang cuba untuk pihak pengurusan syarikat tersebut untuk mendapatkan pengesahan mengenai pendedahan Zam ini.

Malaysiakini juga akan menghubungi Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu, Taufek Razak untuk menyatakan pendirian kesatuan mengenai hal ini.


NUJ Utusan Melayu adalah badan yang diiktiraf oleh syarikat untuk menjadi saluran menyuarakan pandangan kakitangan bukan eksekutif syarikat berkenaan selain memeterai perjanjian bersama (CA).

Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar Utusan Malaysia , Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Beberapa tahun yang lalu, Utusan pernah membuang kerja dua pemimpin NUJ, Hata Wahari dan Amran Ahmad yang lantang mengkritik isu kebebasan media dan pengurusan syarikat tersebut.
-malaysiakini

Engine Mounting Punca Utama Kerosakan Gearbox? (Gambar)

Tranungkite
Tahukah anda, engine mounting yang bermasalah akan menghasilkan gegaran? Setiap gearbox boleh terima sentapan, tetapi TIDAK untuk GEGARAN... ini kerana komponen dalaman gearbox terlalu sensitif terutama sekali pada bearing, clutch dan seal dalaman. Gegaran boleh menyebabkan mekanisma pada komponen dalaman gearbox terganggu... ia boleh menghala pada kerosakan.

Macam mana nak tahu engine mounting masih elok atau bermasalah? Kami kongsikan pada anda beberapa tips untuk kenal pasti masalah mounting pada kereta anda. Hanya untuk GEARBOX AUTO sahaja...

Sebahagian mounting sahaja yang bermasalah:

- hidupkan engine kereta
- dari N, tekan break dan masuk gear D
- kemudian cuba untuk gear R
- anda akan ada rasa gegaran pada steering kereta untuk SALAH SATU GEAR sahaja... sama ada D atau R.

Keseluruhan mounting bermasalah:

- hidupkan engine kereta
- dari N, tekan break dan masuk gear D
- kemudian cuba untuk gear R
- gegaran pada steering berlaku pada KEDUA-DUA GEAR (D dan R)

Tindakan yang perlu anda lakukan:

- pergi ke workshop, buat pemeriksaan pada engine mounting
- mounting yang pecah perlu diganti dgn kadar segera
- jika tidak diganti, gearbox kereta anda dalam keadaan berisiko

Cara untuk mencegah kerosakan dalaman gearbox di peringkat awal:

Sangat disyorkan pada anda untuk menggunakan Gearbox Treatment kami sebagai pencegahan awal berlakunya KEROSAKAN dan KEHAUSAN pada komponen dalaman gearbox... terutama sekali pada bearing, clutch dan seal dalaman. Kita tidak boleh nak anggarkan berapa kuat gegaran yang dihasilkan, jadi pencegahan awal sangat penting sebelum komponen dalaman gearbox mula bermasalah...

Dengan menggunakan Teknologi Bio Oil serta beberapa Additive untuk Merawat, Gearbox Treatment kami mampu mencegah masalah pada gearbox di peringkat awal... insyaAllah. - mydebat.com

"Kematian perlahan" Najib sudah dijangka awal media asing?

MALAYSIA DATELINE
Datuk Seri Mohd Najib RazakPerdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak dilihat seolah-olah bagai tenggelam dalam lumpur kerana amalan rasuah yang tidak pernah dilihat di rantau ini selepas zaman Presiden Ferdinan Marcos di Filipina.

Satu episod yang memalukan dapat dikesan berlaku terhadap seorang pemimpin negara yang dianggap malang sebagai pendokong parti dominan di negara ini, Umno.

Tulisan Roger Mitton dikolum Opinion bertajuk "Najib's Slow Death"  dalam Myanmartimes.com yang disiarkan setahun lalu pada 2015 itu dipetik, antara lain menyatakan skandal 1MDB ini terkait dengan anak tiri Najib, Reza Aziz dan Jho Low.

"Cukup untuk mengatakan anak tiri Najib, Reza Aziz adalah orang yang bertanggungjawab bagi kebanyakan masalah yang disebabkan oleh 1MDB.

"Dana kekayaan negara yang telah hilang berbilion ringit daripada 1MDB kerana rasuah dan salah urus ditambah pinjaman tidak berbayar yang cukup besar.

"Dana nampaknya dikuasai hampir sepenuhnya oleh Najib, Reza dan Jho Low- walaupun tidak berkaitan dengan Jenifer Lopez dan Paris Hilton atau lain-lain," ujarnya.

Tulisan itu juga menyebut tidak ada alasan yang jelas mengapa dan kenapa hal ini boleh berlaku? Hanya untuk diingat bahawa Najib berada di bawah kekuasaan isterinya Rosmah yang mana tindakannya itu mengagalkan suaminya dilihat sebagai seorang perdana menteri yang berkredibiliti.

Apa sebenarnya terjadi kerosakan peribadi ke atas Najib adalah perkara remeh berbanding kesan bencana kerugian besar 1MDB ke atas ekonomi Malaysia yang semakin rapuh.

Sudah tentu ada kebimbangan di atas skandal 1MDB, sistem kewangan negara akan menghadapi kesukaran sepertimana krisis kewangan di Asia pada 1997 lalu.

Ini kerana sumber ekonomi Malaysia bergantung kepada eksport utamanya petrolium dan minyak sawit.

Masalah ekonomi pula diburukkan lagi degan kemerosotan sokongan politik dalam negara menurut laporan itu dipetik.

Sebagai rekod perkembangan terkini pada 21 Julai, tahun ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ( DOJ) memfailkan saman sivil untuk menyita aset-aset yang diperoleh menggunakan wang yang dikatakan digelapkan dari 1MDB, dana pelaburan kerajaan.

Langkah menyita aset terlibat dengan skandal 1MDB oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat hanya satu langkah permulaan sebelum proses mendakwa individu terlibat seperti anak tiri Perdana Menteri, Reza Aziz, Jho Low dan individu dinamakan ‘Malaysia Official 1’ (MO1) di mahkamah.

Cara Uruskan Kereta Kemalangan Tanpa Mengalami Kerugian (Sila Share)

Malaysian Crime Watch
Korang tau, ramai lagi yang belum tahu pasal cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta, akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.

Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil longkai (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen. Jangan tandatangan! Sebab kalau korang tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans korang.

Jangan sesekali tandatangan dokumen tu, dan longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini. Jadi apa tindakan korang? Cakap je kat dia, "saya nak towing je". Biasa nya kena caj dalam Rm200-300.

Towing kereta korang ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana. Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair. Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.

Lepas tu, tiba lah babak paling best. Tiba giliran korang pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.

Caranya? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan. Contoh lah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM10,0000. Jadi korang boleh claim 10k dekat tokey bengkel sebab korang dah bagi job kat tokey bengkel tu. Sebab tu lah longkai biasanya bergaduh berebut rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.

Dan lagi best, korang boleh claim lost of use pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari. Lepas tu bengkel bagi angaran siap dalam 1 bulan. Jadi korang boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.

RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900.

Korang layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use. Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, korang tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ni maximum 3 bulan je.

Cuma kat sini perlu hati hati dengan dua perkara. Pertama, pastikan bengkel tu tukar part atau barang kat kereta yang rosak tu. Sebab sesetengaj bengkel kuat kencing. Dorang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak. Lepas repair, mintak pihak insurans email kan senarai dan data part yang bengkel tu tukar. Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau dorang taknak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.

Kedua, hati hati dengan longkai bila dorang cakap, "hantar kat bengkel saya je lah". Itu kencing je. Sebab longkai takde bengkel. Dia pancing je tu.

Share artikel ini kalau berguna.