"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

'Polis bengis macam nak makan saya' - Datuk A Samad Said

NONETindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan.



"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja.

"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.

Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci".

Menghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara "bengis".

"(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendak makan saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat bewarna putih itu.

NONE
Berbeza dengan demonstrasi pertamanya pada Mac 2007 bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), A Samad kali ini menempuh pelbagai rintangan.

Selipar, bukan sepatu Nike

Beliau bukan sahaja hilang capal, tetapi hilang garam, tuala kecil dan air mineral yang dibawanya bagi menangi gas pemedih mata dan meriam air daripada pihak polis.

"Saya seharusnya diapit dua orang peguam, (tetapi) dua orang peguam pun hilang (setelah gas ditembak)," katanya yang mengakui sudah menjangkakan pendekatan keras itu akan diambil pihak berkuasa.

Pada Sabtu itu, dengan baju basah akibat air hujan dan meriam air, A Samad terus berjalan kira-kira 10 kilometer menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

NONE"Saya berkaki ayam separuh jalan, berbatu-batu. Ada anak muda hendak beri saya sepati Nike. Ini saya fikir sepatu yang cantik sangat, saya tak mahu.

"Kemudian orang beri saya sepatu yang besar, saya gunakan sebab hendak berjalan agak susah. Sampai di Hotel Midah, Kampung Attap, ada orang membelikan saya selipar. Jadi lepas itu dia pula berkaki ayam," kata A Samad.

Pengarang novel Salina itu juga menyuarakan rasa terharunya pada semangat perpaduan dan hormat menghormati semua bangsa pada hari itu demi mencapai matlamat bersama ke arah pilihan raya yang bebas dan adil.

"Ada anak India hendak bagi sepatu dia, anak Cina hendak beri sepatu dia. Saya merasa amat bangga.

"Tidak pernah saya melihat satu kelompok orang muda yang berbilang bangsa itu bersatu oleh satu cita-cita. Itu sangat membanggakan," kata A Samad Said lagi.
-malaysiakini-

Cikgu gila seks, suka selak kain anak murid



BEBERAPA keping salinan gambar menunjukkan kelakuan 

buruk seorang guru di Batu Caves, Selangor.

KUALA LUMPUR: “Cikgu membisikkan perkataan kotor di telinga saya dan bertindak menyelak baju sehingga butang tercabut.” Demikian catatan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Batu Caves dekat sini yang mendakwa diganggu secara seksual dan kerap dimaki oleh seorang guru lelaki sejak kira-kira dua tahun lalu. Selain itu, guru berkenaan didakwa berkelakuan pelik apabila kerap menampar dan menendang kaki murid-murid lelaki dan perempuan di sekolah tersebut sesuka hati tanpa sebarang sebab.
Seorang bapa kepada salah seorang mangsa, Hairul Jasry Jamaluddin, 30, mendakwa, anaknya risau setiap kali hendak ke sekolah sejak akhir-akhir ini ekoran perbuatan guru tersebut. “Saya telah buat aduan kepada pihak sekolah setelah membaca catatan pada nota anak saya. “Bagaimanapun, saya kurang puas hati kerana pihak sekolah tidak mengambil tindakan dan saya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dua hari lalu,” katanya di pejabat Kosmo! di sini semalam.
Seorang lagi bapa, Sujari Hassan, 42, mendakwa, anaknya telah beberapa kali mengadu tentang kelakuan guru tersebut sejak tiga bulan lalu. “Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh anak saya bahawa guru itu menyelak kain dan cuba memegang kemaluannya di hadapan rakan yang lain,” katanya. Seorang lagi pengadu, Mohd. Safee Soefjan, 47, berkata, beberapa guru di sekolah itu mengakui sikap pelik guru terbabit dan mereka turut mempunyai bukti termasuk catatan beberapa mangsa.
-kosmo-

Suara Didik Umno Mula Bersuara

http://4.bp.blogspot.com/_m0Ilqnv4tAs/TUzohReoZDI/AAAAAAAAB_0/T48EYwOifwI/s350/YBhg.Prof.Dr.Sivamurugan%2BPandian.bmpDewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) kesal suara sumbang ahli akademik yang umpama keldai Umno dan alat kepada kuasa kezaliman mulai wujud sepertimana kenyataan Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. P.Sivamurugan yang mencadangkan agar mempertimbangkan tindakan melucutkan kerakyatan mana-mana individu atau pihak yang cuba mencetuskan revolusi dengan memburuk-burukkan negara ini bukan berdasarkan realiti tetapi lebih kepada emosi atau suara Umno semata-mata.

Sepatutnya ahli akademik berhujah berdasarkan ilmu dan fakta yang bukannya kepada laporan media arus perdana semata-mata yang jelas berat sebelah bagi menafikan impak sebenar kebangkitan rakyat pada himpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang telah berlaku pada 9 Julai yang lalu.

Bagi kami definasi revolusi adalah keterlaluan bagi perkara yang tersirat di dalam himpunan tersebut dan terlalu jauh perkara yang dimaksudkan. Sepatutnya definasi dan memahami maksud demonstrasi sebenarnya jelas dan berlaku pada himpunan 9 Julai tersebut dalan konteks perlakuan himpunan yang dirancangkan.

Bagi kami Dr Sivamurugan dan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam terlalu dangkal politik dan tidak faham Perlembagaan Negara yang cukup luas taksirannya bentuk demokrasi dalam negara kita.

Kami ingin mencadangkan dalam bentuk ilmiah untuk bersemuka dengan para ahli akademik dan mencabar berdebat isu Perlembagaan dan Undang-Undang Negara bagi memastikan hujah dan pandangan mereka telah lari dan membentuk satu permahaman songsang erti demokrasi dalam negara kita.

Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Rosmah Beli Cincin Berlian Juta-Jutaan, Biarlah, Diakan CEO PERMATA. KAH! KAH!

mazwandi
 Ada orang kata, sesiapa yang buat demo pada pemerintah adalah buat kerja haram. Sesiapa yang berhimpun untuk menyatakan sesuatu kepada pemerintah, adalah berdosa. Maksudnya, sahabat yang menghunus pedang kepada khalifah dan berkata lebih kurang "Jika Khalifah memerintah dengan tidak adil, dengan pedang ini kami ingatkan", maka berdosa besar sangatlah sahabat Nabi itu? Orang Melayu ini beragamakan Melayu atau Islam sebenarnya?

Ginilah, jika kome Melayu suka sangat diperintah umno sampai mati, silakanlah, apa yang umno buat sepanjang memerintah Tanah Melayu ini, kome semua terima sahajalah. Yang baik ke, yang buruk ke, yang menipu ke, yang merasuah ke, yang menfitnah ke, yang mengC4 ke, kome semua terima sahajalah sebab umno itu pemerintah kome.

Cumanya, sejahat-jahat PM umno sebelum ini yang memang jahat lagi korup, diorang semua tidak adalah pula membenarkan isteri mereka membeli cincin berlian berharga juta-jutaan. Memang ada bekas-bekas PM membelikan atau membenarkan isteri mereka membeli cincin berlian mahal-mahal, mungkin juta juta RM, namun sehingga harga RM24.4 juta, atau USD24.4 juta, ini memang tahap PM C4.

Kot ye pun Rosmah hendak meroyan sangat memakai cincin juta-jutaan, tidak perlulah cerita pada kastam. Kan ke sudah buat naya pada diri sendiri, orang ramai sudah tahu, selama beliau pergi ke New York dahulu, bukannya apa, sahaja hendak menghabiskan duit rakyat. Rakyat tahulah dia itu CEO Permata, tetapi,janganlah sampai buat kerja gila mempermatakan jari gemukdia itu sehingga puluhan juta RM. Imelda Marcos kalah.

Jacob & Co. Ni adik beradik APCO ni. Sama bangsa
Kita bersangka baiklah (kah! kah!), ini RM24,584,400, bukan USD24,584,400.


Tetapi, jika difikirkan, memang inilah kerja si Rosmah semenjak dari dahulu lagi. Dahulu lagi power. Siap ceraikan suami dan dan menceraikan isteri pertama Najib dengan Najib, sebabnya, hendak kahwin dengan Najib. Semua orang tahu cerita dia ni. Apalah sangat cerita beli cincin bernilai puluhan jutaan RM.

Apa-apa pun, disebabkan kita Melayu dan Rosmah adalah isteri pemimpin, maka kita sebagai rakyat marhaen tidak boleh menderhaka kepada mereka, sebab mereka pemimpin, biarlah Rosmah hendak beli under wear bernilai RM30 juta sekalipun, adalah perkara dosabesar dan haram menderhaka kepada pemerintah. Sebab apa? Sebab kita Melayu, beragamakan Melayu dan diperintah oleh umno melayu, maka segala apa yang dibuat umno, adalah maksum. Bodoh punya Melayu....

http://ibnmustaffa.blogspot.com/

Tuan Ibrahim: Azizan Hanya Laksanakan Undang-undang Sedia Ada


SHAH ALAM, 16 JULAI: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang diluluskan oleh Umno-Barisan Nasional(BN) ketika mentabir negeri itu sebelum ini.
Justeru, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kritikan MCA dan akhbar media arus perdana terhadap kekangan program hiburan semasa Ramadan sebagai “janggal”.
"Apa yang dibuat oleh kerajaan negeri Kedah hanyalah menguatkuasakan peraturan yang sedia ada.
"Enakmen yang dilaksanakan di negeri Kedah ini adalah enakmen yang telah dibuat pada tahun 1997 oleh kepimpinan Umno-Barisan Nasional(BN). Dimana MCA antara kompenan yang menyokong pindaan pada waktu itu,” kata beliau kepada TVselangor.
Beliau berkata apa yang dilakukan oleh Azizan hanyalah melaksanakan undang-undang yang sudah pun lama diluluskan.
Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang wujud sejak 1997 melarang
pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar serta di  warung kopi, karaoke dan disko.
Pengecualian diberikan untuk pertunjukan berkaitan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat ia tidak menimbulkan kekacauan, selain mendapat sokongan daripada pegawai pelesenan.
Tuan Ibrahim menggesa semua pihak memberi kerjasama sebagai menghormati kemuliaan Ramadan dan tidak menjadikannya sebagai modal politik terbaru Umno-BN.
Tambahnya, langkah yang diambil oleh pihak kerajaan negeri Kedah amat sesuai dengan imej Malaysia sebagai negara Islam. 
" Undang-undang dah ada, tapi apa makna ada undang-undang sekiranya tidak dikuatkuasakan? Jadi kerajaan negeri hanya melaksanakan undang-undang sedia ada," kata beliau.
"Jadi untuk melarang kerajaan negeri supaya  tidak menguatkuasakanya, saya fikir ia satu tindakan yang tidak betul. Sebab, sepatutnya jika sudah ada undang-undang kita perlu menggalakkan penguatkuasaanya barulah ia dihormati oleh rakyat," tambahnya.
"Bagi PAS dan DAP kita boleh duduk berbincang supaya kita dapat memahami  perkara tersebut dengan lebih baik dan tak perlulah kita jadi polimek kerana kita ada platform untuk berbincang," tegas Tuan Ibrahim.
-tvsnews-

Risalah lucah ditabur di masjid, sekolah


Harakahdaily
LENGGONG, 16 Julai: PAS kawasan Lenggong semalam membuat satu laporan polis berhubung penyebaran risalah berunsur lucah oleh pihak tidak bertanggungjawab di beberapa buah sekolah, surau, masjid dan tempat-tempat awam di sini.

Laporan itu dibuat di balai polis Lenggong diketuai Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak, merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Razman Zakaria bersama 50 masyarakat (gambar) kampung di sini.

Razman berkata, risalah mengandungi gambar lelaki dan wanita dalam keadaan berbogel itu ditemui oarang ramai di Masjid Gua Badak, Masjid Kampung Kuak, Sekolah Azalan Shah, Pasar Pekan Lenggong, kedai makan kampung Sumpitan dan kampung Tanpan Air.

"Setelah mendapati isi kandungan risalah lucah tersebut dengan jelas, saya bergegas kebalai polis bersama-sama masyarakat Melayu, Cina, India di daerah Lenggong untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

"Kami juga membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Islam Lenggong, bagaimanapun kakitangan pejabat yang ditemui menjelaskan bahawa, perkara itu diluar bidang kuasa mereka," katanya lagi.

Difahamkan risalah tersebut ada kaitan dengan video seks yang disebar di internet yang didedahkan oleh trio Umno yang mengaitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya lagi, tindakan itu menimbulkan kemarahan masyarakat di sini kerana telah mencemar tempat-tempat penting institusi masyarakat Masyarakat di daerah itu.

"Persoalannya sekarang, mengapakah gerombolan-gerombolan yang mengedarkan risalah ini mahu menjatuhkan maruah tertuduh, sedangkan gerombolan-gerombolan ini telah menjatuhkan maruah, akhlak, moral mereka sendiri daerah Lenggong pada ketika ini.”

Selaku Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Lenggong, Razman berkata, Pakatan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan hina tersebut yang kini dilihat sangat terdesak sehingga terpaksa menggunakan politik lucah.

Rosmah Mansor Bernilai RM70 JUTA hingga RM80 JUTA

mohdnoorawang
photoKita bongkar dan dedah lagi ROSMAH MANSOR @ ROSMAH BERLIAN BINI PM NAJIB. Cukup jelas bini Najib  yang memakai cincin berlian berharga RM73 JUTA MENGGUNAKAN WANG RAKYAT ATAU MENDAPAT WANG SECARA TIDAK SAH DENGAN BERSENDARKAN SUAMIMYA SEBAGAI PERDANA MENTERI.

Berita arus perdana pembodek UMNOporno yang jahat dan zalim menulis berita ROSMAH MANSOR ISTERI PM NAJIB MENABUNG DUIT ATAU SIMPAN DUIT SECARA SIKIT SIKIT UNTUK MEMBELI BARANG PERHIAS TUBUH ROSMAH SEPERTI CINCIN  JAM DAN LAIN LAIN TATAHIAS TUBUH MONTEL ROSMAH MANSOR @ ROSMAH BERLIAN @ ROSMAH RM.

Cuba anda kirakirasecara anggaran harga diri bini Najib SEMASA BERSAMA LAWATAN RASMI ATAU TIDAK RASMI  (sebagai *****uh dan anggaran )
BAJU ROSMAH MANSOR                                  RM20,000.00
SELUAR DALAM DAN BAJU DALAM.                     RM3000.00
KAIN DALAM                                                   RM2000.00
KASUT DAN STOKIN                                         RM6000.00
KAIN SELENDANG                                             RM3000.00
GELANG TANGAN                                              RM1.6 JUTA
CINCIN BERLIAN                                              RM73 JUTA
JAM TANGAN                                                    RM2.3 JUTA
BEG TANGAN ROSMAH                                       RM 40,000.00
SUBANG ROSMAH                                             RM30,000.00

SECATA TOTAL SELURUH YANG ADA PADA DIRI ROSMAH MANSOR @ ROSMAH BERLIAN  DIANGGARKAN BERJUMLAH RM70 JUTA HINGGA RM80 JUTA.

Harga diatas hanya dibuat secara anggaran mungkin lebih tinggi lagi. Kerana Rosmah bini Najib insan yang paling pandai menabung wang. 

Jika benar Rosah pandai menabung wang sampai puluhan juta ringgit semasa hayatnya ianya MERUPAKAN SATU REKOD DUNIA YANG DIBUAT OLEH MANUSIA YANG BERNAMA ROSMAH MANSOR BINI PM NAJIB. MALAH TIDAK ADA MANUSIA YANG BOLEH MEMECAH REKOD ROSMAH SEORANG WARGA NEGARA MALAYSIA.

Sekali lagi diingat kepada akbar arus perdana jangan memperbodohkan warga Malaysia dengan artikal yang bertajuk "Rosmah Mansor menabung wang untuk membeli cincin berlian atau lain lain yang terdapat atau dipakai oleh Rosmah Mansor atau Rosmah berlian.

Rakyat Malaysia mahu satu penyiasatan secara terbuka bagaimana Rosmah menabung wang sampai puluhan juta, jika ianya betul Rosmah seharus dilantik menteri Kewangan Malaysia.

Rakyat Malaysia mahu satu badan bebas dan SPRM dan Polis serta Bank Negara menyiasat secara  telus dan jujur. Rakyat ingin tahu dan tidak mahu menghukum Rosmah dan Najib tanpa diadili oleh satubadan bebas atau SPR dan Bank Negara.

Rosmah dan Najib jangan menggunakan lidah akbar arus perdana senagai bahan penafian. Rosmah dan Najib perlu tampil dengan penafian yang berfakta dan beralaskan undang undang negara Malaysia.

Rosmah dan Najib serta pemimpin UMNO dan BN jangan bohong dan menipu rakyat dan makan wang negara secara rasuah.

Disegerakan satu penyiasatan yang telus bagaimana Rosmah dan Najib menabung wang sampai  puluhan juta. Najib dan Rosmah jangan tipu rakyat.

Perlu diingat Rosmah dan Najib dikatakan terlibat dengan kematian gadis Mongolia. Najib sendiri dikatakn terlibat dengan rasuah puluhan juta dalam kes pembelian peralatan tentera.

Ayuh kita tumbang BN/UMNO dalam PRU13. Biarkan najib tersungkur dan diadili dimakamah yang telus.

Rejim Kini Berdepan Dengan Para Doktor Yang Bukan Diupah

wfauzdin_ns

MALAYSIAKINI melaporkan, para doktor yang menyaksikan tindakan pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut jika kenyataan yang dikeluarkan semalam disangkal oleh kerajaan. Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini.


Nampaknya rejim semakin hilang arah setelah mereka melakukan dosa besar terhadap rakyat yang mahu menuntut keadilan. Bagaimana rejim yang berperangai Yahudi ini mahu menjawab kepada waris dan keturunan Almarhum Baharudin yang terkorban semasa berjuang menuntut keadilan di negara ini?

Bagi menutup dosa-dosa mereka, rejim ini mengunakan media haprak yang menjadi tali barut mereka untuk menipu rakyat dengan berita seolah-olah rejim ini teramatlah baik kepada rakyat jelata. Maka timbullah cerita makanan sedap, lazat sehingga mencapai RM 25 seorang untuk tahanan di lokap setelah mereka disembur, dan ada yang dipijak, disepak dan dimaki hamun. Kita tidak pertikaikan duit makan itu datang dari poket mereka atau duit rakyat walaupun mereka mengungkitnya saban hari. Apa yang kita tahu rakyat datang puluhan ribu ke Ibu Kota bukan untuk menyembah dan melutut di tangan rejim meminta makanan yang lazat itu.

Hari ini, para doktor pula mula merasa bosan dan meluat dengan perangai rejim yang tidak berubah. Kenyataan di atas sudah cukup membayangkan bahawa tidak semua doktor boleh dibeli hati dan perasaan mereka. Seramai 11 orang doktor tersebut hanyalah sebahagian yang mewakili ribuan doktor yang tidak bodoh untuk menyokong kezaliman rejim. Kerjaya doktor adalah untuk menyelamatkan nyawa manusia bahkan binatang juga. Apakah mungkin ada doktor yang sanggup melihat manusia dizalimi? Mungkin ada, tetapi terlalu sedikit bilangan doktor yang boleh melanggar etika dan menjual prinsip kemanusiaan mereka.

Saya tetap yakin, sebagai bekas tentera saya mempunyai ramai teman yang masih berkhidmat di dalam tentera. Mereka kesemuanya melihat perkembangan yang berlaku sekarang serta memerhatikan sejauh mana rejim mahu mempamirkan kekuatan dan kekuasaannya. Benar, tentera tidak boleh berpolitik dan berpihak, tetapi mereka juga manusia yang mempunyai akal dan fikiran serta peri kemanusiaan bukan seperti `anjing upahan'.

BERSIH 2.0 : Tembak kuning...mengadap kuning !

tokpepijat
Selepas titahkan sembur dan tembak kepada BERSIH 2.0 menerusi "hambanya" IGP Ismail, PMNajib , Rosmah dan Menteri Polis sepupunya Hishamudin terbang ke London.
Barangkali untuk tenangkan fikiran dan lari dari warna kuning.

Malang sungguh kepada anak Tun Razak yang berbisnes dengan Razak Baginda, hajat dihati mahu lari dari kuning. Akhirnya masuk mengadap Queen yang berpakaian kuning.

Merah sungguh bibir PMNajib. Merahnya bukan kerana make-up tetapi malu yang amat sangat.

Hey anak Tun Razak ! Itu sindiran untukmu dari Queen. Bukan saja-saja Queen pakai busana kuning semasa jumpamu!

Queen biasanya memakai baju putih ketika menerima tetamu luar negara. Tetapi tidak untuk PMNajib.

Malulah PMNajib...selepas sepak terajang, tumbuk, gari, tembak, sembur baju kuning.... pergi mengadap baju kuning!

Keluarga Baharudin tuntut KPN mohon maaf

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 17 Julai: Keluarga peserta himpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia, Allahyarham Baharudin Ahmad, menuntut Ketua Polis Negara memohon maaf dengan segera kepada mereka dan seluruh rakyat Malaysia kerana menyalahgunakan kuasa dan kekerasan terhadap rakyat.

Tuntutan ini terkandung bersama 4 lagi tuntutan lain dalam memorandum yang diserahkan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Mereka yang hadir bersama peguam Pakatan Rakyat mahu kesemua pegawai polis termasuk pegawai tinggi yang memerintah operasi di kawasan tersebut digantung tugas sehingga selesai penyiasatan kes ini dan penyiasatan yang komprehensif tanpa sebarang percubaan untuk melindungi mana-mana pihak dijalankan dengan segera.

Selain itu, turut dituntut agar laporan penuh penyiasatan ini dicetak dan disiarkan kepada orang awam serta tindakan pendakwaan dibawa ke atas semua pegawai polis tanpa mengira ketinggian pangkat yang bertanggungjawab di atas kematian arwah.

Peguam N. Surendran berkata, pihak polis secara tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak bersalah dalam insiden tersebut sebelum siasatan menyeluruh dibuat.

"Kami berada di sini hari ini kerana tidak puas hati dengan sikap dan tindakan polis. Tanpa siasatan menyeluruh, percubaan melindungi kesalahan mereka telah bermula," katanya yang juga naib presiden PKR.

Menurutnya juga, polis tidak boleh berdolak dalik dalam perkara ini kerana pihak peguam sedang mengumpulkan bukti bergambar yang menunjukkan polis menggunakan gas pemedih mata secara berlebihan.

"Ini merupakan satu jenayah. Tulang rusuk arwah patah,gigi patah, luka di bibir,apa penjelasan polis?

"Kita ada 'footage' kekasaran polis dan saksi sendiri nyatakan sewaktu allahyarham bergelut dalam kesakitan,tiada polis datang membantu," katanya.

Memorandum tersebut diterima oleh ASP Shafiei Mohamad dan kemudiaanya dipanjangkan kepada pegawai atasan, Ramly Mohamed Yusuf atas permintaan mereka.

Sementara itu, abang Allahyarham, Kasim Ahmad berkata, beliau akan terus menuntut pihak polis bertanggungjawab di atas kekejaman mereka.

Beliau yang merupakan pesara tentera juga berkata, rakyat termasuk allahyarham cuma pencinta demokrasi dan polis tidak wajar bertindak kasar ke atas mereka.

"Rakyat cuma keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil tapi polis khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein jadikan Kuala Lumpur seperti Gaza, penuh huru-hara, jalan semua ditutup, menyusahkan orang ramai," katanya.

Turut bersama dalam penyerahan tersebut ialah seorang lagi naib presiden PKR, peguam R. Sivarasa dan ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga seorang peguam bersama kira-kira 20 aktivis Bersih 2.0.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, A. Rajaratanam melahirkan rasa kesal dengan sikap polis yang enggan menghulurkan bantuan meskipun menyaksikan allhayarhan sedang tenat.

"Masa arwah sedang tenat, saya minta polis panggil ambulans tapi mereka enggan.Polis beruniform tidak layan pun permintaan saya.Jadi minta polis jelaskan perkara ini," katanya.

Komisyen ketiga dibayar untuk Scorpene: Suaram

cynthia gabriel and unknown man ops scorpeneKhamis depan, rakyat Malaysia berpeluang mendengar maklumat secara langsung daripada peguam Perancis bahawa "lebih besar" komisyen dibayar oleh pegawai kerajaan "peringkat amat tinggi" di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam pada 2002.

Di Pulau Pinang, Peguam William Bourdon dijadual mendedahkan perjanjian dengan syarikat Perancis DCNS dalam acara kutipan dana yang digelar 'Ops Scorpene'.

NGO hak asasi Manusia Suaram menganjurkan majlis makan malam itu di mana aktivisnya Cynthia Gabriel, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan turut berucap.

Gabriel (lihat gambar) mendakwa, bukti baru ditemui bahawa komisyennya "lebih besar" daripada sebelumnya dibayar kepada syarikat perunding Malaysia Perimekar Sdn Bhd.
-malaysiakini-

Bersih 2.0 : Polis Akui Salah Guna Dana Awam


SHAH ALAM, 16 JULAI: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mempersoalkan sejauh mana kebenaran polis membelanjakan sebanyak RM25 seorang untuk menyediakan makan dan minum kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 yang ditahan pada 9 Julai lalu?

“Jika benar, ini bermakna pihak polis sudah menyalah guna dana awam ketika menyediakan makan minum peserta yang ditahan,” ujar beliau yang dipetik dari laman blognya semalam.

Badrul Hisham, yang dikenali sebagai CheguBard, berkata demikian bagi merujuk laporan media yang memetik kenyataan polis apabila cuba membela diri kononya semua peserta Himpunan Bersih diberikan layanan sempurna.

“Bila ditanya kepada mereka yang ditahan, rata-rata memberitahu bahawa mereka makan ayam goreng, sayur, sambal dan nasi kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang?” soalnya.

“Pergilah ke mana-mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1,000 orang makan secara buffet…..rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan,” jelasnya.

Chegubard berkata, ini bermakna, polis mengeluarkan belanjawan RM25 untuk seorang daripada wang rakyat. Mana pergi lagi RM20? Ini melibatkan salah guna kuasa.

Justeru itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melaksanakan tugasnya untuk menyiasat perkara ini.

Menurut CheguBard, perkara seperti ini sememangnya sudah lama berlaku dimana makanan dalam lokap tidak pernah diperiksa berapakah harga yang diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan serta siapa yang bertanggungjawab meraih keuntungan ‘rasuah’ tersebut?

“Satu lagi teori menurut mereka yang ditahan, jumlah peserta demonstrasi Bersih sebenarnya menjangkau lebih 3,500 orang tetapi sebaliknya yang diisytiharkan ditahan hanya lebih 1,000 orang,” katanya.

Tambahnya, beliau mahu pihak polis memberi penjelasan mengenai adakah benar sebanyak RM25 dibelanjakan untuk seorang peserta dan adakah jumlah yang ditahan melebihi dari jumlah yang diisytiharkan.
-tvsnews-

'Pelacur pun bercuti untuk sertai BERSIH'

Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin mendakwa, beliau difahamkamkan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat, sehingga terdapat pelacur yang mengambil cuti untuk menyertainya.
NONE"Pada 9 Julai, sebelum perhimpunan, (saya) ada (bersembang dengan) seorang (aktivis) Cina buat tinjauan. Beliau terlibat dengan sebuah NGO, menemuramah pelacur di Lorong Haji Taib.

"Beliau kata, ada pelacur minta cuti untuk bersama-sama dengan perhimpunan BERSIH. Saya diberitahu begitu. Saya percaya dia (aktivis) bercakap benar kerana beliau bersama dengan NGO.

"Kalau pelacur minta cuti untuk bersama dengan BERSIH, ini (menunjukkan) BN dah teruk. Pelacur pun tak sokong BN," katanya disambut dengan gelak ketawa dan tepukan kira-kira 200 hadirin yang hadir dalam ceramah di Gombak malam tadi.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, perkara itu membuktikan rakyat pelbagai lapisan mengakui lapan tuntutan BERSIH sebagai permintaaan yang munasabah.
rafidah aziz kuala kangsar parliament seat court case 040708 ahmad jamaluddin and hanipaDitemui Malaysiakiniselepas menyampaikan ceramahnya, Mohamed Hanipa (kanan, berkaca mata) bagaimanapun berkata, aktivis itu memberitahunya, pelacur berkenaan mengambil keputusan menyertai BERSIH setelah perhimpunan itu hebat diperkatakan di media.

Dalam ceramah bertajuk "Betulkah ganas himpunan BERSIH?" di Taman Melewar, Mohamad Hanipa juga berkata perhimpunan tersebut berjaya "menghapuskan" ketakutan rakyat terhadap BN.

"Mereka boleh tahan, boleh dakwa, dengan (harapan) tindakan itu kita (menjadi) takut. Mereka silap. Pada 9 Julai, rakyat Malaysia telah menghapuskan ketakutan kepada kerajaan BN," katanya.
'Gembira melawan BN'
Turut hadir berceramah Naib Presiden PKR N Surendran, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Dr Mariah Mahmud dan anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat.

Mohamed Hanipa berkata, walaupun rakyat menerima pelbagai ugutan atau ancaman daripada polis, semua bangsa dan agama tetap bersatu dalam perhimpunan tersebut.

"Ini kerana kemuncak kemarahan mereka tidak dapat dibendung disebabkan tindakan polis," kata pengamal undang-undang itu.
NONEBeliau juga mengkritik tindakan polis yang didakwa merempuh motosikal yang dibiceng oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sehingga menyebabnya ligamen lututnya terkoyak.

"Cara mereka tangkap Mat Sabu, langgar... (Macam) tidak ada nilai nyawa dan keselamatan. (Macam) tak ada nilai," sambil menambah Mohamad terpaksa diambil keterangan di balai polis Jinjang dalam keadaan dipapah selepas mendapat rawatan di hospital.

"Kezaliman ini, saya tidak pernah lihat (sebelum ini)," tegas Mohamed Hanipa yang mendakwa menyaksikan insiden itu berlaku di depan matanya.

Bagaimanapun, beliau yang turut ditahan polis bersama ramai pemimpin Pakatan Rakyat berkata merasa "gembira sebab melawan BN" - tindakan yang didakwa menimbulkan rasa pelik pihak polis.
PKR: Berjalan untuk Baharuddin
Sementara itu, Surendran yang terkenal sebagai peguam hak asasi manusia mengutuk apa yang disebut sebagai keganasan polis, khususnya ekoran kematian kontroversi Baharuddin Ahmad selepas menyertai perhimpunan itu.
NONEDakwanya, sekiranya polis tidak menggunakan kekerasan dan membenarkan BERSIH menggunakan stadium, sudah tentu allahyarham masih lagi hidup.

"Beliau wira kita, jadi (ini) salah siapa? Sabtu lalu, beliau berjalan untuk kita (BERSIH), maka esok pagi kita berjalan untuk Baharuddin.

"Saya tidak akan lepaskan (perkara ini) untuk mendapatkan keadilan kepada keluarganya dan rakyat Malaysia," katanya.

Pagi ini, Surendran (
kanan) dijadual berhimpun di ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung kematian Baharuddin.

Sementara itu, Wong pula berkata, antara kejayaan lain perhimpunan itu, semua kaum kini lebih "berasa dekat" sesama mereka.

"Cakap-cakap, video, gambar dan tulisan tentang hari (perhimpunan) itu, ramai yang menyebut mereka rasa terharu pada saat genting semasa polis berkelakuan ganas.

"Orang Melayu dan India memberi (mereka) garam dan air. Bagi orang Cina yang kali pertama, tidak pernah (merasai pengalaman itu) sebelum ini.

"Orang Melayu tahu, mereka (kaum Cina) tidak pernah datang, tetapi rakan Melayu beritahu, awak pergi dulu, kami di belakang. Mereka (kaum Cina) rasa dekat sekali," katanya yang mendapat tepukan hadirin.
BERSIH: Kita disatukan kezaliman
Menceritakan pengalamannya pada perhimpunan tersebut, Wong berkata perhimpunan tersebut menggambarkan persaudaraan "1Malaysia yang bersih" antara kaum.
flash mob read newspaper upside down 020510 wong chin huatWong (kiri) berkata, perhimpunan itu juga turut melahirkan "Malaysia 2.0" kerana berjaya menghilangkan rasa was-was dan prasangka antara kaum, budaya, warna kulit dan agama.

Ini kerana, dakwanya kemerdekaan yang dikecapi selama ini "tidak berjaya memerdekakan diri sepenuhnya" di kalangan rakyat Malaysia.

"Tuhan menciptakan (manusia) berlainan (bangsa dan budaya) supaya kita berkenal-kenalan. Dalam tempoh itu kita saling mensyaki antara satu sama lain.

"Kita disatukan oleh kezaliman... 1Malaysia tinggal sebagai propaganda," katanya.

-malaysiakini-

Semburan dan serbuan polis ke hospital tak beradab, kata bekas Inspektor

Hospital dan rumah ibadat ialah kawasan larangan bagi polis membuat serbuan mahu pun semburan air kimia ketika himpunan aman. Maka tindakan yang dilakukan polis ketika himpunan Bersih minggu lalu adalah tidak beradab, kata bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak, Voon Lee Shan.
Menyatakan semua tangkapan pada hari tersebut sebagai tidak sah, Voon menjelaskan peserta himpunan yang dikasari perlu mempertahankan hak mereka, termasuk mendakwa kerajaan dan polis.
“Sedangkan orang yang bersalah atas dakwaan jenayah pun wajib diberi hak keselamatan dan perlindungan. Apa lagi peserta himpunan aman?
“Kalau orang yang dah berlindung di hospital pun – ditangkap, itu tak beradab. Tak berperikemanusiaan,” kata Voon yang  pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Pendakwaraya di Kuching selama 7 tahun.
Beliau menjelaskan, polis selalunya beralasan tindakan mereka dengan tujuan mempertahankan keselamatan dan menguatkuasa  undang-undang.
“Tetapi polis perlu ingat, peserta himpunan juga mempunyai hak yang termaktub dalam undang-undang.
“Artikel 10 Perlembagaan Pesekutuan melindungi hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman. Undang-undang itu lebih unggul (superior) daripada Akta Polis yang kononnya digunakan untuk membenarkan tangkapan,” katanya kepada Keadilandaily.
Ditanya mengenai serangan dan tembakan gas pemedih mata terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di KL Sentral, Voon memaklumkan melalui pemerhatiannya, polis tidak mematuhi kaedah standard operasi (SOP)
“Mereka tidak berunding atau memberikan masa. Malah, tembakan amaran yang dilepaskan tak mengikut prosedur yang sepatutnya berjarak masa yang munasabah.
“Ini melampaui batas,. Kerajaan wajib bertanggungjawab atas tindakan mereka,” jelas Voon.