"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Enggan berasmara jika jalan tak diturap

Bogota: Sekumpulan wanita di pekan kecil Barbacaos, barat daya Colombia dilaporkan melancarkan mogok seks kedua dalam tempoh dua tahun, menuntut agar jalan raya ke daerah terpencil mereka diturap semula.

Digelar sebagai “pergerakan silang kaki”, kumpulan wanita terbabit enggan berasmara dengan pasangan mereka hingga jalan raya yang menghubungkan pekan kecil itu ke seluruh negara diperbaiki, menurut seorang wartawan berpangkalan di Colombia, John Otis.
Dan tindakan mereka mungkin membuahkan hasil. Akhbar tempatan melaporkan yang kerja pembinaan mula dilakukan di jalan sehala yang dalam keadaan sangat uzur itu hinggakan perjalanan ke hospital berdekatan mengambil masa 14 jam dan ramai penduduk yang sakit mati sebelum sempat tiba ke hospital.

“Jika anda mahu menghantar satu kontena barangan Colombia ke China, kos untuk membawanya ke pelabuhan Colombia lebih mahal berbanding kos menghantar barangan itu dari pelabuhan Colombia ke China,” kata Otis.

Wanita di pekan itu pertama kali melancarkan mogok enggan berasmara dengan pasangan mereka pada 2011 sebagai membantah keadaan jalan raya yang uzur, dengan hakim Marybell Silva turut menyertai mogok itu selepas menyaksikan seorang wanita muda mati bersama anak dalam kandungannya kerana ambulans terkandas di jalan raya dan gagal tiba tepat pada waktunya di hospital. 
-Agensi/hmetro-

Polis siasat kes video lucah pelajar

Jakarta: Polis di bandar raya ini semalam melancarkan siasatan terhadap beberapa orang berhubung rakaman video lucah di sebuah sekolah menengah rendah membabitkan dua pelajar.

Jurucakap polis berkata, setakat ini 17 orang sudah disoal.

“Mereka terdiri daripada 10 pelajar yang melihat kejadian itu dan merakamnya, empat kakitangan sekolah berkenaan- pengetua, timbalan pengetua, kaunselor dan seorang guru serta tiga pengawal keselamatan.

“Kami sudah menyoal mereka,” katanya.

Polis mula terbabit dalam kes berkenaan apabila ibu bapa pelajar perempuan dalam video itu yang dipercayai berusia sekitar 15 tahun membuat laporan mendakwa pelajar berkenaan dipujuk melakukan aksi lucah terhadap seorang lagi pelajar oleh rakan sekolah mereka yang mengancamnya dengan pisau.

Polis masih belum menyoal kedua-dua pelajar itu.

Seorang remaja, 15, melarikan sebuah bas persiaran sejauh 50 kilometer sebelum terlibat dengan kemalangan

Pasir Puteh: “Suspek beri alasan mahu bersiar-siar dan mengejutkan apabila dia mengakui tidak pernah membawa atau memandu mana-mana kenderaan termasuk kereta sebelum ini dan itulah kali pertama dia memandu bas,” kata Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal.

Beliau mengulas mengenai kejadian remaja berusia 15 tahun bertindak nekad melarikan sebuah bas persiaran berharga RM400,000 atas alasan mahu bersiar-siar.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi remaja itu apabila bas berkenaan terbabit dalam kemalangan selepas dipandu sejauh 50 kilometer dari pusat mencuci kenderaan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu hingga ke bulatan Wakaf Tuan Fahrer, Jalan Nara di sini.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam semalam, pelanggan di sebuah kedai makan berhampiran bulatan Wakaf Tuan Fahrer, Jalan Nara, di sini, terkejut apabila mendapati pemandu sebuah bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan di bulatan itu adalah remaja lelaki berusia 15 tahun.

Remaja dari Kampung Cherang, Panji, Kota Bharu, itu dikatakan melarikan bas berkenaan yang sudah dicuci di pusat mencuci kenderaan di Pengkalan Chepa sebelum memandunya sejauh kira-kira 50 kilometer ke bandar ini.

Bagaimanapun, bas dipandunya terbabas di bulatan berkenaan selepas dipercayai gagal dikawal.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Razali, 45, berkata dia bersama beberapa rakan serta penduduk kampung sedang minum di kedai makan itu apabila dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

Katanya, mereka bergegas ke tempat kejadian bagi menghulurkan bantuan selepas melihat sebuah bas persiaran merempuh bulatan itu.

“Pada awalnya, kami sangkakan pemandu terbabit mengantuk menyebabkan dia hilang kawalan sebelum merempuh pagar bulatan itu, namun terkejut sebaik mendapati pemandunya adalah seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.

“Hanya remaja lelaki itu saja berada dalam bas persiaran itu tanpa ditemani oleh sesiapa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, penduduk cuba bertanya kepada remaja itu, tetapi dia gagal menjawab dengan sempurna dan kelihatan separuh sedar selain mukanya pucat lesi.

“Saiz tubuh remaja itu agak kecil dan jika dibandingkan dengan kenderaan besar yang dipandu sejauh 50 kilometer itu, memang tidak logik kerana hanya pemandu mahir saja yang boleh memandunya.

“Namun, dia bernasib baik kerana tidak terbabit dalam sebarang kemalangan teruk sepanjang perjalanannya itu.

“Remaja itu kemudian diserahkan kepada anggota polis sebelum dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Pasangan KEKASIH GELAP mati dipenggal

Kandahar: Sepasang kekasih muda ditemui mati dengan kepala masing-masing dipenggal, dipercayai kerana terbabit hubungan sulit.

Polis masih menyiasat sama ada keluarga wanita berkenaan terbabit dalam pembunuhan yang berlaku di wilayah Helmand itu.

Helmand terletak di selatan Afghanistan dan undang-undang rasmi tidak dikuatkuasakan, selain menjadi kubu Taliban. Abang lelaki yang dibunuh itu berkata, pasangan kekasih terbabit berlindung di rumahnya baru-baru ini selepas si wanita berusia 20-an melarikan diri dari rumah.

Isnin lalu, 10 lelaki memecah masuk rumah mereka yang terletak berhampiran Lashkar Gah dan menculik pasangan terbabit.

Pegawai polis tempatan, Mohammad Ismail Hotak berkata, sehari kemudian orang ramai menemui dua mayat di tanah perkuburan.

“Polis pergi ke situ untuk menyiasat dan menemui pasangan terbabit dalam keadaan kepala mereka terputus,” katanya. Berdasarkan siasatan, katanya, pemuda yang dibunuh itu bercadang mengahwini kekasihnya tetapi tidak mendapat restu keluarga. 
-AFP-

Hukum bunuh dan salib perompak yang membunuh

Ustaz Zaharudin Muhammad
Saya cukup merasa sedih dengan peristiwa pembunuhan Norazita Abu Talib. Tambah terkejut apabila mengetahui bahawa beliau adalah penduduk di kawasan berhampiran dengan tempat saya Kota Damansara, iaitu di Subang Suria, tempat yang saya kerap berkuliah juga.

Saban hari berita pembunuhan demi pembunuhan. Sampai bila akan berakhir? Terus terang saya sebut, punca kepada semua ini adalah perundangan di samping masalah ekonomi. Terbukti hari ini kegagalan sistem konvensional di dalam mengatasi semua permasalahan ini.

Ekonomi konvensional menjadikan rakyat terjebak di dalam kemelut kewangan sehingga segelintir sangup melakukan apa sahaja dan hilang kewarasan sehingga sanggup membunuh orang lain kerana harta. Undang-undang yang korup ciptaan manusia menambah parah bukan sahaja tidak mampu mencegah segelintir manusia yang hilang kewarasan, bahkan kadang kala membuka jalan pesalah-pesalah terlepas.

Keluarga NORAZITA ABU TALIB dalam konteks undang-undang hari ini, mampu melihat pembunuh keluarga mereka ditangkap dan selepas itu hanya dengari khabar dari jauh. Jika didadapati bersalah, pun hanya dengar khabar dari jauh. Kehilangan tetap kehilangan, kesedihan tetap kesedihan, geram tinggal geram kepada penjenayah, tetapi hanya mampu mendengar dari jauh hukuman terhadap penjenayah.

Dulu kita dengar CEO yang sepatutnya menjadi pagar, akhirnya pagar makan padi dengan pecah amanah. Pegawai-pegawai kerajaan yang diamanahkan jaga harta rakyat, akhirnya dia sendiri yang tidak amanah dengan penemuan audit negara dari tahun ke tahun. Pengawal yang sepatutnya kawal bank dari perompak akhirnya pengawal sendiri yang merompak dan membunuh warga kerja bank. Apa nak jadi dengan Malaysia ya Allah!

Rakyat terus bodoh dengan mempertahankan perundangan konvensional yang korup. Penjenayah yang ditangkap, diberi makan dengan duit rakyat dalam penjara, kerajaan saban hari dapat untung daripada kompaun yang dikutip, mangsa jenayah terus menjadi mangsa tanpa pembelaan, mangsa jenayah dan keluarga mereka terus dihimpit kesedihan dan bebanan perasaan tanpa ada tindakan yang memuaskan hati mereka.

Lihat dalam Islam, hukuman ke atas perompak seperti dalam kes ini:

إﻧﻤﺎ ﺟﺰاء اﻟﺬﯾﻦ ﯾﺤﺎرﺑﻮن اﻟﻠﻪ ورﺳﻮﻟﻪ وﯾﺴﻌﻮن ﻓﻲ اﻷرض ﻓﺴﺎدا أن ﯾﻘﺘﻠﻮا أو ﯾﺼﻠﺒﻮا أو ﺗﻘﻄﻊ أﯾﺪﯾﻬﻢ وأرﺟﻠﻬﻢ ﻣﻦ ﺧﻼف أو ﯾﻨﻔﻮا ﻣﻦ اﻷرض ذﻟﻚ ﻟﻬﻢ ﺧﺰي ﻓﻲ اﻟﺪﻧﯿﺎ وﻟﻬﻢ ﻓﻲ اﻵﺧﺮة ﻋﺬاب
ﻋﻈﯿﻢ

Maksudnya: Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. (Al-Maidah: 33)

Hukum bunuh dan salib bagi perompak yang mengambil harta dan membunuh mangsa boleh dikatakan sepakat. Tetapi bagaimanakah cara pelaksanaannya. Adakah disalib (ikat pada tiang) dahulu kemudian bunuh, atau bunuh kemudian salib mayatnya?

ﻓﻈﺎﻫﺮ ﻣﺬﻫﺐ اﻟﺸﺎﻓﻌﻲ رﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ أن ﯾﻘﺘﻞ ﺛﻢ ﯾﺼﻠﺐ وﻗﯿﻞ: ﯾﺼﻠﺐ ﺣﯿﺎ ﺛﻢ ﯾﻄﻌﻦ ﺣﺘﻰ ﯾﻤﻮت ﻣﺼﻠﻮﺑﺎ، وﻫﻮ ﻗﻮل اﻟﻠﯿﺚ ﺑﻦ ﺳﻌﺪ ،وﻗﯿﻞ :ﯾﺼﻠﺐ ﺛﻼﺛﺔ أﯾﺎم ﺣﯿﺎ ﺛﻢ ﯾﻨﺰل ﻓﯿﻘﺘﻞ .

Maksudnya: Menurut pendapat kuat di dalam mazhab Syafei, perompak (yang membunuh dan mengambil harta), hendaklah dibunuh (terlebih dahulu) dan disalib (diikat pada tiang). Ada juga berpendapat, ia disalib hidup-hidup dan ditikam sehingga mati. Pendapat ini pendapat Imam Al-Laith bin Saad. Ada pendapat yang menyatakan: disalib selama 3 hari, kemudian dirungkai ikatannya dan dibunuh.

Sebahagian pendapat melihat, keluarga si mati paling berhak menikam si perompak sewaktu berada di ikatannya.

Bagi yang melihat rakaman perompak menembak mangsa tanpa belas kasihan, maka paling wajar hukuman yang boleh menjadikan hati keluarga mangsa terubat, menginsafkan perompak yang lain daripada mengulangi perkara yang sama, maka saya yakin, inilah hukuman terbaik.

Jika keluarga mangsa diberikan pilihan, cara Islam ini paling boleh mengubat hati dan kesedihan keluarga si mangsa berbanding undang-undang konvensional yang mengabaikan pihak keluarga si mangsa.

Saya tidak tergamak nak upload gambar si mangsa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, Al-Fatihah.

Ya Allah, amankan Malaysia dengan undang-undang-Mu. Insyaallah, kami akan terus berjuang sehingga undang-undang-Mu yang adil dapat ditegakkan, seterusnya keamanan daripada jenayah akan dapat dikecapi.
________________________________________
Penulis ialah Ahli Majlis Syura Ulamak PAS

Seorang remaja perempuan, bakal pengantin dibakar 'hidup-hidup' oleh bapanya sendiri

SANAA:  Seorang bapa di Yaman sanggup bertindak kejam, membakar anak perempuannya berumur 15 tahun hingga mati kerana dipercayai bertemu tunangnya sebelum hari perkahwinan mereka.

Menurut laman web polis tempatan, suspek berumur 35 tahun dari kampung Shaaba di wilayah selatan tanah tinggi Taez itu bakal didakwa kerana menyebabkan kematian anaknya.

Tindakan membunuh anak perempuan, isteri atau saudara perempuan yang dianggap mencemarkan maruah keluarga adalah perkara biasa di negara itu, walaupun dikecam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan pemerhati hak asasi manusia.

Difahamkan, tindakan tidak berperikemanusiaan seperti itu masih diamalkan kebanyakan rakyat miskin di negara semenanjung Arab dan ia sering melangkaui writ kerajaan pusat.
-Al Arabiya/sinar-

Inilah senarai panjang permintaan Dr Mohamad Agus Yusof dan kawan2nya untuk Kelantan

Dr Mohamad Agus Yusof
Bersama ini saya sertakan senarai panjang permintaan kawan-kawan yang saya susun serta berikan kepada kerajaan negeri untuk semakan dan penilaian lanjut semua. Permintaan kawan-kawan supaya saya sampaikan komen, permintaan dan cadangan kepada kerajaan negeri saya lakukan dan diterima dengan baik oleh Menteri Besar (MB) dan timbalannya (TMB), kita dan mereka menyampaikan ucapan terima masih kepada usaha kita.

Hasil daripada usaha kita ini, ada tiga pelabur berjumpa saya secara peribadi dan meminta kerjasama saya untuk menolong mereka mendapatkan tapak tanah bagi membina kilang yang dapat menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 700 jawatan kepada rakyat Kelantan dan seorang lagi mahu membina hotel tiga bintang di Bachok. Seorang lagi memohon tanah untuk mengusahakan pertanian di Loging.

Saya menilai hanya dua projek yang saya sebutkan awal sahaja reliable dan saya sampaikan hal ini kepada kedua-dua MB dan TMB. Mereka menyambut baik dan meminta pelabur tersebut memohon melalui saluran yang betul dan berjanji akan meminta UPEN menilai hal ini dengan cepat dan cekap.

Selepas ini, saya akan lanjutkan usaha ini dengan kerajaan pusat pula dan akan berjumpa dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam masa yang terdekat bagi menyampaikan hasrat rakyat Kelantan kepada kerajaan pusat pula. Saya akan meminta soalan yang sama daripada kawan-kawan semua nanti.

Akhirnya, marilah kita sama-sama berperanan memajukan negeri kita. Terima kasih atas semua kerjasama yang diberikan.

Pengurusan kerajaan tempatan

1. Kebersihan bandar teruk sangat. Kutipan sampah sarap tidak terurus. Cadang sediakan banyak tong sampah dan belikan lori sampah.

2. Tandas awam kotor dan tidak terurus. Tidak menggambarkan Kelantan sebagai sebuah negeri Serambi Mekah.

3. R&R Gua Musang kotor sebagai tempat makan dan singgahan. Tandasnya juga tidak terjaga. Tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pintu masuk ke Kelantan.

4. Tempat buang sampah dan tong sampah di bandar tidak disediakan.

5. Restoran dan kedai makan kotor. Contohnya, medan selera belakang pantai timur. Tempat makan memang ramai, tetapi persekitarannya tidak bersih dan penuh dengan tikus dan lalat. Tempat parkir juga teruk dengan jalan yang berlubang hingga apabila hujan, air bertakung.

6. Sistem perparitan bandar yang kotor dan tersumbat dan berbau busuk. Apabila hujan pula, air mudah melimpah jalan. Lihat HUSM.

7. Papan tanda yang uzur. Mohon kerajaan negeri melengkapkan papan tanda di jalan-jalan utama, khususnya pintu masuk ke Kelantan seperti di Gua Musang.

8. Ceriakan landskap Kota Bharu dan bandar utama. Sekurang-kurangnya tanam rumput di sepanjang jalan dan bersihkan kawasan tepian jalan secara berkala, terutama di laluan utama yang sentiasa dilalui oleh pengunjung luar. Misalnya, di Kota Bharu, tidak ada pokok bunga yang sedap mata memandang. Kalau ada pun sedikit sahaja dekat dengan bulatan jam saja. Di Rantau Panjang paling kotor dengan sampah yang bersepah.

9. Kerajaan negeri perlu perbaiki kelemahannya jika mahukan rakyat membayar cukai pintu dan lainnya.

10. Perancangan bandar lemah dengan pembinaan rumah dan taman perumahan yang tidak tersusun.

11. Kerajaan negeri perlu sediakan ruang penjaja kecil yang lebih tersusun, selesa dan kemas kerana kawasan pasar Siti Khadijah sudah padat. Bersihkan juga kipas angin dan longkang di Pasar Siti Khadijah.

12. Sediakan tong sampah bagi setiap taman perumahan. Rakyat tidak puas hati kerana cukai pintu kena bayar, tapi tong sampah dan lampu jalan tidak disediakan.

13. Rakyat cadangkan penguatkuasaan ke atas kebersihan dilakukan seperti di Singapura. Mesti saman biarpun RM5.

14. Untuk menangani kebersihan, usaha terapkan pendidikan di kalangan masyarakat (contoh melalui kuliah agama, khutbah Jumaat, roadshow ke sekolah) dan tindakan penguatkuasaan.

15. Wajibkan setiap premis perniagaan mempunyai tong sampah yang standard untuk diletakkan di luar premis.

Agama

1. Masjid tidak ada penjagaan.

2. Tandas masjid kotor.

3. Masjid dikelilingi dengan pengemis dan tidak ada tindakan yang diambil seperti Masjid Muhamammadi.

Politik

1. Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menunjukkan komitmennya dalam melaksanakan hudud?

2. Apakah langkah yang diambil untuk merapatkan hubungan ulama dan profesional dalam pentadbiran kerajaan negeri sekarang?

Kebajikan sosial

1. Pengemis yang ramai, mengapa tidak ambil tindakan? Mana Jabatan kebajikan masyarakat? Mana wang zakat?

Perumahan rakyat

1. Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk melaksanakan agenda perumahan rakyat? Apa kemajuannya setakat ni?

2. Selain rumah kos rendah, kerajaan negeri perlu juga beri perhatian pada rumah kos sederhana. Jangan hanya bina projek kondo mewah, tetapi bina juga apartmen di bawah RM150,000.

3. Rakyat mengeluh kerana harga rumah di Kelantan juga tinggi seperti di Kuala Lumpur.

4. Rakyat mahu tahu berapa projek preumahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri setakat ini dan projek perumahan yang sedang dibina pada 2013 dan akan dibina pada tahun berikutnya.

Masalah air

1. Bila kerajaan negeri mahu selesaikan masalah air rakyat? Apa tindakan yang diambil setakat ini?

2. Kerajaan sediakan tangki air kepada rakyat supaya bila tidak ada air, setiap rumah sudah ada simpanan air di tangki.

3. Tindakan untuk mengatasi masalah air berkarat dan juga tekanan air yang perlahan.

4. Bilakah masalah air di Kelantan akan dapat diatasi oleh kerajaan negeri?

Pengangkutan dan lebuh raya rakyat

1. Sejauh mana kerajaan negeri serius untuk menyiapkan lebuh raya rakyat? Ini kerana tidak ada peruntukan dalam bajet 2014. Jika kerajaan tidak ada peruntukan untuk siapkan lebuh raya rakyat, mengapa tidak beri kepada syarikat swasta untuk siapkannya dengan bayaran tol dikenakan kepada rakyat?

2. Mencadangkan kerajaan negeri membuka tender tol, tetapi tender tersebut hendaklah telus dan tidak dirahsiakan dari pengetahuan rakyat. Jika tendernya telus, rakyat sanggup untuk membayar tolnya.

3. Rakyat mohon kerajaan sediakan laman web yang up-to-date untuk melaporkan perkembangan lebih raya rakyat.

4. Jika kerajaan negeri tidak mampu untuk menyiapkan lebuh raya rakyat sekarang, mohon buat bypass di persimpangan lampu isyarat Gua Musang-Kota Bharu dan persimpangan lampu isyarat Guchil kerana inilah punca kesesakan.

5. Kelantan perlukan road map jangka panjang untuk kemudahan pengangkutan awam rakyat. Selain jalan menghubungkan antara bandar ialah mengatasi kesibukan di bandar Kota Bharu. Apa tindakan kerajaan negeri setakat ini untuk mengatasi masalah kesesakan ini?

6. Kerajaan negeri perlu campur tangan dalam sistem bas ulang alik. Sudahlah perkhidmatannya sejam sekali, waktu pun tidak tepat dan ini membazirkan waktu.

7. Mohon kerajaan negeri bina satu lagi jambatan menghubungkan Machang-Tanah Merah atau hidupkan semula Jambatan Kusial.

8. Minta kerajaan negeri baiki banyak jalan yang rosak.

9. Minta kerajaan negeri baiki dan tingkatkan jalan Kota-Bharu-Pasir Puteh.

10. Minta kerajaan negeri buat flyover dari pejabat kerajaan negeri Kota Darul Naim melepasi Wakaf Che Yeh sampai ke lampu isyarat Tendong bagi mengelakkan kesesakan dekat kawasan Wakaf Che Yeh.

11. Gaji pekerja Jurutera Perunding Zaki (JPZ) yang tidak dibayar hingga sekarang. Seminggu sebelum Aidil Fitri, gaji dibayar separuh bagi bulan Januari dan tidak dibayar lagi sejak Januari hingga Mei. Sudah berapa kali pekerja berjumpa pihak berwajib, tapi tidak selesai. Surat terbaru dari Baldah Toyibah tambah menyakitkan hati pekerja JPZ.

Pendidikan

1. YIK kekurangan guru terlatih dan tidak terlatih.

2. Bilakah hendak selesaikan masalah guru kontrak yang bekerja melebihi lima tahun dengan YIK?

3. YIK perlu tubuhkan sekolah vokasional Islam

4. Kerajaan negeri sediakan kolej teknikal supaya dapat memahirkan anak Kelantan untuk memenuhi jawatan profesional.

5. Kerajaan negeri wujudkan satu maahad tahfiz sains bagi setiap daerah dengan memulakannya sejak dari sekolah rendah lagi.

6. Minta YIK tingkatkan dua perkara: infrastrukur sekolah agama rakyat yang terlalu daif dan meningkatkan lagi sistem pembelajaran yang lebih baik supaya setanding dengan sekolah kerajaan.

7. Mohon kerajaan buat pemantauan yang agresif ke atas kemudahan infrastruktur sekolah YIK dan juga sistem pengajaran dan pembelajarannya.

8. Bagaimana dengan status sekolah agama negeri (SAN) dan SAR? Masih terbuka lagi ke untuk diserap ke status SABK (sekolah agama bantuan kerajaan). Ramai yang mengeluh dan tertanya-tanya apa sebabnya masih tidak diserah?

Kewangan negeri

1. Apa tindakan dan strategi kerajaan negeri untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri tanpa hanya bergantung kepada hasil balak dan hasil sedia ada? Rakyat tidak mahu lagi mendengar alasan kerajaan negeri tidak boleh uruskan pembangunan negeri kerana masalah dengan kerajaan pusat atau tunggu duit royalti sahaja.

2. Bagaimana dengan status pengunaan Dinar dan Dirham serta pencairannya? Rakyat yang menyimpannya mengadu kerana simpanan mereka masih belum dapat dicairkan untuk keperluan harian. Mereka membeli masa harganya tinggi dan sekarang, KGT sendiri pun tidak berusaha untuk mempromosikan penggunaannya lagi. Di Kota Bharu, belum ada satu pun kedai yang mahu menerima Dirham untuk belian barangan.

Kalau ditanya pada KGT, jawapan mudah yang diberi adalah tidak tahu, dan banyak panggilan tidak dijawab.

Pelancongan

1. Apa tindakan kerajaan negeri untuk menarik pelancong luar ke Kelantan?

2. Mengapa kerajaan negeri tidak menjaga tempat rekreasi sehingga Kelantan yang kaya dengan ekopelancongan sepi aktivitinya? Contoh Pantai Sri Tujuh, siapa yang menyelia kawasan ini kerana pantainya kotor dan tidak terurus.

3. Apa rancangan untuk memajukan tanah tinggi Lojing menjadi kawasan pelancongan seperti Cameron Highlands? Mengapa tidak dibuka ladang sayur dan strawberi serta menyediakan kemudahan hotel untuk penginapan?

4. Rakyat mahukan tempat rekreasi yang boleh dikunjungi seisi keluarga. Jika adapun sudah terabai seperti zoo di Kuala Krai, hutan lipur Bukit bakar, Jeram dan lainnya. Selain itu, surau dan tandas yang ada di kawasan ini kotor sekali sehingga tidak tergamak menggunakannya. Mengapa kolam air panas Tok Bok tidak dimajukan macam kolam air panas di Baling, Kedah?

5. Mohon jadikan kawasan Tok Bali betul-betul sebagai pusat pelancongan.

6. Mengapa kerajaan Kelantan tidak membangunkan flora dan faunanya? Melaka menggunakan setiap inci dan ruang yang ada untuk menambah daya tarik ke negerinya. Ada Jeram Pasu, Jeram Linang dan lainnya. Jika tidak mampu usahakan, kenapa tidak diswastakan?

7. Majukan kelebihan yang ada seperti kebudayaan dan kesenian.

8. Beca adalah salah satu keunikan Kelantan, namun semakin pupus kerana pendapatannya tidak seberapa. Mengapa tidak menjadikan beca sebagai ikon Kota Bharu seperti di Penang dan Melaka? Mengapa tidak sediakan sedikit peruntukan untuk penarik beca ini menghias beca mereka dan sediakan kawasan khas untuk mempromosikan beca mereka?

Perindustrian

1. Apakah sektor perindustrian tempatan yang kerajaan Kelantan bangunkan sekarang ini? Bagaimana dengan industri pertukangan, perak, emas, wau bulan, batik dan lainnya?

2. Apakah strategi yang diambil oleh kerajaan negeri untuk membangunkan teknologi industri pertanian?

3. Apakah pelan infrastruktur untuk masa depan pembangunan perindustrian di Kelantan?

4. Apakah strategi kerajaan untuk menarik pelabur domestik atau asing? Mengapa permohonan serius pelabur untuk memohon bantuan kerajaan negeri sukar dilayan dan mendapat kelulusan? Kesan kelembapan pengurusan kerajaan negeri ini ialah berlakunya brain drain.

5. Tingkatkan industri pembuatan budu dan keropok, jika boleh dipasarkan sehingga ke Eropah. Thailand jual budunya sehingga ke Eropah dan Amerika.

6. Rakyat mahu tahu program yang dirancang berkaitan dengan pembangunan usahawan dan keusahawanan.

7. Mengapa kerajaan negeri tidak gunakan teknologi tinggi untuk industri perkapalan di Tok Bali bagi membolehkan nelayan kita guna kapal besar untuk ke laut. Ramai anak muda Kelantan berkebolehan dalam bidang bina kapal dan penyelenggaraan.

8. Bagaimana dengan perkembangan industri gelatin halal?

9. Berapakah projek industri yang ada dalam perancangan kerajaan negeri dan berapakah bilangan pekerjaan yang boleh diwujudkan dari perindustrian ini?

Sukan dan belia

1. Apakah dasar sukan kerajaan negeri untuk meningkatkan sukan negeri supaya boleh cemerlang di peringkat negara?

2. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan aktiviti belia?

3. Apakah perancangan negeri untuk mewujudkan taman rekreasi di setiap bandar bagi membolehkan anak muda dan warga tua berehat dan berjogging?

4. Apa tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah gejala dadah yang teruk dalam kalangan kaum belia? Masalah dadah jangan dilepaskan tanggungjawabnya kepada kerajaan Pusat sahaja. Kerajaan negeri juga perlu ikhtiar dengan memberi penerangan/kerjasama atau buat program untuk belia.

5. Mana janji kerajaan kepada Persatuan Bola Keranjang (KBA) untuk membina sebuah gelanggang bola keranjang awam untuk rakyat Kelantan? Janji ini diberikan oleh Exco negeri berkaitan pada waktu itu. Sila rujuk:

Kelantan sedia bina stadium baru

Pertanian dan penternakan

1. Apakah projek pertanian di tanah Lojing?

2. Apakah dasar projek pertanian untuk menyediakan keselamatan makanan kepada rakyat Kelantan?

3. Bagaimana status projek kambing jamnapari?

4. Bagaimana dengan projek padi organik?

5. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membantu petani supaya menjadi lebih efektif?

Perhutanan, tanah dan galian

1. Bagaimana dengan status lombong bijih besi yang kononnya mempunyai rezab sebanyak RM2 billion Ringgit? Rakyat mahukan penjelasan kepada dakwaan Datuk Husam Musa ini.

2. Rakyat minta kerajaan negeri bersikap telus dalam soal pemberian konsesi balak kerana maklumat dalaman mengatakan walaupun berlainan nama syarikat, tetapi sebenarnya hanya 2 ,3 orang Cina yang sama membolotnya.

3. Apakah inisiatif kerajaan untuk membangunkan tanah terbiar di Kelantan, lebih-lebih lagi tanah yang dahulunya adalah bekas penanaman padi?

4. Mengapa saban tahun tempat yang sesuai untuk menanam padi digantikan dengan bangunan? Mengapa tidak ambil model contoh Kuala Selangor?

5. Mengapa kompleks perkayuan Kelantan selalu rugi? Apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi kerugian ini?

6. Bagaimana dengan status hutan simpan gunung Stong yang dimohon untuk milikan oleh penduduk? Dahulunya kerajaan kata tanah tersebut boleh dipohon untuk milikan.

7. Bagaimana dengan perkembangan perlombongan emas di Sokor, Kuala Krai dan Gua Musang serta bijih besi di Felda Kemahang,Temangan dan Gua Musang?

8. Mengapa wujudnya sehingga lebih 200 perlombongan pasir yang terlalu banyak di sepanjang Sungai Kelantan? Akibatnya, berlaku beberapa kesan negatif seperti hakisan, pencemaran, merendahkan paras sungai dan suburnya amalan rasuah kepada pihak penguatkuasa PTG. Rakyat mohon kurangkan lesen perlombongan pasir ini kerana ia menyebabkan ekosistem sungai hancur.

9. Sejauh manakah kerajaan negeri mengadakan perundingan dengan peladang besar yang mempunyai lebih 200 ekar ke atas untuk meningkatkan pendapatan hasil negeri? 10. Mohon kerajaan negeri mengkaji semula kedudukan tanah terbiar laluan TNB semasa LLN dulu. Tanah berkenaan tidak dibayar LLN, hanya pampasan hak laluan sahaja yang diberi. Sepatutnya TNB membayar semula tanah ini mengikut harga semasa atau dikenakan terus pungutan hasil kepada TNB.

11. Bagaimana dengan dasar dan polisi pemilikan tanah di Jajahan Kuala Krai, Mukim Enggong secara khususnya? Ini kerana dasar kerajaan hanya membenarkan satu nama sahaja di atas mana-mana lot dan tidak membenarkan tanah di sini dipecah lot walaupun ia mempunyai keluasan untuk dibahagi. Isu ini akan menjadi masalah besar apabila ia melibatkan pembahagian harta pusaka dan akan menjadi lebih rumit apabila melibatkan generasi kedua dan ketiga.

12. Apakah status sebenar royalti minyak yang dikatakan milik kerajaan Kelantan? Rakyat minta kerajaan neegri menyediakan laman web khusus untuk melaporkan perrkembangan tentang hal ini.

13. Apakah langkah kerajaan negeri untuk memastikan pengeluaran bijih besi dikawal selia supaya tidak berlaku penipuan oleh pemaju? Mencadangkan supaya wujudkan mekanisme untuk pihak berkuasa tempatan atau kastam memantau proses pemindahan hasil bumi keluar dari Kelantan.

14. Pengeluaran bijih besi sekarang dieksport 100% keluar negara dan ini merugikan kerana kerajaan negeri hanya mengutip royalti sahaja. Mencadangkan supaya diwujudkan satu industri berkaitan besi dengan mensyaratkan supaya 30% daripada pengeluaran diproses dalam negeri dan eksport yang sudah siap. Pelabur juga disyarat mewujudkan satu kilang pemprosesan bagi menyediakan satu industri baru dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

15. Apakah betul bijih besi yang bercampur tanah telah dieksport melalui pelabuhan Tok Bali? Sekiranya ini benar, maknanya kita bersetuju menjual tanah kita kepada orang luar. Dalam konteks ini, kerajaan negeri dicadangkan memikirkan satu kaedah supaya yang dieksport ini adalah 100% bijih besi sahaja. Teknologi pengasingan ini dibina di Teluk Kalung, Kemaman dan ianya sepatutnya digunakan juga di Kelantan.

Pentadbiran dan governans

1. Rakyat tidak puas hati dengan tadbir urus dan ketelusan dalam membuat keputusan. Misalnya, rakyat mahukan sebarang kenaikan kos atau tarif di bawah bidang kuasa kerajaan negeri diumumkan terlebih dulu sebelum dilaksanakan untuk menunjukkan ketelusan kerajaan.

2. Sistem tender kerajaan perlu telus. Ikut Pulau Pinang yang menggunakan sistem tender terbuka, tapi Kelantan masih dengan sistem runding terus. Contohnya, pembinaan lebuhraya rakyat.

3. Rakyat minta kerajaan mewajibkan semua wakil rakyat terutama yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri untuk mengisytihar harta masing-masing. Jangan hanya pandai berceramah menggunakan cerita Khalifah Umar Abdul Aziz dan minyak kereta kerajaan jika pengisytiharan harta pun tidak berlaku.

4. Rakyat mahu tahu kewajaran kerajaan negeri yang hanya memilih calon daripada kalangan anak beranak dan suku sakat saja dalam menjawat setiap jawatan kosong yang diwujudkan. Kata rakyat, iklan jawatan kosong ada siap dengan jual borangnya sekali, tetapi akhirnya calon menunggu dari keluarga sendiri sudah ada. Jika begitu, apa gunanya iklankan jawatan kosong jika sudah ada calon?

5. Kerajaan negeri perlu tubuhkan Jawatankuasa Hibah bagi meningkatkan ketelusan dalam pentadbirannya seperti kerajaan Pulau Pinang yang ada CAT dan Selangor yang ada Selcat.

6. Pentadbiran Tanah dan Jajahan perlu dipertingkat untuk melicinkan perkhidmatan kepada rakyat dan menambahkan hasil negeri. Pejabat Penggawa perlu diperkasa bukan ditutup. Pengurusan tunggakan hasil tanah perlu diserahkan kepada penggawa seperti masa Datuk Asri dulu.

7. Pentadbiran tanah di peringkat mikro seperti pecah sempadan, pecah bahagian dan permohonan tanah baru diserahkan kepada Pejabat Penggawa. Satu badan pemantau perlu ditubuhkan kerana ada JET (Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah) yang opportunis. Contohnya, di mukim Meor Long Jeli, ada tanah lebih 100 ekar diluluskan kepada individu, sedangkan had sebenar yang boleh diluluskan adalah 50 ekar sahaja.

Lain-lain

1. Bila MB dan Exco hendak bertemu mata dan mengadakan dialog bersama dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang?

2. Tubuhkan sebuah entiti ilmuan seperti Majlis Profesor Negeri atau lain-lain demi memerah idea cendekiawan untuk membangunkan Kelantan.

3. Lantik penasihat ekonomi kerajaan Kelantan.

4. Bagaimana hubungan Pusat dengan negeri?

5. Apakah keajaan negeri mempunyai rancangan untuk memperkenalkan insurans perubatan kepada kakitangannya supaya mereka boleh ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan kerana mutu perkhidmatan dan masa menunggu di klinik dan hospital kerajaan lama.

6. Sebelum pilihan raya, Wisma Tok Guru dirasmikan di Kampung Padang Pak Amat Pasir Puteh, namun sehingga kini hanya rumput yang makin panjang. Apa perancangan kerajan negeri untuk Wisma ini? Mengapa tidak digunakan Wisma ini?

7. Rakyat mahu kerajaan negeri tetapkan gaji minimum untuk mereka yang bekerja di kedai makan dan juga pasaraya. Ini kerana gaji di Kelantan sangat rendah berbanding dengan gaji di negeri lain, hatta lebih murah daripada bandar Kuala Terengganu dan Kuantan.

8. Bagaimana dengan perkembangan projek stadium?

Cadangan

1. Adakan makmal bagi setiap portfolio untuk merangka strategi membangunkan negeri. Jemput sama pegawai kerajaan berkaitan dan juga pemimpin Umno untuk membincangkan hal ini.

2. Kerajaan negeri memperkasakan bahagian komunikasi korporatnya supaya aduan rakyat dapat dijawab dengan cepat oleh kerajaan negeri. Laman web juga perlu ditingkatkan untuk membolehkan kerajaan negeri berhubung dengan rakyat di alam maya.

* Penulis adalah pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tulisan ini disiarkan dalam Facebook beliau.

Makna kemenangan besar Pro-Mahasiswa di UKM

DARI FB AHMAD LUTFI OTHMAN
Tahniah buat rakan-rakan GMUKM (Pro-Mahasiswa di UKM) yang menang besar dalam PRK hari ini, khabarnya menguasai 22 daripada 27 kerusi yang dipertandingkan.

Tanggungjawab besar menanti anda, terutama untuk memberikan makna dan pengisian kepada gerakan pelajar yang matang, berwibawa dan berkesan.

Proses PRK yang bermula hujung Khamis lepas, dengan pelbagai karenah memalukan, khususnya komplot HEP ...(yang sewajarnya mengendalikan pilihan raya kampus dengan adil, bebas dan bersih), dan Kementerian Pendidikan, patut diambil iktibar.

Sesungguhnya tntutan agar PRK dikendalikan oleh badan bebas dan lebih berwibawa termasuk melibatkan mahasiswa sendiri -- dan bukan lagi HEP -- wajar diperjuangkan dengan lebih serius dan sistematik.

Ketempangan proses dan sistem PRK mesti didedahkan kepada masyarakat umum. Universiti yang sepatutnya menunjukkan teladan bagaimana demokrasi diamalkan, rupa-rupanya menunjukkan contoh buruk dan mengaibkan.

Dan yang tidak kurang pentingnya, anda mahasiswa, biar mempunyai kecenderungan politik berbeda, biar datang daripada kelompok Pro-M mahupun Aspirasi, atau juga Bebas, diharapkan dapat bersama dalam agenda gerakan pelajar yang lebih besar dan tulis. Bukan hanya terhadap dunia kampus tetapi juga memenuhi hasrat dan aspirasi umat-negara.

Malaysia kini berada di persimpangan yang kritikal dan amat memerlukan partisipasi proaktif rakyat, apatah lagi daripada golongan mahasiswa yang sedar, peduli, insaf dan tidak berkepentingan.

Salut buat mahasiswa semua ...

Hot Ahli UMNO Tak Puas Hati Pada Kak Jat Umum Keluar Parti

FB Azmawi Azizan.
Hasnizam Adham Hari ini saya akan hantar surat secara rasmi. Saya tidak mahu bersekongkol dengan Ketua Wanita Umno Malaysia    1)Sejak saya didaftarkan oleh orang dulu2 utk jadi ahli umno   2)Sejak saya telah lebih 10tahun jadi ketua pemuda umno cawangan  3)Sejak lebih 10tahun saya pimpin belia dicawangan saya  4)Dan pernah April 2008 saya dihalau oleh lebih 3000 hanya kerana saya bersuara yg tidak suka didengar oleh mereka di hotel singgah sana yg dihadiri oleh Tun Mahathir,Ds Khir Toyo,Datuk Mukhriz Mahathir,Dato Fuad Zarkasi  Tidak pernah saya jauh hati hingga mahu meninggalkan parti,waima pru13 pun saya 100% sokong dan undi umno walaupun ada kes2 individu yg mengguris hati saya sebagai ahli akar umbi  Tapi bila ketua wanita umno sedia ada masih bangga tidak sedar diri masih mahu berkuasa,saya tidak boleh terima lagi.  Saya tidak mahu bersekongkol lagi...  Selagi dia ada selagi itu saya tidak mahu jadi ahli parti umno lagi.  Saya serah surat secara rasmi walaupun belum ada orang hantar surat keluar parti.....saya buat...!  SAYA TIDAK TERIMA DS SHARIZAT SEBAGAI PEMIMPIN UMNO SEBAB DIA SUDAH TERPALIT ISU GAGAL URUS DANA RAKYAT.  DIA GAGAL...DAN TAK LAYAK
Hasnizam Adham Hari ini saya akan hantar surat secara rasmi. Saya tidak mahu bersekongkol dengan Ketua Wanita Umno Malaysia 

1)Sejak saya didaftarkan oleh orang dulu2 utk jadi ahli umno

2)Sejak saya telah lebih 10tahun jadi ketua pemuda umno cawangan

3)Sejak lebih 10tahun saya pimpin belia dicawangan saya

4)Dan pernah April 2008 saya dihalau oleh lebih 3000 hanya kerana saya bersuara yg tidak suka didengar oleh mereka di hotel singgah sana yg dihadiri oleh Tun Mahathir,Ds Khir Toyo,Datuk Mukhriz Mahathir,Dato Fuad Zarkasi .

Tidak pernah saya jauh hati hingga mahu meninggalkan parti,waima pru13 pun saya 100% sokong dan undi umno walaupun ada kes2 individu yg mengguris hati saya sebagai ahli akar umbi .

Tapi bila ketua wanita umno sedia ada masih bangga tidak sedar diri masih mahu berkuasa,saya tidak boleh terima lagi.

Saya tidak mahu bersekongkol lagi... Selagi dia ada selagi itu saya tidak mahu jadi ahli parti umno lagi.

Saya serah surat secara rasmi walaupun belum ada orang hantar surat keluar parti.....saya buat...!

SAYA TIDAK TERIMA DS SHARIZAT SEBAGAI PEMIMPIN UMNO SEBAB DIA SUDAH TERPALIT ISU GAGAL URUS DANA RAKYAT. DIA GAGAL...DAN TAK LAYAK

Nazri cetus kemarahan dengan komen "saya bunuh kamu" kpd sekolah Chin Woo

Malaysia Chronicle
‘BULI CINA’ Nazri cetus kemarahan dengan komen "saya bunuh kamu" kpd sekolah Chin Woo KUALA LUMPUR: Ahli-ahli politik pembangkang menyuarakan kemarahan atas kekasaran Menteri Pelancongan dengan kenyataan "Saya bunuh kamu " kepada sekolah jenis Cina Chin Woo, dan mereka menegaskan bahawa ini merupakan satu lagi contoh budaya parti pemerintah Umno yang sering mengugut kumpulan minoriti di negara ini.
"Tidak sesuai bagi seorang Menteri Kabinet dan ahli politik senior untuk menggunakan kata-kata seperti itu dalam apa jua konteks," kata Wong Chen, Ahli Parlimen Kelana Jaya kepada Malaysia Chronicle.

"Menteri itu perlu mengambil kira apa yang terbaik kepada sekolah dan pelajar-pelajarnya. Ini bukan soal ego dan maruah. Komen seperti ini tidak patut dikeluarkan. Ia adalah kata-kata orang yang sombong, mengancam dan mencerminkan imej buruk kerajaan BN," Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin memberitahu Malaysia Chronicle.

Pada sidang akhbar hari Selasa, Nazri dengan lantang memberi amaran kepada SJK (C ) Chin Woo yang terletak di Pudu untuk tidak membuat tuntutan ke atas ‘tanah kerajaan’, ‘ tanah saya’.

" Jika kamu lawan saya, saya akan lawan balik , saya akan bunuh kamu. Saya ambil balik tanah itu, jangan cabar saya. Itu tanah kerajaan , ia tanah saya.Tidak ada undang-undang di dunia yang akan berikan tanah itu pada kamu, kamu dah curi tanah saya selama 30 tahun dan mengaku ia milik kamu. Saya bawa kamu ke mahkamah," kata Nazri yang keras kepala.

"Tetapi jika kamu bersedia untuk mengaku bahawa kamu telah buat silap dan meminta untuk menggunakannya dan memajakkan tanah, okay , kita boleh duduk dan berbincang. Tak ada masalah. Nampak? Saya boleh diajak berbincang. saya akan kata, ' tulislah kepada saya ', cakaplah, ' Ya, tak ada masalah'. Saya seorang yang bermunasabah. Jangan lawan saya kerana itu tanah saya, saya akan tendang kamu keluar."

‘Itu tanah saya, saya akan tendang kamu keluar'
Perebutan tanah dengan Chin Woo berlaku setelah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bercadang untuk mendapatkan 15,000 kaki persegi tanah yang dimiliki oleh sekolah rendah Cina yang berusia 84 tahun itu untuk membina bangunan Warisan Kota dan projek restoran.

Tetapi, sekolah yang telah membina sebuah gelanggang bola keranjang di tapak itu 30 tahun yang lalu, membantah. Ini mencetuskan perang mulut berserta ugutan antara kementerian dan pegawai sekolah.

Walau bagaimanapun, menurut pengerusi lembaga sekolah Chin Woo, Tin Oo Fuan , satu penyelesaian telah dicapai dengan kerajaan yang menawarkan untuk memajak tanah itu kepada pihak sekolah selama 20 tahun dengan nilai RM1, 000 seekar. Sekolah dibenarkan untuk merunding semula perjanjian itu selepas 15 tahun.

Oo memberitahu bahawa dia telah dimaklumkan bahawa projek Kota Warisan telah dialih ke tapak lain di Wangsa Maju dan mesyuarat telah diadakan hanya beberapa hari yang lalu di antara beberapa wakil lembaga sekolah dan wakil kerajaan di ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
"Ini adalah tawaran yang terbaik. Tanah kami akan selamat , jadi mengapa tidak mahu menerimanya? Ini akan menjadi hadiah yang terbaik untuk masyarakat Cina ," kata Oo .

Mengapa Chin Woo perlu "meminta maaf"?

Jika Oo bercakap benar, maka kritikan yang dilemparkan terhadap Nazri kerana cuba membuli sekolah Cina adalah wajar.

"Nazri mesti menjelaskan mengapa dia perlu melemparkan kata-kata kesat terhadap Chin Woo . Apakah motifnya? Budaya jenis apakah ini? Kenapa dia sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab tidak tahu bahawa projek Kota Warisan telah dialihkan? Jika ya, mengapa dia menuntut permohonan maaf atau adakah bagi Nazri, tanpa meminta maaf , dia akan menyekat pajakan tanah kepada Chin Woo, " marah seorang aktivis sekolah Cina, yang tidak mahu namanya disiarkan.
"Jangan mempolitikkan apa itu pertikaian atas pemilikan tanah. Kami tidak kisah jika Nazri ingin menjadi jaguh bagi orang Melayu tetapi jangan buli orang Cina atau pijak kaum lain semata-mata mahu naik dalam parti."

Beliau merujuk kepada berita dimana Nazri mahu permohonan maaf daripada Chin Woo.

"Marilah berjumpa dengan saya , katakan 'Saya minta maaf , saya telah berikan tanah kepada kamu selama 30 tahun dan biarkan kamu meletak kereta disana' - selepas itu, saya pajakkan tanah kepada kamu untuk 20 tahun lagi. Tiada masalah.

"Kami bersedia untuk berunding , saya bukanlah seorang yang tidak berhati perut, " kata Nazri.