"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Whattt!??? Jumlah penghantaran pulang wang oleh pekerja asing kini melebihi RM60 bilion

Usaha kerajaan sokong ringgit mula beri hasil positif

KUALA LUMPUR: Usaha yang dilakukan kerajaan baru-baru ini untuk menyokong mata wang ringgit mula menampakkan hasil positif di beberapa lapangan lain, menurut ahli ekonomi.

Sebagai contoh, menurut ahli ekonomi, rizab antarabangsa negara berkembang, manakala kadar inflasi kekal stabil.

Bagaimanapun, ahli ekonomi berkata, negara masih berdepan dengan cabaran seperti kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang tinggi.

Bagaimanapun, kata mereka, ini di luar kawalan Malaysia.

Pada Mac lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) menggesa syarikat pengeksport dan yang mempunyai pelaburan di luar negara untuk membawa pulang keuntungan dan pendapatan mereka kembali ke tanah air.

Bank pusat juga memberitahu perniagaan untuk menangguhkan pelaburan baharu di luar negara dan untuk melindungi pelaburan luar pesisir bagi membantu menaikkan ringgit.

BNM juga menegaskan semula perancangannya untuk memastikan dan mendukung fungsi pasaran pertukaran wang asing dengan teratur serta menyokong dana berkait kerajaan, korporat dan pengimport untuk meningkatkan kecairan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata peningkatan dalam rizab antarabangsa menunjukkan bahawa usaha seperti itu akan membuahkan hasil.

Rizab antarabangsa meningkat daripada AS$108.5 bilion pada Oktober tahun lalu kepada AS$113.4 bilion pada Mac dan bagi beliau, ini menunjukkan masa depan yang baik.

"Dengan rizab yang tinggi, bank pusat lebih bersedia untuk mencelah dalam pasaran mata wang (jika diperlukan)," katanya.

Katanya, peningkatan berperingkat Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh BNM juga berjaya dalam mengekalkan inflasi pada tahap sederhana tanpa memberi kesan kepada pertumbuhan.

OPR dikurangkan daripada 3.00 peratus kepada 1.75 peratus ketika pandemik COVID-19, tetapi sejak ekonomi global semakin pulih ekoran ancaman pandemik semakin reda, OPR dinaikkan secara berperingkat kepada 3.00 peratus pada Mei tahun lalu.

Mohd Afzanizam, berkata kadar inflasi menurun dari 4.7 peratus pada Ogos 2022 kepada 1.8 peratus pada Februari tahun ini.

Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai, pula berkata kenyataan Malaysia berjaya mengumpulkan rizab melebihi RM520 bilion menunjukkan bahawa ringgit disokong oleh asas yang kukuh.

"Mata wang tempatan mungkin di bawah nilai sebenar berbanding beberapa mata wang serantau tetapi ia kekal bersaing di tengah-tengah ketidakpastian global dan peperangan," katanya.

Walaupun sentimen kekal positif, kedua-dua ahli ekonomi menyatakan tidak semua berada dalam keadaan baik.

Bagi Mohd Afzanizam, jurang antara kadar OPR di Malaysia dan kadar faedah AS masih menjadi kebimbangan.

Kadar Dana Persekutuan AS berada pada 5.5 peratus hari ini, iaitu 250 mata asas di atas OPR tempatan.

Menurut Mohd Afzanizam, kadar faedah yang lebih tinggi di AS akan menarik lebih banyak wang ke sana

"Sebagai contoh, hasil 10 tahun bagi bon kerajaan AS adalah kira-kira 4.2 peratus, manakala bagi bon Kerajaan Malaysia adalah 3.96 peratus. Pelabur akan mendapati lebih menarik untuk melabur di AS," katanya.

Katanya, perbezaan kadar faedah boleh juga menyebabkan turun naik ringgit dalam pasaran.

"Ini akan terus menjadi cabaran. Kita hanya perlu tunggu dan lihat apa yang berlaku," kata Mohd Afzanizam.

Katanya, Rizab Persekutuan (Fed) AS mungkin memutuskan untuk mempercepatkan pemotongan kadar faedah sekiranya trend inflasi yang rendah berterusan dan ekonomi kekal lemah.

Menurutnya, tumpuan sekarang seharusnya beralih terhadap mengekalkan pertumbuhan kerana kadar faedah yang tinggi boleh memberikan kesan mendalam kepada ekonomi.

Barjoyai berkata, usaha untuk mengukuhkan nilai ringgit juga rumit.

Katanya, menangani masalah seperti peningkatan tahap hutang berkanun kerajaan mesti diberikan keutamaan.

"Usaha untuk merangsang sentimen positif, meningkatkan asas ekonomi dan menangani isu utama seperti penghantaran pulang wang oleh pekerja asing yang kini melebihi RM60 bilion, adalah penting," tambahnya.

PMX, MB Johor dah nafi tapi ‘geng kopiah putih’ guna agama untuk menipu

Harapandaily

NORMAN RADZUAN

Secara peribadi entah mengapa memang saya tidak berkenan melihat karakter Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari sejak dulu. Putar alamnya membuat saya menyampah.

Saya malu dengan orang bukan Islam sebab imej mereka berkopiah dan berjubah tetapi tutur kata mereka penuh dgn fitnah. Sepatutnya, dengan baju jubah dan kopiah itu mereka berdakwah membawa imej Islam yang baik.

Saya tidak tahu jika ada dalil untuk menghalalkan cara fitnah-fitnah mereka. Ia semakin menjadi jadi hingga rosak pemikiran orang Melayu sekarang.

Terang-terangan Ya Akhi kamu memfitnah. Tidak takut kamu dengan fitnah. Jika datang sesuatu berita ‘Tabayyun’ dulu. Atau kamu tahu tetapi sengaja memfitnah untuk menimbulkan persepsi kebencian kepada PMX?

Kamu itu Ketua Penerangan Pas bukan Tok Siak kampung. Kata-kata itu seperti kenyataan rasmi dari parti yang konon memperjuangkan Islam.

Di mana kamu belajar agama memfitnah ini? Apa mazhab yang kamu anuti yang membolehkan terang-terangan kamu memfitnah?

Saya berharap sangat PMX dan MB Johor ambil tindakan saman.
Ahmad Fadhli Shaari (tengah)
Biar menjadi tauladan kepada pemfitnah-pemfitnah yang setiap hari tanpa rasa berdosa untuk terus berbuat demikian.

Mereka perlu diajar, jika tidak rosak pemikiran orang Melayu diajar oleh geng kopiah putih.

Saya baca komen-komen ahli Pas yang percaya akan wujud kasino tersebut. Pelbagai maki hamun dilemparkan kepada PMX.

Maaf kata saya tidak pernah menulis seperti didakwa Mahathir dan Muhyiddin Pas adalah parti sesat tetapi saya tidak menolak memang benar apa dikatakan.

Pemikiran Melayu semakin rosak. Fitnah, rasis dan menggunakan agama untuk menipu.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada PU Syed. Ketika PU Syed menegur pemimpin kerajaan, menegur ‘Alamak Hari Raya’ bukan main lagi mereka bersorak menghina mereka yang ditegur.

Pelbagai reaksi inilah kerajaan Madanon, inilah barua DAP, inilah Islam Liberal tetapi apabila PU Syed yang juga penyokong mereka sendiri menegur Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor terus dia dihina oleh penyokong-penyokong Pas.

Malah, lebih mengejutkan ustazah sendiri yang menegur PU Syed. PU Syed disuruh khatam dulu kitab-kitab tasawuff. Kitab apa yang menghalalkan cara itu, ustazah.

Siap sindir kalau MB menyanyi ‘telinga hang panas ker…lol’. Apa jenis ustazah begini hingga ditegur PU Syed sendiri mengapa menggunakan bahasa sebegitu rupa.

Baru PU Syed tahu, jika kamu menyokong okey. Jika tidak seperti terjadi dahulu Allahyarham Mufti Perak Tan Sri Harussani diserang, Mufti Perlis jika tidak bersetuju atau menegur mereka dituduh Wahabi.

Siapa sahaja yang menegur pasti diserang seolah-olah musuh Islam.

Flat hanyir, sempit ‘ditawan’ koloni warga asing diserbu Imigresen

AZMI NORDIN
Antara warga asing yang diperiksa dalam serbuan di flat Jalan Abraham off Jalan Imbi, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR – Cubaan ‘menghidupkan’ flat hanyir dan kotor sebagai kawasan koloni warga asing digagalkan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur (JIMKL) dalam serbuan di flat Jalan Abraham off Jalan Imbi, di sini, semalam.

Menerusi Op Belanja dan Op Pintu bermula pukul 6 petang itu, seramai 105 warga asing diperiksa termasuk dua wanita dan seorang lelaki warga tempatan disyaki menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) di premis perniagaan mereka.

Wartawan Kosmo! yang mengikuti serbuan mendapati puluhan warga asing bertempiaran lari sebaik sahaja anggota dan pegawai Imigresen mula menahan beberapa penjaja haram warga asing di sekitar kaki lima kawasan itu.

Malah, ketika pemeriksaan dalam premis dilakukan, salah seorang lelaki warga Bangladesh mengejutkan pasukan serbuan apabila terjatuh dari siling secara tiba-tiba sekali gus cubaan untuk dirinya mengelak daripada dicekup telah gagal.

Sepanjang dua jam operasi berlangsung, dapat digambarkan rata-rata warga asing yang menginap dalam bangunan usang itu seakan selesa dengan kawasan yang kotor dan hanyir apabila menjadikan salah satu laluan tangga sebagai tempat pengumpulan sampah selain ‘ditemani’ tikus di setiap tingkat.

Seorang penduduk warga Bangladesh berusia lingkungan 30-an berkata, dia menyewa sebuah bilik di flat berkenaan bersama tiga rakan senegara sejak dua tahun lalu dengan bayaran RM500 sebulan.

“Duit kami kongsi untuk bayar sama-sama harga bilik, duit gaji lebih kena hantar keluarga dekat kampung (negara asal).

“Masak, makan semua kami bertiga dalam sini (bilik), sini okay sebab dekat dengan tempat kerja, apa-apa juga senang sebab ramai kawan,” kata pekerja buruh binaan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur (JIMKL), Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan tersebut memfokuskan warga asing tiada dokumen sah, bekerja tanpa permit dan menjaja secara haram susulan aduan orang awam.

“Hasil risikan selama dua bulan mendapati aktiviti tersebut benar berlaku.

“Berbekalkan 33 anggota JIMKL, seramai 63 PATI ditahan membabitkan 51 lelaki warga Bangladesh, Myanmar (sembilan), Indonesia (tiga),” katanya di lokasi serbuan.

Jelas Wan Saupee, pemeriksaan mendapati majoriti warga asing mempunyai permit kerja sektor pembinaan namun ada diantara mereka tidak bekerja dipercayai akibat kontrak tamat atau ditinggalkan majikan.

“Perkara ini perlu dilihat dengan serius terutama dengan Program Repatriasi Migran (PRM) yang sedang berjalan. Saya menggesa majikan memiliki kuota pekerja asing yang sudah tiada kerja supaya segera hantar mereka pulang (negara asal),” tegasnya

Mengulas mengenai tiga warga tempatan yang diperiksa, Wan Saupee menegaskan sekiranya disyaki menggajikan PATI boleh disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara.

Terdahulu, Kosmo! mendedahkan kawasan sekeliling flat di Jalan Abraham, Jalan Imbi, di sini, seolah-olah dikuasai warga Bangladesh dan Myanmar yang bersidai di kaki lima bangunan tersebut hingga membuatkan warga tempatan risau untuk berjalan di situ.

Lebih memualkan, penduduk di sana tidak mengendahkan pengurusan sampah hingga mengundang kehadiran tikus dan bau hanyir.

Tinjauan di lokasi tersebut Berada di situ dirasakan seolah-olah seperti mengunjungi negara dunia ketiga walaupun dikelilingi bangunan pencakar langit di tengah ibu kota.-KOSMO! ONLINE.

'Mesingan’ ke arah Muhyiddin

Hishamuddin Aun

Keresahan Ahli Parlimen pembangkang menantikan peruntukan daripada kerajaan sepatutnya lebih difahami pengerusi PN itu.

Kolum ini pada 22 April lalu menyimpulkan Khlir Mohd Nor, jeneral dua bintang yang menghabiskan 40 tahun dalam tentera, harus tahu ke arah siapa “mesingan” patut disasarkan jika peruntukan sama rata yang dituntut pembangkang selepas berlarutan lebih 16 bulan terus terlengah selepas ini.

Ia mengisahkan kecekalan dan kelantangan Ahli Parlimen Ketereh itu yang berulang kali membangkitkan soal peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini yang bagaimanapun belum menemukan sebarang jawapan pasti.

Tiba satu ketika apabila wakil rakyat penggal pertama itu berputus asa dengan tidak lagi mahu mengharapkan peruntukan seperti dinikmati Ahli Parlimen kerajaan dan sekadar meneruskan khidmat kepada rakyat di kawasan diwakili dengan apa sahaja yang ada.

“Saya sudah tak fikir tentang peruntukan Ahli Parlimen dan saya tak mengharap apa-apa lagi,” katanya kepada FMT pada 10 Nov 2023.

Khlir menyasarkan kekecewaannya kepada kerajaan, terutama Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kerana sukarnya persefahaman dan persetujuan dicapai sehingga Ahli Parlimen pembangkang terus ternanti-nanti ibarat menunggu buah yang tak gugur.

Bukannya beliau yang mahir dengan maklumat perisikan ketika dalam tentera tidak peka dengan syarat ditetapkan Anwar untuk mereka berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof sebelum peruntukan dapat disalurkan.

Namun, seperti disarankan sebelum ini, beliau dan rakan-rakan yang tempat duduk mereka ialah di blok bertentangan dengan wakil rakyat kerajaan dalam susun letak di Dewan Rakyat harus merenungkan semula jika ada yang “tertembak ke kaki sendiri” dalam kalangan mereka.

Dalam pada kerajaan sudah banyak berlembut untuk merangka satu memorandum persefahaman (MoU) dan sesudah itu pembangkang akan diajak berunding dan diharapkan persetujuan bersama dapat dicapai kesudahannya, keikhlasan Anwar dan anggota pentadbirannya seperti tidak dihargai.

“Kalau kerajaan ikhlas, tak payah buat MoU,” begitulah inti pati maksud Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbarnya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 Bersatu di Kuala Kubu Baharu, Ahad lalu.

Menimbulkan keliru kerana PN sebenarnya adalah pihak yang mengharapkan ihsan, dan bukan dalam kedudukan untuknya membuat sebarang ugutan atau desakan, Muhyiddin menjadikan alasan bahawa kerajaan tidak sepatutnya mewujudkan MoU jika ia benar-benar ikhlas untuk memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Dengan berdalih bahawa beliau ketika menjadi perdana menteri kelapan dari Mac 2020 hingga Ogos 2021 menyalurkan peruntukan khas kepada wakil rakyat pembangkang tanpa sebarang MoU sewaktu pandemik Covid-19 melanda negara, kerajaan pimpinan Anwar dituntutnya melakukan yang sama.

Cuma, apa yang tidak diberitahunya ialah peruntukan RM300,000 kepada semua wakil rakyat ketika itu ialah untuk menyediakan bakul makanan kepada rakyat ketika pandemik Covid-19. Ia tidak sama dengan Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) yang saksama kepada semua Ahli Parlimen sebanyak RM3.8 juta setahun setiap seorang yang menjadi pertikaian ketika ini.

Seperti didedahkan Anwar sebelum ini, Muhyiddin tidak memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang ketika beliau menjadi ketua pembangkang di Dewan Rakyat dan ia hanya diperoleh di era pentadbiran Ismail Sabri Yaakob selaku perdana menteri kesembilan dari Ogos 2021 hingga November 2022. Aneh kerana Muhyiddin seperti mahu mencari nama untuk peruntukan yang diberi secara ‘ad hoc’ itu.

Apa yang ditakuti Muhyiddin terhadap MoU yang akan dikemukakan kerajaan? Apakah jika bersetuju dengan MoU itu nanti, ia akan merendahkan wibawanya dalam kalangan wakil rakyat pembangkang? Atau beliau mahu tonjolkan diri sebagai “hero” jika kerajaan dapat dipaksa tunduk menuruti kemahuannya agar peruntukan saksama diberi tanpa MoU diadakan?

Tidakkah Muhyiddin dapat menyelami keresahan wakil rakyat pembangkang pimpinannya yang hanya mahu peruntukan diberi secepat mungkin? Tidakkah ini juga memperlekehkan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin yang bersama Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee yang menyerahkan kepada kerajaan untuk mengemukakan syarat dalam perjumpaan dengan Fadillah di Bangunan Parlimen, 19 Mac lalu.

Tentunya wakil rakyat pembangkang – Khlir tidak terkecuali – lebih mengutamakan dana untuk kepentingan rakyat di kawasan masing-masing daripada kisahkan ego besar Muhyiddin yang tidak pun mendahulukan mereka.

Pada 18 April, Fadillah mengeluarkan kenyataan bahawa Putrajaya bersetuju mempertimbangkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, dengan draf MoU akan dirangka untuk rundingan seterusnya. Anwar pula memperjelaskan bahawa syarat yang bakal terkandung dalam MoU kepada pembangkang hanya melibatkan kestabilan kerajaan bagi menjamin ekonomi negara.

Seterusnya, Kiandee berkata PN sedia berunding dengan kerajaan selepas perdana menteri memberi jaminan tidak akan mengenakan syarat untuk wakil rakyat pembangkang menyokongnya bagi mendapat peruntukan. Pada tahap ini, semuanya nampak berjalan baik sehingga Muhyiddin “gatal mulut” untuk masuk campur.

Sebenarnya, seperti kata Fadillah, kerajaan Madani sudah ada majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat yang tidak pun memerlukan mereka berunding dengan pembangkang, jauh sekali untuk melayan kerenah Muhyiddin yang sekadar mahu menimbulkan isu dalam kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu.

“Saya tak nak komen itu…apa pun yang dia (Muhyiddin) kata, tetapi sekarang apa yang kita nak laksanakan kaedah itu (MoU), kalau ikutkan tak perlu pun kerana kerajaan sudah ada dua pertiga.

“Tetapi kita nak laksanakan supaya akhirnya perjanjian itu ada persefahaman untuk gerakkan pembangunan negara, fokus ekonomi dan kesejahteraan rakyat dari segi kestabilan dan keamanan,” kata Fadillah dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasminya pada Khamis.

Ia meletakkan Muhyiddin di tempat yang sepatutnya. Rengekannya sebagai seorang yang kecewa tidak pun perlu dilayan pada ketika wakil rakyat pembangkang harus akan menyalahkannya jika rundingan berkait MoU yang akan dikemukakan menemui jalan buntu.

“Ada (pemimpin) memilih untuk bekerjasama (dengan kerajaan) dan ada yang memilih untuk hanya mencaci dan melihat semuanya tak betul. Akhirnya masyarakat marah-marah, guna media sosial maki hamun,” kata Anwar pula dalam majlis penyampaian sumbangan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) di Putrajaya pada Jumaat.

Tajuk berita Bernama itu, “Jangan merengek, runding bantu rakyat, tegas PM” dengan menekankan: “Ini cara yang harus dipilih. Membina negara dan bekerja sebagai satu pasukan, bukan menggunakan forum untuk mengutuk dan memfitnah dan menafikan sebarang sumbangan positif oleh kerajaan.”

Mungkin ia bermaksud secara umum tapi tempiasnya sampai ke Muhyiddin juga. Dan kita hendak Muhyiddin benar-benar terasa ia disasarkan kepadanya.

Kerana wanita melintas, penunggang motosikal berkuasa tinggi maut

Amir Hamzah Nordin
am@hnetro.com.my
Seorang pemuzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maut dalam kemalangan jalan raya di KM  98.6, Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) arah timur pada jam 4.45 petang semalam. FOTO Ihsan IPD Temerloh
Seorang pemuzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maut dalam kemalangan jalan raya di KM 98.6, Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) arah timur pada jam 4.45 petang semalam. FOTO Ihsan IPD Temerloh
Temerloh: Seorang pemuzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 98.6 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur petang semalam.

Mangsa, Mohd Haziq Ramli, 34, yang menunggang Suzuki GSX-R1000 maut di tempat kejadian selepas motosikalnya merempuh belakang sebuah pikap yang berhenti secara mengejut, selepas pemandunya cuba mengelak seorang wanita melintas lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca apabila seorang wanita berusia 35 tahun yang memandu sebuah jip berhenti di tepi jalan dan melintas dari sebelah kiri ke kanan jalan.

"Akibat perlakuan wanita itu, sebuah pikap membrek secara mengejut.

"Dalam masa sama datang sebuah motosikal dari arah belakang terus merempuh bahagian belakang pikup terbabit," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, penunggang motosikal itu terjatuh di lorong laju, manakala motosikalnya tercampak ke atas bahagian belakang pikap.

Katanya, satu tangkapan sudah dibuat terhadap wanita terbabit untuk siasatan lanjut.

"Kes siasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai," katanya.

Jumpa rangka terpisah dengan tengkorak di kuarters guru

IVAN AMIRUL
Penemuan beberapa bahagian tulang yang dipercayai rangka manusia ditemui di sebuah bangunan kuarters perumahan guru terbiar di Membakut, Beaufort, Sabah.
BEAUFORT – Dua pekerja ditugaskan membersihkan kawasan sebuah bangunan kuarters perumahan guru terbiar di Membakut dikejutkan dengan penemuan beberapa bahagian tulang yang dipercayai rangka manusia semalam.

Dalam penemuan kira-kira pukul 9 pagi itu, rangka manusia berkenaan ditemui di sebuah bilik.

Pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort, Asisten Superintendan Weddrin Mojingkin berkata, dua pekerja terbabit ditugaskan membersihkan kawasan bangunan yang dikatakan terbiar sejak lima tahun lalu.

“Hasil siasatan mendapati, rangka manusia terbabit masih lengkap berpakaian dan berada dalam keadaan terlentang. Bagaimanapun, badan rangka berkenaan terpisah dengan tengkorak kepala yang ditemui di kedudukan sisi badan mayat.

“Berdasarkan keadaan mayat yang hanya tinggal tulang, tempoh kematian dianggarkan sudah lama. Difahamkan, tempat ini sudah lama ditinggalkan kosong tanpa penghuni sejak kira-kira lima tahun lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Weddrin, siasatan lanjut turut menemui satu wayar putih tersimpul bulat yang tergantung di atas kipas di bilik berkenaan selain kerusi plastik yang rebah berhampiran dengan kedudukan mayat berkenaan.

“Identiti mayat setakat ini masih belum dikenal pasti dan polis tidak menemui sebarang kesan perbuatan jenayah yang di tempat penemuan. Kertas siasatan kini sudah dibuka dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut berdasarkan siasatan lokasi kejadian,” katanya.

Sementara itu, Weddrin memaklumkan semua tulang berkenaan sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca sebenar kematian.

“Usaha mencari orang awam yang kehilangan ahli keluarga juga sedang giat dilakukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sheriff' tangkap pencuri selipar di masjid

Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my
TANGKAP layar video parodi Masjid Bandar Seri Putra, Bangi yang tular di TikTok.
TANGKAP layar video parodi Masjid Bandar Seri Putra, Bangi yang tular di TikTok.
Bangi: Populariti filem Sheriff: Narko Integriti ketika ini memberi ilham kepada pengurusan Masjid Bandar Seri Putra, di sini, untuk menghasilkan video parodi berunsur peringatan dan dakwah.

Inspirasi daripada babak filem mega itu, pengurusan masjid mengangkat isu yang sering berlaku di masjid iaitu kes curi selipar, malah menjadi video nasihat pertama yang menarik perhatian ramai.

Perkongsian video itu di TikTok meraih lebih 1.3 juta tontonan dengan maklum balas warganet yang rata-ratanya mengakui terhibur.

Pencipta kandungan Masjid Bandar Seri Putra, Muhamad Amirul Azizi Roslan, 28, selaku pelakon dan penulis skrip berkata, idea itu tercetus selepas melihat kejayaan filem yang bukan hanya meraih kutipan tinggi tetapi juga 'trending' di laman sosial.

"Sejak kebelakangan ini, banyak video trailer filem Sheriff: Narko Integriti dimuat naik di TikTok dan laman sosial. Kita sedar orang sukakannya, jadi kami bincang untuk hasilkan video isu di masjid.

"Hasil perbincangan bersama, kami sepakat mengangkat cerita bagaimana imam menangkap pencuri selipar di masjid, namun wataknya sekadar rekaan sahaja dan bukan realiti sebenar yang berlaku di masjid kami," katanya ketika dihubungi harian Metro.

Meskipun hanya lakonan, Muhamad Amirul Azizi berkata, kisah dipaparkan dalam video itu mempunyai mesej jelas sebagai peringatan semua pihak bahawa perbuatan mencuri itu tetap satu kesalahan.

"Kiranya, video itu medium kita untuk berdakwah dan sampaikan mesej secara tak langsung kepada yang menonton. Alhamdulillah, ramai yang suka, beri maklum balas positif di ruangan komen dan boleh faham kerana ada pengalaman sama (selipar hilang akibat dicuri).

"Ramai juga minta muat naik lagi video kreatif dan memang itu perancangan kita iaitu hasilkan lebih banyak 'content' (kandungan) berunsur dakwah.

"Usaha itu seiring dengan slogan kita iaitu santai tapi sampai dengan harapan ia dapat tarik lagi lebih ramai orang ke masjid," katanya.

La.... Anak MB Perlis yang direman SPRM tu menantu Haji Hadi rupanya

Selepas dua hari direman, apa berlaku pada menantu Presiden Pas?

Harapandaily

Selepas direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 24 April lalu, anak lelaki Menteri Besar Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM hari ini.

Suspek juga merupakan menantu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Empat individu lain yang turut ditahan bagi membantu siasatan dalam kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000 juga dilepaskan.

Difahamkan, kesemua suspekberusia 27 hingga 37 tahun itu dilepaskan dengan jaminan RM10,000 dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Terdahulu, SPRM menahan enam individu dipercayai terlibat dengan kes tersebut, ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Perlis.

Kesemua suspek ditahan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Sementara itu, peguam yang mewakili kesemua suspek, Mohd Fadhly Yaacob dilapor BH berkata, pihak SPRM bebas untuk memanggil semula anak guamnya untuk melengkapkan siasatan sekiranya ada keperluan.

Cabaran getir menanti PH di KKB

Lee Way Loon

Pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) untuk pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu menamatkan spekulasi mengenai pesaing bagi merebut kerusi DUN itu.

Walaupun terdapat cadangan lain, kedua-dua kem akhirnya membentangkan strategi mereka yang paling menjanjikan, bertujuan untuk memenangi PRK dengan merayu kepada pangkalan sokongan masing-masing.

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang mengatakan PH mungkin meletakkan Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Saripah Bakar daripada DAP sebagai calon untuk menarik pengundi Melayu. Pada masa sama, Gerakan berulang kali menyatakan hasrat untuk diberi peluang sekali lagi bertanding di kerusi itu.

Akhirnya, PH menamakan setiausaha akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Pang Sock Tao, sebagai calon gabungan itu.

Pada malam berikutnya, pada 25 April, PN mengumumkan bahawa pemangku Ketua Bahagian Hulu Selangor Bersatu Khairul Azhari Saut akan bertanding bagi gabungan itu, walaupun terdapat lobi yang kuat daripada Gerakan.

Meskipun masih ada masa untuk menukar taktik sebelum hari penamaan calon esok, keputusan yang dibuat oleh kedua-dua pihak menunjukkan penilaian semula strategik dan menunjukkan bahawa saingan untuk Kuala Kubu Bharu telah pun bermula sebelum penamaan calon.

Keputusan PN untuk memilih calon Bersatu berbanding Gerakan mencerminkan peralihan strategi daripada memikat pengundi Cina kepada menggandakan asas sokongan Melayunya.

Sementara itu, langkah PH menunjukkan keazaman DAP untuk mengukuhkan asas sokongan Cina dan mengelak daripada mengulangi kesilapannya pada PRK Teluk Intan di Perak pada 2014, ketika ia meletakkan calon Melayu Dyana Sofya Mohd Daud dan tewas.

Kedua-dua perubahan dikaitkan dengan perubahan demografi Kuala Kubu Bharu.

Pertambahan pengundi Melayu

DUN itu meruakan kerusi campuran dengan pengundi Cina pada asalnya membentuk bahagian terbesar, tetapi komposisi ini telah berubah sejak beberapa dekad.

Pengundi Melayu telah meningkat daripada 32.7 peratus semasa pilihan raya umum (PRU) 2013 kepada 49.3 peratus pada pilihan raya negeri (PRN) 2023, manakala pengundi Cina menyusut daripada 42.7 peratus kepada 30.6 peratus.

Baki 17.9 peratus adalah pengundi India, dan 2.1 peratus adalah pengundi dari etnik lain.

Mengikut pengiraan Bendahari DAP Selangor Ong Kian Ming, PH memenangi sebanyak 99 peratus sokongan kaum Cina dan 80 peratus sokongan kaum India di Kuala Kubu Bharu semasa PRN Selangor tahun lalu, manakala sokongan Melayu hanya 22 peratus.

Dalam erti kata lain, PN memperoleh hampir 80 peratus pengundi Melayu kawasan itu pada PRN berkenaan.

Menunggang gelombang sokongan popular, PN juga memenangi 22 kerusi DUN di Selangor dan melucutkan majoriti dua pertiga kerajaan PH-BN Selangor. Kerusi Parlimen Hulu Selangor dan dua daripada DUN di dalamnya turut jatuh kepada PN, menjadikan Kuala Kubu Bharu satu-satunya yang masih dipegang PH.

Jika PN dilihat memanfaatkan pangkalan sokongan Melayunya untuk menerajui 'serangan' bagi merampas kerusi DUN itu, langkah PH boleh ditafsirkan sebagai menstabilkan pangkalan sokongan Cinanya untuk memantapkan pertahanannya.

Tetapi adakah pengundi Cina masih penyokong tegar PH?

Ketidakpuasan hati Cina, India makin meningkat

Berikutan kontroversi berhubung KK Mart dan hukuman penjara bekas perdana menteri Najib Razak, timbul rasa resah dalam kalangan masyarakat Cina. Kenaikan kos sara hidup dan kenaikan cukai perkhidmatan pada bulan Mac menyemarakkan lagi kemarahan terhadap kerajaan.

Walaupun tahap ketidakpuasan hati mungkin tidak bertukar menjadi undi protes untuk PN, ia masih boleh bermakna peratusan keluar mengundi lebih rendah pengundi Cina yang menjejaskan peluang PH pada PRK kali ini.

Begitu juga, terdapat rasa tidak puas hati yang semakin meningkat di kalangan pengundi India dengan kontroversi seperti Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengislamkan seorang pemuda India dan ketika presiden PKR itu menjawab soalan pelajar India mengenai kuota kaum di institusi pendidikan.

Ketiadaan menteri dari kalangan kaum India susulan rombakan Disember lalu juga adalah satu lagi perkara yang menjadi pertikaian.

Beberapa pihak yang terdiri daripada bekas menteri, bekas pemimpin dan sekutu PH, serta wakil NGO turut menggerakkan kempen di Kuala Kubu Bharu untuk “menikam” Anwar dengan menyeru pengundi India memboikot pilihan raya itu sebagai satu cara untuk membantah tindakan kerajaan yang dikatakan mengabaikan masyarakat India.

Di Kuala Kubu Bharu, yang mempunyai hampir 18 peratus pengundi India, boikot yang berjaya sudah pasti akan menjejaskan peluang PH.

Ong, yang merupakan ahli sains politik, sebelum ini menggariskan tiga senario untuk PRK itu, dua daripadanya akan mengakibatkan kekalahan kepada PH.

Hanya satu senario menyaksikan PH bertahan di Kuala Kubu Bharu, namun hanya dengan margin kurang daripada 1,000 undi.

Bagaimanapun, esok hanyalah hari penamaan calon. PH masih mempunyai 14 hari berkempen dan di situlah peluang untuk mengubah keadaan dan mempertahankan kubu terakhirnya di Selangor Utara.

Siasatan 5 individu termasuk anak MB Perlis turut babitkan minuman untuk Raja

Aizat Sharif
bhnews@bh.com.my
Sebahagian daripada individu yang direman SPRM termasuk anak kepada Menteri Besar Perlis (kanan sekali, berbaju kemeja T biru) keluar dari perkarangan Bangunan Persekutuan Kangar diiringi peguam, Mohd Fadhly Yaacob (dua dari kiri) selepas dibebaskan dengan jaminan SPRM. - Foto NSTP/Aizat Sharif
Sebahagian daripada individu yang direman SPRM termasuk anak kepada Menteri Besar Perlis (kanan sekali, berbaju kemeja T biru) keluar dari perkarangan Bangunan Persekutuan Kangar diiringi peguam, Mohd Fadhly Yaacob (dua dari kiri) selepas dibebaskan dengan jaminan SPRM. - Foto NSTP/Aizat Sharif
KANGAR: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pemalsuan dokumen untuk membuat tuntutan palsu oleh lima individu termasuk seorang anak kepada Menteri Besar Perlis turut membabitkan dakwaan mengenai penyediaan minuman untuk kegunaan Raja Perlis yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Dokumen arahan pembayaran mengenainya juga tular di media sosial ketika ini.

Berdasarkan dokumen arahan pembayaran kepada bertarikh 19 Februari tahun ini, ia membabitkan bayaran berjumlah RM19,505.10 dan difahamkan tiada sebarang air minuman yang dibekalkan kepada Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail seperti mana butiran dokumen berkenaan.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya Datuk Azmi Kamaruzaman berkata, siasatan masih terus dijalankan dalam pelbagai aspek termasuk dakwaan yang tular di media sosial itu.

"Ya siasatan juga turut merangkumi dakwaan yang sedang tular di media sosial pada waktu ini berhubung hal berkenaan (penyediaan minuman untuk kegunaan Raja Perlis)," katanya ringkas.

Dalam masa yang sama, Azmi turut mengesahkan bahawa kesemua suspek yang berusia 27 hingga 37 yang direman selama dua hari sebelum ini bagi membantu siasatan berkenaan sudah dibebaskan hari ini.

"Kita mengesahkan bahawa kelima suspek yang ditahan itu sudah dibebaskan dengan wang jaminan dikenakan sebanyak RM10,000 setiap seorang.

"Mereka dibebaskan pada 11 pagi hari ini di Pejabat SPRM Perlis di Kangar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, peguam kepada kesemua suspek dalam kes berkenaan, Mohd Fadhly Yaacob ketika ditemui di pekarangan bangunan Persekutuan Perlis yang menempatkan Pejabat SPRM Perlis itu berkata, pihak SPRM bebas untuk memanggil semula anak guamnya untuk melengkapkan siasatan sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian tanpa perlu melakukan penahanan reman.

"Sekiranya terdapat keperluan untuk memanggil semula kesemua anak guam saya untuk hadir memberi keterangan berhubung siasatan itu, maka mereka akan hadir.

"Dari hari pertama lagi (ketika anak guam ditahan), saya sudah nyatakan kepada SPRM bahawa sekiranya mereka memerlukan anak guam saya untuk beri keterangan, beritahu sahaja pada mereka dan mereka akan hadir tanpa perlu direman atau ditahan pun," katanya.

Semalam, Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli terbuka untuk anaknya yang disiasat SPRM Putrajaya berkaitan pemalsuan dokumen untuk tuntutan palsu berjumlah RM600,000 menerima hukuman seandainya terbukti bersalah dalam hal berkenaan.

Pada Rabu lalu, enam lelaki termasuk seorang anak kepada Menteri Besar Perlis dan pegawai kanan di Pejabat Menteri Besar Perlis direman bai membantu siasatan kes berkenaan yang membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaikpulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 di mana menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.

Pendakwah Minta MB Kedah, Sanusi ‘Cukup-Cukuplah Menyanyi’

MB Kedah Belanja Lagu, Pendakwah Minta Sanusi ‘Cukup-Cukuplah Menyanyi’

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, semakin terkenal di media sosial, terutamanya TikTok, berikutan video beliau menyanyi dalam pelbagai acara.

Namun, tindakan terbarunya menyanyi pada majlis Hari Raya mendapat teguran dari seorang pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak.

Syed Mohd, dalam hantaran Instagram pada Rabu, mengecam tindakan Muhammad Sanusi menyanyi dalam sebuah program Hari Raya di Kedah.

Beliau menyatakan bahawa tindakan itu tidak wajar, terutamanya dengan adanya elemen tarian kanak-kanak perempuan sebagai latar belakang.

PU Syed mempersoalkan kesesuaian tindakan Muhammad Sanusi sebagai seorang pemimpin politik dan Islam.

Beliau menegaskan bahawa pemimpin, terutamanya dari parti seperti PAS, harus memberi contoh yang lebih baik kepada masyarakat.

Syed menyeru agar ulama di Kedah memberi teguran yang tegas kepada Muhammad Sanusi dan menyarankan agar beliau lebih berhati-hati dalam tindak tanduknya, supaya isu ini tidak dieksploitasi oleh pihak lawan.
-thevocket

Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata tindakan tersebut akan dilakukan berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan dan keputusan oleh timbalan pendakwa raya (TPR).

"Anggota polis tersebut masih bertugas tetapi berstatus tidak aktif. Kita tunggu keputusan TPR," katanya selepas hadir pada majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata ada di antara suspek yang ditahan akan diminta memainkan peranan sebagai saksi kejadian dan membantu mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

Pada 7 April lalu, tujuh individu termasuk lima anggota polis diberkas kerana disyaki menyamun seorang lelaki warga asing di sebuah residen di Jalan Tun Razak menyebabkan kerugian RM260,000.

Sementara itu, Rusdi berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tempoh Januari hingga Mac lalu, manakala bagi tempoh sama 2023 membabitkan RM39.7 juta.

"Statistik perbandingan tangkapan pula bagi Januari hingga Mac 2024 dan tempoh yang sama tahun lepas menunjukkan peningkatan iaitu pada tahun ini mencatatkan tangkapan sebanyak 5,977 orang berbanding 3,576 orang pada 2023," katanya.

Dalam pada itu, menurut Rusdi perkembangan dunia masa kini yang menjadikan platform dalam talian bagi tujuan penipuan telah menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah di Kuala Lumpur.

Beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur telah melakukan 996 serbuan untuk tempoh Januari hingga Mac lalu.

"Bagi Jenayah Call Center, JSJK berjaya membuka sebanyak 16 kertas siasatan membabitkan tangkapan seramai 180 orang," katanya.

Selain itu, Rusdi berkata Cawangan Khas Kuala Lumpur telah menjalankan risikan ke atas sindiket yang menjalankan penyeludupan rokok tidak bercukai dan menahan dua warga asing serta merampas rokok tidak bercukai dianggarkan bernilai RM66,205.92.

Bosan, 10 tahun pihak berkuasa suruh sabar, penduduk memancing di jalan berlubang sebagai tanda protes

KIM SYAZIE
Tidak tahan lagi dengan janji yang tidak ditunaikan pihak berkuasa, seorang lelaki nekad memancing di sebuah jalan raya yang rosak teruk dan berlubang sebagai tanda protes.

Dilaporkan, penduduk di di Kampung Nin Man Thet, Thailand telah menanti selama 10 tahun untuk kerajan membaiki jalan raya berlubang yang terletak di hadapan sebuah sekolah, namun respon sama diterima mereka tanpa ada pembaikan jalan dilakukan.

Lapor Agensi, lelaki tersebut sengaja melakukan aktiviti memancing di sebuah jalan raya berlubang yang dipenuhi air sebagai sindiran kepada kegagalan kerajaan tempatan dalam membaiki infrastruktur di situ. Kejadian dilaporkan berlaku pada Ogos tahun lalu.

Kampung tersebut dipercayai sudah menanti selama 10 tahun untuk kerajaan membaiki jalan raya yang mengalami kerosakan teruk, namun tiada perkembangan positif yang diterima.

Apabila penduduk kampung meminta jalan itu dibaiki, mereka diberitahu untuk bertenang, bersabar dan tunggu.

Jalan yang dimaksudkan itu menghubungkan daerah Non Sung dan Chaloem Phrakiat serta merupakan laluan penting yang sangat sibuk.

“Lubang gergasi itu terletak betul-betul di luar sekolah dan merupakan halangan yang dihadapi oleh pelajar setiap hari dalam perjalanan pergi dan balik sekolah,” kata lelaki yang memancing itu.

Dia juga sudah beberapa kali menghubungi pihak berkuasa selama bertahun-tahun untuk bertanya bila jalan itu akan diperbaiki.

Namun selepas 10 tahun menunggu, penduduk berpendapat bantuan tidak akan datang dalam masa terdekat.

Berang pasangan kekasih bertengkar, lelaki nekad langgar kereta

AZMI NORDIN
Tangkap layar video tular memaparkan kejadian langgar kereta di sebuah kediaman di Brickfields, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Gara-gara berang dengan bunyi bising dibuat pasangan kekasih yang bertengkar, seorang lelaki nekad melanggar kenderaan mereka dalam kejadian di sebuah kediaman di Brickfields, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya terkesan video tular yang memaparkan sebuah kenderaan dpandu secara bahaya dengan niat mengancam nyawa, semalam.

Jelasnya, semakan mendapati terdapat laporan polis dibuat mangsa yang berusia 40 tahun, pada 22 April lalu.

“Pengadu memaklumkan, dia dan teman wanitanya telah bertengkar di dalam rumah dan menyebabkan bunyi bising sekitar pukul 2.15 petang.

“Suspek lelaki berusia 35 tahun yang juga rakan kepada penyewa lain di rumah berkenaan berasa berang dengan pertengkaran pasangan itu.

“Perselisihan faham itu tidak terhenti di dalam rumah, menyebabkan berlakunya kejadian khianat kenderaan apabila suspek didapati dengan sengaja melanggar kenderaan pengadu yang keluar dari parkir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, kenderaan milik pengadu rosak, namun dirinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah Ku Mashariman, sepasukan polis yang menjalankan siasatan berjaya menahan suspek di daerah ini sekitar pukul 6.15 petang kelmarin.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau dari 2014 dan masih dikehendaki bersabit kes jenayah di daerah Cheras.

Katanya, suspek direman tiga hari bermula Rabu sehingga hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan tuduh. – KOSMO! ONLINE.

Tanya Hadi mengapa tak bantah Akta Laut Wilayah, MB Terengganu diberitahu

Bernama

PADANG BESAR: Keputusan kerajaan Terengganu menolak Akta Laut Wilayah 2012, menerusi usul diluluskan di persidangan DUN semalam, dilihat sebagai satu tindakan sinikal dan hipokrit.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan berkata ini kerana tidak ada seorang pun Ahli Parlimen PAS dari negeri itu, yang membantah rang undang-undang (RUU) tersebut ketika ia dibentang, dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat, sebelum ini.

“Saya ambil maklum pandangan menteri besar (Ahmad Samsuri Mokhtar) melalui satu hantaran di Facebook, semalam dan saya ambil peluang untuk menelaah dan meneliti semula hansard ataupun penyata rasmi Dewan Rakyat pada 18 April 2012 sewaktu RUU Laut Wilayah 2012 dibentang, dibahas dan diluluskan.

“Dalam sesi yang mengambil masa lebih kurang dua, tiga jam terdapat 21 Ahli Parlimen yang terlibat dalam perbahasan bagi Akta Laut Wilayah ataupun RUU Laut Wilayah 2012 pada waktu itu.

“Tidak ada seorang pun Ahli Parlimen dari Terengganu terutama daripada parti PAS, termasuklah Ahli Parlimen Marang terlibat dalam perbahasan pada waktu itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hab Rangkaian Gentian Optik Point of Presence Zon Utara.

Fahmi berkata walaupun ada beberapa Ahli Parlimen PAS dari Kelantan yang bangkit membahaskan RUU tersebut, namun tiada Ahli Parlimen PAS dari Terengganu yang mengambil bahagian.

Justeru, beliau berkata Samsuri perlu bertanya kepada Ahli Parlimen Marang Hadi Awang, mengapa presiden PAS itu tidak menggunakan peluang pada waktu itu untuk melakukan bantahan ketika RUU tersebut dibentang dan dibahaskan.

“Jangan jadi hipokrit, menteri besar Terengganu perlu tanya dengan Ahli Parlimen Marang kenapa waktu RUU ini dibahaskan, Ahli Parlimen Marang diam seribu bahasa dan kalau sekiranya isu dia adalah mengenai kuasa, kenapa tidak ada satu perkara pun dilakukan dalam tempoh 33 bulan parti PAS terlibat dalam kerajaan di Putrajaya,” katanya.

Fahmi berkata menteri besar Terengganu itu seharusnya duduk berbincang dengan kerajaan Persekutuan khususnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim, untuk mencari jalan penyelesaian dalam perkara tersebut.

Semalam, Samsuri dilapor berkata sidang DUN Terengganu menolak Akta Laut Wilayah 2012, kerana ia membataskan hak negeri itu menerokai sumber dan hasil melalui sempadan maritim negeri sekadar tiga batu nautika (5.5km) daripada garis air surut wilayah Terengganu.

Tukang cuci warga Indonesia didenda RM2,800 miliki barang kemas curi

BHarianonline 

PETALING JAYA: Seorang tukang cuci warga Indonesia didenda RM2,800 atau dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memiliki barang kemas bernilai RM4,000 kepunyaan seorang wanita yang dilaporkan hilang minggu lalu.

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha menjatuhkan hukuman itu ke atas Mega Mustika, 34, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan memiliki barang curi.

Wanita itu turut berdepan satu pertuduhan utama iaitu mencuri barang kemas berkenaan, namun dia tidak mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, tertuduh didakwa memiliki barang curi iaitu seutas rantai leher, dua rantai tangan dan dua cincin emas milik seorang wanita berusia 44 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai pajak gadai di Jalan Besar Sungai Way di sini pada jam 4.05 petang, 20 April lalu mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, Mega datang membersihkan sebuah rumah di Kota Damansara dan selepas tertuduh pulang, pengadu (tuan rumah) mendapati almari dalam sebuah bilik berada dalam keadaan berselerak.

Pengadu kemudian memeriksa almari itu dan mendapati barang kemas miliknya tiada. Pengadu kemudian cuba mencari tertuduh kerana mengesyaki dia mencuri barang kemas berkenaan, namun tidak ditemui.

Satu laporan polis dibuat dan wanita itu berjaya ditangkap. Hasil siasatan mendapati barang kemas berkenaan sudah digadai.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa' Zamri memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh, namun peguam Datin Raj Preet Kaur yang mewakili Mega memohon denda minimum atas alasan anak guamnya seorang ibu tunggal dan mempunyai tanggungan keluarga. – BERNAMA

Geng Samun Putra tumpas akhirnya

Amirul Aiman Hamsuddin
am@hmetro.com.my
Polis merampas sebuah kereta Proton Wira, parang dan telefon bimbit dari Geng Samun Putra yang melakukan jenayah samun di Hulu Selangor dan Kuala Langat, kelmarin.  FOTO IHSAN POLIS
Polis merampas sebuah kereta Proton Wira, parang dan telefon bimbit dari Geng Samun Putra yang melakukan jenayah samun di Hulu Selangor dan Kuala Langat, kelmarin. FOTO IHSAN POLIS
Hulu Selangor: Aktif melakukan rompakan bersenjatakan parang terhadap kedai runcit dan kedai gunting rambut.

Itu kegiatan dilakukan kumpulan penjenayah dikenali Geng Samun Putra

yang dianggotai dua lelaki termasuk seorang warga asing yang bergiat aktif sejak awal bulan ini.

Suspek masing-masing berusia 21 dan 30 tahun akhirnya berjaya ditahan sepasukan polis dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Kuala Kubu Bharu dan Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor jam 3 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kumpulan [penjenayah bersenjatakan parang menyasarkan daerah ini dan Kuala Langat.

"Dalam serbuan itu, polis merampas kereta Proton Wira, sebilah parang, kunci kereta dan telefon bimbit.

"Semakan mendapati suspek warga tempatan mempunyai rekod lampau jenayah," katanya tadi.

Ahmad Faizal berkata, hubungan kedua-dua suspek adalah kenalan dan hasil saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah.

"Suspek direman selama enam hari bermula kelmarin hingga 30 April ini bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Anak tahi judi, ibu sengsara tiga tahun diganggu ah long

AZMI NORDIN
Sook Fun (kiri) gagal menahan sebak ekoran tindakan anaknya kerap meminjam ahlong pada sidang akhbar di Wisma MCA, Kuala Lumpur, hari ini.
KUALA LUMPUR – Seorang ibu tunggal nekad memutuskan hubungan dengan anak lelakinya yang tidak serik meminjam wang ceti haram untuk berjudi sejak tiga tahun lalu.

Kesal dengan tindakan anaknya, Lim Sook Fun, 64, berkata, sebanyak RM70,000 sudah dikeluarkan daripada wang simpanan persaraan setakat tahun lalu untuk membayar pinjaman anaknya, sebelum meminjam lagi RM11,000, baru-baru ini.

Katanya, meskipun tahu ibunya diugut ah long, anak lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai perunding hartanah itu tetap menyuruh ibunya meminjam daripada kenalan lain untuk menyelesaikan hutang tersebut.

“RM30,000 saya selesaikan (hutang) pada 2022 lepas itu RM40,000 pada tahun 2023. Banyak kali saya beri peluang tetapi kali ini sudah melampau. Sekarang ah long kata ada hutang lagi RM11,000,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Menceritakan tentang gangguan dilaluinya, Sook Fun berkata, beberapa notis memaparkan gambar anaknya telah dicampak ke dalam pagar kediamannya bersama kesan cat merah, 28 Mac lalu.

Jelasnya, beberapa individu juga cuba menghubunginya dengan ugutan, namun dia tidak mengendahkan ancaman tersebut.

“Sebaik laporan polis dibuat, esoknya saya dihubungi seorang individu yang mengetahui tindakan tersebut dan menawarkan diskaun untuk pinjaman yang telah dibuat.

“Beberapa hari kemudian, ada lagi cat dilemparkan dan kali ini turut terkena pada lapan jiran-jiran (lapan rumah). Yang bersalah anak saya, bukan kami semua,” katanya.

Jelas pesara swasta itu, sejak beberapa bulan lalu dia mula mengalami kesukaran untuk tidur disebabkan tindakan anak sulungnya itu.

“Selama ini saya bagi peluang untuk berubah tapi dia tetap tidak mengendahkan. Saya tiada duit untuk bayar, sampai hati dia buat begini disebabkan judi.

“Untuk ah long, tolong jangan ganggu lagi. Saya sudah tua, minta kepada orang yang pinjam,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong menasihati agar orang ramai tidak menggunakan perkhidmatan ah long sekiranya memerlukan wang.

“Ah long ingat kalau ugut baling cat merah kita akan takut. Laporan polis telah dibuat dan kita harap siasatan berjalan dengan telus dan lancar,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Muhyiddin, Zahid setuju selesaikan kes saman fitnah

Malaysiakini 

Timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah terhadap bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam catatan Facebook hari ini, Muhyiddin berkata mereka bersetuju menyelesaikan pertikaian peribadi itu selepas mengambil kira saranan daripada Hakim Mahkamah Tinggi serta keadaan semasa negara terutamanya soal kelangsungan hidup rakyat.

Saman itu difailkan pada 4 April 2022 berhubung dakwaan Muhyiddin bahawa Zahid telah meminta bantuannya untuk menyelesaikan atau menangguhkan kes perbicaraan jenayah membabitkan presiden Umno itu.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memohon perintah mahkamah agar Muhyiddin menarik balik kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.

Pengerusi BN itu juga memohon injunksi sementara agar Pengerusi Perikatan Nasional itu memadam, menyunting dan menghentikan penerbitan sebahagian daripada rakaman.

video yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah dalam portal berita dan media sosial, yang dimuat naik di Facebook PN dan saluran YouTube Astro Awani.

Menurut pernyataan tuntutan, Zahid, 71, mendakwa semasa kempen pilihan raya negeri Johor ke-15 di Mersing, di perkarangan Pusat Pembelajaran Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3, pada 16 Feb 2022, Muhyiddin telah membuat kenyataan itu dengan niat jahat terhadapnya dan pada hari yang sama rakaman video kenyataan itu disiarkan di saluran YouTube Astro Awani.

Presiden Umno itu mendakwa kenyataan presiden Bersatu itu antara lain membayangkan bahawa plaintif telah menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan dan menangguhkan kes mahkamahnya yang sedang berjalan, bahawa dia telah meminta bantuan defendan untuk campur tangan dalam kes mahkamah dan sistem kehakiman, dan menagrahkan pembubaran DUN Johor.

Zahid mendakwa dakwaan itu adalah palsu yang bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan nama baiknya.

Dia menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, serta perintah agar Muhyiddin menyiarkan permohonan maaf secara terbuka di akhbar, dan relif dan kos lain yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.

Menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan pada 9 Mei 2022, Muhyiddin menyebut mengnai pembelaan justifikasi, yang bermakna defendan bersedia untuk membuktikan di mahkamah bahawa kenyataannya didakwa benar.

Kedah: Wanita warga emas maut dihempap pokok kekabu

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mayat wanita warga emas yang meninggal dunia selepas dihempap pokok kekabu tumbang. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mayat wanita warga emas yang meninggal dunia selepas dihempap pokok kekabu tumbang. FOTO ihsan bomba
Baling: Wanita warga emas maut selepas dihempap pokok kekabu yang tumbang di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulai, di sini, hari ini.

Mangsa, Rafiah Zakaria, 84, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.49 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota BBP Baling yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) Samsari Ibrahim bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati sebatang pokok kekabu tumbang dan menghempap mangsa.

"Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai ke lokasi untuk mengutip kekabu berhampiran dengan rumahnya.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Jamil berkata, tindakan yang dilakukan anggota bomba ialah memotong pokok berkenaan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi tamat pada jam 4.56 petang," katanya.

Permintaan Terhadap Dron Berani Mati Buatan Iran Melambung – Pakar

DSA

Penggunaan dron-dron berani mati buatan Iran pada konflik di Ukraine dan Timur Tengah telah melonjakkan minat daripada pelbagai negara yang dilaporkan “berlumba-lumba” untuk memulakan rundingan dengan Teheran bagi memperolehi dron-dron buatan negara Parsi itu.
Shahed-136
Dron "Shahed-136"
(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Walaupun Israel dan Amerika Syarikat mendakwa ia berjaya menembak jatuh sebahagian besar daripada dron-dron berani mati dilancar Iran terhadapnya baru-baru ini, namun, ia dijangka tidak akan menjejaskan minat pelbagai negara terhadap dron-dron  buatan Iran.

Kebanyakkan negara yang bercadang memperolehi dron buatan Iran tidak akan berhadapan dengan sistem-sistem pertahanan udara yang canggih seperti yang dioperasikan oleh Israel dan Amerika Syarikat seperti Iron Dome dan sebagainya.

Pada negara-negara ini, dron-dron buatan Iran adalah amat berkesan jika digunakan terhadap musuh-musuh mereka.

Seorang pakar Artificial Intelligence dan sistem tanpa pemandu di sebuah badan pemikir di Washington Samuel Bendett berkata, “kejayaan” Israel mematahkan serangan dron Iran baru-baru ini tidak akan membantutkan jualan dron Iran.

Negara-negara yang mahu dasar-dasar politik dan ketenteraan yang bebas daripada pengaruh Amerika Syarikat akan tetap membeli dron-dron buatan Iran.

Iran

Penggunaan dron-dron berani mati buatan Iran pada konflik di Ukraine dan Timur Tengah telah melonjakkan minat daripada pelbagai negara yang dilaporkan “berlumba-lumba” untuk memulakan rundingan dengan Teheran bagi memperolehi dron-dron buatan negara Parsi itu.

Maklumat dan data-data yang diperolehi daripada Institute of Peace, Amerika Syarikat menyatakan bahawa selain kumpulan-kumpulan proksi seperti Hezbollah dan di Iraq serta Syria, Teheran juga telah mengeksport dron-dron keluarannya kepada sekurang-kurangnya tujuh buah negara.

Tujuh buah negara itu termasuklah Tajikistan dan Venezuela, malah agensi berita Reuters juga mengatakan bahawa dron buatan Iran kini turut digunakan dalam konflik yang sedang berlaku di Sudan.

“Sasaran potensi bagi eksport dron Iran selepas ini termasuklah Bolivia dan Belarus, tetapi kita juga boleh menjangkakan lebih banyak dron Iran digunakan di negara-negara di Afrika dan juga Amerika Selatan,” menurut seorang penganalisis.

Pada ketika ini, dron-dron buatan Iran digunakan di empat benua daripada Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.
Shahed
Shahed
Bagaimanapun pada Februari lalu Menteri Pertahanan Yoav Gallant berkata lebih daripada 50 buah negara sedang “berunding” dengan Iran tentang peluru-peluru berpandunya dan juga dron-dron berani mati serta ISR buatan industri pertahanannya.

Pengguna dron-dron Iran merupakan negara yang tidak mempunyai masalah dengan politik Iran dan pada masa yang sama tidak mempunyai peruntukan yang besar untuk memperolehi dron-dron yang “mahal” buatan negara Barat.

Laporan-laporan media Iran menyatakan bahawa dron-dron daripada keluarga Shahed telah menarik minat sejak beberapa tahun yang lalu disebabkan penggunaannya di beberapa konflik terutamanya oleh Russia pada medan peperangan di Ukraine.

Selain dron-dron berani mati Shahed-136, tentera Russia juga menggunakan dron Mohajer untuk menjalanka operasi Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR).
Shahed
Kenderaan pelancar dron berani mati “Shahed.”
Pada Februari lalu, Russia dilapor bersetuju untuk membelanjakan US$1.75 billion (RM7.8 billion) dalam usahanya untuk menghasilkan kira-kira 6,000 dron berani mati “Shahed-136” keluaran Iran untuk digunakan oleh tenteranya untuk membedil sasaran di Ukraine.

Menurut laporan oleh Militirnaryi, persetujuan itu telah dicapai dengan Iran untuk membangunkan kemudahan pembuatan 6,000 dron berani mati itu di kemudahan di dalam Russia didalam tempoh 2.5 tahun selepas perjanjian dengan Teheran itu.

Tentera Russia telah menggunakan dron-dron berani mati Iran seperti Shahed-131 dan Shahed-136 untuk menyerang pelbagai sasaran di Ukraine seperti bangunan,infrastruktur awam termasuk janakuasa elektrik, pusat simpanan minyak dan lain-lain lagi.

Pegawai Amerika Syarikat menyatakan bahawa kemampuan sistem dron Iran telah meningkat sejak 2014, bermula daripada penggunaannya oleh militan Houthi yang disokong Teheran dalam serangan-serangan terhadap kemudahan minyak dan gas milik syarikat Saudi Aramco kepada serangan terhadap kapal-kapal komersial yang melalui perairan Teluk Parsi dan kini di medan peperangan di Ukraine.

Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa Iran membantu Russia dengan menyalurkan peralatan dan komponen-komponen penting dalam pembuatan dron-dron berani mati Shahed Iran bagi membolehkan kilang pembuatan dron itu didirikan dengan segera di wilayah Yelabuga, Tatarstan.
Shahed-136
“Shahed-136”
Yelabuga,Tatarstan itu terletak di timur Moscow.

Laporan tentang cadangan Russia dan Iran untuk mendirikan kemudahan pembuatan dron berani mati Shahed Iran di negara itu mula kedengaran pada Disember 2022.

Amerika Syarikat menyatakan bahawa Iran telah menghantar komponen dan peralatan yang bakal digunakan untuk membina “kilang” pembuatan dron berani mati itu.

Baru-baru ini, Kementerian Pertahanan Iran mengumumkan bahawa eksport senjata negara itu meningkat sebanyak 40 peratus di dalam tempoh 11 bulan.

Agensi berita negara, Tasnim memetik jurucakap kementerian Reza Talaei-Nik yang menyatakan bahawa eksport senjata negara itu telah mencatat peningkatan di dalam bentuk “kuantiti dan kualiti.”

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan senarai jenis senjata yang dieksport oleh negara itu. — DSA

Panda ‘mengamuk’ serang penjaga zoo

KOSMO!
DUA ekor panda menyerang seorang pekerja Zoo Chongqing, China pada Selasa lalu. - Foo Jam Press Video
BEIJING – Seorang penjaga haiwan diserang oleh dua ekor panda gergasi ketika sejumlah pengunjung menjerit ketakutan melihat insiden itu di Zoo Chongqing, China, lapor laman berita The Sun UK semalam.  

Panda-panda itu meluru keluar dari kandang ketika kakitangan wanita tersebut mahu memberinya makan pada Selasa lalu.

Kedua-dua haiwan itu bekerjasama untuk menjatuhkan mangsa dengan salah seekor daripadanya cuba menggigit buku lali mangsa.

Ia kemudian memanjat badan kakitangan berkenaan yang terbaring di atas tanah.

Wanita yang panik itu kelihatan bermati-matian cuba melepaskan diri daripada genggaman haiwan-haiwan tersebut yang mula mencakar kepala dan menggigit lehernya.

Seekor daripada panda itu kemudian melarikan diri dengan memanjat sebatang kayu permainan berhampiran.

Namun, seekor lagi mengoyak baju mangsa dari arah belakang sebelum ia melarikan diri.

Seorang rakan sekerja mangsa berlari keluar untuk membantu wanita itu sebelum berjaya menghalau  panda tersebut. 

Menurut laporan, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dalam serangan itu. – AGENSI

Kelantan: Ustaz disyaki liwat 3 pelajar ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang ustaz sebuah pusat tahfiz di Machang, Kelantan, ditahan kerana disyaki meliwat tiga pelajar sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Machang, Ahmad Shafiki Hussin, berkata pihaknya menerima laporan daripada tiga mangsa berusia 12 hingga 13 tahun pada 15 April lalu.

Katanya, siasatan mendapati mangsa terbabit diminta melakukan perbuatan itu oleh suspek di pusat tahfiz.

“Suspek berusia 39 itu kemudian ditangkap untuk membantu siasatan.

“Suspek ditahan selama seminggu bermula 16 hingga 22 April dan disambung reman pada 23 hingga 29 April ini,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

Nurima didakwa bunuh bekas suami bersama adik tiri

Abdul Rahemang Taiming
am@hmetro.com.my

Tawau: Bekas isteri kepada pemandu e-hailing yang ditemukan mati dibunuh di Jalan Anjur Juara Batu 5 Jalan Apas dekat sini, dua tahun lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh.

Tertuduh, Nurima Juli, 35, bersama seorang adik tirinya, Sadam Kiram, 30, didakwa mencapai niat bersama membunuh Nurman Bakaratu, 61.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Batu 5 Jalan Apas, dekat sini, antara jam 7.30 malam hingga 11.30 malam, pada 13 Januari 2023.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin

Tiada sebarang pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakrurrazi Ahmad Salim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu Fakrurrazi memohon supaya pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan terhadap Sadam yang didengar di mahkamah sama sebelum ini, digugurkan berikutan pertuduhan baharu terhadapnya hari ini.

Pada prosiding hari ini juga, Fakrurrazi turut tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-kedua tertuduh dan memohon tarikh baharu untuk sebutan semula sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah kemudiannya membenarkan pertuduhan dihadapi Sadam di gugurkan sebelum menetapkan tarikh 6 Jun depan sebagai sebutan semula kes dan kedua-dua tertuduh akan ditahan di Penjara Tawau.
Nurima (dua dari kanan) bersama Sadam (dua kiri) di bawa ke lokap Mahkamah selepas didakwa mengikut Seksyen 302 di Mahkamah Majistret di sini hari ini. FOTO Abdul Rahemang Taiming
Nurima (dua dari kanan) bersama Sadam (dua kiri) di bawa ke lokap Mahkamah selepas didakwa mengikut Seksyen 302 di Mahkamah Majistret di sini hari ini. FOTO Abdul Rahemang Taiming
Sadam pada 24 Ogos tahun lalu dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan melupuskan barang bukti membabitkan penemuan mayat seorang lelaki, Nurman Bakaratu, 61, pemandu e-hailing yang mati dibunuh pada 13 Januari 2023.

Dia didakwa melupuskan bukti iaitu gunting dan dompet milik Nurman dilakukan di Jambatan Sungai Kinabutan Besar, Jalan Apas, dekat sini, antara jam 7.30 malam hingga 11.30 malam, pada hari sama.

Tindakannya menyebabkan keterangan mengenai kesalahan dilakukan itu hilang dengan mengetahui cara sedemikian mengelak pesalah daripada hukuman undang-undang.

Sementara itu, Nurima pada 30 Januari 2023, turut pernah didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan mengikut Seksyen 302 sebelum dijadikan saksi pendakwaan.

Dia yang juga saksi utama pendakwaan bagi perbicaraan kes bunuh berprofil tinggi membabitkan pegawai kanan polis termasuk bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Senior Asisten Komisioner Datuk Mat Zaki Md Zain bersama tujuh individu lain didakwa bersubahat dan membunuh Nurman.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Datuk Duncan Sikodol membebaskan dan melepaskan kesemua lapan tertuduh,

Ia berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreem Mamat untuk pihak pendakwaan tidak meneruskan pendakwaan ke atas semua tertuduh berikutan pengakuan mengejut Nurima yang mengaku membunuh Nurman yang juga bekas suaminya.

Kedah akan cipta rekod dengan penutupan MBI Kedah melalui saman

Harapandaily

YUSRIN ADNAN

Yang dikatakan penyelesaian di luar mahkamah sebenarnya indah khabar dari rupa.

Hakikatnya, ramai bekas staf Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) yang tidak setuju dengan penyelesaian ini.

Mereka terpaksa setuju kerana ditakut-takutkan dengan penutupan syarikat yang mana mereka tidak akan mendapat apa-apa pampasan.

Perkara ini tidak betul kerana MBI selaku sole shareholder dalam KAHB bertanggungjawab walaupun KAHB ditutup atau wind-up.

Kes seperti ini jelas dalam kes saman CEO Kedah Corp vs MBI semasa pemerintahan Almarhum Ustaz Azizan.

CEO Kedah Corp menang dan MBI diarahkan membayar pampasan yang tinggi. Mahkamah memberi kemenangan kepada CEO Kedah Corp walaupun Kedah Corp tidak mempunyai dana atau aset. Defenden dalam kes ini adalah Kedah Corp & MBI.

Jadi, kes ini belum selesai. Mereka semua akan dibawa berbincang dan sekiranya ada asas untuk meneruskan saman sama ada di Mahkamah Perusahaan atau Mahkamah Sivil, ianya akan dibentangkan kepada kesemua mangsa yang dizalimi ini.
 
Mereka akan membuat keputusan seterusnya dengan nasihat perundangan yang lebih teliti.

Diharapkan kes ini akan memberi keadilan kepada mereka dan memperoleh hak mereka kembali.

Pada masa yang sama, kes ini akan membuktikan kegagalan Sanusi menguruskan ekonomi negeri melalui GLC dengan memufliskan MBI Kedah, insyaAllah.

The fight is on. Kedah akan mencipta rekod dengan penutupan MBI Kedah melalui saman.

Bak kata-kata hikmat dalam filem ‘The A-Team’…. alpha mike foxtrot.

‘Kenyataan biadab’, Zambry ingatkan beza kebebasan akademik dengan soal negara

Mohamad Fadli

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir menyifatkan kenyataan seorang ahli akademik dari Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa Malaysia mahukan “Holocaust kedua” sebagai biadab dan berbahaya.

Beliau berkata, terdapat perbezaan antara kebebasan akademik dengan perkara menyentuh soal negara.

“Dalam hal ini, ia bukan soalan akademik. Ini soal kenyataan terhadap keselamatan, kedudukan dan imej negara dibuat daripada (orang ) luar (yang) datang membuat kenyataan terlalu celupar.

“Harus bezakan. (Ini) membuat kenyataan terlalu biadab dan sangat merbahaya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Riang Ria Raya Aidilfitri peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Terdahulu, Universiti Malaya dikecam hebat selepas seorang ahli akademik AS undangannya dikatakan menyebarkan propaganda Zionis, menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin sebagai menyebarkan kebencian terhadap golongan Yahudi.

Profesor sains politik Bruce Gilley dikatakan menuduh ahli politik Malaysia menggesa berlaku “Holocaust kedua” terhadap orang Yahudi, selain mengecam bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Zambry mengingatkan setiap universiti mengkaji latar belakang ahli akademik yang ingin diundang.

Walaupun menghormati kebebasan universiti, beliau menegaskan ahli akademik berkenaan haruslah mempunyai nilai kesarjanaan.

“Jemput siapa pun, lihat latar belakang seperti dari segi kepakarannya,” katanya.

“Bukan soal nak halang siapa pun. Saya ingatkan biar (undang ahli akademik) yang benar-benar mempunyai nilai kesarjanaannya.”

Zambry juga menggesa universiti berkenaan menyiasat perkara itu dan melaporkan butiran lanjut kepadanya segera.

Apabila sang profesor datang melawat Ml

Mohsin Abdullah

Tajuk artikel ini seperti tertera boleh dianggap tepat berdasarkan laporan media, yang menyatakan Bruce Gilley diundang menerusi Visiting Professor Program 2024. Semasa artikel ini ditulis tiada reaksi Universiti Malaya — baik penafian mahupun pengesahan.

Gilley yang menurut laporan media seorang profesor sains politik di Portland State University, AS mengadakan syarahan di UM beberapa hari lalu dan ucapannya seperti kita tahu menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat dan pelbagai pihak di Malaysia.

Menurut FMT, Gilley menerusi catatan di X menyatakan “rasa kesal” berhubung kontroversi yang tercetus akibat dakwaannya bahawa Malaysia mahukan “Holocaust kedua terhadap orang Yahudi”. Katanya hantaran mengandungi petikan syarahannya itu telah dipadamkan “demi keselamatan dan kesejahteraan rakan-rakan di UM”.

Kata beliau, “petikan daripada ceramah saya mencerminkan pandangan saya sendiri. Saya menyesal dengan kemudaratan berpunca daripada saya kepada rakan-rakan akademik lain.”

Mungkin (atau jelas?) Gilley merujuk gesaan supaya pihak berwajib menjalankan siasatan bagaimana beliau yang pro-Zionis boleh dijemput bersyarah dan melempar tuduhan ke atas Malaysia. Lantas ada gesaan heads must roll.

Bagi saya yang jelas ialah Gilley menyesal hanya kerana ‘kemudaratan’ yang terjadi atau yang akan terjadi ke atas rakan-rakan di UM. Petikan syarahan dipadamkan semata-mata “demi keselamatan dan kesejahteraan” rakan-rakannya. Mungkin beliau tahu ada dakwaan yang dibuat Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya bahawa insiden ini adalah “satu kecuaian yang disengajakan”? Dakwaan ini juga belum mendapat reaksi UM setakat ini.

Apa pun rasa kesal bukan apology. Gilley tidak meminta maaf ke atas apa yang beliau katakan malah dengan mengatakan petikan ceramah itu pandangannya sendiri, beliau mempertahankan pandangannya itu. Tidak menyesal berkata apa beliau kata. Kata-katanya tidak ditarik balik meskipun catatan di X dipadamkan. Tidak juga Gilley menyatakan ucapannya dilihat out of context.

Imbau kembali apa yang dikatakan Gilley pada ceramah bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power” yang disampaikan pada 23 Apr lalu. Petikan syarahan yang dimuatkan di X berbunyi begini:

“Sebuah negara yang pemimpin politiknya menyokong Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam hal ehwal dunia dan sudah tentu tidak akan jadi rakan atau rakan kongsi AS.

“Ini mengingatkan kembali nasihat Mahathir (bekas perdana menteri Mahathir Mohamad) supaya belajar daripada Jerman bagaimana cara menghapus bangsa Yahudi.

Paling jelas pada Oktober menteri pertanian (dan keterjaminan makanan) Mohamad Sabu menjanjikan satu demonstrasi bahawa Israel akan dihapuskan tidak lama lagi.”

Malaysia tidak pernah ada hubungan diplomatik dengan Israel dan antara pengkritik paling lantang keganasan rejim Tel Aviv ke atas rakyat Palestin. Pendirian Malaysia diketahui masyarakat antarabangsa.

Seorang kawan membuat posting di Facebook menuntut pihak yang menjemput “that Zionist loving Bruce Gilley” ke Malaysia dan menghina negara di atas pentas UM mesti dipertanggungjawabkan. Ini katanya menunjukkan sifat sesetengah “ahli akademik kita yang tidak endahkan perasaan majority rakyat negara ini”. Kurang ajar kata kawan saya. Ramai sependapat.

Difahamkan Gilley dijadualkan mengadakan tiga syarahan di UM. Programnya dibatalkan serta-merta atas arahan Kementerian Pengajian Tinggi.

Apabila Gilley mengadakan syarahan atau ceramah bererti beliau berucap di hadapan khalayak. Tidak tahu saya siapa yang menghadiri sesi syarahan berkenaan empat hari lalu. Mungkin ahli akademik atau mahasiswa atau kedua-duanya. Waullahualam.

Bagaimanapun tidak ada sesiapa yang bangkit dan membantah atau mematahkan ‘serangan’ Gilley. Mungkin ada tetapi itdak dihebahkan? Mungkin tidak ada sesi Q&A usai ucapan Gilley. Maka tidak ada peluang nak bertanya. Begitu? Tetapi tentu boleh desak dan sang profesor terpaksa akur. Barangkali protokol universiti tidak mengizinkan itu semua? Ada pantang larang? Maaf saya tidak tahu. Saya tidak pernah mengaji di menara gading.

Lalu pada pendapat saya tidak ada orang ‘memprotes’ mempertahankan negara. Maksudkan protes dengan berhujah berdasarkan fakta. Berhujah secara intellectual. Tidak beremosi. Put him in the rightful place with words. A place where he belongs.

Diam boleh membawa erti bersetuju. Adakah hadirin setuju dengan pendapat Gilley petang itu? Mungkin ada namun rasanya ramai yang tidak, cuma mungkin berdiam diri tanda hormat kepada tetamu sesuai amalan orang Asia. Apa lagi tetamu berkulit putih. Atau tidak yakin dengan kebolehan sendiri berdebat dalam bahasa Inggeris dengan profesor dari Amerika? Oleh itu yang berlaku kita marah di belakang bukan di hadapannya. Bukan to the face kinda thing. Sayang. Maaf bukan sayang. Malang sebenarnya. Opportunity lost.

Hampir pasti Gilley tidak akan dijemput lagi pada masa mendatang. Pasti ini dan kritikan serta kecaman ke atasnya akan digunakannya untuk menjulang diri sendiri. Perasan wira yang bijak.

Lihatlah kata-kata terbaharu Gilley menerusi X: “I have safely departed from Malaysia, one step ahead of the Islamo fascist mob whipped up by the government there. This is not a safe country to travel to now. Updates to follow.”

Antara petunjuk sikap Khawarij: Tergamak penyokong pembangkang ini kait dua pemimpin negara dengan tangki najis, masuk neraka

Harapandaily
Lagi bukti perangai buruk Khawarij dalam kalangan penyokong pembangkang tersebar apabila tergamak mengaitkan dua nama pemimpin utama Kerajaan Madani dengan tangki najis dan masuk neraka.

Tangkap layar komentar pengguna akaun Facebook atas nama Ben Hisham yang biadab lagi melampau itu tular di media sosial.

“Kebumi kat mana-mana pun sama ja… nanti kalau anuar brahim mati wak jahit sumbat dia dalam tangki najis pun sama ja… dia tetap masuk neraka,” tulisnya.

Komentar yang ditinggalkannya itu dilihat menyamai sikap Khawarij dengan perilaku ghuluw dan takfir hanya disebabkan perbezaan politik kepartian.

Semakan Harapandaily mendapati akaun media sosial lelaki itu sudah tidak dapat diakses lagi dengan tertera makluman “Ben locked his profile”.

Hanya dua ayat sembang pada profil Ben Hisham yang masih bersisa dan dapat dibaca iaitu “Biar kita tidak dihargai asalkan kita masih ada harga diri” dan “Power in his hands, the one and only”.