"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Tips sebelum bawa anak ke masjid

FMT Reporters
Ramadan bulan yang ingin diambil kesempatan oleh banyak pihak termasuk ibu dan bapa pergi ke masjid menunaikan solat sunat terawih.
Tindakan itu juga sekaligus akan melatih anak-anak menjadi lebih dekat dengan ibadah dan lebih rajin pergi ke surau untuk berjemaah.

Namun dalam keadaan itu, terdapat orang awam yang mengadu bahawa membawa anak kecil ke masjid akan menggangu orang lain untuk beribadah dengan tenang.

Jadi ada beberapap perkara yang perlu dilakukan sebagai persediaan sebelum anda membawa anak-anak menunaikan solat di masjid.

Menyediakan keperluannya supaya dia tidak lapar dan dahaga.

Memastikan keselesaannya supaya dia mempunyai ruang dan tidak kebosanan.

Memberi bimbingan kepadanya terlebih dahulu dan dari masa ke semasa supaya dia tahu adab di masjid.

Mengajak dan memberi galakan untuk mengikut imam supaya dia dilatih untuk bersolat.
Memberi pujian apabila dia berkelakuan elok supaya dia bersemangat untuk terus menjadi baik.

Memberi peringatan jika dia tersalah laku supaya dia memperbetulkan kesilapannya.
Menegah jika dia keterlaluan supaya dia tahu dia sudah melampaui batas.

Andai dibiarkan, dia tidak akan tahu bagaimana untuk menghormati masjid dan makmum yang lain. Andai diherdik, dia tidak akan suka untuk datang ke masjid lagi.

Latihlah anak untuk ke masjid dari masa ke semasa supaya dia menjadi biasa. Kebiasaan menjadikan anak lebih tertib dan tenang.

Sumber Parent Connect Consultancy

PKR minta polis siasat video tular didakwa pengarah Yapeim

M Fakhrull Halim

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil membuat laporan polis terhadap video individu dipercayai pegawai kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) ‘mengugut’ kakitangannya supaya tidak mengundi Pakatan Harapan (PH).

Kata Fahmi, ramai warganet mendakwa individu dalam video tersebut ialah Ketua Pengarah (KP) Yapeim, Abibullah Samsudin.

“Saya membuat laporan ini untuk mengesahkan sama ada benar itu adalah KP Yapeim Dato Abibullah Samsudin atau tak.

“Sekiranya benar apa yang disebut dalam video itu saya meminta pihak polis menyiasat bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah dan Seksyen 9 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, kerana pengaruh tak wajar,” katanya di hadapan Balai Polis Pantai.

Ketika ditemui, Fahmi masih belum selesai memberikan kenyataan kepada pegawai penyiasat dan berhenti seketika untuk memberi kenyataan kepada media.

Dalam video yang tular kelmarin memaparkan ucapan seorang lelaki dipercayai pegawai kanan Yapeim ‘mengugut’ kakitangannya supaya ‘jangan undi Pakatan Harapan (PH).

Malah dia juga mengugut untuk memeriksa satu persatu undi mereka.

Kata pegawai itu lagi, “kalau anda mengundi PH, anda tak layak duduk di Yapeim. Pergilah cari kerja dengan DAP”.

Video berdurasi hampir dua minit itu dipercayai dirakam sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

'I love you, sayang’ - wanita dakwa gangguan seksual dari MP PKR

B Nantha Kumar

Seorang anggota parlimen PKR dari Perak dan seorang bekas bendahari cabang parti itu saling membuat laporan polis ke atas satu sama lain.

Dalam laporan polis itu, wanita berkenaan mendakwa menerima gangguan seksual daripada anggota parlimen PKR berkenaan sejak Disember tahun lalu. Manakala, wakil rakyat itu pula membuat laporan polis mengadu tentang trauma dan gangguan jiwa terhadapnya.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama ahli parlimen itu sementara menunggu ulasan daripada anggota parlimen dan kepimpinan parti tersebut.

Menurut sumber parti, bekas bendahari itu yang juga adalah seorang peguam dari Puchong membuat laporan polis pada 16 Mei lalu mendakwa dia menerima gangguan seksual setelah bekerja dengan ahli parlimen itu selepas pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2008.

Katanya, masalah atau gangguan seksual kemudian mula menjadi-jadi.

“Lelaki itu menghantar teks 'I love you sayang'," kata wanita tersebut.

Dalam laporan ahli parlimen itu yang bertarikh 4 Mei lalu, dia mendakwa bahawa wanita berkenaan membuat banyak panggilan telefon kepadanya sehingga dirinya mengalami trauma dan gangguan jiwa.

“Saya tidak dapat tahan dengan wanita tersebut yang menganggu saya sehingga mengalami trauma dan gangguan jiwa,” kata ahli parlimen itu.

Wakil rakyat PKR itu walau bagaimanapun, tidak memperincikan mengenai trauma dan gangguan jiwa berkenaan daripada wanita yang sudah bersuami itu.

Bagaimanapun pada akhir tahun lalu, selepas mengadu kepada suaminya berkenaan tindakan ahli parlimen tersebut dan juga meletak jawatannya sebagai bendahari cabang, kedua-dua pihak bersetuju untuk bersemuka dan menyelesaikan masalah berkenaan.

“Dia berjumpa saya dengan suami saya sambil memohon maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan sedemikian.

“Namun, ini tidak berakhir tetapi saya terus menerima mesej dan gambar-gambar lucah.

"Malah, dia buat pula panggilan video dan menunjukkan buku 'kamasutra'," kata wanita itu merujuk buku kuno India yang menceritakan mengenai seksualiti dan erotika.

Sementara itu, wanita tersebut turut membuat satu laporan polis terhadap seorang ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC yang didakwa bersuhabat dengan ahli parlimen tersebut.

Ketua Wanita PKR Haniza Talha ketika dihubungi Malaysiakini, mahu pihak polis menjalakan siasatan dengan segera.

"Siasatan perlu dijalankan ke atas laporan polis yang dibuat oleh pengadu. Hasil siasatan perlu diambil tindakan," katanya dalam satu teks mesej ringkas.

Kesilapan ketika berbuka puasa

FMT Reporters

Setelah seharian penat berpuasa, menahan lapar dahaga, pastinya waktu berbuka waktu yang paling dinantikan.
Dengan pelbagai juadah terhidang, sudah tentu ia akan menaikkan selera.

Namun, dalam keseronokan untuk berbuka puasa dan menjamu selera, terdapat beberapa kesilapan ketika berbuka puasa yang sering dilakukan tanpa sedar, yang akhirnya akan membawa mudarat kecil.

Apakah antara kesilapan yang sering dilakukan ketika berbuka?

Kesilapan ketika berbuka puasa

1. Makan secara gelojoh

Tidak dinafikan, ketika perut kosong dan anda berasa lapar, keinginan untuk makan pastinya membuak-buak.

Tetapi, harus berhati-hati. Makan secara gelojoh sangat tidak baik untuk perut anda menjadi kembung dan tidak selesa.

Terdapat kajian mengatakan, makan secara cepat boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit gastroesophageal reflux (GERD) atau refluks asid perut.

2. Minum air sejuk

Sememangnya apabila berpuasa pada cuaca yang panas, keinginan untuk minum minuman yang sejuk sangat tinggi.

Apatah lagi jika ianya air manis dan berperisa. Namun, kebiasaan ini tidak baik untuk sistem pencernaan.

Ini kerana keadaan perut anda untuk seharian kosong tanpa makanan mahupun minuman.

Sebaliknya, memilih untuk meminum air suam kosong untuk berbuka puasa yang terbaik sebelum anda mengambil sebarang minuman manis dan sejuk.

3. Makanan manis

Sewaktu berpuasa, tahap gula dalam darah berada pada tahap yang rendah, memandangkan anda tidak mengambil sebarang makanan atau minuman, yang akhirnya membuatkan badan terasa lemah.

Tetapi sewaktu berbuka, dengan pengambilan pelbagai makanan dan minuman, menjadikan tahap gula dalam darah meningkat secara mendadak.

Tetapi untuk kesihatan badan, anda dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan atau minuman manis dalam jumlah yang tinggi untuk mengelakkan kejutan kepada badan.

Makan dan minumlah secara bijak untuk memberikan peluang kepada tahap gula dalam darah untuk meningkat secara perlahan-lahan.

4. Makanan bergoreng

Pelbagai jenis makanan bergoreng sering menjadi pilihan ketika berbuka puasa.

Tetapi kandungan minyak dalam makanan bergoreng tidak baik bagi sistem pencernaan.

Pengambilan makanan bergoreng sewaktu perut masih kosong meningkatkan risiko untuk perut menjadi kejang dan kembung, yang akhirnya menyukarkan sistem pencernaan untuk menghadam makanan tersebut.

5. Makan nasi

Nasi mungkin merupakan antara pilihan bagi kebanyakan individu ketika berbuka puasa.

Ini mungkin ia sudah menjadi kebiasaan.

Tetapi, pemilihan ini sebenarnya tidak begitu baik untuk sistem pencernaan.

Seharian berpuasa, keadaan perut kosong dan memakan makanan berat seperti nasi membuatkan ia terpaksa berkerja keras.

Ini boleh menyebabkan perut menjadi kembung, terasa pedih dan anda mungkin berasa mual.

Sebaiknya, anda mungkin boleh memakan nasi atau sebarang makanan berat lain selepas 30 minit sehingga satu jam selepas berbuka puasa.

Namun, seandainya anda tidak boleh dengan waktu tersebut, paling tidak, memadailah untuk anda menunggu sehingga selepas anda bersolat maghrib.

6. Makanan pedas

Bagi penggemar makanan pedas, pastinya anda tidak dapat menolak keinginan untuk memilih makanan pedas sewaktu berbuka.

Bagaimanapun, keinginan anda itu kurang baik untuk perut anda.

Pengambilan makanan pedas ketika berbuka puasa, pada waktu perut kosong, boleh mengakibatkan rasa tidak selesa pada perut dan berisiko untuk menyebabkan sakit perut atau cirit birit.

7. Kekenyangan

Kelaparan lawannya kekenyangan. Ada yang mengatakan, waktu berbuka saat di mana anda boleh membalas dendam setelah seharian tidak makan mahupun minum.

Berpuasa untuk selama hampir 12 jam atau lebih bagi sesetengah tempat, menyebabkan waktu berbuka waktu untuk makan sepuas-puasnya sehingga kekenyangan.

Hakikatnya, tabiat ini tidak baik untuk badan.

Ia boleh mengakibatkan kejutan kepada perut dan sistem pencernaan yang boleh menyebabkan perut kembung dan tidak selesa.

Malahan, dengan perut yang kekenyangan itu juga boleh menyebabkan anda malas untuk bersolat.

Kesimpulannya, walaupun seharian kita menahan lapar dan dahaga, tidak makan dan minum, lebih baik untuk kita memilih untuk bersederhana dan ala kadar dalam berbuka.

Bukanlah tujuan kita berpuasa untuk mengajar kita erti sabar.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Kumpulan Hello Health tidak menyediakan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Mamat ni lah yang kata, "siapa yg undi PH pergi minta kerja dengan DAP"

Pegawai Yapeim masih bos selepas ugut kakitangan jangan undi PH
Robin Augustin

Abibullah Samsudin dilihat bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Seorang pegawai tinggi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang secara terbuka menggesa kakitangannya tidak mengundi Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum tahun lalu masih mengetuai agensi kerajaan itu.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Mohd Daud Bakar mengesahkan kepada FMT, lelaki dalam satu rakaman video viral yang memberi amaran kepada kakitangan Yapeim untuk tidak mengundi PH ialah Ketua Pengarahnya, Abibullah Samsudin.

Katanya, ia adalah “video lama”.

Abibullah gagal dihubungi FMT untuk mengulas tindakannya.

Ku Li beri amaran kemungkinan PRU15 secara mengejut

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa parti itu mula untuk bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-15 secara mengejut.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, persediaan itu termasuk berhubung pengagihan kerusi untuk ditandingi yang perlu dibincangkan bersama rakan parti pembangkang iaitu, PAS serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

“Kita kena selesaikan supaya tidak akan berbangkit sesuatu yang memecahkan kita, kita juga kena ambil kira bukan Melayu yang selama ini menjadi kawan setia kita.

“Saya rasa kena mula sekarang, kalau pilihan raya mengejut macam mana?

“Ya mungkin, kalau ada perubahan kepemimpinan, ada pilihan raya mengejut,” katanya dipetik oleh Utusan Malaysia.

Tengku Razaleigh, yang juga dikenali sebagai Ku Li, mengulas rancangan peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan bakal penggantinya iaitu Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, pemangku presiden Umno Mohamad Hasan menjangkakan senario yang berbeza.

Semasa ceramahnya, baru-baru ini di Sandakan, beliau memberitahu hadirin bahawa Mahathir tidak akan menunaikan janjinya untuk menyerahkan tampuk pemerintahan negara selepas dua tahun.

Mohamad sebaliknya mendakwa Mahathir akan membubarkan Parlimen dan supaya pilihan raya umum ke-15 dapat diadakan.

Begitu juga, bekas menteri di jabatan perdana menteri, Zaid Ibrahim juga percaya bahawa tidak semua pemimpin dalam Pakatan Harapan mahu Anwar menjadi perdana menteri.

"Saya tidak yakin pemimpin PH sebulat suara mahu Anwar mengambilalih.

"Jika mereka mahukannya, kenapa kita tidak boleh menetapkan tarikh? Ini bukan zaman Julius Ceasar di mana pewaris (Octavius) terpaksa dinamakan dalam surat wasiat kerana takut tercetusnya pergaduhan," ciapnya di Twitter pagi ini.

Katanya, setakat ini hanya DAP yang menunjukkan kesungguhan mengenai isu penggantian dan menyatakan bagaimana Lim Kit Siang menawarkan diri untuk bersara dari politik jika Mahathir tidak menunaikan janjinya.

"Bagaimana dengan Mat Sabu (Presiden Amanah Mohammad Sabu)? Saya harap (Presiden Bersatu) Muhyiddin (Yassin) berkata sesuatu. (Timbalan Presiden PKR) Azmin (Ali)? Jadi..,” katanya.

Semalam, Anwar mendedahkan bahawa perbincangan berkenaan peralihan kuasa dengan Dr Mahathir berjalan dengan baik tetapi beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikhnya.

Semasa ulang tahun pertama PH pada 9 Mei lalu, Mahathir berkata beliau akan meletak jawatan selepas menyelesaikan masalah yang diwarisi daripada kerajaan BN sebelum ini.

Diasak untuk mengulas lanjut, beliau menjawab: "Saya tidak tahu sama ada tiga tahun atau dua tahun, tetapi saya perdana menteri sementara."

Farid Kamil mendekam di Penjara Kajang 9 bulan

Pelakon Farid Kamil Zahari hari ini dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas disabitkan kesalahan menggunakan dadah.

Keputusan itu dibacakan majistret Nor Ariffin Hisham selepas dia yang sepatutnya membela diri memilih untuk berdiam diri.

Menurut laporan Harian Metro, mahkamah juga tidak membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan.

Justeru pelakon filem J Revolusi itu dihantar untuk menjalani hukumannya di Penjara Kajang hari ini.

Mahkamah sebelum ini memerintahkan Farid Kamil untuk membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Suami kepada aktres Diana Danielle itu didakwa menggunakan dadah jenis tetra hydrocannibol (THC) pada Januari tahun lalu.

Polis juga menemui dadah THC itu pada Farid Kamil semasa dia berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 4.30 petang 11 Januari tahun lalu.

Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memanggil seramai lima saksi bagi memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang memulakan prosidingnya pada 18 Disember lalu.

Zaharudin buktikan pendirian ‘setandan’ bekas pimpinan Pas tidak silap

ARIF ATAN
Pendirian sekumpulan pemimpin yang digugurkan dalam pemilihan sempena Muktamar Tahunan Pas ke-61 pada empat tahun lalu terbukti tidak silap.

Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Abbas Azmi berkata, hal itu dibuktikan melalui pendedahan menantu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu ‘kartel dedak’.

Menurut Abbas, penglibatan lima pemimpin Pas seperti disebutkan oleh Zaharudin Muhammad membuktikan penegasan sekumpulan bekas pemimpin Pas yang kini mengisi kepimpinan AMANAH mengenai hubungan Pas-Umno bukan sekadar rekaan.

“Jelas, siri pendedahan terbuka Zaharudin di Facebook itu memperlihatkan kepada rakyat kebenaran ‘setandan’ pemimpin Pas yang telah digugurkan pada muktamar empat tahun lepas.

“Panggilan ‘kartel dedak’ yang merujuk kepada penerimaan imbuhan dari Umno oleh pemimpin Pas tertentu telah dibuktikan melalui kenyataan dan pengakuan Zaharudin,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Untuk rekod, ‘setandan’ pemimpin Pas yang gugur merujuk kepada 18 bekas pimpinan Pas yang mempertahankan kerjasama politik dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat disingkirkan pada pemilihan kepimpinan parti.

Penguasaan kumpulan yang dilabelkan pro-ulama selepas menyingkirkan kumpulan progresif dan aktivis berlaku tiga bulan selepas Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Keputusan pemilihan Pas itu sekali gus menyaksikan kemuncak perpecahan Pas memandangkan beberapa tahun sebelum itu bibit-bibit keretakan sudah wujud dengan pelbagai label negatif seperti tidak walak, liberal dan munafik haraki.

Mengulas lanjut, Abbas berkata, pendedahan Zaharudin yang berkaitan dengan penularan audio Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menjelang PRU-14 lalu sebenarnya turut menjawab kekeliruan ramai pihak tentang sikap lunak Pas terhadap Umno-BN.

“Senarai lima pemimpin Pas terlibat dengan kod nama ‘Dr Hussam II (kepala no 1)’, ‘Mr NT’, ‘Mr KT’, ‘Mr KH’ dan ‘semua dah tahu’ merupakan bukti apa yang kita uar-uarkan sebelum ini tentang wujudnya ‘hubungan sulit’ pemimpin Pas tertentu dengan Umno.

“Paling ketara, apabila terdapatnya pimpinan Pas sangat menyokong dan mesra dengan Umno-BN menjelang PRU-14 bahkan sehingga hari ini,” tambahnya lagi.

Kemenangan PH di Sandakan petunjuk momentum kerajaan yang positif

SITI NUR ZAWANI MISCON
Kemenangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan menunjukkan momentum kerajaan yang sedang berada betul di landasannya sekaligus membuktikan politik perkauman yang dibawa Umno-Pas tidak diterima di negeri itu.

Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, kemenangan PH selepas tiga kali kemenangan berturut di kerusi yang dikuasai Barisan Nasional (BN), membuktikan bahawa rakyat percaya dengan usaha kerajaan yang komited menyediakan inisiatif-inisiatif yang bermanfaat untuk masyarakat di Sabah.

Katanya, rakyat telah melihat sendiri usaha para pemimpin yang turun padang bersama rakyat disamping pengumuman tentang inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu, baru-baru ini.

“Mungkin sebelum ini faktor kekalahan PH kerana masyarakat menganggap PH tidak menunaikan janji dan tak buat manifesto, tetapi dalam beberapa bulan ini nampak kelainan dan perubahan. Kita tengok PH dah mula fokus semula kepada manifesto dan berusaha mengotakan janji.

“Tun Mahathir juga ada menggariskan beberapa perkara penting dalam ucapan beliau dan inisiatif baru di mana setahun pemerintahan PH menunjukkan komitmen pemimpin yang sedang memperbetulkan keadaan.

“Kebetulan di Sabah dan Sarawak mereka ada sedikit sentimen bahawa PH mempunyai iltizam untuk membantu rakyat. Kalau kita lihat juga akhir-akhir ini nampaknya kerajaan sudah dapat tangani isu-isu media dengan lebih baik,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa kejayaan PH di Sandakan turut bersandar pada faktor kejayaan kerajaan menangani isu-isu yang dibawa oleh media terutama media kerajaan supaya terus membawa mesej positif kepada rakyat.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata, media dibawah kerajaan hari ini sudah mula mengadakan kempen dan penerangan tentang dasar kerajaan yang diperlukan untuk pemahaman rakyat yang akhirnya telah membentuk kemenangan besar di Sandakan.

Selain itu, katanya, sentimen perkauman yang dimainkan Umno-Pas tidak lagi berjaya mempengaruhi pengundi Sabah di Sandakan di mana penglibatan Pas sendiri dalam tempoh berkempen untuk parti Parti Bersatu Sabah (PBS) menyebabkan masyarakat Sabah tidak selesa dengan politik perkauman yang dibawa.

“Masyarakat Sabah ini lain. Mereka berkawan dengan semua agama sama ada kristian, iban, dan juga Islam. Jika kita perhatikan, Sandakan mempunyai majoriti orang Islam namun mengapa DAP masih boleh menang? Ini kerana orang Islam Sabah tolak PBS dan mereka lihat politik perkauman ini tidak baik untuk politik di Sabah.

“Tambahan pula, Najib yang turun padang dan berkempen sebenarnya sudah mempunyai imej yang tidak baik. Imej Bossku itu sendiri tidak bagus apatah lagi setelah beliau sendiri telah dibicarakan hampir 16 hari dan banyak amalan rasuah yang telah didedahkan. Sekarang, Imej Bossku dah dikaitkan dengan rasuah yang menyebabkan rakyat tidak terima beliau,”ujarnya.

Audit dedah SPR bantu BN pindah pengundi tentera sebelum PRU14

Chan Kok Leong

Laporan audit mendedahkan beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan Kementerian Pertahanan bersekongkol memindahkan pengundi tentera di kawasan tertentu sebelum PRU14 Mei lalu.

PEGAWAI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Pertahanan (Kementah) bersekongkol membina empat kem tentera sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 untuk membantu Barisan Nasional (BN), dedah laporan audit urus niaga pertukaran tanah yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.

“Beberapa kem tentera termasuk di Bera, Segamat, Paloh dan Hutan Melintang dibina bagi tujuan politik untuk memindahkan pengundi sebelum PRU14,” kata laporan itu yang dilihat The Malaysian Insight.

Menantu presiden PAS, zaharudin: Kalau ada cuba simpan bawah karpet, saya lawan

Menantu presiden PAS, Zaharudin Muhammad menyambut baik langkah parti itu yang mengarahkan agar ahli parti tidak membincangkan isu dalaman parti secara terbuka.

Bagaimanapun, Zaharudin yang mendedahkan berhubung kewujudan "kartel dedak" dalam PAS menegaskan bahawa dia akan melawan sekiranya ada usaha pihak tertentu untuk menyembunyikan isu berbangkit tanpa sebarang tindakan.

"Alhamdulillah...Paling kurang kes ini dapat bawa ke jawatankuasa tatatertib dan disiplin.

"Semoga dapat diselesaikan secara tertutup. Tetapi jika ada usaha untuk simpan bawah karpet, Insya-Allah saya akan lawan," tulisnya di Facebook, petang tadi sambil memuat naik salinan arahan dikeluar parti itu.

PAS hari ini mengeluarkan perintah larangan terhadap semua ahlinya daripada membawa, membincang dan membahasakan sebarang isu membabitkan urusan parti di media mahupun media sosial.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan mengingatkan ahli partinya agar menyampaikan sebarang pandangan, pendapat, cadangan mahupun kritikan melalui saluran parti pelbagai peringkat.

Takiyuddin berkata perintah larangan itu berkuat kuasa serta merta.

Sebelum ini, Zaharudin membangkitkan isu "kartel dedak", yang dipercayai merujuk kepada kumpulan dalam PAS yang didakwa menerima wang daripada pihak tertentu.

Tanpa menyebutkan nama sebenar, Zaharudin turut mendedahkan lima ahli dalam kumpulan berkenaan.

Zaharudin mendakwa pendedahannya berhubung isu dedak mendapat restu Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun Abdul Hadi ketika ditemui media semalam, menafikan dakwaan menantunya itu.

AMANAH bersyukur ‘kartel dedak’ akhirnya terdedah dari mulut Pas sendiri

NASUHA RAHMAN
Timbalan Presiden AMANAH Datuk Salahuddin Ayub melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT akhirnya kebenaran kartel dedak yang pernah disyaki sepuluh tahun yang lalu dapat disaksikan secara umum pada hari ini.

Mengulas isu ini, beliau berkata rakyat dapat saksikan kebenaran ini apatah lagi ia bukan keluar daripada mulut pimpinan AMANAH tetapi daripada mulut pimpinan Pas sendiri.

Bagi Salahuddin, isu ini agak terlewat didedahkan oleh beliau dan rakan-rakan dalam pimpinan Pas waktu itu kerana telah mengesyaki kewujudan kartel dedak semenjak tahun 2008.

“Tapi akhirnya, orang kata ‘time will tell’, kenyataan itu terserlah dan diakui sendiri daripada mulut mereka (Pas) yang ada pada hari ini.

“Jadi saya bersyukur pada Allah SWT kebenaran itu lahir dan dapat disaksikan, dan bukan keluar daripada mulut pimpinan AMANAH pada hari ini tetapi keluar daripada mulut mereka sendiri,” katanya kepada Malaysia Dateline ketika ditemui pada majlis Iftar AMANAH di Wisma Amanah semalam.

Baru-baru ini, media melaporkan Zaharudin Muhammad yang juga bekas anggota Majlis Syura Ulama Pas mendedahkan wujudnya ‘kartel dedak’ dipercayai merujuk kepada kumpulan dalam parti itu yang didakwa menerima dana daripada pihak tertentu. Malah beliau mendakwa, pendedahan itu mendapat ‘restu’ Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga menantu kepada Abdul Hadi telah memberikan singkatan dan bayangan bagi nama kelima-lima individu yang didakwa terlibat dalam kumpulan kartel dedak tersebut.

Bagaimanapun dalam senarai itu, Zaharudin menafikan dua nama terlibat iaitu Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Pemuda Pas yang juga adik iparnya, Muhamad Khalil Abdul Hadi.

Namun beliau tidak menafikan tiga nama lagi yang dinamakan oleh pelbagai pihak sebagai terlibat iaitu Ketua Penerangan Pas, Nasarudin Hassan, ahli parlimen Bachok Nik Muhamad Abduh dan ahli parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairudin Aman Razali.

'Saya tak tahu kalau presiden PAS nak saman menantu'

N Faizal Ghazali

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar mengungkapkan isu pendedahan yang dibuat oleh menantu presiden PAS, Zaharudin Muhammad membuktikan dakwaannya mengenai penerimaan dana daripada Umno oleh pimpinan PAS sebelum ini adalah benar.

Menurutnya, beliau sendiri sudah membangkitkan perkara itu sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu namun dinafikan sekeras-kerasnya.

Malah katanya, ramai ahli dan penyokong PAS termakan dengan penafian tersebut.

"Apabila menantu presiden PAS sendiri mendedahkan perkara ini, maka dakwaan saya dan rakan-rakan sebelum PRU lagi terbukti benar.

"Malah ketika itu ada yang kata PAS nak ambil tindakan mahkamah terhadap saya, saya tak tahu kalau presiden nak saman menantu atau PAS nak saman menantu presiden pula," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Zaharudin melalui beberapa catatan di Facebook membangkitkan isu "kartel dedak" dalam parti itu.

Menantu Abdul Hadi Awang itu turut mendedahkan lima pemimpin PAS terbabit dalam penerimaan wang jutaan ringgit daripada Umno.

Bagaimanapun lima nama pemimpin berkenaan tidak dinyatakan dengan jelas, sebaliknya diletakkan mengikut singkatan nama individu yang dimaksudkan.

Zaharudin turut mendakwa pendedahannya dalam isu tersebut direstui, Abdul Hadi, namun mentuanya itu menafikan restu tersebut.

Sementara itu, Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata, kenyataan Abdul Hadi yang tidak merestui apa yang didedahkan oleh Zaharudin bermakna beliau menafikan apa yang dibuat oleh menantunya.

"Timbul tanda tanya, apakah dia sedang melindungi perlakuan-perlakuan yang begitu buruk yang dilakukan oleh pimpinan PAS?

"Adakah presiden sendiri terlibat dalam hal ini atau dengan pengetahuan presiden sendiri apa yang dilakukan oleh orang-orang yang dimaksudkan menantunya?

"Saya ucapkan tahniah kepada menantu Zaharudin sebagai ahli parti ini yang kita mahu, harus berani tampil ke hadapan," katanya yang juga timbalan menteri sumber manusia.

Hadi nafi beri restu pada menantu: Ha ha ha siapa bohong Haji Hadi ke menantu?

Anne Muhammad dan Mariam Nizar
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan beliau tidak memberi restu kepada menantunya membuat pendedahan mengenai "kartel dedak" seperti yang berlaku sekarang.

Bercakap kepada media di Ampang, Selangor hari ini Abdul Hadi berkata beliau tidak pernah berbuat demikian dan kenyataan dibuat Zaharudin Muhammad di luar pengetahuannya.

“(Saya) restu itu, tak betul... saya tak ada restu,” tegasnya pasda sidang media sebelum majlis berbuka puasa anjuran PAS Pusat di De Palma Ampang hari ini.

Anggota Parlimen Marang itu juga berkata, pendedahan "kartel dedak" yang dikisahkan secara bersiri oleh menantunya itu boleh diibaratkan sebagai filem lama yang sengaja ditayangkan semula.

"Itu (isu didedahkan Zaharudin) filem lama yang sudah ditayang, ia sudah selesai.

"Kita anggap perkara itu dah selesai, ia melibatkan disiplin," ujar Abdul Hadi.

Hadir sama dalam sidang media itu Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, tiga naib presiden, Mohd Amar Nik Abdullah, Iskandar Abdul Samad, dan Idris Ahmad, serta setiausaha agung, Takiyuddin Hassan.

Langgar disiplin parti

Isu "kartel dedak" mula memanas selepas Zaharudin memuat naik siri hantaran di media sosial sejak beberapa hari lalu menceritakan mengenai isu melibatkan beberapa pemimpin kanan PAS.

Antara yang disebut secara jelas ialah dua anggota parlimen PAS iaitu Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Dr Khairuddin Aman Razali yang masing-masing mewakilli kawasan Bachok, Kelantan, dan Kuala Nerus, Terengganu.


Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Tiada restu

Malaysiakini (BM)

@mkini_bm
Zaharudin dakwa dapat restu Hadi https://www.malaysiakini.com/news/475888

View image on Twitter
1,219
6:59 PM - May 13, 2019
Twitter Ads info and privacy
1,134 people are talking about this

Turut dilibatkan dalam dakwaan Zaharudin ialah Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan.

Beliau turut mengaitkan isu penerimaan wang daripada Umno atau orang Umno itu dengan dua tokoh lain yang tidak dinamakan secara jelas.

Semalam Zaharudin - yang mengaku menjadi "komander" untuk menyingkirkan kumpulan "jebon" sebelum ini - memberitahu pendedahannya mengenai kumpulan terbabit direstui Abdul Hadi.

Nik Abduh pula sebelum ini mendakwa Abdul Hadi merestui beliau agar tidak bercakap benar semasa ditanya mengenai kesahihan audio satu ucapan dalam majlis dihadirinya bersama Zaharudin beberapa tahun lalu.

Zaharuddin menerusi kenyataan di Facebook juga menjelaskan tindakannya mendedahkan gerakan "kartel dedah" itu bertujuan mengelak serangan parti lawan serta menjarakkan pimpinan PAS daripada isu wang Umno.

Sementara itu mengulas isu sama, Takiyuddin berkata Jawatankuasa Disiplin PAS sudah menerima aduan mengenai tindakan yang dipercayai melanggar peraturan parti.

"Kita dimaklumkan, kita terima aduan berhubung perlanggaran tatatertib parti.

"Jawatankuasa Disiplin PAS akan buat keputusan. Aduan itu akan disiasat dan dibuat pendakwaan," katanya.

Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu menambah itu tersebut tidak wajar diungkit semula.

Katanya ada kemungkinan Zaharudin akan dikenakan tindakan disiplin jika jawatankuasa yang menyiasat aduan tersebut berpendapat ia adalah perlu.

Sementara itu Nik Abduh ketika ditemui sebelum bermulanya sidang media dan ditanya isu "kartel dedak" itu enggan mengulas lanjut.

Beliau sebaliknya mengarahkan pemberita bertanya kepada Abdul Hadi terus.

"Jangan tanya saya, pergi tanya di dalam (bilik sidang media) di sana ada semua jawapan," katanya ringkas.

Pembunuhan dan haru-biru di Kampung Baru

Aidila Razak dan Tham Seen Hau

Nota editor: Sempena 50 tahun rusuhan 13 Mei, Malaysiakini menerbitkan beberapa siri artikel berkaitan tragedi itu dan usaha-usaha memulihkannya. Artikel-artikel yang disiarkan mempunyai keterangan bergambar berkaitan keganasan yang berlaku. Tiada semua faktanya dapat disahkan. Bagaimanapun, bahagian yang boleh disahkan diberi pautan.

Ini adalah cerita seorang saksi mata tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Pada masa itu, dia merupakan pelajar tahun pertama di Universiti Malaysia (UM). Dia terperangkap sehingga 16 Mei di Kampung Baru, yang merupakan salah satu ‘kawasan panas’ rusuhan tersebut.

Kini berusia 70 tahun, dia yang berbangsa Melayu itu sudi ditemu bual Malaysiakini dengan syarat identitinya tidak didedahkan.

Akuinya, kejadian 50 tahun lalu itu masih lagi meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya.

“Sampai sekarang pun, bila saya ke kawasan masjid (Masjid Jamek Kampung Baru), saya terimbas balik segala apa yang pernah saya saksikan,” katanya.

Dengan mata yang bergenang, dia mengimbas semula kejadian di depan matanya apabila satu kereta yang dinaiki keluarga Cina dibakar oleh sekumpulan perusuh Melayu.

“Saya tak tahu apa yang terjadi, saya macam kena rasuk. Yang saya ingat, saya jerit: ‘Lepaskan mereka! Lepaskan mereka! Bunuh aku! Bunuh aku!’. Saya ingat saya sebut perkataan itu. Saya koyak baju dan mengamuk.

“Saya pun tak tahu kenapa saya bertindak macam itu, tapi saya tak boleh terima. Bila saya lihat dua budak kecil, seorang lelaki dan seorang perempuan, menangis dalam kereta dan kedua ibu bapanya mengggigil ketakutan, saya tak boleh terima. Apa dosa mereka? Sebab mereka orang Cina? Kenapa mereka yang dijadikan mangsa?

Ini ialah cerita saksi tersebut, seperti yang diceritakan kepada Aidila Razak dan Tham Seen Hau.

Pendaftaran kampus UM bermula seminggu sebelum 13 Mei. Saya dilahirkan pada 1949, jadi semasa saya mendaftar di kampus pada 1969 itu, saya baru 20 tahun.

Saya belum cukup umur untuk mengundi, dan saya tak pernah kisah pun. Saya lebih kisah tentang macam mana saya hendak bergerak di kampus tanpa motosikal. UM terletak jauh daripada tempat saya tinggal, kena naik dua bas. Jadi, saya kena fikir cara macam mana nak bergerak. Nak pinjam motorkah, atau cari duit untuk beli sebiji.

Ada juga kawan-kawan yang datang dari kampung yang belum ada bilik sewa, jadi saya banyak habiskan masa ketika pilihan raya itu untuk membantu mereka cari bilik atau rumah sewa.

Saya pun tiada duit. Saya tak dapat biasiswa. Jadi sambil itu, saya juga mencari duit untuk saya bayar yuran pendaftaran semester pertama, di samping itu membantu kawan-kawan yang sekapal dengan saya. Itu sajalah yang kami bimbangkan ketika itu.

Kami langsung tak berminat tentang politik. Kami tak tahu apa terjadi masa itu. Kami cuma hendak mulakan kehidupan kami sebagai pelajar, itu saja. Itu semua sebelum insiden 13 Mei tercetus.

Perhimpunan di rumah Datuk Harun

Pada hari rusuhan tersebut, saya ada di kampus. Seorang senior beritahu suruh dapatkan beberapa orang dan pergi ke rumah Datuk Harun. Saya tanya, “Kenapa? Ada bagi duitkah? Atau makanan?”

Dia jawab, ada perjumpaan. Pada masa itu, biasalah pelajar dipanggil untuk meramaikan mana-mana majlis. Mungkin dapat nasi bungkus, atau RM5 - itu saja pun dah cukup buat kami gembira.

Tapi yang kali itu agak pelik, sebab tiada pengumuman apa-apa tentangnya. Senior saya datang, berbisik saja kepada saya. Saya tak tanya lebih-lebih, sebab hormat senior.

Kami tak ada kenderaan, jadi senior itu aturkan dengan beberapa orang yang ada motosikal. Jadi kami pergi naik lima motosikal. Masa itu antara pukul 5 ke 6 petang. Pekerja pejabat pun dah balik kerja.

Sesetengah kawan saya yang ikut itu, mereka orang kampung. Jadi mereka ingatkan dapatlah mereka keluar tengok bandar sekali. Macam itulah naifnya kami masa itu.

Sebaik sampai, saya perasan, keadaan tak macam perjumpaan biasa pun. Tak ada meja pendaftaran, tak ada jalan nak masuk ke dalam, tak ada kain rentang. Cuma ada orang yang berlegar-legar saja.

“OK-lah. Mungkin ada makanan di dalam,” fikir saya sambil berjalan masuk menuju ke perkarangan (rumah).

Tapi di dalam, lebih aneh lagi. Kebanyakan orang nampak macam bukan orang Kuala Lumpur. Mereka bercakap sesama sendiri dalam bahasa Jawa. Mereka nampak keras, tak macam kerani kerajaan yang selalu hadir di kebanyakan perjumpaan.

Senior yang jemput kami itu hilang dalam orang ramai, jadi kami pun cuba bersembang dengan orang-orang di situ. Mereka kata, “Eh, takkan kau tak tahu?”

Saya mula syak ada benda tak kena apabila saya lihat mereka agihkan lilit kepala, kain merah yang ditulis Arab La ila haillahllah. Ini dah macam orang-orang silat.

Jadi, beberapa orang kawan saya ambil keputusan untuk balik. Mereka tak gemar apa yang mereka lihat. Saya pun kata, “OK, baliklah dulu.” Tinggal kami bertiga saja.

Saya ambil lilit kepala itu- semua orang pun ambil. Tapi apabila mereka suruh pakai lilit kepala itu, saya cakap, “Saya tak mahu pakai lilit merah ini, macam nak pergi perang saja.” Mereka balas, “Kau sepatutnya dah tahu. Memang itu yang kau patut buat pun”.

Budak muda penghantar kopi

Saya dah mula kurang senang. Kemudian saya ada nampak orang yang saya kenal. Saya tanya dia, dan dia pun kata, “Kita nak berarak”. Itulah kali pertama saya diberitahu apa yang nak jadi. Nampaknya, ada perarakan balas terhadap perarakan oleh Gerakan dan DAP sehari sebelum itu bagi meraikan kejayaan mereka.

Saya tanya dia lagi, apa rancangan sebenarnya. Dia jawab, kami semua sepatutnya berjumpa di jam besar tepi Masjid Jamek dan berdemonstrasi di seluruh tempat. Saya tanya lagi berapa orang akan terlibat, dan jawabnya, “Ramai, kita kat sini saja sudah 500”.

Saya dapat tahu ada orang datang dari Klang, Negeri Sembilan, Pudu dan Setapak untuk perarakan ini. Saya tanya dia, saya patut balik atau terus di situ? Dia jawab: “Kau balik, aku tetak”.

Pada masa itulah saya sedar, dia ada parang. Selepas itu, saya turut perasan ada senjata yang disembunyikan di pagar rumah Harun. Orang di situ makin tak tentu arah. Saya dengar ada wirid dan doa dibaca dari dalam rumah.

Saya sangat sangat takut dan nak balik rumah, tapi tak boleh sebab mereka kunci pagar. Tak ada sesiapa boleh masuk, tak ada sesiapa boleh keluar.

Bermula dari situlah, perkara paling buruk terjadi.

Ada orang tempah kopi dari kedai kopi di Jalan Gurney yang berdekatan. Jadi budak Cina ini datang hantar kopi dengan dulang, dan mereka bunuh dia. Saya tak nampak pembunuhan itu, tapi saya nampak dia dah mati.

Saya tak tahu tentang ini pada mulanya, tapi rupa-rupanya pada masa itu ada orang berbisik sesama sendiri tentang orang Melayu dibunuh orang Cina di Setapak.

Selepas itu, mereka tahan sebuah van dan bunuh orang di dalamnya. Saya mula berundur ke belakang, tapi saya nampak di belakang pun ada orang jaga.

Rasa saya, kalau sekumpulan orang berjalan bersama-sama, itu kita boleh panggil berarak. Tapi bila dibukakan pagar, mereka bukan berarak, mereka meluru. Mereka mengamuk. Rupa-rupanya, mereka terdengar cerita ada orang Melayu kena bunuh, jadi mereka meluru untuk pertahankan orang Melayu. Huru-hara jadinya.

'Lindungi kawasan ini'

Saya tak tahu nak buat apa. Kawan-kawan saya berjaya ambil Vespa mereka dan kami pergi ke masjid. Ada orang di situ, nampak macam ketua-ketua. Benda pertama dia tanya saya, sama ada saya ada lilit kepala atau tidak. Lilit kepala itu ada dalam poket saya, dia suruh saya pakai. Kemudian, dia suruh saya minum sejenis air yang dah dijampi. Air itu sepatutnya buat saya jadi berani.

Selepas 13 Mei, ada banyak cakap-cakap tentang pendekar silat yang boleh terbang, keris dan parang sakti, tapi saya tak pernah nampak pun. Saya cuma tahu air yang saya minum itu diambil daripada kolah masjid, tempat orang berwuduk. Ramai orang cirit-birit malam itu (lepas minum air itu).

Orang-orang yang beri arahan di dalam masjid adalah gangster Kampung Baru. Saya tak nampak mereka di perkarangan rumah Datuk Harun sebelum itu, tapi sekarang mereka bentuk kami menjadi kumpulan pertahankan diri.

Mereka bahagi-bahagikan Kampung Baru kepada beberapa kawasan dan berkata, “Kau jaga kawasan ini”. Mereka tak kata, “Bunuh orang Cina”. Tak. Mereka suruh kami lindungi kawasan masing-masing, jangan biar sesiapa masuk. Siapa yang nak keluar boleh keluar, tapi siapa yang keluar, matilah.

Mereka bimbang sebab orang Cina sedang bergerak masuk dari Jalan Kamunting. Kampung Baru ada bersebelahan beberapa kampung Cina, jadi mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan Cina, berpindah ke masjid untuk mendapatkan perlindungan. Kelab Sultan Sulaiman dikunci kerana ia sebelah Kampung Limau, iaitu kawasan Cina.

Ada satu rumah yang cantik di bahu Jalan Campbell (kini Jalan Dang Wangi) dan Jalan Ampang, rumah itu dibakar oleh perusuh Cina. Orang Cina di sebelah sini, orang Melayu di sebelah sana.

Senjata api dan parang berkilat macam pedang

Malam itu, selepas solat Isyak, saya ditugaskan untuk berjaga di Jalan Raja Alang (jalan menuju ke masjid) bersama 20 yang lain.

Pada masa itu, saya lihat ada sekumpulan orang Cina menunggang motosikal menuju ke arah kami. Lampu masih menyala, jadi kami dapat nampak mereka bersenjata. Mereka ada pistol, senapang patah dua laras (pada masa itu, banyak orang Cina memiliki senjata memburu). Sesetengah mereka bawa parang yang berkilat macam pedang.

Saya memang kecut perut. Tiada siapa yang boleh menghalang mereka. Kami ialah baris pertahanan paling depan, tapi apa yang kami ada? Selain batang kayu, tak ada apa-apa lagi. Saya tak ada parang, tapi saya kena bertahan. Sesetengah daripada kami asah buluh runcing. Tapi setakat itu sajalah.

Mereka datang dari arah Jalan Chow Kit menuju ke masjid. Kalau mereka melepasi kami, mereka akan dapat ambil alih masjid. Terus-terang, terkencing kami dibuatnya. Kami ini muda lagi, mereka itu gangster-gangster lama. Menggeletar kami.

Kemudian, mereka membelok ke satu jalan yang menuju ke tokong Cina. Saya tak tahulah mereka belok itu kerana mereka nampak kami, atau memang awal-awal lagi mereka nak pergi ke tokong itu. Saya memang takut betul. Cuma tak menangis saja lagi.

Malam itu agak kucar-kacir. Saya ikut beberapa orang dan akhirnya tiba untuk berjaga di kawasan berdekatan sungai, setentang dengan Sekolah Lai Meng (ketika itu). Sekolah Lai Meng terletak di Jalan Ampang - kawasan Cina- sementara kami berada di seberang, di Kampung Baru.

Pada masa ini, saya sedar ada penembak hendap. Pada masa itu, orang tak tahu macam mana rupa penembak hendap, bukan macam sekarang, kamu boleh lihat dalam filem.

Kami cuma nampak orang kena tembak. Kami terkejut. Ada seorang lelaki, saya rasa dia pernah berkhidmat dalam tentera, dia kata, “Eh, ada penembak”. Dia suruh kami menyorok, jangan duduk di kawasan terbuka.

Ada beberapa orang cuba nak menyeberangi sungai untuk memeriksa di mana penembak itu bersembunyi, tapi tak dapat. Mereka ditembak. Kami jangka penembak itu ada di Sekolah Lai Meng.

Orang Cina sedang bergerak masuk dari Setapak, Jalan Campbell, Batu Road (kini Jalan Tuanku Abdul Rahman). Apakah ada rancangan untuk mereka takluk Kampung Baru? Saya tak tahu. Tapi gangster itu nampaknya mungkin tahu kerana mereka dah aturkan orang mereka untuk jaga kawasan-kawasan itu. Pada masa itu, ada kumpulan gangster yang berbilang bangsa di KL, jadi mungkin mereka dah bagi amaran sesama mereka.

Jip penuh dengan raifal

Saya di Kampung Baru selama tiga hari - 13, 14 dan 15 Mei. Banyak benda terjadi dalam masa tersebut.

Pada 13 haribulan, seorang pegawai tentera bawa masuk jip yang penuh dengan raifal di Kampung Baru. Saya ingat lagi, raifal automatik, saya pun dapat satu. Berat senjata itu. Tapi kebanyakan kami tak tahu macam mana nak guna senjata api itu, dan ramai naiki teruja hingga mereka menembak tak tentu hala sampai peluru habis cepat.

Pegawai tentera itu tak beri kami peluru, hanya apa yang ada dalam raifal itu saja. Jadi, mungkin dia bertindak ikut kepala sendiri (bukan arahan pihak atasan). Saya tak rasa perkara itu dirancang.

Saya juga lihat pegawai-pegawai keselamatan membawa keluar orang-orang kaya Kampung Baru menggunakan trak. Mereka nampak gayanya dibawa ke depot polis atau kawasan Kementerian Pertahanan di Jalan Gurney. Bertahun-tahun kemudian, saya diberitahu oleh mereka yang datang daripada keluarga yang ada ‘hubungan’ ini, mereka memang dibawa ke situ untuk dilindungi.

Rumah dan kedai dipecah masuk sejak 13 Mei lagi. Keluarga kakak ipar saya tinggal di Kampung Baru, dan saya nampak mereka di masjid. Rumah mereka dekat dengan kawasan Cina, jadi mereka lari.

Rumah mereka dipecah masuk, tapi saya rasa oleh orang Melayu. Orang Melayu pun bukannya semua baik. Malah, sesetengah rumah yang dipecah masuk itu memang jauh ke dalam Kampung Baru, jadi mustahil orang Cina yang pecah masuk. Inilah juga sebabnya kenapa kumpulan pertahanan ditubuhkan.

Kampung Melayu dikelilingi oleh kedai Cina. Apabila rusuhan itu tercetus, sesetengah orang pecah masuk ke dalam kedai Cina ini untuk musnahkan buku hutang. Tapi mereka tak tahu, tauke Cina itu bawa sekali buku hutang semasa melarikan diri.

Saya pun pecah masuk beberapa kedai. Tak ada makanan untuk keluarga yang berlindung di masjid, jadi kami pergi cari makanan di tengah-tengah malam. Saya cuba cari rokok nak curi, tapi tak ada. Dah ada orang pecah masuk lagi awal daripada kami. Tapi kawan saya jumpa seguni beras, dia bawa ke masjid. Tapi bila dibuka, garam, bukannya beras.

Banyak juga perkara kelakar sebegini terjadi di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Seorang lagi kawan saya, kerdil saja orangnya - cukup-cukup empat kaki tinggi - dia cuba curi angsa dari rumah Cina yang berdekatan. Keluarga Cina itu bela ayam dan angsa. Angsa itu sama tinggi dengan dia, tapi dia pegang leher angsa itu, angkat dan lari.

'Bunuh aku! Bunuh aku!'

Hari kedua, mayat berapungan di Sungai Klang. Mayat Melayu, Cina dan India. Orang-orang tua di masjid kumpulkan orang untuk bawa keluar mayat Melayu, supaya dikebumikan. Tapi akhirnya, polis ambil semua mayat itu dibawa ke rumah mayat.

Saya saksikan sendiri bagaimana mereka bawa keluar mayat dari sungai berdekatan Kampung Cendana. Saya lihat mereka bawa keluar enam ke lapan jasad. Mereka periksa muka; kalau jasad lelaki mereka periksa bersunat ke tidak. Jika tak nampak macam Melayu, mereka tinggalkan dalam sungai.

Pada 15 haribulan, saya bersama seorang lelaki diarahkan untuk mengeluarkan dua mayat dari tempat pembuangan sampah. Dua perempuan Melayu: penari kabaret yang bekerja di Great Eastern Cabaret di Jalan Campbell. Kami serahkan jasad itu kepada pihak polis.

Ada satu hal yang saya tak pernah beritahu kepada sesiapa pun sebelum ini, walaupun kepada anak saya sendiri. Pada hari itu, saya nyaris dibunuh.

Ada satu keluarga Cina ini. Tak tahulah entah apa sebabnya mereka memandu dekat dengan persimpangan Jalan Campbell dengan Jalan Ampang. Mereka perlu lalui kawasan rusuhan orang Melayu.

Masih jelas wajah mereka - seorang ayah, ibu dan dua anak kecil: seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka dalam sebuah kereta yang kecil, Fiat 600 dengan nombor plat Perak. Perusuh mengerumuni kereta itu dan cuba menterbalikkannya.

Saya tak tahu apa yang terjadi pada saya, saya macam kena rasuk. Yang saya ingat, saya jerit: “Lepaskan mereka! Lepaskan mereka! Bunuh aku! Bunuh aku!” Saya ingat saya sebut perkataan itu. Saya koyak baju dan mengamuk.

Saya pun tak tahu kenapa saya bertindak macam itu, tapi saya tak boleh terima. Bila saya lihat dua budak kecil, seorang lelaki dan seorang perempuan, menangis dalam kereta dan kedua ibu-bapanya menggigil ketakutan, saya tak boleh terima. Apa dosa mereka? Sebab mereka orang Cina? Kenapa mereka yang dijadikan mangsa?

Sekarang pun, bergenang mata ini bila teringat pasal kejadian itu. Sampai sekarang saya tak tahu kenapa saya bertindak macam itu. Macam ada sesuatu dalam diri ini. Saya pun tak faham.

Keluarga di dalam kereta itu berjaya meloloskan diri, tapi perusuh menjadikan saya pula sebagai sasaran. Pada ketika itulah gangster Kampung Baru datang menyelamatkan saya. Mereka hentikan perusuh-perusuh itu, dan berkata: “Dia buat tindakan yang betul. Kita pun patut hentikan ini semua.”

Saya rasa, pada masa itulah saya sedar keamanan sedang dalam proses perundingan. Gangster Melayu dan gangster Cina buat pertemuan, dan berbincang tentang rundingan damai. Perkara ini tidak direkod di mana-mana, tapi saya tak ada sebab untuk mencurigainya. Pada zaman itu, gangster-gangster sangat berkuasa. Mereka boleh bakar satu KL kalau mereka mahu.

Sebenarnya, banyak cerita tentang orang saling membantu antara satu sama lain.

Ada mandur Melayu yang bekerja di sebuah bengkel di Jalan Campbell. Semasa rusuhan tercetus, satu keluarga Cina selamatkan dia dan sorokkan dia di siling mereka. Kami bantu bawa dia keluar dari rumah tersebut beberapa hari selepas itu.

Seorang tukang baiki televisyen berbangsa Cina yang kami cukup kenal, menceritakan bagaimana dia sedang membaiki televisyen untuk satu keluarga Melayu di Kampung Datuk Keramat (ketika rusuhan tercetus). Keluarga itu tak mahu biar dia keluar untuk balik ke rumah. Mereka pakaikan dia dengan persalinan Melayu dan simpan dia dalam rumah sampai keadaan beransur selamat.

Orang Cina datang

Saya dapat balik ke rumah pada 16 Mei. Emak saya hampir pengsan apabila dia nampak saya. Saya antara begitu banyak orang yang hilang dalam beberapa hari itu. Dia ingatkan saya dah mati. Dalam beberapa hari selepas itu, dia buat semua benda supaya saya tak keluar rumah. Nasib dia tak gari tangan saya.

Selepas itu, banyak hari saya tak dapat tidur. Saya akan terjaga di tengah-tengah malam, berfikir “Orang Cina datang”. Saya ambil masa setahun sebelum saya dapat jejakkan kaki semula ke Kampung Baru. Sampai sekarang pun, bila saya pergi ke kawasan masjid itu, saya terimbas balik segala apa yang pernah saya saksikan.

Universiti tutup seminggu disebabkan rusuhan tersebut. Apabila kami pulang semula, keadaan sudah berbeza. Tak ada orang yang nak bercakap tentang apa yang dah terjadi.

Di pasar, malah di Chow Kit sekalipun, anda banyak dengar: “Minta maaf encik, tumpang lalu, tak apa, tak apa.” Orang makin berhati-hati dan sopan.

Di kampus, Persatuan Bahasa Cina akan pergi kepada Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Pelajar Islam sebelum mereka menganjurkan pesta tanglung. Mereka tanya orang Melayu dulu sebelum mereka minta kebenaran universiti.

Tapi diam-diam, semua orang bersiap-siaga. Mak saya beli banyak betul parang, setiap satu untuk anak-anak lelaki dia. Sesetengah orang akan sembunyikan parang dalam kereta mereka. Kawan saya, seorang Cina, keluarganya simpan lembing sepuluh kaki di rumah mereka. Semakin ramai ikut latihan seni mempertahankan diri, dan tangkal pelindung pun semakin laku. Suasana berubah, KL dah berubah.

Saya bersekolah di sekolah mubaligh Kristian dan kebanyakan kawan-kawan sekelas saya orang Cina. Kami dah kenal sejak tingkatan satu lagi. Banyak di kalangan kami ke universiti sama. Tapi selepas 13 Mei, keadaan jadi janggal. Kami masih bercakap, tapi kemesraan itu sudah tak ada.

Satu hari, saya berjumpa mereka dan kami berbincang tentang kejanggalan tersebut. Disebabkan kami sungguh-sungguh cuba mengatasi fasa itu, kami masih menjadi kawan baik sehingga ke hari ini. Cerita kami ini adalah salah satu cerita rakyat Malaysia yang hidup dan membesar bersama, dan berjaya mengharungi tragedi tersebut bersama-sama.

Hari ini, darah saya mendidih bila dengar orang-orang muda mengugut untuk mengulangi rusuhan 13 Mei. Saya nak tanya mereka, “Kamu di mana masa 13 Mei 1969? Dalam perut mak atau masih pakai seluar pendek?”

Saya nak beritahu mereka: “Kamu belum pernah berdepan satu kumpulan gangster yang bawa parang berkilat, meluru ke arah kamu sedangkan kamu cuma ada sebatang kayu untuk mempertahankan diri. Kamu tak tahu macam mana rasanya”.

Saya ada di sana. Saya masih dapat hidu bau darahnya. Saya dah cuba untuk lupakan sepanjang 50 tahun ini.

Pengalaman itu terlalu pahit, sampai kita cuma mahu lupakan segalanya. Sakit hati ini apabila teringatkan seorang budak muda dibunuh, hanya kerana dia menghantar kopi. Dia tak tahu apa-apa. Bila teringat hal itu, saya tak dapat terima hakikat.

Orang macam kami tak mahu bercakap tentang hal ini, kami lebih rela berdiam diri dan berharap ia takkan terjadi lagi. Satu-satunya sebab saya bercakap tentangnya adalah kerana saya merasakan dah sampai masanya. Banyak saksi kejadian itu telah meninggal dunia. Saya mahu cerita saya ini menjadi pengajaran.

Harapan saya, kejadian itu jangan pernah dibiar terjadi lagi.

Tentang bidalan Belanda meminta tanah (amat tidak patut tanah milik kerajaan dikurniakan atau dijual dengan harga murah kepada mana-mana pihak sekali pun)

A Kadir Jasin
Kes pengurniaan terbalik tanah kepada sultan Johor dan mungkin juga kepada raja-raja lain mengingatkan saya kepada peribahasa “Belanda minta tanah”.

Kalau setakat tanah kerajaan negeri bertukar hak milik menjadi harta raja, rasanya bukankah berita yang mengejutkan lagi.

Yang menimbulkan kegusaran lebih besar adalah tanah kerajaan Persekutuan tiba-tiba menjadi milik raja.

Tetapi sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai amalan dan ancaman Belanda minta tanah ini, izinkan saya memperjelaskan ungkapan pengurniaan terbalik.

Selalunya yang mengurniakan tanah atau sesuatu yang berharga adalah raja, dan yang menerimanya pula orang yang kedudukannya bawah daripada raja.

Tetapi dalam kes pengurniaan tanah di Johor Darul Takzim, yang mengurniakan tanah adalah kerajaan negeri dan yang menerimanya adalah sultan. Pelik tapi benar.

Kalau hal ini berlaku pada zaman pemerintah BN ia tidak menghairankan sangat. Amalan "engkau garu belakang aku, aku garu belakang engkau" adalah perkara biasa.

Telinga dipasang, mata diterbeliak

Ia adalah lazim bagi seorang pemimpin kerajaan yang lemah atau banyak 'rangka bergantungan di dalam almari' sehingga terpaksa menyogok atau tunduk kepada tekanan pelbagai pihak untuk kekal berkuasa.

Anehnya, apa yang berlaku di Johor itu dikatakan - atau didakwa - berlaku juga dalam pentadbiran kerajaan PH. Inilah yang membimbangkan.

Semua pihak boleh buat penafian kalau tak betul. Saya akan siarkan penafian mereka sepenuhnya kerana blog kita ini mengamalkan hak menjawab (right of reply).

Saya harap dakwaan ini akan disiasat dan disahkan oleh menteri besar baru Johor, Sahruddin Jamal, sebab dia tentulah tidak mahu mengulangi kesilapan lampau dan menderita nasib yang serupa dengan pendahulunya.

Kita bagilah dia sedikit masa sebab dia pun baru dilantik. Cuma saya hendak beritahu dia yang kita akan memasang telinga dan membeliakkan mata mendengar serta melihat apa dia lakukan.

Berbalik kepada peribahasa Belanda minta tanah, saya terbaca sebuah rencana Berita Harian atas talian (online) bertarikh 25 Jan 2018 yang mengatakan ungkapan itu mempunyai bukti sejarah.

Laporan tersebut memetik Pensyarah Leiden Institute for Area Studies (LIAS), Universiti Leiden, Belanda, Dr Surya Suryadi, sebagai berkata Syarikat Hindia Timur Belanda (Dutch Vereenigde Oost-Indische Compagnie) meminta sedikit tanah daripada kerajaan Buton di Sulawesi, tetapi mengambil lebih daripada apa yang diberikan.

Nampaknya tipu helah cara ini tidak bermula dan berakhir dengan Belanda saja. Ia masih berterusan, sama ada atas dasar kurnia, permohonan atau pengambilan paksa menggunakan Akta Pengambilan Tanah.

Cara ketiga ini sedang berlaku di Melaka ke atas tanah milik anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB), iaitu Sime Darby Plantations (SDP), tetapi sedang digagalkan.

PNB adalah agensi amanah bumiputera dan berjuta orang melabur dengannya.

Tanah SDP yang cuba diambil alih dengan harga murah itu adalah untuk syarikat dari Taiwan. Malah ada bukti tersurat yang mendakwa bahawa sultan Kelantan sewaktu menjadi Yang di-Pertuan Agong terlibat dengan permohonan tanah berkenaan.

Diskaun 90 peratus

Kalau tidak betul, sila nafikan dan saya dahulukan dengan permohonan maaf. Tetapi apa yang jelas ialah SDP mengemukakan kes itu ke mahkamah.

Kerajaan Melaka sekarang dipimpin oleh PH dan Ketua Menteri, Adly Zahari, sudah dimaklumkan berkaitan sentimen Putrajaya mengenai hal itu.

Pada zaman pemerintahan kleptokrasi Najib Razak, banyak permohonan tanah dan projek oleh raja-raja.

Ada permohonan itu menyerupai Belanda minta tanah; diberi betis hendak paha.

Ia mungkin kerana Najib seorang aristokrat dan berupa salah seorang Orang Besar Berempat Pahang. Jadi dia bagi keutamaan apabila raja minta.

Ikut cerita, bukan raja saja, isteri raja pun ada yang tumpang sekaki.

Atau boleh jadi juga disebabkan dia sendiri menganggap harta dan duit ringgit negara sebagai milik peribadinya, maka dia tidak berasa apa-apa untuk “mengurniakan” tanah kerajaan, projek dan konsesi kepada raja-raja.

Buat masa ini saya tidak berhasrat merumitkan jalan cerita, jadi saya tumpukan kepada satu kes yang saya tahu dengan agak jelas.

Ceritanya lebih kurang macam ini: Seorang raja telah meminta tanah kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur seluas hampir 14,000 meter persegi dengan penilaian hampir RM30 juta.

Tapi premium atau harga jualan tidak sampai RM6 juta atau diskaun sekitar 80 peratus.

Kemudian - macam Belanda - raja itu meminta tambahan hampir 10,000 meter persegi lagi yang nilaiannya kira-kira RM45 juta, tetapi premium yang dikenakan hanya RM4.5 juta atau diskaun 90 peratus.

Jadi untuk tanah seluas lebih kurang enam ekar, raja itu hanya perlu membayar kira-kira RM10 juta.

Pengurniaan dan penjualan tanah dengan harga di bawah nilai pasaran ini berlaku secara berleluasa pada zaman pemerintahan Najib, termasuk tanah milik tentera.

Ini adalah antara legasi buruk yang ditinggalkan oleh Najib. Dia percaya bahawa duit dan harta kekayaan adalah 'raja'.

Sebagai sebahagian daripada usaha menyelamatkan harta negara maka kerajaan PH - yang berusaha mereformasi institusi dan mencegah rasuah - wajib bertindak ke atas legasi buruk Najib ini.

Dalam keadaan negara semakin kekurangan tanah dan ramai rakyat jelata tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana nilai hartanah yang melambung, amat tidak patut tanah milik kerajaan dikurniakan atau dijual dengan harga murah kepada mana-mana pihak sekali pun.

Laporan dedah pimpinan Yapeim terima bonus setinggi RM400,000

Diyana Ibrahim

Laporan penstrukturan semula Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) yang diperolehi oleh The Malaysian Insight, mendedahkan pengarah menerima anggaran bonus RM400,000 sementara pegawai kanan dibayar RM250,000.

BONUS tahunan setinggi RM250,000 hingga RM400,000 dikesan dibayar kepada pimpinan dan pengurusan kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim), sebuah badan yang ditubuh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi umat Islam.

Laporan penstrukturan semula yayasan itu, yang diperolehi oleh The Malaysian Insight, mendedahkan pengarah menerima anggaran bonus RM400,000 sementara pegawai kanan dibayar RM250,000.

Hanya ‘walaun’, ‘walauntit’ yang masih bersama Pas, kata Prof Agus

MALAYSIA DATELINE
"Saya setuju Pas-Umno hendak bergabung, tetapi bilakah tarikhnya yang tepat? Tanpa tarikhnya yang tepat, saya menilai kerjasama PAS-Umno sekarang seperti opera Cina,"kata Dr Agus.
Profesor Dr Agus Yusof menyifatkan, yang masih bersama dengan Pas ialah ‘walaun’ dan ‘waluntit’ sahaja, yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi bila memberi komen dan meraikan perbezaan pendapat, tidak menunjukkan akhlak Islam.

Dalam posting terbarunya di facebook beliau, saintis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, orang Pas yang profesional dan tidak taksub pula, sudah ramai yang meninggalkan Pas.

Agus mengulas ucapan presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kerdau, Temerloh menjelang pilihan raya kecil Sandakan yang diadakan semalam.

(Walaun dan walauntit adalah istilah yang digunakan untuk melebelkan penyokong tegar Pas oleh pihak yang menyerang parti itu)

“Begitulah jadinya apabila kita menggunakan Islam untuk mempolitikkan Islam. Selagi Pas-Umno mempolitikkan Islam, maka selagi itulah saya menilai kerjasama Pas-Umno ini sama seperti menonton Opera Cina,” katanya.

“Semalam semasa berucap di Kerdau, Temerloh, TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) menyatakan Pas dan Umno akan bergabung menjelang PRU-15.

“Katanya, usaha itu boleh berjaya kerana Pas dan Umno sudah bersih selepas beberapa individu bermasalah meninggalkan kedua-dua parti berkenaan,” tulis Agus.

Kata TGHH lagi, tulis Agus, perpecahan serius dalam kalangan masyarakat Melayu terjadi kerana ada individu yang ekstrem dalam Pas dan Umno.

Antara individu yang beliau (Hadi) namakan ialah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang dibawa menyertai Umno oleh Dr Mahathir.

“Saya setuju Pas-Umno hendak bergabung, tetapi bilakah tarikhnya yang tepat? Tanpa tarikhnya yang tepat, saya menilai kerjasama PAS-Umno sekarang seperti opera Cina.

“Kenapa saya kata Opera Cina? Ini kerana secara secara faktanya, Pas tidak pernah setia dengan rakan. Saya yakin menjelang penamaan calon PRU-15 semasa pembahagian kerusi nanti, Umno akan menjadi mangsa terbaharu,” kata Agus.

Menurut Agus, berdarakan pandangan Abdul Hadi, gabungan Pas-Umno sudah boleh dibuat kerana PAS-Umno sudah bersih dari individu bermasalah.

“Bila bersihnya? Realitinya, ramai yang sedang didakwa sekarang masih dalam Umno,” kata Agus lagi.

Agus juga menolak kenyataan Hadi, perpecahan dalam masyarakat Melayu kerana ada individu ekstrem dalam Umno dan Pas dan hendak dipersalahkan pada DSAI.

“Bila pula DSAI ekstrem? Yang ekstrem pada saya ialah yang menuduh orang yang tidak sehaluan sebagai kafir dan pelbagai gelaran seumpamanya,” katanya.

Bagi Agus, apa yang berlaku adalah kerana Pas dan Umno menggunakan Islam untuk berpolitik.

“Begitulah jadinya apabila kita menggunakan Islam untuk mempolitikkan Islam. Selagi Pas-Umno mempolitikkan Islam, maka selagi itulah saya menilai kerjasama Pas-Umno ini sama seperti menonton Opera Cina,” katanya.

'Insya-Allah PAS dengan Umno akan bergabung'

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu dan Umno akan bergabung menjelang PRU ke-15 nanti.

Kata Abdul Hadi usaha itu boleh berjaya kerana PAS dan Umno kini berada dalam keadaan bersih selepas beberapa individu bermasalah meninggalan kedua-dua parti berkenaan.

Menurut anggota parlimen Marang itu kewujudan PH yang mengambil individu terbabit membolehkan kedua-dua parti kini berada dalam keadaan baik.

"Dengan itu, usaha penyatuan PAS dan Umno akan berlaku dengan baik, insya-Allah ini natijahnya.

“Saya ucap terima kasih kepada Tun Mahathir kerana tolong ambil orang ini masuk PH, untuk selamatkan PAS dan Umno.

"Insya-Allah PAS dengan Umno akan bergabung hadapi PRU ke-15 dan capai kemenangan," katanya seperti dipetik harakahdaily hari ini.

Berucap di Kerdau, Temerloh semalam Abdul Hadi juga menyalahkan individu tertentu yang didakwanya menyumbang kepada isu kafir-mengkafir yang berlaku beberapa puluh tahun lalu.

Kerana orang ekstrem

Kata Abdul Hadi kejadian berkenaan - yang menyaksikan berlaku perpecahan serius dalam kalangan masyarakat Melayu terutama di Pantai Timur - terjadi kerana ada individu yang ekstrem dalam PAS dan Umno.

Menurutnya individu yang ekstrem itu kemudian bertembung sesama sendiri dalam keadaan jahil mengenai Islam.

Antara individu yang dipersalahkan Abdul Hadi sehingga membawa kepada amalan takfiri itu ialah Anwar Ibrahim yang dibawa menyertai Umno oleh Dr Mahathir Mohamad.

Baca Hadi nafi pakatan sulit dengan Umno

Kata Abdul Hadi, Anwar dibawa menganggotai Umno ketika sebelumnya bekas pemimpin mahasiswa itu keras mengkritik kerajaan BN dan Umno.

Abdul Hadi menjelaskan apabila berlaku krisis dalam Umno, Anwar meninggalkan parti itu dan bekerjasama dengan PAS sebelum sekali lagi menimbulkan masalah.

Namun kata Abdul Hadi perkembangan itu menyebabkan Umno dan PAS berada dalam keadaan bersih sekarang.

“(Tetapi) Alhamdulillah, saya ucap terima kasih (kepada) perdana menteri (kerana) ambil orang-orang ini masuk Bersatu, masuk dalam parti dia, dan Umno bersih daripada orang ini.

"Jadi Umno dan PAS dalam keadaan yang bersih sekarang," katanya.

Untuk rekod krisis kafir-mengkafir yang berlaku pada era 1980-an dulu banyak dikaitkan dengan ucapan Abdul Hadi di Banggol Peradong, Manir di Kuala Terengganu.

Baca Najib: Penyatuan PAS-Umno hasil usaha senyap saya dan Hadi

Petika ucapan Abdul Hadi itu - yang kemudian dikenali sebagai Amanat Haji Hadi - menjadi pegangan sebahagian anggota PAS.

Antara perpecahan yang berlaku ketika itu ialah pemulauan majlis kenduri, sembahyang dua imam, penolakan sembelihan orang parti tertentu dan pergolakan rumah tangga.

Mahathir adalah antara orang yang banyak menyalahkan Abdul Hadi atas perpecahan berkenaan.

Sebelum ini Abdul Hadi adalah antara pemimpin PAS yang menafikan parti terbabit akan bergabung dengan Umno ketika isu itu dibangkitkan beberapa tahun lalu.

Beliau secara konsisten menegaskan, hubungan PAS dengan Umno hanyalah dalam bentuk kerjasama di antara parti pembangkang menghadapi PH sebagai kerajaan.