"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Lelaki ini buang alat sulit kerana mahu jadi makhluk asing


Seorang lelaki sanggup membelanjakan wang lebih RM200,000 semata-mata kerana mahu menjadi makhluk asing yang tiada jantina dan dia juga merancang untuk membuang alat sulitnya.

Bagi tujuan itu, Vinny Ohh, 22, dari Los Angeles, Amerika Syarikat telah menjalani lebih 110 prosedur pembedahan. Vinny yang merupakan seorang jurusolek percaya dia adalah makhluk yang tidak mempunyai jantina.

Pembedahan bagi menjadikan dia tidak berjantina itu akan melibatkan pembuangan alat sulit, puting dan pusat.

“Saya nak jadi makhluk asing yang tiada jantina. Saya mahu melakukannya sejak berusia 17 tahun. Saya boleh hidup tanpa organ seks jadi kenapa saya perlukan zakar dan vagina.

“Saya tak nampak kenapa alat sulit saya tidak boleh dibuang sepenuhnya, dan tiada apa-apa di bawah sana,” katanya.

Vinny turut memberikan contoh di mana makhluk asing mempunyai kepala yang besar dan tiada kening.

Selama ini, katanya, dia sedar bahawa dia bukan gay, biseksual atau transgender justeru dia mahu menjadi dirinya sendiri.
-kualalumpurpost

AWAS!! MCA terbukti kini jadi agen negara komunis China

Bekas duta: MCA kini macam cawangan kedutaan China
FMT Reporters

PETALING JAYA: Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang semakin melibatkan diri dalam politik tempatan di sebalik hubungan rapat Malaysia-China, menurut seorang diplomat veteran, yang memberi peringatan akan kesannya terhadap kedaulatan negara.

“Beliau tekun menjelajah negara, dan kerap ditemani ahli politik MCA dan Umno, mengunjungi berpuluh-puluh sekolah Cina dan menyalurkan beratus ribu ringgit dalam bentuk bantuan dan biasiswa,” bekas duta Malaysia ke Kanada, Datuk Dennis Ignatius menulis dalam FMT hari ini.

Menurutnya, Huang juga berjanji mewujudkan program latihan bersama guru sekolah, yang antara lain boleh menyaksikan penyertaan lebih ramai guru dari tanah besar China di sekolah tempatan.

Dennis berkata MCA kini bertindak seolah-seolah ia cawangan kedutaan China dan bukan sebagai sebuah parti politik yang menyertai kerajaan.

“Baru-baru ini, ia menubuhkan sebuah jawatankuasa hal-ehwal China di samping sebuah pusat OBOR,” kata Dennis, merujuk kepada projek One Belt One Road, laluan sutera dan laluan laut yang diwujudkan China bagi mengawal ekonomi serantau.

Tambahnya, MCA mempromosikan OBOR mengalahkan kempen yang dijalankan kedutaan China sendiri.

“Ada yang berhujah tindakan sedemikian menjadikan MCA sebagai penggerak utama pengaruh dan propaganda China di negara ini kini,” katanya.

Katanya, dasar “pro-China” yang diamalkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak adalah paling ketara dalam sejarah, dan Beijing kini semakin menyerlah memainkan peranan dalam politik tempatan.

Dennis, yang mempunyai pengalaman lebih 3 dekad dalam perkhidmatan diplomasi Malaysia, berkata penglibatan China juga dapat dilihat melalui sokongan terbuka diplomatnya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), termasuk melalui kehadiran pegawai kedutaan di program politik melibatkan Umno, MCA dan Gerakan.

Tahun lalu, duta besar China menemani Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Adun MCA Teoh Yap Kun untuk melakukan lawatan ke kawasan Parlimen Semborong dan kawasan DUN Paloh.

Diplomat China juga dilihat bersama pemimpin kanan MCA menghadiri mesyuarat Persekutuan Persatuan Hakka Malaysia di Raub, Pahang, di samping bersama Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong di Teluk Intan.

“Dalam semua kunjungan ini, diplomat China mengambil peluang memuji pentadbiran Najib, menekankan kepentingan MCA dan menegaskan yang hubungan yang dibina dengan China akan banyak menguntungkan masyarakat Cina di Malaysia,” kata Dennis.

November lalu, Najib mengetuai rombongan ke Beijing yang turut disertai 8 menteri dan 3 menteri besar, dalam apa yang dilihat pemerhati sebagai kecenderungan Putrajaya terhadap China.

Lawatan itu menyaksikan 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion, termasuk penglibatan China dalam Bandar Malaysia dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

Dennis berkata sokongan dan kenyataan diplomat China itu boleh dianggap ugutan terhadap masyarakat Cina negara ini supaya mengalihkan sokongan mereka kembali kepada Umno dan BN.

Menurutnya, pihak yang paling rugi sekiranya strategi ini berjaya adalah DAP yang menjadi pencabar utama MCA dalam meraih undi Cina.

Dennis berkata, tekanan Beijing itu memaksa DAP bersikap lebih “sederhana” dalam menentang beberapa keputusan memberikan projek besar kepada China.
Dennis mengakui apa yang diutarakannya boleh ditafsirkan sebagai menyebarkan dakyah anti-China.

“Ini bukan mengenai pro-Barat atau pro-China tetapi memastikan tidak ada negara, sama ada di timur atau barat, yang dapat mendominasi kita sehinggakan kita hilang upaya untuk menentukan haluan sendiri,” katanya.

2 anak perempuan Taib Mahmud antara wanita terkaya di Malaysia

ARIF ATAN

Akhbar mingguan perniagaan, Focus Malaysia menyenaraikan dua anak perempuan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dalam kumpulan 25 wanita terkaya di Malaysia bagi tahun ini.

Kedua-dua anak kepada bekas Ketua Menteri Sarawak dari tahun 1981 sehingga 2014 sekaligus paling lama menerajui negeri itu ialah Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree dan Jamilah Hamidah Taib.

Masing-masing di tangga ke sembilan dan ke-11 dengan jumlah keseluruhan kekayaan mereka dilapor mencecah RM595 juta.

Hanifah, 45, memiliki pegangan saham sebanyak 6.76 peratus manakala Jamilah, 57, menguasai 6.27 peratus saham dalam Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS), lapor akhbar Edisi 221, 25 Februari-3 Mac itu lagi.

Mereka antara empat wanita beragama Islam yang termasuk dalam senarai berkenaan menurut sumber Bursa Malaysia dan Bloombergh.

Gabungan kekayaan kesemua 25 wanita terkaya itu meningkat sebanyak RM200 juta atau dua peratus daripada RM9.5 bilion pada 2015 kepada RM9.7 bilion tahun ini.

'Umno cukup gembira dengar ucapan Nik Abduh'

ARIF ATAN
Pengakuan terbuka Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz bahawa Pas pada masa ini mengamalkan pendekatan ke arah perpaduan dan kesatuan umat Islam diyakini cukup menggembirakan Umno, kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad.

Menurutnya, pendekatan Allahyarham Datuk Dr Haron Din itu sekaligus menyerlahkan sifat Nik Abduh yang dilihat 'tidak berjiwa pejuang dan pembangkang' seperti dimiliki Almarhum ayahnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya yakin Umno cukup gembira mendengar ucapan Nik Abduh yang sebegini rupa. Yang paling ditakuti Umno adalah kehilangan pemerintahan.

"Maka selagi mana Pas tidak mencabar kedudukan Umno, tiada sebab untuk ditakuti Pas walau betapa pedas kritikannya," tegas beliau dipetik dari artikelnya di akhbar mingguan Amanah keluaran terbaharu.

Nik Abduh dalam Seminar Pemikiran Datuk Dr Haron Din, 25 Februari lalu lebih bersetuju dengan pendekatan Dr Haron Din berbanding cara ayahnya yang berpanjangan bersengketa dengan Umno bagi tujuan menggantikan rejim tersebut.

Bahkan, beliau dalam ucapannya di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur itu turut menjelaskan matlamat utama Pas bukan meruntuhkan Umno tetapi mengukuhkan ummah.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, pendekatan yang dipersetujui Nik Abduh itu cenderung mewujudkan suasana adu-domba yang eksklusif dan mengkotak-katikkan masyarakat.

"Ianya tidak inklusif, tidak seperti yang pernah dibawa Pas dahulu di bawah cogan kata 'Pas Untuk Semua.' Pendekatan inklusif inilah pendekatan Almarhum TGNA (Tuan Guru Nik Aziz)," tegasnya lagi yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Dapatkan akhbar Amanah Edisi 41, 5 - 12 Mac di pasaran yang turut memuatkan banyak artikel pimpinan Amanah Nasional serta kolumnis antaranya Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Mohamed Hanipa Maidin, Ahmad Lutfi Othman dan Lim Hong Siang.

Wanita cedera terjun bangunan 3 tingkat (Gambar)


Labuan – Seorang wanita cedera ringan selepas bertindak terjun dari bangunan kedai tiga tingkat kira-kira 12.46 tengah hari tadi di Utama Jaya di sini.

Wanita berusia 20-an itu dipercayai warga Filipina dan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di sini.

Polis, bomba dan orang ramai yang melalui kawasan itu berjaya menyelamatkan wanita terbabit dengan merentangkan kain kanvas di bawah bangunan sebelum wanita itu dihantar ke hospital untuk rawatan.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Amin berkata beliau dan rakan-rakannya memegang kanvas tersebut bagi menyelamatkan wanita yang dipercayai mengalami tekanan.

“Sekurang-kurangnya 10 hingga 11 orang daripada kami termasuk anggota polis dan bomba memegang kanvas itu dan berharap agar wanita terbabit tidak jatuh ke tanah,” katanya.

Menurut polis, punca kejadian masih disiasat.
-kualalumpurpost

Misi Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS untuk menyekeh kepala Mufti Perlis, berrjaya

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menganggap isu debatnnya dengan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin tidak lagi berbangkit, selepas pertemuan empat mata di Kangar pagi tadi.

Khairuddin berkata, Asri menjelaskan bersetuju dengan cadangan pindaan PAS tetapi “mempunyai pandangan tersendiri berhubung cadangan pindaan lain”, lapor BH.

Di tengah-tengah kehangatan isu debat kedua-dua pihak, Khairuddin hari ini mengunjungi Asri di rumahnya di Kangar – pertemuan yang digambarkan penuh mesra.

Isu itu bermula apabila Khairuddin dalam ceramah di Kelantan kira-kira tiga minggu lalu mengkritik Asri sebagai “pening” kerana tidak sependapat dalam itu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Anggota parlimen Kuala Nerus juga berkata kepala mufti patut “disekeh” jika beranggapan undang-undang itu, yang juga dikenali sebagai Akta 355, tidak wajib dipinda.

Khairuddin mencabar sesiapa sahaja berdepan dengannya. Asri bagaimanapun menolak debat itu dan memilih Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berkongsi pentas dengannya.

Sementara itu, mengulas kenyataannya yang mahu “menyekeh” kepada mufti jika beranggapan pindaan akta itu tidak wajib, Khairuddin berkata perkataan itu hanyalah “bidalan” bagi orang Terengganu.

"Saya berceramah pada 12 Februari lalu di Kelantan dan sehari selepas itu, Dr Asri menghantar mesej peribadi menerusi WhatsApp kepada saya menjelaskan pendirian beliau dalam isu pindaan Akta 355...

“Saya beritahu kepada beliau `saya sayang anta (awak) kerana Allah... kemudian klip video itu mula disebarkan pada 26 Februari lalu'," beliau dipetik sebagai berkata.

Asri sebelum ini menjelaskan beliau menolak sikap kafir mengafir, memaki hamun atau melemparkan pelbagai gelaran kepada pihak yang tidak sependapat dengan cadangan pindaan PAS.

Beliau juga berkata bercakap soal keutamaan lain berbanding pindaan akta itu, seperti menyelesaikan masalah ekonomi umat Islam.
-malaysiakini

Makanan, rumah lebih utama berbanding RUU 355 - Pensyarah Jabatan Akidah Pemikiran Islam

ARIF ATAN
Dr Mohd Kamil Abd MajidAhli akademik kanan sebuah universiti awam terkemuka menyifatkan usaha memenuhi keperluan asasi rakyat harus diberi keutamaan terlebih dahulu berbanding Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
Pensyarah Jabatan Akidah Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) Dr Mohd Kamil Abd Majid berkata, rakyat pada masa ini memerlukan makanan dan kediaman walaupun tidak dinafikan manfaat pindaan Akta 355 itu.

"RUU (355) bagus tapi beri kenyang rakyat dan beri rumah kepada rakyat lebih aula masa ini," katanya dipetik daripada status Facebook miliknya.

Beliau juga berpendapat hanya rakyat yang tidak memiliki rumah dan tiada makanan mencukupi lebih memahami realiti berkenaan.

Dalam satu reaksinya terhadap komentar pengguna media sosial itu tentang pandangan beliau yang mungkin sukar diterima orang lain termasuk mengundang label negatif, beliau menjawab, "Allah terima" dan "Biar Allah yang label. Manusia sama di depan-Nya".

Pengasas di Yayasan Usuluddin Malaysia itu turut mengakui pendapat salah seorang netizen tentang perlunya wang tajaan menunaikan umrah disalurkan bagi tujuan membina rumah yang mampu rakyat miliki.

Polemik mengenai RUU 355 yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berlarutan sehingga dilihat mengundang permusuhan dalam masyarakat sesama Islam dan antara agama di negara ini.

Walau bagaimanapun, Presiden Pas itu dalam usul persendirian yang dibacakan di Dewan Rakyat tahun lalu telah bertindak menangguhkan pembentangan pindaan akta tersebut ketika penyokong taksub parti tersebut mendesak supaya disegerakan.

Dua kali berturut-turut Abdul Hadi meminta perbahasan mengenai RUU itu ditangguhkan. Kali pertama pada 26 Mei iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diikuti 24 November lalu.

Guru lelaki diculik, dirogol 4 wanita

Zimbabwe – Seorang guru lelaki terkejut melihat keadaan kemaluannya yang lebam selepas sedar dari pengsan dipercayai dirogol empat orang wanita.

Guru lelaki yang berasal dari Zimbabwe, tersebut menceritakan bahwa ia mengalami pelecehan seksual selama berjam-jam oleh empat perempuan berkulit terang yang masing masih dipercayai pelajar.

Dalam kejadian yang berlaku jumat kelmarin,dia menumpangkan 4 remaja wanita dalam perjalanan balik kerumah menaiki kereta.

Kemudian salah seorang wanita menyuruhnya masuk jalan kecil sebelum berhenti,secara tiba tiba salah seorang dari mereka membekap mulutnya dari belakang dengan kain yang membuat ia tidak sedarkan diri.

Pihak polis setempat yang membuat siasatan mendapati mangsa memakai kereta Toyota Quantum,empat penumpang wanita berkenan adalah buronan polis yang sudah beberapa kali melakukan pelecehan seksual terhadap lelaki di kawasan itu.

Bulan lalu sahaja terdapat 3 lelaki yang menjadi mangsa,dipercayai empat wanita itu memiliki bisnis menjual sperma lelaki.

Alasan mereka menumpang kereta orang lain dengan mengatakan ingin menjemput seorang rakan dan kemudiannya mengalihkan rute perjalanan mereka.

Beberapa mangsa berkata bahwa salah seorang dari perempuan itu pasih berbahasa Ndebele,sesekali mereka bercakap dengan bahasa yang tidak dipahami.

Guru yang menjadi mangsa berkata,sebelum ia dibekap salah seorang wanita sempat memberikan sebotol minuman,ketika ia sedarkan diri ia berada di semak samun dengan keadaan telanjang dan kemaluannya lebam lebam. ia kemudian bergegas ke dalam kereta dan melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Sebelumnya mangsa mendakwa bahwa ia pernah melihat gadis berkenan dan mereka juga pernah cuba menggodanya. – E-berita
-kualalumpurpost

PANAS!!! Kemana hilang 2 buah bas amfibia Terengganu?

BORHAN AHMAD
4 pemimpin dan wakil rakyat Terengganu menunjukkan salinan repot polis mereka kepada media selepas membuat laporan polis.
4 pemimpin dan wakil rakyat Terengganu menunjukkan salinan repot polis mereka kepada media selepas membuat laporan polis.
Kemanakah hilangnya dua buah bas amfibia berharga RM6 juta yang dibeli oleh kerajaan negeri Terengganu sejak tahun 2014 lagi kini menjadi isu di Terengganu.

Hari ini, tiga wakil rakyat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok), Azan Ismail (Adun Bandar) dan Datuk Raja Bahrin Shah (MP Kuala Terengganu) membuat laporan polis berkaitan dengannya. Turut serta adalah Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hin.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis IPK Kuala Terengganu pagi ini.

Laporan media pembelian 2 buah bas amfibia oleh kerajaan negeri Terengganu 2 tahun lalu.

Dalam laporan polis tiga wakil rakyat itu, mereka menuntut polis menyiasat di manakah kedua-dua buah bas yang ditempah oleh kerajaan negeri sejak 2014 itu berada sekarang.

Yang kedua, mereka meminta polis menyiasat berapakah jumlah sebenar harga bas itu.

Yang ketiga, mereka meminta polis menyiasat apakah ada unsur-unsur pecah amanah dalam pembelian itu.

Kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Ahmad Said ketika itu membuat keputusan membeli dua buah bas amfibia dari Malta.

Bas yang mempunyai pelbagai fungsi itu, dikatakan akan memberikan manafaat kepada rakyat Terengganu.

Menurut laporan media juga, Ahmad Said telah mengesahkan pembelian itu dengan membuat bayaran tempahan 50% dari harga bas itu iaitu 600,000 Euro setiap koc.

Bas itu dijangka akan tiba di Terengganu pada bulan Mei 2015, namun sehingga kini ia belum diketahui statusnya.

Menteri Besar Terengganu sekarang, Datuk Seri Ahamd Razif Abdul Rahman juga mengesahkan dalam satu kenyataan, bas itu akan beroperasi mulai 2015.

Akta 355: Mufti Perlis mau debat dengan Haji Hadi

Selepas seorang anggota parlimen mempertikaikan pendirian Mufti Perlis berhubung cadangan pindaan Akta 355, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau hanya akan berdebat mengenai hal itu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Itu pun, kata mufti berkenaan, jika Abdul Hadi mahu berbalas hujah dengannya.

Bercakap kepada Malaysiakini, Asri berkata beliau tidaklah mencabar anggota parlimen yang bulan lalu berceramah dan mencadangkan supaya kepalanya disekeh kerana mempertikaikan cadangan pindaan akta berkenaan.

"Saya tidak mencabar beliau (Datuk Dr Khairuddin Aman Razali).

"Jika PAS teringin hendak saya berdialog, saya cadangkan presiden PAS berdialog dengan saya mengenai hal ini," katanya semalam.

Asri berkata demikian mengulas kenyataan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Kata Kamarul Zaman, debat mengenai pindaan Akta 355 itu patut berlangsung antara Khairuddin - yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS - dan Asri.

Terdahulu, pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Rozaimi Ramle 'menyambut tawaran' Khairuddin untuk berdebat mengenai keperluan Akta 355 dipinda.

"Saya nak ajak berhujah, siapa pun yang menyatakan pinda Akta 355 (adalah) harus, sunat ke, makruh ke, haram ke, saya nak ajak berhujah dengan saya.

"Saya berani berhujah (bahawa) pinda Akta 355 adalah wajib, bukan sunat, bukan harus, apatah lagi makruh atau haram.

"(Ia) wajib disokong. Kenapa? Sebab dengan pinda Akta 355 itulah tiga kesalahan jenayah Islam (iaitu zina, qazaf dan meminum arak) dapat dihukum mengikut al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

"Takkan benda macam ni mufti Perlis tak boleh faham?" katanya (gambar).

Ceramah itu dipercayai diadakan pada 12 Februari lalu.

Menurut Rozaimi beliau "dengan rendah hati" menerima tawaran Khairuddin untuk berdiskusi atau berwacana mengenai isu berkenaan.

"Mungkin ada perkara yang beliau (Khairuddin) tahu yang saya tidak tahu, maka saya boleh belajar (daripada) beliau melalui diskusi ini," kata Rozaimi pada 25 Februari lalu.

Jangan bagi alasan

Semalam Rozaimi yang juga pensyarah Jabatan Fikah dan Usul Fiqh UPSI menyatakan secara rasmi kesediaannya berhujah dengan Khairuddin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim (IQ) Malaysia, bagi pihak Rozaimi, melalui sepucuk surat rasmi yang disampaikan melalui serahan tangan di pejabat dewan itu di Kuala Lumpur.

Kamarul Zaman dalam satu kenyataan semalam berkata ahli-ahli akademik berbeza pandangan berkaitan cadangan debat Akta 355.

Oleh demikian debat itu patut berlangsung antara Khairuddin dan Asri.

Kenyataan itu juga dikeluarkan sebagai reaksi kepada cadangan penganalisis politik Dr Maszlee Malik supaya Khairuddin menerima cabaran debat Rozaimi.

Langkah itu, kata Maszlee, boleh mengalak Khairuddin dituduh sebagai jaguh kampung.

Mengulas lanjut, Asri mempersoalkan siapa Kamarul Zaman yang mencadangkan supaya beliau berdebat dengan Khairuddin.

"Saya tidak kenal siapa dia Kamarul berkenaan. Dia pensyarah universitikah atau wakil PAS?

"Apa yang saya lihat MP Kuala Nerus mencabar sesiapa sahaja berdebat. Sudah ada yang menjawab iaitu Dr Rozaimi Ramle," kata Asri.
Oleh demikian Asri mengingatkan Khairuddin agar tidak memberi alasan untuk melarikan diri.

"Maka, (Khairuddin) kena setuju sebab dia yang sebut sesiapa sahaja. Dia jangan beri alasan hendak melarikan diri.

"Kita kena faham, seseorang yang tidak menyokong sepenuhnya penjara 30 tahun denda RM100,000 bukan tidak menyokong syariah Islam. Banyak lagi isu lain disebalik 30 tahun dan RM100,000 denda itu," kata Asri.
-malaysiakini

Pentaksub Iran berulat mata tengok gambar ini

Gambar mualaf cium kening Raja Arab King Salman jadi viral
Kuala Lumpur – Sekeping gambar warga emas berwajah ala Asia mengucup dahi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud sewaktu lawatan Penjaga Dua Kota Suci itu ke Malaysia mula tersebar luas di laman sosial antarabangsa dan tempatan.

Memetik portal berita dari Arab Saudi, AlArabia.net, individu berkenaan adalah pendakwah antarabangsa Sheikh Hussain Yee berketurunan Cina dari Malaysia.

Memeluk Islam sewaktu berumur 18 tahun, Sheikh Hussein turut mendapat pendidikan Islam di Universiti Madinah sekitar tahun 1972 hingga 1978 bagi mendalami ilmu Hadis.

Di universiti berkenaan, beliau merupakan antara pelajar Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani yang merupakan penggerak amalan Salafi menurut tuntutan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sepanjang pengajian Sheikh Hussein di Madinah, Pengasas dan Presiden Yayasan Al-Khadeem di Malaysia ini juga mempunyai hubungan erat bersama Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Baaz.

Sebelum kembali ke rantau Asia sebagai antara penggerak kepada pengembangan dakwah Islam, beliau menyambung pelajaran di Damsyik, Syria sehingga 1979.

Menjadi Penasihat Pendakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada 1980, beliau pada masa sama juga bertindak sebagai Penasihat Pertubuhan Imigran Kemboja di Paris.

Pada 1984, beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Pusat Islam Hong Kong.

Portfolio beliau ini menajadikannya amat popular dalam kalangan penggiat media keislaman seperti TV Islam Channel London, Peace TV India, Iqra’ TV serta TV Bahrain. – Malaysian Digest

3 lelaki didakwa merogol murid darjah lima

Kuala Lumpur: Tiga lelaki termasuk seorang remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang budak perempuan berusia 11 tahun, pertengahan bulan ini.

Ketiga-tiga tertuduh yang berusia antara 17 dan 20 tahun itu, masing-masing mengaku tidak bersalah sebaik sahaja kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed, Hakim Azrul Darus dan Majistret Haslinda A. Raof.

Mohammad Afandi Danti, 19; Mohad Azhar Langsar, 20 dan pesalah juvenil itu didakwa merogol seorang murid darjah lima di sebuah bilik sewa di Jalan Pandan Indah 1/23, Pandan Indah Ampang dekat sini, pada 12 dan 14 Februari lalu.

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan Mohammad Afandi dan Mohad Azhar diikat jamin manakala Haslinda membenarkan lelaki bawah umur itu diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 28 Mac ini untuk sebutan semula bagi kesemua kes.
-utusanonline

Dah ada orang yang sambut cabaran takkan ukama PAS ni lari pula kot?

Debat elak Khairuddin dilabel jaguh kampung
Penganalisis politik dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik, mencadangkan Anggota Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menerima cabaran debat seorang pensyarah universiti berhubung pindaan Akta 355.

Menurut Dr Maszlee, Khairuddin yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS perlu menerima pelawaan debat itu bagi memastikan beliau tidak digelar sebagai jaguh kampung.

Malah, katanya, medan debat itu juga boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk melihat kredibiliti sebenar ulama PAS yang sebelum ini didakwa hanya berceramah politik sehala.

"Ceramah politik sehala biasanya menjadi medan para ulama PAS seperti Khairuddin dan lain-lain untuk mengutuk lawan mereka tanpa adanya akauntibiliti dan semak imbang.

"Para ulama PAS sewenangnya menghentam, mengugut, menghina mana-mana individu yang tidak sehaluan dan tidak sealiran dengan mereka terutamanya dalam isu rang undang-undang 355 dan juga hubungan rapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Tehran serta Umno.

"Ruang debat, dialog atau forum lebih sesuai untuk memastikan ketepatan fakta, integriti dan profesionalisme. Jika beliau (Khairuddin) melarikan diri daripada berdialog, ia hanya akan memberikan kesan buruk dan titik hitam dalam lipatan sejarah hidupnya kerana beliau akan dilihat hanya berani sebagai jaguh kampung sahaja," kata Dr Maszlee dalam kenyataannya kepada Malaysiakini.

Sendiri lontar cabaran

Isu debat atau diskusi melibatkat Khaiduddin timbul selepas pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Rozaimi Ramle menyatakan kesediaannya menyambut 'tawaran' Khairuddin yang mempertikaikan sikap sesetengah pihak yang menolak cadangan pindaan Akta 355.

Rozaimi menyambut tawaran itu selepas tersebarnya klip video ceramah Khairuddin yang menyatakan kesediaannya untuk berhujah dengan sesiapa sahaja yang menganggap melakukan pindaan Akta 355 adalah tidak wajib.

Malah, dalam klip video ceramah sepanjang kira-kira 4.30 minit itu, Khairuddin turut mencadangkan supaya disekeh kepala mufti yang anggap pindaan Akta 355 itu bukan wajib.

Selain itu, pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh UPSI itu juga berkata, sekiranya Khairuddin bersetuju untuk berdebat, ia boleh dijadikan medan untuk dirinya membersihkan nama ekoran isu pembelian kereta Audi Q7 kepada isterinya menjadi tular di media sosial.

"Khairuddin boleh ambil peluang ini untuk membersihkan dirinya dari isu hangat pembelian Audi Q7 untuk isteri keduanya yang menjadi viral di media sosial dan menjadi perbualan netizen.

"Terbaik untuk Khairuddin ialah untuk tampil dalam debat dengan Rozaimi yang menawarkan diri, di mana debat tersebut beliau (Khairuddin) sendiri yang melontarkan cabarannya," katanya lagi.

Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut memberikan respon terhadap 'sahutan' Rozaimi.

Mohd Asri yang dirujuk Khairuddin dalam ceramahnya itu berkata, beliau berharap agar program debat bersama Khairuddin - jika benar diadakan - akan berlangsung dengan baik.

"Mari kita doakan supaya program berjalan dengan dengan baik. Insha-Allah akan ada banyak kebaikan.

"Tahniah al-fadhil Dr Rozaimi yang menyahut cabaran tersebut," tulis Mohd Asri di Facebooknya.

Video guru pukul, tendang pelajar jadi viral

Rakaman video memaparkan kebiadapan seorang guru menendang dan memukul kepala pelajarnya kini menjadi tular di laman sosial.

Menurut pemuat naik video, Muhamad Azhan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah institusi latihan kemahiran awam di utara namun tidak dinyatakan tarikh dan lokasi sebenar kejadian.

“Patut ke ajar anak murid kau macam tu. Tahu lah kau bagi ilmu tapi hormat anak murid juga. Jangan sampai anak murid pijak kau balik,” tulisnya diruangan kapsyen.

Berdasarkan rakaman, lelaki berbaju merah itu pada mulanya dilihat sedang memantau pelajarnya yang sedang menjalani latihan amali mengisi gas pendingin hawa.

Tidak beberapa lama kemudian, mangsa secara tiba-tiba ditarik telinga, dipukul pada bahagian kepala dan ditendang sehingga membuatkan pelajar itu terduduk. Malah, lelaki itu turut melemparkan perkataan ‘bodoh’ terhadap mangsa.

Tindakan guru lelaki itu diperhatikan sahaja oleh beberapa pelajar yang lain yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Netizen di media sosial mempertikaikan guru lelaki berkenaan yang dianggap tidak wajar kerana cara didikan seperti itu agak kasar dan sudah ketinggalan zaman.

Justeru, netizen menggesa pihak berkaitan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan. – Mynewshub

Dua anak maut terjatuh tingkat 5 (Gambar)


Dua kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat lima di sebuah pusat membeli-belah di China selepas terlepas dari dukungan bapanya.

Media China melaporkan ketika kejadian pada Isnin, bapa kepada dua kanak-kanak malang itu sedang mendukung anaknya dan berdiri dekat penghadang kaca.

Polis sedang menyiasat insiden yang berlaku di Tianjin, timur China.

Seorang pegawai polis mengesahkan kepada Tianjin Daily bahawa kedua-dua kanak-kanak itu didukung bapanya.

Menurut pegawai, salah seorang daripada kanak-kanak itu terlepas dari dukungan bapanya sebelum terjatuh.

Bagaimanapun, seorang lagi anaknya turut terjatuh sewaktu bapa mangsa cuba menyelamatkan anak yang pertama.

Dilaporkan, kedua-dua kanak-kanak itu mati di tempat kejadian.
-kualalumpurpost

Raja Petra beritahu Hadi RM2.6b bukan wang 1MDB dalam pertemuan di Bangkok

ZIKRI ABDULLAH
Raja Petra Kamaruddin Pemilik portal Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin memberitahu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa wang yang masuk ke akaun Najib berjumlah 2.6 billion bukan dari 1MDB ketika mereka bertemu di Bangkok minggu lalu.
Husam Musa bercakap di program minum pagi anjuran pemuda Amanah Kelantan

Ahli dewan undangan negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa menyatakan perkara ini ketika berucap di majlis minum pagi bersama Amanah di Kedai Kopi Mat Jen Tanjung Chat, Kota Bharu semalam.

"Orang Pas jangan terkejut pulok, macamana saya tahu perkara ini," katanya.

Baru-baru ini semasa berceramah di Pasir Puteh Datuk Husam menyebut Pas menerima wang RM90 juta melalui Affin Bank.

Sebagai reaksi kenyataan itu pemuda Pas telah membuat laporan polis di beberapa tempat berasingan.

Mengulas perkara itu Husam yang juga penasihat Amanah Kelantan berkata tindakan itu kebudak-budakan kerana mereka tidak tahu menahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Budok-budok tak tahu kijoe (kerja buat) ayah dio"," katanya.

Tindakan Raja Petra memberi taklimat (briefing) kepada presiden Pas adalah untuk meyakinkan pihak Pas bahawa wang RM2.6 billion itu adalah halal dan Najib tidak perlu dipersalahkan.

Menyentuh pentadbiran Kelantan sekarang, beliau menganggap kerajaan negeri tidak ada sebarang idea untuk mengukuhkan ekonomi selain membebankan rakyat dengan menaikkan pelbagai jenis cukai.

"Sepatutnya dengan sumber kekayaan negeri dan keupayaan rakyat Kelantan kita sewajarnya sudah jauh ke hadapan dalam pelbagai industri.

"Apa yang berlaku menurutnya pihak kerajaan gagal mengutamakan keperluan rakyat dan asyik leka dengan imbuhan dan kemewahan peribadi," katanya.

Beliau terus mempersoalkan masalah pengurusan sampah yang semakin kronik tanpa sebarang penyelesaian.

"Di negara lain, sampah dikitar semula menjadi bahan-bahan bermanfaat yang mendatangkan hasil lumayan.

"Dulu telah ada syarikat yang datang menawarkan pengurusan sampah yang menguntungkan ini namun kelihatannya tidak diurus.

"Boleh tanya Datuk Taki (Takiyuddin Hassan) ahli parlimen tuan-tuan kerana perkara ini masa dia jadi exco PBT lagi," katanya.

Beratus-ratus orang jadi mangsa skim cepat kaya yang dirasmi Nik Amar

Mangsa terpengaruh skim cepat kaya dirasmi TMB Kelantan
KHAULAH MUHAMMAD
Peguam Mohd Ridzuan Muhammad hadir memberi penerangan kepada mangsa penipuan skim cepat kaya
Peguam Mohd Ridzuan Muhammad hadir memberi penerangan kepada mangsa penipuan skim cepat kaya
Beratus-ratus mangsa skim cepat kaya yang mendakwa mereka tertipu dan kehilangan wang mencecah jutaan ringgit berkumpul malam tadi untuk mendengar pandangan dan mendapat nasihat pihak peguam.

Peguam Mohd Ridzuan Muhammad yang hadir dan meneliti aduan mangsa-mangsa berkenaan berkata perkara utama yang perlu diberi fokus ialah usaha mendapatkan semula wang yang telah mereka laburkan itu.

"Kebanyakan mangsa yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sedang tertekan dengan kesukaran ekonomi sekarang perlu mendapat pembelaan kerana jelas mereka tertipu dengan satu kaedah perniagaan yang begini licik," katanya selepas dialog dengan sekumpulan mangsa di Wisma Tok Guru, Salor malam tadi.

Menceritakan bagaimana mereka terpedaya dengan skim itu, seorang mangsa berkata beliau menjadi yakin kepada skim itu kerana majlis perasmian dilakukan oleh timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

"Skim ini menarik kerana apa yang diberi tahu ialah program membantu orang ramai bekerja dari rumah.

"Seorang yang mahu mengikuti program ini perlu membayar RM100 untuk melayakkan peserta menjadi pekerja am," katanya.

Menurutnya seorang pekerja am yang sudah diterima bekerja dijanjikan gaji bulanan sebanyak RM800 sebulan.

"Bagaimanapun pihak syarikat hanya membayar gaji RM200 pada bulan pertama.

"Kenaikan gaji akan berlaku setiap bulan sebanyak RM100 sehingga mencapai RM800," katanya.

Pekerjaan yang diberi katanya, adalah membuat pembungkusan barang-barang di rumah sendiri.

"Barang-barang itu akan dihantar ke rumah dan bila siap akan diambil oleh pihak syarikat.

"Apa yang mengejutkan para pekerja am ini hanya menerima satu paket kacang tidak sampai 1 kilogram untuk dibuat pembungkusan," katanya.

Menurutnya, mangsa menjadi curiga apabila selepas sebulan berlalu tidak ada barang baru dihantar untuk dibuat pembungkusan dan gaji yang dijanjikan juga tidak dibayar.

Seorang pekerja yang dilantik di bahagian pengurusan memberi tahu satu lagi produk syarikat ini ialah pinjaman kewangan.

"Pinjaman yang dijanjikan syarikat ini mencecah RM100 ribu.

"Syarat untuk mendapat pinjaman ini ialah mesti berdaftar sebagai pekerja am syarikat yang menjalankan kerja di rumah masing-masing.

"Bagi mereka yang ingin memohon, mereka perlu membayar 10 peratus dari jumlah pinjaman yang mereka pohon sebagai yuran pemprosesan.

"Sebagai contoh jika pekerja am ingin memohon pinjaman sebanyak RM10 ribu, mereka perlu membayar RM1 ribu," katanya.

Kesempitan wang

Seorang mangsa wanita yang terpedaya dengan skim ini berkata beliau dalam keadaan kesempitan untuk mendapatkan wang sejumlah RM6 ribu untuk menanggung kos pembedahan anaknya yang mengalami hernia.

"Saya terpaksa berhutang dengan beberapa orang kawan untuk mendapatkan wang RM600 kerana perlukan pinjaman berjumlah RM6000 dari syarikat ini.

"Sekarang saya bukan sahaja tidak dapat menampung kos perubatan anak saya tetapi terpaksa menanggung hutang keliling pinggang," katanya dengan nada penuh kesal.

Dalam perjumpaan itu, atas nasihat peguam satu jawatankuasa bertindak turut ditubuhkan bagi mengambil tindakan segera.

Menurut Mohd Ridzuan, jawatankuasa itu perlu segera menghubungi pihak-pihak tertentu seperti menyelaras laporan polis, mengumpul dokumen-dokumen pembayaran dan bersedia membuat tuntutan di mahkamah.

"Saya berterima kasih kepada pihak pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang mengambil inisiatif untuk membantu mangsa-mangsa.

"Sungguh sedih dalam keadaan orang ramai yang menghadapi kesukaran luar biasa dengan kenaikan harga barang dan kesukaran mencari sumber pendapatan, ada pihak yang tidak berperikemanusiaan seperti ini sanggup memperdayakan golongan daif dengan cara yang begitu licik dan kotor," katanya.

Nik Abduh dikecam gara-gara suruh hadam 'politik matang sejahtera'

ARIF ATAN
Sikap Pas hari ini banyak dilihat menyimpang daripada prinsip budaya politik matang dan sejahtera yang diuar uarkannya
Sikap Pas hari ini banyak dilihat menyimpang daripada prinsip budaya politik matang dan sejahtera yang diuar uarkannya

"Hadamkan". Itu status ringkas di Facebook milik Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pagi ini diikuti #PemudaPAS, #BertekadMelebarMuafakat dan #Istiqamah.

Turut disertakan poster tentang tujuh ciri budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang sebelum ini memang diuar-uarkan menjadi prinsip Pas dengan 'dikepalai' wajah tiga pemimpin tinggi parti tersebut.

Wajah Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin yang dilantik sejak Oktober tahun lalu berada di tengah-tengah dan 'diapit' wajah Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar komentar pengguna media sosial itu dilihat lebih mengecam dan menyindir pendirian Pas hanya dalam tempoh sejam status tersebut dimuat naik.

Antaranya, Baihaqi Al-hakim yang menggesa Pas supaya menggunakan kedudukan parti itu yang kelihatan disenangi parti pemerintah untuk 'memujuk' Umno mengurangkan hiburan dalam siaran televisyen.

"Bagi pendedahan dalam jiwa rakyat tentang Islam. Tolong hadam ye. Iman tak dapat dijual beli. Iman bukan dari seorng ayah. Iman tak boleh nak diwarisi. RUU 355 hudud BPMS. Apa lagi Pas nak buat?" bidasnya.

Sementara itu, Ahmad Samad menganggap pendirian Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang mengenai hubungan dengan Umno-BN pada masa ini jauh berbeza dengan dahulu.

"Dulu Hadi kata hudud tu 0.0001 peratus sahaja dalam syariah Islam. Sekarang dah lain. Dulu Hadi kata bersekongkol dengan pemerintah yang membenarkan judi dan arak adalah haram kerana itu kerajaan syaitan. Sekarang dah lain," tegasnya.

Mengulas ciri 'Utamakan Rakyat' dalam senarai ciri keempat BPMS dalam poster tersebut, pengguna Facebook, Ad Irwan menganggap "tu ke laut" manakala Nazrul Naz menulis, "Utamakan rakyat apa, berkecuali dalam pembentangan budget (Bajet 2017)"

Untuk rekod, 11 ahli parlimen Pas mengambil keputusan untuk berkecuali dalam undian belah bahagian Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 pada 7 November tahun lalu manakala Abdul Hadi dan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli tidak hadir.

Satu-satunya ahli parlimen Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mewakili Pokok Sena mengundi menentang belanjawan itu bersama 69 anggota Dewan Rakyat lain.

Lagi sindiran 'berkecuali' dengan mengaitkan kekerapan Abdul Hadi tidak hadir di Parlimen sebelum ini apabila pengguna Facebook, Joe Cape Coral meninggalkan komentar, "Tak boleh TANGGUH ke? Lagipun gua (saya) rasa macam nak BERKECUALI! Sebab gua memang kuat MEMONTENG!" katanya sinis.

Ciri kedua BPMS iaitu 'amar makruf dan nahi mungkar' juga menjadi bahan kecaman netizen.

"Amar makruf nahi mungkar? Kemungkaran Umno tu jangan dok buat senyap plop (pula)," tulis Wan Azhar manakala Mohammad Fariz dengan nada perli berkata, "Harus wala (taat setia) sewala-walanya kepada Presideng."

Pada masa sama, terdapat juga reaksi balas daripada penyokong tegar Pas tetapi dengan penggunaan bahasa kesat selain mendakwa ahli Pakatan Harapan sedikit walaupun menonjol menyerang Pas di media sosial.

"Setan je yang tak suka 7 ciri ni ustaz (Nik Abduh)," marah Hanan Gen manakala Zulhabri Che Hussin berkata, "Jangan layan geng PH (Pakatan Harapan) ni, bunyi kuat, ahli ciput (sedikit)...lol."

Anak lagenda petinju Muhammad Ali Ditahan Kerana Beragama Islam


WASHINGTON DC - Anak lelaki legenda tinju Muhammad Ali ditahan untuk disoal siasat selama dua jam di sebuah lapangan terbang Florida sebaik sahaja pulang daripada Jamaica gara-gara namanya seperti nama orang Arab, lapor media Amerika Syarikat (AS).

Muhammad Ali Jr., 44 tahun, yang dilahirkan di Philadelphia dan mempunyai pasport AS, ketika itu membuat perjalanan bersama ibunya, Khalilah Camacho-Ali, isteri kedua ikon sukan itu, kata rakannya dan peguam Chris Mancini kepada Louisville Courier-Journal.

Mancini memberitahu akhbar itu bahawa kedua-dua pasangan ibu dan anak itu ditahan untuk disoal siasat di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale pada 7 Februari kerana nama mereka seperti nama orang Arab.

Camacho-Ali bagaimanapun dibebaskan setelah beliau menunjukkan ejen-ejen Kastam AS gambar beliau bersama bekas suaminya, Allahyarham Muhammad Ali.

Ali Jr. bagaimanapun tidak mempunyai gambar seperti itu – dan menurut Mancini, ditahan hampir dua jam dan berulang kali ditanya: “Dari mana anda dapat nama anda?” dan “Adakah anda Muslim?”

Apabila beliau berkata bahawa beliau, seperti bapanya, beragama Islam, para ejen bertanya lebih banyak soalan.

“Kepada keluarga Ali, ternyata ini secara langsung ada kaitan dengan usaha Encik Trump untuk mengharamkan orang Muslim dari AS,” kata Mancini kepada Courier-Journal.

Beliau merujuk kepada arahan eksekutif Presiden Donald Trump pada akhir Januari yang mengharamkan rakyat dari tujuh buah negara majoriti Muslim daripada memasuki AS selama 90 hari.

Arahan sekatan imigresen itu sudahpun dihentikan oleh sebuah mahkamah persekutuan AS.

Mancini berkata, beliau dan keluarga Ali sedang cuba menyelidik berapa ramai lagi orang yang ditahan untuk disoal siasat sedemikian rupa, dan sedang menimbangkan mengemukakan tuntutan mahkamah federal.

Para pegawai Lapangan Terbang dan Kastam tidak menjawab pertanyaan akhbar itu tentang kes tersebut.

Muhammad Ali, antara wira sukan paling ikonik dalam abad ke-20, meninggal dunia setelah bertarung dengan Penyakit Parkinson pada 3 Jun 2016. Beliau ketika itu berusia 74 tahun.

Allahyarham Muhammad Ali bukan sahaja disanjung atas kejayaannya merangkul tiga gelaran dunia heavyweight, tetapi juga atas usahanya memperjuangkan hak asasi awam.

Pada 1964, Allahyarham menukar namanya kepada Muhammad Ali daripada nama lahirnya iaitu Cassius Clay setelah memeluk agama Islam.

Allahyarham, yang berasal dari Louisville, Kentucky, berkahwin sebanyak empat kali dan mempunyai tujuh anak perempuan dan dua anak lelaki. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA