"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

SITI NUR ZAWANI MISCON

Ekoran kenaikan harga beberapa barangan asas seperti minyak masak dan bawang, orang ramai mula membuat aduan dan meluahkan rasa tidak puas hati di laman Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Melalui Facebook rasmi KPDNHEP, agensi itu menafikan wujudnya pencatutan harga barang terutama harga minyak masak seperti yang dilaporkan seorang pengadu yang menggunakan nama FB Kemah Keming.

Penafian itu bagaimanapun mengundang kemarahan pengguna lain yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana sememangnya wujud kenaikan harga minyak masak.

Pengadu mendakwa wujudnya kenaikan harga minyak masak melebihi pasaran semasa iaitu lebih RM27 di pasaraya Tunas Manja, Kuala Rompin.

Salah seorang pengguna turut menyertakan harga minyak masak yang mengenakan harga sehingga RM27.75 untuk minyak jenama Saji 5kg.

“Aku ambil gambar ini kat Aeon Big Alamanda. Hari jumaat sebelum PKP kot aku ambil ini. Lebih RM27. Harga di Aeon Big mesti lah sama satu Malaysia,” tulis Ashraff Daniel.

“Mydin semalam minyak Saji dan Alif pun RM27++,” kata pengguna lain.

Ada juga yang meminta pegawai KPDNHEP melakukan semakan di Taiping kerana berlakunya pencatutan dengan harga yang melambung.

Biarpun penjelasan sudah diberikan, namun para pengguna menganggap KPDNHEP tidak memantau harga barangan asas sehingga harga barang naik mendadak.

“Pasaraya Terengganu tak nak check ke. Kelmarin beli minyak cap Buruh 5kg RM24.99,” tulis Mohd Mustaqim.

Seorang lagi pengguna, Faiz JoYs menyertakan gambar minyak jenama Buruh 5kg yang dijual dengan harga RM24.50 di pasaraya 99 speedmart.

Menurut KPDNHEP, harga semasa minyak Buruh ialah RM22.99 berbanding harga dahulu yang tidak dinyatakan tahun bila, iaitu RM20.99

Bagi minyak Saji, harga semasa (RM26.99), berbanding harga dahulu (RM25.99). Harga semasa minyak Seri Murni (RM22.99), harga dahulu (RM22.70)

Harga semasa Vesawit (RM25.99), harga dahulu (RM23.99). Manakala Neptune Lite pula berharga (RM22.99) berbanding harga dahulu (RM21.50).

Sementara itu KPDNHEP memberitahu, minyak masak botol termasuk 5kg adalah tidak dikawal dan dipengaruhi harga minyak sawit di pasaran dunia serta tidak disubsidi oleh kerajaan.

Pembangkang setuju sertai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat, kata Anwar

Adam Abu Bakar

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim memaklumkan pembangkang bersetuju menghantar nama tiga wakil bagi menyertai Jawatankuasa Khas Bebas bagi mengendalikan pelaksanaan darurat.

Anwar berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira penubuhan jawatankuasa berkenaan dicadangkan Yang di-Pertuan Agong semasa baginda mengisytiharkan darurat minggu lalu.

“Jawatankuasa itu kita sambut dan putuskan akan hantar wakil. Jawatankuasa ini adalah jawatankuasa bebas, bukan terdiri daripada kuasa eksekutif, maknanya dengar dan bagi pandangan dan pandangan itu menjurus kepada isu darurat (termasuk) bila darurat patut dihentikan.

“Itu bukan penyelesaiannya, tiga Ahli Parlimen dari pembangkang (akan dicalonkan), ia tidak sama dengan sidang Parlimen. Tetapi kerana ia juga merupakan usul dan cadangan dalam titah Agong, kita ambil keputusan untuk berikan kerjasama,” katanya pada sidang media. 

Anwar bagaimanapun tidak mendedahkan siapakah tiga pemimpin pembangkang yang akan dicalonkan untuk menyertai jawatankuasa berkenaan.

Katanya, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sudah menghubungi menteri terlibat bagi mengesahkan penglibatan blok pembangkang dalam jawatankuasa berkenaan.

Terdahulu, Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar menggesa pembangkang tidak menyertai Jawatankuasa Khas Bebas bagi mengendali pelaksanaan darurat.

Bagi Mahfuz, tiada keperluan darurat dicadangkan perdana menteri kerana menurutnya Muhyiddin Yassin sudah hilang bilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Jawatankuasa itu ditubuhkan bawah suatu ordinan untuk menasihati Agong sama ada darurat besar masih berlaku dalam Persekutuan bagi meneruskan tempoh kuat kuasa proklamasi darurat atau menamatkan proklamasi lebih awal dari tarikh ditetapkan.

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum itu memberi perkenan supaya darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung wabak Covid-19.

Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Khas Bebas yang akan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan dan yang berkaitan.

Sajat didakwa cemar imej Islam, berpakaian seperti wanita ketika majlis solat hajat

Bernama

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas pertuduhan berpakaian seperti wanita dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat, tiga tahun lepas, sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Dalam prosiding pada 6 Jan lalu, Muhammad Sajjad, 35, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Sajjad didakwa melakukan kesalahan itu di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam, pada 7.30 malam, 23 Feb 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Muhammad Sajjad dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dan menetapkan 23 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Selangor Atras Mohd Zain.

Pada 6 Jan lalu, tular satu video di laman sosial yang dirakamkan secara langsung menunjukkan usahawan kosmetik itu sedang menangis dalam keadaan tangannya bergari.

Beberapa hari kemudian, Muhammad Sajjad tampil di laman Instagram miliknya dan menjelaskan dia ditahan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersabit laporan dibuat pada 2018.

Senarai ahli politik sah dijangkiti Covid-19 makin bertambah

ARIF ATAN

Penularan Covid-19 memang tidak mengenal siapa termasuk ahli politik. Virus berasal dari Wuhan, China itu juga tidak peduli parti mana yang dianut ahli politik.

Pola jangkitan Covid-19 dalam kalangan ahli politik melonjak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September 2020.

Serentak dengan peningkatan mendadak kes jangkitan pandemik di Sabah, virus itu turut menjalar ke Semenanjung apabila Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa kali menyatakan tidak perlu kuarantin untuk mereka yang pulang dari Sabah.

Paling awal, menteri Umno itu berkata demikian pada 12 September 2020 walaupun kes Covid-19 di Tawau dan Lahad Datu mencatatkan angka membimbangkan dengan 49 kes baharu Sabah dilapor ketika itu manakala Kedah hanya lima kes serta Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing dua kes baharu.

Menjengah ke tahun baharu 2021, satu demi satu ahli politik sah dijangkiti virus yang sudah membunuh 619 orang setakat semalam.

Susulan kebenaran merentas daerah dan negeri seluruh negara kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 Disember lalu, kes harian meningkat mendadak.

Sehingga semalam, tiada lagi zon hijau di Semenanjung sementara di Sarawak pula zon hijau semakin berkurang. Perlis juga berada dalam zon merah.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan kes pesakit Tahap 4 dan 5 iaitu pesakit kategori serius di hospital semakin meningkat kepada 15 peratus.

Setakat 12 tengah hari semalam, seramai 238 pesakit sedang mendapat rawatan di ICU termasuk 96 menggunakan alat bantuan pernafasan. Angka di ICU sudah mencecah tiga digit.

Tinggi ‘harga’ untuk dibayar untuk memastikan aktiviti ekonomi bernafas dengan jumlah 165,371 kes positif Covid-19 di negara ini setakat semalam.

Angka tersebut merangkumi ahli politik pelbagai parti. Berikut disenaraikan ahli politik termasuk menteri dan senator yang sah dijangkiti Covid-19 bermula sejak PRN Sabah September lalu sehingga hari ini:

1. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohd Razlan Rafii

2. Timbalan Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan

3. Calon BN DUN Pitas, Sufian Abdul Karim

4. Setiausaha AMANAH Pulau Pinang, Saifullah Abdul Nasir

5. ADUN Ayer Limau dari Umno, Amiruddin Yusof

6. ADUN Lunas (bekas PKR), Azman Nasrudin

7. Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad yang juga Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air

8. Menteri Agama Zulkifli Mohamad

9. ADUN Kampung Tunku dari DAP, Lim Yi Wei

10. ADUN Kota Damansara dari PKR, Shatiri Mansor

11. ADUN Maharani dari AMANAH, Nor Hayati Bachok

12. Ahli Parlimen Keningau dari STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan

13. ADUN Bingkor dari STAR, Robert Tawik

14. Ahli Parlimen Jeli dari Bersatu, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

15. Ahli Parlimen Titiwangsa dari Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

16. ADUN Nenggiri dari BN, Ab Aziz Yusof

17. Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani

18. ADUN Galas dari BN, Mohd Syahbuddin Hashim

19. Ahli Parlimen Gua Musang dari BN, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat Umno.

20. ADUN Parit Yaani dari AMANAH, Aminolhuda Hassan yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor.

21. Ahli Parlimen Padang Besar dari Umno, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

22. Ahli Parlimen Larut dari Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Menteri Dalam Negeri.

23. Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Khamarulazlan Mohamad Hanafiah.

24. Senator dari PKR, Yaakob Sapari

25. Senator Idris Ahmad yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Naib Presiden Pas

26. Ahli Parlimen Padang Rengas dari BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

27. Ahli Parlimen Kota Tinggi dari BN, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang juga Menteri Perpaduan Negara

28. ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Menteri Besar Terengganu dan Pengerusi BN negeri.

29. Ahli Parlimen Pasir Salak dari BN, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Mayat remaja dalam rahang buaya

Erika George

Tatau: Mayat pelajar tingkatan dua yang disyaki lemas ketika memancing di Kuala Tatau, di sini, ditemui berada dalam rahang seekor buaya oleh penduduk kampung pada jam 12.20 tengah malam tadi.

Tiga penduduk kampung yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pada mulanya ternampak mata buaya pada jarak sekitar 1.5 meter di kawasan lubuk sungai sebelum buaya itu perlahan-lahan muncul. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, Jankey Jikat berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit terkejut melihat badan mangsa berada pada rahang reptilia yang cukup besar itu.

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Arffanirul Abdullah, 14, dari Kampung Haji Ismail.

"Selepas buaya itu melepaskan mayat dan keadaan didapati benar-benar selamat, maka penduduk bertindak menarik jasad ke dalam bot sebelum membawanya ke sebuah pondok di kampung," katanya.

Beliau berkata, mayat ditemukan di kawasan lubuk buaya yang terletak hampir 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati banyak kesan gigitan reptilia terbabit dengan tangan kanan putus dibaham manakala kaki kiri patah.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Dengan itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 2.30 pagi tadi," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari semalam, mangsa bersama dua rakan dikatakan memancing di pinggir sungai sebelum mangsa menyelam bagi mendapatkan semula mata joran yang tersangkut.

Namun begitu, mangsa tidak muncul ke permukaan air menyebabkan rakannya segera mendapatkan pertolongan.

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

SITI NUR ZAWANI MISCON

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Halimah disahkan positif Covid-19 namum Hamzah masih belum disahkan lagi.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada semalam.

Menerusi kenyataan pejabat Menteri berkenaan, Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Johor Bahru.

Katanya, sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan, Halimah akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian Perpaduan Negara berjalan dengan lancar.

Sebelum ini, beberapa pemimpin politik turut dijangkiti Covid-19 seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Terbaharu, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif Covid-19, hari ini.

Turut dikatakan positif Covid-19 adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bagaimanapun tidak ada sebarang pengesahan dari pejabat beliau sehingga kini.

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

ZIN MAHMUD

Tidak ada apa yang istimewanya bagi dunia Islam dalam menghadapi Covid-19. Mereka seperti juga negara-negara lain sedang bertungkus lumus dalam usaha untuk mengatasi wabak ini.

Cumanya sebagai sebuah negara Islam, Malaysia tentunya wajar berasa mempunyai ukhuwah dengan bahagian dunia yang penduduknya menganut agama sama, dan membawa kepada budaya dan pemikiran sama.

Walaupun diketahui dalam beragama terdapat pelbagai aliran, dan cara fikiran yang banyak juga bernatijahkan negatif.

Adalah diharapkan bahawa dengan memegang agama yang benar, Muslimin adalah umat terbaik dan mampu menjadi pemimpin bagi dunia. Tetapi malangnya harapan itu tidak terjadi.

Selepas jatuhnya Kekhalifahan Uthmaniah segala usaha untuk bangkit sebagai dunia maju dan moden telah gagal walaupun pernah satu ketika ada tempoh yang disebur sebagai era kebangkitan Islam.

Untuk mengetahui keadaan dunia Islam menghadapi Covid-19 tidaklah sukar. Senaraikan semua negara-negara Islam dan kemudian teliti apa yang mereka sedang hadap ketika wabak Covid-19 berlaku.

Tidak ada negara Islam yang boleh dikategorikan sebagai negara maju. Apa yang ada ialah negara membangun dan mundur. Ada negara Islam yang kaya tetapi mereka tidaklah maju, baik dari segi politik, ekonomi atau sosial.

Malaysia yang dianggap sebagai negara yang lebih maju dan agak berada berbanding negara-negara Islam lain juga gagal menunjukkan contoh, apatah lagi kepimpinan dalam menghadapi Covid-19.

Sebaliknya Malaysia juga bertungkus lumus dalam menghadapinya, dan belum nampak kejayaannya. Sebaliknya, krisis kesihatan di negara ini telah membawa kepada krisis ekonomi dan krisis politik.

Malah ketika mana negara-negara Islam lain sudah pun memulakan suntikan vaksin bagi mencegah Covid-19, Malaysia belum dapat melakukannya.

Buat masa ini, vaksin adalah cara terbaik untuk melawan Covid-19. Bukan perintah berkurung. Perkara ini sudah diketahui dan pun telah diumumkan sejak Covid-19 mula melanda dunia tahun lalu. Ia menjadi keutamaan dalam perlumbaan bagi mendapatkan vaksin.

Sepatutnya inilah yang menjadi keutamaan. Lagipun sudah dijadualkan bahawa vaksin akan ditemui hujung tahun lalu dan apabila masuk 2021, proses penyuntikan boleh dimulakan.

Apabila disebut mengenai vaksin, maka di kalangan orang Islam, walaupun ia merupakan suara segelintir, timbul juga suara-suara penentangan.

Bentuk penentangan ini ada tiga jenis. Pertama, ia datang dari golongan yang mempersoalkan bahawa vaksin itu tidak jelas halalnya. Kedua, golongan yang sememangnya dari awal bersikap anti-vaksin. Mereka menolak vaksin bukan saja terhadap Covid-19 tetapi apa jua bentuk pelalian.

Ketiga, golongan yang gemar terhadap teori konspirasi dan menganggap vaksin ini adalah agenda Yahudi hendak menguasai manusia khususnya umat Islam.

Untuk menjawab tiga golongan ini, ia perlu satu tulisan berasingan. Tetapi apa yang hendak disebut di sini ialah fenomena ini bukan saja berlaku di kalangan umat Islam, iaitu termasuk Malaysia dan Indonesia.

Isu ini juga timbul di kalangan orang Kristian, malah orang Yahudi.juga. Soal halal tentulah tidak timbul di kalangan orang Kristian.

Tetapi golongan anti vaksin memang wujud di Amerika Syarikat. Sementara di Israel, ada orang Yahudi yang juga percaya bahawa Covid-19 adalah konspirasi orang Islam untuk menghapuskan mereka dan menakluki dunia.

Bagi mengatasi golongan ini, caranya ialah meningkatkan mutu pendidikan di negara-negara Islam.

Bukan saja pendidikan formal tetapi juga pendidikan awam. Bukan saja pendidikan agama tetapi juga pendidikan sains an cara hidup moden.

Kejahilan membawa kepada fikiran-fikiran ekstrem yag tidak berpijak pada realiti. Dalam bidang agama, ia juga harus meliputi ruang lingkup luas termasuk Maqasid Syariah.

Perlu diakui pendidikan di negara-negara Islam jauh ketinggalan. Malaysia adalah antara negara yang terkehadapan dalam bidang pendidikan di kalangan negara-negara islam. Itupun dalam masyarakat Malaysia, fikiran karut-marut terus wujud.

Pendidikan juga tidak menjamin bahawa masyarakat akan berfikiran rasional. Sifat manusia yang mempunyai pelbagai pandangan akan terus ada.

Lihatlah Amerika dan Eropah, Dalam mana pendiikan mereka telah maju, terus wujud anggota masyarakat yang ekstrem dan tidak rasional. Ia adalah sebahagian daripada ciri masyarakat demokratik.

Tetapi sekurang-kurangnya ia merupakan anasir pinggiran dan bukannya arus perdana.

Dalam menghadapi Covid-19, sememangnya diharapkan bahawa dunia Islam berada di depan dan negara-negara Muslim berada pada tahap kemajuan.

Selepas Perang Dunia Kedua, iaitu sekitar tahun 1950 hinggalah 2020, iaitu 70 tahun, ia merupakan suatu jangka masa yang cukup untuk maju. Iaitu selepas mencapai kemerdekaan hingga ke hari ini.

Lebih-lebih lagi ada negara Islam seperti Turki, Iran, Mesir, Iraq, Syria dan Arab Saudi yang bermula lebih awal lagi iaitu selepas Perang Dunia Pertama untuj menggapai kemajuan. Tetapi perkara itu tidak berlaku.

Banyak faktor yang menjadikan keadaan demikian, antaranya ialah cara orang Islam mengamal agamanya.

Dalam membangun vaksin melawan Covid-19, ia datang dari Eropah, Amerika, Israel, Rusia, China dan Jepun. Tiada dari negara Islam walaupun ada berita menyatakan Iran turut membangun vaksin itu.

Di belakang vaksin utama yang dibangun Pfizer adalah pasangan saintis asal Turki. Tetapi mereka bekerja di Jerman. Orang Islam juga mempunyai keupayaan tetapi persekitarannya tidak menggalakkannya.

Dalam menghadapi Covid-19, Arab Saudi bertindak cekap dan tegas. Baru-baru ini apabila timbul varian baharu Covid-19 dari United Kingdom, mereka terus tutup sempadan. Arab Saudi adalah antara negara awal yang mengambil vaksin.

Maka disiarkanlah berita ulama asal Mauritania, Abdullah bin Bayyah dari King Abdul Aziz University, Jeddah disuntik vaksin itu. Beliau pakar fiqh empat mazhab Sunnah wal jamaah dan pendukung ajaran Sufi.

Begitu juga Indonesia adalah antara negara awal yang memperoleh vaksin dengan menunjukkan Presiden Joko Widodo disuntik di bawah poster halal dan selamat. Di Turki, ribuan petugas barisan hadapan juga telah disuntik.

Tetapi malang pula bagi rakyat Palestin. Mereka dinafikan suntikan vaksin walaupun Israel menduduki wilayah itu. Israel yang membangun vaksin sendiri merancang untuk menyuntik semua warga negaranya termasuk orang Arab yang menjadi warga negara mereka.

Dalam satu laporan awal Nigeria yang berpenduduk majoriti Islam pula menolak tawaran Gates Foundation yang mahu membiayai vaksin melawan Covid-19 ke negara itu. Mereka termakan dengan teori konspirasi yang mendakwa Bill Gates yang merancang wabak ini untuk menguasai dunia.

Sebaliknya Nigeria mendakwa mereka sudah membangun vaksin sendiri dengan menggunakan herba tempatan. Tetapi Nigeria ditadbir oleh kerajaan yang tidak berwibawa.

Ada pihak mencurigai Gates, syarikat-syarikat besar farmasi atau Big Pharma dan sistem kapitalis itu sendiri. Tetapi realitinya dunia hidup dalam sistem itu, beserta dengan amalan demokrasi, sains dan teknologi.

Sistem itu boleh dikaji dan diusahakan untuk diperbaiki. Tetapi ketika menghadapi wabak, seperti waktu ini, ia bukan masanya untuk mempertikaikan sistem. Keutamaaan adalah menyelesaikan dahulu masalah wabak.

Malaysia hanya dapat mula suntikan vaksin itu pada Mac ini. Berbanding dengan negara lain, itu dikira lambat. Rakyat Malaysia terpaksa melalui perintah kawalan pergerakan untuk bulan Januari dan mungkin Februari.

Untuk itu, banyak orang kehilangan pendapatan dan pekerjaan.

Akhirnya, Malaysia yang pada satu masa boleh dijadikan contoh negara Islam yang maju, moden dan demokratik, kini dilihat sudah ketinggalan.

ZIN MAHMUD berpengalaman luas dalam dunia kewartawanan sejak awal 1980-an, bekas pengarang Mingguan Malaysia, bekas pengarang kumpulan Harakah dan pernah menerbitkan majalah Dunia Islam.

Hadi jadi jurucakap Umno?

Majoriti pemimpin Umno mahu bergabung dengan PPBM, dakwa Hadi

Adam Abu Bakar

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa majoriti pemimpin Umno positif untuk bergabung dengan PPBM, walaupun tidak menafikan terdapat pertembungan politik antara kedua-dua parti itu khususnya di peringkat akar umbi.

Hadi berkata, beliau juga percaya perselisihan antara Umno dan PPBM akan dapat diselesaikan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Kita berjaya mewujudkan satu piagam Muafakat Nasional (MN) antara PAS-Umno. Dalam piagam ini, kita bersetuju untuk memperkasakan kepimpinan Melayu-Islam dan mengajak parti-parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sertai MN.

“Malangnya, bila kita hendak ajak, terdapat pertembungan politik antara Umno dan PPBM. Bagaimanapun, Alhamdulillah majoriti pimpinan Umno positif. Cuma, nak selesaikan ia, Insya-Allah menjelang pilihan raya umum ke-15 kita dapat atasi,” katanya dalam forum bertajuk “Masa Depan Malaysia, Ke Mana Kita?”

Beliau berkata demikian ketika Umno bersetuju untuk membawa usul memutuskan hubungan dengan PPBM pada perhimpunan agung parti itu. Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dalam kenyataan memaklumkan perhimpunan itu ditangguhkan.

Hadi berkata, kajian dilakukan parti Islam itu mendapati tidak ada parti dalam negara akan berjaya membentuk kerajaan peringkat persekutuan, tanpa perlu bergabung dengan parti lain.

Katanya, disebabkan itu parti Islam berkenaan akan terus berusaha menyatukan Umno dan PPBM bawah semangat gabungan Melayu-Islam dalam apa cara sekalipun, khususnya berdepan PRU15.

“Kita mempersediakan dua-dua gabungan ini bersatu. Hal ini kerana, pada kajian kita tidak ada parti yang boleh menang jika mereka sendiri pada pilihan raya umum akan datang, sebab itu kita utamakan gabungan parti orang Melayu-Islam dahulu.

“Ia supaya kepimpinan Islam itu dapat kita wujudkan dengan kuat. Kita (PAS) akan terus menegakkan MN dan Perikatan Nasional (PN) ini bersama-sama. Kita kuatkan MN dan perkasakan PN sekali,” katanya.

#SiBodohKauDengarSini tuju pada kerajaan buat hal rakyat sedang lapar

SITI NUR ZAWANI MISCON

Pengguna Twitter mula mengaitkan tanda pagar #SiBodohKauDengarSini sebagai hasil dari tindakan kerajaan yang dianggap sebagai ‘cari pasal’ dan ‘buat hal’ dengan rakyat yang sedang lapar.

Ini berikutan keengganan kerajaan untuk melonggarkan waktu perniagaan gerai makan sehingga jam 10 malam seperti yang dituntut banyak pihak terutama mereka yang terpaksa bekerja sehingga lewat malam.

Tanda pagar berkenaan sehingga tengahari ini sudah melebihi 60,000 Tweet dengan rata-ratanya menggunakan ayat berkenaan sebagai ‘meme’ dan mendesak kerajaan untuk tidak berdiam diri.

Ianya bermula gara-gara pengguna Twitter @yarafaee_ yang menulis “Si bodoh, kau dengar sini” kepada seorang pengguna yang berpendapat orang ramai tidak seharusnya menjadikan semua isu sebagai masalah.

“Si bodoh, kau dengar sini, dengan business hour from 11-8pm tu seluruh rakyat Malaysia order in between that time only tau.

“Kau tau tak sampai hang machine foodpanda/grab tu? Orang balik kerja tak ada masa nak masak sebab awal pagi esok dah kena pergi kerja balik,” tulis @yarafaee_

Kekecewaan juga semakin ketara dicetuskan apabila ada yang menganggap kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan jatuh hanya kerana disebabkan sikap sambil lewa dan sengaja cari pasal membiarkan rakyat kelaparan.

“#SiBodohKauDengarSini trending nombor 1 hasil daripada tindakan kerajaan yang buat hal dengan rakyat sedang lapar. Kenapa anda cari pasal?,” tulis warganet. 

Pengguna Aaron Danison yang menyokong peniaga kecil berkata, inilah kuasa rakyat Malaysia apabila sedang lapar dan kerajaan sepatutnya melonggarkan waktu operasi gerai makan sehingga jam 10 malam.

“Jangan pernah cari pasal apabila melibatkan makanan dan ketika mereka lapar. Biarkan perniagaan makanan beroperasi sehingga 10 pm,” tulisnya.

Tidak ketinggalan, ada yang menyebut Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri dalam satu ciapan yang meminta agar beliau mendapatkan maklum balas rakyat sebelum menguatkuasakan sebarang arahan.

“Dengar tak @IsmailSabri60? Sila dapatkan maklum balas daripada rakyat dulu sebelum buat apa perintah. Jangan suka-suka buat pengumuman dan ‘u-turn’,” tulis pengguna @DrCastiglion3.

Isu tuntutan kelonggaran operasi kedai makan sudah diutarakan banyak pihak dengan orang ramai mengadu tidak sempat membuat pesanan makanan, selain pesanan dibatalkan biarpun tempahan dibuat seawal jam 5 petang.

Bagaimanapun kerajaan sehingga hari ini masih tidak membuat ketetapan melonggarkan had operasi gerai makanan selepas sudah hampir seminggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Memetik respon segera Ismail kepada media hari ini, beliau berkata agak sukar mempertimbangkan permintaan tersebut memandangkan kes Covid-19 masih lagi tinggi.

“Kami juga menerima pertanyaan dari beberapa orang, semua premis perniagaan ditutup pada pukul 8 malam. Kalau restoran tutup pukul 10 (malam), maka perlu ke buka kedai lain sampai pukul 10?

“Kes (sekarang) masih dalam sekitar 3,000 lebih. Susah juga tu, jadi biarlah KKM keluarkan pandangan mereka,” katanya.

Warkah buat Ketua Pengarah Kesihatan

NURHAKIM SALLEH

Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah,

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa langkah untuk meletakkan beberapa buah negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa pada 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari disebabkan oleh sektor kesihatan negara tidak mampu menampung lagi bilangan pesakit Covid-19.

Dahulu setiap petang, saya bersama ibu saya tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan status jumlah kes harian yang disampaikan oleh Tan Sri. Saya masih ingat lagi kata-kata yang dilontarkan oleh Tan Sri bahawa betapa kita perlu mengawal pergerakan kita demi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Namun, apabila melihat SOP yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian, saya fikir kerana ianya hampir mustahil untuk kita kembali kepada angka satu digit kerana sektor ekonomi dibenarkan untuk dibuka seluasnya.

Lebih memeranjatkan saya tatkala membaca berita bahawa pihak kerajaan umum bahawa saringan akan dilakukan kepada kontak rapat yang bergejala sahaja atas faktor kekurangan fasiliti untuk memproses ujian saringan Covid-19.

Bukankah sejak awal lagi terdapat gesaan untuk mempertingkatkan kebolehan melakukan ujian saringan telah dibuat kepada pihak kerajaan?

Sidang media Dr Hisham dan pegawai kanan Kementerian Kesihatan pada 30 November 2020 dengan 1,212 kes baharu menjadikan keseluruhannya 65,697 kes.

Seterusnya, dalam usaha Malaysia melawan Covid-19, saya fikir bahawa rakyat Malaysia amat terhutang budi dengan Tan Sri dan barisan hadapan yang bertugas sejak awal tahun lalu.

Mana tidaknya, wajah Tan Sri sahaja yang terpampang di hadapan televisyen hampir setiap petang bagi mengumumkan perincian jumlah kes. 

Raut wajah Tan Sri jika diperhatikan hampir setiap hari memaparkan wajah lesu dan penuh dengan tekanan kerja kerana perlu menanggung tiga ekor biawak hidup di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

Oleh itu, perjuangan Tan Sri bersama barisan hadapan yang lain amat dihargai oleh saya dan seluruh rakyat Malaysia tetapi saya mempunyai sebuah permintaan yang besar buat Tan Sri namun ianya mempunyai implikasi besar kepada kedudukan Tan Sri.

Saya ingin melihat Tan Sri untuk tidak hanya mengikut sahaja arahan yang diberikan oleh sebuah kerajaan yang tidak menerima mandat daripada rakyat. Pedulikan mereka Tan Sri kerana saya melihat Tan Sri umpama watak Profesor dalam siri La Casa De Papel di Netflix.

Saya tidak mengetahui bagaimana mesyuarat antara Tan Sri bersama anggota Kabinet berlangsung ketika membincangkan dasar kerajaan mengenai Covid-19.

Namun, saya merasakan bahawa setiap kali mesyuarat, Tan Sri mungkin sentiasa diganggu oleh sekelompok anggota mesyuarat yang berperwatakan seperti watak Rio dan Tokyo yang akan menyusahkan usaha Tan Sri untuk flatten the curve. So, I urge you to do the necessary and the right thing, Tan Sri.

Jikalau Tan Sri berpandangan bahawa Malaysia memerlukan PKP yang lebih ketat berbanding sekarang, tolong suarakan pendapat tersebut kepada orang awam.

Seperkara lagi, Tan Sri jangan segan silu untuk memarahi ahli politik yang ingkar kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Usah khuatir dengan ahli politik, jutaan rakyat akan menyokong Tan Sri sekiranya Tan Sri berbuat demikian, namun sekiranya Tan Sri hanya berdiam diri, ramai pihak akan ingat Tan Sri sebagai enabler kepada pihak yang melanggar SOP yang terdiri daripada ahli politik.

Justeru, saya pohon kepada Tan Sri sekiranya anda mempunyai moral conscience, saya pohon agar Tan Sri memikirkan tentang apa yang diperkatakan dalam warkah saya ini.

Saya pohon agar Tan Sri mengambil tindakan yang sewajarnya dan saya pasti rakyat akan sentiasa menyokong.

Akhir sekali, saya doakan seperti rakyat Malaysia yang lain akan sentiasa mendoakan Tan Sri dan barisan hadapan yang lain sentiasa diberikan kesihatan yang baik dalam usaha memerangi virus Covid-19.

Yang ikhlas,

Mohamad Nurhakim Salleh

Penuntut tahun akhir

Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Sains Politik) Universiti Kebangsaan Malaysia.

SUA Umno minta persetujuan MP gesa sidang parlimen khas - Annuar

Malaysiakini 

Ahli parlimen Ketereh Annuar Musa mendakwa Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengantar surat kepada ahli parlimen parti itu untuk menyatakan persetujuan dengan gesaan agar satu sidang parlimen khas diadakan berhubung proklamasi darurat.

Perkara itu didedahkan bekas Setiausaha Agung BN, Annuar Musa yang mahukan Ahmad merujuk pakar berkaitan terlebih dulu sebelum meminta ahli Parlimen Umno menyatakan persetujuan.

"SUA Umno menulis kepada MP dan memberi masa kurang dari 24 jam untuk menyatakan persetujuan menggesa YDP Agong memanggil sidang parlimen, kononnya di bawah perkara 150(3) Perlembangaan Persekutuan.

"Elok SUA Umno itu rujuk constitutional expert (pakar perlembagaan) supaya kelihatan lebih cerdik hal undang-undang," ciap Annuar di Twitternya, pagi ini.

Annuar turut memuat naik surat maklum balasnya kepada Setiausaha Agung Umno itu.

Dalam surat itu, Annuar, yang juga bekas setiausaha agung BN, menyifatkan langkah itu sebagai "usaha jelas" untuk bersekongkol dengan pembangkang dan "menghina keputusan parti" serta "menderhaka kepada Agong".

Rayuan darurat: Pejuang hantar segera, PH belum pasti, Umno ‘tiada’

N Faizal Ghazali

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bagi memohon darurat ditarik balik, selewat-lewatnya esok.

Timbalan presiden penajanya Marzuki Yahya berkata surat itu akan mewakili permintaan kesemua empat orang anggota parlimen Pejuang.

“Kita dah siapkan surat. Mungkin akan hantar hari ini atau selewat-lewatnya esok,” kata Marzuki Yahya kepada Malaysiakini sebentar tadi.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada surat itu akan ditandatangani kesemua anggota parlimennya atau presidennnya Mukhriz Mahathir saja.

Marzuki yang juga seorang senator berkata surat itu akan dihantar kerana daripada awal melihat perintah kawalan pergerakan (PKP) sudah cukup untuk mengekang Covid-19.

Empat anggota parlimen Pejuang itu termasuk Dr Mahathir Mohamad (Langkawi), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pada 14 Januari lalu menggesa wakil rakyat pembangkang menghantar warkah rayuan kepada Agong bagi memohon agar pengisytiharan darurat dibatalkan dan parlimen bersidang secepat mungkin.

Pakatan Harapan (PH) berpendapat darurat tidak perlu, antaranya kerana ia didakwa memberi kuasa mutlak kepada perdana menteri untuk “melakukan apa saja” selain didakwa menjejaskan proses semak-imbang dalam negara.

Surat wakili 95 anggota parlimen

Sementara itu, sumber yang dekat dengan Anwar memberitahu Malaysiakini, sebanyak 95 anggota parlimen terlibat dalam surat rayuan PH kepada Agong.

Bagaimanapun hanya sepucuk surat bersama akan dikeluarkan dan bukan secara berasingan.

Ia, katanya, melibatkan kesemua 91 anggota parlimen PH daripada PKR, DAP dan Amanah dan selebihnya melibatkan anggota parlimen bebas, yang tidak dinamakan.

Bagaimanapun setakat ini telah jelas bila surat itu akan dihantar walaupun ia pada mulanya dikatakan akan diserahkan hari ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi tidak memberikan tarikh dan masa yang tepat.

“Kami akan beritahu pihak media nanti.

“Buat masa ini kami belum terima sebarang arahan (berkaitan penghantaran surat itu),” katanya ringkas.

Sementara itu, masih tidak jelas sama ada terdapat anggota parlimen Umno akan menyahut seruan Anwar untuk menghantar permohonan itu kepada Agong.

Tiada, kata Tajuddin

Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman ketika ditanya Malaysiakini berkaitan perkara itu hanya memberikan jawatapan ringkas “tiada”.

Umno sebelum ini mengingatkan bahawa kuasa bawah Ordinan Darurat hendaklah tertumpu kepada urusan pengawalan Covid-19 semata-mata. 

Ketua whip parlimen Parti Warisan Sabah Rozman Isli semalam memberitahu Malaysiakini bahawa anggota parlimen Warisan tidak akan menulis surat kepada Agong kerana presidennya Shafie Apdal sudah menyatakan pendirian melalui sidang media.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung Covid-19.

Menurut Ordinan Darurat yang baru, parlimen dan pilihan raya digantung, kerajaan boleh menggunakan aset persendirian atau swasta untuk merawat pesakit Covid-19 dan tentera diberi kuasa menguatkuasakan undang-undang.

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

SITI NUR ZAWANI MISCON

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz didesak untuk menjelaskan dokumen berkaitan projek rancangan tebatan banjir di Melaka yang telah diluluskan tanpa melalui proses pemberian tender yang sepatutnya.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Seri Mahfuz Omar berkata, projek berkenaan seharusnya dilakukan melalui tender terbuka untuk menjimatkan wang perolehan kerajaan, selain memastikan ketelusan dalam pemberian projek.

Tegasnya, kerajaan perlu segera memperincikan kos perbelanjaan bagi projek yang dilakukan secara rundingan terus itu yang difahamkan melebihi RM100 juta.

“Saya akui projek tebatan banjir ini perlu dibuat tetapi bukannya dengan menggunakan alasan ia perlu disegerakan, maka rundingan terus boleh dikeluarkan.

“Ia sepatutnya dibuat secara tender terbuka untuk memastikan penjimatan wang rakyat dan kerajaan. Ini yang perlu dijelaskan.

“Kalau rundingan terus, saya tidak tahu 10 peratus (dari keseluruhan projek) akan diberikan kepada siapa. Inilah amalan yang dibuat pihak tertentu bagi membolehkan mereka mendapat ganjaran untuk dana politik,” katanya menerusi sidang media hari ini.

Terdahulu, tular satu surat bertarikh 23 Disember 2020 yang memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan bersetuju untuk meluluskan projek-projek rancangan tebatan banjir Sungai Duyong, Melaka di bawah program jana ekonomi pemerkasaan kontraktor bumiputera berwibawa (Janawibawa).

Kandungan surat itu menyebut projek itu dilaksanakan oleh kontraktor dari syarikat Ambang Besar Sdn Bhd (ABSB) secara rundingan terus.

Surat tersebut dilihat mempunyai cop pengesahan sudah diterima dari pejabat Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dan ia juga turut disalin kepada Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Dr Marzuki Mohamad.

Sementara itu Mahfuz mendakwa, projek tebatan banjir di Sungai Duyong, Melaka adalah antara 17 projek mega kerajaan yang dikatakan telah diluluskan melalui rundingan terus.

Naib Presiden AMANAH itu kemudiannya mempersoalkan kewajaran tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bersetuju membiarkan amalan runding terus dilakukan dalam projek-projek mega.

Sedangkan beliau berkata, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Muhyiddin begitu keras menentang amalan kleptokrat sama ada berhubung isu 1MDB mahupun pemberian projek yang tidak melalui proses sepatutnya.

“Adakah ini merupakan cara Muhyiddin dan kerajaan minoritinya mencari dana untuk parti Perikatan Nasional (PN) menghadapi pilihan raya?

“Salinan itu juga diberi kepada ketua setiausaha sulit PM. Saya agak hairan apa keperluan salinan surat diberikan kepada pejabat PM. Dia bukan ketua Pengarah JPS yang akan melaksanakan projek ini.

“Apa keperluan surat ini disalin kepada ketua setiausa sulit PM. Adakah projek ini untuk kepentingan pihak tertentu?,” soal Mahfuz lagi.

Umno pecah tiga, Annuar Musa antara puncanya kata Fuad Zarkashi

Balik dari Langkawi, Annuar tweet minta “ceasefire”. Rupanya, dia terus membuat tuduhan liar menyerang Presiden dan UMNO.

Annuar macam Muhyiddin yang terus menyerang UMNO bila hilang jawatan parti.

Skrip dia sama. Presiden pecat dia; UMNO mahu Anwar jadi PM; UMNO bergabung dengan DAP; dan UMNO berpecah.

Sebenarnya, tindakan berterusan Annuar menghentam Presiden dan UMNO secara terbuka adalah supaya UMNO dilihat berpecah. Dia pelaksana game plan musuh.

Dia kata UMNO pecah tiga. Dia lupa pecah tiga itu kerana adanya power broker sejak UMNO kalah. Ada yang mahu menjual UMNO kepada Mahathir. Mereka jadi katak macam Hamzah and the gang.

Ada yang tidak jadi melompat. Sekarang mahu jual UMNO kepada Muhyiddin pula. Muhyiddin dalam video yang sudah lama viral dedahkan akan beli pemimpin UMNO dengan jawatan Menteri dan GLC.

Justeru, apa yang Annuat Musa mahu hairankan pasal pecah tiga. Dia adalah sebahagian daripadanya.

Dalam temu bual beliau di Mingguan Malaysia semalam, Annuar mendakwa UMNO akan luput jika tersalah pilih pakatan di PRU 15 nanti.

Tidak semudah itu. UMNO pernah diharam. UMNO pernah ada team A dan team B. UMNO melahirkan beberapa parti serpihan. Bahkan UMNO juga sudah ada pengalaman hilang kuasa. Apakah UMNO luput?

Itu sebab UMNO tidak mahu bekerjasama dengan PPBM. PPBM jelas menikam UMNO dari belakang. Selepas 11 bulan bersama PN, PPBM adalah kawan yang tidak jujur.

Mendendangkan naratif “No Anwar No DAP” adalah game plan Hamzah Zainuddin, Azmin dan Muhyiddin. Ia mahu mengelirukan ahli UMNO. Matlamatnya supaya UMNO berpecah dan UMNO tidak tinggalkan PN.

Dalam pertemuan Ketua Bahagian pada 5.1.2021 dan Mesyuarat MKT pada 6.1.2021 tidak berbangkit pun isu Anwar dan DAP. Jelas Annuar Musa mahu UMNO bermain dalam galeri dia.

Sebab itu Keputusan menggugurkan Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung BN amat tepat. PPBM kehilangan senjata yang boleh pecahkan UMNO dari dalam.

Jangan hairan satu hati nanti Annuar Musa akan naik pentas PPBM seperti mana Muhyiddin naik pentas DAP untuk menyerang UMNO

Sebab itu apabila Muhyiddin mendapat perkenan YDP Agung untuk istihar darurat, Annuar mungkin bertepuk puas kononnya UMNO kena checkmate”.

Annuar akan terus menghentam UMNO. Dia tidak Akan berhenti. Dia mencari kepuasan diri. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke lengan tangan

Tetapi Annuar juga tahu UMNO akan terus kekal wujud. UMNO adalah parti akar umbi. UMNO tidak akan mereput.

UMNO hanya boleh dihapuskan melalui undang undang. Pada 25 Januari ini Mahkamah Persekutuan akan memutuskan permohonan 16 orang bekas ahli UMNO supaya UMNO dibubarkan.

Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sudah menolak permohonan mereka. UMNO sudah pernah diharamkan. Insyaallah UMNO tidak akan luput atau reput.

DR. PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO

18 Januari 2021.

‘Serang’ pimpinan kerajaan pintu belakang bukan pegawai kerajaan

MALAYSIA DATELINE

Presiden AMANAH Mohamad Sabu meminta pimpinan dan ahli parti itu tidak menyerang mana-mana kakitangan kerajaan khususnya pasukan keselamatan negara seperti Panglima Angkata Tentera atau Ketua Polis Negara.

Mohamad berkata jika mahu memberi kritikan hendaklah tumpu kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri ‘kerajaan pintu belakang’.

“Jika mahu membuat kritikan, tumpukan kritikan kepada Perdana Menteri dan menteri menteri kerajaan pintu belakang, bukan kritikan terhadap mana mana kakitangan kerajaan khususnya pasukan keselamatan negara,” kata beliau dalam kenyataan ringkas.

Katanya, jika ada sebarang kesilapan dilakukan oleh individu, ia adalah kesalahan individu dan bukan kesalahan pasukan kerana mereka bekerja dibawah ‘government of the day’.

“Tumpukan kritikan terhadap mereka yang terlibat merampas kuasa dalam kalangan ahli-ahli politik kerana mereka ada ruang menjawab kritikan kita.

“Berbeza dengan kakitangan kerajaan yang berada di bawah ‘government of the day’ dan hanya melaksanakan tugas,” ujarnya. 

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

FAZLI RADZI

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Buat kesekian kalinya, orang ramai menganggap kerajaan mengamalkan dasar pilih kasih apabila menteri dilihat selamba melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan Covid-19.

Tular gambar Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikatakan mengadakan pertemuan di Pengerang, Kota Tinggi Johor.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berkongsikan foto Ahli Parlimen Gombak yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu.

“Khabarnya ada makan-makan di Pengerang?

“Bukankah PKP rakyat biasa nak makan di kedai pun tak boleh? Adakah sebab Menteri?” soalnya.

Selangor dan Johor antara enam negeri yang dikenakan PKP selama 14 hari berkuat kuasa 13 Januari lalu.

Secara umumnya pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara di semua negeri yang dikenakan PKP dan PKP Bersyarat (PKPB) serta PKP Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 12 Januari lalu turut menegaskan semua pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di negeri yang dikenakan PKP dan PKPB.

Kelonggaran hanya diberi atas sebab-sebab tertentu seperti kecemasan atau telah membeli tiket penerbangan dan bas ekspres.

Ribuan individu telah dikompaun dan direman atas kesalahan ingkar SOP PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakkan fizikal, tidak memakai pelitup muka dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan.

Terbaharu, seramai 608 individu ditahan, 580 daripadanya dikompaun, 27 direman dan seorang dijamin semalam atas kesalahan ingkar SOP PKP.

Ayah Bob Lokman mengaku salah mengugut, rosakkan harta masjid

N Faizal Ghazali

Seorang lelaki warga emas dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan ugutan serta merosakkan harta-benda masjid.

Pertuduhan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri menjatuhkan hukuman itu apabila Lokman Ahmad, 85, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dan dia memohon maaf.

Bapa kepada pengacara, pelakon dan penulis lirik Bob Lokman itu didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 21 Nov tahun lalu.

Tertuduh yang tampil berjubah putih dan berkopiah serta ditolak dengan kerusi roda kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Murtadza Mohd Mokhtar.

Dalam pertuduhan pertama, Lokman didakwa mengeluarkan kata-kata ugutan dengan memberitahu kepada Mohd Hanis Sulaiman, 34, yang dia ingin menetak dan menembak Muhammad Hafiz Hukmi Wardi, 39, sekali gus mendatangkan ketakutan kepada pengadu dalam kejadian di Masjid Tok Kenali, Kubang Kerian, kira-kira jam 11 pagi.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membolehkan pesalah dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua di lokasi, tarikh dan masa yang sama, Lokman didakwa melakukan khianat iaitu memecahkan pasu bunga serta memotong pokok bunga di kawasan masjid yang menyebabkan kerugian RM150.

Kejadian itu didakwa berlaku kerana Lokman memarahi Muhammad Hafiz Hukmi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara kurang satu tahun hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, peguam tertuduh memohon hukuman minimum dikenakan memandangkan dia mengaku bersalah dan mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi serta masalah pendengaran.

Bagaimanapun, Sharifah Amirda Shasha memohon hukuman setimpal dikenakan supaya kes itu menjadi pengajaran.

Mohd Izuddin kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 bagi setiap pertuduhan dan jika gagal membuat bayaran boleh dipenjara selama setahun.

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

WAN E'REEN WAN HASAN

Ini pengalaman saya sebagai pesakit Covid-19. Saya dapat simptom pertama iaitu demam pada 24 Disember lepas. Suhu badan tidaklah terlampau panas sangat. Paling tinggi 38 darjah Celcius.

Saya pergi klinik, ambil ubat demam dan sedia dengan ubat batuk sebab masa itu sudah mula rasa tidak sedap dada.

Tiga hari selepas itu rasa macam tekak kering sangat tapi tidak sakit dan mula berpeluh. Peluh pula keluar sejuk macam ais. Lepas itu rasa macam pelik kenapa badan sudah tak panas, tetapi biji mata rasa macam nak terkeluar.

Saya terus sambung makan ubat pergi kerja macam biasa. Hari demi hari, saya mula sakit di bahagian belakang badan. Letak macam-macam nak bagi lega.

Tapi sakit masih terus menyucuk. Rasa sesak nafas teruk dan lagi teruk. Pada 30 Disember lepas, kebetulan memang cuti, rasa sudah mula selesema, hidung dah berdarah.

Saya buat ujian calitan di pusat perubatan swasta. Masa itu buat RTK saja. 30 minit menunggu, keputusan positif.

Nak tahu apa jadi pada 31 Disember 2020? Saya dah sesak nafas, hingga ambulans datang ambil. Doktor bertugas masa itu terus tepuk dada saya kuat-kuat sementara oksigen itu nak sambung.

Ujian kedua, PCR di hospital masih positif. Saya dah makin teruk. Dehidrasi sebab dah banyak hari tiada selera makan, hilang deria rasa dan bau.

Lepas itu check jantung saya, bacaan semua dah tak cantik. Kemudian, ambil darah dekat nadi! Sakit! Doktor nak check oksigen dalam darah saya cukup atau tidak.

Ya, memang saya makin teruk doktor terus naikkan bantuan oksigen lagi tinggi. Sampai dekat hospital, lima hari saya di wad kritikal.

Mereka pantau saya. Sehari kena ambil darah 4 hingga 5 kali. Doktor cakap saya dah dimasukkan dalam senarai untuk ditempatkan di ICU. Jika oksigen tidak boleh nak bantu, kami terpaksa gunakan alat bantuan pernafasan.

Masa itu saya hanya ingat anak saja. Serius anak di kepala! Gagahkan diri bangun pergi tandas walaupun masa itu doktor nak masukkan tiub kencing. Tekanan darah 78/50 oksigen dalam 80 lebih.

Tengok orang meninggal dunia depan mata, mayat terus masuk dalam guni berzip warna hijau. Apabila petugas perubatan buka oksigen, serius mengelupur.

Sebab di ICU dah bergantung dengan alat bantuan penafasan sebelum ini. Lepas itu doktor putuskan nak buat scan. Nak tahu apa keputusannya? Peparu kanan saya dah mula ada darah beku dan lebih teruk kuman dah merebak.

Mahu bunuh diri

Saya dah jadi pneumonia rupanya! Ada pesakit yang mengamuk, stres. Mahu bunuh diri, nak balik menjerit-jerit. Saya di wad masa itu ingat anak-anak saja! Aku kena lawan! Kalau aku balik aku kalah, anak-anak aku tak dapat cium aku.

Katil sana (Hospital Sungai Buloh) tak pernah kosong! Penuh! Dua jururawat jaga 28 katil! Bayangkan mereka nak kena bagi drip, cuci berak pesakit, kutip sampah, pantau pesakit.

Lima hari saya di wad kritikal, akhirnya, doktor pindahkan saya ke wad biasa, tapi katil saya betul-betul dekat dengan kaunter jururawat.

Masa itu pergi tandas sesak nafas lagi. Nak bangun dari katil pun rasa sesak, inikan nak pergi tandas. Hari-hari doktor test turunkan oksigen.

Ya! Saya boleh survive. Hari ke-10 doktor buka oksigen! Alhamdulillah! Hasil doa ibu, keluarga dan kalian semua. Saya dah boleh discaj, jumpa anak-anak saya.

Tapi, saya dah tak normal macam dulu. Doktor cakap ia akan ambil lima bulan untuk benar-benar pulih. Jadi, lepas ini saya akan jumpa pakar paru-paru dekat IPR. Setiap hari saya kena ambil suntikan cair darah sendiri 4 jam!

Ubat saya kena telan 20 biji. Tiga hari balik rumah rasa juga sesak nafas, dah pneumonia, ‘kan. Badan saya kejang sebelah kanan. Kepala sakit bila tidak cukup oksigen. Jadi, sekarang betul-betul rehat di katil.

Jangan galak sangat

Jadi, buat semua jangan galak sangat gelak sana-sini melancong sana-sini. Masa begini pun ada yang sembang pasal politik lagi. Kuman ini memang tak nampak.

Saya sendiri pun tidak tahu saya dapat dari mana. Mujurlah, anak-anak saya semua negatif. Sekali dia (virus Covid-19) serang, MEMBUNUH!

Just stay at home! Tak payahlah bengang tak dapat balik kampung. Yang paling bahaya, tiada simptom pun positif, balik kampung kena pula dekat orang tua anda. Sanggup?

Di wad kritikal, ramai orang tua, yang ada sakit buah pinggang, jantung, kencing manis, darah tinggi. Mereka ini lagi berisiko. Covid-19 ini serang, mereka memang collapse terus.

Kuat dengan tak kuat lawan saja. Sebelah katil saya, makcik itu kena strok, datang sesak nafas hanya mampu gerakkan kaki sebelah dengar macam nyawa nak kena cabut!

Bayangkanlah. Nurse dekat sana paling takut jaga ICU! Sebab sana kuman lagi worst! Petugas perubatan kita betul-betul korbankan diri untuk kita semua.

Tolonglah hargai mereka. Nak solat pun terkejar-kejar.

Insya’Allah, i’ll resume to work on 20th. Will see how, as for now still tak boleh nak buat kerja berat, borak-borak macam dulu-dulu.

Doakan saya cepat sembuh boleh dukung anak saya. Please please please, take care guys!

Terima kasih buat semua doktor dan jururawat di Hospital Sungai Buloh! Jasamu akan dikenang.


*WAN E’REEN WAN HASAN menulis pengalamannya ini di Facebook beliau pada 15 Januari lalu. Selepas dua hari, hantaran beliau itu mendapat 37,208 perkongsian.

Anwar akan cabar pengisytiharan darurat di mahkamah

FMT Reporters

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar pengisytiharan darurat yang disifatkannya tidak berasas.

Langkah itu menyusul tindakannya menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membatalkan perisytiharan darurat dan sidang Parlimen diadakan sebelum 31 Jan ini.

“Saya sudah mengumumkan hasrat kami untuk merayu kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mempertahankan Perlembagaan dan rakyat daripada penyalahgunaan kuasa amat dahsyat ini.

“Juga, pasukan undang-undang kami sudah diarah menyiapkan permohonan untuk mencabar perdana menteri dan kerajaan Malaysia atas pengisytiharan darurat yang tidak berasas,” tulisnya di Facebook.

Selasa lalu, Agong mengisytiharkan darurat dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos ini atau lebih awal, jika jumlah kes harian Covid-19 dapat dikawal dan dikurangkan dengan berkesan.

Anwar pada Khamis lalu dilaporkan berkata, surat yang dihantar kepada semua Ahli Parlimen itu perlu disesuaikan mengikut pertimbangan wakil rakyat dan parti masing-masing.

Beliau mencadangkan semua Ahli Parlimen mengemukakan rayuan itu kepada Agong sebelum Jumaat lalu.

Hari ini, Anwar berkata, pengisytiharan darurat secara semborono dan terdesak, tanpa asas rasional, menyebabkan wujud jurang antara rakyat dan kerajaan.

Beliau berkata, kepercayaan terhadap Muhyiddin semakin hilang setiap hari seperti yang ditunjukkan beberapa Ahli Parlimen menarik balik sokongan mereka terhadapnya.

“Bolehkah kepercayaan dirayu walaupun sudah jelas darurat ini tiada kaitan dengan memerangi pandemik berbanding berpaut kepada kuasa yang, kita perlu ingat, dicapai melalui kerajaan pintu belakang tidak sah?

“Adakah kita harus mempercayai kata-kata individu yang mengkhianati perdana menterinya, partinya (dan gabungannya), serta kepercayaan dan mandat rakyat?” soalnya.

Katanya, rakyat memerlukan pentadbiran berkesan untuk terus bertahan ketika krisis.

Presiden PKR itu turut membidas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang tidak membawa sebarang pemulihan buat negara.

Ini kerana katanya, apa yang diperlukan rakyat ialah ketelusan dan jaminan semula ketika krisis Covid-19.

“Bukan apa yang diberikan kerajaan minoriti ini. Bukan pengumuman yang dirancang secara tiba-tiba yang tidak memberikan sebarang kejelasan, tiada perancangan dan tiada simpati terhadap keperluan rakyat.”

Kabur soal calon PM rencatkan Grand Coalition

MOHD ARIF JUHANI

Sehingga enam negeri dikenakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 hingga 26 Januari manakala darurat pula telah diperkenan untuk dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan, Pakatan Harapan (PH) masih juga belum berjaya mematahkan cengkaman rapuh Muhyiddin Yassin di Putrajaya hingga kini.

Walaupun terdapat pelbagai perspektif mengenai konsep darurat bergantung kepada kepentingan masing-masing, tetapi secara umumnya ahli-ahli politik mudah menyimpulkannya ibarat pedang dua mata. Kalau dapat dikendalikan dengan cekap, tewaslah musuhnya tetapi jika sebaliknya, nyawa sendiri yang akan melayang.

Tentu sekali kelebihan daripada pelaksanaan darurat akan menyebelahi pihak kerajaan kerana dilihat memiliki lebihan kuasa untuk bertindak sementara pembangkang pula dalam situasi yang mudah terancam.

Maka, desakan pembangkang supaya darurat ini dihentikan mempunyai alasan yang cukup mudah dibaca.

Perikatan Nasional (PN) melalui Muhyiddin Yassin pernah cuba mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar darurat diisytiharkan ketika menghadap baginda pada 23 Oktober lalu.

Pada masa itu, alasan yang digunakan oleh Muhyiddin sama seperti sekarang iaitu untuk memerangi ancaman pandemik Covid-19 yang semakin meningkat.

Akan tetapi selepas mesyuarat khas Raja-Raja Melayu pada 25 Oktober lalu, berdasarkan kenyataan media oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, YDPA bertitah bahawa tiada keperluan darurat diisytiharkan pada masa tersebut.

Ketika Muhyiddin cuba mendapatkan perkenan darurat pada Oktober lalu, pembangkang segera membidas tindakan itu sebagai cubaan terdesak kerajaan Tebuk Atap untuk selamatkan rejim daripada ditumbangkan secara simbolik melalui undian semasa belanjawan dibentangkan pada setiap peringkat.

Telur di hujung tanduk

Kini, helah darurat sekali lagi digunakan apabila tekanan kepada Muhyiddin bukan lagi daripada pembangkang sahaja.

Berdasarkan keputusan mesyuarat Umno Bahagian seluruh negara yang berlangsung awal Januari, PN kini umpama telur di hujung tanduk.

Dalam kalangan pemimpin utama Umno juga suara desakan supaya Parlimen dibubarkan makin lantang kedengaran.

Berdasarkan kepada kenyataan media di atas nama Ketua Penerangan Umno bertarikh 6 Januari 2021, tempoh yang digesa agar Parlimen dibubarkan adalah pada penghujung suku pertama tahun ini.

Kononnya mereka percaya, berdasarkan sentimen umum dan semasa khususnya dalam kalangan orang Melayu, Umno akan mampu memenangi semula kerusi yang tewas terutamanya di kawasan Melayu lalu muncul sebagai sebuah kerajaan dengan mandat baharu yang lebih meyakinkan.

Keyakinan ini juga dibayangkan akan diterjemahkan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada 31 Januari nanti.

Tarikh itu juga sepatutnya akan menjadi penentu kepada hubungan Umno dan PN. Di situ jugalah akan menjadi medan para perwakilan dan pimpinan parti itu menghentam Muhyiddin dan Bersatu.

Di samping itu, berdasarkan kepada riak-riak semasa, tidak mustahil PAU juga akan menjadi medan untuk mensasarkan kritikan dan sindiran terhadap Pas sebagai sekutu dalam Muafakat Nasional (MN).

Momentum penolakan Umno terhadap Bersatu semakin kuat apabila dua ahli Parlimen Umno, Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) dan Nazri Aziz (Padang Rengas) masing-masing menarik sokongan terhadap PN pada 9 dan 12 Januari lalu.

Sudah terang lagi bersuluh, Muhyiddin sepatutnya automatik hilang keabsahan sebagai perdana menteri kerana tiada majoriti.

Nazri Aziz juga secara terbuka tidak menolak kemungkinan darurat dilaksanakan berpunca daripada penarikan sokongan beliau kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Maka apabila darurat diisytiharkan pula susulan pelaksanaan PKP 2.0 pada 13 Januari lalu, ternyata semakin sukar untuk ditepis persepsi bahawa darurat merupakan senjata akhir (dan mungkin paling ampuh) Muhyiddin untuk terus kekal berkuasa.

Ditambah senario peningkatan pandemik yang mendadak dan belum menunjukkan tanda-tanda akan reda (dicemaskan lagi dengan unjuran bahawa akan berlaku pertambahan antara 5,000 hingga 8,000 kes secara purata pada pertengahan April) dan musibah banjir besar di beberapa negeri termasuk Pahang, Kelantan dan Johor, ternyata darurat dianggap tindakan terbaik setakat ini. 

Semasa darurat juga sidang Parlimen yang sepatutnya kembali bersidang pada 8 Mac nanti mungkin tergendala sekaligus memberi kesempatan PN untuk mengelak daripada sebarang serangan daripada pihak pembangkang dan ahli Parlimen Umno.

Di samping itu, secara muslihatnya juga, darurat turut memberi ruang masa dan kesempatan yang terbaik kepada Muhyiddin dan rejim Perikatan Nasional (PN) agar lebih selesa menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Tumpas separuh jalan

Sebenarnya sukar untuk disebut ‘selesa’ kerana dalam tempoh getir ini, hampir semua parti politik berhadapan dugaan dan cabaran tersendiri.

Cuma kelebihan kini berada pada PN sebagai sebuah kerajaan yang membolehkan mereka memperalatkan segala jenis jentera kerajaan termasuklah media massa untuk menyerang pihak lawan manakala sumber kewangan yang besar untuk melicinkan jentera pentadbiran termasuk membina dewan dengan nilai jutaan ringgit tatkala fokus kini kepada penyediaan bekalan rawatan dan pencegahan pandemik.

Kerakusan Umno untuk kembali berkuasa sehingga mendesak agar Parlimen dibubarkan pun turut tergendala akibat darurat. Hanya Pas sahaja yang mudah membuat keputusan.

Oleh kerana banyak ghanimah diterima daripada PN termasuklah jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (PBPN), maka muncullah segala jenis lebai Pas beserta dalil-dalil agama yang diistinbath secara dangkal agar darurat diterima oleh semua rakyat.

Di sebalik segala liku-liku politik semasa ketika ini, PH sebagai sebuah pakatan pembangkang yang secara relatifnya besar, masih gagal bertindak dengan kesan serangan yang berimpak tinggi, besar dan menyeluruh untuk mendesak Muhyiddin berundur.

Kelengahan PH untuk mengambil kesempatan yang terbuka luas ini kalau diperhatikan hanyalah berpunca daripada seputar kegagalan untuk membina kerjasama antara dua figura penting iaitu Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sesetengah pemimpin PH cuba mencadangkan agar kerjasama pembangkang dibentuk dengan tujuan utama dan besar iaitu menjatuhkan PN terlebih dahulu sekaligus mengenepikan sementara soal siapa calon Perdana Menteri.

Secara teori, memang cadangan ini mudah. Tetapi secara praktikal, inilah yang telah menghambat kemajuan PH untuk bergerak lebih cergas dan menyeluruh. Di sinilah kesukaran kepada PH hingga melelahkan ahli di bawah.

Memang mudah dibayangkan bahawa sekiranya ditakdirkan Tuhan, sekali lagi PH berjaya menumpaskan PN, maka percayalah bahawa pertarungan seterusnya adalah perebutan jawatan Perdana Menteri.

Jika ini berlaku, tergendalalah agenda reformasi pentadbiran dan luluhlah hati para pengundi kerana melihat keserabutan yang belum berkesudahan ini.

Sehingga ini berlaku, usahlah disalahkan rakyat jika mereka tidak lagi berminat untuk bersama-sama menyumbang kepada usaha membina semula negara ini.

Harus diingatkan bahawa kelemahan dan kekaburan tentang peralihan kuasa Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir dan Anwar merupakan antara punca terbesar PH tumpas separuh jalan sebagai kerajaan.

Tidak dinafikan, Grand Coalition masih sebuah cadangan yang baik di atas kertas tetapi ketidakjelasan tentang perkara mendasar iaitu siapa calon perdana menteri menyebabkan agenda ini kekal tergantung sementara Muhyiddin sudah menjalar ke segenap pelusuk negara untuk mengukuhkan rejim pemerintahannya.

'Kerajaan Muhyiddin hari ini meletakkan negara di lembah kegilaan' Anwar Ibrahim

 Anwar Ibrahim

Rakyat sedang menderita. Perkara yang paling menyayat hati ialah untuk mendengar kenyataan kerajaan bahawa mereka tidak mampu berbuat apa-apa mengenainya.

Inilah yang cuba disampaikan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin baru-baru ini melalui langkah dan rencana yang cukup terdesak.

Sekatan baru yang diumumkan sangat mengelirukan, dan masing-masing kita akan menderita dengan cara yang tersendiri.

Ada sebahagian kita dirundung dengan ketidaktentuan akibat dampak pandemik, namun tidak diberi perhatian secukupnya oleh kerajaan. Situasi pengangguran, masalah kemiskinan dan kelangsungan hidup cukup memprihatinkan.

Dan ini adalah antara beban yang akan terus menghantui setiap rakyat.

Ada pula yang terpaksa bertarung dengan persoalan jiwa dan mental. Kegelisahan, kesunyian dan ketakutan membuatkan kita terdedah kepada kesan sikap xenofobik dan kemarahan yang menggila.

Kita merindukan suasana berada di samping teman-teman dan ahli keluarga masing-masing. Namun, ada segelintir kita yang terperangkap melebihi dari sekadar terperangkap sekatan perintah kawalan pergerakan (PKP), sama ada penderaan di rumah, pengasingan akibat gejala pembulian siber atau kemiskinan yang semakin memburuk.

Namun, kita tidak harus melupakan mereka yang pergi sepanjang tempoh wabak ini. Angka 600 kematian bukan kecil atau boleh dipandang ringan. Kehidupan kita terganggu selama hampir setahun, dan semestinya ia memberi kesan.

Apa yang disuap kerajaan

Ramai antara kita tidak pasti apakah kehidupan akan kembali seperti biasa, atau mungkin tidak. Apa akan berlaku sekiranya semua ancaman ini berakhir? Apakah karier kita akan terkesan? Apakah siswa-siswi kita mampu bangkit semula dan menyambung pelajaran?

Apakah akan ada sinar di hujung terowong?

Kerajaan hari ini seolah-olah tidak mampu memberi sebarang keyakinan, apatah lagi menjanjikan masa depan yang lebih baik untuk semua.

Mesej kesatuan yang dilaung-laungkan melalui perkongsian penderitaan ini tidak akan mampu memulihkan bangsa, tambahan pula dengan kemelut sedahsyat ini. Kesatuan yang baru harus dipaculkan dan diwujudkan melalui kepimpinan yang kukuh, tatakelola yang baik serta berkesan, dan juga rakyat yang punya keyakinan baru terhadap kerajaan, terhadap ruang dan semangat demokrasi serta keyakinan antara satu dengan yang lain.

Dalam saat kemelut sekarang, apa yang rakyat dambakan adalah sikap ketelusan dan kepastian, bukan apa yang disuap kerajaan minoriti ini.

Pengumuman demi pengumuman yang dibuat seolah-olah tidak ada perancangan awal dan sering tidak jelas, langsung menginjak perasaan rakyat. Sebaliknya, dampak daripada semua ini adalah panik dan ketidaktentuan.

Muhyiddin meletakkan negara ini ke dalam lembah percanggahan. PKP menjadi acara tahunan yang sia-sia tanpa sebarang makna dan hasil. Apa yang kelihatan seolah-olah bersyarat, namun nampaknya semacam akan kekal. Cakap-cakap tentang pemulihan ternyata omong kosong.

Jadinya, kita sekarang ini kembali ke peringkat asal. Mula balik. Ini mengingatkan saya kepada apa yang pernah diungkap Albert Einstein: “Adalah sesuatu yang gila untuk mengulangi perkara yang sama sambil mengharapkan hasil yang berbeza”.

Kerajaan pimpinan Muhyiddin hari ini telah meletakkan negara di lembah kegilaan.

Apa yang patut kerajaan buat ialah membantu rakyat untuk kembali percaya kepada kemampuan masing-masing, dan mencipta kekuatan baru dalam mengharungi kemelut hari ini sebagai bangsa bersatu padu.

Malaysia patutnya berjaya dalam apa yang disebut sebagai flattening the curve atau melandaikan lekuk dan menjadi antara negara yang mampu menundukkan Covid-19.

Kian hilang wibawa

Sebaliknya, kerajaan ini terus menyusah dan membodohkan rakyat. Kerajaan hari ini menganggap rakyat seperti kanak-kanak. Tidak, rakyat di negara inilah yang memungkinkan sebuah tatanan bernama Malaysia.

Sekiranya kerajaan ini tidak mampu percaya dan yakin pada rakyat, bagaimana mungkin mereka mengharapkan perkara yang sama? Apatah lagi untuk patuh SOP yang sentiasa berubah-ubah setiap masa.

Rencana kerajaan mesti terperinci dan konsisten. Rencana yang mesti menggerakkan, yang punya tunggak dan matlamat. Apabila kita sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam mencipta masa depan yang lebih baik, maka kita akan menjadi saling bertanggungjawab, dan secara tidak langsung kita akan dapat menjamin kelangsungan cara hidup yang demokratik.

Saat pemerintah hari ini menunggu perubahan untuk muncul, strategi kita mesti ampuh dan bijaksana agar memungkinkan hari esok yang lebih baik.

Pemerintah hari ini meminta kita untuk berkorban, tapi belum nampak tanda-tanda yang kerajaan hari ini turut sama bergelut dan bersusah dengan rakyat.

Hari demi hari, kerajaan ini semakin hilang wibawa dan keyakinan. Ia semakin payah untuk dipulihkan di bawah kepimpinan Muhyiddin. Langkah mengisytiharkan darurat tampak terdesak dan melulu, tanpa sebarang asas yang kukuh, langsung melebarkan jurang antara rakyat dan kerajaan.

Muhyiddin meminta kita percaya kepada dia tatkala kediktatorannya semakin menonjol. Keyakinan terhadap kepimpinan Muhyiddin juga semakin merosot tatkala seorang demi seorang ahli parlimen menarik sokongan.

Apakah kita masih boleh percaya dengan kerajaan hari ini? Pengisytiharan darurat semacam tidak ada kaitan dengan usaha dan upaya kita untuk melawan dampak wabak, tetapi sebaliknya hanya sebagai wahana untuk terus berpaut pada kuasa dan kedudukan.

Rakyat jangan berputus asa

Rakyat tidak mudah lupa yang kerajaan hari ini adalah kerajaan pintu belakang. Bolehkah kita percaya individu yang mengkhianati perdana menterinya pada ketika itu, mengkhianati partinya sendiri, mengkhianati kawan-kawan, dan yang paling dahsyat mengkhianati mandat rakyat?

Individu begini yang kita diminta untuk percaya?

Kejelasan dan kepastian adalah langkah pertama dalam mengakui kecuaian. Rakyat kena tahu yang kerajaan mendengar suara mereka dan mengambil perhatian terhadap sebarang isu yang berbangkit. Kerajaan seharusnya tingkatkan kesedaran yang berasaskan sains, dan menggalakkan perbincangan umum serta menolak sebarang teori konspirasi yang menjurus kepada pembodohan.

Apabila komunikasi kita jelas, maka tindakan kita mesti seiring dengan usaha negara dalam melawan ancaman virus, dan seterusnya mengembalikan keyakinan kepada ekonomi. 

Ini bukan kerja mudah, dan tidak ada sesiapa yang boleh melakukannya sendiri. Namun, apa yang penting pengorbanan kita akan bertambah, tapi hanya dengan tatakelola yang baik serta keyakinan yang mengukuh sahaja kita akan dapat tempuhi badai ini bersama.

Telah saya umumkan baru-baru ini tentang usaha kami merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan perlembagaan serta rakyat daripada salah guna kuasa. Pasukan peguam sudah ditugaskan untuk menyiapkan permohonan bagi mencabar langkah pengisytiharan darurat yang dibuat kerajaan Muhyiddin.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar jangan berputus asa. Negara ini negara yang istimewa, punya pelbagai kaum dan agama, dan saya yakin ini adalah ciri yang terbaik yang kita ada.

Terus tingkatkan disiplin diri dengan patuhi SOP, pakai pelitup muka dengn betul, jaga jarak masing-masing serta kerap membasuh tangan. Jika tidak ada keperluan, jangan keluar rumah.

Jaga kesihatan masing-masing supaya dapat kita redakan sedikit sistem kesihatan kita dan beri sedikit ruang untuk wira-wira kita di barisan hadapan untuk bernafas. Sikap mulia begini adalah yang paling mudah untuk praktikkan, dan ia secara tidak langsung akan menguatkan komitmen kita mencari jalan keluar dari kemelut ini.

Saya menggesa agar kita semua meningkatkan peranan masing-masing dan kerajaan harus bekerja lebih untuk mengembalikan keyakinan. Rakyat sedang menderita. Saya mendoakan kita jangan putus asa dan terus berusaha.

Pengajaran dari tahun lalu itu sangat penting, dan jadikan ia sebagai dorongan untuk jadi lebih baik - tidak hanya untuk diri sendiri namun untuk semua juga.

Remaja dirogol tahanan ketika dilokap, dua polis digantung tugas

Fion Yap

Seorang perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan bawah umur ketika ditahan polis di Balai Polis Pusat Miri, Sarawak pada minggu lalu.

Berdasarkan laporan polis yang dibuatnya, dia ditahan pada 8 Januari lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian haram.

Ketika ditahan di sel lokap berasingan daripada tahanan lelaki, mangsa mendakwa pintu sel lokap lelaki tidak berkunci.

Kemudian, pada 9 Jan, mangsa berkata pelaku, yang didakwanya mempunyai kunci, membuka pintu sel lokapnya dan merogolnya di tandas.

Menurut Senator Alan Ling, yang menemani remaja itu membuat laporan polis, pelaku tersebut merupakan pesalah juvana.

Perogol itu telah didakwa pada 12 Januari atas perbuatan itu dan mengaku bersalah.

Dalam laporannya, remaja itu menggesa polis agar menyiasat kecuaian yang menyebabkan dia dirogol, serta jika ada unsur "persubahatan dan penglibatan" pihak polis.

Ketua polis Sarawak Aidi Ismail ketika dihubungi berkata, dua pegawai polis yang ditugaskan menjaga lokap ketika kejadian itu telah digantung tugas dan kini dalam siasatan.

“Mereka sepatutnya menjalankan tugas tetapi gagal melakukannya.

“Kami juga akan menyiasat penyelia mereka, sama ada telah mengawasi kedua-dua anggota tersebut dan adakah semuanya dalam keadaan seperti sepatutnya atau tidak, "katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Ling dan pembantunya Lawrence Law - kedua-duanya merupakan peguam - mempertimbang untuk memfailkan

saman sivil bagi pihak remaja tersebut, bagi mendapatkan pampasan dan ganti rugi atas kejadian yang berlaku.

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

MALAYSIA DATELINE

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin telah mengecewakan rakyat Malaysia dengan pengumuman bahawa vaksin COVID-19 tidak akan tersedia untuk sebahagian besar rakyat Malaysia sehingga suku ketiga tahun ini.

Khairy juga mendedahkan bahawa pelan vaksinasi Malaysia akan mengambil masa sehingga 18 bulan dari penghantaran vaksin pada akhir Februari 2021, dua bulan kemudian berbanding Indonesia dan Singapura.

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata, kelewatan dua bulan dalam mendapatkan penghantaran vaksin berbanding dengan Indonesia dan Singapura, dan rancangan vaksinasi selama 18 bulan tidak dapat diterima.

“Banyak nyawa akan hilang tanpa perlu dan rakyat akan menderita lebih lama akibat kesan ekonomi yang teruk,” katanya dalam kenyataan.

Memandangkan kelewatan yang terlalu lama dalam mendapatkan penghantaran vaksin lebih awal, Guan Eng berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin harus segera campur tangan untuk mengembalikan ujian saringan penuh semua kontak rapat pesakit COVID-19, walaupun kontak rapat itu tidak bergejala.

“Pelaksanaan penuh 3T iaitu saringan, pengesanan dan rawatan, termasuk ujian saringan penuh adalah paling berkesan untuk membendung penularan COVID-19,” ujarnya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan bahawa ujian saringan tidak lagi akan dilakukan pada setiap individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19, dan sebaliknya hanya menyaring mereka yang menunjukkan gejala.

“Kelonggaran” terhadap arahan sebelum ini yang memerlukan ujian saringan penuh yang melibatkan semua kontak rapat tanpa gejala, adalah hasil daripada sistem penjagaan kesihatan kita yang tidak mampu menangani lonjakan jumlah pesakit Covid-19,” katanya.

Justeru Setiausaha Agung DAP berkata, Menteri Kabinet telah culas dalam tugas mereka sehingga gagal memberikan sokongan dan sumber penuh, dari segi peralatan dan tenaga kerja, untuk wira barisan hadapan negara dalam pertempuran hidup dan mati melawan COVID-19.

“Tidak ada alasan untuk tidak menggunakan Dana Covid-19 bernilai RM17 bilion yang diluluskan dalam Belanjawan 2021 untuk Kementerian Kesihatan bagi melaksanakan 3T sepenuhnya.

“Tanpa 3T, lebih ramai rakyat Malaysia akan dijangkiti COVID-19 dan lebih banyak nyawa akan terkorban sia-sia.

“Bolehkah Perdana Menteri dan Menteri Kabinetnya bangkit daripada tidur mereka sekarang”? tegas beliau.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hanya menandatangani kontrak untuk mendapatkan tambahan 12.2 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech pada 11 Januari, dan dengan jumlah 25 juta dos Pfizer, akan meliputi hanya 39% populasi negara pada tahun 2021.

“Bolehkah kerajaan menjelaskan sama ada 61% populasi selebihnya harus menunggu hingga tahun 2022, atau mereka akan diberi vaksin dengan vaksin dari negara lain yang keberkesanannya telah dipersoalkan?” soal beliau.

Berdasarkan pelan vaksinasi selama 18 bulan ini, ancaman COVID-19 pada Malaysia akan kekal ada hingga akhir tahun 2022.

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

MALAYSIA DATELINE

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Tan Sri Muhyiddin Yaasin digesa mengesahkan kesahihan satu surat dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri berhubung kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan projek pembinaan dewan di Parlimen Pagoh.

Ahli Parlimen Johor Bharu Akmal Nasir mengutarakan gesaan itu ekoran ramai yang bertanya mengenai kesahihan surat tersebut.

“Kalau surat ini tidak benar, elok nafikan segera.

“Saya rasa tidak menjadi kesalahan sebagai rakyat untuk kita bertanya,” katanya melalui Facebook hari ini.

Akmal turut mempersoalkan, apakah kewajaran pelaksanaan projek pembinaan dewan bernilai lebih RM35 juta ketika negara berhadapan dengan wabak Covid19?

“Kenapa jumlah begitu besar untuk bina sebuah dewan dan kenapa di Pagoh, adakah terdapat kepentingan politik atau peribadi?

“Bukankah lebih elok keutamaan dana diberikan untuk meningkatkan kemampuan frontliners atau mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat menghadapi Darurat dan PKP?

“Benarkah surat tersebut diutus pada tarikh sama ketika Proklamasi Darurat diumumkan YAB Perdana Menteri?

“Adakah ini bermakna ketika Darurat kerajaan Perikatan Nasional boleh bertindak sesuka hati membelanjakan wang rakyat dalam keadaan Parlimen digantung?

“YAB Perdana Menteri, kami mohon pencerahan,” soal beliau.

Sejak pagi tadi tular satu surat dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri berhubung kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan projek pembinaan dewan di Parlimen Pagoh.

Kandungan surat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zulkefly Sulaiman diterima pada 11 januari 2021 lalu menyatakan Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM35,435,992.00 bagi pelaksanaan projek pembinaan dewan di Parlimen Pagoh.

Perdana Menteri juga memohon supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) dilantik sebagai pelaksana projek-projek ini. 

“PM juga turut menyatakan hasrat beliau agar pelaksanaan projek-projek ini dapat dimulakan dengan secepat mungkin

“Oleh itu Ybhg Datuk dimohon untuk mengambil segala tindakan yang dapat memastikan projek ini dapat bermula di tapak pada 1 mac 2021,” tulis JPM dalam surat tersebut.

APA NAK DIKATA, INILAH PM YANG BANYAK MENYUSAHKAN RAKYAT JELATA….

Shahbudin Husin

Perlaksanaan PKP 2.0 yang kemudian disusuli dengan perintah darurat sehingga 1 Ogos depan, selain menampakkan kegagalan Muhyiddin Yassin semakin di depan mata, rungutan dan rasa tidak puas hati rakyat pula boleh dikata hampir merata.

Bagi darurat, walaupun dihujahkan ia untuk menangani Covid19, realitinya ia lebih menampakkan untuk mengelakkan Muhyiddin daripada dijatuhkan.

Bukan lagi satu rahsia, cadangan darurat itu dikemukakan Muhyiddin kepada Yang Dipertuan Agong selepas seorang demi seorang Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya serta menjelang UMNO mahu memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dalam Perhimpunan Agungnya 31 Januari depan.

Sebelum darurat dilaksanakan, Najib Razak ada mengingatkan Muhyiddin kiranya perintah itu dipohon sekali lagi oleh Muhyiddin, ia tidak lain adalah bertujuan agar kerajaan PN terus kekal berkuasa.

Di samping terbukti permohonan darurat buat kali kedua dipohon oleh Muhyiddin, setelah kali pertama dulu ia ditolak, Najib juga mendedahkan hanya Malaysia satu-satunya negara dalam dunia yang menguatkuasakan darurat ketika Covid19 bersekali dengan penggantungan Parlimen.

Dengan itu, maksud politik di sebaliknya tidak perlu disangkal lagi dan pilihan terhormat bagi pemimpin yang hilang sokongan sepatutnya meletakkan jawatan, bukan mencadangkan kepada Agong agar darurat dikuatkuasakan.

Dalam hal ini, keterdesakan Muhyiddin mahu mengekalkan kuasa sehingga mengusulkan perlaksanaan darurat turut membuatkan Tun Mahathir Mohamad menggelarnya sebagai diktator.

Jika Tun Mahathir yang sebelum ini kerap digelar diktator telah menggelar Muhyiddin sebagai diktator, maka hampir 99 peratus benarlah hakikat itu.

Ini kerana hanya diktator kenal dengan pemimpin lain yang ada ciri-ciri diktator seperti yang pernah dikaitkan dengan dirinya.

Dalam perlaksanaan PKP 2.0 pula, di sebalik difahami ianya bertujuan membendung Covid19, peraturan yang dilihat berpilih-pilih turut sama menyerlahkan kegagalan Muhyiddin membela rakyat, terutama golongan B40.

Sementara gedung dan pasaraya besar, kedai perabot IKEA serta kedai barang kemas Habib Jewel, seperti dinyatakan Najib dalam laman sosialnya boleh terus dibuka, sedangkan ia bukan perniagaan barangan keperluan, banyak perniagaan kecil lain atau kaedah meniaga untuk golongan B40 mencari wang seperti pasar malam, tidak dibenarkan membuka perniagaan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Ini menimbulkan pertanyaan, golongan mana sebrnarnya yang menjadi keutamaan Muhyiddin untuk dibelanya – tauke besar yang sedia kaya raya atau rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi sebagai sumber pendapatan mereka?

Kalau pun mereka hendak disuruh duduk di rumah, setidak-tidaknya sediakanlah bantuan kewangan yang sewajarnya dalam tempoh tidak boleh menjalankan perniagaan sekarang ini.

Di waktu yang sama, kedai makan dan restoran yang hanya dibenarkan meniaga sehingga jam 8.00 malam juga benar-benar menyekat pintu rezeki sebahagian lagi golongan B40.

Selain banyak restoran dilaporkan hilang pendapatan hampir 80 peratus kerana peraturan itu yang disertai larangan makan di kedai, kerajaan haruslah sedar bahawa ramai golongan B40 menjalankan perniagaan bermula pada waktu petang sebagai sumber rezeki seperti menjual burger, char kuew tiaw, sate dan sebagainya.

Restoran-restoran tomyam juga biasanya dibuka bermula pada waktu petang.

Dengan itu, jika pukul 8.00 malam sudah diarah tutup kedai, berapa lama dan bagaimana mereka mahu mencari rezeki?

Lagi pula, bagi kebanyakan orang Islam, waktu mereka membeli makanan untuk dibawa pulang bagi makan malam ialah selepas selesai menunaikan solat maghrib.

Maka, kenapa Muhyiddin, sebagai anak ulama, tidak boleh berfikir untuk melanjutkan tempoh perniagaan kedai makan, restoran, menjual burger, char kuew tiaw, sate dan sebagainya sekurang-kurangnya sehingga jam 10.00 malam?

Dalam tempoh darurat dan PKP 2.0 ini juga, kegagalan Muhyiddin tambah berganda dengan laporan beberapa syarikat antarabangsa besar seperti Toyota, Hyundai, Amazon, LG, pembuat bateri CATL bakal memindahkan pelaburan mereka hampir RM100 bilion ke Indonesia.

Tidak sukar menelah pindahnya semua syarikat besar itu adalah disebabkan ketidakyakinan mereka terhadap kepimpinan Muhyiddin, kestabilan politik negara dan kerajaan PN yang diterajuinya.

Kehilangan pelabur-pelabur tersebut bukan saja menjejaskan pendapatan negara, malah menyebabkan beribu-ribu rakyat hilang pekerjaan dan ini tidak mustahil mendorong ramai antara kita menyeberang ke Indonesia mencari kerja sepertimana mereka sekarang ini mencari rezeki ke negara kita.

Sebab itu, lagi lama beliau bertahan dengan kerapuhan kuasanya sekarang, bukan bertambah baik keadaan negara ini, bahkan akan memburuk dengan ekonomi bertambah malap, rakyat sukar mencari rezeki dan ramai yang hilang pekerjaan.

Pun begitu, Malaysia ini agak bertuah kerana mempunyai Agong sebagai ketua negara yang baik, merendah diri, cakna kepada rakyat terutama jika ada malapetaka melanda, nak diharapkan Muhyiddin, beliau boleh dikata tidak berguna apa-apa untuk memberi kesejahteraan kepada kita semua.

Sewaktu PKP 1.0 dahulu di mana beliau sering menyebut hanya ingin menjaga rakyat dan tidak mengutamakan politik, sebaliknya ketika itu jugalah beliau memecat dan menyingkirkan semua musuh-musuh politiknya dengan cara yang keras dan tidak memberi muka.

Di ketika PKP 2.0 dan darurat ini pula, hanya setelah dua hari berlalu, beliau jugalah yang pertama sekali mempengerusikan mesyuarat politik PN Johor, sambil membuat beberapa perlantikan untuk mengukuhkan kedudukan gabungan tersebut.

Dengan selalu cakap tak serupa bikin, disertai dengan deretan kegagalan dan lebih banyak membawa kesusahan daripada kesenangan kepada rakyat, termasuk mencadangkan darurat ketika sokongan terhadapnya makin tiada, Muhyiddin dengan ini adalah Perdana Menteri terburuk dalam sejarah negara. (Shahbudindotcom 16/01/2021)

Kes baru Covid-19 melonjak lepasi 4,000

Malaysiakini 

Wabak Covid-19 di negara ini sekali lagi mencatatkan rekod tertinggi apabila lebih 4,000 kes baru dikesan sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, secara keseluruhan sebanyak 4,029 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam sejak tengah hari semalam.

Daripada jumlah itu hanya lapan membabitkan kes import.  

Dalam tempoh itu juga sebanyak lapan kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif korban Covid-19 kini sebanyak 594 orang.

Selangor menjadi negeri penyumbang terbesar dengan 1,466 kes diikuti Johor (719 kes), Sabah (449 kes) dan Kuala Lumpur (347 kes).

Perlis yang tidak mencatatkan sebarang kes baru semalam, kali ini mencatat 14 kes.

Sebelum ini kes baru tertinggi yang direkodkan KKM ialah 3,337 iaitu pada 14 Jan lalu. Sebelum itu kes tertinggi yang dicatatkan ialah 3,309 kes.

Kes bagi negeri lain ialah:

Negeri Sembilan - 214 kes

Kedah - 195 kes

Kelantan - 141 kes

Pulau Pinang - 120 kes

Terengganu - 80 kes

Pahang - 65 kes

Sarawak - 69 kes

Perak - 54 kes

Melaka - 44 kes

Putrajaya - 35 kes

Labuan - 17 kes

Menurut ciapan akaun rasmi KKM, kes-kes yang dicatatkan hari ini adalah hasil aktiviti atau pergerakan sebelum 13 Jan 2021.

Kata KKM, sebanyak 2,148 kes sembuh bagi tempoh 24 jam lalu. 

Sebanyak 205 kes pula sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 79 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Empat daripada mangsa yang meninggal dunia adalah pesakit di Sabah, manakala masing-masing seorang di Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

Enam daripada mereka ialah lelaki masing-masing berusia 40, 59, 72 dan 78 tahun. Semua mereka adalah warganegara Malaysia.

Dua mangsa wanita pula merupakan bukan warganegara dan berusia 45 dan 61 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat hari ini, terdapat 641 kluster dilaporkan termasuk enam kluster baru pada hari ini.

"Jumlah kluster yang tamat pula ialah sebanyak 356 termasuk lima kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Impian, Kluster Utama Rini, Kluster Kuala, Kluster Malawati, dan Kluster Tapak Bina Bulatan.

"Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau ialah sebanyak 285 kluster.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 71 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini," katanya.

Menrut Noor Hisham lagi kluster yang melaporkan pertambahan kes baru tertinggi ialah Kluster Sungai Putus (336 kes), Kluster Bukit Pasir (189 kes), dan Kluster Senai Cyber (111 kes).

Berikut merupakan enam kluster baru yang direkodkan KKM:

KLUSTER SENAI CYBER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-140377) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Jan hasil saringan individu bergejala.

Saringan bersasar yang dijalankan di beberapa kilang seterusnya mendapati seramai 113 lagi individu dikesan positif Covid-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti beberapa buah kilang berlaku penularan iaitu di Jalan Cyber 2, Senai Industrial Estate 3, Senai, Johor.

Sehingga 16 Jan, sejumlah 198 individu disaring, dengan 114 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TEMBOK NANAS

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135241) merupakan seorang tahanan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Jan hasil saringan sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Saringan bersasar yang dijalankan seterusnya mendapati seramai 40 lagi Pati dikesan positif.

Nama kluster merujuk kepada tempat penularan berlaku iaitu di Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas yang terletak di Taman Emas, Pekan Nanas, Johor.

Sehingga 16 Jan, 252 individu telah disaring dengan 41 kes dikesan positif dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SEMBRONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-116746) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Jan hasil saringan kontak rapat.

Saringan yang dijalankan di tempat kerja kes indeks seterusnya mendapati seramai 17 lagi individu dikesan positif.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama tempat tinggal kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Sembrong 3, Taman Perindustrian Sembrong, Kluang, Johor.

Setakat 16 Jan, sejumlah 52 individu telah disaring dengan 18 kes dikesan positif.

KLUSTER JALAN PERMATA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster (iaitu kes ke-127012) ini dilaporkan positif pada 7 Jan hasil saringan individu bergejala.

Saringan yang dijalankan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 60 lagi individu dikesan positif Covid-19.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kebanyakan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Permata 1/3, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai.

Sehingga 16 Jan sejumlah 414 individu disaring dan 61 kes dikesan positif.

KLUSTER TAMAN JUTA

Kluster ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133242) dilaporkan positif pada 9 Jan hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Taman Juta Intan, Perak.

Sehingga 16 Jan sejumlah 48 individu disaring dengan 14 kes dikesan positif.

KLUSTER KAMPUNG LEBUKluster berkaitan kenduri perkahwinan dan tahlil ini melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-122732) dilaporkan positif pada 5 Jan hasil saringan kontak rapat.

Saringan yang telah dijalankan ke atas kontak rapat terutama ahli keluarga dan tetamu majlis seterusnya mendapati seramai 20 lagi individu dikesan positif.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis tersebut berlangsung iaitu di Kampung Lebu, Bentong.

Setakat 16 Jan seramai 80 individu disaring dan 21 kes dikesan positif.

Pegawai kerajaan ‘kecut perut’ bila dipanggil Salleh Abas, kata Speaker DUN

Bernama

KUALA TERENGGANU: Mohamed Salleh Abas sentiasa tegas dalam setiap urusan terutama dalam mengambil tindakan terhadap pegawai kerajaan negeri yang terlibat dalam salah laku dan tidak amanah sehingga ada yang ‘kecut perut’, sekiranya mereka ada melakukan kesalahan.

Perkara tersebut dikongsikan Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali, mengenang jasa bekas ketua hakim negara itu sepanjang berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Salleh merupakan pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas ketika PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Yahaya berkata peranan Salleh sangat penting untuk menyemak dan mengimbang pentadbiran kerajaan negeri ketika itu.

“Allahyarham sangat tegas, semua aduan rakyat berkaitan perkhidmatan kerajaan negeri diberi perhatian serius. Mana-mana pegawai kerajaan yang dipanggil oleh Allahyarham pasti ‘kecut perut’ sekiranya terdapat salah laku.

“Oleh itu, pentadbiran negeri dapat berjalan dengan begitu telus kerana semua pihak terutama pegawai dan kakitangan kerajaan negeri faham apa akibatnya jika bertugas sambil lewa atau tidak amanah,” katanya.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, berkata PAS mengambil masa yang agak lama untuk memujuk Salleh bertanding di Dewan Undangan Negeri Jerteh pada pilihan raya umum 1999.

“Namun, kita katakan khidmatnya diperlukan kerana pengalaman yang sangat luas dalam bidang perundangan dan ia boleh dimanfaatkan dalam pentadbiran negeri. Akhirnya, Allahyarham bersetuju untuk bertanding dan menang dalam pilihan raya itu,” katanya.

Wahid berkata walaupun pernah berdepan ujian getir dipecat sebagai ketua hakim negara, Salleh tidak pernah berkeluh kesah mengenai perkara itu malah sentiasa merendah hati dan tidak kekok bergaul bersama orang kampung.

“Pernah sekali, ketika berada di pentas ceramah di Rusila, Marang saya terlihat beliau sedang khusyuk mendengar ceramah dan hanya duduk di atas pasir dengan beralaskan surat khabar bersama orang ramai. Saya maklumkan perkara itu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya turun ke bawah dan mempelawa beliau untuk naik ke pentas seperti mana permintaan Abdul Hadi, namun beliau menolak lembut dengan alasan beliau datang untuk mendengar ceramah, kalau naik ke pentas nanti kena beri ceramah,” kata Wahid.

Semua MP tak sokong PM kena berunding segera, kata Pemuda Pejuang

Malaysiakini 

Pemuda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mencadangkan agar semua ahli parlimen yang tidak bersetuju dengan Perikatan Nasional (PN) segera beruding dan memindahkan sokongan mereka kepada individu tertentu.

Langkah itu kata ketuanya Abu Hafiz Salleh Hudin akan membolehkan Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa mutlak baginda untuk melantik seorang perdana menteri baru selaras dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Kata Abu Hafiz tindakan beberapa ahli parlimen Umno menarik balik sokongan mereka daripada PN semata-mata tidak akan mendorong Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.

Malah katanya kuasa yang diperuntukkan kepada perdana menteri semasa darurat sekarang memungkinkan Muhyiddin kekal berkuasa.

"Namun Agong mesti diyakinkan bahawa sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat telah diberikan kepada individu lain yang lebih berupaya untuk menangani wabak Covid-19 dengan komitmen dan hala tuju yang jelas, berstrategi dengan perspektif yang baru serta dibantu pasukan jemaah menteri yang lebih mantap dan berfungsi," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Agong pada 12 Jan lalu berkenan dengan pengisytiharan darurat selepas menerima saranan daripada kabinet sehari sebelum ini.

Pengisytirahan itu didakwa dibuat sebagai langkah kerajaan mengekang penularan Covid-19 dengan kes baru harian kini mencecah empat angka.

Pada masa sama pengkritik meragui alasan yang diberikan kerajaan sebaliknya mendakwa ia sekadar langkah mengelakkan PN dan Muhyiddin dijatuhkan.

Jaminan cuma janji manis politik 

Ia berlaku ketika seorang demi seorang ahli parlimen Umno mengumumkan mereka tidak lagi memberikan dukungan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Abu Hafiz berkata dia berasa gusar apabila membawa Seksyen 12 (4) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang memberi gambaran bahawa kerajaan PN akan terus berkuasa sekiranya darurat tidak ditamatkan walaupun melepasi tempoh tempoh lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama Dewan Rakyat diadakan.

"Tindakan-tindakan yang dibuat Muhyiddin mutakhir ini membayangkan bahawa beliau ingin terus berkuasa sehingga parlimen dibubarkan oleh Agong atas nasihatnya sendiri," katanya.

Sungguhpun Parlimen tidak lagi boleh bersidang ketika ini, kata Abu Hafiz, Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa perdana menteri mestilah dilantik dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempunyai sokongan majoriti masih berkuat kuasa.

"Demikian juga halnya Perkara 43 (4) yang menghendaki seorang perdana menteri meletakkan jawatan sekiranya telah terbukti hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat," katanya.

Tambah Abu Hafiz wujud kelompongan dalam peruntukan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dan membuka ruang manipulasi politik jika ia tidak disemak semula secepat mungkin.

Katanya berbeza daripada jaminan perdana menteri pada 11 Jan lalu agar pelaksanaan tempoh darurat dibuat secara adil dan telus, ordinan tersebut tidak menyatakan secara jelas bahawa jawatankuasa bebas yang bakal dibentuk dan dilantik Agong berfungsi - antara lain - untuk menasihati baginda sama ada darurat besar masih berlaku atau menamatkan proklamasi lebih awal.

"Hal ini menguatkan andaian bahawa nasihat kepada Agong kelak - sama ada meneruskan tempoh kuat kuasa proklamasi darurat atau menamatkannya lebih awal - hanya akan dibuat oleh perdana menteri secara bersendirian.

"Tanpa wewenang undang-undang, jaminan lisan perdana menteri hanyalah kekal janji manis politik," katanya.