"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Gegar akan jadi wadah perjuang royalti

Rizal Tahir
KOTA BAHRU, 5 Dis:
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) menggesa kerajaan supaya mengembalikan wang royalti kepada kerajaan Kelantan secara adil mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Pusat juga, sewajarnya menjelaskan hasil royalti kepada kerajaan Kelantan sebagaimana perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

Pengerusi bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof, dalam sidang medianya memberitahu, bagi menjayakan hasrat yang dicapai itu juga, pihaknya akan mengembeling tenaga bersama semua masyarakat tanpa mengira faham politik, bangsa dan agama dengan memberi kesedaran pelbagai cara.

“Pada masa yang sama juga, Gegar akan menganjurkan Konvensyen Rakyat: Royalti Petroleum Antara Hak atau Ehsan? Di Kuala Lumpur Januari tahun hadapan,”ujarnya.

Menurutnya, bekas Menteri Kewangan yang juga Anggota Parlimen Gua Musang akan dijemput bagi menjayakan program yang julungkali akan dianjurkan Gegar itu.

Pada masa yang sama, menurutnya pihaknya akan mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan berkesan, bersesuaian dan bertepatan mengikut keadaan dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat di atas.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua masyarakat di negara ini mengikuti program terbuka yang dianjurkan Gegar itu.

Gegar adalah gerakan yang menggabungkan 50 pertubuhan badan-badan Ngo di dua buah negeri.

Ianya ditubuhkan bukan sahaja untuk menuntut hak royalti rakyat Kelantan, sebaliknya Terengganu yang telah lama memperolehi hasil tersebut namun kedudukan negeri itu masih ditempat kedua kemiskinan di negara ini.

Cerita menteri dan artis

Zukri Aksah
Seorang sahabat saya yang merupakan penggiat Umno di sini menghantar satu sms kepada saya beberapa hari yang lalu, “Bang, dalam surat khabar Keadilan ada menteri kanan beli kereta RM1.5 juta bagi pada artis. Menteri dan artis mana bang?” Saya cuma jawab tidak tahu dan perlu bertanya dahulu dengan rakan-rakan dalam PKR, setahu saya dahulu ada isu Hishamuddin Tun Hussein memiliki Hummer yang berharga RM1 juta. Sahabat saya ini membalas jawapan saya, “Hummer tak pa. Ini beli kereta mewah bagi artis, artis lelaki pula tu. Kena masuk court ni, bawa dengan kereta-kereta sekali, hehehe!”

Bukan saya mahu membongkar isu menteri-artis ini, tetapi minat saya lebih kepada penelitian saya terhadap kecenderungan masyarakat terbanyak seperti sahabat saya ini bila berbicara soal politik atau soal artis. Ini juga adalah lanjutan pengalaman saya sewaktu aktif berblog dahulu. Seingat saya ketika itu, tulisan yang paling menghasilkan banyak komen ialah tentang kematian Noritta Shamsuddin yang penuh kontroversi itu.

Nyata, sama ada pengikut politik, atau pengikut dunia hiburan tanahair, mereka mempunyai citarasa yang serupa. Mereka sukakan sensasi, mereka sukakan cerita-cerita panas, yang meletup-letup!

Sewaktu saya masih aktif dalam PKR dahulu, saya mempunyai dua orang sahabat peneman minum petang yang agak unik, seorang usahawan merangkap aktivis Umno yang mengghantar sms kepada saya itu, seorang lagi pegawai polis yang bertugas di IPK Pahang. Sahabat saya ini selama kami berkawan tidak pernah pula menghantar sms bertanya apa 17 dasar PKR itu, atau selepas saya menyertai PAS bertanya apa pendirian PAS tentang hak keistimewaan Melayu?

Yang ditanya? Macam itulah, cerita skandal, cerita hubungan sulit dan seumpamanya.

Cerita artis begitu juga. Jarang saya mendengar orang heboh bercakap soal artis ini, artis itu sampai heboh satu kedai kopi kerana kehebatan lakonannya atau kemerduan nyanyiannya. Orang bercakap tentang Jamal Abdillah kerana isu dadahnya. Orang ramai bercakap pasal Umie Aida bila dia mengambil keputusan mahu berkahwin dengan seorang tokoh korporat berstatus Datuk dari utara, bukan hendak mendoakan kesejahteraan perkahwinan tersebut, sebaliknya lebih berminat meneliti dagu Umie, botox ke tu?

Saya secara peribadi bila mengingati Umie Aida, akan mengingati lakonannya yang begitu mengesankan dalam drama Surah Terakhir, atau dalam drama Salina adaptasi novel SN A. Samad Said.

Saya menulis ini kerana mahu sedikit menyedarkan bahawa mentaliti masyarakat kita sedang terperangkap dengan perkara-perkara yang tidak serius, picisan dan remeh-temeh. Jangan kata sahabat saya si aktivis Umno itu sahaja, kalangan penyokong Pakatan Rakyat pun begitu juga. Kalau dia tidak pernah mengambil tahu tentang dasar dan matlamat perjuangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, apakah kita mengambil tahu, membaca dan menghadzami konsep 1Malaysia tajaan Najib? Jangan pula tuduh saya cuba menjadi petualang di kalangan Pakatan Rakyat dengan mempromosi doktrin Najib, Ahmad Deedat, pendebat Islam terulung abad ini adalah hafiz Bible (sudah tentu beliau juga hafiz Quran).

Katanya sepuluh tahun akan datang negara kita bakal bertaraf negara maju, sekarang pun negara kita adalah negara membangun. Betullah kata orang mentaliti rakyat kita masih di tahap dunia ketiga. Di sini bila hadirnya pilihanraya, isu yang seringkali boleh menaik dan menjatuhkan seseorang calon adalah isu perempuan simpanan, isu isteri muda isteri tua, bukan tentang dasar dan prinsip yang dibawa bersama calon tersebut. Semuanya sensasi, sensasi dan sensasi, jadilah pentas ceramah sebagai tabloid murahan yang punya suara. Padahal di luar negara sana, orang menukar kerajaan dalam pilihanraya kerana perbandingan dasar cukai, dasar luar, kadang-kadang polisi kesihatan yang hendak diperkenal pun memberi kesan besar dalam pengundian.

Lalu saya baru terfikir, patutpun selama ini payah benar seruan perubahan mahu disambut oleh rakyat Malaysia. Perubahan bukan skandal, perubahan adalah idea, dan idea bukan rencah yang sedap untuk menghasilkan sebuah gosip.

Sama ada kita tidak sedar, atau kita pura-pura tidak sedar, atau kita sengaja mengabaikannya, selama ini kita berkhutbah tentang idea, gagasan, dasar dan perjuangan perubahan kepada kelompok masyarakat yang sedang ralit menelaah majalah Mangga!

Dalam cerita perubahan tiada kisah bela anak ikan mahupun bela perempuan. Yang ada cuma kisah bela akidah perjuangan, supaya tidak tersesat dek pengaruh wang dan kekuasaan. Soalnya, kita yang saban hari berteriak “perubahan… perubahan…” ini pula ada apa? Ada apa di ketika kisah “bela” yang satu ini pastinya tidak akan mendapat kelulusan untuk tersiar di Mangga, apalagilah untuk akhbar-akhbar perdana seperti Utusan Makaysia dan Berita Harian, jauh panggang dari api.

Macam mana mahu menjadikan perubahan sepanas skandal? Yang kita ada cuma pemikiran…

Siapa suruh Umno makan lada!

Adnan Ibrahim
Barisan nasional (BN) tidak layak mengurus harta terutama wang hasil kazanah bumi negara iaitu petroleum. Ini kerana, kalau dikirakan pendapatan hasil minyak negara sudah cukup untuk memakmurkan rakyat hidup dalam keadaan senang dan barakah.

Sebaliknya Umno lupa pemberian Allah SWT dalam menjaga harta yang diamanah. Lihat sahaja negeri yang terdapat hasil petroleum tetapi tetap miskin. Terengganu, Sabah dan Sarawak paling miskin dan terkebelakang daripada negeri lain di Malaysia sedangkan ketiga negeri itu terdapat minyak.

Rakyat Terengganu bukan ramai, hanya 900 ribu orang tetapi menjadi rakyat miskin walaupun hasil pendapatan negeri antara yang tertinggi. Begitu juga Sabah dan Sarawak.

Ketiga negeri ini antara yang terbesar di Malaysia. Hasilnya bukan sahaja petroleum malah kayu balak menjadi hasil pendapatan kedua tetapi tetap miskin. Dimana silapnya?

Seorang ketua keluarga contohnya, si bapa berpendapatan RM10,000 sebulan, mempunyai seorang isteri dan hanya tiga anak. Namun begitu si bapa asyik bersungut tidak cukup wang untuk perbelanjaan keluarga. Apa kata isteri dan tiga orang anaknya?

Sudah tentu si isteri dan anaknya berkata suami atau bapanya tidak amanah atau songlap duit. Lebih parah lagi si isteri dan anak tadi mendakwa si bapa itu tidak pandai mengurus wang.

Tengok kerajaan negeri dibawah BN, apakah mereka pandai mengurus hasil atau celik wang sebab lebih 20 tahun negeri itu memperolehi royalti minyak tetapi rakyatnya tetap miskin.

Bukan royalti minyak sahaja bahkan hasil balak yang melimpah ruah umpama di Sabah dan Sarawak tetapi tidak mampu membaiki taraf ekonomi, sosial dan pendidikan bagi penduduk pendalaman. Mereka tidak ada elektrik. Sekolah macam kandang kambing. Bagaimana taraf pendidikan mahu maju?

Begitu juga dengan kerajaan Umno di Terengganu. Taraf pendidikan meningkat naik apabila PAS memerintah Terengganu pada 1999. Kenapa? Ini kerana royalti minyak ditukar kepada wang ihsan.

Wang royalti yang sepatut diberi kepada kerajaan PAS Terengganu mengikut perjanjian Petronas dan federalisme sebaliknya ditukar wang ihsan dan disalurkan kepada Jabatan Persekutuan melalui Pengerusi Umno ketika itu Datuk Seri Idris Jusoh.

Sebahagian wang tersebut sepatutnya digunakan perbelanjaan mengurus kerajaan negeri tetapi dirampas Umno untuk berbelanja demi kepentingan politik Umno termasuk dalam pemberian wang ihsan kepada sebahagian rakyat Terengganu.

Oleh kerana wang tersebut berlebihan maka disalur untuk pendidikan pelajar di negeri tersebut. Itu sebabnya pendidikan Terengganu antara terbaik semasa PAS memerintah tetapi merundum selepas Umno rampas pemerintahan PAS pada 2004.

Waris dan kroni Idris kaya raya di Terengganu. Malah kehilangan wang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) lebih RM47 juta sebagaimana dilaporkan Ketua Audit Negara semasa pemerintahan Idris tetapi sampai sekarang senyap sepi.

Memandangkan demikian memang patut Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menuntut hak negerinya supaya kerajaan memberikan royalti petroleum dan bukan wang ihsan.

“Hari ni geger pasal doa. Kita doa hendak tuntut hak kita. Pasal apa dia takut. Dia makan lada dia pedas,” kata Nik Abdul Aziz selepas menyampaikan kuliah mingguannya di pejabat perhubungan PAS Kelantan, Kota Bharu, pagi tadi, 4 Disember.

Pusat perlu hormati kontrak perjanjian petroleum-Ku Li

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 5 Dis:
Kerajaan Persekutuan digesa menghormati perjanjian kerajaan negeri Kelantan dengan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) berhubung pembayaran 5 peratus daripada keuntungan operasi carigali petroleum di luar pantai Kelantan kepada negeri itu.

Bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah dalam blognya http://razaleigh.com memberitahu, hak yang diperuntuk perlembagaan kepada rakyat kelantan untuk mendapat royalti kini sedang dinafikan Pusat.

Keengganan pusat memberi royalti kepada Kelantan katanya bukan sahaja melanggar Akta Pembangunan Petroleum 1974, malah lebih besar dari itu ianya akan memberi kesan dan permasalahan melaupaui negeri Kelantan.

Menurutnya, dengan menidakkan perjanjiaan antara Kelantan dengan Petronas itu, bermakna kerajaan Pusat juga menidakkan perjanjian sama terhadap negeri-negeri lain sekaligus menafikan hak rakyat negeri tersebut.

Selain itu katanya, kerajaan persekutuan boleh dipersoal kerana dilihat cuba menafikan kewajipan Petronas untuk membayar 5 peratus kepada mana-mana negeri pengeluar minyak seperti termaktub dalam kontrak perjanjian.

Sedangkan katanya, Petronas pada hakikatnya terikat dengan kontrak tersebut dan wajib membayar jumlah 5 peratus dari keuntungan mereka secara terus kepada negeri terlibat.

Tindakan tersebut katanya menimbulkan persoalan dan boleh memberi impikasi yang lebih besar kepada negeri-negeri pengeluar minyak yang lain, khususnya Sabah dan Sarawak.

Keadaan Kelantan, Sabah dan Sarawak adalah serupa dan membuat perjanjian sama dengan Petronas.

Jika Kelantan tidak diberi hak royalti persoalan timbul adakah bermakna kedua-dua negeri di borneo itu juga bakal menerima nasib yang sama.

Beliau turut menyelar sikap kerajaan Persekutuan yang dilihat cuba campurtangan terhadap perjanjian yang dibuat antara negeri-negeri pengeluar minyak dengan Petronas.

Tindakan campurtangan itu katanya boleh mengakibatkan rakyat meragui integriti dan keihklasan kerajaan dalam menghormati kesucian kontrak dan undang-undang.

"Saya harus menegaskan bahawa PETRONAS terikat oleh mereka dan bahawa kerajaan Persekutuan tidak boleh campur tangan dalam pemenuhan mereka.

"Jangan bercakap tentang pelaburan untuk memacu ekonomi kita ke tahap yang lebih tinggi, jika kita gagal untuk memahami pentingnya mematuhi kewajipan kontrak," tegasnya.

Umno, PAS, mufti bertemu di wacana perdana Kelantan

Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 5 Dis:
Mungkin tidak banyak berlaku, PAS, Umno, ilmuan dan ahli akademik boleh bersama duduk semeja dalam wacana ilmiah membincangkan hal hal tertentu khususnya persoalan agama.

Namun ianya sekali lagi akan menjadi realiti apabila Kerajaan Kelantan akan menganjurkan wacana membincangkan tajuk ‘Islam Di Malaysia: Realiti dan Harapan’.

Wacana tersebut akan membariskan Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Exco Pemuda Umno Malaysia, Affandi Yusof, bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Wacana yang dijadual berlangsung pada jam 9 malam, 12 Disember ini bertempat di Dewan Konvesyen Kelantan Trade Centre akan dikendalikan Pensyarah kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusof bertindak sebagai moderator.

Wacana tersebut dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan,Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kesemua kelengkapan dari aspek teknikal sedang giat diusahakan bagi memastikan ianya memberi kepuasan terbaik kepada pengunjung yang hadir.

“Pihak penganjur juga akan memasang dua skrin besar di perkarangan dewan tersebut bagi menampung orang ramai,” ujarnya di sini.

Dewan yang serba canggih tersebut boleh menampung sehingga 1,800 orang.

Beliau berharap wacana tersebut dapat dijadikan garis panduan dalam usaha memartabatkan Islam di negara ini.

“Kami menjemput orang ramai terutamanya ahli akademik, tokoh-tokoh politik dari pelbagai parti, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan menimba ilmu di wacana terseut” katanya.

Wacana itu akan disiarkan secara langsung melalui http://www.mykelantan.tv.

Siapa Kata Melayu Tak Makan Babi?

Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork.

Oleh Yana

Bab cite fasal makan daging babi ni aku pun nak cite sikit la. kawan aku sendiri yg cite pengalaman dia ni.tiap2 mlm lepas habis keje dia selalu lepas kat kawasan gerai makan.

Dia ngan bf dia la suka sangat makan mee kari. tokey nya cina pekerja nya indon. dia pun tak kesah le. satu mlm dia blk keje lambat, nak makan punya fasal pegi la jgk kat kedai tu.

nasib baik le tokey tu reserved utk dia ngan bf nya tu. sambil makan tokey tu pun mencuci periuk belanga nya.

nak jadi kan cite dia lak nak cari air basuh tangan. Nampak le tulang yg keluar dr periuk nya dia pun tanya."Eh pakai tulang ke masak kari, u kan tak makan daging.

" ooo

ini bukan lembu ini pork maa baru sedap sikit masak kari, tak taruk tak sedap maa."

uweeek dia pun muntah keluar semua isi perut. Kata kawan aku rasanya nak minum air tanah jek nak samak peruk dia. Nak wat mcm mn selama ni dah bergelen dia makan kari tu dah masuk dlm perut dia dah jd darah daging. pendek cite nya lepas tu dia sebar kan hal yg jd kat dia kat semua org yg dia kenal. lepas tu cina tu bungkus tak tau pindah mn gerainya.

Moralnya: Jgn makan kat kedai cina walaupun staff nya indon atau pun ada logo halal. ni semuanya nak menjahanam kan kita.

MINTAK TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS

Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak ****, ia senang pecah.

Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging **** manakala pork product yg lain seperti lard (minyak ****), pork fat(lemak ****), ham(ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging **** yg biasa serve during breakfast), pork instestine(perut ****) dll tidak apa bagi Muslim.

Saya pernah bekerja di Shangri-laHotelKL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept....

1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai kulit sausage.

Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork.

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll, chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA.

3... Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak ****.

Menyentuh sedikit aktiviti kaum Cina , saya ada satu kisah yang menarik untuk diceritakan.

Salah seorang kawan telah menceritakan kepada saya ini, Bapanya adalah seorang pekerja TNB bahagian pembaik pulih bekalan elektrik.

Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektirk di kawasan Jenjarum Banting. Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja pembaikan pulih bekalan, beliau telah merayau-rayau di kawasan sekitar.

Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki kawasan yang melibatkan penggunaan elektrik, jadi secara tidak sengaja beliau telah memasuki sebuah kilang memproses makanan, dilihatnya daging-daging ayam berlongok-longok. Kemudian daging-daging **** berlongok-longok disebelahan.... Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dan daging- daging ayam dan **** tersebut dicampur dan digaul bersama kemudian dijadikan burger..

Beliau telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan daging **** dengan daging ayam! Tokeh tersebut berkata kalau tak campur burger yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk. Dengan mencampurkan daging ayam dan **** burger mudah dibentuk. Katanya lagi, burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu. Tapi jika mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut.

Lu ingat itu supplier cukup ka u ntuk supply satu Malaysia (Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia). Tokeh tersebut siap kata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN ****", menyirap darah bapanya

Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat serbuan tak ada apa-apa yang jumpa, kilang tersebut pun takde. Mungkin dah pindah bila menyedari ada orang melayu dah tahu aktiviti beliau.

P/S: Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah mungkin ada yang bercampur dengan daging ****.

Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta **** ada kat Malaysia . Purata satu hari **** dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu. Yang peliknya takan beratus ribu **** ini dilantak oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu.
-tkodaily-

'Nik Aziz tidak merujuk pada mana-mana pemimpin'

Jimadie Shah Othman
Ucapan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin tetapi hanya mahu menjelaskan bahawa bala Tuhan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, kata setiausaha politiknya Anual Bakhri Haron.

Beliau berkata, persoalan hukum, hanya Tuhan sahaja yang dapat menentukannya.

"Itu terpulanglah kepada Allah SWT. Tetapi orang yang dizalimi berhak berdoa," katanya menjelaskan kekeliruan berhubung ucapan Nik Abdul Aziz dalam satu
perhimpunan di Kota Bharu semalam.


Perhimpunan di Jalan Dato' Pati diadakan sebagai membalas bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Nik Abdul Aziz, Selasa lalu.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz dilapor menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak yang dituntut kerajaan Kelantan, sebagai "melanggar keadilan asasi".

Beliau yang juga mursyidul am PAS berkata, selagi tuntutan royalti itu tidak diberikan, "kita doa sampai pecah perut".

Ketika menghubungi
Malaysiakini malam tadi, Anual Bakhri berkata, perkataan "pecah perut" yang diucapkan Nik Aziz hanyalah analogi dan tidak boleh diterjemahkan secara langsung.

"Itu analogi. Bukan maknanya pecah perut (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak atau (timbalannya) Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi siapa sahaja yang buat aniaya.

"Dalam konteks ini (penafian royalti minyak), kezaliman berlaku," katanya.

Semalam, Nik Abdul Aziz bercerita tentang bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak di negeri itu ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.

Mengulas perkara itu, Anual Bakhri berkata, Nik Aziz ingin menegaskan bahawa larangan meminum arak diharamkan kepada orang Islam, tetapi terpulang kepada masyarakat bukan Islam jika mahu menikmatinya.

"Tetapi bukan maknanya kita hendak galakkan orang minum arak," katanya.

Katanya, respons itu diberikan ekoran hasrat beberapa masyarakat bukan Melayu daripada Perak yang mahu datang ke Kelantan untuk minum arak.

-malaysiakini.com-

Jiwa anak Nik Aziz 'tertekan': Dr Mariah

Luahan perasaan anak perempuan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membayangkan "jiwanya tertekan" berhubung konflik terbuka suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman dengan penulis blog Kickdefelladiterbitkan untuk bacaan ramai atas permintaan anggota keluarga menteri besar Kelantan sendiri, jelas wakil rakyat PAS.

Mempertahankan tindakannya, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, jika perkara itu tidak didedahkan di blognya, Nik Amalina Nik Abdul Aziz - isteri ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - mungkin akan menyiarkan di blog lain.

"Saya berbuat demikian atas permintaan beliau (Nik Amalina) dan suaminya sendiri. Saya dapat merasakan jiwanya tertekan dan beliau perlu meluahkan.

"Beliau mahu orang lain tahu perasaannya," tulis ahli parlimen Kota Raja, yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.

Menulis di blognya kelmarin, Dr Mariah berkata beliau bagaimanapun tidak mahu menyebelahi atau "menghukum" mana-mana pihak dalam pertembungan itu sama ada Abdul Ariffahmi atau exco kanan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Penulis Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz - yangbertembung secara terbukadengan Abdul Ariffahmi setelah dipecat sebagai pegawai perhubungan korporat PMBK pada 11 November lalu - dilihat rapat dengan Husam.

Digelar 'KJ Kelantan'

"Saya mendengar daripada pelbagai pihak. (Saya dengar) komen-komen positif dan negatif mengenai orang-orang yang terbabit dalam isu-isu tersebut," kata Dr Mariah lagi.

"Saya tidak akan merakamkan apa yang saya dengar. Cukuplah saya katakan, semua maklumat saya terima dengan secubit garam."

"Kalau perlu sangat, saya akan mengingatkan orang yang saya anggap sahabat dengan perkataan 'berhati-hati dengan si anu'."

Pada hari raya pertama sambutan Aidil Adha minggu lalu, Dr Mariah menyiarkan luahan perasaan Nik Amalina di blognya kerana bersimpati dengannya.

Dalam artikel bertajuk 'Kesetiaan dan pengorbanan seorang isteri', Nik Amalina berkata, keluarganya menghadapi ujian besar akibat "perancangan jahat" susulan pelantikan Abdul Ariffahmi menduduki kerusi teratas di PMBK.

"Tatkala kita semua menghampiri saat-saat bahagia menghampiri hari raya korban, jiwa saya turut tersentuh mengenangkan ada situasi yang perlu dikorbankan," tulisnya.

Antara ujian tersebut, tambah Nik Amalina, apabila suaminya digelar "KJ (Khairy Jamaluddin) Kelantan".

Semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawai, Khairy - kini ketua Pemuda Umno - sering dilihat sebagai penasihat utama bekas perdana menteri itu berdasarkan hubungannya sebagai menantu.

Sokongan 'bos lain'

Nik Amalina juga mengkritik keras Syed Azizi yang disifatkannya sebagai "menagih gaji lebih besar daripada bos PMBK" walaupun "bekerja untuk orang lain."

"Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi.

"Lebih-lebih lagi dia mempunyai sokongan yang kukuh dari seorang 'bos lain'. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!" kata anak Nik Abdul Aziz.

Beliau juga menuduh Syed Azidi sebagai orang Umno dan "berselindung di sebalik wartawan-wartawan yang berbayar".

Tidak cukup dengan itu, isteri Syed Azidi pula turut dikritik kerana "berpakaian
daring bagi rakyat Kelantan" - yang, menurut anak tokoh PAS itu, boleh diterima daripada sudut fesyen tetapi berdosa dalam pandangan agama.

"Sedarlah sahabat semua bahawa
Kickdefella itu penipu besar di abad ini," tulis Nik Amalina penuh emosi, sambil mendakwa beliau mendengar desas-desus penulis blog itu seorang yang tidak berakhlak Islam.

"Tetapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk, jika dia benar-benar seorang peminum," katanya lagi.

Kedua-dua artikel di blog Dr Mariah itu dimuatkan kembali oleh Syed Azidi dalam blognya.

Dalam artikel pertama minggu lalu, luahan perasaan Nik Amalina itu dimuatkan kembali tanpa sebarang komen.

Bagaimanapun, Syed Azidi memberikan penekanan kepada beberapa ayat, dengan menghurufhitamkan, yang mengkritiknya dengan keras.

Manakala dalam tulisan Dr Mariah semalam pula, Syed Azidi mengulas ringkas bahawa ekoran penjelasan terperinci itu, "Dr Mariah hanyalah seorang penyampai".

Syed Azidi kelmarin menyifatkan
tindakan melengah-lengahkanpeletakan jawatan Abdul Ariffahmi sebagai ketua PMBK sebagai satu bentuk "sandiwara Nik Abdul Aziz."
-malaysiakini.com-

Pemikiran antimazhab ancam syariat Islam

Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari usul fiqh!

Muhammad Rashidi Wahab


MUNGKIN ada sesetengah golongan cetek penyelidikan dan pengetahuannya mengenai perbahasan dalam ilmu agama Islam berpendapat masyarakat awam hari ini tidak perlu mengikut mana-mana mazhab dan ulama, cuma perlu mengikut al-Quran dan sunah secara terus.

Mereka berpendapat cukup dengan segulung ijazah sarjana atau PhD sudah melayakkan seseorang itu tidak mengikuti mana-mana mazhab. Tidak cukup dengan itu, mereka juga mengatakan mazhab adalah rekaan ulama silam semata-mata dan tiada kaitan dengan Islam.

Sesiapa saja yang mengikut mazhab termasuk di kalangan pelaku bidaah mungkar, bahkan ada yang lebih dangkal mengatakan seseorang itu sesat dan kafir. Adakah kenyataan ini benar-benar ilmiah?

Apabila kenyataan seperti itu keluar daripada mulut seseorang, maka terbukti kecetekannya dalam memahami perbahasan ulama muktabar. Mereka membayangkan ulama mazhab terdahulu mengeluarkan fatwa tanpa sandaran atau lalai terhadap nas al-Quran dan sunah.

Penyakit seperti itu berpunca daripada pemikiran alLa Lamazhabiyyah (antimazhab) yang menggesa masyarakat awam supaya tidak bermazhab, sedangkan mengikuti kefahaman dan penjelasan dengan bertanyakan sesuatu masalah tidak diketahui kepada ulama digalakkan agama Islam.

Pujian patut diberikan terhadap usaha tegas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menyedari bahaya pemikiran alLa mazhabiyyah ini, lantas mengeluarkan risalah penerangan bertajuk 'Bahaya Antimazhab'.

Masih ramai lagi ulama bangkit menjelaskan perkara itu melalui tulisan dan ceramah supaya masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata golongan itu.

Selain itu, salah seorang ulama Islam masa kini iaitu Syeikh Prof Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buti turut menulis sebuah kitab bertajuk alLa Mazhabiyyah Akhtar Bidaah Tuhaddid al-Syariah al-Islamiyyah (kitab ini ada diterjemahkan di dalam Bahasa Melayu) membicarakan perihal alLa Mazhabiyyah secara khusus.

Berkata Imam al-Ghazali, "Bagi golongan awam adalah wajib mereka meminta pendapat dan mengikut (bertaqlid) dengan ulama. (Kitab: al-Mustasfa).

Jika mereka mendakwa dan mendabik dada dengan dakwaan mereka hendak mengikut al-Quran dan sunah Rasulullah SAW saja, maka ketahuilah ulama muktabar terdahulu beribu-ribu kali ganda lebih memahami dan mengenali sesuatu dalil itu sebelum mengeluarkan sebarang hukum.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barang siapa yang mengambil ilmu (warisan ilmu) itu, ia sudah mengambil habuan yang paling sempurna." (Hadis riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Mereka hanya berpegang dan menganggap pendapat mereka saja yang betul walaupun hakikatnya mereka tidak memahami dalil maksum. Golongan ini turut merasakan mereka sajalah yang mengikuti al-Quran dan sunah iaitu sumber utama untuk mengeluarkan hukum, lantas mengatakan sesiapa tidak mengikut pendapat mereka adalah jumud, tidak tajdid, tidak ilmiah dan tidak memahami dalil. Adakah mereka juga maksum seperti Rasulullah SAW?

Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi: "Ya, benar kalian berpegang dengan nas maksum yang diwahyukan daripada Allah Taala tetapi kefahaman kamu terhadap nas itu bukanlah wahyu apatah lagi maksum, kalian hanya berpendapat berdasarkan zahir nas saja." (Kitab: Kaifa Nataamalu Maa Turath).

Mereka mendakwa imam ini cuba mengalihkan perhatian manusia daripada syariat dibawa Rasulullah SAW kepada mazhab tajaan mereka sendiri. Golongan ini adalah pendukung slogan tertentu dengan selalu mengajak kepada perbahasan, perdebatan, pengkajian semula untuk menyokong pendapat mereka sendiri yang mengatakan ijtihad itu wajib dan taqlid itu haram.

Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi: "Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutama di dalam ilmu hadis. Lantas merasakan mereka sudah pakar dalam ilmu padahal mereka belum pun menge-capi permulaannya. Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, pada masa yang sama, ilmu bahasa Arab serta komponennya serta nahu dan saraf tunggang langgang.

"Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari usul fiqh! Hanya meneka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan sebarang permasalahan Sesungguhnya mereka ini seperti kata Imam Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu." (Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd)

Kata-kata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi sememangnya benar-benar berlaku di kalangan masyarakat kita di Malaysia. Kita berani mengatakan jika kita bertanya kepada golongan ini, berapa banyakkah ayat al-Quran dan al-Hadis yang mampu mereka hafal dan fahami, kita yakin jawapan mereka ialah amat sedikit hafalan dan fahaman mereka walaupun memiliki segulung PhD.


Penulis ialah mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dan boleh dihubungi melalui e-mel: shidi_buluh@yahoo.com dan blog: http://buluh.iluvislam.com.

Taja Haji Salah Taja F1 Tak Salah ?

IPTAH
Amat menghairankan apabila Kes “Tajaan” Haji keatas Tok Guru Nik Aziz di pertikaikan, barulah di sedari Umat Islam di Malaysia “agak pelik” apabila Ibadah Haji yang menguntungkan Islam di pertikaikan tetapi acara yang tidak menguntungkan Islam seperti F!, Monsoon Cup dan sebagainya yang merugikan Umat Islam dan tidak memberi Faedah pada Umat Islam tidak di pertikaikan malah di sokong pula

Ibadah Haji adalah Rezeki yang di Kurniakan ALLAH S.W.T, Menjadi “Tetamu ALLAH” sewaktu Mengerjakan Haji mahupun Umrah adalah idaman setiap Insan Beragama Islam yang Beriman, Ramai yang berkemampuan tidak dapat mengerjakan Haji, Ramai juga yang bekerja sepanjang hayat semata-mata untuk Mengerjakan Ibadah Haji, hakikatnya Ketika malakukan Ibadah Haji Umat Islam hanya memakai Kain Ihram yang sama seperti Berjuta Umat Islam yang lain, tak ada beza baik Raja atau Hamba, Kos Mengerjakan Ibadah Haji tidaklah sampai Berjuta Ringgit untuk Seorang Jemaah, mungkin Indonesia jumlahnya berjuta mengikut matawang sana

Ibadah Haji Berbeza dengan F1, malah dari semua sudut Ibadah Haji Bertentangan dengan F1, Ibadah Haji menguntungkan Umat Islam manakala F1 menguntungkan Kafir musuh Islam, Kos F1 beratus juta ringgit Malaysia dan ia menguntungkan Rakyat luar Negara, bukannya Rakyat Malaysia jauh sekali Umat Islam di Malaysia dan Serata Dunia

Andaian Kos untuk F1 sebanyak RM 300 Juta boleh menampung seramai 30 Ribu Orang Umat Islam mengerjakan Haji sekiranya Kos Haji Rm 10 Ribu, sekiranya RM 300 juta Kos F1 yang di tanggung Proton di beri pada 10 ribu Kakitangan Proton setiap seorang akan mendapat RM 30 ribu **Pekerja Proton Beragama Islam boleh buat Ibadah Haji Suami Isteri atau 2 orang dengan duit poket 10 ribu

Bagaimana pula dengan Petronas ? berapa billionkah yang di bazirkan Petronas pada F1 yang menguntungkan musuh Islam ? berapa ramaikah Kakitangan Petronas telah di taja untuk mengerjakan Haji ? lebih pelik lagi Rayalti pada Kerajaan dan Rakyat Negeri Kelantan yang tidak mahu di beri sedangkan acara F1 dengan mudah di beri

Paling menyedihkan ialah Rakyat yang menjadi Kakitangan Kerajaan (Penjawat Awam) kelas bawahan (sokongan), Tiada langsung penghargaan setelah penat lelah mereka curahkan pada Negara dan Kerajaan sedia ada, selepas penat lelah di PRK Bagan Pinang apa yang mereka dapat sama seperti “Wang Ehsan” seperti Kerajaan dan Rakyat Negeri Kelantan dan Terangganu suatu masa dahulu (1999-2004) Rm 500 setiap seorang, Bonus yang di minta “wang ehsan” yang dapat, Lagi pedih di Hina pula dengan Tuduhan “Tidak Bermoral”

Sedih bila melihat Kakitangan Kerajaan di permainkan serta di perbodohkan, SPRM menyiasat kes Rasuah mengikut Arahan golongan perasuah dan penipu, Rasuah yang Kecil di dahulukan Rasuah yang besar di tinggalkan, Suruhanjaya Piliharaya (SPR) yang berhempas pulas memenangkan manusia yang menyusahkan mereka, tanpa ada Imbuhan setimpal, cukup mudah bagi Para Perasuah Besar memperbodohkan Umat Islam di dalam SPRM Perasuah yang Berjuta di tinggalkan perasuah kecil-kecilan yang jadi Mangsa, Akhirnya mereka juga di persalahkan musuh Islam hanya tersenyum melihat mereka di perlakukan

Pasukan Keselamatan yang Bersenjata seperti Angkatan Tentera Malaysia ATM dan Polis Di Raja Malaysia PDRM juga menjadi Mangsa Penipuan kumpulan Manusia tidak bertanggungjawap ini,

Berbagai Peralatan Tentera Canggih seperti Kapal Selam, Kereta Kebal, Jet Pejuang dan berbagai lagi di beli tetapi peralatan yang paling penting di dalam Misi Menyelamat Anggota Tentera dan Masyarakat Awam tidak lagi di beli masih di guna tidak di ganti atau di adakan tambahan iaitu Helikopter, Rekod Menunjukkan 95 orang telah terbunuh akibat Nahas Helikopter Nuri yang terlalu Tua dan Usang , tetapi Pesawat Pejuang Mig 29N yang masih baru pulak mahu di tamatkan perkhidmatan tahun hadapan di gantikan dengan Pesawat Pejuang lain

Helikopter yang boleh di gunakan waktu Aman dan Peperangan tidak di endahkan, Helikopter boleh di gunakan untuk menyelamat masyarakat Awam contohnya Mangsa Banjir bahkan mangsa kemalangan jalanraya hingga mangsa kemalangan di lautan lepas, selain Misi menghantar Bantuan seperti Makanan dan Peluru dan kelengkapan lain di dalam Hutan atau lautan di tempat yang tidak boleh di lalui oleh kenderaan darat atau air, Helikopter penting untuk Tentera mahupun Rakyat, Kereta Kebal, Kapal Selam dan Pesawat Pejuang hanya berguna untuk Tentera sahaja

Begitu juga Umat Islam yang menjadi Anggota Polis terus di tipu berterusan oleh golongan Penipu Besar ini, mereka bekerja Siang dan Malam terutama Polis Trafik yang menyaman Masyarakat atas Arahan Penipu yang menjadi Pemimpin Parti Kerajaan, beratus juta ringgit di kutip saban tahun hasil Saman Trafik untuk Kerajaan, jika Anggota Polis menerima Rasuah yang kecil mereka akan menerima hukuman berat tetapi Pemimpin Kerajaan bebas melakukan Rasuah yang berjuta

Jabatan Audit Negara mendedahkan Negara dan Rakyat kerugian Berbillion Ringgit tahun lepas akibat penipuan yang di sebutkan, Umat Islam terus di tindas di permainkan, Agama Islam hilang “populariti” berbanding Manusia akibat Dunia yang dah terbalik ini, Ulama di Lupa manakala Artis, Maksiat dan Munkar terus di Utama

Umat Islam tidak akan Maju selagimana di perbodohkan sebegini, semakin hari semakin Ramai Umat Islam yang tidak peduli Agama Islam, Minda Umat Islam telah di Ubah oleh musuh Islam seperti Yahudi dan Nasrani, sama seperti yahudi dan nasrani perbodohkan kaum mereka sendiri dengan tahyul “santa claus” dan sebagainya,

Slogan PAS “Membangun Bersama Islam” amat sesuai di gunakan untuk Mengembalikan Populariti Agama Islam, Politik ialah bidang mencari populariti sebelum dapatkan Undi, Politik boleh di gunakan untuk menyekat Umat Islam dari terus di perbodohkan oleh musuh Islam,

Politik Islam dapat menyelesaikan masaalah yang timbul kebelakangan ini, Jika di siasat masaalah yang berlaku akhir-akhir ini, Fitnah yang semakin menjadi-jadi maka kita dapati puncanya ialah dari “Punahsihat” 2 Syarikat yang menaja F1 tersebut Petronas dan Proton begitu juga Wang Ehsan yang di beri Pada Kerajaan dan Rakyat Kelantansama seperti di Negeri Terangganu yang lalu

Pakar dalam Konspirasi yang menjatuhkan Kawan mahupun lawan, Strateginya mengikut Strategi yahudi iaitu “Memusnahkan Islam dari dalam” atau “memusnahkan Islam dengan Islam”, Peristiwa Memali berpunca darinya Umat Islam berperang dengan Umat Islam,.

Anaknya membeli Saham Syarikat Arak bernilai Rm 2.9 Billion

http://www.tribune.net.ph/business/20090914bus1.html

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601080&sid=aMIOjydX0R4A&refer=asiahttp://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=37377-mirzan-mahathir-appointed-director-on-san-miguel-corp-board

Rm 2.9 Billion yang di gunakan untuk membeli saham syarikat Arak yang Di Haramkan ALLAH S.W.T dan ianya Amat Merugikan Umat Islam, Duit sebayak itu mampu untuk Membangunkan Umat Islam tetapi di bazirkan untuk menguntungkan musuh Islam, persoalannya dalam banyak-banyak Perniagaan Halal milik Umat Islam boleh di Laburkan mengapa Perniagaan Haram juga di Laburkan ?

Anaknya yang wanita menjadi Penaung kumpulan Islam Liberal Sis yang menyerang dan Memusnahkan Iman Umat Islam selanjutnya Menjatuhkan Populariti Agama Islam, Terbaru wujud kecelaruan dengan Golongan pondan (lelaki yang menukar jantina) dalam kes Zulkufli Ahmad (yasmin) dan Mohammed Fadzil Min Bahari (Fatine) yang menukar jantina (Menentang Takdir ALLAH)

Serangan Fitnahnya keatas Menantu lawan TG Nik Aziz sama seperti Serangan Fitnah ke atas Menantu “kawannya” Mantan Perdana Menteri Pak Lah, Ideanya banyak merugikan Umat Islam, tindakannya menjatuhkan Populariti Agama Islam, kenyataan angkuhnya “zaman dahulu tidak ada gillette” menjadi bukti KeAngkuhannya

Kekayaan yang di kaut dengan Menipu Umat Islam menjadikan beliau semakin Tamak Haloba, Dengan Kekayaannya serta Strategi yahudi “menjatuhkan Islam dari dalam” dengan mudah beliau meletakkan Ejennya di dalam PAS, beliau juga mampu mengupah pasukan perisik (ejen) yang dapat menyerang dari dalam mahupun luar Jamaah Islam seperti PAS dan lain-lain

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM adalah contoh tepat untuk Mengembalikan Populariti Agama Islam selain Memajukan Umat Islam melalui Arena Politik, Pentadbiran dan Pemerintahan, di waktu Umat Islam semakin Menjauhi Islam dan tidak Sayangkan Islam malah ada Umat Islam yang Memerangi Islam

Antara Program sampingan yang di cadangkan dalam MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ialah Menghasilkan Teknologi dan Ekonomi Berasaskan Kitab Suci Al Quran dan Sunnah, Teknologi dan Ekonomi Islam mengikut Panduan serta Petunjuk Kitab Suci Al Quran (Firman ALLAH) dan Sunnah Rasullullah S.a.w (Hadis) adalah Jalan Terbaik untuk Mengembalikan Umat Islam kepada Ajaran Islam yang Sebenar yang Syumul Mengikut Perintah ALLAH

http://iptah.wordpress.com/

Mencontohi sikap Tuan Guru

Mohd Rashidi Hassan

TERIMA kasih tuan guru kerana mendengar rintihan kami. Terima kasih tuan guru kerana mengutamakan perjuangan Islam dan parti PAS lebih daripada kepentingan peribadi dan keluarga.Terima kasih tuan guru kerana atas nasihat dan kebijaksanaan menilai perjuangan jangka panjang, tuan guru menasihatkan menantu mengundurkan diri.

Terima kasih kepada kepimpinan PAS yang diketuai Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang membantu menyelesaikan kemelut ini dengan sempurna dan bijaksana.

Setelah beberapa minggu dilanda pelbagai kontroversi dan persepsi buruk, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat membuktikan kepada kita semua bahawa beliau boleh ditegur dan diperbetulkan.

Bukan Tuan Guru Mursyidul Am sahaja, malah Tuan Guru Presiden PAS juga mempunyai sifat yang sama. Beliau dikritik secara berdepan pada 7 November lalu, dalam Seminar Memperkasakan PAS.

Keterbukaan kedua-dua tokoh PAS ini merupakan suatu teladan yang terbaik pernah ditunjukkan oleh kepimpinan. Mereka membuktikan bahawa perjuangan PAS bukan sekadar retorik sahaja.

Kepimpinan PAS sedia ditegur untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kepimpinan PAS sedia dimuhasabah, demi kebaikan perjuangan Islam.

Ini adalah bukti keberkesanan dan ketelusan sistem Islam, pentadbiran Islam dan politik Islam yang dipelopori PAS. Ianya juga merupakan suatu sistem tarbiyah (pendidikan) dalaman, yang harus diteladani dan dicontohi oleh parti-parti politik lain dalam negara.

Bagaimanapun, dengan satu dua perkara yang baik ini sahaja, tidak cukup untuk PAS berbangga. Terlalu banyak halangan dan cabaran menanti PAS. Mungkin lebih berat daripada fitnah yang melanda kepimpinannya pada waktu ini.

Cabaran yang paling besar kepada sebuah perjuangan, ialah bagaimana ia boleh mempunyai suatu bentuk kepimpinan yang mantap, jujur, lengkap dengan ilmu serta telus dalam tindakan dan amalan.

Cabaran yang paling hebat kepada seseorang pemimpin ialah, bagaimana ia boleh mengelak dari dipalitkan dengan persepi penyalahgunaan kuasa, mengamalkan kronisme atau nepotisme.

Masalah kepada sebuah perjuangan parti politik akan wujud, apabila ada di kalangan kepimpinannya, dilihat tidak bersih.

Dalam soal ini tidak harus ditunding jari atau dipersepsi negatifkan urusan antara Tuan Guru Nik Aziz dengan menantunya sahaja. Tidak juga harus dipersalahkan Presiden PAS seorang, jika PAS berada di tahap yang menurun.

PAS dan Pakatan Rakyat punyai cabaran yang lebih besar. Iaitu bagaimana ia boleh mengekalkan momentum sokongan rakyat, yang diterima pada 8 Mac 2008.

Bagaimana Pakatan Rakyat boleh menarik sokongan rakyat dengan mengenengahkan kepimpinan yang bersih, telus, adil dan demokratik.

Sayugia diingatkan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat, sama ada daripada PAS, KeADILan, mahupun DAP yang memegang jawatan, mesti benar-benar bersih, bukan sahaja dilihat bersih.

Mereka yang memegang jawatan sebagai Menteri Besar, Ketua Menteri, mahupun Exco Kerajaan Negeri, mesti berusaha mengelakkan sebarang elemen yang mengkayakan diri sendiri. Mereka jangan berebut balak, jangan berebut pasir, projek, tender dan sebagainya.

Mereka harus mengelak daripada dikelilingi oleh circle ahli perniagaan atau kroni-kroni tertentu. Mereka mesti mengelak daripada memberikan apa jua anugerah kepada anak beranak, adik beradik ataupun sanak saudara.

Persoalannya di sini, bukan soal sesiapa yang menerima jawatan, anugerah atau projek atau laba, layak atau tidak. Bukan soal layak atau tidak dari segi undang-undang. Tetapi ianya berkait dengan kesalahan moral dan etika.

Dan antara yang paling utama sekali ialah, pemimpin Pakatan Rakyat mesti mengekalkan cara hidup yang mereka jalani sebelum berkuasa, tatkala mereka memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Apabila pemimpin Pakatan Rakyat mula hidup mewah ataupun menunjukkan cara hidup yang mewah, maka rakyat kebanyakan yang miskin, yang susah akan menjauhi mereka, sekali gus mereka akan memalitkan persepi buruk kepada parti yang diwakili.

Ingatlah, bahawa rakyat menolak Umno-Barisan Nasional kerana pemimpin mereka mengamalkan rasuah, menyalahgunakan kuasa, mengamalkan kronisme dan nepotisme.

Umno-BN mencipta jurang besar antara mereka dengan rakyat, kerana kebanyakan pemimpin mereka hidup dengan serba mewah. Mewah bukan kerana keturunan mereka kaya, tetapi mewah selepas memegang dalam Umno dan kerajaan.

Semakin lama Umno-BN berkuasa, menjadikan pemimpinnya semakin tamak. Secara beransur-ansur rakyat semakin sedar dan menjauhi Umno. Maka malang bagi kita, jika rakyat melihat kita (Pakatan Rakyat) sama sahaja dengan mereka (Umno-BN).

Tambahan pula jika kita dari PAS, sebuah parti Islam, memperjuangkan kebenaran Islam, maka barang dijauhkan Allah untuk kita melakukan sebarang tindakan yang dilihat sama dengan Umno. Pemimpin PAS jangan jadi seperti pemimpin Umno.

Justeru, bagi seluruh kepimpinan dan ahli PAS, menjadi cabaran besar bagi mereka untuk berjuang melawan hawa nafsu, melawan godaan pangkat, melawan godaan harta dan kuasa.

Tambahan bagi mereka yang 'bertitle' ustaz, cabaran lebih besar bagi mereka untuk memperlihatkan diri mereka bersih dari rasuah atau menyalahgunakan kuasa. Mereka mesti mengelakkan hidup dengan penuh kemewahan dan kemegahan.

Mereka tidak harus menunjukkan kemewahan dengan memiliki banglo mewah, mempunyai kenderaan mewah atau menaiki kapal terbang dengan menempah tiket business class. Semua ini harus dielakkan kerana ia bakal mencetuskan persepsi buruk terhadap PAS.

Perjuangan PAS yang dipelopori oleh alim ulama mesti dibuktikan dengan menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab dan bersih.

Pemimpin mesti membuktikan bahawa perjuangan dalam PAS bukan diasaskan oleh kekuatan retorik semata-mata, kemurnian dan ketelusan amalan Islam bukan retorik.

Tetapi kemurnian Islam hendaklah dijelmakan dalam bentuk fizikal, iaitu telus dan bersih semasa diberi amanah memegang kuasa.

Buat waktu ini contohilah sikap dan kerendahan jiwa dua tuan guru ini. Merekalah ikon perjuangan kita, kedudukan mereka sebagai pemimpin terlalu tinggi, namun mereka sanggup merendah diri diteguri. Salam perjuangan.

Ketua Cawangan UMNO Kata SPRM ‘Ular Sawa’

SALIHIN LADJA MURA

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai insiden yang memalukan disifatkan sebagai ‘Ular Sawa’ yang hanya makan apabila lapar dan berlingkar tidur setelah kenyang

Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian daripada Bahagian Silam, Kunsul Nahul menegaskan sifat ‘Ular Sawa’ SPRM telah menghakis keyakinan para pembayar cukai yang membayar gaji Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan semua pegawai kanan SPRM yang disifatkan sebagai ular menelan ekor sendiri.

Kunsul yang sebelum ini telah memfailkan laporan rasmi di hadapan lima panel yang ditubuhkan SPRM pada 15 Oktober 2009 terhadap tiga kes iaitu semakan semula dan siasatan kes Michael Chia Tien Foh; Semakan Semula Kes Rasuah Adun Tempasuk Kota Belud; Semakan dan Siasatan Kes Wisma Bandaraya yang menamakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman sebagai tertuduh, mendakwa panel yang ditubuhkan langsung tidak berfungsi dan mengamalkan sindrom ‘Bangau Oh Bangau’ dalam menjalankan tugas mereka.

Menurut Kunsul, beliau menerima sepucuk surat ‘Rahsia’ bil SPRM/BCP:20/37/25 bertarikh 3 November 2009 daripada Sekritariat Jawatankuasa Aduan SPRM yang memaklumkan bahawa;

“Untuk makluman, Sekritariat Jawatankuasa Aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima tiga (3) aduan tersebut pada 15 Oktober 2009. Mesyuarat Khas Jawatankuasa Aduan SPRM bil 6/2009 pada 2 November 2009 telah memutuskan bahawa Jawatankuasa ini tidak mempunyai bidangkuasa untuk mengambil tindakan terhadap aduan tersebut. Sehubungan itu, mesyuarat memutuskan untuk merujuk aduan tersebut kepada Panel Penilaian Operasi SPRM untuk tindakan selanjutnya.”

“Persoalannya, saya telah mengemukakan surat aduan rasmi kepada lima panel yang ditubuhkan SPRM dan bukan hanya kepada Jawatankuasa Aduan, sebaliknya kepada Pengerusi Panel Penilaian Operasi, Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Pengerusi Jawatankuasa Aduan, Pengerusi Panel Penilaian Operasi, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah; tetapi kenapa hanya Panel Jawatankuasa Aduan sahaja yang menjawab surat aduan rasmi saya?”, tanya Kunsul yang menyifatkan kelima panel yang ditubuhkan hanya membazirkan wang rakyat.

Jika Panel Jawatankuasa Aduan, kata Kunsul terpaksa merujuk kepada Panel Penilaian Operasi dan begitulah seterusnya kepada tiga panel lain, apakah sebenarnyha fungsi kelima panel berkenaan yang ditubuhkan untuk menasihat, memantau dan memastikan perjalanan SPRM tidak tergelincir daripada landasan penubuhannya.

“Sewajarnya, bubarkan sahaja SPRM yang semakin lemah dan dihinggapi budaya rasuah terutama gagal menjalankan siasatan terhadap Musa Aman yang secara terang-terangan memiliki bangunan Wisma Bandaraya dan menyewakan bangunan berkenaan kepada Kementerian dan jabatan kerajaan, sedangkan Musa adalah Menteri Kewangan yang bertanggung jawab membayar sewa dan masuk ke kocek beliau sendiri. Bukankah ini rasuah?,” ujar Kunsul lagi yang sebelum ini membela Musa Aman terhadap 81 Dalil yang difailkan Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Tegas Kunsul, jika kes Wisma Bandaraya yang dilengkapi dengan bukti yang nyata gagal disiasat, bagaimana SPRM mahu menghapuskan rasuah di Sabah kerana kerajaan Negeri Sabah adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan rasuah dalam pentadbiran dan diketuai oleh Ketua Menteri yang terpalit dengan pelbagai Skandal Rasuah dan salahguna kuasa.

“Sebagai ahli dan Ketua Cawangan UMNO, saya khuatir UMNO terpaksa gulung tikar dan pulang ke Semenanjung Malaysia jika kes rasuah ‘buaya darat’ dan ‘jerung’ gagal ditangani SPRM,” ujar Kunsul yang berjanji tidak akan berhenti membongkar amalan songsang Kerajaan Negeri Sabah yang selama ini dilindungi SPRM.

Kata Kunsul, jika bukan ahli UMNO yang menegur pemimpin UMNO, siapa lagi yang mampu menegur mereka yang semakin menjadikan UMNO sebagai ‘harta peribadi’ dan ‘gedung kekayaan’ dan menyifatkan mereka ini sebagai ‘Pengkhianat’ kepada bangsa Melayu dan Bumiputera Sabah.

-sabahkini-

AGS 10 dilelong untuk kali ke 2?

Drs Khalil Idham Lim
Ramai yang bertanyakan kepada saya sehinggalah ke saat ini kemanakah perginya kereta resmi MB Pakatan Rakyat Perak dengan no pendaftaran AGS 10 yang menjadi berita sensasi dari saat pembeliannya sehinggalah lebih sensasi apabila dilelong oleh kerajaan kudeta di Perak.

Kini saya telah mendapat jawapan dan menjadi maklumat untuk semua yang bertanyakan kepada saya sebelum dari ini. Seperti yang dimaklumkan oleh sahabat dari negeri Kelantan yang mendapat maklumat tersebut saya suka untuk menghebahkannya dalam blog cina islam ini.

AGS 10 sehingga pada 10 November lepas dapat dikesan dan dilihat seperti gambar yang diambil diatas di sebuah kedai kereta terpakai di Kelang, Selangor iaitu KSS Automobile.

Menurut seorang pekerja disitu , kereta itu telah dibeli oleh seorang berbangsa Melayu dengan harga RM 160,000 semasa dilelong untuk kali pertama dan di tawarkan dengan harga jualan RM 140,000 tetapi no pendaftaran AGS 10 akan diambil oleh pemilik Melayu itu.

Begitulah nasib yang belaku kepada kereta yang pernah menjadi kereta resmi MB Pakatan Rakyat, Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin pada suatu masa dulu.

Nampaknya kereta ini terpaksa kehulu dan kehilir juga seperti kami para ADUN pakatan Rakyat demi untuk mengembalikan kuasa yang telah dirampas.

Tetapi AGS 10 kalaulah dia boleh bercakap, tentu dia akan bertanya kenapakah sampai sejauh itu saya kena lelong untuk kali ke 2, tidak ada lagikah orang Perak yang sanggup membeli saya ?

DAP anjur majlis berkhatan untuk memenangi hati pengundi Melayu

Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Dis 4: Dalam usaha memenangi hati pengundi Melayu-Islam, parti majoriti Cina DAP, akan menganjurkan majlis berkhatan untuk 75 kanak-kanak Muslim di Perak hujung minggu ini.

“DAP buat pertama kali dalam sejarah akan menganjurkan majlis bersunat berama-ramai di masjid sebagai tanda hormat kepada Islam dan terbukti perjuangan parti tersebut untuk semua bangsa dan agama,” kata Setiausaha DAP Perak dalam satu kenyataaan hari ini.

Upacara khatan untuk kanak-kanak lelaki adalah amalan biasa bagi para penganut agama-agama Ibrahimiah, namun di Malaysia ia sering dikaitkan dengan adat resam masyarakat Melayu.

Nga menambah, majlis itu akan diadakan di Masjid Expo, Kamunting dekat Taiping.

“Majlis ini julung kali diadakan dan seramai 75 orang Muslimin muda akan menjalani upacara suci tersebut dengan pebuh dengan adat resam dan secara berwarna-warni,” katanya.

“Pasukan kompang dan majlis siram air turut akan diadakan,” tambah beliau.

Katanya majlis yang sama akan turut diadakan di Beruas di bawah anjuran Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham.

DAP Perak merupakan sebahagian daripada kerajaan campuran Perak yang memerintah sehingga Februari tahun ini, tanpa sokongan kuat daripada masyarakat Melayu-Islam.

Dalam Pilihan Raya 2008, Pakatan Rakyat (PR) hanya memenangi sembilan kerusi majoriti Melayu, manakala Umno memenangi baki 27 kerusi.

PR memerintah negeri itu dengan hanya mengawal 31 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 59 orang ahli.

Kerajaan negeri itu tumbang selepas tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PKR dan DAP mengisytiharkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Dua Adun Melayu PKR yang keluar parti itu mendakwa diskriminasi terhadap masyarakat Malayu sebagai sebahagian daripada sebab-sebab mereka melompat parti.

The Malaysian Insider

Hishamuddin suruh Tok Guru mengaku salah, kenapa tidak suruh Najib sama ?

YB. Drs. Khalil Idham Lim
Hishammuddin Tun Hussein berkata, Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat seharusnya mengaku membuat kesilapan dengan meminta penduduk Kelantan berdoa agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditimpa keburukan jika enggan memberikan wang royalti minyak kepada negeri itu.

Beliau berkata daripada berdolak-dalik dan cuba mempertahankan apa yang dikatakannya itu,
adalah lebih baik bagi Nik Aziz mengaku salah dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.

nampaknya Hishamuddin menutup sebelah mata dan cuba membetulkan rumah tangga orang lain seperti mana yang dilakukan sama oleh pemimpin UMNO yang lain pada masa ini.

Perpatah melayu "ayam berkokok punggung penuh dengan tahi" mungkin sesuai untuk menjawab kenyataan tersebut.

Siapakah Hisham dan pemimpin UMNO yang lain yang memandai nak jaga rumah tangga orang lain sedangkan rumah tangga sendiri berkecamuk dan banyak terpalit dengan berbagai skandal.

Namun saya pun tidak hairan kerana ini sikap sebenar yang diamalkan oleh pemimpin UMNO sejak sekian lama sejak merdeka apabila sering bermuka-muka namun disebaliknya penuh dengan masalah dan skandal.

Sebenarnya Di Malaysia tidak pernah berlaku pemimpin UMNO mengeluarkan kata "maaf" kepada rakyatnya yang dizalimi dalam banyak hal, apalagi jangan harap kalau hendak lihat ada menteri UMNO dan BN meletakan jawatan kalau terlibat dengan skandal yang melibatkan rakyat.

GERAK Bersependapat Dengan KuLi Kelantan Harus Diberi Royalti Minyak

MayLin
Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK Malaysia) menggesa agar Kerajaan Pusat mengkaji semula keputusan berkaitan royalti minyak dengan memberikan royalti 5% hasil pengeluaran minyak oleh Petronas kepada Kelantan selaras dengan kedudukan Kelantan sebagai negeri pengeluar minyak.

Gerak berpandangan tidak ada istilah wang ihsan menurut Akta Petroleum Negara 1974 seperti mana yang telahpun ditegaskan oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah terlibat sebagai pengasas Petronas. Jika negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu boleh diberikan wang royalti sebagai negeri pengeluar minyak. Maka mengapa tidak diberikan juga hak royalti 5% kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk diuruskan.

Gerak percaya Kerajaan Negeri Kelantan akan menguruskan wang royalti dengan telus dan bertanggungjawab sekiranya Kerajaan Pusat bersifat terbuka untuk menyemak kembali kedudukan pemberian wang royalti bagi diuruskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Kredibiliti Kerajaan Pusat dan Petronas akan lebih terserlah dengan menghormati Akta Petroleum Negara.

Adalah menjadi hak Negeri Kelantan untuk mendapatkan wang tuntutan ganti rugi hasil daripada aktiviti cari gali petroleum dan amat wajar untuk Petronas membayar wang royalti 5% atau bayaran tunai 5% (cash payment) kepada Kerajaan Kelantan. Kita tidak mahu sikap yang pernah dilakukan oleh Kerajaan Pusat BN selepas tewas di Terengganu pada tahun 1999 dengan menukarkan status wang royalti menjadi wang ihsan dan sekarang apabila Kerajaan BN menang semula di Terengganu ditukar kembali status kepada wang royalti.

Semangat federalisme yang penuh integriti wajib diamalkan oleh Kerajaan Pusat dalam isu royalti minyak ini.

Senarai Orang Kaya Malaysia


1. Robert Kuok - $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)
2. Ananda Krishnan - $7.2 billion (Maxis, Astro)
3. Lee Shin Cheng - $5.5 billion (IOI Group)
4. Teh Hong Piow - $3.5 billion (Public Bank)
5. Lee Kim Hua & family - $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)
6. Quek Leng Chan - $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)
7. Yeoh Tiong Lay & family - $2.1 billion (YTL Corp)
8. Syed Mokhtar AlBukhary - $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)
9. Vincent Tan - $1.3 billion (Berjaya Group)
10. Tiong Hiew King - $1.1 billion (Rimbunan Hijau)
11. Azman Hashim - $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)
12. William H. J. Cheng - $660 million (Lion Group, Parkson)
13. Lee Swee Eng - $495 million (KNM Group)
14. Ong Beng Seng - $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)
15. Lim Kok Thay - $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)
16. Vinod Sekhar - $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)
17. Lee Oi Hian - $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)
18. Yaw Teck Seng - $295 million (Samling Group)
19. Anthony Fernandes - $290 million (AirAsia, Tune Hotels)
20. Mokhzani Mahathir - $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of
former permier Mahathir)
21. Kamarudin Meranun - $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandes’s lover *grin*)
22. Jeffrey Cheah - $275 million (Sunway Group)
23. Lee Hau Hian - $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)
24. Chong Chook Yew - $245 million (Selangor Properties, widow – son is MD now)
25. Yaw Chee Ming - $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)
26. G. Gnanalingam - $230 million (Westports Malaysia)
27. Lim Wee Chai - $200 million (Top Glove, world’s largest rubber gloves manafacturer)
28. Kua Sian Kooi - $195 million (Kurnia Asia, insurance)
29.
Lau Cho Kun - $185 million (Malaysian Mosaic)
30. Abdul Hamed Sepawi - $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)
31. David Law Tien Seng - $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law
Holdings)
32. Tiah Thee Kian - $163 million (TA Enterprise)
33. Liew Kee Sin - $160 million (SP Setia)
34. Ahmayuddin bin Ahmad - $155 million (Westports Malaysia)
35. Eleena Azlan Shah - $150 million (Gamuda – largest individual shareholder)
36. Lin Yun Ling - $145 million (Gamuda – founder and MD)
37. Ong Leong Huat - $130 million (OSk Group)
38. Lim Thian Kiat - $115 million (former head of Multi-Purpose)
39. Khoo Kay Peng - $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)
40. Nazir Razak - $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)

Aduhhhhhhhhhhh... Yuran Tambahan La Pulak...

Selangor bagi beg percuma..kerajaan pusat bagi yuran tambahan

Aduhhhhhhhhhhh... Yuran Tambahan La pulak... Tak ada kaa nak habaq mai YURAN FREE tak kena bayaq.. Itu baru nama 1Malaysia....
Bayaran tambahan persekolahan

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.

Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan.

Katanya, jumlah bayaran tambahan itu akan diumumkan kelak dan ia boleh dibayar ketika sesi persekolahan bermula.

"Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka.[/b]

"Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas [b]hasil perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Dalam pada itu, Alimuddin berkata, mesyuarat itu kebiasaannya akan diadakan setiap hujung tahun bagi meneliti persiapan persekolahan serta menangani pelbagai isu yang timbul sebelum bermulanya sesi persekolahan baru.

"Dalam mesyuarat tersebut, apa jua perkara berbangkit seperti infrastruktur, perabot, peralatan dan jumlah guru akan diperbincangkan.

"Ini bertujuan agar para pelajar dapat mengikuti sesi persekolahan dalam keadaan selesa serta memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaanbaik," jelasnya.

Sesi persekolahan baru bermula pada 3 dan 4 Januari ini.

Hidup 1 Malaysia.... rakyat didahulukan....