"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Alangkah bertuahnya kalau saya jadi rakyat Brunei

Subky Latif

Allah jadikan tahun ini 1 Rejab serentak dengan 1 Mei. Bertuah bagi sekalian rakyat dan penduduk Brunei Darussalam kerana Kod Syariah mula dikuatkuasakan hari itu.Pelaksanaannya adalah secara berperingkat-peringkat tetapi tuahnya mulai dinikmati serentak.

Alangkah nikmatnya jika saya dapat menjadi penduduk Brunei. Mulai 1 Mei itu ibadat saya berganda pahalanya. Solat lima waktu sudah tidak sama dengan solat sebelumnya. Macam orang solat solo, pahalanya tidak sama dengan solat berjemaah.

Pahala solat berjemaah 27 lebih pahalanya daripada solat solo. Ia solat dalam negara yang tidak mengamalkan perundangan Islam.
Belum pun nikmat keamanan dirasai dan jenayah terbendung, tanpa disedari pahala solatnya sudah berganda. Bila ada pula solat sunat, zikir, bersedakah dan apa juga ibadat, maka tidak muat bujam pahalanya.

Belum buat apa yang lain sekadar senyum saja kepada orang yang ditemui pada pagi itu sudah berpahala banyak kerana senyum itu pada sesama orang Islam adalah sedekah. Setiap sedekah ada pahala.

Brunei sudahlah kaya, mungkin masih ada lagi rakyat yang miskin, moga-moga selepas 1 Mei ini mulai minima yang miskin wang ringgit, tetapi semuanya kaya dengan pahala. Percayalah negara itu sedang menuju kehidupan yang makmur dan bahagia di dunia dan akhirat.

Bukan kesultanan tiada cabaran untuk melaksanakan hudud, ia dikritik keras oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

PBB adalah badan penyelaras keamanan dan keselamatan dunia, patutnya ia penal Syariah, mungkin tidak untuk melaksanakan tindakan mengikut Islam tetapi untuk mendapatkan nasihat apa baiknya jika suatu masyarakat itu melaksanakan Islam.

Dengan adanya penal Syariah itu PBB lagi menjadi pengecam kepada umat Islam untuk hak asasi dan hak kebebasan beragamanya.

Tindakan PBB itu menjadikan ia suara Yahudi dan Nasrani.

Syukur Brunei beroleh seorang sultan atau ulil amri yang tegas dan berani. Baginda berasa terpanggil dengan segala nikmat yang Allah anugerah kepada negara, rakyat dan baginda, melaksanakan perintah Allah, melaksanakan aturan dan peraturan Islam dalam pentadbiran dan pemerintahan.

Tentu ia juga akan ada masalah, kerumitan dan kekurangan dalam pelaksanaan perundangan itu. Semoga ahli-ahli ilmu Islam di seluruh dunia khususnya jiran-jirannya di Asia Tenggara dapat membantu dengan khidmat nasihat dan lain-lain.

Ada negara mahu dan mengaku menjadi negara Islam contoh, tetapi Brunei mulai ke depan bagi menjadi contoh kepada yang lain.

Ia tetap memerlukan bantuan, terutama negara-negara OIC, termasuk PBB dan rakan-rakannya di seluruh dunia bagi menjamin kelicinan pelaksanaan.

Secara diplomasinya Brunei tetap memerlukan jaminan dan bantuan sesama manusia, tetapi percayalah, dengan kepercayaan kepada bantuan Allah, Allah pelihara negara itu.

Kalau saya tidak boleh jadi rakyat Brunei, mungkin saya boleh jadi penduduk tetap bagi menumpang nikmat dan anugerah Allah atas pelaksanaan peraturan Islamnya.

Jika saya tidak boleh nikmat menjadi penduduknya, maka saya masih terbuka untuk apa yang jiran Brunei boleh dapat daripada nikmat sebagai “daulah Darussalam” atau negara bayangan syurga di dunia.

Sudah tentu nikmat Brunei itu akan dapat dirasa juga oleh jiran-jirannya baik negara Islam mahu pun negara sekular lain, baik oleh umat Islam dan bukan Islam di negara-negara jirannya.

Brunei tidak gopoh membuat perisyiharannya. Ia tentu sudah belajar dari Indonesia yang memberi otonomi kepada Aceh melaksanakan Syariah. Ia sudah belajar daripada umat Islam Mindanau bagaimana Bansamuro sebelum diberi otonomi melaksanakan syariat di bawah MILF, dan ia juga belajar enakmen yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu tentang perundangan itu.

Dengan menghalusi semua perkembangan itu Brunei yakin kepada Allah, memasyhurkannya pada 1 Rejab dan 1 Mei. Malaysia bolehlah menghalusi pelaksanaan di Brunei itu supaya Kelantan nanti tidak banyak menghadapi masalah.

Hudud: Beverly Hills Desak Sultan Brunei Jual Hotel


LOS ANGELES: Beverly Hills mendesak Sultan Brunei supaya menjual sebuah hotel di bandar di Amerika Syarikat yang didiami golongan kaya dan selebriti, selepas baginda memperkenalkan kanun keseksaan yang menggabungkan undang-undang syariah Islam, kata pegawai pada Khamis.

Bintang termasuk Jay Leno, Ellen DeGeneres dan hartawan perniagaan Richard Branson turut mendesak untuk memboikot rangkaian itu, yang memiliki Hotel Beverly Hills.

Tetapi ketua Dorchester Collection merupakan rangkaian hotel itu berkata, pelaksanaan hukuman itu disifatkan tidak munasabah dan hanya akan memberi kesan buruk kepada kakitangan hotel.

"Tindakan yang diambil itu perlu dipertimbangkan secara serius kerana ia akan menjejaskan mata pencarian kesemua mereka (kakitangan)," kata Christopher Cowdray memberitahu ahli majlis perundangan bandar Beverly Hills pada mesyuarat majlis malam Selasa.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada minggu lalu mengumumkan bahawa baginda akan meneruskan dengan pelaksanaan hukum hudud, walaupun mendapat kritikan di negara itu mahu pun peringkat antarabangsa.

Fasa permulaan undang-undang itu berkuat kuasa secara rasmi pada Khamis lalu, dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih ketat, termasuk hukuman potong tangan bagi kesalahan kecurian dan rompakan, yang akan dimulakan lewat tahun ini.

Sementara kesalahan termasuk liwat dan zina akan dikenakan hukuman direjam sampai mata pada fasa ketiga.

Majlis Perbandaran Beverly Hills meluluskan satu resolusi pada Selasa yang "mengutuk kerajaan Brunei bagi siri undang-undang yang mengenakan hukuman yang sangat keras, termasuk rejam sehingga mati bagi homoseksual dan zina."

"Resolusi ini menggesa kerajaan (Brunei) untuk mengubah undang-undang mereka atau untuk melepaskan pemilikan Beverly Hills Hotel bagi memisahkanhotel ikonik yang ketika ini merupakan milik mereka," tambah Datuk Bandar, Lili Rosse.

Sultan Hassanal Bolkiah memiliki Hotel Beverly Hills dan juga Hotel Bel-Air di Los Angeles melalui syarikatnya Dorchester Collection, yang juga mempunyai cawangan di London, Paris, Milan dan Rom.

Majlis perbandaran berkata, mereka akan menghantar resolusi kepada Jabatan Negara bagi meminta Washington untuk "mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengutuk dasar kerajaan Brunei."

Amerika Syarikat telah "menyampaikan kebimbangan kita secara peribadi kepada kerajaan Brunei," kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki pada Selasa, tetapi ia tidak akan mengikuti usaha untuk memboikot rangkaian hotel mewah milik Sultan Brunei.

Datuk Bandar Beverly Hills menyifatkan undang-undang baharu itu sebagai sesuatu yang "mengejutkan dan tidak berperikemanusiaan."

"Mereka mesti memenuhi sokongan kuat untuk hak asasi manusia rakyat Brunei," katanya. - AFP

Hobi pelik pemandu teksi yang puas jika dapat lihat wanita tahan kencing

Tokyo: Seorang pemandu teksi di Osaka ditahan kerana disyaki sengaja menyeksa penumpang wanita bagi mendapatkan kepuasan melihat mereka terdesak mahu membuang air kecil.

Jurucakap polis berkata, Toshihiko Nishi, 41, biasanya memujuk penumpang wanita menaiki teksinya untuk perjalanan jarak jauh.

Untuk melembutkan hati bakal mangsa, Nishi menawarkan tambang separuh harga untuk perjalanan berkenaan.

“Apabila dalam perjalanan, dia memberi mereka biskut diselaputi bahan yang membuatkan mereka terdesak mahu membuang air kecil,” katanya.

Polis yang menyerbu rumah Nishi menemui rakaman video melalui kamera rahsia yang dipasang pada teksinya.

Melalui rakaman itu dapat dilihat kira-kira 50 wanita terkencing di tempat duduk belakang teksinya.

Seorang mangsa memberitahu polis dia diberi cawan kertas mengandungi biskut ketika menaiki teksi Nishi.

“Tidak lama selepas makan biskut itu saya terasa mahu membuang air kecil dan meminta Nishi berhenti namun dia tidak mengendahkannya.

“Sebaliknya, Nishi memberinya sehelai kertas penyerap dan meminta saya kencing di situ,” katanya./hmetro

Menteri cap ayam ni pecat Tan Sri Sabaruddin Chik kerana tak luluskan pinjaman RM40 juta tanpa faedah kepada Deepak Jaikishan?

datuk hassan malekPETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek (gambar) dikatakan memecat Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik kerana enggan meluluskan pinjaman RM40 juta tanpa faedah selama 30 tahun kepada ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.
Menurut Setiausaha Kerja Barisan Nasional Parlimen Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju menyambung perkhidmatan Sabaruddin di Bank Rakyat, tetapi Hassan telah mengingkari keputusan Perdana Menteri.

“Semangat saya hilang sejak diberitahu oleh seorang kawan saya yang kerja di Bank Rakyat mengenai seorang peminjam yang mengaku ada hubungan rapat dengan Najib dan isterinya, diluluskan pinjaman berjumlah hampir RM 40 juta selama 30 tahun tanpa faedah,” kata beliau dalam posting Facebooknya.

Katanya, beliau konsisten bahawa setiap penyalahgunaaan kuasa harus dilawan dan ditentang.

“Tak kira dia dari Umno atau tidak,” tegasnya.

Deepak dikatakan adalah kawan rapat Rosmah Mansor dan Hassan didakwa telah mengarahkan Bank Rakyat untuk meluluskan permohonan Deepak, tetapi semua ahli lembaga pengarah bank tersebut enggan berbuat demikian.

“Saya berharap mesyuarat kabinet dapat bincangkan kisah Deepak yang telah mendapat ehsan menteri yang menjaga Bank Rakyat hutang pinjamannya RM40juta dibayar tanpa faedah selama 30 tahun,” katanya lagi.

Zaharin yang juga bekas calon ahli majlis tertinggi Umno bertanya masihkah ada hubungan yang akrab antara Najib dan Rosmah dengan lelaki penjual karpet.. setelah dimalukan dengan beberapa tohmahan dan memberi maklumat palsu kepada parti pembangkang?

Sehubungan dengan itu beliau meminta menteri yang ada sekarang jangan sombong dan angkuh.

“Belajar dari pengalaman Sabaruddin yang pernah jadi Setiausaha Agung Umno dan menteri yang dilantik jadi Pengerusi Bank Rakyat. Khabarnya Perdana Menteri pun sudah setuju disambung sepenggal lagi, bagaimana pun, itu kuasa menteri yang jaga bank itu, jika dia tak mahu sambung Perdana Menteri tak boleh berbuat apa-apa, tetapi tindakan itu sama saperti melawan arahan Perdana Menteri.

Pada masa yang sama, Zaharin rasa sudah tiba masanya Najib memikirkan individu yang dilantik menjadi Lembaga Pengarah termasuk Pengerusi, di agensi dan syarikat kerajaan seorang yang berpengalaman dan profesional.

“Lantik seorang satu sahajalah. Jangan jadi macam Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di Permodalan Nasional Berhad (PNB), semua anak syarikat PNB beliau jadi Pengerusi.. pendapatan dan elaun semua syarikat dia ambil,” dakwanya.

Katanya lagi, yang lucunya semua kereta untuk Pengerusi anak-anak syarikat PNB pun dia guna.

“Macam mana agaknya dia pakai kereta sampai banyak itu dan elaun ratus ribu sebulan itu. Dia makan emas ker? “ soalnya.

Timbalan Mufti Kedah sekolahkan pemimpin umno dan Ketua Polis Negara


Tiada istilah militan terhadap orang Islam

Syeikh Marwazi Dziyauddin

Syeikh Marwazi Dziyauddin
ALOR SETAR: Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, tiada istilah militan mahupun pengganas terhadap orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan saudara Islam yang lain.

Menurutnya, istilah itu hanyalah tanggapan orang bukan Islam terhadap orang Islam untuk menggambarkan bahawa Islam itu mengajar keganasan.

“Berdasarkan hukum, umat Islam adalah dituntut untuk berjihad. Tetapi erti kata jihad terlalu luas dan dalam konteks situasi sekarang, kita perlu memberi tumpuan kepada jihad dalam negara terlebih dahulu.

“Bahkan Nabi juga berkata, siapa yang tidak ambil tahu berhubung umat Islam atau saudaranya yang lain, dia bukanlah daripada kalangan aku,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, walaupun Islam menuntut untuk berjihad, tetapi kewajipan itu perlu diberikan kepada hal-hal dalam negara terlebih dahulu.

“Sekiranya kewajipan kita dalam negara sudah selesai, barulah dibolehkan untuk berjihad ke negara lain.

“Tetapi berjihad dengan cara memberi sumbangan kewangan dan doa pun sudah mencukupi. Jihad ini tidak bermakna kita perlu berjuang ke negara lain, cukuplah sekadar kemampuan kita,” katanya.

Jelasnya, kewajipan untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan sesuatu negara itu juga adalah tanggungjawab negara itu sendiri.

“Tidak salah sekiranya kita nak berjihad mempertahankan umat Islam di negara lain, tetapi kita perlu lebih berhati-hati kerana ia melibatkan hukum dan akidah.

“Kita perlu tahu punca sesuatu masalah itu lebih mendalam sebelum berjihad,” katanya.

Jutawan Boring Hidup Mewah Jadi Tukang Sapu (Gambar)

Seorang jutawan dari China sanggup bekerja sebagai tukang sapu semata-mata untuk mengajar anaknya supaya bekerja keras. Yu Youzhen, 53, mempunyai 17 buah pangsapuri dan memiliki banyak harta di China.

Namun begitu, dia langsung tidak dibuai dengan kekayaannya. Dalam enam hari seminggu, dia akan bangun seawal subuh untuk menyapu, menggosok dan mengosongkon tong sampah di sepanjang dua kilometer jalan raya yang sibuk di bandar Wuhan, China.

"Saya mahu menjadi model contoh untuk anak-anak saya. Saya tidak mahu mereka leka dan menghabiskan harta yang ada," kata Yu.

Tegasnya, dia tidak mahu memberi tanggapan kepada anak-anaknya bahawa menjadi orang kaya dan tidak perlu berbuat apa-apa adalah perkara yang mudah. "Gaya hidup sebegitu pasti akan membahayakan mereka dalam jangka masa yang panjang."

Kedua-dua anak Yu memperoleh pendapatan bergaji. Anak lelakinya bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan bulanan kira-kira RM987 manakala anak perempuannya memperoleh gaji kira-kira RM1,480 dengan pekerjaan yang tidak menentu. Yu sendiri memperoleh pendapat bulanan kira-kira RM641 sahaja. Yu mula bekerja sebagai tukang cuci kira-kira satu dekad dahulu selepas bosan dengan gaya hidup yang penuh dengan kemewahan . - Penpicit

..x0x..
EDITOR

Hidayah buat Felixia Yeap

Felixia Yeap
Felixia Yeap
SELALUNYA, berpakaian menutup aurat apatah lagi berhijab sangat sinonim dengan wanita Muslimah.

Tetapi, berlainan pula bagi gadis berbangsa Cina dan pemilik nama Yeap Chin Yee atau lebih mesra disapa sebagai Felixia Yeap ini.

Biarpun pernah digelar simbol seks sebelum ini, kini bekas model majalah Playboy Bunny ini kelihatan lebih ayu dan jelita bak wanita Muslimah di luar sana.

"Bagi saya, dalam menutup aurat, ia bukanlah tertakluk kepada mereka yang beragama Islam saja.

"Ini kerana, saya sering kali melihat wanita yang beragama Islam tidak menutup aurat.

"Saya percaya, agama Islam tidak pernah menghalang mana-mana wanita untuk menutup aurat dengan sempurna asalkan mereka tidak menyalahgunakan cara pemakaian itu," katanya kepada Zass dalam satu sesi fotografi, baru-baru ini.

Begitu pun, sesuai dengan perubahan imejnya itu, anak kelahiran Ipoh, Perak ini mengumumkan bakal mengucap dua kalimah syahadah menjelang Ramadan ini bersempena dengan ulang tahun kelahirannya Julai depan serta tidak sabar-sabar menjalani ibadah puasa.

Mengulas lanjut, gadis jelita ini menjelaskan, dia tidak berniat untuk menangguhkan niat suci tersebut sebaliknya memerlukan lebih masa bagi mendalami agama ALLAH SWT itu.

"Saya masih lagi dalam peringkat mengenali agama Islam.

"Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama.

"Malah, jika berkesempatan, saya ada menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih memahami mengenai Islam," kata bekas finalis Dewi Remaja ini.

Pun begitu, dia menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Tuhan.

"Saya tidak menyangkal sebarang kemungkinan akan memeluk agama Islam, tetapi apa yang saya ingin katakan kepada semua, adalah untuk berserah kepada ketentuan Tuhan.

"Ajaran Islam itu tidak pernah berunsurkan desakkan atau gesaan. Saya tidak mahu terburu-buru memeluk Islam hanya kerana desakkan orang ramai yang bukan berada di dalam situasi saya," katanya.

Felixia Yeap kini lebih dihormati

‘Kerakusan manusia’. Mungkin dua perkataan itu boleh menggambarkan akan situasi sebenar yang dialami oleh Felixia Yeap.

Masakan tidak, model Playboy Bunny pertama berwarganegara Malaysia itu boleh 'bertukar' sehingga 360 darjah dalam membawa perubahan imej terkininya, menutup aurat dan bertudung litup.

"Setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam dunia peragaan, saya tidak nafikan banyak perkara tidak manis pernah dilihat. Bukan saja melihat, malah saya juga mengalaminya sendiri.

"Lebih-lebih lagi, apabila haluan peragaan yang saya terjerumus dulu, memerlukan modelnya berimej seksi dan 'hot' untuk mendapat lebih kerja.

"Ketika itu, tiada unsur agama hadir dalam hidup saya.

"Saya kecewa dengan individu yang mendekati atas tujuan mengambil kesempatan dan bukannya kerana prestasi kerja, keperibadian dan disebabkan perkara ini juga saya sering dipandang remeh," katanya.

Jelasnya, situasi berkenaan membuatkan dia sedih dan tertekan sekali gus mula memberi sepenuh tumpuan kepada penampilan wanita Muslimah.

"Saya tahu diri saya lebih berharga daripada itu. Saya berhak untuk dihormati dan bukannya hanya dipandang sebagai simbol seks semata-mata.

"Setelah saya mula memberi perhatian terhadap wanita berhijab, saya merasakan mereka jauh lebih anggun, cantik dan manis dipandang semua.

"Malah setelah saya mulai berhijab, golongan Adam yang mengacau sudah berkurangan.

"Saya tidak lagi dipandang pada aset fizikal sebaliknya mulai dilihat dari segi keperibadian, cara pemikiran, intelek dan bakat," jelasnya.

Pada masa sama, Felixia berharap menjadi satu contoh dan teladan yang lebih baik kepada semua.

Duta butik Neng Geulls ini juga bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada keluarga terutama ibunya.

"Sejak berhijab, ibu menyaksikan sendiri perubahan ketara yang dialami.

"Jika dulu, saya seorang panas baran dan berfikiran sempit, kini jauh lebih tenang dan berfikiran lapang serta terbuka.

"Saya gembira atas perubahan positif dan lebih seronok apabila ibu dapat menerima saya seadanya," kata pengamal diet pescetarian iaitu yang hanya memakan makanan laut, telur, tauhu dan sayur ini.

Perubahan imej sekat punca rezeki?

Pada masa sama, penghijrahan imejnya itu turut terkena tempias kepada lubuk rezekinya.

Bagaimanapun, si cantik manis ini tidak menganggap situasi berkenaan sebagai satu masalah besar, sebaliknya dia bersedia dengan segala kemungkinan.

"Mungkin ada yang menganggap saya pelik dan tidak masuk akal, tapi saya lebih suka mengambil sikap suka berserah dan reda mengharungi pelbagai cabaran.

"Saya lebih sayangkan diri dan kehormatan saya sebagai seorang wanita. Tidak pernah saya sangka walau segenap detik pun yang sebaliknya akan berlaku.

"Sehingga kini, saya sentiasa bersyukur dengan berkat dan rezeki yang dikurniakan," katanya yang belajar memakai hijab melalui laman sosial You Tube.

Malah, Felixia juga bakal bergelar usahawan apabila kini sedang merancang untuk memulakan bisnes fesyen pakaian Muslimah suatu hari nanti.

Dalam pada itu, gadis berusia 28 tahun ini memberitahu dia telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

"Asalnya, saya rancang untuk berkahwin sebelum berumur 25 tahun, tapi manusia hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya.

"Paling utama, lelaki pilihan saya itu mestilah boleh membimbing saya dalam semua hal termasuk hal agama dan duniawi," katanya yang turut berminat pada jejaka yang matang dalam semua perkara.

Nikah kita bercinta

Dalam perkembangan lain, model profesional ini turut meluaskan lagi kariernya melalui percubaan pertamanya dalam bidang lakonan.

Malah, telefilem pertama lakonannya, Nikah Kita Bercinta, gandingannya dengan aktor meningkat naik, Azlee Khairi mendapat sambutan yang cukup positif daripada peminatnya.

"Saya sudah lama ingin berlakon tetapi tidak pernah mendapat watak yang sesuai dan diinginkan.

"Watak yang saya inginkan ialah watak gadis seperti saya, kerana saya berharap watak seperti saya sendiri boleh mengeratkan silaturahim antara kaum-kaum di Malaysia dan menggalakkan lebih ramai gadis untuk menutup aurat tidak kira agama atau kaum," kata duta Seri Emas ini.

Mengakui menerima kritikan melalui cubaan kali pertamanya itu, Felixia percaya ia adalah perkara biasa yang perlu dihadapi.

"Nikah Kita Bercinta, adalah cubaan pertama saya. Saya sememangnya tiada langsung pengalaman berlakon dan bersedia untuk menerima semua kritikan yang membina ini.

"Saya sangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menunjukkan bakat saya dan lebih manis lagi apabila diberi peluang untuk memegang watak utama dalam telefilem pertama ini.

"Saya berharap dapat memperbaiki mutu lakonan saya dari semasa ke semasa," katanya.

Felixia kini terbabit dalam penggambaran drama bersiri Sarafina arahan Along Kamaluddin di samping aktor Amar Asyraf, Josiah Hogan dan Sari Yanti.

Harith Iskandar Buat Lawak Bodoh Mengenai Hudud

TEMPAYAN RETAK
Pelaksanaan hudud dilakukan setelah wujudnya kerajaan dan masyarakat yang memahami Islam dari sudut Akidah kerana ia adalah tuntutan yang tidak boleh diabaikan.

Orang Islam nak tak nak mesti merima hudud kerana itu adalah hukum yang Allah nyatakan dengan jelas dalam Al Quran melainkan beberapa bahagian yang menjadi perbahasan ulama.

Cukup malang jika ada orang Islam mempermain atau mempersendakannya. Soal pelaksanaannya kita mampu atau tidak kita boleh bertolak ansur tetapi mengambilnya sebagai suatu lawak untuk dipersendakan tidak menunjukkan sifat Islam yang sejati.

Ramai orang yang tidak memahami agama membicaranya sebagai suatu yang tidak beradab kerana hudud sudah jelas dalam Al Quran.

Pelawak Harith Iskandar antara contoh manusia Islam yang tidak sedar akan agama sendiri telah dilihat membuat lawak bodoh mengenai isu pelaksanaan hukum hudud menerusi laman Twitter yang berjumlah lebih daripada 165 ribu pengikut kebanyakkannya orang Islam.

Status berkaitan isu hudud yang dimuat naik oleh Harith itu dianggap agak keterlaluan dan Harith Iskandar sepatutnya memohon maaf.

Dia sepatutnya tahu mana perkara boleh dibuat lawak mana yang tidak. Jangan jahil sangat dengan agama sendiri. Jangan burukkan lagi keadaan artis.

Saya tukar agama, tapi saya tak tukar bangsa

Tranungkite
Assalammualaykum to my dearest readers

Ok today.. my blog is regarding my name.

last month I went to collect my identity card from JPN. Alhamdulillah, it was done after such a long process.

Then..suddenly I recall an incident that happened when I was attending a talk regarding Shalat. This talk was registered by my boss from my working place ( All Praise to Allah, my boss sayang me so much and she reserved this ceramah agama seat for me )
So I was searching my name on the attendance sheet…… and I found this :
Sophea Ng bt Abdullah

Hmm…. Since when my father become Abdullah?

Then I took my pen and draw a line on the name, and I wrote my name beside it — Ng Pooi Kheng.

And then there was a pretty lady ( the person incharged of the attendance ) looked at me with a very unusual eye sight and asked :

“ ni ke nama betul?”
“ya Cik , ni nama saya.” I answered.
“eh.. betul ke ?” she asked again.
“ ya Cik.” I answered again , with a big wide smile *wink* ,
xxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxx

Hmmm….. lots people still dunno that it is not compulsory to change the name after someone embrace Islam.

I was once asked by someone :
XX :“ tahniah dah masuk Islam.. nama baru ?”
ME : “oh… saya takde nama baru.”
XX : “yang orang lain dok panggil Sophea tu?”
ME : “ooh tu nama panggilan. Dalam IC tak tukar.”
XX : “ekk apasal pulak? Kena lah tambah bt Abdullah kat belakang.”
ME : “yea boleh kalau nak tambah BT ABDULLAH.. tapi kalau x tambah pun takpe. Tak wajib.”
XX : “ ehhh kenalah tambah. Ng Pooi Kheng tu nama orang cina. Dah masuk Islam kena tukar nama , baru lar orang lain tau dah tukar agama.”
ME : “ Saya tukar agama , tapi saya tak tukar bangsa.”

Don’t worry , I answered it in a very nice way and smile of course… *ngeeee*
xxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ng is my surname — 黄 (huang2)
Pooi Kheng is my name — 佩琼 (pei4 qiong2)
My name roughly means — fine , nice, good things and happiness.

For me…it might not be an Islamic name. but my name was given by my parents. It is just like the first gift they gave me when I was born. I appreciate my name so much.

And again.. embraced Islam doesn’t mean I turn myself into a Malay or Arabian. Not to be racist, but I am sure all of us are proud of our own blood. Same goes to me. I was a Chinese, and the only thing changed is… I am now a Chinese Muslim ( Allah is the Greatest)

Islam is a peaceful religion, that teach and guide us towards the right pathway.

The beauty of Islam should be seen through our attitude , personality , our life , our heart and our soul…. Not through our name.
But anyway…. You can still call me anyway u like.. depends on how close we are

Ng , Angie , Sophea , Sophy , ah kheng , pooi kheng, kheng kheng….et c. hehehe if we are close enough , no matter how u called me , I will sure recognize you

that’s all I want to share.

Chinese is my root ; Islam is my way of life.

forgive me if my sentences offended anyone. Allah knows the Best.

Lots of love
Wa’laykumussalam
Regards,
Sophea Ng, 佩琼。

sumber asal: sophyng.blogspot.com

Saya mahu berada di masjid apabila saya mati

Fb Pas Johor Bahru
Masih istiqomah berkarya demi anak bangsa dan agama... lagenda hidupMalah beliau sering berpuasa selang sehari kerana mengikut amalan Nabi Daud dan mengamalkannya sejak beberapa tahun yang lalu.“Kebanyakan daripada hidup saya, saya telah berpuasa tetapi sebelum ini saya hanya berpuasa tiga hari sebulan. Kini dengan usia yang semakin tua , saya lebih hampir dengan kubur dan lebih hampir dengan kehidupan akan datang. Saya perlu lebih suci,” Dia sering berada di Masjid Negara pada setiap hari Selasa dan Khamis. Pada hari Jumaat dia biasanya berada di masjid KLCC. Banyak masa dihabiskan untuk solat dan membaca al-Quran.“Saya mahu berada di masjid apabila saya mati ,”Allahuakbar...
Masih istiqomah berkarya demi anak bangsa dan agama... lagenda hidup

Malah beliau sering berpuasa selang sehari kerana mengikut amalan Nabi Daud dan mengamalkannya sejak beberapa tahun yang lalu.

“Kebanyakan daripada hidup saya, saya telah berpuasa tetapi sebelum ini saya hanya berpuasa tiga hari sebulan. Kini dengan usia yang semakin tua, saya lebih hampir dengan kubur dan lebih hampir dengan kehidupan akan datang. Saya perlu lebih suci,”

Dia sering berada di Masjid Negara pada setiap hari Selasa dan Khamis. Pada hari Jumaat dia biasanya berada di masjid KLCC. Banyak masa dihabiskan untuk solat dan membaca al-Quran.

“Saya mahu berada di masjid apabila saya mati ,”

Allahuakbar...

Inilah Gambar Pelacur Atasan Yang Didedahkan Ulama' Muda Umno

inderasipejuang

Terima kasih banyak-banyak lah Timbalan Setiausha Sekateriat Ulama' Muda Umno Abu Amru Radzi Othman, jika lu tak bagi tahu CIRI-CIRI Pelacur Atasan gua langsung tak tahu beb. Maklum aje le selama ini gua pun memang bukan nya Baik sangat, tapi untuk sampai mengenali yang mana satu Pelacur Atasan dan yang Mana satu Pelacur Bawahan gua memang BENAK gua cakap lu... kah kah kah !.

Lagi satu BAJET gua pun CIPUT sangat, mungkin tak sampai untuk MELANGGAN Pelacur Atasan seperti yang lu katakan, yang gua Mampu hanya GASAK SAMPAI TERBURAI (GST) Janji Masyukkkkk, sebab gua bukan nya Anak kepada Penternak Udang atau pun Penternak Lembu NFC untuk Mampu Melanggan Pelacur jenis Atasan, yang sekadar gua Mampu hanya jenis Bawahan aje... kah kah kah !.

Ok lah Sekateriat Ulama' Muda Umno Abu Amru... sedap nama lu tu beb... rasa Tenang Hati gua bila mendengar nama lu... kat bawah ni gua ada Letakan Gambar yang lu katakan Pelacur Atasan dan gua juga ada Letakan Gambar Pelacur Bawahan yang selalu dan Sering gua Langgan. Cuma gua nak Tahu betul ke yang gua Langgan selalu ni adalah jenis Bawahan atau jenis NO CLASS... kah kah kah !.

Pelacur Atasan Yang Dikatakan Oleh Radzi Othman

Pelacur Atasan Yang Dikatakan Oleh Radzi Othman

gambar kelas bawahan disini

hemmmmm.....maafkan gua... kerana mulut longkang campor sial dari timbalan setiausha sekateriat ulama' muda umno tersebut gambar lu orang jadi mangsa beb... tapi jika lu orang tak mahu maafkan gua pun no hal, kerana gua pun ada sebab musabab untuk gunakan gambar lu orang ok... kah kah kah A B U.
-tranungkite-

Spekulasi MB T'ganu: Razif berada Putrajaya jumpa Najib

MUHAMMAD FAIZAL 

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (gambar) yang digembar-gemburkan bakal menggantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dilihat berada di Putrajaya hari ini.

Menurut laman web BNBBC, Abdul Razif bergegas ke Putrajaya sejurus selesai mesyuarat exco petang semalam.

Beliau juga dikatakan turut membatalkan kehadiran pada majlis penyerahan jersi kejohanan bola sepak Adun Seberang Takir di Dataran Permata, Kampung Baru Seberang Takir malam tadi secara tiba-tiba kerana terpaksa ke Kuala Lumpur.

Laporan akhbar berbahasa Inggeris turut menguatkan andaian bahawa Abdul Razif bakal menggantikan Ahmad yang baru sahaja meraikan kejayaan setahun Barisan Nasional di Terengganu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Akhbar itu turut melaporkan Abdul Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air negeri diminta berada di Kuala Lumpur dan bersiap sedia untuk menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Isu penggantian jawatan Menteri Besar timbul apabila Ahmad dikatakan ada menandatangani surat persetujuan bahawa beliau akan memegang jawatan itu hanya setahun selepas BN menang tipis dalam PRU13 lalu.

Surat dua perenggan itu dikatakan ditandatangani Ahmad kira-kira dua minggu selepas PRU13 lalu.

Turut difahamkan, pertukaran Menteri Besar itu bakal dibuat pada 15 Mei seperti mana yang diperkatakan ramai pihak sebelum ini.

Pada PRU13 lalu, BN memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala 15 kerusi lagi dimenangi Pakatan Rakyat. 

Orang Mat Said Warning Najib?

Pergolakan UMNO Terengganu kini makin parah dan kritikal. Orang-orang Datuk Seri Ahmad Said tidak puas hati dengan perkembangan terkini yang dilihat seolah-olah menekan MB untuk melepaskan jawatan MB.

Semalam The Star telah menyiarkan lagi berita yang kononnya proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.



The Star menyebut dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Walau bagaimana pun disebelah Datuk Seri Ahmad Said perkara ini tidak dianggap terlalu serius kerana kedudukan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan Rakyat (PAS) yang memperoleh 15 kerusi.

Ini memberikan kelebihan kepada Datuk Seri Ahmad Said untuk menekan musuh politik dikalangan parti sendiri dengan ugutan keluar parti.

Malah Ahmad Said telah pun memperkukuhkan kedudukannya dalam UMNO Terengganu dengan pelbagai sokongan. Tak hairan kalau kita lihat banner dan kain rentang menyatakan sokongan ini telah terpapar dimerata tempat.


Malah Jabatan Penerangan Negeri juga digunakan untuk kempen kekal MB.

Baru-baru ini Ketua Umno Bahagian Marang yang telah mengambil ketetapan dalam satu retreat Umno Bahagian itu menyokong penuh Dato’ Seri Haji Ahmad Said selaku Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

Malah beberapa orang exco termasuk Nawi Haji Mohammad merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri juga menyatakan sokongan penuh kepada Dato’ Seri Haji Ahmad.


Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana.

Kalau dulu ada usaha-usaha membuat undi tidak percaya kepada beliau, Ahmad Said pernah berjumpa Dato' Harun Taib untuk membuat rundingan dan bila akhbar bertanyakan hal ini dia selamba menjawab datang untuk membeli kambing Ustaz Harun Taib. Takkan tak ada kambing UMNO!!!


Pihak kami dimaklumkan beberapa orang kuat DS Ahmad Said telah berjumpa dengan YB Ustaz Saiful Bahri Mamat untuk suatu rundingan Ustaz Saiful Bahri Mamat sekarang ini adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kebetulan adalah anak buah Ustaz Harun Taib paling kanan.


Anwar Ibrahim dan setpolnya Abdul Rahman (yang rosakkan hubungan PAS-PKR Terengganu) pernah menziarahi Ustaz Saiful semasa beliau sakit dulu dan pernah berkata dalam loghat utara "Anak buah Ustaz Harun tapi lebih keras daripada Ustaz Harun"


Ada pihak bertanyakan Ustaz Saiful tentang perkara ini beliau menafikan wujud perjumpaan berkenaan dan berkata bersedia untuik berbincang dengan Ahmad Said jika dia berhasrat untuk berjumpa.

Datuk Seri Ahmad Said juga bermasalah sekarang ini dengan Sultan Terengganu, Pertabalan Sultan baru-baru ini tidak ada jemputan untuk Wakil Rakyat malah tiada pingat diberikan. Tiada majlis yang menunjukkan Sultan sudah tidak suka Mat Said. Mat Said hanya ada peluang dengan PR sahaja bagi mempertahankan kedudukannya.

Pihak kami difahamkan orang kuat Ahmad Said telah memberikan amaran jika perkara ini mengaibkan MB dan jawatan timbalan menteri seperti dijanjikan tidak ditunaikan DS Najib akan kehilangan Terengganu.

Betul ke Mat Said warning Najib melalui Orang kuatnya?? Kita nak lihat "Nelang Mat Said"

TEMPAYAN RETAK

Nama Adun Seberang Takir ini telah dihantar ke Istana untuk dilantik sebagai MB terengganu yang baru

Abdul Razif disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Terengganu yang baharu.
PETALING JAYA: Putrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu.

Sumber berkata, proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.

Difahamkan dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Terengganu nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh 15 kerusi.

BN berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana.

Video: Rakaman Video Remaja Lelaki Sembunyi Dalam Ruang Tayar Pesawat


HONOLULU: Pegawai Pengangkutan Hawaii pada Rabu mendedahkan rakaman visual remaja Somalia yang bersembunyi dalam ruang tayar sebuah pesawat Hawaiian Airlines pada 20 April lalu.

Video itu mengesahkan laporan yang disediakan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan pegawai lapangan terbang yang dianggap sukar dipercayai.

Laporan awal mendedahkan remaja berusia 15 tahun itu lari dari rumah dan menyelinap masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Jose dan memanjat naik salah satu tayar pesawat tersebut.

Walaupun kekurangan oksigen dan cuaca sejuk, Yahya Abdi, terselamat pada paras ketinggian 11,500 meter.

Penerbangan itu mengambil masa kira-kira 5 jam 30 minit pada suhu yang boleh mencecah -62 darjah Celsius.

Rakaman berdurasi enam minit itu yang didedah Jabatan Pengangkutan Hawaii menunjukkan dia turun dari Boeing 767 sebelum melompat ke landasan.

Abdi kemudian duduk selama 13 saat di landasan pesawat lalu berdiri dan berjalan dengan perlahan ke arah depan pesawat.

Dia kemudian berjalan ke arah seorang pekerja lapangan yang sedang memandu troli, dan kedua-duanya dilihat bercakap selama tiga minit sebelum beredar bersama-sama.

Dalam rakaman itu, Abdi tetap berdiri sepanjang masa.

Jurucakap Jabatan Pengangkutan Hawaii, Caroline Sluyter berkata rakaman itu dikeluarkan selepas pejabat peguam negeri mempertimbangkan permintaan media untuk melihat video berkenaan.

Gambar Anak Kambing Dilahirkan Berkaki Lapan

 
LONDON: Seekor anak kambing berkaki lapan telah dilahirkan di sebuah ladang di Kutjevo, Croatia baru-baru ini.

Portal berita Britain, The Mail Online melaporkan, anak kambing itu adalah milik seorang peladang bernama Zoran Paparic.

Ibu anak kambing itu yang dinamakan Sarka telah selamat melahirkan anak kambing berkaki lapan itu yang juga didapati memiliki organ jantan dan betina.

Portal itu melaporkan yang Paparic pada mulanya ingat yang Sarka telah melahirkan anak kembar tetapi selepas mengamati dengan teliti dia mula menyedari yang Sarka hanya melahirkan seekor anak berkaki lapan.

"Bila saya mengira kaki anak kambing itu saya dapati ia ada lapan kaki tapi pada mulanya saya ingat saya berada dalam keadaan ilusi lalu pergi mendapatkan jiran saya untuk memastikan yang saya tidak gila," katanya lagi.

Paparic berkata yang dia ingin memelihara anak kambing itu jika ia terus hidup sambil menyifatkannya sebagai satu keajaiban.

Pakar haiwan berkata, punca anak kambing itu berkaki lapan adalah kerana kembarnya tidak membesar menjadi seekor anak yang sempurna.

Mereka ragu-ragu yang anak kambing itu akan mampu bertahan untuk terus menjalani kehidupan yang sempurna tetapi jika ia berjaya mengharungi minggu pertama ini dengan jayanya ada kemungkinan ia akan dapat hidup untuk tempoh dua atau tiga tahun.

Anak kambing itu belum dapat berjalan kerana masih lemah.