"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Adun Kerdau meninggal: PAS Pahang ucap takziah

Harakahdaily
TEMERLOH, 12 Feb: PAS Pahang mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kasim,64, yang meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam mesej ringkasnya berharap keluarga Allahyarham bersabar menghadapi ujian dan ketentuan Ilahi.

Sebelum ini, Zaharuddin telah banyak kali berulang-alik ke hospital termasuk tiga kali dimasukkan ke ICU. Keadaan ini menyebabkan banyak spekulasi PRK.

Bagaimanapun pada tahun lalu beliau mendirikan rumah tangga dengan seorang guru Kemas daripada Jengka 23.

Sementara itu kematian Zaharuddin memungkinkan negara terpaksa menghadapi satu lagi pilihan raya kecil (PRK) iaitu ke-16 selepas Merlimau pada 6 Mac ini.

Pada PRU 2008 Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN menggantikan Datuk Redzuan Harun, mengalahkan calon PAS, Hasanuddin Salim (Ketua Penerangan PAS Pahang) dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin mendapat 8,451 undi berbanding Hasanuddin (6,789).

N.28 Kerdau terletak dalam Parlimen Kuala Krau di mana Yang Dipertua PAS kawasannya ialah Tuan Ibrahim.

Siswi terlampau: Hantar foto bogel untuk goda lelaki

KAJANG: Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak hanya berminat menjalankan aktiviti menggoda suami orang, malah tidak segan silu merakamkan gambar bogelnya sebagai modal untuk memikat.

Pelajar berusia awal 20-an itu dikesan menggunakan laman web sosial di Internet untuk menjalankan kegiatannya dengan tujuan memperoleh wang mudah selain berniat mahu memporak-perandakan rumah tangga lelaki yang digoda.

Perkara terbabit didedahkan seorang ahli perniagaan wanita yang mengesan hubungan sulit suaminya dengan pelajar IPTA terlampau itu selepas menemui rakaman video gadis terbabit di dalam telefon bimbit suaminya.

Menurut wanita itu yang mahu dikenali sebagai Siti, 35, dia tidak menyangka pelajar terbabit menjual maruah diri dengan menghantar beberapa rakaman gambar bogel sendiri selain beberapa klip video yang menunjukkan aksi lucah.

“Saya melihat kiriman MMS bogel pelajar itu secara tidak sengaja ketika menyemak kandungan telefon bimbit suami. Tidak mahu perkara itu berlarutan, saya menghubungi pelajar itu untuk berbincang.

“Selepas didesak berulang kali, dia mengaku ia gambar bogel MMS dirinya, namun menafikan ada melakukan hubungan seks dengan suami saya,” kata dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro.

Menurut Siti, pada mulanya pelajar terbabit memohon maaf dan menyangka suaminya bujang, namun itu semua hanya lakonan kerana selepas itu dia masih menghantar klip video aksi lucah dan SMS kepada suaminya.

“Saya menghubunginya sekali lagi meminta dia menghentikan semua perbuatan buruknya supaya tidak mengganggu hubungan rumah tangga kami.

“Saya marah dia kerana tanpa segan silu menunjukkan aksi lucah dan gambar bogel kepada lelaki yang hanya dikenali melalui laman sembang sedangkan mereka belum mempunyai ikatan sah,” katanya.

Siti berkata, dia turut menakut-nakutkan gadis itu untuk menyebar gambar bogelnya di Internet.

“Selepas saya cakap macam itu baru dia merayu saya tidak berbuat demikian, selain berjanji akan memutuskan perhubungan dengan suami,” katanya.

Menurut Siti, suaminya mendakwa kini gadis itu sudah tidak ada apa-apa hubungan dengannya kerana dia mempunyai lelaki lain sebagai pengganti.

Katanya, gadis terbabit dikatakan masih mengulangi tabiat sama dengan menghantar gambar bogelnya kepada teman lelaki barunya dengan tujuan untuk menggoda.

“Saya tak sangka pelajar berpendidikan tinggi dan berpenampilan baik dengan memakai tudung tergamak berkelakuan jijik seperti itu dengan sengaja mahu menghancurkan rumah tangga orang lain.

“Lebih saya kesal, dia pernah mengugut mahu membuat laporan polis dengan dakwaan saya mengganggunya dan cuba menyebarkan gambar bogelnya,” kata Siti.

Ibu dua cahaya mata itu berkata, suaminya sudah meminta maaf dan berjanji tidak mengulangi kesilapan berkenaan.

“Ini satu pengajaran dan keburukan laman sembang sosial di Internet yang disalah gunakan bagi tujuan tidak bermoral apatah lagi membabitkan golongan remaja,” katanya.
-hmetro-

Muhamad Yahya Harlan, berumur 13 tahun cipta laman mirip Facebook

MUKA surat Muhamad Yahya Harlan dalam laman salingsapa.com.

BANDUNG: Walaupun baru berusia 13 tahun, seorang budak lelaki di Indonesia, Muhamad Yahya Harlan ternyata hebat apabila dia mencipta laman jaringan sosial mirip Facebook, lapor akhbar dalam talian, Tribunnews.com semalam.

Laman itu yang dinamakan salingsapa.com dapat disiapkan Muhamad yang belajar di Sekolah Alam Bandung, di sini, dalam masa sebulan.

Konsep salingaapa.com hampir menyerupai Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat tetapi Muhamad berkata, laman webnya menampilkan beberapa ciri tambahan.

"Pada awalnya, saya menonton berita tentang ada orang Indonesia yang mencipta laman web seperti Facebook dalam bahasa Indonesia.

"Saya terus terfikir, saya juga boleh mencipta laman web serupa, tetapi lebih baik lagi," kata Muhamad ketika ditemui di sekolahnya kelmarin.

Seterusnya, anak sulung pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, itu mulai 'mengklik' komputernya untuk merancang ciri-ciri laman sosial yang akan dihasilkan nanti.

Dia turut mendapat bantuan daripada ayahnya yang menyumbang idea tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan salingsapa.com.

Kini, kejayaan pelajar cilik itu mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak.

Menurut ibunya, Muhammad membentangkan hasil kerjanya itu di hadapan 12 mahasiswa Institut Teknologi Bandung semalam.

"Harapan kami ialah laman sosial ciptaan anak saya ini akan digunakan untuk tujuan kebaikan," kata ibunya. 
-Agensi-

Salam Kaherah Untuk Kuala Lumpur

Mohd Sayuti Omar
SEMALAM kita menyaksikan satu lagi kemenangan kuasa rakyat dan lumatnya kuasa manusia berteraskan kepada nafsu amarah, apabila Presiden Hosni Mubarak,82 di Mesir jatuh. Selepas 17 hari rakyat Mesir bangkit menentangnya akhir Mubarak tidak mampu bertahan dan terpaksa akur dengan desakan rakyat. Beliau dan anak beranaknya kini dalam perjalanan melarikan diri.
\
Biasalah dunia diktator sewaktu berkuasa tegak megah atas singgahsana tetapi bila kuasa sudah menghujung mereka akan melarikan diri. Kediaman terbaik untuk mereka ialah di negara ketiga yang sedia memberi suaka politik.

Banyak tafsir lain yang boleh dilihat dengan kejatuhan Hosni Mubarak itu. Ia mengesahkan bahawa kekuasaan, kekayaan dan kekejaman seseorang itu tidak akan kekal dan selamanya menjadi tongkat langit kehidupannya. Ia sebenarnya rapuh apabila rakyat hilang sabar dan bangkit berarak dan menentangnya.

Kekayaan seseorang itu memiliki harta berbillion juga tidak menjamin kedudukan dan kuasanya akan kekal. Apabila rakyat sudah berang dan tidak ada kasih dan simpati lagi biarlah sebesar mana diktator itu ianya akhirnya akan tumbang dan rebah juga.

Diktator boleh bertahan selagi rakyat merasa takut dengan ugutan dan kekejaman dilakukan. Tetapi sampai bila? Ia tidak akan kekal sebab apabila rakyat berpengetahuan dan arif mengenali hak-hak mereka, rakyat sedia merempuh apa saja hatta menggadaikan nyawa dan harta.

Di sini menunjukkan kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Rakyat boleh mengubah apa yang mereka tidak suka, melawan cengkaman dan kerakusan dilakukan ke atas mereka. Justeru jangan main dengan rakyat. Dalam konteks negara Malaysia, rakyat juga mempunyai kuasa dan kekeramatannya tersendiri.

Rakyat kita sebenarnya bukan lemah atau tidak tahu bertindak membela hak dan kuasa mereka. Di Malaysia rakyat juga sudah sedia, tetapi tindakan mereka lebih diplomasi dan berlemah lembut. Atau dalam kata lain kemarahan rakyat ke atas beberapa tindak tanduk pemerintah masih belum matang. Apabila ia sudah matang kelak pasti apa yang berlaku di Mesir itu akan turut sama merebak dan 'memborak' ke negara ini.

Ia berbeza dengan rakyat Mesir yang sudah lama menyimpan dendam terhadap pemerintah diktator atau bersifat anarki. Kesedaran rakyat bahawa mereka bukan selama hamba orang kaya sudah mula menyerlah. Akan sampai satu masa rakyat akan membenci kepada kerakusan atau sifat munafik orang politik.

Perjuangan yang digerakkan oleh Ikhwan Muslim (IM) menerusi pelbagai saluran dan kesempatan telah melata kepada rakyat. Apa yang dibawa oleh IM ialah keadilan sosial. Nampak itu tidak dipedulikan oleh kerajan autoritarian Mubarak menyebabkan berlaku apa yang berlaku.

Atas kejayaan rakyat Mesir itu seluruh dunia bergembira. Semua pihak yang anti kezaliman dan kerakusan meraikan kemenangan itu. Bukan saja rakyat Mesir merasa bahagia dan seronok atas kejatuhan diktator itu tetapi semua kaum tertindas di mana-mana negara juga turut merasa kegembiraan dan kupasan atas apa yang berlaku.

Tidak terkecuali wap demikian juga turut sama dirasai di negara ini. Setiap dari kita yang tidak suka kepada penindasan, kronisme, penyalahgunaan kuasa, pemilikkan kuasa melebihi hak menerima kejayaan rakyat Mesir menumbangkan Mubarak itu sebagia cendermata untuk rakyat di sini. Manakala bagi rakyat Mesir dengan jatuhnya diktator Mubarak sebagai tibanya sinar baru buat mereka. Semalam seolah-olah rakyat Mesir baru mencapai kemerdekaan.

Perubahan di Mesir itu merupakan salam Kaherah untuk Kuala Lumpur.
 
Sambung bacaan anda di sini

Merlimau: Calon PAS diumumkan dalam beberapa hari

JASIN, 12 Feb: PAS akan bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kempen pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau berjalan baik dalam suasana harmoni.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata PAS yang bakal meletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecil itu, berharap akan wujud suatu keadaan di mana orang ramai tidak perlu risau dengan suasana berkempen dan pengundi merasa selesa untuk keluar mengundi pada 6 Mac ini.
“Saya mangambil kesempatan ini menyatakan bahawa kita bersedia untuk berkempen, bertarung di sini dengan cara sihat, dengan cara demokratik,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Markas Induk PAS bagi pilihan raya kecil itu oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Merlimau dekat sini, hari ini.
Salahuddin berkata harapan parti itu berdasarkan kepada suasana pilihan raya kecil kerusi DUN Johor kawasan Tenang pada 30 Jan lepas yang berlangsung dengan baik tanpa berlaku insiden yang tidak diingini.
Ditanya adakah PAS akan meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, beliau berkata “Itu satu kemungkinan sebab saya pun belum lagi melihat senarai nama calon”.
Beliau berkata nama calon PAS akan diumumkan di Merlimau dalam beberapa hari lagi.
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya daripada barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan. 
-Bernama-

Bersediakah Qardawi memimpin Mesir?

tokpepijat
Setelah 3 minggu berhimpun di Dataran Tahrir, akhirnya rakyat Mesir menang. "Firaun Moden" Hosni Mubarak meletak jawatan.

Beliau diberitakan lari menaiki pesawat tentera menuju ke Sharm el Sheikh bandar peranginan berhampiran sempadan Israel.

Fasa pertama perjuangan rakyat Mesir telah berjaya. Mubarak letak jawatan.

Fasa Kedua bermula. Fasa ini bakal menentukan segala-galanya. Samada Tentera ambilalih pemerintahan dan meneruskan cara diktaktor dengan mendapat sokongan Amerika dan Israel ataupun Tentera bakal berhadapan dengan jutaan rakyat.

Fasa ini bakal berkesudahan seperti Iran ataupun Algeria.

Jika menjadi seperti suasana di Iran 1979. Siapakah pemimpinnya ? Kita melihat ketika Revolusi Iran, Khomeini memainkan peranan. Ianya lebih kepada individu iaitu tubuh badan Khomeini. Iaitu rakyat secara totalnya mendengar arahan Khomeini dan mentaatinya. Jika Khomeini kata putih, putihlah bagi rakyat Iran. Begitulah sebaliknya. Khomeini sebagai pemimpin spritual.

Suasana ini berbeza dengan Mesir. Setakat ini peranan Ikhwanul Muslimin lebih kepada kumpulan. Tiada individu yang menonjol di Mesir untuk diangkat menjadi pemimpin menerajui Mesir selepas era Mubarak.

Ahmad Baradei umpamanya bukanlah pemimpin rakyat. Beliau hidup di Eropah. Bukan pemimpin akar umbi.

Setakat ini Ikhwanul Muslimin tidak menonjolkan pemimpinnya untuk memimpin Mesir.

Barangkali Dr Yusof Qardawi layak menjadi seperti Khomeini. Keduanya menjalani kehidupan yang sama iaitu hidup di dalam buangan dan bakal dihukum jika balik ke bumi mereka sendiri.

Tetapi adakah Dr Yusof Qardawi bersedia? Atau adakah rakyat Mesir bersedia menerima beliau sepertimana rakyat Iran menerima Khomeini?

Kita melihat mana-mana revolusi atau gerakan rakyat di serata dunia memerlukan seorang individu atau pemimpin untuk memandu dan menerajui rakyat.

Begitu juga jika Regim Diktaktor ingin menghapuskan gerakan rakyat, langkah pertamanya menangkap atau membunuh pemimpin gerakan ini. Inilah yang berlaku keatas Hasan Al Banna,Ahmad Yasin (Palestin), Abbas Madani(Algeria),Benigno Aqiuno(Filipina), Aun Saan (Myarmar) danAnwar Ibrahim(Malaysia).

Barangkali melihat pengalaman itulah Ikhwanul Muslimin tidak menonjolkan pemimpin mereka supaya tidak menjadi mangsa sasaran regim diktaktor.

Apapun, fasa kedua ini amat penting atau getir bagi rakyat Mesir. Samada bakal berlaku pertempuran antara rakyat dengan tentera ataupun tentera bertindak seperti Regim Algeria.

Kemungkinan Tentera akan mengizinkan pilihanraya. Tetapi jika keputusan pilihanraya berpihak kepada golongan Islamik maka "Algeria Kedua" bakal berulang.

Yang pasti, perancangan Allah Taala lah yang terbaik! 

PRU 13: Perak Paling Mencuri Perhatian

Zamsha
TIDAK kiralah tarikh sebenar Pilihanraya Umum ke-13 akan dilangsungkan , satu perkara yang pasti, Perak akan lebih diberikan tumpuan oleh para penganalisis dan pengamat politik berbanding negeri-negeri lain.

Dengan pelbagai peristiwa kontroversi sepanjang 2009 seperti pertukaran tampuk pemerintahan negeri secara paksa daripada Pakatan Rakyat (PR) kepada Barisan Nasional (BN) dan rentetan peristiwa selepas itu, seperti demonstrasi rakyat di Kuala Kangsar, sidang bawah pokok serta kekecohan yang berlarutan hingga ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) , maka tidak syak lagi Perak berhak untuk diberikan perhatian yang lebih berbanding negeri-negeri lain.

Adalah dijangkakan beberapa watak utama yang memainkan peranan penting dalam peristiwa Februari 2009 itu akan kembali ke gelanggang. Nama-nama seperti Mohammad Nizar Jamaluddin, Zambry Abd.Kadir, Ngeh Koo Ham, Ng Kor Min, Sivakumar A/L Varatharajunaidu dan ramai lagi hampir pasti akan sekali menjadi watak-watak penting pada PRU ke-13 .

Berbeza pula dengan beberapa nama lain seperti Hee Yit Foong, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu serta Kesvinder Sing a/l Kashmir Singh yang besar kemungkinan akan hanya duduk di kerusi penonton pada PRU yang bakal berlangsung nanti. Realiti politik di Semenajung berbeza dengan politik Sabah dan Sarawak di mana peluang untuk calon Bebas memenangi sesebuah pilihanraya agak besar. 6 Februari 2009 sudah tercatat dalam lembar sejarah negara. Tarikh itu merupakan satu tompok hitam dalam sistem demokrasi di Malaysia. Dalam peristiwa itu, BN telah menidakkan kuasa majoriti rakyat Perak yang telah menunjukkan kepada dunia bahawa mereka mahukan Pakatan Rakyat(PR) sebagai wakil mereka dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan negeri yang sah.

Hal ini dibuktikan menerusi statistik undi popular bagi kerusi DUN di Perak pada PRU ke-12 lalu di mana seramai 442, 660 pengundi telah memilih PR berbanding hanya 399, 565 pengundi yang memilih BN. Hanya orang yang pendek akal sahaja yang akan mengatakan 399, 565 lebih banyak daripada angka 442, 660.

Kerajaan PR di Perak telah membuktikan keupayaan mereka memerintah negeri tersebut, walaupun diasak dengan pelbagai tohman dan fitnah daripada segenap sudut. Namun hayat kerajaan pilihan majoriti rakyat Perak itu hanya mampu bertahan selama 11 bulan sahaja.

Persefahaman yang cantik antara DAP, PKR dan Pas yang telah bersepakat menamakan Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang kemudiannya mendapat perkenan Sultan Perak nyata menggembirakan rakyat negeri itu. DAP yang memahami dan menghormati Undang-Undang Tubuh Negeri Perak bertindak bijak, bersetuju agar Nizar dilantik sebagai Menteri Besar meskipun parti itu mempunyai 17 buah kerusi berbanding PKR, 7 kerusi dan PAS, 6 kerusi.

Malangnya panas hanya hingga ke tengahari. Segala-galanya berpunca daripada tiga orang ADUN PR yang goyah pancang diri. Mereka mengisytiharkan diri sebagai wakli Bebas tetapi mesra BN yang kemudiannya diikuti oleh seorang lagi ADUN DAP dari Malim Nawar. Peristiwa keluar parti itu akhirnya telah menggugat Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Beberapa senario penting menyebabkan ramai pihak yang akan tertumpu ke negeri Perak pada PRU ke-13 nanti. Pertamanya, mereka ingin melihat sejauhmana pengaruh dan keberkesanan pemerintahan Zambry yang memungkinkan undi PR akan beralih kepada BN. Andai rakyat mulai selesa dan berpuas hati dengan gaya dan corak kepimpinan Zambry maka tidak mustahil BN akan kembali menguasai Perak secara sah pada PRU ke-13 nanti.

Namun, jika rakyat masih lagi bertahan dengan mood PRU ke-12 yang lepas, ditambah pula dengan prestasi Zambry yang kurang memberangsangkan, maka Zambry terpaksa menyerahkan kembali kerusi Menteri Besar. Sayugia diingatkan, meski didesak hebat oleh PR agar membubarkan DUN pada 2009, namun BN kelihatan takut untuk dihakimi oleh rakyat. Kali ini mereka tidak lagi mampu mengelak untuk berhadapan dengan rakyat. Jika dalam PRU nanti rakyat masih menolak BN, ini bermakna mereka sebenarnya tidak pernah merestui kerajaan Zambry sekarang ini.

Keduanya, kekuatan PR dan BN di Perak sebenarnya masih lagi seimbang berdasarkan kerusi mutlak milik kedua-duanya. BN memiliki 27 buah kerusi, satu kerusi kurang daripada yang dimiliki oleh PR iaitu sebanyak 28 buah kerusi. Sementara 4 buah kerusi lagi milik Bebas. Fakta perbezaan satu kerusi sahaja, ditambah pula dengan 4 buah kerusi bebas yang asalnya milik PR mampu menyenakkan perut para pemimpin BN di Perak. Kali ini mereka tidak lagi boleh lari dari berhadapan dengan rakyat. Mereka tidak boleh lagi tersenyum sambil menyorok di belakang pihak-pihak tertentu untuk diadili oleh rakyat.

Ketiga, berdasarkan bacaan politik sewaktu Pilihanraya Kecil DUN Tenang baru-baru ini menyaksikan undi kaum Cina kepada BN hanya sekitar 35 peratus sahaja. Hal ini sebenarnya sangat memeritkan untuk BN di Perak yang menyaksikan hanya seorang calon Cina menang di DUN Chendering pada PRU ke-12 yang lalu.

Komposisi kebanyakan kawasan di Perak hampi-hampir sama dengan Tenang.
Berdasarkan analisis di Tenang, kaum Cina kelihatan masih belum kembali menyokong BN, sedangkan di Perak kawasan majoriti Cina telah terbukti memberikan kelebihan kepada DAP dan kawasan campuran pula memberikan kelebihan kepada PKR amat banyak.

Ketiga-tiga senario di atas menyebabkan Perak merupakan negeri yang paling menarik untuk diperhatikan pada PRU ke-13 nanti. Apa yang pasti, rakyat akan memberikan markah untuk 11 bulan PR memerintah dan kerja yang sedang dibuat oleh BN sekarang. Benar, hanya jauhari yang mengenal manikam!

Azmin Jadi PM, Anwar Jadi Presiden Jika PR Memerintah? Gila Ke Betina Ni?

wfauzdin_ns 

UMI Hafilda bte (?) kini telah menggantikan Ezam `raja sesumpah' bagi meneruskan agenda menjatuhkan DS Anwar. Bahkan, tugas Umi betina yang semakin meningkat umur tetapi belum kahwin (Nikah ?) itu lebih hebat dari Ezam raja sesumpah kerana beliau juga turut bertungkus lumus untuk mengaibkan Azmin Ali kekanda kandung (jika Azmin mahu mengaku `adik') beliau sendiri.


Terbaru, dalam satu ceramahnya di Jalan Kebun, Selangor, betina ini mendakwa Azmin pernah memberitahu Almarhum Ali (yakni Ayah Azmin) bahawa perancangan Anwar apabila berjaya mengambilalih Putrajaya adalah untuk menjadi Presiden negara ini, manakala Azmin akan menjadi PM. Anda jangan ketawa dahulu, mari kita ulas sedikit kebodohan betina ini.

Pertamanya, mengapa betina ini mendakwa Azmin pernah memberitahu Almarhum Ali ? Benar atau tidak, kita tidak boleh pastikan kerana Almarhum kini telah tiada untuk menjadi saksi. Adakah memang sengaja betina ini menyebut nama Almarhum agar tiada siapa boleh mendapatkan pengesahan dari orang yang sudah meninggal dunia? Mungkin, betina ini mengharapkan agar beliau boleh dijadikan saksi untuk menceritakan apa yang Azmin sebut kepada ayahnya itu.

Masalahnya, siapa yang bodoh mahu menjadikan betina ini sebagai saksi? Orang yang di`buang' dari waris Almarhum Ali dan Arwah sendiri dikatakan amat marah dengan betina ini yang suka membuat cerita fitnah, boleh dijadikan saksi bagi pihak Almarhum? Mana mungkin. Lainlah jika beliau adalah seorang anak yang baik dan mendapat pujian daripada ayahnya. Sebaliknya, Almarhum sendiri `membuang' beliau, mana mungkin cakap beliau boleh diterima khususnya yang melibatkan Almarhum yang kini telah tiada.

Keduanya, kita diberitahu bahawa ayah Azmin, Almarhum Ali pernah mengeluarkan surat menceritakan tentang siapa itu Umi Hafilda. Dan di sini. Pendedahan tentang betina itu pun ada dikeluarkan di di sini. Peliknya mengapa betina ini tidak sibuk mahu saman Baginda yang mendakwa pernah `menidurinya'? Mengapa yang sibuk mahu disamannya adalah DS Anwar, Azmin, Karpal Singh bahkan PAS juga? Mungkin kerana mereka ini semua adalah pemimpin politik Pembangkang, sedangkan Baginda tiada apa-apa kepentingan di dalam politik.

Rengkasnya, masih adakah manusia yang berakal mahu menerima cerita betina seperti ini? Jika ayahnya sendiri mengecop beliau sedemikian rupa, adik beradiknya seperti Azmin dan Azwan Ali juga mengecopnya sedemikian, adakah kita sanggup diperbodohkan oleh betina yang gila glamour ini? Fikirkan lah.

Giliran Siapa Selepas Mubarak ?

Angkasanuri
Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada kuasa rakyat melepaskan jawatan sebagai Presiden Mesir selama lebih 30 tahun dalam usianya mencecah 82 tahun. Perletakan jawatan Hosni Mubarak disambut bagaikan pesta penuh kesyukuran oleh jutaan rakyat Mesir.

Kejayaan dicapai tidak diperolehi secara mudah setelah nyawa dan darah rakyat menjadi galang ganti. Kebangkitan kuasa rakyat di Timur Tengah memberi isyarat cukup jelas kepada semua diktaktor yang masih berkuasa di serata dunia.

Sejarah perjuangan rakyat Mesir khususnya melalui Ikhwanul Muslimin melalui episod ngeri sepanjang kekuasaan diktaktor Mesir ini serta pemimpin sebelumnya. Ribuan rakyat dipenjarakan serta ditahan tanpa bicara. Mengalami pelbagai penderitaan dan penyiksaan. Tidak kurang juga yang syahid sama ada di hujung senjata atau di tali gantung.
Siapa sangka, Hosni Mubarak yang menjadikan negaranya sekutu kuat Amerika dan Israel serta memiliki armada tentera yang cukup kuat dan canggih tumbang kepada kuasa rakyat yang hanya bersejatakan semangat dan keazaman untuk melihat keadilan dan reformasi serta tuntutan rakyat diberi keutamaan.

Kebangkitan rakyat sebelum ini di Tunissia kemudian merebak ke bumi Mesir dan masih bersemarak di Jordan dan Algeria memberi mesej yang cukup jelas kepada rakyat bahawa bukan mustahil walaupun dalam serba kekurangan kuasa pemimpin yang zalim, menindas, rasuah, skandal, terlibat dengan pelbagai penipuan dan penyelewengan dapat ditumbangkan.

Maka, rakyat seluruh dunia kini menunggu dan terus menunggu siapa pula selepas Hosni Mubarak? Ternyata janji Allah itu benar, kemenangan pasti datang dan kebatilan akan lenyap. Cuma menanti masa dan ketikanya sahaja. Ayuh para perjuangan kebenaran teruskan langkah dan pengorbanan...Kebenaran pasti datang!

Kebangkitan di Mesir akan menular seluruh dunia

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Feb: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) berpendirian kemenangan rakyat Mesir menumbangkan Presiden Hosni Mubarak bukan bermakna kebangkitan rakyat sudah tamat.

“Gamis yakin roh kebangkitan itu akan menular ke seluruh dunia,” ujar Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari kepada Harakahdaily.

Katanya, kejayaan itu bukan dicapai dengan mudah kerana mereka berjuang dengan nyawa dan darah.

Tambahnya, ribuan rakyat negara Afrika Utara itu mengalami pelbagai penderitaan dan penyiksaan, ada dipenjarakan serta ditahan tanpa bicara.

“Tidak kurang juga yang syahid sama ada di hujung senjata atau di tali gantung.

“Kebangkitan kuasa rakyat ini memberi isyarat cukup jelas kepada semua diktaktor yang masih berkuasa di serata dunia,” ujarnya.

Menurutnya, bukan mustahil walaupun dalam serba kekurangan, kuasa pemimpin yang zalim, menindas, rasuah, skandal, terlibat dengan pelbagai penipuan dan penyelewengan dapat ditumbangkan.

“Saya mengucapkan penghargaan tahniah setinggi-tingginya buat seluruh rakyat Mesir yang tidak berganjak selama 18 hari,” ujarnya lagi.

Mereka, katanya bangun bersama semangat ratusan syuhada yang gugur terkorban bagi membebaskan Mesir yang penuh kebobrokan yang membuktikan komitmen dan istiqomah mereka berdepan ujian perit menumbangkan pemimpin yang zalim.

Hosni Mubarak yang memerintah selama lebih 30 tahun dalam usianya mencecah 82 tahun akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naibnya, Omar Suleiman.

Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

Perletakan jawatan Hosni Mubarak disambut bagaikan pesta penuh kesyukuran oleh jutaan rakyat Mesir.

10 minit bergelut dan berjaya menggigit peragut tapi akhirnya tumpas

MELAKA: “Saya bergelut hampir 10 minit dan sempat menggigit tangan peragut itu kerana mahu mempertahankan rantai leher dipakai, namun dia berjaya merentap rantai itu,” kata seorang mangsa ragut dua lelaki bermotosikal, Kamariah Salim, 52, ketika ditemui di rumahnya di Pulau Gadong, Klebang Besar, dekat sini, semalam.

Kamariah yang juga guru agama berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, dia sedang membersihkan pokok bunga bersama seorang rakan yang ketika itu berada di laman rumahnya.

Menurutnya, ketika sibuk mengalihkan batu untuk meletakkan pasu bunga, dia terlihat seorang lelaki dipercayai berusia 30-an melalui jalan di depan rumahnya dan jalan itu memang menjadi laluan untuk orang keluar masuk.

“Dia tiba-tiba terus menerpa ke arah saya dengan mencengkam leher dan menarik tudung bagi meragut rantai yang saya pakai,” katanya.

Menceritakan detik cemas itu, dia yang terkejut dengan tindakan itu terus mempertahankan barang kemasnya yang bernilai RM20,000 itu dengan bergelut 10 minit.

“Ketika bergelut, saya menjerit meminta tolong, namun mungkin ketika itu ramai tiada di rumah dan saya bergelut seorang diri hingga menggigit tangan peragut berkenaan.

“Tudung saya hampir terbuka dan peragut berjaya meragut rantai leher sebelum berlari ke arah rakannya yang menunggu,” katanya.
-hmetro-

Switzerland beku aset Mubarak

Switzerland sudah membekukan aset yang menjadi milik Hosni Mubarak yang semalam meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir selepas 30 tahun memerintah Mesir, kata Kementerian Luar Switzerland, hari ini.

"Saya boleh mengesahkan bahawa Switzerland sudah membekukan harta yang menjadi milik bekas presiden itu berkuatkuasa serta-merta," kata jurucakap kementerian itu, Lars Knuchel sebaik Mubarak mengumumkan pengundurannya bagi mengakhiri tunjuk perasaan besar-besaran rakyat selama 18 hari.

"Berikutan tindakan ini, setiap aset akan dibekukan selama tiga tahun," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah wang yang terbabit atau di mana ia disimpan.

Aset yang dimiliki pemimpin yang menyokong Mubarak juga dibekukan iaitu dilarang daripada dijual atau dilupuskan sebarang hartanah atau aset kekal lain.
-Reuters-

Ikan paus 4 tan metrik terdampar di pantai Pulau Sayak, Kota Kuala Muda


Kehadiran bangkai ikan paus menarik perhatian tiga kanak-kanak di pantai Pulau Sayak, Sungai Petani di Kedah semalam.

SUNGAI PETANI: Bangkai seekor ikan paus dipercayai daripada spesies Bryde seberat 4,000 kilogram (kg) ditemui terdampar di kawasan pantai Pulau Sayak, Kota Kuala Muda di sini semalam.

Penemuan bangkai ikan paus sepanjang kira-kira 12 meter itu menarik perhatian ratusan penduduk kampung yang ingin melihatnya dari jarak dekat.

Berdasarkan keadaannya yang mula reput dan berbau busuk, haiwan itu dipercayai telah mati lebih tiga hari lalu sebelum dihanyutkan ke kawasan pantai.

Jabatan Perikanan negeri percaya ikan paus itu adalah daripada spesies Bryde yang tergolong dalam spesies haiwan marin terancam di negara ini.

Pegawai jabatan berkenaan juga telah mengambil sampel darah ikan paus tersebut untuk dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) di Rantau Abang, Terengganu.
-kosmo-

Mubarak berundur, PAS ucap tahniah pada rakyat Mesir

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.

PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.

“Tahniah rakyat Mesir, 18 hari tak berganjak akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan, berakhirnya rejim Umno Mesir,” ulas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di laman Twitter.

Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi pula, anak muda melahirkan rasa syukur dengan kejatuhan regim Mubarak itu.

Beliau mengharapkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman menular ke seluruh dunia.

“Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square,” ujar Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berharap tentera yang mengambil alih kuasa tidak mengkhianati amanat rakyat dan membebaskan rakyat Mesir daripada dibelenggu pemerintahan yang zalim

Namun, menurutnya pengaruh Amerika ke atas tentera Mesir masih kuat.

Beliau mempersoalkan adakah pihak tentera akan membebaskan rakyat Mesir dan dibenar memilih pemimpin mereka atau terus dibelenggu demi Israel.

“Takbir! Mubarak dijatuhkan kuasa rakyat,” ujarnya.

Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumuman menerusi televisyen malam tadi memberitahu Mubarak, 82, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara.

Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan 'Allahu Akbar' dan bersorak gembira.

Dilaporkan, Mubarak yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Mubarak undur, tentera ambil alih Mesir


Mubarak undur, tentera ambil alih Mesir

NONEPresiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman.


Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.

Presiden dan keluarnya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh. 

Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.
Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.
Protesters celebrate the resignation of Egyptian President Hosni Mubarak, from their stronghold of Tahrir Square in Cairo today, February 11, 2011. — Reuters pic
Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu.

Enam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah. 

Jiran mengebom negaranya. Kerajaan pimpinannya hampir muflis. Aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya. Tetapi Mubarak selama itu terus juga berkuasa.

NONEKebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981. 

Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan. 

Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.

-malaysiakini-

Presiden Hosni tinggalkan Kaherah, Al-Jazeera dakwa keluar Mesir


KAHERAH, 11 Feb: Hosni Mubarak dilaporkan telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 hari ini terus meningkat sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.

Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda.

Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Penunjuk perasaan juga mula berkumpul di pekarangan istana presiden hari ini.
Hosni mempunyai sebuah vila dan lazimnya menghabiskan hujung minggu di kawasan tersebut.

Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza.

Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu.
Laporan itu tidak dapat disahkan lagi.


Dalam ucapannya lewat semalam, Hosni mengumumkan beliau masih kekal dengan pendiriannya tidak mahu tunduk kepada tuntutan penunjuk perasaan sambil menegaskan, beliau akan terus menerajui negara Mesir sehingga September ini.


Komen beliau dalam ucapan menerusi televisyen muncul ketika sesetengah pihak termasuk Amerika Syarikat membuat tanggapan bahawa Hosni akan berundur segera.


Penunjuk-penunjuk perasaan menyambut ucapan Hosni dengan perasaan marah manakala pemimpin pembangkang utama pula menyifatkan pendirian terbaru presiden itu akan menyebabkan “Mesir meledak.”


Mereka yang menyertai demonstrasi tersentak dengan pendirian Hosni sambil melaungkan: “Pergi, pergi. pergi.”


Sesetengah penunjuk perasaan kelihatan menitiskan air mata manakala beberapa yang lain terkejut dengan ucapan itu.


Pemenang hadiah Nobel Keamanan Mohamed ElBaradei, yang dilihat sebagai pemimpin pembangkang utama di Mesir sekarang, meramalkan “Mesir akan meletup” kerana Hosni enggan tunduk kepada tuntutan rakyat.


Justeru, bekas ketua agensi nuklear antarabangsa ini meminta tentera campur tangan
-malaysianinsider-

Apandi Dibebas Dari Tuduhan Rasuah

Mohd Sayuti Omar
SELEPAS tujuh tahun yang Dipertua Pas Jeli, Apandi Mohamad menanti keadilan berhubung dakwaan ke atasnya membabitkan pemalsuan dokumen akhirnya hari ini kebenaran berpihak kepadanya apabila Mahkamah membebaskan beliau dari tuduhan berkenaan.

Apandi, 50 (foto) dibebaskan oleh Hakim Nasir Nordin kerana mendapati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap bekas ahli Parlimen Jeli 1999 - 2004 itu.

Beliau disiasat oleh SPRM atas beberapa tuduhan memalsukan dokumen semasa menjadi ahli Parlimen. Pertuduhan dikenakan ke atasnya mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Bagi setiap tuduhan, beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 11 Feb 2002 dan 23 Julai 2003 di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di Kuala Lumpur.

Tuduhan itu yang sejak awal dirasakan satu tindakan politik ternyata benar bila mana Mahkamah akhirnya membebaskan Apandi hari ini.

Kelewatan menyelesaikan kes tuduhan itu juga dilihat sengaja diperpanjangkan atas motif-motif tertentu.

Apandi merupakan calon Pas yang berjaya mengalahkan Mustapa Mohamad di kerusi Parlimen Jeli tahun 1999. Kejayaan Apandi menumbangkan Mustapa tahun itu dianggap sebagai The Giant Killer kerana Mustapa seorang menteri. Kejayaan Apandi itu sekaligus melonjakkan namanya dalam arina politik. Ini ditambah lagi dengan kemampuan Apandi menjadi seorang pembahas yang kompeten di Parlimen.

Kekalahan Mustapa ditangan Apandi itu menyebabkan Mustapa bangkit melakukan apa saja untuk merampas balik kerusi berkenaan. Ini termasuklah menambah pengundi di Jeli serta mengenakan pelbagai tindakan politik ke atas Pas.

Hasilnya dalam pilihan raya umum 2004 Mustapa berjaya merampas balik kerusi berkenaan dan sekali lagi dalam pilihan raya umum 2008 lalu dengan kedua-duanya menewaskan Apandi. Apandi yang menghadapi tentangan Mustapa ketika itu persis kedua belah tangannya tergari kerana kes rasuah itu belum selesai.

Pembebasan yang dibuat mahkamah ke atas Apandi hari ini memberi ruang baru kepada Apandi untuk bergerak akrtif dalam parti tanpa dibayang sebarang phobia yang boleh melemahkan semangatnya.

Tahniah kepada Apnadi atas kesabaran menghadapi trubulasi perjuangan selama sepuluh tahun. Tahniah dan syabas juga kepada isteri dan keluarganya yang terus memberi sokongan dan aspirasi kepada Apandi selama menghadapi tempoh meresah dan mencemaskan itu.