"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


MH370: Data penumpang, kargo MH370 dihilangkan seperti data kemasukan Altantuya? Kenapa?

SHAH ALAM, 4 APR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mempersoalkan langkah pihak berkuasa menghilangkan semua data penerbangan pesawat MH370 termasuk penumpang dan kargo dihilangkan daripada sistem Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Langkah itu, ujar Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin hanya menguatkan kepercayaan bahawa wujudnya permainan kuasa besar dunia di sebalik tragedi kehilangan misteri pesawat malang itu.
“Apabila SAMM cuba menghubungi pihak yang terbabit menguruskan penerbangan khususnya kargo, respon yang diperoleh adalah semua tidak berani bercakap berkenaan penerbangan itu.

Kunci mulut ini jelas berlaku selepas proses menahan siasat mereka yang terbabit dan mengapa semua data berkenaan penerbangan mebabitkan penumpang serta muatan dihilangkan dalam sistem.

“Melalui carian SAMM, sumber dalaman memaklumkan bukan sahaja dalam sistem tetapi data bercetak juga dibawa pergi tanpa ada salinan yang tinggal. ‘Manifest’ dan ‘load-sheet’ untuk penerbangan dihilangkan! Mengapa ini berlaku dan apa yang cuba diselindungkan?,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini kewujudan kargo misteri yang dikatakan transit dan dinaikkan dalam penerbangan itu sudah menjadi pengetahuan umum walaupun cuba dirahsiakan kerajaan.

Beliau turut mempersoalkan jumlah sebenar warga asing yang masuk dan keluar dari negara ini dengan menggunakan pasport palsu dengan mudah.

“Daripada segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas. Polis dan DCA sendiri ‘bertengkar’ dalam media.
“Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian kapal selam negara, yang mana ketika perbicaraan kes pembunuhannya rekod kemasukan wanita itu didapati hilang,” katanya.

Badrul Hisham juga tidak menolak kaitan isu kehilangan pesawat MH370 dengan isu Agensi Perisikkan Pusat (CIA) Amerika Syarikat menempatkan seorang agennya dalam pejabat Peguam Negara sedikit masa dahulu.

“Kepada Najib, kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia berpunca daripada kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu di bawah karpet?

“Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah, watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.

“Amat lemah, Malaysia hanya mengikut cakap negara lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat terbabit tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula,” katanya. SUMBER

KENYATAAN UMUM SAMM:

MH370 ; Najib kami tahu kamu terhimpit , bercakap benarlah dengan rakyat

Kenyataan Umum

4 April 2014

MH370 ; MANGSA KUASA BESAR. NAJIB KAMI TAHU KAMU TERHIMPIT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini merakamkan setinggi tinggi simpati dengan semua pihak yang terlibat khususnya anggota keluarga penumpang dan krew MH370 yang tidak diketahui nasib sehingga kini.

Peristiwa kehilangan MH370 ini merupakan satu tragedi amat malang. Sejak dari awal ia telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran, pertahanan negara.

Pasport palsu

sehingga hari ini tidak terjawab persoalan bagaimana secara mudah warga negara asing memasuki negara ini dan keluar semula dengan identiti palsu. Longgarnya keselamatan negara ini ?

dari segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas Polis dan DCA sendiri 'bertengkar' dalam media. Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian Kapal Selam negara yang ketika perbicaraan kes pembunuhanya , rekod kemasukan wanita itu didapati hilang .

Kapal Selam tidak berkemampuan

Apabila kes ini muncul beberapa negara menghantar kapal selam untuk operasi SAR. Saya (dan juga beberapa pimpinan politik seperti YB Lim Kit Siang) telah membangkitkan persoalan kenapa tidak digunakan kapal selam negara yang dibeli dengan harga amat tidak munasabah tingginya. Menteri telah menjawab Scorpene milik negara tidak sesuai untuk operasi SAR.

Operasi menggunakan kapal selam bukan operasiSearch and Rescue, sebaliknya cuma Search sahaja adakah kapal selam kita tidak memiliki sistem sonar yang kebanyakan bot nelayan laut dalam juga miliki sistem tersebut. Kedua yang lebih penting ialah kapal selam yang dibeli dengan begitu mahal untuk menghalalkan pembelianya sumber pihak TLDM sendiri dipetik menyebut akan turut digunakan untuk SAR (rujuk AFP 3 Sept. 2009) sila klik http://chegubard.blogspot.com/2014/03/kenyataan-media-12-mac-2014-mh370.html . Maknanya semua kenyataan ketika pembelian hanya untuk menghalalkan Malaysia membazir dan menutup skandal rasuah ketika itu.

sistem radar lemah

sistem pertahanan negara begitu lemah, kebocoran melalui sempadan darat, sempadan air malah sempadan udara sekali pun. MH370 telah membuat pusingan di udara dan melintasi Malaysia semula, malangnya Malaysia memerlukan beberapa hari bagi menganalisis data radar tersebut sebelum bertindak. Ini amat memalukan.

Malah kita kelihatan amat lemah bergantung dengan data dan carian perbagai pihak.

Kenyataan Menteri berbelit - belit dan berpusing pusing

dari kenyataan Perdana Menteri Malaysia kepada kenyataan sepupunya yang merupakan Pemangku Menteri Pengangkutan tidak pernah konsisten dan menunjukkan kelemahan pentadbiran Malaysia. Itu belum mengambil kira Timbalan Menteri Pertahanan yang amat memalukan negara.

Malah kenyataan media yang diransang oleh sumber dalaman penguasa juga telah cuba mengalihkan isu kononya ia akibat dan angkara krew sehingga menimbulkan fitnah dasyat yang tak tertanggung oleh waris mangsa.Apa sebenarnya berlaku ?

Amat simpati dengan keluarga mangsa dan gusar dengan imej serta aspek keselamatan negara, maka dengan ini SAMM mendesak Najib untuk menjadi lebih tegas.

telah menjadi rahsia terbuka mengenai wujudnya satu 'kargo' misteri yang dikatakan transit dan dinaikkan dalam penerbangan tersebut. Maka pihak berkuasa harus tampil memberikan penjelasan mengenainya ?

Apabila pihak SAMM cuba menghubungi pihak - pihak yang terbabit menguruskan penerbangan khususnya kargo tersebut respon yang diperolehi ialah semua tidak berani bercakap apa - apa mengenai penerbangan tersebut. Kunci Mulut ini jelas berlaku selepas proses menahan siasat mereka yang terlibat dan Mengapa semua data mengenai penerbangan iaitu mengenai penumpang dan muatan dihilangkan dalam sistem.

Melalui carian SAMM sumber dalaman memaklumkan bukan sahaja dalam sistem tetapi data bercetak juga semuanya telah dibawa pergi tanpa ada salinan yang tinggal. Manifest dan load-sheet untuk penerbangan tersebut dihilangkan ! Mengapa ini berlaku dan apa yang cuba diselindungkan ?

Semua ini menguatkan kepercayaan bahawa ini ialah permainan kuasa besar dunia dan semua penumpang serta anak kapal menjadi mangsanya.

Kepada Najib kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia berpunca dari kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu dibawah karpet ? Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.

Amat lemah, Malaysia hanya mencari mengikut cakap - cakap negara lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat tersebut tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula.

Persoalanya adakah kita lemah atau Najib sedang dihimpit permainan politik kuasa besar dunia ?

Najib, ketahuilah kamu bahawa China sedang marah bukan sahaja kerana kehilangan warganya tetapi kehilangan sesuatu yang bernilai buat negaranya. Kuasa besar ekonomi ini boleh menghimpit negara kerana kelemahan kamu mengendalikan isu ini. Najib, kamu tidak perlu berselindung. Bercakap benarlah dihadapan rakyat. Tidak perlu kamu membaca skrip tulisan pihak lain seperti 'ia berakhir di Lautan Hindi' dan kemudian cuba dimanipulasi oleh sepupu kamu dengan mengatakan "PM tak sebut pesawat terhempas".

Percayalah akibatnya nanti tidak terjangkau oleh pemikiran kamu, Malaysia bakal hilang syarikat penerbangan kerana saman dari seluruh dunia, negara bakal menerima tekanan hebat dari perbagai segi.

Najib, kami sayangkan negara ini. Kami tahu kamu terhimpit dan tampillah dengan bercakap terus terang kepada rakyat. Kuasa besar mana pun kami akan bersedia berdepan tetapi kamu perlu beritahu perkara sebenar kepada rakyat atau kamu selesa menjadi memainkan peranan selaku watak boneka lemah semata - mata. Kita mungkin berbeda pandang dalam banyak isu di dalam negara ini tetapi dalam isu mempertahankan negara ia tidak ada kompromi cuma berani tampil dan bercakap benar dengan kami.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Kuasa besar terlibat misteri kehilangan MH370? - Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar

 Mohamad Abu BakarSHAH ALAM: Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.
Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.

“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.

“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.

“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa,” katanya.

Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini.

Wanita dibunuh anak lelaki kerana telepon pintar

Pertengkaran seorang ibu dan anak lelakinya yang dikatakan berkaitan pembelian telefon pintar di sini, malam tadi berakhir dengan tragedi apabila wanita itu mati dipercayai ditikam anaknya petang tadi.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata polis menahan remaja berusia 18 tahun itu untuk membantu siasatan selepas menemui mayat wanita berusia 43 tahun itu di dalam keretanya di tempat letak kereta berhampiran sebuah gelanggang tenis di Miri pada 3 petang.

Beliau berkata polis turut menemui pisau yang disyaki digunakan untuk membunuh wanita itu, yang bertugas sebagai guru tuisyen, di dalam kereta  itu.

"Polis menganggap kes bunuh ini selesai...pertengkaran wanita dan anak lelakinya dari malam tadi berpunca daripada masalah keluarga," katanya di sini, hari ini.

Gan bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci masalah keluarga itu tetapi Bernama difahamkan ia berpunca daripada keengganan ibu suspek membeli telefon pintar untuk anak lelakinya yang tidak bekerja itu. 
–Bernama-  


MH370: Pulak dah!! Harapan untuk hidup masih ada kata Hishammudin, apa cerita sebenarnya ni

Hishammuddin Tun HusseinKUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan kebarangkalian bagi penumpang untuk terus hidup masih ada.
Menurutnya selagi pesawat MH370 tidak ditemui, masyarakat dunia harus terus berharap bahawa kemungkinan penumpang dan krew pesawat tersebut untuk hidup masih ada.

"Ini adalah harapan buat keluarga penumpang dan pesawat tersebut, walau apa jua keadaan kita perlu terus mengandaikan bahawa mereka masih hidup, walau pun kemungkinan tersebut tipis," katanya.

Justeru, beliau merayu kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang andaian berhubung dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan pesawat MH370 hilang di Lautan Hindi.

"Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa MH370 telah hilang di Lautan Hindi, bukannya terhempas di Lautan Hindi.

"Saya merayu kepada orang ramai supaya jangan cepat mempercayai sebarang khabar angin berhubung dengan kenyataan beliau," katanya lagi.

Tragedi Memali : Pergi Jahanam Dengan Islam Apakah Dakwaan Itu Benar

inderasipejuang
Kata MANTAN Presiden Umno yang juga Mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam "Sewaktu berlangsung PROSIDING KES Dakwaan Saya terhadap Seorang Penulis di Mahkamah beberapa Tahun lalu di mana dalam kes ini Saya BERJAYA (ketika itu Tun Dr Mahathir masih Perdana Menteri), Peguam Bela bertanya DUA SOALAN yang serupa".

Soalan nya "Sama ada Dr Mahathir berada di Dalam Negara Pada Hari PERISTIWA MEMALI Memali Berlaku dan adakah Saya MEMANGKU Jawatan Perdana ?. Jawapan KONSISTEN Saya berikan bahawa Beliau (Tun Mahathir) berada di Dalam Negara dan Saya TIDAK Memangku Jawatan Perdana Menteri. Tetapi TIDAK ADA MEDIA yang Sedia Melaporkan FAKTA ini.

Itu Dakwaan yang dibuat oleh Tun Musa Hitam, Betul atau Tidak kalau ditanyakan kepada Tun Mahathir Penyokong Kuat Kassim Ahmad Anti Hadis sudah tentu beliau kata TAK BETUL dan mungkin juga beliau akan kata "Saya Sudah Lupa". Apa-apa pun Artikel Pergi Jahanam Dengan Islam dibawah sudah hampir menampakkan KEBENARAN nya. sumber

Pergi Jahanam Dengan Islam !!!

Perhimpunan Agung Umno 1985, wakil Kedah berucap meminta kerajaan terutamanya Menteri Dalam Negeri bertindak tegas menangkap Ust. Ibrahim Libya, yg kononnya menjadikan Kg. Memali sebagai sarang subversif yg menghimpun senjata utk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.

Rentetan dari itu akhirnya telah membuat kerajaan bertindak, namun tiada siapa yg menyangkakan kerajaan akan sampai ke peringkat sanggup membunuh....

Kerajaan melancarkan operasi yg dinamakan... baca fakta disini

OPS HAPUS !!!

Penjelasan kekeliruan Isu Memali - Tun Musa Hitam

Tun Musa Hitam
PADA jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam Majlis Diskusi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertemakan “Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang”.

Profesor Agoes dari Universiti Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai Moderator. Format diskusi menyamai program “HARD TALK” BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa juga soalan yang diajukan oleh Moderator.

Sepanjang dua jam, Moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa Moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.

Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:

1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr. Mahathir berada di negara China dan saya adalah Pemangku Perdana Menteri.

2. Saya bertanggung jawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.

3. Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.

Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:

1. Saya menegur Moderator dengan mengatakan sebagai seorang Profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.

2. Pada hari peristiwa Memali (ia itu 19 November 1985) Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya Pemangku Perdana Menteri. Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan “My God” yang mengejutkan hadirin.

3. Sebagai Menteri Dalam Negeri saya telah menggariskan panduan umum, memberi ingatan dan mengarahkan pihak polis tentang dua perkara:

(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi;

(ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah

Namun saya mengambil tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.

4. Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali.

Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku.

Pada hari kejadian, saya bersama Pemangku Ketua Polis Negara (KPN) telah menemui Perdana Menteri di pejabat beliau dan Pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi Polis di Memali yang melibatkan kematian 4 anggota polis dan 14 orang awam.

Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr. Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab:

1. Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri Perdana Menteri sendiri.

2. Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.

3. Dengan menangguhkan lawatan ke Negara China, Dr. Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam negeri.

Dr. Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke Negara China. Saya telah memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen. Di samping itu, saya turut meminta agar semua media, termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap. Saya telah membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20 November 1985) dan selanjutnya mengadakan perjumpaan media.

Kesimpulannya ialah:

1. Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.

2. ISU UTAMA dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan Pemangku Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri pada hari tersebut.

3. Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Dr. Mahathir masih Perdana Menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan Perdana Menteri. Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. TETAPI TIDAK ADA MEDIA YANG SEDIA MELAPORKAN FAKTA INI.

Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh parti Pas. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan menteri; tidak ada pihak baik daripada kerajaan, begitu juga Umno yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.

Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya. Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa.

Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah ILAHI memakbulkan doa saya. Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya. Saya bersyukur ke hadrat ILAHI yang telah memberikan peluang tersebut kepada saya.

Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negatif, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru ke atas diri saya. Saya serahkan segala-galanya kepada ALLAH yang Maha Mengetahui akan kebenaran dan kepada Nya saya memohon petunjuk dan keadilan.


TUN MUSA HITAM
4 April 2014

Tuan Rumah Terkejut Tikus Gergasi Sebesar Kucing Hidup Atas Loteng Rumahnya (Gambar)

Hanya kepalanya saja yang kelihatan...tikus gergasi yang ditangkap di kediaman Puan Grace Walters di United Kingdom.
LONDON: Satu keluarga yang pada mulanya menyangka yang loteng rumah mereka sedang diserang anai-anai 'terkejut beruk' apabila mendapati sebenarnya ia adalah angkara seekor tikus gergasi sebesar kucing.

Tikus gergasi itu yang berukuran dua kaki panjang dari kepala ke ekor ditangkap di atas siling rumah keluarga Walters oleh pekerja-pekerja kawalan serangga yang dipanggil untuk memeriksa apa yang sebenarnya sedang terjadi di bawah bumbung rumah mereka itu.

Akhbar The Mirror memetik pemilik rumah tersebut Grace Walters sebagai berkata, pada mulanya mereka menyangkakan yang bahagian bumbung rumah mereka telah diserang anai-anai selepas terdengar bunyi bising seperti sesuatu sedang mengerit kayu.

“Kami kemudiannya terdengar seperti sesuatu sedang menguyah kayu.

“Selepas syarikat kawalan makhluk perosak datang membuat pemeriksaan dan selepas mereka meletakkan kamera barulah kami sedar yang sedang menguyah kayu itu adalah seekor tikus," katanya.

Menurutnya lagi, pekerja itu tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menebuk siling rumahnya untuk menangkap tikus gergasi tersebut.

Puan Walters menambah, mereka semua kemudiannya terkejut sebaik sahaja melihat kelibat tikus itu kerana ia terlalu besar dan hampir-hampir tidak mempercayainya.

Mereka tidak menyangka seekor tikus sebesar itu boleh menjadikan siling dan loteng rumah mereka sebagai kediamannya.

“Lebih menakutkan lagi ialah untuk mengetahui yang seekor tikus boleh membesar sebesar itu dan hidup di dalam rumah anda," kata Puan Walters lagi.

Marcus Giusti, kakitangan syarikat kawalan makhluk perosak itu berkata, tikus mula membiak dan membesar dengan pantas selepas kebanyakan negara Eropah meminda undang-undang yang menghadkan penggunaan racun kawalan makhluk perosak.

“Tidak syak lagi ini adalah tikus yang paling besar yang pernah kami tangkap setakat ini dan ia sangatlah merbahaya kepada seisi keluarga.

Hanya seminggu yang lalu, satu keluarga di Solna, Sweden menemui seekor tikus sebesar 16 inci hidup di dalam almari dapur mereka.

Balu, anak sulung Ahmad Sarbaini fail saman RM8 juta

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Keluarga Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, tiga tahun lepas, hari ini memfailkan tuntutan saman RM8 juta terhadap SPRM, kerajaan dan tujuh defendan lain.

Isterinya Masiah@Maziah Manap, 53, dan anaknya Shahril Ahmad Sarbani, 30, sebagai plaintif pertama dan kedua, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Shasha Lyna.

Selain SPRM dan kerajaan, beliau turut menamakan Ketua Pesuruhjaya, Pengarah SPRM Mohamed Yussuf Akope dan lima pegawai lain iaitu Mohamad Fauzi Hussin, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamed, L. Baskar, Mohd Rosly Mohd Saupi dan Kamal Awang Besar sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Masiah mendakwa kematian suaminya disebabkan dibunuh secara tidak sah oleh defendan-defendan sehingga menyebabkan simati mengalami kecederaan diri yang serius, seterusnya mengakibatkan kematiannya.

Beliau juga mendakwa defendan melakukan serangan mental dan serangan sentuh terhadap simati yang menyebabkan kematiannya.

Sehubungan itu, plaintif antaranya menuntut ganti rugi untuk 'misfeasance of public office', ganti rugi keterlaluan, ganti rugi teladan dan ganti rugi 'vindicatory' yang kesemuanya berjumlah RM8 juta.

Plaintif juga menuntut ganti rugi khas serta faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan adil dan wajar oleh mahkamah.

Pada 26 Sept 2011, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini, 6 April 2011.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. 
-Bernama-

Punca Sebenar Kenapa Pak Lah Diawasi Oleh Amerika Syarikat Didedah..

TEPAYAN RETAK
Beberapa hari lalu kita gempar dengan pendedahan sebuah akhbar Jerman, Der Spiegel, bahawa mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara pemimpin dunia yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA).

Der Spiegel mendedahkan perkara itu berdasarkan sebuah dokumen rahsia NSA tahun 2009, yang menyasarkan individu berprofil tinggi dengan sumbernya datang dari bekas ejen Agensi Perisikan Pusat, CIA, Edward Snowden.

Dokumen terbabit mengandungi senarai 122 pemimpin negara yang diawasi dengan Abdullah adalah nama pertama yang tersenarai (senarai mengikut abjab)


Timbul persoalan kenapa nama Tun Mahathir tak ada sedangkan nampak umum Tun Mahathir begitu lantang kencang AS? Adakah sekadar sandiwara semata-mata hakikatnya tidak begitu?

Ramai yang tertanya-tanya kenapa Pak Lah disenaraikan kenapa?

Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam mengesahkan beliau tahu diawasi Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat (AS) ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri.

Malah, Perdana Menteri kelima itu juga berkata, beliau tahu seorang lagi rakyat Malaysia dipantau agensi yang sama berikutan kaitan individu berkenaan dengan satu projek membabitkan dua negara yang dicurigai AS.

“Ketika itu, saya diminta mengesyorkan mereka (syarikat Malaysia) untuk mendapatkan projek di luar negara. Projek yang mereka minta itu di sebuah negara yang dicurigai oleh AS. Disebabkan itu, saya diheret dalam perkara itu."

“Ada lagi seorang, dia jual barang (dihantar dari Kuala Lumpur) yang dianggap tidak tidak diterima (oleh AS).”

Sabtu lalu, sebuah majalah mingguan Jerman, Der Spiegel mendedahkan satu dokumen rahsia bertarikh 2009, menunjukkan nama bekas Perdana Menteri berkenaan tersenarai dalam kalangan pemimpin dunia yang disasarkan NSA untuk pengawasan.

Dokumen itu yang didedahkan bekas kontraktor NSA, Edward Snowden kepada wartawan, turut menunjukkan nama 10 pemimpin negara lain, termasuk Presiden Belarus, Alexander Lukashenko dan bekas Presiden Colombia, Alvaro Uribe. Der Spiegel melaporkan senarai penuh dokumen itu mempunyai 122 nama pemimpin dunia.

Abdullah yang yakin pengawasan itu dibuat disebabkan AS mengawasi setiap perkembangan di Asia Barat, berkata beliau bagaimanapun langsung tidak bimbang dengan tindakan berkenaan.

MH370: Ada berita “besar” berhubung operasi mencari - CNN

MOHD EZLI MASHUT
SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Kerajaan BN‘menyembunyikan’ maklumat berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 yang gagal dikesan daripada radar, sejak 8 Mac lalu.

Dalam temubual dengan akhbar The Telegraph UK, Anwar dipetik sebagai berkata kerajaan mempunyai maklumat yang kritikal untuk semua pihak memahami misteri kehilangan pesawat MH370.

"Saya percaya kerajaan tahu lebih daripada kita. Mereka ada kuasa untuk mengarahkan tentera udara atau Malaysia Airlines," katanya.

Anwar berkata, sistem radar Malaysia yang dibeli ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1994 mampu mengesan penerbangan MH370 apabila ia berpatah balik dan terbang melintasi Semenanjung Malaysia.

“Hal itu bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi tidak mungkin perkara terbabit tidak boleh dilaksanakan di saat pesawat itu tidak dilihat sistem radar Marconi selepas ia berubah arah,” katanya.

Anwar berkata, radar itu mempunyai keupayaan mengesan serta-merta Boeing 777 kerana ia menuju ke timur dan barat serta sekurang-kurangnya empat wilayah Malaysia.

Beliau juga mengkritik kerajaan kerana tidak bertindak cepat pada peringkat awal dengan membiarkan Vietnam dan China menjalan operasi mencari di kawasan yang salah iaitu di Laut China Selatan.

Anwar berkata, keluarga 153 rakyat China mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat daripada Kerajaan Malaysia berhubung kejadian itu.

Sementara itu, media antarabangsa CNN memetik sumber yang tidak dinamakan yang mengatakan bahawa ketua JACC Angus Houston akan mengadakan satu sidang akhbar lewat hari ini berkenaan berita “besar” berhubung operasi mencari, namun tidak jelas apakah yang akan diumumkan.

Pada masa ini, beberapa negara yang terbabit dalam usaha mencari MH370 yang diketuai oleh Australia, termasuk Malaysia, Amerika, United Kingdom, China, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand. - Selangor Kini

Tindakan Zambry Abdul Kadir cetus tanda tanya

Adam Abu Bakar
Zambry Abdul KAdirPETALING JAYA: Pemuda PAS Perak terkejut dengan sikap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang melenting secara tiba-tiba dan marah apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyentuh isu ‘Raja Bomoh’ walaupun tiada sesiapa yang mengaitkan Zambry dengan ‘Raja Bomoh’, Datuk Ibrahim Mat Zin yang berasal dari Perak.
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, tindakan Zambry itu berlaku ketika ADUN Kawasan Titi Serong, Haji Abu Bakar Hussein yang sedang berucap dan secara tidak langsung Zambry bangun untuk mendapatkan penjelasan.

“Sebenarnya Zambry berpeluang mengulas dan menggulung ucapannya nanti, sebelum sidang DUN tamat pada hari jumaat ini.

“Banyak pihak hairan terutama yang berada di dalam dewan mahupun yang mengikutinya melalui internet,” ujarnya.

Tambah Raja Ahmad, sebelum ini Mufti Perak, Tan Sri Dr haji Harussani Zakaria telah menggesa agar Ibrahim Mat Zin bertaubat kerana telah mengamalkan perbuatan khurafat dan syirik.

“Zambry adalah seorang yang berpendidikan aliran Islam dan mustahil beliau boleh bersetuju dengan perbuatan Raja Bomoh yang terpesong dengan ajaran Islam,” jelasnya.

Katanya, pihak Pemuda PAS Perak masih menunggu respon ucapan penggulungan, sama ada Zambry bersetuju atau tidak dengan tindak-tanduk Ibrahim Mat Zin.

Raja Ahmad turut mempersoalkan sekiranya tindak -tanduk yang dilakukan oleh Ibrahim Mat Zin di LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang telah diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor , bagaimana pula perkara yang sama boleh berlaku di Pulau Sembilan, dekat Bandar Manjung dan apakah tindakah yang akan diambil terhadapnya?

“Kami masih menunggu tindakan susulan terhadap Ibrahim Mat Zin oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK) dan Kerajaan Negeri Perak.

“Malah kami masih menunggu pengumuman Zambry pada hari Jumaat ini, dan menunggu tindakan yang akan dikenakan terhadap Raja Bomoh itu tetapi jika Ibrahim Mat Zin dibebaskan, maka rakyat boleh menilai watak sebenar Zambry yang berlatar belakangkan aliran Islam dan benarlah bahawa Zambry merupakan ‘anak emas’ Harussani,” katanya.

70,000 anak bantu iblis

Iblis yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad SAW ke arah kelalaian dan pelbagai perkara maksiat lain.
Makhluk laknat terbabit pernah bertamu kepada Rasulullah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh Allah SWT bagi menjawab setiap persoalan ditanyakan baginda.

Berikut adalah sambungan pertanyaan dan jawapan diberikan Iblis: Rasulullah SAW lalu bersabda, “Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”

Iblis segera menyampuk: “Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas.”

Rasulullah terus bertanya Iblis siapa yang ikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab: “Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas.”

“Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya.”

“Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

“Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan?”

“Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanita tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para zahid.”

“Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.”

“Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.”

“Aku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia hebohkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.”

“Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya. Syaitan juga berkata, ‘Keluarkan tanganmu’, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya.”

“Mereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.

“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.”

“Tahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur,” terang Iblis kepada Rasulullah SAW.

* Sumber dari thaqofahdaie.blogspot.com

Wanita hamil tujuh bulan dirogol lima lelaki

BACHOK: Seorang wanita hamil tujuh bulan mendakwa menjadi mangsa rogol lima lelaki ketika keluar bersama rakannya untuk membeli makanan di Tangok, malam Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa, seorang suri rumah berusia 21 tahun keluar dari rumahnya di Kampung Kuchelong, kira- kira jam 10.30 malam untuk ke rumah rakannya di Tangok.

Setengah jam kemudian katanya, mangsa mengajak adik kawannya ke kedai untuk membeli makanan.

“Tiba di tengah jalan, teman lelaki adik rakannya menghalang perjalanan mereka dan mengarahkan mereka menurutinya ke sebuah wakaf di tengah sawah di Kampung Kuau.

“Adik rakannya dan teman lelakinya meninggalkan mangsa di wakaf itu bersama dua lelaki lain. Salah seorang lelaki tersebut memarahi mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya agar menjemputnya. Lelaki itu kemudiannya menghubungi tiga lagi rakannya yang menunggang motosikal,” katanya.

Menurutnya, semua lelaki terbabit bergilir merogol mangsa dan mangsa hanya dihantar berdekatan rumah rakannya kira-kira jam 4.30 pagi.

"Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tawang pada 1 April.

"Difahamkan, mangsa berkahwin dengan seorang pemandu lori yang kini berada di Kuala Lumpur. Mereka mempunyai seorang anak berusia 5 tahun," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan semua suspek giat dijalankan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, pihak polis berjaya mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai diculik di Tangok pada 28 Mac lalu.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 2 petang 28 Mac lalu. Mangsa diheret masuk ke dalam kereta oleh suspek yang tidak dikenali.

Bapa saudara mangsa yang berusia 33 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Kota Bharu pada jam 4.30 pagi, 2 Mac.

Suspek didakwa meminta tebusan daripada keluarga mangsa di Bangladesh sebanyak RM15,000.

Hasil maklumat, polis berjaya menemui semula mangsa di Machang dan menahan 10 suspek terlibat.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di kawasan Tangok, Berkelam. Semua suspek dibawa ke IPD Bachok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Anda Selalu Ditindih Oleh Hantu Sewaktu Tidur (Sleep Paralysis)

Fenomena ini mungkin telah seringkali dialami oleh segenap lapisan masyarakat. Tidak kurang juga yang mengaitkan fenomena ini dengan kewujudan hantu/syaitan yang dikatakan ‘menggangu’ manusia yang sedang tidur. Sukar untuk mengetahui kebenaran hal tersebut kerana tiada bukti mahupun teori kukuh yang dapat mengaitkan fenomena ini dengan gangguan hantu/syaitan.

Fenomena ini telah dikaji oleh pengamal perubatan barat yang menamakan fenomen ini sebagai“Sleep Paralysis“ ataupun kelumpuhan sementara semasa tidur. Sleep Paralysis ini mungkin menyebabkan kita berasa takut, terutamanya jika kita ‘ternampak, terasa atau terdengar’ sesuatu yang sebenarnya tiada di situ. Ia mungkin terjadi sekali atau berkali-kali dalam masa semalaman.
Adakah Sleep Paralysis merbahaya?

Para pengkaji menyimpulkan bahawa dalam kebanyakkan kes, Sleep Paralysis adalah hanya petanda bahawa badan kita tidak bergerak secara teratur semasa dalam peringkat-peringkat tidur. Jarang sekali dijumpai kes dimana Sleep Paralysis ini berhubung kait dengan masalah psikitari yang tersembunyi.

Apakah itu Sleep Paralysis ?

Sleep Paralysis adalah perasaan dimana individu itu sedar tetapi tidak dapat bergerak. Ia terjadi ketika seseorang itu sedang melalui peringkat antara terjaga dan tidur. Ketika ia berlaku, kita tidak dapat bergerak atau bercakap untuk beberapa saat atau beberapa minit. Zyra sendiri telah merasai fenomena ni, memang takut sangat tamabah-tambah bila tak boleh nak baca sebarang ayat Quran sebab lidah jadi kelu. Mengikut pakar, kejadian ini sering terjadi ketika seseorang itu terlampau letih dan keinginan untuk tidur itu terlampau kuat tetapi otak gagal ‘menerima mesej’ yang cuba disampaikan oleh tubuh.
Bilakah Sleep Paralysis ini berlaku?

Sleep Paralysis biasanya terjadi sekali dalam masa tertentu. Jika ia berlaku ketika kita sedang tidur, ia dipanggil hypnagogic atau predormital. Jika ia berlaku ketika kita terjaga pula, ia dipanggil hypnopomicatau postdormital.

hypnagogic atau predormital - Ketika kita mula tidur tubuh akan menjadi relaks secara perlahan-lahan. Selalunya kita akan mejadi kurang peka, jadi kita tidak akan perasan sebarang perubahan yang belaku. Bagaimanapun, jika kita masih sedar/peka ketika mula tidur, kita mungkin perasan bahawa kita tidak dapat bergerak atau bercakap.

hypnopomic atau postdormital - Ketika tidur, badan kita saling bertukar-tukar antara tidur REM(rapid eye movement) dan tidur NREM (non-rapid eye movement). Satu kitaran REM dan NREM bertahan selama 90 minit. Tidur NREM berlaku dahulu dan mengambil 75% dari masa tidur kita. Semasa tidur NREM, badan menjadi relaks dan menyimpan tenaga semula. Pada akhir NREM ini, tidur kita akan berubah kepada tidur REM. Mata akan bergerak dengan lebih cepat dan mimpi pun terjadi pada tahap ini, tetapi seluruh tubuh kekal relaks. Otot badan akan “turned-off” ketika tidur REM ini. Jadi, jika kita masih sedar atau tersedar sebelum berlakunya kitaran REM ini, kita mungkin akan perasan bahawa kita tidak dapat bergerak atau bercakap.
Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur Mengikut Kaedah Islam

Untuk pengetahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ

Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.

Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.
Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.

Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami. Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.

Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami. Wallahualam
Sumber Link

Misteri 90 saat sebelum transponder dimatikan

Petaling Jaya: Apa berlaku dalam tempoh 90 saat sebelum transponder MH370 dimatikan? Itulah persoalan yang timbul kerana transkrip komunikasi antara kokpit dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) selepas tengah malam 8 Mac lalu, tidak menunjukkan sebarang keganjilan.

Tempoh komunikasi terakhir dari kokpit pada jam 1:19:29 hingga jam 1.21 pagi apabila transponder MH370 dilaporkan tidak lagi mengeluarkan isyarat, juga terus menjadi misteri.

Bekas Ketua Juruterbang Serantau Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, yang menganalisis transkrip komunikasi itu berpendapat tempoh 90 saat sehingga transponder dimatikan dan pesawat dikatakan berpatah balik adalah kritikal dan misteri.

Beliau yang berkhidmat 30 tahun dengan MAS dan pernah mengendalikan pesawat B777 selama 10 tahun berpendapat, maklumat bila masa sebenar MH370 berpatah balik boleh membantu memberi pencerahan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu.

“Maklumat pusingan balik MH370 sama ada ke kanan atau ke kiri atau ketinggian ketika berpatah balik akan memberi pencerahan mengenai corak kawalan ke atas pesawat. Ia sekali gus akan memberi petunjuk kepada kemungkinan apa yang berlaku kepada pesawat,” katanya.

BERITA HARIAN

Cara makan garam yang betul dan tidak menyebabkan darah tinggi

Aminolhuda Bin Hassan
Buat Tukang Masak, Suri rumahtangga dan sape saje yg suka masak ini cara betul mengunakan garam dan juga untuk rawatan mengikuti cara Rasulullah....

Kita Disogok dgn fakta palsu... Ambik garam lbh blh kena drh tinggi (Ini protokol yahudi)

Back to cara hidup nabi... Sblm mkn nabi letak secubit grm di lidah utk elak santau dan tapis mknn yg akn di mkn... Sampai di tempat baru...nabi ambik grm dlu utk sesuaikan hormon tbh di tempat baru... Utk ubat penyakit rohani.. Air perlu di campur garam terutama sihir dan santau...knp?
Allah dah cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dalmm darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh balance balik sistem tubuh kita...ini sunnah kita...

Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas.maksudnya kalau nak masak... Guna garam bukit dan jagan bubuh garam masa makanan gelegak atas dapur.tutup api dan biar suhu turun dulu.baru letak garam...kita panggil bubuh garam atas darat macam orang arab buat... Bubuh garam masa nak makan.

Sebab?garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih..kalau panas garam hanya tinggal sodium.potassium rosak dalam suhu panas.sebab tu kena darah tinggi.
Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman. Wallahu'alam.